iii. Pendapatan Per Kapita
Pendapatan purata bagi setiap penduduk di
sesebuah negara dalam tempoh masa setahun.
CARA MENGIRA PENDAPATAN PER KAPITA
Pendapatan Negara tahun t
PPK = -----------------------------------------------
Jumlah Penduduk tahun t
UNIT EKONOMI AE 025 101
Dikira mengikut harga semasa. Maka
dipengaruhi oleh perubahan tingkat harga
umum dan tidak tepat digunakan untuk
mengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pendapatan
per kapita benar dikira.
Pendapatan Per Kapita benar diukur mengikut
harga tetap yang tidak dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum dan dapat
digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara dengan tepat.
UNIT EKONOMI AE 025 102
CARA MENGIRA PENDAPATAN
BENAR PER KAPITA
Pendapatan Negara Benar tahun t
PBPK = --------------------------------------------------
Jumlah Penduduk tahun t
UNIT EKONOMI AE 025 103
Diberi maklumat;
Pendapatan Negara = RM10 550juta
Susut Nilai = RM500juta
Pendapatan faktor bersih luar negara = – RM1500juta
Cukai Tak Langsung = RM650juta
Subsidi = RM300juta
Caruman KWSP = RM1200juta
Cukai pendapatan persendirian = RM300juta
Cukai keuntungan syarikat = RM250juta
Dividen = RM1800juta
Keuntungan Syarikat = RM2400juta
Bayaran zakat = RM100juta
Bayaran pindahan = RM200juta
Bunga atas pinjaman kerajaan = RM80juta
Bunga atas pinjaman pengguna = RM40juta
Pendeflasi = 115
UNIT EKONOMI AE 025 104
a)Hitung KNKkf
b)Hitung KDNKhp
c)Hitung Pendapatan Persendirian
d)Hitung Pendapatan Boleh Guna
e)Hitung Pendapatan Benar Per Kapita, jika
jumlah penduduk = 18 juta orang
UNIT EKONOMI AE 025 105
JAWAPAN
a)Hitung KNKkf = KNBkf + SN
= 10 550 + 500
= RM 11 050 juta
b) Hitung KDNKhp
= KNKkf – PFBLN + CTL – SUB
= 11 050 – (-1500) + 650 – 300
= RM 12 900 juta
UNIT EKONOMI AE 025 106
c) Hitung Pendapatan Persendirian
Butiran RM JUTA
Pendapatan Negara @ KNBkf 10 550
( - ) Caruman KWSP 1 200
250
Cukai Keuntungan Syarikat 350
Keuntungan Syarikat yg Tidak
Dibahagi 8 750
200
( + ) Bayaran Pindahan 80
Bunga atas Pinjaman Kerajaan 40
Bunga atas Pinjaman Pengguna 9 070
Pendapatan Persendirian (PP)
UNIT EKONOMI AE 025 107
d)Hitung Pendapatan Boleh Guna
= PP – CPP – Bayaran Zakat
= 9 070 – 300 – 100
= RM 8 670 juta
UNIT EKONOMI AE 025 108
e)Hitung Pendapatan Benar Per Kapita, jika jumlah
penduduk = 18 juta orang
PN benar = IHP thn asas X PN semasa
IHP thn semasa
= 100 X 10 550
115
= RM 9 173.91 juta
Pendapatan Benar Per Kapita = PN benar
Jumlah Penduduk
= RM 9 173.91 juta
18 juta
= RM 509.66
UNIT EKONOMI AE 025 109
2.2
MASALAH – MASALAH
PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA
UNIT EKONOMI AE 025 110
➢Mengira pendapatan negara
merupakan satu proses yang rumit.
➢Timbulnya beberapa masalah
berkaitan, yang seterusnya
menjadikan proses pengiraan
tersebut menjadi lebih sukar.
UNIT EKONOMI AE 025 111
i MASALAH PENGUMPULAN DATA
▪ Di kebanyakan negara yang sedang membangun,
data dan maklumat berhubung kegiatan – kegiatan
ekonomi yang dijalankan tidak direkod dan
diselenggarakan dengan sempurna.
▪ Keadaan ini tentunya menyukarkan proses
pengiraan dijalankan sehingga satu taksiran kasar
terpaksa dibuat bagi tujuan tersebut.
