Tajuk / Genre 1. Hikayat Hang Tuah – Majapahit Bincangkan Kebolehan Luar B Jelaskan Sifat Kepahlawanan / Majapahit (2015) Jelaskan Pendirian Pengarang Jelaskan Aksi Pertikaman Han Tiga Ciri Karya Epik / Jelaskan Pertarungan HT & TS (Petikan Perwatakan HT (2021) Mengangkat Keagungan Mela 2. Hikayat Hang Tuah – Benua Keling / China 3. Hikayat Pelanduk Jenaka Huraikan Kepintaran Strategi Bincangkan Unsur Moral (201 Jelaskan Unsur Negetif Dan Po Watak perwatakan / Unsur pe 4. Hikayat Nabi Wafat Huraikan Peristiwa Penting Ya Kemukakan Lima Inti Pati Sab Galurkan Kejadian Yang Berla Bincangkan pemikiran yang te 5. Tajus Salatin Bincangkan Syarat Pegawai (2 Nyatakan Lima Syarat Yang Ha Terangkan Syarat Yang Harus Bincangkan amalah seorang p Akibat jika raja tidak mematu
Soalan Biasa Hang Tuah (2013) / Tanggungjawab Anda Sebagai Pahlawan Pada Negara- Kisah g Terhadap Orang Melayu Dan Orang Jawa – Kisah Majapahit (2017) ng Tuah Dengan Taming Sari Sehingga Membawa Kematian (2017) Empat Kehebatan Hang Tuah (2019) n)- tempat dan majlis peristiwa berlaku / Mengapa HT bertukar keris / aka jauh lebih tinggi berbanding Majapahit.(2022) SADR Dalam Menyelesaikan Masalah (2015) 16) ositif (2019) engajaran (2021) ang Berlaku (2014) da Rasulullah Kepada Sidang Jumaah / Bincangkan Unsur Didaktik (2016) ku Ke Atas Nabi (2018) erdapat dalam Hikayat Nabi Wafat (2020) 2013) arus Dipelihara Raja/ Bincang Tiga Darinya (2014) Dipelihara Oleh Pegawai Raja (2018) pegawai dalam pentadbiran berdasarkan petikan (2020) hi syarat (2022)
3 BAHAGIAN PROSA TEKNIK MENJAWAB PROSA TRADISIONAL / PROSA MODEN Cara jawab prosa (pelajar akan didedahkan cara menjawab mengikut kod warna) 1. Fakta (nama watak tak boleh ada dalam fakta. Nama watak perlu diletak dalam huraian) 2. Huraian tentang fakta / Perbincangan / ulasan / jelaskan (ikut kehendak soalan) 3. Contoh peristiwa (jika puisi pelajar gunakan puisi sebagai contoh. Tapi untuk prosa pelajar perlu menggunakan peristiwa yang berkaitan dengan fakta/watak untuk dijadikan contoh.) 4. Kesan / Kepentingan - jika perlu 5. Kesimpulan kecil * bergantung kepada kehendak soalan Nota di bawah adalah fakta dan huraian cerita. Pelajar perlu pandai menggunakannya untuk sesuaikan dengan kehendak soalan. Ikut cara menjawab seperti di bawah. PENDAHULUAN (cara menulis pendahuluan – konsep, tema fakta = Lengkap 2M = Tak lengkap 1M - Perihal watak = Mewakili 1M - Isi-isi penting = Mewakili 1M Atau Contoh Sastera Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno dan kadang-kala sukar untuk difahami. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Hang Tuah merupakan pahlawan Melayu dan dikatakan memiliki sifat kepahlawanan, keberanian, kebijaksanaan dan pandai berbahasa.
4 Contoh 2 Menurut Kassim Ahmad (1962), Kesusasteraan Epik dikenali sebagai Kesusasteraan Kepahlawanan. Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Watak yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya. Watak Utama iaitu Hang Tuah dikatakan memiliki sifat kepahlawanan, keberanian, kebijaksanaan dan pandai berbahasa. Atau Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap perkembangan cerita karya epik. TEMA – idea utama Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis. Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel/ cerpen / drama. Tema berpunca dari pelbagai aspek kehidupan manusia dan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu pengalaman, konflik dan ilham. Tema juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu tema 1. perwatakan, 2. psikologi, 3. peristiwa, 4. adat resam, 5. sejarah, 6. sosial, 7. politik, 8. alam dan agama atau ketuhanan. Contoh jawapan: Cerpen / Drama / Novel ……………… karya ……………. Ini membawa tema kemanusiaan. Ia menceritakan karenah masyarakat ………………
5 Contoh Menjawab Tema Hikayat Hang Tuah bertemakan kepahlawanan bangsa Melayu. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Hang Tuah dikaitkan dengan kepahlawanan, kewibawaan @ kedaulatan negeri Melaka. Sifat kepahlawanan Hang Tuah melangkaui dunia luar seperti Cina, Majapahit dan Benua Keling ini mengangkat kerajaan Melayu Melaka di mata dunia luar. Contoh peristiwa yang melambangkan kepahlawan Hang Tuah dapat dilihat menerusi pertarungan beliau dengan Taming Sari di Majapahit. Hang Tuah dapat mengalahkan Taming Sari yang mengamuk menerusi kepandaiannya bermain senjata dan kepintarannya sehingga beliau Berjaya merampas keris Taming Sari. Akhirnya Taming Sari yang kebal itu Berjaya dibunuh oleh Hang Tuah. Oleh itu, semangat kepahlawanan yang dimiliki Hang Tuah mampu mengangkat martabat beliau dan bangsa Melayu di mata dunia. Cerpen Usia Emas bertemakan tentang kehidupan manusia di usia emas. Kehidupan usia emas bukanlah satu kelebihan atau anugerah hidup, tetapi ia adalah satu pinjaman dan sentiasa dipenuhi dengan amal ibadat. Warga emas juga perlu disayangi oleh anak-anak, sahabat dan jangan dilupakan. Hal ini ditekankan dalam dialog Cikgu Baharum dengan wartawan. Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan. Beliau juga menekankan bahawa orang-orang tua sepatutnya dijaga oleh anak-anak dan bukan diletakkan di rumah orang tua. Jika amalan setia kawan, menghormati dan menyayangi ibu bapa diamalkan, maka hubungan dapat terjalin dengan erat dan mesra. Oleh itu, usia emas perlu dipenuhi dengan beribadat dan melakukan amalan yang baik mendapat balasan yang baik. PERSOALAN merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot. Contoh jawapan : Persoalan tentang menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia seseorang. Jika amalan menjaga kesihatan diamalkan nescaya hidup seseorang itu akan bertambah ceria dan akan menyebabkan seseorang itu akan berasa sihat dan kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya, terbukti sejak zaman muda beliau akan bangun seawal 5.00 pagi untuk melakukan mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119). Oleh itu menjaga kesihatan penting agar badan kita sentiasa kekal sihat dan dapat melakukan perkerjaan harian dengan baik. FAKTA HURAIAN ULASAN KESAN /K.KECIL CONTOH FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG KESAN /K.KECIL CONTOH KESAN /K.KECIL ULASAN / BINCANG CONTOH HURAIAN FAKTA
6 CONTOH KE DUA Pemimpin yang pintar dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul. Pemimpin yang bijak ialah pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah menggunakan akal fikirannya. Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara. Ketaatan Suami / Isteri kepada Suami/Isteri / Pengorbanan sorang isteri / suami. Taat dan bekorban merupakan nilai patuh dan sanggup melakukan apa saja demi orang yang disayang. Pengorbanan dan kesetiaan penting bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga dan keluarga. Pengorbanan / kesetiaan yang ditonjolkan seorang isteri dapat membantu suami menghadapi dugaan dan masalah yang berlaku. Hal ini dapat dilihat melalui ……………………………. Kesabaran. Kesabaran adalah sifat redho dan betah menahan segala halangan dan dugaan. Kesabaran yang tinggi dalam diri dapat meningkatkan lagi ketakwaan seseorang kepada Tuhan. Hal ini dapat dilihat pada watak ……Contohnya…………… Ketakwaan / Beriman. Ketakwaan dan mengerjakan segala suruhanNya serta meniggalkan segala laranganNya penting agar hidup kita selamat di dunia mahupun di akhirat. Keimanan yang utuh juga akan menjadikan kita lebih berani menghadapi segala dugaan hidup dan tabah mengharungi segala rintangan. Menerusi watak ……………. dalam cerpen …………………………. Contohnya…… Keagamaan. Satu pegangan yang teguh kepada ajaran Islam. Setiap orang akan melaksanakan segala perintah Tuhan. Hal ini dapat dilihat…….Contoh…. Peperangan membawa kemusnahan. Sikap rakus dan gila kuasa manusia yang ditonjolkan melalui peperangan penting bagi menyedarkan kita, bahawa peperangan hanya menyebabkan kecederaan, kematian, kemusnahan harta benda dan kehilangan orang yang kita sayang. Ia juga melibatakan kehilangan nyawa yang tidak berdosa seperti kanak-kanak. Ramai yang menjadi mangsa terkena bom, peluru berpandu dan tembakan. Persoalan/pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang melalui ……………………… jelas iaitu peperangan hanya membawa kemusnahan dan kerugian bagi manusia. Contoh….. UNSUR KERELEVANAN Bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topik yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu yang ditulis dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu krisis kejatuhan ekonomi yang sedang melanda. FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG CONTOH KESAN /K.KECIL
7 MAKNA HARAFIAH Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut juga makna tersurat MAKNA TERSIRAT Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah karya memang Terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang NILAI Contoh menjawab soalan nilai Pemimpin yang bertanggungjawab / Amanah. Sikap tanggungjawab yang ada dalam diri pemimpin menjadikan pemimpin itu dapat memikul segala bebanan pengurusan dengan baik. Pemimpin yang bertanggungjawab akan memastikan lahirnya masyarakat yang maju dan sejahtera. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wujud ketidakadilan dan ini memberi kesan dalam usaha pembangunan sesebuah masyarakat. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Rasulullah (S.A.W), walaupun baginda mengetahui bahawa baginda akan kembali kerahmatullah, Baginda masih lagi menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah kepada ahli jemaah. Baginda juga berwasiat kepada ahli Jemaah/umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim. Oleh itu, nilai bertanggungjawab / amanah perlu ada dalam diri setiap pemimpin agar masyarakat dan negaranya berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Percaya kepada Alam barzakh/Alam kebangkitan. Alam barzakh merupakan kehidupan selepas mati yang ada dalam rukun Iman orang Islam. Manusia yang hidup pasti melalui alam kubur dan seterusnya ke alam barzakh seperti yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan kepercayaan terhadap syurga dan neraka iaitu tempat terakhir bagi manusia kelak. “Aku” menggambarkan tentang alam kubur yang menjadi sempit sunyi dan gelap sekiranya seseorang yang hidup tidak mengikut perintah Allah. “Aku” juga tersedar dari tidur dan merasakan dirinya seperti berada di alam barzakh. “Aku” juga membayangkan ibu bapanya yang telah meninggal dunia berada disyurga. Oleh itu, dengan adanya nilai beriman dalam diri “Aku”, maka “Aku” dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaannya kepada Tuhan. FAKTA FAKTA HURAIAN CONTOH ULASAN / BINCANG KESAN /K.KECIL HURAIAN ULASAN / BINCANG CONTOH KESAN /K.KECIL
8 A. KEMANUSIAAN TAKRIFAN: Nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh seseorang watak kepada watak lain dalam sesebuah karya sastera, ianya berkait rapat dengan isu yang diketengahkan oleh pengarang. Contoh: Belas kasihan, simpati, kesetiaan, kecekalan, kerajinan, kejujuran, mengenang budi dan sebagainya. Nilai Kasih-sayang. Kasih sayang merupakan nilai murni yang terpenting dalam kehidupan kita bagi menjamin kebahagiaan. Nilai Sabar/Tidak bertindak terburu-buru. Setiap individu / Masyarakat perlu mempunyai sikap sabar dalam menangani sesuatu masalah. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu. Sikap sabar dapat mengatasi segala masalah dengan baik dan berkesan. B. KEMASYARAKATAN TAKRIFAN : Keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesuatu karya sastera sama ada dalam cerpen, novel, drama ataupun sajak. Antara contoh nilai kemasyarakatan seperti, mementingkan kerjasama, tolong-menolong, mementingkan nilai ketimuran, semangat kejiranan. C. KEAGAMAAN / MORAL TAKRIFAN : Nilai yang termaktub dalam ajaran agama dan juga dalam sesbuah masyarakat atau juga sikap atau cara kelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Patuh kepada ajaram agama/ Beriman kepada Tuhan. Pegangan agama memang dituntut bagi semua manusia tidak mengira bangsa. Seseorang yang patuh kepada agama akan mendapat ketengan dalam hidupnya walaupun, dia berada di dalam kesusahan. Insaf apabila melakukan kesalahan / kembali ke pangkal jalan. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tetapi apabila kita sedari, kita harus kembali ke pangkal jalan. Sedia memaafkan kesalahan orang lain. Bagi manusia yang tinggi budi, akan bersedia memaafkan kesalahan orang lain walaupun seberat manapun kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya. Contoh Berusaha berjuang bersama-sama untuk kemajuan masyarakat. Kemajuan masyarakat dan negara akan dapat dicapai dengan mudah jika setiap ahli masyarakat bersatu padu... Mementingkan agama. Umat Islam sepatutnya mempunyai iman yang teguh agar tidak terdorong bagi melakukan perkara-perkara yang mungkar / syirik/ bercanggah dengan agama. Sikap ketakwaan ini jelas terpancar melalui watak…….
