The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 10:59:33

NOTA PROSA MODEN SEMESTER 1

4. Prosa Moden

Keywords: nota sastera sem 1

27


27 Tajuk / Genre 1. Usia Emas Huraikan Rahsia Awet Muda / Bincangkan Huraikan Tiga Pengajaran / Jelaskan Empa Perwatakan Cikgu Baharum yang perlu di 2. Mitos Secekak Kertas Tisu Jelaskan Unsur Pengajaran / Huraikan Pe 3. Melankoli Di Atas Rumput Persoalan (2015) Pandangan pengarang terhadap manusia, 4. Anak-Anak Yang Berlimpangan Galurkan Dua Peristiwa Yang Membawa K Tiga Perbuatan Keji Yang Dilakukan Oleh 5. Di Sebalik Sirat Makna Huraikan 3 Peristiwa Yang Terjadinya Per Jelaskan Tiga Unsur Negatif / Huraikan Em Bincangkan persoalan (2021) Drama Asiah Samiah 2012 - 3 Pengalaman Pahit Dilalui Ayah Marga Muda 2013 - Bincangkan 3 Mesej / Sejauhmanakah Kesan Perjuangan Ayahnya Marga Muda 2014 - Bincangkan Perjuangan Anas Samanda 2015 - Bezakan Prinsip Kebahagian Asiah Samiah Dan Tuan Setiawan Tanjung. Bincangkan Gambaran Masyarakat 2016 - Bincangkan Perwatakan Misa. Bincangkan Persoalan 2019 - Kemukakan Watak Anas Samanda. Huraikan Lima Perjuangan Anas Samanda 2020 - Bandingkan watas Misa Sagaraga dengan watak Anas Samanda 2021 - Perbezaan perkahwinan 2022 - Perwatakan Marga Muda


Soalan n Pengajaran (2013) at Pegangan Hidup C. Baharum (2019) teladani (2022) ersoalan (2017) , empat mesej dan huraikan maksud bait ayat yang diberi (2020) Kepada Penjelasan Tuk Imam Tentnag Keracunan /Huraikan Tiga Persoalan / Jelaskan Manusia (2017) bezaan Pendapat Tentang Sistem / Ulasan Anda Terhadap Tindakan C.Ibau Buang Pelajar (2014) mpat Konflik Yang Berlaku Antara C. Ibau Dan C. Naszkir (2018)


27 PROSA MODEN BERIKUT MERUPAKAN RINGKASAN UNTUK SEMUA CERPEN DAN DRAMA. ANALISIS CERPEN DAN DRAMA BERMULA M/S 122 Cara jawab prosa 1. Fakta (nama watak tak boleh ada dalam fakta. Nama watak perlu diletak dalam huraian) 2. Huraian tentang fakta / Perbincangan / ulasan (ikut kehendak soalan) 3. Contoh peristiwa 4. Kesan / Kepentingan - jika perlu 5. Kesimpulan kecil TEMA- IDEA / PERSOALAN UTAMA Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis. Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel/ cerpen / drama. Tema berpunca dari pelbagai aspek kehidupan manusia dan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu pengalaman, konflik dan ilham. Tema juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu tema 1. perwatakan, 2. psikologi, 3. peristiwa, 4. adat resam, 5. sejarah, 6. sosial, 7. politik, 8. alam dan agama atau ketuhanan. CONTOH MENJAWAB TEMA Cerpen Usia Emas bertemakan tentang kehidupan manusia di usia emas. Kehidupan usia emas bukanlah satu kelebihan atau anugerah hidup, tetapi ia adalah satu pinjaman dan sentiasa dipenuhi dengan amal ibadat. Warga emas juga perlu disayangi oleh anak-anak, sahabat dan jangan dilupakan. Hal ini ditekankan dalam dialog Cikgu Baharum dengan wartawan. Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan. Beliau juga menekankan bahawa orang-orang tua sepatutnya dijaga oleh anak-anak dan bukan diletakkan di rumah orang tua. Jika amalan setia kawan, menghormati dan menyayangi ibu bapa diamalkan,maka hubungan dapat terjalin dengan erat dan mesra. Oleh itu, usia emas perlu dipenuhi dengan beribadat dan melakukan amalan yang baik mendapat balasan yang baik. FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG KESAN /K.KECIL CONTOH


28 Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu membawa tema tentang kehidupan manusia yang huru-hara kerana kejatuhan ekonomi / nilai mata wang. Manusia menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang yang jatuh. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan hidup mereka dan mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Mereka lupa bahawa rezeki adalah pemberian Tuhan. Manusia seharusnya bersyukur dan berjimat cermat agar tidak mengalami kesusahan hidup. Hal ini dapat dilihat menerusi penekanan watak “Dia” yang mewakili nilai mata wang ataupun wang itu sendiri. Apabila “Dia” datang mengetuk pintu rumah, maka semuanya akan menjadi huru hara, gelisah dan ketakutan. Oleh itu, amalan berjimat cermat dan hidup bersederhana perlu diamalkan agar dapat hidup dalam keadaan aman. Cerpen Melankolik Di atas Rumput bertemakan tentang keagamaan. Pengarang memperincikan / mengungkapkan kehidupan selepas mati mengikut perjalanan yang ditetapkan dalam Islam. Alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat dan termaktub di dalam rukun iman iaitu percaya kepada hari akhirat. Contoh, pengarang menggunakan teknik mimpi bagi menggambarkan alam kubur yang diperlihatkan kepada watak “Aku” tersedar dan berada di sebuah wilayah semesta yang berumput dalam suasana kudus, bening dan senyap. Kepercayaan pada mati dan alam kubur penting untuk meningkatkan nilai keimanan yang ada dalam diri. Hal ini kerana percaya pada hari kiamat merupakan rukun Iman yang kelima. Oleh itu, penceritaan alam selepas mati yang terdapat dalam cerpen dapat membentuk sahsiah diri seseorang menjadi leih baik. Cerpen Anak-anak Bergelimpangan bertemakan kemasyarakatan iaitu kehidupan masyarakat ikan di sungai yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Kehidupan yang sepatutnya bahagia, aman dan harmoni telah bertukar lantaran ancaman daripada kegiatan manusia yang tidak bermoral dan tamak. Pengarang juga menekankan tentang pencemaran sungai akibat sisa toksid seperti di Rio, pembuangan sampah di sungai Tengas, kerakusan manusia menangkap ikan menggunakan buah kelempung dan tuba di sungai Tengas seperti yang dilakukan oleh Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menyebabkan banyak ikan yang mati. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan mudah telah membawa kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk ikan dan manusia. Oleh itu, kita haruslah memelihara alam sekitar seperti sungai agar eko system alam tidak terjejas. Cerpen Di Sebalik Sirat Makna bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan tentang profesionalisme perguruan dan prasangka buruk yang ditimbul diantara guru dan bekas anak murid. Guru merupakan golongan profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Cikgu Ibau, guru yang telah lama memberi khidmat mendidik anak bangsa di daerah pedalaman telah mengalami dilema dan konflik apabila bekas anak muridnya menjadi Penolong Kanan HEM di sekolahnya. Cikgu Naszkir pernah dihukum kerana melakukan kesalahan semasa tinggal di asrama suatu ketika dahulu. Kehadirannya telah menyebabkan Cikgu Ibau berprasangka buruk terhadap Cikgu Naszkir. Beliau beranggap yang Cikgu Naszkir ingin membalas dendam terhadapnya sedangkan Cikgu Naszkir amat berterima kasih kepada Cikgu Ibau yang telah menyedarkannya dan mendidiknya selama ini. Jika Cikgu Ibau tidak memberikan nasihat kepada Cikgu Naszkir, nescaya Cikgu Naszkir tidak akan berjaya. Hal ini dapat dilihat ketika majlis persaraan Cikgu Ibau dimana Cikgu Naszkir mengucapkan terima kasih kepada jasa yang diberi oleh Cikgu Ibau kepadanya. Oleh itu, pelajar seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan guru yang tidak jemu mendidik meskipun pendekatan yang diguna berbeza. Drama Asiah Samiah bertemakan ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Drama ini membawa kehidupan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan kekayaan wang ringgit telah menindas golongan bawahan yang miskin. Contoh Anas Samanda yang cuba berjuang untuk menegakkan keadilan dan mempertahankan hak yang diambil oleh orang kaya Misa Sagaraga telah dibunuh oleh Misa Sagaraga.


29 Selain itu, drama ini juga mengketengahkan tema cinta yang terhalang akibat darjat yang berbeza. Contoh cinta Asiah Samiah dan Anas Samanda terhalang kerana perbezaan darjat dan Asiah dipaksa kahwin dengan Mis Sagaraga. Jika ketidakadilan dalam masyarakat tidak dibendung, maka akan berlaku ketidakpuasan hati dan ramai yang menderita. Oleh itu, masyarakat seharusnya bersatu padu menyelesaikan masalah agar keadilan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat terjamin. PERSOALAN merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot. (cara jawab ikut seperti di atas dan bergantung pada kehendak soalan). Pilih persoalan /pemikiran yang utama dan menepati tema dan jalan cerita bagi setiap cerpen dan drama yang ada. Contoh jawapan : Persoalan tentang menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia seseorang. Jika amalan menjaga kesihatan diamalkan nescaya hidup seseorang itu akan bertambah ceria dan akan menyebabkan seseorang itu akan berasa sihat dan kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya, terbukti sejak zaman muda beliau akan bangun seawal 5.00 pagi untuk melakukan mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi. (hlm. 119). Oleh itu menjaga kesihatan penting agar badan kita sentiasa kekal sihat dan dapat melakukan perkerjaan harian dengan baik. Persoalan tentang keagamaan / beriman / taat / patuh kepada Tuhan. Konsep keagamaan dan ketaatan dalam mengerjakan perintah Tuhan seperti bersolat/ berdoa/ bersyukur sering dipaparkan di dalam cerpen Melayu. Beriman bermaksud patuh kepada perintah Tuhan dan meninggalkan laranganNya. Menerusi cerpen (sambung dengan contoh cerpen dibawah….. Usia Emas, Cikgu Baharum sering mengamalkan solat tahajud dan bersyukur kepada Tuhan kerana diberi pinjam umur yang panjang. Cikgu Baharum juga banyak menggunakan petikan-petikan ayatayat al-Quran dari beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al- Isra’ayat 23 dan surah al-Ahfat dalam percakapannya. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121). Oleh itu, Mitos Secekak Kertas Tisu manusia seharusnya percaya dan yakin dengan kewujudan Allah (S.W.T) yang memberi rezeki kepada manusia. Manusia juga harus bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan, barulah hidup mereka akan menjadi tenang dan bahagia meskipun kejatuhan ekonomi melanda dalam kalangan mereka. Ayah dan ibu “Aku” mengamalkan hidup yang bersederhana. Mereka sering melakukan aktiviti bersama bagi mengeratkan perhubungan dan apabila “Dia” datang mengetuk pintu rumah “Aku”, keluarganya tidak panik malah tenang dan sabar menghadapi ujian Tuhan. Oleh itu…… Cerpen Melankolik Di atas Rumput. “AKu” beriman kepada tuhan kerana percaya kepada mati dan alam barzakh. Beliau juga gemar bersedekah dan bersolat. Contoh ketika “Aku” bermimpi berada di alam barzakh, “Aku” mengingatkan yang dia telah mati. Namun setelah “Aku” sedar dari mimpi, beliau terdengar azan subuh, lalu segera berwuduk dan bersolat. Oleh itu …… KESAN /K.KECIL ULASAN / BINCANG CONTOH HURAIAN FAKTA


30 Kasih Sayang di dalam hubungan kekeluargaan/ antara makhluk Tuhan / setiakawan dalam hubungan persahabatan. Sayang dan prihatin terhadap keluarga / makhluk Tuhan mampu menimbulkan rasa tanggungjawab disamping mengeratkan perhubungan. Perasaan sayang ini mampu menjadikan kita tabah mengharungi cabaran dan dugaan hidup. Contoh dapat dilihat menerusi Ibu “Aku” memberi nasihat kepadanya agar sentiasa membaca Al-quran, sembahyang, meninggalkan laranganNya jika mahu selesa di sana. Ibu yang menyayangi anak-anaknya akan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya dan sentiasa menjawab soalan anakanaknya dengan jelas. Cerpen Usia Emas- Kasih sayang dan setiakawan wujud di antara dua sahabat iaitu wartawan dan Cikgu Baharum. Meskipun berbeza umur dan pekerjaan, namun Cikgu Baharum dan wartawan (saya) sering bertemu dan ziarah menziarahi antara satu sama lain dan adakalanya wartawan akan membawa anaknya bersama. Mereka sering bertukar pendapat dan Cikgu Baharum sering memberi nasihat kepada wartawan. Setelah berjauhan mereka sering berutus surat dan poskad. Setelah wartawan mendapat tahu Cikgu Baharum meninggal dunia, wartawan berasa sedih dan mengimbas kembali kenangan mereka ketika bersama. Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu- Pengarang menekankan unsur sayang melalui keluarga “Aku”. Perasaan sayang antara isteri terhadap suami tak pernah luntur sampai ke tua. Contoh ibu akan sentiasa menemani ayah dan menjadi mata dan telinga ayah ketika menonton. Cerpen Melankolik Di atas Rumput- Perasaan sayang yang wujud dalam diri anak kepada ibu ditonjolkan didalam cerpen ini. Watak “AKu” mengenangkan ibunya yang telah pergi. Beliau menggambarkan keadaan ibunya diliang lahad dan memohon agar ibunya aman dan tenang di sana. Seorang anak yang penyayang akan sentiasa berdoa untuk ibunya dan “Aku” berdoa agar roh ibunya berada di dalam syurga. Cerpen Anak-Anak Yang Bergelimpangan- Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sangat sayangkan anak-anak. Mereka menyesal dengan perbuatan mereka yang tamak. Sikap mereka yang menggunakan tuba untuk menangkap ikan dihulu Sungai Tengas telah menyebabkan anak-anak mereka yang mandi di hilir pening dan muntah-muntah. Akhirnya mereka bekerjasama membantu meyelamatkan anak-anak mereka dengan memberi minum air kelapa. Sikap sayang / prihatin juga ditonjolkan oleh ikan Haruan kepada anak buahnya apabila beliau dengan segera menyuruh anak buahnya lari menyelamatkan diri setelah mengetahui Pak Kasa dan rakan-rakan ingin menuba ikan di hilir sungai. Beliau juga senantiasa menasihati semua anak buahnya agar berwaspada dengan kerakusan manusia ketika ingin menangkap ikan dan ketika membuang sampah. Drama Asiah Samiah – Kasih sayang ayah dan ibu terhadap anaknya dan mahukan sesuatu yang terbaik untuk anaknya. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Syuhairi Salimin amat menyayangi anaknya, Asiah Samiah. Beliau telah memilih Misa Sagaraga, seorang yang memiliki kekayaan dan perniagaan yang hebat untuk dijadikan suami Asiah Samiah. Beliau berharap Asiah akan menjalani kehidupan yang senang dan bahagia kerana memiliki suami yang berharta. Setiakawan Marga terhadap Anas Samanda, Asiah Samiah Setiakawan Sari-sari Biru terhadap Asiah Samiah


