The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 10:54:35

NOTA PROSA TRADISIONAL SEMESTER 1

3. Prosa Tradisonal

Keywords: nota sastera

46 Menyatakan kesan / kepentingan karya kepada diri/pelajar / masyarakat. Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap individu manusia seperti berikut: Jika saya seorang pahlawan, saya perlu bersikap berani mempertahankan Tanah Air / Selaku pelajar saya perlu berani dalam mempertahankan negara / rakan /mengeluarkan pendapat. Sikap berani tanpa ada rasa takut perlu wujud di dalam diri agar dapat mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sangat berani. Saya perlu memiliki sikap berani dan sanggup mengadaikan nyawa demi mempertahankan orang yang di sayang dan tanah air. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari meskipun Hang Tuah tahu yang Taming Sari kebal. Hang Tuah berani mementang Taming Sari yang dikatakan kebal dan pahlawan hebat dari Majapahit. Ketika pertarungan berlaku, Hang Tuah dengan bijak telah berjaya merampas keris Taming Sari dan membunuhnya. Keberanian Hang Tuah perlu dicontohi agar saya mampu menempuh semua cabaran dan dugaan ketika berhadapan dengan masalah. Contoh jawab 2 Dapat menjadikan contoh teladan tentang kepahlawanan dan keberanian wira. Sifat kepahlawanan dan keberanian Hang Tuah dapat membangkit (melahirkan) dan menanam sifat keberanian dalam diri saya dalam menghadapi sesuatu situasi yang penuh mencabar tanpa ada rasa gentar. Contoh, ketika berada di Majapahit mengiringi raja Melaka untuk berkahwin, Hang Tuah sanggup menghadapi segala rancangan untuk menguji kekuatannya sebagai pahlawan dan cubaan untuk membunuhnya dengan semangat keberanian yang ada padanya, termasuk bertarung dengan perajurit Majapahit yang paling handal, iaitu Taming Sari. Dengan adanya sifat keberanian dalam diri menyebabkan saya sanggup menghadapi apa juga situasi yang boleh membahayakan diri saya. Sebaliknya dengan berbekalkan semangat keberanian, saya sanggup menghadapi apa juga situasi dalam usaha untuk memperjuangkan hak dan maruah diri, bangsa dan negara daripada segala ancaman musuh. Keberanian Hang Tuah perlu dicontohi agar saya mampu menempuh semua cabaran dan dugaan ketika berhadapan dengan masalah. Dapat memupuk dan menanam semangat patriotik dalam diri. Hang Tuah memang terkenal dengan semangat patriotismenya, iaitu semangat cintakan raja dan negaranya walaupun di mana dia berada dan semangat patriotik ini sudah sebati bertapak dalam jiwanya. Dengan berbekalkan sifat patriotik yang kental, Hang Tuah tidak mudah terpedaya dengan elemen-elemen yang cuba memesong semangat patriotismenya. Contoh, ketika berada di Majapahit, Hang Tuah melaksanakan tugasnya sebagai pengiring raja untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka. Saya juga terkesan dan bertanggung jawab untuk menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam diri agar saya dapat menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara. Dapat menguatkan semangat sifat taat setia dalam diri sebagai suatu pegangan. Sifat taat setia ini penting dijadikan sebagai suatu pegangan dalam semua aspek kehidupan kita, sama ada dari segi pemikiran atau tindakan. Kesetiaan merupakan nilai patuh yang tidak berbelah bagi. Contoh, ketika berada di Majapahit, Hang Tuah sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya demi menunaikan perintah raja dan membuktikan ketaatan dan keselamatan raja Melaka. Beliau sanggup berhadapan dengan Taming Sari yang hebat dan kebal demi menjaga maruah raja. Sifat taat setia ini terkesan untuk saya untuk menjadikan sifat ini sebagai suatu ikutan dan pedoman dalam kehidupan dalam melakukan sesuatu, serta menghindarkan diri daripada melakukan pengkhianatan.


47 Manusia perlu bijaksana. Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh. Dapat menaman kemahiran ilmu persilatan. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan memang tidak boleh disangkal lagi dan telah menjadi pedoman dan ikutan dalam diri saya. Hang Tuah berjaya menguasai ilmu persilatan secara zahir dan batin.Beliau juga dikatakan tangkas bermain senjata. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah melalui perguruannya dengan beberapa orang guru, termasuklah Sang Persata Nala dan Aria Putera sehingga berjaya menjadi pahlawan terkenal dan sukar dan sukar ditandingi. Contoh, ketika berada di Majapahit Hang Tuah berjaya mengalahkan semua perajurit Majapahit termasuklah Taming Sari. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan berjaya memberi dorongan dan ikutan kepada saya untuk menguasai dan mewarisi ilmu tersebut dalam usaha untuk mempertahan dan menjaga diri, maruah bangsa dan negara. Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain. Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya. Sentiasa berwaspada. Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali seperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati. Hormat menghormati. Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit). Gambaran adat dan budaya masyarakat. Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Raden Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja. Mesej “Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)” Menguasai pelbagai bahasa asing akan menjadikan diri disanjung tinggi. Penguasaan bahasa asing membolehkan seseorang itu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dengan lebih baik dan dapat mengeratkan silaturahim dengan bangsa-bangsa lain. Selain dari itu, kebolehan berbahasa asing juga dapat menjadikan seseorang itu diterima oleh orang lain dengan lebih mudah dan lebih disanjung tinggi. Laksamana Hang Tuah yang berdatang sembah kepada raja Keling iaitu Kisna Rayan telah berkomunikasi dalam bahasa Nagaram apabila ditanya tentang utusan rombongannya yang menyebabkan raja Kisna Rayan dan segala pembesar Keling menjadi kagum dan Kisna Rayan gembira dan suka akan Hang Tuah sehingga menganggap, kehadiran Hang Tuah seperti kehadiran raja Melaka sendiri. Keberanian berupaya menangani sebarang ancaman atau cabaran. Sifat berani menjadikan seseorang itu tidak gentar dalam mengharungi saat-saat mencabar dalam kehidupan. Sifat berani ini menjadikan seseorang itu mencuba sedaya upaya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya walaupun terpaksa menanggung risiko kehilangan nyawa. Hang Tuah tidak menolak permintaan Kisna Rayan untuk menunggang kuda Teji pemberian seorang raja taklukan negara Keling kerana taat akan perintah raja Keling walaupun tahu tentang bahaya yang bakal ditempuh kerana sifat kuda itu seperti seekor singa yang galak/seperti harimau. Dengan sifat berani yang ada pada dirinya, Hang Tuah telah menunggang kuda teji tersebut dengan pantas sehingga carik bajunya.


48 Kebijaksanaan mampu menyelesaikan masalah. Menggunakan akal fikiran dalam menyelesaikan masalah dapat menyelamat keadaan yang sulit serta dapat juga menyelamatkan maruah seseorang. Dengan kebijaksanaan juga, segala masalah dapat dirungkai dengan baik serta dan setiap perancangan yang dibuat berjalan lancar. Hang Tuah telah menunjukkan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu api untuk jamuan yang akan diadakan oleh Nala Sang Guna. Kebijaksanaan Hang Tuah dapat dilihat dengan menjadikan kain-kain yang dicelup dengan minyak menggantikan kayu api untuk memasak makanan yang akan dihidangkan dalam majlis yang akan dihadiri oleh Kisna Rayan dan rombongannya. Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan mampu berbuat kebaktian. Penguasaan bidang ilmu yang banyak dapat menjadikan diri seseorang individu menjadi sanjungan masyarakat serta dapat memberi manfaat kepada orang lain. Melalui penguasaan pelbagai ilmu juga dapat mendorong seseorang itu untuk menyumbang kebaktian terhadap orang lain apabila diperlukan. Hang Tuah yang mengusai ilmu perubatan telah membuat ubat mandul iaitu “madat” untuk isteri Nala Sang Guna yang tidak mempunyai zuriat. Selain dari itu, penguasaan ilmu ajaib juga telah menjadikan Hang Tuah seorang yang hebat dan dikagumi oleh raja dan pembesar Keling apabila dapat menunjukkan satu permainan iatu dengan menanam biji benih buah kayu yang segera berbunga berputik dan berbuah dan setelah dimakan buahnya, pokok itupun ghaib. Taat kepada raja/pemimpin membuatkan seseorang disanjung tinggi. Ketaatan kepada pemimpin menjadikan seseorang itu patuh pada setiap arahan demi menjaga nama baik raja sebagai pemerintah yang disanjung. Sifat taat ini menjadikan seseorang itu tidak menolak arahan raja untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Hang Tuah sangat patuh dan taat akan perintah raja Melaka untuk menjadi ketua utusan ke benua Keling untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara dua negara. Ketaatan Hang Tuah juga dapat dilihat semasa berada di benua Keling yang menunjukkan Hang Tuah begitu taat kepada perintah raja Keling iaitu Kisna Rayan yang melantiknya sebagai utusan ke negara China. Kebolehan luar biasa dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dan meningkatkan darjat. Kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesuatu perkara akan meletakkan seseorang itu pada kedudukan yang tinggi. Kebolehan dan kepandaian seseorang dalam sesuatu permainan yang luar biasa dan belum pernah dilihat orang menjadikan seseorang itu amat istimewa. Semasa Hang Tuah sedang mengadap Kisna Rayan, Hang Tuah memohon kurnia daripada Kisna Rayan untuk mempersembahkan suatu permainan yang ajaib. Hang Tuah telah memperlihatkan suatu permainan yang tidak pernah dilihat orang di hadapan Kisna Rayan. Beliau mengeluarkan satu benih buah kayu lalu menanamnya. Apabila ditanam, benih buah kayu berkenaan terus tumbuh dan berdaun. Sesaat kemudian berbunga, berputik dan berbuah masak. Apabila buahnya dimakan maka pohon kayu berkenaan pun ghaib. Pendidikan merubah status sosial. Pendidikan yang diterima oleh seseorang, sama ada secara format atau tidak formal membuatkan seseorang itu mampu menguasai pelbagai ilmu atau kemahiran tertentu. Dengan adanya ilmu atau kemahiran tertentu, status sosial boleh berubah dan akan dipandang tinggi oleh orang lain. Kefasihan Hang Tuah berbahasa Bijaya Nagaram menyebabkan raja Kisna Rayan dan menteri dari Benua Keling berasa hairan. Hang Tuah menjelaskan bahawa beliau belajar bahasa Nagaram daripada seorang lebai sewaktu beliau pergi ke Majapahit. Dengan kefasihannya bebahasa Bahasa Nagaram membolehkan Hang Tuah mengadap dan berbicara dengan Kisna Rayan secara berhadapan


49 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH HANG TUAH DI BENUA KELING Hikayat Hang Tuah (bab XIX), memaparkan kebijaksanaan Hang Tuah sebagai tokoh epik yang telah berjaya menyelesaikan pelbagai cabaran di Benua Keling. Bincangkan cabaran tersebut dan langkah penyelesaiannya. [25] Pengenalan Konsep Sastera epik / ciri / fungsi Latar belakang Hang Tuah /Latar belakang Negara Bijaya Nagaram /Ciri Tokoh Epik Menyenaraikan fakta / isi-isi penting. Cabaran dalam menggunakan bahasa asing. Penguasaan pelbagai bahasa asing sangat penting kepada seseorang ketika di luar negara. Ia menjadikan kita lebih berkeyakinan ketika berkomunikasi. Sekiranya masalah penggunaan bahasa ini tidak diatasi nescaya seseorang akan menghadapi masalah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan raja dan pembesar di sana. Ketika di benua Keling, Hang Tuah mendapati Raja dan masyarakat di sana menggunakan bahasa Bijaya Nagaram atau Bahasa Keling. Hang Tuah berjaya menghadapi cabaran ini, kerana beliau telah mempelajari penggunaan Bahasa Keling ini daripada seorang Lebai di Majapahit. (m/s 52). Jelaslah bahawa kebolehan Hang Tuah menguasai Bahasa Keling telah melancarkan komunikasi dengan masyarakat Bijaya Nagaram. Cabaran dalam menyediakan ubat. Penyediaan ubat-ubatan tradisional dalam menyelesaikan sesuatu masalah kesihatan merupakan satu cabaran yang besar. Hanya orang yang mahir sahaja mampu menyediakan ubat yang baik dan berkesan. Sekiranya ubat tersebut tidak berkesan, sudah tentu pengamal perubatan tersebut akan mendapat nama yang buruk dan menerima kecaman. Ketika di benua Keling, Hang Tuah menerima cabaran menyediakan ubat apabila diminta oleh Nala Sang Guna menyediakan ubat beranak. Hang Tuah menyelesaikan cabaran ini dengan menyediakan sejenis ubat seperti madat yang berkesan untuk digunakan oleh Nala Sang Guna.(m/s 55).Jelaslah, kebolehan Hang Tuah menyediakan ubat beranak telah mengharumkan nama beliau di benua Keling. Cabaran menaiki dan menjinakkan kuda liar. Menunggang seekor kuda liar merupakan satu cabaran hebat yang harus dihadapi oleh Hang Tuah. Hang Tuah mahir dalam ilmu menjinakkan kuda. Sekiranya cabaran ini gagal dihadapi oleh Hang Tuah, kemungkinan boleh membahayakan nyawa beliau. Hang Tuah telah diperintahkan oleh Krishna Rayan untuk menunggang kuda Teji, iaitu seekor kuda yang sangat liar dan garang. Hang Tuah berjaya menaiki kuda tersebut setelah belajar daripada gembala kuda mengenai petua menaiki Kuda Teji dengan cara menundukkan kepala disebalik telinga kuda. Cara ini berjaya menjinakkan Kuda Teji.(m/s 57) Kesimpulannya, cabaran yang dihadapi oleh Hang Tuah semasa menunggang Kuda Teji telah berjaya mengangkat beliau sebagai pahlawan yang hebat. Cabaran memasak nasi untuk jamuan tanpa menggunakan kayi api. Ketiadaan bahan api untuk memasak merupakan satu cabaran yang harus dihadapi oleh Nala Sang Guna dan anak angkatnya, Hang Tuah. Tambahan nasi perlu dimasak dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya cabaran ini tidak berjaya di atasi, sudah pasti akan menimbulkan kemurkaan pemerintah dan Hang Tuah akan mendapat malu. Ketika Nala Sang Guna sedang bersiap sedia untuk mengadakan majlis untuk menjamu raja, beliau menghadapi masalah untuk memasak kerana ketiadaan kayu api. Untuk menyelesaikan cabaran ini, Hang Tuah telah memberikan cadangan untuk menggunakan kain sebagai bahan api. kain-kain tersebut dicelup dengan minyak lalu dijadikan kayu api. Cara ini berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu api. (m/s 60) Jelaslah bahawa cabaran yang dihadapi oleh Hang Tuah berjaya diatasi dan menunjukkan kebijaksanaan beliau.


