The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 10:49:21

PUISI MODEN-SAJAK SEMESTER 1

2. Puisi Moden -Sajak

Keywords: nota sastera semester 1

TAJUK / GENRE 1. Pertemuan di Hyde Park – Adi Badiozaman Tuah B 2. Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian – Baha Zain H 3. Di Titian Kemerdekaan – Dharmawijaya H 4. Aku Tidak Mahu Lagi - T. Alias Taib H 5. Keris Itu Masih di Tanganmu – Ahmad Sarju B 6. Menyongsong Arus – Kemala H H 7. Pahlawan Ialah Dia – Abdul Ghafar Ibrahim P 8. Seorang Jemaah – A. Wahab Ali H


1 TAHUN Bincangkan persoalan/ Jelaskan kesan gaya bahasa (2018) Huraikan unsur perulangan/Kesan/Bincang sikap manusia (2013) Huraikan Gaya. B/Bincang mesej penyajak (2015) Huraikan unsur perulangan/ Bincangkan harapan (2017) Bincangkan Mesej (2019) Huraikan gaya bahasa/Bincangkan harapan penyair (2014) Huraikan pengajaran / Jelaskan alas an kenapa menyonsong arus (2021) Pesanan penyajak yang boleh dijadikan pedoman (2020) Huraikan Pemikiran/ Jelaskan Gambaran kehidupan (2016)


2 PUISI MODEN PENGERTIAN / KONSEP SAJAK Sajak ialah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris,kata dan rima. Sajak bersifat demikian supaya dapat mengucapkan fikiran penyajak dengan cara yang lebih indah, bebas dan berkesan. Sifat-sifat Sajak 1. Bilangan perkataan tidak terhad 2. Sukukata bebas 3. Setiap baris mempunyai makna tersendiri 4. Bilangan baris dalam ranbgkap tidak terhad kecuali sajak panjang yang dikenali sebagai balada 5. Bilangan rangkap tidak terhad 6. Mempunyai mesej tertentu 7. Terdiri daripada satu tema dan beberapa persoalan 8. Rimanya bebas 9. Mempunyai keharmonian/penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa 10. Bahasa sajak padat, berpelambangan dan indah Penjelasan Tentang Aspek Intrinsik: A. Tema dan persoalan Tema ialah pokok persoalan @ persoalan utama dalam sesebuah puisi. Terdapat 6 jenis tema yang biasa terdapat dalam sajak a. Tema Diri b. Tema Cinta c. Tema Masyarakat d. Tema Alam e. Tema Semangat /Perjuangan f. Tema Ketuhanan/Keagamaan Persoalan ialah isu-isu kecil selain tema B. Mesej Suatu perutusan / amanat yang hendak disampaikan oleh penyajak kepada pembaca


3 C. Bentuk Sajak Terdapat dua bentuk sajak iaitu 1. Sajak bebas 2. Sajak terikat: terbahagi kepada 9:- a. Distikon - 2 baris serangkap pameo / pantun kilat b. Terset - 3 baris serangkap c. Kuantrain - 4 baris serangkap d. Kuintain - 5 baris serangkap e. Sestet - 6 baris serangkap f. Septet - 7 baris serangkap g. Oktaf/ Stanza - 8 baris serangkap Terdapat satu lagi bentuk sajak iaitu h. Soneta - 14 baris dan mengandungi 4 rangkap. Susunan baris-baris rangkapnya 4, 4, 3, 3. Susunan rimanya abba, abba, aab, aab D. Nada/Rentak/Irama Nada dalam puisi merupakan tinggi rendah tekanan suara yang berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis,atau membaca puisi atau sajak. Sering kali, pelajar beranggapan bahawa terdapat beberapa nada dalam sesebuah sajak. Misalnya, nada romantis pada rangkap pertama dan nada sinis pada rangkap kedua. Anggapan ini kurang tepat. Hal ini kerana hanya ada satu nada sahaja bagi sebuah sajak. Terdapat lima nada sajak. Nada patriotik, nada melankolik, nada sinis, nada romantis, nada protes. Oleh kerana fikiran dan persoalan penyajak berbagai-bagai, maka isi sajak juga berbagai-bagai ragam. 1. Balada Satu bentuk puisi yang dilagukan atau dibacakan dan dapat dikenali melalui persembahan episodnya yang dramatik dan dapat memikat hati dalam bentuk kisah yang mudah. Sajak yang dicipta untuk nyanyian tidaklah peribadi persoalannya, kemungkinan asal-usulnya dari tarian yang bercorak perkauman. Masyarakat yang mengekalkan tradisi balada ini untuk menunjukkan sifat ketabahan dalam mengharungi kehidupan mereka. 2. Protes Nada ini terdapat pada sajak yang meluahkan perasaan benci. Nadanya tinggi dan cepat. Sajak yang mempunyai tema perjuangan menentang kekejaman, kezaliman atau penindasan biasanya mempunyai nada ini. Mengambarkan hati yang menentang dan memberontak.Tekanan suara yang digunakan tinggi dan pantas serta mengemukakan persoalan ketidakadilan dan kekejaman yang menimbulkan kemarahan dan kebencian. Ia juga dapat dikenal sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.


4 3. Romantis (Sedih /Pilu) Menggambarkan kasih sayang, rindu dendam yang melanda jiwa manusia terutama anak-anak muda Menggambarkan hati yang tenang dan damai.Tekanan suara berselang seli tinggi dan rendah sesuai untuk mengemukakan persoalan berhubung dengan peristiwa indah,kasih sayang, harapan dan impaian. Ia merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam kebanyakan sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia. Oleh sebab itu, nada sajak romantis kurang ditanya dalam peperiksaan 4. Sinis Kecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau ragu-ragu terhadap sesuatu kebaikan, kejujuran seseorang. Pengucapan sinis diasaskan di kalangan ahli falasafah Greek yang dipimpin oleh Antisthenes. Mereka mempunyai pendapat tersendiri tentang tindak laku sosial dan politik manusia. Pada mereka alasan, fikiran, keinginan, individualisme lebih penting daripada tingkah laku sosial dan politik. Apabila tindakan seseorang mendapat sanjungan daripada orang ramai lebih dari apa yang sepatutnya, golongan ini telah merasa ragu-ragu dan memandang rendah kepada Individu dan sikap individu tersebut. Lalu mereka telah membentuk suatu nilai baru dalam bentuk mengejek. Golongan ini di kenali sebagai penulis yang sinikal atau penulis yang mengejek. Menggambarkan hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan untuk mengemukakan persoalan yang tidak dipersetujui. Kata-kata penuh dengan sindiran yang halus dan tajam. Ia juga boleh dikenal apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan. 5. Satira Mencampur-adukkan sikap yang kritis dengan humor dan wit (sesuatu yang berhubung dengan akal, budi, fikiran; kecerdasan otak. @ keupayaan mental yang cukup cerdas [intelligent] atau keahlian mencipta pengucapan baru (inventiveness.) hingga berjaya memperkatakan secara sindiran tentang kemanusiaan dan institusi manusia. Unsur lucu yang dimasukkan menjadi alat untuk menentang orang atau pendapat seseorang. Satira berbeza dengan ironi( sindiran, cemuhan dan ejekan). Satira terbahagi dua : 1. Satira Horatia : satira yang lemah-lembut, berbudi bahasa, dilahirkan dalam lemah lembut sambil berlucu seolah-olah dalam senyuman. Tujuan untuk menegur sesuatu dengan cara yang lembut sambil berlucu dan simpatik. 2. Satira Juvenalia: tajam sifatnya, pahit sindirannya, menampakkan sikap marah-marah, tujuan mendedahkan kecurangan moral dalam institusi manusia


5 6. Patriotik Nada ini dikenali melalui tekanan suara yang lebih tinggi. Pengucapannya penuh dengan perasaan dan semangat yang berkobar- kobar. Nada ini biasanya terdapat pada sajak-sajak yang bertemakan semangat perjuangan. Ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Mudah sahaja, kerana penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara. menggambarkan hati yang bersemangat, menggunakan tekanan suara yang tinggi bersemangat. Biasanya puisi ini mengemukakan persoalan perjuangan dan cita-cita yang tinggi serta berani. 7. Epigram Ungkapan yang mengandungi kata-kata yang ringkas, bernas dan tajam maksudnya, serta menagndungi unsur- unsur yang berlawanan/ bertentangan 8. Eligi Mengambarkan suasana penderitaan jiwa disebabkan perpisahan, juga memaparkan meditasi seseorang tentang kematian orang yang disayangi, atau pengucapan berhubung dengan peristiwa yang menyedihkan. 9. Oda/Pujaan Puisi yang penuh dengan kata-kata pujian dan semangat, lazimnya pujian kepada seseorang tokoh, pahlawan, bangsa, Negara atau tema yang mengandungi peristiwa yang cukup bermakna 10. Melankolik Menggambarkan hati yang sedih,murung,mendayu-dayu dan hiba. Nada begini biasanya sesuai untuk puisi yang mengemukakan penderitaan dan kehampaan. Ia jarang ditemui kini kerana penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kecewa dalam percintaan.