31 PERSOALAN-PERSOALAN / PEMIKIRAN YANG LAIN Cerpen Usia Emas Persoalan tentang menghormati orang tua. Anak-anak seharusnya menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al- Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124) Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. Hubungan yang akrab yang menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan. (hlm 121) Berdisiplin. Berdisiplin dalam melakukan rutin kehidupan penting untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan senaman radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120) Menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga akan menyebabkan seseorang itu akan berasa sihat dan kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua. Cikgu Baharum amat menjaga kesihatan diri. Beliau akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan senaman radio taisyo. Senaman ini telah dipelajarinya pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Malaya. Mementingkan ilmu dunia dan akhirat Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu Nilai matawang / Ekonomi / Kekayaan bukan penentu kebahagiaan hidup. Kehidupan yang bahagia bukan bergantung kepada wang ringgit dan kekayaan semata-mata, tetapi kepada hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang wujud di antara satu sama lain itu adalah lebih penting demi menjamin kebahagian hidup. Contoh “Dia” jatuh merujuk kepada nilai mata wang jatuh dan menyebabkan keadaan huru-hara. Masyarakat yang invidiualistik dan materialistik. Masyarakat menjadi hamba wang. Sesiapa yang mempunyai wang yang banyak akan berkuasa dan mampu memiliki apa saja serta menindas kaum yang lain. Begitu sebaliknya. Namun jika hilang segalanya, masyarakat akan menjadi kacau bilau dan gelisah. Contoh……. Yakin dengan kekuasaan Allah (S.W.T) dan bersyukur kepada Nya. Manusia seharusnya percaya dan yakin dengan kewujudan Allah (S.W.T) yang memberi rezeki kepada manusia. Manusia juga harus bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan, barulah hidup mereka akan menjadi tenang dan bahagia meskipun kejatuhan ekonomi melanda dalam kalangan mereka. Hidup berkiblatkan dan mementingkan wang. Masyarakat yang hidup berkiblatkan wang akan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif seperti dalam penipuan kewangan. Seorang ahli politik Rusia yang terlibat dengan penipuan kewangan di Amerika telah disingkirkan dari negaranya kerana ketamakkanya.


32 Cerpen Melankolik Di atas Rumput. Persoalan tentang mati / Kehidupan selepas mati. Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya. Gambaran "Aku" mungkin sedang berada di atas sebuah tanah perkuburan atau di atas padang datar yang dipenuhi dengan padang rumput. Penulis sedang mengenang dan membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah Penindasan yang berlaku terhadap orang Islam Perang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan Golongan miskin yang menderita Contoh peristiwa boleh rujuk kepada peristiwa pada m/s 12 Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan Kepentingan Sungai kepada kehidupan. Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan hidupan air. Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian, Terbui dan lain-lain dapat hidup dengan riang gembira dan aman apabila air sungai tidak dicemari. Begitu juga dengan Husin, Mail dan Budin boleh mandi manda dan bermain di sungai dengan tenang. Kerakusan dan ketamakan manusia dalam mencari rezeki menerusi sumber alam terutama di sungai. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Sikap mereka menyebabkan pencemaran dan banyak ikan yang terkorban termasuk anak mereka sendiri yang mabuk dan muntah-muntah akibat terminum air tuba ketika mandi di hilir sungai. Pencemaran sungai – peristiwa di Rio –pembuangan sisa toksik peristiwa buah kelempung – ikan rakus makan- mabuk/ mati pembuangan sampah sarap – ketika haruan berenang-renang menikmati keindahan alam di sungai Tengas peristiwa tuba ikan- ikan mabuk/mati Keinsafan. Seseorang yang meyesali segala perbuatan salah yang pernah dilakukannya. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menyesal dan memohon maaf atas perbuatan mereka menuba ikan di Sungai Tengas. Cerpen Di Sebalik Sirat Makna Jasa dan pengorbanan guru Masalah disiplin pelajar Cabaran dan dugaan guru dalam mendidik Drama Asiah Samiah-terdapat yang negatif dan positif Pengorbanan dan perjuangan mempertahankan tanah/hak Mementingkan jemana luar / barat Penindasan / Kezaliman golongan kaya terhadap golongan miskin Mementingkan harta benda/ kekayaan


33 Mementingkan darjat Mementingkan / menuntut ilmu Kahwin paksa Contoh Menjawab Pemikiran Drama Pemikiran tentang darjat dan pangkat. Dalam masyarakat Melayu wujud segolongan masyrakat yang berfikiran mementingkan darjat dan pangkat. Ini kerana dirasakan dengan memilih dan mengutamakan darjat dan pangkat yang tinggi, berharta dan mewah akan membahagiakan rumahtangga yang dibina. Tetapi ianya boleh berlaku sebaliknya di mana pemilihan darjat dan pangkat tidak boleh menjamin kebahagian rumahtangga. Tuan Setiawan Tanjung memilih Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah kerana darjat dan pangkat tinggi dan menolak perhubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang daripada darjat yang rendah. Bagi Tuan Setiawan Tanjung golongan berdarjat sepertinya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka. Pemikiran tentang Kahwin Paksa. Dalam masyarakat Melayu juga terdapat pemikiran jodoh anak mestilah ditentukan oleh ibubapa, pemikiran sebegini dipegang oleh golongan lama dalam masyarakat Melayu yang akan mencetuskan perkahwinan secara paksa iaitu perkahwinan tanpa kerelaan anak itu sendiri. Perkahwinan secara paksa ini akan menyebabkan kesan yang buruk dan rumahtangga berantakan. Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa kerana ianya berlaku tanpa kerelaan Asiah Samiah. Atas desakan ayahnya Tuan Setiawan Tanjung Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga yang akhirnya perkahwinan secara paksa ini tidak bahagia. Pemikiran tentang golongan yang lemah yang ditindas. Dalam masyarakat Melayu wujud pemikiran bahawa golongan masyarakat yang lemah dan miskin biasanya ditindas dan dipandang hina oleh golongan masyarakat yang kaya dan berkuasa. Ini kerana golongan masyarakat yang lemah dan miskin tidak tidak akan berjaya melawan penindasan yang dilakukan golongan masyakarat yang kaya dan berkuasa. Misa Sagaraga mewakili golongan masyarakat yang yang kaya dan berkuasa merampas harta milik Anas Samanda mewakili golongan masyarakat lemah dan miskin. Walaupun Anas Samanda memperjuangkan haknya beliau ditangkap dan akhirya mati dibunuh. Pemikiran tentang kekuasaan kerana harta dan kedudukan. Dalam masyarakat Melayu wujud pemikiran bahawa kekuasaan seseorang itu berpunca daripada harta dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakat, seseorang itu hendaklah mempunyai harta dan kemewahan yang banyak dan tiada tolok bandingnya. Misa Sagaraga untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakatnya kerana memiliki harta dan kemewahan secara paksa ataupun tidak. Dirinya Misa Sagaraga dipandang tinggi kerana harta dan kemewahan yang dimilikinya. Pemikiran tentang cinta sejati yang berkekalan. Dalam masyarakat Melayu wujud juga pemikiran masyarakat bahawa cinta yang sejati akan berkekalan sampai bila-bila. Ini kerana cinta sejati seseorang itu berpunca daripada perasan kasih sayang yang ikhlas yang akan berkekalan walaupun diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang. Asiah sangat mencintai Anas Samanda kerana perasaan kasih sayangnya yang ikhlas terhadap Anas Samanda walaupun mendapat tentangan dan halangan daripada ayahnya Tuan Setiawan Tanjung dan Misa Sagaraga. Cinta Asiah Samiah terhadap Anas Samanda berterusan hingga ke akhir hayat. Pemikiran tentang manusia yang lupa tanggungjawabnya. Dalam masyarakat Melayu wujudnya pemikiran bahawa terdapatnya manusia yang lupa akan tanggungjawabnya. Ini kerana seseorang kurangnya pemahaman agama Islam dan iman seseorang. Dengan itu tanggungjawab mendidik anak dan menjaga keluarganya diabaikan. Ini menyebabkan anak dan rumahtangganya terabai sehinggakan orang lain pula terpaksa memikul beban tanggunjawab tersebut. Misa Sagaraga lupa


34 tanggungjawab terhadap anaknya Laila Anurisa. Misa Saragara yang kurang pemahaman agama dan iman telah bertindak menyiksa Laila tanpa belas kasihan. Membiarkan anaknya dipelihara Marga kerana kasihan akan Laila Anurisah. Pemikiran tentang konflik jiwa manusia. Dalam masyarakat Melayu wujudnya pemikiran bahawa manusia akan berkonflik jiwanya apabila menerima tekanan dan dugaan yang besar dan hebat dalam hidupnya. Ini kerana tekanan dan dugaan yang dihadapinnya akan memberi masalah besar kepada dirinya. Apa lagi apabila masalah tersebut tidak dapat diatasinya atau dirungkai oleh seseorang itu. Akhirnya konflik jiwa ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Asiah Samiah mengalami konflik jiwa kerana dirinya dijodohkan dengan orang yang tidak dicintainya, Misa Sagaraga yang juga menyiksa melayan Asiah Samiah deangan kasar dan menyiksa jiwa dan perasaan Asiah Samiah. Malah Asiah juga digambarkan setengah gila kerana sering mengingati anaknya yang sudah lama tidak ditemuinya. PLOT DAN PERISTIWA Plot Kronologi - ikut urutan masa - Anak-anak Bergelimpangan Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa. - Usia Emas - Melankoli di Atas Rumput - MItos Secekak Kertas Tisu - Di Sebalik Sirat Makna - Drama Asiah Samiah a. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – Bahagian pengenalan, memberi keterangan tentang watak, latar dan faktafakta lain yang perlu untuk memahami drama/cerpen b. PERKEMBANGAN CERITA Selepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Perkembangan cerita diteruskan dengan menerapkan beberapa unsur antaranya: KONFLIKS Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara duakuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian pembaca Konflik terbahagi kepada 5 jenis 1. Konflik dalam diri 2. Konflik dengan watak lain 3. Konfilk dengan masyarakat 4. Konflik dengan unsur alam 5. Konflik dengan nasib dan taqdir


35 CARA MENJAWAB KONFLIK Konflik guru bersama bekas pelajar. Cikgu Ibau merupakan guru kepada Cikgu Nazskir suatu ketika dahulu. Beliau pernah menghukum Cikgu Nazskir ketika beliau menjadi guru disiplin. Namun kini Cikgu Nazskir telah kembali ke sekolah dengan memegang jawatan PK HEM dan Cikgu Ibau yang sebagi guru disiplin bekerja di bawah seliaan PK HEM. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa kurang selesa dalam diri Cikgu Ibau. Konflik timbul apabila cara menyelesaikan masalah disiplin sangat berbeza di antara Cikgu Ibau dan Cikgu Nazskir. Prinsip Cikgu Nazskir yang suka bertindak secara diplomasi semasa menyelesaikan masalah disiplin muridmuridnya telah tidak disukai oleh guru Ibau yang tidak suka cara berlembutnya itu. Mereka mengatakan dia hanya ada kelulusan bukan pengalaman. Oleh itu, konflik ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Cikgu Ibau. Cerpen Usia Emas Konflik Cikgu Baharum yang berbeza pendapat tentang usia emas dengan bangsa dan budaya lain. Konflik tentang anak-anak kini yang tidak menghormati ibu bapa / warga tua Konflik perbezaan budaya kita dengan budaya lain tentang warga tua Konflik Anugerah yang diterima Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu Konflik masyarakat dengan sifat invidualistik / tamak Konflik masyarakat / pemimpin dengan wang Konflik kejatuhan nilai mata wang / ekonomi konflik perbezaan cara hidup Cerpen Melankolik Di atas Rumput Konflik peperangan Konflik penindasan / kezaliman golongan yang lemah Konflik diri “Aku” Konflik “Aku” dengan perasaan aku terhadap orang yang memerlukan – Thailand, Indonesia, Afghanistan, Konflik keagamaan- penindasan terhadap kaum Islam Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan Konflik sikap masyarakat terhadap alam sekitar/ sungai Konflik kehidupan masyarakat ikan Konflik ketamakan manusia mencari rezeki Konflik pencemaran di sungai Cerpen Di Sebalik Sirat Makna Konflik guru dengan bekas pelajar Konflik perbezaan pendapat Konflik perbezaan jawatan dan kedudukan Konflik perbezaan cara mengatasi masalah disiplin/pelajar Drama Asiah Samiah Konflik diri dengan masalah yang dihadapi Konflik cinta terhalang Konflik perbezaan darjat / kufu Konflik perbezaan pendapat tentang perjuangan / mempertahankan hak- Anas dan Marga Konflik penindasan / kezaliman yang dilakukan oleh golongan kaya Konflik fahaman yang mementingkan kekayaan/jenama luar FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG CONTOH KESAN /K.KECIL


