The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 11:10:41

NOTA MULTIMEDIA DALAM SASTERA SEMESTER 3

multimedia dalam sastera

89 Contoh Bingkai AUDIO VISUAL/VIDEO Menggunakan instrumental lagu “Sad Piano MusicIsolation (Original Composition)”. Tujuannya supaya bersesuaian dengan suasana / latar di Sungai Tengas dan menunjukkan kesedihan terhadap bencana yang berlaku kepada masyarakat ikan. Agar dapat mendatangkan suasana melankolik kepada penonton. Menunjukkan ikan-ikan yang timbul ke permukaan air akibat terkena tuba. Ikan-ikan yang mati ini disebabkan oleh kerakusan manusia yang tamak tanpa memikirkan alam sekitar yang akan terjejas. TEKS Disampaikan melalui teknik penceritaan. Menggunakan fon bersaiz 72 jenis Chiller berwarna merah. Tulisan berwarna merah menunjukkan penekanan terhadap peristiwa yang berlaku. Agar penonton terkesan dengan tajuk cerita. Bingkai Cerita 1 GRAFIK Berlatarbelakangkan gambar ikan-ikan yang mati bergelimpangan. Bagi menggambarkan peristiwa kecelakaan yang menimpa kepada penduduk Sungai Tengas. Untuk melahirkan rasa simpati dalam kalangan penonton/Untuk menyentuh emosi audiens ANIMASI Animasi Teks dan grafik. Teks menggunakan pergerakan Fade In dan Fade Out dan grafik menggunakan pergerakan Pan and Zoom. Animasi yang digunakan meningkatkan imaginasi audiens ANAK-ANAK YANG BERGELIMPANGAN Anak-Anak Yang Bergelimpangan


90 TEKS Disampaikan melalui syair. Menggunakan fon bersaiz 36 jenis Century Gothic berwarna biru muda. Warna biru bertujuan untuk menggambarkan kebersihan air sungai. Alunan irama dapat memberi kedamaian dan ketengan untuk mengikuti cerita. Bingkai Cerita 2 GRAFIK Grafik memaparkan sekumpulan ikan. Di ambil dari google image untuk menunjukkan ikan-ikan sedang berkumpul ketika mendengar nasihat daripada ketuanya. Menghadirkan rasa ingin tahu penonton. AUDIO VISUAL/VIDEO Menggunakan bunyi deruan sungai. Untuk disesuaikan dengn jalan cerita dan menunjukkan suasana kehidupan di Sungai Tengas. Supaya penonton dapat menjiwai suasana persekitaran dan kehidupan di sungai ANIMASI Animasi untuk teks dan grafik. Teks menggunakan pergerakan Zoom out. Grafik menggunakan pergerakan Advance. Tujuan animasi untuk meningkatkan kreativiti pengkarya dan menarik minat audiens. Masyarakat ikan yang pelbagai jenis tinggal dalam satu kumpulan yang sama. Masyarakat ikan yang hidup aman damai tanpa ancaman manusia. Peringatan seorang ketua kepada masyarakatnya supaya sentiasa berwaspada. Nasihat diberi oleh Haruan, Buat teladan dalam kehidupan Manusia rakus mencari keuntungan Menjadi penyebab ribuan terkorban Nasihat diberi oleh Haruan, Buat teladan dalam kehidupan Manusia rakus mencari keuntungan Menjadi penyebab ribuan terkorban


91 TEKS Di sampaikan melalui pantun. Menggunakan fon bersaiz 36 jenis Papyrus berwarna koko. Tulisan berwarna koko bertujuan untuk memperlihatkan keadaan sungai yang tercemar. Memberi kejelasan kepada jalan cerita yang cuba disampaikan. Bingkai Cerita 3 GRAFIK Grafik memaparkan gambar sebatang sungai yang sudah tercemar kerana aktiviti menuba. Tujuannya untuk menggambarkan latar tempat dan plot yang ada. Menggerakkan imaginasi penonton. AUDIO VISUAL/VIDEO Pantun diiringi instrumental “Seruling bambu”. Di ambil dari MP4. Agar audiens dapat menghayati peristiwa yang berlaku dengan lebih mendalam dan audiens juga dapat merasai debaran cerita. ANIMASI Animasi Teks dan grafik. Teks menggunakan pergerakan Motion. Grafik: Menggunakan pergerakan Flip Over Horizontal.mengindahkan pergerakan masuk dan keluar teks agar audiens teruja. Air sungai yang kelihatan kotor dari permukaan kerana sudah tercemar. Manusia yang melakukan aktiviti haram iaitu menuba di sebatang sungai. Imej manusia dan sungai menjadi subjek utama Burung tiung Si burung camar Hinggap mari di kayu jati Sungai Tengas semakin tercemar Dek kerna tuba semua mati Burung tiung Si burung camar Hinggap mari di kayu jati Sungai Tengas semakin tercemar Dek kerna tuba semua mati


