96 Menteri bertanggungjawab menyediakan keperluan raja. Menteri hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Beliau bertanggungjawab dalam menyiapkan segala keperluan dan kelengkapan raja termasuk perkakas istana, pakaian, kenaikan atau kenderaan. Contoh Bendahara Tun Perak telah mengarang surat utusan ke Siam, setelah Sultan Mansur memintanya berbuat demikian. Raja Siam amat menyukainya dan memuji Tun Perak. Menteri hendaklah membelanjakan wang daripada perbendaharaan Negara secara berhemah. Menteri hendaklah membelanjakan wang perbendaharaan Negara mengikut keperluan demi menjaga kekukuhan dan kestabilan ekonomi. Jika boros, mungkin akan berlaku kegawatan ekonomi yang seterusnya akan menggugat kestabilan Negara. Menteri hendaklah mencari sumber kewangan untuk raja/ Negara. Menteri hendaklah berusaha mencari dan mengumpulkan kekayaan untuk Negara/ raja demi kemakmuran dan keagungan Negara serta menaikkan imej raja dimata umum. Jika tidak sesebuah kerajaan akan menjadi lemah tanpa sumber yang mengcukupi dalam melaksanakan pentadbiran. Contohnya, jawatan Syahbandar diwujudkan bagi memungut cukai dan menguruskan para pedagang di Melaka. Raja Mendeliar merpakan Syahbandar yang bertanggungjawab ke atas pedagang dari Benua Keling. Oleh itu, menteri memainkan peranan besar dalam membantu Negara mengatasi masalah kewangan. Menteri tidak boleh sombong dan angkuh dengan pangkat atau darjat yang dianugerah oleh raja. Menteri tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu ke atas rakyat. Ini akan menimbulkan rasa benci rakyat kepadanya dan akhirnya akan memudaratkan diri sendiri. Menteri hendaklah sentiasa bersiap-siaga dalam menjaga keselamatan negara. Menteri sentiasa mendapatkan maklumat tentang keselamatan Negara. MAKLUMAT 3 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya Syarat yang kedua, hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala nikmat rajanya dan hendaklah suka daripada segala anugerahnya . Jikalau pada kesukaannya itu sampai pada sesuatu mudarat itu dan rugi daripada raja itu hendaklah ia hapuskan mudarat dan rugi itu daripada sempurna bicaranya dengan segala nikmat dan anugerah yang sudah sampai padanya. Syarat yang ketiga hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan suatu pekerjaan rajanya mengeluarkan belanja dengan kebenaran datangnya itu jangan mengeluarkan belanja daripada perbendaharaan daripada harta dari luar rajanya itu kerana segala harta yang ada dalam perbendaharaan raja itu kerana sesuatu kesukaran juga adanya. Maka tiada dapat dibelanjakan dengan sia-sia. Syarat yang ketujuh, hendaklah menteri itu tatkala itu melihat pekerjaan rajanya tiada hukum syariat mengingatkan rajanya supaya ia mengubahkan perbuatannya itu dan bagi mengusahakan dengan barang bicaranya supaya ia mebuangkan perinya itu kerana kebinasaan kerajaannya peri dan perbuatan itulah. Syarat yang kelapan, hendaklah menteri itu jangan maghrur pada yang berbesarkan rajanya dan dimuliakan pangkatnya adanya dan jangan ia menunjukkan kerasnya akan segala rakyat dalam membesarkan dirinya kerana inilah perinya tanda kebinasaan menteri itu jua. Syarat yang kesembilan, hendaklah menteri itu dengan sepertinya menghasilkan harta akan raja membicarakan akan pekerjaan segala hulubalang dan lasykar suruh melengkapkan senjata dan kudanya kerana alam ini tempat bala dan fitnah juga, tiada diketahui manakala dan dari mana
97 datangnya bala dan fitnah itu dan jika dihimpunkan harta juga dan tiada membicarakan akan hulubalang dan lasykar dengan segala kelengkapannya, apabila datang seteru dalam alpanya itu, siasialah segala hartanya itu dan dalam kesukaran itu jikalau sekalipun dibelanjakan harta tiada dapat dicarikan segala hulubalang dan lasykar itu dengan segeranya. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2012. "Taj Us-Salatin" dalam Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 108-100) PADA PENDAPAT ANDA, BINCANGKAN GAMBARAN SIFAT / PERWATAKAN MENTERI JIKA TIDAK MEMATUHI SYARAT SEPERTI DALAM PETIKAN DI ATAS. [25] Skema Permarkahan: Pengenalan [3] Konsep menteri -membantu raja dalam pentadbiran negara -memangku tugas raja apabila raja ke luar negara -golongan kedua dalam hairaki social -ketua angkatan perang Sinopsis teks Taj Us-Salatin Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan Isi [20] Menteri yang tidak bersyukur. Dalam syarat kedua, menteri perlu berterima kasih di atas pemberian raja. Menteri juga perlu menunjukkan rasa gembira di atas anugerah raja walaupun kadang-kadang menteri tidak menyukai pemberian raja tersebut. Jika menteri tidak mematuhi syarat ini, bermakna menteri tidak bersyukur di atas nikmat pemberian raja. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak senang raja kepada menteri. Contohnya ; “…hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala nikmat rajanya dan hendaklah suka daripada segala anugerahnya…” Menteri akan boros dan membazir dalam berbelanja. Dalam syarat ketiga, menteri perlu berbelanja mengikut kebenaran raja. Ini kerana harta perbendaharaan adalah hak milik raja dan negara. Jika menteri tidak mengikut syarat ini, sudah pasti menteri akan berbelanja secara membazir dan sia-sia. Menteri juga berbelanja tanpa kebenaran raja. Kedaan ini akan menimbulkan kesukaran kepada raja untuk mentadbir negara jika perbendaharaan tidak mempunyai cukup wang. Contohnya; “…hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan sesuatu pekerjaan rajanya mengeluarkan belanja dengan kebenaran datangnya itu...Maka tiada dapat dibelanjakan dengan sia-sia.” Menteri akan membiarkan perbuatan raja meskipun salah. Dalam syarat ketujuh, menteri hendaklah mengingatkan raja supaya mentadbir mengikut hukum syariat agar negara berada dalam keadaan harmoni. Jika menteri tidak mematuhi syarat ini, sudah pasti raja akan sewenang-wenangnya melakukan pekerjaan yang melanggar hukum syariat. Ini akan mendatangkan kebinasaan pada negara. Contohnya; “…hendaklah menteri itu tatkala itu melihat pekerjaan rajanya tiada hukum syariat mengingatkan rajanya supaya ia mengubahkan perbuatannya itu…”
98 Menteri akan sombong/berlaku kasar pada rakyat. Dalam syarat kelapan, menteri hendaklah merendah diri dan bertindak dengan lemah lembut kepada rakyatnya. Jika menteri tidak mengikuti syarat ini, menteri pasti akan bersifat sombong dengan kedudukannya dan bertindak kasar kepada rakyat. Keadaan ini boleh mendatangkan kebinasaan kepada menteri tersebut. Contohnya; “…hendaklah menteri itu jangan maghrur pada yang berbesarkan rajanya dan dimuliakan pangkatnya adanya dan jangan ia menunjukkan kerasnya akan segala rakyat…” Menteri mengabaikan keselamatan negara. Dalam syarat kesembilan, menteri perlu menyediakan perbelanjaan untuk menyediakan kelengkapan seperti senjata dan kuda kepada hulubalang dan lasykar kerana perlu sentiasa bersedia dengan serangan musuh. Jika menteri tidak mematuhi syarat ini, maka menteri hanya mengumpulkan harta sahaja. Kealpaan dalam aspek ketenteraan akan menyebabkan harta yang dikumpulkan akan sia-sia apabila negara jatuh ke tangan musuh. Contohnya; “…hendaklah menteri itu dengan sepertinya menghasilkan harta akan raja membicarakan akan pekerjaan segala hulubalang dan lasykar suruh melengkapkan senjata dan kudanya kerana alam ini tempat bala dan fitnah juga...” “…apabila datang seteru dalam alpanya itu, sia-sialah segala hartanya itu…” MAKLUMAT 4 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya. Adapun demikian berbunyi hikayat itu, suatu hari segala menteri dan segala orang besar menghadap Sultan dan Iyaz itu berdiri di hadapan dengan adab. Maka seorang-seorang membawa timun hadiah kepada Sultan. Maka Sultan mengambil pisau belah timun itu dan dimakan sedikit daripadanya dan timun itu teramat pahit pada rasanya. Maka Sultan pun tiada bertanyakan pahitnya itu dan diberi sekerat pada Iyaz dan katanya. “Hai Iyaz. Makanlah timun ini dihadapanku dan ceriterakan rasanya akan segala orang yang hadir ini bahawa adakah demikian timun itu dari selamanya.” Maka Iyaz segera ambil timun itu dimakan dengan suka yang nyata daripada kelakuannya. Tatkala makan timun itu teramat manislah mukanya. Apabila habis dimakannya, maka katanya, “Subhanallah. Dari selamanya hamba belum