1 PENGGAL 3 DISEDIAKAN OLEH : DR. NORLY BINTI OTHMAN
2 ISI KANDUNGAN PENULISAN KREATIF 1. PUISI SECARA AM ` PANTUN SYAIR TALIBUN / TEROMBA SELOKA/GURINDAM MANTERA/ SAJAK TEKNIK MENULIS PUISI 2. CERPEN 3. PENYUNTINGAN LATIHAN 4. PENGURUSAN PERANCANGAN PENGORGANISASIAN TENAGA KERJA KEPIMPINAN KAWALAN CONTOH JAWAPAN MAKLUMAT / LATIHAN 5. MULTIMEDIA SECARA AM 5 PENULISAN PAPAN CERITA CONTOH PAPAN CERITA LATIHAN
3 BAB 3 - MULTIMEDIA DALAM SASTERA MULTIMEDIA DALAM SASTERA HASIL PEMBELAJARAN 3.1Pengenalan Multimedia dalam sastera 3.1.1 Konsep 3.1.2 Fungsi 3.1.3 Ciri-ciri 3.2 Prinsip Asas Multimedia dalam Sastera 3.2.1 Teks 3.2.2 Grafik 3.2.3 Audio – Visual 3.2.4 Animasi 3.3 Pembinaan Papan Cerita 3.3.1 Konsep 3.3.2 Fungsi 3.3.3 Format 3.4 Aplikasi Multimedia dalam Sastera 3.4.1 Prosa 3.4.2 Puisi Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep, fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera; (b) menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan. Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti prinsip asas multimedia dalam sastera; (b) menjelaskan maksud tentang teks, grafik, animasi dan audio visual dalam konteks multimedia; (c) menghuraikan ciri-ciri teks, grafik, animasi dan audio visual yang sesuai digunakan dalam menghasilkan projek multimedia. Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan fungsi papan cerita; (b) menyatakan ikon asas dalam pembinaan papan cerita untuk menghasilkan projek multimedia; (c) menjelaskan panduan penulisan papan cerita dalam aplikasi multimedia; (d) membina arahan dalam papan cerita berdasarkan prinsip multimedia; (e) menghasilkan papan cerita yang menerapkan aspek multimedia. Calon seharusnya dapat: (a) menyenaraikan langkah untuk menghasilkan projek multimedia; (b) mengaplikasikan prinsip asas multimedia dalam teks sastera terpilih untuk menghasilkan projek multimedia.
TAJUK / GENRE MULTI MULTIMEDIA DALAM SASTERA 2013 Hurai 3 Pertimbangan Untuk Menerapkan Ciri2 Jelaskan Kelebihan Penggunaan Ciri2 2013 (U) Huraikan Bagaimana Setiap Prinsip Asas Multimedia diaplikasi 2014 Apakah Maksud /Konsep Multimedia Dalam Sastera Huraikan Ciri2 Prinsip Asas Multimedia 2014 (U) Bincangkan Ciri2 Prinsip Asas Multimedia 3 Kesan Aplikasi Prinsip Asas 2015 Bincangkan Penggunaan Grafik Mendorong Pengguna Berminat Bincangkan Pertimbangan Pengaplikasian Audio-Visual 2016 Jelaskan Kelebihan Medium Multimedia Berbanding Medium T Huraikan Ciri2 Animasi Dalam Persembahan – Guna Bahan Sast 2017 Jelaskan Fungsi Multimedia Sebagai Medium Untuk Khalayak M Talibun – Huraikan Kelebihan Puisi Yang Dipersembahkan Dalam Multimedia 2018 2019 Huraikan Ciri2 Audio-Visual – Pertikan Hikayat Pelanduk Jenaka Jelaskan Ciri2 Animasi – Petikan Anak-Anak Yang Bergelimpang 2020 Huraikan maksud Audio-Visual Jelaskan lima ciri2 Audio-Visual 2021 Kelebihan episode “Meminang Puteri Gunung Ledang” yang dim Huraikan prinsip asas multimedia yang perlu diaplikasikan berd “Anak-anak yang bergelimpangan”
4 MEDIA DALAM SASTERA PAPAN CERITA Petikan – SS Hasilkan 5 Papan Cerita Sajak Huraikan Panduan Penulisan Papan Cerita Jelaskan 3 Fungsi Papan Cerita Untuk Hasilkan Persembahan Multimedia Bincangkan 4 Ciri2 Papan Cerita Yang Sesuai Seloka Hasilkan 5 Papan Cerita t ulisan tera Memahami m Bentuk Jelaskan Fungsi Papan Cerita Dalam Menghasilkan Multimedia Petikan – Hasilkan 5 Papan Cerita a an Huraikan lima panduan menulis papan cerita multimediakan dasarkan cerpen
5 TIP : Untuk menjawab contoh teori multimedia dan papan cerita, pelajar perlu memberikan contoh peristiwa yang lengkap dan berkait dengan tajuk prosa / puisi yang diberi atau umum. Jika pelajar memberikan tajuk puisi/prosa sahaja maka, contoh pelajar tidak akan diberi markah. ARAS SOALAN AYAT YANG DIPERLUKAN UNTUK SEMUA AYAT INI PERLU DIKAITKAN DENGAN PEMBANGUNAN YANG ADA HURAIKAN AYAT HURAIAN – DEFINISI TENTANG FAKTA / MENGHURAIKAN TENTANG FAKTA BINCANGKAN AYAT PERBINCANGAN – LAZIMNYA MENGGUNAKAN AYAT PRO DAN AYAT KONTRA/ JIKA…… MAKA JELASKAN / ULASKAN AYAT PENJELASAN /AYAT ULASAN – MENJELASKAN / MEMBERI ULASAN SECARA TERPERINCI TENTANG FAKTA DAN CONTOH SENARAIKAN CUKUP SEKADAR MNYENARAIKAN FAKTA SAHAJA/ KALAU SOALAN NAK CONTOH BARU BAGI KEHENDAK SOALAN AYAT YANG PERU ADA KETIKA MENJAWAB FAKTA AYAT FAKTA-MERUJUK KEPADA TEORI MULTIMEDIA DAN PAPAN CERITA KEPENTINGAN AYAT KEPENTINGAN-KENAPA FAKTA ITU PENTING DILAKUKAN CONTOH AYAT CONTOH-WAJIB BERI TAJUK CERITA, WATAK DAN PERISTIWA KEMUDIAN KAITKAN DENGAN FAKTA KESAN KEPADA PEMBANGUAN INSAN AYAT KESAN-KESAN APABILA MENGGUNAKAN TEORI /FAKTA MULTIMEDIA DAN PAPAN CERITA
6 Contohnya, dalam persembahan peristiwa pembukaan negeri Melaka, grafik yang digunakan perlu sesuai dan menarik. – Pelajar tidak mendapat markah Contohnya, dalam persembahan peristiwa pembukaan negeri Melaka, grafik yang digunakan perlu sesuai dan menarik. Jika teks menceritakan tentang pelanduk menendang anjing buruan di raja, maka grafik yang dipaparkan perlulah mempunyai grafik pelanduk dan anjing agar sesuai dengan penceritaan yang disampaikan. 1M akan diberi sebab ada tajuk dan penerangan tentang fakta yang dikaitkan dengan contoh peristiwa CONTOH AYAT YANG PERLU ADA BAGI SOALAN PECAHAN 1. TIDAK PERLU PENDAHULUAN. CUKUP SEKADAR ADA AYAT PERMULAAN 2. ISI/FAKTA DIBERI MEGIKUT PECAHAN MARKAH - 4 ISI X 4M = 16M - 4 ISI X 3M = 12M - 3 ISI X 3M = 9M Pelajar digalakkan memberi 1 isis/fakta lebih 3. TIDAK PERLU PENUTUP BAGI SOALAN 25 MARKAH 1. WAJIB ADA PENDAHULUAN [3M] Multimedia merupakan gabungan istilah ‘Multi’ yang bermaksud kepelbagaian manakala ‘Media’ bermaksud medium. Oleh itu, Multimedia dapat ditarifkan sebagai Kepelbagaian medium dalam menyampaikan sesuatu. Seloka Pak Pandir merupakan sebuah karya yang mengandungi unsur humor dan kritikan terhadap masyarakat khususnya masyarakat melayu. Antara ciri-ciri asas multimedia ialah penggunaan teks, audio, grafik, dan lain-lain. Definisi konsep- 1/2M L/B Watak /Teks – 1M Isi-isi penting / fakta Beri 2 ke atas – 1M ATAU
7 2. FAKTA / ISI-ISI PENTING [5 ISI X 4 = 20M]. SETIAP ISI PERLU ADA AYAT SEPERTI DI BAWAH. AYAT BINCANG ULAS DAN JELAS BERGANTUNG PADA ARAS DAN KEHENDAK SOALAN Penggunaan grafik. Grafik merujuk kepada lukisan, lakaran, atau sebarang bentuk ilustrasi sama ada berbentuk 3D atau 2D. Ciri penggunaan grafik dalam persembahan multimedia ialah mampu menjelaskan sesuatu konsep abstrak. Sebagai contoh, penerapan grafik dalam cerita Pak Pandir. Pengkarya menggunakan grafik kucing 2D yang mati dan grafik tikus untuk menerangkan sikap Pak Pandir seperti yang digambarkan dalam seloka iaitu membunuh kucing dan membela tikus. Penggunaan grafik sedemikian ini telah menjelaskan unsur abstrak yang disampaikan dalam penulisan Seloka Pak Pandir. Jika pengkarya tidak menggunakan grafik seperti yang dinyatakan di ataas, maka sudah pasti audiens tidak gambaran yang jelas tentang situasi yang berlaku. Penggunaan grafik ini akan memberi kefahaman yang lebih kepada audiens berkenaan seloka yang dimultimediakan 3. PENUTUP – WAJIB RUMUS KESELURUHAN DAN DIIKUTI DENGAN AYAT SARANA / CADANGAN / HARAPAN. [2M] Oleh itu, jelaslah bahawa dalam penghasilan mutlimedia ini terdapat ciriciri prinsis asas multimedia yang perlu diaplikasikan dalam persembahan multimedia agar bahan sastera menjadi lebih menarik dan kreatif. Diharapkan dengan adanya ciri-ciri ini dapat meningkatkan kualiti penghasilan multimedia yang dihasilkan. FAKTA AYAT FAKTA-MERUJUK KEPADA TEORI MULTIMEDIA DAN PAPAN CERITA HURAIKAN AYAT HURAIAN – DEFINISI TENTANG FAKTA / MENGHURAIKAN TENTANG FAKTA BINCANGKAN AYAT PERBINCANGAN – LAZIMNYA MENGGUNAKAN AYAT PRO DAN AYAT KONTRA/ JIKA…… MAKA JELASKAN / ULASKAN AYAT PENJELASAN /AYAT ULASAN – MENJELASKAN / MEMBERI ULASAN SECARA TERPERINCI TENTANG FAKTA DAN CONTOH CONTOH AYAT CONTOH-WAJIB BERI TAJUK CERITA, WATAK DAN PERISTIWA KEMUDIAN KAITKAN DENGAN FAKTA KESAN AYAT KESAN-KESAN APABILA MENGGUNAKAN TEORI /FAKTA MULTIMEDIA DAN PAPAN CERITA FAKTA -1M HURAIAN -1M ULAS/JELAS DAN BINCANG –1M Ayat ulas dan jelas ini juga boleh dijadikan ayat PRO dan untuk ayat kontra -jika / maka bagi melengkapkan ayat bincang. KESAN -1M CONTOH -1M Rumusan- 1M Harapan /Saranan / Cadangan – 1M
8 BAHAGIAN C MULTIMEDIA DALAM SASTERA 1. KENALI MULTIMEDIA Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan kepada masyarakat. Tradisi penyebaran dan penghayatan sastera telah berubah, iaitu karya sastera boleh dihayati dalam bentuk multimedia. Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia merupakan istilah yang menjadi trend dalam era teknologi maklumat (IT-information Technology). Perkataan multi bermaksud “banyak” atau “pelbagai” dan media bermaksud “perantara untuk berkomunikasi”. Menggunakan multimedia, bermaksud menggunakan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk tujuan interaktif dan komunikasi dengan komputer (Rizinah Jamaludin, 2005). SASTERA MULTIMEDIA Bahan yang akan digunakan Medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan karya ELEMEN 1 (Konsep) ❑ Multimedia sebagai medium atau perantara untuk menyebarkan karya sastera. ❑ Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur digital ❑ Pengaplikasian teknologi multimedia dalam disiplin sastera sebagai medium untuk menggabungkan karya sastera yang mempunyai kepelbagaian genre. ❑ Penerapan ini berlaku apabila teks, grafik, animasi dan audio visual digabungkan bagi mengembangkan karya dengan lebih menarik. ❑ Multimedia menjadi medium yang akan menghubungkan bahan-bahan sastera kepada khalayak. ❑ Penggunaan multimedia dalam sastera mengekalkan ciri-ciri estetika, pemikiran, dan ilmu yang terkandung dalam genre sastera.