36 SURPRISE – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca KETEGANGAN [ SUSPENS ] Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca. Merupakan kemuncak ingin tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud apabila terdapat peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi watak di mana penonton akan memberi perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat audien. Mereka tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya atau membuat ramalanramalan sendiri tentang kesudahannya. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak –konsentrasi yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik bertukar menjadi aksi menurun PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan. Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya. TEKNIK Cara jawab sama macam jawab bentuk dan gaya bahasa (wajib ada. fakta, huraian fakta, contoh peristiwa dan kesan) Pemerian / naratif / penceritaan secara langsung. Pengarang menggambarkan / memerikan / menceritakan secara terperinci tentang sesuatu samada keadaan alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam bentuk wacana dan tidak melibatkan unsur-unsur dialog, monolog dan monolog dalaman. Kesannya adalah untuk memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca. Contoh dalam cerpen Usia Emas, gambaran Cikgu Baharum diceritakan secara terperinci di dalam dada akhbar ketika beliau menerima anugerah Usia Emas. Cerpen Usia Emas - gambaran tentang watak Cikgu Baharum di dalam Akhbar. - cara / amalan senaman taisyo Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu - gambaran yang jelas tentang sejarah “Dia” -gambaran tentang watak ayah Cerpen Melankolik Di atas Rumput - gambaran yang terperinci tentang kehidupan/azab selepas mati. Pengarang mengambarkan keadaan aku dialam sana, pengarang mengambarkan sesuatu tempat yang lapang yang dipenuhi rumput yang menghijau lagi subur. Suasana yang kudus, bening, dan senyap. Terdapat sebuah katil dihujung kepalanya terdapat sepihon pokok yang kurus dan merendang. Hujan juga digambarkan tidak turun menimpannya hanya kawasan berumput sahaja disimbahi hujan. FAKTA HURAIAN KESAN /K.KECIL CONTOH


37 - Pengarang menceritakan mengenai manusia yang sengsara akibat perang. Si Uzaiq anak kecil yang berbogel di tepi runtuhan banggunan di Kota Baghdad. Si Uzaiq ini menggenggam ketulan 2 darah si ibu dan si ayah untuk dijual bagi mendapatkan makanan. Si Uzaiq akhirnya makan “gula-gula” tersebut untuk meneruskan hidupnya. Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan - gambaran yang jelas tentang pencemaran yang berlaku di sungai Tengas akibat tuba Cerpen DiSebalik Sirat Makna - Gambaran yang jelas tentang watak dan perwatakan Cikgu Ibau -Gambaran jelas tentang suasana asrama yang bermasalah Drama Asiah Samiah Watak Asiah Samiah- oleh Marga Hal 191 menceritakan tentang keindahan waktu senja Soalan Petikan 1. “kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya. “Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena cahaya matahari. Baru selamat.” Dialog. Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya sastera. Dialog juga dikatakan sebagai nadi penggerak sesebuah cerita kerana keaslian karya banyak bergantung kepada dialog yang dituturkan oleh watak yang terdapat dalam cerita. Kesannya adalah untuk memberi gambaran lebih realistik / agar dapat menghidupkan suasana persekitaran isi cerpen kerana ia bersesuaian dan bertepatan dengan pemikiran dan perasaan watak-watak pada masa itu. Contoh dapat dilihat dalam watak “Saya” (wartawan) dengan Cikgu Baharum tentang agama, menjaga kesihatan, menghormati orang tua dan anugerah yang diperoleh. Cerpen Usia Emas Perbualan diantara “Saya” (wartawan) dengan Cikgu Baharum tentang agama, amalan menjaga kesihatan, menghormati orang tua dan anugerah yang diperoleh. Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu Dialog yang paling dominan diucapkan ialah perbualan diantara watak utama iaitu “Aku” dan “Ayah”. Perbualan antaranya menyentuh tentang “Dia” yang mengetuk pintu rumah mereka namun tidak memberi kesan apa-apa kerana amalan bersederhana dan bersyukur terhadap rezeki yang diberikan kepada mereka senantiasa diamalkan oleh kerluarga “Aku”. Dialog “Ayah” menceritakan tentagn “Dia” kepada “Aku” Cerpen Melankolik Di atas Rumput - Dialog “Aku” bersama tuan kedai di Jarkata ketika membeli perabot. -Dialog yang paling ketara diketengahkan ialah dialog perbualan di antara “Aku” dan ibunya, apabila beliau bertanya tentang persediaan menghadapi alam kubur. Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan -Dialog ikan Haruan bersama pengikutnya seperti baung, teberau ketika menceritkan tentang penceraman di Rio - Perbualan Mat Dali, Pak Kasa dan Awang Cek Leh yang berpakat untuk menuba ikan. FAKTA HURAIAN CONTOH KESAN /K.KECIL


38 Cerpen DiSebalik Sirat Makna -Perbualan CIkgu Ibau dan CIkgu Naszkir ketika berbincang tentang masalah Tinang di dalam bilik pengetua. Monolog Monolog Luaran. Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran. Bermaksud berkata pada diri sendiri. Pengarang cuba memberi gambaran gelodak hati sesuatu watak tentang perasaannya kepada pembaca melalui kata luahan kata hati. Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut dan sebagainya. Contohnya Aku bermimpi didatang oleh Cikgu Baharum yang memakai serba putih dan melambai kepadanya. Aku terjaga dan berzikir sendirian dan mengucapkan Inna….. setelah meendapat khabar bahawa Cikgu Baharum telah meninggal dunia. Monolog ini memberi kesan yang amat produktif dalam menyerlahkan keluhan dan permasalahan/persoalan yang dialami oleh watak sehingga pembaca turut merasa kesannya. Menguatkan jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang. Cerpen Usia Emas “Saya” berzikir selepas bermimpi Cikgu Baharum turun dari rumahnya, berbaju putih, kepala bertutup dan melambai kepadanya. “Saya” mengucapkan Inna……rajiun secara perlahan ketika mendengar kematiannya Cerpen Melankolik Di atas Rumput – ketika “Aku” berdoa kepada Tuhan agar kematiannya dalam keadaan baik, tidak menysahkan orang lain dll - Doa “AKu” kepada ibu dan anak-anaknya, pada umat Islam yang lain Cerpen DiSebalik Sirat Makna – lihat pada watak Cikgu Ibau Drama Asiah Samiah – lihat pada watak Asiah Samiah, Marga dan Sari-sari Biru Monolog Dalaman. Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin/ fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak didengari oleh watak-watak lain. Biasanya ia muncul bila watak berada bersendirian, dalam keadaan termenong, berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya. Kesan Teknik imbas kembali (ingatan terhadap masa lalu)- gambaran watak lebih realistik dan berkesan /plot cerita lebih rencam/kompleks. Contoh dapat dilihat menerusi watak “Aku” dalam cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu. “Aku” bertanya sendirian sama ada dirinya berada di dalam alam roh. Cerpen Usia Emas “Saya” membaca semula surat Cikgu Baharum. Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu “Aku” ketika memikirkan tentang “DIa” “Aku” ketika memikirkan tentang keadaan jiran ketika “Dia” mengetuk pintu Cerpen Melankolik Di atas Rumput “Aku” bertanyakan sama ada dirinya berada di dalam alam roh “Aku” melihat balasan yang diterima oleh kaum yang menzalimi kaum yang lemah “Aku” bersyukur kerana dirinya dipelihara/masih hidup/ketika melihat keindahan langit dan matahari


39 Cerpen Di Sebalik Sirat Makna Ketika Cikgu Ibau mengingati bekas pelajarnya pada waktu malam Ketika CIkgu Ibau marah kerana CIkgu Nazskir menerima kembali Tinang Drama Asiah Samiah Monolog Dalaman Marga Tua tentang kekayaan dan keistimewaan Misa Sagaraga (Hal 238) Imbas Kembali. Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Kesannya adalah memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku agar pembaca lebih memahami situasi sekarang. Contoh watak Cikgu Ibau teringatkan peristiwa ketika Naszkir masih lagi muridnya, dia pernah merotan Naszkir kerana banyak melakukan kesalahan melanggar disiplin sekolah dan dia menggelarkan Naszkir dengan gelaran hantu jerangkung, kaki pukul, kaki ponteng dan penyangak. Cerpen Usia Emas Peristiwa di bawah boleh juga dijadikan fakta untuk teknik yang dinyatakan Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis ketika membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir yang ke - 75. Penulis teringat perwatakan Cikgu baharum setiap kali menjelang tanggal 25 Mac. Penulis teringat Cikgu Baharum yang merupakan seorang yang berterus terang, walaupun agak kasar tetapi dia tidak munafik dan kelantangannya menyebabkan dia tidak banyak kawan. Penulis teringat saat dia berkenalan dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang meminati cikgu Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar Warta Malaya di Singapura.Pada waktu itu telah menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat balasan daripada cikgu Baharum. Penulis mengingat kembali peristiwa dia ke rumah Cikgu Baharum dan sebaliknya. Penulis masih ingat pada masa dulu dia suka ke rumah Cikgu Baharum bersama dengan anak-anaknya dan Cikgu Baharum juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap tentang politik, ekonomi, sosial, bahasa dan sastera. Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh Cikgu Baharum. Penulis juga teringat tentang warga emas di Jepun di mana anak-anak Jepun selalunya enggan memelihara orang tua mereka yang sudah lanjut usia. Penulis mengingati kembali kisah Cikgu Baharum ketika menjadi guru. Cikgu Baharum menceritakan kisahnya sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya dan rencana itu turut dibaca oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh tua untuk ke sekolah. Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu Peristiwa di bawah boleh juga dijadikan fakta untuk teknik yang dinyatakan Imbas tentang sejarah asal usul wang. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai yang sejarahnya bermula sejak zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit. Contoh pertanyaan umur “Dia”. Bermaksud asal usul kejadian mata wang.


40 Imbas tentang revolusi penggunaan wang. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas perang dunia pertama. Diperlukan untuk membangunkan negara. Imbas tentang kerakusan manusia wang sanggup menipu demi wang. Penggunaan mata wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya. Contoh menurut ayah manusia mengikut nafsu tamak dan sanggup menggunakan tipu helah untuk memiliki “Dia”. Imbas tentang sikap pemimpin terhadap wang / simbol pada wang Cerpen Melankolik Di atas Rumput Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Contoh: Pengarang menceritakan bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal. Adik beradiknya meninggal sebelum mereka matang. Peristiwa di Indonesia. “Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai anak yang ramai. Malah “Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit. Peristiwa kematian Si Amat. “Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. Ramai yang menangisi kematiannya dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisa-sisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas dari umpatan dan fitnah. Peristiwa kezaliman dan penindasan umat Islam. “Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan alam. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:- 1. Ayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai. Dagingnya bertaburan. 2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad. Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu, lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk meneruskan hidup. 3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan. Syifaq menyediakan kuih rumput untuk makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu. 4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu anakanak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang. 5. “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang yang terinaya. Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan Peristiwa Rio Je Jeneiro-pembuangan sisa toksik oleh kilang ke sungai Peristiwa Buah kelempung di tengah sungai Tengas- ikan mabuk / mati Peristiwa menangkap ikan menggunakan jala/tuba


41 Pencemaran di tengah sungai Tengas – sampah sarap berapungan Peristiwa di Lagun Rodrigo Fritas, sebuah pusat pelancungan di Rio de Janerio. Manusia telah membuang bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai. Kesannya banyak ikan-ikan mati bergelimpangan lebih 70 tan membusuk diperairan. Peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba dan airnya yang berwarna putih susu mengalir ke kuala. Peristiwa ini menyebabkan beribu-ribu anak, ibu, bapa, dan nenek ikan kemabukan serta banyak yang terapung-apung mati. Peristiwa di hulu Sungai Tengas iaitu Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh melakukan perbuatan menuba ikan. Kesannya racun tuba yang digunakan oleh Pak Kasa dan rakan-rakannya menyebabkan banyak ikan mati. Sekumpulan kanak-kanak yang mandi-manda di hilir Sungai Tengas juga terkena racun tuba menyebabkan mereka pening-pening dan muntah. Cerpen DiSebalik Sirat Makna Cikgu Ibau teringatkan peristiwa ketika Naszkir masih lagi muridnya. Dia pernah merotan Naszkir kerana banyak melakukan kesalahan melanggar disiplin sekolah dan dia menggelarkan Naszkir dengan gelaran hantu jerangkung, kaki pukul, kaki ponteng dan penyangak. (hlm. 173) Naszkir memberitahu pengetua yang suatu waktu dahulu, Cikgu Ibau ialah bekas gurunya dan dia adalah ketua warden. (hlm.175) Cikgu Ibau teringat peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu, ketika dia menasihati Naszkir agar mendisiplin diri jika tidak dia akan gagal kerana bagi Cikgu Ibau Kejayaan bermula daripada disiplin. (hlm 179) Cikgu Ibau teringat peristiwa ketika dalam mesyuarat mingguan warden yang dikendalikan oleh Naszkir dia tidak dapat berkata apa-apa hingga dia berasakan dirinya seperti orang bodoh. (hlm.180) Semasa berucap Cikgu Naszkir teringatkan kembali peristiwa ketika dia bergelar pelajar, dia begitu marah dengan tindak cikgu Ibau tetapi setelah meningkat dewasa barulah dia faham tindakan yang dibuat oleh Cikgu Ibau. (hlm.187) Drama Asiah Samiah Marga Tua teringat bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabannya dengan Asiah Samiah (Hal 236 Babak 7) Marga Tua teringat tentang perjuangan Anas Samanda mempertahankan hak/tanah ayahnya Marga Tua teringat penderitaan Asiah Samiah setelah beliau berkahwin dengan Misa Sagaraga Marga Tua teringat Asiah Samiah ketika beliau masih muda dan waras Misa teringatkan cerita P. Ramlee Imbas muka. Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan oleh pengarang dalam plot sama ada secara sengaja atau tidak bagi persediaan awal walaupun ianya hanya samarsamar. Contoh ketika Pak Kasa, Awang Ceh Leh dan Mat Dali menuba ikan di hulu, maka audiens sudah dapat menjangka apa yang akan berlaku pada kehidupan ikan dan anak-anak yang mandi di hilir sungai.


