The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

bab 2 perakaunan pendapatan negara
makro ekonomi matrikulasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shammilaabdullah, 2022-02-14 02:17:02

bab 2 perakaunan pendapatan negara

bab 2 perakaunan pendapatan negara
makro ekonomi matrikulasi

iii) Perbelanjaan Kerajaan (G)

❑ Perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan ke atas
barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
pihak swasta.

❑ Perbelanjaan kerajaan juga dikenali sebagai
perbelanjaan awam.

❑Perbelanjaan kerajaan yang bersifat mengurus
merujuk kepada perbelanjaan awam.

**Manakala perbelanjaan kerajaan yang bersifat
pembangunan merujuk kepada pembentukan modal
tetap awam (pelaburan awam).

UNIT EKONOMI AE 025 51

iv) Perubahan Inventori

❑ Inventori atau barang stok ialah barang akhir

yang belum sempat dipasarkan atau barang

separuh siap atau barang perantaraan yang masih

dalam proses pengeluaran.

❑ Maka perubahan nilai stok perlu diambil kira

semasa mengira pendapatan negara berdasarkan

kaedah perbelanjaan.

❑ Perubahan nilai stok diperolehi dengan

menolakkan stok di akhir tahun daripada stok di

awal tahun.

(  Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun – jumlah

UNIT EKONOMI stok di aAEw02a5 l tahun ) 52

v) Eksport Bersih (X – M)

❑ Perbezaan di antara nilai eksport dengan nilai import.

❑ Eksport Bersih = Eksport – Import (X – M)

❑ Eksport adalah perbelanjaan pengguna luar negara
terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara.

❑ Import adalah perbelanjaan pengguna tempatan terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara
asing.

**Import ditolak daripada eksport kerana keluaran negara
hanya mengukur nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan dalam sesebuah negara.

UNIT EKONOMI AE 025 53

Menerusi kaedah perbelanjaan, jika kita
menjumlahkan C + I + G + ∆i + ( X – M ),
maka kita akan memperolehi KDNKhp.

Bagi memperolehi jumlah pendapatan negara
(KNBkf) maka kita perlu membuat beberapa
prosedur penukaran sehingga kita
memperolehi KNBkf.

UNIT EKONOMI AE 025 54

PROSEDUR PENUKARAN SEMASA
MENGIRA PENDAPATAN NEGARA
BERDASARKAN KAEDAH PERBELANJAAN

KDNKhp

KDNKkf – CTL
+ Subsidi
KNKkf + PFBLN

KNBkf – Susut Nilai

UNIT EKONOMI AE 025 55

CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA

MENGIKUT KAEDAH
PERBELANJAAN

UNIT EKONOMI AE 025 56

BIL BUTIRAN (kira semula) RM juta
4 500
1 Perbelanjaan penggunaan ( C ) 700
2 Perbelanjaan kerajaan ( G ) 800
3 Pelaburan kasar ( I )
5 Eksport barang dan perkhidmatan 1600 200
6 Import barang dan perkhidmatan 1400 0
7 Eksport bersih ( X – M )
8 Perubahan inventori 6 200
(500)
KDNKhp 200
8 Cukai tak langsung 5 900
9 Subsidi 200
6 100
KDNKkf (90)
10 Pendapatan faktor bersih luar negeri 6 010 57

KNKkf AE 025
11 Susut nilai
UNIT EKONOMI KNBkf

AMALAN PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA DI

MALAYSIA

MENGIKUT KAEDAH
PERBELANJAAN

UNIT EKONOMI AE 025 58

KDNKhp MENGIKUT PENDEKATAN PERBELANJAAN
( MENGIKUT HARGA TAHUN SEMASA )

BIL BUTIRAN RM JUTA
36,854
1 Perbelanjaan penggunaan awam 143,650
39,469
2 Perbelanjaan penggunaan swasta 40,746
1,592
3 Pembentukan modal tetap kasar awam 62,851

4 Pembentukan modal tetap kasar swasta 325,162

5 Perubahan dalam stok/inventori ** -25,627

6 Eksport barang dan perkhidmatan 419,266
Import barang dan perkhidmatan 356,415
7
8 Eksport bersih ( X – M )

KDNKhp

9 Pendapatan faktor bersih luar negeri

KNKhp 299,535

Sumber : Laporan Ekonomi 2000/2001

UNIT EKONOMI AE 025 59

**Perubahan nilai stok/inventori perlu
diambil kira semasa mengira pendapatan
negara berdasarkan kaedah perbelanjaan
amalan Malaysia.

