74 1. Kita hendaklah sen asa bersyukur dengan apa yang ada. 2. Kita mes lah teguhkan iman dan percaya dengan ketentuan tuhan. 3. Kita mes lah mengekalkan kasih sayang di antara keluarga. . Kita mes lahdapatmengawaldiri dalamsemuakeadaan. 1. KejirananmasyarakatBandar. Kita haruslahseringberhubungantarasatu samalain. Sudahmnjaditanggungjawabsebagaiseorangislamhendaklah hidupberjiran. 2. Kasih sayangantarasuami/ isteri/ keluarga. Konsepkasih sayangantarasatu samalain perlu wujud dalamhubungankekeluargaanagar hidupkita bahgia dan aman. Melaluisikap ini lahirlahsikap sanggup berkorban, simpa , dan taat antarasatu sama lain. 3. Kese aankepada suami/ isteri. Suamiisteri dak digalakkanbertengkardan bergaduhkerana sikap sikap ini membawakeburukankepada kehidupan berumahtangga. 1. SEO AN ANAK YAN PENYAYAN nggal dan menjaga kedua dua ibu bapanya yang tua, uzur mata rabun dan tuli. 2. SEO AN ANAK YAN MUDAH TE PEN A UH KEJATUHAN MATA WAN . terpengaruh dengan kejatuhan mata wang. 3. SEO AN KU AN NI AI KEA AMAAN: Mudah terjejas resah/gelisah kesan kejatuhan nilai kejatuhan nilai matawang. MESEJ PENGARANG WATAK PERWATAKAN
75 1.Seorang yang beriman 2.Seorang yang penyayang 3.Seorang yang rasional .Seorang yang berkeyakinan 1.Seorang yang penyayang 2.Seorang yang se a 3.Seorang bertanggungjawab .Seorang yang menjadi pebdorong kepada ayah 1. Dia telah ditafsirkan dengan pelbagai maksud. 2. Dia adalah kertas su. 3. Dia asalnya mempunyai nilai yang rendah . Dia telah diberi nilai yang nggi. . Dia kemudianya telah jatuh nilai. . Dia kini sudah menghilang . . Dia telah membuat manusia resah gelisah. . Dia mempunyai sejarah yang panjang. . Dia telah menjadikan manusia sedar tentang kebesaran Allah. Aku / Ayah / Ibu : seorang yang setia / taat / patuh. seorang yang menjadi pendorong utama dalam kerjaya suami. seorang yang pentingkan semangat kejiranan. mengamalkan konsep keluarga bahagia. Beriman / bertakwa dan tenang menghadapi sebarang masalah Dia : Simbol kepada kejatuhan nilai mata wang / wang ringgit / ekonomi. Penting dalam kehidupan manusia kecuali manusia yang beriman tidak akan terjejas dengannya.
76 eknik en eritaan knik i K li ri u k di n n di rk n ul l lui n ri n ul r i i k n n n d n in n on o k k i u Aku n ri k n r r u n n d n r k n r k nn lu ini K nn d l un uk l n k k n in n l n ri d n r l k n u u ri r n di l i urn knik ri n n r n n ri k n r l n un n n k ri u u n u u n n r n n un k n knik ini d l un uk n dik n ri n di ik n l i n rik on o d dili n ru i n ri n r rin i n n r l u ul n n r ul d ri n dun dun rn duni n r n dun u ri ion kok d n un ni l i n l di un k n u d n dun lon A ri d n i knik i lo i lo i l r u l n n r or n k u l i k n i r k n n n rk r on o d dili r u l n n rl ku di n r Aku d n n n n i i K n u u nn d l un uk knik u n u u k d n n ri n n u k n r n n ri on o TEKNIK PENCERITAAN Pemerian. Pengarang menceritakan secara langsung tentang watak, peristiwa atau suasana. Tujuan pengarang menggunakan teknik ini adalah untuk memerikan atau menjelaskan sesuatu. “Dia” (wang). Pengarang secara ironis memberikan gambaran tentang golongan Intelektual turut tepengaruh dengan kejatuhan “Dia” dan sesetengah masyarakat terlalu obsess dengan pengaruh budaya Barat . Contoh k ik “ i ” u dan datang mengetuk pintu, masyarakat menjadi huru hara. Teknik ini ditampilkan bagi mencetuskan gambaran sesuatu perkara serta menimbulkan daya imaginasi pembaca terhadap situasi perkara tersebut. FAKTA HURAIAN CONTOH ULASAN KESAN /K.KECIL
77 Dialog. Boleh dikatakan sebagai nadi penggerak sesebuah cerita kerana keaslian karya banyak bergantung kepada dialog yang dituturkan oleh watak yang terdapat dalam cerita. Dialog yang paling dominan diucapkan ialah perbualan diantara watak utama iaitu “Aku” dan “Ayah” Perbualan antaranya menyentuh tentang “Dia” yang mengetuk pintu rumah mereka. Kesannya agar dapat menghidupkan suasana persekitaran isi cerpen kerana ia bersesuaian dan bertepatan dengan pemikiran dan perasaan watak-watak pada masa itu. Imbas kembali. Pengarang menceritakan peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi, kenangan atau ingatan watak. Imbas muka. Bayangan yang membolehkan pembaca meramal atau menjangka sesuatu yang akan berlaku dalam plot. Lazimnya dalam bentuk kata-kata ramalan ( secara halus atau tersembunyi ) atau bagi menimbulkan sesuatu peristiwa yang mempunyai makna tertentu. Monolog. Bererti pernyataan fikiran secara bersendirian. Seeorang watak yang bermonolog bermaksud berbicara seorang diri. Hal ini terjadi kerana cetusan rasa atau suara hati yang terluah secara tanpa disedari. Berbeza dengan monolog dalaman yang merupakan kata hati atau pengucapan batin seseorang watak. Kesannya adalah untuk memberi kesan yang amat produktif dalam menyerlahkan keluhan dan permasalah / persoalan yang dialami oleh watak sehingga pembaca turut merasa kesannya. Contoh CONTOH MENJAWAB GAYA BAHASA BAGI CERPEN SAMA MACAM MENJAWAB PUISI. Lazimnya soalan akan berbentuk petikan kerana pelajar akan ambil gaya bahasa dan contoh ayat yang terdapat di dalam petikan tersebut. Hiperbola. Hiperbola merupakan gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Dengan kata lain hiperbola adalah kiasan atau perbandingan yang terdiri daripada ungkapan atau ucapan yang berlebih-lebihan. Dalam cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” oleh S. Othaman Kelantan, ujaran ibu ‘tingkat seribu satu’ dan ujaran orang ‘raksasa berkepala tujuh’ sebagai gabungan perkataan yang digambarkan secara berlebihan. Tujuan pengarang menggunakan gaya bahasa hiperbola adalah untuk memberi penegasan, penekanaan, dan menguatkan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran terhadap sesuatu perkara atau isu yang di ketengahkan dalam cerpen. Contoh Kata ibu, dia jatuh dari tingkat seribu satu sebuah menara cinta. Dia tak sempat berpaut teguh. Lalu dia jatuh. (hlm. 127) Atau dia menurut denai mencari tuan puteri yang dilarikan oleh raksasa berkepala tujuh. (hlm. 128) Perulangan perkataan di tengah baris. Gaya bahasa ini dikenali sebagai responsi. Tujuan perulangan yang digunakan oleh pengarang ialah untuk memberi penegasan kepada persoalan atau mesej yang ingin disampaikan agar jelas dan mudah difahami. Berdasarkan petikan cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” pengarang mengulangi perkataan ‘dia’, untuk memberi penegasan kepada persoalan dan mesej yang cuba di ketengahkan. Contoh Kata orang, dia itu seorang pahlawan zaman purbakala. Dia tersesat jalan ketika peperangan klasik telah usai. Atau dia menurut denai mencari tuan puteri yang dilarikan oleh raksasa berkepala tujuh.
78 Perulangan frasa. Gaya perulangan ialah pengarang akan mengulangi kata, ungkapan, frasa, ayat, dan baris. Tujuan perulangan yang digunakan oleh pengarang ialah untuk menarik perhatian dan tumpuan khalayak. Berdasarkan petikan cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” karya S. Othaman Kelantan, beberapa frasa telah diulang berkali-kali oleh pengarang. Antara perkataan yang diulang oleh pengarang ialah ‘Kata orang, dia itu seorang…’ agar dapat menarik perhatian dan tumpuan pembaca untuk mengenali siapakah sebenarnya ‘dia’ yang dimaksudkan oleh pengarang. Contohnya; Kata orang, dia itu seorang pahlawan zaman purbakala. Dia tersesat jalan ketika peperangan klasik telah usai. Atau dia menurut denai mencari tuan puteri yang dilarikan oleh raksasa berkepala tujuh. Kata orang, dia itu seorang ahli politik Rusia yang meminta suaka politik di sebuah negara di sebelah timur. Kata orang, dia itu seorang penipu kewangan Amerika yang disingkirkan di negaranya. Ketamakannya tidak terlayankan. Maka dia dibuang negeri. (hlm 128) Metafora. Metafora adalah gaya bahasa perbandingan yang menghubungkan satu perkataan yang bersifat konkrit dan satu lagi bersifat abstrak. Dengan kata lain metafora merupakan kiasan yang menggabungkan dua perkataan yang berlainan menjadi satu maksud baru. Berdasarkan cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu,” ungkapan/ ujaran, ‘menara cinta’, ‘gunung kasih sayang’ ialah metafora kepada keadaan seseorang terlalu mencintai seseorang atau benda. Kesannya adalah untuk menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan. Kata ibu, dia jatuh dari tingkat seribu satu sebuah menara cinta. Dia tak sempat berpaut teguh. Lalu dia jatuh. Kata ayah, dia jatuh dari kemuncak sebuah gunung kasih sayang yang baru terbuhul. Dia terabai daripada memegangangnya sungguh-sungguh. Lalu dia jatuh. Siapakah dia itu? (hlm 128) Pengaruh bahasa asing/bahasa Inggeris. Kepelbagaian penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang termasuk penggunaan bahasa asing. Ia juga dapat menjelaskan tentang apa yang ingin disampaikan oleh pengarang. Contohnya pengarang telah menggunakan beberapa perkataan Inggeris dalam cerpen seperti ‘billionaire’ dan ‘greenpeace’. Penggunaan bahasa Inggeris ini menampakkan keragaman bahasa oleh pengarang, dan ianya juga dapat memberi penjelesan kepada persoalan dan mesej yang cuba digarap oleh pengarang dalam cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” Kata orang, dia itu seorang korporat yang tersasar kerana sudah menjadi billionaire. Dia hanya tahu mengira ringgit dan sen. Lain-lain, terutama tentang kemanusiaan, dia buta. Kata orang, dia itu seorang anggota greenpeace dari sebuah negara maju. Dia terhumban entah ke mana ketika sebuah hutan raksasa terbakar. (hlm. 128) Paradoks. Gaya bahasa paradoks ialah pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan gambaran yang bertentangan dengan kenyataan. Paradoks merupakan satu unsur retorika yang digunakan untuk menangkap perhatian umum dan juga digunakan untuk mendapatkan penekanan kepada makna dan pemikiran yang cuba diungkapkan oleh pengarang. Kesannya adalah untuk menjelaskan makna dan pemikiran yang diungkapkan oleh pengarang. Contohnya; Ayahmu menjadi rabun kerana tidak sanggup melihat kehinaan bangsa Melayu dalam zaman penjajahan. Ayahmu menjadi seakan-akan tuli kerana tidak sanggup mendengar teriak tangis bangsa bumiputera ditekan aleh penjajah. (hlm. 132)
79 Kata-kata di atas adalah gaya bahasa pertentangan atau paradoks. Gambarannya memang jelas bertentangan dengan kenyataan, iaitu “ayah” sebenarnya tidak rabun atau tuli. Ayah sebenarnya boleh melihat dan boleh mendengar dengan jelas apa yang berlaku ke atas orang Melayu dan bumiputera pada zaman penjajahan. Pernyataan pengarang dalam hal ini jelas bertentangan dengan hakikat sebenar sifat “ayah.” Oleh hal yang demikian, penggunaan gaya bahasa paradoks ini boleh mengundang keasyikkan khalayak untuk menimbulkan rasa terpesona dan keterujaan terhadap ketajaman daya rasa dan daya fikir pengarang. …Ayah merenungku dalam kerabunannya. Ayah cuba mendengar suara batinku dengan telinga batinya yang amat peka itu. Dan aku terpaksa bersimpuh dengan sopan dan lama di hadapan ayah. Aku tenggelam dalam ketenangan dan kesabaran ayah zaman-berzaman. (hlm 133) Simile. Simile ialah gaya bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu keadaan, peristiwa, atau benda dengan benda yang lain. Hal ini adalah kerana setiap benda yang dibandingkan diikuti dengan kata-kata ‘seperti’, ‘bak’, ‘umpama’, atau ‘bagai’. Berdasarkan contoh di atas, ungkapan “Ayah seolah-olah sebuah lampu elekterik yang terus menyala dalam hidupku” digunakan oleh pengarang untuk memberi perbandingan tentang gambaran sifat ayah yang menerangi kehidupan anak-anak dan keluarganya. Gaya bahasa simile dapat memperjelaskan gambaran atau mengindahkan pernyataan yang ingin di ketengahkan oleh pengarang. Contohnya boleh dilihat berdasarkan petikan di bawah. Ayah seolah-olah sebuah lampu elekterik yang terus menyala dalam hidupku. Ibulah yaang menjadi suis lampu ayah. Kedua-duanya saling tolong menolong. (hlm. 133) Simbol/perlambangan. Simbol atau perlambangan adalah kata-kata tertentu yang digunakan berupaya menyatakan sesuatu di luar kata itu sendiri. Umpamanya pengarang secara kerap menggunakan perkataan ‘dia’ dalam cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” di atas. Perkataan ‘dia’ yang diungkapkan oleh pengarang adalah simbol kepada ‘wang’ atau ‘nilai mata wang’ dalam konteks cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu”. Kesannya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca dengan menggunakan simbol-simbol tertentu bagi menyampai maksud yang sebenarnya / Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama. Contoh Kata orang, dia itu …. Kata orang, dia itu seorang ahli politik … Kata orang, dia itu seorang penipu … Kata orang, dia itu seorang ahli falsafah kemanusiaan …(hlm 12 ) Ironi. aya bahasa ironi dalam cerpen cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” melindungi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Maksud yang disampaikan melalui gaya bahasa ironi berlawanan dengan apa yang diujarkan. Pengarang menggambarkan “dia” menyerupai Pak Pandir yang memperbodohkan manusia hingga menyebabkan manusia di pekan tempat tinggal “ayah” dan “aku” menjadi histeria, putus asa dan kecewa, serta diperbodohkan. Kesannya adalah untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya; “Dia yang jatuh mungkin menyerupai Pak Pandir. Atau menyerupai kertas tisu. Sebab ramai yang histeria kerana dia jatuh dan hilang dengan tibatiba. Manusia itu amat cerdik dan pintar. Dan hanya dia yang menyebabkan manusia di pekan kita ini menjadi histeria, putus asa dan kecewa. Dan diperbodohkan. Hanya kerana dia. (hlm 136)