6 E. Gaya Bahasa Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair. Bahasa yang ekonomis datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas, tetapi padat mendukung makna. Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna lebih daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang khusus seperti di dalam kamus. Gaya bahasa merupakan corak, bentuk atau rupa sesuatu bahasa iaitu meliputi aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan, frasa dan ayat dalam situasi tertentu. Melibatkan tiga aspek 1. Jenis Penggunaan sajak a. Sama ada penyajak menggunakan b. Bahasa biasa(harian) c. Bahasa Moden /Inggeris d. Bahasa Klasik (Bahasa Melayu lama) 2. Jenis Pengucapan sajak Sama ada penyajak mengucapkan a. Secara puitis- guna unsur bahasa yang indah b. Secara Prosaik - guna bahasa yang mudah difahami 3. Unsur-unsur bahasa Jika penyajak mengucapkan sajak secara puitis penyajak akan menggunakan unsur-unsur bahasa seperti berikut :(Rujuk Estetika Bahasa) 1. Bahasa Asing penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris , Hindu dan lain-lain. Contoh “ Bismillah…., Bukhari 2. Alusi - penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara. Kesan/ Nilai estatika/Fungsi Untuk menggerakkan imaginasi pembaca. 3. Diksi - pilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan dapat mempertingkatkan Keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan. 4. Hybrid - penggabungan dua patah perkataan.Contohnya, mimpiwangi, ajuksenja. 5. Inversi - membalikkan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Terasa sekali dingin angin = Angin terasa dingin sekali. - Pembalikan kata / ayat / rangkaikata Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar) Kesan/Fungsi/Nilai Estatika : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan /pengucapan bunyi


7 4. Onomatopoeia- Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan. Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran . Contoh : angin menderu ru ru ru 5. Kata ganda - kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daun-daun. 6. GAYA PERLAMBANGAN Perlambangan - Simbol yang membawa makna tertentu Fungsi : Untuk menegaskan maksud Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku. Personafikasi - unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda, haiwan dan tumbuhan (gaya pengorangan) Contohnya, Daun nyiur melambai – lambai, Mentari tersenyum riang. Jentera ingatan, gunung harapan, pantai kasih - sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Disebut juga pengorangan. - Personifikasi ialah unsur pengorangan iaitu memberikan sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek/perkara/haiwan. - Pemberian sifat manusia pada binatang,tumbuhan atau benda bukan Hidup. Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru Kesan 1. Bertepatan dengan tema dan persoalan yang ingin diutarakan oleh penyajak. 2. Mampu memberi gambaran yang jelas dan mendalam. 3. Memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis 4. Menggerakkan imaginasi pembaca Citra - Gambaran, lukisan, arca, atau imej. Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara) Simbolik - juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan mempergunakan benda lain sebagai lambang. Bertujuan memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain. Contohnya, ’Merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘Gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’


8 7. GAYA PERBANDINGAN Metafora - membandingkan sesuatu benda dengan benda lain yang tidak jelas bentuk perbandingannya kerana dibuat secara langsung. Umumnya ia terdiri daripada dua perkataan, satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit. - Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak. - Metafora ialah penggunaan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan. Gaya bahasa ini mengandungi dua perkataan: satu bersifat konkrit dan sepatah lagi bersifat abstrak. - perkataan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna lain. Sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan. Pada kebiasaannya mengandungi 2 patah perkataan yang bersifat konkrik dan abstrak. Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari. Kesan/Nilai estatika/Fungsi 1. Memadatkan pengucapan dengan menggunakan bahasa perbandingan yang ringkas 2. Dapat memperjelaskan lagi maksud bait yang menggambarkan penderitaan yang dialami oleh masyarakat bawahan. 3. Menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan 4. Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Simile - kiasan yg digunakan untuk membandingkan sesuatu yg lain dengan menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak, bagai, macam, laksana dll. Contohnya, badannya kurus seperti lidi. - Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama. Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu. Hiperbola - gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata yang lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran perbandingan secara berlebih-lebihan. - Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. - kiasan yang digunakan dalam menyatakan sesuatu tidak secara tepat tetapi berlebihan-lebihan.


9 Contoh : atau cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah Darah mengalir menganak sungai,Marahnya menyala-nyala. Kesan 1. Menguatkan kesan/ makna gambaran 2. Untuk memukau pembaca Perbandingan terus- Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar. 8. GAYA PENEGASAN Pengulangan - termasuk pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap Kesannya: 1. Menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran 2. Menegaskan maksud tertentu 3. Menarik perhatian pendengar Perulangan kata di awal baris pertama rangkap. Anafora - Pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris. - Perulangan perkataan di awal dua atau lebih baris secara berturutan. - Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 Kesan Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Perulangan kata di tengah baris. Responsif - Pengulangan kata pada tengah baris. Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap. Epifora - Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan Kesan 1. Menimbulkan kesan kemerduan pengucapan 2. Memberi penegasan maksud sajak tentang keperitan hidup penyajak. 3. Menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan, menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan / irama, kesan penegasan Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan - Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan


10 9. GAYA PERTENTANGAN Paradoks - pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan gambarannya bertentangan dengan kenyataan. - Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan. Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat Kesan 1. Memberi gambaran yang bertentangan 2. Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan. Ironi - bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan. - Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula Kesan/Nilai estatika/Fungsi : 1. Untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Simbol - Ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri. Kesan 1. Perlambangan/ simbol- menggerakkan imaginasi pembaca BUNYI ( boleh dimasukkan ke dalam gaya bahasa, akan tetapi gaya bahasa tidak boleh dimasukkan ke dalam bunyi ) Keindahannya terlaksana melalui kata atau rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam keseluruhan sajak tersebut. Ritma / Irama - alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah. Kesan : Menimbulkan keindahan irama Melahirkan keindahan bunyi apabila puisi diucapkan, dan menguatkan kesan pembaca terhadap gambaran yang diberikan. Melahirkan kemerduan bunyi, dapat menimbulkan keindahan perasaan, dapat melahirkan bunyi yang lembut dan halus. Rima : - menambah kerapian bentuk dan memperkaya kesan muzik bahasa. Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris pula dikenali


11 sebagai aliterasi. Rima juga boleh dikatakan sebagai kesan kemerduan dan keindahan bunyi - Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi. Contoh, simpan/ lipan, rumah/ lemah. Skema bunyi pada baris-baris dalam rangkap-rangkap puisi.Contoh,rima akhir bagi pantun = a/b/a/b. Rima akhir bagi syair = a/a/a/a. - Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban - a kasih dan cinta manusia - b yang luput - c ketika kau tetap abadi menatap alam - d menyaksi kejadian serba takjub - e sepi namun sentosa - b bahagia sekalipun purba. - b Jeda - merupakan hentian suara sekejap dalam penuturan untuk menandai batas hubungan bahagian-bahagian ayat.Contoh jeda dalam pantun ; Anak itik / di dalam peti, Berhati baik / murah rezeki. Perulangan/persamaan bunyi vokal dalam sebaris sajak. Pengulangan bunyi / huruf vokal ( a,e,i,o,u ) dalam baris-baris puisi. - Dikenali juga sebagai Asonansi - Contoh, Aku sama menagih kemerdekaan kekasih. (pengulangan vokal “a” sebanyak 6 kali ) Kesan 1. Dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal. 2. Menggalakkan kesan pengucapan yang puitis 3. Menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan bunyi Pengulangan/persamaan bunyi konsonan dalam sebaris sajak. Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris-baris puisi. - Dikenali juga sebagai Aliterasi. Contohnya, Menghantar bahtera ke segara darma. (4 kali pengulangan bunyi/huruf konsonan ‘r’ ) Kesan 1 Menimbulkan kekerasan/ kelantanganb unyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi Cadangan: KESAN PENGGUNAAN GAYA BAHASA 1. Anafora dan epifora- menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan, menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan, kesan penegasan/ meninggalkan kesan penegasan maksud atau penekanan kepada maksud tertentu yang hendak disampaikan 2. Asonansi- menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan bunyi, meninggalkan kesan kemerduan bunyi,