Inventori atau barang stok ialah barang akhir
yang belum sempat dipasarkan atau barang
separuah siap atau barang perantaraan yang
masih dalam proses pengeluaran.

UNIT EKONOMI AE 025 60

Perubahan nilai stok diperolehi dengan
menolakkan stok di akhir tahun daripada
stok di awal tahun.

Nilai inventori = jumlah stok di akhir
tahun – jumlah stok di awal tahun

Nilai inventori perlu dicampurkan bagi
mendapatkan KDNKhp jika nilainya adalah
positif. Akan tetapi ianya perlu ditolakkan
jika nilainya negatif.

UNIT EKONOMI AE 025 61

Di Malaysia pengiraan mengikut kaedah
perbelanjaan, nilai KDNK dan KNK telah
dianggap sebagai pendapatan negara.

Ini adalah kerana sesetengah negara seperti
Malaysia mempunyai nilai PFBLN negatif
yang tinggi. Sekiranya dikira pendapatn
negara sehingga ke nilai KNB ia akan
menyebabkan nilai pendapatan negaranya
menjadi sedikit.

UNIT EKONOMI AE 025 62

b. Kaedah Keluaran
(Nilai ditambah)

Menerusi kaedah keluaran, pendapatan negara
dikira dengan menjumlahkan nilai–nilai bagi semua
keluaran akhir yang dihasilkan oleh ekonomi
tersebut atau dengan hanya menjumlahkan nilai-
nilai tambahan (nilai ditambah) yang terhasil dalam
setiap peringkat proses pengeluaran dalam tempoh
masa setahun.

Tujuan: Bagi mengelakkan berlakunya proses
pengiraan dua kali. Jika ini berlaku maka jumlah
pendapatan negara akan diperbesarkan.

UNIT EKONOMI AE 025 63

Nilai Ditambah

Nilai ditambah ialah peningkatan nilai
barang setelah melalui proses pengeluaran
dalam sesuatu kegiatan ekonomi sehingga
menjadi barang akhir.

UNIT EKONOMI AE 025 64

Contoh Pengiraan Nilai Ditambah

Keluaran Nilai Nilai ditambah
keluaran
Ulat sutera 12 000 – 0 = 12 000
Benang sutera 12 000 18 000 – 12 000 = 6 000

18 000

Kain sutera 28 000 28 000 – 18 000 = 10 000

Busana sutera 41 000 41 000 – 28 000 = 13 000

Nilai barang Akhir Jumlah nilai ditambah

= RM 41 000 = RM 41 000

Jumlah nilai bagi barang akhir = Jumlah nilai ditambah.

UNIT EKONOMI AE 025 65

Semasa mengira pendapatan negara kita harus
mengambil nilai barang akhir iaitu nilai bagi

busana sutera dan bukannya nilai bagi barang–

barang perantaraannya seperti ulat sutera,
benang sutera dan kain sutera.

Kita hanya mengambil kira jumlah nilai
ditambah bagi setiap barang yang berlaku

dalam proses penghasilan busana sutera tadi.

Ini bermakna nilai keluaran yang akan diambil
kira ialah RM 41 000.

UNIT EKONOMI AE 025 66

Contoh Pengiraan Nilai Ditambah
(Dengan Barang Import)

Keluaran Nilai Nilai ditambah
keluaran

Gandum
(Barang Import) 12 000 12 000 – 12 000 =0

Tepung 18 000 18 000 – 12 000 = 6 000
Gandum

Roti 28 000 28 000 – 18 000 = 10 000

Nilai barang Akhir Jumlah nilai ditambah
= RM 28 000 = RM 16 000

UNIT EKONOMI AE 025 67

• Gandum adalah barang import. Tepung gandum
ialah barang perantaraan dan roti adalah barang
akhir.

• Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan
ialah nilai ditambah yang bersamaan dgn nilai brg
akhir (roti) tolak nilai brg import (gandum), iaitu
RM28 000 – RM12 000 = RM16 000.

• Nilai gandum RM12 000 mesti ditolak kerana
gandum ialah brg import yang tidak dikeluarkan dlm
negara. Nilai tepung gandum RM18 000 tidak
dicampurkan kerana tepung gandum ialah barang
perantaraan.

UNIT EKONOMI AE 025 68

• Apabila proses pengeluaran tidak melibatkan
barang import sebagai input, jumlah nilai
ditambah bersamaan dgn jumlah nilai barang
akhir yang dikeluarkan dalam negara.