9 LATAR Memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwadan watak-watak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentukfizikal seperti sebuah kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu. a. Tempat: Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku b. Masa /Suasana: Iaitu bila (zaman / musim) sesuatu peristiwa itu berlaku c. Masyarakat / Keadaan: Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti agama, emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang digambarkan sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita. Contoh menjawab latar Pemimpin / Masyarakat yang pintar / bijak dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul. Pemimpin yang bijak mampu menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan masalah dan menguruskan pemerintahannya dengan baik. Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara. PLOT (ALUR) DAN PERISTIWA Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam pembinaan plot, pengarang berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan pengarang sendiri Plot terbahagi kepada dua 1. Plot Kronologi- ikut urutan masa 2. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa. FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG CONTOH KESAN /K.KECIL
10 JENIS PLOT Faisal Tehrani membahagikan tiga jenis plot 1. Plot konflik berteraskan karektor 2. Anti plot 3. Gabungan plot konflik berteraskan karektor dan Anti plot Dr. Fatimah Busu membahagikan beberapa jenis plot 1. Plot Dasar, Plot Longgar, Plot Konvensional, 2. Plot Organik, Plot Kusut, Plot Zig, Plot Episzodik, 3. Plot kecil, Plotless (tidakBerplot), Plot Berbilang ISTILAH-ISTILAH DALAM STRUKTUR PLOT a. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – Bahagian pengenalan, memberi keterangan tentang watak, latar dan fakta-fakta lain yang perlu untuk memahami drama/cerpen b. PENIMBULAN KRISIS Selepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Krisis ialah suatu titik di mana unsur-unsur yang bertentangan antara watak muncul dan akan menimbulkan konflik. Ini akan dilihat dalam aksi watak. Plot akan berubah c. KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit. d. KONFLIKS Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian pembaca. Konflik terbahagi kepada 5 jenis 1. Konflik dalam diri 2. Konflik dengan watak lain 3. Konfilk dengan masyarakat 4. Konflik dengan unsur alam 5. Konflik dengan nasib dan taqdir KONFLIKS Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu Konflik masyarakat dengan sifat invidualistik / tamak Konflik masyarakat / pemimpin dengan wang Konflik kejatuhan nilai mata wang / ekonomi konflik perbezaan cara hidup
11 Cerpen Melankolik Di atas Rumput Konflik peperangan Konflik penindasan / kezaliman golongan yang lemah Konflik diri “Aku” Konflik “Aku” dengan perasaan aku terhadap orang yang memerlukan – Thailand, Indonesia, Afghanistan, Konflik keagamaan- penindasan terhadap kaum Islam Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan Konflik sikap masyarakat terhadap alam sekitar/ sungai Konflik kehidupan masyarakat ikan Konflik ketamakan manusia mencari rezeki Konflik pencemaran di sungai Cerpen Di Sebalik Sirat Makna Konflik guru dengan bekas pelajar Konflik perbezaan pendapat Konflik perbezaan jawatan dan kedudukan Konflik perbezaan cara mengatasi masalah disiplin/pelajar Drama Asiah Samiah Konflik diri dengan masalah yang dihadapi Konflik cinta terhalang Konflik perbezaan darjat / kufu Konflik perbezaan pendapat tentang perjuangan / mempertahankan hak- Anas dan Marga Konflik penindasan / kezaliman yang dilakukan oleh golongan kaya Konflik fahaman yang mementingkan kekayaan/jenama luar Contoh menjawab konflik Konflik guru bersama bekas pelajar. Cikgu Ibau merupakan guru kepada Cikgu Nazskir suatu ketika dahulu. Beliau pernah menghukum Cikgu Nazskir ketika beliau menjadi guru disiplin. Namun kini Cikgu Nazskir telah kembali ke sekolah dengan memegang jawatan PK HEM dan Cikgu Ibau yang sebagi guru disiplin bekerja di bawah seliaan PK HEM. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa kurang selesa dalam diri Cikgu Ibau. Konflik timbul apabila cara menyelesaikan masalah disiplin sangat berbeza di antara Cikgu Ibau dan Cikgu Nazskir. Prinsip Cikgu Nazskir yang suka bertindak secara diplomasi semasa menyelesaikan masalah disiplin murid-muridnya telah tidak disukai oleh guru Ibau yang tidak suka cara berlembutnya itu. Mereka mengatakan dia hanya ada kelulusan bukan pengalaman. Oleh itu, konflik ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Cikgu Ibau. FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG CONTOH KESAN /K.KECIL
12 e. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak –konsentrasi yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik bertukar menjadi aksi menurun f. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan. Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya. g. SURPRISE – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca h. KETEGANGAN [SUSPENS] Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca. Merupakan kemuncak ingin tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud apabila terdapat peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi watak di mana penonton akan memberi perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat audien. Mereka tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya atau membuat ramalan-ramalan sendiri tentang kesudahannya. I KETEGANGAN AKHIR Merujuk kepada banyangan harapan yang kadang-kadang muncul sebelum kata strofa dalam sesebuah tragedy. Adanya ketegangan akhir membuatkan audien akan menunggu hingga pementasan tamat. WATAK DAN PERWATAKAN Dalam sesebuah cerpen, novel, dan drama banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan akibat (cause and effect) – seterusnya wujudnya plot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya. Gambaran di beri menerusi: Peranan Watak Perwatakan Latar dan sejarah watak Sifat Dalaman Sifat Luaran
13 Contoh Menjawab Watak Perwatakan / Hang Tuah Sebagai Tokoh Epik / Kehebatan Epik Pertama, mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Kebolehan menguasai pelbagai bahasa ini, menyebabkan beliau dipilih oleh Sultan Melaka untuk menjadi utusan ke Benua Keling. Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram untuk menjawab pertanyaan Raja Keling. Kebolehannya menimbulkan rasa kagum kerana tidak semua menteri di Benua Keling mahir dan menguasai bahasa tersebut. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Tanpa kecekapan berbahasa nescaya Hang Tuah tidak dapat menjadi utusan dan dikagumi oleh Kisna Rayan. Oleh itu, kemampuan bijak menguasai ilmu berbahasa adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik. Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita. Perwatakan ialah gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan, perasaan, latar belakang, cara berfikir dan lain-lain. Watak ialah manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita. Contoh, manusia, haiwan, tumbuhan, benda, makhluk asing dan lain-lain. Perwatakan. Gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan, perasaan, latar belakang, cara berfikir dan lain-lain. Watak. Manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita. Contoh, manusia, haiwan, tumbuhan, benda, makhluk asing dan lain-lain. Watak Utama. Merupakan watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis. Watak Sampingan. Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita. Protagonis. Watak utama dalam sesebuah karya (boleh diwakili oleh watak baik atau watak jahat). Watak Protagonis merupakan watak yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Antagonis. Pihak yang menentang watak utama sehingga munculnya konflik. Bulat/bundar. Memiliki sifat-sifat manusia biasa seperti alim, cemburu, bengis, sopan, dengki dan lainlain. Watak yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah. FAKTA HURAIAN CONTOH ULASAN KESAN /K.KECIL
14 Dinamik. Watak yang sentiasa berubah dan memajukan dirinya daripada keadaan kurang baik kepada yang lebih baik. Contoh, watak pencuri berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk ilahi. Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Kodi. Watak pembantu yang berada di sekitar watak utama dan sifatnya hampir sama dalam semua cerita, spt. dayang yang setia, putera raja yang kacak dan sakti, khadam yang bodoh pandai, ibu tiri yang kejam dll. Statik. Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan dari awal hingga akhir cerita spt. seorang pencuri terus mencuri hingga ke pengakhiran cerita walaupun sesudah di penjara. Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita. Putih. Watak yang senriasa melakukan tindakan positif, baik dan disenangi oleh watak lain. Hitam. Watak negatif yang sentiasa melakukan tindakan yang disenangi oleh watak lain. Pipih. Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita. Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita, iaitu: 1. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis. 2 Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watak-watak ini cenderung berpihak kepada antagonis. SUDUT PANDANGAN Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalamkarya mereka - Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya - Berada di luar cerita - Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa menyerapkan diri dalam watak-watak novel Terdapat 4 jenis sudut Pandangan a. ORANG PERTAMA: Pengarang terlibat secara langsung dalam karyanya dengan meresapkan diri ke dalam watak karya menggunakan gantinama “aku”.
15 b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU: Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa pengajaran tafsiran atau memberi hukuman kepada watak-watak terlibat. Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai olehwatak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak c. ORANG KETIGA TERBATAS: Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak terperinci d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF: Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Pengarang berada di luar karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan. TEKNIK Teknik penceritaan merujuk kepada cara penyampaian yang digunakan oleh pengarang untuk mengemukakan tema cerita dan persoalan-persoalan melalui stail penulisan yang sesuai dan tepat. Pemilihan teknik penceritaan yang sesuai penting dalam melancarkan perkembangan cerita agar Nampak keberkesanan persembahannya. Untuk menjawab Teknik perlu ada fakta teknik, huraian kepada maksud Teknik, contoh dan kesan. Contoh menjawab soalan teknik adalah seperti berikut: Soalan Petikan 1. “kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya. “Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena cahaya matahari. Baru selamat.” Teknik Dialog. Dialog ialah perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak membicarakan tentang apa-apa sahaja perkara. Perbualan antara wartawan dan Cikgu Baharum tentang perlunya pergi kerja awal pagi. Penggunaan teknik penceritaan dialog adalah mendatangkan kesan realistik dalam perkembangan jalan cerita. Antara teknik penceritaan yang sering digunakan di dalam cerpen dan drama ialah :- FAKTA HURAIAN CONTOH KESAN /K.KECIL
16 a. PEMERIAN / NARATIF: Pengarang menggambarkan sesuatu samada keadaan alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam bentuk wacana dan tidak melibatkan unsur-unsur dialog, monolog dan monolog dalaman Tujuan teknik ini digunakan oleh pengarang ialah untuk memberitahu, memerikan, menjelaskan sesuatu. Penggunaan teknik ini begitu ketara dalam menceritakan watak, latar dan peristiwa. Pengarang secara ironis memberikan gambaran bagaimana ………. Sesuatu teknik pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup dalam menceritakan watak, latar, peristiwa yang dialami oleh watak dalam sesebuah cerpen. Teknik ini sering ditampilkan dalam karya ini untuk mencetuskan gambaran tentang sesuatu perkara serta menimbulkan gaya imaginasi sesebuah karya. Penceritaan secara langsung oleh pengarang tentang sesuatu hal dengan lengkapnya. Teknik ini digunakan berulang kali agar pembaca mendapat gambaran jelas tentang watak / peristiwa / latar tertentu. Pemerihalan secara terperinci ini dapat dilihat melalui ………………………. dalam cerpen ……………. b. DIALOG: Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya sastera Boleh dikatakan sebagai nadi yang menggunakan sesebuah cerita kerana keaslian karya banyak bergantung kepada dialog yang dituturkan. Beberapa petikan dialog dalam cerpen dapat membuktikan kenyataan tersebut. Teknik ini jelas dipergunakan dengan baiknya oleh pengarang. Dialog yang digunakan oleh pengarang bukan sahaja bersesuaian dengan tahap pemikiran dan perasaan watak yang terlibat, malah bersesuaian dengan suasana latar yang disampaikan. Hal ini banyak sekali dipaparkan oleh pengarang melalui perbualan antara …………. dengan ……… Contoh Terdapat banyak dialog yang digunakan dalam cerpen ini untuk menghidupkan kelangsungan cerita. Misalnya ……………..Pertuturan yang berlaku dalam kalangan watak-watak penting untuk memaparkan fikiran atau pendapat serta persoalan dalam karya. Jelas terdapat dialog dalam cerpen …………. Diantara watak utama iaitu………..dengan watak-watak yang lain…………. Teknik ini penting bagi meneruskan kelangsungan cerita atau mengetahui sesuatu persoalan. Misalnya ………….. Teknik ini digunakan dengan cemerlang dan berkesan oleh pengarang. Tidak dinafikan dalam teknik inilah pengarang menghidupkan jalan cerita cerpen…………. dengan jayanya. Teknik ini digunakan oleh pengarang bukan sahaja bersesuaian dengan keadaan atau situasi, malah bersesuaian dengan pemikiran dan perasaan watak yang terlibat. Hal ini …………..
17 c. MONOLOG: Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran. Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut dan sebagainya d. MONOLOG DALAMAN: Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin/ fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak didengari oleh watak-watak lain. Biasanya ia muncul bila watak berada bersendirian, dalam keadaan termenung, berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya Bererti penyataan fikiran secara bersendirian. Seseorang watak yang bermonolog bermaksud berbicara seseorang diri. Hal ini terjadi kerana aturan rasa atau suara hati yang terluah secara tanpa disedari berbeza dengan monolog dalaman yang merupakan kata hati atau ucapan batin seseorang watak. Contohnya monolog yang terdapat dalam cerpan ini ialah…….. Teknik ini dianggap melalui watak ………… yang bercakap sendirian apabila mengenang …………. segala perasaan diluahkan bersendirian melalui kata-kata yang tidak didengar oleh orang lain. Pengarang cuba memberikan gambaran gelodak hati seseorang watak kepada pembaca. Pengarang meluahkan perasaannya melalui kata hatinya. Monolog dalaman di atas amat produktif dalam menyerlahkan kelebihan perasaan watak. Dari situ, kita memahami bahawa……………. Suatu teknik iaitu pengarang atau watak bercakap bersendirian tanpa didengar oleh watak lain. Teknik ini digunakan bagi menguatkan jalan cerita misalnya…………… e. IMBAS MUKA: Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang akan atau mungkin berlaku sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui dialog, monolog atau monolog dalaman. Dengan memasukkan imbas muka dapat mengurangkan ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot dan pembaca mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan berlaku Keburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan pembaca tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya Bayangan yang boleh pembaca meramal atau menjangka sesuatu yang bakal berlaku dalam plot. Lazimnya dalam bentuk kata-kata, ramalan (secara halus dan tersembunyi) atau menimbulkan sesuatu peristiwa yang mempunyai makna tertentu. Contohnya Bayangan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Ini suatu teknik sama ada disengajakan atau tidak oleh pengarang untuk menyediakan pengetahuan pembaca terhadap kejadian yang bakal berlaku meskipun masih samar-samar. Hal ini dapat dilihat pada ketika…………
18 f. IMBAS KEMBALI: Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Muncul melalui ingatan, khayalan, kenangan dalam bentuk monolog atau monolog dalaman Secara jelas teknik ini digunakan untuk diulang beberapa kali oleh pengarang untuk menggambarkan sesuatu yang telah berlaku pada watak……….. dalam cerpen……… pada suatu ketika dahulu Diperingkat awal cerpen ini digunakan oleh pengarang untuk memberikan gambaran jelas kepada pembaca akan sejarah silam tentang……… secara tidak langsung pengarang turut menggunakan teknik ini untuk menceritakan watak……… Peristiwa dan kejadian digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi, ketenangan atau ingatan kepada watak-watak tertentu seperti watak………… dalam cerpen………… Bahagian cerita yang mengisi kejadian pada masa lalu yang mungkin digambarkan melalui ingatan watak ……… TEKNIK – cara jawab sama macam jawab bentuk dan gaya bahasa (wajib ada. fakta, huraian fakta, contoh peristiwa dan kesan) a. IMBAS KEMBALI: Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Kesan memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku agar pembaca lebih memahami situasi sekarang. Cerpen Usia Emas. Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis ketika membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir yang ke - 75. Penulis teringat perwatakan Cikgu baharum setiap kali menjelang tanggal 25 Mac. Penulis teringat Cikgu Baharum yang merupakan seorang yang berterus terang, walaupun agak kasar tetapi dia tidak munafik dan kelantangannya menyebabkan dia tidak banyak kawan. Penulis teringat saat dia berkenalan dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang meminati cikgu Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar Warta Malaya di Singapura.Pada waktu itu telah menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat balasan daripada cikgu Baharum. Penulis mengingat kembali peristiwa dia ke rumah Cikgu Baharum dan sebaliknya. Penulis masih ingat pada masa dulu dia suka ke rumah Cikgu Baharum bersama dengan anak-anaknya dan Cikgu Baharum juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap tentang politik, ekonomi, sosial, bahasa dan sastera.
