The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 11:10:41

NOTA MULTIMEDIA DALAM SASTERA SEMESTER 3

multimedia dalam sastera

46 CONTOH JAWAB UNTUK 4 ELEMEN ASAS MULTIMEDIA – AUDIO - VISUAL CONTOH JAWAB 1 Audio-visual a) Huraikan maksud audio-visual dalam konteks multimedia (bagi maksud dan huraian) [5] Maksud audio-visual ialah unsur bunyi-bunyian, muzik yang digunakann dalam persembahan multimedia. Unsur bunyi-bunyian dan visual ini dapat menimbulkan kesan rangsangan. Aplikasi multimedia yang menggabungkan unsur bunyi-bunyian dapat menarik perhatian khalayak. Kesan pengurusan bunyi dalam persemhanan multimedia bergantung kepada grafik dan teks yang digunakan. Audio perlu disesuaikan dengan teks dan grafik agar persembahan menjadi menarik dan efektif. Unsur bunyi-bunyian dan visual yang mempunyai tujuan yang tertentu. b) Jelaskan lima ciri audio visual yang sesuai dalam persembahan multimedia yang menggunakan bahan sastera. [20] Fleksibiliti / ikut keperluan – ciri audio-visual yang mudah digunakan untuk keperluan tertentu – muzik atau suara latar boleh diselang-selikan mengikut keperluan. Ada tujuan tertentu -berfungsi-menjelaskan maksud sesuatu latar, tempat, masa dan zaman dalam karya yang dipersembahkan. Menimbulkan kesan / kesesuaian- realistik kepada persembahan dan khalayak- penggunaan bunyi cengkerik menggambarkan seuasana malam atau gambaran latar masyarakat desa atau petani. Tidak mengelirukan- menjelaskan fakta – muzik latar dapat menjelaskan latar zaman atau masyarakat yang terdapat dalam teks Seimbang / harmoni / berkaitan – selari dengan fakta yang dipersembahkan – tidak keterlaluan sehingga menjejaskan maksud / persembahan. Tidak terlalu kuat dan tidak terlaku perlahan. Tempo / nada tertentu – tempo / nada muzik pada permulaan cerita berbeza dengan tempoh / nada pada akhir cerita – sesuai dengan nada dan kemampuan aplikasi. Dinamik – tidak statik – mengikut keadaan tertentu Bersifat mesra pengguna – mudah diselenggarakan – digubah semula – disusun Tempuh / durasi / kepanjangan masa Tiada unsur sensitiviti Jenis audio yang digunakan Kesemua contoh perlu diberi yang berkaitan dengan fakta iaitu menggunakan cerita. Bukan sekadar bagi tajuk cerita sahaja.


47 CONTOH JAWAB 2 Kepentingan audio visual dalam persembahan multimedia Mampu memberi kesan dari sudut efektif. Dalam menghasilkan sesuatu persembahan audio mampu menjadi medium sokongan kepada pengguna yang mampu mempengaruhi pancaindera pengguna sekaligus dapat menimbulkan emosi, perasaan dan sebagainya. Contohnya, dalam persembahan mutlmedia anak-anak bergelimpangan diterapkan dengan lagu yang bernada melankolik bagi menimbulkan perasaan sedih berkaitan dengan peristiwa yang diketengahkan tentang sikap manusia yang mementingkan diri sendiri sehingga anak-anak ikan mati bergelimpangan. Oleh itu, untuk menjadikan persembahan itu menarik, pemilihan audio sangat penting dititikberatkan supaya ia bersesuaian dengan bahan sastera yang diketengahkan Mempertingkatkan kefahaman seseorang terhadap sesuatu isi kandungan yang kompleks. Dalam genre sastera terutamanya genre prosa tradisional dan juga puisi yang sukar difahami melaui bacaan tetap dengan adanya persembahan multimedia iaitu penerepan audio mampu memberi kefahaman yang lebih jelas. Contohnya talibun keindahan dan kemakmuran negeri sukar difahami dari segi maksud setiap rangkap, tetapi dengann penerepan aumemberi kesan apresasi dan kefahaman yang mendalam audien apabila menyaksikan persembahan multimedia ini. Oleh itu, pemilihan audio mestilah sesuai dengan bahan genre sastera yang diketengahkan supaya audien tidak mudah keliru dan tiada pencanggahan maklumat. Mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Audio mampu menjadikan medium sokongan kepada keperluan manusia dari sudut kognitif yang berkaitan dengan pemprosesan minda iaitu penaakulan, ingatan, penilaian, persepsi dan sebagainya. Contohnya, dalam persembahan multimedia cerpen anak-anak bergelimpangan diterapkan dengan bunyian air sungai bagi menimbulkan suasana dan keadaan sebenar di sungai Tengas dalam cerpen tersebut. Dengan cara ini dengan adanya penerapan audio visual dalam persembahan akan menjadikan persembahan itu lebih menarik dan mampu menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan. Meningkatkan minat dan mengekalkan penumpuan seseorang pengguna. Kreativiti seseorang individu dalam sesuatu persembahan multimedia sangat penting dalam menghasilkanya. Hal ini kerana dengan kreativiti mampu menghasilkan pengaplikasian genre sastera dalam bentuk multimedia yang lebih menarik dan mampu menimbulkan keseronokkan apabila melihat persembahan tersebut. Contohnya, dalam persembahan multimedia cerpen anak-anak bergelimpangan diterapkan dengan lagu, bunyian dan suara latar iaitu dialog watak ikan haruan yang memberi nasihat kepada anak buahnya supaya berwasapada dengan sikap manusia. Dengan ini dalam sesuatu persembahan multimedia tanpa audio ia tidak mampu memberi kesan yang menarik kepada pengguna walapun terdapat penerapan grafik, animasi dan teks.


48 CONTOH JAWAB 3 Salah satu elemen penting dalam penghasilan multimedia ialah penggunaan media audio-visual yang berkesan. Berdasarkan pernyataan tersebut. (a) Ciri-ciri media audio visual yang baik dalam persembahan multimedia. Tidak menimbulkan kekeliruan atau percanggahan maklumat. Audio yang hendak diaplikasikan hendaklah sesuai dengan paparan yang dipaparkan. Muzik yang suspen boleh digunakan bagi menimbulkan suasana tegang. Tanpa muzik tersebut sudah tentu paparan akan menjadi hambar dan kurang menarik perhatian pada khalayak. Hal ini dapat dilihat apabila pengkarya menggunakan muzik suspen ketika Hang Tuah mengejar Semerluki dalam teks “Sulalatus Salatin”. Kesannya khalayak akan merasa saspen dan tertanya sama ada Hang Tuah dapat menangkap Semerluki ketika menontonnya. Tidak menyentuh isu atau budaya masyrakat. Terdapat muzik atau bunyi bunyian tertentu yang boleh meninggalkan kesan budaya pada masyarakat tetentu dan ini boleh menyentuh sensitviti dan akan memberi impak dari segi persembahan. Contohnya, menggunakan audio orang berdialog menggunakan perkataan-perkataan yang kesat seperti perkataan “keling” ketika memanggil seseorang. Hal ini akan menimbulkan isu sensitiviti pada sesetengah kaum meskipun perkataan tersebut ada digunakan di dalam bahan sastera seperti “Sejarah Melayu” iaitu “Benua Keling” dan “orang Keling”. Mudah diselenggarakan. Muzik atau bunyi bunyian yang hendak digunakan dalam persembahan sewajarnya mudah untuk dikendalikan seperti mudah untuk disunting, dimuat turun serta boleh diaplikasikan pada persembahan tanpa kerumitan. Jika tidak ini akan menyebabkan audio yang digunakan akan mengalami masalah dari segi kualitinya dan ini akan mengganggu persembahan maltimedia. Tempoh masa yang dipaparkan dan kemampuan aplikasi. Tidak terlalu lama dan cepat juga memainkan peranan dalam penggunaan audio dalam persembahan multimedia. Jangka waktu atau durasi muzik yang digunakan perlu diselaraskan dengan paparan dalam persembahan multimedia. Jika sebaliknya terlalu pantas akan mengakibatkan persembahan sukar untuk dihayati. Sesuai dan memberikan kesan penghayatan. Audio visual yang digunakan dalam persembahan boleh mengiringi persembahan multimedia sama ada pada teks ataupun grafik, jika audio tidak sesuai sudah tentu ia persemahan kurang menarik dan mungkin menjadi agak pelik. Contohnya instrumental yang mengasyikkan seperti “Selendang Mak Inang” boleh diguna sebagai bunyi latar bagi persembahan multimedia yang menggambarkan pemandangan desa untuk cerita “Badang” dalam teks “Sulalatus Salatin”. Mesra pengguna Kesan bunyi yang ringkas dapat menarik minat audien. Berfungsi dan mempunyai tujusn Audio visual bersifat dinamik.


49 (b) Kepentingan audio visual. Dapat meneguhkan mesej yang ingin disampaikan. Dengan menggunakan audio, maklumat tambahan dapat disampaikan dengan mudah dan pantas. Ini seterusnya dapat mengukuhkan atau meneguhkan Iagi mesej yang cuba disampaikan melalui media-media lain. Dapat menarik perhatian dan menghidupkan suasana. Sesebuah persembahan yang hanya menggunakan teks dan grafik akan membosankan tanpa penggunaan sebarang kesan bunyi. Menyokong maklumat tambahan. Setiap pelajar mempuyai strategi pembelajaran masing-masing. Penggunaan audio dapat menyediakan maklumat tambahan yang diperlukan bagi menyokong strategi pembelajaran yang ada. Dapat membangkitkan kesan emosi. Jalinan audio yang sesuai dapat memberi kesan pada emosi dan pemikiran audien. Ini seterusnya membolehkan mereka menghayati proses penyampaian maklumat dengan lebih mudah. Dapat meningkatkan kefahaman audien terhadap sesuatu isi kandungan yang kompleks. Memudahkan penerangan berkenaan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan teks atau grafik semata-mata. Dapat meningkatkan minat dengan mengekalkan penumpuan audien. Audio bertindak sebagai panduan kepada pengguna. Audio dapat menambahkan kesan realisme atau realistik apabila menyampaikn maklumat.


