124 BABAK 5 (hlm. 218-227) Asiah Samiah meminta pertolongan Sari Saribiru yang dikatakan arif dalam perbomohan untuk membantunya dalam masalah percintaannya dengan Anas Samanda, namun ditolak. Sari Saribiru memberi alasan bahawa dia belum betul-betul menguasai ilmu perbomohan. Sementara itu, Tuan Setiawan Tanjung yang sedang memerhatikan perlakuan Asiah Samiah yang bersembang dengan Sari Saribiru bersama bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang dikatakan tidak berkembang kerana berkawan dengan orang suruhannya sahaja. Tuan Setiawan Tanjung menyalahkan Puan Suari Alimin dalam hal ini kerana tidak membenarkan Asiah Samiah belajar di luar. Seterusnya, Misa Sagaraga yang jatuh hati apabila terpandang Asiah Samiah telah berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah. Siti Bunirah amat bimbang dan takut dengan perkembangan Misa Sagaraja dan Asiah Samiah. Hal ini kerana dia tahu kisah sebenar Misa Sagaraga dan dia tahu kisah percintaan Asiah Samiah dan Anas Samanda. Dia risau apa yang akan berlaku dengan Asiah Samiah yang dianggap anaknya. Kebimbangan Siti Bunirah disanggah oleh Pak Leh Lak Lak. Pak Leh Lak Lak menjelaskan kepada Siti Bunirah bahawa apa yang berlaku itu bukan urusan mereka. Peristiwa Penting Perbualan antara Asiah Samiah Muda dengan Sari Saribiru. Asiah Samiah mohon pertolongan kepada Sari tetapi beliau tidak mahu memberikan pertolongan. Misa Sagaraga lebih berpengaruh untuk memiliki Asiah Samiah berbanding Anas Samanda. Misa Sagaraga mempunyai kuasa wang dan harta sedangkan Anas Samanda miskin tidak berharta. Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari Sari Biru dalam pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai ilmu pembomohan. Tuan Setiawan Tanjung bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang agak tertutup kerana hanya berkawan dengan orang suruhannya sahaja. Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah. Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan apabila mereka sanggup menolok Anas Samanda yang merupakan pilihan anaknya. Peristiwa Marga Tua merungut tentang ketidakadilan hidup yang dialami olehnya manakala Misa Sagaraga yang hidup dalam kekayaan sejak dilahirkan. Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui Anas Samanda sampai bila-bila
125 BABAK 6 (hlm.227-235) Kisah Misa Sagaraga. Dalam ucapannya, Misa Sagaraga, mengatakan bahawa beliau boleh memberi kemakmuran, membawa pembangunan, dan menjamin kekayaan kepada penduduk kampung. Ucapan Misa Sagaraga ini diperkukuhkan lagi dengan kata-kata pembantunya iaitu Tuan Misa Sagaraga ialah kuasa, pengaruh dan kekayaan, Misa sedia membantu tuan bila-bila masa dan dalam apa keadaan. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa orang penduduk kampung telah meminta bantuan daripada Misa Sagaraga. Antara permintaan penduduk kampung ialah membaiki jalan yang rosak, membina cakruk, membantu mendapatkan pekerjaan, membantu mendapatkan lesen perniagaan, menyelesaikan hutang, menyelesaikan masalah Bendahari jawatankuasa khairat kematian yang pecah amanah, dan sebagainya. Misa Sagaraga berjanji akan membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dengan ini Misa telah meraih kepercayaan penduduk kampung termasuk Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Misa Sagaraga berjaya menutup sikap sebenarnya. Mereka berdua berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga. Tuan Setiawan Tanjung berasa amat bangga kerana Misa Sagaraga telah menghantar wakil untuk meminang Asiah Samiah. Berita tentang hasrat Misa Sagaraga untuk meminang Asiah Samiah akhirnya sampai kepengetahuan Asiah Samiah. Asiah Samiah berasa amat sedih. Asiah Samiah berada dalam kekeliruan dan di persimpangan antara kebahagiaannya dan kemahuan ibu bapanya, menyebabkan dia mula berubah sikap. Bagi Asiah Samiah, dia berhak untuk menentukan hidup dan nasib masa depannya, termasukklah menentukan bakal suaminya. Keadaan ini menyebabkan berlaku konflik antara Asiah Samiah dengan ayahnya, yang mementingkan harta dan kekayaan tanpa memikirkan hati dan perasaan Asiah Samiah. Asiah Samiah beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga. Melihat kepada situasi yang sedang berlaku, Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak berasa amat kesian dengan keadaan yang membelenggu Asiah Samiah. Peristiwa Penting Puan Suari Alimin : Ibu Asiah Samiah Tuan Setiawan Tanjung : Bapa Asiah Samiah. Misa Sagaraga bagaikan dewa pemberi kurnia. Apa sahaja permintaan orang kampung dapat ditunaikan olehnya. Misa Sigaraga mampu mengurniakan jalan, cakruk, peluang kerja, lesen kontraktor dan lain-lain lagi. Puan Suari Alimin, ibu kepada Asiah Samiah begitu bangga dengan bakal menantunya. Ibu dan bapa Asiah berharap anaknya dapat menerima Misa Sagaraga sebagai suami. Asiah Samiah membantah dan menyatakan bahawa kebahagian bukan ditentukan oleh kemewahan harta tetapi hati dan perasaan. Asiah Samiah sentiasa menunggu kepulangan dan pertolongan Anas Samanda bagai orang gila. Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu mereka menyelesaikannya. Ibubapa Asiah Samiah berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga, Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kekayaan daripada kebahagiaan anaknya.Asiah Samiah berada dalam kekeliruan antara kebahagiaannya dengan kemahuan ibubapanya menyebabkan dia mula berubah sikap. Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga. Sari Sari Biru, Siti bunirah dan Pak leh lak lak bimbang dengan keadaan Asiah Samiah yang termenung di luar rumah, Asiah Samiah masih mentah sedangkan Misa Sagaraga sudah 20 kali berkahwin.
126 BABAK 7 (hlm. 235- 252) Marga Tua berbicara tentang pengalaman hidup dan menjadi saksi kepada masalah manusia di persekitaran hidupnya. Marga Tua teringat tentang kawannya, seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat. Seterusnya, Marga terjebak dalam masalah Anas Samanda dan Asiah Samiah dan Misa Sagaraga. Marga Tua mengakui bahawa dia ada menaruh perasaan kepada Asiah Samiah, namun dia sedar, dia bukan pilihan Asiah Samiah, kerana Asiah telah memilih Anas Samanda. Pergolakan batin Marga Tua telah membawa ingatannya kembali ke zaman lampau. Marga Tua teringat bagaimana beliau hidup di tengah keganasan, kezaliman, kebinatangan, kezaliman dan kegilaan manusia. Marga Tua juga teringat bagaimana perjuangan ayahnya mempertahankan hak telah menyebabkan keluarganya berantakan. Ayah Marga dipenjara sekian lama. Ibu lari dengan lelaki lain. Dan saya serta adik-adik keluar masuk dari sebuah rumah kebajikan ke rumah yang lain. Itu harga perjuangan yang harus dibayar oleh ayah dan kami anak-anaknya. Kisah Asiah Samiah yang enggan berkahwin dengan Misa Sagaraga. Kehidupan Asiah menjadi suram dan tidak menentu. Pada masa yang sama Marga Tua mengkagumi Misa Sagaraga yang bernasib baik menjadi orang kaya. Marga Tua mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunannya, kekayaanya, connection-nya, dan pengaruhnya, dan bukannya daripada tubuhnya atau personalitinya. Dalam babak ini pengarang menggambarkan personaliti Misa Sagaraga yang bergaya dengan pakaian yang mahal dan berjemana seperti jenama Brioni, Steffanao Richi, Burno Magli, Versace, Armani, Gucci dan sebagainya. Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar setanding dengan dirinya. Misa Sagaraga meminta pembantunya menyuruh Miss Langgan mencari fashion consultan untuk mengubah penampilan Asiah Samiah dengan mengenakan pakaian dan perhiasan berjenama antarabangsa. Misa Sagaraga juga telah meminta Miss Langgan untuk meguruskan perkahwinannya dengan Asiah Samiah. Marga merasa bersalah pada Anas Samanda dan Asiah Samiah sahabat baiknya, dan tidak mahu membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga. Seterusnya, pengarang menggambarkan konflik dan pergolakkan jiwa Asiah Samiah. Asiah Samiah berasa tertekan dan kecewa kerana terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga, orang yang tidak dicintainya. Perasaan tertekannya semakin menjadi apabila Anas Samanda tidak mahu kahwin lari bersamanya dan memilih untuk menerukan perjuangan ayahnya dalam mempertahankan hak, maruah diri dan keluarganya. Walau bagaimana pun, Asiah Samiah merasakan perjuangan Anas Samanda akan menemui kegagalan. Asiah Samiah juga agak kecewa dengan sikap Marga Muda, apabila Marga Muda memilih untuk menyepi diri apabila berhadapan dengan ketidakadilan dan kezaliman Misa Sagaraga. Asiah menjadi semakin tidak waras kerana tekanan hidup yang dialaminya. Peristiwa Penting Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat. Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabannya dengan Asiah Samiah. Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan keluarganya berantakan. Beliau mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunan serta nasib baik, kehebatannya kerana penampilannya yang menggunakan jenama antarabangsa. Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar setanding dengan dirinya menerusi barang-barang berjenama antarabangsa.
127 Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahu membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga. Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana berjuang mempertahankan hak dan maruah diri dan keluarganya. BABAK 8 (hlm.252-262) Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak ke atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dicuri / dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh Misa Sagaraga. Setelah Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga, perubahan mula dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung. Segala-galanya telah dikuasai oleh Misa Sagaraga. Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga disusuli dengan satu amaran iaitu segala milik Asiah Samiah adalah milik Tuan Besar Misa Sagaraga, bergelar Tuan Malim Ditimur Malim Didarat SSB, KKK, LMN, OPQ, SJ, SSS, Tuan Segala Tuan. Asiah Samiah menjadi tertekan setelah cintanya terhalang dan berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Lebih-lebih lagi terpaksa menghadapi malam pertama dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berhadapan dengan Misa Sagaraga, namun Asiah Samiah masih ingatkan agama, ingat pesan Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak, dan pesan Marga. Asiah Samiah juga ada mempunyai niat untuk membunuh Misa Sagaraga, tetapi oleh kerana beliau bimbang akan keselamatan ahli keluarganya, Asiah Samiah membatalkan niatnya untuk membunuh Misa Sagaraga. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya. Asiah menjadi semakin tertekan sehingga menjadi kurang waras Peristiwa Penting Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila Misa Sagaraga masuk dengan pengaruh, kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segala-galanya. Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran jika sesiapa cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum. Asiah Samiah berdepan dengan pergolakkan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kehidupan dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga hendak membunuh Misa Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan dia tidak jadi untuk membunuh Misa Sagaraga. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa sagaraga kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.