50 Cabaran menunjukkan permainan yang tidak pernah dilihat/perbuatan yang luar biasa / unsur magis. Ketika di Benua Keling, Hang Tuah menghadapi cabaran untuk meyakinkan dan menarik perhatian pembesar dan raja dengan menunjukkan permainan yang tidak pernah dilihat oleh Raja. Sekiranya cabaran ini tidak berjaya diatasi, sudah tentulah Raja akan murka dan nama baik Hang Tuah akan terjejas. Apabila Hang Tuah ingin menunjukkan permainan kepada Krishna Rayan, raja itu telah memberikan amaran untuk hanya menunjukkan permainan yang belum pernah baginda lihat . Oleh itu Hang Tuah telah mengeluarkan satu benih dari kandungannya lalu ditanamnya. Dengan serta merta, benih itu tumbuh, berdaun, berbunga lalu berputik dan masak buahnya. Buah itu dimakan oleh Kisna Rayan dan dan dalam sekelip mata pokok itu pun lenyap(ghaib). (m/s 64). Kesimpulannya, Hang Tuah berjaya menonjolkan kehebatannya di Benua Keling dengan berjaya meraih kepercayaan pembesar di sana. Dengan itu beliau berjaya menjadi utusan Benua Keling ke China. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian. (Untuk menjawab nilai estatik perlu ada fakta, huraian , contoh peristiwa dan kesan estatik. 1 Gaya bahasa yang indah sesuai dengan zaman iaitu penggunaan gaya bahasa istana. 2 Ketepatan dalam penggunaan teknik penceritaan iaitu teknik dialog 3. Pemikiran yang disampaikan secara puitis Adat Istiadat Yang Terdapat dalam Hikayat Hang Tuah Majapahit Benua Keling dan Negeri China Adat perkahwinan Mengadakan hubungan diplomatik - Hantar Belanja - Menghantar Utusan / Surat - Adat Berjaga-jaga - Permainan dan hiburan - Persandingan - Jamuan


51 BAB 2 CERITA RAKYAT TAKRIF/KONSEP: Kesusasteraan rakyat ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, folk literature. Menurut Richard M. Dorson (1973), folk literature juga dikenali sebagai oral literature (kesusasteraan lisan) atau verbal art (seni ujaran atau tuturan) atau expressive literature (kesusasteraan ekspresif), sama ada dalam bentuk cerita atau bukan cerita yang berlegar di sekitar masyarakat menerusi lisan, dan diwarisi oleh satu generasi daripada generasi terdahulu tanpa diketahui siapa penciptanya. Genre ini dinamakan kesusasteraan rakyat kerana hasil karyanya dianggap kepunyaan bersama (kolektif) oleh masyarakat penciptanya. Pada masa kesusasteraan ini dicipta, masyarakat Melayu masih berada pada tahap pratulisan lagu atau dengan kata lain, pada masa itu mereka masih buta huruf. Pencipta hasil kesusasteraan ini pula terdiri daripada rakyat biasa, sesuai dengan tahap pemikiran mereka sederhana dalam menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. CIRI-CIRI KESUSASTERAAN RAKYAT 1. Penyebaran dan pewarisannya dilakukan secara lisan. 2. Bersifat tradisional, iaitu hidup dalam sesuatu kebudayaan dalam waktu tidak kurang daripada dua generasi, dalam bentuk yang relatif tetap. 3. Kerana sifat kelisanannya, cerita rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Proses penyebarannya yang melalui pertuturan telah mengakibatkan berlakunya perubahan dan penyesuaian yang akhirnya melahirkan versi-versi yang berbeza. Walau bagaimanapun, perbezaan versi ini berlaku hanya pada bahagian luaran, sedang dasarnya tetap bertahan. 4. Penciptanya tidak diketahui. dengan itu ia menjadi milik bersama dalam masyarakat. 5. Mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakatnya atau kebudayaannya, misalnya sebagai alat pendidikan, alat pengajaran moral, hiburan, protes sosial dan sebagainya. 6. Mempunyai logika tersendiri yang tidak sesuai dengan logika umum. 7. Bersifat sederhana dan seadanya, terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar, seperti yang terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka. 8. Kesusasteraan rakyat mempunyai sifat-sifat tempatan yang tebal. CERITA RAKYAT – CERITA BINATANG DEFINISI: Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat (sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua, sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi, binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia. Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu seperti bercakap, menipu, berbincang berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk, buaya, gajah, harimau, Anjing, ular, arnab, kura-kura, musang, haling, ayam, burung bangau, kambing, lembu dan kerbau.


52 Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu. Ringkasannya a. Sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan / sastera rakyat Melayu b. Disebut juga cerita Mergastua c. Watak binatang ini dapat bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia d. Dalam cerita binatang, watak manusia hanya sebagai pemburu atau orang yang bodoh, diperdayakan oleh binatang. JENIS / CORAK CERITA BINATANG. Epos/Epic Binatang. Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya. Cerita Asal Usul. Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi. Cerita Sambut-bersambut. Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak, misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyampaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik. Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable, iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia. Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia, contoh seperti kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar (gajah, harimau, buaya, kerbau) manusia kecil (kura-kura, semut, agas-agas, arnab) manusia cerdik (kancil, pelanduk) dan manusia bodoh (lembu, anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.


53 KUPASAN CERITA BINATANG. Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak, ialah: Anjing dan bayang-bayang. Melalui cerita ini, pada suatu hari watak utamanya, seekor anjing telah terjumpa seketul tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai. Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai itu menggongong tulang juga, anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu sedangkan anjing itu refleksi bayangbayangnya sendiri. Apabila anjing itu membuka mulut, maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang yang digonggongnya, malahan memperolehi kerugian. Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur: Helang dengan Ayam. Melalui cerita ini, Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini, Si Ayam diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya. Bahawa Ini Hikayat Binatang merupakan sebuah buku yang dikarang oleh Munsyi Abdullah pada tahun 1849. Ia ditulis dalam tulisan rumi. Hikayat ini mengisahkan soal jawab mengenai pelbagai jenis haiwan yang diterjemah dari bahasa Inggeris kedalam bahasa Melayu. Ia bermula dengan kisah penciptaan Nabi Adam dan Hawa (Adam and Eve), dan seterusnya menggambarkan mengenai pelbagai haiwan di seluruh pelusuk dunia FUNGSI CERITA BINATANG Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati, pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di kalangan kanakkanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar, mendidik, mnyindir atau mengkritik masyarakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan dalam bentuk kiasan, sindiran dan lambang. Tetapi yang nyata, cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang. Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan, dan kemalasan manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada binatang. Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar anak-anak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran itu secara terus terang, maka pengajaran itu diberikan secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan tidak langsung.


54 Sebagai hiburan- para pendengar akan terhibur apabila watak binatang kecil dapat menewaskan binatang besar seperti buaya, gajah, harimau, gergasi dan sebagainya. Cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman Sebagai pengajaran (unsur didaktik): Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya sang kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana diminta oleh Nabi Sulaiman untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai. Sebagai kriktikan sosial- kritikan disampaikan secara sindiran halus dan jenaka. Contoh, cerita kurakura dengan arnab dan sang kancil dengan sang siput kaya dengan sindiran halus kepada masyarakat Melayu lama HIKAYAT SANG KANCIL Menggambarkan kecerdikan atau kepintaran Sang Kancil melalui dua peranan iaitu: a. memperdayakan atau mengalahkan binatang yang lebih besar dan kuat b. menjadi hakim dengan memberikan keputusan yang adil lagi bijaksana. Di samping itu, diperlihatkan juga bahawa Sang Kancil ada masanya tertipu atau dapat dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil atau lemah. i. Peranan Sang Kancil sebagai watak binatang yang cerdik digambarkan mengenai kejayaannya melepaskan atau menyelamatkan diri ketika menghadapi kesulitan seperti dalam cerita “Sang Kancil memperdayakan gajah”, “Sang Kancil memperdayakan harimau” dan “Sang Kancil memperdayakan buaya”. Contoh: Sang Kancil memperdaya harimau memukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman. ii. Peranan Sang Kancil menjadi hakim pula selalunya digambarkan dalam peristiwa menyelesaikan perselisihan faham atau pergaduhan antara dua pihak seperti “Sang kancil menghakimkan perselisihan peminjam dengan tuan punya beliung”, “Sang Kancil menghakimkan dakwaan seorang saudagar terhadap dua orang anak jirannya”, Sang Kancil menghakimkan seorang yang berhutang. Contoh: Sang Kancil menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung yang dipinjamkannya. Dikatakan sudah habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu dan menyatakan kepada Nabi Sulaiman bahawa sewaktu hendak mandi, sungai telah terbakar, jadi badannya penuh dengan abu. Nabi Sulaiman tidak mempercayainya. Sang Kancil bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai kata-kata si peminjam tersebut yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk. iii. Peranan Sang Kancil sebagai seekor binatang yang dapat diperdayakan oleh binatang yang lebih kecil atau binatang yang lain seperti dalam cerita Sang Kancil dikalahkan oleh siput dalam satu perlumbaan dan Sang Kancil ditipu oleh bangau. Contoh: Melalui cerita Sang Kancil ditipu oleh bangau, digambarkan Sang Kancil berlawan dengan bangau menyeberangi sungai di atas kerak nasi. Apabila kerak nasi itu hancur, Sang Kancil tenggelam tetapi bangau dapat terbang. * Tiga peranan Sang Kancil di atas, di samping dapat memberi hiburan, juga mempunyai ciri didaktik iaitu memberi pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran dalam menghadapi hidup


55 BAB 2 HIKAYAT PELANDUK JENAKA (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa) SINOPSIS Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa. Kemudaian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.


56 PLOT Eksposisi Tuan Syeikh Alam di Rimba mendapat firasat bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Tuan Syeikh Alam di-Rimba meminta supaya segala isi rimba bermuafakat, jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan yang lain, jangan elat (menipu) dan dengki, dan jangan membuat fitnah. Hal ini adalah kerana pada firasat Tuan Syeikh Alam di-Rimba akan datang bala dan bahaya menimpa ke atas segala isi rimba. Tuan Syeikh Alam di-Rimba meminta kepada segala isi rimba jika ada sesuatu perkara yang berlaku ke atas isi rimba, hendaklah memberitahunya dengan kadar segera. Pada suatu hari seekor kijang pergi bermain-main di tepi Sungai Tinam. Kijang melihat ke sungai dan mendapati sungai tersebut dipenuhi dengan ikan. Setelah pulang, Kijang memberi tahu kepada sahabat-sahabatnya akan hal tersebut. Setelah mendengar berita yang disampaikan oleh kijang. Maka Sang Badak, Sang Kerbau, seladang dan segala isi rimba bercadang ke Sungai Tinam untuk menangkap ikan. Segala isi rimba menuju ke Sungai Tinam untuk menangkap ikan, mereka telah membuat hentian berdekatan dengan sungai. Namun di hulu sungai Tinam tersebut tinggal seekor raksasa yang ganas. Digambarkan matanya merah seperti bola api yang menyala, suaranya kuat bagai halilintar. Perkembangan Cerita Di hulu Sungai Tinam, segala isi rimba mula menangkap ikan. Banyak hasil tangkapan mereka, lalu Sang Badak mencadangkan agar ikan yang ditangkap itu dibawa pulang dan disimpan pada suatu tempat. Dalam pada itu, Sang Kijang mengajukan persoalan siapakah yang akan menjaga ikan tersebut. Sang Beruang menyatakan bahawa dia sanggup menjaga ikan tersebut. Sang Beruang juga dengan angkuh menyatakan bahawa dia akan berlawan dengan raksasa tersebut dengan memijak dan memecahkan kedua-dua belah mata raksasa tersebut apabila diberitahu oleh kijang yang di sungai itu ada raksasa yang ganas. Walau bagaimanapun, setelah raksasa tersebut datang dan meminta sedikit ikan hasil tangkapan penghuni rimba, Sang Beruang pun lari ketakutan. Sang Beruang lari lintang pukang sehingga mengakibatkan telinganya terluka. Sang Beruang berlari tanpa nenoleh ke belakang setelah mendengar suara raksasa tersebut. Setelah hari petang, maka Sang Badak dan segala isi rimba pulang membawa ikan lagi. Sang Beruang memberitahu kepada Sang Badak dan segala isi rimba bahawa raksasa telah memakan semua ikan yang telah dikumpul sebelum ini. Peristiwa yang menimpa ke atas Sang Beruang juga dialami oleh Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak. Mereka tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan yang telah dikumpul kerana ketakutan apabila mendengar suara raksasa. Malah Badak yang sudah lari lintang pukang itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa. Kejadian ini telah dilihat oleh Kera. Segala isi rimba pun meminta pertolongan pelanduk jenaka (Tuan Syeikh Alam di-Rimba). Tuan Syeikh Alam di-Rimba meminta diberi tempoh selama tujuh hari kemudian baru beliau hendak berangkat untuk melawan raksasa. Setelah genap tujuh hari Tuan Syeikh Alam di-Rimba pun pergi ke mengajak penghuni rimba menuju ke tempat raksasa. Tuan Syeikh Alam di-Rimba menyuruh segala isi rimba menangkap ikan sebanyak yang boleh memasak ikan tersebut. Tuan Syeikh Alam di-Rimba juga meminta isi rimba mencari rotan untuk dibuat simpai. Setelah itu, Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah mengarahkan isi rimba untuk bersembunyi sementara Tuan Syeikh Alam di-Rimba pula menunggu ikan yang sedang dimasak.


57 Klimiks Raksasa datang dan bersuara meminta ikan, Tuan Syeikh Alam di-Rimba tidak gentar dan berani berhadapan dengan raksasa. Kemudian Tuan Syeikh Alam Di-Rimba bertanya kepada raksasa sama ada beliau mengalami sakit-sakit badan. Apabila raksasa mengaku bahawa dia sememangnya rasa sakit-sakit badan, maka Tuan Syeikh Alam Di-Rimba pun berbuat helah dan menipu raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan raksasa terguling ke tanah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba pun mengambil kesempatan mencakar mata raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh isi rimba terkejut. Isi rimba keluar membantu mengalahkan raksasa. Peleraian Setelah raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh isi rimba dan mereka dapat bermain-main di sungai Tinam. Mereka juga dapat mencari rezeki di sunggai tersebut KRONOLOGI CERITA / FIRASAT TUAN SHEIKH ALAM DIRIMBA MENJADI KENYATAAN. Pelanduk memberi amanat kepada penghuni rimba (5 amanat) kerana firasatnya akan berlaku sesuatu Penghuni rimba pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Firasat itu menjadi benar apabila msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang gergasi yang menjadi penunggu tempat itu. Bergilir menjaga ikan, namun ditakutkan oleh gergasi yang ingin memakan ikan. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman gergasi tersebut. Pelanduk/ penghuni rimba melawat Badak. Badak menipu rakan kerana malu. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan gergasi. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa. Kemudian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Pelanduk mencari rotan untuk di buat simpai. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tempat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Pelanduk membuat helah dan berbicara dengan gergasi. Apabila gergasi datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Pelanduk dan penghuni rimba mengalahkan gergasi. Akhirnya gergasi terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan gergasi terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata gergasi tersebut sehingga buta. Gergasi telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Gergasi itu


58 dapat dikalahkan setelah mereka kembali bersatu dan mengikuti amanat yang telah dipesan oleh Tuan Sheikh Alam di rimba. Setelah Gergasi dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam. CIRI-CIRI CERITA BINATANG Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat (juga dikenali sebagai sastera lisan). Ciri pertama ialah watak perwatakan yang ada dalam cerita binatang. Cerita binatang biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan. Golongan binatang ini digambarkan boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat watak binatang yang unggul dan menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang yang lain adalah watak kecil yang sentiasa mengharapkan bantuan. Binatang yang unggul atau hero dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”, Sang Pelanduk yang diberi nama Tuan Sheikh Alam Di Rimba. Pelanduk digambarkan sebagai binatang cerdik yang mampu mengatasi sebarang masalah masyarakat binatang. Contohnya, TSADR meskipun kecil namun dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan “simpai”. Kesimpulannya golongan yang dianggap kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil yang lebih cerdik akalnya. Tema. Tema yang dipaparkan dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” adalah binatang yang kecil dapat mengalahkan binatang yang lebih besar menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan. TSADR merupakan pelanduk yang kecil fizikalnya, namun mempunyai kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Wataknya memainkan peranan utama yang menewaskan raksasa menggunakan tipu helah dan menyelamatkan penghuni rimba dianiayai. TSADR menggunakan simpai yang diperbuat daripada rotan untuk mengalakan raksasa. CIRI-CIRI CERITA BINATANG Bentuk: -prosa / naratif / penceritaan -Ayat yang panjang -Unsur humor / wit / lucu Latar: Bepijak di dunia nyata/ hutan / tepi sungai Tempat yang cantik dan banyak makanan- buah / ikan Fungsi Cerita: 1. Beri pengajaran /Didaktik 2. Hiburan 3. Alat Komunikasi 4. Memberi Gambaran / world view 5. Alat Kritikan Sosial Tema : Binatang kecil dapat mengalahkan musuh yang lebih besar dengan menggunakan akal fikiran / kebijaksanaan Watak: Binatang Kecil – pelanduk yang boleh berfikir, bercakap seperti manusia. Bijak menyelesaikan masalah Fizikal kecil tapi boleh mengalahkan musuh yang lebih besar. Menjadi pemimpin / ketua bagi penghuni rimba FAKTA CONTOH ULASAN HURAIAN KESAN /K.KECIL


59 PEMIKIRAN KEBIJAKSANAAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH KEBERANIAN MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN MASYARAKAT SIKAP ANGKUH DAN SOMBONG AKAN MEMAKAN DIRI MENGHARGAI ALAM SEKITAR / MUAFAKAT DAN JANGAN BERPECAH BELAH Latar tempat. Dunia nyata iaitu melibatkan persekitaran seperti hutan rimba dan tepi sungai. Contoh, dalam cerita “Hikayat Pelanduk Jenaka”, Sang Kijang memberitahu bahawa di Sungai Tinam terdapat baynak ikan, namun ada raksasa yang tinggal berdekatan dengan sungai tersebut. Bentuk penceritaan. Menggunakan ayat yang panjang dan diselitkan dengan unsur homur dan wit. Gaya bahasa- gaya bahasa Melayu klasik tetapi mudah difahami. Contoh dalam cerita “Hikayat Pelanduk Jenaka”, unsur lucu jelas kelihatan pada peristiwa Sang Badak yang lari ketakutan. PEMIKIRAN Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan mencari rezki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.