• Sebaliknya, jika proses pengeluaran
melibatkan barang import sbg input, jumlah
nilai ditambah bersamaan dgn jumlah nilai brg
akhir tolak jumlah nilai brg import.

UNIT EKONOMI AE 025 69

Mengikut kaedah keluaran, biasanya

sektor–sektor ekonomi akan dibahagikan

mengikut sektor–sektor tertentu.

Antaranya:

1 Sektor Utama

Sektor ini meliputi sektor
i. Pertanian, perikanan, perhutanan, penternakan
ii. Perlombongan dan kuari

UNIT EKONOMI AE 025 70

2 Sektor Kedua / Perindustrian

Sektor ini antara lainnya meliputi
i. Sektor perkilangan
ii. Sektor pembinaan
iii. Sektor pembuatan

UNIT EKONOMI AE 025 71

3 Sektor Ketiga / Perkhidmatan

Sektor ini meliputi sektor-sektor perkhidmatan
iaitu;
i. Elektrik, gas dan air
ii. Pengangkutan, penyimpanan dan

perhubungan
iii. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan

restoran
iv. Kewangan, insurans, hartanah dan

perkhidmatan perniagaan.
v. Perkhidmatan kerajaan
vi. Perkhidmatan lain

UNIT EKONOMI AE 025 72

AMALAN PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA DI

MALAYSIA

MENGIKUT KAEDAH
KELUARAN

SUMBER : LAPORAN EKONOMI 2000 / 2001

UNIT EKONOMI AE 025 73

KDNKhp MENGIKUT PENDEKATAN KELUARAN
(PADA HARGA TETAP 1987)

BIL BUTIRAN RM JUT
18 166
1 Pertanian, perhutanan, dan perikanan 14 058
67 551
2 Perlombongan dan kuari
7 137
3 Perkilangan 7 049
16 637
4 Pembinaan 31 081
24 749
5 Elektrik, gas dan air 14 749
15 678
6 Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan 14 432
4 920
7 Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran
207 34724
8 Kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan

9 Perkhidmatan kerajaan

10 Perkhidmatan – perkhidmatan lain

Tolak : Bayaran perkhidmatan bank yang dikenakan
Campur : Cukai import

KDNKUNIT EKONOMI hp AE 025

• Bayaran perkhidmatan bank harus ditolak bagi
mengelakkan masalah pengiraan dua kali.

• Ini adalah kerana pengiraan menggunakan kaedah
keluaran mempunyai nilai ditambah yang merupakan
bayaran kepada semua faktor-faktor pengeluaran yang
digunakan dalam proses pengeluaran termasuk
perkhidmatan yang dibayar oleh pengeluar-pengeluar
kepada bank dan ia termasuk bayaran perkhidmatan
bank.

UNIT EKONOMI AE 025 75

•Walaupun bayaran perkhidmatan bank telah
termasuk di dalam nilai keluaran sektor-sektor
tersebut, namun ia dimasukkan sekali lagi ke dalam
sektor kewangan.

• Ini bermakna nilai perkhidmatan bank telah dikira
sebanyak dua kali.

• Maka ia perlu ditolak.

UNIT EKONOMI AE 025 76

• KDNK yang dikira mengikut harga pasar maka
cukai tak langsung harus dicampurkan kepada nilai
keluaran yang dihasilkan oleh setiap sektor.

• Cukai import merupakan salah satu jenis cukai tak
langsung.

• Dalam pengiraan PN mengikut kaedah keluaran,
cukai import tidak dikira di dalam nilai keluaran
yang dihasilkan oleh sektor-sektor yang membayar
cukai import tersebut.

• Jadi, cukai import harus dicampurkan kepada nilai
keluaran sektor - sektor dalam ekonomi bagi
memperolehi KDNKhp.

UNIT EKONOMI AE 025 77

c. KAEDAH PENDAPATAN
(kos faktor)

Menerusi kaedah pendapatan, jumlah
pendapatan negara boleh dikira dengan
hanya menjumlahkan pendapatan yang
diterima oleh semua faktor – faktor
pengeluaran yang wujud dalam ekonomi.

UNIT EKONOMI AE 025 78

Wujud empat jenis faktor pengeluaran dalam
sesebuah ekonomi. Antara lain ianya meliputi
buruh, tanah, modal dan usahawan.

Setiap faktor pengeluaran tersebut masing –
masing menerima pendapatan dalam bentuk
upah dan gaji (buruh), sewa (tanah), kadar
bunga (modal) dan untung (usahawan).