128 BABAK 9 (262 - 268 ) Marga Tua bermonolog tentang Laila Anurisah, anak yang lahir dari perkahwinan yang tidak menggembirakan sesiapa. Asiah Samiah tidak mempedulikan anaknya dan meninggalkan anaknya. Asiah Samiah dah gila, lalu menghilangkan diri. Misa Sagaraga tidak dapat memaafkan Asiah Samiah kerana meninggalkannya selepas melahirkan Laila Anurisah. Nasib malang menimpa Laila Anurisah apabila Misa Sagaraga menghalaunya dari rumah, kerana anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang sudah gila. Misa Sagaraga malu dan membenci Laila Anursiah. Laila Anurisah telah dijaga oleh Marga Tua. Marga Tua mengheret anak itu ke sana ke mari mencari ibunya. Marga Tua mendengar khabar, Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman; menyanyi, bergurindam, berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju. Dalam pencarian tersebut, Marga Tua juga mendengar khabar bahawa Anas Samanda terus menjadi pejuang yang hebat dalam memperjuangkan fahaman dan ideologinya. Dalam satu pertemuan dengan Anas Samanda, Marga Tua hampir tidak mengenalinya. Wajahnya cengkung, berjambang, dan pakiannya kumal, tetapi semangatnya masih kental. Anas Samanda dalam pelarian menyembunyikan diri dari kuasa yang mahu menundukkannya. Dia diburu bagai anjing dan dianggap musuh kerana menentang Misa Sagraga. Dalam pertemuan yang singkat dan tidak disangka-sangka itu, Anas Samanda memberitahu kepada Marga Tua bahawa dia tidak terkilan dengan apa yang berlaku kepada Asiah Samiah, dan Asiah Samiah bukan jodohnya. Anas Samanda juga memberitahu kepada Marga Tua bahawa dia mahukan keadilan ditegakkan, suara orang kecil-kecil dihargai, kebenaran menjadi teras, dan kemuliaan akhlak menjadi pegangan. Marga Tua menganggap Anas Samanda seorang idealis; Dalam pertemuan itu, Anas Samanda Muda meminta Marga Muda membawa pergi Laila Anurisah darinya. Anas Samanda juga meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah, kerana dia percaya Marga Muda boleh menjadi pengasuh yang baik. Anas Samanda telah berjuang habis-habisan dan Anas dipukul sehingga mati oleh pengikut Misa Sagaraga. Marga turut ditangkap dan dipenjarakan kerana dikatakan bersubahat dengan Anas Samanda. Laila diambil semula oleh Misa, ayahnya. Peristiwa Penting Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak siuman dan Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Laila telah diusir dan Marga telah mengambil dan memelihara anak itu. Anas Samanda yang lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul dengan semangat perjuangannya yang ingin menegakkan ketidakadilan. Perjuangan beliau adalah melampaui tentangannya keatas Misa Sagaraga iaitu memerangi sistem, nilai dan minda. Bagi Anas, masalah Asiah dan Laila Anurisa adalah masalah kecil. Perjuangannya lebih besar daripada itu. Marga tidak mampu mempertahankan Laila, akhirnya Laila Anurisah disiksa dan hilang entah kemana dan. Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari rumahnya kerana anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang sudah gila. Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu dihalau dari rumah oleh Misa Sagaraga. Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam, berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju. Anas Samanda telah berjuang dengan menentang Misa Sagaraga untuk mendapatkan haknya. Anas Samanda membenci Misa Sagaraga yang telah merosakkan hidup Asiah Samiah.
129 Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah. Anas Samanda telah dibelasah oleh orang- orang atau pengikut Misa Sagaraga semasa memberi ucapan malah Marga Muda juga turut dibelasah apabila dia cuba untuk membantu Anas Samanda. Misa Sagaraga telah merampas semula Laila Anurisah dari tangan Marga Muda. BABAK 10 (HLM.268-275) Anas Samanda telah mati dalam perjuangan. Satu perarakan besar mengiringi mayat Anas Samanda. Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu, dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang yang membawanya. Pembantu Misa Sagaraga mengatakan bahawa itu adalah satu peringatan kepada semua. Marga pula terpenjara kerana hadir dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Anas Samanda. Walaupun beliau hadir untuk menunjukkan Laila Anurisah kepada Anas namun beliau dianggap bersimpati dan menyokong perjuangan Anas Samanda. Kematian Anas Samanda membangkitkan kesedaran luar biasa; Setelah lima belas tahun berlalu, Marga Tua masih lagi berada di bangku itu saban senja. Marga Tua mahu melupakan segala-galanya. Mengikut Marga Tua, temanteman seperjuangan Anas sekarang menikmati hasil dari perjuangan Anas. Nasib Marga pula terus dihambat dan dibelenggu dengan igauan tentang Asiah Samiah. Asiah Samiah muncul kembali dalam ingatannya. Asiah Samiah seolah-olah hadir dan menggangu hidup Marga Tua sepanjang masa. Drama ini diakhiri dengan kemunculan semula anak Asiah Samiah iaitu Laila Anurisa yang sudah remaja. Laila yang disangkakan sudah mati di tangan ayahnya (Misa Sigaraga), sebenarnya masih hidup kerana diselamatkan oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Laila telah diselamatkan dan dibawa lari ke luar negara. Laila Anusiah, seorang gadis berusia dalam lingkungan 24 tahun, bertudung kemas dan sangat jelita, memberi salam kepada Marga Tua. Dalam pertemuan itu, Laila Anusiah menjelaskan bahawa Siti Bunirah selalu bercerita tentang Pak Marga kepadanya. Laila Anursiah juga memberitahu kepada Marga Tua, dia teringat masa kecil, Marga Tua selalu membawanya ke situ. Dan Laila Anursiah menyatakan bahawa tempat itu seperti juga keadaannya 15 tahun yang lalu. Akhirnya Laila Anursiah menanyakan emaknya kepada Marga Tua. Laila Anurisah terkejut apabila diberitahu oleh Marga Tua yang ibunya telah meninggal dunia. Laila Anursiah menangis lantas memeluk Marga Tua. Laila Anursiah mengucapkan terima kasih kepada Marga TuaLaila telah bertemu Marga tua dan mengucapkan terima kasih kepada Marga kerana telah menjaga dirinya ketika kecil. Peristiwa Penting Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang yang membawanya dengan membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar. Marga Tua dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas Samanda untuk bertemu dengan Laila Anurisah. Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah dengan diterangi cahaya bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia merasa Anas Samanda sentiasa berada di sisinya. Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya tentang ibunya, Asiah Samiah. Laila Anurisah terkejut kerana diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah meninggal dunia.
130 PEN ENA AN / EKSPOSISI PE KEMBAN AN / SUSPEN / KON IK PE E AIAN PLOT Plot ialah jalinan cerita. Plot drama Asiah Samiah merupakan plot kompleks dan disusun secara tidak kronologi. Pengenalan / Eksposisi Pengarang memperkenalkan watak-watak penting iaitu watak Asiah Samiah waktu tua dan masa remajanya, termasuk kedua-dua orang tuanya iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Watak Marga Tua, Anas Samanda dan Misa Sagaraga turut diperkenalkan dalam bahagian ini sebagai watak penting.
131 Perkembangan cerita Konflik Yang Berlaku 1. Hubungan Asiah Samiah dan Anas Samanda tidak dipersetujui oleh orang tua Asiah Samiah. 2. Konflik antara Anas Samanda dan Misa Sagaraga. Misa Sagaraga telah menghalau ayah Anas Samanda kerana tidak setuju dengan perjuangan ayah Anas Samanda. 3. Konflik cinta tiga segi. Marga Muda [Marga Tua] menaruh hati pada Asiah Samiah tetaki Asiah Saiah mencintai Anas Samanda 4. Konflik Asiah Samiah dengankedua-dua ibu bapanya yang lebih mementingkan kebendaan apabila merekamenolak Anas Samanda dan memilih Misa Sagaraga. Klimaks / Puncak Cerita 1. Perkahwinan secara paksa diantara Asiah Samiah dan Misa Sagaraga telah menyebabkan Asiah Samiah menderita dan mengalami pergolakan jiwa. Tambahan pula Misa Sagaraga tidak benar-benar mencintai beliau. Misa Sagaraga hendak memiliki perempuan yang cantik cuma untuk menunjukkan kekuasaan dan kekayaannya. Selepas habis manis sepah dibuang dan beliau akan mencari lain untuk dijadikan mangsanya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri dan melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga bagi melupakan segala keperitan hidup. Peleraian cerita 1. Asiah Samiah hidup dalam pelarian. Beliau menjadi tidak siuman selepas melahirkan anak kerana keperitaan kesengsaraan/ tekanan yang dialaminya. Anaknya dipelihara oleh Marga Tua. Anas Samanda ditangkap dan dibunuh, mayatnya diarak secara besar-besaran bagi menggambarkan tewasnya pejuang yang menentang ketidakadilan. Setelah anak Asiah Samiah berusia 15 tahun di bawah peliharaan Marga Tua mencari ibunya. Namun tidak sempat menemui ibunya kerana Asiah Samiah telah meninggal dunia. GALURKAN PERISTIWA 1 Hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda mendapat tentangan daripada ibu bapa Asiah Samiah kerana mereka berdua tidak setaraf. 2 Misa Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah berkenan melihat kecantikan Asiah Samiah. 3 Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah menerima lamaran Misa Sagaraga biarpun Asiah Samiah sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada pada Misa Sagaraga. 4 Asiah Samiah meminta bantuan Sari Saribiru untuk berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalahnya tetapi ditolak kerana takut dengan tindakan yang akan diambil oleh Tuan Setiawan Tanjung. 5 Anas Samanda pula telah meninggalkan Asiah Samiah sewaktu dia memerlukannya kerana menyertai gerakan perjuangan mempertahan hak.