60 CARA JAWAB NILAI/ PEMIKIRAN/ GAMBARAN MASYARAKAT Cara jawab nilai/ pemikiran/ gambaran masyarakat /unsur pengajaran dan pendidikan moral. Fakta ikut kata kunci soalan. Contoh Pemimpin yang bijak dalam menyelesaikan masalah. (Gambaran Masyarakat / pemikiran /pendidikan moral) Pemimpin hendaklah bijak dalam menyelesaikan masalah (unsur pengajaran) Pemimpin Yang Pintar / Bijaksana. (Nilai / Sifat Watak) Sesuatu masalah akan dapat diatasi atau diselesaikan dengan baik apabila kita bertindak secara bijaksana dan tidak membuat tindakan secara terburu-buru. Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki akal fikiran yang bijak dan nilai kepimpinan yang luar biasa sehingga mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba Dengan kebijaksanaan yang dimiliki, TSADR dapat menyelesaikan masalah penghuni rimba secara baik dan berhikmah. Seandainya seseorang pemimpin tidak memiliki kebijaksanaan dalam mengurus tadbir dan menyelesaikan masalah, maka sudah pasti keadaan negerinya akan kucar kacir. Tuan Sheikh Alam telah meminta 7 hari untuk mengatur strategi bagi menyelesaikan masalah yang melanda. Beliau akhirnya dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan simpai yang diperbuat daripada rotan. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara. Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Amalan bekerjasama dan bermuasyarah untuk melakukan sesuatu kerja menyebabkan kerja dapat diselesaikan dengan lebih baik dan teratur. Malah amalan ini akan mewujudkan hubungan erat serta sikap tolenrasi antara satu sama lain terutamanya dalam hidup bermasyarakat. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba menyampaikan amanat bagi mengingatkan penghuni rimba supaya bermuafakat terutama dalam mengatasi sebarang masalah yang menimpa. Sikap kerjasama binatang-binatang di rimba dalam mencari rezeki di Sungai Tinam menjadikan hidup mereka aman dan damai. Kesan : Bergotong-royong dan bekerjasama dalam masyarakat kampung / sekolah / komuniti dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat. Tolong-menolong. Sikap suka menolong dan membantu orang lain yang berada dalam kesusahan adalah amalan yang mulia. Ini adalah kerana, dengan bantuan yang dihulurkan, berkemungkinan akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang. Tuan Syeikh Alam diRimba telah menolong binatang-binatang yang tinggal di Sungai Tinam daripada ancaman raksasa. Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menolong segala isi rimba dengan membunuh raksasa yang mengancam isi rimba. Sikap tolong-menolong yang diamalkan menjadikan kehidupan penghuni rimba aman damai tanpa ancaman lagi. Tanggungjawab seorang pemimpin. Seorang pemimpin perlu melaksanakan kewajipannya dalam menjaga keamanan dan keharmonian rakyat di bawah naungannya. Pemimpin yang bertanggungjawab akan dihormati dan disanjungi tinggi. Sekiranya seseorang pemimpin itu tidak bertanggungjawab, maka rakyat akan berada dalam keadaan tidak tenteram. Sebagai pemimpin, Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah mengambil tanggungjawab untuk melindungi penghuni rimba yang ketakutan. Beliau berhadapan dengan raksasa yang ganas dan berjaya membunuh raksasa tersebut. Sikap bertanggungjawab Tuan Syeikh Alam di-Rimba menjadikan beliau disayangi dan dihormati oleh penghuni rimba. FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG CONTOH KESAN


61 Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri. Penganiyaan ini akan mendatangkan kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan dibenci oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa yang menganiyai penghuni rimba dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati dibunuh. Berani menghadapi musuh yang lebih besar dan kuat. Keberanian merupakan rasa tidak gentar yang wujud dalam diri ketika berhadapan dengan musuh yang lebih besar dan berbahaya. Jika sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mempunyai keberanian, maka sudah pasti pemimpin tersebut tidak berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mudah untuk ditewaskan oleh musuh. Walaupun Tuan Syeikh Alam di- Rimba merupakan binatang yang kecil berbanding dengan raksasa, beliau tidak takut untuk berhadapan dengan raksasa yang bertubuh besar dan ganas. Malah beliau dapat menipu raksasa tersebut untuk melilit simpai dibadannya sendiri. Keberanian yang ditunjukkan oleh Tuan Syeikh Alam di-Rimba apabila berhadapan dengan raksasa menyebabkan beliau dihormati dan disanjung tinggi oleh segala isi rimba. Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah akan menimbulkan perasaan tidak puas hati, suka berdendam dan tidak bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Malah akan memecah belahkan hubungan dalam masyarakat dan memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya menggelakkan sikap dengki dan fitnah. Kesannya hidup menjadi lebih aman dan harmoni. Jangan berbohong dan bercakap benar. Bercakap benar dan jujur akan mengundang kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Sehubungan dengan itu, jangan sesekali berbohong kerana ia akan memalukan diri sendiri nanti. Sikap ini menyebabkan maruah kita tercalar dan masalah yang dihadapi menjadi semakin buruk. Sang Badak telah berbohong kepada segala isi rimba dengan mengatakan bahawa badannya luka-luka kerana berlawan dengan raksasa, sedangkan punca sebenarnya adalah kerana badannya dikait onak dan duri sewaktu ia lari daripada raksasa. Walau bagaimanapun, setelah Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengatakan bahawa luka pada badan Sang Badak adalah kerana dikait onak, maka Sang Badak berasa sangat malu dan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Kesan : Sentiasa ikhlas dan jujur iaitu tidak menipu ibu bapa, guru ,kawan-kawan Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan. Contohnya Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka. Masyarakat yang sentiasa merendah diri. Sebagai ahli masyarakat perlu ada sikap merendah diri supaya kita akan dihormati .Sikap ini juga akan menyusahkan diri sendiri malah akan dibenci orang. Contohnya Sang Badak telah bercakap besar menyatakan kegagahannya melawan raksasa akhirnya mendapat kecederaan. Kesan :Sentiasa merendah diri Masyarakat yang berani mempertahankan hak. Sikap ini perlu ada dalam setiap diri ahli masyarakat bagi menjaga hak mereka daripada diganggu-gugat oleh pihak luar. Contohnya keberanian Tuan Syeikh Alam di-Rimba melawan raksasa yang menganggu ketenteraman penduduk isi rimba. Kesan : Mengatur strategi untuk mempertahankan hak


62 Masyarakat yang prihatin dan tidak menyusahkan orang lain. Masyarakat dituntut agar sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh setiap anggota masyarakat. Malah perlu membantu dan menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba prihatin dengan masalah yang menimpa penduduk isi rimba. Kesan : Suka membantu dan menolong mereka yang berada di dalam kesusahan Masyarakat yang berusaha untuk mencari rezeki. Kita perlu mencari rezeki secara halal dan tidak mengambil jalan mudah dengan mencuri atau merampas hak orang lain. Contohnya raksasa mengambil tangkapan binatang lain sehingga menimbulkan kemarahan. Kesan : Bersikap rajin dan berusaha Masyarakat yang menepati janji. Janji adalah tanggungjawab yang harus ditunaikan dan mesti ditepati. Apabila kita tidak menepati janji kemungkinan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang lain kepada kita. Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menunaikan janjinya untuk menolong isi rimba membunuh raksasa yang menganggu ketenteraman mereka. WATAK UTAMA Fakta di bawah boleh digunakan untuk Watak dan perwatakan / Nilai Kemanusiaan Cara menjawab lebih kurang sama dengan pemikiran/gambaran masyarakat Tuan Syeikh Alam diRimba berwibawa sebagai pemimpin kerana memiliki ciri-ciri / perwatakan / nilai kepemimpinan seperti berikut Bijaksana / cerdik / panjang akal. Tuan Syeikh Alam bijak menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Beliau tidak bertindak terburu-buru dan meminta 7 hari untuk mengatur strategi bagi mengalahkan raksasa. Beliau pandai membuat helah. Beliau menggunakan simpai yang dikatakan dapat menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan. Raksasa diminta melilitkan simpai tersebut dibadannya sehingga tidak dapat bergerak lagi dan akhirnya berjaya dibunuh oleh semua isi rimba.


63 Berani. Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil tetapi berani berhadapan dengan raksasa yang bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang Beruang, Sang Seladang, Harimau dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila melihat raksasa. Bertanggungjawab. Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai Raja di-Rimba apabila menolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman. Prihatin. Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala isi rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila mendapat pengaduan daripada isi rimba dia meminta 7 hari untuk berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa. Menepati janji dan jujur. Tuan Syeikh Alam menepati janji untuk menolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Ketika diminta untuk membantu penghuni rimba, beliau meminta masa tujuh hari. Genap tujuh hari beliau mengumpul penghuni rimba dan menuju ke sungai untuk berlawan dengan raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman. Berwibawa dan berpandangan jauh. Memberikan lima amanat kepada penghuni rimba. Peranan dan tanggungjawab pelanduk sebagai pemimpin Bertanggungjawab mewujudkan keamanan hidup penghuni rimba. Seseorang pemimpin bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat di bawah pimpinannya hidup dalam aman dan harmoni. Sekiranya keamanan tidak diwujudkan, penghuni rimb akan berpecah belah. Contohnya TSADR mendapat firasat dengan memberikan amanat kepada penghuni rimba. Beliau bertanggungjawab menasihati penghuni rimba agar hidup bersatu padu, elakkan daripada perpecahan, bermuafakat, dan tidak dengki demi mamastikan keamanan rimba berkekalan. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah penghuni rimba dengan bijak. Sebagai pemimpin, seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan setiap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat pimpinannya. Sekiranya pemimpin gagal menyelesaikan masalah rakyat, sudah tentu rakyat akan berada dalam kesulitan dan kesengsaraan.TSADR menggalas tanggungjawab membunuh raksasa yang mengancam penghuni rimba. TSADR telah menggunakan tipu helah bagi mengalahkan raksasa. Beliau membuat simpai yang dikatakan dapat mengubati sakit-sakit badan. Akhirnya raksasa tertipu dan berjaya dibunuh. Memastikan penghuni rimba hidup bersatu/muafakat. Seseorang pemimpin yang berjaya haruslah berupaya mewujudkan muafakat dalam kalangan rakyat pimpinannya. Wujudnya muafakat sudah pasti setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Misalnya Syeikh Alam telah berjaya mewujudkan permuafakatan dalam kalangan penghuni rimba untuk membunuh raksasa yang mengganggu ketenteraman mereka. Bertanggungjawab merancang strategi menumpaskan musuh. Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab akan berusaha untuk menghapuskan musuh dengan cara mengatur strategi untuk menumpaskan musuh demi keselamatan rakyat di bawah pimpinannya. Sekiranya tiada tindakan diambil sudah pasti rakyat akan diancam bahaya. Contohnya. TSADR mengatur strategi selama 7 hari bagi mengalahkan raksasa yang mengganggu punca rezeki penghumi rimba. Bertanggungjawab dan berani memimpin rakyat menghadapi musuh. Seorang pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya mampu menjadi ketua yang berwibawa dalam rancangan untuk menghapuskan musuh. Sekiranya pemimpin tidak mampu menjadi ketua yang baik sudah pasti musuh tidak dapat dikalahkan. Contohnya TSADR bertanggungjawab mengeluarkan arahan kepada


64 penghuni rimba untuk bersembunyi ketika dia berhadapan dengan raksasa dan hanya keluar dari tempat persembunyian apabila mendengar jeritan Berperanan menegur kesilapan. Seorang pemimpin juga harus memainkan peranan dalam menegur setiap kesalahan orang yang di bawah pmpinannya demi kepentingan komuniti pimpinannya. Syeik Alam dengan berani telah menegur sikap Badak yang sombong dan bercakap bohong. Bincangkan peranan pemimpin dalam “Hkayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa)” seperti yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu. [25] Pengenalan [3] Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan memastikan orang yang di bawah pimpinannya hidup dalam keadaan harmoni dan selesa. Tuan Syeikh Alam sebagai pemimpin rimba memainkan peranan penting dalam memastikan penghuni rimba hidup dalam keadaan aman dan damai, serta membebaskan penghuni rimba daripada ancaman raksasa. Antara peranan pemimpin yang ada dalam diriialah bijak merancang strategi, memastikan penghuni rimba bermuafakat dan hidup dalam keadaan aman. Berperanan merancang strategi menumpaskan musuh. Seseorang pemimpin memainkan peranan penting dalam mengatur strategi menumpaskan musuh demi keselamatan rakyat di bawah pimpinannya. Strategi perlu disusun dengan teliti agar mencapai kejayaan. Tanpa sikap ini sudah pasti rakyat akan diancam bahaya. Contohnya Syeikh Alam telah meminta tempoh selama 7 hari untuk beliau merangka strategi mengatasi masalah gangguan raksasa. Beliau akhirnya berjaya mengalahkan raksasa menggunakan simpai yang dipperbuat dengan rotan. Berperanan memastikan keamanan hidup penghuni rimba. Seseorang pemimpin juga berperanan dalam memastikan kehidupan rakyat di bawah pimpinannya hidup dalam aman dan harmoni. Contohnya Syeikh Alam menasihati penghuni rimba hidup bermuafakat, tidak dengki dan membuat fitnah serta elakkan dari perpecahan demi mamastikan keamanan rimba berkekalan. Berperanan menegur kesilapan. Seorang pemimpin juga harus memainkan peranan dalam menegur setiap kesalahan orang yang di bawah pmpinannya demi kepentingan komuniti pimpinannya. Syeikh Alam dengan berani telah menegur sikap Badak yang sombong dan bercakap bohong. Memastikan penghuni rimba hidup bersatu/muafakat. Seseorang pemimpin yang berjaya haruslah berupaya mewujudkan muafakat dalam kalangan rakyat pimpinannya. Wujudnya muafakat sudah pasti setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Misalnya Tuan Syeikh Alam Di Rimba telah berjaya mewujudkan muafakat dalam kalangan penghuni rimba untuk membunuh raksasa yang mengganggu ketenteraman mereka. Sentiasa bersedia membantu. Sebagai pemimpin, sewajarnya sentiasa bersedia membantu setiap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat pimpinannya. TSADR bersedia membantu penghuni rimba menentang raksasa walaupun raksasa mempunyai kekuatan yang luar biasa. Lain-lain isi yang releven: Merancang membuat senjata Menyediakan jerat/umpan/ simpai


65 WATAK SAMPINGAN 1. Gergasi - zalim - mudah terpedaya - angkuh atau sombong 2. harimau, singa, seladang dan beruang - angkuh atau bercakap besar - pengecut 3. Badak - angkuh - penipu - pengecut Tidak jujur / menipu/ berbohong. Amalan suka menipu akan memberi kesan buruk pada diri sendiri dan juga orang lain. Sikap ini akan menjatuhkan maruah kita dan mendapat malu jika kebohongan kita diketahui orang. Sang Badak menipu badannya luka-luka kerana berlawan dengan raksasa sedangkan punca sebenar adalah lari daripada raksasa. Sang Badak menyatakan kepada Sang Kera bahawa dia baru sahaja berlawan dengan raksasa yang terlalu sangat besar dan panjang orangnya. Sang Badak juga menyatakan bahawa dia telah menghempaskan kedua-dua raksasa itu ke kanan dan ke kiri sehingga rebah terpelanting. Kesimpulannya, seseorang itu haruslah bercakap benar dan tidak menipu supaya diri dihormati oleh orang lain. Takbur / bercakap besar / meninggi diri. Sikap takbur/bercakap besar / meninggi diri akan membawa kesusahan kepada diri sendiri. Sang badak bercakap besar dengan binatang lain tentang kekuatannya dapat melawan raksasa akhirnya cedera. Jelaslah sikap meninggi diri tidak seharusnya diamalkan agar disenangi oleh sahabat Tidak menginsafi diri / tidak sedar diri. Sikap tidak menginsafi diri atau tidak sedar diri merupakan perbuatan yang tidak serik atau melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Sang Badak tetap menipu atau berbohong kepada rakan-rakannya bahawa badannya luka-luka kerana berlawan dengan raksasa walaupun pembohongannya telah diketahui oleh harimau. Begitu juga apabila berjumpa dengan Tuan Syeikh Alam di Rimba, Sang Badak masih berbohong mengatakan badannya luka angkara raksasa sehinggalah ditegur oleh Tuan Syeikh Alam di Rimba. Kesimpulannya, seseorang itu perlulah menginsafi diri agar diri tidak dicemuh oleh masyarakat. PENGALAMAN PAHIT /PERISTIWA 1. Ancaman oleh raksasa. Haiwan di hutan takut untuk mencari ikan di Sungai Tinam kerana takutkan ancaman raksasa. Sang Harimau berasa amat terkejut apabila ditegur oleh raksasa. Dia menyangka raksasa akan menerkamnya dan mati dimakan oleh raksasa. 2. Ditimpa kecederaan semasa menyelamatkan diri. Semasa berhadapan dengan raksasa, binatang di hutan terpaksa melarikan diri. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka melanggar apa-apa sahaja halangan dan mengalami kecederaan yang serius. Sang Badak ketika melarikan diri dari raksasa telah melanggar pondok sehingga roboh dan lari lintang pukang tanpa sedari sehingga badannya pecah dan luka serta tidak menyedari darah yang mengalir. 3 Kesukaran mendapatkan makanan. Haiwan-haiwan di hutan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ikan sebagai makanan kerana mereka akan diganggu oleh raksasa. Sang Harimau dan Sang Badak gagal dalam usaha mereka untuk menghalang ikan daripada dicuri oleh raksasa. Mereka terpaksa meninggalkan ikan yang telah ditangkap kerana takut kepada raksasa.