80 Personifikasi. Personifikasi ialah satu unsur dalam kesusasteraan yang menggunakan kiasan atau perbandingan yang memberikan sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk lainnya kepada objek-objek mati atau kepada binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak. Gaya bahasa personifikasi yang jelas dan berkesan gambarannya dalam petikan cerpen ……………... Unsur personifikasi ini memberi kesan yang lebih realistik dalam kehidupan manusia. Contohnya, PANDANGAN SAWARJAGAT / PENDAPAT ANDA Manusia akan berada dalam kekalutan dan rasa bimbang yang amat sangat ketika “Dia” jatuh. Kebimbangan ini dipengaruhi rasa risau kerana sejenis kertas yang asalnya diberi nilai yang amat tinggi tiba-tiba jatuh nilai kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya ialah kerana perlakuan seorang yang dianggap penyangak matawang. Kebimbangan penduduk negara kian bertambah apabila berita kejatuhan nilai kertas tisu dilaporkan melalui media seperti televisyen. Contoh dapat dilihat ketika “Dia” mengetuk pintu dikejiranan “Aku”, ramai yang jatuh sakit, menjadi takut dan kurang waras. Memahami bahawa ketika “Dia” jatuh , maka kuasa membeli akan berkurangan. Barang yang dahulunya mampu dibeli dengan harga yang murah, kini sudah menjadi mahal kerana nilai pertukaran sudah berubah. Penduduk dalam negara akan menjadi miskin lantaran tidak mampu membeli dengan kuantiti yang banyak dan tidak boleh bermewah-mewah lagi. Ekonomi negara dianggap tidak selamat dan tidak stabil kerana harga pertukaran semakin mahal. Harga saham menjadi semakin murah. Gambaran ini menunjukkan ekonomi negara kian tergugat dan sesuatu aktiviti menyelamatkan ekonomi perlu dilakukan. Pemimpin negara perlu bertindak dengan cekap bagi menambat nilai kertas tisu yang sudah jatuh ini. Contoh dapat dilihat pada situasi yang digambarkan ketika “dia” jatuh. amai yang bunuh diri, menjadi kurang waras, saki dan menderita kerana “Dia” Maysarakat yang hidupnya berkiblatkan wang / dipengaruhi oleh wang ringgit. Kepercayaan tentang wang yang mempu mengubah segalanya dan berkuasa sudah sebati dalam jiwa manusia kerana menggunakan kertas sebagai nilai pertukaran. Pada awalnya kertas itu dicagarkan kepada nilai emas, dan bermulalah secekak kertas tisu dipercayai dengan nilai yang tinggi. Manusia dianggap kaya dan mulia apabila memilikinya dengan jumlah yang banyak. Namun kepercayaan itu terhakis apabila nilia kertas itu turun. Contoh...... Masyarakat yang mengagungkan-agungkan wang . Secekak kertas tisu dianggap sesuatu yang mulia dan agung. Seolah-olah kertas itu menjadi dewa dunia. Manusia berharap kepadanya agar terus bernilai tinggi bagi memastikan kelangsungan hidup mereka. Tanpanya manusia menjadi resah dan terasa miskin. Hakikatnya jika manusia tidak terlalu bergantung kepadanya sebenarnya mereka mampu untuk meneruskan kehidupan. Wujud unsur luarbiasa terhadap kertas tisu. Sejenis kertas yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan berharga murah tiba-tiba mempunyai nilai yang tinggi setara dengan nilai emas. Keadaan ini tentunya sangat luarbiasa. Seterusnya kejatuhan nilainya juga dianggap luarbiasa juga. Terdapat pelbagai anggapan tentang faktor kejatuhannya. Namun faktor kejatuhannya tidak dapat ditentukan dengan jelas. Lalu ramai orang bimbang terhadap kejatuhan nilainya yang semakin merudum.
81 d t andangan SUDUT PANDAN AN O AN PE TAMA Pengarang menggunakan Sudut Pandangan Orang Pertama dengan menggunakangan nama Aku SUDUT PANDAN AN SE BA TAHU menceritakan tentang Dia secara terperinci. Masyarakat yang memahami sejarah mata wang. Cerita tentang kertas tisu ini bermula sejak sekian lama. Ramai orang telah menggunakannya di seluruh dunia. Ia berlegar-legar ke serata tempat dan mempengaruhi kehidupan manusia sehingga manusia percaya tentang kekuasaannya dan seterusnya bergantung kepadanya. Ada disebutkan ia dipercayai sejak zaman Sumeria dan kerajaan Babylon. Secara turun temurun penggunaan kertas seumpama ini diwarisi sehingga kini. Masyarakat yang hidup dalam kesederhanaan. SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang pertama. Menerusi sudut pandangan orang pertama, pengarang akan terlibat secara langsung dalam karya yang dihasilkan. Pengkarya akan menggunakan “aku” sebagai watak utama dan “aku” akan menceritakan kisah yang disampaikan dalam karya tersebut. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang cuba disampaikan agar lebih mudah difahami dan kreatif. Contoh, menerusi cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu”, “Aku” anak keppada Ayah dan Ibu. Hidup mereka tidak tergugat ketika “Dia” jatuh. “Aku” menggambarkan keadaan jirannya yang huruhara apabila “Dia” datang mengetuk pintu. Jelaslah di sini, sudut pandangan orang pertama perlu untuk memantapkan jalan cerita. Sudut Pandangan Orang Ketika /Serba Tahu. Menceritakan tentang “Dia”/ “ Aina”
82 BAB 3 MELANKOLIK DI ATAS RUMPUT Fatimah Busu (lahir bulan Januari 1943) ialah seorang penulis novel, cerita pendek dan cendekiawan Malaysia. Beliau tidak sahaja merupakan antara pelopor sastera kontemporari cereka bahasa Melayu, malah juga pengulas sastera bahasa Malaysia yang pertama Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru selama hampir 10 tahun. Pada awal dekad 1970-an, beliau menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai pensyarah Fakulti Kemanusiaan USM Karya pertamanya suatu cerita pendek berjudul Kerana Adik yang terbit dalam majalah Mutiara tahun 1959. Kerya cerpen keduanya Hari Pesta diterbitkan Gelanggang Filem pada tahun berikutnya. Novel pertama karangan beliau Ombak Bukan Biru terbit tahun 1977. Pada 2011, beliau juga membentangkan kertas kerja bagi mempertahankan kewajaran novel Interlok karya SN Abdullah Hussein. PENA menggunakan kertas kerja itu untuk mempertahankan Interlok sebagai teks Komsas Tingkatan 5. Puluhan cerpen siaran media, antologi cerpen, antologi sajak, esei sudah dihasilkan. Sejak tahun 1956. Pelbagai anugerah sastera sejah tahun 1971 diperolehi, termasuk menolak anugerah SEA writers award di Thailand sekitar tahun 2004 dan polemik pencalonan beberapa tahun sebelumnya oleh pejaga pagar sastera Malaysia SINOPSIS Cerpen “Melankolik di Atas umput”, karya atimah Busu, mengungkapkan satu persoalan penting iaitu berkaitan Alam roh atau hari kebangkitan semula selain menceritakan pengalaman “Aku”. Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya. “Aku” tertidur dengan alunan lagu dodoi dan nasihat. “Aku” teringatkan ibu dan ayah yang telah tiada. “Aku” mengenang dan membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah. Lalu disertakan beberapa maksud ayat al-Quran yang menjanjikan balasan baik bagi orang mukmin yang taat kepada Allah serta sanggup berkorban demi anak-anaknya. Ayah dan ibu “Aku” pernah kematian tiga orang anaknya iaitu kembar yang belum matang dan seorang bayi lelaki. “Aku” juga memikirkan untung nasibnya sesudah mati. Beliau sering berdoa sebelum waktu beradu seandainya kematian menjelang tiba pada waktu tidurnya. “Aku” berharap agar beliau mati dalam keadaan yang aman dan baik, tidak menyusahkan mana-mana pihak. Beliau bersyukur telah melalui semua proses kehidupan daripada waktu lahir sehinggalah dewasa membesar seperti orang lain.
83 Beliau berharap agar kematiannya tidak berpunca dari khianat. Beliau selalu bersedia dan mengingati mati. Contoh sebelum tidur, “Aku” akan merapikan dirinya agar auratnya sentiasa terpelihara apabila beliau mati. “Aku” percaya setiap yang hidup, pasti akan mati. “Aku” sedar, manusia kini lebih mengejar duniawi. Oleh itu, beliau memohon doa untuk ibu bapa dan dirinya. “Aku” juga memohon taubat, membaca ayat suci Al-Quran dan berselawat sebelum tidur. “Aku”mengingatkan dirinya seorang perempuan biasa. Berumur 0 tahun. ahir dan membesar di bumi Tuhan dan dalam kemiskinan. Namun kehidupannya berubah setelah beliau merantau menuntut ilmu. Beliau telah bersekolah sehingga peringkat universiti, mendapat PhD. Menjadi guru dan pensyarah. Kini sudah bersara dan menjadi ibu tunggal. Seterusnya “Aku” mengucapkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia sekalipun sudah bersara dan menjadi orang biasa-biasa sahaja tanpa darjat, gelaran dan harta yang banyak. “Aku” sudah sedia untuk hidup sendirian dan ditinggalkan anak-anak. Beliau juga merasakan dunia kehidupan yang lalu umpama longgokan sampah sarap. Pada waktu malam “Aku” akan cuba bangun untuk beribadat meskipu godaan syaitan terlalu banyak. Pada waktu malam ini, “Aku” tersedar dari tidur dan seolah-olah sedang berada di satu dunia asing dan terasa semacam beliau sudah mati. Namun apabila diamat-amati, beliau tidak mati tetapi sedang berada di kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan rumput-rumput. Di hadapannya ada lautan dan persekitarannya ada tanah tinggi yang juga dipenuhi dengan rumput. “Aku” teringat tempat beliau melakukan ibadat. Beliau masih dapat melihat katil yang dibelinya dari Jakarta ketika membuat kajian tesis. Kayu jati , bercat hitam. “Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai anak yang ramai. Malah “Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit. “Aku” melihat keadaan sekeliling yang asing. Dalam mimpi, tiada kelihatan bilik air, paip dan kolah yang selalu digunakan “Aku” untuk mengambil air sembahyang. Cuma yang ada langit, laut dan tanah rumput yang menghijau dan tempayan. “Aku” mengambil air sembahyang dan beribadat dengan perpandukan bintang sebagai arah kiblat. Setelah selesai, beliau membaca Al-Quran dan berzikir daripada tengah malam, subuh, duha hinggalah ke petang. Beliau melihat perubahan cuaca yang berlaku di situ dan bertanyakan sama ada beliau akan mati di situ. “Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. amai yang menangisi kematiannya dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisasisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas dari umpatan dan fitnah. “Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan alam. alu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:- 1. Aayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai. Dagingnya bertaburan. 2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad. Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu,lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk meneruskan hidup. 3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan. Syifaq menyediakan kuih rumput untuk makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu. 4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang.
