BAB 2
PERAKAUNAN
PENDAPATAN
NEGARA
UNIT EKONOMI AE 025 1
Sub Tajuk
2.1 Kaedah Pengiraan
2.2 Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara
2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara
OBJEKTIF PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :
2.1.Kaedah pengiraan
a. Menerang dan membezakan konsep berikut:
i. KNK dengan KDNK
ii. KNK dengan KNB
iii. Keluaran negara pada harga pasar dengan
kos faktor
iv. Pendapatan negara nominal (harga semasa)
dengan pendapatan negara benar
(harga tetap) 33
PENGENALAN
DEFINISI PENDAPATAN NEGARA
Jumlah nilai semua barang akhir
dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dalam sebuah negara
untuk suatu tempoh masa
tertentu biasanya setahun.
UUNNIITT EEKKOONNOOMMII AAEE 002255 44
Pendapatan negara diukur dengan wang
kerana amat sukar untuk kita mengira nilai
barang yang terlalu banyak dalam ekonomi
sekiranya ia dikira berdasarkan unit
fizikalnya.
Barang akhir: Barang yang tidak akan
melalui proses pengeluaran selanjutnya di
mana ianya boleh digunakan terus oleh
pengguna keseluruhannya.
UNIT EKONOMI AE 025 5
2.1 Kaedah pengiraan
a) Menerangkan dan membezakan konsep berikut:
i) KDNK dengan KNK
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam
suatu tempoh setahun oleh faktor pengeluaran
tersebut sama ada milik warganegara atau
bukan warganegara.
UNIT EKONOMI AE 025 6
Keluaran Negara Kasar (KNK)
Nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang dikeluarkan dalam tempoh
setahun oleh semua faktor pengeluaran
milik negara itu sahaja sama ada berada
di dalam atau di luar negara.
UNIT EKONOMI AE 025 7
KDNK MALAYSIA
Negara Malaysia
MB IF ??F Nilai Keluaran yang
MB IF dihasilkan oleh
MB IF faktor pengeluaran
MB pelbagai negara.
UNIT EKONOMI M Warga Malaysia
B Warga Bangladesh
IF I Warga Indonesia
F Warga Filipina
AE 025 8
KDNK Pelbagai Negara dan
Pembentukan KNK Malaysia
MBF SMF BBRR M F
MBF SS M F BBRR M F
MBF SMF BR M F
MBF SMF BR M F
MALAYSIA SINGAPURA BRUNEI
UNIT EKONOMI AE 025 9
KNK MALAYSIA
MM MS MB MM Buruh Malaysia
MM MS MB MS Di Malaysia
MM MS MB MB
MM MS MB Buruh Malaysia
Di Singapura
Buruh Malaysia
Di Brunei
UNIT EKONOMI AE 025 10
Perbezaan antara KNK dan KDNK
Konsep yang membezakan di
antara KDNK dengan KNK ialah
Pendapatan Faktor Bersih Luar
Negeri (PFBLN)
UNIT EKONOMI AE 025 11
Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri
(PFBLN)
Perbezaan antara penerimaan faktor dari luar
negeri dengan pembayaran faktor ke luar
negeri.
PFBLN = Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri –
Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 12
Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri merujuk
kepada pendapatan yang diterima oleh faktor-
faktor pengeluaran milik sesebuah negara
yang bekerja di luar negeri.
Cth: Buruh Malaysia yang bekerja di Singapura
Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri merujuk
kepada pembayaran pendapatan yang dibuat
kepada faktor-faktor pengeluaran negara
asing yang bekerja dalam negara tersebut.
Cth: Buruh Indonesia yang bekerja di Malaysia
UNIT EKONOMI AE 025 13
Nilai PFBLN boleh menjadi negatif atau
positif. Ia bergantung kepada besar atau
kecilnya nilai pembayaran dan penerimaan
faktor.
Nilai PFBLN - ve apabila: Penerimaan Faktor
Dari Luar Negeri lebih kecil drp Pembayaran
faktor Ke Luar Negeri.
Nilai PFBLN + ve apabila: Penerimaan Faktor
Dari Luar Negeri melebihi Pembayaran faktor
Ke Luar Negeri.
UNIT EKONOMI AE 025 14
KDNK dikatakan telah mengandungi
elemen Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri
tetapi belum lagi mengandungi elemen
Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri.
KDNK + Pembayaran Faktor
Ke Luar Negeri
UNIT EKONOMI
- Penerimaan Faktor
Dari Luar Negeri
AE 025 15
Sebaliknya, KNK pula dikatakan hanya
mengandungi unsur Penerimaan Faktor Dari Luar
Negeri sahaja dan tidak lagi mengandungi
elemen Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri.