▪ Ini menyebabkan hasil dapatan daripada proses
pengiraan tersebut tidak tepat atau tidak dapat
menggambarkan keadaan yang sebenarnya.
UNIT EKONOMI AE 025 112
ii MASALAH PENGIRAAN DUA KALI
▪ Sebagaimana yang diketahui dalam mengira
pendapatan negara, kita hanya menjumlahkan nilai
barang–barang akhir dan dan perkhidmatan yang
yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor ekonomi
produktif bagi mengelakkan masalah pengiraan dua
kali dan seterusnya menyebabkan nilai keluaran
negara menjadi lebih besar.
▪ Namun begitu, timbul satu masalah besar apabila
sukar untuk kita memisahkan secara jelas di antara
barang perantaraan dan barang akhir dalam ekonomi
terutamanya jika kedua–dua barang tersebut
sememangnya dipasarkan secara bersama.
UNIT EKONOMI AE 025 113
iii MASALAH BARANG DAN PERKHIDMATAN
YANG TIDAK DIPASARKAN
▪ Sebagaimana yang diketahui proses pengiraan
pendapatan negara hanya mengambil kira
penghasilan keluaran oleh sektor-sektor
ekonomi produktif yang mesti berada di pasaran
atau dipasarkan.
▪ Hanya mengambilkira nilai keluaran yang
dipasarkan sahaja. Di mana, kegiatan yang tidak
melibatkan pembayaran wang tidak diambilkira
walaupun produktif.
▪ Contoh: pertanian sara diri dan sistem barter
UNIT EKONOMI AE 025 114
iv MASALAH PERUBAHAN HARGA
▪ Bagi mempastikan ketepatan pengiraan
pendapatan negara menerusi masa, maka
faktor perubahan harga dan kualiti barang
haruslah diambil kira.
▪ Ini bermakna penggunaan indeks harga
pengguna sebagai pembolehubah yang
mengambil kira keadaan tersebut haruslah
diaplikasikan.
UNIT EKONOMI AE 025 115
▪ Namun begitu masalah timbul apabila pihak
perancang berhadapan dengan masalah untuk
membina indeks harga pengguna itu sendiri.
▪ Antara lain masalah tersebut merujuk kepada
kesukaran untuk memilih satu tahun asas
sebagai tahun perbandingan, pemilihan
barangan tertentu sebagai barang yang mampu
mewakili penggunaan masyarakat secara
keseluruhannya dan penentuan nilai wajaran
sebagai menggambarkan peruntukan
perbelanjaan pengguna ke atas barangan
tersebut.
UNIT EKONOMI AE 025 116
v MASALAH AKTVITI HARAM
▪ Wujud sesetengah keluaran yang disifatkan
sebagai produktif dan dipasarkan tetapi
disebabkan ianya tidak diiktiraf atau tidak
dibenarkan dari segi undang–undang, maka
tidak dapat dikira dalam pengiraan
pendapatan negara.
▪ Contohnya aktiviti perjudian, kegiatan
pelacuran, urusniaga dadah dan ganja,
urusniaga di pasaran gelap dan sebagainya.
UNIT EKONOMI AE 025 117
vi MASALAH PENGIRAAN SUSUTNILAI
▪ Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan
dengan tepat nilai susut nilai, kerana
kesukaran dalam menentukan jumlah
perbelanjaan barang modal yang haus dan
usang.
▪ Keadaan ini mungkin diburukkan lagi
apabila ekonomi tersebut tidak mempunyai
rekod dan data-data berkenaan dengannya.
UNIT EKONOMI AE 025 118
2.3
KEGUNAAN
DATA
PENDAPATAN NEGARA
UNIT EKONOMI AE 025 119
i. ALAT PENGUKUR KADAR
PERTUMBUHAN EKONOMI
⚫ Data pendapatan negara boleh digunakan
untuk mengira kadar pertumbuhan ekonomi.
⚫ Kadar pertumbuhan ekonomi dapat mengukur
pencapaian ekonomi sesebuah negara.
⚫ Jika kadar pertumbuhan positif, pencapaian
ekonomi adalah baik. Sebaliknya jika kadar
pertumbuhannya negatif, pencapaian ekonomi
tidak memberangsangkan.