TEORI MULTIMEDIA DEFINISI KONSEP (boleh guna untuk pendahuluan dan huraian) Multimedia merupakan proses komunikasi b teknologi komputer yang menggabungkan penggun digital. Teknologi multimedia diaplikasikan dalam sastera sebagai medium untuk menggabungkan kar yang mempunyai kepelbagaian genre. Penerapan i apabila teks, grafik, animasi dan audio visual digabun mengembangkan karya dengan lebih menarik FUNGSI TUJUAN Mempelbagaikan medium sastera Memeperjelaskan konsep yang abstrak. Penggunaan pelbagai indera. Kesan apresiasi yang lebih mendalam FAKTA TEORI MULTIMEDIA BERDASARKAN SOALAN. W


50 PAPAN CERITA berasaskan naan unsur m disiplin rya sastera ni berlaku ngkan bagi Papan Cerita (story board) adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input dan maklumat dalam proses pemindahan bahan sastera ke dalam bentuk multimedia. Papan cerita juga memperinci kandungan dan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan / persembahan. Papan cerita juga sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh pengguna bersama dengan maklumat teks, grafik, audio-visual (VO) dan animasi, pada setiap bingkai (frame). Sebagai panduan atau proses kerja bagi menyediakan instrumen multimedia atau manual kerja. Papan cerita dijadikan panduan menyediakan instrument multimedia. Papan cerita perlu dimasukkan aspek multimedia seperti teks, grafik, audio visual dan animasi. Pengagihan aspek multimedia bersifat bersepadu. Misalnya, teks bukanlah sesuatu yang mendominasi dalam persembahan multimedia. Sebagai contohnya, apabila episode pengembaraan Raja Suran ke dalam laut sebagaimana yang digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) hendak dijadikan persembahan multimedia, papan cerita yang dirangka dan dihasilkan dapat dijadikan panduan atau proses kerja kepada pembina persembahan multimedia. Elemen multimedia seperti teks, grafik, audio-visual dan animasi dapat diselaraskan secara bersepadu agar persembahan lebih menarik dan tepat seperti mana yang digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). WARNA MERAH MERUPAKAN FAKTA YANG HAMPIR SAMA


PROSES / LANGKAH Perancangan Menyediakan Papan Cerita Pembinaan / Penghasilan Pengeditan / Pemurnian Persembahan Multimedia sebagai medium atau perantara yang untuk menyebarkan karya sastera kepada masyar khalayak. Bahan sastera akan diolah dan dipersem melalui medium multimedia seperti power point, fi lain-lain. Persembahan tersebut akan di terapka


51 Sebagai saluran untuk mengenal pasti bahan sastera yang akan digunakan dalam sesuatu persembahan multimedia/ Penyediaan Bahan. Apabila sesuatu karya sastera ingin dimultimediakan, papan cerita dapat dijadikan panduan atau saluran untuk mengenal pasti karya sastera sastera yang sesuai dan menarik. Hal ini adalah kerana tidak semua karya sastera dapat dijadikan suatu persembahan multimedia yang menarik dan berkesan. Karya-karya yang bersifat terlalu abstrak, ketuhanan atau metafizik misalnya sukar untuk dijadikan persembahan multimedia. Contohnya papan cerita dapat dijadikan saluran atau panduan untuk memilih episod yang sesuai dan menarik daripada teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Sebagai medium untuk mengenal pasti keperluan bahan, khalayak dan kepakaran dalam bidang multimedia. Penyediaan Keperluan.Mengenal pasti keperluan bahan, khalayak dan kepakaran Menyediakan kos/perbelanjaan Sebagai dokumentasi rujukan daripada teks/bahan sastera kepada multimedia. digunakan rakat atau mbahahkan lmora dan n dengan Logik dan wajar digunakan sebagai panduan. Mengandungi maklumt sastera yang akan dipersembahkan dalam bentuk multimedia seperti latar dan gaya bahasa.


CIRI-CIRI elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, g animasi. Jika dahulu bahan sastera hanya diperse melalui teks dan secara konvasional, namunn seka dipelbagaikan persembahannya seperti difilem dimultimediakan. Multimedia mempunyai empat prinsip asas iaitu te audio dan animasi. Teks : terdiri dari huruf, simb nombor dan statistic / menggunakan pelbagai jen dan fon / warna tulisan dan saiz teks. Grafik pula m lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dan grafik juga boleh dipersembahkan dalam bentuk mudah, plot graf, carta dan ilustrasi. Seterusnya au yang membawa maksud sebagai bunyi-bunyian, ke yang ringkas dan boleh boleh diambil daripada b seperti suara ombak, bunyi ungags dan guruh. Ak animasi iaitu pergerakan bagi sesuatu objek. Tuju adalah untuk mempelbagaikan kegunaan deria pa dan menarik minat audiens. Penggunaan multimedia dalam sastera mengekalk estetika, pemikiran dan ilmu yang terkandung dal sastera Tujuan penggunaan multimedia iaitu mem pemahaman penonton. Kelebihan elemen tek multimedia iaitu menimbulkan minat kerana ad menambahkan kefahaman / penghayatan, m persembahan. Dan membantu menyampaikan dengan berkesan. Menetapkan keperluan aplikasi terhadap kar


52 grafik dan embahkan rang telah kan atau eks, grafik, bol, abjad, nis tulisan merupakan n 3D dan histogram udio visual esan bunyi bunyi alam khir sekali uan utama ancaindera an ciri-ciri lam genre mudahkan ks dalam da variasi, mencerikan maklumat rya yang Mengandungi arahan atau huraian yang jelas – deskripsi yang merangkumi apa, mengapa dan bagaimana. Mengandungi maklumat yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan /persembahan. Tidak bersifat rigid, tidak statik atau bersifat mudah dan boleh diubahsuai. Mempunyai aliran yang jelas dan tersusun. Mengikut urutan yang betul. Setiap bingkai atau frame hendak disusun mengikut urutan berdasarkan plot cerita atau karya sastera yang ingin dimultimediakan. Berformat untuk memudahkan penyelarasan. Terdapat pelbagai format papan cerita. Walau bagaimanapun pilih format yang sesuai untuk digunakan bagi mempersembahkan karya sastera dalam bentuk multimedia. Bagi suatu persembahan multimedia, hanya satu format sahaja yang wajar digunakan. Hal ini adalah bertujuan supaya ianya selaras dan tidak mengelirukan.


dimultimediakan Mengambilkira penggunaan asas multimedia KELEBIHAN / KEPENTINGAN Memberi nilai tambah terhadap bahan sastera. Medium pilihan untuk menyebarkan sastera Merentasi sempadan budaya, Bahasa dan agam berkesan. Merangsang kreativiti khalayak dalam memberika terhadap sesebuah karya sastera menggunakan media Menyediakan kepelbagaian penerapan multimed teks, grafik, animasi, audio-visual termasuk video. Memberikan motivasi kepada khalayak untuk m kelebihan bahan sastera. Menarik minat / mengekalkan minat untuk menyuk / terus menyukai melalui persembahan yang dipelba Menawarkan ruang dan peluang kepada khalay menghayati sastera dalam pelbagai bentuk per melibatkan pelbagai indera. Memberikan kesan mendalam/ apresiasi kepada kha Menjelaskan makna / maksud daripada abstra konkrit.


53 ma secara an tafsiran pelbagai dia seperti mendalami kai sastera agaikan. ak umum sembahan alayak. ak kepada Memberi nilai tambah terhadap bahan sastera. Medium pilihan untuk menyebarkan sastera Merentasi sempadan budaya, Bahasa dan agama secara berkesan. Merangsang kreativiti khalayak dalam memberikan tafsiran terhadap sesebuah karya sastera menggunakan pelbagai media Menyediakan kepelbagaian penerapan multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio-visual termasuk video yang sesuai sebelum dimultimediakan. Memberi kejelasan dan kefaham kepada pengkarya untuk membuat persembahan Membolehkan pengkarya membuat penambahbaikan terhadap karya yang hendak dimultimediakan


Menambahkan kefahaman kepada khalayak. Menceriakan persembahan Menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. PERTIMBANGAN WAJARAN Mengenalpasti elemen asas multimedia yang digun teks, grafik, audio visual dan animasi. Pert menggunakan elemen asas penting untuk menjadik tertarik dan minat terhadap karya sastera. Per multimedia karya sastera perlu memikirk pertimbangan tujuan dan fungsi setiap elem diterapkan dalam penghasilan multimedia sastera Contohnya, jenis, saiz dan font teks yang diguna menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan f berkaitan dengan apa jua aspek dalam kary multimedia. Hal ini penting unutk menyampaikan dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana y menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa y disampaikan. Pertmbangan dalam menetapkan keperluan aplikas karya yang dimultimediakan. Tanpa hal sedemik pasti persembahan yang dihasilkan tidak member impak kepada pengguna. Dalam menghasilkan persembahan multimedia, kita perlu menetapkan aplikasi karya yang dimultimediakan supaya dipersembahkan dengan lancar dan baik. C pemilihan perisian yang akan digunakan dalam per multimedia iaitu perisian movie marker, power point sebagainya bergantung tahap kemahiran dan krea


54 nakan iaitu timbangan kan audien reka hasil an atau men yang a melayu. kan untuk akta yang ya dalam maklumat yang lebih yang ingin i terhadap ian sudah ri apa-apa n sesuatu keperluan ia dapat Contohnya, sembahan t flash dan ativiti kita


dalam menghasilkan supaya ia dapat membe penghayatan yang berkesan estetika kepada khlayak persembahan karya sastera yang dihasilkan. Hal dilihat pembingkisan sajak “Pahlawan Ialah Dia” dalam aplikasi perisian movie marker perlukan denga mengaplikasikan elemen -elemen m digabungkan bagi memperjelaskan konsep abstrak y difahami. Pertimbangan dari aspek teks. Teks merupak bertulis atau tulisan atau semua simbol, huruf, abjad statistik dan pelbagai tulisan atau fon yan menyalurkan maklumat kepada audiens. Penggun yang perlu dipertimbangkan ialah kepadatan teks. diguanakan mesti padat dan tepat agar dapat m maklumat dengan berkesan. Teks yang meleret -le mengelirukan audiens dan menimbulkan kebosana boleh melindungi grafik dan menyukarkan pe audiens. Contohnya cerpen Anak -anak yang Bergeli apabila ingin membentangkan sinopsis cerita, iaitu kesan keracunan air yang menyebabkan kematian hi cukup sekadar menulis teks 'akibat ketamakan diikuti dengan grafik 'ikan yang mati berap permukaan air'. Oleh itu, pertimbangan penggu yang minuman tetapi tepat mampu men memudahkan pemahaman audiens. Pertimbangan dalam menggunakan grafik. Sebaran visual termasuk lukisan dan kerja seni gambar, ilustrasi yang digunakan untuk memperjelas maklu disampaikan. Penggunaan grafik yang sewajarn mempertimbangkan perkara berikut iaitu:


55 eri kesan k berkaitan ini dapat dilakukan dihasilkan multimedia yang sukar an bahan d, nombor, ng dapat naan teks Teks yang menyampai eret boleh an. Ia juga emahaman impangan, peristiwa idupan air, manusia' ungan di naan teks arik dan ng paparan foto atau umat yang nya perlu


-Grafik yang digunakan boleh secara sendiri atau seb menyokong teks -Grafik yang digunakan terpilih dan disesuaikan men keperluan -Grafik yang digunakan berfungsi dan mempunyai tu -Grafik yang digunakan menimbulkan kesan kepada persembahan -Grafik yang digunakan tidak menimbulkan kekelirua Pertimbangan dalam menggunakan animasi yan Pergerakan yang diwujudkan untuk menimbulk kepada pengguna. Pergerakan tersebut dapat dil teks mahupun grafik. Rujuk ciri animasi macam grafi Pertimbangan dalam menggunakan audio-visual ya Bunyi bunyian atau muzik yang dapat men ransangan dan kesan. Rujuk ciri audio-visual macam atas Pertimbangan dalam mengenalpasti tujuan da penggunaan elemen multimedia dalam sesuatu per / mengambil kira aspek sensitiviti masyarakat Mengenalpasti elemen asas multimedia yang digun teks, grafik, audio visual dan animasi Mengambilkira aspek kepakaran / kos/ teknikal


56 bagai gikut juan an ng sesuai. kan kesan lihat pada k di atas ang sesuai. nimbulkan m grafik di an fungsi sembahan nakan iaitu