84 5 “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang yang terinaya. CONTOH PERISTIWA YANG TERDAPAT DALAM CERPEN MELANKOLIK DI ATAS RUMPUT Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Contoh pengarang menceritakan bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal. Adik beradiknya meninggal sebelum mereka matang. Peristiwa di Indonesia “Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai anak yang ramai. Malah “Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit. Peristiwa kematian Si Amat “Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. amai yang menangisi kematiannya dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisasisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas dari umpatan dan fitnah. Peristiwa kezaliman dan penindasan umat Islam “Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan alam. alu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah: 1. Ayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai. Dagingnya bertaburan. 2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad. Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu, lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk meneruskan hidup. 3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan.Syifaq menyediakan kuih rumput untuk makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu. 4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang. 5 “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang yang terinaya.
85 P OT DAN KON IK PLOT Dalam cerpen “Melankolik di Atas umput”, karya atimah Busu, persoalan kebenaran menjadi satu aspek penting. Kebenaran yang diperkatakan ialah kebenaran tentang alam selepas mati, iaitu alam kubur. Pandangan Islam telah digunakan oleh pengarang ini untuk mempotretkan kebenaran itu secara kreatif dan imaginatif. Mengikut Islam, terdapat beberapa peringkat alam yang dilalui umatnya. Bermula dengan alam roh, beralih ke alam rahim, kemudian ke alam nyata, iaitu dunia, alam kubur iaitu alam barzakh dan alam akhirat. Alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Salah satu rukun iman dalam Islam adalah mempercayai wujudnya alam akhirat. Dengan kata lain mengikut ajaran Islam, alam kubur yang menjadi sebahagian daripada alam akhirat adalah benar dan cerpen “Melankolik di Atas umput” merakamkan kebenaran itu. Watak “Aku” dalam cerpen ini merupakan seorang wanita yang telah mencapai umur 0 tahun dan dia rela untuk bertemu dengan kematiannya kerana kematian adalah sesuatu yang pasti datang. Setiap yang hidup itu akan mati. Umat Islam seperti “aku” percaya bahawa alam kubur akan menanti mereka setelah datangnya kematian. Alam kubur pada dasarnya adalah sangat gelap,sempit, sunyi dan tidak selesa. Namun, alam kubur yang menakutkan itu akan bertukar menjadialam yang selesa apabila seseorang itu semasa hidupnya menyempurnakan syarat-syarat yang telahditetapkan. Manusia yang beriman, iaitu yang mengamalkan ajaran Islam semasa hidupnya akanmenikmati alam kubur yang lebih selesa. Alam kubur bagi yang beriman diperlihatkan melaluidialog antara seorang anak dengan kedua-dua orang tuanya: “Oh ibu…oh bapa… Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”- “Jangan tinggalkan sembayang…” Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…” Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.” Petikan di atas menyatakan bahawa bagi orang yang beriman, alam kubur akan menjadi satu tempat yang menyenangkan selepas mati. Jika seseorang itu menurut apa-apa yang dikehendaki atau memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah, apabila dia meninggal dan memasuki alam kubur, maka dia akan memasuki satu fasa yang menyenangkan. Kebenaran tentang alam kubur yang menyenangkan ini dikonkritkan dalam cerpen “Melankolik di Atas umput”melalui teknik mimpi.
86 Watak “aku” telah bermimpi tentang alam kubur ini sebagai wanita yang telah berusia,“aku” telah melalui pelbagai pengalaman hidup; punya seorang anak, punya pelajaran yang tinggi, punya pekerjaan yang baik dan kuat beribadat. Apabila usia semakin hampir ke hujung senja,“aku” merasakan kematian akan menjenguknya. “Aku” menginginkan sebuah kematian yang diredhai. “Aku” sedar hidup adalah bersifat sementara seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. “Aku mengamalkan semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk memperoleh alam kubur yang selesa jika dia menemukan kematiannya. Keinginan itu dicapai dalam satu mimpi. Dalam mimpi itu aku telah terjaga dan semacam diperlihatkan kepadanya alam kuburnya yang luas, terang dan indah. Apakah di sinilah daerahku yang akan datang? Di Wilayah semesta yang berumput ini? Pembaringanku ini liang lahadnya? Dan kelambu ini jadi belindanya? Dan pokok yang satu ini jadi nisannya? Kalau inilah takdirnya bagi daerahku yang akan datang. Aku terlalu bersyukur kepada Allah S.W.Tku. Aku sangat bersyukur!” “Aku” bukan sahaja bermimpi melihat alam kuburnya, tetapi juga melihat satu lagi peringkat alam akhirat, iaitu satu tempat, padang Mahsyar. Semua makhluk Allah itu dibangkitkan kembali darialam kubur mereka di padang Mahsyar. Mereka dibangkitkan kembali daripada alam kubur untuk diadili kebajikannya. Yang berat dosanya akan dihukum setimpalnya. Melalui unsur-unsur magis diperlihatkan satu kebangkitan, bukan sahaja manusia tetapi juga binatang. “Aku” bermimpi melihat kemenangan berada di pihak umat Islam. Mereka yang menindas umat Islam seperti tentera Amerika, Israel dan Thailand telah dihukum seperti menarik pedati yang dinaiki oleh umat Islam. Dengan kata lain cerpen “Melankolik di Atas umput” telah mengetengahkan satu kebenaran mengikut ajaran Islam iaitu tentang alam akhirat khususnya alam kubur TEMA Pengarang memperincikan / mengungkapkan kehidupan selepas mati. Cerpen ini bercirikan keagamaan di mana ia menceritakan tentang kehidupan sebelum mati secara am dan mengkhususkan serta menceritakan secara terperinci tentang kehidupan selepas mati mengikut perjalanan yang ditetapkan dalam Islam. Kebenaran tentang alam selepas mati, iaitu alam kubur dipotretkan oleh pengarang secara kreatif dan imaginatif mengikut pandangan Islam. Terdapat beberapa peringkat yang akan dilalui oleh masyarakat Islam iaitu bermula dengan alam roh, beralih ke alam rahim, kemudian ke alam nyata, iaitu dunia, alam kubur iaitu alam barzakh dan alam akhirat. Alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat dan termaktub di dalam rukun iman iaitu percaya kepada hari akhirat.
87 Bertemakan keagamaan iaitu tentang perjalanan seseorang ketika masih hidup yang bermimpi tentang kematiannya. kebenaran alam selepas kematian iaitu alam kubur atau alam barzakh yang juga merupakan salah satu dari Rukun Islam yang perlu dipercayai oleh orang Islam. Pengarang menggunakan teknik mimpi bagi menggambarkan alam kubur yang diperlihatkan kepadanya, di mana “Aku” tersedar dan berada di sebuah wilayah semesta yang berumput dalam suasana kudus, bening dan senyap. Kesimpulannya, cerpen yang bertemakan keagamaan ini dapat menambahkan nilai keimanan dan kesedaran dalam diri pembaca. MAKSUD PERKATAAN Ada yang menunggang keldai. Manusia yang menggunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Orang yang pintar telah memperbodohkan orang yang kurang ilmu. Mereka menindas golongan bawahan Terdapat beribu-ribu juta manusia yang menunggang manusia. Manusia yang saling bergantung hidup pada manusia lain. Manusia yang bertuhankan manusia. Manusia yang berkuasa dan mengambil peluang untuk menidas orang lain. Manusia menunggang syaitan. Manusia yang mengikut jejak syaitan. Manusia yang melakukan kejahatan untuk mencapai tujuan dan kepentingan diri masing-masing. Manusia yang suka mengikut kata hati untuk menjatuhkan orang lain. Manusia yang sanggup melakukan apa saja yang tidak baik untuk kepuasan diri sendiri. FAKTA HURAIAN CONTOH ULASAN KESAN /K.KECIL
88 PERSOALAN /PENGAJARAN 1. Kebangkitan semula selepas mati 2. Percaya kepada rukun iman iaitu hari akhirat 3. Beriman kepada Tuhan / Allah S.W.T . 4. Bersyukur dan menghargai kehidupan yang dilalui. 5. Berdoa, bertaubat dan berzikir 6. Kematian yang pasti akan datang pada setiap manusia. (hlm. 139-140) Persoalan keadaan ketika kematian yang bakal dihadapi suatu hari nanti. Penulis membayangkan keadaannya apabila menghadapi saat kematian. 7. Ketamakan manusia dan kemiskinan hidup 8. Kekejaman manusia dan penindasan manusia yang lemah 9. Kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara sahaja (hlm. 141). 10. Perang membawa kesengsaraan 11. Bersedekah dan membantu orang yang susah 12. Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal. 13. Gambaran tentang alam kubur atau alam barzakh(hlm.147-149) 14. Kemiskinan di kalangan penduduk kawasan luar Bandar (hlm. 150) 15. Kawasan perkuburan menjadi sarang maksiat (hlm. 151) 16. Bahaya fitnah dalam kehidupan manusia (hlm. 151-152) 17. Kekejaman dan kezaliman ke atas umat Islam (hlm. 152-155) 18. Hari akhirat (hlm. 157 -159) PEMIKIRAN / GAMBARAN MASYARAKAT Berilmu (fakta nilai) / Kepentingan Ilmu Dunia dan Akhirat (Fakta Pemikiran)/ Masyarakat yang mementingkan ilmu (Fakta gambaran masyarakat). Pengarang menegaskan ilmu amat penting dalam kehidupan bagi menjalani kehidupan dan jika kita ingin dihormati serta maju kehadapan. Tanpa ilmu kita akan ketinggalan. Menerusi cerpen ini, pengarang mengetengahkan watak ”Aku” yang memiliki ijazah sehingga keperingkat kedoktoran dan bekerja sebagai guru serta pensyarah. bagi mencurahkan ilmu bakti kepada masyarakat. ”Aku” juga mempelajari ilmu agama dan setelah bersara beliau mengabdikan diri kepada Tuhan dan agamanya. Kesimpulannya, ”Aku” yang memiliki ilmu dunia dan akhirat dapat membentuk jati diri yang seimbang. Masyarakat moden yang mengamalkan cara hidup sosial /songsong /Pengaruh Barat. Cerpen ini juga memaparkan golongan manusia yang hidup dalam kepura-pura, berdamping dengan syaitan, gemar berjudi, penzina, penggemar nombor ekor , penabur fitnah sehingga tidak takut akan pembalasan yang akan diberi dan azab seksa setelah mati. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa dimana “Aku” melihat manusia menunggang iblis dan mengejar duniawi. (m/s 142) Ketaatan .“Aku” ingat akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah yang diwajibkan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya. Muhasabah diri .“Aku” sedar bahawa dia hanyalah manusia biasa. Kesyukuran. “Aku” bersyukur dengan berdoa sebagai tanda terima kasih kepada Allah apabila dia terjaga dari tidur dan mendapati dirinya masih hidup. FAKTA HURAIAN CONTOH ULASAN KESAN /K.KECIL
89 NILAI-NILAI Nilai-nilai negatif yang meruntuhkan nilai moral adalah seperti berikut:- Terjebak dengan najis dadah. Mereka yang terjebak dengan najis dadah akan hilang maruah diri dan menjadi sampah masyarakat. (m/s 151). Beri contoh peristiwa Melakukan zina. Berzina merupakan satu dosa besar yang dapat meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan maruah serta harga diri dipandang rendah dalam masyarakat. Penggemar nombor ekor. Perbuatan bermain nombor ekor adalah satu bentuk judi yang akan merosakkan akhlak seseorang. Akviti juga juga mengundang kepada pergaduhan, keretakan rumahtangga dan masalah-masalah sosial lain dalam masyarakat. Perbuatan memftnah. Perbuatan suka memfitnah akan mengucar-kacirkan masyarakat, menimbulkan salah sangka, mewujudkan sengketa , perpecahan masyarakat, hubungan renggang dan sebagainya Penindasan terhadap orang-orang Islam (m/s 154). Penindasan telah memberikan kesan negatif dalam kehidupan masyarakat. Malah ada yang kehilangan nyawa, tempat tinggal dan harta benda. Contoh seperti yang berlaku Palestin, Kota Baghdad, Afghanistan, Tak Bai – anak-anak yang menjadi mangsa Masyarakat yang gemar menabur fitnah Beriman kepada Tuhan / Allah S.W.T Kuasa / Takdir Tuhan mengatasi segalanya Percaya akan kewujudan hari khiamat Pergolakan dunia – peperangan, tunjuk perasaan yang menyebabkan kematian / Peperangan yang membawa kemusnahan.