UNIT EKONOMI AE 025 79

Upah dan gaji yang merupakan pendapatan yang
diterima oleh faktor buruh, dikenali juga sebagai
pampasan para pekerja. Jumlah ini telah termasuk
caruman ke KWSP.

Oleh itu, semasa mengira pendapatan negara
elemen caruman KWSP boleh diabaikan.

Tetapi apabila mengira pendapatan persendirian
(PP), elemen caruman KWSP perlulah ditolak
daripada item gaji dan upah.

UNIT EKONOMI AE 025 80

Sewa merupakan pendapatan yang diterima oleh
harta – harta tetap seperti tanah dan bangunan.

Bunga merupakan pendapatan kepada pemilik –
pemilik modal.

Dalam proses pengiraan pendapatan negara,
bunga yang diambil kira ialah bunga bersih.

Bunga bersih merupakan bunga yang tidak
meliputi bunga atas pinjaman pengguna dan
bunga atas pinjaman kerajaan.

UNIT EKONOMI AE 025 81

Bunga atas pinjaman pengguna merujuk kepada
pendapatan yang diterima oleh pemilik modal
kerana meminjamkan modal mereka kepada
pengguna untuk membeli barang – barang tahan
lama seperti kereta, alatan elektrik dan
sebagainya.

Manakala bunga atas pinjaman kerajaan pula
merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh
pemilik modal kerana meminjamkan modal
kepada kerajaan untuk membiayai perbelanjaan
lebihan kerajaan (tidak melibatkan proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan)

UNIT EKONOMI AE 025 82

Kedua – dua bunga tersebut tidak boleh
diambil kira dalam proses pengiraan
pendapatan negara kerana ianya dianggap
sebagai pendapatan yang tidak produktif, di
mana tidak menyumbangkan kepada
tambahan keluaran negara/pendapatan
negara.

Tetapi merupakan pendapatan kepada
individu yang telah mengeluarkan pinjaman
kepada pihak-pihak yang berkenaan.

UNIT EKONOMI AE 025 83

Untung yang diterima oleh para usahawan boleh

dibahagikan kepada dua jenis untung. Antaranya

pendapatan perusahaan persendirian dan
keuntungan syarikat.

Pendapatan perusahaan persendirian merupakan
untung yang diterima oleh para usahawan yang
mengendalikan perniagaan berbentuk milikan
tunggal, perkongsian dan koperasi.

Manakala keuntungan syarikat pula adalah untung
yang diterima oleh usahawan yang mengendalikan
perniagaan yang berbentuk syarikat – syarikat
awam.

UNIT EKONOMI AE 025 84

Keuntungan Syarikat

Keuntungan syarikat pula dapat
dibahagikan kepada beberapa komponen.

Antaranya :

( i ) cukai keuntungan syarikat,
( ii ) keuntungan yang tak dibahagi dan
( iii ) keuntungan yang dibahagi @ dividen.

UNIT EKONOMI AE 025 85

( i ) Keuntungan yang dibahagi @ dividen

Ia dibayar kepada individu yang
menyumbangkan modal.

( ii ) Keuntungan yang tak dibahagi &
cukai keuntungan syarikat

Tidak dibayar kepada individu
yang menyumbangkan modal tetapi
dianggap sebagai pendapatan negara.

* Jadi perlu diambil kira dalam pengiraan
pendapatan negara.

UNIT EKONOMI AE 025 86

Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa
terdapat 5 butiran yang diambil kira semasa
mengira pendapatan negara di bawah kaedah
Pendapatan, seperti;
1. Upah dan gaji (kasar),
2. Sewa,
3. Bunga bersih,
4. Keuntungan syarikat
5. Pendapatan perusahaan persendirian

UNIT EKONOMI AE 025 87

PERHATIAN !!!

Menerusi kaedah pendapatan, apabila 5
item tersebut dijumlahkan, maka kita akan
terus mendapat jumlah pendapatan negara
atau KNBkf.

UNIT EKONOMI AE 025 88

Semasa mengira pendapatan negara
berdasarkan kaedah pendapatan, semua
elemen pendapatan yang disifatkan sebagai
bayaran pindahan (pencen, biasiswa, bantuan
kebajikan, elaun serta pemberian saguhati dan
hadiah) tidak perlu diambil kira dalam proses
pengiraan.

Ini kerana kesemua bentuk pendapatan
tersebut disifatkan sebagai tidak produktif
kerana dianggap tidak membantu
meningkatkan jumlah keluaran negara.