57 2. PAPAN CERITA Papan cerita (story board) adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input dan maklumat bagi proses pemindahan dalam bentuk multimedia. Papan cerita juga memperinci tentang kandungan dan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan / persembahan. Selain itu, papan cerita juga bertindak sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh pengguna bersama dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif pada setiap bingkai (frame). Membina papan cerita perlu diteliti jalan cerita, puisi, atau bahan prosa dengan mendalam untuk melihat bagaimana konteks dan inti cerita serta kefahamannya. Dari sinilah terhasilnya kerangka papan cerita. Bagaimana cerita tadi diterjemah ke dalam papan cerita sebagai kerangka baru sebelum penghasilan multimedia. Kemudianelemen-elemen multimedia digarapkan agar teknik penyampaiannya menjadi lebih menarik dan berkesan. CONTOH JAWAB DEFINISI KONSEP PAPAN CERITA Jelaskan konsep papan cerita. [ 9 ] Bila soalan minta pelajar jelaskan konsep, maka pelajar perlu bagi fakta, penjelasan dan contoh. Satu fakta 3M X 3 = 9M Konsep papan cerita adalah seperti berikut: Papan cerita merupakan satu lakaran bagi mengambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Susunan grafik dalam ilutrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra tayang tentang gambar, animasi, grafik yang bergerak atau media interaktif. Malah ia juga membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan tepat dan teratur. Contoh, ketika pengkarya hendak menghasilkan persembahan multimedia, pengkarya perlu membina papan cerita terlebih dahulu. Papan cerita akan bertindak sebagai kerangka cerita yang ingin dipersembahkan. Jika pengkarya ingin membuat persembahan multimedia tentang cerita “Di Sebalik Sirat Makna”, maka pengkarya perlu membina papan cerita untuk memastikan cerita yang akan dimultimediakan lengkap iaitu tidak meniggalkan peristiwa penting, grafik yang bersesuaian dan lain-lain lagi. Dengan ini………… Papan cerita (story board) adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input dan maklumat bagi proses pemindahan dalam bentuk multimedia. Dengan ini pengkarya dapat membuat penambahbaikan terhadap persembahan yang dihasilkan. Contoh, bagi menghasilkan prosa “Hikayat Pelanduk Jenaka”, pengkarya perlu membuat papan cerita agar menjadi panduan bagi menghasilkan cerita tersebut tanpa meninggalkan peristiwa penting yang ada dalam cerita tersebut. Hal ini penting untuk memberi kefahaman yang jelas. Papan cerita juga dapat menjadikan cerita hikayat tersebut menarik dengan garapan empat elemen asas yang ada.


58 Papan cerita menjadi panduan untuk persediaan bahan. Papan cerita memperinci kandungann dan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan/ persembahan. Bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sebuah multimedia. Contoh, ketika pengkarya ingin menghasilkan karya “Asiah Samiah”, pengkarya perlu menetapkan plot cerita dan watakperwatakan yang terlibat. Dengan ini papan cerita akan bertindak sebagai panduan untuk mengumpul bahan seperti grafik watak dan latar yang sesuai dengan plot. Dengan ini, perjalanan cerita akan berjalan dengan lancer. Selain itu, papan cerita juga bertindak sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh pengguna bersama dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif pada setiap bingkai (frame). Membina papan cerita perlu diteliti jalan cerita, puisi, atau bahan prosa dengan mendalam untuk melihat bagaimana konteks dan inti cerita serta kefahamannya. Dari sinilah terhasilnya kerangka papan cerita. Bagaimana cerita tadi diterjemah ke dalam papan cerita sebagai kerangka baru sebelum penghasilan multimedia. Kemudian elemen-elemen multimedia digarapkan agar teknik penyampaiannya menjadi lebih menarik dan berkesan. Contoh.... Fungsi Papan Cerita sebagai panduan atau proses kerja bagi menyediakan instrumen multimedia. sebagai saluran untuk mengenal pasti bahan sastera yang akan digunakan dalam sesuatu persembahan multimedia. sebagai medium untuk mengenal pasti keperluan bahan dan kepakaran khalayak. untuk mengenalpasti masalah dalam pemindahan teks ke bentuk multimedia. untuk menyediakan kos/ perbelanjaan. sebagai dokumnetasi rujukan daripada teks ke multimedia.


59 CONTOH JAWAB FUNGSI PAPAN CERITA Fungsi Papan Cerita Untuk Menghasilkan Persembahan Multimedia Yang Menggunakan Karya Sastera Dalam sesuatu penyediaan persembahan bahan sastera dalam bentuk multimedia, papan cerita sangat penting bagi mendapat keberhasilan bahan sastera dalam multimedia. Oleh itu, terdapat beberapa fungsi papan cerita untuk menghasilkan persembahan multimedia. H-instrumen multimedia akan dicatatkan dalam papan cerita sangat penting dalam proses kerja. Insturmen ini ialah bahan yang berkaitan perisian samada dalam bentuk powerpoint, movie marker,flash serta peralatan teknologi yan.g dianggap sebagai pelengkapan bahan sastera yang akan dimultimediakan seperti kamera,alat imbasan,perakam suara dan lain-lain bagi penyediaan elemen-elemen multimedia seperti grafik,animasi,audio visual dan teks.semua instrument ini akan dicatatkan dalam papan cerita C-contohnya, dalam persembahan multimedia peristiwa pembukaan negeri Melaka. Kita memerlukan gambaran berkaitan dengan Raja Iskandar terkejut dengan peristiwa aneh pelanduk dengan anjing buruannya. Oleh itu, penyediaan multimedia perlu instrumen kamera untuk mengambil gambar hasil lukisan dan dicatatkan dalam papan cerita sebelum diaplikasikan dalam multimedia. Dengan cara ini akan melancarkan proses kerja. F-Untuk mengenalpasti bahan sastera yang akan digunakan dalam persembahan multimedia samada dalam bentuk genre puisi, prosa, cerpen, novel dan sebagainya. H-bagi setiap permulaan penyediaan multimedia, kita perlu mengkaji, menganalisis, membaca bahan sastera iaitu isi kandungan untuk dihasilkan bahan multimedia yang akan dilakarkan dalam papan cerita. Hal ini demikian kerana papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan dibina. Dengan cara ini proses pengaplikasian persembahan multimedia dalan dihasilkan dengan tersusun dan menarik. C-contohnya, penyediaan multimedia bahan sastera berkaitan dengan prosa dalam teks Sulalatus Salatin, kita perlu mengetahui sinopsis iaitu jalan penceritaan yang memerlukan gambaran yang akan dilakarkan dalam papan cerita dan memerlukan kita melukis atau muat turun melalui internet gambar/lukisan yang sesuai dengan bentuk cerita yang akan dimultimediakan. Jika cerita berkaitan dengan Siam menyerang Melaka, maka grafik yang sesuai ialah gambar Angkatan perang Siam. F2- Sebagai panduan bagi menyediakan instrumen multimedia


60 H-Hal ini demikian kerana, papan cerita merupakan sumber rujukan bagi seseorang penyediaan multimedia untuk menyemak dalam elemen multimedia samada teks, audio, grafik dan animasi yang dicatat dalam lakaran papan cerita sekiranya terdapat kesilapan proses jalan cerita bahan sastera yang terdapat dalam buku apabila dimultimediakan. F3-Untuk mengenalpasti keperluan bahan dan kepakaran H-Sebelum pengaplikasian multimedia dilakukan, keperluan bahan juga dicatatkan dalam papan cerita. Hal ini demikian kerana bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Contohnya, dalam persembahan multimedia sajak titian kemerdekaan dalam penyediaan Audio visual rakaman video diperlukan bagi merakam sambutan hari kemerdekaan yang akan dicatatkan dalam papan cerita untuk dijadikan sebagai panduan dalam pengaplikasian multimedia. Oleh itu,dengan adanya papan cerita,akan memudahkan gerak kerja penyediaan multimedia supaya bahan sastera dihasilkan dengan lancar dan ini menunjukkan kepakaran seseorang dalam penyediaan multimedia sastera. F4-Sebagai dokumentasi/rujukan bagi mengenalpasti masalah dalam pemindahan teks ke bentuk multimedia C-Contohnya, dalam persembahan peristiwa singapura dilanggar todak mempunyai kelemahan dan kekeliruan dari segi urutan jalan cerita atau maklumat yang bercanggah dalam perancangan berkaitan dengen elemen multimedia, kita akan merujuk grafik yang di lakaran dalam papan cerita untuk penambahbaikan supaya penghasilan multimedia interaktif dapat memberi kesan kepada pengguna.


61 CONTOH JAWAB 2 Fungsi papan cerita Dalam sesuatu penyediaan persembahan bahan sastera dalam bentuk multimedia, papan cerita sangat penting bagi mendapat keberhasilan bahan sastera dalam multimedia. Oleh itu, terdapat beberapa fungsi papan cerita untuk menghasilkan persembahan multimedia. Untuk mengenalpasti bahan sastera yang akan digunakan dalam persembahan multimedia samada dalam bentuk genre puisi, prosa, cerpen, novel dan sebagainya. Bagi setiap permulaan penyediaan multimedia, kita perlu mengkaji, menganalisis, membaca bahan sastera iaitu isi kandungan untuk dihasilkan bahan multimedia yang akan dilakarkan dalam papan cerita. Hal ini demikian kerana papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan dibina. Dengan cara ini proses pengaplikasian persembahan multimedia dalan dihasilkan dengan tersusun dan menarik. Contohnya, penyediaan multimedia bahan sastera berkaitan dengan prosa dalam teks “Sulalatus Salatin”, kita perlu mengetahui jalan cerita yang hendak dipersembahkan. Jika pengkarya ingin menyampaikan cerita tentang Puteri Gunung Ledang, maka pengkarya perlu melakarkan teks, grafik, audio yang akan digunakan dan animasi yang sesuai dalam papan cerita. Ini akan memudahkan pengkarya membuat penambahbaikkan sebelum di muat naik ke aplikasi tertentu agar dapat dibuat persembahan multimedia. Jika bahan tidak dikenal pasti, maka akan kos perbelanjaan akan meningkat kerana banyak kesalahan akan berlaku. Kesannya tiada pembaziran sumber dan kos ketika menghasilkan persembahan multimedia. Sebagai panduan bagi menyediakan instrumen multimedia. Instrumen multimedia akan dicatatkan dalam papan cerita sangat penting dalam proses kerja. Insturmen ini ialah bahan yang berkaitan perisian samada dalam bentuk powerpoint, movie marker, flash serta peralatan teknologi yang dianggap sebagai pelengkapan bahan sastera yang akan dimultimediakan seperti kamera, alat imbasan, perakam suara dan lain-lain bagi penyediaan elemen-elemen multimedia seperti grafik, animasi, audio visual dan teks. Semua instrument ini akan dicatatkan dalam papan cerita. Jika pengkarya tidak mempunyai panduan bagi penyediaan instrument, maka sudah pasti akan berlaku kesalahan dan persembahan akan menjadi kurang menarik. Contohnya, dalam persembahan multimedia peristiwa pembukaan negeri Melaka. Pengkarya memerlukan gambaran berkaitan dengan Raja Iskandar terkejut dengan peristiwa aneh pelanduk dapat mengalahkan anjing buruan. Oleh itu, penyediaan multimedia memerlukan instrument seperti MP4 bagi memperoleh audio yang baik dan Photoshop untuk mengambil gambar hasil lukisan. Kesemua instrument ini akan dicatatkan dalam papan cerita sebelum diaplikasikan dalam multimedia. Dengan cara ini akan melancarkan proses kerja. Untuk mengenalpasti keperluan bahan dan kepakaran. Sebelum pengaplikasian multimedia dilakukan, keperluan bahan juga dicatatkan dalam papan cerita. Hal ini demikian kerana bahanbahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Tenaga pakar dalam bidang tertentu diperlukan bagi menjadikan persembahan berkualiti. Contohnya, dalam persembahan multimedia “Sajak Titian Kemerdekaan”. Pengkarya menetapkan penggunaan instrumental lagu Warisan sebagai latar audio. Oleh itu, pakar audio akan merujuk papan cerita untuk memasukkan audio yang diperlukan dalam persembahan sajak. Oleh itu, dengan adanya papan cerita, akan memudahkan gerak kerja penyediaan multimedia supaya bahan sastera dihasilkan dengan lancar dan ini menunjukkan kepakaran seseorang dalam penyediaan multimedia sastera.