9 CONTOH MENJAWAB SOALAN DEFINISI KONSEP Huraikan konsep multimedia dalam sastera. [9M] Konsep multimedia dalam adalah seperti berikut: Multimedia sebagai medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan karya sastera kepada masyarakat atau khalayak. Bahan sastera akan diolah dan dipersembahahkan melalui medium multimedia seperti power point, filmora dan lain-lain. Persembahan tersebut akan di terapkan dengan elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, grafik dan animasi. Jika dahulu bahan sastera hanya dipersembahkan melalui teks dan secara konvasional, namunn sekarang telah dipelbagaikan persembahannya seperti difilemkan atau dimultimediakan. Contoh cerita Hikayat Hang Tuah telah difilemkan dan dipertontonkan pada semua jenis khalayak menerusi persembahan multimedia. Garapan elemen asas multimedia seperti teks, grafik dan animasi yang bersesuaian dengan peristiwa watak Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari dapat memberi kejelasan dan kefahaman kepada peristiwa yang berlaku. Kesannya sastera epik ini menjadi lebih menarik dan diminati oleh semua lapisan umur. Multimedia mempunyai empat prinsip asas iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Teks : terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan statistic / menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon / warna tulisan dan saiz teks. Grafik pula merupakan lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D dan grafik juga boleh dipersembahkan dalam bentuk histogram mudah, plot graf, carta dan ilustrasi. Seterusnya audio visual yang membawa maksud sebagai bunyi-bunyian, kesan bunyi yang ringkas dan boleh boleh diambil daripada bunyi alam seperti suara ombak, bunyi unggas dan guruh. Akhir sekali animasi iaitu pergerakan bagi sesuatu objek. Tujuan utama adalah untuk mempelbagaikan kegunaan deria pancaindera dan menarik minat audiens. Contoh ketika menghasilkan penceritaan “Drama Asiah Samiah”. Bagi memberi gambaran bahasa watak Asiah Samiah menjadi gila, penggunaan grafik watak Asiah Samiah yang tidak terurus digunakan dan audio beliau berbicara dan menyanyi sendirian dapat menggerakkan imaginasi audiens. Penggunaan empat prinsip asas multimedia dapat menimbulkan kesan yang kreatif terhadap persembahan bahan sastera Penggunaan multimedia dalam sastera mengekalkan ciri-ciri estetika, pemikiran dan ilmu yang terkandung dalam genre sastera. Meskipun persembahan bahan sastera telah dimultimediakan , namun keaslian bahan dan nilai estetikannya tetap dijaga dan dikekalkan. Persembahan multimedia hanya menambah nilai estatika dari segi kreatif, memberi kejelasan dan menarik. Contoh ketika karya “Hikayat Nabi Wafat” yang dimultimediakan. Peristiwa, nilai estatika, pemikiran dan ilmu yang ada di dalamnya dikekalkan. Cuma situasi yang berlaku diperjelaskan lagi melaui teks penceritaan, audio, grafik dan animasi yang digunakan. Audio azan yang merdu berkumandang seolah-olah Bilal mmengalunkan azan dan gambaran orang ramai berpusu-pusu ke masjid setelah mendengar alunan azan tersebut selepas wafatnya Baginda. Nada sayu ketika bercerita dapat menambat emosi sedih audiens yang menonton. Kesannya audiens dapat menjiwai situasi yang cuba disampaikan secara optimum. Tujuan penggunaan multimedia iaitu memudahkan pemahaman penonton. Kelebihan elemen teks dalam multimedia - menimbulkan minat kerana ada variasi - menambahkan kefahaman / penghayatan - mencerikan persembahan - membantu menyampaikan maklumat dengan berkesan.
10 Fungsi / Tujuan CONTOH MENJAWAB SOALAN DEFINISI KONSEP Bincangkan fungsi bahan sastera dimultimediakan. [16M] Fungsi bahan sastera dimultimediakan adalah untuk Mempelbagaikan medium sastera sebagai nilai tambah terhadap persembahan. Kepelbagaian medium ini termasuklah penggunaan elemen multimedia. Bahan sastera digarapkan dengan empat elemen asas multimedia dan dijadikan satu persembahan multimedia yang menarik. Selama ini medium sastera mungkin tidak terlibat secara langsung dengan penggunaan komputer dan elemen multimedia yang lain. Oleh itu, penyampaian bahan sastera yang dipelbagaikan caranya dapat memberi daya penarik dan kefahaman yang jelas kepada audien. Jika cara penyampaian tidak dipelbagaikan, maka persembahan akan menjadi hambar. Contohnya, untuk memperkenalkan cerita rakyat seperti Hikayat Pelanduk Jenaka, pengkarya perlu menggarapkan pelbagai elemen multimedia seperti audio dan grafik bagi menghidupkan suasana penceritaan. Watak Tuan Sheikh Alam Dirimba yang boleh berkata-kata dihidupkan dengan audio suara yang dapat didengar oleh audiens. Hal ini akan menyebabkan audien lebih tertarik dan faham untuk mengikut penceritaan yang disampaikan. Memeperjelaskan konsep yang abstrak. Dalam kesusasteraan melayu terdapat beberapa konsep yang sukar difahami jika audiens hanya membacanya. Sebagai contoh, jika kita ingin menjelaskan gaya bahasa tertentu seperti personifikasi dan metafora. Penggunaan multimedia mampu membantu menjelaskan gaya bahasa tersebut melalui grafik, animasi, audio video dan teks. Contoh dalan talibu “Keindahan dan Kemakmuran Negeri”. Jika pengkarya ingin menjelaskan bait “Selawat ibu ayam” yang merujuk kepada gaya bahasa personifikasi, maka penkarya boleh menggunakan grafik ibu ayam yang terkejut dan berkokok. Bagi memperjelaskan gaya bahasa metafora, pengkarya boleh melukis gambar hati dan di dalamnya ada taman bagi menggambarkan metafora "taman hati". Di situ kita mampu menjelaskan perkara yang nyata dan abstrak sifatnya. Mungkin pada aspek yang lebih abstrak lagi, bahan-bahan sastera yang sebegitu akan lebih mudah difahami. o Sebagai nilai tambah terhadap sastera berdasarkan teknik persembahan yang digunakan. o sebagai medium pilihan untuk menyebarkan karya sastera. o sebagai penghubung sempadan budaya, bahasa, dan sastera. o sebagai merangsang daya kreativiti khalayak untuk memberikan tafsiran terhadap karya sastera. o menghayati sastera dalam pelbagai bentuk persembahan yang melibatkan pelbagai indera. o menarik minat khalayak untuk mendekati bahan sastera. o memperjelas konsep yang abstrak. o kesan apresiasi yang lebih mendalam.
11 Penggunaan pelbagai indera. Kita sering menggunakan pelbagai indera untuk memaham tentang sesuatu perkara. Penggunaan elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio dapat menggerakkan imaginasi audiens untuk memahami sesuatu peritiwa. Hal ini kerana elemen multimedia mampu menarik perhatian panca indera kita samada melalui pandangan mata, pendengaran, perasaan dan daya sentuh kita ketika berinteraksi secara interaktif dengan bahan multimedia. Contoh ketika mempersembahkan sajak “Di titian Kemerdekaan”, penyair boleh menggarapakan elemen audio, grafik dan animasi selain teks sajak. Alunan instrumental dan nada deklamasi sajak yang berunsur patriotisme dapat menimbulkan lagi penghayatan audiens terhadap sajak yang dipersembahkan. Penerapan grafik pahlawan yang menjalankan tugas, menambahkan lagi kefahaman audieans. Dengan ini penggunaan pelbagai indera mampu menggerakkan imaginasi audiens untuk memberi penghayatan yang lebih mendalam terhadap sajak yang dipersembahkan. Kesan apresiasi yang lebih mendalam. Secara mudah maksud apresiasi adalah kesan penghayatan terhadap sesuatu perkara. Dalam konteks sastera, sudah tentu ia merujuk kepada pelbagai bahan yang ada dalam karya sastera. Contoh……Oleh itu, multimedia mampu memberikan kesan apresiasi yang tinggi jika bahan sastera itu divideo, dilukis dan dianimasikan. Ciri-Ciri Multimedia
12 CONTOH MENJAWAB SOALAN CIRI-CIRI MULTIMEDIA Multimedia merupakan gabungan istilah ‘Multi’ yang bermaksud kepelbagaian manakala ‘Media’ bermaksud medium. Oleh itu, Multimedia dapat ditarifkan sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi kekomputeran merangkumi penggunaan media audio visual seperti grafik, teks, audio dan animasi. Elemen-elemen multimedia –terdiri daripada teks, grafik, animasi dan audio. Antara ciri-ciri asas multimedia ialah penggunaan teks, audio, grafik, dan lain-lain Mempelbagaikan medium sastera sebagai nilai tambah untuk persembahan. Mempelbagaikan medium untuk menyebarkan bahan sastera Mempamerkan kreativiti dengan mempelbagaikan medium pemyampaian bahan sastera Selama ini medium sastera mungkin tidak melibatkan secara langsung kepada penggunaan komputer dan elemen multimedia. Oleh itu dengan mempelbagaikan medium penyampaian bahan sastera seperti menggunakan perisisan movie maker, power point dan lain-lain dapat menjadikan bahan sastera lebih menarik dan mudah difahami. Garapan empat elemen asas yang ada dalam perisian multimedia yang digunakan seperti kesan bunyi melalui audio, animasi, grafik dan teks yang jelas dan bersesuaian dengan isi dalam genre sastera yang diketengahkan mampu memberi impak yang lebih berkesan terhadap teks. Contohnya, dalam persembahan multimedia Sajak Pahlawan Ialah dia, bunyi audio tembakan dan letupan memberi impak dan kesan yang mendalam terhadap penceritaan sajak jika digandingkan dengan grafik peperangan. Hasilnya, audiens akan merasa suasana peperangan yang di gambarkan dan sekaligus menjiwai bait sajak yang disampaikan. Jika keempat–empat prinsip tidak digandingkan dengan sempurna, maka hasil multimedia menjadi hambar. Tegaslah, bahawa dalam mepelbagaikan medium penyampaian seperti penggunaan 4 prinsip asas multimedia amat di titikberatkan yang mampu menghasilkan gerakan secara visual lebih menarik dan berkesan kepada audien. Memperjelaskan konsep abstrak Membantu memberikan kefahaman dan kejelasan Memperjelaskan konsep abstrak / membantu audiens memahami cerita yang disampaikan / memberi kejelasan Elemen multimedia yang dipilih haruslah dapat memberikan kefahaman. Kefahaman tidak semestinya melalui persembahan sastera dalam teks. Ia boleh difahami juga melalui kesan ilustrasi dan gambaran suasana yang sebenar dengan penerapan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio. Contohnya, dalam persembahan multimedia teromba “Keindahan dan kemakmuran negeri,” selain memaparkan ciri prinsip teks yang ringkas dan padat, saiz dan warna yang bersesuaian turut memainkan peranan penting dalam memberi kejelasan tentang situasi peristiwa yang cuba disampaikan. Penggunaan grafik gunung ganag dan bentuk muka bumi dan FAKTA FUNGSI FAKTA CIRI-CIRI FAKTA KELEBIHAN HURAIAN KESAN CONTOH -1M ULAS/JELAS AYAT PRO BINCANGKONTRA
13 audio mampu menceritakan tentang keunikan Teluk bidung kota lama dalam puisi itu dengan lebih terperinci. Jika grafik dan audio yang tidak bersesuaian digunakan nescaya penonton tidak dapat menghayati dan memahami cerita yang cuba disampaikan. Penggunaan prinsip asas yang sempurna dan menarik penting untuk memberi kefahaman dan menjadi tarikan kepada audiens untuk mendekati cerita. Tegaslah bahawa, tahap pemahaman pengguna terhadap sesuatu genre sastera yang diketengahkan itu lebih mudah dengan adanya ciri penerapan elemen multimedia. Sebagai medium pilihan untuk menyebarkan karya sastera Mempelbagai teknik penyampaian bahan sastera Medium pilihan untuk menyebarkan karya sastera Dalam penghasilan persembahan multimedia, kepelbagaian teknik penyampaian/medium penting agar persembahan menjadi lebih menarik dan kreatif. Selain itu, kepelbagaian teknik juga dapat mempamerkan kreativiti dan menjadikan audien lebih tertarik dengan bahan sastera yang cuba disampaikan. Contohnya dalam sajak “Seorang Jemaah” yang berkaitan dengan keagamaan. Pemilihan grafik berkaitan dengan masjid dan perwatakan seorang lelaki, pusara orang-orang islam dan lain-lain lagi digandingkan dengan animasi dan audio yang bernada sentimental mampu melahirkan mod sayu dan sedih. Kepelbagaian medium dan Teknik penyampaian mampu menjadikan bahan sastera lebih jelas dari segi plot dan mesej yang cuba disampaikan. Jika teknik penyampaian tidak menarik maka persembahan akan menjadi hambar dan tidak menarik. Kesimpulannya, dalam sesuatu pembinaan multimedia setiap ciri penerapan perlu dipertimbangkan agar dapat menarik perhatian audiens untuk menonton dan audiens merasa teruja dan seronok melihatnya. Ciri-ciri yang terakhir sekali ialah tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah / bertentangan dengan isu sensitif. Elemen multimedia yang dipilih mestilah tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah dan mampu membawa kepada konflik dari sudut pemahaman maksud tentang sesuatu perkara atau menyentuh isu-isu yang sentitif. Contohnya, berdasarkan sajak yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tafisran teks yang asal iaitu tentang sajak Titian Kemerdekaan grafik yang dipilih perlu tidak menyentuh mana-mana isu yang sentitif seperti peristiwa 13 Mei dan serangan di Lahat Datu bagi mnggambarkan nilai patriotik. Hal ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakpuasan dan kemarahan sesetengah pihak. Hasil multimedia perlu menjadi medium perhubungan bagi mengeratkan bangsa dan budaya yang ada di Malaysia. Namun perlu dipastikan teks, grafik, audio dan animasi yang dipilih tidak menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama. Oleh itu menjaga hati dan perasaan sebahagian ahli masyarakat juga perlu diambil kira ketika membina multimedia. Dengan ini, bahawa dalam setiap pertimbangan prinsip multimedia amat dititikberatkan supaya setiap pemilihan prinsip multimedia yang diketengahkan dalam multimedia tidak bercanggah dengan teks asal dalam genre sastera dan menyentuh isu-isu sentitif. Selain itu, audiens juga dapat menjiwai sajak dengan leebih baik.
