The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4 MAWARIDI_NUR ALYAA BINTI HASMARDI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA_ASSESMENT BAHASA MELAYU_MRSM BALIK PULAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alyaahasmardi, 2022-06-10 23:01:24

NUR ALYAA BINTI HASMARDI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

4 MAWARIDI_NUR ALYAA BINTI HASMARDI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA_ASSESMENT BAHASA MELAYU_MRSM BALIK PULAU

terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah

ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

KEKUATAN NOVEL SILIR DAKSINA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.

Kekuatan petama yang terkandung dalam novel ini adalah novel ini mempunyai teknik
pemerian yang sangat menarik. Ini kerana pengarang menerangkan atau menggambarkan
sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung.Sebagai contoh, Penulis menceritakan Tauke
Lim yang sudah tinggal di kampong tersebut.

Kekuatan kedua adalah teknik imbas kembali yang digunakan watak untuk mengingati
peristiwa yang lalu. Sebagai contoh, Haiqal teingat terhadap peristiwa dimana dia hampir
terlanggar seorang budak kecil.

Kekuatan yang ketiga adalah keadaan saspens yang dipertengahkan di dalam jalan
cerita novel tersebut. Sebagai contoh, Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bhawa
walid bukan ayah kandungnya.

Kekuatan yang keempat adalah kejutan terhadap watak yang ditulis di dalam cerita.Ini
membuatkan pembaca berasa lebih teruja untuk membaca untuk membaca jalan cerita novel
tersebut. Sebagai contoh, Haiqal tidak menyangka bahawa Umi, Walid dan adik tiri Haiqal
datang pada waktu malam.

Kekuatan yang kelima adalah teknik monolog yang digunakan di dalam watak untuk
menambat hati pembaca. Sebagai contoh, Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila

mendengar cerita Ong See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak terutama ikan haruan
yang menjadi kegemaran See Hwa.

KEKURANGAN NOVEL SILIR DAKSINA
Antara kekurangan yang terdapat dalam novel adalah perkembangan jalan cerita

novel ini agak membosankan. Selain itu, novel ini kurang mempunyai contoh peristiwa yang
menarik.Ini akan membuat setiap pembaca susah untuk menganalisis ayat tersebut.
Seterusnya, novel ini mempunyai jalan cerita yang tidak tersusun yang menyebabkan setiap
pembaca susah untuk memahami setiap jalan cerita. Disamping itu, tulisan yang digunakan di
dalam novel tidak sesuai kerana mempunyai saiz tulisan yang agak kecil. Akhir sekali,
sesetengah teknik monolog yang terkandung dalam novel tersebut tidak sesuai digunakan
daripada sesetengah rujukan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SILIR DAKSINA

Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah penggunaan saiz tulisan perlu
dibesarkan agar pembaca lebih selesa untuk membaca. Selain itu penulis novel perlulah
menyemak novel tersebut berulang kali agar tidak mempunyai kesalahan ejaan, ayat dan
tanda baca novel tersebut. Seterusnya, penulis perlu memantapkan jalan cerita dengan
menambahkan lebih banyak nilai murni yang tersirat dalam novel agar pembaca dapat
menganalisis setiap jalan cerita novel tersebut. Disamping itu, penulis perlu banyak
meringkaskan ayat terhadap jalan cerita novel agar pembaca dapat memahami jalan cerita
novel dengan lebih mudah. Akhir sekali, penulis perlulah menukar penggunaan bahasa di
dalam novel supaya tidak dapat mengelirukan pembaca terutama pembaca yang baru
menginguti dengan dunia novel.

RUJUKAN

RUJUKAN NOVEL:

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU – NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA-KARYA
ABDUL LATIP TALIB.

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –NOVEL DISEBALIK DINARA -KARYA DAYANG NOOR

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN –KARYA
RUHAINI MAT DARIN

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –NOVEL PANTAI KASIH –KARYA AZMAH NORDIN

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS –KARYA
KHAIRUDDIN AYIP

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –NOVEL TIRANI –KARYA BEB SABARIAH

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –NOVEL BIIMASAKTI MENARI –KARYA SRI RAHAYU
MOHD YUSOP

 NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU –SILIR DAKSINA –KARYA NIZAR PARMAN

RUJUKAN LAMAN WEB
 NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
- http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2015/01/pengenalan-novel-leftenan-adnan-
wira.html
- https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
 NOVEL DISEBALIK DINARA
- https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
- https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-di-sebalik-dinara-karya-
dayang-noor/
 NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
- https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Jendela-
Menghadap-Jalan.pdf
- http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-jendela-menghadap-
jalan.html
 NOVEL PANTAI KASIH
- https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
- https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html#Tema
 NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
- http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-
emas.html
- https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html

 NOVEL TIRANI
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
- http://cikgusyahiza.blogspot.com/2019/01/sinopsis-keseluruhan-novel-tirani.html
 NOVEL BIMASAKTI PENARI
- https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/10/Novel-Bimasakti-

Menari.pdf
- https://www.bumigemilang.com/novel-bimasakti-menari-k1-komsas-tingkatan-5/
 NOVEL SILIR DAKSINA
- https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/
- http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2018/05/tema-silir-daksina-

bertemakan.html


Click to View FlipBook Version