62 Sebagai dokumentasi/rujukan bagi mengenalpasti masalah dalam pemindahan teks ke bentuk multimedia. Hal ini demikian kerana, papan cerita merupakan sumber rujukan bagi seseorang penyediaan multimedia untuk menyemak dalam elemen multimedia samada teks, audio, grafik dan animasi yang dicatat dalam lakaran papan cerita sekiranya terdapat kesilapan proses jalan cerita bahan sastera yang terdapat dalam buku apabila dimultimediakan. Contohnya, dalam persembahan peristiwa Singapura Dilanggar Todak mempunyai kelemahan dan kekeliruan dari segi urutan jalan cerita atau maklumat yang bercanggah dalam perancangan berkaitan dengen elemen multimedia, maka pengkarya akan merujuk grafik yang di lakaran dalam papan cerita untuk penambahbaikan supaya penghasilan multimedia interaktif dapat memberi kesan kepada pengguna. Kesannya persembahan yang berkualiti akan dihasilkan dan persembahan akan menjadi lebih seronok ditonton. CONTOH JAWAB TUJUAN PAPAN CERITA Papan cerita sangat penting sebelum proses projek multimedia dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, papan cerita sebagai pelan atau perancangan bertulis yang disediakan sebelum sesuatu hasil kerja multmedia dilakukan.malah papan cerita juga adalah skrip yang dapat memberikan input dan maklumat serta kandungan yang diperlukan. Tujuan papan cerita adalah untuk menyediakan bahan, instrument multimedia, keperluan dan kepakaran, mengenalpasti masalah dalam menghasilkan bahan multimedia. Memilih bahan ataupun genre sastera yang akan dimultimediakan. Pemilihan yang dibuat perlu mengambilkira kesesuaian, tujuan serta kesan yang akan diterima oleh penonton. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak genre sastera iaitu prosa tradisional, cerpen, novel, puisi melayu tradisional dan sajak moden. Pemilihan genre sastera ini langkah yang sangat penting untuk menentukan langkah yang perlu dilakukan dan seterusnya. Contohnya, dalam memperkenalkan puisi tradisional seperti Talibun “Keindahan dan Kemakmuran Negeri.”, pengkarya akan membina papan cerita dengan menggarapkan kesemua elemen multimedia yang bersesuaian. Jika pengkarya ingin menggambarkan negerinya beruntung, maka grafik kota yang mewah dapat digunakan diikuti dengan audio instrumental yang sesuai. Persembahan multimedia yang dihasilkan adalah berdasarkan apa yang tertulis pada papan cerita. Dengan adanya panduan papan cerita ini akan menghasilkan persembahan multimedia yang lebih berkualiti Memastikan kemudahan bahan multimedia. Perisian yang boleh digunakan pada mana-mana komputer atau bersifat mesra pengguna dan tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi dan mahal. Hal ini demikian kerana, memudahkan proses penyediaan multimedia dan boleh diubah suai mengikut keperluan semasa bagi menghasilkan multimedia yang bermutu tinggi. Ketika pengkarya ingin mempersembahkan prosa tradisional iaitu peristiwa pembukaan negeri Melaka, pengkarya boleh menggunakan perisian yang bersesuaian atau mesra pengguna seperti power point, window movie marker yang sesuai bagi menggambarkan latar dan plot cerita. Perisian tersebut amat mudah digunakan dan mesra pengguna bagi melakarkan gambar watak Raja Iskandar Syah dan sebagainya. Ini bergantung kepada kreativiti dan kepakaran seseorang individu tersebut dalam menghasilkan projek mutilmedia. Jika papan cerita tidak dihasilkan akan menimbulkan masalah pemindahan bentuk teks kepada multimedia. Kesannya, karya yang ingin dipersembahkan akan beerjalan dengan lancar.


63 Menentukan prinsip asas multimedia yang hendak digunakan. Dalam sesuatu lakaran papan cerita, elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio visual sangat penting bagi memberi panduan kepada seseorang sebelum projek multimedia dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini demikian kerana, dalam papan cerita kita akan menentukan jenis grafik yang hendak digunakan begitu jugak dengan audio visual. Contohnya, dalam penyediaan papan cerita peristiwa “Singapura dilanggar todak”, elemen prinsip yang terkandung dalam papan cerita iaitu dalam elemen grafik seperti ikan todak, peta singapura, persisiran pantai akan menentukan kita untuk mengetengahkan dengan peristiwa dalam projek multimedia dalam sasatera melayu. Kesannya, bahan yang dimultimediakan akan menjadi leebih menarik dan berkualiti. Melaksanakan pembinaan papan cerita. Bagi menghasilkan persembahan multimedia yang menarik, papan cerita mestilah mempunyai format dengan memiliki ciri-ciri aliran yang terancang dan jelas dengan mengikut urutan yang betul supaya tidak mengelirukan khalayak. Dalam persembahan multimedia berkaitan dengan sajak “Seorang Jemaah”, papan cerita dilakar mengikut isi ataupun maksud dalam setiap rangkap dalam puisi serta bersesuaian dengan kandungan sastera dan prinsip multimedia. Contoh, audio deklamasi sajak “Seorang Jemaah” akan mengiringi setiap bait yang dipaparkan dan grafik seperti masjid, asflat, orang berjogging akan menjelaskan lagi penceritaan. Jika papan cerita tidak dilakarkan mengikut format yang betul karya sastera berkaitan dengan sajak ini tidak dapat disampaikan dalam bentuk multimedia dengan baik dan mengelirukan khalayak. Kesannya, khalayak akan lebih teruju dan seronok memahami sajak yang dipersembahkan. Panduan penulisan papan cerita. 1. Membuat perancangan – tujuan, objektif, bentuk persembahan, bahan, kos, kepakaran, kandungan 2. Mengadakan perbincangan berdasarkan perkara yang dirancang - kekuatan, kelemahan, penambahbaikan, maklum balas 3. Melaksanakan apa yang dirancang: - elemen multimedia yang diterapkan - arahan media perlu jelas supaya pakar media tahu jenis media yang perlu disediakan - perkataan dan ayat yang sesuai dengan kelompok sasaran - lakar seberapa tepat yang boleh idea yang ingin dipaparkan pada skrin sebagai panduan kpd pereka grafik - saiz fon perlu konsisten - saiz tetingkap untuk video - suara untuk peneguhan perlu disediakan - jumlah baris arahan ditetapkan, jika panjang boleh gunakan scroll - kedudukan ikon penting-boleh ditetapkan berasaskan pendekatan tertentu - ruangan untuk meletak objek selepas diheret


64 4. Mengadakan semak kaji (review) - membandingkan antara perancangan dengan hasil papan cerita - memurnikan papan cerita - meneliti kesesuaian papan cerita CONTOH JAWAB PANDUAN PAPAN CERITA Jelaskan panduan untuk menghasilkan papan cerita bagi sesebuah persembahan multimedia. [25] Papan cerita merupakan pelan atau perancangan bertulis yang disediakan sebelum sesuatu hasil multimedia dilakukan. Format papan cerita mempunyai format yang standard bagi tujuan memudahkan penyelarasan. Antara panduan yang diperoleh dari pembinaan papan cerita ialah membuat perancangan dan perbincangan selain membuat penilaian semula sebelumm dipersembahkan. Membuat perancangan. Menentukan tujuan/objektif yang hendak diketengahkan selaras dengan persembahan multimedia. Bentuk persembahan juga perlu ditentukan sama ada menggunakan perisian yang mesra pengguna atau sebaliknya. Perisian dan bahan sastera yang akan dihasilkan perlulah berkualiti, menarik dan dapat memikat khalayak untuk menonton. Jika perancangan tidak dilaksanakan, sudah pasti akan berlaku kesilapan ketika melaksanakan persembahan. Contoh ketika cuba mempersembahkan puisi “Syair Ikan Terubuk”, sayir kiasan yang menceritakan cinta tidak kesampaian akibat perbezaan darjat. Pengkarya perlu merancang teks, audio, animasi dan grafik yang bersesuaian untuk menerangkan tentang kejadian yang berlaku kepada Puteri Puyupuyu ketika beliau diangkat oleh nenek moyangnya. Perancangan yang teliti mampu menjadikan persembahan menarik dan mempunyai nilai estatikanya yang tersendiri. Mengadakan perbincangan berdasarkan perkara yang dirancang. Pembina persembahan multimedia perlulah mengadakan perbincangan berdasarkan bentuk persembahan yang telah dirancang. Elemen multimedia yang hendak digunakan perlu dikenalpasti kekuatan, kelemahan serta keupayaan untuk dilakukan penambahbaikan bagi memastikan pemindahan bahan sastera tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Bahan sastera yang hendak diketengahkan perlu melalui saringan agar ia sesuai dan tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan khalayak. Jika perbincangan tidak dilaksanakan, sudah pasti persedian projek akan memakan masa yang lebih lama kerana terdapat kesalahan yang berlaku. Contoh….. Melaksanakan apa yang dirancang. Pembina persembahan multimedia perlu melaksanakan perkara yang telah dirancang dan dibincangkan dengan mengambil kira beberapa perkara seperti mamastikan penerapan elemen multimedia dalam persembahan yang dibina. Arahan media perlu jelas supaya pakar media tahu jenis media yang perlu disediakan berdasarkan skrin papan cerita yang tertentu. Perkataan atau ayat yang dipilh sesuai dengan kelompok sasaran. Lakaran seberapa tepat yang boleh bagi mewakili idea yang hendak dipaparkan pada skrin sebagai panduan kepada