14 Langkah penyediaan projek multimedia
15 CONTOH MENJAWAB SOALAN LANGKAH-LANGKAH MULTIMEDIA Persembahan multimedia bahan sastera dapat menarik perhatian khalayak. Jelaskan langkahlangkah penyediaan projek multimedia? [25M] Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi komputer yang menerapkan elemen-elemen multimedia dan menjadi medium untuk menggabungkan karya sastera serta menghubungkan karya sastera kepada khalayak. Terdapat empat elemen dalam multimedia iaitu seperti teks, grafik, animasi dan audio-visual. Antara proses /langkah-langkah penyediaan projek multimedia adalah perancangan, menyediakan papan cerita, pembinaan/ penghasilan, pengeditan/ pemurnian dan persembahan. [ 3 markah untuk pendahuluan ] Perancangan. Ketika menghasilkan projek multimedia, pengkarya perlu merancang dengan teliti iaitu pengkarya perlu mengenal pasti teks sastera yang akan dimultimediakan, kajian terperinci bahan dan membuat tafsiran yang tepat dan sahih. Perancangan yang dilakukan mampu menjadikan projek multimedia berjalan dengan lancer dan bermutu. Jika perancangan tidak dilakukan, maka projek multimedia bakal dihasikan akan menelan belanja yang banyak. Contoh khusus – mesti sebut tajuk karya Menyediakan papan cerita. Penyusunan urutan cerita mengikut susunan bingkai, memasukkan empat elemen multimedia, menentukan tempoh masa dan persembahan. Contoh khusus - mesti sebut tajuk karya Pembinaan/penghasilan. Menentukan perisian yang akan digunakan, menggunakan elemen multimedia yang menarik, menyunting audio visual atau membuat rakaman suara jika perlu. Contoh khusus - mesti sebut tajuk karya Pengeditan/pemurnian. Menyunting bahan, memastikan kesesuaian elemen, dapat menarik perhatian khalayak. Contoh khusus - mesti sebut tajuk karya Persembahan. Menayangkan hasil kerja mengikut masa yang ditetapkan Contoh khusus - mesti sebut tajuk karya
16 KELEBIHAN BAHAN KESUSASTERAAN YANG DIMULTIMEDIAKAN. ❑ Memberi nilai tambah terhadap bahan sastera. ❑ Medium pilihan untuk menyebarkan sastera ❑ Merangsang kreativiti khalayak dalam memberikan tafsiran terhadap sesebuah karya sastera menggunakan pelbagai media ❑ Menyediakan kepelbagaian penerapan multimedia seperti teks, grafik, animasi, audiovisual termasuk video. ❑ Memberikan motivasi kepada khalayak untuk mendalami kelebihan bahan sastera. ❑ Menarik minat / mengekalkan minat untuk menyukai sastera / terus menyukai melalui persembahan yang dipelbagaikan. ❑ Menawarkan ruang dan peluang kepada khalayak umum menghayati sastera dalam pelbagai bentuk persembahan melibatkan pelbagai indera. ❑ Memberikan kesan mendalam/ apresiasi kepada khalayak. ❑ Menjelaskan makna / maksud daripada abstrak kepada konkrit. ❑ Menambahkan kefahaman kepada khalayak. ❑ Menceriakan persembahan ❑ Menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. CONTOH MENJAWAB SOALAN KELEBIHAN MULTIMEDIA Huraikan kelebihan episode “Meminang Puteri Gunung Ledang” yang terdapat dalam teks “Sulalatus Salatin” (Tanah Melayu) yang dimultimediakan. Multimedia secara umumnya merupakan pengurusan pelbagai jenis media seperti slide, televisyen, dan audio terutamanya ketika membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dan sebagainya). Multimedia juga berkait dengan system computer yang melibatkan produk, program dan sebagainya yang berkaitan dengan filem, grafik, teks, animasi, audio dan data. Multimedia dalam sastera merupakan kepelbagaian pengaplikasian teknologi dan computer dalam mengembangkan ilmu/disiplin sastera. Antara kelebihan bahan sastera dimultimediakan ialah memudahkan khalayak memahami isi cerita dan menarik perhatian khalayak. Memudahkan khalayak memahami isi cerita / jalan cerita. Memperjelaskan makna peristiwa, latar, persoalan dan mengelakkan kekeliruan Menarik perhatian / minat / memukau khalayak bagi menghayati plot, latas, peristiwa Merangsang daya fikir khalayak melalui penggunaan gaya bahasa. Meransang daya kreativiti dalam mentafsir tempat, persoan dan tema. Menggerakkan imaginasi khalayak
17 Mempelbagaikan / mewujudkan kelainan aspek teknik penyampaian dan persembahan. Kepelbagaian medium ini termasuklah penggunaan elemen multimedia. Bahan sastera digarapkan dengan empat elemen asas multimedia dan dijadikan satu persembahan multimedia yang menarik. Selama ini medium sastera mungkin tidak terlibat secara langsung dengan penggunaan komputer dan elemen multimedia yang lain. Oleh itu, penyampaian bahan sastera yang dipelbagaikan caranya dapat memberi daya penarik dan kefahaman yang jelas kepada audien. Jika cara penyampaian tidak dipelbagaikan, maka persembahan akan menjadi hambar. Contohnya, untuk memperkenalkan cerita rakyat seperti Hikayat Pelanduk Jenaka, pengkarya perlu menggarapkan pelbagai elemen multimedia seperti audio dan grafik bagi menghidupkan suasana penceritaan. Watak Tuan Sheikh Alam Dirimba yang boleh berkata-kata dihidupkan dengan audio suara yang dapat didengar oleh audiens. Hal ini akan menyebabkan audien lebih tertarik dan faham untuk mengikut penceritaan yang disampaikan. Menimbulkan kesan apresiasi / emosi / penghayatan / ceria terhadap keindahan atau estatik Memperjelaskan latar masa, masyarakat, tempat dan suasana Memantapkan maklumat mesej dan persoalan PERTIMBANGAN / KEWAJARAN / PERKARA YANG PERLU UNTUK MENERAPKAN CIRI-CIRI MULTIMEDIA DALAM SASTERA 1. Mengekalkan keaslian dan unsur estetik karya sastera / pengekalan unsur sastera / bahan sastera 2. Mengenalpasti tujuan dan fungsi penggunaan elemen multimedia dalam sesuatu persembahan / mengambil kira aspek sensitiviti masyarakat 3. Teks – tidak terlalu banyak, saiz, fon, warna 4. Grafik – sesuai dengan cerita, tidak sensitif 5. Animasi – pelbagai dan menimbulkan kesan dan keceriaan, menarik perhatian 6. Audio visual – meningkatkan kesan penghayatan, meningkatkan kefahaman, kesan emosi, minat 7. Mengenalpasti elemen asas multimedia yang digunakan iaitu teks, grafik, audio visual dan animasi 8. Mengambilkira aspek kepakaran / kos/ teknikal
18 CONTOH MENJAWAB SOALAN PERTIMBANGAN MULTIMEDIA Jelaskan pertimbangan yang perlu dilakukan untuk menerapkan prinsip asas multimedia bagi menghasilkan persembahan yang berasaskan genre sastera. Pertimbangan dalam menetapkan keperluan aplikasi terhadap karya yang dimultimediakan. Mengenalpasti elemen asas multimedia yang digunakan iaitu teks, grafik, audio visual dan animasi Pengkarya perlu mengenal pasti ciri-ciri asas multimedia yang akan digunakan dalam persembahan bahan sastera. Kesesuaian penggunaan elemen asas seperti teks, grafik, animasi dan audio penting bagi menjadikan bahan sastera menjadi lebih menarik dan seronok dilihat. Pengkarya yang menghasilan karya sastera dengan menggunakan multimedia akan menggarapkan semua elemen secara kreatif dan bersesuaian agar bahan sastera yang dipersembahkan menjadi menarik dan faham dilihat. Jika tidak menggunakan ciri-ciri asa multimedia, maka persembahan akan menjadi hambar. Contohnya, elemen asas audio-visual yang digunakan bagi mengggambarkan unsur saspen dalam cerita “Hikayat Pelanduk Jenaka”. Ketika raksasa datang ke sungai untuk meminta ikan, suaranya diibarat seperti halilintar. Maka audio yang bersesuaian pada waktu itu ialah suara raksasa yang bergema bagai halilintar. Hal ini akan menjadikan audiens memahami idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam karya dalam multimedia tersebut. Hal ini penting untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana saspen dan menyentuh emosi audiens. Dalam menghasilkan sesuatu persembahan multimedia, kita perlu menetapkan keperluan aplikasi karya yang dimultimediakan supaya ia dapat dipersembahkan dengan lancar dan baik. Pemilihan perisian yang akan digunakan dalam persembahan multimedia seperti perisian movie marker, power point flash dan sebagainya dapat menjadikan kemahiran dan kreativiti pengkarya menjadi lebih tinggi nilai estatika dan kreatif. Hal ini dapat menimbulkan kesan penghayatan yang tinggi dan dapat menyentuh emosi audiens. Jika pengkarya tidak menggunakan aplikasi multimedia, maka sudah pasti persembahan yang dihasilkan tidak memberi apa-apa impak kepada pengguna. Contoh dapat dilihat pembingkisan sajak “Pahlawan Ialah Dia” dilakukan dalam aplikasi perisian movie marker dengan menggarapkan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik pahlawan dan audio yang bertemakan patriotisme seperti instrumental “Warisan”. Hasil gabungan elemen ini dapat memperjelaskan konsep abstrak yang sukar difahami, menarik dan berwarna-warni. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa menetapkan keperluan aplikasi penting untuk mempelbagaikan cara persembahan dan penggunaan pancaindera audien agar penghayatan kepada bahan sastera menjadi lebih berkesan.
19 Pertimbangan dalam menggunakan grafik. Sebarang paparan visual termasuk lukisan dan kerja seni gambar, foto atau ilustrasi yang digunakan untuk memperjelas maklumat yang disampaikan. Penggunaan grafik yang sewajarnya perlu mempertimbangkan perkara berikut iaitu: - Grafik yang digunakan boleh secara sendiri atau sebagai menyokong teks - Grafik yang digunakan terpilih dan disesuaikan mengikut keperluan - Grafik yang digunakan berfungsi dan mempunyai tujuan - Grafik yang digunakan menimbulkan kesan kepada persembahan - Grafik yang digunakan tidak menimbulkan kekeliruan Pertimbangan dalam menggunakan animasi yang sesuai. Pergerakan yang diwujudkan untuk menimbulkan kesan kepada pengguna. Pergerakan tersebut dapat dilihat pada teks mahupun grafik. Penggunaan animasi yang sewajarnya perlu mempertimbangkan perkara berikut iaitu: - Animasi yang digunakan boleh secara sendiri atau sebagai menyokong teks atau grafik - Animasi yang digunakan terpilih dan disesuaikan mengikut keperluan - Animasi yang digunakan berfungsi dan mempunyai tujuan - Animasi yang digunakan menimbulkan kesan kepada persembahan - Animasi yang digunakan tidak terlalu cepat sehingga maklumat yang ingin disampaikan tidak difahami oleh khalayak. Pertimbangan dari aspek teks. Teks merupakan bahan bertulis atau tulisan atau semua simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai tulisan atau fon yang dapat menyalurkan maklumat kepada audiens. Penggunaan teks yang perlu dipertimbangkan ialah kepadatan teks. Teks yang diguanakan mesti padat dan tepat agar dapat menyampai maklumat dengan berkesan. Jika teks yang digunakan meleret-leret, maka ia boleh mengelirukan audiens dan menimbulkan kebosanan. Ia juga boleh melindungi grafik dan menyukarkan pemahaman audiens. Contohnya cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan”, apabila ingin membentangkan sinopsis cerita, iaitu peristiwa kesan keracunan air yang menyebabkan kematian hidupan air, cukup sekadar menulis teks 'akibat ketamakan manusia' diikuti dengan grafik 'ikan yang mati berapungan di permukaan air'. Oleh itu, pertimbangan penggunaan teks yang minuman tetapi tepat mampu menarik dan memudahkan pemahaman audiens terhadap cerita yang cuba diisampaikan.
20 Pertimbangan dalam menggunakan audio-visual yang sesuai. Bunyi bunyian atau muzik yang dapat menimbulkan ransangan dan kesan. Penggunaan audio visual yang sewajarnya perlu mempertimbangkan perkara berikut iaitu: - Audio visual yang digunakan boleh secara sendiri atau sebagai menyokong teks, grafik dan animasi - Audio visual yang digunakan terpilih dan disesuaikan mengikut keperluan - Audio visual yang digunakan berfungsi dan mempunyai tujuan - Audio visual yang digunakan menimbulkan kesan kepada persembahan - Audio visual yang digunakan tidak menimbulkan kekeliruan/bercanggah dengan maklumat yang dinyatakan dalam teks, grafik dan animasi. - Audio visual tidak mengganggu atau menjejaskan keseluruhan persembahan. Pertimbangan dalam mengenalpasti tujuan dan fungsi penggunaan elemen multimedia dalam sesuatu persembahan / mengambil kira aspek sensitiviti masyarakat Mengambilkira aspek kepakaran / kos/ teknikal
4 PRINSIP ASAS TEKS GRAFIK DEFINISI KONSEP (boleh guna untuk pendahuluan dan huraian) Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan statistik. Ia menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan dalam multimedia. Warna tulisan dan saiz teks juga memainkan peranan yang penting dalam menceriakan persembahan multimedia. Jika elemen multimedia yang lain boleh digunakan bersama teks dan ia akan menjadi lebih menarik. Umpamanya unsur animasi boleh digunakan ketika mempersembahkan teks. Apa-apa sahaja yang berb lukisan, lakaran atau gam dalam bentuk 2D atau 3D Histogram mudah, graf, c ilustrasi FAKTA BERDASARKAN SOALAN WARNA HIJAU MERUPAKAN FAKTA Y
21 AUDIO ANIMASI bentuk bar D. arta dan Bunyi, penghasilan semula bunyi atau pendengaran/ fenomena yang terhasil akibat getaran sesuatu objek Audio secara mudah disebut sebagai bunyi-bunyian. Ia merupakan satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian pengguna multimedia. Kadangkadang ia berbentuk kesan bunyi yang ringkas akan dapat menarik perhatian seperti bunyi muzik, lagu., bunyi alam seperti suara ombak, bunyi unggas, guruh dan lain-lain. Video pula merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat yang gagal ditangani oleh media lain. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan besar di dalam kaedah penyaluran maklumat. Kebanyakan video mampu membawa unsur menyerupai keadaan sebenar Animasi adalah pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi dalam aplikasi multimedia mampu menarik perhatian khalayak (penonton, pembaca dan pendengar). Animasi sesuatu yang mustahil atau kompleks berlaku dalam kehidupan sebenar direalisasikan dalam aplikasi tersebut. Pergerakan dapat dilihat pada teks mahupun grafik UNTUK 4 PRINSIP ASAS MULTIMEDIA. YANG HAMPIR SAMA BAGI SETIAP PRINSIP
CIRI-CIRI / PANDUAN Teks yang digunakan mempunyai tujuan Digunakan untuk menimbulkan kesan kepada persembahan Dipilih berdasarkan saiz dan jenis. Dapat menyampaikan maklumat Tidak terlalu banyak Mempunyai tujuan pengg seperti menyampaikan m bahan sastera. Menimbulkan kesan kepa khalayak. Sebagai menyokong teks Dapat memperjelaskan fa Tidak bertentangan denga sensitivitI masyarakat.
22 gunaan aklumat ada akta. an Menjelaskan fakta atau maklumat, peristiwa dan menguatkan cerita yang disampaikan. Menimbulkan kesan penghayatan atau apresiasi. Audio-visual terpilih, sesuai dan berfungsi akan digunakan. Jenis atau genre audio-visual terpilih dan seusai yang akan digunakan. Tempoh masa atau durasi penggunaan audio-visual. Tempo audio-visual yang seimbang. Nada bunyi atau tone audio-visual yang digunakan bersesuaian dan tidak menjejaskan atau menggangu keseluruhan persembahan. Berfungsi dan mempunyai tujuan seperti menyampaikan maklumat bahan sastera. Menimbulkan kesan kepada persembahan. Terpilih dan mengikut kesesuaian. Tidak menimbulkan kekeliruan atau percanggahan maklumat. Tidak mengganggu atau menjejaskan keseluruhan persembahan Tidak terlalu cepat sehingga maklumat yang disampaikan tidak difahami khalayak.