+ Penerimaan Faktor
Dari Luar Negeri
KNK
- Pembayaran Faktor
Ke Luar Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 16
SECARA RUMUS :
1 KDNK = KNK – PFBLN
2 KNK = KDNK + PFBLN
UNIT EKONOMI AE 025 17
ii) KNK dan KNB
Keluaran Negara Bersih (KNB)
KNB ialah nilai keseluruhan barang dan
perkhidmatan akhir yang dihasilkan dalam tempoh
setahun setelah ditolak dengan perbelanjaan untuk
susut nilai.
Ia juga di kenali sebagai pendapatan negara yang
menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran
negara yang sebenarnya.
UNIT EKONOMI AE 025 18
Susut Nilai (SN)
Susut nilai ialah kos @ perbelanjaan untuk
menggantikan barang modal yang telah haus.
Susut nilai ialah kemerosotan nilai bagi barang
modal yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Juga dikenali sebagai pengurangan nilai aset tetap
selepas ia digunakan.
UNIT EKONOMI AE 025 19
Yang membezakan di antara KNK dengan
KNB ialah susut nilai.
• Maka susut nilai harus ditolakkan dalam
perakaunan negara.
KNB = KNK – SN
UNIT EKONOMI AE 025 20
iii) Keluaran negara pada harga pasar dan
kos faktor
Jika keluaran negara dikira berdasarkan harga
pasar, maka nilai keluaran negara dikatakan dikira
dari aspek pengguna dan nilai tersebut sebenarnya
berdasarkan harga yang terdapat di pasaran.
Jika keluaran negara dikira berdasarkan kos faktor,
maka nilai keluaran negara dikatakan dikira dari
aspek pengeluar dan nilai tersebut sebenarnya
berdasarkan kos atau harga faktor-faktor
pengeluaran yang digunakan dalam proses
pengeluaran.
UNIT EKONOMI AE 025 21
Harga Pasaran
Harga pasaran adalah harga barang akhir dan
perkhidmatan yang dijual di pasaran.
Juga dikenali harga yang dibayar oleh pengguna
di pasaran.
Maka harga tersebut dipengaruhi elemen cukai
tak langsung (CTL) tetapi tidak mempunyai
subsidi.
Ringkasnya Harga pasaran = Kos
Faktor + CTL - Subsidi
UNIT EKONOMI AE 025 22
Kos Faktor
Kos faktor ialah harga barang
akhir/perkhidmatan yang dinilai mengikut harga
yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik
faktor-faktor pengeluaran.
Maka harga tersebut dipengaruhi elemen subsidi
tetapi tidak mempunyai cukai tak langsung
(CTL). Kos faktor = Harga
Ringkasnya pasaran + Subsidi -
CTL
UNIT EKONOMI AE 025 23
Perbezaan di antara harga pasaran dan kos
faktor ialah CTL dan subsidi.
Cukai Tak Langsung
Cukai tak langsung adalah cukai yang boleh
dipindahkan kepada orang lain.
Cth: cukai eksport, cukai jualan dsb.
Apabila CTL dikenakan oleh kerajaan ke atas
sesuatu barang/perkhidmatan, harga pasarannya
akan menjadi tinggi.
UNIT EKONOMI AE 025 24
Contoh 1 (a):
Andaikan kos pengeluaran bagi menghasilkan sebuah
komputer riba berjumlah RM1500 seunit.
Tetapi harganya di pasaran ialah RM2500 seunit.
Wujud kenaikan harga sebanyak RM1000.
Perbezaan harga ini disebabkan oleh CTL yang telah
dikenakan ke atas komputer riba tersebut apabila di
pasarkan. Jadi, harga pasaran dikatakan telah
mengandungi elemen CTL.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada
harga pasaran, CTL akan dicampurkan.
UNIT EKONOMI AE 025 25
Contoh 1 (b):
Berdasarkan contoh tadi, kos pengeluaran seunit
komputer riba adalah sebanyak RM1500 seunit.
Jadi, kos faktor juga adalah berjumlah RM1500.
Ia lebih murah berbanding harga pasaran
(RM2500) kerana ia belum lagi mengandungi CTL.
Dengan ini, kos faktor dikatakan belum lagi
mengandungi elemen CTL.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada
kos faktor, CTL akan ditolakkan.
UNIT EKONOMI AE 025 26
Subsidi
Subsidi adalah bantuan kerajaan kepada
pengeluar.
Biasanya diberikan kepada pengeluar
industri muda dan industri utama dalam
negara.