19 Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh Cikgu Baharum. Penulis juga teringat tentang warga emas di Jepun di mana anak-anak Jepun selalunya enggan memelihara orang tua mereka yang sudah lanjut usia. Penulis mengingati kembali kisah Cikgu Baharum ketika menjadi guru. Cikgu Baharum menceritakan kisahnya sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya dan rencana itu turut dibaca oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh tua untuk ke sekolah. Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu Imbas tentang sejarah asal usul wang. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai yang sejarahnya bermula sejak zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit . Contoh pertanyaan umur “Dia”. Bermaksud asal usul kejadian mata wang. Imbas tentang revolusi penggunaan wang. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas perang dunia pertama. Diperlukan untuk membangunkan negara. Imbas tentang kerakusan manusia wang sanggup menipu demi wang. Penggunaan mata wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya. Contoh menurut ayah manusia mengikut nafsu tamak dan sanggup menggunakan tipu helah untuk memiliki “Dia”. Imbas tentang sikap pemimpin terhadap wang / simbol pada wang Cerpen Melankolik Di atas Rumput Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Cth: Pengarang menceritakan bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal. Adik beradiknya meninggal sebelum mereka matang. Peristiwa di Indonesia. “Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai anak yang ramai. Malah “Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit. Peristiwa kematian Si Amat. “Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. Ramai yang menangisi kematiannya dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisa-sisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas dari umpatan dan fitnah. Peristiwa kezaliman dan penindasan umat Islam. “Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan alam. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:-
20 1. Ayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai. Dagingnya bertaburan. 2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad. Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu, lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk meneruskan hidup. 3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan. Syifaq menyediakan kuih rumput untuk makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu. 4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang. 5 “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang yang terinaya. Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan Peristiwa Rio Je Jeneiro-pembuangan sisa toksik oleh kilang ke sungai Peristiwa Buah kelempung di tengah sungai Tengas- ikan mabuk / mati Peristiwa menangkap ikan menggunakan jala/tuba Pencemaran di tengah sungai Tengas – sampah sarap berapungan Cerpen DiSebalik Sirat Makna Cikgu Ibau teringatkan peristiwa ketika Naszkir masih lagi muridnya, dia pernah merotan Naszkir kerana banyak melakukan kesalahan melanggar disiplin sekolah dan dia menggelarkan Naszkir dengan gelaran hantu jerangkung, kaki pukul, kaki ponteng dan penyangak. (hlm. 173) Naszkir memberitahu pengetua yang suatu waktu dahulu, Cikgu Ibau ialah bekas gurunya dan dia adalah ketua warden. (hlm.175) Cikgu Ibau teringat peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu, ketika dia menasihati Naszkir agar mendisiplin diri jika tidak dia akan gagal kerana bagi Cikgu Ibau Kejayaan bermula daripada disiplin. (hlm 179) Cikgu Ibau teringat peristiwa ketika dalam mesyuarat mingguan warden yang dikendalikan oleh Naszkir dia tidak dapat berkata apa-apa hingga dia berasakan dirinya seperti orang bodoh. (hlm.180). Semasa berucap Cikgu Naszkir teringatkan kembali peristiwa ketika dia bergelar pelajar, dia begitu marah dengan tindak cikgu Ibau tetapi setelah meningkat dewasa barulah dia faham tindakan yang dibuat oleh Cikgu Ibau. (hlm.187)
21 g. KETEGANGAN / PENYELESAIAN / SUSPEN: Ianya merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya. rasa ragu-ragu terhadap apa yang akan berlaku selanjutnya. Ianya juga dikenali peleraian untuk menyebut akibat atau kesudahan sesebuah cereka. Penggunaan teknikini membuat pembaca tertanya-tanya apa akan berlaku selanjutnya terhadap insiden dalam cerpen ini. Unsur ini digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan sesuatu keadaan tertanya-tanya kerana berlaku ketidakpastian, tegangan, menyebabkan khalayak ingin mengetahui peristiwa selanjutnya dalam jalinan plot…………. h. ARUS KESEDARAN: Ianya merupakan pendedahan pengaliran fikiran yang berlaku secara sedar dan pengaliran tindak balas emosi fikiran seseorang individu. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan aksi spontan yang ditunjukkan oleh watak hasil dari pengaliran fikirannya berhubung dengan sesuatu keadaan atau situasi. i. PERULANGAN: Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang) j. DRAMATIK: (penceritaan tak langsung) Mempunyai lagak / gaya / aksi yang ditunjukkan (bukan percakapan) seperti gerak-geri, aksi, mimik muka dan sebagainya k. DIDAKTIK: Unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberi panduan terutama dalam aspek moral, etika atau soal-soal keagamaan. Ianya menjadi matlamat utama atau tujuan sebenar pengarang dalam menghuraikan sesebuah karya. KESAN PENGGUNAAN TEKNIK PENCERITAAN (PROSA) 1. Teknik pemerian (memerihalkan suasana)- memberi gambaran dengan lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca 2. Teknik dialog (perbualan antara watak)- memberi gambaran lebih realistik 3. Teknik imbas kembali (ingatan terhadap masa lalu)- gambaran watak lebih realistik & berkesan / plot cerita lebih rencam/ kompleks 4. Teknik monolog (percakapan sendirian watak)- gambaran watak lebih terperinci 5. Teknik monolog dalaman (percakapan dalam hati)- gambaran watak lebih mendalam 6. Teknik imbas muka (bayangan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang) – plot cerita lebih kompleks
22 TEKNIK YANG DIGARISKAN OLEH DR FATIMAH BUSU 1. Kenangan 2. Soliloke (menyendiri, bercakap sendiri atau perlahan)-monolog 3. Khayalan 4. Insiden 5. Sebab dan Akibat 6. Imbas Kembali 7. Klimaks 8. Penyelesaian KONSEP DAN ISTILAH KESUSASTERAAN MELAYU Adegan bahagian daripada babak dalam drama atau lakonan. Akronim kata singkatan daripada beberapa perkataan yang Berurutan. Contohnya; cerpen merupakan singkatan daripada cerita pendek. Aksi menegak tindakan atau perlakuan yang menuju ke klimaks. Aksi menurun tindakan atau perlakuan selepas puncak cerita dicapai. Anakronimisme Fakta sejarah yang tidak tepat dalam karya sastera Contohnya, kewujudan kerajaan Majapahit tidak sama dengan kewujudan kerajaan Melaka Antagonis watak yang menentang watak utama. Babak bahagian-bahagian dalam drama (setiap babak ada beberapa adegan) Cerita berbingkai cerita yang diselitkan dalam cerita lain (cerita dalam cerita) Didaktik mengajar atau mendidik. Dialog pengucapan watak dengan watak yang lain. Eksposisi bahagian permulaan atau pengenalan dalam urutan plot. Formalistik aliran kritikan sastera yang menekankan bentuk, struktur, gaya dan kesan psikologi. Genre jenis, cabang atau bidang sastera atau seni. Contohnya; sajak, novel, drama dan cerpen. Humanisme aliran pemikiran yang memberikan keutamaan terhadap manusia dan kemanusiaan. Pergolakan jiwa dan permasalahan manusia diberi perhatian yang lebih berat daripada aspek lain. Imbas kembali peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi, kenangan dan ingatan. Imbas muka bayangan yang membolehkan pembaca atau penonton meramalkan sesuatu yang akan berlaku. Klimaks bahagian dalam cerita yang yang menimbulkan tindakbalas emosi tertinggi (puncak) daripada pembaca atau penonton. Konflik pertentangan antara watak atau pihak dalam plot cerita. Dibahagikan kepada dua jenis iaitu konflik dalaman dan luaran. Klise ungkapan atau kata-kata yang terlalu biasa digunakan (basi). Contohnya, Lautan api akan ku renangi. Kritikan sastera kegiatan atau tulisan yang membicarakan penilaian, penganalisisan dan pentafsiran terhadap karya sastera. Struktulis aliran kritikan yang berdasarkan penelitian pada ciri-ciri teori linguistik. Latar semua maklumat berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, suasana dan masyarakat terjadinya aksi dalam karya.
23 Mesej amanat. Monolog pengucapan oleh seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri. Nada rasa hati penyair seperti marah, sedih, rindu dan saying. Jenis nada adalah seperti sinis, protes, melankolik, nostalgis dan romantis. Naratif kisah atau cerita tentang peristiwa, pengalaman dan sebagainya. Contoh, hikayat, cerpen, novel dan drama. Pathos penderitaan yang membangkitkan kesedihan, belas kasihan, kedukaan dan lain2. Peleraian penyelesaian yang membawa kepada pengakhiran sesebuahcerita. Pot jalan cerita atau rentetan peristiwa. Sinopsis ringkasan sesebuah cerita yang menggambarkan keseluruhan cerita. Tema Gagasan fikiran atau persoalan utama/pokok yang mendasari karya. Contohnya, perjuangan, keagamaan, kemasyarakatan dan lain-lain. Wit Pengucapan atau perlakuan yang melucukan serta bijak perlakuannya dan menghasilkan kesan menarik kepada penonton atau pembaca. PROSA TRADISIONAL CERPEN • Cerita pendek (Kamus Dewan) • Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang) • Contoh: Cerpen Usia Emas nukilan Abdullah Hussain. • Menonjolkan hanya satu kesan • Mempunyai kaitan dengan kehidupan yang sebenar diadun dengan imaginasi dan kekreatifan pengarang. • Bacaan cerpen sekitar 30 hingga 60 minit. • Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa secara teknikal • Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Anak-anak yang Bergelimpangan karya Noorjaya.
24 CIRI-CIRI Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa • Plotnya tidak bercabang ( 1 plot utama dan tidak ada sampingan ) berbeza dengan novel. • Jumlah perkataan antara 500 (cerpen mini) hingga 20000 (cerpen panjang) patah perkataan. Cerpen panjang disiarkan secara berperingkat. • Penampilan watak terhad (1 hingga 3 ) yang dominan menghidupkan cerita. • Latar terhad dan singkat dan segalanya diceritakan secara terperinci. • Cerpen mempunyai kesan kesatuan dari segi plot, tema dan persoalan. TEKNIK PENCERITAAN DALAM CERPEN / DRAMA ** Menjawab soalan berkaitan teknik penceritaan memerlukan: 1. Fakta (jenis teknik penceritaan) 2 Huraian (definisi teknik penceritaan yang dipilih sebagai fakta) 3. Contoh (berdasarkan cerpen) 4. Kesan penggunaan teknik penceritaan yang dipilih. DRAMA • Merupakan tradisi bagi upacara ritual atau sacral. Pemujaan tehadap benda-benda ghaib dan mempunyai unsur aminisme yang menjadi pegangan orang Melayu zaman kuno • Dimenifestasikan mengikut zaman dan mengambarkan kehidupan seharian. Nyanyian dan tarian disisipkan dan akhirnya disampaikan oleh tok dalang di dalam lipur lara. • wujudnya bunyi-bunyian dan kostum seperti yang terdapat dalam Makyung, Main Puteri dan Puja Pantai. • Pertembungan pengaruh Hindu Islam telah melenyapkan sedikit demi sedikit unsure pemujaan dan diganti dengan doa. • Drama moden mulanya dipentaskan (1915) seperti Jula-juli Bintang Tujuh. • Bercirikan pengembaraan, percintaan dan peperangan serta kehidupan manusia.