132 6 Asiah Samiah juga turut meminta bantuan Marga Muda bagi membantunya mencari jalan penyelesaian tetapi Marga Muda tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut dengan pengaruh dan kuasa yang dimiliki oleh Misa Sagaraga. 7 Asiah Samiah dan Misa Sagaraga telah berkahwin walaupun tanpa kerelaanya dan dia telah iperlakukkan dengan ganas dan kejam pada malam pertama perkahwinannya. 8 Asiah Samiah berasa tertekan dengan apa yang terjadi, menyebabkan dia terlintas untuk membunuh diri tetapi dia masih percayakan agama. 10 Asiah Samiah juga mahu membunuh Misa Sagaraga tetapi hasratnya tidak diteruskan kerana bimbang keselamatan anggota keluarganya. 11 Asiah Samiah akhirnya memberanikan diri dan bertindak lari dari rumah Misa Sagaraga pada malam itu juga. 12 Selepas 12 hari melahirkan Laila Anurisah yang tidak dapat diterimanya Asiah Samiah seperti orang hilang ingatan, ketawa, berteriak dan menyanyi.
133 TEMA Bertemakan Ketidakadilan Sosial Yang Berlaku Dalam Masyarakat iaitu cinta yang terhalang kerana perbezaan kufu dan kehidupan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan kekayaan wang ringgit serta golongan yang ditindas iaitu golongan bawahan yang miskin. Ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat zaman dahuluContoh Asiah Samiah mencintai Anas Samanda, namun cintanya dihalang oleh kedua ibubapnya kerana Anas Samanda miskin dan tidak setaraf. Anas Samanda walaupun berjuang untuk menegakkan keadilan dan mempertahankan hak akhirnya beliau ditangkap dan dibunuh. Kemudian mayatnya telah diarak dan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar. Beliau dianggap pemberontak, pengkhianat dan perjuang beliau tidak dihargai oleh masyarakat. Kematian Anas Samanda dianggap musuh rakyat dan anasir subversir, pengacau keamanan. WATAK
134 1. ASIAH SAMIAH Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Perempuan yang kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas Samanda, namun cintanya tidak kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana menunaikan permintaan ibubapanya. Asiah Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga. Mempunyai anak bernama Laila Anurisah namun tidak mampu membesarkan anaknya lantaran menghadapi masalah mental. Ringkasan watak Asiah Samiah - puteri tunggal Tuan Setiawan Tanjung & Puan Suari Alimin - cantik/ sangat jelita-menjadi igauan seperti jejaka - digilai Marga - bercinta dengan Anas Samanda - kahwin secara paksa dengan Misa Sagaraga - diperkosa suaminya sendiri ketika mabuk - melahirkan anak- Laila Anurisah - menghadapi tekanan perasaan –gila (15 tahun) - meninggal Perwatakan - Bijak/Cerdik -hatinya terang, cepat belajar, berilmu, pengetahuan luas - Sasterawan / Pandai berbahasa -meminati sastera-menghafal/bijak bersyair, ingat semua cerita daripada Marga - Berbudi bahasa, hormat kepada orang tua-menurut nasihat orang tuanya walaupun tidak bersetuju berkahwin - Tidak rasional dalam membuat keputusan ketika tertekan/ gila/ hendak membuang anak/ hendak membunuh diri - Setia - Kurang waras / Gila CONTOH MENJAWAB PERWATAKAN ASIAH SAMIAH Asiah Samiah seorang yang ceria dan periang (fakta perwatakan) Asiah Samiah berubah daripada bersikap ceria kepada murung. (fakta perubahan yang berlaku selepas kahwin) Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang ceria. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan mendapat pendidikan yang sempurna daripada Tuan Setiawan Tanjung bapanya dan Puan Suari Alimin ibunnya. Contohnya Asiah Samiah ceria bermain dan bergurau senda dengan pengasuhnya Pak Leh Lak Lak dan Siti Bunirah. Semua penduduk kampong menyayanginya dan menyikainya termasuk Marga Muda. Namun, keadaan ini telah berubah selepas diri Asiah Samiah dikahwini Misa Sagaraga. Asiah Samiah menjadi murung. Ini disebabkan dirinya dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Contohnya Asiah Samiah bersedih dan menangis bersendirian dalam majlis perkahwinannya.
135 Asiah Samiah berfikiran waras, cerdik dan terang untuk menerima ilmu. (fakta perwatakan) Asiah Samiah berubah daripada berfikiran waras kepada bercelaru/ separuh gila. (fakta perubahan yang berlaku selepas kahwin) Hati yang terang bermaksud seseorang itu mudah untuk belajar, mengingati dan menghafal sesuatu ilmu terutama ilmu agama. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang berfikiran waras dan berilmu. Asiah juga bijak dan meminati sastera Ini disebabkan Asiah Samiah menerima pendidikan dan tunjuk ajar yang baik daripada Marga sebagai gurunya. Contonya Marga sendiri mengakui Asiah Samiah seorang gadis yang cerdik dan waras semasa mengajarnya. Marga Tua mengagumi Asiah Samiah kerana hatinya terang kerana mudah belajar Al Quran (halaman 201). Keadaan ini telah berubah selepas Asiah Samiah dikahwini Misa Sagaraga. Fikiran Asiah Samiah menjadi bercelaru dan akhirnya separuh gila. Ini kerana tekanan perasaan yang dialaminya akibat perkahwinan yang tidak dapat diterimanya. Contonhnya Asiah Samiah berfikiran celaru dan bertindak meracau dan hilang kewarasan. Beliau juga bertindak meniggalkan anaknya di semak dan kemudian mencarinya semula, Asiah Samiah taat kepada orang tua. (fakta perwatakan) Asiah Samiah berubah daripada bersifat taat kepada memberontak. (fakta perubahan yang berlaku selepas kahwin) Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang taat dan patuh kepada perintah kedua orang tuanya. Asiah tidak pernah membantah. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan ditatang oleh pengasuhnya suapaya menghormati dan taat kedua ibu bapanya. Contohnya Asiah Samiah tidak pernah melawan arahan dan cakap ayahnya Tuan Setiawan Tanjung dan ibunya Puan Suari Alimin. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah kehadiran Misa Sagaraga dalam hidupnya. Sikap Asiah Samiah menjadi memberontak dan melawan cakap ibu dan ayahnya. Contonya Asiah Samiah membantah dan melawan cadangan Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Sauri Alimin menjodohkanya dengan Anas Samanda. Beliau berani bersuara menyatakan cintanya. Asiah Samiah seorang yang cantik. (fakta perwatakan) Asiah Samiah berubah daripada berwajah cantik kepada tidak terurus . (fakta perubahan yang berlaku selepas kahwin) Kecantikan seseorang perempuan pasti akan menjadi idaman dan igauan lelaki sama ada yang masih bujang ataupun yang sudah berkahwin. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Saraga merupakan gadis yang berwajah cantik dan menawan sekali. Ini kerana Asiah Samiah dianugerahkan Allah wajah yang cantik dan menawan seperti yang dinyatakan oleh Marga dalam drama ini. Marga Tua menceritakan bahawa kecantikan Asiah samiah standing dengan Puteri Gunung Ledang atau Charlitz Theron. (halaman 200). Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga. Wajah Asiah Samiah tidak lagi terjaga dan terurus. Ini kerana Asiah Samiah tertekan dan mengalami konflik jiwa yang amat hebat, sehinggakan Asiah Samiah tidak dapat mengurus dirinya dengan baik. Contoh wajah Asiah menjadi tidak terurus selama 15 tahun kerana Asiah Samiah akan menyanyi, menangis, merauang-rauang meratap hidup dan memanggil kekasihnya Anas Samanda tanpa menghiraukan dirinya. Asiah Samiah seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa. (fakta perwatakan) Asiah Samiah berubah daripada gadis sopan kepada kasar. (fakta perubahan yang berlaku selepas kahwin) Kualiti keperibadian yang mulia ini sangat penting bagi seseorang gadis terutama yang terdidik dengan didikan dan asuhan yang baik daripada keluarganya. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang sopan dan berlemah lembut. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan didik dengan baik dan ditatang oleh kedua ibu bapanya iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin serta pengasuhnya Siti Bunirah. Marga Tua menceritakan bahawa keperibadian mulia ini sebenarnya jarang ada pada anak-anak yang dibesarkan dalam kalangan keluarga yang mewah (hlm 200). Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga, Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam bertindak dan tutur katanya. Ini kerana
136 tekanan perasaan konflik jiwa yang dialami Asiah Samiah menyebabkan Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam tutur katanya. Kekasih/mencintai Anas samanda Seorang yang tidak sombong Ibu kepada Laila Anurisah Isteri kepada Misa Sagaraga SEBAB ASIAH SAMIAH MENJADI GILA. Menghadapi tekanan akibat cinta terhalang Bercinta dengan Anas Samanda tetapi Anas Samanda tidak memperjuangkan cintanya melainkan perjuangannya sendiri Tekanan dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya – Misa Sagaraga menjaga hati org tuanya/ tidak mampu melawan kehendak ibu bapanya yang lebih mementingkan kekayaan digauli suaminya tanpa kerelaannya ketika mabuk – rasa jijik & benci kepada dirinya sendiri tidak dapat menerima kehadiran anaknya-Laila Anurisah. (mengingatkannya kepada Misa Sagaraga & dirinya sendiri, sedangkan impiannya ingin mempunyai anak bersama Anas Samanda) UJIAN-UJIAN YANG DIHADAPI OLEH ASIAH SAMIAH DALAM HIDUPNYA. Ujian dalam percintaan. Percintaan Asiah Samiah dengan Anas Samanda tidak direstui oleh ibu bapanya kerana perbezaan taraf. Ujian makin besar berlaku kerana Anas Samanda tidak memperjuangkan cinta mereka kerana Anas Samanda lebih mementingkan perjuangannya menuntut hak ke atas tanah-tanah mereka. Ujian dalam menentukan masa depan. Asiah Samiah tidak dapat menentukan masa depannya sendiri terutama dalam pemilihan jodoh. Dia terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya iaitu Misa Sagaraga yang kaya dan berpangkat.Ibu bapanya mahu dia hidup senang dan bahagia dengan pilihan mereka. Ujian dalam perkahwinan. Berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya telah menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga mereka. Sikap Misa Sagara yang kejam terhadap Asiah Samiah menyebabkan dia menghadapi konflik jiwa yang teruk. Ujian ketika ditimpa musibah. Disebabkan kecewa dalam percintaan, rumah tangga dan kehidupannya, Asiah Samiah tidak mampu menghadapi tekanan sehingga menyebabkan beliau menjadi gila dan cuba untuk membunuh dirinya. Ujian dalam menghadapi hubungan dengan ibu bapa Ujian dalam meniti usia remaja