Apabila subsidi diberikan, harga pasaran
barang/perkhidmatan berkaitan akan
turun.
UNIT EKONOMI AE 025 27
Contoh 2 (a):
Andaikan kos pengeluaran bagi menghasilkan seguni
baja kimia berjumlah RM400.
Tetapi ianya dijual di pasaran dengan harga RM300
seguni.
Wujud pengurangan harga sebanyak RM100.
Perbezaan harga ini disebabkan oleh subsidi yang telah
diberikan oleh kerajaan. Jadi, harga pasaran dikatakan
telah menolak elemen subsidi pada harga tersebut.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga
pasaran, subsidi akan ditolakkan.
UNIT EKONOMI AE 025 28
Contoh 2 (b):
Berdasarkan contoh tadi, kos pengeluaran seguni baja
kimia adalah sebanyak RM400.
Jadi, kos faktor juga adalah berjumlah RM400.
Ia lebih mahal berbanding harga pasaran (RM300)
kerana ia telah dicampurkan elemen subsidi yang
diberikan oleh kerajaan.
Dengan hal yang demikian kos faktor dikatakan telah
mengandungi elemen subsidi.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada kos
faktor, subsidi akan dicampurkan.
UNIT EKONOMI AE 025 29
- CTL + SUB
Harga Kos
Pasaran Faktor
+ CTL - SUB
Harga pasaran > Kos faktor jika CTL > SUB
Harga pasaran < Kos faktor jika CTL < SUB
UNIT EKONOMI AE 025 30
iv) Pendapatan negara nominal (harga semasa)
dan pendapatan negara benar (harga tetap)
Pendapatan Negara Nominal
• Pendapatan negara nominal merujuk kepada jumlah
pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga
pada tahun itu atau lebih dikenali sebagai harga pada
tahun semasa.
• Misalnya, jika keluaran negara pada tahun ini (2014)
dikira berdasarkan harga pada tahun semasa iaitu
mengikut harga tahun 2014, maka nilai pendapatan
tersebut dikenali sebagai KNK Nominal/Semasa.
UNIT EKONOMI AE 025 31
Ia dipengaruhi oleh
a. Perubahan dalam kuantiti keluaran (Q)
b. Perubahan dalam tingkat harga umum (P)
Jadi, kenaikan dalam keluaran negara nominal
tidak semestinya menunjukkan pertambahan
secara fizikal barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan.
UNIT EKONOMI AE 025 32
Pendapatan Negara Benar
• Pendapatan Negara Benar merujuk kepada jumlah
pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga
pada tahun tetap, atau lebih dikenali sebagai harga
pada tahun asas.
• Tahun asas adalah satu tahun yang dipilih sebagai
asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga
umum.
• Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat
harga umum melalui masa dan hanya dipengaruhi
oleh perubahan dalam jumlah keluaran sahaja.
UNIT EKONOMI AE 025 33
Misalnya, jika keluaran negara pada
tahun ini (2014) dikira berdasarkan
harga tetap/ harga pada tahun asas,
contohnya tahun 2010, maka nilai
pendapatan tersebut dikenali sebagai
KNK Benar untuk tahun 2014.
UNIT EKONOMI AE 025 34
Bagaimana nilai KNK Benar pada tahun 2014
itu diperoleh?
Perhatikan Rumus berikut:
IHP0
KNK Benar1 = -------- X KNK Nominal1
IHP1
UNIT EKONOMI AE 025 35
CONTOH PENGIRAAN
Andaikan:
KNK Nominal tahun 2014 = RM40 Billion.
IHP tahun asas (2010) = 100
IHP tahun semasa (2014) = 122
UNIT EKONOMI AE 025 36
IHP tahun asas
KNK Benar2014 = --------------- X KNK
IHP2014 Nominal2014
100
KNK Benar2014 = -------- X RM40 Billion
122
= RM 32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 37
• Nilai KNK Benar sebenarnya telah menyingkirkan
pengaruh perubahan harga (kenaikan harga umum)
atau inflasi yang berlaku pada tahun semasa. Itulah
sebabnya nilai tersebut jauh lebih rendah
berbanding nilai KNK Nominal untuk tahun
tersebut.
• Dengan hal yang demikian nilai KNK Nominal
yang berjumlah RM40 Billion itu tadi sebenarnya
begitu tinggi pada tahun 2014 kerana ianya telah
mengambil kira kenaikan harga yang berlaku pada
tahun tersebut.