90 Unsur-unsur keagamaan yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan adalah seperti berikut:- Gambaran kebangkitan semula selepas mati / alam kubur/ Gambaran selepas mati / khiamat. Kepercayaan pada hari khiamat / mati / kebangkitan. Umat Islam berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun iman yang kelima ialah percaya kepada hari khiamat. Pada hari kebangkitan selepas khiamat, umat manusia akan dihitung dosa dan pahalanya. Bagi orang-orang yang tidak beriman digambarkan berada dalam sangat gelap, tiada tingkap, tiada pelita, sempit, menghimpit menindih, tiada selimut, seorang diri. Manakala bagi mereka yang beriman digambarkan berada dalam keadaan lapang, diterangi cahaya terang benderang dan selesa. Contoh ”Aku” melihat gambaran seksaan yang diterima oleh golongan zionis kerana didunia golongan ini telah menyeksa umat Islam. Oleh itu gambaran hari kebangkitan dapat menimbulkan kinsafan dalam diri kita dan sentiasa melakukan kebaikkan. Dengan ini kita haruslah merebut peluang untuk menjadi orang yang beriman iaitu melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya Mohon buat ayat huraian dan juga ayat yang menunjukkan fakta dapat dijadikan pedoman kepada kita seperti di atas. Di bawah adalah fakta dan contoh sahaja Kewujudan / Nama syurga. Firdaus,Naim,Adan,khuldi, Maqwa, Dares –Salam dan Darul Jalal (m/s 139 dan 140). Banyak kelebihan yang Allah berikan kepada yang dimasukkan ke dalam syurga . Memohon doa agar ditempatkan ke dalam syurga Allah di akhirat nanti Asal-usul kejadian manusia. Dalam Al- Quran diperjelaskan tentang kejadian manusia yang dicampakkan ke alam rahim ibu, dilahirkan ke dunia dan akhirnya dimatikan.( m/s 140). Sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri Dunia hanyalah sementara / Percaya padahari kiamat. Hidup di dunia ini hanyalah sementara waktu sahaja sebagai satu persinggahan untuk ke negeri yang kekal. Waktu pagi akan berganti petang, waktu siang berganti malam,yang hilang akan berganti datang dan sampai waktunya manusia akan mati. (m/s 141). Manfaatkan waktu hidup dengan perkara yang baik Beriman / Percaya kepada Tuhan dengan menunaikan solat. Menunaikan solat Subuh dan solat sunat iaitu , sunat Isyraq, Duha (m/s 148). Membaca Al-Quran....penulis baca ayat dalam Surah al Fajr (m/s 1420, Surah al Isra (m/s 148). Mentaati perintah Allah Simpati/pemurah/baik hati dengan bersedekah. Membeli katil kayu jati 150 000 Rp daripada tuan punya kedai perabut di Jakarta tanpa menawar harga kerana simpati dan menyedekahkan 10 000 Rp kepada anak tuan punya perabut. (m/s 146). Menyemai sikap berperikemanusiaan Bersyukur dan berdoa. Melahirkan rasa terima kasih dengan anugerah yang telah Allah berikan dalam kehidupan (m/s 149). Sentiasa redha dan bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah
91 MESEJ PENGARANG Pelajar boleh ambil dari pemikiran / nilai / gambaran masyarakat untuk dijadikan mesej. Mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang dalam “Melankoli Di Atas umput” Kepentingan mengingati kematian. Setiap manusia yang hidup mesti percaya akan menemui ajal masing-masing. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kematian walaupun sesaat kerana kematian itu pasti terjadi kepada setiap yang bernyawa. “Aku” mengatakan dunia ini hanyalah sementara dan apabila tiba waktunya setiap sesuatu yang hidup akan mati dan tiada satu pun yang kekal di dunia ini. Keburukan sifat kejam sesama manusia. Sifat kejam dalam diri manusia mengakibatkan penderitaan. Kezaliman yang dilakukan akan menyebabkan terkorbannya harta benda. Segala peradaban juga hilang dan manusia yang ditindas hidup sengsara akibat daripada tiadanya keperluan asas separti makanan , pakaian dan tempat tinggal. Peperangan yang berlaku telah menyebabkan penderitaan dalam kalangan terutamanya yang tidak bersalah. “Aku” menceritakan gambaran tentang penderitaan rakyat di Selatan Thailand angkara peristiwa di Tak Bai yang penduduk islam di situ ditindas dengan kejam. Bergitu juga penduduk di Palestin, Kota Baghdad dan di Afganistan yang hidup dihimpit kesengsaraan kerana kehilangan ahli keluarga dan harta serta tiada bekalan makanan yang mencukupi. Keluarga kehilangan ibu bapa dan juga anak-anak akibat daripada dibom dan dibunuh tanpa perikemanusiaan. Kepentingan percaya kepada hari kebangkitan / Alam barzakh. Alam barzakh merupakan satu daripada perkara ghaib yang ada dalam kepercayaan orang Islam. Manusia yang hidup pasti melalui alam kubur dan seterusnya ke alam barzakh seperti yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan kepercayaan terhadap syurga dan neraka iaitu tempat terakhir bagi manusia kelak. “Aku” menggambarkan tentang alam kubur yang menjadi sempit sunyi dan gelap sekiranya seseorang yang hidup tidak mengikut perintah Allah. “Aku” juga tersedar dari tidur dan merasakan dirinya seperti berada di alam barzakh. “Aku” juga membayangkan ibu bapanya yang telah meninggal dunia berada disyurga. Balasan kepada perbuatan kita di dunia. Setiap makhluk yang mati akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan sama ada baik atau buruk. Setiap dosa yang dilakukan akan dibalas dengan balasan yang buruk. Begitu juga setiap kebaikan yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala yang akan dibalas dengan kebaikan. Setiap perbuatan manusia yang hidup di dunia akan dihitung dan ditimbang dosa pahala dihari pengadilan nanti dan diberikan balasan yang seadilnya oleh Allah. “Aku” yang bermimpi menggambarkan nasib negaranegara kuasa besar seperti Amerika dan Israel menerima hukuman di akhirat kelak. Mereka digambarkan akan diseksa di akhirat atas perbutan mereka membunuh dan menyiksa rakyat di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Kepentingan doa daripada anak yang beriman. Seseorang yang mempunyai anak yang beriman yang dapat mendoakan kedua ibu bapa apabila telah meninggal dunia. Doa anak-anak beriman terhadap ibu bapa akan diterima Allah dan seterusnya dapat meringankan kehidupan ibubapa dialam akhirat nanti. “Aku” sentiasa mendoakan roh ibunya dalam keadaan selamat. “aku” juga sentiasa berdoa agar Allah mengampuni doa-dosa kedua ibu bapanya. “Aku” juga sentiasa memohon agar mereka diletakkan ditempat yang mulia disisi Allah dan sentiasa memohon segala amal ibadat yang dilakukannya walaupun sedikit dapat disampaikan pahalanya kepada ibubapanya.
92 WATAK PERWATAKAN Perwatakan "Aku" Latar belakang "Aku" dalam cerpen ini menunjukkan bahawa beliau seorang perempuan yang hidup bersendirian. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak. "Aku" adalah seorang bekas pensyarah dan telah bersara. Seorang yang kuat beribadat dan sentiasa memikirkan masalah umat manusia di seluruh dunia terutamanya umat Islam. Seorang pensyarah dan ibu. “Aku” dinyatakan sebagai seorang yang berumur dan mempunyai seorang anak lelaki. (m/s 144) . Beliau bekerja sebagai guru , kemudian menjadi pensyarah dan kini beliau telah bersara. Pernah menjalani liku-liku hidup dari seorang gadis, andartu, ibu, ibu tunggal dan janda. Seorang yang baik hati, warak, taat kepada perintah Allah S.W.T , beriman dan ikhlas ( m/s 146 ). Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan tinggi. Hal ini capat dibuktikan melalui kelayakkannya iaitu B.A, M.A dan PHD. TEKNIK PENCERITAAN Teknik penceritaan penting dalam menghidupkan jalan cerita yang cuba disampaikan. Terdapat beberapa teknik penceritaan yang digunakan. Antaranya ialah :- Pemerian . Suatu teknik pemaran yang jelas , terperinci dan hidup tentang suasana, latar dan peristiwa yang dialami oleh watak dalam sesebuah cerpen/drama/novel. Teknik ini begitu ketara digunakan ke atas pemerian tentang ………….. Teknik pemeriaan. Pengarang menceritakan secara langsung tentang watak, peristiwa atau suasana. Pengarang menceritakan mengenai Si Uzaiq anak kecil yang berbogel di tepi runtuhan banggunan di Kota Baghdad. Si Uzaiq ini menggenggam ketulan2 darah si ibu dan si ayah untuk dijual bagi mendapatkan makanan. Si Uzaiq akhirnya makan “gula-gula” tersebut untuk meneruskan hidupnya. Pengarang menggunakan teknik ini adalah untuk memerikan atau menjelaskan sesuatu. Dialog. Merupakan perbualan atau percakapan di antara dua watak atau lebih pada sesuatu masa. Dialog yang digunakan bersesuaian dengan tahap pemikiran dan perasaan watak yang terlibat. Malah ia sesuai dengan suasana dan latar. Dialog yang paling ketara diketengahkan ialah dialog perbualan di antara ……………………Contoh....Kesan: Bertujuan untuk menerangkan peranan dan memastikan bahasa watak lebih hidup seperti yang diharapkan serta memberi suasana yang lebih realistik dalam karya.
93 Imbas kembali. Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Pada peringkat awal lagi pengarang telah menggunakan teknik ini untuk menceritakan latar belakangwatak utama / “isterinya’ agar pembaca dapat mengenali watak tersebut. Watak ………………………..Kesannya memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku agar pembaca lebih memahami situasi sekarang. Teknik Imbas Kembali. Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Kesannya memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlakuagar pembaca lebih memahami situasi sekarang. Pengarang menceritakan bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal. Adik beradiknya meninggal sebelum mereka matang. Imbas muka. Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan oleh pengarang dalam plot sama ada secara sengaja atau tidak bagi persediaan awal walaupun ianya hanya samarsamar. Teknik imbas muka. Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan oleh pengarang dalam plot. Pengarang mengambarkan keadaan aku di alam sana, pengarang mengambarkan sesuatu tempat yang lapang yang dipenuhi rumput yang menghijau lagi subur. Suasana yang kudus, bening, dan senyap. Terdapat sebuah katil dihujung kepalanya terdapat sepihon pokok yang kurus dan merendang. Hujan juga digambarkan tidak turun menimpannya hanya kawasan berumput sahaja disimbahi hujan. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang di beri agar pembaca lebih faham akan situasi yang dihadapi/ lebih realistik / menggerakkan imaginasi. Monolog. Bermaksud berkata pada diri sendiri. Pengarang cuba memberi gambaran gelodak hati sesuatu watak tentang perasaannya kepada pembaca melalui kata luahan kata hati / Teknik ini juga dikatakan wujud di dalamnya aliran kesedaran (stream of consciousness) watak. Melalui teknik ini, pengarang memasukkan rakaman pengalaman emosi dan perasaan watak. Kesan adalah untuk menguatkan jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang. Contoh...... Teknk Suspens. Keadaan tertanya-tanya kerana berlaku ketidakpastian. Tegangan yang menyebabkan khalayak ingin mengetahui peristiwa selanjutnya dalam jalinan plot. Kesan adalah untuk menimbulkan pertanyaan atau membiarkan pembaca tertanya-tanya apa akan terjadi seterusnya. Teknik Suspen. Perkara yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam cerita tersebut. Teknik ini dapat dilihat melalui watak utama yang ketakutan serta kekeliruan tentang keadaan dirinya dan sekeliling, yang menyangka bahawa dia sudah meninggal. Kesan adalah untuk menimbulkan pertanyaan atau membiarkan pembaca tertanya-tanya apa akan terjadi seterusnya. Contoh “Aku” bukan sahaja bermimpi melihat alam kuburnya, tetapi juga melihat satu lagi peringkat alam akhirat, iaitu satu tempat, padang Mahsyar. Semua makhluk Allah itu dibangkitkan kembali darialam kubur mereka di padang Mahsyar. Mereka dibangkitkan kembali daripada alam kubur untuk diadili kebajikannya. Yang berat dosanya akan dihukum setimpalnya.