137 SIKAP NEGATIF ASIAH SAMIAH DALAM MENGHADAPI UJIAN-UJIAN YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN ASIAH SAMIAH Seorang yang mudah bertindak mengikut perasaan. Apabila menghadapi tekanan dalam rumah tangganya, Asiah Samiah mengugut orang gajinya Sari Saribiru hendak terjun dari Bukit Gondol jika Sari Saribiru tidak mahu membantunya. Beliau telalu mengikut perasaannya kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang kejam itu. Seorang yang cepat berputus asa. Asiah Samiah menjadi gila akhirnya kerana sikapnya yang mudah berputus asa. Selain mengalami tekanan dalam rumah tangganya , Asiah Samiah juga mengalami tekanan kerana tidak kesampaian dalam percintaannya bersama Anas Samanda. Beliau juga telah dipaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga yang pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Sepatutnya Asiah Samiah berjuang mencari cintanya bukan hanya termenung di luar rumah dan mengalami pergolakan jiwa dan akhirnya menjadi gila Sikapnya yang tidak redha dengan perkara yang telah berlaku. Pada malam pekahwinannya Asiah Samiah menangis dan terus menangis kerana mengenangkan nasibnya yang terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga. Beliau seolah olah tidak redha akan perkara yang telah berlaku kepadanya walaupun dia sudah pun berkahwin Seorang yang tidak waras. Tindak tanduk Asiah Samiah kadang kala telah menonjolkan dirinya yang tidak waras. Hal ini berlaku disebabkan Asiah Samiah mengalami tekanan dengan kehidupannya yang tidak bahagia dan percintaannya yang tidak kesampaian. Selama 15 tahun Asiah Samiah akan menyanyi, menangis, merauang-rauang meratap hidup dan memanggil kekasihnya Anas Samanda Sikap suka mempercayai bomoh. Mempercayai bomoh yang dikaitkan dengan mahluk halus kadang kala boleh memesongkan akidah. Asiah Samiah meminta pertolongan kepada Sari Saribiru yang dikatakan pandai dalam bidang perbomohan untuk membantunya dalam masalah rumah tangganya. Permintaannya ditolah oleh Sari Saribiru kerana dia belum betul-betul dapat menguasai ilmu perbomohan. Mudah mengalami tekanan perasaan / gila. Sifat ini akan menjadikan diri tidak terkawal sehingga membebankan orang lain. Fikiran yang kecelaruan serta berserabut boleh menyebabkan orang tersebut menjadi gila dan meracau. Jika tidak dibekalkan iman yang teguh, sifat ini tidak akan terjadi. Contoh 1 : Asiah Samiah tidak dapat mengawal perasaan kerana perbuatan Misa Sagaraga terhadap setelah berkahwin dengannya sehingga jiwa bergelora. (halaman 260). Contoh 2 : Asiah Samiah sering menyanyikan sebuah lagu dan menjerit sehingga menggangu Marga dan kadangkala Asiah Samiah menganggap Marga sebagai Anas Samanda. (halaman 191). Tidak redha. Tidak mengakui apa yang berlaku pada dirinya walaupun telah ditetapkan oleh takdir tuhan dan ditentukan sudah nasib, jodoh, rezeki dan segala yang berlaku di bawah kekuasaan Tuhan. Jika tiada sifat ini manusia akan menjadi lupa diri dan mungkin menjadi tidak waras. Contohnya Asiah Samiah tidak redha apabila beliau dipaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga dan menangis pada malam pertama perkahwinan sehingga ingin membunuh diri. (halaman 261). Kesetiaan yang melampau. Perasaan ini boleh menjadikan seseorang itu tidak waras kerana mementingkan kesetiaannya berbanding kehidupannya sendiri sehingga ada yang meninggalkan tanggungjawab ataupun menjadi tidak siuman. Jika tidak dibendung akan membunuh perasaan dan tiada nilai kasih sayang. Contohnya Asiah Samiah begitu setia kepada Anas Samanda dan selalu memikirkannya sehingga menjadi gila dan selalu menyebut nama walaupun setelah berkahwin. Ini telah menyebabkan dirinya terabaikan sehingga menjadi gila (halaman 260)
138 Mengabaikan tanggungjawab. Tidak mempedulikan tugas dan amanah yang diberikan seperti harta, kerja, anak serta diri sendiri sehingga terabai dan menyebabkan diri sendiri bermasalah unuk menguruskan. Sikap ini akan memusnahkan sesebuah hubungan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Contoh Asiah Samiah telah membuang anaknya yang dilahirkan hasil perkahwinan dengan Misa Sagaraga dan amat dibencinya. (Halaman 261-262) Bertindak terburu-buru/tidak berfikir panjang. Sifat ini boleh mengundang kepada gejala yang lebih serius terutama dalam menentukan hal atau tujuan dalam kehidupan. Sebarang keputusan yang diambil hendaklah difikir terlebih dahulu jika tidak membawa kepada kejadian atau perkara yang buruk dan memusnahkan diri sendiri. Contoh Asiah Samiah semasa meminta bantuan Sari Saribiru, dia menggugut hendak terjun dari Bukit Gondol jika tidak dibantu untuk menyelesaikan masalah tentang perkahwinannya dengan Misa Sagaraga. (halaman 218) Contoh Asiah Samiah melarikan diri pada malam perkahwinannya sepuas hatinya tanpa memikirkan dirinya sendiri. (halaman 261) Kurang didikan agama. Individu yang kurang menerima dirikan agama sering melakukan perkaraperkara yang negatif dan melanggar perintah dari tuhan seperti ingin membunuh diri, tidak menerima takdir yang ditetapkan dan menjadi gila. Sekiranya didikan agama cukup sudah pasti gejala ini dapat dibendung. Dalam agama melarang perbuatan ini. Contoh sebagai seorang wanita Asiah Samiah mesti menerima takdir seperti jodohnya dengan Misa Sagaraga dan menjaga Laila Anurish dengan baik. Malahan tidak ada niatnya untuk membunuh diri seperti dalam cerita ini. Mudah kecewa. Perasaan kecewa hendak dibuang dalam diri kerana boleh memusnahkan perasaan malahan boleh menjadikan seseorang itu kejiwaan dan menjadi gila. Contohnya Asiah Samiah kecewa dengan ibubapa yang tidak menerima pilihan hatinya iaitu Anas Samanda kerana kemiskinan sebaliknya mereka menerima Misa Sagaraga yang kaya dan berpengaruh. Kekecewaan Asiah Samiah menyebabkan hidupnya merana. (halaman 233 -234). 2. ANAS SAMANDA Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung memperjuangkan hak diri dan keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya beliau mati dalam hukuman. Prinsip Hidup Anas Samanda Dalam Petikan Di Atas Berani mempertahankan hak. Anas Samanda berpegang kepada pegangan hidup iaitu berani mempertahankan hak tanah keluarganya daripada dirampas Misa Sagaraga. Walaupun dia terpaksa menjadi pelarian diburu oleh pihak kerajaan. Memperjuangkan harga diri (maruah). Anas Samanda berpendapat maruah dan harga dirinya perlu dipertahankan kerana keangkuhan dan kerakusan Misa Sagaraga ingin menghalaunya dari rumah yang didiaminya sejak 50 tahun yang lalu. Mempertahankan maruah keluarga. Anas Samanda sanggup berjuang untuk menjaga maruah keluarganya daripada diperkotak-katik oleh Misa Sagaraga yang akan menghalau keluarga dari tanah pusaka miliknya selama ini. Sanggup mati demi perjuangan. Anas Samanda berkorban ke titisan darah yang terakhir demi perjuangan menyelamatkan diri dan keluarganya. Terbukti akhirnya dia terbunuh dalam perjuangannya.
139 Persamaan Perwatakan Marga Muda Dengan Anas Samanda Persamaan dari segi hubungan perasaan terhadap Asiah Samiah. Marga Muda menaruh perasaan cinta dan sayang kepada Asiah Samiah lantaran kecantikan dan sopan santunnya tapi perasaan disimpan dalam hati sahaja. Begitu juga Anas Samanda begitu mencintai Asiah Samiah sehinggakan menjadikan Asiah Samiah sebagai kekasihnya. Persamaan dari segi tanggungjawab terhadap keluarga. Marga Muda begitu bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan mengambilalih tugas menjaga adik-adiknya, selepas ayahnya ditangkap dan dipenjarakan serta ibunya melarikan diri daripada keluarga. Begitu juga Anas Samanda bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan berjuang berhabis-habisan mempertahankan tanah milik keluarganya sejak 50 tahun yang lalu. Persamaan dari segi kesan kezaliman golongan kaya. Marga Muda berasal daripada keluarga biasa ditindas oleh Misa Sagaraga, di mana ayah Marga Muda di penjara kerana berjuang menuntut tanah yang bukan miliknya. Begitu juga dengan Anas Samanda yang juga ditindas dengan zalim oleh Misa Sagaraga yang merampas rumah dan tanah miliknya. Perbezaan dari segi pemikiran/falsafah hidup. Marga Muda memegang kepada falsafah hidup realis. Iaitu memahami kenyataan realiti sebenar hidup iaitu orang miskin tidak berupaya mengatasi orang kaya. Lalu Marga mengingatkan Anas Samanda yang perjuangannya sia-sia kerana Anas Samanda tidak akan mampu menentang Misa Sagaraga yang memiliki segalanya. Ini berbeza dengan falsafah hidup idealis/romantis iaitu tegas dan radikal berjuang mempertahankan haknya kerana dia yakin dapat mengubahnya. Perbezaan dari segi sikap/tindakan. Marga Muda dianggap bersikap pesimis dan tidak berani berjuang dan merelakan kezaliman berlaku kerana takut peristiwa yang terjadi kepada ayahnya akan berulang kembali. Ini berbeza dengan sikap Anas Samanda yang berani dan sanggup berkorban apa saja berdepan dengan Misa Sagaraga yang memiliki pengaruh dan kuasa. Perbezaan dari segi status diri. Marga Muda dituduh sebagai anak penjenayah. Ini kerana ayahnya dianggap penjenayah kerana menuntut hak milik tanah yang bukan hak miliknya telah ditangkap dan dipenjarakan. Ini berbeza dengan Anas Samanda yang dianggap musuh negara kerana berjuang secara gerila untuk menuntut haknya. Perjuangan Anas Samanda boleh mengancam keselamatan negara. 3. MARGA Seorang yang sudah tua dan sedang mengingat kisah lampau kehidupannya. Menjaga Asiah Samiah ketika kecil. Perwatakan Marga Muda berdasarkan petikan di atas ialah :- Seorang yang berfikiran matang. Marga Muda mampu mengharungi liku-liku kehidupan kerana berfikiran matang dalam menilai sesuatu perkara yang baik dan buruk. Niat Anas Samanda menentang ketidakadilan dihalang oleh Marga kerana Marga tahu keperitan perjalanan menentang Misa berdasarkan pengalaman yang beliau tempuhi bersama bapanya. Bapanya dipenjara dan keluarganya hidup dalam kemiskinan dan menderita. Beliau juga tahu kesukaran yang bakal dialami oleh Anas kerana Misa Sagaraga mempunyai pengaruh kuasa dan wang ringgit. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Memiliki ilmu menjadikan seseorang itu mampu berfikir sebelum bertindak.Marga mengetahui risiko di atas tindakan yang diambil. Contoh Marga menjadi munsyi kepada Asiah Samiah dan selalu menceritakan tentang pelbagai cerita yang berlaku dipelusok dunia termasuk China dan India. Beliau juga mengajar bahasa dan sastera kepada Asiah. Misa juga sering menasihati Anas Samanda untuk berfikir tentang masa depannya.