66 JELASKAN KEPINTARAN DAN HELAH SYEIKH ALAM DI-RIMBA ‘MENANGKAP’ DAN MEMBUNUH RAKSASA TERSEBUT. 1. Menggunakan tipu helah dengan membuat perangkap/ simpai untuk memerangkap gergasi. Setelah genap tujuh hari, Shah Alam Dirimba…… 2. Berfikir sebelum bertindak- meminta tempoh 7 hari. 3. Bijak dalam berkata-kata- menggunakan helah ubat simpai untuk memperdayakan gergasi. 4. Berani dan tangkas dengan aksinya- melawan gergasi dengan menarik simpai hingga gergasi terjatuh, cakar mata. PERSAMAAN KEHIDUPAN MANUSIA DENGAN KEHIDUPAN MASYARAKAT BINATANG DALAM HIKAYAT PELANDUK JENAKA. Persamaan dari segi sikap takbur atau bercakap besar. Sikap takbur ialah berperasaan tinggi diri. Manusia yang bersikap takbur akan menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai dan sebagainya daripada orang lain. Sikap ini juga terdapat pada watak binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah setelah melihat kehebatan raksasa tanpa berlawan dengan raksasa tersebut. Sama seperti manusia sikap takbur yang ada pada diri hanya akan membawa masalah kepada diri sendir dan masyarakat sekeliling. Persamaan dari segi sikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Jujur ialah sikap lurus hati, tulus atau ikhlas. Kejujuran yang ada pada seseorang itu akan menyebabkan dia akan dihormati oleh orang lain. Tanpa sikap ini sudah pasti diri sendiri yang akan mendapat malu. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali dan ini menyebabkan badak mendapat malu kerana telah disindir oleh Tuan Syeikh Alam dan binatang lain. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak terburu-buru. Masyarakat binatang dalam cerita ini diselubungi rasa takut yang melampau. Apabila raksasa menyapa dari belakang, Badak, beruang, harimau segera melarikan diri ketakutan. Persamaan dari segi sikap bekerjasama / muafakat sesama ahli masyarakat. Dalam hidup bermasyarakat perlu ada sikap bekerjasama untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kerjasama / Muafakat yang diamalkan oleh masyarakat binatang dalam cerita ini dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi. Masyarakat rimba mempunyai peranan masing-masing dan bersedia membantu di antara satu sama lain. Malah TSADR juga bijak mengarahkan rakan-rakan mereka supaya melaksanakan tugasan masing-masing ketika hendak memerangkap raksasa. Contoh Badak, beruang, harimau dan seladang menawarkan diri untuk membantu menjaga hasil tangkapan masyarakat rimba di Sungai Tinam. Persamaan dari segi sikap berusaha untuk mencari rezeki. Kita perlu mencari rezeki secara halal supaya mendapat keberkatan dan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan mencuri atau merampas hak orang lain. Contoh, setelah Kijang memberitahu bahawa di Sungai Tinam terdapat banyak ikan, semua masyarakat rimba sepakat untuk menangkap ikan di sana dan menjaga hasil tangkapan tersebut kerana ada raksasa yang tinggal berdekatan dengan Sungai Tinam.


67 mbasmuka Shah Alam Dirimba akan pergi menyelesaikan masalah/ melawanraksasaitu dalam masa tujuh hari. Pembaca dapat membuat andaian bahasa raksasaitu akan dikenakan oleh Shah AlamDirimba. Terdapat halangan, cabaran dan ancaman dalam kehidupan. Dalam menjalani kehidupan terdapat halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Dugaan ini perlu ditempuh dengan sabar dan bijaksana supaya dapat diatasi dengan baik. Contohnya masyarakat rimba menerima ancaman daripada raksasa yang suka mencuri hasil tangkapan. Manusia yang suka mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain. Sesetengah manusia ada yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri walaupun terpaksa merampas hak orang lain. Contohnya raksasa merampas hasil tagkapan masyarakat rimba di Sugai Tinam. Persamaan dari segi sikap menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Dalam hidup bermasyarakat, mereka yang mempunyai kemampuan atau kuasa perlu menolong mereka yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan. Contohnya Pelanduk Jenaka menolong binatangbinatang di rimba mengalahkan raksasa. UNSUR SATIRA Jelaskan Keberkesanan Penggunaan Unsur Satira (Sindiran) Dalam Petikan. Memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca. Shah Alam Dirimba menggunakan kata-kata penuh dengan sindiran yang halus dan tajam. Ia juga boleh dikenal apabila beliau menyindir badak tentang kecederaan yang dialami olehnya. Gambaran lebih realistik & berkesan serta pengajaran yang mendalam/ didaktik. Shah Alam Dirimba menitipkan unsur pengajaran di dalam kata-kata beliau secara halus dan teratur bagi menggalakkan alam rimba bercakap benar, tidak menipu. Malah beliau meminta agar mereka tidak berbalah sesama sendiri dan membiarkan beliau yang menyelesaikan masalah. TEKNIK PENCERITAAN Jelaskan Penggunaan Dua Teknik Penceritaan Yang Dapat Dikesan Berdasarkan Petikan Dan Keberkesanan Penggunaannya.


68 Teknik Dialog. Dialog ialah perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak membicarakan tentang apa-apa sahaja perkara. Perbualan di antara TSADR dengan Badak ketika TSADR menziarahi Badak yang cedera kerana dikatakan berlawan dengan Raksasa. Penggunaan teknik penceritaan dialog adalah mendatangkan kesan realistik dalam perkembangan jalan cerita. Pemerian / Naratif. Pengarang menggambarkan sesuatu secara terperinci samada keadaan alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam bentuk wacana. Tujuan teknik ini digunakan oleh pengarang ialah untuk memberitahu, memerikan, menjelaskan sesuatu agar audiens faham dan jelas tentang suasana penceritaan. Pengarang secara ironis memberikan gambaran tentang Raksasa. Raksasa dikatakan memiliki mata yang bagai bola api, besar, menggerunkan dan memiliki suara bagai halilintar. Monolog Dalaman. Teknik ini memaparkan watak kera yang bercakap sendirian apabila melihat kelakuan Badak yang lari lintang pukang dalam hutan ketakutan. Monolog juga dikatakan sebagai percakapan sendiran melalui kata-kata yang tidak didengar oleh orang lain. Monolog ini bertujuan untuk menggerakkan imaginasi audiens agar menjadi lebih menarik dan jelas. Imbas Muka. Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang akan atau mungkin berlaku sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui dialog, monolog atau monolog dalaman. Dengan memasukkan imbas muka dapat mengurangkan ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot dan pembaca mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan berlaku. Keburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan pembaca tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya. Contoh audiens dapat meneka Badak akan mendapat malu setelah melihat peristiwa dia berbohong dihadapan TSADR ketika TSADR melawatnya. Imbas Kembali. Peristiwa dan kejadian digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi, ketenangan atau ingatan kepada watak-watak tertentu seperti watak Badak yang mengenang kembali bagaimana dia berlawan dengan raksasa. Tujuan teknik imbas kembali digunakan adalah untuk menguatkan makna gambaran sehingga audiens mudah faham. NILAI KEMANUSIAAN Bijaksana / cerdik / panjang akal. Tuan Syeikh Alam pandai membuat helah iaitu dengan menggunakan simpai dikatakan untuk berubat bagi menghilang rasa sakit sehinggakan raksasa tertipu dan tidak dapat bergerak lagi yang akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba. Berani. Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil tetapi berani berhadapan dengan raksasa yang bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang Beruang, Sang Seladang, Harimau dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila melihat raksasa. Bertanggungjawab. Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Raja di-Rimba apabila menolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman. Prihatin. Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala isi rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila mendapat pengaduan daripada isi rimba dia berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa. Gagah perkasa. Tuan Syeikh Alam dikatakan mendapat kekuatan daripada baginda Ali membolehkannya berjaya mengalahkan raksasa yang bertubuh besar panjang. HURAIAN CONTOH KESAN /K.KECIL FAKTA


69 Suka berterus terang. Tuan Syeikh Alam mengatakan bahawa tubuh badak yang luka-luka dan comot-comot bukan perbuatan raksasa seperti yang di dakwa badak tetapi kerana dikaitkan onak ketika melarikan diri menyebabkan Sang Badak malu UNSUR PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN MORAL Taat dan hormat Tidak pentingkan diri sendiri Menghormati orang lain Bermuafakat Menjauhi sifat angkuh dan sombong Amanah atau tanggungjawab Unsur didaktik Pemimpin hendaklah pintar dalam menyelesaikan masalah (unsur pengajaran). Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara. Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam melakukan sesuatu perkara. Sikap kerjasama penting terutama dalam kehidupan bermasyarakat kerana sesuatu kerja menjadi mudah, dapat diselesaikan dengan baik dan mewujudkan hubungan baik yang membawa kepada keharmonian hidup. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba memberi amanat kepada penghuni rimba supaya bermuafakat terutama dalam mengatasi sebarang masalah yang menimpa. Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri. Penganiyaan ini akan mendatangkan kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan dibenci oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa yang menganiyai penghuni rimba dengan merampas hasil tangkapan dan akhirnya telah mati dibunuh. Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah akan menimbulkan perasaan tidak puas hati, suka berdendam dan tidak bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Malah akan memecahbelahkan hubungan dalam masyarakat dan memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya menggelakkan sikap dengki dan fitnah dalam amanatnya. Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan. Contohnya Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka.


70 Berkelakuan baik dan tidak menyusahkan orang lain. Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang akan menyusahkan, menganiya dan menzalimi orang lain kerana akan mendapat pembalasannya. Contohnya raksasa yang menindas penghuni rimba akhirnya mati dibunuh. FUNGSI CERITA BINATANG Berfungsi memberi hiburan. Sastera rakyat merupakan alat hiburan masyarakat melayu tradisional. Hal ini kerana setelah penat bekerja seharian, cerita-cerita yang terdapat dalam sastera rakyat khususnya cerita binatang mampu memberi kerehatan fikiran. Sikap dan karenah binatang-binatang yang licik dan pelbagai ragam mampu membuat masyarakat tersenyum. Contohnya ragam binatangbinatang seperti harimau, beruang dan badak yang cuba berlawan dengan raksasa dalam Hikayat Pelanduk Jenaka benar-benar menghiburkan dan lucu. Berfungsi memberi pengajaran dan pendidikan. Sastera rakyat adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat. Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya TSADR menasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak ketika menyampaikan amanat. Sifat-sifat ini terdapat binatang seperti Sang Beruang, Harimau dan Badak dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. Begitu juga dalam cerita-cerita binatang ini juga ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Berfungsi Mengkritik. Sastera rakyat juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap golongan tertentu terutama kepada golongan yang sering mengambil kesempatan ke atas golongan yang lemah untuk kepentingan diri. Misalnya dalam Hikayat Pelanduk Jenaka, mengkritik sesetengah golongan yang kuat yang suka menindas golongan yang lemah. Raksasa telah menindas binatang di rimba seperti kera, kijang, badak dll dengan memakan ikan yang telah dikumpulkan oleh binatang tersebut untuk diberi kepada anak isteri mereka dan akhirnya Raksasa telah menerima akibat dari perbuatannya itu.


71 Setelah itu maka Sang Badak pun datang balik ke tempat ia menunggu ikan tadi. Dilihatnya raksasa itu sedang memakan ikan. Sang Badak pun berkata dari jauh, “Hai bedebah, makanlah ikanku itu. Engkau sangat menganiayai kami sekalian dan berani datang ke mari. Jikalau engkau sungguh kuat datanglah,” lalu ditendangkannya tanah yang tinggitinggi itu sehingga menjadi rata kemudian katanya lagi,” Ke marilah jika berani nanti aku pijakkan engkau hingga keluar tahi.” Apabila mendengar perkataan Sang Badak itu maka raksasa itu pun menoleh ke belakang. Apatah lagi Sang Badak pun terkejutlah pula. Sangkanya raksasa itu hendak mengusir dia. Ia pun lari pula tiada berketahuan hingga banyaklah pokok-pokok kayu yang tumbang ditempuhnya, dan luka-luka mukanya serta rabit-rabit telinganya oleh onak. Sambil berlari itu ia pun bertemulah dengan seekor kera. Maka kata Sang Kera,” Gilakah engkau ini berlari dengan tiada suatu sebab pun”…. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012 Hikayat Pelanduk Jenaka, Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 79) Sebagai gambaran masyarakat melayu tradisional. Cerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui ceritacerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Misalnya melalui cerita Hikayat Pelanduk Jenaka menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu Tradisional yang hidup bermuafakat dan saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu perkara. MAKLUMAT 1 Perlu jawab dalam ayat yang lengkap a) Kenapakah Sang Badak menuturkan dialog di atas? (5m) - dia dengan beraninya sanggup menjaga ikan dan akan melawan raksasa yang dianggap pencuri/penyamun haram jadah. Sang Badak juga yakin bahawa dapat mengalhkan raksasa tersebut. - Namun setelah raksasa itu datang memakan ikan di bawah jagaannya, Sang Badak hanya melihat dari jauh dan membiarkannya sahaja. Sang Badak hanya berani bersuara dan memarahi raksasa dari jauh. - Apabila raksasa itu menoleh ke arahnya, Sang Badak terkejut dan telah melarikan diri kerana difikirnya raksasa itu hendak menerkamnya. Sang Badak telah lari lintang pukang merempuh kayu belukar sehingga badannya tercalar, telinganya rabit dan mukanya luka kerana tersangkut duri. b) Apakah jawapan Sang Badak terhadap pertanyaan Sang Kera selepas itu? (5m) - Sang Badak menjawabnya dengan mengatakan dirinya telah berlawan dengan raksasa yang terlalu sangat besar dan panjang orangnya. - Raksasa itu dibantu oleh seorg lagi kawannya. - Dia telah dihempas ke kanan dan ke kiri rebah terpelanting. - Dia terfikir akan banyak lagi kawan-kawan raksasa yang datang. Itulah yang menyebabkannya melarikan diri.


72 C) Huraikan tiga nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui petikan di atas. (15m) - Berani penakut - Tolong-menolong Ganas dan zalim - Merendah Diri Takbur MAKLUMAT 2 “Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuantuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.” a) Lima Amanat 1 Hendaklah bermuafakat antara satu sama lain 2 Jangan aniaya menganiaya antara satu sama lain 3 Janganlah elat / menipu / pembohong 4 Jangan dengki antara satu sama lain 5 Jangan berbuat fitnah kepada orang lain. b) Empat peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengalahkan Raksasa 1 Tuan Syeikh Alam pergi ke Sungai Tinam tempat raksasa dan mengarahkan isi rimba mencari rotan untuk membuat simpai (gelung rotan) 2 Tuan Syeikh Alam mengarahkan isi rimba bersembunyi dan segera datang apabila mendengar beliau bertempik 3 Tuan Syeikh Alam menghidupkan api untuk membakar ikan dan apabila ditegur oleh raksasa, dia membuat helah dengan mengatakan untuk menyimpai tubuhnya yang sakit 4 Raksasa mengatakan tubuhnya sakit dan meminta simpai untuk berubat tetapi Tuan Syeikh Alam mendakwa simpai itu ubat pesaka peninggalan nenek moyangnya. 5 Raksasa meminta ikan daripada Tuan Syeikh Alam tetapi tidak diberi dengan alasan tidak elok makan ikan sebelum berubat. 6 Tuan Syeikh Alam memasukkan simpai pada kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua kali sehingga raksasa tidak dapat bergerak lagi. 7 Tuan Syeikh Alam merenung muka dan kemudian mencakar mata raksasa sehingga pecah 8 Kemudian Tuan Syeikh Alam bertempik menyebabkan semua isi rimba datang dan terkejut melihat keadaan raksasa yang sedemikian rupa. 9 Akhirnya raksasa mati ditendang dan diterajang (disiksa) oleh semua isi rimba.