12 3. Aliterasi- menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi 4. Personifikasi- memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis/ menjelaskan maksud / memberi gambaran yang lebih jelas. 5. Metafora- menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan 6. Hiperbola- menguatkan kesan/ makna gambaran 7. Perlambangan/ simbol- menggerakkan imaginasi pembaca 8. Paradoks- memberi gambaran yang bertentangan 9. Rima- kesan kemerduan dan keindahan bunyi CONTOH AYAT UNTUK MENJAWAB GAYA BAHASA Seterusnya, gaya bahasa onomatopoeia. Iaitu pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan. Pengarang menggarapkan unsur ini untuk menimbulkan irama yang mengindahkan pendengaran.Pada sajak ini pengarang menggunakan perkataaan “boom-bom-boom-bamm”, “tum-tamtum-tammm”, “tret-tet-tret-tett” pada rangkap ke tujuh agar pembaca dapat merasai suasana peperangan yang berlaku. Contoh:- Boom-bom-boom-bamm dia tak gentar Tum-tam-tum-tammm dia tunggu Tret-tet-tret-tett dia terus maju. F. Intuisi Keupayaan atau kebolehan mengetahui/memahami sesuatu dengan gerak hati/bisikan kalbu sahaja Perasaan dalaman sesebuah karya/seseorang penyajak. Intuisi boleh muncul melalui deklamasi sajak yang baik. Kesan yang boleh dirasai oleh deklamator atau pendengar ialah perasaan-perasaan seperti sedih, sayu, marah, geram, sayang, bersemangat dan sebagainya. G. Latar a. Latar tempat b. Latar masa/ suasana c. Latar masyarakat


13 H. Nilai a. Kemanusiaan b. Kemasyarakatan c. Keagamaan/Moral I. Gambaran Masyarakat a. Pandangan hidup b. Kemasyarakatan c. Kemanusiaan J. Peranan/Fungsi a. Pendidikan / pengajaran b. Kepuasan estetik c Sosial d. Keagamaan / Moral BENTUK P/S Bentuk bagi sajak –Jika pelajar melihat sajak yang barisnya disantak ke kanan, maka baris itu adalah sambungan baris sajak yang di atas. Maka bilangan patah perkataan dan barisnya adalah sekali. Contoh Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga. Rangkap 1 Baris 7 Patah Perkataan 5 (B7) – 9 (B2) Suku Kata 13 suku kata – 21 suku kata Rima akhir bebas a,b,c,a,d,e,c


14 BAB 1 PUISI MODEN PERTEMUAN DI HYDE PARK Latar belakang : DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN atau dikenali sebagai TUAH ADI dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan pendidikan rendahnya. Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Antara jawatan yang disandang oleh Adi ialah menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan Sarawak, Pengarah, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur; Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri; menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching; tutor di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; dan Pengetua di SMK Green Road Kuching, dan Pengetua Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri Maksud Sajak Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park. Menurut Wikipedia Hyde Park ialah seperti berikut: Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom, and one of the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner. The park was the site of the Great Exhibition of 1851, for which the Crystal Palace was designed by Joseph Paxton. The park has become a traditional location for mass demonstrations. The Chartists, the Reform League, the Suffragettes and the Stop The War Coalition have all held protests in the park. Many protesters on the Liberty and Livelihood March in 2002 started their march from Hyde Park. On 20 July 1982 in the Hyde Park and Regents Park bombings, two bombs linked to the Provisional Irish Republican Army caused the death of eight members of the Household Cavalry and the Royal Green Jackets and seven horses. Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8 orang mati.


15 Pertemuan di Hyde Park ADI BADIOZAMAN Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga. Atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah sama ada ketika padi membesar atau semasa menghalau burung pipit atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak bila memerlukan air kopi atau bila kemudiannya menemani ayah menanam anak getah atau membetulkan barisan ladanya. Bagaikan membahas isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara. Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaian dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali semula menjadi milik alam semesta.


16 tema, maksud persoalan, bentuk, gaya bahasa, gambaranmasyarakat, nilai, pengajaran, mesejpengarang, nada, intuisi, peranandan pandangansarwajagat pabila penyajak berada di yde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. salnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. a na h itu kemudiannya ditanam dengan padi huma se ap tahun dan merupakan milik keluarga. Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ke ka melihat padi yang sedang membesar, ke ka menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada. Penyajak berasa berada di sudut pidato di yde Park berbicang tentang isu isu pen ng ke ka mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sen asa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya . Penyajakdiingatkanoleh ayahnyatentangamanah memeliharatanahdi mana kitalahbertanggungjawab mencorakkantanah tersebutmengikut kesesuaiandan sekiranya kitalupaakana ma na h tersebuttanahtersebut akankembalikepada asalnya. Perkataan yang perlu difahami 1. Hyde Park 2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah. 3. langkau = batas, baris tanaman. Tema Bertemakan amanah dan tanggungjawab dalam menghargai dan berbudi kepada tanah warisan. Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah. Persekitaran Hyde Park telah mengingatkan penyajak tentang amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ayahnya. Tanah itu perlu dijaga dengan baik. Penerima amanah perlu memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian dan jika tidak ia akan Kembali menjadi hutan dara. Bagaikan membahas isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara.


17 Maksud Rangkap Rangkap 1: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga. Contoh Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga. Rangkap 2: Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada. Contoh Atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah sama ada ketika padi membesar atau semasa menghalau burung pipit atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak bila memerlukan air kopi atau bila kemudiannya menemani ayah menanam anak getah atau membetulkan barisan ladanya. Rangkap 3: Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya. Bagaikan membahas isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara.


18 tema, maksud persoalan, gambaranmasyarakat, nilai, pengajaran, mesejpengarang, bentuk, gaya bahasa, nada, intuisi, peranandan pandangansarwajagat Persoalan gigih berusaha Masyarakat yang gigih berusaha enangan di kampung /bersama ayah Rangkap 4: Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya. Contoh Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaian dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali semula menjadi milik alam semesta. Persoalan / Pemikiran DAN GAMBARAN MASYARAKAT Kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Masyarakat yang berkasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Kasih sayang dalam hubungan kelkeluargaan merupakan perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa. Penyajak menjelaskan perasaan kasih sayang ayahnya kepada keluarga terutama kepada penyajak. Sebagai tanda sayangnya, ayah memberikan sebidang tanah luas di kampung yang telah banyak memberi jasa sebagai sumber rezeki kepada keluarga. Contohnya : di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa


19 asih sayang dalam hubungan kekeluargaan Masyarakat yang berkasih sayang dalam hubungan kekeluargaan ajin bekerja Masyarakat yang rajin bekerja anggungjawab memelihara dan menjaga tanah warisan Masyarakat yang bertanggungjawab memelihara dan menjaga tanah warisan Persoalan tentang kegigihan seseorang berusaha mengusahakan tanah. Masyarakat yang gigiih menghusahakan tanah Penjajak menjelaskan betapa kuat dan tegar ayah penyajak ketika meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Ayah berusaha secara berterusan berbudi kepada tanah menanam padi berkali-kali berselang seli dengan tanaman lain seperti lada dan getah. Contohnya : betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga. Persoalan Kerajinan. Masyarakat yang rajin mengusahakan tanah. Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Contoh: atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak bila memerlukan air kopi atau bila kemudiannya menemani ayah menanam anak getah atau membetulkan barisan ladanya.


20 manah dalam melaksanakan wasiat ayah berkaitan dengan tanah Masyarakat yang amanah dalam melaksanakan wasiat ayah berkaitan dengan tanah Bertanggungjawab dalam menjaga tanah. Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjaga tanah warisan. Bertanggungjawab merupakan kewajipan yang dipikul oleh seseorang tanpa gagal. Ayah penyajak seringkali menasihati diri penyajak agar sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga tanah yang diberikan Tanah perlu dimanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa seperti untuk tujuan pertanian bagi memenuhi keperluan. Contoh di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya Amanah dalam menjaga tanah pemberian ayah. Masyarakat yang amanah dalam menjaga tanah pemberian ayah. Amanah adalah amanat yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang dipercayai. Melalui sajak ini, penyajak cuba menyampaikan amanah dalam menghargai tanah warisan’ di mana tanah warisan ini adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Ayah penyajak seringkali mengingatkan diri penyajak agar sentiasa amanah dalam menjaga tanah yang diberikan . Contoh Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah


21 Nilai Keprihatinan. Nilai prihatin terhadap masa depan anak-anaknya. Ayah memberi sebidang tanah dan meminta anaknya mengusahakan tanah tersebut mengikut keperluan semasa. aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung Kegigihan . Nilai kegigihan dalam meneroka, menebang dan membakar tanah hutan sehingga boleh ditanam padi huma berkali-kali. Ayah berusaha secara berterusan berbudi kepada tanah menanam padi berkali-kali berselang seli dengan tanaman lain seperti lada dan getah. Contohnya : betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga. Kerajinan. Nilai kerajinan dalam mengusahakan pelbagai jenis tanaman di tanah warisan keluarga menanam anak getah atau membetulkan barisan tanaman ladanya. Kasih sayang Nilai kasih sayang seorang ayah amat menyayangi penyajak, buktinya ayah telah memberi sebidang tanah luas di kampung kepada penyajak. Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung Amanah. Nilai amanah terhadap penjagaan tanah warisan Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaian Tanggungjawab . Nilai kegigihan dalam meneroka , menebang dan membakar tanah hutan sehingga boleh ditanam padi huma tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara.


