The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4 MAWARIDI_NUR ALYAA BINTI HASMARDI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA_ASSESMENT BAHASA MELAYU_MRSM BALIK PULAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alyaahasmardi, 2022-06-10 23:01:24

NUR ALYAA BINTI HASMARDI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

4 MAWARIDI_NUR ALYAA BINTI HASMARDI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA_ASSESMENT BAHASA MELAYU_MRSM BALIK PULAU

TIRANI –Karya Beb Sabariah

PENGENALAN

Novel ini telah ditulis oleh Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan
anak kelahiran Betong, Sarawak. Penulis telah mendapatkan pendidikan ikhtisas/ diploma
dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru. Penulis juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.

CERITA RINGKAS –NOVEL TIRANI

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan
melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya,
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

BIOGRAFI BEB SABARIAH

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi
Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas,
Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK
Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas atau
diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya
Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA
(Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

KULIT HADAPAN KULIT BELAKANG

SINOPSIS KESELURUHAN

NOVEL TIRANI –karya Beb Sabariah

Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental, Cerita novel ini dimulakan
dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Sebagai
pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan
kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh
sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak
dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para pengunjung
tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet
mereka. Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda
telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia
dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan
hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan
membuat kejutan, iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya,
Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya
kepada Dr.Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.

Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang
akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan
tiket kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat
kelongsong ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu
Sarawak. Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan
diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan
ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak
setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak
pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai
Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada
bapanya, Datuk Vasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda
yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons
Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara
pertandingan pada malam itu.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak
perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan
sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di
Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya
yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk
memaklumkan bahawa tulang rawan hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi meminta
Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya.

Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.
Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan
berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa
mentuanya, Datuk Vasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau
Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah
sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan
perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad
eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda
meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat
kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah.
Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan
oleh suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu
disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu
mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migraine rneroyan akibat

tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazidan Raidah menemani Waheeda untuk
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi, Kuala
Lumpur.Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di
Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.

Waheeda dan Ghazi membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang
terletak di Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah setelah
pengurusan chalet itu bertukar tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan chalet itu
walaupun berasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang
bersekolah di Sarawak. Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar
sebagai gadis sunti yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia Café
Iwani dan Restoran Iwana.

Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA yang
sedang diteliti oleh ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dan kecantikan rupa paras
ibunya yang berbeza daripada wajahnya. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di
Chalet Aya-Sajinah berehat di Cafe Iwani. Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai
perkara seperti perihal keinsafan atas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya yang
dialaminya di Los Angeles hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat
mengesan bahawa pemuda yang bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya, Waheeda.
Izzati terkejut apabila Zahid memberitahunya bahawa nama anak gadis yang sebaya dengan
dirinya ialah Izzati.

Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang
enggan melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas. Zahid
menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak
kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati ialah insan yan dicarinya selama ini. Waheeda terkejut
lalu bergegas meninggalkan Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas suaminya, Zahid
yang sedang berbual-bual dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya tentang
penyesalan Zahid atas kesalahan masa lampaunya tetapi perkara itu sukar diterima oleh
Waheeda lantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam Zahid itu. Zahid berasa kesal
atas kesalahannya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba
mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar
memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.

SINOPSIS SETIAP BAB

NOVEL TIRANI – karya Beb Sabariah

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di
perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

BAB 2: DAYANG MUDA

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan
dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik.
Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak
menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk
anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian,
keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah
menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu

telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan
Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan
menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3: KATARSIS

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam
Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat
Sedunia.Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah
Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan
plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada
masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical
Centre (CMC). Disini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah
menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

BAB 5: DOA SELAMAT

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada
ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan
kehadiran ibunya.Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke
bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

BAB 6: METAMORFOSIS

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa
selama 12 jam.Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya

yang menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-
sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit.
Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan
sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.Selepas itu, melalui e-mail
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang
telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh

ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali
ke Chalet Tajau Emas.Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda
telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan
diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah
dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan
Singapura.