UNIT EKONOMI AE 025 89

CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA

MENGIKUT KAEDAH
PENDAPATAN

UNIT EKONOMI AE 025 90

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN
NEGARA MENGIKUT KAEDAH
PENDAPATAN

BIL BUTIRAN RM JUTA

1 Upah dan gaji 3000
2 Bunga bersih 800
3 Sewa 300
4 Keuntungan Syarikat 830
5 Pendapatan perusahaan persendirian 550

KNBkf @ PN 5480

UNIT EKONOMI AE 025 91

c. Menerang dan menghitung konsep
pendapatan berikut:

i. Pendapatan Persendirian (PP)

Jumlah pendapatan yang diterima oleh
individu dalam ekonomi samada
daripada pendapatan faktor atau bayaran
pindahan untuk tempoh setahun
sebelum pembayaran cukai pendapatan
persendirian.

UNIT EKONOMI AE 025 92

PP terdiri daripada:

Pendapatan faktor: Bayaran atas faktor-faktor

1 pengeluaran yang digunakan dalam proses
pengeluaran. Contohnya : Upah @ gaji, sewa,

bunga, dan untung.

Pendapatan yang diterima oleh individu tanpa
melibatkan dirinya dalam suatu proses
pengeluaran tertentu.

2 Contohnya : Pelbagai bentuk bayaran pindahan

seperti pencen, biasiswa, elaun pengangguran,
zakat, elaun suri rumah tangga, bunga atas
pnjaman kerajaan / pengguna.

UNIT EKONOMI AE 025 93

KOMPONEN- Upah dan gaji
KOMPONEN Sewa
PENDAPATAN
PERSENDIRIAN Bunga Kasar
PPP
UNIT EKONOMI AE 025
Dividen
Bayaran
Pindahan

94

Cara mengira
Pendapatan Persendirian

PP = PN 1. KWSP 1. Bunga Atas
Pinjaman
UNIT EKONOMI 2. Cukai Kerajaan
Keuntungan ( BAPK )
Syarikat
+ 2. Bunga Atas
– ( CKS )
Pinjaman
3. Keuntungan Pengguna
syarikat yang ( BAPP )
tidak dibahagi
( KYTD) 3. Bayaran
Pindahan
AE 025
95

Cara mengira Pendapatan Persendirian daripada
Pendapatan Negara

Pendapatan Negara

Tolak: Caruman KWSP
Cukai Keuntungan syarikat
Keuntungan Yang Tak Dibahagi

Tambah: Bayaran Pindahan
Bunga Atas Pinjaman Kerajaan
Bunga Atas Pinjaman Pengguna

Pendapatan Persendirian (PP)

UNIT EKONOMI AE 025 96

Hubungan Pendapatan Negara dan
Pendapatan Persendirian

CARUMAN SEWA BAYARAN
KWSP UPAH & GAJI PINDAHAN
PENDAPATAN
CUKAI PERUSAHAN BUNGA ATAS
KEUNTUNGAN PERSENDIRIAN PINJAMAN
BUNGA BERSIH KERAJAAN
SYARIKAT
UNTUNG TIDAK DIVIDEN BUNGA ATAS
DIBAHAGIKAN PINJAMAN
PENGGUNA

UNIT EKONOMI AE 025 97

Untung yang tidak diagihkan dan cukai
keuntungan syarikat dianggap sebagai
pendapatan negara kerana ia tidak dibayar
kepada kepada individu yang telah
menyumbangkan modal dalam perniagaan
firma. Maka ia perlu ditolak drp akaun PP krn
ia tidak dianggap PP.

Manakala caruman KWSP tidak dianggap
sebagai PP kerana caruman tersebut tidak boleh
digunakan oleh individu selagi tidak
dikeluarkan.

UNIT EKONOMI AE 025 98

ii. Pendapatan Boleh Guna ( Yd )

Merupakan pendapatan persendirian yang boleh
dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan
atau ditabungkan.

Di mana, pendapatan persendirian yang ditolak
cukai pendapatan persendirian serta tolak Zakat
dan Insurans (Jika ada)

Ia biasanya digunakan oleh isi rumah untuk 2
tujuan, iaitu untuk perbelanjaan penggunaan
( C ) dan untuk tabungan ( S ).

UNIT EKONOMI AE 025 99

RUMUS PENDAPATAN
BOLEH GUNA ( PBG @ Yd )

PBG = Pendapatan Persendirian – Cukai
Pendapatan persendirian – Insurans dan
Zakat ( Jika ada ).

RINGKASNYA

PBG @ Yd = PP – CPP – Ins & Zkt

UNIT EKONOMI AE 025 100


Click to View FlipBook Version