UNIT EKONOMI AE 025 120
⚫ Kadar pertumbuhan ekonomi ditentukan
dengan membandingkan KDNK benar
sesuatu tahun dengan KDNK benar tahun
sebelumnya.
⚫ Kadar pertumbuhan ekonomi
= KDNK benar 1 - KDNK benar 0 X 100%
KDNK benar0
UNIT EKONOMI AE 025 121
ii. ALAT PENGUKUR KELUARAN
PELBAGAI SEKTOR EKONOMI
⚫ Data pendapatan negara mengikut kaedah
keluaran dapat digunakan sebagai alat
pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor
ekonomi dalam sebuah negara.
⚫ Sumbangan dan kepentingan relatif setiap
sektor dapat ditentukan.
⚫ Maklumat dan data tersebut dapat
digunakan oleh kerajaan untuk menggubal
dasar yang sesuai bagi mencapai matlamat
ekonomi yang telah ditetapkan.
UNIT EKONOMI AE 025 122
iii. ASAS MEMBUAT
PERANCANGAN EKONOMI
⚫ Data pendapatan negara yang terdiri
daripada jumlah pelaburan, perbelanjaan
penggunaan dan sebagainya dapat
digunakan oleh kerajaan dalam membuat
ramalan dan perancangan ekonomi yang
sesuai untuk tahun-tahun berikutnya bagi
mengubal dan melaksanakan dasar
ekonomi yang sesuai.
UNIT EKONOMI AE 025 123
iv. PETUNJUK PERUBAHAN
STRUKTUR EKONOMI
⚫ Menghitung keluaran negara mengikut
kaedah keluaran dapat menunjukkan
sumbangan setiap sektor dalam ekonomi.
⚫ Apabila data tersebut dibandingkan di antara
tahun, ia dapat memberi gambaran tentang
pertumbuhan yang berlaku dalam pelbagai
sektor ekonomi.
⚫ Maklumat itu dapat digunakan dalam
membentuk dasar - dasar kerajaan &
menjadi petunjuk perubahan struktur
ekonomi.
UNIT EKONOMI AE 025 124
Rumus mengira sumbangan mengikut sektor;
Sumbangan = Sektor Pertama X 100%
sektor pertama
KDNKhp
Sumbangan = Sektor Kedua X 100%
Sektor Kedua KDNKhp
Sumbangan = Sektor Ketiga X 100%
Sektor Ketiga KDNKhp
UNIT EKONOMI AE 025 125
v. ALAT PERBANDINGAN TARAF
HIDUP ANTARA MASA & NEGARA
Pendapatan negara boleh digunakan untuk
menghitung pendapatan perkapita benar.
Pendapatan perkapita benar boleh digunakan
untuk mengukur taraf hidup rakyat di sesebuah
negara.
Semakin tinggi pendapatan perkapita benar,
semakin tinggi taraf hidup rakyat begitulah
sebaliknya.
UNIT EKONOMI AE 025 126
PENDAPATAN BENAR PER KAPITA
Pendapatan Negara Benar tahun t
PBPK = --------------------------------------------------
Jumlah Penduduk tahun t
UNIT EKONOMI AE 025 127
2.4
KELEMAHAN DATA
PENDAPATAN NEGARA
❑ Membincangkan kelemahan data pendapatan
negara sebagai alat perbandingan taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
❑ Terbahagi kepada dua, iaitu;
i. Antara masa
ii. Antara negara
UNIT EKONOMI AE 025 128
i) ANTARA MASA
i. PERUBAHAN TINGKAT HARGA
• Bila jumlah keluaran meningkat, pendapatan
negara turut meningkat. Ini menyebabkan pendapatan
perkapita meningkat dan seterusnya taraf hidup turut
meningkat.
• Tetapi jika pendapatan negara meningkat
disebabkan oleh peningkatan harga umum, taraf
hidup rakyat dikatakan tidak meningkat, malah
berkurangan.
• Oleh itu, perbandingan pendapatan negara melalui
masa harus menolak kesan kenaikan dalam tingkat
harga umum dengan menggunakan pendapatan
negara benar (pendapatan negara mengikut harga
tetap).
UNIT EKONOMI AE 025 129
ii. PERUBAHAN KUALITI BARANGAN
▪ Melalui masa, barang dan perkhidmatan
mengalami perubahan dari segi kualiti dan
bentuk fizikal.