BAB 9: WAJAH PESONO

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada
itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.Pada minggu pertama di tempat
kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway.
Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum
Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.Dalam pada merangka program yang
terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar
kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam
lamunan Zahid.Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi
oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari
Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk
Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.Seterusnya, persiapan sedang
dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai
oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda
mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha.
Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH

Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan
punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut.Di Flamingo,
berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua.
Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort.
Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada
Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada
Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan
nanti.Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk

Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara
merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah
mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan
perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk
Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya
dan kontraknya masih belum berakhir.Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh
Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.Rentetan
daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangna,
Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian
Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai
RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda
yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada
itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid
yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda.
Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3
hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani
oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali
cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.Majlis

pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.Kerunsingan yang
dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam
pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut
Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh
Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara
Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira

BAB 15: HIDUP RANGGI

Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan
hati wanita.Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin
baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur
kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN

Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti.Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia
yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik,
khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam
sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan
rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali
kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun
hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah
hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul.
Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari

situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali
terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan
Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda
bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik.
Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun
manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan
semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di
samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi. Bagi
Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan
peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga

pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi.Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia
pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan
membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.Waheeda bangun sebelum
mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu
Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan
yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu,
Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya

dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu
sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan
di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian
DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid
dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya,
Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala
rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.Sejak belakangan ini, kompromi
antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau
Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,
datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.Raidah berasa senang dan terus ke bilik
Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun

strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan
berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka
di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan

melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman.Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam
untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat
bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga

kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

KEKUATAN NOVEL TIRANI

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Tirani karya Beb Sabariah terdapat
bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.

Kekuatan pertama yang terkandung dalam novel ini adalah jalan cerita yang
mengimbas kembali peristiwa lalu.Ini dapat membuatkan jalan certa novel lebih menarik.
Sebagai contoh, Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi
berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya
mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

Kekuatan kedua yang terkandung dalam novel ini adalah teknik imbas muka yang
digunakan yang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang
berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Sebagai contoh, Bazilah
berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim
digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang
prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

Kekuatan yang ketiga adalah novel ini membuatkan pembaca saspens terhadap jalan
cerita yang disampaikan kerana dapat menimbukan perasaan tertanya –tanay dan ingin tahu
terhadap peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Peristiwa ketika keputusan DNA anak
Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ?
Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

Kekuatan yang keempat adalah kejutan yang terdapat dalam novel untuk pembaca.
Sebagai contoh, Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak
menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan
orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai monolog dalam diri watak yang
menggunakan kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada
orang lain atau dirinya sendiri.Sebagai contoh, Waheeda bermonolog ketika teruja dan
seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati
bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.

KEKURANGAN NOVEL TIRANI

Antara kekurangan yang terkandung dalam novel Tirani adalah kelemahan bahasa
yang terdapat di dalam novel yang dapat dikenalpasti oleh pembaca. Selain itu, novel ini
kurang mempunyai latar tempat sehingga menyebab novel ini menjadi tidak menarik.
Seterusnya, penggunaan penulisan di dalam novel adalah terlalu kecil. Ini dapat membuatkan
pembaca tidak selesa untuk membaca novel tersebut. Disamping itu, Jalan cerita yang
mempunyai saspens tidak terasa pada hati pembaca. Akhir sekali, pembaca susah untuk
mengaitkan nilai murni dengan jalan cerita dalam novel ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI

Antara cadangan penambahbaikan novel adalah penggunaan kontra warna di hadapan
kulit novel perlulah ditukar supaya banyak pembaca lebih minat untuk membaca novel.
Selain itu, penggunaan bahasa di dalam novel supaya dapat difahami oleh setiap pembaca
novel. Seterusnya, penulis perlulah menyemak tentang penggunaan tanda baca yang
digunakan di dalam novel untuk menjadikan novel tersebut lebih sempurna. Disamping itu,
novel ini perlulah banyak dipromosikan di dalam media sosial agar semua orang ketahui
tentang kewujudan novel ini. Akhir sekali, panulis perlu menambahkan lebih banyak nilai
murni yang tersirat supaya membuatkan sesetengah pembaca dapat menerapkan segala nilai
yang baik dalam diri mereka.