25 1. Pengertian Drama Istilah ini berasal dari perkataan Greek, iaitu “dran” yang bermaksud melakukan, melakonkan, mencapai. Sejenis cereka yang berbentuk lakonan: ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’. Aristotle mendefinisikan sebagai aksi manusia yang ditiru. Prof J.M. Manly mengutarakan tiga unsur yang perlu ada dalam drama i. Cerita ii. Bahan cerita iii. Pelakon yang memainkan peranan sebagai watak-watak dalam cerita. Aksi dan dialog merupakan unsur-unsur penting, walau bagaimanapun bentuk-bentuk lain seperti pentomin dan mimos yang tidak menggunakan dialog juga dikatakan sebagai drama. Pengertian drama dihubungkan kepada dua perkara i. Sebagai karya yang cuba menggambarkan kehidupan atau satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak. Lazimnya skrip (naskhah lakon) itu memang dirancang untuk di pentaskan ii. Aspek pementasan yang dianggap sebagai suatu hasil seni penulisansastera imaginatif yang berbeza dengan cereka dan puisi. Penikmatan sesebuah drama bukan sekadar pembacaan skrip di atas pentas sahaja, ianya dinikmati secara langsung oleh audien tanpa henti, sebab itu drama tidak boleh terlalu panjang dan harus ada daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian dan merangsang mereka agar mengikutinya hingga ke akhir pementasan. Suatu yang membezakan drama dengan cereka ialah a. Drama menyungguhkan cerita dengan aksi atau geraklaku watak di mana dialog melengkapi aksi watak Cereka menyungguhkan cerita dengan bercerita, di mana pengarang menggunakan pemerian untuk mengembangkan plot cerita SIFAT DRAMA • Isu konflik • Aksi fizikal atau mental • Jangka waktu persembahan yang terbatas JENIS DRAMA • Komedi • Tragedi • Opera • Pantomin • Tragedi-Komedi
26 STAIL PEMENTASAN/ALIRAN DALAM DRAMA i. Realisme ii. Bukan Realisme Konsep Drama Aliran Realisme a. Seringkali dihubungkan dengan kaedah atau gaya perlukisan dalam cerita sama ada yang berhubung dengan alam, peristiwa atau manusia b. Realisme merupakan satu angkatan yang pragmatisme iaitu melihat kebenaran sebagai sesuatu yang nyata- memperkata sesuatu keadaan/peristiwa seadanya atau sebagaimana adanya c. Menekankan kepada gambaran sebenar yang berlaku pada sesuatu tempat dan zaman atau masa d. Gambaran satu amitasi atau peniruan terhadap kehidupan setepat mungkin tanpa berselindung – secara terus terang yang berlaku dalam masyarakat Konsep Drama Bukan Realisme a. Drama yang tidak terikat dengan teori Aristotle, kurang menekankan aspek-aspek logik dan ada unsur-unsur kekacauan b. Drama yang mengarah kepada melahirkan gelodak batin atau perasaan manusia c. Cuba digayakan dengan stail moden d. Lebih mendekati hal-hal yang berkaitan metafizika, falasafah / fantastic dan abstrak e. Bersifat anti realisme ISTILAH-ISTILAH DALAM DRAMA i. Babak. Bahagian-bahagian dalam drama. Pemisahan babak dapat dilihat dengan turun naiknya tirai pentas atau seluruh panggung digelapkan beberapa ketika, dan berlaku pertukaran latar tempat dan latar waktu. Ia juga ditandai dengan tulisan misalnya “BABAK 1”. Pembahagian drama kepada babak-babak ini memberi kesempatan kepada pelakon dan penonton berehat sebentar, kesempatan pada pelakon menukar kostium dan memberi kesempatan pada petugas menukar setting dan sebagainya. ii. Adegan. Atau scene dalam bahasa Inggeris. Asal dari perkataan skene yang terdapat dalam teater zaman Greek Tua bererti tempat (khemah) sesuatu dialog dituturkan. Adegan ialah bahagian-bahagian kecil dalam babak, yang bermaksud bahagian-bahagian aksi yang berurutan dalam satu latar yang tidak berubah. Dalam pementasan pemecahan adegan boleh dilihat dengan turun naik tirai atau terang gelapnya lampu, atau hanya dengan berlaku pertukaran watak (keluar masuk watak.) iii. Episod. Peristiwa yang dikemukakan dalam cereka sebagai suatu aksi yang bersambungan. Sungguhpun peristiwa itu mempunyai kesatuan yang tersendiri, episode dalam cereka moden biasanya diikuti oleh episode-episod lain yang dijalin bersama. Dalam cereka satu peristiwa tidak mungkinakan menghasilkan plot, sekurang-kurang nya mesti ada tiga peristiwa; pertama, peristiwa yang memulakan perkembangan yang menuju kepeda peristiwa kedua. Peristiwa kedua akan bersambung kepada peristiwa ketiga. Dengan itu plot boleh dibina dengan menyusun beberapa episod tertentu menurut mana yang awal, dan mana
27 yang kemudian. Sungguhpun begitu ada episod yang berdiri dengan sendiri sebagai sebuah cerita contonya cerita binatang dan cerita jenaka. iv. Penskripan. Hal-hal yang berhubung dengan penulisan skrip dan unsure-unsur seni yang bergabung di dalamnya. v. Konsep Dramatik. Merujuk kepada tahap penyampaian drama yang memilat dan mempesonakan penonton atau kualiti pengolahan sesuatu persembahan drama. Dramati boleh dibina dari segi lakonan, pengolahan audio-visual, gabungan penataan set dan cahaya, dan sebagainya. Boleh dinilai dari segi rangsangan dan sambutan emosi audien. vi. Teater vii. Konsep Tragedi Dalam Drama viii. Konsep Komedi Dalam Drama A. Visual i. Pentas - Terdapat dua jenis pentas a. Pentas biasa/ Prosenium Iaitu pentas yang dibina berhadapan dengan penonton. Bagaimanapun jika ada tambahan pentas lain di bahagian pentas utama yang sedia ada, itu dipanggil pentas Apron b. Pentas Arena Ruang lakon yang dikelilingi, (lazimnya dalam bentuk bulatan) oleh tempat duduk penonton. Pementasan drama yang dipertonton di pentas arena dipanggil juga sebagai theater-in-the-round. Pemilihan pentas mestilah sesuai dengan tema persoalan, mesej, yang hendak disampaikan kepada penonton. ii. Set iii. Prop iv. Cahaya v. Kostium B. Aural i. Muzik dan Kesan bunyi
28 CONTOH SOALAN YANG SERING DI TANYA DALAM PROSA TRADISIONAL DAN MODEN Cara menjawab boleh dilihat pada contoh di atas dan pada hikayat hang tuah. Contoh menjawab prosa moden boleh dilihat pada cerpen usia emas 1. Soalan berkaitan dengan ciri-ciri S1 Huraikan/Bincangkan tiga ciri karya epik Kehendak soalan Fakta – Watak Latar Tema/persoalan pilih 3 sahaja Bentuk - jumlah perkataan Unsur -unsur Magis Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) S2 Huraikan nilai estatika yang ada pada cerita... Kehendak soalan Fakta – Teknik penceritaan Gaya bahasa Tema/persoalan pilih 3 sahaja Bentuk Ayat hruaian Kesan estatika Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) 2. Soalan berkaitan dengan tema dan persoalan/pemikiran S1 Bincangkan pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Nabi Wafat S2 Huraikan / Jelas / Bincangkan persoalan S3 Bincangkan Persoalan yang terdapat dalam Drama Asiah Samiah Kehendak soalan Fakta persoalan Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) S4 Bincangkan Syarat Pegawai S5 Nyatakan Lima Syarat Yang Harus Dipelihara Raja/ Bincang Tiga Darinya S6 Terangkan Syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Pegawai Raja S7 Bincangkan amalan seorang pegawai dalam pentadbiran berdasarkan petikan Kehendak soalan Fakta syarat Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak)
29 3. Soalan berkaitan dengan gambaran masyarakat S1 Huraikan Lima Perjuangan Anas Samanda S2 Bincangkan Gambaran Masyarakat Kehendak soalan Fakta gambaran masyarakat / perjuangan Anas Samanda Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) 4. Soalan berkaitan dengan watak, sifat yang ada pada watak dan perbandingan watak Bincangkan Kebolehan Luar Biasa Hang Tuah Jelaskan Sifat Kepahlawanan / Tanggungjawab Anda Sebagai Pahlawan Pada Negara Jelaskan Empat Kehebatan Hang Tuah Huraikan Kepintaran Strategi SADR Dalam Menyelesaikan Masalah Kemukakan Watak Anas Samanda Bandingkan watak Misa Sagaraga dengan watak Anas Samanda Bincangkan Perjuangan Anas Samanda Bincangkan Perwatakan Misa Kehendak soalan Fakta kebolehan atau kebolehan watak / sifat watak / watak /kepintaran watak Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan / jelaskan / kemukakan / bandingkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) Bezakan Prinsip Kebahagian Asiah Samiah Dan Tuan Setiawan Tanjung Huraikan Peristiwa Penting Yang Berlaku Jelaskan Pendirian Pengarang Terhadap Orang Melayu Dan Orang Jawa Galurkan Kejadian Yang Berlaku Ke Atas Nabi Kehendak soalan Fakta kebahagian / peristiwa penting / pendirian pengarang / kejadian yang berlaku Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ jelaskan / bezakan / galurkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) 5. Soalan berkaitan dengan rentetan peristiwa Jelaskan Aksi Pertikaman Hang Tuah Dengan Taming Sari Sehingga Membawa Kematian Galurkan Dua Peristiwa Yang Membawa Kepada Penjelasan Tuk Imam Tentang Keracunan Kehendak soalan Fakta aksi pertikaman / 2 peristiwa yang membawa kepada penjelasan Jelaskan / galurkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak)
30 6. Soalan yang berkaitan dengan mesej / nilai / pengajaran S1 Bincangkan Pengajaran dalam Usia Emas S2 Huraikan Tiga Pengajaran S3 Jelaskan Empat Pegangan Hidup C. Baharum S4 Jelaskan Unsur Pengajaran S5 Bincangkan Unsur Moral S6 Jelaskan Unsur Negetif Dan Positif S7 Bincangkan 3 Mesej S8 Jelaskan Tiga Unsur Negatif Kehendak soalan Fakta gambaran pengajaran / unsur moral / Unsur negatif dan positif / mesej Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan / Jelaskan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) S9 Empat mesej dan huraikan maksud bait ayat yang diberi S10 Tiga Perbuatan Keji Yang Dilakukan Oleh Manusia Kehendak soalan Fakta 4 mesej dan maksud bait ayat / perbuatan keji Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan / Jelaskan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) 7. Soalan berkait dengan plot S1 Huraikan Empat Konflik Yang Berlaku Antara C. Ibau Dan C. Naszkir (2018) S2 3 Pengalaman Pahit Dilalui Ayah Marga Muda S3 Kemukakan Lima Inti Pati Sabda Rasulullah Kepada Sidang Jumaah S4 Huraikan Rahsia Awet Muda S5 Huraikan 3 Peristiwa Yang Terjadinya Perbezaan Pendapat Tentang Sistem Kehendak soalan Fakta Konflik / pengalaman / Inti pati / Rahsia awaet muda / Peristiwa terjadinya perbezaan Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta Contoh peristiwa (watak dan aksi watak) 8. Soalan yang berkaitan dengan peranan / fungsi Bincangkan Unsur Didaktik Pandangan pengarang terhadap manusia, Ulasan Anda Terhadap Tindakan C.Ibau Buang Pelajar Sejauhmanakah Kesan Perjuangan Ayahnya Marga Muda Kesan kepada diri anda Kehendak soalan Fakta unsur didaktik / pandangan pengarang / Tindakan C.Ibau / Perjuangan ayah Marga / kesan Ayat huraian (menghuraikan tentang fakta/ Bincangkan Contoh peristiwa (watak dan aksi watak)
27 BAB 1 SASTERA EPIK/ KEPAHLAWANAN HANG TUAH DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah. PERIGI Hang Tuah di Duyong, Melaka ini telah dibuka untuk dikunjungi orang ramai. TAKRIF/KONSEP: Sastera epik berkisar mengenai cerita kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian, dan keberanian watakwatak. Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya. Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan, kepintaran, kegagahan, mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna. Watak manusia menjadi contoh serta teladan yang dapat memberi gambaran tentang sikap serta sifat sesebuah Negara@bangsa. Tokoh epik juga digambarkan secara berlebih-lebihan seperti taat setia tidak berbelah bahagi, jujur, bijaksana dan memiliki kesaktian. Cerita epik bukan saja menggambarkan tokohnya tetapi juga kerajaan di mana tokoh itu berada. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang menggambarkan ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal pada masa itu. Kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993) Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia “ghaib”. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman
28 keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun. Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap perkembangan cerita karya epik. JENIS-JENIS SASTERA EPIK Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik. Sastera Epik bermaksud: Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya. Terdapat 3 jenis epik iaitu 1. Epik India dan epik Melayu yang disadur dari sastera India Epik India terdiri daripada dua buah epik asli Hindu iaitu Mahabarata & Ramayana, yang merupakan epik kebangsaan orang-orang Hindu. Watak Rama (Ramayana) dan Pandu (Mahabarata) adalah simbol pahlawan masyarakat hindu 2. Epik Melayu yang disadur dari sastera Hindu Isi kandungan epik India yang dimelayukan termasuklah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma & Hikayat Perang Pendawa Lima. Ia telah diubahsuai mengikut unsur tempatan seperti latar belakang masyarakat Melayu lama, nama tempat, nama watak, nama negeri, adat istiadat dan unsur taat setia. Sifat kemelayuannya jelas dan merupakan seni untuk melahirkan rasa kepahlawanan, keperwiraan serta kehandalan pada bangsa Melayu. (ciri-ciri cerita epik; rujuk Sastera Hikayat zaman hindu- Hikayat Seri Rama) 3. Epik kebangsaan Hikayat Hang Tuah merupakan epik kebangsaan yang di dalamnya termuat unsur2 sejarah, mitos, legenda serta fiksyen. Hikayat Hang Tuah merupakan epik Melayu asli & menunjukkan kepahlawanan bangsa melayu