▪ Jika kualiti meningkat taraf hidup
meningkat.
▪ Namun demikian, nilai pendapatan negara
yang dihitung tidak dapat menggambarkan
perubahan kualiti barang dan perkhidmatan.
UNIT EKONOMI AE 025 130
iii. PERUBAHAN KOMPOSISI KELUARAN NEGARA
▪ Perubahan nilai pendapatan negara tidak menunjukkan
perubahan dalam komposisi keluaran sesebuah negara.
▪ Perkembangan teknologi dan inovasi membolehkan
lebih banyak jenis barang dan perkhidmatan baru
dihasilkan. Oleh itu taraf hidup masyarakat telah
meningkat kerana masyarakat dapat menikmati pelbagai
jenis keluaran yang baru.
▪ Namun demikian jika kenaikan dalam pendapatan
negara berpunca dari tambahan keluaran yang tidak
memberi manfaat dan faedah kepada rakyat, maka taraf
hidup akan menurun.
UNIT EKONOMI AE 025 131
iv. PERUBAHAN SAIZ DAN STRUKTUR PENDUDUK
▪ Pertambahan pendapatan negara benar melalui
masa tidak semestinya diikuti oleh peningkatan
pendapatan perkapita benar atau peningkatan
kebajikan masyarakat jika kadar pertambahan
penduduk melebihi kadar pertambahan pendapatan
negara benar.
▪ Sebaliknya pertambahan pendapatan negara benar
akan meningkatkan kebajikan masyarakat sesebuah
negara sekiranya kadar pertambahan pendapatan
negara benar melebihi kadar pertambahan penduduk
negara tersebut.
v. PERUBAHAN MASA REHAT
Umumnya, jika rakyat bekerja lebih masa,
jumlah keluaran dapat dihasilkan dengan lebih
banyak. Seterusnya meningkatkan pendapatan
negara. Namun, masa rehat rakyat akan
berkurangan menyebabkan taraf kebajikan rakyat
menurun.
Sebaliknya jika pendapatan negara menurun
disebabkan oleh penurunan masa bekerja, tetapi
rakyat mendapat pertambahan dalam masa rehat
mereka. Oleh itu taraf hidup rakyat negara tersebut
tidak menurun.
UNIT EKONOMI AE 025 133
vi. PERUBAHAN EKSTERNALITI NEGATIF
❖ Jika peningkatan pendapatan
negara mengakibatkan eksternaliti
negatif seperti masalah pencemaran
& kesesakan lalulintas, ia akan
menjejaskan taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
UNIT EKONOMI AE 025 134
ii) ANTARA NEGARA
i. PERBEZAAN KOS HIDUP
Tingkat harga umum dan kos hidup antara
sesebuah negara adalah berbeza dengan negara
lain. Misalnya, kos hidup di Jepun adalah lebih
tinggi berbanding dengan Malaysia.
Bagi negara yang mempunyai kos hidup dan
tingkat harga umum yang rendah, taraf hidup
rakyat lebih tinggi daripada negara-negara yang
pendapatan per kapitanya tinggi tetapi perlu
membayar kos pengangkutan, sewa dan
makanan yang lebih tinggi.
ii. PERBEZAAN MASA REHAT
Masa kerja lama - pendapatan negara
tinggi, kebajikan rakyat rendah sebab
masa rehat kurang (cth; Jepun &
Hong Kong)
Masa kerja kurang - pendapatan
negara rendah, kebajikan rakyat
tinggi sebab masa rehat banyak
(negara-negara membangun)
UNIT EKONOMI AE 025 136
iii. PERBEZAAN KOMPOSISI KELUARAN NEGARA
Negara maju, pendapatan negaranya tinggi tetapi
sebahagian besar daripada perbelajaannya
digunakan untuk tujuan ketenteraan, jadi taraf
hidup rendah.
Negara membangun pendapatan negaranya
rendah, tetapi sebahagian besar daripada
pendapatannya digunakan untuk tujuan
mengeluarkan barang penggunaan dan modal, jadi
taraf hidup akan meningkat.
iv. PERBEZAAN AGIHAN PENDAPATAN
Pendapatan negara A Taraf hidup
tinggi, agihan rendah
pendapatan tidak
setara. Taraf hidup
relatif lebih
Pendapatan negara B
tidak begitu tinggi tinggi.
tetapi agihan
pendapatannya 138
setara.