73 BAB 3 PERKEMBANGAN SASTERA TULISAN ZAMAN ISLAM Karya bercorak cereka (naratif). Mengisahkan tokoh-tokoh Islam yang terdapat dalam sejarah perkembangan Islam. Watak terdiri daripada tokoh-tokoh Islam dalam sejarah. Perwatakan diadun dengan berbagai-bagai unsure fiksyen. Cerita tentang tokoh Islam bersifat karya sastera. Cerita-cerita Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam. Tergolong dalam hikayat-hikayat sumber Islam atau lagenda Islam. KEAGAMAAN - TAKRIF/KONSEP: Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda. secara umumnya, cerita ini berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Walau bagaimanapun gambaran, tentang perwatakan baginda serta latar masa dan tempat yang dilukiskan adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar tetapi telah diolah kembali dengan memasukkan unsur mitos dan lagenda. Hal ini menjadikan cerita-cerita tersebut agak meragukan, dan secara langsung bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut agama Islam segala gambaran mengenai para nabi seharusnya berdasarkan kepada fakta-fakta yang benar seperti yang terkandung dalam al-Quran, as-Sunnah, dan sumbersumber sejarah yang muktabar. Cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w ini telah dijadikan alat pendakwahan Islam pada suatu masa dahulu. Antara lain cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w memperlihatkan kehebatan, ketokohan, keagungan, dan mukjizat yang dimilikioleh baginda dalam menyebarkan agama Islam. Selain daripada cerita berbingkai, Kesusasteraan Melayu yang menerima pengaruh islam ialah a) Legenda Islam b) Kitab-kitab ketatanegaraan dan kitab falsafah (tasawuf islam) A) SEJARAH SASTERA BERUNSUR ISLAM 1 Kedatangan Islam ke TM sejak abad ke 13 M mempengaruhi corak dan pemikiran masyarakat setempat yang bersifat tradisional. 2 Pengaruh Hindu mulai lemah dan cara hidup Islam meresap dalam jiwa masyarakat. 3 Amalan dan budaya Islam diterima tambahan pula sekitar abad ke-16 alam Melayu menerima Islam secara mutlak. 4 Penguasaan Islam dalam budaya dan amalan mempengaruhi dunia kesusasteraan. Pengaruh Islam meresap dalam kesusasteraan 5 Ismail Hamid mengkategorikan sastera Melayu berpengaruh Islam kepada lima kelompok iaitu – Hikayat tentang Nabi Muhammad contohnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah. – Kisah-Kisah Nabi seperti Kisah Raja Sulaiman, Kisah Nabi Musa, Kisah Puteri Balkis dan Kisah Nabi Yusof. – Hikayat Para Sahabat contoh karyanya Hikayat Hasan dan Husin, Hikayat Tamin alDari, Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Abu Samah. – Hikayat Pahlawan Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Malik Saiful Lizan. – Hikayat Orang Alim iaitu seperti Hikayat Lukman al-Hakim, Hikayat Abu Yazid alBistami, Hikayat Raja Jumjumah dan Hikayat Ibrahim Adham.


74 Lagenda Islam Boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu i) Cerita mengenai tokoh sebelum Islam ii) Cerita mengenai Nabi Muhammad dan keluarganya iii) Hikayat mengenai orang yg sezaman dgn nabi- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah iv) Hasil-hasil yang disadur- Hikayat Raja Lahad @ Hikayat Raja Handak Ciri-ciri Lagenda Islam (Umum) 1. Tema- kepahlawanan, kegagahan serta keluarbiasaan tokoh2 pahlawan Islam. Tokoh2 ini menjadi kebanggaan masyarakat islam di samping berperanan menyebarkan agama islam. Contohnya, dalam Hikayat Amir Hamzah, watak utamanya iaitu Amir Hmazah dianggap tokoh epik Melayu-Islam yang memiliki kehandalan, kegagahan dan kepahlawanan yg luar biasa sejak kecil hinggalah dewasa dan menyertai perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah 2. Plot- panjang tetapi bersifat kronologi dan berperingkat-peringkat. Contohnya dalam Hikayat Amir Hamzah, peringkat permulaan diperkenalkan watak Amir Hamzah yg masih kecil, asal usul keturunannya serta kegagahannya yg luar biasa iaitu walaupun masih kecil tetapi telah berjaya membunuh juara gusti dan pahlawan Tahir. Peringkat seterusnya ialah ketika beliau dewasa, terpaksa menghadapi raja negeri Parsi dan cabaran-cabarannya sehingga beliau berjaya mengahwini puteri Mahar Negara. Peringkat akhir, Amir Hamzah menyertai perjuangan Rasulullah tetapi terbunuh dalam peperangan dengan Raja Lahad 3. Latar tempat- latar tempat sejarah dan benar-benar wujud tetapi ada juga latar tempat di alam ghaib seperti di negeri jin. Terdapat juga tempat-tempat ibadat seperti masjid dan Kaabah. Dalam Hikayat Amir Hamzah, latar tempat meliputi kota Makkah, Parsi, Mesir, Yunani dan lain-lain serta negeri jin Islam bernama negeri Saharstan Zaban. 4. Watak dan perwatakan- mencakupi watak manusia biasa, nabi-nabi, jin, malakat dan rajaraja. Dalam cerita Legenda Islam watak utamanya ialah seorang pahlawan yang memiliki sifat kepahlawanan yang luar biasa dan tiada tolok banding sehingga menjadi kebanggaan orangorang Arab dan masyarakat Islam. Contohnya, Amir Hamzah, anak lelaki Khoja Abdul Mutalib merupakanseorang pahlawan yang gagah perkasa. Terdapat juga watak antagonis seperti penjaga-penjaga berhala, ahli gusti dan jin kafir. Watak bukan manusia pula terdiri daripada jin Islam dan jin kafir. 5. Unsur lain-unsur luar biasa, unsur sejarah, dan unsur keagamaan. Cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya. Contohnya Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi bercukur


75 B) SASTERA KITAB Sastera kitab adalah sastera yang ditulis atas perintah raja-raja Melayu Islam, lahir di istana dan dikarang oleh alim ulama. Sastera kitab yang terawal berkembang dikenal sebagai kitab risalah yang menerangkan berbagai-bagai persoalan agama dengan cara penyampaian yang mudah untuk membolehkan masyarakat Melayu memahami ajarannya. Matlamat utama penulisan sastera kitab adalah untuk menentang fahaman animisme yang berkembang dlm zaman peralihan Hindu –Islam dan menekankan ajaran tauhid. Sastera kitab membicarakan tentang hukum-hukum islam, ilmu fikah, ilmu tauhid serta ilmu tasawuf. Penulisan sastera kitab berkembang pesat setelah agama Islam tersebar luas di alam Melayu serta wujud kerajaan Melayu Islam di Aceh, Pasai dan Melaka. Antara penulis yang menghasilkan sastera kitab ialah: Kitab Ilmu Fikah -membicarakan hukum-hukum agama Islam, persoalan ibadat dan cara mengerjakannya dengan betul, perkara-perkara wajib, sunat dan makruh serta peraturan-peraturan jual beli, hukum ketatanegaraan, hukum peperangan dan lain-lain. Kitab Ilmu Tasawuf -membicarakan ajaran Islam yang sebenar iaitu hubungan manusia dengan penciptanya. -terdapat dua aliran @ fahaman dlm penghasilan kitab tasawuf. Golongan yang berfahaman heterodoks diwakili oleh Hamzah Fansuri dan pengikutnya Syamsudin al-Sumaterani. Mereka yang beraliran tasawuf Wahdatul-wujudiah menyatakan bahawa manusia serta Tuhan adalah sama sahaja. Manusia dikatakan menurut kehendak Tuhan iaitu kehendak manusia itu sendiri. Mereka mendapat sokongan daripada Sultan Iskandar Muda. Fahaman ortodoks pula diwakili oleh Syeikh Nuruddin alRaniri serta pengikutnya Abdul Rauf Al-Singkel. Mereka yang berfahaman ahli Sunah Wa Jamah menyatakan bhw manusia dan Tuhan adalah berbeza. Bagi mereka Tuhan bersifat hakiki tetapi manusia adalah fana. Mereka disokong oleh Sultan Iskandar Thani. Baginda termakan dgn hasutan Nuruddin al-Raniri sehingga mengarahkan fahaman heterodoks dihapuskan. Kemuncaknya sebahagian besar tulisan Hamzah Fansuri dan Syamsudin al-Sumaterani dibakar di majid Al Rahman di Aceh. Antara hasil penulisan Sastera Kitab ialah Nuruddin al-Raniri- Kitab Sirat al-Mustaqim, durat al-Faraid bisharah al-Akid, Jawahir al Ulum Ki Fasyir al-Ma’um Syamsuddin al-sumaterani- mirat alMuhakkikin, Mirat Al-Iman, Kitab Al Ariffin, Kitab Baira, Hamzah Fansuri- Asraf Al-Ariffin, Syahrabul Asyikin, Syair Dagang, syair Sidang Fakir, Abdul Rauf Al-Singkel- Kitab Mirat al-Tullab, Umdat Almuhtajin Mirat al-Tullab, Syekh Daud al-Fatani- Furu al-Masail, Fath al-Manan, Bughyat al-Tullab Ringkasan ciri Sastera Kitab 1. Tema- Riwayat Hidup Nabi Muhammad serta peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar hidup baginda 2. Merupakan kisah campur aduk antara mitos dan peristiwa-peristiwa sejarah islam sebenar. Contohnya dalam Hikayat Nur Muhammad, watak serta latar adalah berdasarkan peristiwa sejarah islam tetapi dimuatkan unsur mitos seperti peristiwa Allah menjadikan Nur Muhammad daripada Nur @ cahaya . 3. Terdapat juga unsur legenda. Contohnya dalam Hikayat Nabi Muhamad diceritakan musuh Islam bernama Raja Khaibar yang sangat jahat mendapat bantuan daripada seorang tukang sihir. Raja Khaibar dan tukang sihir dapat dibunuh oleh tokoh legenda Islam bernama Ali bin Abi Talib 4. Menggunakan beberapa teknik seperti teknik penyandaran Hujah iaitu pengarang merujuk Al Quran dan Hadis utk mengukuhkan lagi perkara yang hendak dsampaikan. Pengarang juga menggunakan teknik balasan serta ganjaran. Ini adalah untuk mengeksploitasi sifat manusia yang takut akan balasan dan ghairah akan ganjaran. Ia berkesan untuk menyuruh manusia berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat


76 Fungsi Hikayat Mengenai nabi Muhamad adalah untuk menyebarkan dakwah islamiah kepada umat Islam dengan menulis serta memuji Rasullullah sebagai pemimpin dan penghulu umat Islam seluruh dunia dengan sifat mulianya seperti penyabar, pengasih, amanah dan mempunyai mukjizat. Cerita ini juga boleh menanamkan ajaran tauhid dan keimanan R.O Winstedt menggolongkannya ke dalam cerita-cerita yang bercorak legenda Islam. Tokoh-tokoh : a. Sebelum Islam Hikayat Zulkarnain Hikayat Amir Hamzah b. Sezaman dengan Nabi Muhammad Hikayat Muhammad Ali Hanafiah c. Tokoh Tempatan – Cerita yang disadurkan dengan keadaan tempat Hikayat Raja Khandak d. Kisah Nabi Muhammad Nabi Muhammad merupakan nabi yang akhir zaman dan setiap umat Islam wajib mempercayainya dan mengetahui tentang diri baginda. Perkembangan pengaruh Islam telah membawa kisah-kisah baginda dari Arab-Parsi hingga ke sini. Kebanyakkannya cerita-cerita ini disadurkan dari negeri arab. Cerita-cerita nabi Muhammad S.A.W terdiri daripada Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nur Muhammad. Hikayat Nabi Wafat menceritakan saat-saat akhir kehidupan baginda sebelum baginda wafat. Hikayat Nabi Bercukur pula menceritakan tentang kisah nabi bercukur dihadapan cahaya allah oleh Jibrail. Kemudian semua rambutnya disimpan sebagai mukjizat oleh bidadari dari syurga. Hikayat bulan Berbelah menceritakan dengan pertolongan malaikat Jibrail serta Mikail bulan turun ke bumi mengelilingi Kaabah. Bulan juga mengucapkan dua kalimah syahadat, masuk serta keluar daripada lengan bahu Nabi Muhammad S.A.W. Bulan itu juga kembali ke langit seperti yang diperintahkan oleh Raja Mekah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hikayat Nur Muhammad. Terdapat kisah bahawa Nur diciptakan oleh Allah mendahului ciptaan segala benda. Dari Nur, Allah mencipta nabi, air, angin, bulan, malaikat serta api. Nur kemudian mengislamkan tanah, air, api,serta angin.


77 HIKAYAT NABI WAFAT Sinopsis Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang terakhir. Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para shabat iaitu Bilal, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali turut bersedih di atas berita yang disampaikan. Kemudian Rasulullah SAW mengajak Ali ke masjid untuk menunaikan solat. Tiba di masjid Rasullullah SAW menyuruh jemaah mengambil air sembahyang. Bilal pun melaungkan azan setelah masuk waktu. Rasulullah SAW menunaikan solat sunat, diikuti oleh Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hassan dan Hussin. Baginda telah mengimamkan solat, berselawat dan membaca khutbah yang terakhir. Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkaraperkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju baginda supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti. Aksyah ingin baginda membayar balik “hutang” iaitu dengan Akasyah memukul baginda sepertimana cemeti baginda terkena Akasyah. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Wajah Akasyah dilihat bercahaya seperti bulan purnama. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda kepada sidang jumaah, jika ada sesiapa yang hendak melihat muka orang yang berada dalam syurga, maka lihatlah pada Akasyah. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali ke rumah Aisyah. Rasulullah SAW telah berpesan kepada Fatimah agar tidak bersedih, tidak mencabut rambut dan menampar-nampar dada kerana perbuatan tersebut adalah haram di sisi Allah SWT. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikhabarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala Fatimah, nabi pun wafat. Judul / Tajuk : Hikayat Nabi Wafat Jenis : Sastera Agama Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda. secara umumnya, cerita ini berlatar belakangkan sejarah Islam sebenar. Penceritaan berdasarkan sunah, sumber sejarah dan Al-Quran. Namun diterapkan juga unsure sastera seperti mitos dan lagenda. Terangkan tentang Hikayat Nabi Wafat juga diterima.