29 CONTOH MENJAWAB CIRI-CIRI SASTERA EPIK Kalau soalan tanya ciri-ciri hikayat hang tuah, yang berwarna hijau itu adalah faktanya. Segi Bentuknya. Sastera epik adalah bentuk karya yang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di dalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan. Hal ini dapat dilihat melalui cerita “Hikayat Hang Tuah” yang ditulis menggunakan bahasa tradisional dan panjang. Hikayat ini juga mempunyi beberapa bab dan adakalanya boleh menjadi cerita dalam cerita. Contoh cerita yang berlaku di Majapahit. Antara cerita yang menarik yang berlaku di san ialah pertarungan di antar Hang Tuah dengan Majapahit. Wira yang terdapat dalam teks. Wiranya merupakan tokoh yang agung, tersohor dan penting baik peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Wira epik penting dari segi sejarah dan lagenda bagi bangsa yang mendokong epik tersebut. Hang Tuah merupakan tokoh yang amat dibanggakan dalam masyarakat Melayu. Ia menjadi sanjungan dan idola masyarakat Melayu sepanjang zaman. Beliau menjadi utusan Melaka ke negara-negara lain seperti Majapahit dan Benua Keling. Hang Tuah juga dikatakan memiliki pelbagai keistimewaan seperti pandai berbahasa Nagaram, memiliki ilmu persilatan yang tinggi dan memiliki kuasa luar biasa dan mahir dalam ilmu perubatan. Wira dalam sastera epik atau kepahlawanan akan terus dikenang dan wujud dalam diri masyarakat yang mendukungnya. Watak & perwatakan/ Aksi watak. Watak utama merupakan manusia biasa tetapi memiliki keistimewaan dan kuasa luar biasa @ supernatural. Watak perwatakan merupakan tokoh lagenda masyarakat tersebut. Antara sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti iaitu yang ada pada keris Taming sari sehingga tidak lut oleh senjata. Beliau juga digambarkan dapat menjinakkan kuda teji yang ganas seperti singa dan mengubati penyakit mandul isteri Nala Sang Guna , ayah angkatnya ketika berada di Benua Keling. Watak sampingan juga digambarkan hebat tetapi tidak setangding watak utama. Antara watak-watak sampingan yang ada ialah Taming Sari, Kisna Rayan dan lain-lain. Watak perwatakan ini melambangkan tokoh agung yang berkedudukan tinggi dalam sesuatu bangsa. Aksi-aksi watak wira digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana. Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya Taming Sari. CIRI-CIRI EPIK/ HIKAYAT HANG TUAH YANG DIKAJI Bentuk: -prosa / naratif / penceritaan -Ayat yang panjang -Hikayat Hang Tuah (500 halaman-164,000 patah perkataan) -Dimulakan dengan unsur doksologi –Bismillah..... -Unsur humor / wit / lucu Latar: Tempat dan Peristiwa: Alam nyata dan alam kayangan Dalam hikayat Hang Tuah: Majapahit dan Benua Keling Aksi/Perwatakan/ Sifat Wira: Berani, tangkas dan bijaksana Dapat melaksanakan tugas yang luar biasa (orang lain tidak mampu) Contoh: Hang Tuah menewaskan Taming Sari Ada unsur supernatural: Melibatkan kuasa ghaib dan sakti sesuatu bangsa Hang Tuah tokoh yang luar biasa Wira: tokoh agung Berkedudukan tinggi Hang Tuah: orang kanan Melaka Sering menjadi utusan Kemasyurannya sampai ke negeri majapahit, Siam, Benua Keling, Arab, Rom
30 Tema dan pemikiran. Seterusnya, tema dan pemikiran bagi sastera epik adalah bertemakan kepahlawanan dan keberanian tokoh pahlawan menentang musuh. Sikap sanggup berkorban dan semangat juang yang tinggi wujud dalam tema dan persoalan yang cuba disampaikan. Sifat-sifat ini ditonjolkan dalam watak utama seperti Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah menceritakan dan mengutamakan watak Hang Tuah yang ditampilkan berkenaan ketokohannya sebagai pahlawan Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Contohnya Hang Tuah dalam “Hikayat Hang Tuah (Bab VII) dan (Bab XIX)” dapat mengalahkan Taming Sari dan dapat membunuh penjurit suruhan Patih Gajah Mada. Latar tempat- luas. Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam nyata dan alam kayangan. Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling. Contoh Hang Tuah telah pergi ke Majapahit menemani Raja Melaka yang hendak berkahwin dengan puteri Majapahit iaitu Raden Galoh EMas Ayu. Latar masa. Latar masa melibatkan masa yang lama dan panjang. Bermula sebelum Melaka dibuka. Melaka mencapai kegemilangannya dan berakhir dengan kejatuhan Melaka di tangan Feringgi. Ketika perkembangan Melaka, Raja Melaka banyak mengadakan hubungan diplomatik dengan negeranegara luar seperti Majapahit, Benua Keling dan China. Contoh Hang Tuah merupakan utusan Melaka ke Benua Keling dan menjadi kepercayaan Raja Krisna Rayan untuk menjadi wakil ke negeri China kerana kebijaksanaannya. Terdapat unsur-unsur supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu bangsa. Hang Tuah merupakan tokoh yang kuasa luar biasa. Wujudnya sifat objektif daripada pihak pengarang. Peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam hikayat ini asing sama sekali daripada apa yang dikisahkannya. Pengarang tidak campur tangan dan tidak meluahkan perasaannya. Contohnya, peristiwa pertikaman Hang Tuah dan Han Jebat merupakan sifat objektif daripada pengarang itu. (cari ulasan Hikayat Hang Tuah) Hikayat Hang Tuah DI Majapahit (Watak dan perwatakan Hang Tuah dalam nota ini dicampur bagi kedua-dua negeri iaitu Majapahit dan Benua Keling. Oleh itu jika soalan tertupu satu negeri sahaja maka pelajar perlu meberi fakta dan contoh yang berkaitan negeri tersebut)
31 Sinopsis “Hikayat Hang Tuah (Bab IV)” menceritakan tentang tokoh Hang Tuah di Majapahit. Hang Tuah merupakan seorang yang hebat dan handal dalam bermain senjata. Beliau pergi ke Majapahit kerana mengiringi Raja Melaka ke sana untuk berkahwin dengan puteri Majapahit. Kisah bermula apabila Seri Betara (Betara Majapahit) membuat persiapan untuk mengahwinkan Raden Galuh Emas Ayu dengan Raja Melaka. Majlis perkahwinan secara besar-besaran ini didatangi oleh segala raja-raja dan adipati yang berada di bawah jajahan takluk Majapahit di tanah Jawa. Mereka datang bersama dengan anak isteri masing-masing. Betara Majapahit menitahkan Patih Gajah Mada membuat persiapan untuk memulai adat berjaga-jaga bagi menyambut perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galoh Emas Ayu. Selain itu, Patih Gajah Mada mengarahkan segala raja-raja, adipati, pegawai, priayi berhimpun dan masuk ke peseban dan rakyat memalu bunyi-bunyian seperti gendang, serunai, medali, nafiri, samping dan ceracap. Setelah itu, Patih Karma Wijaya pun memaklumkan kepada Raja Melaka bahawa Seri Betara telah memulakan adat berjaga-jaga. Patih Karma Wijaya mencadangkan kepada Raja Melaka untuk menghantar belanja. Cadangan Patih Karma Wijaya ini dipersetujui oleh Hang Tuah. Hang Tuah yang ketika itu hanya seoran Bentara, bersetuju dengan cadangan Patih Karma Wijaya kerana bimbang Raja Melaka dikatakan miskin dan dipungut oleh Seri Betara untuk dijadikan menantu. Setelah mendengar kata-kata Hang Tuah dan Patih Karma Wijaya, Raja Melaka pun membuat persiapan untuk menghantar belanja yang terdiri daripada emas tujuh bahara, kain tujuh peti, dayang-dayang yang baik seramai tujuh puluh orang, dan kain bersuji dan tepi tujuh helai. Persembahan tersebut dibawa oleh Tun Utama, Patih Karma Wijaya, Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja. Betara Majapahi mengucapkan terima kasih di atas pemberian belanja tersebut dan memujimuji mereka. Hang Tuah, Tun Utama dan Patih kerma Wijaya diberi persalinan dan dihidangkan makanan dan jamuan kepada semua yang hadir. Adat berjaga-jaga dimulai. Permainan dan hiburan pun mula dimainkan orang. Patih Gajah Mada bertanya kepada Raja Melaka kenapa tidak melibatkan diri dalam adat berjaga-jaga. Raja Melaka menjawab bahawa mereka hanyalah tetamu dan adat tetamu perlu patuh kepada ketua di sini (Betara Majapada). Kalau diizinkan barulah mereka akan turut serta dalam aktiviti permainan dan hiburan tersebut. Patih Gajah Mada pun memberitahu bahawa Bentara Majapahit telah memperkenankan dan menyuruh Raja Melaka dan pengikutnya turut serta dalam adat berjaga-jaga. Raja Melaka dan rombongannya di jemput ke Paseban untuk bertemu dengan Betara Majapahit. Patih Gajah Mada mendengar kehebatan Hang Tuah lima bersaudara. Beliau ingin menguji kehebatan HangTuah. Patih Gajah Mada memerintahkan seorang penjurit yang yang pandai bermain tombak dan keris untuk menunjukkan kehebatannya. Penjurit tersebut dititahkan oleh Patih Gajah Mada untuk mencabar Hang Tuah bertarung di hadapan Seri Betara, Raja Melaka dan segala raja-raja yang hadir dengan memerli dan memperkecilkan Hang Tuah/ Kiai Tuah / Tun Tuah. Hang Tuah memohon kebenaran/menyembah Raja Melaka dan Betara Majapahit sebelum menyahut cabaran perajurit tersebut. Perajurit bertanyakan nama orang Melaka yang menyahut cabarannya. Dia tidak mengenali Hang Tuah. Hang Tuah memperkenalkan diri dan menyatakan bahawa beliau menyahut cabaran perajurit tersebut kerana Seri Betara menyatakan bahawa perajurit itu pencuri besar di Majapahit. Mendengar sindiran tajam Hang Tuah, perajurit tersebut dengan perasaan marah dan digambarkan mukanya merah menyala seperti api bernyala-nyala telah menikam Tun Tuah dengan tombaknya. Tun Tuah segera melompat dan menangkis tombak tersebut dengan memarang mata tombak sehingga putus. Lalu perajurit itu menghunuskan kerisnya ke dada Hang Tuah. Namun berjaya dielak oleh Hang Tuah dengan menyatakan kalau benar hendak bertikaman sampai mati, maka Hang Tuah meminta kebenaran untuk beradu tenaga sampai mati.
32 tusan ke enua eling Kisna ayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang Maniaka). Hang Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram. atar tempat negeri berkenaan sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat dimuliakan kerana raja Melaka keturunan melayu. Surat sultan pun dibaca dan Kisna ayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama aksamana Hang Tuah. Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab dengan baik. Hang tuah pernah belajar bahasa keling ke ka berada di majapahit dengan seorang lebai. Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah telah mendapat layanan yang sangat is mewa daripada raja benua Keling itu. Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak angkat. Kemudian Hang Tuah telah dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda tersebut. Sikap dan watak Hang Tuah sangat memikat ha Kisna ayan dan berhajat ingin menjadikan Hang Tuah sebagai hulubalangnya.Ke ka Nala Sang Guna ingin menjamu sultan, didapa kayu untuk memasak ada kerana Kisna ayan menghalang rakyatnya menjual kayu. Hang Tuah telah menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan agar kain dijadikan bahan api. Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib. Seterusnya Hang Tuah telah di tahkan ke benua China oleh Kisna ayan. Setelah dua bulan perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat eringgi berlabuh. Wujud sedikit pertelingkahan antara utusan benua keling dengan eringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik. Patih Gajah Mada memegang perajurit tersebut. Perajurit tersebut meronta-ronta ingin berlawan dengan Hang Tuah. Oleh itu Hang Jebat meminta Patih Gajah Mada melepaskan perajurit tersebut. Seri Betara yang malu dengan percubaan Patih Gajah Mada untuk memalukan Hang Tuah tidak berhasil meminta Patih Gajah Mada melepaskan perajurit tersebut. Perajurit menikam Hang Tuah bertubi-tubi tetapi dapat dielak oleh Hang Tuah dengan mudah. Akhirnya dengan kebijaksanaan dan ketangkasan Hang Tuah, penjurit tersebut dapat di bunuh. Hang Tuah menyembah Betara Majapahit dan Raja Melaka setelah selesai bertarung. Betara Majapahit berterima kasih kepada Hang Tuah dan memberi anugerah kepada Hang Tuah pakaian kerana berjaya membunuh penjurit. Muslihat Patih Gajah Mada dikhabarkan oleh Raden Aria kepada Raja Melaka. Walau bagaimanapun Raja Melaka hanya tersemyum. Adat berjaga-jaga diteruskan. Tun Tuah dan Raden Aria turut menari dan berhibur. Makan dihidangkan. Tiba-tiba gempar di luar pintu paseban. Taming Sari mengamuk. Ramai yang mati terbunuh. Apabila Taming Sari masuk ke Paseban mengamuk, Hang Tuah lima bersaudara telah bersiap sedia menjaga keselamatan dan melindungi Raja dan Betara Majapahit. Semua berkeliaran lari menyelamatkan diri. Seterusnya Betara Majapahit menarik tangan Raja Melaka dibawa masuk ke dalam Istana. Melihat akan keadaan tersebut, Hang Tuah menyindir Patih Gajah Mada yang dikatakan berani, tetapi telah melarikan diri. Akhirnya berlakulah pertarungan yang sengit antara Hang Tuah dengan Taming Sari. Dalam pertarungan yang sengit ini, sekali lagi Hang Tuah dapat membunuh Taming Sari dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari yang sakti. Kebijaksanaan Hang Tuah dalam mengatur strategi menukar kerisnya dengan keris Taming Sari menyebabkan Taming Sari tewas dan keadaan Kembali aman. Betara Majapahit memuji keberanian Hang Tuah dan memberi gelaran “ aksamana” kepada Hang Tuah serta menganugerahkan persalinan kepada Hang Tuah. Hang Tuah juga dianugerahi keris milki Taming Sari dan dinamakan keris Taming Sari. HIKAYAT HANG TUAH BAB XIX - UTUSAN KE BENUA KELING Sinopsis “Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)” mengisahkan pengembaraan Hang Tuah ke Benua Keling dan ke Benua China. Laksamana Hang Tuah dihantar ke Benua Keling oleh raja Melaka. Sewaktu berada di Benua Keling (Bijaya Nagaram) Laksamana Hang Tuah disambut oleh Kisna Rayan dengan menggunakan bahasa Nagaram. Kisna Rayan sengaja ingin menguji Hang Tuah. Namun Hang Tuah membalasnya dengan mengggunakkan bahasa Bijaya Nagaram. Kefasihan Hang Tuah berbahasa Bijaya Nagaram menyebabkan raja Kisna Rayan dan menteri dari Benua Keling berasa hairan dan kagum dengan Hang Tuah. Hang Tuah memberitahu bahawa beliau belajar bahasa Nagaram daripada seorang lebai sewaktu beliau pergi ke Majapahit.