KEPENTINGAN KELEBIHAN Mempersembahkan sesuatu pernyataan perasaan atau konsep yang abstrak. Menimbulkan kesan kepada khalayak Menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna Menggambarkan deria rasa. Merangsang kreativiti Mengelakkan sensitiviti. Menarik minat khalayak Memperjelaskan maklum disampaikan. Grafik yang bersesuaian d mempunyai tujuan pengg kualiti grafik yang bersesu Grafik digunakan secara s atau sebagai penyokong k penggunaan teks grafik harus berkonsepka sastera yang ingin dimultimediakan warna grafik yang sesuai Jenis grafik yang sesuai m sasaran khalayak grafik tidak menyentuh se
23 at yang dan gunaan/ uaian sendirian kepada n bahan mengikut ensitiviti Audio-visual mampu memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar Audio-visual mampu menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan Untuk meneguhkan mesej atau maklumat yang ingin disampaikan Meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan Bebas dari unsur sensitiviti menarik perhatian dan menghidupkan suasana khalayak (seronok) tidak menimbulkan kekeliruan Animasi / pergerakan yang diwujudkan untuk menimbulkan kesan penghayatan tempoh masa yang dipaparkan kemampuan aplikasi mudah diselenggarakan tidak menyentuh isu atau budaya masyarakat mesra pengguna
PERTIMBANGAN Mempersembahan sesuatu pernyataan perasaan atau konsep yang abstrak Menitikberatkan sensitiviti kaum, kepercayaan Memberi informasi Bersifat mesra pengguna Fon mudah dibaca / bersifat universal/konsisten Tidak menimbulkan kekeliruan atau bercanggah dengan maklumat Tidak terlalu banyak Jenis, saiz dan warna fon yang sesuai Alat menjelaskan sesuatu abstrak kepada konkrit Tidak menyentuh sensitiv Alat menyampaikan makl dengan pantas /jelas dan konsisten Mudah dijana atau mesra pengguna Alat meningkatkan kefaha terhadap bahan sastera y dipelajari Digunakan secara bersend atau penyokong kepada t Alat rakaman zaman silam sumber dokumentasi Mesti bersesuaian dan mempunyai tujuan pengg SAMBUNGAN PERTIMBA Alat merangsang tumpua Warna / jenis grafik sesua Media penyampai mesej Menerangkan konsep yan Mempercepatkan proses Maklumat jelas, tepat da Menarik perhatian audie
24 yang viti umat a aman ang dirian eks m / gunaan Ketepatan fakta dan tidak bercanggah dengan peristiwa yang dipaparkan Muzik atau audio-visual tidak menyentuh sensitiviti. Menjelaskan maklumat/kefahaman Kesesuaian genre sastera dengan audio-visual. Tujuan penggunaan audio-visual. Bahan sastera yang digunakan Tempoh masa. Kesan / Nilai tambah Tidak begitu cepat sehingga maklumat tidak difahami oleh khalayak Tidak menyentuh isu atau budaya masyarakat tertentu Berfungsi dan mempunyai tujuan Mudah diselenggara Tidak mengelirukan Mesra pengguna Boleh berdiri sendiri atau sebagai penyokong teks / grafik Tempoh masa paparan / durasi Kesan penghayatan NGAN GRAFIK an khalayak / mengekalkan / menarik minat ai dengan golongan sasaran / maklumat ng sukar s penyampaian sesuatu maklumat n konsisten n
25 CONTOH JAWAB UNTUK 4 ELEMEN ASAS MULTIMEDIA SECARA UMUM Berdasarkan puisi di atas, huraikan bagaimana ciri-ciri prinsip asas multimedia diaplikasikan dalam menghasilkan persembahan multimedia. [25] Multimedia sebagai medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan karya sastera kepada masyarakat atau khalayak. Pengaplikasian teknologi komputer dalam disiplin sastera sebagai media pilihan mengembangkan sastera. Penggunaan teknologi komputer (multimedia) dalam bidang sastera melibatkan penggunaan elemen-elemen multimedia yang terdiri daripada teks, grafik, animasi dan audio visual. Teks- Bahan bertulis atau tulisan atau semua simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai tulisan atau fon yang dapat menyalurkan maklumat. Penggunaan teks yang sewajarnya perlu mempertimbangkan perkara berikut iaitu: - Teks yang digunakan tidak terlalu banyak kerana boleh disampaikan dalam bentuk grafik, animasi dan audio-visual - Teks yang digunakan terpilih / penggunaan ikut kesesuaian fon/saiz - Teks yang digunakan mempunyai tujuan (tajuk, huraian atau informasi). - Teks yang digunakan mengandungi maklumat/menimbulkan kesan kepada persembahan - Fon yang digunakan adalah bersifat universal dan mudah dibaca Contoh jawapan: Pertimbangan dari aspek teks. Penggunaan teks dalam sesuatu persembahan multimedia haruslah diminimakan penggunaannya, kerana grafik, animasi dan audio visual turut membantu dalam menghasilkan persembahan multimedia yang berkesan. Penggunaan teks yang banyak pada monitor adalah menyusahkan dan memenatkan audions untuk membacanya. Kepadatan dan keringkasan teks yang dipilih sesuai kerana memberikan kesan kepada keseluruhan persembahan. Contohnya dalam menghasilkan persembahan multimedia berdasarkan pantun Budi, jumlah teks yang dipaparkan harus diminimakan, iaitu cukup penggunaan pembayang sahaja, kemudian diikuti oleh maksud. Jelaslah pertimbangan penggunaan teks yang minuman tetapi tepat mampu menarik dan memperjalaskan plot cerita. Grafik. Grafik merupakan sebarang paparan visual termasuk lukisan dan kerja seni gambar, foto atau ilustrasi yang digunakan untuk memperjelas maklumat yang disampaikan. Penggunaan grafik yang sewajarnya perlu mempertimbangkan pada tujuan, perjelaskan fakta, tidak menyentuh sensitiviti, dapat menimbulkan kesan dan boleh digunakan sendiri atau menyokong teks. Penggunaan grafik sebagai penyokong jalan cerita akan menjadikan bahan sastera yang dipersembahkan menjadi lebih jelas, mudah difahami dan menarik dilihat. Jika grafik tidak digunakan, maka sudah pasti audiens kurang jelas dan kurang faham dengan jalan cerita tersebut. Contoh ketika cuba menyampaikan cerita “Usia Emas”, ketika teks memerihalkan tentang watak Cikgu Baharum, maka grafik yang bersesuaian dengan gambaran Cikgu Baharum perlu diletakkan agar audiens lebih jelas dengan gambaran watak cikgu tersebut. Kesannya, cerpen tersebut menjadi lebih menarik dan mudah difahami. KESAN CONTOH HURAIAN PRO/KON ULASAN/JELAS FAKTA
26 Animasi. Pergerakan yang diwujudkan untuk menimbulkan kesan kepada pengguna. Pergerakan tersebut dapat dilihat pada teks mahupun grafik. Penggunaan animasi yang sewajarnya perlu mempertimbangkan perkara berikut iaitu: - Animasi yang digunakan terpilih dan disesuaikan mengikut keperluan. - Animasi yang digunakan berfungsi dan mempunyai tujuan. - Animasi yang digunakan menimbulkan kesan kepada persembahan - Animasi yang digunakan tidak terlalu cepat sehingga maklumat yang ingin disampaikan tidak difahami oleh khalayak. Audio-visual. Bunyi bunyian atau muzik yang dapat menimbulkan ransangan dan kesan. Penggunaan audio visual yang sewajarnya perlu mempertimbangkan perkara berikut iaitu: - Audio visual yang digunakan boleh secara sendiri atau sebagai menyokong teks, grafik dan animasi - Audio visual yang digunakan terpilih dan disesuaikan mengikut keperluan - Audio visual yang digunakan berfungsi dan mempunyai tujuan - Audio visual yang digunakan menimbulkan kesan kepada persembahan - Audio visual yang digunakan tidak menimbulkan kekeliruan/bercanggah dengan maklumat yang dinyatakan dalam teks, grafik dan animasi. - Audio visual tidak mengganggu atau menjejaskan keseluruhan persembahan. CONTOH JAWAB 2 Bagaimana/Cara/Langkah Proses Bahan Sastera Setiap Prinsip Asas Multimedia Dipalikasikan. Ciri Bagi Prinsip Asas Multimedia Interaktif Untuk Menghasilkan Persembahan Yang Berasaskan Genre Sastera. Bahan sastera merupakan bahan yang berasaskan genre sastera. Bahan sastera akan menjadi lebih menarik dengan adanya penerapan prinsip asas multimedia secara interaktif. Multimedia sebagai medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan karya sastera kepada masyarakat Prinsip asas multimedia yang boleh diterapkan dalam sesuatu persembahan multimedia ialah teks, grafik dll. Teks merupakan bahan bertulis atau tulisan ataupun semua symbol, huruf abjad, nombor, statistic dan pelbagai tulisan atau fon yang dapat menyalurkan maklumat. Penggunaan teks yang digunakan dalam persembahan multimedia interaktif sewajarnya mengambil kira beberapa perkara iaitu teks yang digunakan tidak terlalu banyak yang melindungi latarbelakang grafik atau gambaran dalam sesuatu paparan. Teks yang digunakan juga perlu mempunyai fungsi atau tujuan iaitu memberi kefahaman yang lebih jelas. Contohnya, dalam persembahan peristiwa pembukaan negeri Melaka, fon teks dan warna fon perlu sesuai, jelas dan tidak terlalu banyak dalam satu paparan bagi menjelaskan peristiwa Raja Iskandar Syah berburu di sungai Bertam. Jika teks terlalu banyak dan fon seta warna yang digunakan tidak sesuai, maka ia akan melindungi grafik dan ini akan menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, dengan pemilihan teks yang baik akan memberi kesan yang menarik dan penjelasan dalam sesuatu persembahan. TEKS
27 Grafik ialah sebarang paparan visual termasuk lukisan dan kerja seni bergambar, foto atau ilutrasi yang digunakan untuk memperjelas maklumat yang disampaikan. Penggunaan garfik dalam persembahan multimedia sewajarnya mengambil beberapa kriteria iaitu grafik yang dipilih mestikan disesuaikan mengikut keperluan dan Contohnya, dalam persembahan peristiwa pembukaan negeri Melaka dalam teks “Sulalatus Salatin”, grafik yang digunakan perlu sesuai dan menarik. Ketika teks menceritakan tentang pelanduk menendang anjing buruan di raja, maka grafik yang dipaparkan perlulah mempunyai grafik pelanduk dan anjing agar sesuai dengan penceritaan yang disampaikan. Dengan ini audiens akan mudah faham dan jelas dengan penceritaan yang disampaikan. Jika grafik yang digunakan kurang bersesuaian, maka sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan dan hambar. Oleh itu, dengan pemilihan grafik yang baik akan menjadikan bahan sastera yang dipersembahkan menjadi lebih menarik dan seronok ditonton oleh setiap lapisan audiens. Audio–visual ialah bunyi-bunyian atau muzik yang dapat menimbulkan rangsangan dan kesan. Penggunaan audio visual ini sangat penting dan penekanan dalam penggunaannya perlu dipertimbangkan tentang audio visual yang digunakan boleh secara sendiri atau dapat menyokong teks, grafik dan animasi. Bersesuaian dengan tajuk dan bahan sastera yang ingin diketengahkan. Audio-visual dapat memberi kesan penghayatan kepada khalayak yang mendalam apabila melihat hasil persembahannya Contohnya, dalam persembahan sajak “Seorang Jemaah”. Sajak ini mengetengahkan nilai keagamaan dan ketakwaan, jadi audio visual yang diaplikasikan hendaklah bersesuaian dengan tajuk iaitu diselitkan dengan lagu nasyid kumpulan Raihan yang bertajuk “Iman”. Hal ini kerana lagu tersebut menggambarkan tentang keimanan seseorang dan berkait dengan solat lima waktu dan ia sesuai dengan bait sajak pada rangkap pertama. Sekiranya, Audio visual yang dimasukkan tidak sesuai dengan jalan cerita dan tema cerita tersebut sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan kepada khalayak atau penonton terhadap hasil persembahan tersebut. Oleh itu, audio-visual ada dalam setiap persembahan. Animasi merupakan satu pergerakan yang diwujudkan untuk menimbulkan kesan yang efektif dan indah kepada bahan yang dipersembahkan. Animasi yang diketengahkan perlulah dapat menyampaikan maklumat dengan mudah difahami oleh khalayak atau penonton. Pergerakan tersebut dapat dilihat pada teks mahupun grafik. Contohnya dalam penghasilan multimedia berkaitan dengan sajak “Dititian Kemerdekaan” animasi yang perlu diambil kira ialah animasi yang sesuai mengikut keperluan iaitu pergerakan teks dalam satu paparan untuk menjelaskan sambutan hari merdekaan yang dicapai mampu memberi kemakmuran kepada anak bangsa hasil pengorbanan perjuang terdahulu. Animasi juga perlu diberikan kepada pergerakan grafik masuk untuk menjadikan persembahan lebih kreatif dan ini dapat menggerakkan imaginasi audiens. Tempoh masa yang dipaparkan tidak terlalu cepat dan mengikut kemampuan aplikasi perisian yang digunakan dapat menjadikan audiens lebih teruja untuk melihat persembahan. Jika terlalu cepat, maka audiens sukat memahami persembahan. GRAFIK Audio-visual Animasi
28 CONTOH JAWAB 3 Berdasarkan Seloka Pak Pandir, huraikan bagaimana ciri-ciri prinsip asas multimedia diaplikasikan dalam menghasilkan persembahan multimedia. Multimedia merupakan gabungan istilah ‘Multi’ yang bermaksud kepelbagaian manakala ‘Media’ bermaksud medium. Oleh itu, Multimedia dapat ditarifkan sebagai Kepelbagaian medium dalam menyampaikan sesuatu. Seloka Pak Pandir merupakan sebuah karya yang mengandungi unsur humor dan kritikan terhadap masyarakat khususnya masyarakat melayu. Antara ciri-ciri asas multimedia ialah penggunaan teks, audio, grafik, dan lain-lain. Penggunaan teks. Teks merujuk kepada sebarang bentuk simbol, huruf, dan nombor dengan pelbagai jenis tulisan, saiz, dan warna. Ciri penggunaan teks dalam persembahan multimedia ialah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, penerapan teks dalam cerita Seloka Pak Pandir. Pengkarya menggunakan tulisan jenis Times New Roman bersaiz 82 dengan warna kuning dalam persembahan multimedia. Penggunaan saiz dan warna ini mampu memudahkan untuk audiens membaca dan memahami apa yang disampaikan. Penggunaan teks ini akan memudahkan proses pemberian informasi kepada audiens supaya lebih jelas dengan apa yang hendak disampaikan. Penggunaan grafik. Grafik merujuk kepada lukisan, lakaran, atau sebarang bentuk ilustrasi sama ada berbentuk 3D atau 2D. Ciri penggunaan grafik dalam persembahan multimedia ialah mampu menjelaskan sesuatu konsep abstrak. Sebagai contoh, penerapan grafik dalam cerita Pak Pandir. Pengkarya menggunakan grafik kucing 2D yang mati dan grafik tikus untuk menerangkan sikap Pak Pandir seperti yang digambarkan dalam seloka iaitu membunuh kucing dan membela tikus. Penggunaan grafik sedemikian ini telah menjelaskan unsur abstrak yang disampaikan dalam penulisan Seloka Pak Pandir. Penggunaan grafik ini akan memberi kefahaman yang lebih kepada audiens berkenaan seloka yang dimultimediakan Penggunaan Audio. Audio merujuk kepada bunyi sesuatu yang terhasil daripada sebarang instrumen ataupun suasana alam. Ciri penggunaan audio dalam persembahan multimedia ialah mampu memberi kesan yang mendalam terhadap penghayatan audiens. Sebagai contoh, penerapan audio dalam persembahan seloka Pak Pandir. Pengkarya menerapkan bunyi guruh dalam persembahan multimedia bagi menggambarkan tindakan Pak Pandir yang mencurahkan air tempayan sebaik mendengar guruh di langit. Penggunaan audio ini dapat memberi kesan perasaan lucu terhadap tindakan Pak Pandir yang digambarkan dalam persembahan. Penggunaan audio ini akan memberi kesan apresiasi yang mendalam terhadap yang disampaikan melalui persembahan multimedia ini. Penggunaan Animasi. Animasi merujuk kepada sebarang pergerakan yang berlaku pada sesuatu objek dalam persembahan multimedia. Ciri penggunaan animasi dalam persembahan multimedia ialah mampu menarik minat audiens. Sebagai contoh, penerapan animasi dalam persembahan seloka Pak Kaduk. Pengkarya menggunakan beberapa jenis animasi seperti pergerakan grafik dan teks. Pengkarya menggunakan kaedah ‘Bounce’ terhadap grafik Pak Pandir manakala animasi ‘Typewritter’ pada bait teks seloka bagi menceriakan persembahan. Penerapan animasi terhadap teks dan grafik ini mampu menarik minat audiens terhadap karya sastera ini tidak kira lapisan umur. Penggunaan animasi ini akan mengelakkan audiens berasa bosan semasa menonton persembahan multimedia seloka Pak Pandir ini.