65 pereka grafik. Saiz font yang konsisten, saiz tertingkap untuk video suara perlu disediakan dalam pelbagai bentuk. Contoh…… Penilaian semula. Kajian atau penilaian semula perlu dilakukan bagi membandingkan antara perancangan dengan hasil papan cerita. Ia juga beflujuan untuk membuat penambahbaikkan selain memastikan kesesuaian papan cerita tersebut yang akan diaplikasikan dalam sesebuah persembahan multimedia Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/ saranan/ rumusan/ pendirian/ penilaian / harapan /refleksi CONTOH JAWAB 2 Panduan untuk menghasilkan papan cerita adalah seperti berikut: Mengenal pasti bahan yang ingin dipersembahkan. Dalam penyediaan sesuatu multimedia kita seharusnya mengenalpasti teks genre sastera yang akan dimultimediakan. Oleh itu, kajian secara terperinci bahan tersebut dan membuat tafsiran yang tepat perlu dilaksanakan. Perisian dan bahan sastera yang akan dihasilkan perlulah berkualiti, menarik dan dapat memikat khalayak untuk menonton. Jika perancangan tidak dilaksanakan, sudah pasti akan berlaku kesilapan ketika melaksanakan persembahan. Contohnya, dalam persembahan multimedia sastera jika kita memilih genre sastera prosa iaitu “Hikayat Pelanduk Jenaka”, kita perlu kaji terlebih dahulu jalan ceritanya dan susunan peristiwa serta kandungan untuk diaplikasikan dalam perisian yang dipilih sebagai pembinaan multimedia. Pengkarya boleh menggunakan grafik seperti pelanduk yang comel dan sesuai dengan peringkat umur khalayak. Perancangan yang teliti mampu menjadikan persembahan menarik dan mempunyai nilai estatikanya yang tersendiri. Menyediakan papan cerita. Sebelum penyediaan multimedia, lakaran pada papan cerita sangat penting untuk membolehkan idea yang ingin dipaparkan pada skrin dapat dilakukan. Papan cerita perlu dimasukkan elemen multimedia seperti grafik, teks, animasi, dan juga audio visual. Dalam papan cerita pengkarya perlu membuat catatan secara ringkas tajuk-tajuk kecil atau peristiwa berkaitan dengan tajuk dalam pengasilan papan cerita perlu dilakukan. Jika draf tidak dilaksanakan dalam papan cerita, maka sudah pasti hasil persembahan akan menjadi hambar. Contohnya dalam persembahan multimedia Sajak Pahlawan Ialah Dia, pengkarya akan melakarkan dalam bentuk papan cerita. Hal ini demikian dengan adanya papan ia akan menjadi panduan untuk pengkarya memasukkan empat elemen multimedia seperti grafik, teks, animasi dan audio seperti grafik pahlawan di medan peperangan, lagu patriotik dan lain-lain. Di samping itu dapat menentukan tempoh masa dan persembahan. Kesannya, elemen yang digarapkan bersama bahan sastera dapat menyentuh emosi khalayak. Pembinaan/penghasilan. Dalam proses pembinaan, kita akan menentukan perisian yang akan digunakan dan pengguna elemen multimedia yang menarik. Elemen multimedia yang hendak digunakan perlu dikenalpasti kekuatan, kelemahan serta keupayaan untuk dilakukan penambahbaikan bagi memastikan pemindahan bahan sastera tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Bahan sastera yang hendak diketengahkan perlu melalui saringan agar ia sesuai dan tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan khalayak. Jika perbincangan tidak dilaksanakan, sudah


66 pasti persedian projek akan memakan masa yang lebih lama kerana terdapat kesalahan yang berlaku. Contohnya, dalam persembahan multimedia cerpen “Anak-anak yang bergelimpangan”, penggunan jenis fon, saiz dan warna fon perlu diambil kira. Menyunting audio visual dan membuat rakaman suara juga perlu dilakukan jika perlu. Hal ini demikian pada bahagian-bahagian tertentu persembahan multimedia tersebut mungkin boleh disi suara yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti berdialog, bersajak dan sebagainya untuk memberi impak yang maksimum. Kesannya, persembahan akan menjadi lebih menarik dan berkualiti Pengeditan/pemurnian. Apabila kita selesai menyusun isi dan peristiwa pada skirn setiap perisian kita akan menyunting bahan tersebut bagi memastikan kesesuaian dengan elemen mutimedia dan bahan yang hendak dipaparkan.Tujuannya untuk menarik perhatian khalayak. Pengkarya perlu menyemak semula dengan membuat perbandingan antara perancangan dengan hasil papan cerita. semakan kajian juga bertujuan untuk memurnikan papan cerita tersebut yang akan diaplikasikan dalam sebuah persembahan multimedia. Jika tidak di semak semula, maka sudat pasti persembahan akan menjadi kurang menarik. Contohnya, ketika menghasilkan drama “Asiah Samiah”.Babak di mana berlakukan pertempuran di antar Misa Sagaraga dan Anas Samanda perlu dilakukan dengan baik Garapan teks, grafik, audio dan animasi agar dapat menimbulkan unsur sasspen. Dengan ini khalayak akan menjadi lebih teruja untuk mengetahi apa yang bakal terjadi. Persembahan. Apabila kita sudah selesai membuat pembinaan dan memurnikan multimedia yang kita sudah hasilkan. kita akan menayangkan hasil kerja dalam masa yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam persembahan “Hikayat Pelanduk Jenaka” apabila selesai genre prosa itu dimultimediakan, hasil kerja tersebut untuk akan ditayangkan kepada khalayak ataupun audien. Persembahan tersebut akan menjadi lebih menarik dan jelas jalan ceritanya. Kesannya khalayak akan menjadi lebih faham dan seronok ditonton. Prosedur / Langkah Membina Papan Cerita 1. Persediaan bahan. Papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan dibina. Misalnya jika penceritaan memerlukan gambar yang dilukis, maka catatan di papan cerita akan membantu ingatan pembina multimedia agar menyediakan lukisan berkenaan. Begitu juga jika memerlukan bahan lain seperti bahan video, bahan audio dan visual yang lain. 2. Penyediaan instrumen multimedia. Instrumen multimedia mungkin dicatatkan dalam papan cerita sebagai bahan yang berkait dengan "hardware" dan "software". Keperluan instrumen ini bergantung kepada kemampuan pihak yang akan membina multimedia. Persediaan software seperti powerpoint, movie maker dan lain-lain adalah perlu. Begitu juga persediaan hardware seperti kamera, alat imbasanm perakam suara dan lain-lain. Semua instrumen ini akan dicatat dalam papan cerita.


67 3. Penyediaan keperluan. Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Umpamanya, jika sesebuah papan cerita itu memerlukan aktiviti rakaman, maka sebuah studio yang sesuai perlu disediakan bagi tujuan tersebut. Kadangkala persediaan keperluan lebih lama berbanding proses mencipta multimedia. 4. Perbelanjaan. Tidak ada catatan perbelanjaan yang khusus perlu dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Namun segala keperluan yang dicatatkan tentunya mempunyai kos tertentu. Oleh itu papan cerita akan membantu seseorang pembina multimedia menganggarkan kadar perbelanjaan yang bakan dikeluarkan. Semakin canggih rancangan di papan cerita, maka semakin tinggilah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan. CONTOH JAWAB LANGKAH-LANGKAH / PROSEDUR PAPAN CERITA Langkah/Prosedur Penulisan Papan Cerita Berdasarkan Sajak Seorang Jemaah Multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Media/medium. Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam penghasilan multimedia kita memerlukan papan cerita yang lengkap bagi menyediakan persembahan multimedia karya sastera. Antara prosedur / langkah yang perlua ialah perancangan persediaan bahan, penyediaan instrument dan anggaran perbelanjaan. Perancangan Persediaan bahan. Mengenal pasti bahan sastera yang akan digunakan untuk memindahkannya dalam bentuk multimedia. Hal ini demikian kerana, papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan dibina supaya khalayak dan pengguna dapat menyusun cerita dengan lebih berkesan. Contohnya dari tema yang berkaitan dengan setiakawan dan juga dari segi persoalan dalam aspek keagamaan iaitu mengenai seorang lelaki muslim yang sentiasa solat berjemaah di masjid. Pengkarya dapat melengkapkan bahanbahan yang diperllukan melalui pembinaan papan cerita. Pengkarya akan menyediakan grafik yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan begitu juga dengan lagu yang berunsur keislaman buktinya Instrumental nasyid kumpulan Raihan, Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara memberi penghayatan pengguna berkaitan kepentingan solat yang dilakukan oleh jemaah dalam sajak tersebut. Jelaslah di sini….. Penyediaan instrument/elemen-elemen multimedia. Papan cerita perlu dimasukkan elemen multimedia seperti grafik, teks, animasi, dan juga audio visual. Dalam papan cerita kita perlu membuat Catatkan secara ringkas tajuk-tajuk kecil atau peristiwa berkaitan dengan tajuk dalam pengasilan papan cerita perlu dilakukan, selain itu, kita perlu merancang bilangan papan yang perlukan.Jenis dan sumber untuk teks, grafik, animasi serta kesan bunyi yang diperlukan mesti ditulis dalam lakaran papan cerita. Contohnya, grafik yang dimuatkan ialah seorang lelaki


68 berpakaian putih sedang berdoa, teks ‘berdoa’, digandingkan dengan audio visual “Instrumental nasyid kumpulan Raihan: Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara”, dan akhir sekali ialah animasi iaitu menggunakan animasi dissolve bagi gerakan grafik dan expand bagi gerakan tulisan (teks). Jelaslah di sini...... Penyediaan keperluan. Papan cerita adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input dan maklumat dalam proses pemindahan dalam bentuk multimedia. Ia juga dianggap sebagai satu siri lakaran bagi menggambarkan isi kandungan atau bahan sastera yang digunakan bagi skrin multimedia. Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Sekiranya kita tidak memahamai konsep papan cerita sudah pasti susunan elemenelemen multimedia tidak selari dan tidak ada kesinambungan karya teks dalam bentuk multimedia. Contohnya, penyediaan papan cerita yang ada kaitannya dengan Sajak “Seorang Jemaah” iaitu berkaitan dengan seorang lelaki muslim yang pada setiap paginya akan berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Jadi, pengkarya akan menghasilkan papan cerita yang menggambarkan plot cerita tentang lelaki muslim pergi ke masjid. Pengkarya juga akan melengkapkan teks, grafik, animasi dan audio yang sesuai dengan jalan cerita. Jelaslah di sini bahawa papan cerita merupakan panduan bagi pengkarya menghasilkan bahan sastera dengan lebih menarik. Memahami kos perbelanjaan yang perlu. Perancangan cerita dan bahan yang akan digunakan menerusi papan cerita membolehkan pengkarya menganggar perbelanjaan Bagi menghasilkan multimedia, kos perbelanjaan adalah penting untuk melancarkan projek persembahan. Semakin canggih rancangan di papan cerita, maka semakin tinggilah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan. Jika kos perbelanjaan tidak dapat dianggarkan oleh pengkarya, maka berkemungkinan kos itu akan meningkat dan melebihi bajet yang ditetapkan. Contohnya, menerusi “Sajak Seorang Jemaah” dengan memetik rangkap keenam yang berkaitan dengan sebuah jalan yang berada dalam keadaan sunyi setelah kematian lelaki tersebut yang sentiasa ke masjid untuk sembahyang berjemaah Pengkarya akan membina papan cerita dengan menggarapkan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio bagi menjelaskan lagi sesuatu yang abstrak seperti situasi yang berlaku setelah ketiadaa jemaah. Jelaslah papan cerita dapat menjelaskan situasi yang kompleks dan abstrak supa menjadi lebih jelas. Kesimpulannya, jelas disini bahawa, penyediaan papan cerita bagi menghasilkan multimedia dengan sempurna yang dapat memberi keberkesanan kepada pengguna berkaitan dengan persembahan karya sastera. (rumusan keseluruhan) Diharapkan dengan adanya papan cerita ini akan memudahkan proses kerja dalam penyediaan sastera yang akan diaplikasikan. (Harapan)