22 Pengajaran / mesej / harapan (sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan) Penyajak cuba menyampaikan amanah dalam tema ‘menghargai tanah warisan’ di mana tanah warisan ini adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Sebagai bapa, kita hendaklah sentiasa mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka sering mengingati kita. Perlunya semangat kegigihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan Perlunya kita menghargai pemberian seseorang Mengurus harta warisan dengan bijaksana Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan. Mesej Bertanggungjawab menjaga dan berbudi kepada tanah warisan akan memberi keuntungan. Mesej yang cuba disampaikan oleh penyajak ialah tanggungjawab yang diamanahkan oleh ayah untuk menjaga tanah warisan wajib diteruskan. Tanah tersebut perlu dijaga dan digunakan dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti yang ayah lakukan sebelum ini. Hal ini kerana ayah telah berpesan bahawa kita yang perlu mencorakkan tanah tersebut dan tanah hanya menerima tanpa bicara.. Jika si anak terus berbudi kepada tanah secara bijak, maka si anak akan memperoleh keuntungan. Jika tanah warisan tersebut dibiarkan, maka tanah tersebut akan menjadi hutan semula dan terbiar begitu sahaja. Contohnya, Bagaikan membahas isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara. Selain itu, anamah dalam menjaga tanah warisan dan tidak alpa dalam melaksanakan Amanah tersebut. Penyajak menekankan tentang sifat anamah dalam menjaga tanah warisan. Hal ini penting agar tanah tadak Kembali kepada keadaan asal dan terbiat. Sikap gagal dan alfa dalam melaksanakan amanah akan menyebabkan seseorang itu rugi. Hal ini jelas dinyatakan menerusi bait sajak iaitu jika alpa, maka tanah akan Kembali menjadi milik alam semesta. Contohnya,


23 Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaian dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali semula menjadi milik alam semesta. Di samping itu, mesej seterusnya ialah gigih mengusahakan tanah warisan akan memberikan manfaat kepada pemiliknya. Tanah yang diwarisi boleh diusahakan dengan pelbagai kegunaan antaranya ialah dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti padi, getah dan lada seperti yang dilakukan oleh ayah. Kegigihan dalam mengusahakan tanah warisan mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada tuan. Oleh hal yang demikian, pemilik tanah hendaklah menjaga dan memelihara tanah yang dimilikinya sebaik mungkin. Sekiranya kita gigih mengusahakan tanah warisan seperti yang disarankan oleh ayah maka suatu hari ia akan mendatangkan manfaat kepada kita. Ayah penyajak menceritakan kepada penyajak tentang tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah yang menjadi milik mereka setelah hutan dara ditebang dan semak-samun dibersihkan. Ayah penyajak juga menjelaskan bahawa kegunaan tanah akan berubah mengikut apa yang akan ditentukan oleh pemiliknya dan keperluan masa atau zaman. Atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah sama ada ketika padi membesar atau semasa menghalau burung pipit atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak bila memerlukan air kopi atau bila kemudiannya menemani ayah menanam anak getah atau membetulkan barisan ladanya. Menghargai tanah warisan pemberian ayah. Sebagai pewaris, anak-anak seharusnya menghargai pemberian atau harta peninggalan. Pemberian atau harta peninggalan itu mungkin berupa sebidang tanah. Namun walau apa pun peninggalan ayah, pewaris seharusnya menjaga dan menghargai peninggalan tersebut. Pewaris tidak sepatutnya mengsia-siakan tanah warisan seperti yang telah di pesan oleh ayah dalam sajak tersebut. Contoh Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga.


24 Metafora n ersi tema, maksud persoalan, gambaranmasyarakat, nilai, pengajaran, mesejpengarang, bentuk, gaya bahasa, nada, intuisi, peranandan pandangansarwajagat Perulangan bunyi huruf okal Perulangan kata di tengah baris Perulangan kata di tengah baris Citra Perulanganbunyi huruf okal Gaya Bahasa sing Bahasa ndonesia Perulangan bunyi huruf konsonanl Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh) Perulangan bunyi huruf vokal. sonansi iaitu pengulangan okal “a” . Keindahan bunyi dalam sesebuah sajak yang disusun secara teratur dapat menimbulkan kelembutan bunyi dan keserasian bunyi Rangkap 2: atau saja-saja santai antara panggilan emak Perulangan bunyi huruf konsonan. literasi iaitu pengulangan konsonan “n” . Perulangan bunyi konsonan “n” dapat menimbulkan kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan Rangkap 2: atau membetulkan barisan tanaman ladanya Perulangan kata di awal baris. Anafora iaitu pengulanagan kata awal baris . Pengulangan ini dapat menimbulkan kesan penegasan terhadap makna yang cuba disampaikan. Rangkap 2 : atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak Simile. Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dan sebagainya) dan yang lain dengan menggunakan “bak”, “seperti”, “bagaikan” dan lainlain lagi. Menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan. Rangkap 3 : Bagaikan membahas isu utama dunia di sudut Pidato Metafora. Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit dengan sesuatu yang bersifat abstrak yang membawa diluar kelaziman. Menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara


25 Imej alam. Satu gambaran mengenai sesuatu kehidupan ia lebih terdiri daripada sekumpulan kata yang menggambarkan objek, kisah, fikiran, falsafah. Kesannya adalah untuk menimbulkan kata-kata yang puitis dan menggerakkan imaginasi pembaca. pepohon/burung pipit/,padi/getah Inversi Pembalikan rangkaikata “setelah ditebang pokok” dan “dibersihkan semak” sepatutnya setelah pokok di tebang dan semak dibersihkan. Memadatkan pengucapan dengan menggunakan pembalikan kata yang bersesuaian. setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak Unsur Bunyi / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. Aspek Estetik. *Unsur keindahan / estatik / estatika ini ada pada Pertama, estatika dapat dilihat melalui pemikiran yang cuba disampaikan oleh penyair iaitu tanggungjawab menjaga tanah warisan juga di sampaikan secara puitis dan kreatif. Berdasarkan ungkapan ‘Bagaikan membahaskan isu utama dunia di Sudut Pidato’ digunakan oleh penyajak untuk memberi penerangan tentang betapa pentingnya menjaga tanah warisan dan jika dibiarkan ia akan kembali kepada asal. Penggunaan perkataan membahaskan isu utama. Penggunaan bahasa yang puitis seperti “membahas isu utama “ yang merujuk kepada tanggungjawab dan “sudut pidato” yang memberi gambaran tentang sesuatu yang perlu diperjelaskan memberikan impak yang kreatif dan puitis kepada khalayak untuk memahami betapa pentingnya tanggungjawab menjaga warisan tanah pusaka. Contoh Bagaikan membahas isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah


26 Estatika bentuk yang dapat dilihat pada rangkap Estatika bahasa yang dapat dilihat pada perulangan kata di awal baris. Estatika rima yang dapat dilihat pada rima akhir. Jadi kalau soalan tanya secara umum tentang estatika, maka keempat fakta di atas menjadi fakta dalam jawapan. Tapi boleh diberi fakta bentuk, fakta bahasa lebih. Tapi kalau soalan tanya menjurus estatika bahasa contohnya, maka jawapannya adalah berkait dengan gaya bahasa dan kesannya. CONTOH MENJAWAB GAYA BAHASA Sesebuah puisi khususnya sajak, menjadi lebih menarik dan indah apabila unsur bunyi dihadirkan dalam sajak tersebut iaitu perulangan bunyi huruf vokal. Keindahan bunyi dalam sesebuah sajak yang disusun secara teratur dapat menimbulkan kelembutan bunyi dan keserasian bunyi. Perulangan bunyi huruf vokal ini juga dikenali sebagai asonansi Contohnya, Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park Vokal “a” diulang 5 kali Selain daripada pengulang bunyi huruf konsonan yang dikenali sebgai aliterasi juga mampu memberikan nilai estatika yang tinggi. Perulangan bunyi konsonan “k” sebanyak 4 kali dapat menimbulkan kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Selain daripada itu, kehadiran bunyi konsonan dalam sajak di atas juga dapat menggambarkan isi dan pemikiran penyajaknya. Contohnya, setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak eindahan sajak “Pertemuan di yde Park” juga boleh dilihat melalui penggunaan gaya bahasa iaitu pengulangan kata di awal baris secara berurutan. Dikenali sebagai anafora. Perulangan perkataan di awal baris ini menimbulkan irama, rentak, dan suasana muzikal merdu dan lunak didengar. Selain daripada itu, anafora juga bertujuan untuk memberi penegasan kepada makna tertentu yang cuba diungkapkan oleh penyajak dalam sajak. Contohnya, atau semasa membaiki menghalau burung pipit atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak Fungsi / Peranan dan kepentingan Seloka Untuk memberi nasihat Untuk memberi pengajaran / Didaktik Sebagai alat kawalan sosial Sebagai alat hiburan Sebagai alat komunikasi - penyampai maksud atau curahan rasa hati Menggambarkan corak pemikiran masyarakat (word view)


27 D M S S P G G D G P S S M G GG G B M G P S / S tema, maksud persoalan, gambaranmasyarakat, nilai, pengajaran, mesejpengarang, bentuk, gaya bahasa, nada, intuisi, peranandan pandangansarwajagat Nada Romantis Intuisi (Gabungan nada / emosi pengarang dengan mesej yang ingin disampaikan) Pengarang dengan penuh rasa sayu mengingatkan bahawa harus meneruskan amanah ayah dalam menjaga tanah warisan. Penyajak menekankan tentang sifat anamah dalam menjaga tanah warisan. Hal ini penting agar tanah tadak Kembali kepada keadaan asal dan terbiat. Sikap gagal dan alfa dalam melaksanakan amanah akan menyebabkan seseorang itu rugi. Hal ini jelas dinyatakan menerusi bait sajak iaitu jika alpa, maka tanah akan Kembali menjadi milik alam semesta. Contohnya, Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaian dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali semula menjadi milik alam semesta.


28 BAB 2 PUISI MODEN PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN BIODATA BAHA ZAIN BAHA ZAIN atau nama sebenarnya Baharuddin Zainal, dilahirkan pada 22 Mei 1939, di Batu 15, Hutan Melintang, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963 di Universiti Malaya dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta, pada tahun 1972.Baha Zain pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1963 sehingga menamatkan perkhidmatannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada tahun 1984. Kemudian beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam bidang penerbitan. Dalam ujana kesusasteraan tanah air, Baha merupakan aktivis yang aktif dalam memartabatkan sastera dan bahasa di persada antarabangsa. Keringat dan cetusan fikirannya banyak dicurahkan ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Ketua Pengarang Majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya, dan sidang pengarang jurnal Tenggara. Kini, beliau meneruskan sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu di syarikat penerbitannya, Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Yang menerbitkan karya sastera dan bahasa di persada tanah air. Baha Zain menulis esei, kritikan, puisi, dan cerpen. Beliau juga menyusun semula Hikayat Bakhtiar, Hikayat Omar Umayyah, dan Hikayat Cekal Waneng Pati. Namun dalam genre puisi merupakan pilihan utamanya. Banyak puisinya termuat dalam beberapa antologi bersama dan empat buah kumpulan puisinya telah diterbitkan, iaitu Perempuan dan Bayang-Bayang, Dari Kertas Catatan Tengah Malam, dan Tiga Catatan Perjalanan (Three Sketches from A Journey) dalam dwibahasa. Dalam genre kritikan pula, Baha Zain bukan sahaja sebagai pengkritik yang disegani malah gaya penulisannya menarik dengan cetusan fikirannya yang mengajak khalayak berfikir. Baha banyak melibatkan diri dalam kegiatan sastera, bahasa, dan budaya. Dalam tahun 1972, beliau menghadiri Persidangan Bahasa Kebangsaan Negara-negara Asia di Manila, kemudian dalam tahun 1974, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia Kedua di Taipei dan beberapa pertemuan lain di Jepun, Korea, dan sebagainya. Selain itu, Baha juga menjadi Lembaga Amanah, Yayasan Penataran Ilmu sejak 1986 hingga


29 kini, Presiden Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994), Timbalan Presiden PPM (1985- 1991), dan sebagainya.Kecemerlangan, ketokohan, dan sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu, bahasa, dan budaya diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Antara yang diperolehnya ialah SEA Write Awards (1980), Anugerah penyair GAPENA (1988), Darjah Cura Simanja Kini (P.C.M) daripada DYMM Sultan Perak (1986), Darjah Kesastria Mangku negara (1982), dan Darjah Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) pada tahun 1998 yang membawa gelaran Datuk. BIOGRAFI Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) Dilahirkan pada 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak. Pendidikan : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972. Kerjaya : (1). Penolong Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1963 – 1969. (2). Penolong Ketua Bahagian Perkamusan, DBP, 1970. (3). Ketua Cawangan Kajian, Bahagian Perkembangan Sastera DBP, 1972 - 1976. (4). Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, DBP, 1977 – 1981. (5). Timbalan Ketua Pengarah DBP, 1982 – 1984. (6). Penerbit Pustaka Cipta Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1984 – hingga sekarang. Kegiatan : (1). Ketua Pengarang majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya serta anggota sidang pengarang jurna Tenggara ketika bertugas sebagai Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, 1977 – 1981. (2).Penyusun semula beberapa hikayat lama , iaitu Hikayat Bakhtiar, Hikayat Umar Umayyah dan Hikayat Cekel Waneng Pati. (3). Anggota penyusun Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970. (4). Menerbitkan mingguan Berita, ERA ketka mendirikan penerbitannya, Pustaka Cipta Sdn. Bhd , 1985. (5). Ahli Lembaga Pengelola, DBP, 1989 – 1992 dan dilantik semula pada awal tahun-tahun 2000an. (6). Perunding penerbitan bagi majalah terbitan Malaysia Toutism Board, (7). Ahli Mjlis Buku Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (8). Ahli Lembaga Amanah Yayasan Penataran Ilmu. (9). Presiden Ikatan Penerbit-Penerbit Buku Bumiputera Nasional (10) Pengerusi Eksekutif Dasar Padu Sdn. Bhd. (11). Setiausaha Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1969/1970. (12). Ketua Dua PENA, 1992 – 1994. (13). Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), 1978/1980. Pencapaian : (1). Penyusunan semula Hkayat Cekel Waneng Pati oleh beliau telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai bahan bacaan tambahan yang baik untuk pelajar di peringkat sekolah menengah, 1967. (2). Terpilih melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia oleh DBP untuk mengikuti pendidikan khusus tentang masyarakat dan kebudayaan Indonesia dalam satu program pengajian peringkat sarjana, 1970 – 1972. (3). Di peringkat antarabangsa, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia ke-2 di Taipei, 1974. (4). Beliau diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Pengarah Persidanan Penulis-Penulis ASEAN yang pertama yang diadakan di Kuala Lumpur, 1977. (5). Mewakili Malaysia ke Persidangan Bahasa Kebangsaan Negar-Negara Asia di Manila, Filipina, 1972. Inovasi: (1). Sebagai penerbit, beliau mengambil inisiatif mempelopori penerbitan majalah berita mingguan pertama seumpamanya di Malaysia apabila ERA mula masuk pasaran pada Mac 1985. Walaupun majalah ini tidak kekal bertahan dan menutup tirainya dua tahun kemudian, , tetapi impaknya kepada masyarakat amat besar, terutama dari segi isu dan kandungannya yang mirip majalah Tempo di Indonesia, Time di Amerika Syarikat atau Asiaweek di Hongkong. (2). Pustaka Cipta pimpinan beliau mencadangkan penyelenggaraan program tv. Siri Ilham, 10 episod tentang pemikir dan cendekiawan Melayu dalam pelbagi bidang, terutama bahasa, sastera dan persuratan Melayu, 2002.