94 NADA / INTUISI / PEMIKIRAN PENGARANG Pengarang menggunakan nada melankolik dan sayu bagi mengambarkan suasana kehidupan “Aku” selepas mati dan bagi mengungkapkan persoalan yang dihadapai oleh “Aku’ sewaktu menjalani kehidupannya sebelum dan selepas mati. Pengarang cuba mengajak pembaca agar sedar tentang kehidupan yang dilalui oleh mereka hanyalah pinjaman dan boleh di ambil kembali bila-bila masa sahaja. Kehidupan yang baik dan mengikut panduan yang betul akan dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya turut digarap mengikut persepsi pegangan agama Islam. Pengarang cuba menyampaikan bahawa kehidupan di dunia dan di akhirat ini perlu seimbang. Pengarang juga cuba menyampaikan bahawa sesuatu yang hidup pasti merasai mati dan setiap yang hidup perlu menyediakan bekalan secukunya untuk di bawa ke alam seterusnya. Pengarang juga cuba menyampaikan bahawa manusia zaman sekarang terlalu leka dengan hal keduniaan SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang pertama. Menerusi sudut pandangan orang pertama, pengarang akan terlibat secara langsung dalam karya yang dihasilkan. Pengkarya akan menggunakan “aku” sebagai watak utama dan “aku” akan menceritakan kisah yang disampaikan dalam karya tersebut. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang cuba disampaikan agar lebih mudah difahami dan kreatif. Contoh, menerusi cerpen “Aku” dinyatakan sebagai seorang yang berumur dan mempunyai seorang anak lelaki. (m/s 144). Beliau bekerja sebagai guru , kemudian menjadi pensyarah dan kini beliau telah bersara. Pernah menjalani liku-liku hidup dari seorang gadis, andartu, ibu, ibu tunggal dan janda. Seorang yang baik hati, warak, taat kepada perintah Allah S.W.T , beriman dan ikhlas ( m/s 146 ). Jelaslah di sini, sudut pandangan orang pertama perlu untuk memantapkan jalan cerita. Sudut Pandangan Orang Ketika /Serba Tahu. Menceritakan tentang alam selepas kematian.
95 BAB 4 ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN OLEH NOORJAYA SINOPSIS Cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan” karya Noorjaya mengisahkan tentang kegiatan dan kehidupan di sungai. Penekanan juga diberi pada pencemaran yang berlaku di sungai. Kisah bermula dengan menceritakan tentang kehidupan ikan. "Aku" dalam cerpen ini mewakili seekor ikan haruan. Terdapat ahli masyarakat ikan yang lain yang hidup aman damai dan bersukaria di Sungai Tengas. Haruan memberi peringatan kepada rakan-rakan ikan yang lain meliputi Keli, Puyu, Sepat, Sebarau. Lampam, Temelian, terbui, Baung, Kelah dan semua penghuni sungai agar selalu berhati-hati. Haruan memberi peringatan tentang kisah-kisah sedih di sungai lain dalam dunia ini yang telah menyebabkan kehidupan di air musnah akibat pencemaran dan sebagainya. Malah akal manusia sangat cerdik untuk membuat tipu helah bagi menangkap ikan sebanyak yang boleh untuk di jadikan makanan. “Aku” mengingatkan bahawa meskipun sungai merupakan tempat tinggal mereka, namun sungai juga merupakan sumber air dan sumber rezeki bagi manusia. Sehubungan dengan itu sungai wajar dikongsi oleh semua kehidupan di dunia. Dalam keriangan kaum kerabat Haruan menikmati hidup di Sungai Tengas; Haruan selalu memberi peringatan kepada Keli, Puyu, Kelah, Sebarau, Lampan, Temelian, Baung, Lelaih Belut, Sepat Ronggeng dan semua penghuni sungai supaya beringat-ingat. Haruan dengan tegas menyatakan bahawa adakalanya manusia akan melakukan apa saja demi mencari rezeki. Haruan mengimbas kembali kisah-kisah sedih di sungai lain yang musnah akbibat kerakusan manusia. Haruan memberi contoh pelanggaran hukum hidup yang benarbenar berlaku kepada Sebarau, Baung, Sepat Ronggeng dan lain-lainnya tentang peristiwa menyayat hati yang berlaku di Lagun Rodrigo de Fritas, sebuah pusat pelancongan di Rio de Janerio. Banyak ikan yang mati bergelimpangan kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa industri ke dalam sungai. Sebarau juga mengingatkan Sepat Ronggeng tentang peristiwa yang menimpanya di lubuk. Sepat Ronggeng hampir mati apabila terkena jala. Sebarau sendiri terselamat kerana jala yang ditebarkan itu tersangkut reba dan lubang jala yang menjerut lehernya terkoyak. Sebarau juga mengingatkan Sepat Ronggeng tentang peristiwa manusia memerah akar tuba di sebelah hilir dekat Kuala Dingin. Dalam peristiwa tersebut banyak ikan yang mati. Haruan juga mengingatkan tentang Sungai Tengas yang tenang, tiba-tiba di penuhi biji buah kelempung masak sedang dihanyutkan air. Sebarau, Terbui, Tebal Sisik dan Temelian berebut-rebut mengerumuni rezeki di hadapan mata itu. Mereka semua akhirnya menjadi mangsa jala manusia. Yang pertama menjadi pertama ialah Baung, diikuti Sebarau, Terbui, Tebal Sisik, Temelian dan sebagainya. Tidak ada sesiapa yang dapat menolong mereka. Ramai yang menjadi mangsa. Seterusnya, pengarang menggambarkan keriangan dan kegembiraan Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat Dali, Budin Anak Awang Cek Leh bersama rakan-rakan mandimanda di hilir Sungai Tengas. Sementara itu, di hulu Sungai Tengas; Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh sedang memerah akar tuba untuk menuba ikan. Getah tuba berwarna putih susu dikocak ke dalam air. Air sungai yang jernih mengalir dari Gunung Bungsu berubah warna menjadi keputih-putihan. Haruan meminta semua ikan lari menyelamatkan diri. Selesai kerja meracuni air sungai itu; Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh bergegas ke hilir Sungai Tengas untuk menyauk ikan yang mabuk dengan gelojoh. Banyak ikan yang mereka dapat Mereka hanya memilih ikan yang besar dan boleh dijual, manakala anak-anak ikan kecil akan dibiarkan bergelimpangan di situ. Mereka berpakat, jika ada orang tanya di mana mereka mendapat ikan tersebut; mereka akan katakan ikan tersebut kena pukat di Sungai Kuala Dingin.
96 Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh tidak sedar bahawa anak-anak mereka sedang melonjaklonjak kegembiraan mandi-manda di hilir Sungai Tengas juga menjadi mangsa kerakusan mereka sendiri. Ketika Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh pesta dengan hasil tangkapan mereka, keadaan di Kampung Sungai Tengas menjadi gempar. Enam orang budak menjadi pening-pening dan muntah-muntah selepas mandi-manda di Sungai. Mereka ialah Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat Dali, Budin Anak Awang Cek Leh, Jalil anak Lebai Kasim, Hasan anak Mat Siak dan Amin anak Haji Arsyad. Keenam- enam budak itu diletakkan di Balai Lintang. Haji Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Tengas, merangkap imam masjid bertanya kepada orang ramai di mana Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh. Namun Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh tiada. Lebai Kasim telah mendapat bukti bahawa air sungai telah dirancuni oleh akar tuba. Dengan pantas Haji Ibrahim meminta orang ramai mengambil air kelapa mida untuk dijadikan penawar. Orang kampung amat marah dengan kejadian itu. Tiba-tiba Lebai Kasim mencelah dan memandang ke arah Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh. Masing-masing menggalas guni baja yang sarat dengan Ikan. Suasana di Balai Lintang menjadi sepi. Semua yang berada di Balai Lintang memandang ke arah Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang kehairanan melihat ramai orang berhimpun di balai. Seterusnya, Haji Ibrahim mengatakan kepada Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik eh, “Kamu bertiga bukan saja menuba ikan, tetapi juga menuba anak-anak kamu.” Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menyesal dan memohon maaf. Setelah minum air kelapa muda, dengan izin Allah anak-anak itu pulih semula. Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan, di dada Sungai Tengas dari hulu ke hilir kelihatan bergelimpangan anak-anak Mengeras, Lampam, Tebal Sisik, Terbui, Sebarau, Temelian, Kelah dan lain-lain dihanyuti arus dengan perut yang mengelembung dan busuk. PERISTIWA YANG MEMPERLIHATKAN PELANGGARAN HUKUM TELAH BERLAKU Kisah pembuangan sisa toksid di Rio De Jenario. Ikan haruan mengingatkan anak buahnya tentang peristiwa yang berlaku di rio. Banyak ikan yang mati setelah manusi dengan rakusnya membuang sisa toksid ke dalam sungai. Kilang-kilang melepaskan sisa toksid ke dalam sungai secara haram untuk mengelak daripada mengeluarkan wang bagi tujuan pelupusan yang betul. Tindakan mereka yang melanggar hukum ini menyebabkan sungar tercemar dan kehidupan di dalamnya menjadi mangsa. Peristiwa menuba ikan di hulu sungai. Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan hidupan air. Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian,Terbui dan lain-lain dapat hidup dengan riang gembira dan aman apabila air sungai tidak dicemari. Begitu juga dengan Husin, Mail dan Budin boleh mandi manda dan bermain di sungai dengan tenang. Namun aktiviti menuba ikan secara berleluasa dan berlebihan menyebabkan sungai dicemari dengan racun tuba. Hal ini menyebabkan ribuan ikan mati dan anak-anak yang mandi dihilir sungai pening-pening dan muntah-muntah. Kerakusan dan ketamakan manusia dalam mencari rezeki menerusi sumber alam terutama di sungai. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Sikap mereka menyebabkan pencemaran dan banyak ikan yang terkorban termasuk anak mereka sendiri yang mabuk dan muntah-muntah akibat terminum air tuba ketika mandi di hilir sungai. Selain itu, manusia juga sering menjala dan menggunakan buah kelempung untuk menangkap ikan. Mereka tidak menghiraukan jika mereka mennagkap anak-anak ikan hingga menyebabkan ikan semakin pupus. Kejadian di Sungai Tengas yang dipenuhi buah kelempung. Semua ikan yang memakan buah kelempung tersebut menjadi mabuk dan ada yang mati. Kerjasama dan keinsafan manusia. Dengan pantas Haji Ibrahim meminta orang ramai mengambil air kelapa muda untuk dijadikan penawar. Orang kampung amat marah dengan kejadian itu “Kamu bertiga bukan saja menuba ikan, tetapi juga menuba anak-anak kamu.” Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik eh menyesal dan memohon maaf. Setelah minum air kelapa muda, dengan izin Allah anak-anak itu pulih semula.
97 P OT DAN KON IK TEMA Bertemakan kemasyarakatan. Kehidupan masyarakat ikan di sungai yang penuh dengan dugaan dan cabaran dan berkisar juga tentang pencemaran alam sekitar. Kehidupan ikan di sungai yang sepatutnya bahagia, aman dan harmoni telah bertukar lantaran ancaman daripada kegiatan manusia yang tidak bermoral dan tamak. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan mudah telah membawa kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk ikan dan manusia. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menuba ikan di Sungai Tengas menyebabkan air sungai tercemar sehingga semua ikan mati dan anak-anak mereka sakit. Oleh itu, kita sepatutnya menjada alam sekitar agar semua kehidupan dapat hidup dengan selesa.