69 CONTOH JAWAB KEPENTINGAN PAPAN CERITA Penghasilan multimedia interkatif bermula dengan pembinaan papan cerita. Berdasarkan penyataan tersebut, Apakah yang anda faham konsep papan cerita dan nyatakan enam kepentingan papan cerita sebelum penghasilan multimedia Ini jawapan untuk definisi konsep. Kemudian pelajar perlu sambung dengan soalan nyatakan 6 kepentingan papan cerita. Bila nyatakan, maka pelajar perlu senaraikan sahaja. 6 mewakili 6M dan 4 markah lagi adalah untuk definisi konsep. Jadi definisi ni perlu ada fakta, huraian /penjelasan dan contoh. Membantu merancang projek multimedia. Dengan adanya papan cerita atau dikenali sebagai storyboard boleh membantu kita membuat perancangan awal bagi melakarkan peristiwa dengan menerapkan elemen-elemen multimedia yang sesuai berdasarkan peristiwa yang ditetapkan. Papan cerita membantu pengkarya mengembangkan idea bagi menghasilkan persembahan multimedia yang menarik dengan penggunaan elemen multimedia yang mempunyai hubungan maklumat daripada satu bingkaian kepada bingkaian dalam papan cerita. Contohnya dalam papan cerita peristiwa “Singapura dilanggar todak”, pengkarya perlu merancang elemen grafik yang bersesuaian seperti gambar todak sedang menyerang untuk membantu kita mengenalpasti lakaran grafik dalam internet yang dapat menarik dan menimbulkan penghayatan yang mendalam audiens terhadap persembahan tersebut. Dengan ini….. Memberi gambaran yang kompleks dalam persembahan. Papan cerita sangat penting kerana ia dapat memberi gambaran yang kompleks iaitu cara bagaimana setiap objek berfungsi dalam skrin. Hal ini demikian kerana, dengan adanya lakaran bagi peristiwa yang ingin dijelaskan ia dapat membantu pengkarya menyusun elemen multimedia yang bersesuaian dengan peristiwa yang ingin disampaikan dalam persembahan multimedia. Contohnya, dalam penghasilan papan cerita peminangan Puteri Gunung Ledang, pengkarya akan membuat lakaran elemen grafik yang sesuai dan elemen-elemen yang lain dapat dintergrasikan dengan muzik atau latar suara yang ingin dipersembahkan dalam bentuk multimedia. Jika pengkarya ingin menceritakan tentang permintaan hantaran peminangan yang perlu disediakan, maka pengkarya perlu menggunakan gambar tujuh dulang yang mengambarkan permintaan tersebut bagi menimbulkan kefahaman yang tinggi. Dengan ini………. Membantu kita dalam membuat sebarang perubahan. Dalam menghasilkan sesuatu persembahan, papan cerita ini sangat penting kerana ia membantu pengkarya membuat sebarang perubahan sekiranya terdapat kesilapan dan membuat pengubahsuaian kandungan dengan konteks yang ingin pengkarya sampaikan dalam bentuk multimedia. Pengkarya juga boleh menyemak kesesuaian paparan dalam bingkai papan cerita dengen elemen interaktif yang ingin pengkarya terapkan dalam bentuk multimedia supaya hasil persembahan yang dihasilkan mempunyai kesinambungan peristiwa dan audiens dapat memahamai serta memberi kesan yang menarik.


70 Menbantu meletakkan unsur-unsur suspens dan menarik. Papan cerita sangat penting kerana membantu pengkarya membuat ataupun meletakkan unsur-unsur saspens dan menarik dalam setiap bingkaian dan lakaran papan cerita sebelum bentuk multimedia dihasilkan. Hal ini demikian kerana, apabila pengkarya sudah memahami peristiwa dalam cerita atau sudah mencerakin isi, papan cerita ini membantu pengkarya menyusun semula maklumat dengan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio yang hendak digunakan dalam proses multimedia. Pengkarya perlu mengenalpasti muzik, suara ataupun video yang bersesuaian dengan lakaran grafik dalam setiap peristiwa dalam bingkai papan cerita supaya dalam bentuk multimedia. Contoh, untuk pertarungan di antara Hang Tuah dengan Taming Sari dalam “Hikayat Hang Tuah”, pengkarya akan menggunakan audio keris bertingkah dan suara orang menjerit ketika berlawwan bagi menimbulkan kesan yang bersesuaian dengan grafik Hang Tuah sedang bertarung dengan Taming Sari. Elemen-elemen tersebut dapat membantu persembahan yang ingin pengkarya lakukan mengandungi unsur-unsur yang menarik pengguna. Ciri Papan Cerita ✓ Logik dan wajar digunakan sebagai panduan. ✓ Mengandungi maklumt sastera yang akan dipersembahkan dalam bentuk multimedia seperti latar dan gaya bahasa. ✓ Mengandungi arahan atau huraian yang jelas – deskripsi yang merangkumi apa, mengapa dan bagaimana. ✓ Mengandungi maklumat yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan/persembahan. ✓ Tidak bersifat rigid, tidak statik atau bersifat mudah dan boleh diubahsuai. ✓ Mempunyai aliran yang jelas dan tersusun. ✓ Mengikut urutan yang betul. ✓ Berformat untuk memudahkan penyelarasan.


71 Kesan Yang Boleh Diubahsuai Untuk Bagaimana (Tujuan) Dan Mengapa (Kesan) Penggunaan TEKS GRAFIK AUDIO / VIDEO ANIMASI Warna Biru – ketenangan, kedamaian Putih – kesucian, keinsafan Merah – keberanian, kebencian keganasan, kemarahan Hijau - keindahan alam, islam Kuning – kedaulatan, raja Teks/Fon Memberi Kejelasan Sesuaikan Dengan Latar Memerihalkan, Penceritaan Dengan Jelas Menyampaiakan Mesej / Amanat / Iktibar Saiz Memberi Kejelasan Memberi Penekanan Kepada Plot Menghidupkan Penceritaan Mudah Membaca Dan Menghayati Gambaran watak bulat/pipih Menyesuaikan dengan plot / teks Latar tempat Latar zaman Gambaran masyarakat tradisi Simbolik kepada penceritaan Gambaran sebenar Memerihalkan suasana Memberi gambaran yang realistik Memperincikan penceritaan Menerapkan nada patriotik, cemas, romantis, sayu, melankolik Kesesuaian dengan latar Gambaran maksud lebih jelas Kesesuaian dengan plot / penceritaan Menimbulkan unsur suspen Mengiringi jalan cerita Memberi penekanan kepada peristiwa yang berlaku Menimbulkan keindahan dan keharmonian Memberikan kekesanan yang kuat / mendalam tentang sesuatu Menyentuh emosi Grafik / Teks Menimbulkan keindahan Menarik perhatian Memberi kekesanan Menjadikan teks lebih menarik Menimbulkan kreativiti Sentuhan gimik bagi menimbulkan keceriaan Memberi impak kepada penceritaan Memukau audiens Memberi tarikan kepada teks / grafik Menimbulkan kelainan


72 1. Menguatkan kesan/ makna gambaran / Untuk memukau pembaca 2. Menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran 3. Menegaskan maksud tertentu / Menarik perhatian pendengar 4. Menimbulkan keindahan/ penegasan irama dan bunyi 5. Menimbulkan kesan kemerduan pengucapan / kesan penegasan 6. Memberi gambaran yang bertentangan/Memperlihatkan keadaan/suasana yang berlawanan. 7. Untuk menggerakkan imaginasi pembaca. 8. Melahirkan keindahan bunyi apabila puisi diucapkan, 9. Menguatkan kesan pembaca terhadap gambaran yang diberikan. 10. Melahirkan kemerduan bunyi, dapat menimbulkan keindahan perasaan, dapat melahirkan bunyi yang lembut dan halus. 11. Dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal. 12. Menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan bunyi 13. Menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi 14. Memadatkan pengucapan dengan menggunakan bahasa perbandingan yang ringkas 15. Dapat memperjelaskan lagi maksud bait yang menggambarkan penderitaan yang dialami oleh masyarakat bawahan. 16. Menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan 17. Bertepatan dengan tema dan persoalan yang ingin diutarakan oleh penyajak. 18. Mampu memberi gambaran yang jelas dan mendalam. 19. Memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis 20. Menimbulkan kesan estetik/ memberi gambaran lebih realistic 21. Memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca impak yang lucu 22. Menghidupkan suasana persekitaran isi cerpen kerana ia bersesuaian dan bertepatan dengan pemikiran dan perasaan watak-watak pada masa itu. 23. Memberi kesan yang amat produktif dalam menyerlahkan keluhan dan permasalah /persoalan yang dialami oleh watak sehingga pembaca turut merasa kesannya. 24. Memerihalkan suasana- memberi gambaran dengan lebih berkesan/menghidupkan imaginasi pembaca/menggerakkan imaginasi 25. Mengimbau ingatan terhadap masa lalu – gambaran watak lebih realistik & berkesan / plot cerita lebih rencam/kompleks 26. Gambaran watak lebih terperinci / watak lebih mendalam 27. Memahami plot cerita yang lebih kompleks


73 KESAN PENGGUNAAN ELEMEN MULTIMEDIA DALAM PAPAN CERITA TEKS ✓ Aharoni ✓ Bauhaus ✓ Broadway ✓ Isabella ✓ Cooper Black o Simbol/lambang warna o Maksud tersirat o Penegasan maksud o Kesan kelembutan o Mesej/amanat/iktibar o Menimbulkan minat AUDIO-VISUAL ✓ Lagu Warisan nyanyian Sudirman ✓ Deklamasi Sajak/Lafaz Pantun ✓ Instrumental Kitaro/Gamelan ✓ Bunyi desiran ombak ✓ Suara Latar bercerita/Dialog o Kesan nada patriotik o Nada melankolik o Kesan emosi gembira o Gambaran maksud lebih jelas o Kesan penghayatan yang lebih mendalam VIDEO ✓ Petikan Filem Antara Dua Darjat ✓ Petikan Klip Video Lagu Sehati Sejiwa ✓ Video Animasi pelanduk ✓ Petikan Drama Tanah Kubur ✓ Petikan Animasi Pencemaran Alam o Kesan emosi sedih o Kesan Apresiasi o Imaginasi kepada khalayak o Gambaran sebenar o Kesan penghayatan yang lebih mendalam GRAFIK o Gambaran watak bulat/pipih o Ciri fizikal o Kesan emosi o Latar tempat o Latar zaman o Gambaran masyarakat tradisi o Menarik minat khalayak ANIMASI ✓ Dissolve ✓ Wipe down ✓ Cover left ✓ Blinds horizontal ✓ Fade smoothly o Unsur suspen o Gambaran konflik o Menimbulkan Tanda tanya o Suspens o Ketegangan


74 3.2.1 Skema Pemarkahan: (Lakaran/lukisan/ilustrasi) Tajuk / Ayat penceritaan /puisi (1markah ) Teks ( 1 markah) – jika lengkap semuanya Apa / Info : Lirik lagu dll Bagaimana : Memberi sebab jenis, saiz, warna teks dipilih menggunakan bahasa sastera Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera Grafik (1 markah)-jika lengkap semuanya Apa / Info : Grafik yang digunakan dan perlu sesuai dengan teks dan cerita. Bagaimana : Sebab menggunakan grafik dan dikaitkan dengan elemen sastera. Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera. Jika ada kedua-duanya (Huraian/ Deskripsi) menjelaskan maksud teks dan ilustrasi yang dipaparkan secara menyeluruh Animasi (1 markah )-jika lengkap semuanya Apa / Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Grafik – jenis animasi untuk graik Teks – jenis animasi untuk teks Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera Audio-Visual (1 markah )-jika lengkap semuanya Apa / Info : Bunyi-bunyian/lagu /muzik Dialog / suara /video Bagaimana : Sebab menggunakan audio – visual dan dikaitkan dengan elemen sastera. Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera *unsur sastera boleh diterapkan pada bagaimana dan mengapa. Unsur sastera wajib ada. Pemberian Markah Teks 1M Grafik 1M Animasi 1M Audio-Visual 1M Deskripsi / Lakaran 1M Jadi 1 bingkai cerita yang lengkap mewakili 5M X 5 bingkai/papan cerita = 25M