jua makan timun yang demikian manis dan sedapnya. ” Maka titah Sultan, “Hai Iyaz. Bagikanlah timun itu kepada segala orang supaya nyata kebenaran katamu pada mereka itu. Maka Iyaz pun memberikan timun itu pada segala orang yang hampir Sultan. Apabila mereka merasa timun itu, maka daripada rasanya pahit teramat lagi memasamkan mukanya dan sedikit pun tiada dimakan daripada timun dan katanya, “Biadab sekali Iyaz ini. Di hadapan Sultan berani disebut katanya timun yang pahit dikatanya manis.” Makta titah Sultan, “Hai Iyaz. Benarlah segala kata menteri dan orang besar itu dan pada rasaku pun pahit jua timun itu. Maka betapa katamu manis.” Maka sembah Iyaz, “Dan bersumpah kataku itu benar jua.” Maka titah Sultan, Apa kebenaran katamu itu.” Maka sembah Iyaz serta berkata, “Bertambah-tambah umur dan daulat Syah Alam, dengan segala kebajikan.
99 Insya-Allah Taala dan jangan berputusan segala anugerah Syah Alam pada hamba. Adapun dari selamanya Syah Alam memeliharakan hamba ini dan beberapa kali dianugerahkan hamba segala nikmat yang sedap dan manis rasanya dan hamba pun adalah dari selamanya merasai segala nikmat yang baik-baik dan pada segala ini jika sesuap pun yang pahit dianugerahi Syah Alam akan hamba tiadalah harus hamba mengatakan pahit rasanya dan tiada harus dizahirkan celanya dan masamnya muka hamba kerana haruslah pahit ini akan menghapuskan dengan segala yang manis itu supaya makin bertambah-tambah anugerah Syah Alam akan hamba daripada segala nikmat yang termanis seperti yang terdahulu itu. Syarat yang keempat harus segala pegawai raja itu senantiasa dalam sekalian pekerjaan dan perkataan dan bicara dan kira-kira didahulukan daripada menuntut keredhaan rajanya supaya bertambah pada tiap-tiap hari kebesaran dan kemuliaan ia pada antara segala manusia dengan bicaranya yang baik itu. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.], 2012. “Taj Us Saalatin” dalam Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka, halaman 112-113) BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS, BINCANGKAN PERWATAKAN IYAS YANG PATUT DICONTOHI OLEH PEGAWAI RAJA. [25] Pengenalan [3] Taj Us Salatin tergolong dalam kesusasteraan ketatanegaraan/ sastera adab. Sastera ini menjadi petunjuk/ panduan/amalan/peraturan bagi golongan pentadbir berteraskan Islam. Taj Us Salatin juga menyenaraikan syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh raja, Menteri dan pegawai. Antara perwatakan Iyas yang perlu dipatuhi oleh pegawai adalah taat kepada perintah sultan, bijak dan tahu mengenang budi. Isi [20] Seorang yang taat pada perintah sultan. Sifat taat dalam konteks ini bermaksud setiap hamba Melayu harus patuh terhadap sultan atau raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada raja menjadikan mereka senantiasa menghormati sultan, khususnya institusi raja, serta bersedia untuk menjunjung dan mematuhi titah dan perintah sultan. Hamba Melayu yang taat kepada raja/sultan bersedia untuk melakukan apa-apa sahaja demi memuliakan kedudukan serta memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Sekiranya sifat taat ini tiada pastinya akan tercetus situasi huru hara dalam negeri dan sultan tidak akan mampu untuk mentadbir negeri ke arah kemakmuran serta kedamaian. Contoh Iyaz taat pada perintah sultan apabila disuruh makan buah timun di hadapan sultan dan menceritakan rasa buah timun itu kepada segala menteri meskipun timun itu pahit Seorang yang bijaksana. Sifat bijaksana yang ada pada diri seseorang dapat menjadikan seseorang itu dapat bertindak sesuai dengan akal fikiran yang sihat disertai hati nurani yang baik. Setiap keputusan yang diambil akan dilakukan dengan berhati-hati sehingga menghasilkan tingkah laku yang baik dan benar sehingga tidak menyimpang dari norma-norma kehidupan dan kemanusiaan sehingga dapat dicontoh bagi orang banyak. Sekiranya sifat bijaksana ini tiada dalam diri seseorang maka sudah pasti keputusan atau tindakan yang diambil dilakukan secara semberono tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang di sekeliling. Iyaz menyatakan timun itu manis meskipun pahit kerana pegawai perlu menghargai pemberian raja dan berterima kasih dengan pemberian tersebut. Seorang yang tahu mengenang budi. Konsep mengenang budi ini sangat luas ruang lingkupnya. Ia meliputi akal, fikiran hati dan kebijaksanaan dalam kehidupan, manakala berbudi selalu bersedekah, selalu memberi, berkelakuan baik, baik hati dan pemurah. Hal inilah yang selalu ditekankan dalam kehidupan dan budaya masyarakat Melayu sejak dahulu hingga kini. Sekiranya kita tidak