UNIT EKONOMI AE 025 38
KNK Benar pada tahun 2014 boleh juga
dikira berdasarkan rumus berikut :
Perhatikan Rumus ke 2 berikut :
KNK Nominal2014
KNK Benar2014 = ----------------------- X 100
Pendeflasi KNK2014
UNIT EKONOMI AE 025 39
RM 40 Billion
KNK Benar2014 = --------------------- X 100
122
= RM 32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 40
LATIHAN PENGUKUHAN
Jadual menunjukkan data keluaran negara bagi sesebuah
negara pada tahun 2014.
Butiran RM juta
KDNK pada harga pasaran 14 500
Bayaran faktor ke luar negeri 800
Pendapatan faktor dari luar negeri 950
Cukai tak langsung 600
Subsidi 300
Susut nilai 400
Hitung; i) KNK pada harga pasaran
ii) KNB pada kos faktor
iii) Pendapatan Negara benar, jika IHP tahun 2014 = 135
UNIT EKONOMI AE 025 41
JAWAPAN
i) KNKhp = KDNKhp + PFBLN
= RM [14 500 + (950 – 800)] juta
= RM 14 650 juta
UNIT EKONOMI AE 025 42
ii) KNBkf = KNKkf – SN
KNKkf = KNKhp – CTL + SUB
RM [14 650 – 600 + 300] juta
RM 14 350 juta
KNBkf = RM [14 350 – 400] juta
RM 13 950 juta
UNIT EKONOMI AE 025 43
iii) Pendapatan Negara Benar
= IH0 x Pendapatan Negara
IH1 Semasa
= 100 x 13 950
135
= RM 10 333.33 juta
UNIT EKONOMI AE 025 44
b) Menerangkan dan menghitung pendapatan
negara menggunakan tiga kaedah:
Kaedah–kaedah tersebut adalah seperti
berikut:
a. Kaedah perbelanjaan ( nilai barang akhir )
b. Kaedah keluaran ( nilai ditambah )
c. Kaedah pendapatan ( kos faktor )
UNIT EKONOMI AE 025 45
Ketiga–tiga kaedah pengiraan di atas akan
memberikan nilai yang sama bagi jumlah
pendapatan negara.
Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu tahun
tertentu sebenarnya sama dengan jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh pengguna pada
tahun tersebut dan pada tahun itu juga jumlah
pendapatan yang diterima oleh para pengusaha
menyamai jumlah perbelanjaan yang dilakukan
oleh masyarakat pada tahun itu.
UNIT EKONOMI AE 025 46
i. Kaedah Perbelanjaan
( nilai barang akhir )
Di bawah kaedah perbelanjaan, pendapatan
negara dihitung dengan menjumlahkan
semua perbelanjaan ke atas barang akhir
dan perkhidmatan yang dilakukan oleh
setiap unit dalam ekonomi iaitu isi rumah,
firma, kerajaan dan antarabangsa.
UNIT EKONOMI AE 025 47
i) Perbelanjaan Penggunaan Isi
rumah/ Swasta (C)
❑ Perbelanjaan yang dilakukan oleh isi
rumah/swasta ke atas barang akhir dan
perkhidmatan.
❑ Juga dikenali sebagai perbelanjaan penggunaan
swasta.
❑Ianya merujuk kepada perbelanjaan yang di
buat oleh isi rumah ke atas barangan dan
perkhidmatan termasuklah ke atas keperluan
seharian mereka.
UNIT EKONOMI AE 025 48
ii) Perbelanjaan Pelaburan/Pembentukan
Modal Tetap Kasar ( I )
❑ Perbelanjaan swasta dan kerajaan ke atas barang modal.
❑ Pelaburan atau pembentukan modal tetap swasta merujuk
kepada perbelanjaan yang di buat oleh sektor swasta seperti:
( i ) Perbelanjaan ke atas barang modal seperti keperluan
kilang dan perusahaan.
( ii ) Perbelanjaan untuk membina rumah kediaman,
bangunan pejabat dan bangunan kilang.
( iii ) Perbelanjaan ke atas inventori yang digunakan untuk
meningkatkan keupayaan pengeluaran.
❑ Pelaburan atau pembentukan modal tetap kerajaan terdiri
daripada perbelanjaan untuk membina prasarana/kemudahan
seperti jalan raya, sekolah, hospital dsb.
UNIT EKONOMI AE 025 49
Dalam mengira pendapatan negara
mengikut kaedah perbelanjaan, pelaburan
yang perlu diambil kira adalah pelaburan
kasar (pembentukan modal tetap kasar) dan
bukannya pelaburan bersih.
I kasar = I bersih + Susut nilai
UNIT EKONOMI AE 025 50