29 Pengekalan keaslian karya. Dalam memultimediakan sesebuah karya sastera, pengkarya tidak sepatutnya mengubah aspek estatika, pemikiran, dan ilmu dalam penyampaian maklumat berkenaan bahan yang disasterakan. Dalam pengekalan keaslian karya sastera ini pengkarya tidak sepatutunya melakukan tokok tambah dan pengubahsuai secara peribadi. Sebagai contoh, pengkarya mengekalkan keaslian latar tempat dalam seloka Pak Pandir. Pengkarya menggunakan grafik tumbuhan seperti pokok rambutan dan pisang. Pemaparan tumbuhan ini jelas menggambarkan suasana latar kampung yang dipaprkan dalam latar seloka Pak Pandir. Pengekalan latar ini dapat memastikan generasi akan mendapat maklumat yang betul. Pengekalan keaslian karya sastera ini akan menyebabkan karya sastera ini akan terus dikenali oleh generasi akan datang. Oleh itu, jelaslah bahawa dalam penghasilan mutlimedia ini terdapat ciri-ciri prinsis asas multimedia yang perlu diaplikasikan dalam persembahan multimedia. Diharapkan dengan adanya ciri-ciri ini dapat meningkatkan kualiti penghasilan multimedia yang dihasilkan. CONTOH JAWAB 4 Huraikan prinsip asas multimedia dalam sastera yang perlu diaplikasi untuk menghasilkan persembahan multimedia berdasarkan cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan” seperti yang termuat dalam Teks Permata Melayu. Multimedia merupakan pelbagai jenis media, seperti slide, televisyen dan sebagainya terutama dalam membuat persembahan seperti mengajar, mendidik dan menunjuk cara berkait dengan produk, program yang melibatkan empat elemen asas multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio. Multimedia dalam sastera merupakan penggunaan pelbagai aplikasi komputer untuk mempersembahkan bahan sastera dengan menggarapkan semua elemen asas multimedia. Cerpen “Anak-anak yang bergelimpangan” memaparkan kisah kehidupan ikan di sungai yang tergugat akibat ketamakan sikap manusia dan pencemaran yang dilakukan. Antara prinsip asas yang ada ialah teks, grafik dan animasi. Penggunaan teks. Teks merujuk kepada sebarang bentuk simbol, huruf, dan nombor dengan pelbagai jenis tulisan, saiz, dan warna. Teks dalam persembahan multimedia dapat memberi gambaran yang jelas tentang plot dan latar cerita. Sebagai contoh, penerapan teks dalam cerpen “Anak-anak yan bergelimpangan”. Pengkarya menggunakan tulisan jenis Times New Roman bersaiz 82 dengan warna hijau dalam persembahan multimedia bagi menggambarkan unsur alam sekitar iaitu sungai. Penggunaan saiz dan warna ini mampu memudahkan untuk audiens membaca dan memahami apa yang disampaikan. Penggunaan teks ini akan memudahkan proses pemberian informasi kepada audiens supaya lebih jelas dengan apa yang hendak disampaikan. Penggunaan grafik. Grafik merujuk kepada lukisan, lakaran, atau sebarang bentuk ilustrasi sama ada berbentuk 3D atau 2D. Ciri penggunaan grafik dalam persembahan multimedia ialah mampu menjelaskan sesuatu konsep abstrak dan sukat difahami. Sebagai contoh, penerapan grafik dalam cerpen “Anak-anak yang bergelimpangan”. Pengkarya menggunakan grafik ikan yang mati bergelimpangan untuk menerangkan tentang penginayaan yang berlaku akibat kerakusan sikap manusia dalam mencari rezeki. Penggunaan grafik sedemikian akan menjelaskan unsur abstrak yang ingin disampaikan dalam cerita tersebut. Penggunaan grafik ini akan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada khalayak.
30 Penggunaan Audio. Audio merujuk kepada bunyi-bunyian atau muzik yang dapat menimbulkan rangsangan, kesan dan menyentuh emosi khalayak. Ciri penggunaan audio seperti bunyi air sungai, bunyi kocakan tuba dan suasana cemas di Balai raya mampu memberi kesan yang mendalam terhadap penghayatan cerita yang cuba disampaikan. Sebagai contoh dalam cerpen “Anak-anak yang bergelimpangan”, audio air sungai yang mengalir dapat memberi ketenangan dan gambaran keindahan sungai Tengas. Penggunaan audio ini dapat menyentuh emosi khalayak untuk memahami penceritaan yang cuba disampaikan. Kesan khalayak akan lebih teruja untuk menonton. Penggunaan Animasi. Animasi merujuk kepada sebarang pergerakan yang berlaku pada sesuatu objek dalam persembahan multimedia. Penggunaan animasi pada teks dan grafik mampu menggerakan imaginasi khalayak. Sebagai contoh, penerapan animasi dalam persembahan “Anakanak yang bergelimpangan”, pengkarya menggunakan beberapa jenis animasi seperti pergerakan “Zoom in” kepada grafik dan “Bounce” kepada teks dapat menceriakan persembahan. Penerapan animasi terhadap teks dan grafik ini mampu menarik minat audiens terhadap karya sastera ini tidak kira lapisan umur. Penggunaan animasi ini akan mengelakkan audiens berasa bosan semasa menonton persembahan multimedia ini. Oleh itu, jelaslah bahawa dalam penghasilan mutlimedia ini terdapat ciri-ciri prinsis asas multimedia yang perlu diaplikasikan dalam persembahan multimedia. Diharapkan dengan adanya ciri-ciri ini dapat meningkatkan kualiti penghasilan multimedia yang dihasilkan. CONTOH JAWAB 5 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya. Maka Seri Rakna Wikrama pun menyuruh memanggil Badang; maka Badang pun datang mengadap. Maka titah baginda, "Esok hari Badang kita adu bermain dengan Benderang." Maka sembah Badang, "Tuanku, adalah akan Benderang pada zaman ini pahlawan gagah bukan barang-barang perkasanya tuanku, telah masyhurlah pada segala negeri. Jikalau patik alah tiadakah duli tuanku malu? Pada fikir hati patik jikalau duli Yang Dipertuan hendak mengadu patik dengan dia, baik tuanku panggil pada malam ini Benderang itu, anugerahi ayapan supaya patik lihat kelakuannya. Jikalau patik dapat melawan dia patik lawanlah, tuanku; jikalau tidak terlawan oleh patik jangan patik diberi bermain dengan dia." Maka titah baginda, "Benarlah bicaramu itu." Setelah hari malam, baginda pun menyuruh memanggil Benderang dengan Tun Perpatih Pandak dan segala temannya. Setelah ia datang mengadap, maka dianugerahi ayapan makan minum bersuka-sukaan. Adapun akan Benderang berhampir duduk dengan Badang; maka oleh Badang disesaknya Benderang, maka oleh Benderang ditindihnya pahanya dan ditekannya sungguh-sungguh. Maka oleh Badang dibangkitnya pahanya, terangkat paha Benderang. Maka oleh Badang pula ditindihnya paha Benderang, maka oleh Benderang hendak diangkatnya pahanya, tiada terangkat. Adapun akan kelakuan Badang dengan Benderang itu, seorang pun tiada tau, melainkan dianya berdua juga yang tau. Setelah sejam lamanya, maka segala utusan itu pun mabuklah, sekaliannya bermohonlah kembali ke perahunya, Adapun Tun Perpatih Pandak, setelah sampai ke perahunya, maka Benderang berkata pada Perpatih Pandak, “Jikalau dapat dengan bicara tuan Hamba, janganlah Hamba diadu dengan Badang itu; jikalau tiada terlawan oleh Hamba, kerana pada pemandangan Hamba, ia terlalu perkasanya." Maka kata Tun Perpatih Pandak, "Baiklah, mudah juga Hamba membicarakan dia," Setelah itu maka hari pun sianglah.