78 SASTERA AGAMA BENTUK DOKSOLOGI -dimulakan cerita dengan Bismilah.... TEMA Keagamaanmenceritakan kisah nabi wafat LATAR TEMPAT Tanah Arab Rumah Nabi Masjid WATAK Nabi Muhammad (S.A.W) Beriman / Utusan Sabar /Penyayang Pendakwah Pemimpin FUNGSI Didaktik / pengajaran - langsaikan hutang CIRI-CIRI SASTERA AGAMA DIDALAM HKAYAT PERI NABI WAFAT DENGAN MENGGUNAKAN PETA BUIH Fungsi. Berfungsi untuk mengagungkan dan mengangkat martabat Nabi serta agama Islam disamping memberi pengajaran dan nasihat. Tujuan utama cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” ialah bagi menyebarkan agama Islam supaya mudah di terima oleh masyarakat setempat yang sewaktu itu masih menerima pengaruh Hindu. Melalui hikayat berunsur Islam ini, tokoh -tokoh Islam seperti para nabi dan sahabat nabi diperkenalkan. Melalui puisi dan prosa bertemakan keagamaan ini tokoh -tokoh Islam diangkat martabatnya dengan menunjukkan keistimewaan yang dimiliki oleh mereka. Dengan cara ini penyebaran agama Islam semakin di terima dan berjaya memupuk kepercayaan penganut Islam tentang kelebihan dan kehandalan nabi-nabi yang memiliki mukjizat yang tidak ada pada tokoh manusia lain. Contohya sesiapa yang membaca Hikayat Nabi Muhammad , dapat melihat bagaimana situasi yang dihadapi oleh para sahabat, amanah dalam khutbah terakhir yang berkaitan dengan hutang, solat dan lain-lain lagi. Latar Tempat. Latar tempat pula berlaku disekitar tanah Arab iaitu dipersekitaran rumah Rasulullah SAW dan masjid. Manakala latar zaman dan masa pula berlakunya pada zaman Rasullullah dan para sahabat. Cerita-cerita ini merupakan saduran dari Arab -Parsi. Maka, pengaruh dari Negara ini banyak terdapat di dalam cerita-ceita nabi yang datang ke Alam Melayu. Contoh Hikayat Nabi Wafat menceritakan kisah Nabi Muhammad sebelum baginda wafat dan selepas ketiadaan Baginda. Baginda meninggalkan khutbah terakhir selepas mengimamkan solat Jumaat. Mengingatkan tentang hutang, solat . Baginda juga telah melantik khalifah yang baru dan selepas ketiadaan baginda masjid menjadi sunyi sehinggalah Bilal kembali melaungkan azan. Semua berpusu-pusu pergi ke masjid kerana menginagtkan Rasullullah masih ada di situ. Watak Perwatakan. Watak-watak dalam cerita-cerita Nabi Muhammad S.A.W. Watak utamanya merupakan baginda sendiri dan watak yang lain adalah seperti Dalam cerita Nabi-nabi dan tokohtokoh Islam khususnya dalam cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” banyak diselitkan unsur khutbah yang bercorak pengajaran Islam. Misalnya, apabila mendepani saat kematian, umat Islam tidak benarkan mencabut rambut dan menampar-nampar dada kerana perbuatan tersebut adalah haram di sisi Allah SWT. Contohnya, Rasulullah menasihati anaknya Fatimah agar tidak


79 melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT seperti mencabut rambut dan menamparnampar dada. Apabila berhadapan dengan kematian, seseorang itu hanya boleh bersedih dalam hati sahaja. Unsur-unsur lain ialah seperti unsur keagamaan. Cerita tersebut mengandungi unsur doksologi iaitu dimulai dengan perkataan Bismilah dan dan disudahi dengan pujian kepada Allah. Terdapat juga penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Arab dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran , hadis dan tokoh-tokoh Islam. Unsur sastera yang terdapat dalam cerita ini ialah unsur-unsur fantasi, mitos dan lagenda. Pada umumnya, cerita-cerita mengenai kenabian dan tokoh-tokoh Islam menggunakan format yang berbentuk doksologi pada permulaan hikayat iaitu didahului dengan bacaan “Bismilah ilrahman il-rahim kemudian dengan doa pendek “wabihi nastainu billahit Taala.” Sementara pada bahagian penutup cerita mengandungi doa panjang yang berupaya puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad. Melalui penceritaan ini juga di gambarkan tentang alam ghaib seperti syurga, malaikat dan bidadari. PLOT wajib ikut kronoligi Malaikat datang Nabi Muhamad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikatul Maut atas arahan Allah Perjumpaan terakhir dengan keluarga dan sahabat Baginda telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat dan takdir Nabi ke masjid Rasulllah pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang terakhir dengan berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat Amanat dan Tuntutan Nabi mengumumkan sidang Jumaat yang ingin menyelesaikan perkaraperkara tertentu termasuk hutang. Akasyah mencium pusat Nabi Sahabat dan anak bersedih. Rasulullah membuka baju untuk dipukul.Akasyah terus mencium perut (pusat) kerana ingin melihat kelebihan rasulullah Tuntutan Akasyah Akasyah ingin menuntut hutang kerana pernah terpukul oleh cemati Rasulullah. Akasyah ingin membalas balik keatas Rasulullah sebagai syarat Memberi Wasiat Baginda telah mengumumkan bahawa Saidina Abu Bakar sebagai imam untuk menggantikannya. Beliau telah dibawa balik oleh Abu Bakar Nabi pulang ke rumah Rasulullah pulang ke rumah dan memberi pesanan akhir kepada anak dan isteri. Bersiap sedia untuk wafat Malikul maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam diluar rumah baginda. Malikul maut menghabarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah mencium kepala Fatimah, nabi pun wafat.


80 RENTETAN PERISTIWA YANG BERLAKU SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH SAW Malikul Maut datang ke rumah Siti Aisyah. Setelah diperintahkan oleh Allah Taala, Malikul Maut telah pergi ke rumah Siti Aisyah dengan menjelma seperti orang muda dan berdiri di luar pintu rumah Aisyah. Malikul Maut meminta kebenaran dari Rasulullah untuk masuk kerana beliau hendak berjumpa dengan Rasulullah yang sedang bersedih dan dalam kesakitan menanti saat kewafatannya. Malikul Maut juga telah menyeru kepada orang laki-laki supaya membuka pintu Rasulullah bertanya kepada Siti Fatimah tentang suara suara orang yang di luar pintu. Siti Fatimah menjawab pertanyaan Rasulullah dengan mengatakan bahawa beliau tidak mengenali orang berada di luar pintu rumah. Lalu Rasulullah pun menjelaskan bahawa orang yang berada di luar pintu rumah tersebut ialah orang yang menceraikan nyawa dari badan seseorang dan akan menyebabkan orang ramai menangis. Rasulullah menyuruh Siti Fatimah membuka pintu. Setelah Siti Fatimah mendengar arahan Rasulullah supaya membuka pintu, maka Siti Fatimah pun bangun dan segera membuka pintu. Malikul Maut ke rumah Rasulullah lalu memberi salam. Setelah pintu dibuka, maka Malikul Maut pun masuk ke dalam rumah Rasulullah lalu memberi salam kepada Rasulullah. Salam Malikul Maut telah disambut oleh Rasulullah. Setelah itu, Rasulullah menanyakan kepada Malikul Maut apakah tujuan kedatangannya. Malikul Maut memberitahu kepada Rasulullah bahawa kedatangannya adalah kerana beliau telah diperintahkan oleh Allah Taala untuk mengambil nyawa Rasulullah. Malikul Maut juga menyatakan bahawa langit yang ketujuh dan pintu syurga juga terlah terbuka. Begitu juga anakanak bidadari juga telah menanti kedatangan Rasulullah. Rasulullah juga telah dimaklumkan oleh Malikul Maut bahawa segala isi tujuh petala langit juga telah turun bersamanya ke bumi. Malikul Maut pun kembalilah ke hadrat Allah Taala bertemu dengan Jibrail dan Mikail. Setelah berjumpa dengan Rasulullah, maka Malikul Maut pun kembali ke hadrat Allah Taala. Malikul Maut telah berjumpa dengan Jibrail dan Mikail. Jibrail menanyakan Malikul Maut adakan nyawa Rasulullah telah diambil. Lalu dijawab oleh Malikul Maut bahawa ia belum mengambil nyawa Rasulullah kerana beliau menanti kehadiran Jibrail Jibrail turun ke dunia lalu ke rumah Rasulullah. Setelah mendengar penjelasan Malikul Maut bahawa ia belum mengambil nyawa Rasulullah maka Jibrail pun turun ke dunia bersama-sama dengan Malikul Maut dan dengan segala segala malaikat yang berada di tujuh lapis langit. Jibrail pun memberi salam kepada Rasulullah. Setelah sampai di rumah Rasulullah, maka Jibrail pun memberi salam kepada Rasulullah. Salam Jibrail telah disambut oleh Rasulullah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Jibrail kenapa lambat datang. Rasulullah menyatakan kepada Jibrail bahawa baginda tidak mahu berpisah lagi dengan Jibrail. Siti Fatimah pun menangis. Kedatangan Jibrail dan Malikul Maut untuk mengambil nyawa Rasulullah menyebabkan Siti Fatimah menangis. Melihat keadaan demikian, maka Rasulullah pun menasihatkan kepada anaknya Fatimah, bahawa sepeninggalannya nanti, baginda meminta supaya anaknya menjaga kebajikan suaminya dan taat kepadanya. Setelah itu Rasulullah mencium kepala Siti Fatimah, lalu memandang dan bermohon kepada Ummu Salamah, Abu Kasim, Hassan, Hussin, para sahabat dan sidang jumaah sekaliannya.


81 TEMPAT PERTEMUAN RASULULLAH DENGAN SITI FATIMAH - Titian Siratul Mustaqim - Sungai Kalkauthar - Hadrat Allah Mahsyar - Syurga PEMIKIRAN Percaya/Taat/Beriman kepada Allah Taala. Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan beriman kepada-Nya. Kepercayaan ini merupakan salah satu daripada rukun iman. Sebagai hamba, kita seharusnya percaya / taat kepada perintah Allah. Rasulullah (S.A.W) dalam keadaan gering masih mampu menjadi imam dan menyampaikan khutbah untuk umatnya. Walaupun terpaksa dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah sebagai rasul untuk menyebarkan syiar Islam. Saat akhir baginda meninggalkan beberapa wasiat agar umatnya tidak terpesong dari landasan Islam. Solat lima waktu. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat merupakan salah salah daripada Rukun Islam. Solat juga merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman sesoarang. Ini kerana solat mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar. Jika umat Islam tidak menunaikan solat, maka dia tidak akan dapat menanam nilai keimanan dan sifat-sifat yang baik dalam diri. Di saat hampir kewafatan Rasulullah masih lagi menunaikan solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah. Kewajipan melunaskan hutang. Konsep berhutang ialah orang yang memberi dan menerima pinjaman wang / benda /lain-lain dan wajib membayarnya semula. Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Ketika memberikan khutbahnya yang terakhir, nabi Muhammad (S.A.W) menekankan tentang kewajipan menunaikan hutang. Pada waktu itu, Akasyah bangun dan menyatakan bahawa baginda ada berhutang


82 dengannya. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya kerana dikatakan tali cemeti baginda terkena Akasyah. Pemimpin yang bertanggungjawab / Amanah. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Sikap tanggungjawab dalam masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin akan memastikan lahirnya masyarakat yang maju dan sejahtera. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wujud ketidakadilan dan ini memberi kesan dalam usaha pembangunan sesebuah masyarakat. Rasulullah (saw), walaupun baginda mengetahui bahawa baginda akan kembali kerahmatullah, baginda masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin umat dengan mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah kepada ahli jemaah. Baginda juga berwasiat kepada ahli Jemaah/umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim. Kasih sayang sesama umat/sahabat/keluarga. Kasih sayang merupakan kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat akan memasti kehidupan yang harmoni. Tanpa perasaan tersebut akan menjadikan sesebuah masyarakat itu berpecah belah. Rasulullah (saw) amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Malikul Maut berita kemangkatannya, banginda terus menangis. Banginda menangis bukan kerana sayang kan dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarganya, tetapi banginda menangis kerana bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya setelah ketiadaan banginda .Baginda juga amat menyayangi puterinya Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya. Kelebihan dan keistimewaan Rasulullah. Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Rasulullah iaitu diangkat sebagai kekasih Allah, dipermulia oleh para malaikat, memiliki mukjizat Beribadat kepada Allah. Soal beribadat kepada Allah tidak boleh dipandang ringan sebaliknya perlu kesungguhan dan keikhlasan mengabdi diri kepada-Nya. Seseorang yang sentiasa memberati ibadat akan melaksanakan segala tuntutan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Contohnya Rasulullah walaupun dalam keadaan sakit dan hampir kepada kewafatan masih lagi solat berjemaah di masjid. Menjauhi segala maksiat. Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari diri daripada melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yang membuat maksiat hidupnya tidak mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan dosa. Ketentuan Allah/takdir Ilahi. Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan Ilahi bahawa umurnya akan berakhir. Berani mengakui kesilapan diri. Rasulullah mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya. Sikap pemaaf. Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi Muhammad. Percaya kepada kewujudan nabi.


83 CITRA MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM KARYA TERSEBUT. Masyarakat yang percaya/taat/beriman kepada Allah Taala. Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan beriman kepada-Nya. Kepercayaan ini merupakan salah satu daripada rukun iman. Sebagai hamba, kita seharusnya percaya / taat kepada perintah Allah. Rasulullah (S.A.W) dalam keadaan gering masih mampu menjadi imam dan menyampaikan khutbah untuk umatnya. Walaupun terpaksa dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah sebagai rasul untuk menyebarkan syiar Islam. Saat akhir baginda meninggalkan beberapa wasiat agar umatnya tidak terpesong dari landasan Islam. Masyarakat yang mengerjakan solat lima waktu. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat merupakan salah salah daripada Rukun Islam. Solat juga merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman sesoarang. Ini kerana solat mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar. Jika umat Islam tidak menunaikan solat, maka dia tidak akan dapat menanam nilai keimanan dan sifat-sifat yang baik dalam diri. Di saat hampir kewafatan Rasulullah masih lagi menunaikan solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah. Masyarakat yang memahami wajib melunaskan hutang. Konsep berhutang ialah orang yang memberi dan menerima pinjaman wang / benda /lain-lain dan wajib membayarnya semula. Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Ketika memberikan khutbahnya yang terakhir, nabi Muhammad (S.A.W) menekankan tentang kewajipan menunaikan hutang. Pada waktu itu, Akasyah bangun dan menyatakan bahawa baginda ada berhutang dengannya. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya kerana dikatakan tali cemeti baginda terkena Akasyah. Pemimpin yang bertanggungjawab / Amanah. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Sikap tanggungjawab dalam masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin akan memastikan lahirnya masyarakat yang maju dan sejahtera. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wujud ketidakadilan dan ini memberi kesan dalam usaha pembangunan sesebuah masyarakat. Rasulullah (saw), walaupun baginda mengetahui bahawa baginda akan kembali kerahmatullah, baginda masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin umat dengan mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah kepada ahli jemaah. Baginda juga berwasiat kepada ahli Jemaah/umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim. Masyarakat yang penyayang. Kasih sayang merupakan kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat akan memasti kehidupan yang harmoni. Tanpa perasaan tersebut akan menjadikan sesebuah masyarakat itu berpecah belah. Rasulullah (saw) amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Malikul Maut berita kemangkatannya, banginda terus menangis. Banginda menangis bukan kerana sayang kan dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarganya, tetapi banginda menangis kerana bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya setelah ketiadaan banginda .Baginda juga amat menyayangi puterinya Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya. Masyarakat yang mengakui kesalahan /Merendah diri. Mengakui kesalah diri adalah sifat yang mulia. Tanpa sikap ini akan melahirkan masyarakat yang hipokrit dan memntingkan diri sendiri. Rasulullah (saw) adalah seorang yang sangat mulia.Walaupun baginda seorang rasul Allah, namun baginda sedia bertanggung jawab terhadap kesalahannya terhadap orang lain. Contohnya, kesalahannya, walaupun tidak sengaja terpukul Akasyah dengan camti kudanya, baginda telah meminta Akasyah membalas pukulan tersebut.