30 Kajian : Pada tahun 1972 beliau membuat kajian tentang novel-novel terbaru terbitan Indonesia melalui tesisnya yang berjudul “Manusia Dalam Pergolakan: Satu nalisis dan afsiran o el-novel Indonesia 1966 – 1971”. esis kesarjaaan beliau ini adalah di bawah bimbingan pengkritik terkemuka Indonesia, H.B. Jassin. Salah sebuah buku Dato' Baha Zain "Esei dan Puisi Baha Zain" edisi istimewa yang diterbitkan sendiri. Penulisan : (1). Perempuan dan Bayang-Bayang , DBP, 1974. (2). Keranda 152, 1967. (3). Teluk Gong, 1967). (4). Dari Kertas Catatan Tengah Malam, 1978. (5). 10 Sajak, 1979. (6). Tiga Catatan Perjalanan, 1978. (7).Hikayat Bakhtiar, 1963. (8). Hikayat Umar Umayyah, yang kemudian menjadi buku teks perinkat SPM 1964. (9). Hikayat Cekel Waneng Pati, 1965. (10). Mendekati Kesusasteraan , 1975. (11). Esei Sastera Baharuddin Zainal, 1980. (12). Thee Sketches from a Journey, (Dwibahasa Melayu dan Inggeris), 1980. (13). Sejumlah 11 antologi puisi besama penulis-penulis lain, antaranya Bahasa Alam yang kemudian menjadi buku teks di peringkat SPM, Lagu Kehidupan dan Bintang Mengerdip. Anugerah: (1). Anugerah SEA Write Award oleh Kerajaan Thailand, 1980. (2). Anugerah Penyair Gapena oleh Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), 1988. (3). Anugerah bintan kebesaran Darjah Cura Simanja Kini (PCM) oleh Sultan Perak, 1986. (4). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kesasteria Mangku Negara (KMN) oleh Sulan perak, 1982. (5). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP), oleh Sultan Perak, yang membawa gelaran Dato’, 1998. PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN BAHA ZAIN i Aku terbangun pada waktu tengah malam membuka jendela melihat seluas alam pernahkah engkau terbangun seperti ini? Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu. Lihatlah gelap pekat di mana-mana nampakkah engkau di sana ada pelita? Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang tidak pekat hitam, tetapi remang-remang. ii Sepi malam melindungi engkau dari bisikan Orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.


31 Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan ‘ ngkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan’. Iii Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universiti perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah perang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang baru sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu. Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan. Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan?


32 Maksud Rangkap Rangkap 1 : Penyajak tersedar dari tidur pada waktu tengah malam lalu membuka jendela untuk meninjau suasana alam. Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak menimbulkan persoalan adakah pernah mengalami peristiwa sepertinya, tiba-tiba tersedar dari tidur dikejutkan dengan mimpi buruk ataupun mungkin diselubungi perasaan resah kerana teringatkan sesuatu. i Aku terbangun pada waktu tengah malam membuka jendela melihat seluas alam pernahkah engkau terbangun seperti ini? Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu. Rangkap 2 : Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya. Ketika menyaksikan suasana malam yang gelap-gelita, persoalan dilontarkan kepada pembaca adakah terlihat kerdipan cahaya dari pelita yang memperlihatkan terhasilnya bayang-bayang walaupun tidak terlalu hitam tetapi masih kelihatan samar-samar. Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri. Lihatlah gelap pekat di mana-mana nampakkah engkau di sana ada pelita? Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.


33 Rangkap 3 : Suasana larut malam yang sunyi tanpa gangguan perbualan manusia sekeliling. Apa yang ada pada waktu itu hanyalah godaan syaitan. Sekali lagi penyajak menimbulkan persoalan tentang membuat pilihan terhadap sesuatu perkara yang turut mengambi lkira dari segala aspek kehidupan termasuklah perasaan hati mahupun pemikiran. Ataupun mungkin godaan syaitan turut mempengaruhi pilihan yang hendak dibuat. Ii Sepi malam melindungi engkau dari bisikan Orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu. Rangkap 4 : Penyajak mempersoalkan tentang manusia yang hanya mengejar kesenangan dalam hidup walaupun hakikatnya kita pasti akan berdepan dengan kematian. Kita sering melaungkan suara keamanan dan sering menolak pertelingkahan yang terjadi agar masyarakat melihat ianya suatu perjuangan yang mulia dengan menjadikan agama sebagai sandaran. Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”, maka manusia sanggup bertelingkah. Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan


34 Rangkap 5: Kebencian terhadap peperangan dan memperjuangkan keamanan menjadislogan yang sering dilaungkan. Namun tidak semua yang bersetuju dengannya. Harga kedamaian tidak ternilai jumlahnya ini kerana apa maknnya kejayaan dalam perjuangan untuk mendapat keamanan jika sekiranya terpaksa memusnahkan sesebuah penempatan manusia. Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara. kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan ‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan’. Rangkap 6: Peperangan hanya akan menghancurkan segalanya termasuklah perkampungan, bangunan, muzium, galeri mahupun universiti. peperangan juga turut memusnahkan tinggalan sejarah dan bakal mencatatkan lembaran baru (sejarah) kesan dari peperangan yang dilancarkan oleh askar yang datang menyerang Iii Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan university perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah perang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang baru sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu. Rangkap 7: Seringkali peperangan tercetus apabila seseorang pemimpin yang baru cuba menggulingkan sesebuah kerajaan yang lama. Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian. Pemimpin yang zalim hanya mementingkan kuasa dan mengaut kekayaan. Persoalan dilontarkan kepada mereka yang hanya memikirkan tentang laba( keuntungan) biarpun peperangan akan memusnahkan ketamadunan bangsa. sama ada bahasa mahupun kebudayaan yang sememangnya berupaya memupuk nilai-nilai yang baik dalam kehidupan.


35 Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan. Rangkap 8: Masyarakat hari ini kian lupa tentang ajaran agama Islam yang merupakan panduan hidup untuk semua bangsa yang menolak pertelingkahan. persoalan terus dilontarkan oleh penyajak adakah kita semua telah dipedaya oleh pihak-pihak yang berkepentingan?. Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar. Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan? Perkataan perlu difahami Tirani = Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati Tema Dan Persoalan (jika menjawab wajib berikan contoh)


36 Gangguan dur / mimpi buruk ergoda dengan bisikan syaitan/ Sukar membuat pilihan gama jadi boneka/permainan Cintakan kedamaian Perjuangkan kedamaian Perebutan uasa Perang yang membawa kemusnahan Pemimpinyang tamakkan kuasa dan wang epura puraan dalam menginginisesuatu epura puraan dalam menginginisesuatu epura puraan Masyarakat yang menggunakan agama jadi boneka/permainan Masyarakat yang cintakan kedamaian / Perjuangkan kedamaian Cintakan kedamaian Perjuangkan kedamaian Masyarakat yang berebut uasa Masyarakat yang suka berperang / benci perang kerana i a membawa kemusnahan asional /Suka atau benci perang Pemimpinyang tamakkan kuasa dan wang amak Muafakat Bertemakan tentang kehidupan manusia yang inginkan keamanan, ketenangan dan kedamaian. Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan. kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan ‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan’. Persoalan tentang keamanan dan kedamaian. Keamanan dan kedamaian penting dagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan manusia. Oleh itu, semua inginkan keanaman dan kedamaian. Namun, konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan. kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan


37 Agama jadi boneka/permainan/ digunakan untuk kepentingan peribadi. Agama sering dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik. Manusia menyalah guna agama untuk tujuan tidak baik/kepentingan diri terutama dalam bidang politik. Mereka berselindung di sebalik agama untuk mengaburi pandangan sebenar orang ramai. Kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat Agama jadi alasan, jadi boneka permainan Pemimpin yang tamak bila berkuasa. Para pemimpin dunia yang tamakan kuasa sanggup menindas rakyatnya demi harta dan wang. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Kezaliman dan hanya mementingkan keuntungan peribadi pasti akan mencetuskan kemarahan rakyat lantas mengakibatkan perang berlaku Jadi tirani apabila mencium bau wang Pernahkah engkau jadi tamak haloba apabila mencium bau keuntungan ? Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda / warisan. Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara. Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium galeri dan universiti Perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah Persoalan tentang ketamakan pemimpin. Pemimpin yang tamak dan zalim yang hanya mementingkan kepentingan peribadi pasti akan mencetuskan kemarahan rakyat lantas mengakibatkan perang berlaku. Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Persoalan tentang Islam agama keamanan. Islam agama untuk semua bangsa dan menolak peperangan serta. permusuhan. Agama Islam mengajar tentang kebaikan, namun ada kalanya ia digunakan untuk kepentingan diri. Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan? Hasutan syaitan yang menyesatkan manusia. Pentingnya memahami dan menghayati sejarah/ warisan bangsa.