98 Masyarakat yang tamak/kejam/melakukan pelanggaran hukum hidup. Melakukan kezaliman terhadap haiwan lain untuk kepen ngan diri sendiri tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekeliling. Oleh sebab sikap ini wajar ditegah dalam kehidupan agar mencapai keamanan dan kesejahteraan. ibuan ikan ma d i agun odrigo De ritas, sebuah pusat pelancongan akibat pembuangan bahan bahan industri ke dalam Sungai. (hlm 1 2) Peris wa d i sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba dan airnya yang berwarna pu h susu itu pun berbaur dengan air sungai yang mengalir ke kuala, menyebabkanberibu ribu anak, ibu, bapa dan nenek ikan kemabukan dan, tak kurang pula yang terapung apungma . (hlm1 3) Mat Dali, Awang Che ah dan Pak Kasa menuba di Hilir Sungai Tengas. (hlm 1 1) Kepen ngan sungai kepada masyarakat. Sungai yang menjadi nadi kepada semua habitat air dan juga amat pen ng kepada manusia. Sungai menjadi sumber air dan makanan serta pengangkutan kepada semua makhluk. Tanpa sungai kehidupan air akan pupus dan banyak penyakit akan menimpa. Sungai menjadi tempat nggal ikan haruan,sepet, belut dan pelbagai lagi yang menjaditempat pembiakanhidupanserta mejadi makananbagi manusiayang nggal d i Sungai. (hlm 1 3) Tanggungjawab masyarakat dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat haruslah memas kan orang bawahan membantu dan mennegur jika ada berlakunya perlanggaran hukum alam terhadap alam sekitar. Malahan perlu diambil ndakan jika dak menyebabkanpercemaran alam akan berleluasadan bertambahberat. Haji Ibrahim telah menasiha Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik eh agar dak melakukan perbuatan keji kerana i a akan mendapat balasan iaitu bukan hanya ikan sahaja dituba malahan anak anak mereka mabuk mabuk dan muntah kerana terminumair tubamereka. (hlm 1 1)
99 PERSOALAN Pencemaran sungai. Sungai merupakan sumber air kepada manusia dan kehidupan di dalamnya. Namun sikap manusia yang mengambil mudah dalam menjaganya dan mencemarkannya telah menjadikan kehidupan sungai mangsa pencemaran. Selain itu,sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan mudah telah membawa kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk ikan dan manusia. Jika pencemaran sungai tidak dibendung, maka manusia akan kehilangan sumber air bersih dan kehidupan sungai akan pupus. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menuba ikan di Sungai Tengas menyebabkan air sungai tercemar sehingga semua ikan mati dan anak-anak mereka sakit. Contoh lain yang dapat dilihat ialah pencemaran dan kerakusan sikap manusia yang berlaku di sungai ialah peristiwa di Rio yang membuang sisa toksik, peristiwa buah kelempung dan tuba yang digunakan oleh manusia untuk menangkap ikan di sungai Tengas menyebabkan ikan mabuk/dan mati mati dan pembunagan sampah sarap di dalam sungai. Bertanggungjawab. Seorang ketua atau pemimpin yang menjalankan bertanggungjawab tanpa culas terhadap Keselamatan anak buahnya. Ikan Haruan bertanggungjawab menjaga keselamatan ikanikan yang lain dengan memberi peringatan dan menyuruh mereka mendapatkan perlindungan apabila menyedari air sungai tercemar akibat tuba.
100 Kepentingan Sungai kepada kehidupan. Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan hidupan air. Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian,Terbui dan lain-lain dapat hidup dengan riang gembira dan aman apabila air sungai tidak dicemari. Begitu juga dengan Husin, Mail dan Budin boleh mandi manda dan bermain di sungai dengan tenang. Contoh, ikan haruan hidup aman dengan anak buahnya di sungai Tengas. Beliau mengingatkan anak buahnya tentang sikap manusia yang rakus dalam mencarik rezeki seperti menggunakan buah kelempung dan jala untuk menangkap ikan. Jika ikan Haruan tidak memberi peringatan nescaya lebih ramai ikan yang mati ketika peristiwa menuba ikan berlaku. Jelaslah bahawa sikap saling beringat dan bekerjasama penting untuk menjaga kepentingan dan kehidupan sungai. Kerakusan dan ketamakan manusia dalam mencari rezeki menerusi sumber alam terutama di sungai boleh merugikan diri sendiri. Sikap yang tamak perlu dikikis dalam diri masyarakat agar ianya tidak membawa keburukan kepada diri sendiri. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Sikap mereka menyebabkan pencemaran dan banyak ikan yang terkorban termasuk anak mereka sendiri yang mabuk dan muntah-muntah akibat terminum air tuba ketika mandi di hilir sungai. Sepatutnya manusia perlu beringat tentang memulihara sungai ketika mencari rezeki di sungai. Manusia tidak boleh tamak dan menggunakan cara yang salah untuk menangkap ikan. Dengan ini kehidupan sungai boleh meneruskan kehidupannya dan manusia dapat mencari rezeki pada jangka masa yang lama. Keinsafan. Seseorang yang meyesali segala perbuatan salah yang pernah dilakukannya. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menyesal dan memohon maaf atas perbuatan mereka menuba ikan di Sungai Tengas. Nilai kasih sayang yang wujud dalam kehidupan. Perasaan kasih yang wujud di antara ayah dengan anak. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sangat sayangkan anak-anak . Mereka menyesal dengan perbuatan mereka yang tamak. Sikap mereka yang menggunakan tuba untuk menangkap ikan dihulu Sungai Tengas telah menyebabkan anak-anak mereka yang mandi di hilir pening dan muntahmuntah. Akhirnya mereka bekerjasama membantu meyelamatkan anak-anak mereka dengan memberi minum air kelapa. Sikap sayang / prihatin juga ditonjolkan oleh ikan Haruan kepada anak buahnya apabila beliau dengan segera menyuruh anak buahnya lari menyelamatkan diri setelah mengetahui Pak Kasa dan rakan-rakan ingin menuba ikan di hilir sungai. Beliau juga senantiasa menasihati semua anak buahnya agar berwaspada dengan kerakusan manusia ketika ingin menangkap ikan dan ketika membuang sampah. Tolong menolong amalan mulia. Sikap tolong-menolong atau saling bantu membantu amat penting dalam kalangan masyarakat untuk memastikan kesejahteraan penduduk. Tanpa sikap tolong menolong ini, penduduk tidak akan mengenali satu sama lain dan tidak akan wujud keharmonian dalam masyarakat. Contohnya, orang-orang kampung membantu anak-anak yang keracunan dan membawa mereka ke Balai Lintang. Pelbagai usaha dibuat untuk menyembuhkan anak-anak tersebut. Jadi pemikiran masyarakat yang suka menolong ini amat penting bagi melahirkan masyarakat yang aman harmoni. Kepentingan nasihat / saling ingat mengingati. Sikap masyarakat yang saling memberi nasihat dan saling ingat mengingati amat penting kerana sikap ini boleh menjamin kaharmonian dalam sesebuah komuniti. Contohnya, Ikan haruan sering mengingati atau menasihati ikan-ikan yang lain dalam sungai supaya berhati-hati dengan tidakan manusia yang boleh mengancam nyawa mereka. Ikan haruan mengingati ikan lain tentang peristiwa pencemaran yang berlaku di Rio hingga menyebabkan banyak ikan yang mati. Jadi, pemikiran masyarakat yang suka memberi nasihat amat penting sebagai Langkah untuk berwaspada selalu.
101 CI D L CE E “ - E ELI ” Masyarakat yang tamak/kejam/melakukan pelanggaran hukum hidup. Melakukan kezaliman terhadap haiwan lain untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekeliling. Oleh sebab sikap ini wajar ditegah dalam kehidupan agar mencapai keamanan dan kesejahteraan. Ribuan ikan mati di Lagun Rodrigo De Fritas, sebuah pusat pelancongan akibat pembuangan bahan-bahan industri ke dalam Sungai. (hlm 162) Peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba dan airnya yang berwarna putih susu itu pun berbaur dengan air sungai yang mengalir ke kuala, menyebabkan beribu-ribu anak, ibu, bapa dan nenek ikan kemabukan dan, tak kurang pula yang terapung-apung mati. (hlm163) Mat Dali, Awang Che Lah dan Pak Kasa menuba di Hilir Sungai Tengas. (hlm 171) Kepentingan sungai kepada masyarakat. Sungai yang menjadi nadi kepada semua habitat air dan juga amat penting kepada manusia. Sungai menjadi sumber air dan makanan serta pengangkutan kepada semua makhluk. Tanpa sungai kehidupan air akan pupus dan banyak penyakit akan menimpa. Sungai menjadi tempat tinggal ikan haruan, sepet, belut dan pelbagai lagi yang menjadi tempat pembiakan hidupan serta mejadi makanan bagi manusia yang tinggal di Sungai. (hlm 163) Tanggungjawab masyarakat dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat haruslah memastikan orang bawahan membantu dan mennegur jika ada berlakunya perlanggaran hukum alam terhadap alam sekitar. Malahan perlu diambil tindakan jika tidak menyebabkan percemaran alam akan berleluasa dan bertambah berat. Haji Ibrahim telah menasihati Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh agar tidak melakukan perbuatan keji kerana ia akan mendapat balasan iaitu bukan hanya ikan sahaja dituba malahan anak-anak mereka mabuk-mabuk dan muntah kerana terminum air tuba mereka. (hlm 171) Masyarakat yang bermuafakat/bekerjasama. Amalan berkerjasama dalam melakukan sebarang perkerjaan akan menjadikan kerja lebih mudah dan mencapai kejayaan. Kerjasama akan mewujudkan sikap toleransi dan hormat menghormati antaran masyarakat. Namun jika amalan ini tidak diambilkan pasti berlaku pepecahan dan perbalahan dalam kehidupan. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah sama-sama mengetuk akar tuba di atas batu dan getah tuba yang berwarna susu mengalir dalam air sungai. Mereka bersama-sama mengumpulkan ikan yang kemabukan dan dimasukkan dalam guni. (halaman 168) Masyarakat yang sering menasihati/memberi peringatan. Masyarakat yang suka membuat kemusnahan alam sekitar. Masyarakat yang sentiasa berwaspada/berhati-hati. NILAI KEMANUSIAAN DALAM CERPEN ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN Nilai kemanusiaan adalah merujuk kepada perilaku baik atau mulia yang sepatutnya diamalkan oleh setiap individu. Manusia wajar bersikap baik kerana dirinya mempunyai akal yang sempurna dan mampu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Jika nilai kemanusiaan diabaikan maka perilakunya boleh menyamai binatang yang tidak mempunyai akal. Malah kadangkala perilaku manusia akan lebih zalim daripada binatang. 1. Tanggungjawab menjaga alam sekitar 2. Simpati 3. Kasih sayang terhadap anak-anak 4. Amanah 5. Bekerjasama
102 I E I 1. elojoh/ Tamak H/C Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che eh bagaikan berpesta dengan kegelojohan yang nggi mereka menyauk ikan ikan yang ada dalam sungai. 2. Bangga diri H/C Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che eh berasa bangga dengan hasil tangkapan ikan yang banyak. Awang Che eh membuat kiraan keuntungan yang akan diperolehi apabila menjual ikan di pasar nan . 3. Pen ngkan Diri H/C Pak Kasa menyuruh Mat Dali dan Awang Che eh membiarkan sahaja anak anak ikan yang telah ma dan mengambil ikan ikan yang bersaiz besar sahaja untuk dijual. . Penipu/ Berbohong H/C Mat Dali mempersoalkan jawapan yang akan diberi apabila orang bertanyakan daripada mana ikan tersebut diperolehi. Pak Kasa memberi idea dengan mengatakan bahawa ikan ikan tersebut terkena pukat di Sungai Kuala Sedingin. . Mencemarkan alam sekitar. UNSUR NEGATIF YANG ADA PADA MASYARAKAT Masyarakat yang tamak dan melakukan pelanggaran hukum hidup. Sikap tamak dan mementingkan diri tidak akan membawa kabaikan pada diri. Selain itu, melakukan kezaliman terhadap haiwan lain untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekeliling. Oleh sebab sikap ini wajar ditegah dalam kehidupan agar mencapai keamanan dan kesejahteraan. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che Leh bagaikan berpesta dengan kegelojohan yang tinggi mereka menyauk ikan-ikan yang ada dalam sungai. Masyarakat yang bangga diri. Sikap bangga diri akan menyebabkan seseorang itu tidak disukai oleh orang lain. Sikap bangga yang ada akan menyebabkan seseorang itu menjadi pentingkan diri sendiri. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che Leh berasa bangga dengan hasil tangkapan ikan yang banyak. Awang Che Leh membuat kiraan keuntungan yang akan diperolehi apabila menjual ikan di pasar nanti. Sikap bangga diri yang ada pada mereka menyebabkan mereka lupa bencana yang mereka lakukan kepada kehidupan air sungai Tengas. Banyak ikan mati dan anak mereka sendiri turut terkena racun tuba tersebut. Oleh itu, masyarakat perlu membuang rasa bangga diri agar dapat membentuk sahsiah yang lebih baik. Masyarakat yang pentingkan diri. Pak Kasa menyuruh Mat Dali dan Awang Che Leh membiarkan sahaja anak-anak ikan yang telah mati dan mengambil ikan -ikan yang bersaiz besar sahaja untuk dijual. Masyarakat yang menipu dan suka berbohong. Mat Dali mempersoalkan jawapan yang akan diberi apabila orang bertanyakan daripada mana ikan tersebut diperolehi. Pak Kasa memberi idea dengan mengatakan bahawa ikan-ikan tersebut terkena pukat di Sungai Kuala Sedingin. Mencemarkan alam sekitar. MESEJ Menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan. Insaf adalah sikap seseorang yang meyesali segala perbuatan salah yang pernah dilakukannya. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah insaf dengan perbuatan mereka menuba ikan di Sungai Tengas setelah ditegur oleh penghulu kampung, Hj. Ibrahim. Bertanggungjawab ketua / pemimpin menjaga keselamatan anak buah. Seorang ketua seharusnya memastikan orang bawahan membantu dan menegur jika ada berlakunya perlanggaran hukum alam terhadap alam sekitar. Malahan perlu diambil tindakan jika tidak menyebabkan percemaran alam
103 SIMPATI – Melihat ikan Baung, Sebarau yang tersangkut pada jala. PINTAR-Bijak melepaskan diri daripada terminum air sungai yang dicemari tuba. PRIHATIN-Menyuruh ikan-ikan lain menyelamatkan diri ke hilir sungai. IKAN HARUAN akan berleluasa dan bertambah berat. Ikan Haruan sentiasa menasihati anak buahnya supaya berwaspada dengan manusia. Menggunakan kebijaksanaan dengan sebaik mungkin. Pemimpin seharusnya bijak menggunakan akal fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ikan haruan sering mengingatkan sahabat-sahabatnya agar berhati-hati. Ikan Haruan bijak melepaskan diri dari terminum air sungai yang telah dituba dengan membenamkan diri ke dalam sungai dan meminta semua ikan melarikan diri ketika air tuba mengalir ke hilir. WATAK DAN PERWATAKAN TEKNIK PENULISAN. Teknik Dialog. Perbualan di antara dua atau lebih watak. Perbualan di antara Ikan Haruan dengan rakan-rakannya. Haruan mengingatkan semua rakan-rakannya, Teberau, Temelian, Belut dan lain-lain agar berhati-hati. Jangan terlalu percaya kepada perangkap manusia yang rakus mencari rezeki di sungai. Kesan penggunaan dialog adalah untuk memberi pengeasan tehadap penceritaan yang cuba di sampaikan. Teknik deskriptif/ pemerian/ pemberitahuan/ penyataan/ naratif. Memerihalkan secara terperinci tentang sesuatu peristiwa, watak dan lain-lain. Kesannya adalah untuk menguatkan makna gambaran yang ingin disampaikan. Aku terus mengingatkan mereka dan belum pun habis aku berkata-kata, Belut tercungap-cungap muncul memberi amaran. Mendapat berita dari Belut itu, kami semua bercempera membawa diri. ada yang menjunam ke bawah, ada yang berselindung dan ada yang lari bersembunyi. Teknik Imbas kembali. Mengenang/mengungkit/mengingat peristiwa yang telah berlaku dan diceritakan kembali. “Kau juga lupa peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba dan airnya yang berwarna putih ..................................... Teknik Kejutan. Menerima sesuatu berita dengan memeranjatkan secara tiba-tiba. Aku terus mengingatkan mereka dan belum pun habis aku berkata-kata, Belut tercungap-cungap muncul memberi amaran.“Tak jauh dari sini, di sebelah hilir ada orang membawa jala, dia sedang bergerak ke mari.”