33 Di Benua Keling, Nala Sang Guna dan isterinya mengambil Hang Tuah sebagai anak angkat. Isteri Nala Sang Guna mandul dan tidak boleh memiliki anak. Semasa berada di rumah Nala Sang Guna, Hang Tuah diminta oleh Nala Sang Guna membuat ubat beranak. Nala Sang Guna berharap dengan adanya ubat tersebut beliau akan dikurniakan Allah Taala seorang anak. Hang Tuah berjanji untuk membuat ubat sebagaimana yang dihajat oleh Nala Sang Guna itu. Lalu, Laksamana Hang Tuah mempamerkan kehebatan, keluarbiasaan dan kepandaiannya dalam bidang perubatan. Beliau menghasilkan ubat mandul iaitu madat untuk isteri Nala Sang Guna agar mendapat anak. Kisna Rayan ingin menduga Hang Tuah, Baginda memiliki seekor kuda yang hanya baginda sahaja yang mampu menunggang dan menijankkan kuda tersebut. Kisna Rayan telah diminta oleh Kisna Rayan untuk menunggang kuda teji. Hang Tuah telah menyatakan kesanggupannya menunggang kuda teji yang kelakuan dan sifatnya diumpamakan seperti seekor harimau. Sebelum menunggang kuda tersebut, Laksamana Hang Tuah telah bertemu dengan gembala kuda tersebut. Hang Tuah meminta gembala kuda tersebut mengajarkannya syarat menunggang kuda teji tersebut. Setelah diajar dan memiliki ilmu menjinakkan kuda, maka Laksamana Hang Tuah pun menunggang kuda tersebut. Keberanian Hang Tuah menunggang kuda teji amat dikagumi oleh raja Kisna Rayan dan diakui sebagai hulubalang besar yang sukar ditandingi oleh hulubalang Benua Keling. Kisna Rayan meminta Nala Sang Guna menyediakan jamuan sewaktu Kisna Rayan berkunjung ke rumahnya nanti. Hasrat Nala Sang Guna untuk menyediakan jamuan untuk Kisna Rayan terbantut apabila kayu api telah disorokkan dan tidak dibenarkan dijual kepada Nala Sang Guna. Kisna Rayan telah menitahkan Temenggung supaya mengarahkan orang yang menjual kayu api agar tidak menjualnya kepada Nala Sang Guna. Sesiapa yang menjual kayu api kepada Nala Sang Guna akan dibunuh. Oleh kerana tidak mendapat bekalan kayu api, Nala Sang Guna termenung memikirkan nasibnya. Beliau susah hati kerana tidak dapat melaksanakan titah Kisna Rayan. Melihat Nala Sang Guna yang murung, maka Hang Tuah bertanyakan masalahnya. Hang Tuah dengan bijaksanaknya mencadangkan kepada Nala Sang Guna untuk menggunakan kain kerana di Benua Keling ada bergedung-gedung kain. Kain tersebut dicelup ke dalam minyak untuk menggantikan kayu api. Usaha dan cadangan Hang Tuah ini akhirnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Nala Sang Guna. Sewaktu di Benua Keling, Laksamana Hang Tuah juga memperlihatkan kehandalannya bermain pedang dan perisai dengan mengalahkan pendekar Keling. Oleh sebab disayangi dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah, Kisna Rayan meminta Hang Tuah pergi ke Negeri China. Ramai pembesar yang mempertikaikannya, namun Hang Tuah mempamerkan keluarbiasaanya apabila diminta oleh Kisna Rayan menunjukkan suatu permainan. Hang Tuah memperlihatkan suatu permainan yang tidak pernah dilihat orang apabila di hadapan Kisna Rayan dan pembesarpembesaryang lain. Beliau mengeluarkan satu benih buah kayu lalu menanamnya. Apabila ditanam, benih buah kayu berkenaan terus tumbuh dan berdaun. Sesaat kemudian berbunga, berputik dan berbuah masak. Apabila buahnya dimakan maka pohon kayu berkenaan pun ghaib. Hang Tuah telah ke Benua China. Di Benua China, Setelah hampir dua bulan lamanya dalam pelayaran, maka Hang Tuah pun sampai ke Benua China yang bernama Bakang Hainam. Apabila Hang Tuah sampai ke Benua China, Syahbandar menyuruh Hang Tuah dan rombongannya berlabuh dekat dengan kapal Feringgi. Tindakan Hang Tuah yang berlabuh hampir dengan perahu Feringgi menimbulkan kemarahan orang Feringgi. Setelah melihat Hang Tuah berlabuh berdekatan dengan perahu Feringgi, orang-orang Feringgi mengancam untuk membedil rombongan Hang Tuah jika Hang Tuah dan rombongannya berlabuh berhampiran dengan ghali kapitan Feringgi. Walau bagaimanapun Hang Tuah tidak gentar walaupun diancam untuk dibedil oleh soldadu Feringgi. Setelah Hang Tuah dan rombongannya masuk dan berjalan menuju ke dalam balairung Raja China, Hang Tuah mengarahkan rombongannya supaya tidak menyingsing kain. Hang Tuah mengarahkan rombongannya berbuat demikian adalah kerana di negeri China banyak hikmatnya. Apabila sampai saja di halaman, Hang Tuah melihat halaman berkenaan berombakombak, tetapi beliau dan rombongan tidak menyingsing kain. Akhirnya beliau dan rombongan sampai ke balairung, lalu duduk
34 dekat dengan syahbandar. Seterusnya, apabila setelah sampai ke balai gendang, surat dan bingkisan dari Benua Keling hendak diturunkan dari atas gajah. Walau bagaimanapun biduanda kecil datang membawa titah Raja China supaya surat dan bingkisan dibawa masuk ke dalam bersama-sama dengan gajah. Hang Tuah dan rombongannya dibenarkan menghadap raja Benua China sedangkan surat-surat dan bingkisaan dari raja atau kerajaan yang lain hanya setakat menteri empat sahaja. Seterusnya, sewaktu mengadap Maharaja China, Hang Tuah menggunakan kebijaksanaan untuk melihat Maharaja China yang duduk di dalam mulut naga emas. Hang Tuah mengatakan bahawa jika Raja China ingin menjamu orang Keling makan, mereka tidak makan ikan dan daging sebaliknya makan sayur, daun, dan buah kayu. Sayur yang hendak dijamu itu jangan dipotong, sebaliknya dibiarkan panjang. Akhirnya Hang Tuah mengambil sayur kangkong yang tidak dipotong, lalu diangkat ke atas dahinya, dan disuap ke mulut sambil melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik permata. Contoh Menjawab Rentetan peristiwa / galurkan ikut kronologi Soalan berkait galurkan /huraikan rentetan peristiwa wajib mengikut turutan cerita / kronologi cerita. Tindakan Nala Sang Guna ketika menghadapi dugaan melaksanakan perintah Krysna Rayan / Rentetan peristiwa yang berlaku ketika Naga Sang Guna dititahkan mengadakan jamuan Membuat persiapan untuk mengadakan jamuan. Nala Sang Guna mendapat titah untuk membuat persiapan bagi menjamu raja Kisna Rayan dan rombongannya. Beliau meminta semua keluarganya dan saudagar yang berada di bawahnya bagi memasak nasi. Namun semua kayu api telah disorokkan oleh Krisna Rayan. Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa Krisna Rayan memanggil Nala Sang Guna dan Hang Tuah datang mengadap. Baginda telah menitahkan kepada Nala Sang Guna untuk mengadakan kenduri kerana lama tidak berkunjung ke rumah Nala Sang Guna. Membina balai dan khemah. Bagi menyambut kedatangan Kisna Rayan, Nala Sang Guna telah membina balai dan khemah tempat duduk Kisna Rayan. Balai dan khemah tersebut dibina begitu indah dan cantik. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa yang terdapat dalam “Hikayat Hang Tuah”, balai itu dibina daripada emas, perak dan suasa Mengeluarkan belanja. Nala Sang Guna telah mengeluarkan sepuluh behara emas untuk membeli makanan. Melalui “Hikayat Hang Tuah”, ada dinyatakan bahawa Nala Sang Guna telah membelanjakan sepuluh bahara perak untuk menghiasi makanan yang akan dijamu kepada Kisna Rayan dan rombongannya. Menyuruh menyediakan kayu api. Nala Sang Guna menyuruh hamba sahayanya membeli kayu api untuk memasak. Namun tiada yang ingin menjual kayu api kerana telah dititahkan supaya jangan menjual kayu api kepada Nala Sang Guna. Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa Nala Sang Guna duduk termenung dan anak angkatnya, Hang Tuah datang untuk membantu. Hang Tuah menyarankan Nala Sang Guna menggunakan kain untuk dijadikan kayu api. Membuka gedung kain. Nala Sang Guna menyuruh bendaharinya membuka gedung kain untuk keluarkan kain dan mencelupkan minyak untuk diperbuat kayu api. Hal ini kerana Hang Tuah telah menyarankan Nala Sang Guna menggunakan kain sebagai kayu api kerana tiada kayu api pada masa itu.
35 Memasak pelbagai judah. Nala Sang Guna menyuruh orang memasak pelbagai jenis makanan untuk kenduri/jamuan yang akan dihadiri oleh Kisna Rayan dan rombongannya. Kesemua pembesar termasuk Krisna Rayan terkejut kerana Nala Sang Guna dapat memasak nasi dan juadah lain meskipu baginda telah sorokkan kayu api dan tidak membenarkan sesiapa menjual kayi api kepada Nala Sang Guna. Galurkan peristiwa perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu. [25m] Jika soalan inginkan rentetan peristiwa, maka pelajar perlu memberikan galur/rentetan peristiwa ikut urutan dan ada faktanya. Jika tidak mengikut urutan makan pelajar akan kehilangan markah A: Pendahuluan [3] - Definisi sastera hikayat - Sinopsis Hikayat Hang Tuah Bab VII - Petikan peristiwa - Perkahwinan Raden Galuh Emas Ayu dgn Raja Melaka. - Menyenaraikan isi/fakta Mempersiapkan kelengkapan. Mengistiharkan perkahwinan Raden Galuh Emas Ayu (RGEA) dengan Raja Melaka, oleh itu semua pembesar dari seluruh negeri Majapahit akan hadir bersama dengan isteri dan jumlah mereka sangat ramai sehingga beratus-ratus. Contohnya Seri Betara melengkapkan persiapan perkahwinan puterinya, Raden Galuh Emas Ayu yang akan berkahwin dengan Raja Melaka. Baginda berbelanja untuk bunyi-bunyian, persalianan dan jamuan makan utnuk 40 hari 40 malan Memulai pekerjaan berjaga-jaga. Setelah datang para pembesar negeri, Seri Bentara mengarah Patih Gajah Mada menyediakan kelengkapan negara untuk mengadakan adat pekerjaan berjaga-jaga yang memakan masa yang lama. Contohnya Seri Betara meminta Patih Gajah Mada bersiap-siap dengan pekerjaan berjaga-jaga. Hal ini adalah untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan selamat. Semua pembesar Jawa berkumpul. Patih Gajah Mada pun memanggil semua raja-raja dan pembesarnya untuk berkumpul di balai penghadapan dan mengarah mereka memalu alat bunyian tanda kerja raja bermula. Contohnya Patih Gajah Mada mengerahkan segala raja-raja dan adipati dan segala pegawai dan priayi berhimpun masuk ke peseban. Beliau juga mengarahkan rakyat memalu bunyi-bunyian. Bunyi-bunyian dipalu. Sebarang kerja raja akan dimulai dengan paluan alat bunyi di serata negeri untuk memaklumkan bahawa perkahwinan RGEA dengan Raja Melaka bermula dan ramai rakyat akan terlibat dalam majlis ini. Contohnya bunyi-bunyian daripada gendang, serunai, medali, nafiri, samping, sekati, ceracap dialunkan bagi memeriahkan majlis persandingan Sultan Melaka dan Raden Galuh EMas Ayu. Raja Melaka menyediakan wang belanja. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan segala perbelanjaan dan hantaran kepada pihak perempuan akan majlis berjalan dengan lancar dan tidak memalukan pihak lelaki dengan menunjukkan kekayaan. Contohnya emas tujuh bahara di sediakan oleh Sultan Melaka sebagai wang belanja. Hal ini jelas melalui perbualan Bentara Tun Tuah.