92 TEKS Dialog. Menggunakan fon bersaiz 36 jenis Century Gothic berwarna ungu muda. Tujuannya untuk menyesuaikan warna tulisan dengan latar putih dan gambar supaya penonton lebih menghayati watak perwatakan yang terdapat dalam cerpen. Bingkai Cerita 4 GRAFIK Grafik memaparkan gambar tiga orang kanak-kanak mabuk-mabuk dan pengsan akibat terminum air tuba. Ilutrasi dilukis sendiri untuk menjelaskan situasi yang berlaku. Untuk mendalami situasi yang digambarkan dengan lebih berkesan. AUDIO VISUAL/VIDEO Menggunakan bunyi saspen dan dialog. Menggunakan perisian voice changer untuk disesuaikan dengan situasi cemas yang melanda. Supaya audiens menggerakan emosi audiens untuk merasai detik cemas yang dialami oleh ketiga-tiga watak. ANIMASI Animasi Teks dan grafik. Teks menggunakan pergerakan Elipse. Grafik menggunakan pergerakan Waveshift. Tujuan animasi untuk menyokong dan memberi kelainan kepada plot cerita yang ingin disampaikan Imej yang merangkumi beberapa lelaki yang berada dalam lingkungan yang masih muda. Situasi anak-anak Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang mabuk-mabuk kerana terminum air tuba ketika mandi-manda di sungai. Imej anak-anak mereka yang mabuk menjadi subjek utama “Tolong, tolong” , anak Pak Kasa meminta tolong sambil menekan perutnya dan hampir muntah. “Sakitnya perut saya, tambah anak Mat Dali. “Tolong, tolong” , anak Pak Kasa meminta tolong sambil menekan perutnya dan hampir muntah. “Sakitnya perut saya, tambah anak Mat Dali.


93 Cara menulis huraian Info, Bagaimana dan mengapa: Ini contoh yang tidak menulis info, bagaiman dan mengapa. Kalau pelajar tulis macam ni pun boleh. TEKS Disampaikan melalui seloka. Menggunakan fon bersaiz 48 jenis Gabriola berwarna hijau tua. Tujuannya untuk menekankan teks yang disampaikkan. Pilihan warna hijau adalah bersesuaian dengan latar yang berwarna putih. Untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Bingkai Cerita 5 GRAFIK Grafik memaparkan kekesalan yang dialami oleh ketiga-tiga watak iaitu Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh. Di ambil dari youtube untuk menigkatkan kefahaman jalan cerita / latar peristiwa. Memberi gambaran maksud yang lebih jelas. AUDIO VISUAL/VIDEO Menggunakan instrumental bunyi suara tangisan dan seloka. Di dendangkan sendiri untuk menimbulkan kesedihan dan bunyi tangisan memaparkan kekesalan watak. Menyentuh emosi audiens dan mengajak audiens menjiwai watak. ANIMASI Animasi Teks dan Grafik. Teks menggunakan pergerakan spin. Grafik menggunakan pergerakan Fly in. Tujuan animasi untuk memberi kepelbagaian animasi pergerakkan agar audiens seronok untuk menonton Imej seorang lelaki yang duduk termenung sambil menyesali perbuatan lampaunya. Imej manusia dengan riak muka yang penuh penyesalan dan suasana persekitaran yang dilihat suram menjadi subjek utama. Malang, malang nasib Pak Kasa Ikan dituba, anak merana Malang, malang nasib mereka Kerana tamak badan binasa Malang, malang nasib Pak Kasa Ikan dituba, anak merana Malang, malang nasib mereka Kerana tamak badan binasa


Click to View FlipBook Version