100 mengamalkan sifat ini dalam diri kita, maka sudah tentu kita gagal menjadi orang mempunyai peribadi yang unggul. Contoh Iyaz menghargai segala anugerah dan pemberian raja sebelum ini dan apabila beliau mendapat hadiah timun pemberian raja, maka dia tetap menghargainya meskipun pemberian kali ini pahit dan tidak sedap. Hal ini kerana pegawai perlu membicarakan yang baik-baik sahaja kepada raja. Barulah mendapat keredhaan raja. Seorang yang dikasihi oleh sultan. Seseorang yang memiliki sifat dan kelakuan yang terpuji, berbudi bahasa, sopan dalam bertutur kata akan sentiasa dikasihi oleh sesiapa pun jua termasuk sultan. Sekiranya kita tidak memiliki sifat-sifat yang sedemikian maka kita tidak akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Contohnya suatu hari segala menteri dan segala orang besar menghadap Sultan dan Iyaz itu berdiri di hadapan dengan adab Seorang yang menjunjung tinggi darjat sultan. Sultan merupakan pemimpin sesebuah negeri atau kerajaan. Sebagai seorang hamba rakyat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga institusi di raja dengan menjujung tinggi titah sultan atau raja. Sekiranya hamba rakyat tidak menjunjung tinggi darjat sultan, maka pastinya negeri atau kerajaan menjadi tidak tenteram dan tidak aman. Seorang yang berani mempertahankan kebenaran/pendirian. Berani dalam mempertahankan kebenaran merupakan salah satu sikap terpuji yang harus kita miliki dalam kehidupan sehari-hari. Berani tidak bererti kita harus berjuang dengan mengorbankan diri kita. Melalui kata-kata dan pemikiran yang dilontarkan untuk mempertahankan pendirian, kita sudah dianggap melakukan keberanian. Sekiranya kita tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan pendirian kita maka sudah pasti pandangan dan pendapat kita tidak dapat diselami dan diguna pakai demi kepentingan semua. MAKLUMAT 5 Sastera mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam kehidupan bermasyarakat. Berdasarkan “ itab Tajus Salatin” yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu, HURAIKAN FUNGSI SASTERA KETATANEGARAAN. [9] Fungsi sastera ketatanegaraan adalah seperti berikut:- Memberi pengajaran/didaktik dan teladan yang berkaitan dengan kepemimpinan dan pengurusan berlandaskan hukum Islam. Selain itu, pembaca juga diharap dapat memahami syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh raja, Menteri dan pegawai. Sifat-sitaf seperti adil, bertanggungjawab, prihatin dan beriman wajib ada ketika melaksanakan tugas. Terdapat juga contoh peristiwa yang berlaku ketika zaman pemerintahan Raja Ma'mun dan Iyaz, sorang pegawai yang taat. Sebagai gambaran (world-view) masyarakat Melayu pada masa itu. Hal ini kerana dalam karya tersebut terdapat gambaran susun lapis masyarakat Melayu yang dibahagikan kepada golongan pemerintah, Menteri dan pegawai. Melalui Taj Us Salatin ini juga menceritakan amalan atau syarat yang diamalkan dalam kehidupan seharian pemimpin, Menteri dan pegawai. Contohnya raja perlu beriman, adil dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagi pemimpin Alat komunikasi. Taj Us Salatin bertindak sebagai alat menyampaikan sesuatu yang baik. Hal ini dapat diliihat menerusi syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada raja, Menteri dan pegawai. Dengan cara ini raja, Menteri dan pegawai dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna dan teratur. Contoh dapat dilihat pada peristiwa Iyaz yang mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada pegawai seperti bijak dan menghargai pemberian raja dimana dia berkata manis dihadapan raja keran menghargai timun pemberian raja meskipun timun tersebut sebenarnya pahit.