75 • TEKS – Lirik Lagu, bait pantun • GRAFIK-Watak Asiah Samiah •ANIMASI - Teks / Grafik •A/V - Nyanyian Lagu APA •TEKS – Anisa Sans bersaiz 30 •GRAFIK – dilakar, diambil dari You Tube •ANIMASI - Fade In, Fade Out •A/V – dirakam sendiri BAGAIMANA • TEKS – mengukuhkan maklumat • GRAFIK – menggambarkan sifat watak • ANIMASI - Teks / Grafik – kesan imaginasi • A/V - memberi kesan penghayatan yg lebih mendalam MENGAPA 3.2.2 Lima panduan penulisan sesebuah papan cerita 1. Calon dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya lima bingkai dan markah penuh (5 markah) diberikan jika setiap bingkai lengkap dengan teks, grafik, animasi, audio-visual, dan lakaran/deskripsi. 2. Markah penuh (1m) diberikan bagi setiap prinsip asas jika aspek yang mengandungi huraian tentang “apa”, “mengapa” dan “bagaimana” dipatuhi. Huraian setiap perinsip asas mestilah berbeza antara frame satu hingga lima, sekiranya huraian sama dikira ulangan jawapan dan markah tidak akan diberi. 3. Huraian hendaklah memberi penekanan terhadap istilah sastera. 1 Bingkai = 5 markah (1 markah teks yang lengkap, 1 markah grafik yang lengkap, 1 markah animasi yang lengkap, 1 markah audio-visual yang lengkap, 1 markah lakaran/deskripsi (gabungan kedua-duanya) 5 bingkai = 5x5 = 25 markah. ASPEK BAGI SETIAP ELEMEN MULTIMEDIA DALAM PAPAN CERITA PENERAPAN ILMU SASTERA DALAM MULTIMEDIA


76 •. •. 3.3 Menghasilkan Papan Cerita Tajuk : Singapura Dilanggar Todak Jenis Peta : Peta Alir Hasilkan 5 papan cerita berdasarkan pada cerita Singapura dilanggar todak yang terdapat di dalam teks Sulalatus Salatin. [25] Pelajar perlu memahami kehendak tema dan menyenarai elemen dan konsep multimedia serta sastera yang perlu ada ketika membina papan cerita. Elemen dan konsep tersebut perlu dihafal oleh pelajar dan diletakkan di dalam peta alir yang disediakan. Contoh penggunaan:- Langkah 1: 1. Lukis lima kotak peta alir beserta anak panah yang mengikut urutan.( lima kotak sahaja yang diperlukan kerana peperiksaan STPM sebenar mengkehendaki pelajar membina lima papan cerita.) Diingatkan agar pelajar mengikuti kehendak soalan 2. Tuliskan tajuk (peristiwa) pada kotak pertama. Kotak pertama mewakili papan cerita yang pertama. Papan cerita ini akanmemperkenalkantajuk cerita / puisi. Langkah 2 1. Hasilkan plot cerita berdasarkan binaan-binaan soalan yang telah disediakan dan tulis di dalam kotak mengikut urutan peristiwa. Gunakan soalan “5wh” bagi membina jalinan plot. a. Watak - Siapakah yang terlibat di dalam cerita tersebut? b. Peristiwa - Apakah peristiwa penting yang berlaku di dalam cerita tersebut?. Susun peristiwa itu mengikut aturan c. 4 prinsip asas -Bagaimana hendak menggarapkan elemen multimedia multimedia yang perlu di dalam cerita tersebut bagi setiap kotak yang ada e. Kesan - Mengapa / Kenapa elemen tersebut perlu. Jelaskan. 2. Pada langkah ini tulis watak yang terlibat pada setiap kotak bagi membina peristiwa atau cerita. Jika puisi , tulis puisi atau rangkap puisi dalam setiap kotak. 3. Tidak semua peristiwa dalam episod tersebut perlu dimultimediakan. Pelajar perlu memilih 5 peristiwa penting yang menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku. Contoh


77 Watak : Pembesar dan Raja •Peristiwa : Hasutan para pembesar kerana irihati dengan kecerdikan budak tersebut. Watak : Raja, Pembesar dan Budak Pintar •.Peristiwa : Peristiwa pembunuhan budak pintar SINGAPURA DILANGGAR TODAK Watak : Todak •Peristiwa : Serangan todak ke atas Singapura sehingga membawa kepada cadangan sultan untuk menggunakan betis. Watak : Budak Pintar •Peristiwa cadangan budak pintar untuk menggunakan batang pisang bagi menyelesaikan isu singapura diserang ikan todak.


78 Mawar berduri dipetik orang Tersusuk duri berdarahlah ia, Budak pintar dibenci orang, Kerana hasutan matilah dia. Serangan todak semakin menggila, menjadi musibah kepada semua, datang cadangan betis diguna, ramai terkorban mati semua. Watak : Pembesar dan Raja •Peristiwa : Hasutan para pembesar kerana irihati dengan kecerdikan budak tersebut. Watak : Raja, Pembesar dan Budak Pintar •.Peristiwa : Peristiwa pembunuhan budak pintar SINGAPURA DILANGGAR TODAK Watak : Todak •Peristiwa : Serangan todak ke atas Singapura semakin menggila sehingga membawa maut. Timbul cadangan untuk menggunakan betis. Watak : Budak Pintar •Budak pintar mencadangan untuk menggunakan batang pisang bagi menyelesaikan isu singapura diserang ikan todak. Langkah 3: 1. Masukkan elemen multimedia yang lain iaitu gambar, audio-visual, animasi yang bersesuaian dengan peristiwa bagi menjawab soalan “5wh” tadi. Contoh Teks: Penceritaan Teks : Syair Teks : Dialog Grafik: Gambar ikan Grafik: Gambar orang Grafik: Gambar batang Todak dan laut dan ikan todak pokok pisang di A/U : Bunyi ombak mati di tepi pantai buat benteng A/U : Jeritan A/U : Bunyi suspen ANM: Spin / Split ANM : Zoom/ Advance ANM : Checkboard Teks : Monolog / Bisikan Teks : Pantun Grafik: Gambar dua orang Grafik: Gambar budak bijak Pembesar berbisik dibunuh A/U : Video A/U : Puisi ANM: Roll down /Fly out ANM : Cross up / down “Budak pinta harus dibunuh kerana nanti dia boleh mengambil alih tahta”, bisik menteri. Penceritaan (suara orang memperkenalkan tajuk) “Ampun Tuanku, hamba cadangkan kita guna batang pisang”. usul budak pintar “Bagus juga cadangan tu” kata raja..


79 Langkah 4: 1. Garapkan kesemua peristiwa di dalam bingkai papan cerita dengan elemen multimedia dan kesannya Contoh Bingkai Cara menulis huraian Info, Bagaimana dan mengapa : Boleh seperti di atas atau pelajar tak perlu tulis perkataan info, bagaimana dan mengapa. Cukup sekadar memberikan huraian. Tapi pastikan ada kesemuanya. Contoh macam yang dipaparkan di audio-visual. Namum pelajar perlu selaraskan format. Kalau tulis perkataan info, bagaimana dan mengapa, dari awal perlu ada sampai habis. Begitu juga dengan susunan teks, grafik, animasi dan audio. TEKS Info : Syair Bagaimana : Fon Arial, Saiz 50 dan warna merah Mengapa : Rima akhir syair dapat menimbulkan kemerduan bunyi dan menarik perhatian Bingkai Cerita 2 Serangan todak semakin menggila, menjadi musibah kepada semua, datang cadangan betis diguna, ramai terkorban mati semua. GRAFIK Info : Gambar orang dan ikan todak yang telah mati Bagaimana : Dilukis oleh pencerita Mengapa : Agar dapat menerangkan situasi dan peristiwa yang berlaku dengan lebih berkesan AUDIO VISUAL/VIDEO Syair/Jeritan Suara rakaman digunakan dapat memberi impak kepada plot. Hal ini dapat menimbulkan kesan penghayatan yang mendalam. ANIMASI Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Teks: Zoom in/Grafik : Wheel Mengapa : Agar teknik penyampaian cerita menjadi lebih menarik/ Menggerakkan imaginasi Memaparkan situasi orang mati kerana serangan ikan todak. Gambar akan bertukar sebanyak 3 kali.


80 CONTOH PEMBINAAN PAPAN CERITA Skema Pemarkahan: (Lakaran/lukisan/ilustrasi wajib tapi cukup sekadar yang simple dan sampai apa yang nak diceritakan) Tajuk / Ayat penceritaan /puisi (1markah ) Teks ( 1 markah) – jika lengkap semuanya Apa / Info : Lirik lagu dll Bagaimana : Memberi sebab jenis, saiz, warna teks dipilih menggunakan bahasa sastera Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera Grafik (1 markah)-jika lengkap semuanya Apa / Info : Grafik yang digunakan dan perlu sesuai dengan teks dan cerita. Bagaimana : Sebab menggunakan grafik dan dikaitkan dengan elemen sastera. Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera. Jika ada kedua-duanya (Huraian/ Deskripsi) menjelaskan maksud teks dan ilustrasi yang dipaparkan secara menyeluruh Animasi (1 markah )-jika lengkap semuanya Apa / Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Grafik – jenis animasi untuk graik Teks – jenis animasi untuk teks Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera Audio-Visual (1 markah )-jika lengkap semuanya Apa / Info : Bunyi-bunyian/lagu /muzik Dialog / suara /video Bagaimana : Sebab menggunakan audio – visual dan dikaitkan dengan elemen sastera. Mengapa / Kesan : Kesan untuk bahan/ audiens Kaitkan dengan elemen sastera *unsur sastera boleh diterapkan pada bagaimana dan mengapa. Unsur sastera wajib ada. Pemberian Markah Teks 1M Grafik 1M Animasi 1M Audio-Visual 1M Deskripsi / Lakaran 1M Jadi 1 bingkai cerita yang lengkap mewakili 5M X 5 bingkai/papan cerita = 25M


81 MAKLUMAT 1 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya; Setelah semuanya pergi antara beberapa minit kemudian dua orang yang tidak dikenal oleh menantu Pak Salim masuk membeli rokok. Seorang daripadanya bertanya: mengapa lengang sahaja, tidak ada orang minum kopi. Dia mendapat keterangan bahawa semuanya telah pergi ke balai raya. Orang berdua itu bertanya terus; menunjukkan bahawa mereka orang luar tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kampung itu. Akhirnya orang itu bertanyakan Mat Akil. Dan menantu Pak Salim menerangkan Mat Akil pun telah pergi ke balai raya. Di balai raya orang telah penuh. Beberapa kerusi dan bangku panjang telah dikeluarkan dari balai itu, diletakkan di halaman. Orang perempuan duduk di situ. Di dalam, orang duduk di lantai seperti dalam masjid. Di hadapan sekali duduk Tuk Empat Dahlan bersama Lebai Maarof serta Iman Saad, Sudin, Bilal Endut dan Pak Salim. Mereka membelakang dinding menghadap orang ramai. Antara mereka dengan orang ramai di barisan pertama ada ruang kira-kira sepuluh kaki, nampakya sengaja dikosongkan. Mat Akil di sudut kanan barisan depan dan Man serta dua orang lagi kawannya duduk di sebelah kiri, dua baris ke belakang. Kemat Jerangkung juga memilih tempat di tepi dinding tetapi agak jauh beberapa baris ke belakang hampir bahagian tengah balai. Dipetik daripada Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka; halaman 309. Merujuk kepada petikan di atas, hasilkan lima bingkai papan cerita berdasarkan prinsip asas multimedia. [25] Pelajar perlu membina kerangka peta alir ini untuk membina papan cerita yang dipinta. Cara membina kerangka cerita menggunakan peta alir ada dinyatakan dalam modul ini. Jika pelajar diberi petikan, maka pelajar perlu menggunakan petikan tersebut. Kalau puisi, guna puisi yang diberi. Seperti di atas, pelajar perlu menggunakan cerita yang ada dalam petikan dan bina 5 papan cerita. Contoh