NOVEL BIMASAKTI MENARI –karya Sri Rahayu Mohd Yusop

PENGENALAN

Novel ini merupakan karya penulis yang bernama Sri Rahayu Binti Mohd Yusop. Beliau
yang menerima pendidikan di Sekolah Tun Fatimah dan Universiti Otago, New Zealand
dalam ijazah sarjana muda TESL kini merupakan seorang guru di peringkat sekolah
menengah. Karya ini menjadi salah satu novel di dalam KOMSAS Tingkatan 5 kerana ia
mengetengahkan penceritaan yang menarik tentang alam sekitar dan pencemaran cahaya.

CERITA RINGKAS –NOVEL BIMASAKI MENARI

Novel Bimasakti Menari mengisahkan tentang kegigihan anak muda dalam usaha
melestarikan alam sekitar.Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati
dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-
kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek
Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama
Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan
membina rumah mesra alam.

BIOGRAFI SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Sri Rahayu binti Mohd Yusop merupakan seorang penulis novel.
Kelahiran beliau pada 18 Jun 1976 bertempat di Tanjong Karang,
Selangor18 Jun 1976.Beliau berpendidikan awal di Sekolah
Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-
1988).Beliau juga berpendidikan Menengah diSekolah Tun
Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).Beliau melanjutkan
pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of
Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New
Zealand (1994-1999). Kini beliau merupakan seorang Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato'
Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020). Antara
hasil kerja yang diterbit beliau adalah 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications &
Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel
Remaja.'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi
tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
2006.'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat
pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel
Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera
(KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah
menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

KULIT HADAPAN KULIT BELAKANG

SINOPSIS KESELURUHAN
NOVEL BIMASAKTI MENARI –karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik
dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu
cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini

menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS SETIAP BAB

NOVEL BIMASAKTI MENARI –karya Sri Rahayu Mohd Yusop

BAB 1: JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun,
Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita
tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan

Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual
setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,

Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa

mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan

Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-
usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke
Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi

mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki

sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum
dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.

Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa
sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke
lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan,
Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia

KEKUATAN NOVEL BIMASAKTI PENARI

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Bimasakti Penari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.

Kekuatan pertama yang terkandung dalam novel adalah teknik pemerian yang
digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Sebagai
contoh, Pengarang menggambarkan keunikan rumah Ikhtiar Teknoalam sebagai kediaman
mesra alam yang kelihatan seperti rumah tradisional Melayu tetapi mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi.

Kekuatan kedua adalah novel ini menggunakan monolog yang menarik pada diri
watak. Sebagai contoh, Nurul Hafsa bercakap sendirian tentang kekecewaan para pelawat
yang tidak dapat melihat kelip-kelip dan kaitan antara kelip-kelip di kawasan paya dengan
bintang yang tidak kelihatan di langit.

Kekuatan ketiga adalah novel ini menggunakan teknik saspens yang membuat
pembaca tertanya-tanya tentang jalan cerita novel tersebut. Sebagai contoh, Pembaca
tertanya-tanya sama ada Nurul Hafsa dapat menerima hakikat bahawa langit semakin
terancam oleh pencemaran cahaya.

Kekuatan keempat adalah novel ini mempunyai jalan cerita yang memberikan
kejutan kepada pembaca. Sebagai contoh, Pembaca tidak menyangka bahawa Maryam
Wickham Abdullah sebenarnya ialah ibu kandung kepada Muhammad Taufik.

Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai pennggunaan dialog diantara
watak. Sebagai contoh, Nurul Hafsa berbual-bual dengan pengemudi bot tentang laluan
sungai yang tidak boleh dilalui oleh mereka.