101 Berfungsi untuk mengagungkan dan mengangkat martabat pemimpin. Hiburan B) BINCANGKAN PEMIKIRAN / CITRA MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM KARYA TERSEBUT. [16] Pemimpin yang adil / Masyarakat yang memimpin secara adil. Raja dinasihatkan berlaku adil dan mengimbangi dengan saksama apabila menjatuhkan kukuman. Baginda perlu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah ketika ingin membuat keputusan. Jika pemimpin memimpin secara adil maka, baginda akan dikasihi dan rakyat akan taat kepadanya. Hal ini dapat dilihat pada syarat pertama menjadi raja iaitu raja hendaklah adil kepada rakyat. Selain itu Kitab Tajul Salatin bab 6 ada menyebut cara-cara mentadbir dan menjalankan tugas bagi mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan dengan lebih mendalam. Contoh Sultan Alauddin Riayat Syah mendengar aduan rakyat tentang kes curi yang berleluasa, lalu baginda turun padang dan meronda pada waktu malam sehingga Berjaya menghapuskan jenayah curi tersebut. Masyarakat yang amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas. Bertanggungjawab dan amanh adalah sikap kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.Dalam teks Tajus Salatin, khalifah atau sultan dikehendaki bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dalam negaranya. Khalifah Umar al-Khatab telah dijadikan contoh. Beliau telah keluar meronda pada waktu malam untuk melihat sendiri keadaan rakyat jelata. Rakyat yang susah segera dibantu. Contohnya beliau telah sanggup memikul sendiri guni yang berisi makanan untuk dibawakan kepada sebuah keluarga yang kelaparan. Malah beliau sanggup memasak sendiri makanan untuk keluarga yang kelaparan itu. Pembesar / Menteri yang sentiasa berbakti kepada orang bawahan. Berbakti bermaksud menumpahkan jasa dan setia kepada raja, bangsa dan negara. Menteri hendaklah sentiasa bersedia untuk berbakti dengan orang bawahannya. Jika menteri bersikap pentingkan diri sendiri, sudah tentu menteri tersebut tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Perbuatan menteri yang demikian juga akan menjadikan menteri tersebut angkuh dan sombong dan seterusnya menyalahi hukum Tuhan. Oleh itu wajarlah menteri mencurahkan bakti kepada masyarakat agar beliau melaksanakan tanggungjawab yang sebenar. Contoh … Masyarakat yang berterima kasih atas anugerah dan pemberian raja kepadanya. Seseorang menteri wajar menerima anugerah yang diberikan oleh raja kepadanya. Beliau juga perlu berterima kasih dan menghargainya meskipun pemberian itu tidak seberapa. Jika menteri tidak menerima anugerah tersebut, sudah tentu menteri akan dianggap tidak menghargai pemberian daripada seorang raja dan akan menimbulkan kemarahan raja. Sekiranya anugerah tersebut tidak memuaskan hati, mereka hendaklah menerimanya dengan redha. Contoh…
102 MAKLUMAT 6 BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS, BINCANGKAN PERWATAKAN YANG PERLU ADA PADA PEGAWAI RAJA. [25] Tajus Salatin tergolong dalam kesusasteraan ketatanegaraan / sastera adab. Tajus Salatin berfungsi untuk memberi petunjuk / panduan / amalan / peraturan bagi golongan pentadbir. Ia di tulis dalam bentuk bab dan fasal / pembahagian tugas. Di dalamnya diselitkan kisah-kisah nabi / tokoh – tokoh Islam. Perwatakan yang perlu ada pada pengawai antaranya ialah taat, bijak dan lain-lain lagi. Seorang yang taat pada perintah sultan. Sifat taat dalam konteks ini bermaksud