82 Embun menitis di dinihari, Mentari menjelma embun tiada Si Mat Akil duduk di kiri, Kemat sendirian teman tiada KISAH DI BALAI RAYA Watak : 2 Pemuda, menantu Pak Salim •Peristiwa : 2 pemuda membeli rokok di kedai P.Salim dan bertanyakan kenapa kedai lengang. Menantu P.Salim memberitahu semua pergi ke Balai raya termasuk Mat Akil. Watak : Orang ramai di balai raya •Di balai raya orang telah penuh. Beberapa kerusi dan bangku panjang telah dikeluarkan dari balai itu, diletakkan di halaman. Orang perempuan duduk di situ. Di dalam, orang duduk di lantai seperti dalam masjid. Dialog “Mana semua orang, mengapa lengang saja kedai ni” tanya pemuda. “Semua ke balai raya termasuk Mat Akil” kata menantu Pak Salim Watak : Tuk Empat Dahlan dll •Peristiwa : •Di hadapan sekali duduk Tuk Empat Dahlan bersama Lebai Maarof serta Iman Saad, Sudin, Bilal Endut dan Pak Salim. Mereka membelakang dinding menghadap orang ramai Watak : Mat Akil dan Kemat Jerangkung •.Peristiwa : •Mat Akil di sudut kanan barisan depan dan Man serta dua orang lagi kawannya duduk di sebelah kiri, dua baris ke belakang. Kemat Jerangkung juga memilih tempat di tepi dinding tetapi agak jauh Teks: Penceritaan Teks : Dialog Teks : Pemerian Grafik: Gambar balai Grafik: Gambar pemuda Grafik: Gambar orang raya dan orang dan menantu ramai sesak A/U : Instrumental Pak Salim dalam balai raya A/U : Suara orang-dialog A/U : Bunyi kerusi/meja ANM: Spin / Split ANM : Zoom/ Advance ANM : Checkboard Teks : Lagu Teks : Pantun Grafik: Gambar Tuk Empat Grafik: Gambar Kemat Dahlan, lebai, Sudin berseorangan A/U : Lagu / video A/U : Pantun ANM: Roll down /Fly out ANM : Cross up / down Tuk Empat Dahlan duduk di depan, Duduk bersama Sudin dan Lebai Semua menanti penuh debaran Untuk mendengar kisah Si Lebai Penceritaan (suara orang memperkenalkan tajuk) Pemerian tentang situasi dalam balai raya


83 Contoh Bingkai KISAH DI BALAI RAYA AUDIO VISUAL/VIDEO Info : Instrumental “Bunga Mawar” Bagaimana : Di upload dari youtube Mengapa : Agar kemerduan bunyi dapat memberikan kesan yang mendalam TEKS Info : Penceritaan Bagaimana : Fon Arial, Saiz 50 dan warna merah Mengapa : Saiz teks dapat memberikan kejelasan kepada audiens untuk membaca Bingkai Cerita 1 GRAFIK Info : Gambar balai raya dan orang ramai Bagaimana : Dilukis oleh pencerita Mengapa : Agar dapat menerangkan situasi dan peristiwa yang berlaku dengan lebih berkesan ANIMASI Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Teks: float in/Grafik : Wheel Mengapa : Agar teknik penyampaian cerita menjadi lebih menarik/ Menggerakkan imaginasi Memaparkan tajuk cerita dengan berlatar belakangkan gambar balai raya dan orang ramai. Gambar akan bertukar sebanyak 3 kali. KISAH DI BALAI RAYA


84 TEKS Info : Dialog Bagaimana : Fon Calibari, Saiz 28 dan warna kuning Mengapa : Perbualan / dialog dapat memberikan kefaham kepada situasi yang berlaku “Mana semua orang, mengapa lengang saja kedai ni” tanya pemuda. “Semua ke balai raya termasuk Mat Akil” kata menantu Pak Salim Bingkai Cerita 2 GRAFIK Info : Gambar 2 orang pemuda dengan menantu Pak Salim Bagaimana : Menggambarkan 2 watak yang sedang bebual Mengapa : Agar dapat menerangkan plot cerita dengan lebih lengkap dan menarik AUDIO VISUAL/VIDEO Info : Dialog Bagaimana : Suara dirakam menggunakan “voice changer” Mengapa : Mengiringi plot agar menjadi lebih sesuai dan jelas ANIMASI Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Teks: fly in/Grafik : Zoom Mengapa : Agar teknik penyampaian cerita menjadi lebih kreatif Memaparkan perbualan yang berlaku di antara 2 orang pemuda dengan menantu Pak Salim “Mana semua orang, mengapa lengang saja kedai ni” tanya pemuda. “Semua ke balai raya termasuk Mat Akil” kata menantu Pak Salim


85 TEKS Info : Pemerian situasi Bagaimana: Fon Lucida, Saiz 30 dan warna hitam Mengapa : Pemerian situasi dapat menyampaikan mesej cerita Bingkai Cerita 3 Balai raya penuh. Kerusi meja terpaksa dikeluarkan. Ramai yang terpaksa duduk di lantai dan ada yang duduk diluar. GRAFIK Info : Gambar orang ramai sesak dalam Balai raya Bagaimana : Ilustrasi di ambil dari google imej Mengapa : Agar dapat memerihalkan suasana / latar dengan lebih terperinci sehingga menimbulkan kesan sebenar. AUDIO VISUAL/VIDEO Info : Pemerian dan bunyi kerusi meja Bagaimana : Sound effect dari MP3 Mengapa : Agar dapat menimbulkan realistik kepada latar ANIMASI Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Teks: Split/Grafik : Wipe Mengapa : Agar dapat menarik perhatian dan memukau audiens Memerihalkan secara terperinci tentang situasi dalam balai raya. Elemen multimedia diterapkan Balai raya penuh. Kerusi meja terpasa dikeluarkan. Ramai yang terpaksa duduk di lantai dan ada yang duduk diluar.


86 TEKS Info : Lagu Bagaimana : Fon Berlin, Saiz 24 dan warna hijau Mengapa : Lagu yang disampaikan dapat menghidupkan perjalanan cerita Bingkai Cerita 4 AUDIO VISUAL/VIDEO Info : Lagu Bagaimana : Hasil ciptaan penulis sendiri Mengapa : Dapat menimbulkan kemerduan dan mempelbagaikan teknik audio dan penyampaian GRAFIK Info : Gambar 4 orang duduk di hadapan mengadap orang ramai Bagaimana : Menyesuaikan watak dengan latar cerita Mengapa : Agar dapat menghidupkan suasana cerita ANIMASI Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Teks: Wheel/Grafik : Bounce Mengapa : Sebagai gimik persembahan agar menjadi tarikan audiens Memaparkan kedudukan watak di hadapan balai raya mengadap orang ramai. Gambar bertukar sebanyak 2 kali Tuk Empat Dahlan duduk di depan, Duduk bersama Sudin dan Lebai Semua menanti penuh debaran Untuk mendengar kisah Si Lebai Tuk Empat Dahlan duduk di depan, Duduk bersama Sudin dan Lebai Semua menanti penuh debaran Untuk mendengar kisah Si Lebai


87 Cara menulis huraian Info, Bagaimana dan mengapa : Boleh seperti di atas atau pelajar tak perlu tulis perkataan info, bagaimana dan mengapa. Cukup sekadar memberikan huraian. Tapi pastikan ada kesemuanya. Contoh macam yang dipaparkan pada jawapan yang kedua. Pelajar perlu selaraskan format. Kalau tulis perkataan info, bagaimana dan mengapa, dari awal perlu ada sampai habis. Begitu juga dengan susunan teks, grafik, animasi dan audio seperti di atas. TEKS Info : Pantun Bagaimana : Fon Cambria, Saiz 35 dan warna jingga Mengapa : Rima akhir dapat menimbulkan kemerduan bunyi dan menarik perhatian Bingkai Cerita 5 GRAFIK Info : Gambar Mat Akil dan Kemat Jerangkung Bagaimana : Melukiskan perwatakan dan latar Mengapa : Agar dapat menyesuaikan dengan gambaran plot AUDIO VISUAL/VIDEO Info : Pantun dan instrumental Bagaimana : Pantun dibina bersesuaian dengan plot yang disampaikan Mengapa : Agar dapat menimbulkan kelainan dan mengindahkan persembahan ANIMASI Info : Animasi untuk teks dan grafik Bagaimana : Teks: diamond/Grafik : spin Mengapa : Agar dapat menimbulkan kelainan Dan mengindahkan persembahan Menceritakan situasi yang dihadapi oleh watak-watak tertentu menerusi pantun Embun menitis di dinihari, Mentari menjelma embun tiada Si Mat Akil duduk di kiri, Kemat sendirian teman tiada Embun menitis di dinihari, Mentari menjelma embun tiada Si Mat Akil duduk di kiri, Kemat sendirian teman tiada


88 Nasihat diberi oleh Haruan, Buat teladan dalam kehidupan Manusia rakus mencari keuntungan Menjadi penyebab ribuan terkorban Malang, malang nasib Pak Kasa Ikan dituba, anak merana Malang, malang nasib mereka Kerana tamak badan binasa ANAK-ANAK YANG BERGELIMPANGAN Watak : Ikan Haruan dan rakan •Peristiwa : Memberi nasih kepada semua penghuni sungai agar berhati-hati dengan kerakusan sikap manusia ketika mencari rezeki di sungai Watak : P.Kasa dan rakan Peristiwa mereka sedang menuba di sungai hingga tercemar Watak : Kanak-kanak •Peristiwa : •Gambaran situasi cemas di hilir sungai Tengas kerana peristiwa menuba ikan di hulu sungai Watak : Pak Kasa dan rakan •.Peristiwa : •Sedih dan meyesal dengan peristiwa yang berlaku. Kerana tamak, ramai yang terkorban MAKLUMAT 2 Berdasarkan cerpen “Anank-anak yang bergelimpangan”, hasilkan lima bingkai papan cerita. Teks: Penceritaan Teks : Syair Teks : Pantun Grafik: Ikan mati Grafik: Ikan semua Grafik: Gambar Pak.Kasa bergelimpangan berkumpul untuk dan rakan sedang A/U : Instrumental mendengar nasihat menuba di sungai “Sad piano” A/U : Syair / Deruan air A/U : Pantun / Instrumental ANM: Fade ini/Fade out ANM : Zoom out/Advance ANM : Motion / Flip over Fan / Zoom Teks : Dialog Teks: Seloka Grafik: Kanak-kanak sakit Grafik: Pak Kasa sedih ANM: Elipse / Waveshift ANM: Spin / Fly in AU:Saspen / dialog AU: Bunyi tangisan / Seloka Penceritaan (suara orang memperkenalkan tajuk) Burung tiung Si burung camar Hinggap mari di kayu jati Sungai Tengas semakin tercemar Dek kerna tuba semua mati “Tolong, tolong” , anak Pak Kasa meminta tolong sambil menekan perutnya dan hampir muntah. “Sakitnya perut saya, tambah anak Mat Dali.


Click to View FlipBook Version