42 WATAK DAN PERWATAKAN Soalan yang sering ditanya menjurus kepada perwataakn, sifat, nilai yang ada pada seeseorang Definisi Watak-watak berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Berfungsi mengembangka n tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sebab dan akibat (cause and effect) – seterusnya wujudnya plot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya. Contoh Menjawab Watak Perwatakan / Sifat / Nilai Yang Ada Pada Watak b) Perubahan diri Asiah Samiah selepas Asiah berkahwin dengan Misa Sagaraga. Asiah Samiah berubah daripada bersikap ceria kepada murung. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang ceria. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan mendapat pendidikan yang sempurna daripada Tuan Setiawan Tanjung bapanya dan Puan Suari Alimin ibunnya. Contohnya Asiah Samiah ceria bermain dan bergurau senda dengan pengasuhnya Pak Leh Lak Lak dan Siti Bunirah. Keadaan ini telah berubah selepas diri Asiah Samiah dikahwini Misa Sagaraga. Asiah Samiah menjadi murung. Ini disebabkan dirinya dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Contohnya Asiah Samiah bersedih dan menangis bersendirian dalam majlis perkahwinannya. Asiah Samiah berubah daripada berfikiran waras kepada bercelaru/ separuh gila. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang berfikiran waras. Ini disebabkan Asiah Samiah menerima pendidikan dan tunjuk ajar yang baik daripada Marga sebagai gurunya. Contonya Marga sendiri mengakui Asiah Samiah seorang gadis yang cerdik dan waras semasa mengajarnya. Keadaan ini telah berubah selepas Asiah Samiah dikahwini Misa Sagaraga. Fikiran Asiah Samiah menjadi bercelaru dan akhirnya separuh gila. Ini kerana tekanan perasaan yang dialaminya akibat perkahwinan yang tidak dapat diterimanya. Contonhnya Asiah Samiah berfikiran celaru dan bertindak meracau dan hilang kewarasan. Asiah Samiah berubah daripada bersifat taat kepada memberontak. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang taat kepada kedua orang tuanya. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan ditatang oleh pengasuhnya suapaya menghormati dan taat kedua ibu bapanya. Contohnya Asiah Samiah tidak pernah melawan arahan dan cakap ayahnya Tuan Setiawan Tanjung dan ibunya Puan Suari Alimin. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah kehadiran Misa Sagaraga dalam hidupnya. Sikap Asiah Samiah menjadi memberontak dan melawan cakap ibu dan ayahnya. Contonya Asiah Samiah membantah dan melawan cadangan Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Sauri Alimin menjodohkanya dengan Anas Samanda. Asiah Samiah berubah daripada berwajah cantik kepada tidak terurus. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Saraga merupakan gadis yang berwajah cantik dan menawan sekali. Ini kerana Asiah Samiah dianugerahkan Allah wajah yang cantik dan menawan seperti yang dinyatakan oleh Marga dalam drama ini. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga wajah Asiah Samiah tidak lagi terjaga dan terurus. Ini kerana Asiah Samiah tertekan dan mengalami konflik jiwa yang amat hebat, sehinggakan Asiah Samiah tidak dapat mengurus dirinya dengan baik. Ini menyebabkan keadaan wajah Asiah Samiah tidak terurus dengan baik. Contoh…..


43 Asiah Samiah berubah daripada gadis sopan kepada kasar. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang sopan dan berlemah lembut. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan didik dengan baik dan ditatang oleh kedua ibu bapanya iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin serta pengasuhnya Siti Bunirah. Contoh……. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga, Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam bertindak dan tutur katanya. Ini kerana tekanan perasaan konflik jiwa yang dialami Asiah Samiah menyebabkan Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam tutur katanya. Contoh…….. SUDUT PANDANGAN Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalam karya mereka - Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya - Berada di luar cerita - Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa menyerapkan diri dalam watak-watak novel. Terdapat 4 jenis sudut Pandangan Sudut pandangan orang pertama. Menerusi sudut pandangan orang pertama, pengarang akan terlibat secara langsung dalam karya yang dihasilkan. Pengkarya akan menggunakan “aku” sebagai watak utama dan “aku” akan menceritakan kisah yang disampaikan dalam karya tersebut. Orang ketiga tidak terbatas / serba tahu. Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa pengajaran tafsiran atau memberi hukuman kepada watakwatak terlibat. Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak Orang ketiga terbatas. Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak terperinci Sudut pandangan objektif: Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Pengarang berada di luar karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.


44 CONTOH MENJAWAB SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang pertama. Menerusi sudut pandangan orang pertama, pengarang akan terlibat secara langsung dalam karya yang dihasilkan. Pengkarya akan menggunakan “aku” sebagai watak utama dan “aku” akan menceritakan kisah yang disampaikan dalam karya tersebut. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang cuba disampaikan agar lebih mudah difahami dan kreatif. Contoh, menerusi cerpen “Usia Emas”, “Saya” selaku wartawan menceritakan tentang Cikgu Baharum yang menjadi sahabatnya. “Saya” terlibat secara langsung di dalam cerita tersebut. Jelaslah di sini, sudut pandangan orang pertama perlu untuk memantapkan jalan cerita. Contoh lain Cerpen Usia Emas- “Aku” - wartawan Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu-“Aku” –anak ayah dan ibu Cerpen Melankolik Di atas Rumput- “Aku”- bekas pensyarah, ibu tunggal dan suka mengembara Orang ketiga tidak terbatas / serba tahu. Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak. Kesan / Berfungsi / Kepentingannya adalah untuk memerihalkan secara terperinci tentang sesuatu agar menjadi lebih indah dan nyata. Contoh “Anak-anak Yang Bergelimpangan” menceritakan secara terperinci tentang kejadian pencemaran dan tuba yang berlaku di Sungai Tengas. Bermula air tuba yang diketuk dari hulu dan turun ke hilir sehingga anak-anak Pak Kasa, Awang Che Leh dan Mat Dali yang sedang mandi – manda pun terkena racun tuba tersebut. Contoh lain Cerpen Usia Emas – cerita terperinci watak dan perwatakan Cikgu Baharum Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu- cerita terperinci tentang “Dia” Cerpen Melankolik Di atas Rumput-cerita terperinci tentang watak “Aku” dan Uzair Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan- cerita terperinci tentang kehidupan ikan Haruan dan rakanrakan di sungai Tengas Cerpen DiSebalik Sirat Makna-cerita terperinci tentang Cikgu Ibau dan Cikgu Naszkir Orang ketiga terbatas. Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak terperinci. Kesannya adalah untuk menghidupkan jalan cerita dan menghasilkan kesan yang efektif terhadap penceritaan. Contoh melalui cerpen “Di sebalik Sirat Makna”, watak Tinang digambarkan secara terbatas, cukup sekadar memberi gambaran situasi yang berlaku. Contoh lain Cerpen Usia Emas –cerita tentang wartawan Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu-cerita tentang ibu dan ayah “Aku” Cerpen Melankolik Di atas Rumput- cerita tentang ibu, anak, pelajar “Aku”, dan manusia yang dijumpai “AKu” ketika berada di luar negara Cerpen Anak-Anak Yang Bergelimpangan-cerita tentang Mat Dali, Awang Cek Leh, Pak Kasa dan anakanak Cerpen DiSebalik Sirat Makna – cerita tentang Tinang FAKTA HURAIAN KESAN /K.KECIL CONTOH


45 Sudut pandangan objektif. Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Disebut juga sebagai “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan. Kesannya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contoh dapat dilihat pada Drama Asiah Samiah. Pengarang memberi gambaran tentang perjuangan Anas secara objektif sehinggalah Anas mati. Contoh lain Usia Emas – “Aku” menceritakan tentang CIkgu Baharom MItos Secekak Kertas TIsu – menceritakan tentang kejatuhan ekonomi - “Dia” Cerpen Anak-anak Yang Bergelimpangan- peristiwa pencemaran Drama Asiah Samiah- Marga menceritakan tentang Asiah, Anas dan Misa


46 BAB 1 CERPEN USIA EMAS OLEH: ABDULLAH HUSSAIN BIODATA PENGARANG. Dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Sungai Limau hingga lulus Darjah V. Beliau menyambung pelajaran di Sekolah St. Michael Alor Setar (1932- 1933) dan Anglo Chinese School, Alor Setar hingga lulus Darjah VII (1935). Jawatan pertama yang beliau sandang ialah sebagai Penjaga Stor sebuah perusahaan lombong bijih di Pahang (1939). Pembantu Pengarang Akhbar Sabahat (1939), Pembantu Pengarang Akhbar Saudara (1940), Pengarang Majalah Puspa di Medan (1950). Ketua Polis daerah Langsa, Ketua Polis Pulau Sabang (1947). Beliau juga pernah berkhidmat di Oxford University Press (1 Januari 1961 - 31 Disember 1964), Franklin Book Programme (1965-1968),Dewan Bahasa dan Pustaka (1 Mac 1968-1979). Abdullah pernah menerima beberapa anugerah seperti S.E.A. Write Awards (1981), Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh (LAKA) (1995), Anugerah Sastera Negara (1996) dan Darjah Dato' Setiau Diraja Kedah (DSDK) (1996). SINOPSIS Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah berbangga kerananya. Hargailah orang tua yang telah menjaga dan mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal akan sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya menunggu masa ajal kita akan sampai kerana usia nabi Muhammad hanya sekitar 62 tahun sahaja. Cikgu Baharum sudah bersara. Usia emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar yang popular di tanah Melayu suatu ketika dahulu). Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam. Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar guru. Beliau bangun pagi dan datang kerja awal. Beliau sentiasa membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana banyak membaca. Suka berbincang dalam pelbagai perkara termasuk ekonomi, politik dan sosial. Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain yang memegang watak “Saya” dengan menceritakan kisah seorang kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 75 ke 80 tahun telah diangkat selaku tokoh warga emas di daerahnya. “Saya” sedang membaca akhbar Utusan Malaysia dan ternampak gambar sahabatnya iaitu Cikgu Baharum terpampang di dada akhbar. CERPEN USIA EMAS (Abdullah Hussain) *sinopsis *tema *persoalan *watak dan perwatakan *nilai *teknik penceritaan *Pengajaran


47 “Saya” mengimbas kembali kisah dia dengan Cikgu Baharum. Perwatakan Cikgu Baharum yang yang suka berterus terang dan agak kasar menyebabkan beliau tidak memiliki ramai kawan. Namun Cikgu Baharum bukan seorang yang munafik, kerana beeliau memberitahu apa yang dirasakannya benar dan tidak berselindung. Hal ini menyebabkan ada sesetengah pihak yang berkecil hati. teringatkan bagaimana dia mula berkenalan dengan Cikgu Baharum. Pengarang mula berkenalan dengan Cikgu Baharum melalui gambar dalam akhbar. Beliau pada masa mudanya seorang penulis yang agak produktif. Banyak akhbar dan majalah yang diterbitkan di Singapura menyiarkan tulisan Cikgu Baharum seperti cerpen, puisi, pantun dan rencana. Pengarang mula tertarik kepada Cikgu Baharum apabila penulis membaca cerita bersambungnya yang disiarkan dalam Warta Malaya. Kisahnya hampir sama dengan kisah hidup pengarang. Keakraban hubungan persahabatan antara cikgu Baharum dan penulis boleh dilihat apabila mereka saling kunjung mengunjung dan bila berjauhan mereka berutus-utus poskad, dan akhirnya mereka menjadi seperti saudara sehingga beranak dan bercucu. Pengarang / “Saya” bercadang untuk mengutus surat kepada sahabatnya Cikgu Baharum. Sebelum itu “Saya” meneliti sekali lagi gambar Cikgu Baharum. Pemerian tentang watak Cikgu Baharum dalam akhbar itu jelas. Beliau digambarkan memakai baju batik dan kelihatan seperti orang yang berusia 45 atau 50 tahun. Beliau tinggi dan maskulin pada masa mudanya. Wajah Cikgu Baharum yang terpampang dalam akhbar tidak menampakkan tanda- tanda ketuaan. Dalam akhbar tersebut, wartawan bertanyakan Cikgu Baharum tentang rahsia keawetmudaannya untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan. Cikgu Baharum menerangkan petua awetmyadanya adalah secara kronologi Cikgu Baharum bangun pada jam 5.00 pagi. Mengikut Cikgu Baharum, bangun pagi-pagi banyak hikmatnya. Dia juga melakukan senaman ringan yang dipanggil radio-taisyo, senaman ringan orang Jepun. Senaman tersebut menjadi sebati dengan Cikgu Baharum dan diamalkan sehingga kini. Sesudah bersenam, beliau mandi dan berwuduk. Selepas solat subuh beliau akan bersarapan dengan secawan kopi o dengan sepiring pulut atau goreng pisang. Setelah itu, beliau akan ke sekolah dengan berbasikal. Di sekolah beliau akan memimpin murid-muridnya bersenam. Beliau seorang yang berdisiplin dan amat mementingkan kebersihan sekolah dan persekitarannya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas dasar “malu alah saja”. Kenapa? Mahu tahu cuba baca Ayat 70 Surah an-Nahl.” Penulis membacanya berulang-ulang kerana cuba mencari hikmah yang tersirat dalamnya yang ada kaitan dengan umur tua/Usia Emas dan anugerah yang diterimanya. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang. Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan? Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa kali tafsir petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya. Anugerah warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam anugerah. Anugerah tersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan pemberian award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebihlebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan merasa kehilangan kerana tugas manusia sudah tamat pada masa itu. Bagi pengarang, kematian orang yang tua bukan untuk diratapi sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke atas rohnya. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan pengganti yang lebih baik. Tidak sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi manfaat kepada mereka lagi. Menurut Cikgu Baharum lagi dalam ayat tersebut ada satu hikmah yang paling penting iaitu sifat penyayang antara anak-anak dan keluarga yang terdekat. Sifat penyayang itu boleh mewujudkan kesefahaman. Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-anak. Berilah mereka peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka sebagai golongan tidak berguna. “Orang


48 Peris wa tentangperbezaanbudayatentangUsia Emas Peris wa menjaga kesihatan Senaman adio Taiso Peris wa tentang penggunaanayat ayatAl uran dan hadis Ke ka C.Baharum berbicara Peris wa tentangdisiplindiri. CikguBaharummeminta anak muridnyabasuh kaki yang berlumpur/ jaga kesihatandiri Peris wa berkaitandengan orang tua. BudayaMelayu wajib menghorma ibu bapa. Jangan hantarke rumah orang tua A tua ialah ujian yang paling kritikal daripada Allah Subhanahu Wa Taala kepada sifat penyayang itu. Dalam Allah menguji sifat taat anak-anak supaya mengambil akan nasib orang tuanya; sifat ikhlas anak-anak supaya mengambil tanggungjawab dengan kerelaan hati atas kehidupan orang tuanya; sifat bertolak ansur antara anak-anak tentang siapa yang mesti memelihara orang tuanya; lalu wujud sifat gotong-royong dan paling penting ialah sifat sabar menghadapi kerenah orang tua yang lanjut usia.” Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-tua di rumah kebajikan sebagaimana yang berlaku di Jepun. Pengarang / “Saya” lalu teringat tentang orang yang lanjut usiannya di Jepun. Di Jepun orang tua di pinggirkan oleh anak-anak kerana dikatakan membawa banyak masalah kepada mereka. Setelah membaca Ayat 23 Surah al-Isra’ dan Ayat 15 hingga Ayat 19 Surah Ahqaf penulis membuat suatu kesimpulan tentang kewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas. Akhirnya, pada suatu malam pengarang bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kearah penulis. Penulis terpegun dan berasa hairan dengan mimpi yang dialaminya itu; dan penulis berhasrat untuk menulis surat kepada Cikgu Baharum. Walau bagaimana pun, selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir, isteri pengarang/ “Saya” menjawab panggilan telefon yang membawa khabar tentang kematian Cikgu Baharum. Penulis pasrah dan redha dengan pemergiannya. Jangan mengeluh dan meratap. Kita perlu bersabar. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING / GALUR PERISTIWA 1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia. 2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun. 3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika waktu mudanya dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia berkenalan dengan cikgu Baharum. 4. Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka saling berutus-utus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga beranak dan bercucu. 5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokoh warga emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet muda yang turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yang menemuramahnya.