38 Gambaran Masyarakat Masyarakat yang mementingkan keamanan dan kedamaian. Keamanan dan kedamaian penting dagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan manusia. Oleh itu, semua inginkan keanaman dan kedamaian. Namun, konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan. Keamanan dan kedamaian akan lebih bermakna jika sekiranya masyarakat menolak keganasan. Contohnya: di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat Masyarakat yang memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi. Seringkali agama menjadi alat propaganda bagi memenuhi tujuan-tujuan peribadi. Contohnya: kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan Masyarakat yang menolak peperangan. Keamanan sering diuar-uarkan bagi menolak peperangan yang boleh memusnahkan ketamadunan manusia. Contohnya: kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar: Pemimpin yang mementingkan diri, kekayaan dan kemegahan sehingga sanggup melakukan apa saja. Masyarakat yang berpegang teguh pada agama. * Setiap jawapan perlu disertakan dengan contoh sajak dan kaitkan dengan pengarang.


39 Mesej Pengarang Pengarang menegaskan bahawa peperangan membawa kesan yang buruk Pengarang menekankan bahawa masyarakat seharusnya membuat keputusan yang bijak Pengarang meminta agar kita menolak peperangan. • Jangan lupa semua fakta perlu diikuti dengan huraian/ulasan/perbincangan dan wajib ada contoh puisi, Pengajaran Kita haruslah menjaga keamanan negara Kita hendaklah menghargai setiap kurnian tuhan Kita hendaklah menghindari sikap tamak Kita hendaklah mengambil iktibar dari sejarah yang lalu Kita perlulah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa (wajid bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh) Kesan / Kepentingan / Fungsi Gaya Bahasa antaranya - harmonis dan indah dengan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak dan memikat jiwa. Malah yang jauh lebih penting ialah di antara bunyi-bunyi tersebut ikut melambangkan makna tertentu. - menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi. - menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. - melahirkan kelunakkan irama dan rentak dalam baris-baris sajak.


40 ..sejarah baru .. yang baru meskipunberdiri dalam atas tanah perkuburan Personi kasi Sesebuah puisi khususnya sajak, menjadi lebih menarik dan indah dengan penggunaan pelbagai gaya Bahasa. Personi kasi ialah satu unsur yang menggunakan kiasan atau perbandingan yang memberikan sifat sifat manusia baik dari segi perasaan, pemikiran,perwatakan mahupun ndak tanduk lainnyakepada benda benda maujud, binatang, idea atau hal hal yang lebihabstrak. Contonya: Seribu kerikildengan gigi tajamnya Menyeringaimenepis gerimis Berdasarkan contoh di atas, kerikil diberi sifat seper manusia iaitu mempunyai gigi tajam yang menyeringai untuk menepis gerimis. nsur personi kasi ini memberi kesan yang lebih realis c serta adapt menggerakkan daya imaginasi pembaca. - menimbulkan kesan kelantangan bunyi dalam pengucapan. - memberi kesan yang lebih realistik dalam kehidupan manusia. - Kadang-kadang anafora juga bertujuan untuk menarik perhatian atau tumpuan khalayak untuk menghayati sajak yang dideklamasikan. - dapat memperjelaskan gambaran atau mengindahkan pernyataan yang ingin di ketengahkan oleh penyajak - memberikan penekanan suatu pandangan, sikap, perasaan, dan pemikiran yang segar dan baharu. Perulangan bunyi huruf vokal. Ia juga dikenali sebagai asonansi. Menerusi sajak ini penyair mengulangi bunyi huruf okal “a” sebanyak 11 kali. Berfungsi/Kesan adalah untuk menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan. Contohnya; agama jadi alasan , jadi boneka permainan


41 Perulangan bunyi huruf konsonan. Dikenali sebagai aliterasi. Penyair mengulangi bunyi huruf konsonan “n” pada rangkap 1 , baris ke 3. Kesannya / fungsi / Kepentingannya adalah untuk menimbulkan kesan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca. Contohnya ; Pernahkah engkau terbangun seperti ini? Anafora. Perulangan kata di awal baris- Penyair mengulangi perkataan “kita”dan “perang” Kesannya adalah untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan bunyi agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi. kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengar: Perulangan Kata Dalam baris yang sama. Penyair mengulangi perkataan seperti “engkau” dan “kita pada baris-baris tertentu. Kesannya adalah untuk melahirkan kelunakkan irama dan rentak dalam baris-baris sajak Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau Personifikasi`. Personifikasi ialah satu unsur yang menggunakan kiasan atau perbandingan yang memberikan sifat-sifat manusia baik dari segi perasaan, pemikiran, perwatakan mahupun tindak-tanduk lainnya kepada benda-benda maujud, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak. Kesannya adalah untuk memperjelaskan gambaran atau mengindahkan pernyataan yang ingin di ketengahkan oleh penyajak. Contohnya: Perang telah mengoyakkan halaman Hiperbola. Hiperbola ialah gaya Bahasa perbandingan yang dibuat secara berlebih-lebihan atau melampau bagi menggambarkan sesuatu keadaan. Penggunaan hiperbola dalam sajak ini dapat dilihat menerusi perkataan “gelap pekat” yang digunakan. Tujuannya untuk memberi penegasan, penekanan dan menguatkan sesuatu pandangan, pemikiran dan perasaan terhadap sesuatu perkara atau isu. Contohnya meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan Citra. Contoh Kita, pemimpin, askar Perumpamaan. Contohnya; kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat Epifora. Perulangan kata di akhir baris …..sejarah baru ….. yang baru


42 Unsur Bunyi /Nada / Ritma / Rima (wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh) (cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk) Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi Rima akhir dalam setiap rangkap puisi Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah. BENTUK Contoh ayat kesan yang boleh digunakan untuk bentuk Kesan / Kepentingan – agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Kesan / Kepentingan agar - mengindahkan lagi irama dan bunyi. Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi. Kesan: Untuk menimbulkan kemerduan bunyi /agar dapat menimbulkan keserasian bunyi dan makna./agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima.


43 Bentuk / Struktur / Teknik Penulisan Lengkap Dan Boleh Diguna Pakai Untuk Semua Jenis Puisi -Cuma Yang Berbezanya Ayat anlisis Dan Contoh Yang Diberi. Dari segi rangkap. Sajak ini mempunyai 8 rangkap dan terbahagi kepada tiga bahagian. Setiap rangkap mempunyai baris yang berbeza iaitu tiga hingga tujuh baris. Kesannya agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar. Hal ini dapat dilihat pada rangkap tiga seperti contoh dibawah:- Sepi malam melindungi engkau dari bisikan Orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu. Jumlah patah perkataan. Sajak ini mengandungi lima hingga sepuluh patah perkataan. Kesan / Kepentingan / fungsinya agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima. Contoh baris yang mengandungi lima patah perkataan terdapat dalam rangkap 1 baris 2, manakala baris yang mengandungi sepuluh patah perkataan terdapat dalam rangkap 3 baris 5 seperti di bawah:- membuka jendela melihat seluas alam 5 p.p (R1, B2) masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi, 10 p.p (R3, B5) Rima akhir. Mempunyai skema rima hujung yang bebas dan tidak mengikuti ciri-ciri terikat. Kesan / Kepentingan / fungsi adalah untuk menimbulkan kemerduan irama dan bunyi. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :- Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Fungsi / Peranan dan kepentingan Seloka Untuk menyindir / menempelak sikap pemimpin yang tamak Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia Untuk memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang Sebagai alat kawalan sosial / protes sosial. Sebagai alat hiburan Sebagai alat komunikasi


44 *Unsur keindahan / estatik / estatika ini ada pada Estatika bentuk yang dapat dilihat menerusi patah perkataan Estatika bahasa yang dapat dilihat menerusi gaya bahasa hiperbola. Estatika daripada isi yang cuba disampaikan iaitu perang hanya membawa kemusnahan Estatika nada yang dapat dilihat melalui perulangan bunyi huruf vokal. Jadi kalau soalan tanya secara umum tentang estatika, maka keempat fakta di atas menjadi fakta dalam jawapan. Tapi boleh diberi fakta bentuk, fakta bahasa lebih. Tapi kalau soalan tanya menjurus estatika bahasa contohnya, maka jawapannya adalah berkait dengan gaya bahasa dan kesannya. Intuisi (Gabungan nada / emosi pengarang dengan mesej yang ingin disampaikan) Pengarang dengan penuh sediih dan marah menekankan tentang peperangan yang membawa kemusnahan. Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara. Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium galeri dan universiti Perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah


45 BAB 3 PUISI MODEN DI TITIAN KEMERDEKAAN Biodata Dharmawijaya Tokoh penyair negara, Kamaruzzaman A. Kadir atau lebih dikenali dengan nama pena Dharmawijaya meninggal dunia di Hospital Seremban pada April 2005 akibat kanser paru-paru. Allahyarham yang berasal dari Kampung Talang, Tanjung Ipoh, uala Pilah meninggalkan seorang isteri, Zaini Ma’aya, tiga orang anak iaitu Susilawati, Asrul Effendi dan Iza Hairani. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Haji Said. Pendidikan, Kerjaya, & Anugerah Allahyarham yang memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1981 pernah menjadi guru bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah menengah; pembantu penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1971- 1972) dan; pensyarah (1981-1986) dan Profesor Madya (1987- 1994) di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Allahyarham bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sebagai Sarjana Tamu sejak tahun 1996 sehingga meninggal dunia. Selain seorang penyair, Allahyarham juga adalah seorang penulis esei dan kritik sastera terutama puisi. Allahyarham pernah memenangi hadiah sastera Malaysia pada tahun 1971, 1976 serta 1982/83 dalam bahagian puisi. Allahyarham menerima anugerah penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) di Bangkok, Thailand pada tahun 1993, anugerah penyair GAPENA pada tahun 1999 dan anugerah pujangga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002. Karya Beberapa buah buku kajian Allahyarham mengenai puisi yang telah diterbitkan ialah Nasionalisme dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957 (1982) yang turut memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 dalam bahagian buku kajian sastera moden terbaik; Tanggapan dan Kaedah Pengajaran Puisi (1987); Berkenalan Puisi (1987), Pemahaman dan Penghayatan Puisi (1992) serta Dunia Puisi Dalam Penelitian dan Pengajaran (1992) dan edisi yang sama dikemaskini pada 1998. Turut diterbitkan ialah tiga buah kumpulan pusi persendiriannya iaitu Warna Maya (1974), Derita Buana (1992) dan Jejak Kembara (1999). Di samping itu, Allayharham adalah penyusun antologi puisi Di Penjuru Matamu (1975) dan Bunga Gerimis (1986) yang pernah menjadi buku teks Kesusateraan Melayu di sekolah-sekolah menengah; Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Puisi Sepanjang Zaman (1989) dan Gurindam Alam (1994) yang menjadi rujukan umum dan di institusi-institusi pengajian tinggi.


46 Di Titian Kemerdekaan Dharmawijaya telah datang angin kemerdekaan melambai tanah air berlagu sentosa telah gemilang sumpah kerelaan membelai bangsa sepanjang usia. setiap menjelang kemerdekaan ini bergemalah di hati anak peribumi sejahtera bangsa menggenggam kemenangan keramat bangsa menentang keagungan. kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak di sini langit jernihmu dijunjung cinta kasih tiadakan retak meski debar sengketa melanda jantung. tanah air tercinta hamparan setia kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh cita menjunjung bakti mahkota kedaulatan. Maksud Sajak Rangkap 1 Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan suasana aman dan semangat yang membara kepada seluruh warganegara. Semangat hari kemerekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang cintakan tanahair. Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk membebaskan Negara, hingga kini semua warganegara berada dalam situasi aman dan menyenangkan telah datang angin kemerdekaan melambai tanah air berlagu sentosa telah gemilang sumpah kerelaan membelai bangsa sepanjang usia. Rangkap 2 Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangatnya mula dirasai oleh setiap warganegara. Kemerdekaan yang dicapai telah memmbolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa. Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang penjajah. Semangat rakyat yang berbangga dan merasakan diri mereka telah mencapai kemenangan daripada kuasa besar. setiap menjelang kemerdekaan ini bergemalah di hati anak peribumi sejahtera bangsa menggenggam kemenangan keramat bangsa menentang keagungan.


47 M Semangat nasionalisme Semangat dan kecintaan terhadap negara tercinta semakin membara apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan . Sanggup bekorban dan memberi sumbangan demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Menghargai jasa jasa pejuang yang mempertahankan negara. Contoh 1B1 b4 Rangkap 3 Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah cinta dan setia kepada negara sekalipun ada bibit sengketa. Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan dan ketaatan kepada Negara tercinta tanpa berbelah bagi.Walaupun sering diancam dengan perselisihan fahamyang boleh mengugat keamanan Negara. Semangat nasionalisme tidak pernah luntur. kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak di sini langit jernihmu dijunjung cinta kasih tiadakan retak meski debar sengketa melanda jantung. Rangkap 4 Negara kita menuntut setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada Negara. Ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih, seharusnya generasi muda hari ini perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur jasa demi untuk menjamin maruah Negara yang tercinta. Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk menjunjung mahkota kedaulatan negara. tanah air tercinta hamparan setia kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh cita menjunjung bakti mahkota kedaulatan. Tema Bertemakan semangat nasionalisme. Kecintaan dan semangat terhadap negara tercinta semakin membara apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan. Peri pentingnya semangat kecintaan terhadap negara dengan terus memberi sumbangan demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Menghargai jasa-jasa pejuang yang mempertahankan negara. Contoh telah datang angin kemerdekaan melambai tanah air berlagu sentosa telah gemilang sumpah kerelaan membelai bangsa sepanjang usia.


48 telah datang angin kemerdekaan melambai tanah air berlagu sentosa telah gemilang sumpah kerelaan membelai bangsa sepanjang usia. se ap menjelang kemerdekaan ini bergemalah di ha anak peribumi sejahtera bangsa menggenggam kemenangan keramat bangsa menentang keagungan. . tema, persoalan, gambaranmasyarakat, nilai, pengajaran, mesejpengarang, gayabahasa, bentuk, nada, intuisi, peranandan pandangansarwajagat kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak di sini langit jernihmu dijunjung cinta kasih adakan retak meski debar sengketa melanda jantung. tanah air tercinta hamparan se a kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh cita menjunjung bak mahkota kedaulatan. Persoalan Cara menjawab persoalan, gambaran masyarakat, mesej, nilai, harapan dan pengajaran adalah sama. Beza dari segi ayat fakta.


49 Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan. Kemerdekaan yang diperolehi adalah hasil perjuangan para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara. Dengan sumpah keramat, para pejuang terdahulu telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi untuk mendapatkan kemerdekaan negara tercinta ini daripada penjajah. Usaha dan keringat yang dicurahkan akhirnya mencapai kejayaan apabila negara ini bebas dari cengkaman penjajah. Contohnya setiap menjelang kemerdekaan ini bergemalah di hati anak peribumi sejahtera bangsa menggenggam kemenangan keramat bangsa menentang keagungan Mengenang jasa atau menghargai para pejuang. Sudah menjadi kewajipan kita terutamanya diri saya sendiri menjadi wargangeara di tanah air. Kita sebagai rakyat perlu mengingat kembali segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan pertahanan termasuk pejuangan yang terdahulu. Penyajak dalam puisi ini menyuarakan tentang setiap kali menjelangnya hari kemerdekaan warganegara di tanah air akan mengingatkan pejuang terdahulu. Hal ini demikian kerana, kemerdekaan yang dicapai sekarang ini adalah hasil perjuangan yang membebaskan negara sehingga kini kita berada dalam keadaan yang senang sepanjang masa. Contohnya Rangkap 1 Telah gemilang sumpah kerelaan Membelai bangsa sepanjang usia. Perasaan cinta dan kasih / taat terhadap negara . Perasaan cinta akan negara wajar diterap dalam diri anak-anak muda termasuklah diri saya sendiri pada hari ini supaya kita dapat mempertahankan keamanan, kemerderkaan dan kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini. Setiap kali menjelang bulan merdekaan bergemakan suara hati anak-anak muda di tanah melayu dengan penuh bersemangat tinggi bagi menunjukkan perasaan cinta terhadap tanah air sendiri .hal ini demikian kerana kesejahteraan dicapai kerana hasil perjuangan para perjuang terdahulu. Contohnya R2:b tanah air tercinta hamparan setia kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh cita menjunjung bakti mahkota kedaulatan. Berjuang menentang penjajah. Semangat menentang penjajahan dalam pelbagai bentuk harus disemai dlm setiap warganegara demi kedaulatan negara. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Setiap warganegara harus setia dan taat kepada negaera tanpa berbelah bagi serta tanpa mengira fahaman . Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Kita harus mempertahankan Kedaulatan negara agar generasi akan datang dapat mengecapi nikmat kemerdekaan. Keamanan dan kemerdekaan yang telah kita perolehi dihargai ketika menyambut kemerdekaan. Perasaan bangga dan bersyukur akan negara yang telah berdaulat dan mendapat kemerdekaan serta menjunjung bakti demi kedaulatan


Click to View FlipBook Version