140 Memiliki sifat setia kawan dan prihatin terhadap sahabatnya. Budaya melayu perpegang teguh kepada sikap saling tolong menolong dan bantu membantu terutama golongan yang rapat kepada kita seperti keluarga dan sahabat. Marga muda ingin membantu sahabat baiknya iaitu Asiah Samiah dan Anas Samanda agar tidak menderita dan ditimpa masalah. Contoh Marga muda menasihati Anas supaya berjuang mengikut jalan yang betul kerana Misa merupakan seorang yang berpengauruh dan sanggup melakukan apa saja. Marga juga membantu Asiah dengan menjaganya ketika beliau kurang waras dan menjaga anak Asiah iaitu Laila Anurisa. Hidup miskin. Marga dan bapanya hidup miskin dan berjuang untuk mendapatkan hak. Keluarga dihina/siksa. Keluarganya telah dihina dan disiksa kerana miskin. Adiknya mencuri kerana lapar dan disiksa oleh jiran. Ayah dipenjara. Ayah Marga dipenjara kerana berjuang menuntut hak ke atas tanah yang didudukinya. Marga tersiksa kerana menderita kehilangan ayah dan terpaksa menjaga adik-adiknya. Diri sendiri dipenjara. Dipenjara kerana telah ditangkap ketika ingin menyerahkan Laila Anurisah yang kebetulan ada masa tersebut ada perhimpunan haram oleh Anas Samanda. Marga dituduh menyertai perhimpunan itu dan dipenjara. Terpaksa menjaga Laila Anurisah semasa kecil. Apabila Asiah tidak siuman dan membuang bayinya, Marga telah menjaga anak Asiah, iaitu sahabat baiknya hingga besar. Menghadapi kegilaan/ melayani kegilaan Asiah Samiah. Sejak Asiah tidak siuman, Marga telah menjadi insan yang sentiasa melayani kehidupan Asiah yang tidak waras. Cinta tidak berbalas. Marga ada rasa cinta terhadap Asiah tetapi tidak berbalas. Asiah anggap Marga seperti abang sahaja Dituduh pengecut/penakut. Anas Samanda menuduhnya pengecut/penakut kerana tidak mahu menyertai perjuangan Anas. 4. MISA SAGARAGA. Seorang yang kaya raya. Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak bernama Laila Anurisah. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah lari daripada cengkaman Misa Sagaraga. Digambarkan sebagai seorang yang zalim dan menindas. Cuba memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh. Malah dia cuba merampas hak orang lain dengan kuasa yang ada atas nama pembangunan. Mempunyai kuasa besar keatas penduduk negara. Kekayaan telah menyebabkan Misa Sagaraga lupa diri. Beliau menganggap bakal isterinya (Asiah Samiah) seorang yang kolot dan perlu diubah penampilannya. Beliau sangat mementingkan barang-barang berjenama dari luar negeri kerana beliau mapu memilikinya Watak Misa mewakili permikiran / gambaran masyarakat yang negatif. Namun ada juga pemikiran dan gambaran masyarakat yang positif
141 PERSOALAN DRAMA ASIAH SAMIAH Darjat dan pangkat / Persoalan perbezaan darjat. Perbezaan kedudukan antara miskin dan kaya menyebabkan berlakunya kegagalan dalam percintaan. Anas Samanda yang merupakan anak petani dan hidup miskin tidak diterima oleh keluarga Asiah Samiah kerana perbezaan darjat antara mereka berdua. Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah dan boleh memeberi kesenangan kepada anaknya. Orang kaya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka. Pemikiran tentang cinta yang terhalang akibat dua darjat dan pangkat. Dalam masyarakat Melayu wujud segolongan masyrakat yang berfikiran mementingkan darjat dan pangkat. Ini kerana dirasakan dengan memilih dan mengutamakan darjat dan pangkat yang tinggi, berharta dan mewah akan membahagiakan rumahtangga yang dibina. Tetapi ianya boleh berlaku sebaliknya di mana pemilihan darjat dan pangkat tidak boleh menjamin kebahagian rumahtangga. Tuan Setiawan Tanjung memilih Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah kerana darjat dan pangkat tinggi dan menolak perhubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang daripada darjat yang rendah. Bagi Tuan Setiawan Tanjung golongan berdarjat sepertinya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka. Pemikiran tentang Kahwin Paksa. Dalam masyarakat Melayu terdahulu juga terdapat pemikiran jodoh anak mestilah ditentukan oleh ibubapa, pemikiran sebegini dipegang oleh golongan lama dalam masyarakat Melayu yang akan mencetuskan perkahwinan secara paksa iaitu perkahwinan tanpa kerelaan anak itu sendiri. Perkahwinan secara paksa ini akan menyebabkan kesan yang buruk dan rumahtangga berantakan. Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa kerana ianya berlaku tanpa kerelaan Asiah Samiah. Atas desakan ayahnya Tuan Setiawan Tanjung Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga yang akhirnya perkahwinan secara paksa ini tidak bahagia. Misa bertindak kejam ke atas Asiah kerana beliau hanya inginkan harta Asiah. Jika ayah Asiah mendengar permintaan anaknya nescaya Asiah akan bahagian dengan orang yang disayang. Pemikiran tentang golongan kaya dan berkuasa menindas golongan yang lemah dan miskin. Dalam masyarakat Melayu wujud pemikiran bahawa golongan masyarakat yang lemah dan miskin biasanya ditindas dan dipandang hina oleh golongan masyarakat yang kaya dan berkuasa. Ini kerana golongan masyarakat yang lemah dan miskin tidak tidak akan berjaya melawan penindasan yang dilakukan golongan masyakarat yang kaya dan berkuasa. Misa Sagaraga mewakili golongan masyarakat yang yang kaya dan berkuasa merampas harta milik Anas Samanda mewakili golongan masyarakat lemah dan miskin. Walaupun Anas Samanda memperjuangkan haknya beliau ditangkap dan akhirya mati dibunuh. Golongan kaya sepatutnya tidak bersikap angkuh dan kejam kepada golongan miskin agar dapat hidup dengan aman dan saling melengkapi. Hal ini kerana golongan miskin yang selalunya melaksanakan kerja untuk golongan kaya. Tanpa mereka maka golongan kaya tidak akan memperoleh keuntugan. Pemikiran tentang kekuasaan kerana harta dan kedudukan. Dalam masyarakat Melayu wujud pemikiran bahawa kekuasaan seseorang itu berpunca daripada harta dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakat, seseorang itu hendaklah mempunyai harta dan kemewahan yang banyak dan tiada tolok bandingnya. Misa Sagaraga untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakatnya kerana memiliki harta dan kemewahan secara paksa ataupun tidak. Diri Misa Sagaraga dipandang tinggi kerana harta dan kemewahan yang dimilikinya. Jika Misa tidak berusaha dan bijak dalam bidang perniagaan, maka sudah tentu dia akan bangkrup dan hidup miskin. Orang yang berharta akan dipandang tinggi dan orang yang miskin akan dipandang hina oleh masyarakat dahulu.
142 Pemikiran tentang cinta sejati yang berkekalan. Dalam masyarakat Melayu wujud juga pemikiran masyarakat bahawa cinta yang sejati akan berkekalan sampai bila-bila. Ini kerana cinta sejati seseorang itu berpunca daripada perasan kasih sayang yang ikhlas yang akan berkekalan walaupun diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang. Asiah sangat mencintai Anas Samanda kerana perasaan kasih sayangnya yang ikhlas terhadap Anas Samanda walaupun mendapat tentangan dan halangan daripada ayahnya Tuan Setiawan Tanjung dan Misa Sagaraga. Cinta Asiah Samiah terhadap Anas Samanda berterusan hingga ke akhir hayat. Pemikiran tentang keberanian dalam menuntut hak dan tanah warisan. Anas Samanda menuntut hak tanah warisan ayahnya. Beliau meneruskan perjuanan ayahnya. Persoalan tentang kasih sayang ibu terhadap anak. Isu kasih sayang dan hubungan kekeluargaan ditekankan dalam drama ini melalui watak utama dengan anaknya dan watak Marga Tua. Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah dipenjarakan. Persoalan Emasipasi Wanita. Kebebasan hak wanita dalam menentukan nasib terutama dalam memilih jodoh hidup sendiri serta mendapatkan hak untuk pendidikan CITRA MASYARAKAT DALAM DRAMA ASIAH SAMIAH. (Sila ambil fakta yang kuat dan mewakili watak utama dahulu seperti Asiah Samiah, Marga Muda, Misa Sagaraga dan Anas Samanda) Drama Asiah Samiah menceritakan tentang ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Antara ketidak adilan yang diketengahkan iaiah golongan kaya menindas golongan bawahan yang miskin dan masyarakat yang cintanya terhalang akibat dua darjat. Masyarakat yang kecewa kerana cinta yang tidak kesampaian. Percintaan yang gagal kerana berbeza darjat atau pangkat membawa kepada perpisahan dan kekecewaan yang melampau. Ianya akan menyebabkan seseorang itu menghadapi tekanan jiwa dan menjadi kurang waras. Sebaliknya, jika percintaan dan kasih sayang antara pasangan berjaya dipertahankan dan berakhir dengan perkahwinan sudah tentu kebahagian menanti. Asiah Samiah gagal berkahwin dengan Anas Samanda yang dicintainya kerana Anas Samanda tidak memiliki apa-apa dan miskin. Malah dia dipaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga yang kejam dan sombong. Masyarakat yang mementingkan kufu / pangkat / darjat. Masyarakat yang menganggap kebahagian boleh dicapai sekiranya mempunyai kekayaan dan pengaruh. Contohnya, ibubapa Asiah Samiah telah memilih Misa Sagaraga sebagai menantu kerana kekayaan dan pengaruh yang dimiliki oleh Misa Sagaraga dianggap faktor kebahagiaan kepada anaknya. Akibatnya Asiah Samiah menderita. Sekiranya kedua ibu bapa Asiah Samiah tidak mementingkan kebendaan, mereka akan memilih Anas Samanda. Pastinya Asiah Samiah tidak akan menderita. Masyarakat yang memperjuangkan hak. Hak seperti tanah dan rumah merupakan maruah bagi sesetengah orang. Apabila rumah dan tanah tergadai, bererti tergadai maruah mereka. Contohnya Anas Samanda yang mempertahankan rumah dan tanah sekangkang kera yang dimilikinnya daripada dibeli oleh Misa Sagaraga untuk dibuat kondominium.