setiap hamba Melayu harus patuh terhadap sultan atau raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada raja menjadikan mereka senantiasa menghormati sultan, khususnya institusi raja, serta bersedia untuk menjunjung dan mematuhi titah dan perintah sultan. Hamba Melayu yang taat kepada raja / sultan bersedia untuk melakukan apaapa sahaja demi memuliakan kedudukan serta memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Sekiranya sifat taat ini tiada pastinya akan tercetus situasi huru hara dalam negeri dan sultan tidak akan mampu untuk mentadbir negeri ke arah kemakmuran serta kedamaian. Contoh Iyaz taat pada perintah sultan apabila disuruh makan buah timun di hadapan sultan dan menceritakan rasa buah timun itu kepada segala menteri. Seorang yang bijaksana. Sifat bijaksana yang ada pada diri seseorang dapat menjadikan seseorang itu dapat bertindak sesuai dengan akal fikiran yang sihat disertai hati nurani yang baik. Setiap keputusan yang diambil akan dilakukan dengan berhati-hati sehingga menghasilkan tingkah laku yang baik dan benar sehingga tidak menyimpang dari norma-norma kehidupan dan kemanusiaan sehingga dapat dicontoh bagi orang banyak. Sekiranya sifat bijaksana ini tiada dalam diri seseorang maka sudah pasti keputusan atau tindakan yang diambil dilakukan secara semberono tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang di sekeliling. Hikayat dalam zaman kerajaan aja Ma’amun Al-Rashid ada seorang yang berbuat suatu dosa yang besar. aja Ma’mun Al-Rashid merupakan seorang raja dari kerajaan Abbasiyah yang hebat. Baginda dapat menyelesaikan masalah seorang rakyatnya yang telah melakukan satu dosa besar. Seorang yang tahu mengenang budi. Konsep mengenang budi ini sangat luas ruang lingkupnya. Ia meliputi akal, fikiran hati dan kebijaksanaan dalam kehidupan, manakala berbudi selalu bersedekah, selalu memberi, berkelakuan baik, baik hati dan pemurah. Hal inilah yang selalu ditekankan dalam kehidupan dan budaya masyarakat Melayu sejak dahulu hingga kini. Sekiranya kita tidak mengamalkan sifat ini dalam diri kita, maka sudah tentu kita gagal menjadi orang mempunyai peribadi yang unggul. Contoh Seorang yang menjunjung tinggi darjat sultan. Sultan merupakan pemimpin sesebuah negeri atau kerajaan. Sebagai seorang hamba rakyat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga institusi di raja dengan menjujung tinggi titah sultan atau raja. Sekiranya hamba rakyat tidak menjunjung tinggi darjat sultan, maka pastinya negeri atau kerajaan menjadi tidak tenteram dan tidak aman. Seorang yang dikasihi oleh sultan. Seseorang yang memiliki sifat dan kelakuan yang terpuji, berbudi bahasa, sopan dalam bertutur kata akan sentiasa dikasihi oleh sesiapa pun jua termasuk sultan. Sekiranya kita tidak memiliki sifat-sifat yang sedemikian maka kita tidak akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Contohnya suatu hari segala menteri dan segala orang besar menghadap Sultan dan Iyaz itu berdiri dihadapan dengan adab Seorang yang berani mempertahankan kebenaran / pendirian. Berani dalam mempertahankan kebenaran merupakan salah satu sikap terpuji yang harus kita miliki dalam kehidupan sehari-hari. Berani tidak bererti kita harus berjuang dengan mengorbankan diri kita. Melalui kata-kata dan pemikiran yang dilontarkan untuk mempertahankan pendirian, kita sudah dianggap melakukan