49 KON IK Pertembungan Budaya Tentang Usia Emas Kon ik tentang adab menjaga orang tua Kon ik tentang Anugerah Pada Masa Tua Kon ik tentang menghorma orang tua TEMPAT ATA MASA MASYA AKAT 6. Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk bertukartukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu pengetahuannya kerana dia suka membaca. 7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan oleh Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas. 8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentang kewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas. 9. Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kea rah penulis. 10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab panggilan telefon yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulis pasrah dan redha dengan pemergiannya. LATAR TEMPAT KONFLIK


50 Tema r n ini r k n k nu i n i u n n u i d n k i n r d or n u i u K idu n u i u uk n u k l i n i i n l in n i uk n un uk nd nu r idu d n r i ur i n or n r i rlu di nu i d n n k i rf d d n ri d k d All l in i u r u rlu di n i d n n n dilu k n u ru n di ol n k n k d n di ri n l on o d dili d di lo di n r Aku d n n ik u ru l ik u ru rol nu r i ik u ru n r n k n Konflik Cikgu Baharum yang berbeza pendapat tentang usia emas dengan bangsa dan budaya lain. CIkgu Baharum berpendapat bahawa masyarakat kita mudah terpengaruh dengan budaya barat / asing sehingga semua yang dibuat oleh masyarakat luar akan ditiru biarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Bagi masyarakat barat, hari tua merupakan masa untuk bergembira dan berhibur. Namun untuk Cikgu Baharum, hari tua adalah masa kita untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan melakukan ibadat. Masyarakat barat berpendapat orang yang dipanjangkan usia mempunyai keistimewaan. Mereka perlu diraikan dan diberi anugerah. Namun bagi Cikgu Baharum, usia tua adalah masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian dan ini dipersetujui oleh pengarang. Buktinya Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122) TEMA: Cerpen Usia Emas bertemakan tentang kehidupan manusia di usia emas. Kehidupan usia emas bukanlah satu kelebihan atau anugerah hidup, tetapi ia adalah satu pinjaman dan sentiasa dipenuhi dengan amal ibadat. Warga emas juga perlu disayangi oleh anak-anak, sahabat dan jangan dilupakan. Hal ini ditekankan dalam dialog Cikgu Baharum dengan wartawan. Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan. Beliau juga menekankan bahawa orang-orang tua sepatutnya dijaga oleh anak-anak dan bukan diletakkan di rumah orang tua. Jika amalan setia kawan, menghormati dan menyayangi ibu bapa diamalkan,maka hubungan dapat terjalin dengan erat dan mesra. Oleh itu, usia emas perlu dipenuhi dengan beribadat dan melakukan amalan yang baik mendapat balasan yang baik. FAKTA HURAIAN ULASAN / BINCANG KESAN /K.KECIL CONTOH


51 A A K K AA Pagi penulistengok akhbar cikgu baharum terpilihsebagaitokoh warga emas Teknik pemerian ambarsetengah badan senyuman raja dikiri mulut Teringat tahunlalu C.B bersyukur kepada allah atas pinjamanusia Bersyukur kepada allah atas pinjaman usia Teknik imbas Kembali Teknik dialog C.B berbual dengan penulis tentangusia patut dengan usia pinjaman PenulisteringatsikapC.B suka berterusterang teringatperkenalan pertamamengahantarposkad penulisnak mencuba menjadi penulisseper CB Kejujurandalam percakapan Teknik imbas kembali Kini masihhantar poskaducap tahniah atas anugerah dalam akhbar wartarwan tanya ps sihat bangun pagi melakukansenaman radio taiso mandi wuduk solat Kepen ngan menjaga kesihatan Kepen ngan menjaga kebersihan Beriman kepada allah Pergi kerja jangan kena cahayamatahari balik jangan kena cahayamatahari mendidikmurid menjaga kesihatan dan kebersihan Kerajinandalam berkerja Tanggungjawabdalam mendidik anak murid Terima poskad CB ajak datang rumah penulis dak boleh datang kerana uzur teringat dahulu sering berjumpa berbual se akawan Teknik imbas kembali CB kata terima anugerah malu alah suruh rujuk surah al nahl 0 penulis dak pahamdan terkejut adakah sikapCB dah berubah Beriman Penulistak paham kerana pemikiran dak seper dulu sering pelupa Penulisfaham usia emas sepatutnya dak dekat dengan hiburan waktu ada dak kisah waktu ada diratapipermergiaan bukan nak doa untuk kesejahteraan Berdoa memohon kesejahteraan daripada allah Perbezaan Budaya CB menambah usia ini perlu kasih sayang dari keluarga terdekat anak mes lah taat,ikhlas, bertanggungjawab, dan sabar dalam menjaga orang tuanya Kasih sayang Taat Sabar ikhlas tanggungjawab Surah israk 23 hormat ibubapa Surah akraf 1 1 suruh jaga ibu bapa kerana telah berkorban untuk besarkan kita Hormatibu bapa Pengorbananibu bapa Penulisfahammaksud malu alah orang tua tak perlu anugerah malah kasih sayangdari keluarga Malamitu penulis mimpiCB pakai jubah pu h dan melambai kepada penulis sebelum bangun dur isteri penulis berbual dalam telefon dan mengatakanCB telah meninggal dunia Percayakepada qada dan qadar Teknik imbasmuka Teknik Suspen Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Kehidupan usia tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah pinjaman Usia emas bukan masa untuk mendapat anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang barat. Usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan beribadat kepada Allah. Warga tua perlu disayangi dan jangan dilupakan. Contoh Cikgu Baharum menekankan usia emas adalah masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian dan perlu dipenuhi dengan ibadah kepada Tuhan. Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122) PERSOALAN Persoalan tentang menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia seseorang. Jika amalan menjaga kesihatan diamalkan nescaya hidup seseorang itu akan bertambah ceria dan akan menyebabkan seseorang itu akan berasa sihat dan kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya, terbukti sejak zaman muda beliau akan bangun seawal 5.00 pagi untuk melakukan mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi. (hlm. 119). Oleh itu menjaga kesihatan penting agar badan kita sentiasa kekal sihat dan dapat melakukan perkerjaan harian dengan baik. KESAN /K.KECIL ULASAN / BINCANG CONTOH HURAIAN FAKTA


52 Persoalan tentang menghormati dan menyayangi ibubapa / orang tua. Anak-anak seharusnya menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al- Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124). Cikgu Baharum berpendapat bahawa orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya (hlm 125). Oleh itu setiap anak yang mempunyai orang tua perlulah mengambil perhatian terhadap ibubapa mereka. Jangan serahkan mereka kepada rumah-rumah kebajikan seperti yang lazimnya dilakukan oleh pihak lain. “Orang tua ialah ujian yang paling kritikal daripada Allah Subhanahu Wa Taala kepada sifat penyanyang itu. Dalam Allah menguji sifat taat anak-anak supaya mengambil akan nasib orang tuanya; sifat ikhlas anak-anak supaya mengambil tanggungjawab dengan kerelaan hati atas kehidupan orang tuanya; sifat bertolak ansur antara anak-anak tentang siapa yang mesti memelihara orang tuanya; lalu wujud sifat gotong-royong dan paling penting ialah sifat sabar menghadapi kerenah orang tua yang lanjut usia.” Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. Hubungan yang akrab yang menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Hal ini jelas kelihatan pada watak “saya” iaitu wartawan dan Cikgu Baharum. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan. (hlm 121) “Datang ke mari ajak anak-anakmu bercuti.” Saya tahu ada benda yang dia mahu cakapkan. Pada masa dulu Saya suka ke rumahnya dengan anak-anak. Dan dia juga suka ke rumah Saya. Apabila sudah berjumpa maka banyaklah yang kami perkatakan. daripada soal politik, ekonomi, sosial sampailah kepada bahasa dan sastera. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalah ruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawall jam 5.00 pagi melakukan senama radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120) Petua itu di perturunkan secara kronologi sejak dia bangun jam 5.00 pagi. Bangun pagipagi banyak hikmahnya, katanya. Dia melakukan senaman ringan… (hlm. 119) “Kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya. “Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena matahari. Baru selamat.” Selamat bagaimana? Macam di kampung mana ada kesibukan?” “Petua ini tidak saja baik bagi orang yang bekerja sendiri seperti petani tetapi baik juga kepada pekerja pejabat….Nah, bukankah ini mengajar kita supaya rajin? Orang yang rajin selalunya berjaya.” (hlm. 120) Persoalan tentang keagamaan yang dapat dilihat menerusi taat mengerjakan perintah Tuhan / Bersolat dan membaca Al-Quran. Konsep keagamaan dan ketaatan dalam mengerjakan perintah Tuhan seperti bersolat/ berdoa/ bersyukur sering dipaparkan di dalam cerpen Melayu. Beriman bermaksud patuh kepada perintah Tuhan dan meninggalkan laranganNya. Nilai-nilai keagamaan mampu membentuk jati diri dan shasiah yang mulia dalam diri setiap insan. Seseoerang yang memiliki nilai sahsiah yang tinggi dan beriman akan menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. Cikgu Baharum sering mengamalkan solat tahajud dan bersyukur kepada Tuhan


53 kerana diberi pinjam umur yang panjang. Cikgu Baharum juga banyak menggunakan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ayat 23 dan surah al-Ahfat dalam percakapannya. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121). Oleh itu, beriman dan taat kepada perintah Tuhan perlu ada dalam diri agar dapat membentuk modal insan yang seimbang. Saya lalu mengambil Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan mencari surah yang disebutnya: Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada antara kamu disegerakan matinya), dan ada pula antara kamu yang kembalikan kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua - kebudakbudakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, lagi Amat Berkuasa. Kegigihan dan kerajinan melakukan aktiviti berfaedah dalam kehidupan seharian. Pengarang menceritakan tentang kerajianan Cikgu Baharum dari muda sehinggalah hari tua. Cikgu Baharum diceritakan seorang yang sangat rajin bekerja. Ketika masih bekerja, beliau akan bangun pagi dan terus pergi bekerja dengan tekun. Pelbagai tugas yang diberikan dijalankan dengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. Malah apabila sudah pencen, dia terus mengamalkan aktiviti bangun pagi untuk solat, membaca al-quran dan beriadah. (Rujuk halaman 119). Di sekolah itu dia sekali lagi memimpin murid-muridnya bersenam. Selain mengajar, dia juga menjadi guru senaman dan pengawas disiplin. Menjaga kebersihan sekolah dan sekitarnya. Murid-murid dari kampung tidak ada yang berkasut. Pada musim hujan mereka yang rentas sawah kakinya berlunting, selut sampai ke lutut. Cikgu Baharum berdiri di pintu sekolah dengan sebilah rotan kecil sebesar kelengkeng, mengibas-ngibas ke kiri kanan menyuruh muridmurid mencuci kakinya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam sekolah. Dia juga mengarahkan murid-muridnya supaya kencing di jamban dan tidak di perdu pokok bunga raya yang menghiasi jalan sekolah. Perbezaan pendapat tentang usia emas/tua. Masyarakat kita mudah terpengaruh dengan budaya barat / asing sehingga semua yang dibuat oleh masyarakat luar akan ditiru biarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Bagi masyarakat barat, hari tua merupakan masa untuk bergembira dan berhibur. Namun untuk Cikgu Baharum, hari tua adalah masa kita untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan melakukan ibadat. Masyarakat barat berpendapat orang yang dipanjangkan usia mempunyai keistimewaan. Mereka perlu diraikan dan diberi anugerah. Namun bagi Cikgu Baharum, usia tua adalah masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian dan ini dipersetujui oleh pengarang. Buktinya Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122) Hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Umur kita adalah anugerah Allah dan kita menerima anugerah itu dengan syukur. Semakin bertambah umur kita akan semakin mendekati mati. Oleh itu kita tidak boleh berbangga dengan anugerah sementara itu. Cerpen ini diakhiri dengan berita kematian cikgu Baharum menerusi panggilan telefon kepada pengarang pada suatu pagi. Setiap yang hidup harus redha dan akur dengan kematian yang berlaku.