143 Masyarakat yang setia dalam percintaan. Kesetiaan dalam percintaan penting bagi menjamin kebahagiaan. Kesetiaan mampu mengukuhkan sifat kasih sayang dan sifat saling percaya mempercayai. Perasaan cinta akan membuatkan seseorang sanggup menunggu biarpun tanpa jawapan yang pasti. Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas Samanda sanggup menunggunya biarpun masa telah berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian. Masyarakat yang mementingkan keuntungan / kebendaan. Terdapat orang yang sentiasa berusaha melakukan kerja yang menguntungkan walaupun kadang kala menindas orang lain. Contoh, Misa Sagaraga sanggup membeli tanah dengan harga yang rendah dan membina kondominium dengan harga yang mahal atau pun menjualnya dan membeli saham untuk mendapat keuntungan segera. Masyarakat yang patuh terhadap orang tua. Terdapat masyarakat yang patuh kepada kehendak orang tua walaupun kehendak itu bertentangan dengan keinginannya. Dalam pemilihan jodoh mereka terpaksa akur dengan pilihan ibu bapa walaupun mereka mepunyai pilihan sendiri. Contohnya Asiah Samiah terpaksa bersetuju berkahwin dengan Misa Sagaraga pilihan orang tuanya walaupun beiau meencintai Anas Samanda. Masyarakat yang bersimpati dengan kesusahan orang lain. Sesetengah orang bersimpati dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain kerana mereka fahami tentang penderitaan yang dialami. Contoh Marga Muda telah menjaga Laila Anurisah kerana bersimpati terhadapnya yang dibuang oleh Misa Sagaraga. Masyarakat yang percaya terhadap bomoh dan makhluk halus. Kepercayaan kepada unsur-unsur ghaib bagi membantu menyelesaikan masalah yang berkait dengan makhluk halus. Walaupun begitu kadang kala kepercayaan terhadap bomoh secara membuta tuli atau melampau boleh merosakkan kehidupan seseorang. Ianya mungkin boleh menyebabkan aqidah seseorang itu terpesong. Sari Saribiru percaya yang ibunya telah sakit akibat perbuatan orang dan dia juga merupakan anak buah Pawang Satam yang memiliki banyak makhluk halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk. Masyarakat yang patuh terhadap orang tua/ibu bapa. Taat dan patuh kepada orang tua merupakan adat yang dipegang teguh oleh orang Melayu dan terdapat dalam ajaran Islam. Anak-anak yang hormat dan taat kepada orang tua atau ibu bapa adalah dalam kalangan anak-anak yang soleh. Dalam hal ini, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang patuh kepada kehendak orang tua, walaupun bertentangan dengan prinsip hidup dan keinginannya. Ibu bapa zaman dahulu akan memilih jodoh untuk anak mereka dan anak-anak terpaksa akur dengan pilihan ibu bapa walaupun mereka mempunyai pilihan sendiri. Contohnya, Asiah Samiah terpaksa akur dan patuh dengan pilihan kedua ibu bapanya. Dia terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga yang menjadi pilihan ibu bapanya walaupun beliau amat mencintai Anas Samanda. Walau bagaimanapun kepatuhan Asiah Samiah ini akhirnya mengundang penderitaan yang berpanjangan kepadanya. CONTOH MENJAWAB KEPINCANGAN MASYARAKAT Sikap angkuh dan sombong segelintir masyarakat/manusia. Sikap angkuh dan sombong merupakan satu sikap yang boleh merosakkan keharmonian hidup masyarakat. Lantaran sebagai seorang anggota masyarakat , sikap angkuh seharusnya tidak bertapak dalam diri kita. Misa Sagaraga adalah seorang tokoh yang angkuh dengan kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada padanya. Dia menyatakan bahawa nama Asiah Samiah merupakan nama kampung dan perlu ditukar. Beliau juga menindas orang kampung dengan membeli atau merampas tanah orang kampung seperti tanah ayah Anas Samanda. Sikap ini membawa penderitaan kepada Marga Tua ,Asiah Samiah, dan Anas Samanda. Sikap ini jelas sekali boleh dijadikan panduan kepada saya untuk berdepan dengan anggota masyarakat.
144 Menggunakan pengaruh dan kekuasaan untuk kepentingan diri. Pengaruh dan kuasa yang kita miliki lazimnya akan mempengaruhi orang sekeliling. Pengaruh dan kuasa ini dapat membentuk institusi keluarga dan masyarakat yang harmoni, saling menyayangi, bertoleransi dan hormat akan hak orang lain. Jika kita menyalah guna pengaruh dan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, maka institusi keluarga dan masyarakat yang kita bina akan hancur dan musnah. Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan berkuasa, sebaliknya menyalah guna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan dirinya. Dengan pengaruh dan kuasa yang ada padanya hak Anas Samanda dan Asiah Samiah dinafikan. Akhirnya, Anas Samanda dan Asiah Samish memusuhi Misa Sagaraga. Sebagai anggota masyakat sikap ini akan saya jadikan panduan untuk membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, saling sayang-menyayangi- bertoleransi dan hormat akan hak orang lain. Mementingkan darjat dan keturunan. Sikap mementingkan darjah dan keturunan boleh merosakkan pemikiran masyarakat seterusnya boleh menghancurkan masyarakat itu sendiri. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Seri Alimin menolak cinta dan kasih antara Asiah Samiah dengan Anas Samanda dek kerana Anas Samanda dianggap tidak setaraf dengan mereka. Akhirnya, Asiah Samiah dikahwinkan dengan Misa Sagaraga. Perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh Asiah Samiah sendiri. Perkahwinan yang memusnahkan hidup Asiah Samiah dan Anas Samanda. Asiah Samiah akhirnya menjadi gila dan Anas Samanda meninggal dunia membawa cinta dan perjuangannya. Sejujurya sikap ini benar-benar boleh dijadikan panduan kepada saya. Mementingkan kekayaan/wang. Wang ringgit boleh membeli segala-galanya hatta maruah sekalipun. Manusia akan menjadi buta mata dan hati apabila berdepan dengan wang ringgit. Dengan wang ringgitlah Misa Sagaraga mendapat pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat. Dengan kekayaannya dia dapat memiliki Asiah Samiah, dan seterusnya memusnahkan cinta Anas Samanda dan seluruh kehidupannya. Sikap ini membawa keburukan dan kemusnahan hidup, Lantaran itu ianya boleh dijadikan panduan kepada saya. Sikap membazir/mangagung-aggungkan produk luar negara. Sikap membazir dan mangagungaggungkan produk luar negara merupakan satu sikap yang tidak bermaruah dan tiada harga diri. Misa Sagaraga misalnya, suka memakai pakaian luar negara seperti jaket Brioni, tie Steffano, kasut Bruno Magli dan lain-lain jenama dari luar negara adalah dianggap tidak mempunyai harga diri. Sikap ini harus dipinggirkan dari diri kita dan ianya akan saya jadikan panduan dalam hidup saya. Mementingkan diri sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri boleh memusnahkan hidup diri sendiri dan orang lain. Sikap Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin yang mementingkan dirinya sendiri telah memusnahkan hidup anak dan cucunya sendiri. Asiah Samiah menjadi gila dan Laila Anurisah menderita dibuang oleh Misa Sagaraga. Sikap yang ditunjukkan oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin akan saya jadikan panduan dalam hidup saya kelak. Percaya kepada bomoh. Dalam masyarakat Melayu, bomoh dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kejiwaan, penyakit, buatan orang atau sihir, sampuk dan sebagainya. Walaupun bagaimanapun, kepercayaan kepada bomoh secara membuta tuli atau melampau boleh merosakkan kehidupan seseorang. Ianya mungkin boleh menyebabkan aqidah seseorang itu terpesong. Begitu juga kepercayaan terhadap sesuatu, seperti percaya kepada orang halus, hantu, jembalang, polong, sihir dan sebagainya, boleh menyebabkan aqidah seseorang itu terpesong. Sari Saribiru memberitahu kepada Puan Suari Alimin bahawa emak sakit terkena sampuk, dan Pawang Satam yang mengubati emaknya.
145 MESEJ DALAM DRAMA Keyakinan dan semangat teras dalam meneruskan perjuangan. Seseorang yang terlibat dalam perjuangan, sama ada berjuang untuk mempertahankan agama, bangsa, negara, atau pun hak diri dan keluarga, hendaklah menanam semangat yang tinggi dan penuh dengan keyakinan. Kedua-dua aspek ini amat penting sebagai suntikan untuk menjayakan apa jua yang diperjuangkan. Hal ini boleh dilihat melalui watak Anas Samanda dalam drama ‘Asiah Samiah’. Anas Samanda tidak patah semangat dalam perjuangannya menuntut hak terhadap tanah yang didiaminya. Hal ini adalah kerana dia yakin tanah milik keluarga yang didiaminya selama 50 tahun dapat dipertahankan. Keyakinan yang tinggi dan semangat kental yang ditunjukkan oleh Anas Samanda mempertahankan haknya, menyebabkan beliau sanggup mengenepikan hal-hal lain termasuklah cintanya terhadap Asiah Samiah. Salah guna kuasa memusnah kehidupan masyarakat dan negara. Golongan yang berpengaruh, berkuasa dan mempunyai wang ringgit boleh menentukan segala-galanya dalam hidup ini. Golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit akan dilihat sebagai golongan yang hebat dan mempunyai kedudukan atau status sosial yang tinggi dalam masyarakat. Mereka juga akan melakukan apa saja demi pengaruh dan kuasa yang ada pada mereka. Manakala golongan yang tidak mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit akan dianggap golongan yang lemah dan akan sentiasa ditindas oleh golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit. Golongan ini mempunyai status yang rendah dalam kalangan masyarakat. Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan berkuasa, namun telah menyalah guna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan dirinya. Dengan pengaruh dan kuasa yang ada padanya, menyebabkan hak-hak orang lain seperti hak Anas Samanda dan Asiah Samiah dinafikan. Sikap tidak mahu mencampuri urusan orang lain menyebabkan penindasan terus berlaku. Walaupun sikap tidak mahu mencampuri usuran orang lain adalah suatu sikap yang baik, namun dalam sesetengah keadaan seseorang wajar mencampuri urusan orang lain. Sebagai seorang atau anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan berprinsip kita wajar mencampuri urusan orang lain demi kemaslahatan bersama. Sikap Marga Muda yang tidak mahu terlibat dengan sengketa antara Anas Samanda dengan Misa Sagaraga kerana tidak mahu peristiwa lama yang menghantuinya berulang lagi . Marga Muda terkenang peristiwa ayahnya yang dihalau dan dipenjarakan lantaran perjuangan ayahnya yang menuntut haknya. Akhirnya yang menjadi mangsa perjuangan ayahnya ialah dirinya serta adik-beradiknya. Wang ringgit memusnahkan nilai kemanusiaan. Wang ringgit boleh membeli segalanya-galanya hatta maruah sekalipun. Manusia akan menjadi buta mata dan hati apabila berdepan dengan wang ringgit. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin menerima peminangan Misa Sagaraga kerana kekayaannya. Maruah dan harga diri lambang jati diri. Maruah dan harga diri tidak harus dipermain dan dipekotak katikkan oleh orang lain. Perjuangan untuk mempertahankan maruah dan harga diri tidak harus luntur walaupun dibayar dengan wang ringgit. Begitulah sikap perjuangan Anas Samanda, maruah dan harga diri harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun. Tanah adalah harta paling berharga. Tanah merupakan harta yang paling berharga bagi sesetengah individu, kerana tanpa tanah seseorang itu boleh merempat di laman sendiri. Ayahnya Marga Muda dan Anas Samanda berjuang untuk mempertahankan haknya ke atas tanah yang didudukinya. Perjuangan ayah Marga Muda ke atas tanah yang didudukinya selama 50 tahun menurut pengorbanan yang tidak sedikit. Ayah Marga Muda dipenjara manakala keluarganya hidup merempat. Bagi Anas Samanda pula, tanah merupakan nyawanya sekeluarga, urat andi ayahnya dan harga diri keluarganya.