103 keberanian. Sekiranya kita tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan pendirian kita maka sudah pasti pandangan dan pendapat kita tidak dapat diselami dan diguna pakai demi kepentingan semua. MAKLUMAT 7 “TAJ S-SALAT N” YANG TERM AT DALAM PERMATA SASTERA MELAYU MENGEMUKAKAN TENTANG SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI OLEH SEORANG MENTERI. (a) Bincangkan syarat tersebut dan kesan kepada diri anda. [9] Menteri hendaklah sentiasa berbakti kepada orang bawahan. Berbakti bermaksud menumpahkan jasa dan setia kepada raja, bangsa dan negara. Menteri hendaklah sentiasa bersedia untuk berbakti dengan orang bawahannya. Jika menteri bersikap pentingkan diri sendiri, sudah tentu menteri tersebut tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Perbuatan menteri yang demikian juga akan menjadikan menteri tersebut angkuh dan sombong dan seterusnya menyalahi hukum Tuhan. Oleh itu wajarlah menteri mencurahkan bakti kepada masyarakat agar beliau melaksanakan tanggungjawab yang sebenar. Contoh Tun Mutahir , bendahara Melaka sentiasa menjaga kebajikan orang bawahannya. Beliau akan memberi hadiah dan ganjaran. Beliau juga akan memberikan binatang ternakannya jika mereka tidak membawa pulang hasil buruan. Kesannya, saya selaku menteri perlu menabur bakti kepada orang bawahan agar sentiasa disukai dan disayangi oleh rakyat. Menteri hendaklah berterima kasih atas anugerah dan pemberian raja kepadanya. Seseorang menteri wajar menerima anugerah yang diberikan oleh raja kepadanya. Jika menteri tidak menerima anugerah tersebut, sudah tentu menteri akan dianggap tidak menghargai pemberian daripada seorang raja dan akan menimbulkan kemurkaan raja. Sekiranya anugerah tersebut tidak memuaskan hati, mereka hendaklah menerimanya dengan redha. Contoh, Tun Perak menghargai pemberian Sultan Melaka yang memberikannya usungan setelah dapat mengalahkan musuh. Meskipun kemudiannya beliau memberikan usungan tersebut kepada Hang Tuah yang lebih memerlukannya. Oleh itu, jika saya sebagai menteri, saya perlu redha dan berterima kasih dengan pemderian raja. Kesannya, saya selaku menteri akan sentiasa dihargai oleh raja dalam apa jua tugasan yang diamanahkan. Menteri hendaklah membelanjakan wang daripada perbendaharaan Negara secara berhemah. Menteri hendaklah membelanjakan wang perbendaharaan Negara mengikut keperluan demi menjaga kekukuhan dan kestabilan ekonomi. Jika boros, mungkin akan berlaku kegawatan ekonomi yang seterusnya akan menggugat kestabilan Negara. Contoh…… Kesannya apabila saya menjadi Menteri, sya perlu berbelanja wang perbendaharaan secara berhemah agar ekonomi negara bertambah maju. Menteri hendaklah mencari sumber untuk raja/ Negara. Menteri hendaklah berusaha mencari dan mengumpulkan kekayaan untuk Negara/ raja demi kemakmuran dan keagungan Negara serta menaikkan imej raja dimata umum. Jika tidak sesebuah kerajaan akan menjadi lemah tanpa sumber yang mengcukupi dalam melaksanakan pentadbiran. Contoh……. Oleh itu, menteri memainkan peranan besar dalam membantu Negara mengatasi masalah kewangan. Menteri hendaklah sentiasa mengingatkan raja. Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak. Jika menteri tidak mengingatkan raja, mungkin raja melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Contoh…… Kesannya jika saya menjadi Menteri, saya akan sentiasa mengingatkan raja dalam pentadbiran tentang hukum-hukum agama agar negara akan menjadi lebih aman dan harmoni.