54 Masyarakatyang bersyukur Masyarakatyang jujur Masyarakatyang menjaga kebersihan Masyarakatyang memen ngkan kesihatan Masyarakatyang bertangggungjawab Masyarakatyang taat Masyarakatyang menghorma ibu bapa Masyarakatyang mempercayai qada dan qadar A Se akawan Berdisiplin Diri Berilmu Menjaga Kesihatan Menghorma Orang Tua ajin LATAR MASYARAKAT Cara jawab sama macam jawab Pemikiran NILAI Nilai Kasih sayang terhadap orang tua. Orang tua memerlukan nilai kasih sayang daripada anak-anak untuk meneruskan baki kehidupan mereka, supaya kehidupan mereka terbela dan tidak disisihkan dalam keluarga. Contoh Cikgu Baharum menekankan bahawa orang tua memerlukan kasih sayang. Anak-anak perlu menjaga ibubapa yang telah tua dan bukan meletakkan mereka di rumah orang tuatua seperti yang berllaku di negara-negara luar. Nilai beriman kepada Allah. Konsep keagamaan dan ketaatan dalam mengerjakan perintah Tuhan seperti bersolat/ berdoa/ bersyukur dipaparkan menerusi cerpen ini menerusi watak Cikgu Baharum. Nilai beriman dalam diri seseorang mampu membentuk jati diri dan shasiah yang mulia.. Cikgu Baharum sering mengamalkan solat tahajud dan bersyukur kepada Tuhan kerana diberi pinjam umur yang panjang. Cikgu Baharum juga banyak menggunakan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ayat 23 dan surah al-Ahfat dalam percakapannya. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121


55 Nilai jujur/ikhlas dalam menjaga orang tua. Anak-anak sepatutnya jujur dan ikhlas menjaga ibu bapanya yang telah tua. Ini sebagai tanda membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesar dan mendidik anak-anak serta melaksanakan amanah Allah. Beri contoh Nilai keperihatinan kepada orang tua. Bagi orang tua yang ketiadaan anak, penjaganya hendaklah perihatin terhadap nasib orang tua dengan menyerahkannya ke rumah kebajikan. Beri contoh NILAI KEAGAMAAN: Bersyukur. Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikgu Baharum amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang serta masih diberi kesihatan yang baik.(116) Berdoa. Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah menjelaskan kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullah sentiasa berdoa selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117) Bersolat. Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawall mungkin, Cikgu Baharum melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120) Al-Quran sebagai sumber rujukan. Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya dia merujuk suarh al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supaya anak-anak mengambilberat tentang ibubapa.(123) Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua. Orang Islam diperintahkan supaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usia sebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah alIsra. (124) Beribadat. Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah ibadat-ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerima berita kematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125) Percaya pada Takdir. Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklah kematian. Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum sudah ditakdirkan oleh Allah (126) Bersabar. Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk menguji kesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar kematian Cikgu Baharum sebagai ketentuan Illahi.(126)


56 Pengajaran Kita haruslah Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita Kita perlulah Percaya pada Takdir: Ketentuan Allah terhadap apa jua kejadian, termasuklah kema an. Kita perlulah Bersabar dalam menghadapi Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh Allah adalah untuk menguji kesabaran hambanya. esej yang diperolehi daripada perwatakan “dia” Mengamalkan berdisiplin untuk berjaya. Pengarang ingin menyampaikan mesejnya untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan ini, mestilah menjadikan disiplin diri sebagai tonggak utama. Dalam bidang pekerjaan kita dinasihatkan agar pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari jatuh. Jika kita lewat ke tempat kerja sudah tentu banyak masalah timbul dan berkemungkinan dimarahi ketua. Contohnya, Cikgu Bahrum bangun seawal jam 5 pagi dan melakukan senaman serta pergi awal ke tempat kerjanya. Menyayangi dan menghormati ibu bapa yang tua. Pengarang ingin menyampaikan mesejnya agar berbuat baik/menyayangi kedua ibu bapa yang telah lanjut usia merupakan tuntutan agama yang terpuji. Ianya akan mendapat balasan pahla yang besar di sisi Allah nanti. Jika anak-anak tidak brbuat baik/ menyayangi ibu bapanya yang tua, sudah tentulah mereka dianggap anak derhaka dan tidak nengenang jasa orang tua. Anak-anak ini sudah tentu tidak diredhai Allah. Contohnya, Cikgu Baharum berpendapat anak-anak perlu menyayangi ibu bapa dan menasihati penulis yang ibu bapa perlukan kasih sayang anak-anak. Menghargai persahabatan dalam kehidupan. Pengarang ingin menyampaikan mesejnya supaya menghargai nilai persahabatan kerana sahabat amat penting dalam membantu kita waktu susah dan senang. Jadi tali persahabatan perlu dikekal dan diperkukuhkan sentiasa atas landasan suruhan Allah. Tanpa nilai persahabatan, hidup kita menjadi sunyi dan sukar kita untuk mendapat bantuan, dorongan dan motivasi daripada sahabat. Contohnya Cikgu Baharum dan Pengarang begitu menghargai persahabatan mereka dengan saling kunjung mengunjungi untuk bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai perkara seperti politik, ekonomi, bahasa dan sastera. Kehidupan ini mestilah berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi. Al-Quran dan Hadis Nabi seharusnya menjadi rujukan, panduan dan iktibar dalam kehidupan insan muslim. Kehidupan insan yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan akan diberkati dan dirahmati Allah mengakibatkan hidup seseorang itu tenang dan sentiasa aman dan tenteram. Manakala, sekiranya hidup seseorang itu tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi, maka sudah tentu akan kehidupan seseorang tidak dirahmati Allah dan mudah terlibat dengan perkara-perkara maksiat. Contohnya Cikgu Baharum menjadikan Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai rujukan untuk berhujah dan berbincang dengan penulis, dalam menjawab persoalan semasa.


57 A AK A A AKA A k ik u ru 1. Aspek atarbelakang: 1.1 Seorang guru pela h yang bercita cita melanjutkan pelajaranke MPSI tetapi gagal (11 ) 1.2 ahir pada tanggal 2 Mac 1.3 Berusia 0 tahun 1. uru senaman dan juga pengawas disiplinpelajar(zaman muda) 1. Penulis yang produk f(Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanya disiarkan oleh Warta Malaya (singapura) 1. Pandai jawi (tulisanjawinyahalus dan can k) 1. Dianugerahkansebagaitokoh warga emas daerah. 2. Aspek izikal: Tinggi Maskulin Tegak (Macam tentera) 3. Perwatakan: Berterusterang Tidakmuna k ( dak berpura pura) antangbersuara menyebabkanbeliau dak disukaidan kesannya beliau dak mempunyairamai kawan. ASPEK WATAK DAN PERWATAKAN: Perwatakan Cikgu Baharum: 1 Berterus terang 2 Tidak munafik (tidak berpura-pura) 3 Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya beliau tidak mempunyai ramai kawan. 4 Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya luas meliputi pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca antaranya politik, ekonomi, bahasa dan sastera (121) Suka berkarya. Cth cerpen, puisi, pantun dan rencana. Pandai dan cantik tulisan jawi 5 Setiakawan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering menziarahi penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah pengarang. Suka mengutus poskad 6 Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila memperkatakan sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan , contohnya apabila dia memberitahu kepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas hanya kerana dia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an-Nahl. 7 Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan, buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda membawa ke usia warga emas, termasuklah rahsia kesihatannya yang kekal sihat kerana disiplin mengamalkan senaman radio taiso. 8 Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulang agak lewat petang. Bagi beliau kerja wal pagi dan pulang lewat adalah sikap orang yang rajin dan kerajinan akan membawa kejayaan. 9 Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turut digunakan bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersucihan buktinya dia akan menyuruh para pelajarnya mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para pelajarnya juga disuruh kencing ditandas. (120-121) CONTOH MENULIS WATAK PERWATAKAN / SIFAT WATAK Pertama, seorang yang komited dan aktif dalam bidang penulisan. Komited ialah suatu sikap yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara yang diusahakan. Sikap komitmen menjadikan seseorang itu produktif, cekap dan berjaya dalam apa saja yang diceburinya. Cikgu Baharum merupakan penulis yang komited kerana hampir semua akhbar dan majalah yang terbit di Singapura pada waktu itu sering menyiarkan hasil karya Cikgu Baharum seperti cerpen, puisi, pantun dan rencana. Buktinya pengarang tertarik apabila membaca cerita bersambung yang ditulis oleh Cikgu Baharum dalam Warta Malaya. Pengarang terpesona dengan hasil penulisan Cikgu Baharum yang mengisahkan seorang anak muda kampung yang merantau ke kota kosmopolitan. Kisah berkenaan ada imbas-imbas kisah penulis merantau ke Pulau Pinang.


58 Kedua, seorang yang suka berterus terang. Berterus terang merupakan sikap yang akan menyatakan sesuatu tanpa berselindung apatah lagi apabila menegur sesuatu yang tidak benar. Cikgu Baharum apabila bercakap selalu secara terus terang tanpa berselindung menyebabkan caranya nampak kasar dan biadap. Ini menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Apa yang diucapkan oleh beliau itulah yang terselit di hatinya. Contohnya; Cikgu Baharum seorang yang berterus terang, apabila bercakap blak-blakan sahaja tanpa tedengaling. Sikap itu walaupun kelihatan agak kasar, maaf-maaf cakap agak kurang ajar atau biadab sedikit tetapi dia tidak munafik. Apa yang diucapkan itulah yang terselit di hatinya. (hlm. 117) Seterusnya, berkemahiran dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi Cikgu Baharum dikatakan halus dan cantik seperti huruf-huruf kitab yang dicetak. Penulis mengatakan bahawa setelah dia memberanikan diri mengirimkan poskad kepada Cikgu Baharum minta mahu berkenalan, dan akhirnya Saya menerima balasan poskad dari Cikgu Baharum. Poskad yang diterima oleh Saya dari Cikgu Baharum ditulis dengan tulisan Jawi yang halus dan cantik seakan-akan huruf-huruf kitab yang dicetak. Hal ini berbeza dengan tulisan Jawi Saya yang seperti cakar ayam. Oleh kerana tulisan Jawi Saya seperti cakar ayam, Saya mengatakan ia berasa malu. Walau bagaimanapun itulah yang membuatkan mereka berkenalan, berutus-utus poskad dan akhirnya jadi macam saudara sampai ke saat ini sesudah mereka beranak dan bercucu. Hubungan yang akrab akan menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh dan penuh dengan kemesraan serta kasih sayang. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain, malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan. Cikgu Baharum juga merupakan seorang yang berilmu. Penulis menjelaskan bahawa Cikgu Baharum merupakan seorang yang banyak ilmu pengetahuan kerana kuat membaca. Penulis kerap kali cuba mencungkil ilmu Cikgu Baharum apabila mereka bertemu. Oleh kerana beliau banyak membaca, pengetahuannya agak luas meliputi pelbagai disiplin ilmu seperti politik, ekonomi, bahasa, sastera dan agama. Hal ini sesuai dengan latar belakang Cikgu Baharum sebagai seorang pendidik dan juga seorang penulis yang amat produktif. Sebagai seorang pendidik dan penulis, pengetahuannya agak luas meliputi pelbagai disiplin ilmu memberi suatu kelebihan kepada Cikgu Baharum. FALSAFAH CIKGU BAHARUM Suka berterus terang Mementingkan disiplin.- bangun awal (5.00 a.m), amalkan senaman. Pergi kerja awal dan pulang lewat Mengutamakan kesihatan.- Mengamalkan senaman radio taiso Setiakawan- beliau sering menziarahi dan menghubungi penulis samada melalui surat atau poskad. Berpegang pada ajaran agama.-merujuk kepada ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi apabila memperkatakan sesuatu hujah. Mementingkan ilmu- luas pengetahuan kerana gemar membaca.


59 A AK A A AKA k nuli 1. atarbelakang: 1.1 Seorang penulis 1.2 Berusia 0 tahun 1.3 Mempunyaiseorang isteri 2. Perwatakan: or n n k n sering menghubungi kawanmenerusi poskad untukbertanyakhabar berita. Ali ri n sering beramal ibadat, termasuklahsolattahajud. Semasa mendapatberita kema an cikgu Baharumpenulisbaru selesaisolattahajuddan berzikir. PEGANGAN HIDUP YANG DIAMALKAN CIKGU BAHARUM. Suka berterus terang dalam percakapan. Cikgu Baharum seorang yang suka berterus terang dalam percakapan. Perbualannya walaupun agak kasar tetapi tidak ada unsur munafik dan apa yang diucapkan itulah dari hatinya yang ikhlas. Contohnya ketika Cikgu Baharum menegur betapa pentingnya generasi kini menghormati orang tua. Mementingkan waktu/masa dalam hidupnya. Cikgu Baharum merupakan seorang yang amat mementingkan waktu/masa dalam kehidupannya. Dia sentiasa bangun awal jam 5.00 pagi, Dia juga selalu pergi kerja waktu pagi dalam suasana yang masih gelap dan pulang agak lewat petang. Mementingkan kesihatan dengan bersenam. Cikgu Baharum sangat mementingkan penjagaan kesihatan dengan bersenam. Sejak mudanya lagi beliau mengamalkan senaman ‘radiotaisyo’sehingga pada usia emas. Dengan itu dia kelihatan awet muda dan dalam keadaan sihat. Setiakawan dalam persahabatan. Cikgu Baharum juga begitu mengamalkan sikap setiakawan dalam persahabatan. Hubungan persahabatan Cikgu Baharum dengan watak Saya sentiada terjalin erat kerana beliau sering menziarahi dan menghubungi Saya samada melalui surat atau poskad. Contoh pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain, malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan. Patuh berpegang pada ajaran agama. Cikgu Baharum seorang yang patuh kepada ajaran agama Islam. Beliau sentiasa merujuk kepada ayat Al Quran dan Hadis Nabi apabila memperkatakan sesuatu hujah. Misalnya tentang umur tua dirujuk kepada Hadis Nabi yang minta berlindung dari umur yang tua/ganyut. Mementingkan ilmu pengetahuan. Cikgu Baharum seorang yang luas pengetahuan dan kuat membaca. Ini menyebabkan ilmu pengetahuannya tinggi dan luas. Penulis sentiasa mengunjunginya untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan. Cikgu Baharum bercita-cita melanjutkan ke MPSI Tanjung Malim untuk mendalamkan ilmu pengetahuannya.