31 Berdasarkan petikan di atas, huraikan bagaimana prinsip asas multimedia diaplikasikan. [25] Pendahuluan (3) Pengenalan umum kepada multimedia Prinsip asas multimedia Kegunaan/fungsi/tujuan setiap prinsip asas Isi (20) Teks-Bahan bertulis atau tulisan atau semua symbol, huruf, abjad, nombor, statistic dan pelbagai tulisan atau fon yang dapat menyalurkan maklumat. ❖ Teks tidak telalu banyak ❖ Penggunaan fon yang sesuai ❖ Saiz fon yang sesuai ❖ Fon yang digunakan universal ❖ Fon yang dipilih haruslah konsisiten agar lebih bersifat mesra pengguna Grafik-Sebarang paparan visual termasuk lukisan dan kerja seni gambar, foto atau ilustrasi yang digunakan untuk memperjelas maklumat yang disampaikan. ❖ Grafik digunakan secara sendirian atau sebagai penyokong kepada penggunaan teks ❖ Grafik yang sesuai dan mempunyai tujuan penggunaan ❖ Grafik harus berkonsepkan bahan sastera yang dimultimediakan ❖ Grafik yang tidak menyentuh sensitivity ❖ Warna grafik yang sesuai ❖ Jenis grafik yang sesuai dengan sasaran pengguna ❖ Kualiti grafik yang bersesuaian dan boleh dibuka di mana-mana computer atau alatan multimedia (mesra pengguna) Audio/Visual-Bunyi-bunyian atau muzik yang dapat menimbulkan rangsangan dan kesan ❖ Sesuai dan memberikan kesan penghayatan ❖ Tempoh masa yang dipaparkan dan kemampuan aplikasi ❖ Mudah diselenggarakan ❖ Tidak menimbulkan kekeliruan ❖ Tidak menyentuh isu sensitif atau budaya masyarakat ❖ Mesra pengguna Animasi-Pergerakan yang diwujudkan untuk menimbulkan kesan kepada pengguna. Pergerakan tersebut dapat dilihat pada teks mahupun grafik. ❖ Sesuai dan memberikan kesan penghayatan ❖ Tempoh masa yang dipaparkan dan kempuan aplikasi ❖ Mudah diselenggarakan ❖ Tidak menimbulkan kekeliruan ❖ Tidak menyentuh isu sensitif atau budaya masyarakat ❖ Mesra pengguna Boleh ambil mana-mana fakta untuk diulang bagi cukupkan 5 isi
32 SOALAN MENGGUNAKAN PETIKAN YANG BERBEZA NAMUN KEHENDAK SOALAN SAMA DAN JAWAPAN SAMA SEPERTI DI ATAS Syahadan datanglah ke Teluk Belanga, maka kenaikan itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam. Maka titah baginda, "Apa yang ada lagi di dalam perahu itu, maka tiada ia mahu timbul ini?" Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat patik, kalau sebab mahkota kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya." Maka diambil mahkota itu, lalu diletakkan baginda ke air. Sekonyong-konyong teduhlah ribut itu dan ombak pun tenang seperti air di dalam balang. Maka didayungkan oranglah ke pantai; setelah datang ke pantai maka baginda pun turunlah, membawa isteri baginda diiringkan mendara perwara sekelian, bermain di padang Temasek itu. Maka segala perahu yang banyak itu pun datanglah semuanya berkampung, dan segala Orang Besar-besar itu turun dengan isterinya mengadap baginda dua laki isteri. Maka Seri Teri Buana pun berangkat melihat tanah Temasek itu diiringkan segala Orang Besar-besar. Dipandang baginda terlalu molek perbuatan tanah itu, bukit tanahnya dan rata di atasnya, dan padang di negaranya. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny],2012 Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) Berdasarkan petikan di atas, huraikan bagaimana setiap prinsip asas multimedia diaplikasikan [25]
33 CONTOH JAWAB UNTUK 4 ELEMEN ASAS MULTIMEDIA - TEKS “Teks merupakan prinsip asas multimedia”. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan pertimbangan untuk mengaplikasikan teks dalam menghasilkan persembahan multimedia yang bersumberkan bahan sastera. [25] Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan statistik. Teks menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan dalam multimedia. Antara pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum mengaplikasikan teks ialah warna tulisan dan saiz teks. Teks yang digunakan tidak terlalu banyak. Penggunaan teks seharusnya tidak terlalu banyak iaitu tidak melebihi satu per tiga daripada skrin. Teks yang ringkas adalah lebih efektif dan seharusnya tidak mengganggu / menutup grafik. Ini menjadikan persembahan kelihatan lebih menarik. Jika sekiranya teks yang dimuat turun dalam persembahan multimedia terlalu banyak ianya akan menyebabkan elemen-elemen multimedia yang lain akan terhalang dan mengganggu konsentrasi khalayak. Kerana ianya (karya sastera) juga boleh disampaikan dalam bentuk grafik, animasi dan audio visual. Contohnya, pengkarya perlu mempamerkan maklumat yang penting sahaja. Hal ini dapat dilihat pada teks yang berkait dengan rakyat yang ramai terkorban kerana berkubukan betis ketika serangan todak dalam episod “Singapura dilanggar todak”. Teks yang dinyatakan tidak seharusnya memenuhi ruangan paparan sehinggakan grafik yang dipaparkan tidak jelas kerana diliputi paparan teks yang banyak. Cukup sekadar menulis perkatan “semua terkorban” dan berwarna merah. Hal ini secara tidak langsung memberi penhayatan khalayak berkaitan dengan pembunuhan yang berlaku. Kesannya, persembahan dapat menyentuh emosi audiens ketika melihatnya. Penggunaan jenis fon yang sesuai/ Pemilihan stail tulisan. Jenis teks yang hendak digunakan perlu disesuaikan berdasarkan khalayak/golongan sasar. Jenis fon yang mudah dibaca akan memeberikan impak yang lebih berkesan. Sekiranya menggunakan jenis fon yang tidak sesuai ini boleh menjejaskan minat khalayak terhadap persembahan multimedia tersebut. Contohnya dalam mengetengahkan puisi tradisional Talibun ”Keindahan dan Kemakmuran Negeri”, jenis fon perlulah yang sesuai. seperti jenis fon Arial atau times new roman yang merupakan fon yang popular dan mudah dibaca oleh semua lapisan. Jelaslah penggunaan jenis fon yang sesuai akan membantu khalayak menerima persembahan multimedia dan menjadikannya lebih menarik dan berkesan. Penggunaan saiz fon yang sesuai mengikut tujuan/tahap/khalayak. Penggunaan saiz fon dalam persembahan multimedia juga mengambil kira mengikut tujuan/tahap/khalayak serta golongan sasaran, sepertimana yang disarankan saiz fon mestilah sekurang-kurangnya, untuk tajuk 14 hingga 48 poin, manakala untuk subtajuk pula separuh daripada saiz tajuk dan untuk isi kandungan antara 10 hingga 12 point. Jika tidak dipastikan saiz yang sesuai, maka sudah tentu maklumat atau informasi yang hendak disampaikan tidak kesampaian. Sekiranya golongan yang disasarkan adalah kanak-kanak, maka teks yang dipertimbangkan perlulah ringkas, padat, tepat, pemilihan warna yang menarik dan stail tulisan yang mudah untuk dibaca. Contoh keita menyampaikan cerita ”Hikayat Pelanduk Jenaka” jenis fon Calibari bersaiz 70 akan dugunakan kerana jenis fon dan saiz ini jelas dan mudah dibaca. Kesannya, persembahan jalan cerita akan menjadi mudah difahami dan dikuasai oleh audiens KESAN CONTOH HURAIAN PRO/KON ULASAN/JELAS FAKTA
34 Teks mempunyai tujuan/ Kenal pasti tujuan pengguaan teks. Teks yang digunakan perlu mempunyai tujuan yang jelas iaitu memberi kefahaman jalan cerita, menarik minat dan dapat menggerakkan imaginasi khalayak. Sekiranya teks tidak mempunyai tujuan, maka teks yang digunakan akan sia-sia dan hadir sebagai pengganggu serta tidak mempunyai fungsi. Contohnya Teks Comic Sans bersaiz 90 digunakan untuk “Hikayat Pelanduk Jenaka” menceritakan tentang badak yang ketakutan dapat menarik perhatian dan minat khalayak terutama yang terdiri daripada kanak-kanak. Teks yang dipilih perlu konsisten. Teks yang dipilih perlu konsisten dari segi jenis/stail font agar lebih bersifat mesra pengguna. Terdapat 3 jenis stail tulisan iaitu bold, italic dan bergaris. Sekiranya teks yang dipilih tidak konsisten maka khalayak sukar untuk membezakan sesuatu isi kandungan. Contohnya, teks yang digunakan perlu konsisten dari segi saiz iaitu 12, berwarna hitam dan jenis font Times New Roman ketika menceritakan tentang kejadian menuba ikan di hulu syngai Tengas oleh Pak Kasa dan rakan-rakan dalam cerpen “Anak-anak yang bergelimpangan”. Pemilihan teks yang konsisten mampu meningkatkan kejelasan peristiwa yang berlaku. Teks memberi kesan kepada persembahan. Penggunaan teks yang sesuai mampu memberi kesan dan impak kepada persembahan khususnya kesan emosi seperti gembira, berduka, cemas, menyeramkan dan lain-lain. Ini kerana teks mampu menjelaskan maksud yang hendak disampaikan oleh pihak yang menyediakan persembahan. Selain teks menjadi bahan bantu untuk menterjemahkan keseluruhan persembahan kepada khalayak, ia juga dapat menyentuh emosi khalayak. Sekiranya teks yang digunakan tidak memberi kesan kepada persembahan maka persembahan tersebut tidak dapat menarik perhatian khalayak. Contohnya penggunaan teks “lari lari. Penggunaan jenis fon ravie berwarna merah untuk memberi petanda bahaya ketika peristiwa ikan-ikan dituba dalam cerpen “Anak-anak Yang Bergelimpangan” mampu menimbulkan kesan cemas kepada audien. Ringkas dan padat. Penggunaan teks seharusnya tidak terlalu banyak iaitu tidak melebihi satu per tiga daripada skrin. Teks yang ringkas adalah lebih efektif dan seharusnya tidak mengganggu / menutup grafik. Ini menjadikan persembahan kelihatan lebih menarik. Sekiranya teks yang digunakan terlalu panjang maka ianya akan mengganggu konsentrasi khalayak. Contohnya, teks “Usia Emas” yang digunakan untuk menggambarkan cara Cikgu Baharum menjaga kesihatan diri, cukup sekadar menulis “Senaman Radio Taisyo” dan disertakan dengam brafik, audio dan animasi yang bersesuaian. Kesannya gambaran peristiwa menjadi lebih menarik, kemas dan mudah difahami. Teks dapat menyampaikan maklumat. Teks sepatutnya dapat menyampaikan maklumat mengenai karya sastera yang dimultimediakan secara lebih berkesan. Contoh, warna teks yang dipilih iaitu warna kuning bagi menggambarkan kedaulatan diraja ketika menerangkan tentang Sultan Muzaffar Syah dalam teks “Sulalatus Salatin” (Sejarah Melayu). Fon yang dipilih untuk dipersembahkan adalah bersifat universal Konsisten agar ianya lebih bersifat mesra pengguna Rumusannya teks yang dipilih perlulah sesuai agar multimedia yang dihasilkan dapat menyampaikan maklumat dan memberi kesan kepada khalayak. Harapan agar persembahan karya bahan sastera diperbagaikan lagi medium persembahannya dengan Garapan fon yang perlbagai dan menarik.
35 CONTOH JAWAB 2 Huraikan ciri-ciri teks dalam persembahan multimedia yang menggunakan bahan sastera. Meskipun untuk soalan ini pelajar menjawab ciri-ciri, namu terdapat fakta yang menyerupai fakta pertimbangan / kewajaran teks yang ingin digunakan. Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan statistik. Teks menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan dalam multimedia. Antara ciri-ciri yang perlu dilakukan sebelum mengaplikasikan teks ialah warna tulisan dan saiz teks. Teks yang digunakan tidak terlalu banyak. Penggunaan teks dalam sesuatu persembahan multimedia haruslah diminimakan penggunaannya, kerana grafik, animasi dan audio visual turut membantu dalam menghasilkan persembahan multimedia yang berkesan. Penggunaan teks yang banyak pada monitor adalah menyusahkan dan memenatkan audions untuk membacanya. Kepadatan dan keringkasan teks yang dipilih sesuai kerana memberikan kesan kepada keseluruhan persembahan. Contoh – pelajar perlu beri tajuk cerita/puisi yang ditanya/umum dan kemudian kaitkan dengan fakta dan cara menggunakannya seperti contoh yang terdapat pada jawapan di atas atau pada contoh jawapan maklumat 3 di bawah seperti yang terdapat dalam contoh jawapan 1. Penggunaan jenis fon yang sesuai. Penggunaan jenis fon juga haruslah sesuai berdasarkan khalayak/golongan sasar kerana fon membantu untuk mendapatkan perhatian kepada sesuatu teks pada skrin. Kesilapan pemilihan fon akan memberi kebosanan kepada pengguna dalam menerima sesuatu maklumat yang hendak disampaikan. Pemilihan jenis fon yang bersesuian, isi kandungan atau situasi yang berbeza kelihatan lebih hidup dan menarik. Penggunaan saiz fon yang sesuai. Penggunaan saiz fon mestilah sesuai mengikut tujuan/tahap/khalayak serta golongan sasaran juga perlu diambil kira agar persembahan tersebut mampu menarik minat khalayak, sepertimana yang disarankan saiz fon mestilah sekurangkurangnya, untuk tajuk 14 hingga 48 poin,manakala untuk subtajuk pula separuh daripada saiz tajuk dan untuk isi kandungan antara 10 hingga 12 poin. Fon yang dipilih untuk dipersembahkan adalah bersifat universal (sarwajagat). Fon yang digunakan sebaiknya bersifat universal dan boleh diaplikasikan di mana-mana kmputer atau perisian multimedia yang lazim digunakan. Sekiranya pengguna tidak boleh membaca teks yang disediakan maka mereka Teks yang dipilih haruslah konsisten. Fon yang dipilih haruslah konsisten agar lebih bersifat mesra pengguna (user friendly). Terdapat 3 jenis stail tulisan iaitu bold, italic dan garisan . Stail tulisan digunakan bagi memberi penekanan atau membezakan sesuatu isi kandungan. Oleh itu pemilihan stail tulisan perlu dipilih secara bijak begitu juga dengan penggunaan warna. Teks yang dipilih harus mempunyai tujuan. Sebelum memilih teks, Kenal pasti tujuan pengguaan teks dalam sesuatu persembahan agar ianya lebih berkesan
36 CONTOH JAWAB 3 Jelaskan kelebihan elemen teks dalam multimedia berbanding dengan elemen teks tulisan secara konvansional / tradisional dalam menyebarkan karya sastera. [25] Elemen teks multimedia Teks tradisonal / konvasional F1 Bersifat dinamik Statik – membosankan F2 Boleh dipelbagaikan bentuk bersembahan Terhad F3 Reka Letak yang kreatif - Teks dalam multimedia boleh diletak pada skrin dalam pelbagai posisi mengikut keperluan dan golongan sasar. Terhad - memerlukan ruang dan merugikan ruang. F4 Boleh digabungkan dengan elemen multimedia yang lain – animasi -Boleh dikombinasikan dengan elemen multimedia yang lain seperti animasi. Teks boleh digerakkan mengikut animasi yang dipilih Terhad -Teks tulisan statik dan hanya mampu digabungkan dengan garfik sahaja. F5 Rupa taip dan fon yang boleh disesuaikan dengan golongan sasar - Teks dalam multimedia mempunyai variasi yang boleh diselaraskan dengan golongan sasaran khalayak Terhad - memerlukan kos yang banyak dan tidak effisyen. F6 Pemilihan stail tulisan dan warna boleh dipelbagaikan - Stail tulisan teks yang pelbagai memberi kelainan begitu juga dengan pilihan warna boleh dipelbagaikan serta boleh diubah bagi disesuaikan dengan golongan sasar. Terhad - memerlukan kos yang tinggi dan perubahan tidak boleh dilakukan setelah ianya dicetak. F7 Ringkas dan padat - teks multimedia mudah difahami dan dihayati kerana turut dibantu oleh elemen multimedia yang lain seperti animasi dan audio-visual. Teks dimaksimumkan sepenuhnyamembosankan - panjang dan memerlukan masa yang lama serta menimbulkan rasa jemu untuk memahaminya. F8 Dinikmati oleh pelbagai indera secara serentak Terhad pada satu pancaindera sahaja.