104 BAB 5 DI SEBAIK SIRAT MAKNA OLEH ABANG MEDIAN ABANG SAID SINOPSIS Cerpen ini bermula Cikgu Ibau bermonolog sendiran mengingatkan cikgu baru yang akan datang bertugas di sekolah tempat beliau bekerja. Guru baru tersebut merupakan bekas anak muridnya iaitu Cikgu Naszkir. Perasaan Cikgu Ibau agak kacau apabila beliau mengetahuai bahawa Cikgu Naszkir akan bertugas di sekolah yang sama dengannya. Perasaan Cikgu Ibau resah dan beliau mengimbau kisah lampau sewaktu beliau mengajar Cikgu Naszkir. Bagi Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir pada zaman persekolahannya agak nakal. Beliau sering dimarahi dan dirotan oleh Cikgu Ibau kerana seringkali melanggar disiplin. Perasaan Cikgu Ibau brtambah kacau bilau dan bercelaru meskipun beliau sedar beliau sudah tua dan sudah hampir bersara. Hatinya makin bercelaru apabila beliau diberitahu bahawa beliau akan bekerja bersama dengan anak muridnya, Cikgu Naszkir. Muird yang dibencinya suatu waktu dahulu kerana banyak melakukan kesalahan disiplin dan pernah dibuang asrama. Kini beliau akan bertugas di bawah Cikgu Naszkir yang memegang jawatan sebagai Penolong Kanan HEM. Ketika melapor diri, Cikgu Naszkir telah bertemu dengan Cikgu Ibau Paul Nyibang dalam bilik pengetua. Cikgu Ibau Paul Nyibang akan bertugas sebagai Ketua Warden Asrama Sarjana di bawah Cikgu Naszkir bin Zakir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dalam perjumpaan singkat di bilik Cikgu Micheal Teo pengetua sekolah, Cikgu Naszkir diberitahu bahawa Cikgu Ibau telah bertugas sebagai guru di sekolah berkenaan hampir empat puluh tahun. Akhirnya, Cikgu Ibau keluar dari bilik Cikgu Micheal Teo, pengetua sekolah dengan perasaan geram yang membengkak dalam dirinya. Senyuman yang diberikan oleh Cikgu Naszkir dirasakan sebagai menyindir dirinya. Konflik antara Cikgu Ibau dengan Cikgu Naszkir semakin menjadi ketika menyelesaikan masalah pelajar. Tingang telah melanggar disiplin asrama. Cikgu Ibau telah membuang Tingang dari asrama. Itulah adalah peratruan yang ditetapkan. Namun berbeza dengan Cikgu Naszkir. Cikgu Naszkir telah menerima Tingang Kembali untuk masuk ke asrama Sarjana. Cikgu Ibau beranggapan keputusan Cikgu Naszkir menerima kembali Tingang telah membelakangkannya sebagai Ketua Warden Asrama Sarjana. Kemarahan Cikgu Ibau makin membengkak. Cikgu Ibau beranggapan bahawa dia seperti dipermainkan dan diperlekehkan. Kemarahan Cikgu Ibau semakin memuncak, dan akhirnya Cikgu Ibau bersemuka dengan Cikgu Naszkir untuk menyelesaikan kemelut yang terjadi. Pengetua sekolah, Cikgu Micheal Teo telah memanggil keduanya masuk ke dalam biliknya untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang berlaku di antara keduanya. Dalam pertemuan tersebut, Cikgu Ibau meminta penjelasan daripada Cikgu Naszkir tentang kenapa Tingang diterima kembali untuk tinggal di asrama Sarjana. Cikgu Naszkir dengan tenang menjelaskan bahawa setiap masalah harus diselasaikan dengan baik iaitu mendengar penjelasan kenapa perkara itu berlaku. Apabila mendengar penjelasan daripada Tingang, Cikgu Naszkir percaya Tingang harus diberi peluang kedua. Cikgu Naszkir juga memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa beliau kasihan dengan masa depan Tingang. Cikgu Naszkir sudah mengkaji latar belakang Tingang, dan bercakap dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Bagi Cikgu Naszkir, Tingang merupakan pelajar yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah dengan guru-guru. Cuma dia ada maslaha di asrama dan itu pun baru pertama kali. Cikgu Naszkir juga membuat perjanjian bertulis dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Cikgu Naszkir cuba menyelesaikan masalah atas dasar kemanusiaan. Cikgu Naszkir meminta Cikgu Ibau membayangkan kalau Tingang di gantung asrama, sedangkan kampungnya jauh di Long Banga - di hujung Sungai Baram sudah pasti dia menghadapi kesukaran untuk datang ke sekolah. Lagi pun, mereka keluarga yang susah. Bersusah payah, berkapal terbang datang ke sekolah untuk merayu supaya anak mereka diberi peluang terakhir. Cikgu Naszkir menyatakan bahawa beliau tidak sanggup menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa Tingang. Tingang adalah satu-satunya harapan mereka.
105 C C C C C Cikgu Ibau masih tidak berpuas hati, beliau beranggapan bahawa Cikgu Naszkir hendak melempiaskan dendam terhadapnya. Hal ini kerana beliau pernah merotan dan membuang Cikgu Naszkir sebelum ini. Micheal Teo meminta mereka bersikap profesional dan jangan ada sebarang dendam atau prasangka. Cikgu Micheal Teo memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa Cikgu Naszkir telah pun memaklumkan kepadanya tentang rasionalnya supaya Tingang diterima balik ke asrama. Dalam pertemuan tersebut juga Cikgu Micheal Teo megharapkan mereka dapat mengetepikan segala pandangan dan pertelingkahan. Cerpen ini berakhir dengan majlis persaraan Cikgu Ibau yang dikendalikan oleh Badan Pengawas. Perasaan sedih menguasai Cikgu Ibau, namun beliau masih ada perasaan ego, benci, marah dan dendam terhadap Cikgu Naszkir. Dalam majlis tersebut Cikgu Naszkir telah memberi ucapan sebagai wakil guru. Dalam ucapan, Cikgu Naszkir memberi nasihat kepada pelajar supaya menghargai jasa guru. Apajua yang guru lakukan adalah untuk melihat pelajarnya berjaya. Cikgu Naszkir juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ibau kerana telah mematangkan dirinya. Beliau berjaya menjadi manusia kerana disiplin dan ucapanyang diberikan oleh Cikgu Ibau suatu ketika dulu ketika Cikgu Ibau menghukumnya. Bagi Cikgu Naszkir, beliau tidak akan berjaya tanpa Cikgu Ibau. Majlis tersebut diakhiri dengan serangkap pantun oleh Cikgu Naszkir buat Cikgu Ibau. Cikgu Ibau sebak kerana telah tersalah sangka terhadap Cikgu Naszkir dan mereka berpelukan. MAKSUD PERKATAAN - Monotonous bermaksud membosankan PLOT DAN PERISTIWA
106 C C C C C C C C C C C C PE ISTIWA PENTIN C C C CARA MENJAWAB RENTETAN PERISTIWA SEBELUM MAJLIS PERSARAAN CIKGU IBAU Kehadiran Cikgu Nazkir bertugas di sekolah Cikgu Ibau. Perasaan Cikgu Ibau agak kacau apabila beliau mengetahuai bahawa Cikgu Naszkir akan bertugas di sekolah yang sama dengannya. Cikgu Naszkir merupakan bekas anak muridnya suatu waktu dahulu. Perasaan Cikgu Ibau terbawa-bawa kepada kisah lampau sewaktu beliau mengajar Cikgu Naszkir. Bagi Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir merupakan murid yang agak nakal. Beliau sering dimarahi dan dirotan oleh Cikgu Ibau kerana seringkali melanggar disiplin. Cikgu Ibau tidak mampu memadam memori lampaunya terhadap Cikgu Naszkir, walaupun Cikgu Ibau sedar dia sudah tua dan sudah hampir bersara.
107 Cikgu Naszkir dianggap masih mentah dan tiada pengalaman. Perasaan geram yang membengkak dalam Cikgu Ibau bertambah apabila beliau diberitahu bahawa beliau akan bekerja bersama dengan anak didiknya, Cikgu Naszkir yang dibencinya suatu waktu dahulu oleh Cikgu Micheal Teo. Cikgu Ibau Paul Nyibang akan bertugas sebagai Ketua Warden Asrama Sarjana di bawah Cikgu Naszkir bin Zakir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Cikgu Ibau beranggapan bahawa walaupun Cikgu Nazkir mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi belum tentu dapat menyelesaikan masalah berkaitan disiplin. Cikgu Ibau merasakan dia dipinggirkan atau disisihkan. Seterusnya berlaku konflik antara Cikgu Ibau dengan Cikgu Naszkir ekoran tindakan Cikgu Naszkir nemerima kembali Tingang untuk masuk ke asrama Sarjana, sedangkan Tingang telah dibuang asrama oleh Cikgu Ibau kerana telah melanggar disiplin asrama. Cikgu Ibau beranggapan keputusan Cikgu Naszkir menerima kembali Tingang telah membelakangkannya sebagai Ketua Warden Asrama Sarjana. Cikgu Ibau juga beranggapan Cikgu Naszkir menjadikannya sebagai boneka. Kemarahan Cikgu Ibau makin membengkak. Cikgu Ibau beranggapan bahawa dia seperti ditikan dari belakang oleh Cikgu Naszkir. Cikgu Ibau merasakan dirinya tersisih dalam kepompong tugas dan diperlekehkan oleh Cikgu Naszkir. Cikgu Ibau merasakan dirinya diperlekehkan oleh Cikgu Naszkir. Kemarahan Cikgu Ibau semakin memuncak, dan akhimya Cikgu Ibau bersemuka dengan Cikgu Naszkir untuk menyelesaikan kemelut yang terjadi. Dalam pertemuan tersebut, Cikgu Ibau meminta penjelasan daripada Cikgu Naszkir tentang kenapa Tingang diterima kembali untuk tinggal di asrama Sarjana. Cikgu Naszkir dengan tenang menjelaskan kepada Cikgu Ibau kenapa Tingang diterima kembali untuk tinggal di asrama. Dalam pertemuan tersebut, Cikgu Naszkir memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa tindakannya menerima kembali Tingang ialah untuk memberi peluang kedua kepada Tinggang. Cikgu Naszkir juga memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa beliau kasihan dengan masa depan Tingang. Cikgu Naszkir sudah mengkaji latar belakang Tingang, dan beliau juga telah bercakap dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Bagi Cikgu Naszkir, Tingang merupakan pelajar yang baik dan tidak pemah menimbulkan masalah dengan guru-guru, dan dia cuma bermasalah apabila berada di asrama. Cikgu Naszkir juga membuat perjanjian bertulis dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Walaupun Cikgu Ibau telah diberi penjelasan oleh Cikgu Naszkir, Cikgu Ibau masih tidak berpuas hati. Cikgu Ibau beranggapan bahawa Cikgu Naszkir hendak melempiaskan dendam terhadapnya. Pertemuan di bilik Cikgu Micheal Teo. Pengetua Cikgu Micheal Teo telah meminta Cikgu Naszkir dan Cikgu Ibau ke biliknya untuk menyelesaikan masalah yang mereka. Mereka berdua diminta oleh Cikgu Micheal Teo supaya bersikap profesional dan jangan ada sebarang dendam atau prasangka. Cikgu Micheal Teo memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa Cikgu Naszkir telah pun memaklumkan kepadanya tentang rasionalnya supaya Tingang diterima balik ke asrama. Dalam pertemuan tersebut juga Cikgu Micheal Teo megharapkan mereka dapat mengetepikan segala pandangan dan pertelingkahan. Majlis Persaraan Cikgu Ibau. Majlis persaraan Cikgu Ibau dikendalikan oleh Badan Pengawas. Perasaan sedih menguasai Cikgu Ibau apabila mengenangkan hari-hari terakhir perkhidmatanya di sekolah. Banyak kenangan lalu terbayang di matanya. Namun perasaan benci, marah dan dendam terhadap Cikgu Naszkir bercampur-baur, dan masih lagi menguasai dirinya sehinggalah ke saat pengacara majlis menjemput Cikgu Naszkir ke pentas sebagai wakil guru untuk menyampaikan ucapan. Cikgu Naszkir mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ibau. Kata-kata Cikgu Ibau menyebabkan dia berjaya dan akhirnya mereka berpelukan.