84 Masyarakat yang redha dengan takdir Allah. Setiap kejadian yang berlaku mesti mempunyai hikmah disebaliknya. Setiap masalah yang timbul juga pasti ada jalan penyelesaiannya yang penting masyarakat hendak berusaha dan redha menerimanya. Insan yang beriman sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Rasulullah (saw) redha dengan ketentuan Allah bahawa masanya sudah sampai. Masyarakat yang prihatin. Rasulullah s.a.w adalah seorang rasul amat prihatin kepada umatnya. Beliau sentiasa mengingatkan umatnya supaya sentiasa beriman kepada Allah SWT. Sehingga pada saat akhir hidupnya baginda masih lagi berpesan kepada umatnya agar sentiasa hidup berpegang pada agama Allah. KELEBIHAN ATAU MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W. SEPERTI YANG DIGAMBARKAN DALAM ESEL R HAN CER TA “ N LAH H AYAT PER MENYATA AN NA WAFAT”. Nabi Muhammad SAW dapat melihat wajah malaikat (Jibrail dan Malaikat Maut. Nabi Muhammad SAW dapat melihat, menjawab salam, bersemuka dan berdialog dengan para malaikat ketika malaikat melawat baginda untuk memberitahu bahawa ajalnya semakin hampir. Menerusi “Hikayat Nabi Wafat” ada menggambarkan tentang kedatangan malaikat yang menyamar sebagai 2 orang pemuda ke rumah Nabi. Hanya Nabi yang dapat menjawab salam, nampak dan berbicara dengan mereka apabila mereka memberitahu bahawa ajl Nabi semakin hampir. Nabi Muhammad dapat mengetahui saat kematiannya. Ajalnya semakin hampir dengan kedatangan Malaikat Maut. Kehadiran Malaikat Jibrail dan Malaikat Maut ke rumahnya dan meminta baginda membacakan ayat berkaitan dengan hal kematian, menyebabkan secara spontan Rasulullah SAW dapat menafsirkan kehadiran tersebut. Pusat Nabi Muhammad SAW bercahaya/nur kimanan-asbab muka Akasyah bercahaya-cahaya setelah mencium pusat baginda. Akasyah sahabat nabi mengambil peluang sebagai kafarah “tebusan dosa” Rasulullah SAW terhadapnya ialah dengan mengambil peluang mencium pusat Rasulullah SAW. Peluang keemasan yang tidak diberikan kepada orang lain. Pusat Nabi Muhammad SAW menyebabkan muka Akasyah menjadi bercahaya-cahaya merupakan antara salah satu kelebihan atau mukjizat Nabi Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dan dapat berbicara dengan para malaikat Menceritakan tentang mukjizat , kelebihan, budi pekerti dan ajaran Nabi Muhammad (s.a.w) Mengandungi peristiwa-peristiwa penting dalan sejarah tentang Nabi. Peristiwa-peristiwa seperti kelahiran, peperangan dan kewafatannya. Mengandungi unsur dakwah yang ketara iaitu unsur kemuliaan, agama Islam dan kelebihan Nabi Muhammad (s.a.w) Dapat memberi pahala dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca, mendengar dan menyimpannya. Dapat berbicara dengan malaikat Disayangi oleh keluarga, sahabat, rakyat dan alam ghaib ( Allah, malaikat)


85 PERISTIWA YANG MEMBAWA PENGIKTIRAFAN AKASYAH SEBAGAI BAKAL AHLI SYURGA SEPERTI YANG OLEH RASULULLAH S.A.W. Keberanian dalam menuntut kebenaran dan hak. Akasyah berani , tidak gentar dan takut menuntut haknya. Akasyah menuntut kebenaran dengan mendakwa bahawa asulullah ada “berhutang” dengannya iaitu “hendak membalas pukulan cemeti asulullah yang terkena anggota badannya ketika asulullah hendak keluar berperang di jalan Allah ( i Sabilillah)”. Beliau menyahut seruan Rasullullah agar kewafatannya nanti tidak menanggung sebarang hutang di dunia dan akhirat. Menunjukkan kejujurannya bahawa Rasulullah SAW ada melakukan kesilapan (walaupun maksumterhindar daripada kekurangan/cacat cela).Berani menuntut hak penting dan membayar hutang penting agar kita mendapat balasan yang setimpal di akhirat. Tindakan ini memaparkan kelebihan Akasyah yang berani menyatakan kebenaran walaupun kesalahan dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ketegasan dan keadilan dalam melaksanakan hukum. Akasyah benar-benar mahu melakukan qisas (hukum balas) sehingga menyebabkan Rasulullah terpaksa membuka bajunya (sama keadaan Akasyah yang terkena pukulan cemeti Rasulullah SAW dalam keadaan ketika itu Akasyah juga tidak berbaju. Meskipun ramai sahabat dan anggota keluarga Rasulullah SAW mahu menggantikan beliau, namun beliau tetap bertegas mahu menjalankan hukum qisas itu. Hal ini menggambarkan hukum qisas ini tidak boleh dipermudahkan dan boleh digantikan hukumannya kepada orang lain. Sekiranya Akasyah tidak melaksanakan hukum qisas dengan tegas dan adil, maka orang yang tidak bersalah akan terinaya. Ketegasan ini akhirnya Rasulullah SAW menyimpulkan bahawa Akasyah termasuk sebagai ahlul Jannah (bakal ahli syurga), kerana berani menjalankan hukum qisas (balasan) tanpa mengira darjat, kedudukan dan pangkat (berpegang teguh kepada syariat agama). Mengampuni orang lain. Kesudian Akasyah mengampunkan Rasulullah SAW dengan syarat dapat memenuhi impiannya mencium pusat Rasulullah. Akasyah akhirnya tidak jadi memalu Rasulullah /mengampunkan baginda setelah terlihat pusat Rasulullah SAW, sebaliknya segera mengambil peluang mencium pusat Rasulullah iaitu keiiginannya yang sudah lama tersimpan dalam hatinya. Balasan qisas yang terbatal itu menyebabkan sidang jumaah mengucap salam dan takjub kepada sendirian Akasyah. Kesannya, muka Akasyah bercahaya-cahaya seumpama bulan penuh setelah mencium pusat Rasulullah SAW (kelebihan yang diberi oleh Allah SWT). Kesimpulannya, tindakan pembatalan hukum qisas inilah dianggap oleh Rasulullah saw bahawa Akasyah adalah ahlul jannah (bakal ahli syurga) TANGGUNGJAWAB NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI PEMIMPIN UMAT Bertanggungjawab dalam menyebarkan wahyu Allah dan Islam. Nabi Muhammad (S.A.W) merupakan nabi akhir zaman dan kekasih Allah S.W.T. Baginda menerima wahyu dan menyebarkan wahyu tersebut kepada umat Islam agar umat Islam dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Contoh ketika baginda mengetahui bahawa baginda akan wafat tidak lama lagi, baginda telah ke masjid dan mengimamkan umatnya kali terakhir dan seterusnya menyampaikan wasiat dan amanat. Antaranya ialah jangan meninggalkan solat lima waktu dan wajib melunaskan hutang secepat mungkin. Hal ini dilakukan agar umat Islam terus mempraktikan amalan yang baik agar mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Bertanggungjawab sebagai pemimpin umat / khalifah. Bertanggungjawab dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada umat Bertanggungjawab dalam memastikan unat Islam sentiasa menunaikan solat dan solat berjemaah Bertanggungjawab melantik khalifah yang bakal menggantikan Baginda Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dengan bijaksana


86 NILAI KEMANUSIAAN 1. Beriman kepada Tuhan 2. Kepentingan membayar hutang 3. Benar dan berani mengakui kesilapan diri / berperang dan memperjuangkan Islam 4. Pemimpin yang prihatin, adil dan bijak 5. Menasihati / Prihatin – sampaikan anamat 6. Percaya kepada kewujudan malaikat 7. Percaya kepada Nabi Muhammad (S.A.W) –nabi akhir zaman sahabat, Nilai kasih sayang. Kasih sayang merupakan kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Penyayang terhadap kepada sahabat, keluarga dan umat baginda. Rasulullah SAW amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Jibrail tentang masanya hampir tiba maka banginda terus menangis. Banginda menangis bukan kerana sayangkan dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarganya, tetapi banginda menangis kerana bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya setelah ketiadaan banginda. Banginda juga amat menyayangi puterinya Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya. Oleh itu, baginda telah meninggalkan amanat dalam khutbah terakhir baginda. Melalui khutbah, baginda telah menekankan tentang solat, hutang, tidak menganayai anak yatim dan lain-lain lagi. Bertanggungjawab/Amanah. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Pemimpin akan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi agar pengurusan pemerintahan berjalan dengan lancar. Meskipun Rasulullah SAW mengetahui bahawa baginda akan kembali ke rahmatullah, baginda masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin iaitu dengan mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah kepada sidang jemaah. Baginda juga berwasiat kepada sidang umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim. Nilai Amanah. Kepercayaan yang dipikulkan ke atas seseorang individu dalam melaksanakan tugasnya walaupun terpaksa menemuh dugaan yang getir. Nabi Muhammad biarpun berada dalam keadaan gering dan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan baginda masih menyampaikan khutbah jumaat dengan menasihati jemaah agar menjadi insan yang terbaik dan saling maaf memaafi. Mengakui kesalahan/Merendah diri. Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat mulia sahsiahnya. Walaupun baginda seorang rasul Allah dan pemimpin, namun baginda sangat merendah diri dan mengakui kesalahan yang dilakukan. Contohnya, meskipun baginda tidak sengaja terpukul Akasyah dengan tali cemetinya, namun baginda menerima hukuman yang hendak diberikan oleh Akasyah. Hal ini menyebabkan Baginda disayang dan dihormati oleh umatnya.


87 Redha dengan takdir Allah. Menerima ketentuan takdir apabila sampai masa saat kematian. Insan yang beriman sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Rasulullah SAW redha dengan ketentuan Allah bahawa masanya sudah sampai dan berada dipenghujung nyawa. Baginda menasihati anak dan isterinya supaya tidak menangisi kematianya. Taat perintah Allah. Sebagai hamba, kita seharusnya taat perintah Allah. Rasulullah SAW dalam keadaan gering masih mampu menjadi imam dan menyampaikan khutbah untuk umatnya. Walaupun terpaksa dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah dengan mengiimamkan sembahyang Jumaat. Baginda juga sempai menasihati umattnya melalui khutbah terakhir agar umatnya tidak terpesong dari landasan Islam. Prihatin. Rasulullah SAW adalah seorang rasul yang amat prihatin terhadap umatnya. Beliau sentiasa mengingatkan umatnya supaya sentiasa beriman kepada Allah SWT. Sehingga pada saat akhir hidupnya, baginda masih lagi berpesan kepada umatnya agar sentiasa hidup dengan berpegang pada ajaran agama Allah melalui wasiat terakhir yang diberikan baginda. Nilai berbudi mulia. Ketinggian akhlak yang ditunjukkan dengan mengakui kesilapan yang pernah dilakukan biarpun kesilapan yang dilakukan sebenarnya tidak disengajakan. Nabi Muhammad mengakui kesilapannya memukul cameti yang terkena pada badan Aksyah dan baginda rela dupkul oleh Aksyah sebagai balasan akibat daripada perbuatannya itu. IKTIBAR / PENGAJARAN CERITA: Jadilah insan yang bertanggungjawab. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Seorang pemimpin seharusnya bertanggungjawab ke atas umat yang dipimpinnya. Pemimpin yang dirahmati oleh Allah SWT adalah pemimpin yang sedar akan amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya. Rasulullah SAW menangis di hadapan Jibrail apabila sedar masa baginda semakin hampir. Baginda bimbang umatnya akan terpesong akidah kerana tiada bimbingan kelak. Oleh itu baginda telah memberikan amanat ketika khutbah yang terakhir. Baginda juga mengimamkan solat dan melantik khalifah untuk menggantikannya. Kita perlu bertanggungjawab di atas segala perbuatan kita. Berdasarkan kepercayaan Islam, segala perbuatan kita akan mendapat balasan atau ganjaran di hari akhirat kelak. Hendaklah amanah dalam menjalankan tugas. Amanah merupakan satu tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul oleh seseorang dan akan dijalankan dengan sempurna. Jika kita tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan, kita sewajarnya tidak menerima amanah yang diberi. Malaikat Jibrail dan Malikul maut amanah dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk mengambil nyawa Rasulullah walaupun Rasulullah adalah kekasih Allah yang lebih istimewa daripada nabi-nabi yang lain. Jadilah insan yang pemaaf. Hendaklah baik hati dan tidak berdendam. Berdendam merupakan sifat keji dan tidak bermaruah. Ianya menjadi kemurkaan Allah SWT kerana ia boleh memusnahkan kehidupan manusia. Akasyah merupakan seorang umat nabi Muhammad SAW yang baik hati dan tidak berdendam terhadap Rasulullah SAW kerana dia sebenarnya tidak berniat langsung untuk memalu Rasulullah SAW, tetapi ingin mencium pusat Rasulullah. Sifat Akasyah ini dibalas oleh Allah SWT dengan menjadikan mukanya bercahaya-cahaya seperti bulan purnama empat belas haribulan dan suaranya seperti burung dalam Syurga. Nabi Muhammad SAW juga menyatakan kepada sidang jumaah, jika sesiapa ingin melihat rupa orang dalam syurga lihatlah kepada Akasyah. Jelaslah di sini bahawa orang tidak berdendam akan mendapat rahmat dari Allah. Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi Muhammad.


88 Pemimpin yang menyanyangi umatnya / Hendaklah menyayangi keluarga sendiri. Hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Perasaan kasih sayang yang mendalam dapat mengeratkan hubungan ikatan silatulrahim. Ikatan kasih sayang antara satu sama lain akan melahirkan masyarakat yang hidup dalam keadaan damai dan harmoni tanpa ada persengketaan. Para sahabat, ahli keluarga dan jemaah Rasulullah SAW bersedih dan menangis apabila mengetahui Rasulullah SAW akan kembali ke rahmatullah. Ini membuktikan bahawa wujudnya sifat kasih sayang yang mendalam dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW dengan baginda. Nabi sangat menyayangi anaknya Fatimah. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya. Kita hendaklah melunaskan hutang. Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau meninggal dunia. Hendaklah menerima ketentuan takdir Ilahi. Hendaklah kita sedar iaitu mati itu pasti. Setiap benda yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan mati. Tidak ada satu benda hidup pun di dunia ini akan kekal selamanya termasuklah nabi. Nabi Muhammad yang menjadi kesayangan Allah SWT itu juga terpaksa menjalani proses kematian dan nyawanya akan dicabut oleh Malikat Maut. Para sahabat, ahli keluarga dan jemaah Rasulullah bersedih dan menangis apabila mengetahui Rasulullah akan kembali ke rahmatullah. Siti Fatimah, sedih dan menangis kerana terlalu sayang akan Rasulullah. Jadi sebagai manusia kita harus menerima hakikat bahawa kematian pasti akan menjelma jua. Kita hendaklah berani mengakui kesilapan diri. Nabi mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya. MESEJ PENGARANG Pengarang ingin mengingatkan tentang kematian itu pasti. Masyarakat seharusnya mengingati kematian. Dengan mengingati kematian akan membentuk masyarakat yang beriman dan takut melakukan kemungkaran. Sebaliknya masyarakat yang leka dengan kehidupan dan tidak menghiraukan hari kematian pasti akan alpa dengan kehidupan di dunia dan terlibat dengan gejala maksiat. Contohnya, Nabi Muhammad s.a.w walaupun baginda merupakan Rasul Allah , namun tetap juga diambil nyawanya oleh malaikat. Kesan/Penerapan dalam kehidupan membentuk peribadi yang taat kepada agama dan sentiasa mengingati kematian . Pengarang ini menekankan tentang tanggungjawab menjelaskan hutang, Setiap umat Islam harus mengambil iktibar akan tanggungjawab untuk menjelaskan hutang. Sekiranya hutang tidak dijelaskan sudah pasti akan mewujudkan suasana yang tidak harmoni. Nabi Muhammad apabila mengetahui ajalnya hampir tiba, telah mengeluarkan arahan kepada umat Islam di Madinah agar menyatakan kepada baginda sekiranya baginda ada berhutang dengan sesiapa. Baginda telah sanggup dan bersedia untuk dipukul oleh Akasyah kerana malu berdepan dengan Allah nanti. Kesan / Penerapan dalam kehidupan membentuk sikap bertanggung jawab untuk melangsaikan hutan Pengarang ingin mendidik tentang adab menghadapi kematian insan tersayang. Islam telah mengariskan adab yang betul dan harus dipatuhi apabila berdepan dengan kematian orang yang tersayang. Kita hanya dibenarkan untuk bersedih di dalam hati dan mengalirkan air mata tanda kesedihan. Nabi Muhammad yang menjadi kesayangan Allah SWT itu juga terpaksa menjalani proses kematian dan nyawanya akan dicabut oleh Malikat Maut. Para sahabat, ahli keluarga dan jemaah Rasulullah bersedih dan menangis apabila mengetahui Rasulullah akan kembali ke rahmatullah. Sekiranya adab ini tidak dipatuhi sudah pastilah kita akan sentiasa berada dalam kesedihan. Kesan / Penerapan dalam kehidupan membentuk peribadi yang taat kepada agama dan sentiasa memelihara adab dan tingkah laku


89 Mempercayai Allah Taala. Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan beriman kepadaNya. Ini adalah termasuk salah satu daripada rukun iman. Mereka yang beriman kepada Allah akan dijanjikan ganjaran pahala. Menjauhi segala maksiat. Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari diri daripada melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yang membuat maksiat hidupnya tidak mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan dosa. Tidak meninggalkan sembahyang lima waktu. Kewajipan solat merupakan salah salah daripada Rukun Islam. Solat merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman sesoarang. Ini kerana solat mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar. Di saat hampir kewafatan Rasulullah masih lagi menunaikan solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah. PENGGUNAAN UNSUR AGAMA ISLAM YANG TERSELIT DI DALAMNYA DENGAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI. penggunaan Bahasa Asing iaitu Bahasa Arab –Rasulullah SAW, Kadhi Rabbul Jalil Watak perwatakan terdiri daripada orang Arab yang beragama Islam - menggunakan nama Islam – Rasulullah, Fatimah dll jawatan2 dlm Islam –bilal (bilal Malek) Penerapan unsur doksologi – pendahuluan cerita di mulai dengan bacaan ayat-ayat Al-quran begitu juga pada kesudahan cerita - penggunaan ayat-ayat suci al-Quran – Innaka nayyitun ilaikum yaumi qiyamati… Isi cerita berkaitan dengan rukun Iman dalam Islam - kewujudan – Jibrail,Mikail, Malikul Maut - hari kiamat, siratal mustaqim, syurga dll - percaya saat kmatian akan tiba - sembahyang 5 waktu, menjauhi maksiat