UNIT EKONOMI AE 025
v. PERBEZAAN KEGIATAN PRODUKTIF YANG
TIDAK DIAMBILKIRA DALAM PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA
Pengiraan pendapatan negara sebagaimana yang
diketahui adalah berasaskan kepada nilaian
wang. Sebagai contoh, di bawah kaedah
pendapatan, nilai pendapatan negara dikira
berdasarkan jumlah pendapatan wang yang
diterima oleh faktor – faktor tertentu dalam
ekonomi tersebut.
Keadaan ini tidak begitu relevan pada setiap
keadaan. Ini disebabkan :
Tidak semua faktor pengeluaran yang digunakan
dalam ekonomi diberi ganjaran tertentu. Sebagai
contoh suri rumah tangga. Meskipun khidmat yang
mereka berikan sebenarnya disifatkan sebagai
produktif tetapi oleh kerana ianya tidak diberi apa –
apa ganjaran atau pendapatan, maka khidmat atau
keluaran mereka tidak diambil kira dalam pendapatan
negara.
Keadaan ini amat berbeza jika suri rumah itu bekerja
sebagai pembantu rumah dan diberi gaji oleh
majikannya. Begitu juga pemilik tanah, bangunan
atau modal yang menggunakan sendiri aset – aset
tersebut dalam proses pengeluarannya.
UNIT EKONOMI AE 025 140
Pengiraan pendapatan negara juga tidak sesuai
pada setiap keadaan kerana terdapat sesetengah
kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan
wang atau pendapatan, sebaliknya dibayar dengan
dengan unsur – unsur bukan wang atau upah
bukan wang.
Contonya amalan kegiatan gotong royong yang
diamalkan di kampung – kampung yang mana
ganjarannya adalah dalam bentuk saling berbalas
bantuan @ tenaga atau hanya diberi makan –
minum sahaja sebagai upah.
UNIT EKONOMI AE 025 141
vi. PERBEZAAN SAIZ DAN STRUKTUR PENDUDUK
Pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna tingkat
kebajikan masyarakat adalah tinggi kerana jumlah
penduduk sesebuah negara belum diambil kira.
Sebagai contoh, walaupun negara China mempunyai
pendapatan negara yang jauh lebih tinggi daripada
Malaysia, namun KDNK per kapita negara China hanya
USD2969 berbanding dengan Malaysia yang menikmati
KDNK per kapita sebanyak USD8068 (Laporan Ekonomi
2008/2009).
Keadaan ini menunjukkan tingkat kebajikan masyarakat
Malaysia lebih baik berbanding dengan negara China.
vii. PERBEZAAN JUMLAH GUNATENAGA
DAN PENGGANGGURAN
➢ Pendapatan perkapita tidak dapat
menggambarkan tingkat guna tenaga dalam
sesebuah negara.
➢ Oleh itu walaupun negara itu mempunyai
tingkat pendapatan perkapita yang tinggi, taraf
hidup rakyatnya tidak semestinya tinggi jika
negara itu mempunyai kadar pengganguran
yang tinggi.
viii. PERBEZAAN EKSTERNALITI NEGATIF
➢ Jika kemajuan ekonomi di negara maju
mewujudkan ekstenaliti negatif seperti
masalah pencemaran alam sekitar yang lebih
serius daripada negara kurang maju, nilai
pendapatan negara yang lebih tinggi di
negara maju tidak dapat menggambarkan
tingkat kebajikannya melebihi negara kurang
maju.
Jawapan
Butiran RM juta
17 568
Perbelanjaan penggunaan awam 56 288
16 269
Perbelanjaan penggunaan swasta 39 446
299
Pelaburan kasar awam (9 561)
Pelaburan kasar swasta 120 309
(18 972)
Perubahan inventori
612
Eksport bersih (6 714)
95 235
Eksport barang dan perkhidmatan (1 115)
( – ) Import barang dan perkhidmatan 94 120 145
(a) KDNKhp
Cukai tak langsung
Subsidi
PFBLN
(b) KNKkf
Susut nilai
UNIT E(KcON)OKMINBkf AE 025