146 Cendikiawan melahirkan masyarakat yang berilmu dan maju. Masyarakat yang mundur, tidak bepelajaran, tertindas, malah masyarakat yang maju sekalipun amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk membantu anggota masyarakatnya mencapai matlamat dan cita-cita yang diidamidamkan. Anas Samanda dalam petikan di atas amat kecewa dengan sikap Marga Muda, seorang cendekiawan yang berilmu tetapi memilih untuk memencil dan mendiamkan diri daripada membantunya dalam perjuangan menuntut haknya dan menentang ketidakadilan yang berlaku dalam maasyarakat. Anas Samanda kecewa dengan Marga kerana samggup memencilkan diri dan menjauhkan diri dari perjuangan walaupun Marga merupakan cendiakiawan. Keangkuhan membawa penderitaan. Keangkuhan yang ditunjukkan oleh seseorang, khususnya pemimpin boleh membawa penderitaan dan keperitan hidup kepada seseorang atau kepada orang yang dipimpin. Bagi Anas Samanda, Misa Sagaraga adalah seorang tokoh yang angkuh dengan kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada padanya. Kesannya ramai orang menderita akibat perbuatannya. Tanpa pengorbanan, perjuangan akan menemui kegagalan. Pengorbanan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan, khususnya dalam perjuangan, sama ada perjuangan menpertahankan agama, tanah air, maruah, hak dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, seseorang perlu berkorban untuk mencapai hajat atau impian dalam perjuangan yang diyakininya benar. Ayah Marga Muda sanggup mengorbankan dirinya untuk mempertahankan tanah hak miliknya sehingga beliau dipenjarakan. Marga menceritakan kisah ayahnya yang dipukul, dilanyak, dihina, dan dipenjara semata-mata kerana dia mahu mempertahankan haknya kepada Anas Samanda. Apa yang menyedihkan, ibu Marga lari dengan lelaki lain setelah ayahnya dipenjarakan. Adik-adik Marga keluar masuk dari sebuah rumah kebajikan ke rumah yang lain. Mengikut kata Marga, itulah harga perjuangan yang harus dibayar oleh ayahnya dan beliau adik-beradik. Begitu juga dengan Anas Samanda. Anas Samanda sanggup menolak cinta Asiah Samiah semata-mata untuk menjadi pejuang dan mempertahankan haknya yang dicabuli. Beliau juga sanggup mati dalam perjuangan sematamata untuk mempertahan haknya ke atas tanah yang didudukinya selama ini dari dirampas oleh Misa Sagaraga. Keimanan membentuk jati diri pejuang. Seseorang pejuang yang berjuang atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, akan mendapat perlindungan dan rahmat-Nya. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang pejuang itu berjuang atas dasar kepentingan peribadi atau ingin membalas dendam sematamata tanpa disusuli dengan keimanan kepada Allah, maka perjuangan yang didepaninya mungkin akan menjadi sia-sia. Anas Samanda menjawab pertanyaan Marga Muda dengan mengatakan bahawa dia akan merubah dunia ini dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dan dengan pengorbanan. Kelemahan membuatkan kita jadi penakut. Kurangnya keimanan, ilmu, keyakinan, dan semangat membuatkan seseorang pejuang itu lemah dan bacul. Kekurangan yang dinyatakan di atas menyebabkan mereka mudah menyerah kalah dan akan bergantung kepaada takdir semata-mata tanpa berusaha untuk memperjuangkan apa yang diyakini menjadi haknya. Hal ini boleh dilihat melalui watak Marga Muda. Marga Muda yang tidak mahu ikut serta dalam perjuangan Anas Samanda telah dianggap bacul oleh Anas Samanda. Hal ini adalah kerana Marga Muda dikatakan lemah dan tidak sanggup berjuang serta berkorban demi untuk mempertahankan haknya dari dicabuli. Kasih sayang membuatkan rasa tenang dan damai. Setiap orang memerlukan kasih sayang, sama ada daripada ibu bapa, suami atau isteri, teman, dan masyarakat. Sifat kasih sayang yang hadir dalam diri seseorang, lalu dicurahkan kepada orang lain akan menjadikan kehidupan seseorang itu penuh ketenangan dan kedamaian. Puan Suari Alimin dan Tuan Setiawan Tanjung amat sayangkan anak mereka iaitu Asiah Samiah. Selain dari itu juga, Asiah Samiah juga mendapat belaian kasih sayang dari orang di sekelilingnya. Kasih sayang yang diterima oleh Asiah Samiah dari ibu bapa dan orang di
147 sekelilingnya telah menjadikannya anak gadis yang ceria dan disenangi oleh semua orang. Begitu juga dengan Marga Muda dan Anas Samanda, amat amat kasih kepada Asiah Samiah. Ilmu pengetahuan mengangkat darjat seseorang. Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan. Dengan adanya ilmu pengetahuan, ianya dapat mengangkat martabat atau darjat seseorang ke tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, setiap orang perlu berusaha untuk memiliki atau mencari ilmu pengetahuan sama ada ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Asiah Samiah merupakan seorang anak gadis yang amat mencintai ilmu berdasarkan minatnya terhadap buku, kitab, karya sastera serta ajaran daripada gurunya iaitu Marga. Kekayaan, pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan. Perkahwinan yang hanya berlandaskan materialistik tidak menjanjikan kebahagian, Perkahwinan Asiah Samiah yang dipersetujui oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin hanya kerana Misa Sagaraga memiliki segala-galanya tetapi ditolak oleh Asiah Samiah yang tidak menilai itu semua. Ketidakadilan sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran dalam memilih pasangan hidup. Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda kerana menganggap Anas Samanda tidak setaraf dengan mereka kerana Anas Samanda hanyalah anak seorang petani yang miskin yang tidak akan membahagiakan Asiah Samiah. Menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk kebaikan mereka. Asiah Samiah biarpun tidak setuju dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi kerana menghormati dan menyayangi kedua-dua orang tuanya dia akhirnya akur dengan kehendak mereka untuk berkahwin dengan Misa Sagaraga. Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada kanak-kanak. Simpati dengan nasib yang menimpa Laila Anurisah yang dibuang oleh Misa Sagaraga kerana menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda telah mengambil Laila Anurisah dan menjaganya serta mencarikan Asiah Samiah untuknya. Hendaklah amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Marga Muda telah mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun dan dia tidak pernah merungut dan sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya malah dia juga sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh majikannya. Keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada anggota masyarakat. Anggota masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengambil perhatian terhadap apa yang berlaku, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menimpa Laila Anurisah, mereka berdua telah menjaganya kerana Asiah Samiah tidak siuman. Sikap terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah. Terburu-buru membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif, Asiah Samiah yang bertindak melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak dapat menerima apa yang berlaku ke atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan dan menyebakan dia menjadi tidak siuman. Pendidikan amat penting dalam kehidupan. Tuan Setiawan Tanjung amat mementingkan pendidikan biarpun Asiah Samiah tidak dibenarkan bergaul bebas, tetapi dia tetap memberi pendidikan yang sempurna menerusi khidmat guru yang datang mengajar di rumahnya, termasuklah Marga Muda yang dibayar sebagai munsyi. Maruah dan hak perlu dipertahankan. Gambaran tentang kedudukan seseorang atau sesebuah keluarga, Anas Samanda tetap dengan pendiriannya berjuang untuk mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya daripada Misa Sagaraga yang telah menghalau bapanya dari rumah yang telah didiaminya selama 50 tahun.