37 CONTOH MENGHURAIKAN ISI Penggunaan stail tulisan dan warna yang dipelbagaikan. Stail dan warna teks yang pelbagai dapat menarik minat audien untuk membaca. Kepelbagaian stail dan warna teks dalam persembahan multimedia mampu meningkatkan kefahaman dan menjadikan persembahan menarrik dan hidup. Berbeza dengan stail dan warna teks dalam bahan tradisional. Warna hitam yang digunakan kurang menarik dan statik akan memberi impak yang membosankan. Lebih-lebih lagi harga pencetakan yang mahal jika teks tersebut bewarna-warni. Contoh dapat dilihat apabila penulis cuba mengetengahkan cerita hikayat seperti “Hikayat Hang Tuah”. Teks yang berwarna hitam dan stail penulisan menjadikan teks tersebut hambar dan kurang menarik berbanding jika hikayat tersebut dimultimediakan. Dengan garapan teks yang berwarna-warni, grafik yang sesuai, audio dan animasi ketika Hang Tuah berlawan dengan Taming Sari dapat menimbulkan rasa cemas. Selain itu ia dapat mengangkat hikayat tersebut menjadi kesukaan setiap lapisan audien dan audien mudah fahan dengan apa yang cuba disampaikan. Jelaslah penggunaan stail dan warna teks yang dimultimediakan dapat membantu khalayak menerima persembahan bahan sastera yang ingin disampaikan dan menjadikannya lebih menarik dan berkesan berbanding cara tradisional. CONTOH JAWAB 4 Teks merupakan prinsip asas multimedia. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan pertimbangan untuk mengaplikasikan teks dalam menghasilkan persembahan multimedia yang bersumberkan bahan sastera. [25] Teks ialah huruf, simbol, abjad, nombor, statistik. Pelbagai jenis tulisan dan font bagi membentuk satu makna yang boleh difahami. Teks juga merupakan salah sati prinsip asas multimedia. Teks mempunyai tujuan, teks yang sesuai dengan khalayak, teks yang dipilih perlu konsisten, memberi kesan kepada persembahan, ringkas dan padat serta teks dapat menyampaikan maklumat. (Ayat penjelasan boleh dijadikan sebagai ayat pro dan diikuti dengan ayat kontra iaitu jika……maka. Apabila digabungkan ayat keduanya barulah dikatakan ayat perbincangan. Ayat perbincangan wajib ada ayat pro dan ayat kontra – 1 M Ringkas dan padat. Penggunaan teks seharusnya tidak terlalu banyak iaitu tidak melebihi satu per tiga daripada skrin. Teks yang ringkas adalah lebih efektif dan seharusnya tidak mengganggu / menutup grafik. Ini menjadikan persembahan kelihatan lebih menarik. Sekiranya teks yang digunakan terlalu panjang maka ianya akan mengganggu konsentrasi khalayak. Contohnya, teks “Tiba-tiba” yang digunakan untuk memberi gambaran unsur suspen ketika menceritakan situasi yang berubah ketika kedatangan tiga anak Raja Suran ke Bukit Si Guntang” dalam teks “Sulalatus Salatin”. Teks mempunyai tujuan. Teks yang digunakan perlu mempunyai tujuan yang jelas samada untuk menarik perhatian atau minat khalayak. Sekiranya teks tidak mempunyai tujuan,
38 maka teks yang digunakan akan sia-sia dan hadir sebagai pengganggu serta tidak mempunyai fungsi. Contohnya Teks Comic Sans digunakan untuk “Hikayat Pelanduk Jenaka” untuk menarik perhatian dan minat khalayak yang terdiri daripada kanak-kanak. Teks yang sesuai dengan khalayak/sasaran. Penggunaan teks dalam persembahan multimedia juga mengambil kira golongan / pihak yang akan dijadikan sasaran. Teks perlu dipilih dan diselaraskan dengan kelompok yang menjadi sasaran. Sekiranya teks yang digunakan tidak sesuai, maka informasi/maklumat yang hendak disampaikan tidak dapat membantu memberi kefahaman kepada khalayak. Contoh, sekiranya golongan yang disasarkan adalah kanak-kanak, maka teks yang dipertimbangkan perlulah ringkas, padat, tepat, pemilihan warna yang menarik dan stail tulisan yang mudah untuk dibaca. Khalayak dewasa lebih sesuai jika jenis dan saiz fon seragam seperti fon Consstantina untuk cerpen “Melankoli di Atas Rumput” Teks yang dipilih perlu konsisten. Teks yang dipilih perlu konsisten dari segi jenis/stail font agar lebih bersifat mesra pengguna. Terdapat 3 jenis stail tulisan iaitu bold, italic dan bergaris. Sekiranya teks yang dipilih tidak konsisten maka khalayak sukar untuk membezakan sesuatu isi kandungan. Contohnya, teks yang digunakan perlu konsisten dari segi saiz iaitu 12, berwarna hitam dan jenis font Times New Roman ketika menyampaikan bait-bait puisi yang ada dalam sajak “Menyonsong Arus” Teks memberi kesan kepada persembahan. Penggunaan teks yang sesuai mampu memberi kesan dan impak kepada persembahan khususnya kesan emosi seperti gembira, berduka, cemas, menyeramkan dan lain-lain. Ini kerana teks mampu menjelaskan maksud yang hendak disampaikan oleh pihak yang menyediakan persembahan. Selain itu teks adalah sebagai bahan bantu untuk menterjemahkan keseluruhan persembahan kepada khalayak. Sekiranya teks yang digunakan tidak memberi kesan kepada persembahan maka persembahan tersebut tidak dapat menarik perhatian khalayak. Contohnya penggunaan teks menyatakan “Air sungai berubah warna akibat tuba” ketika peristiwa ikan-ikan dituba dalam cerpen “Anak-anak Yang Bergelimpangan” dapat memberi kesan cemas kepada audien. Teks dapat menyampaikan maklumat. Teks sepatutnya dapat menyampaikan maklumat mengenai karya sastera yang dimultimediakan. Contoh, warna teks yang dipilih iaitu warna kuning menggabarkan warna diraja menyatakan dalam “Sulalatus Salatin” (Sejarah Melayu), iaitu memberi gambaran tentang latar zaman kesultanan Melayu Melaka ketika itu. Rumusannya teks yang dipilih perlulah sesuai agar multimedia yang dihasilkan dapat menyampaikan maklumat dan memberi kesan kepada khalayak. Pengkarya perlu menggunaan teks yang ringkas dan jelas penting agar dapat menghasilkan persembahan yang menarik dan bermakna.
39 CONTOH JAWAB 5 Huraikan ciri-ciri teks dalam persembahan multimedia yang menggunakan bahan sastera. Teks yang digunakan tidak terlalu banyak/ringkas dan padat. Teks yang ringkas bermaksud teks yang sedikit, padat namun sesuai untuk mejelaskan apa yang cuba disampaikan. Situasi ini penting kerana karya sastera juga akan disampaikan dalam bentuk grafik, animasi dan audio visual ketika persembahan. Jika sekiranya teks yang dimuat turun dalam persembahan multimedia terlalu banyak ianya akan menyebabkan elemen-elemen multimedia yang lain akan terhalang. Teks yang meleret-leret juga boleh mengelirukan audiens dan menimbulkan kebosanan. Ia juga boleh melindungi grafik dan menyukarkan pemahaman audiens. Contohnya, penceritaan prosa “Hikayat Nabi Wafat” yang hendak diketengahkan perlu disaring dan dipilih agar bersesuaian dengan prinsip asas multimedia yang lain. Apabila pengkarya ingin menyampaikan peristiwa Aksyah menuntut hutang terhadap Baginda, maka pengkarya hanya perlu menggunakan ayat “Akasyah pun menuntut hutangnya dan dikuti dengan garapan elemen yang lain seperti grafik dan audio. Penggunaan teks yang sederhana akan memberi kesan penghayatan kepada khalayak. Justeru ciri teks yang digunakan mesti padat dan tepat agar dapat menyampai maklumat dengan berkesan. Penggunaan jenis fon yang sesuai. Jenis fon teks yang hendak digunakan perlu disesuaikan berdasarkan khalayak atau golongan sasar. Fon yang mudah dibaca perlu digunakan untuk kanakkanak. Sekiranya menggunakan jenis fon yang tidak sesuai seperti penulisan yang menggunakan italik stail dan bersambung akan menjejaskan minat khalayak terhadap persembahan multimedia tersebut kerana sukar untuk dibaca. Contohnya dalam mengetengahkan puisi tradisional Teromba, jenis fon perlulah yang sesuai seperti jenis fon Arial atau Times New Roman yang merupakan fon yang popular. Dengan ini semua khalayak berminat untuk membaca puisi yang cuba disampaikan. Jelaslah penggunaan jenis fon yang sesuai akan membantu khalayak menerima persembahan multimedia dan menjadikannya lebih menarik dan berkesan. Penggunaan saiz fon yang sesuai mengikut tujuan/tahap/khalayak. Penggunaan saiz fon dalam persembahan multimedia juga mengambil kira mengikut tujuan/tahap/khalayak serta golongan sasaran, sepertimana yang disarankan saiz fon mestilah sekurang-kurangnya, untuk tajuk 14 hingga 48 poin, manakala untuk subtajuk pula separuh daripada saiz tajuk dan untuk isi kandungan antara 10 hingga 12 point. Jika tidak dipastikan saiz yang sesuai, maka sudah tentu maklumat atau informasi yang hendak disampaikan tidak kesampaian. Sekiranya golongan yang disasarkan adalah kanak-kanak, maka teks yang dipertimbangkan perlulah ringkas, padat, tepat, pemilihan warna yang menarik dan stail tulisan yang mudah untuk dibaca. Contoh keita menyampaikan cerita ”Hikayat Pelanduk Jenaka” jenis fon Calibari bersaiz 70 akan dugunakan kerana jenis fon dan saiz ini jelas dan mudah dibaca. Kesannya, persembahan jalan cerita akan menjadi mudah difahami dan dikuasai oleh audiens Dapat menyampaikan maklumat. Teks mestilah mampu menyampaikan maklumat atau pengetahuan kepada khalayak dengan cepat dan tepat sebagaimana kehendak asal dalam karya. Khalayak boleh membaca, mentafsir dan memahaminya dengan jelas. Oleh itu, penggunaan teks yang minimum tetapi tepat mampu menyampaikan maklumat serta menarik dan memudahkan pemahaman audiens. Contoh, warna teks yang dipilih iaitu warna kuning bagi menggambarkan kedaulatan diraja ketika menerangkan tentang Sultan Muzaffar Syah dalam teks “Sulalatus Salatin” (Sejarah Melayu). Kesannya khalayak dapat menguasai jalan cerita yang disampaikan.
40 Dapat menimbulkan kesan kepada persembahan. Penyampaian bahan sastera sepatutnya dapat meninggalkan kesan penghayatan kepada khalayak. Kesan ini dapat menyentuh emosi dan jiwa khalayak untuk menjiwai dan memahami persembahan. Teks yang baik akan meninggalkan kesan ke atas emosi khalayak sama ada hiburan, pengajaran, pengharapan, kesedihan dan sebagainya. Jika persembahan hambar dan tidak memberi kesan, maka persembahan tersebut tidak akan mendapat sambutan daripada khalayat. Contohnya ketika menyampaikan cerpen “Melankolik Di atas Rumput”, pengkarya perlu menggarapkan teks, grafik, animasi dan audia yang memberi gambaran tentang siksaan yang berlaku ke atas orang yang engkar arahan Tuhan. Grafik api yang marak menyala dan audio jeritan orang yang kesakitan mampu mnyentuuh emosi dan jiwa khalayak. Kesannya, wujud rasa takut dan insaf dalam diri khalayak ketika menonton persembahan tersebut. Fon yang dipilih untuk dipersembahkan adalah bersifat universal Konsisten agar ianya lebih bersifat mesra pengguna Kenal pasti tujuan pengguaan teks Pemilihan stail tulisan Teks pelbagai guna Kedudukan teks pada skrin Kesan khas pada teks yang berpatutan Penggunaan huruf besar dan huruf kecil CONTOH JAWAB 6 Jelaskan kepentingan penggunaan teks terhadap bahan kesusasteraan yang dimultimediakan. Menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Penggunaan teks merupakan elemen asas yang penting bagi menyampaikan maklumat ketika bahan sastera dimultimediakan. Melalui teks, penerangan yang jelas dan menyeluruh dapat diberikan kepada khalayak agar pengguna mendapat informasi yang jelas tentang plot cerita yang ingin disampaikan. Teks juga dapat menjelaskan situasi yang ada pada eleemen grafik. Jika teks yang diletakkan terlalu pada, maka sudah pasti persembahan tidak sampai informasinya. Contohnya cerpen Anak-anak yang Bergelimpangan, apabila ingin membentangkan sinopsis cerita, iaitu peristiwa kesan keracunan air yang menyebabkan kematian hidupan air, cukup sekadar menulis teks 'akibat ketamakan manusia' diikuti dengan grafik 'ikan yang mati berapungan di permukaan air'. Oleh itu, penggunaan teks yang minimum tetapi tepat mampu menyampaikan maklumat serta menarik dan memudahkan pemahaman audiens dengan konsisten dan berkesan. Mengelakkan sensitiviti. Teks boleh digunakan untuk memaparkan sesuatu yang dapat memberi gambaran, latar, peristiwa dan watak tanpa menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, kepercayaan mahupun agama. Penggunaan grafik perlu bersesuaian dan dapat menarik audiens untuk menontonnya. Jika grafik tidak sesuai dan menyentuh isu sensitiviti, maka sudah pasti persembahan bahan sastera akan meninbulkan kontroversi dan tidak mendapat sambutan. Contohnya dalam sajak “Dititian Kemerdekaan”, terdapat bait yang menyatakan “Meski debar sengketa melanda jantung”. Bait ini mesti digandingkan dengan grafik ketidakpuasan hati masyarakat, namun pengkarya tidak boleh meletakkan grafik “13 Mei”, atau grafik “Demostrasi baju kuning” kerana grafik ini menyentuh isu sensitiviti kaum dan fahaman politik. Kesannya, akan menimbulkan kekeliruan kepada audiens.