104 Menteri yang dipilih mestilah daripada seorang yang alim dan bijaksana. Menteri yang dipilih mestilah seorang yang alim dan bijaksana supaya dapat menasihati raja ke arah melakukan kebaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika menteri tidak dipilih di kalangan orang yang alim dan bijaksana, sudah tentu menteri tidak dapat menasihati raja ke arah jalan kebaikan dan pentadbiran Negara akan menjadi lemah. Menteri tidak boleh sombong dan angkuh dengan pangkat atau darjat yang dianugerah oleh raja. Menteri tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu ke atas rakyat. Ini akan menimbulkan rasa benci rakyat kepadanya dan akhirnya akan memudaratkan diri sendiri. (B) HURAIKAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH PENULIS MENERUSI KARYA TERSEBUT. [16] Mesej yang ingin disampaikan adalah seperti berikut:- Pengarang menegaskan bahawa seorang pemimpin hendaklah adil dan amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Pemimpin perlu mendengar setiap permasalah rakyat dengan penuh sabar dan adil apabila menjatuhkan hukuman, Pemimpin juga hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika pemimpin berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.Dalam teks Tajus Salatin, khalifah atau sultan dikehendaki bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dalam negaranya. Khalifah Umar al-Khatab telah dijadikan contoh. Beliau telah keluar meronda pada waktu malam untuk melihat sendiri keadaan rakyat jelata. Rakyat yang susah segera dibantu. Contohnya beliau telah sanggup memikul sendiri guni yang berisi makanan untuk dibawakan kepada sebuah keluarga yang kelaparan. Malah beliau sanggup memasak sendiri makanan untuk keluarga yang kelaparan itu. Kitab Tajul Salatin bab 6 menyebut cara2 mentadbir dan menjalankan tugas bagi mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan. Pengarang menasihati rakyat untuk memilih menteri yang alim dan bijaksana. Rakyat seharusnya memilih menteri yang alim dan bijaksana supaya dapat menasihati raja ke arah melakukan kebaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika menteri tidak dipilih di kalangan orang yang alim dan bijaksana, sudah tentu menteri tidak dapat menasihati raja ke arah jalan kebaikan dan pentadbiran Negara akan menjadi lemah. Contoh Sultan Muzaffar Syah telah memilih Tun Perak menjadi bendahara Melaka kerana kebijaksanaan Tun Perak. Dengan ini negeri Melaka maju dan sukar ditembusi oleh pihak musuh seperti Siam. Pengarang menekankan tentang tanggungjawab dan amanat terhadap tugas. Seorang pegawai hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika pegawai tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka dirinya akan mendapat pembalasan. Dalam teks Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah dipertanggungjawabkan oleh sultan Melaka ke Benua Keling sebagai duta untuk mengadakan hubungan diplomasi. Beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga beliau diberi kepercayaan oleh Krysna Rayan, Raja Benua Keling untuk mengetuai rombongan ke negeri China. Hal ini telah menaikkan nama Hang Tuah dan Hang Tuah disayangi dan dihormati oleh semua orang.
105 FUNGSI SASTERA KETATANEGARAAN : Sebagai panduan kepada golongan raja dan pemerintah - Dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negeri, misalnya dalam soal hubungan antara rakyat dengan pemerintah, tanggungjawab pembesar-pembesar negeri dalam mentadbirkan negeri. Sastera ketatanegaraan memaparkan panduan, tatacara dan unsur agama sebagai panduan untuk memerintah. Contohnya , kitab Tajus Salatin ada menyebut tentang cara-cara mentadbir dan menjalankan tugas bagi mewujudkan keamanan dan keadilan serta cara pihak pemerintah berhubungan dengan rakyat jelata. Isi karya mengenai tanggungjawab raja-raja, menteri dan pegawai. Isi cerita sastera ketatanegaraan dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya. Karya ini juga menyentuh tentang akidah dan agama, soal ketuhanan seperti mengenal Tuhan, asal usul kejadian bumi, Nur Muhammad. Sastera ketatanegaraan mengandungi sejarah pemerintahan dan tata cara raja, menteri dan pegawai melaksanakan tanggungjawab mereka. Ia juga mengandungi firasat pemikiran Islam yang tinggi. Sebagai alat pendidikan – unsur pengajaran dan pendidikan serta amalan hidup Islam yang tinggi dapat dijadikan contoh.