148 Perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan ayah Marga berjuang menuntut haknya menyebabakan ayahnya dianggap penjenayah sehingga ayahnya terpaksa meringkuk di penjara dan akibatnya keluarga Marga berantakan. CONTOH MENJAWAB AMANAT YANG INGIN DIPAPARKAN OLEH PENULIS DALAM DRAMA INI. Kepentingan mempunyai sikap bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu ada dalam diri setiap insan. Seseorang ibu atau bapa perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan dan masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Tanpa sikap bertanggungjawab dan lepas tangan dalam mendidik, kemungkinan besar kehidupan anak-anak akan terabai dan masa depan mereka tidak menentu. Contoh, Puan Suari alimin dan Tuan Setiawan Tanjung bertanggung jawab mengupah Marga untuk mengajar Asiah Samiah dalam bidang Bahasa. Jadi, sikap bertanggungjawab amat penting dalam memastikan didikan kepada anak-anak sempurna. Kepentingan mempunyai sifat kasih sayang. Sifat kasih sayang perlu ada dalam diri setiap manusia.Dengan adanya sifat kasih sayang, manusia akan menjalani kehidupan masing-masing dengan sempurna Tanpa sifat kasih sayang, kehidupan manusia akan menjadi kejam dan suka menindas serta tidak memperdulikan perasaan orang lain. Mereka hanya mementingkan dunia dan kebendaan sahaja. Contohnya, Puan Suari Alimin dan Tuan Setiawan Tanjung begitu sayangkan Asiah Samiah bagai menatang minyak yang penuh begitu juga Asiah yang amat menyayangi ibu bapanya. Sifat kasih sayang amat penting untuk kesejahteraan sesebuah keluarga. Kepentingan perjuangan mempertahankan hak. H Hak seseorang atau sekumpulan manusia perlu dipertahankan daripada ancaman musuh atau pihakpihak lain yang tidak bertanggungjawab. Jika kita membiarkan hak kita dicerobohi maka kehidupan kita akan menjadi tidak tenteram dan tidak selamat. Ayah Marga mempertahankan tanah yang dimilikinya sehingga beliau ditangkap lalu dipenjarakan. Anas Samanda juga menerima nasib yang sama apabila terbunuh dalam memperjuangkan haknya. Oleh itu, perjuangan habis-habisan amat perlu dalam mempertahankan hak. Kesanggupan untuk melakukan pengorbanan. Pengorbanan perlu dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan manusia demi mencapai impian dan matlamat dalam melakukan sesuatu perkara. Pengorbanan yang dilakukan seperti bekorban harta benda, masa, tenaga dan nyawa demi melihat orang lain hidup Bahagia dan aman sejahtera. Tanpa pengorbanan sesuatu perjuangan tidak akan dapat membuahkan hasil yang sebenarnya malahan akan menemui kegagalan. Ayah Marga sanggup mengorbankan dirinya dalam mempertahankan tanah hak miliknya sehingga beliau dipenjarakan. Kejayaan diperolehi apabila orang lain masih dapat hidup di tanah yang diperjuangkannya. Pengorbanan perlu ada dalam diri individu untuk kesejahteraan bersama. Janganlah kita terlalu mementingkan darjat dan harta dalam pemilihan jodoh. Pangkat, kedudukan dan harta bukanlah syarat utama dalam menjamin kebahagiaan dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam mendirikan rumah tangga, faktor yang paling penting adalah kebahagiaan dan kasih sayang serta perasaan cinta antara satu sama lain. Kehidupan yang hanya bergantung kepada kebendaan semata-mata biasanya akan berakhir degan kegagallan dan kehancuran. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin memilih Misa Sagaraga sebagai menantu untuk dijodohkan dengan anaknya Asiah Samiah kerana berharta dan berpengaruh. Akhirnya rumahtangga anaknya Asiah Samiah tidak bahagia. Harta, pangkat dan darjat bukanlah penentu kebahagiaan dalam sesebuah keluarga
149 UNSUR MORAL YANG TERDAPAT DALAM DRAMA. Pertama, Keimanan yang teguh. Kedua, semangat yang kental. Ketiga, pengorbanan dalam memperjuangkan sesuatu. TEKNIK PENULISAN DRAMA Drama ini mengunakan banyak teknik imbas kembali. Maksud imbas kembali ialah bahagian cerita yang memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yang terdahulu. Drama ini dimulakan dengan watak Marga yang sudah tua sedang mengingat kisah lampau yang pahit tentang kehidupan Asiah Samiah, seorang gadis yang cantik, riang dan bijak menjadi gila kerana tekanan hidup dan cintanya yang terhalang. Penggunaan teknik imbas kembali dapat memberi gambaran yang jelas tentang kejadian yang berlaku. CONTOH MENJAWAB TEKNIK Pendahuluan Konsep teknik penceritaan Tema drama Senaraikan isi penting Teknik Pemerian. Teknik pemerian digunakan pengarang untuk memerihalkan secara terperinci tentang latar masa, tempat, peristiwa atau perwatakan watak-watak dalam drama ini. Pengunaan teknik ini membolehkan pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang latar, watak atau peristiwa yang hendak disampaikan. Pengarang memceritakan secara terus tentang satu perarakan besar mengiringi mayat Anas Samanda. Anas samanda diikat pada tiang lampu dan tubuhnya berayun mengikut rentak empat orang yang membawanya.
150 Teknik Nyanyian/Pantun. Pengarang turut menggunakan teknik ini untuk menjadikan sesuatu persembahan tersebut lebih menarik di samping untuk menggerakkan plot atau jalan certita. Kesan penggunaan teknik ini ialah penonton tidak bosan dan merasa terhibur apbila membaca drama ini. Asiah samiah sering menyanyi dan berpantun di simpang jalan untuk meluahkan perasaannya. (hal 190) Teknik Dialog. Penggunaan teknik dialog dlam drama sangat penting kerana ialah berkaitan komunikasi antara watak dalam drama. Selain itum ia juga berfungsi untuk mengembangkan plot cerita. Kesan penggunaan teknik dialog ini ialah pembaca dapat menahamii cerita drama tersebut dengan lebih muda atau mendapat gambaran yang jelas perkara yang hendak disampaikan. Contoh dialog dalam drama ini ialah dialog di antara Asiah dengan Marga, Asiah Samiah dengan ibu bapanya dan Marga dengan Anas samanda Teknik Imbas Kembali/Flashback. Penggunaan teknik imbas kembali bertujuan menceritakan atau memaparkan peristiwa-peristiwa lampau melibatkan watak-watak dalam drama ini. Kesan penggunaan teknik ini pembaca dapat mengetahui latar belakang watak-watak khususnya watak Asiah samiah, Anas samanda dan Marga. Marga Muda dan Anas samanda mengingati kembali peristiwa Misa sagaraga merampas tanah hak milik keluarga mereka. Teknik Suspens. Teknik suspen digunakan pengarang bertujuan untuk membuat penonton tertanyatanya apakah yang akan berlaku setersunya kepada watak atau peristiwa. Kesan penggunaan teknik ialah ialah cerita akan menjadi lebih menarik dan penonton teruja menikmati drama ini. Penonton tertanya-tanya adakah Asiah samiah akan berkahwin dengan Anas Samanda yang dicintainya atau berkahwin dengan Misa Sagaraga yang merupakan pilihan ibu bapanya. Teknik Monolog. Teknik monolog ialah teknik yang digunakan untuk menunjukkan seseorang watak bercakap seorang diri. Kebiasaannya watak-watak tersebut akan meluahkan perasaan yang terpendam dalam dirinya. Kesan penggunaan teknik ini ialah pembaca dapat mengetahui perwatakan watak-watak tersebut dengan lebih mendalam. Marga Muda bercakap seorang diri mengenangkan nasib dirinya. beliau juga mencertiakan perwatakan Anas samanda dan Misa Sagaraga. (ha. 204)
151 JELASKAN NILAI ESTATIK YANG TERDAPAT PADA DRAMA TERSEBUT Nilai estatik yang terdapat pada drama adalah seperti berikut: Pertama, teknik penceritaan / persembahan yang digunakan oleh pengarang iaitu Teknik Imbas Kembali. Terdapat pelbagai teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam drama ini antaranya ialah teknik penulisan imbas kembali. Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Teknik imbas kembali dapat memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku agar pembaca lebih memahami situasi sekarang. Contoh, Marga Tua teringat bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabannya dengan Asiah Samiah (Hal 236 Babak 7). Marga Tua teringat tentang perjuangan Anas Samanda mempertahankan hak/tanah ayahnya Watak perwatakan yang terdapat di dalam drama iaitu watak utama Asiah Samiah yang cintanya terhalang. Watak-watak yang ditonjolkan dalam drama berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Watak-watak juga berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan. Watak akan menimbulkan peristiwa yang membawa kepada sebab dan akibat (cause and effect). Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai memberi gambaran yang realiti. Watak Asiah Samiah digambarkan sebagai gadis yang periang, baik, cantik dan bijak. Beliau bercinta dengan Anas Samanda, pemuda miskin. Namun cintanya terhalang kerana perbezaan darjat. Dengan ini Asiah Samiah menjadi tertekan dan akhirnya gila. Contoh Asiah Samiah dikahwin paksa dengan Misa Sagaraga dan cintanya terhalang manakala watak Anas digambarkan mempunyai semangat cintahkan tanah warisan. Kepelbagaian watak dapat menggerakkan imaginasi audiens untuk lebih menghayati drama ini. Seterusnya, nilai keindahan dapat dilihat pada latar tempat yang membayangi plot cerita. Latar penceritaan prosa selalunya luas dan berlaku di merata-rata tempat. Penggunaan latar mengikut kesesuaian cerita dapat menimbulkan kesan yang realistik dan penghayatan yang mendalam tentang cerita yang cuba disampaikan. Menerusi drama Asiah Samiah, latar tempat menjurus kepada persekitaran tempat tinggal Asiah iaitu dirumah Asiah, Siti Bunirah dan Marga, di jalan raya dan kebun yang dijaga Sari Sari Biru. Contoh, Misa Sagaraga datang meminang Asiah di rumah Tuan Setiawan Tanjung dan latar tempat pergaduhan yang berlaku di antara Misa Sagaraga dan Anas Samanda. Oleh itu penggunaan latar tempat yang maksimum dapat menimbulkan penghayatan yang mendalam terhadap cerita. Akhir sekali nilai keindahan dapat dilihat pada tema dan persoalan yang dikemukakan iaitu cinta yang terhalang akibat darjat.. Drama Asiah Samiah memaparkan tema cinta yang terhalang akibat dua darjat dan perjuang dalam menuntuk hak. Dalam masyarakat Melayu wujud segolongan masyrakat yang berfikiran mementingkan darjat dan pangkat. Ini kerana dirasakan dengan memilih dan mengutamakan darjat dan pangkat yang tinggi, berharta dan mewah akan membahagiakan rumahtangga yang dibina. Tetapi ianya boleh berlaku sebaliknya di mana pemilihan darjat dan pangkat tidak boleh menjamin kebahagian rumahtangga. Contoh percakapan Tuan Setiawan Tanjung memilih Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah kerana darjat dan pangkat tinggi dan bagi Tuan Setiawan Tanjung golongan berdarjat sepertinya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka. Paparan tema dan persoalan dalam drama ini diolah menggunakan bahasa yang halus tetapi penuh bermakna. Justeru, sentuhan rasa dan fikir dapat dirasakan oleh pembaca dengan melihat kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa seseorang pengarang. Luahan hati dan getar jiwa pengkarya melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan masyarakat.
152 ASPEK KEKAGUMAN DRAMA (PEMENTASAN) : Cahaya Lampu Menyuluh Marga Tua. Dia kelihatan sebak dan mengesat air matanya. Kostium Anas Samanda Berpakaian kumal dan kelihatan ramus menyebabkan Marga Tua hampir tidak mengenalinya. Set Suasana hingar bingar Semasa orang- orang Misa Sagaraga menyerang Anas Samanda.
153