60 TEKNIK PENCE ITAAN Menjawab soalan berkaitan teknik penceritaan memerlukan: akta (jenis teknik penceritaan) Huraian ( de nisi teknik penceritaan yang dipilih sebagai fakta) Contoh (berdasarkan cerpen) Kesan penggunaan teknik penceritaan yang dipilih. Contoh: Pe kan 1. kenapa mes pergi kerja terlalu pagi? Wartawan itu bertanya. Petua orang tua tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena cahaya matahari. Baru selamat. AKTA Teknik Dialog HU AIAN Dialog ialah perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak membicarakan tentang apa apa sahaja perkara. CONTOH Perbualan antara wartawan dan Cikgu Baharum tentang perlunya pergi kerja awal pagi. KESAN Penggunaan teknik penceritaan dialog adalah mendatangkan kesan realis kdalam perkembangan jalan cerita. Teknik Imbas Kembali. Teknik imbas Kembali bermaksud peris wa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula seper mimpi,kenangan, dan ingatan. Menerusi cerpen Usia Emas, pengarang menggambarkan tentang peris wa penulis teringat ucapan cikgu Baharum ke ka kali terakhir mereka bertemu semasa merayakan hari lahir C.Baharum yang ke Bersama sama. Kesannya adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang situasi yang berlaku or n n r nd diri Penulisberasa rendah diri apabilamembandingkan tulisan jawi cikgu Baharumyang halus dan can k berbandingtulisannyaseper cakar ayam(11 ) or n n un i il u n u n n lu Pengarangselalu merujuk pada pe kan pe kan ayat al uran sebagaisumber rujukan. or n n ri n Penulis berasa kema an cikgu Baharumadalahsatu kehilanganbaginya. TEKNIK YANG TERDAPAT DALAM CERPEN INI. Contoh huraian untuk teknik secara umum


61 Teknik Imbas Kembali Soalan boleh bertanyakan teknik secara umum atau peristiwa yang berkait dengan teknik imbas kembali sahaja Teknik imbas kembali. Imbas kembali bermaksud mengingat / mengenang / mengimbau / menyorot peristiwa yang telah berlaku melalui pemikiran / lamunan. Kesannya adalah untuk menguatkan jalan cerita yang cuba disampaikan. Contoh. Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis ketika membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir yang ke - 75 CONTOH MENJAWAB PERISTIWA YANG MENUNJUKKAN BERLAKUNYA TEKNIK IMBAS KEMBALI Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis ketika membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di daerahnya. Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir yang ke – 75. Penulis teringat perwatakan Cikgu baharum setiap kali menjelang tanggal 25 Mac. Penulis teringat Cikgu Baharum yang merupakan seorang yang berterus terang, walaupun agak kasar tetapi dia tidak munafik dan kelantangannya menyebabkan dia tidak banyak kawan. Penulis teringat saat dia berkenalan dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang meminati cikgu Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar Warta Malaya di Singapura. Pada waktu itu telah menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat balasan daripada cikgu Baharum. Penulis mengingat kembali peristiwa dia ke rumah Cikgu Baharum dan sebaliknya. Penulis masih ingat pada masa dulu dia suka ke rumah Cikgu Baharum bersama dengan anak-anaknya dan Cikgu Baharum juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap tentang politik, ekonomi, sosial, bahasa dan sastera. Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh Cikgu Baharum. Penulis juga teringat tentang warga emas di Jepun di mana anak-anak Jepun selalunya enggan memelihara orang tua mereka yang sudah lanjut usia. Penulis mengingati kembali kisah Cikgu Baharum ketika menjadi guru. Cikgu Baharum menceritakan kisahnya sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya dan rencana itu turut dibaca oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh tua untuk ke sekolah. Teknik Dialog Teknik dialog. Dialog merupakan percakapan yang berlaku di antara dua orang atau lebih. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang cuba disampaikan agar jelas. Contoh Cikgu Baharum menjelaskan kepada wartawan bahawa dia berasa syukur kepada Tuhan kerana usianya masih panjang. " Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang. Saya bimbang dengan usia dipinjamkan ini" (hlm. 116) Perkataan "usia dipinjamkan" memberi gambaran bahawa manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap umurnya. Walaupun ramai manusia bercita-cita untuk hidup lebih lama, tetapi hakikatnya


62 mereka hanya mampu berusaha sahaja. Manusia akan cuba untuk mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan kegiatan beriadah. "Sentiasa berlindung diri di belakang setiap solat dengan doa jangan sampai umur tua" (hlm117) Apabila melihat kesukaran hidup warga tua, kita seharusnya sedar bahawa umur yang panjang perlu disertai dengan anugerah kesihatan. Warga tua yang panjang usia mungkin akan menjadi beban kepada golongan muda. Oleh itu doa supaya jangan hidup sehingga terlalu tua ini suatu yang wajar diamalkan oleh insan yang sedar asal usul dirinya. SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang pertama. Menerusi sudut pandangan orang pertama, pengarang akan terlibat secara langsung dalam karya yang dihasilkan. Pengkarya akan menggunakan “aku” sebagai watak utama dan “aku” akan menceritakan kisah yang disampaikan dalam karya tersebut. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang cuba disampaikan agar lebih mudah difahami dan kreatif. Contoh, menerusi cerpen “Usia Emas”, “Saya” selaku wartawan menceritakan tentang Cikgu Baharum yang menjadi sahabatnya. “Saya” terlibat secara langsung di dalam cerita tersebut. Jelaslah di sini, sudut pandangan orang pertama perlu untuk memantapkan jalan cerita. Orang ketiga tidak terbatas / serba tahu. Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak. Kesan / Berfungsi / Kepentingannya adalah untuk memerihalkan secara terperinci tentang sesuatu agar menjadi lebih indah dan nyata. Menerusi cerpen “Usia Emas”, watak Cikgu Baharum diceritakan secara terperinci oleh pengarang. Beliau tahu secara terperinci tentang watak perwatakan Cikgu Baharum seperti, bijak, pandai menulis jawi, berpegang teguh pada agama, tetap pendirian tentang sia emas dan mementingkan kesihatan dan disiplin diri. Orang ketiga terbatas. Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak terperinci. Kesannya adalah untuk menghidupkan jalan cerita dan menghasilkan kesan yang efektif terhadap penceritaan. Contoh cerpen Usia Emas –cerita tentang wartawan Sudut pandangan objektif. Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Disebut juga sebagai “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan. Kesannya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contoh cerpen Usia Emas – “Aku” menceritakan tentang CIkgu Baharom yang menjaga kesihatan diri dengan senaman Radio Taisyo HURAIAN KESAN /K.KECIL CONTOH FAKTA


63 BAB 2 MITOS SECEKAK KERTAS TISU Biodata Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan merupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah: Angin Timur Laut (1969); Juara (1976); Wajah Seorang Wanita (1990); dan Nagogho Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi: guru (1952-1979); tutor Bahasa Melayu USM (1980-1983); pensyarah di UKM (1983-1996); dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun


64 S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM). S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soalsoal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina. Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan. Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu. Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paruparu berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.


65 MITOS SECEKAK KERTAS TISU SINOPSIS Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita. Cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” menceritakan tentang peristiwa yang dipercayai benar. Perkataan “mitos” merujuk kepada suci, kudus dan diterima secara bulat-bulat oleh orang ramai menerangkan tentang kejatuhan nilai mata wang. Pengarang menyatakan bahawa “dia” jatuh dari awan kumulus, awan sirus, awan stratus dan dari sebuah satelit. Seterusnya pengarang menjelaskan bahawa “ibu” mengatakan “dia” jatuh dari tingkat seribu satu sebuah menara cinta, manakala “ayah” mengatakan bahawa “dia” jatuh dari kemuncak sebuah gunung kasih sayang yang baru terbuhul. Daripada apa yang dinyatakan di atas, didapati seolah-olah pengarang tidak pasti dari mana “dia” jatuh. Namun hakikatnya “dia” memang jatuh dan telah menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Secara umumnya, cerpen ini cuba memperkatakan tentang kejatuhan nilai mata wang. Kejatuhan nilai mata wang boleh terjadi pada bila-bila masa, dalam keadaan apa jua sekalipun walaupun berada pada kedudukan yang tinggi mahupun ianya disayangi dengan sepenuh jiwa. Kejatuhan nilai mata wang boleh juga berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di negara maju, membangun atau miskin. Kemudian pengarang mengajak kita untuk mengimbas Kembali sejarah nilai mata wang. Mata wang yang ada terdiri dari pelbagai rupa dan bentuk. Ia digunakan oleh pelbagai pihak untuk dimanipulasikan bagi kepentingan masing-masing. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai, yang sejarahnya bermula sejak zaman kegemilangan tamadun dunia, antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani, malah ia telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas Perang dunia Pertama, ketika semua negara yang kalah perang memerlukaan tunjang untuk membangunkan negara yang musnah. Penggunaan mata wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya. Mata wang melahirkan golongan manusia yang tamak haloba dan mementingkan wang / berkiblatkan wang. Golongan ini jugalah penyebab kejatuhan nilai mata wang. Sehubungan dengan itu, kejatuhan nilai mata wang boleh menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan atau negara; atau menjadikan sesebuah negara itu muflis. Selain daripada itu juga, kejatuhan nilai mata wang boleh menjejaskan kehidupan seseorang sama ada orang itu kaya atau miskin. Ianya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus asa dan ada yang membunuh diri. Walau bagaimanapun, “dia” jatuh tidak pernah menyentuh keluarga “Aku”. Keluarga “Aku” digambarkan mempunyai kekuatan iman dan meyakini akan kekuasaan Allah yang memberi rezeki, tidak akan terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang. Oleh itu, ketika “Dia” datang mengetuk pintu rumah “Aku”, keluarga “Aku” tidak mengalami seperti yang berlaku kepada jiran mereka. Ada di antar jiran mereka yang jatuh sakit, dan hampir gila. Ayah merupakan pencerita sejarah yang terbaik. Bermula sebelum merdeka sehingga kini semua diceritakan kepada “Aku”. Ibu menuji-muji ayah . Ibu amat menyayangi ayah. Begitu juga dengan ayah. Hubungan kekeluargaan yang erat dan amalan hidup yang bersederhana, tolong menolong dan sabar menghalang “Dia” untuk masuk ke dalam rumah “Aku”-


66 PE ISTIWA PENTIN 1. Pemberitahuan tentang asal usul mata wang 2. Peris wa / ambaran kejatuhan nilai mata wang 3. Dia jatuh menyebabkan manusia menjadi huru hara termasuk kejiranan Aku . Pengaruh wang / ketamakan manusia yang memen ngkan wang . Kehidupan keluarga Aku cara hidup dalam kesederhanaan / Beza dengan kehidupan manusia yang pen ngkan wang URUTAN PERISTIWA /PERISTIWA PENTING 1. “Dia” jatuh merujuk kepada kejatuhan nilai mata wang boleh terjadi pada bila-bila masa dalam keadaan apa jua sekalipun walaupun berada pada kedudukan yang tinggi mahupun ianya disayangi dengan sepenuh jiwa. Contoh “Dia” dikatakan jatuh dari awan, satelit,kemuncak gunung dll. 2. Mata wang yang ada terdiri dari pelbagai rupa dan bentuk ianya digunakan oleh pelbagai pihak untuk dimanipulasikan untuk kepentingan masing-masing. Contoh “Dia” dikaitkan dengan pahlawan, golongan bangsawan, ahli politik yang tamak dll. 3. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai yang sejarahnya bermula sejak zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit . Contoh pertanyaan umur “Dia”. Bermaksud asal usul kejadian mata wang. 4. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas perang dunia pertama. Diperlukan untuk membangunkan negara. 5. Penggunaan mata wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya. Contoh menurut ayah manusia mengikut nafsu tamak dan sanggup menggunakan tipu helah untuk memiliki “Dia”. 6. Menurut ayah lagi, manusia beriman tidak akan tunduk kepada tipu helah “Dia”. Meskipun rabun dan kurang pendengaran, ayah tahu “Dia” telah jatuh dan datang mengetuk pintu rumah. Namun, ayat tidak tergugat kerana ayah telah bersedia dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama dan bidang-bidang yang lain. Hal ini demikian kerana, ayah sering mendengar cerita-cerita ilmiah seperti forum perdana melalui tv. Ibu pula setia disisi ayah. 7. Ketika nilai mata wang jatuh, ramai yang sakit dan menderita, keadaan menjadi huru hara. Adakalanya memakan masa yang lama. Contoh dikaitkan dengan kedatangan ambulan apabila “dia” jatuh. 8. Kesan kejatuhan tidak mengugat “Aku” sekeluarga. Ayah merupakan pencerita sejarah yang terbaik. Bermula sebelum merdeka sehingga kini semua diceritakan kepada “Aku”. Ibu menuji-muji ayah . Ibu amat menyayangi ayah. Begitu juga dengan ayah. Hubungan kekeluargaan yang erat dan amalan hidup yang bersederhana, tolong menolong dan sabar menghalang “Dia” untuk masuk ke dalam rumah “Aku”- tidak tergugat dengan kejatuhan ekonomi / nilai mata wang. 9. Seluruh kejiranan “Aku” huru hara dan gempar apabila nilai mata wang (Dia) jatuh. Menurut ayah jika “Dia” datang mengetuk pintu rumah,mak itu ujian dari Tuhan. Mungkin kita telah


67 melakukan kesilapan dan perlu bertaubat. Seharusnya, manusia berdoa,memohon ampun dan meminta pertolongan daripadaNya. 10. Menurut ayah, “Dia” –wang adakalanya tinggi nilainya dan ada kalanya harganya ibarat sehelai kertas tisu. Namun keimanan yang tinggi tidakakan terjejas dengan nilai mata wang. Jika tiada iman, ada yang sanggup bunuh diri kerana “Dia”. Nilai mata wang jatuh akibat ketamakan manusia. 11. “Aku” menginsafi diri kerana sedar bahawa Tuhan pemberi rezeki. Hanya manusia yang tamak akan menderita apabila nilai mata wang jatuh, sedangkan hidupanlain masih boleh hidup dengan aman ketika mencari rezeki. Senario isu kewangan semasa pada tahun 1998. Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini. Kesan daripada krisis ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang membabitkan negara Malaysia, maka Bank Negara telah melaksanakan satu dasar tambatan nilai matawang demi menyelamatkan negara kita daripada terus menghadapi kejatuhan nilai ringgit. Berikut adalah cerpen yang ditulis dalam tahun berkenaan (1998), dan perlu difahami berdasarkan senario krisis matawang tersebut.