36 Raja Melaka menyediakan hantaran lain. Majlis perkahwinan raja-raja Melayu akan dilengkapi dengan hantaran -hantaran lain untuk di beri kepada pasangan masing-masing. Selain daripada wang belanja pihak lelaki juga akan menyediakan untuk keperluan pihak perempuan seperti kain, pengasuh dan pelbagai kelengkapan lain bagi kegunaan seharian. Contohnya Raja Melaka menyediakan kain tujuh peti, dayang-dayang tujuh puluh, kain bersugi dan tepi tujuh helai dan lain-lain lagi utnuk pengantin perempuan. Semua Wang Belanja dan hantaran diarak. Emas belanja dan hantaran hendaklah diarak beramai-ramai untuk menunjukkan kemeriahan dalam majlis perkahwinan. Perarakan menghantar hantaran biasa dibawa oleh golongan pembesar dengan diiringi oleh rakyat yang mempunyai rupa paras yang cantik serta tampan. Contohnya hantaran daripada pihak raja Melaka di bawa oleh Tun Utama, Patih Kerma Wijaya, Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja. Maka persembahan itu pun diarak oranglah, terlalu banyak orang mengiringkan dia. Dan orang yang membawa persembahan itu pun baik-baik rupanya, seperti dalam tulis rupanya”. Contoh Menjawab Tema Hikayat Hang Tuah bertemakan kepahlawanan bangsa Melayu. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Hang Tuah dikaitkan dengan kepahlawanan, kewibawaan @ kedaulatan negeri Melaka. Sifat kepahlawanan Hang Tuah melangkaui dunia luar seperti Cina, Majapahit dan Benua Keling ini mengangkat kerajaan Melayu Melaka di mata dunia luar. Contoh peristiwa yang melambangkan kepahlawan Hang Tuah dapat dilihat menerusi pertarungan beliau dengan Taming Sari di Majapahit. Hang Tuah dapat mengalahkan Taming Sari yang mengamuk menerusi kepandaiannya bermain senjata dan kepintarannya sehingga beliau Berjaya merampas keris Taming Sari. Akhirnya Taming Sari yang kebal itu Berjaya dibunuh oleh Hang Tuah. Oleh itu, semangat kepahlawanan yang dimiliki Hang Tuah mampu mengangkat martabat beliau dan bangsa Melayu di mata dunia. FAKTA HURAIAN ULASAN KESAN /K.KECIL CONTOH
37 Watak perwatakan / sifat / pemikiran dan gambaran masyarakat Watak Berasal dari Melaka Anak angkat Nala Sang Guna Berbadan tampan, tegap dan sasa Memiliki keperibadian menawan, Berbudi Bahasa Ketika mengiringi Raja Melaka di Majapahit, semua penduduk terpegun melihat ketampanannya Mempunyai pemikiran yang bijak mengatur strategi / menyelesaikan masalah Mengatur strategi mengalahkan musuh / Taming Sari dengan merampas keris/ menukar keris Memberi idea menyelesaikan masalah ketiadaan kayu api kepada Nala Sang Guna di benua Keling Strategi guna kangkung untuk melihat wajah Raja Cina WATAK DAN PERWATAKAN HANG TUAH Sentiasa mencari ilmu dan tingkatkan ilmu pengetahuan / ilmu berbahasa. Cintakan ilmu: belajar b. Nagaram dengan lebai/ b. Jawa (bercakap dengan Krisna Rayan / Betara Majapahit. Mahir dalam ilmu perubatan. Membuat ubat (madat) untuk isteri Sang Guna yang mandul. budi bahasa Mahir ilmu Magis. Ketika di Benua Keling HT menunjukkan pokok ajaib yang pabila ditanam, terus tumbuh, berbuah dan buahnya boleh dimakan, kemudian pokok kayu tersebut ghaib. Menyebabkan Raja dan pembesar kagum Ilmu Menjinakkan Kuda. Ketika di Benua Keling HT diduga untuk menjinakkan kuda Teji (kuda raja) yang ganas seperti singa. Hanya raja yang mampu menjinakkan dan menaiki kuda tersebut. Namun, HT berjaya menjinakkan dan menunggang kuda. Ilmu Kepahlawanan / Bermain Senjata. Melawan perajurit-perajurit yang mengamuk di Balairung Majapahit seorang diri dan berjaya membunuh kesemuanya dengan ilmu yang dimilikinya. Meskipun merbahaya. Hang Tuah mempertahankan raja dari amukan Taming Sari dan berjaya membunuhnya meskipun Taming Sari terkenal dengan kegagahan, kepahlawanan dan memiliki ilmu kebal. Taat kepada Raja Melaka -Melindungi raja dan Betara Majapahit dari orang mengamuk. Menurut perintah raja Melaka menadi utusan dan ketika di Benua Keling beliau menjaga nama Raja taat kepada perintah Kisna Rayan untuk menjadi utusan ke China Keberanian / Sanggup Bekorban. Hang Tuah berani melawan perajurit-perajurit yang mengamuk di Balairung Majapahit seorang diri dan berjaya membunuh kesemuanya meskipun merbahaya. Hang Tuah juga berani berhadapan dengan Taming Sari, seorang pahlawan Majapahit yang gagah, kebal dan memiliki ilmu kepahlawanan yang tinggi. Hang Tuah Berjaya membunuhnya.
38 Contoh Menjawab Watak Perwatakan Hang Tuah Sebagai Tokoh Epik. JAWAPAN INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB PEMIKIRAN / GAMBARAN MASYARAKAT Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul samada dari segi keperibadian, ketokohan, kepintaran, kegagahan mahupun ketangkasan. Hikayat Hang Tuah memaparkan tentang pahlawan Melayu yang bernama Hang Tuah. Beliau merupakan laksamana Melaka dan dianggap sebagai wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa. Watak Hang Tuah juga menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada masyarakat kini menerusi sifat-sifat unggul seperti memiliki ilmu hulubalang, fasih pelbagai bahasa, berani dan taat. Contoh Menjawab Watak Perwatakan Pertama, mempunyai kebolehan berbahasa. Seseorang yang mempunyai kemahiran menguasai pelbagai jenis bahasa yang ada di duia ini. Hang Tuah pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Kebolehan menguasai pelbagai bahasa ini, menyebabkan beliau dipilih oleh Sultan Melaka untuk menjadi utusan ke Benua Keling. Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram bagi membalas pertanyaan Krisna Rayan. Kebolehannya menimbulkan rasa kagum kerana tidak semua menteri di Benua Keling mahir dan menguasai bahasa tersebut. Tanpa kecekapan berbahasa nescaya Hang Tuah tidak dapat menjadi utusan dan dikagumi oleh Kisna Rayan. Oleh itu kemahiran berbahasa yang dimiliki oleh Hang Tuah telah menjadikan dirinya disayangi dan dihormati oleh Kisna Rayan. Kedua, memiliki ilmu menjinakkan kuda dan tangkas menunggang kuda. Ilmu ini dikatakan mampu menjadikan haiwan yang ganas dan liar patuh kepada arahan. Hang Tuah telah diminta menjinakkan kuda Teji, iaitu kuda yang garang sepeerti singa dan hanya mendengar arahan baginda. Hang Tuah yang mempunyai ilmu menjinakkan dan menunggang kuda, telah berjaya menjinakkan dan memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu dengan cara tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut. Jika Hang Tuah tidak memiliki ilmu menjinakkan kuda, nescaya beliau tidak dapat menjinakkan kuda teji yang hanya mendengar arahan tuannya sahaja iaitu Kisna Rayan. Kebolehan ini menjadikan beliau amat disayangi dan dikagumi oleh semua pembesar di Benua Keling termasuk Krisna Rayan. FAKTA HURAIAN ULASAN PRO/KONTRA KESAN /K.KECIL CONTOH
39 Ketiga, bijak menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Seseorang yang bijak menggunakan akal fikiran akan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, strategi yang diatur juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik. Hang Tuah dikatakan bijak kerana dapat menyelesaikan masalah ayah angkatnya iaitu Nala Sang Guna. Nala Sang Guna termenung keran tidak dapat memasak nasi kerana semua kayu api telah tiada. Oleh itu, Hang Tuah telah menyarankan Nala Sang Guna menggantikan kayu api dengan kain sebagai bahan api. Jika Hang Tuah tidak menyarankan penggunaan kain sebagai ganti menjadi kayu api, sudah pasti Nala Sang Guna tidak dapat menunaikan titah raja dan raja akan murka. Kebijaksanaan Hang Tuah menyebabkan beliau dihormati dan salah satu bukti beliau layak digelar wira. Seterusnya, mempunyai kebolehan yang luar biasa. Kebolehan luar biasa ini dikatakan keupayaan psikik dan unsur magis yang buka ada pada semua orang. Hang Tuah telah menunjukkan kebolehan luar biasanya melalui satu permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan yang dimilikinya menjadikan semua orang terpegun. Jika Hang Tuah tidak memiliki kebolehan luar biasa, nescaya pembesar Benua Keling tidak mempercayai kehebatannya. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa telah mengangkat martabatnya sebagai wira epik. Akhir sekali, panjang akal dan mampu memperdaya untuk melihat Maharaja China. Panjang Akal bermaksud seseorang yang bijak, pintar atau sering disebut sebagai cerdik samada di dalam pelajaran mahupun lain-lain perkara. Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang - panjang. Ketika makan Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, Hang Tuah hendak dipenggal oleh hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana. Kebijaksanaan Hang Tuah menyebabkan beliau dapat melihat muka Maharaja China. Jika beliau tidak panjang akal, nescaya beliau tidak dapat mengalami pengalam baru di sana. Oleh itu, panjang akal Hang Tuah telah menjadikan dirinya seorang wira yang hebat dan disanjungi ramai. Kesimpulannya, kebolehan, ketangkasan, kebijaksanaan dan nilai kepahlawanan yang wujud dalam diri Hang Tuah perlu dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Melayu kini agar dapat memahirkan diri dalam melakukan sesuatu perkara dan dapat mengharumkan nama negara.
40 Hang Tuah digambarkan sebagai wira epik yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti yang tergambar dalam Hikayat Hang Tuah Bab XIX yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. Bincangkan. (25) A Pengenalan [3m] F1 Wira bangsa F2 Lambang keagungan budaya bangsa F3 Menjadi sanjungan/keagungan masyarakat/sumber inspirasi kepada masyarakat F4 Penegasan isi (senarai isi yang akan dihuraikan) Contoh pengenalan : Hang Tuah merupakan wira bangsa dan menjadi lambang keagungan budaya bangsa. Keperwiraan Hang Tuah, menjadikannya sebagai watak yang disanjung serta menjadi inspirasi kepada masyarakat. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan Hang Tuah sebagai wira epik seperti kebijaksanaan dalam memberikan idea bernas untuk memasak, berkebolehan berbahasa asing dan mampu menjinakkan kuda teji.................. Contoh huraian isi Kebolehan dalam menyelesaikan masalah dengan bijak. Kebijaksanaan yang ada merupakan kelebihan dalam diri seseorang yang pandai menggunakan akal fikiran dalam mengatur strategi. Kebijaksanaan ini juga akan menyelesaikan banyak masalah malah boleh menyelamatkan maruah seseorang. Sekiranya tidak boleh mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan kedangkalan akal fikiran, maka akan jatuhlah maruah serta akan dihinalah individu tersebut. Hang Tuah memberikan idea kepada Nala Sang Guna yang menghadapi masalah untuk menyediakan kayu api bagi menyediakan hidangan diraja. Hang Tuah mencadangkan agar digunakan kain yang terdapat dalam gudang Nala Sang Guna untuk dijadikan bahan bakar bagi menggantikan kayu api dan hidangan tersebut akhirnya Berjaya disediakan. Kebolehan dalam menyelesaikan masalah dengan bijak Berjaya mengangkat martabat Hang Tuah di negara luar. Berkebolehan berbahasa asing. Kebolehan berbahasa asing merupakan suatu kelebihan yang ada pada diri seseorang untuk memudahkan proses berkomunikasi dan seterusnya melancarkan perjalanan sesuatu perkara yang dirancang. Sekiranya tidak boleh berbahasa asing, maka salah faham terhadap sesuatu perkara akan berlaku. Hang Tuah dipilih untuk menjadi utusan Melaka ke benua Keling kerana kebolehannya ini. Hang Tuah fasih dalam bahasa Bijaya Nagaram. Beliau Berjaya menjawab pertanyaan Krisna Rayan dalam bahasa Nagaram ketika Krisna menyambut utusan Melaka dan sengaja menggunakan bahasa Nagaram untuk menguji utusan Melaka tersebut. Keupayaan menguasai bahasa oleh Hang Tuah ini mengagumkan Krisna Rayan kerana bahasa ini tidak dikuasai oleh mentari-menteri raja. Kebolehan menjinakkan dan menunggang kuda yang ganas. Memiliki ilmu menjinakkan kuda dan menunggang seekor kuda liar dan ganas adalah suatu perkara yang sukar dilakukan. Hanya orang yang benar-benar hebat dan mempunyai kemahiran sahaja yang mampu menjadikan kuda yang ganas dan liar patuh kepada arahannya. Sekiranya kemahiran serta kekuatan jiwa tiada dalam diri seseorang, maka perbuatan menunggang kuda akan membawa musibah kepada dirinya. Hang Tuah berjaya menunggang kuda tezi yang digambarkan sebagai kuda yang ganas. Krisna Rayan telah menitahkan kepada Hang Tuah supaya menunggang kuda tezi yang tidak pernah berjaya ditunggangi oleh sesiapa. Hang Tuah akur dengan arahan tersebut, tetapi sebelum menunggang kuda itu, Hang Tuah terlebih dahulu mendapatkan ilmu untuk menjinakkan kuda daripada si pengembala kuda. Akhirnya Hang Tuah berjaya mengendalikan kuda tersebut dengan selamatnya. Kebolehan yang ada pada Hang Tuah menjadikan dirinya disegani dan disanjungi oleh Krisna Rayan dan pembesarpembesarnya