KEKURANGAN NOVEL BIMASAKTI PENARI

Antara kekurangan yang terdapat dalam novel Bimasakti Penari adalah perbahasan
yang digunakan di daam novel tidak menarik yang mmbuatkan pembaca tidak berkenan
untuk membaca novel tersebut. Selain itu,novel ini tidak menguunakan ayat yang betul dan
tepat .Ini akan membbuatkan pembaca kurang untuk memahami isi ayat novel.
Seterusnya,warna kulit novel tidak menari kerana terlalau bosan. Dengan Ini,akan
membuatkan tidak ramai orang untuk membaca novel tersebut. Disamping itu. novel ini
kurang mempunyai nilai murni yang menyusahkan pembaca untuk menganalisis setiap ayat
yang mereka faham. Akhir sekali, teknik saspens yang dipertengahkan di dalam cerita tidak
terasa di hati pembaca.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL BIMASAKTI PENARI

Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah penulis perlu meletakkan lebih
banyak watak dalam novel ini supaya jalan cerita novel lebih nampak menarik. Selain itu,
penulis perlu mengaturkan latar masa yang sesuai dalam novel ini agar jalan penceritaan
novel lebih teratur. Seterusnya, penulis perlu menambah kreativiti terhadap kulit Buku novel
tersebut agar ramai pembaca lebih minat untuk membaca novel tersebut dalam kalangan
remaja. Disamping itu, perlu menambahkan sesuatu jalan cerita yang tidak disangka untuk
pembaca agar menjadikan novel ini seperti luar biasa. Akhir sekali, penambahan contoh
peristiwa perlulah ditambahkan di dalam ayat agar jalan cerita tidak kelihatan membosankan
dan penulis perlu mengurangkan ayat yang tidak sesuai digunakan untuk jalan cerita novel
tersebut.

NOVEL SILIR DAKSINA –karya Nizar Parman

PENGENALAN

Novel komsas Form 5 ini telah dihasilkan oleh Nizar Parman yang merupakan anak kelahiran
Batu Pahat, Johor. Beliau telah menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka
Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah dan merupakan seorang guru di SK
Seri Lalang, Kluang. Novel ini merupakan hasil penulisan sulung beliau dan telah
memenangi tempat kedua sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 bagi kategori novel
remaja.

CERITA RINGKAS- NOVEL SILIR DAKSINA

Novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal
berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan. Perceraian tersebut
menyebabkan Haikal terpisah jauh dari Ayahnya. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah
tirinya, Walid. Mereka menetap di Kuala Terengganu. Haikal tidak dapat menemui atau
mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia.Suatu hari, Haiqal telah
didatangani manuskrip lama hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan
manuskrip itu dan bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di
sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya
mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab
tertentu.Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk ke sana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal
ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.

BIOGRAFI NIZAR PARMAN

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman
dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah
Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Dari
tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab
Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun
2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia. Nizar Parman mula
menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah
membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah
air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di perpustakaan.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan sejak tahun 1995 sehingga kini, Nizar
Parman telah menghasilkan puluhan puisi dan cerpen yang tersiar dalam pelbagai media
cetak. Beliau juga telah menghasilkan dua buah novel, iaitu Silir Daksina (2009) terbitan
Utusan Publication and Distributors, dan Jajahan Bonda (2014) terbitan Institut Terjemahan
dan Buku Malaysia (ITBM). Di samping itu, antologi cerpennya, Rinduku ke Syurga
diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2015.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

KULIT HADAPAN KULIT BELAKANG

SINOPSIS KESELURUHAN

NOVEL SILIR DAKSINA –Karya Nizar Parman

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi
melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal,
Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan
dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung
haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang
yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.

Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid,
dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.

SINOPSIS BAB KESELURUHAN
NOVEL SILIR DAKSINA –Karya Nizar Parman

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba
ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada
Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah
dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya

mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku
tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama
ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku
puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi
sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai
Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat
latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman
di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran
aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling
mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman

mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling
dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya
kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah
3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya
Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu
aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan
kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi
orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan

menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat
persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya
akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di
dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku
tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula


Click to View FlipBook Version