68 k ud i o Mitosmerujuk kepada satu cerita dalamsesebuah kebudayaanyang dianggap mempunyaikebenaranmengenaisesuatu perkara yang pernahberlaku pada suatu masa dahulu. Iadianggap sebagaisatu kepercayaan dan kebenaranmutlak yang dijadikansebagairujukan.Iaselalunyasatu dogma yang dianggapsuci dan mempunyai konotasiupacara l n Berdasarkankepada dapatandi atas, maka kepercayaanmasyarakatterhadapsejenis kertas yang dianggap bernilaioleh dianggap satu mitos. Mitos yang kononnyasecekak kertas itu boleh membuatkanseseorang itu bahgia atau sengsara. Semacamada satu pengaruh luar biasa dan dipercayaibenar oleh sebilanganorang ramaikepada nilai wang. Cuma dalamkonteksmaksud mitos cerpen ini, ia dak wujud unsur unsursuci pada pandanganagama secaranyata. MAKSUD MITOS: Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak serta diterima bulat-bulat untuk dijadikan rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci , kudus dan mempunyai konotasi upacara. Secara umumnya mitos di hubungkaitkan dengan cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. 1. Cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. Cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan ULASAN: Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka kepercayaan masyarakat terhadap sejenis kertas yang dianggap bernilai oleh dianggap satu mitos. Mitos yang kononnya secekak kertas itu boleh membuatkan seseorang itu bahgia atau sengsara. Semacam ada satu pengaruh luar biasa dan dipercayai benar oleh sebilangan orang ramai kepada nilai wang. Cuma dalam konteks maksud mitos cerpen ini, ia tidak wujud unsur-unsur suci pada pandangan agama secara nyata.


69 e a Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu isu kejatuhan nilai mata wang. Manusia menjadi resah dan dak menentu kerana nilai wang. Bagi manusia, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan hidup mereka dan mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah olah kita menjadi hamba wang dan lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Kita lupa untuk berikh ar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian. KON IK Peris wa tentang kejatuhan ekomoni yang mempengaruhi kehidupan manusia Perbezaan cara hidup manusia Kon ik penilaian dan fahaman tentangwang oleh pemimpin/ masyarakat Kon ik tentang sifat yang ada pada manusia tamak P OT PEN ENA AN / EKSPOSISI PE KEMBAN AN / SUSPEN / KON IK PE E AIAN TEMA Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu membawa tema tentang kehidupan manusia yang huru-hara kerana kejatuhan ekonomi / nilai mata wang. Manusia menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang yang jatuh. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan hidup mereka dan mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Mereka lupa bahawa rezeki adalah pemberian Tuhan. Manusia seharusnya bersyukur dan berjimat cermat agar tidak mengalami kesusahan hidup. Hal ini dapat dilihat menerusi penekanan watak “Dia” yang mewakili nilai mata wang ataupun wang itu sendiri. Apabila “Dia” datang mengetuk pintu rumah, maka semuanya akan menjadi huru hara, gelisah dan ketakutan. “Dia” boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus asa dan ada yang membunuh diri seperti yang berlaku di kejiranan “Aku”. Oleh itu, amalan berjimat cermat dan hidup bersederhana perlu diamalkan agar dapat hidup dalam keadaan aman.


70 ersoalan Kri i n kono i n l nd l n k n r k li A l ul n idu rki l k n n k idu d l k d r n n r r d k d u n ri n rdo k d u n Contoh kedua Cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang. Kehidupan manusia sejagat hari ini amat bergantung kepada wang dalam urusan hidup mereka setiap hari. Seluruh manusia di serata pelusuk dunia, termasuklah di negara kita menjadi resah dan tidak menentu kerana kejatuhan nilai mata wang. Kejatuhan nilai mata wang boleh menyebabkan sesebuah negara atau kerajaan muflis, masyarakat menjadi kaya atau miskin. Ianya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus asa dan ada yang membunuh diri seperti yang berlaku di kejiranan “Aku”. Bagi sesetengah pihak, mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana kejatuhan nilai matawang. Manusia seolah-olah telah menjadi hamba kepada wang, dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai kekuatan iman dan meyakini akan kekuasaan Allah yang memberi rezeki, tidak akan terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang. Oleh itu, amalan berjimat cermat dan hidup bersederhana perlu diamalkan agar dapat hidup dalam keadaan aman. PERSOALAN Krisis nilai mata wang dan ekonomi. Faktor kejatuhan ekonomi yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah. Begitu juga kehidupan manusia yang bergantung kepada nilai naik turun mata wang sebagai penentu ekonomi. Jika nilai mata wang jatuh, maka negara boleh jatuh muflis. Rakyat pula boleh menjadi huru-hara, gila, sasau, putus asa dan ada yang membunuh diri. Hal ini dapat dilihat dalam watak kejiranan “Aku”. Apabila “Dia” datang mengetuk pintu rumah, maka semuanya akan menjadi huru hara, gelisah dan ketakutan. “Dia” boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus asa dan ada yang membunuh diri seperti yang berlaku di kejiranan “Aku”. Oleh itu masyarakat seharusnya berhati-hati dan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan agar hidup tidak terjejas apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi.


71 Sejarah nilai mata wang./ Asal usul nilai mata wang Mata wang ini digunakan dalam urusan kehidupan seharian. Sejarah banyak menceritakan tentang penggunaan mata wang dalam urusan jual beli. Bermula dari sistem barter sehinggalah penggunaan cengkerang, emas, perak dan suasa. Jika penggunaan mata wang tidak digunakan dalam urusan jual beli, sudah pasti akan berlaku penipuan dan ketidakadilan dalam urusan tersebut. Penggunaan nilai mata wang jelas digambarkan oleh penulis ketika beliau memberitahu tentang sejarah penggunaannya dalam cerpen. Masyarakat yang bertamadun seperti tamadun Sumeria, Tiongkok, Yunani, China, Babylon, Assyria, Hethit dan hatta tamadun Melayu yang wujud terkemudian mempunyai mata wang. Mata wang ini mungkin dibuat daripada emas, perak, tembaga, kulit siput dan sebagainya, yang mempunyai nilai tertentu. Oleh itu, masyarakat harus memahami sejarah kewujudan mata wang untuk menambah ilmu dalam bidang pengurusan dan perdagangan yang melibatkan urusan jual beli. Masyarakat yang invidiualistik dan materialistik. Masyarakat menjadi hamba wang. Wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia sehingga ada yang menjadi tamak dan kejam. Sesiapa yang mempunyai wang yang banyak akan berkuasa dan mampu memiliki apa saja serta menindas kaum yang lain. Begitu sebaliknya. Namun jika hilang segalanya, masyarakat akan menjadi kacau bilau dan gelisah. Menurut ayah, “Dia” telah lama wujud sama dengan nafsu manusia yang inginkan segalagalanya. “Dia” dapat menipu dan memperbodohkan manusia. Hanya orang yang beriman sahaja yang mampu mempertahankan diri. Oleh itu, masyarakat perlu memperteguhkan keimanan dan ilmu dalam diri agar dapat menjadi insan yang tidak tamak dan mementingkan wang. Hidup bersederhana dan redha dengan ketentuan Allah. Apabila ditimpa sesuatu masalah atau musibah dalam kehidupan ini, manusia perlu redha dan tawakal di atas apa jua musibah yang menimpa. Ketika ditimpa masalah dan musibah, maka kita hendaklah selesaikannya dengan penuh sabar dan berhemah. Jika sifat redha tidak wujud dalam jiwa seseorang manusia, maka mereka akan mudah rasa kecewa, mudah mengalah dan sentiasa mengikut telunjuk hawa nafsu serakah yang ingin memiliki segala-galanya, tetapi dalam bentuk yang mudah. Contoh jiran “Aku’ ada yang menjerit, jatuh sakit dan mengalami kekecewaan sehingga ambulan perlu datang ke kawasan kejiranan “Aku”. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah dan hidup dalam berkesederhanaan. Berdoa kepada Allah SWT. Doa merupakan permintaan untuk mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia atau pun di akhirat. Doa dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Orang yang sentiasa berdoa adalah orang yang beriman, tidak angkuh dan sombong. Sehubungan dengan itu orang yang angkuh dan sombong, tidak akan tenang, sentiasa resah dan gelisah. C “ ” yang beriman dan mensyukuri rezeki yang diberikan kepadanya. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa berdoa dan memohon keampunan agar dapat menjadi insan yang mulia, bersyukur dan bersyukur. Yakin dengan kekuasaan Allah (S.W.T) dan bersyukur kepadaNya. Manusia seharusnya percaya dan yakin dengan kewujudan Allah (S.W.T) yang memberi rezeki kepada manusia. Manusia juga harus bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan, barulah hidup mereka akan menjadi tenang dan bahagia meskipun kejatuhan ekonomi melanda dalam kalangan mereka. Contoh keluarga “Aku” tidak tergugat ketika “Dia” datang mengetuk pintu di rumah “Aku” dan kawasan kejiranan “Aku”. Ayah telah mengajar mereka hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan. Oleh itu, kita seharusnya mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak pentingkan wang agar dapat hidup dengan tenang.


72 . . Keyakinan. Ayah amat yakin yang kejatuhan mata wang yang berlaku akan memberi kesan pada kehidupanmereka sekeluarga, cuma orang yang beriman sahaja yangmampumenghadapinya. . Kese aan. Ibu penulis se a berada bersama dengan ayahnya biarpun kehidupan mereka diuji dengan pelbagaidugaan dan cabaran.(hlm. 13 ) TEMPAT ATA MASA MASYA AKAT Keimanan. Orang yang memiliki keimanan yang teguh, hati dan perasaan mereka tidak akan mudah goyah atau gelisah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Hal ini adalah kerana mereka yakin bahawa apa yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah SWT semata-mata. Keimanan kepada Allah menjadi benteng daripada dipengaruhi kejatuhan nilai matawang yang akan menimbulkan kegelisahan masyarakat. Watak “Aku” berdoa kepada ALLAH untuk memperteguhkan keimanannya agar tidak terpengaruh dengan kejatuhan mata wang. Aku percaya rezeki daripada ALLAH. Kata ayah, manusia yang beriman sahaja tidak akan tunduk kepada dia yang banyak membuat tipu daya dan tipu helah (hlm. 129) Hidup berkiblatkan wang. Masyarakat yang hidup berkiblatkan wang akan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif seperti dalam penipuan kewangan. Seorang ahli politik Rusia yang terlibat dengan penipuan kewangan di Amerika telah disingkirkan dari negaranya kerana ketamakkanya. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup. Kehidupan yang bahagia bukan bergantung kepada wang ringgit dan kekayaan semata-mata, tetapi kepada hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang wujud di antara satu sama lain itu adalah lebih penting demi menjamin kebahagian hidup. Hubungan kekeluargaan yang erat dapat menjamin kehidupan yang baik Kasih sayang suami isteri/ taat suami NILAI


73 Beriman- Hanya mereka yang mempunyai keimanan yang teguh tidak mudah goyah dan terpedaya dengan tipu daya dan tipu helah yang berkait dengan mata wang kata ayah kepada penulis. (hlm. 129) Kasih sayang- Kasih sayang antara suami isteri biarpun sudah mengjangkau usia emas tetap utuh sepertimana kasih sayang ibu penulis tak pernah luak untuk suaminya. (hlm.132) Rasional- Akal fikiran manusia sebenarnya adalah keyakinan yang akan menentukan apa jua keputusan yang hendak dibuat. Ayah penulis yakin dengan akal fikirannya sebab itu dia dapat merasakan kesan kejatuhan mata wang yang turut mempengaruhi kehidupan penulis. (hlm. 133) Keyakinan- Ayah amat yakin yang kejatuhan mata wang yang berlaku akan memberi kesan pada kehidupan mereka sekeluarga, cuma orang yang beriman sahaja yang mampu menghadapinya. Kesetiaan- Ibu penulis setia berada bersama dengan ayahnya biarpun kehidupan mereka diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.(hlm. 136) Berdoa Bersyukur Percaya dan Beriman kepada Tuhan asyarakat yang tamak dan bersikap materialistik. Nilai kejiranan masyarakat Bandar. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita haruslah sering berhubungan antara satu sama lain. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam hendaklah hidup berjiran. Kasih sayang Suami / Isteri / keluarga. Konsep sayang menyayangi antara satu sama lain perlu wujud dalam hubungan suami isteri atau dalam keluarga agar hidup kita bahagia dan aman. Melalui sikap kasih sayang yang di amalkan, maka lahirlah sikap sanggup berkorban, simpati, taat dan saling ingat mengingati antara satu sama lain. Melalui cerpen / drama Kesetiaan / Taat Suami / Isteri. Kesetiaan penting dalam menjamin keharmonian berumahtangga. Suami isteri tidak digalakkan bertengkar dan bergaduh serta bersikap ego kerana sikap-sikap ini membawa keburukan kepada kehidupan rumahtangga. - Pentingnya kasih sayang dalam sesebuah keluarga - Pentingnya budi bahasa/kesopanan /kesefahaman di kalangan ahli keluarga - Pentingnya kesabaran - Pentingnya sikap saling memahami di kalangan suami isteri - Pentingnya sikap yakin dan berjimat cermat dalam mendepani sebarang masalah/ masa depan


Click to View FlipBook Version