41 Mempersembahkan sesuatu pernyataan perasaan atau konsep yang abstrak. Teks dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan atau konsep yang abstrak seperti perasaan sedih akibat daripada kematian sebagaimana yang terdapat dalam episod Singapura di Langgar Todak apabila ramai rakyat yang terkorban akibat serangan todak. Jadi pengkarya perlu memasukkan teks yang menggunakan warna merah bagi menggambarkan peristiwa berdarah, grafik orang yang terkorban akbit serangan todak dan audio orang menjerit. Garapan elemen ini akan menjadikan khalayak lebih memahami dan menjiwai persembahan tersebut. Menggambarkan deria rasa. Pengalaman yang tidak dapat digambarkan oleh media lain seperti sentuhan, bau dan rasa dapat diambil alih oleh teks. Teks boleh membantu pengguna dapat merasai deria rasa yang dipaparkan oleh grafik, seperti bau wangi gulai yang dimasak semasa En.Muhammad ke Kampung Pulai. Merangsang kreativiti Menarik minat khalayak Menimbulkan kesan kepada khalayak CONTOH JAWAB UNTUK 4 ELEMEN ASAS MULTIMEDIA - GRAFIK Huraikan ciri-ciri grafik yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan projek multimedia interaktif yang menarik. Ciri-ciri grafik yang digunakan dalam projek multimedia ialah (kalau soalan pecahan tak perlu buat pendahuluan. Cukup sekadar ayat seperti ini.) Grafik yang digunakan tidak menyentuh sensitiviti. Grafik boleh digunakan untuk menyokong teks bagi menimbulkan kefahaman penceritaan dan ia juga dapat berdiri sendiri bagi memaparkan sesuatu yang dapat memberi gambaran, latar, peristiwa dan watak. Namun tidak boleh menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, kepercayaan mahupun agama.Penggunaan grafik perlu bersesuaian dan dapat menarik audiens untuk menontonnya. Jika grafik tidak sesuai dan menyentuh isu sensitiviti, maka sudah pasti persembahan bahan sastera akan meninbulkan kontroversi dan tidak mendapat sambutan. Contohnya dalam sajak “Dititian Kemerdekaan”, terdapat bait yang menyatakan “Meski debar sengketa melanda jantung”. Bait ini mesti digandingkan dengan grafik ketidakpuasan hati masyarakat, namun pengkarya tidak boleh meletakkan grafik “13 Mei”, atau grafik “Demostrasi baju kuning” kerana grafik ini menyentuh isu sensitiviti kaum dan fahaman politik. Kesannya, akan menimbulkan kekeliruan kepada audiens. Pelajar perlu melengkapkan ayat mengikut kehendak soalan. Grafik digunakan secara sendirian mahu pun sebagai penyokong kepada penggunaan teks. Penggunaan grafik penting untuk menyampaikan maklumat secara lebih berkesan. Ia juga digunakan sebagai penyokong kepada teks kerana kadang-kadang penggunaan teks sahaja dalam multimedia tidak dapat menyampaikan maklumat sekiranya tidak disokong oleh grafik. Contohnya kisah pertarungan Hang Tuah dengan Taming Sari dalam teks “Sulalatus Salatin” akan menjadi lebih menarik jika adanya grafik berkait dengan pertarungan yang berlaku dan teks. Audiens akan menjadi lebih faham cerita yang disampaikan. KESAN CONTOH HURAIAN PRO/KON ULASAN/JELAS FAKTA
42 Grafik yang bersesuaian dan mempunyai tujuan penggunaan. Ia boleh digunakan bertujuan bagi meningkatkan kreativiti persembahan dan penghayatan audiens. Grafik yang bersesuaian perlu tidak menyentuh isi sensitivity perkauman. Contoh jika pengkarya ingin menceritakan tentang sajak “Pahlawan Ialah Dia”, pengkarya perlu memilih grafik pahlawan yang bersesuaian seperti gambar polis dan tentera bukan namun bukan grafik yang melibatkan peristiwa di Lahat Datu contohnya. Hal ini kerana peristiwa tersebut menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan memberi impak yang tinggi terhadap plot yang ingin disampaikan. Grafik harus berkonsepkan bahan sastera yang ingin dimultimediakan. Grafik digunakan bertujuan pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu menarik perhatian pelajar. Oleh itu pengkarya perlu memilih grafik yang sesuai dengan peringkat umur audiens. Kualiti grafik juga harus di ambil kira. Contoh pengkarya perlu memilih watak animasi yang comel dan ceria bagi menggambarkan Tuan Seikh Alam Dirimba dalam menceritakan tentang Hikayat pelanduk Jenaka kepada kanak-kanak. Hal ini dapat menarik minat audienss untuk mengetahui lebih lanjut tentang mesej yang ingin disampaikan. CONTOH JAWAB 2 Kepentingan penggunaan grafik dalam multimedia adalah seperti berikut:- Media penyampai mesej /maklumat. Memandangkan segala bentuk mesej diterima oleh manusia adalah melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Oleh itu penerapan grafik yang digabungi dengan audio dan teks dapat memberikan kefahaman dan kejelasan cerita dengan lebih mendalam. Seterusnya ia akan kekal dalam ingatan. Contoh cerita Singapura dilanggar todak. Penceritaan tidak lengkap jika tidak diletakkan gambar ikan todak yang menyerang Singapura sehingga ramai yang terkorban. Kesannya penceritaan akan menjadi lebih realistik. Mampu menerangkan visual bagi konsep yang sukar. Dalam persembahan multimedia, tidak semua maklumat dapat disampaikan menggunakan teks terutama karya yang abstrak dan sukar seperti prosa klasik. Konsep yang sukar dan abstrak boleh dipaparkan menerusi penggunaan grafik yang bersesuaian. Contoh, penceritaan puteri Gunung Ledang akan menjadi lebih menarik apabila grafik seperti puteri yang jelita dipaparkan untuk menjadi watak utama. Hal ini dapat menarik audiens untuk mengikuti cerita yang disampaikan, Mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat. Penggunaan grafik memudahkan lagi proses pemahaman terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan dan ia dapat memberi gambaran dan situasi yang jelas kepada audiens tentang perjalanan cerita. Contoh cerita tentang kedatangan anak Raja Suran ke Bukit Si Guntang akan lebih cepat difahami dan proses penceritaannya menjadi lebih cepat apabila pengkarya menggunakan grafik yang sesuai untuk menggambarkannya seperti tiga anak raja yang lengkap berbusana dan menaiki lembu putih. Kesannya, cerita menjadi lebih menarik. Menarik perhatian pengguna. Penggunaan grafik yang sesuai akan menjadikan persembahan lebih mantap dan kreatif. Hal ini kerana grafik yang memiliki warna yang terang, jelas, cantik dan sesuai dapat menimbulkan nilai kreatif dan indah dalam persembahan. Contoh grafik permandangan hidupan liar dan gambaran hutan yang dipaparkan dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka dapat menimbulkan rasa tenang dan indah kepada audiens. Audiens akan menjadi lebih tertarik dan seronok untuk menonton.
43 CONTOH JAWAB 3 Grafik merupakan Prinsip Asas Multimedia. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan pertimbangan untuk mengaplikasikan grafik dalam persembahan multimedia bahan sastera? (25m) Multimedia ialah proses komunikasi berasaskan teknologi komputer yang menerapkan elemenelemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio visual dan menjadi medium untuk menggabungkan karya sastera serta menghubungkan karya sastera kepada khalayak. Manakala grafik pula dikatakan apa-apa sahaja yang berbentuk lukisan, lakaran atau gambar dalam bentu 2D atau 3D seperti histogram mudah, graf, carta dan illustrasi. Antara pertimbangan yang perlu ada ketika menggunakan grafik ialah tujuan penggunaan dalam persembahan, sebagai penyokong teks, kenal pasti grafik yang digunakan, kenal pasti khalayak, kesan kepada khalayak Sebagai penyokong teks. Penggunaan grafik dapat memperjelas teks yang dipaparkan agar khalayak mudah memahami peristiwa yang ingin disampaikan. Dalam persembahan multimedia berdasarkan cerpen ‘Anak-anak yang Bergelimpangan’, grafik ikan haruan dan ikan-ikan lain yang terdapat dalam Sungai Tengas merupakan watak-watak yang terdapat dalam cerpen tersebut seperti yang dicatatkan pada teks iaitu ikan haruan sering mengingatkan dan menasihati rakan-rakan ikan yang lain supaya berhati-hati. Grafik ini akan menjadi penyokong kepada penceritaan yang cuba disampaikan. Jika grafik tidak dijadikan sebagai penyokong teks, maka penceritaan agak sukar difahami. Kesan grafik sebagai penyokong teks adalah dapat menjelaskan lagi situasi yang ada dalam plot cerita. Tujuan penggunaan dalam persembahan. Setiap persembahan multimedia mempunyai tujuan persembahn. Bahan sastera yang dimultimediakan juga mempunyai tujuannya. Salah satu tujuannya adalah untuk memperjelaskan fakta dan menarik. Dalam persembahan multimedia berdasarkan cerpen ‘Anak-anak yang Bergelimpangan’, grafik ikan yang timbul bergelimpangan di permukaan sungai dipaparkan bagi menggambarkan ikan yang mati akibat Sungai Tengas yang terkena tuba. Kesannya, audiens akan lebih memahami cerpen yang cuba disampaikan. Mengenal pasti khalayak. Penggunaan grafik yang digunakan perlu sesuai dengan khalayak sama ada untuk kanak-kanak, remaja atau umum. Dalam persembahan multimedia berdasarkan cerpen ‘Anak-anak yang Bergelimpangan’, telah dikenal pasti bahawa grafik ikan yang berbentuk animasi dan comel akan digunakan. Grafik ini berbentuk umum dan bersesuaian dengan setiap setiap lapisan dan tahap khalayak terutamanya kanak-kanak. Kesannya lapisan yang dikenal pasti akan teruja menontonnya. Mengenal pasti grafik yang digunakan. Dalam persembahan multimedia, perlu dikenal pasti grafik yang akan digunakan supaya bersesuaian dengan elemen-elemen yang lain. Dalam persembahan multimedia berdasarkan cerpen ‘Anak-anak yang Bergelimpangan’, perlu dikenal pasti grafik yang akan dipaparkan seperi grafik sungai, grafik ikan haruan dan ikan-ikan lain, grafik kanak-kanak sedang seronok bermandi-manda dan grafik-grafik lain yang bersesuian jalan cerita, watak perwatakan dan latar cerita. Kesannya persembahan akan menjadi lebih menarik dan berkualiti. Kesan kepada khalayak. Dalam persembahan multimedia, grafik yang digunakan dapat memberi kesan kepada khalayak seperti menarik perhatian, khalayak seronok supaya khalayak akan meneruskan menonton persembahan multimedia tersebut. Dalam persembahan multimedia berdasarkan cerpen ‘Anak-anak yang Bergelimpangan’, perlu dikenal pasti grafik yang akan
44 dipaparkan seperi grafik sungai, grafik ikan haruan dan ikan-ikan lain, grafik kanak-kanak sedang seronok bermandi-manda dan grafik-grafik lain bersesuaian dan dapat memberi impak yang maksimum kepada khalayak. Contohnya khalayak akan berasa gembira bila melihat grafik kanakkanak riang bermain dan mandi-manda dihilir sungai dan khalayak akan merasa sedih ketika melihat grafik banyak ikan yang mati bergelimpangan akibat tuba. Kesannya persembahan grafik dapat memberi kesan yang pelbagai dan mampu menggerakkan imaginasi khalayak. CONTOH JAWAB 4 Salah satu prinsip asas multimedia ialah grafik, Berdasarkan pełnyataan tersebut, huraikan kelebihan penggunaan grafik dalam projek multimedia [25] Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur media digital sepeł-ti teks, grafik, audio visual dan animasi untuk menyampaikan maklumat. Grafik pula secara amnya didefłnisil<an sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkan dengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Antara kelebihan multimedia ialah penyampai mesej secara berkesan, mempercepatkan proses penyampaian maklumat dan memperjelaskan fakta. Grafik sebagai media penyampai mesej atau maklumat yang amat berkesan. Grafik dianggap sebagai media yang mampu menyampaikan mesej atau maklumat yang amat berkesan, ini memandangkan segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui deria penglihatan dapat diterima dengan lebih terperinci dan ini menyebabkan ianya mudah difahami dan seterusnya dikekalkan di dalam ingatan. Penggunaan grafik juga menyediakan paparan visual bagi menerangkan sesuatu dan ianya lebih mudah untuk diingati oleh khalayak. Khalayak dapat mengekalkan fakta dalam ingatan mengenai apa yang dilihat melalui paparan grafik seperti visual dan ilustrasi. Penggunaan grafik seperti pelbagai jenis ikan, sungai. sampah sarap, akar tuba dan kanak-kanak yang sedang mandimanda dalam sungai dapat menjelaskan aspek pemikiran yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen 'Anak-anak yang Bergelimpangan.” Grafik dapat memperjelaskan fakta. Grafik juga dikatakan mampu menyediakan visual bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar diterangkan menerusi penggunaan teks semata-mata. lanya juga mampu menambahkan daya tarikan dan seterusnya menarik perhatian seseorang dengan lebih mudah. Penerangan tentang aspek pemikiran atau kritikan dalam "Seloka Pandai Pak Pandir" akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan grafik yang bersesuaian. Misalnya dengan menggunakan grafik seperti seekor kucing yang terbiar dan seekor tikus yang dibelai oleh Pak Pandir. Grafik mempercepatkan proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat dan ia juga dapat menyediakan maklumat yang jelas, tepat dan konsisten di antara individu yang berbeza. Kebanyakan grafik yang digunakan dalam industri persembahan multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat secara spontan dan pantas. lanya juga boleh digunakan sebagai salah satu saluran untuk mencapai maklumat lain yang berkaitan. Penggunaan grafik seperti pisang emas, kapal layar, emas, pusara, gunung, laut dan sebagainya dapat menyampaikan secara cepat, mudah dan cepat tentang pandang alam masyarakat Melayu tradisional yang cuba digambarkan dalam "Pantun Budi." Grafik dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan. Grafik dapat menyampaikan plot cerita dengan lebih tepat dan berkesan. Kalau dahulunya, grafik digital sering digunakan sebagai penyeri
45 atau hiasan skrin atau bertindak sebagai pelengkap proses penyampaian informasi. Kini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer bukan Iagi hanya sekadar lukisan untuk santapan mata semata mata tetapi penggunaannya adalah lebih meluas dari itu. Penggunaan peta Sulawesi di dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dimultimediakan dapat memperlihatkan kedudukan tempat yang bemama 'Goa," iaitu tempat di mana Hang Tuah berasal. lanya dapat menjelaskan maklumat berkaitan dengan asal usul Hang Tuah dengan lebih berkesan. Grafik meningkatkanpenekanan terhadap sesuatu maklumat, Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan meningkatkan lagi penekanan terhadap sesuatu konsep yang abstrak yang terdapat dalam prosa atau puisi tradisional. la juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Ini kerana seseorang itu dikatakan lebih mudah menerima apa-apa maklumat apabila maklumat tersebut menggunakan ilustrasi dan visual yang sesuai. Penggunaan grafik seperti padang, ular, burung, ayan, itik, kundur, labu dan sebagaimya dapat memberi penerangan yang jelas bahawa negeıi Teluk Bidung Kota Lama adalah sebuah negeri Makmur dan indah sebagaimana yang cuba digambarkan melalui talibun "Keindahan dan Kemakmuran Negeri.” Grafik menyediakan maklumat lebih realistik. Melalui grafik pembelajaran dan suasana pembelajaran lebih realistik. Penggunaan grafik yang bersesuaian dapat memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu suasana/gambaran tanpa mengira sempadan teırıpat dan masa. Grafik tentang kerajaan di dasar laut yang bernama Dika dalam teks “Sulalatus Salatin” dapat memberi gambaran yang realistik dan membantu pemahaman tentang salah satu latar tempat yang terdapat dalam teks Sulalaltıs Salatin (Sejarah Melayu). Grafik meningkatkan kerpercayaan. Lumrah manusia akan lebih percaya jika mereka melihat sendiri. Grafik boleh meningkatkan kepercayaan khalayak. Selain itu ia juga boleh meningkatkan motivasi, keadaan sosial, ekonomi dan pendidikan keluarga. Grafik berkenaan peperangan dan perjuangan pejuang tanahair sebagaimana yang digambarkan oleh penyajak dalam sajak "Di Titian Kemerdekaan ' kaıya Dhramawijaya dapat meningkatkan kesedaran kebangsaan atau dapat memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat negara ini. Begitu juga dengan grafik yang memaparkan pencemaran sungai sebagaimana yang dilukiskan oleh pengarang dalam ceıpen "Anakanak yang Begelimpangan" dapat memberİ kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar agar tidak musnah. Media Komunikasi. Grafik juga beıperanan sebagai media dalam proses komunikasi untuk menyampaikan mesej, perasaan hati dan sebagainya. Grafik yang memperlihatkan orang yang sedang menunaikan solat dan berdoa menunjukkan supaya kita memperbanyakan solat dan berdoa dalam kehidupan seharian kita sebagaimana yang cuba disampaikan melalui pantun agama dibawah: Anak ayanı turıın sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan; Bangun pagi sembahyang subuh, Mima anıpıın kepada Tuhan Penutup [2] Rumusan keseluruhan dan harapan /saranan/cadangan