41 Kebolehan dalam melihat muka Maharaja China dengan menggunakan akal fikiran. Mengadap dan melihat raja China adalah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan kerana wajah raja China tidak boleh dilihat oleh sesiapapun. Melalui kebijaksanaan melakukan tipu muslihat sahajalah perkara yang mustahil itu dapat direalisasikan. Jika seorang wira lemah daya fikirannya, maka banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seterusnya menunjukkan kelemahan diri wira tersebut sehingga tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh wira epik. Hang Tuah yang dikatakan memiliki akal yang bijak (Panjang akal) telah melakukan tipu muslihat untuk melihat wajah raja China. Hang Tuah meminta juru masak China menghidangkan kepadanya sayur yang tidak dipotong kerana dikatakan adat orang Melayu memakan kangkung tidak dipotong. Jadi apabila Hang Tuah hendak makan sayur tersebut, dia perlu mendongak kepalanya, pada waktu mendongak inilah Hang Tuah boleh melihat wajah raja China yang berada dalam mulut naga. Kebolehan ini menyebabkan Hang Tuah tidak dihukum pancung kepala dan diiktiraf kehebatannya sebagai wira epik. Kebolehan luar biasa / Kebolehan dalam menghasilkan ilmu magis. Kebolehan luar biasa ini dikatakan keupayaan psikik dan unsur magis yang buka ada pada semua orang. Hang Tuah telah menunjukkan kebolehan luar biasanya melalui satu permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan yang dimilikinya menjadikan semua orang terpegun. Jika Hang Tuah tidak memiliki kebolehan luar biasa, nescaya pembesar Benua Keling tidak mempercayai kehebatannya. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa telah mengangkat martabatnya sebagai wira epik. Kebolehan membuat ubat beranak kepada isteri Nala Sang Guna yang tidak boleh beranak. Penguasaan bidang ilmu perubatan yang banyak dapat mendorong seseorang itu untuk menyumbang kebaktian terhadap orang lain apabila diperlukan. Kebolehan dalam bidang ini menjadikan diri seseorang individu menjadi sanjungan masyarakat serta dapat memberi manfaat kepada orang lain. Hang Tuah yang mengusai ilmu perubatan telah membuat ubat mandul “madat” untuk isteri Nala Sang Guna yang tidak mempunyai zuriat. Kebolehan dalam membuat ubat menyebabkan Hang Tuah dihormati dan dikasihi oleh semua orang. Menjadi utusan benua Keling ke negeri China. Mendapat kepercayaan daripada pemerintah/raja untuk melakukan sesuatu adalah suatu perkara yang sukar untuk dibayangkan. Apatah lagi menjadi utusan bagi negara yang bukan tanah tumpah darah sendiri. Kepercayaan ini adalah hasil daripada perlakuan baik dan sopan santun yang tinggi/keperibadian unggul yang ditunjukkan. Jika seorang wira tidak beradap sopan/mempunyai perlakuan yang buruk, sudah tentu raja tidak akan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya. Hang Tuah telah dipilih untuk menjadi utusan benua Keling ke negeri China. Pilihan dibuat berdasarkan perlakuan sopan santun dan beradab yang ditunjukkan oleh Hang Tuah sepanjang berada di benua Keling menyebabkan Krisna Rayan terpikat dengan perlakuan Hang Tuah tersebut. Huraikan empat kepintaran yang menyerlahkan ketokohan Laksamana Hang Tuah ketika menjadi utusan Melaka di Benua Keling. 1. Pintar dalam memangani masalah- guna kain untuk memasak 2. Pintar dalam menyusun kata-kata/ berbahasa 3. Pintar mengambil hati Raja 4. Pintar dalam bermain senjata/ ilmu kepalawanan
42 Bincangkan sifat-sifat / Nilai Pahlawan / Hang Tuah Berani menanggung risiko. Berani merupakan sifat tidak takut mati/tidak gentar yang ada dalam diri seseorang ketika menghadapi bahaya / musuh. Hang Tuah menunjukkankan sifat beraninya apabila dia menyahut cabaran dan bertarung dengan semua perajurit Majapahit. Beliau akhirnya berjaya membunuh Taming Sari. Sifat ini juga telah menimbulkan rasa kagum dan hormat Betara Majapahit kepada bangsa Melayu yang berkunjung ke Majapahit pada masa itu. Sifat Hang Tuah wajar dicontohi generasi kini kerana dapat menanam rasa tabah menghadapi pelbagai ringtangan dan dugaan. Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu helah (muslihat atau tipu daya). Seseorang akan dianggap bijak apabila beliau dapat menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit dengan cepet dan pantas. Ketika berada di Majapahit, Hang Tuah memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi sebarang masalah, terutama rancangan-rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada menguji kekuatan atau kehandalan Hang Tuah dan percubaan untuk membunuhnya. Contoh, Hang Tuah menggunakan tipu helah untuk membunuh Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal untuk mengatasi kehandalan Taming Sari, kerana Taming Sari memiliki keris yang berkuasa ajaib dan istimewa yang menyebabkan tubuhnya kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah memperdaya Taming Sari dengan mengajaknya bertukar-tukar keris kerana dia tahu kekuatan Taming Sari terletak pada keris tersebut . Akhirnya Hang Tuah dapat membunuh Taming Sari. Sifat bijak Hang Tuah wajar dicontohi kerana ia membantu kita menyelesaikan segala halangan dan dugaan dengan baik dan pantas. FAKTA CONTOH ULASAN HURAIAN KESAN /K.KECIL
43 Taat Setia Kepada raja. Kesetiaan untuk sentiasa menjaga keselamatan dan maruah rajanya. Tun Tuah memegang prinsip ‘Pantang Melayu Derhaka Kepada Tuannya’. Ketika berada di Majapahit, Tun Tuah telah menggunakan sifat kepahlawan dan kebijaksanaan akal untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka daripada dihina oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada demi kesetiaannya kepada raja Melaka. Jika terjadi sesuatu perkara yang memalukan, sudah tentu akan memberi aib kepada raja dan negeri Melaka. Oleh kerana konsep kesetiaan ini ada pada diri Hang Tuah menyebabkan dia sering mendapat kekuatan dalaman menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua musuhnya. Contoh, Hang Tuah berjaya membunuh Taming Sari, dan berjaya menggagalkan segala cubaan atau ujian yang dilakukan oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk menjatuhkan maruah raja dan negeri Melaka. Sifat taat perlu ada dalam diri untuk menimbulkan nilai berani dan sanggup berkorban mempertahankan negara. Memperlihatkan sifat luar biasa, iaitu pandai dalam ilmu firasat. Hang Tuah juga mahir dalam ilmu firasat, iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu yang melibatkan perasaan hati akan terjadi sesuatu sesudah melihat gejala tertentu. Contoh, melalui tilikannya, keris yang dimiliki oleh Taming Sari mempunyai kuasa ajaib dan Hang Tuah percaya selagi keris tersebut berada di tangan Taming Sari, tubuhnya tidak akan lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah berjaya memperdaya Taming Sari melalui helahnya mengajak Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar keris dengannya. Dengan tipu helah tersebut Hang Tuah berjaya memperolehi keris tersebut dan akhirnya berjaya membunuh Taming Sari. Memiliki ilmu luar biasa / magis / batin perlu ada dalam diri pahlawan agar dapat mengatur strategi yang berkesan ketika menentang musuh. Ketangkasan dan kecekapan bermain senjata. Hang Tuah adalah seorang tokoh pahlawan yang cekap dan mahir bermain senjata. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah setelah berguru dengan beberapa orang guru. Antara gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura Majapahit dan Aria Putera di Bukit Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan kecekapan Hang Tuah bermain senjata terbukti ketika berada di Majapahit. Contoh, Hang Tuah berjaya mengelakkan tikaman dan berjaya membunuh perajurit-perajurit Majapahit, termasuklah Taming Sari, sehingga dikagumi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada. Ketangkasan bermain senjata perlu ada dalam diri agar dapat mempertahankan diri, keluarga, negara dari serangan musuh. Persamaan dan perbezaan di antara watak Hang Tuah / rakyat Melayu dan Rakyat Jawa /Majapahit
44 Perajurit merupakan seorang yang angkuh / sombong, manakala Hang Tuah seorang yang merendah diri dan berbudi bahasa. Taming Sari tidak menghormati raja Melaka apabila tindakan mengamuk beliau hampir terkena raja Melaka dan mengancam nyawa raja Melaka dan Bentara Majapahit. Beliau juga talah membunuh ramai orang. Sikap angkuhnya juga dapat dilihat apabila beliau kemudiannya mencabar Hang Tuah dengan memperkecilkan dan menyindir Hang Tuah untuk bertarung dengannya. Manakala Hang Tuah dikatakan merendah diri kerana beliau meminta izin Bentara Majapahit untuk bertarung dengan Taming Sari. Hang Tuah tahu beliau berada di tempat orang. Perajurit merupakan seorang yang panas baran dan pemarah, manakala Hang Tuah penyabar dan tidak bertindak melulu. Sikap panas baran seseorang itu jelas kelihatan apabila beliau merasa marah dan emosinya sukar dikawal. Muka perajurit merah pada dan dilihat bagaikan api yang membara menahan kemarahan apabila kata-kata sindirannya dapat dipatahkan oleh Hang Tuah. Perajurit juga berasa marah apabila dia dikatakan sebagai pencuri. Hang Tuah memiliki ilmu hulubalang dan bermain senjata yang hebat, manakala perajurit kurang dalam kemahiran bermain senjata. Kehebatan bermain senjata merangkumi ketangkasan seseorang itu menggunakan alat senjata. Beliau juga memiliki ilmu persilatan yang tinggi. Hal ini dapat dilihat pada watak Hang Tuah. Hang Tuah berjaya menangkis semua serangan dan tikaman yang perajurit tua/ Taming Sari lakukan. Beliau juga dapat menukar keris dengan Taming Sari dan berjaya membunuh Taming Sari. Hang Tuah dikatakan memiliki kebijaksanaan dalam mengatur strategi pertempuran dan bermain senjata, manakala perajurit suka bertindak terburu-buru. Hang Tuah bijak menggunakan akal fikirannya dalam mengatur strategi untuk melawan musuh setelah beliau sedar yang musuhnya kebal dan tidak lut dengan senjata. Hang Tuah dapat menangkis semua tikaman yang dilakukan kerana beliau mempunyai akal fikiran yang bijak dan strategi yang hebat dalam mengalahkan musuh. Apabila Hang Tuah sedar Taming Sari tidak lut senjata kerana kerisnya, lalu beliau telah bertindak melepaskan keris Taming Sari dari gengamannya. Kemudian beliau menukar keris tersebut dan akhir sekali beliau berjaya membunuh Taming Sari yang kebal dan hebat itu. Contoh Menjawab Kepentingan Karya Dalam Konteks Sarwajagat (World View) Masyarakat Melayu Tradisional / Motif penceritaan Melukiskan kehebatan dan kehandalan pahlawan Melayu, Hang Tuah merupakan watak pahlawan Melayu yang tiada tolok tandingnya. Hang Tuah merupakan manusia biasa namun memiliki kuasa luar biasa. Beliau melindungi rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun. Hikayat Hang Tuah memainkan peranan penting dalam konteks sarwajagat kerana memberi gambaran tentang keberanian orang Melayu, menunjukkan semangat cintakan raja dan lain-lain lagi. Memberi gambaran tentang keberanian bangsa / masyarakat Melayu dalam mempertahankan maruah dan keselamatan. Sikap berani menentang musuh tanpa ada rasa takut perlu wujud di dalam diri agar dapat mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa, raja dan negara. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sangat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari meskipun Hang Tuah tahu yang Taming Sari seorang yang kebal dan hebat. Hang Tuah berani mementang Taming Sari yang dikatakan kebal dan pahlawan hebat dari Majapahit. Ketika pertarungan berlaku, Hang Tuah dengan bijak telah berjaya merampas keris Taming Sari dan membunuhnya.
45 Memupuk semangat cintakan negara, bangsa dan agama. Semangat cinta akan negara dapat melahirkan nilai keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam diri seseorang. Keberanian Hang Tuah berjuang mempertahankan kedaulatan raja dan negara menjadi pendorong kepada masyarakat Melayu untuk mempertahankan negara, bangsa, dan agama dari sebarang ancaman. Hal ini boleh dilihat apabila Hang Tuah berjaya membunuh penjurit dan Taming Sari sewaktu berada di Majapahit. Tindakan Hang Tuah ini berjaya melindungi raja dan mengelakkan Raja Melaka daripada diaibkan oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Kebijaksanaan pahlawan Melayu dan ketajaman akal masyarakat Melayu dalam mengatur strategi dan menyelesaikan masalah. Sarwajagat tahu bahawa masyarakat Melayu bijak menggunakan akal fikiran untuk men yelesaikan masalah dengan pantas. Hang Tuah bijak mengatur strategi ketika berlawan dengan musuh. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh. Melambangkan masyarakat Melayu (world view) yang taat setia / patuh raja. Dalam hikayat ini, nilai taat setia iaitu rasa patuh yang tidak berbelah bagi dipupuk menerusi cerita yang dipaparkan. Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya untuk menjaga keselamatan dan maruah raja.Hal ini dapat dilihat ketika di Majapahit. Hang Tuah membunuh Taming Sari yang mengamuk dan mengamcam raja Melaka dan Betara Majapahit. Hang Tuah juga taat dan menurut perintah raja dengan menjadi utusan ke Benua Keling. Memberi gambaran masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat dan mementingkan ilmu. Karya sastera merupakan cerminan hidup masyarakat yang melahirkannya. Sehubungan dengan itu, dalam karya sastera terdapat gambaran budaya masyarakat yang dipaparkan memegang teguh aspek adat istiadat, kepercayaan, stratifikasi sosial, agama, kepercayaan, interaksi sosial dan sebagainya. Begitu juga dalam Hikayat Hang Tuah yang memaparkan adat istiadat perkahwinan diraja di antara Raja Melaka dan Raden Ayu. Peristiwa juga memaparkan adat hantar belanja, adat berjaga-jaga dan lain-lain. Mengangkat martabat orang / bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah dikatakan mengangkat martabat orang Melayu apabila hikayat tersebut menunjukkan kebijaksanaan orang / bangsa Melayu melalui watak laksamana Hang Tuah dalam menyelesaikan masalah dan mengatur strategi mengalahkan musuh. Ketika berada di Benua Keling, Hang Tuah dikatakan telah membantu ayah angkatnya, Nala Sang Guna memasak tanpa menggunakan kayu api. Kayu api telah disorokkan dan Krisna Rayan tidak membenarkan sesiapapun menjualnya kepada Nala Sang Guna. Akhirnya, Hang Tuah menyarankan Nala Sang Guna menggunakan kain bagi menggantikan kayu api. Menunjukkan sifat keunggulan budi perketi sesuatu bangsa melalui watak dan perwatakan wira/wirawati. Laksamana Hang Tuah disifatkan sebagai, berbudi bahasa, bersopan-santun, taat dan mempunyai ilmu kepahlawanan yang tinggi serta berani. Hal ini dapat dilihat melalui percakapan Hang Tuah secara halus menyindir Krisna Rayan dan pembesar yang meminta Nala Sang Guna memasak nasi tetapi tidak diberikan kayu api. Lalu Hang Tuah menyatakan beliau menggunakan kain di negeri tersebut yang terlalu banyak, sebagai kayu api untuk memasak.