90 FUNGSI SASTERA KEAGAMAAN DALAM MASYARAKAT. Alat berdakwah. Cerita memperlihatkan kehebatan, ketokohan keagongan dan mukjizat yang dimiliki baginda Rasulullah dalam menyebarkan dakwah. Malaikat datang melawat dan memberitahu bahawa ajal baginda sudah hampir. Peristiwa ini menunjukkan kehebatan nabi yang boleh berbicara dan melihat malaikat. Bertujuan agar masyarakat setempat dapat menerima agama Islam dengan mudah memandangkan mereka telah diperkenalkan dengan cerita-cerita tentang nabi dan kebesaran Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Dengan cara ini penyebaran agama Islam semakin menerima agama Islam dan menolak kepercayaan sebelumnya secara beransur-ansur. Alat menggambarkan keagongan dan kebesaran Allah. Gambaran keangongan dan kebesaran Allah dengan wujudnya makhluk Allah selain manusia seperti malaikat dan para bidadari dalam syurga, serta pembalasan di akhirat dan wujudnya syurga dan neraka. Kewujudan malaikat yang bertandang ke rumah nabi, dan peristiwa yang membawa kepada percakapan nabi bahawa Akasyah akan menjadi ahli syurga membuktikan bahawa syurga itu wujud. Menunjukkan kebesaran Islam. Agama Islam adalah agama kebenaran dan suci. Menerusi hikayat nabi ini, kelebihan tokoh dan keagungan Tuhan serta ketinggian martabat di ceritakan dengan jelas berbanding dengan kepercayaankepercayaan terdahulu. Oleh itu masyarakat lebih mudah menerima agama Islam. Alat menggambarkan kemuliaan Rasul. Kemuliaan Rasulullah tergambar melalui keistimewaan yang terdapat pada baginda, seperti bertemu dengan Malikul Maut yang ingin mengambil nyawanya. Berfungsi untuk mengagungkan dan mengangkat martabat Nabi serta agama Islam. Hal ini penting dalam penyebaran agama Islam agar masyarakat yang memeluk agama Islam akan merasa kagum dan percaya. Isinya dapat mengambil tempat mengantikan epik-epik Hindu yang sudah lama bertapak di Alam Melayu. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi penerimaan pembaca terhadap agama Islam. Alat didaktik. Unsur didaktik disampaikan secara langsung melalui beberapa amanat terakhir Rasulullah iaitu seperti sentiasa beriman dan berpegang kepada Islam, menunaikan sembahyang lima waktu serta mengasihi anak-anak yatim. Memberi pengajaran dan teladan yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Selain itu, pembaca juga diharap dapat mengikuti tatacara kehidupan nabi dan kemuliaan sifat-sifat yang ada pada baginda seperti tabah, sabar, berusaha, beriman dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya. Cerita juga berkisar tentang memberi petunjuk agar mengikuti ajaran rukun Islam. Pengarang juga menggunakan teknik balasan serta ganjaran. Ini adalah untuk mengeksploitasi sifat manusia yang takut akan balasan dan ghairah akan ganjaran. Ia berkesan untuk menyuruh manusia berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat.


91 BAB 4 SASTERA KETATANEGARAAN (SASTERA ADAB) TAKRIF/KONSEP Kesusasteraan ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan tentang petunjuk, padduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasukraja dan pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang, dan ulama dalam urusan dan pentadbiran sesebuah negara. Unsur sejarah terdapat dalam karya ini tetapi tidak menjadi teras perbincangan yang dititikberatkan. Dalam karya seperti ini terdapat penerangan secara naratifcaramentadbir sesebuah negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu, khususnya raja-raja timur tengah sama ada beragma Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Selain naratif tentang raja-raja, terdapat juga naratif tentang Khalifah al-Rasyidin terutamanya tentang Umar al-Khattab. Kesemua karya ketatanegaraan Melayu Tradisional berteraskan Islam. Karya yang menjadi petunjuk kapada golongan raja-raja dari segi mentadbirkan negara. Kandungan kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif (cerita) cara mentadbirkan sesuatu negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur Tengah. Contoh karya : 1. Taj al Salatin – Bukhari al-Jauhari 2. Bustan al-Salatin – Nuruddin al-Raniri 3. Nasihat Segala Raja-raja – Syeikh Abdul Kadir Dikenali juga sbg sastera adab yang menjadi petunjuk kepada golongan raja-raja untuk mentadbir negara. Ia lahir dalam zaman kerajaan aceh dan merupakan saduran bahasa Arab. Dua buah karya yg terkenal ialah Bustanus Salatin (Taman Raja-raja) tulisan Nuruddin al-Raniri atas perintah Sultan Iskandar Thani dan Tajul Salatin (Mahkota Raja-raja) tulisan Bukhari al-Jauhari CIRI-CIRI SASTERA KETATANEGARAAN SECARA UMUM Tema. Isinya kaya dengan petunjuk, nasihat, panduan dan pengajaran terutama kepada raja-raja. Dimuatkan soal-soal cara hubungan rakyat dengan pemerintah dan tanggungjawab menteri serta golongan pentadbir. Contohnya, Kitab Tajul Salatin bab 6 menyebut cara-cara mentadbir dan menjalankan tugas bagi raja, pembesar dan pegawai dalam mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan. Mengandungi isi / pemikiran yang mempunyai falsafah @ firasat pemikiran yang tinggi. Menerusi kitab Tajus Salatin ada menyebut tentang unsur-unsur pengajaran, pendidikan & amalan hidup islam yang tinggi serta tidak boleh ditandingi agama lain. Hal ini dapat dilihat apabila kitab Tajus menekankan tentang sepuluh syarat yang wajib dipatuhi oleh raja, pembesar dan pegawai ketika melaksanakan tugas. Ia boleh dijdikan teladan bukan sahaja untuk raja & pembesar tetapi ntuk semua peringkat masyarakat kerana isinya mengandungi aspek-aspek seperti cara mendidik anak, tentang pekerti yang baik, tanggungjawab pemerintah dan hubungan sesama manusia. Watak Perwatakan. Kisah-kisah yang berkaitan dengan nabi-nabi serta tokoh-tokoh Islam terkenal. Kisah-kisah ini bertujuan untuk dijadikan teladan serta contoh dari segi kelakuan, sifat dan tindak tanduk dalam semua hal pentadbiran negeri. Tajul Salatin memuatkan sepuluh syarat yang wajib dipatuhi oleh raja ketika memerintah. Terdapat juga contoh pemerintahan. Antar syarat yang perlu dipatuhi adalah beriman kepada Tuhan dan adil. Contoh nama raja yang terdapat di dalam Tajus Salatin ialah Khalifah Umar Al-Khatab dan aja Ma’mun. Bercirikan kekitaban dari segi teknik penulisan. Penggunaan bab serta fasal. Contohnya Tajul Salatin mengandungi 24 fasal menyentuh bermacam-macam hal tentang kehidupan manusia di dunia terutama dari segi moral manakala Bustanus Salatin mengandungi 7 bab yang terdiri dari 40 fasal. (lihat karya tajul salatin dan Bustanus salatin)


92 TAJ US SALATIN SYARAT-SYARAT YANG HARUS DIPELIHARA OLEH RAJA, MENTERI DAN PEGAWAI Syarat-syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Segala Raja Syarat-syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Segala Menteri Syarat-syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Segala Pegawai Syarat pertama raja hendaklah adil. Iaitu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah. Syarat pertama. Menteri hendaklah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Syarat pertama. Pegawai hendaklah mendahulukan perintah Allah dan menyedari bahawa raja juga makhluk Allah. Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat. Syarat kedua. Menteri hendaklah berterima kasih kerana pemberian raja dan anugerahnya. Syarat kedua. Pegawai hendaklah menghargai pemberian raja dan memuliakan rajanya. Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu. Syarat ketiga. Menteri hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja. Perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan dan tidak membazir. Syarat ketiga. Pegawai hendaklah menjaga tutur kata di depan raja dan menyembunyikan apa-apa perkara yang sukar tentang dirinya. (Baca kisah dalam teks) Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun. Syarat keempat. Menteri hendakalah mencari sumber harta bagi raja. Syarat keempat. Pegawai harus memelihara maruah raja/menjaga martabat raja Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak). Syarat kelima. Menteri hendaklah menyediakan segala keperluan raja, pakaian dan kenderaan raja. Syarat kelima. Pegawai hendaklah lebih takut (taqwa) kepada Allah berbanding rajanya. Syarat keenam. Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga. Syarat keenam. Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak. Syarat keenam. Pegawai hendaklah menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa dengan pekerjaan akhirat dirinya. Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan tidak berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja. Syarat ketujuh. Menteri hendaklah menegur kesilapan raja jika melanggar hukum syarak. Syarat ketujuh. Pegawai hendaklah jangan bersubahat dengan raja untuk menaniaya rakyat, kerana dirinya akan mendapat balasan yang sama di akhirat kelak. Syarat kelapan. Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur. Syarat kelapan. Menteri jangan sombong (maghrur) kerana pangkatnya. Jangan mengasari rakyat. Syarat kelapan. Pegawai jangan memuji orang lain yang tidak di kenalinya di hadapan raja. Syarat kesembilan. Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya. Syarat kesembilan. Menteri hendaklah mencari harta untuk dirinya sekadar memenuhi keperluan dirinya sahaja dan jangan berlebih-lebihan. Syarat kesembilan. Pegawai hendaklah menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya. Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya. Syarat kesepuluh. Menteri hendaklah mencari maklumat tentang keselamatan negara melalui maklumat rakyat jelata. Syarat kesepuluh. Pegawai hendaklah menjaga tutur kata dan tingkah laku dan seluruh anggotanya apabila berhadapan dengan rajanya.


93 PENGAJARAN 1. Pemerintah mestilah berlaku adil 2. Pemerintah beriman dan jangan mengikut nafsu 3. Pemerintah mestilah bertanggungjawab 4. Pemerintah jangalah bersikap sombong 5. Pemerintah yang jujur dan amanah 6. Pemerintah mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah 7. Menjalankan pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.


94 MAKLUMAT 1 SYARAT YANG PERLU DIPELIHARA OLEH SEGALA RAJA Taj al Salatin ( mahkota raja-raja ) merupakan hasil nukilan Bukhari al-Jauhari. Karya ini menjadi petunjuk kepada golongan raja-raja dari segi mentadbir negara. Kandungan kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif (cerita) cara mentadbirkan sesuatu negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur Tengah. Ia dikenali juga sebagai sastera adab . Terdapat beberapa syarat yang perlu diamalkan oleh raja-raja agar sistem pemerintahan berjalan dengan lancar dan teratur. Syarat pertama ialah raja hendaklah adil. Raja dinasihatkan berlaku adil dan mengimbangi dengan saksama apabila menjatuhkan kukuman. Baginda perlu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah ketika ingin membuat keputusan. Hal ini dapat dilihat menerusi kisah Sultan Mansur Syah dalam Kesultanan Melayu Melaka. Baginda dikatakan adil dalam menjatuhkan hukuman Hang Tuah dan anakandanya sendiri iaitu Raja Muhammad. Meskipun baginda sangat sayang kepada kedua-duanya, namun baginda tetap menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada mereka. Contoh Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh kerana telah bermukah dengan hak raja. Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalualukan kedatangan rakyat. Rujuk contoh peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin dan kerajaan Abbasiyah Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu. Hikayat dalam zaman kerajaan aja Ma’amun Al-Rashid ada seorang yang berbuat suatu dosa yang besar. aja Ma’mun Al-Rashid merupakan seorang raja dari kerajaan Abbasiyah yang hebat. Baginda dapat menyelesaikan masalah seorang rakyatnya yang telah melakukan satu dosa besar. Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun. Baginda menyelesaikan masalah pesalah yang melarikan diri apabila dijatuhi hukuman bunuh. Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak). Hukuman yang dikenakan keatas pesalah perlu setimpal. Jangan melampaui batas dan jangan memalukan rakyat. Syarat keenam, bertanggungjawab / amanat terhadap tugas. Seorang raja wajib mempunyai nilai kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna terhadap rakyatnya. Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga. Dalam teks Tajus Salatin, khalifah atau sultan dikehendaki bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dalam negaranya. Khalifah Umar al-Khatab telah dijadikan contoh. Beliau telah keluar meronda pada waktu malam untuk melihat sendiri keadaan rakyat jelata. Rakyat yang susah segera dibantu. Contohnya beliau telah sanggup memikul sendiri guni yang berisi makanan untuk dibawakan kepada sebuah keluarga yang kelaparan. Malah beliau sanggup memasak sendiri makanan untuk keluarga yang kelaparan itu. Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan tidak berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja. Syarat kelapan. Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur.


95 Syarat kesembilan. Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya. Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya. Raja perlu menyiasat setiap aduan dari pembesar atau rakyat dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman. Kecuaian akan menyebabkan golongan tidak bersalah dizalimi. Mangsa akan marah dan akan menentang raja. Menjalankan dasar diplomatik yang cermat. Hubungan dengan negara luar termasuk layanan terhadap utusan-utusan dari negara luar perlu dilakukan dengan baik. Utusan luar jangan dilayan secara kasar. Dalam kes ‘tartar dan menarah kepala budak’ di Singapura telah berlaku serangan oleh Majapahit ke atas Singapura kerana Raja Singapura melayan utusannya secara kasar dan menghina raja Majapahit. Begitu juga sebaliknya. MAKLUMAT 2 SYARAT MENTER SEPERT YANG TERGAM AR DALAM “TAJ S-SALAT N” YANG TERM AT DALAM TEKS Taj Us-Salatin merupakan kesusasteraan ketatanegaraan dan adab. Merupakan petunjuk / panduan kepada golongan pentadbir. Menyatakan syarat-syarat yang harus dipatuh oleh raja, Menteri dan pegawai. Antara isi-isi penting ialah Menteri hendaklah sentiasa berbakti, berterima kasih di atas pemberian dan membelanjakan wang perbendaharaan secara berhemah. Menteri hendaklah sentiasa berbakti kepada orang bawahan. Menteri hendaklah sentiasa bersedia untuk berbakti dan menabur jasa dengan orang bawahannya. Menteri mencurahkan bakti kepada masyarakat agar beliau melaksanakan tanggungjawab yang sebenar. Jika menteri bersikap pentingkan diri sendiri, sudah tentu menteri tersebut tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Perbuatan menteri yang demikian juga akan menjadikan menteri tersebut angkuh dan sombong dan seterusnya menyalahi hukum Tuhan. Contoh Tun Mutahir, bendahara Negeri Melaka amat disayangi oleh pengikutnya. Beliau sentiasa memberikan belanjawan dan binatang ternakannya ketika pengikutnya tidak membawa pulang apa-apa hasil buruan. Menteri hendaklah berterima kasih atas anugerah dan pemberian raja kepadanya. Seseorang Menteri wajar menerima anugerah dan ganjaran yang diberikan oleh raja kepadanya. Jika menteri tidak menerima anugerah tersebut, sudah tentu menteri akan dianggap tidak menghargai pemberian daripada seorang raja dan akan menimbulkan kemarahan raja. Sekiranya anugerah tersebut tidak memuaskan hati, mereka hendaklah menerimanya dengan redha. Contoh Bendahara Melaka,Tun Perak berterima kasih menerima hadiah usungan daripada raja. Namun begitu dia memberikannya kepada Hang Tuah kerana beliau berpendapat, usungan itu lebih diperlukan oleh Hang Tuah ketika berpeerang daripadanya. Menteri yang dipilih mestilah daripada seorang yang alim dan bijaksana. Menteri yang dipilih mestilah seorang yang alim dan bijaksana supaya dapat menasihati raja ke arah melakukan kebaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika menteri tidak dipilih di kalangan orang yang alim dan bijaksana, sudah tentu menteri tidak dapat menasihati raja ke arah jalan kebaikan dan pentadbiran Negara akan menjadi lemah. Contoh Tun Perak merupakan Menteri yang bijaksana. Beliau dapat mengalahkan serangan Siam dengan menggunakan sumbu api yang diletakkan di sepanjang sungai. Beliau menyatakan bahawa setiap sumbu api itu mewakili seorang pahlawan Melaka dan Siam terus berundur kerana ketakutan.


Click to View FlipBook Version