108 Bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan profesionalismebidang perguruan. uru merupakan golongan profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mendidik pelajar berteraskan asas Kejayaan. Cikgu Ibau merupakan seorang guru yang berpengalaman dan sangat Meni k beratkan disiplin. Semasa beliau mendidik Cikgu Naszkir, beliau pernah merotannya sehingga menjadi pelajar berdisiplin dan berjaya dalam pelajaran. Namun setelah sekian lama menabur khidmat dalam perkhidmatan perguruan ba ba muncul seorang guru baru yang pernah menjadi anak muridnya. Murid yang pernah dihukum kerana melakukan kesalahan semasa nggal d i asrama suatu ke ka dahulu. Kehadirannya telah mencabar ego seorang guru yang merasakan bahawa selama ini ndakannya benar belaka. Pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah menjadikan kon ik semakin hebat. Hakikatnya sahaja yang dilakukan oleh guru adalah untuk mendidik anak muridnya untuk berjaya. Oleh itu, se ap murid perlu menghargaijasa dan pengorbananguru. Kon ik r n nd Kon ik uru d n n k l r Kon ik r n r n i l di i lin l r Kon ik r n n d n k duduk n TEMA Bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan profesionalisme bidang perguruan.Guru merupakan golongan profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mendidik pelajar berteraskan asas Kejayaan. Cikgu Ibau merupakan seorang guru yang berpengalaman dan sangat Menitik beratkan disiplin. Semasa beliau mendidik Cikgu Naszkir, beliau pernah merotannya sehingga menjadi pelajar berdisiplin dan berjaya dalam pelajaran. Namun setelah sekian lama menabur khidmat dalam perkhidmatan perguruan tiba-tiba muncul seorang guru baru yang pernah menjadi anak muridnya. Murid yang pernah dihukum kerana melakukan kesalahan semasa tinggal di asrama suatu ketika dahulu. Kehadirannya telah mencabar ego seorang guru yang merasakan bahawa selama ini tindakannya benar belaka. Pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah menjadikan konflik semakin hebat. Hakikatnya sahaja yang dilakukan oleh guru adalah untuk mendidik anak muridnya untuk berjaya. Oleh itu, setiap murid perlu menghargai jasa dan pengorbanan guru.
109 PE SOA AN 01 02 03 K A A A K A AK A cth: Cg.Ibau merotanNaszkir yg nakal ke ka menjadi anak muridnya A A A A A A A A Cikgu Ibau bertegas untukmengawal disiplinpara pelajarnyaterutama yang nggal di asrama. A A A A KA K Cikgu Ibau berprasangkaburuk terhadapCikgu Naszkir atas ndakanmerotannya dahulu. Namun sebenarnyaCikgu Naszkir dak menyimpansebarangperasaan dendamterhadapCikgu Ibau. 0 PE SOA AN 0 0 0 A A A A A Cikgu Naszkir mengenang jasa cikgu Ibau yang telahmendidiknya Hingga berjayamenjadi guru. uku n i r n n cth: Cg Naszkir menjadikanhukumansbg perangsangsehingga dia menjadi seorang guru yang berjaya r n k ik in n cth: akan guru yg lain bersangka baik dngn Cg Naszkir ke ka beliau dilan k menjadi warden Sarjana ri n or n uru r d n k uridn cth: Cg.Naszkir priha n Tingang yg digantungasrama disebabkanmasalah disiplin PEMIKIRAN MASYARAKAT DALAM CERPEN Menghargai jasa dan tugas guru / Jasa dan pengirbanan guru. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya demi kepentingan orang disekelilingnya. Oleh itu jasa dan pengorbanan seorang guru perlu dikenang dan dihargai. Cikgu Naszkir mengenang jasa cikgu Ibau yang telah mendidiknya hingga berjaya menjadi guru. Secara tidak sedar cerpen ini sebenarnya telah menunjukkan pengiktirafan jasa seorang guru yang sekian lama bertugas sehingga hendak bersara. Cikgu Naszkir merupakan salah seorang pelajar yang dahulunya tidak diberi harapan untuk berjaya. Namun cikgu Ibau telah berjaya menjadikan beliau sabagai seorang guru dan mampu menyumbang kepada anak bangsa pada kemudian hari. Bukti ini dapat ditunjukkan pada ucapan cikgu Naszkir ketika majlis persaraan cikgu Ibau. Tanpa jasa cikgu Ibau, Naszkir mungkin tidak berjaya dalam pelajarannya. Kesanggupan menerima perubahan dan idea baru. Cerpen ini juga menjelaskan tentang keperluan untuk merubah kaedah pembelajaran dan pendidikan ke atas para pelajar. Malah cerpen ini menyerlahkan betapa sukarnya sesebuah masyarakat itu untuk menerima perubahan. Cikgu Ibau sangat sukar untuk menerima pendapat baru kerana mungkin mempunyai ego tertentu yang merasakan bahawa tindakan beliau selama ini betul dan tepat. Hal ini jelas apabila Cikgu Ibau tidak bersetuju dengan tindakan Cikgu Naszkir menerima semula Tinang yang telah dibuang sekolah kerana melakukan kesalahan. Cikgu Ibau akhirnya menerima perubahan yang dibawa oleh bekas anak muridnya.
110 Masalah disiplin pelajar asrama. Cikgu Ibau bertegas untuk mengawal disiplin para pelajarnya terutama yang tinggal di asrama. Cerpen ini cuba menyelami sebahagian daripada dilema masyarakat guru yang bertugas sekian lama sehingga waktu bersara. Waktu terdahulu, tiada siapa yang mahu mempersoalkan tindakan guru ketika menyelesaikan masalah para pelajarnya. Semua guru akan cuba bertugas dan menyelesaikan masalah pelajar dengan cara yang terbaik. Semua tindakan guru adalah bermatlamat ke arah kebaikan para pelajarnya. Sebagai manusia biasa, guru juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kini tindakan guru perlu dinilai dan melihat aspek rasionalnya. Tindakan guru mungkin betul pada suatu masa tetapi mungkin perlu menggunakan kaedah berbeza pada waktu yang lain. Cikgu Naszkir merupakan seahagian masyarakat pelajar yang telah melalui satu proses pembelajaran yang berbeza suatu waktu dahulu. Namun apabila tiba giliran cikgu Naszkir menjadi guru, beberapa pembaharuan dalam kaedah mendidik pelajar telah cuba diperkenalkan. Dendam dan berprasangka buruk. Cikgu Ibau berprasangka buruk terhadap Cikgu Naszkir atas tindakan merotannya dahulu. Namun sebenarnya Cikgu Naszkir tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap Cikgu Ibau. Tanggungjawab guru Menghormati guru. Kenakalan di zaman persekolahan. Watak saya merupakan seorang pelajar yang nakal pada zaman persekolahannya. Beliau sering menimbulkan masalah disiplin di sekolah suatu ketika dahulu. Cikgu Ibau pernah memukul dan menempeleng watak saya suatu ketika dahulu kerana melanggar disiplin. Semangat tinggi untuk berjaya. Walaupun tinggal di pedalaman, dan mempunyai masalah disiplin di zaman persekolahannya, watak saya tetap mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya. Berbekalkan semangat yang tinggi inilah watak saya berjaya memperolehi segulung ijazah dan akhirnya dilantik menjadi Penolong Kanan HEM. Ketenangan dalam menghdapi masalah. Watak saya sentiasa tenang dan sabar apabila berhadapan dengan sesuatu masaalah. Hal ini dapat dilihat apabila beliau tenang sewaktu berhadapan dengan Cikgu Ibau yang sedang marah kepadanya kerana menerima Tingang kembali untuk tinggal di asrama. Simpati/belas kasihan terhadap nasib orang lain. Watak saya merasa belas kasihan dengan nasib dan masa depan Tingang jika Tingang terus dibuang dari asrama. Kepentingan pendidikan. Watak saya memiliki ijazah sarjana dari salah sebuah universiti sehingga membolehkannya dilantik menjadi guru Penolong Kanan HEM. Berfikiran positif. Setiap pelajar mestilah sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. Pelajar yang sentiasa berfikiran positif mampu menempatkannya dalam kalangan orang yang berjaya. Cikgu Naszkir merupakan seorang yang berfikiran positif, khususnya pada zaman persekolahannya. Walaupun mempunyai masalah disiplin, dan sentiasa dihukum oleh Cikgu Ibau, beliau sentiasa berfikiran positif. Akhirnya beliau berjaya dalam hidup, dan mendapat pekerjaan yang baik yang mampu menjamin masa depannya. Peraturan dan Disiplin pelajar. Sesuatu hukuman yang dikenakan oleh guru adalah untuk mendidik dan membentuk diri pelajar supaya menjadi manusia yang berjaya suatu hari kelak. Hukuman yang dikenakan sewajarnya perlu dalam mendidik dan menentukan hala tuju hidup ini, supaya ianya menjadi lebih bermakna. Cikgu Naszkir menjadikan hukuman yang diterimanya dari Cikgu Ibau sewaktu ketika dahulu sebagai perangsang sehingga menjadikan Cikgu Naszkir seorang yang berjaya. Cabaran guru untuk mendisiplinkan pelajar.
111 ambaran masyarakat Masyarakatyang tenang apabila menghadapi masalah Masyarakatyang berpendidikan Masyarakatyang sen asa menghargai jasa guru Masyarakatyang simpa terhadap orang lain Masyarakatyang sukar menerima pendapatorg lain LATAR Pedalaman Sarawak. Di sebuah sekolah. WATAK DAN PERWATAKAN 1. CIKGU IBAU PAUL NYIBANG a. latarbelakang: - Nama penuh Ibau Paul Nyibang (175) - Isteri Chrisy (180) - Ketua Warden (174) - Berkhidmat lebih 40 tahun (175) - Ada 6 bulan masa untuk bersara (185) b. Perwatakan: - Watak utama Tegas (hlm.173-174) Menangani disiplin pelajar cth: Pernah merotan Naszkir 20 tahun lalu kerana Naszkir melanggar disiplin sekolah. - Komited dengan tugas (hlm. 174) Biarpun hampir hendak bersara masih tetap bersemangat meneruskan tugasnya sebagai ketua warden, cth: beliau mempertikaikan tindakan Cikgu Naszkir menerima Tinang masuk asrama kembali kerana bimbang ianya akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain. - Cepat marah - Berprangsaka buruk - Berdendam
112 2. CIKGU NAZKIR a. latarbelakang: - Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid - Warden di asrama di sekolahnya - Bekas anak murid cikgu ibau b. Perwatakan Naszkir Seorang yang suka tersenyum. Sentiasa tersenyum walaupun sedang menghadapi masalah dengan guru dan pelajarnya. Contohnya Cikgu Naszkir akan sentiasa memberikan senyuman kepada Cikgu Ibau ketika mereka berbincang tentang masalah disiplin. Seorang yang suka berpakaian berjenama dan kemas. Berpakaian kemas semasa di tempat bertugas. Penulis menggambarkan bahawa Cikgu Naszkir sentiasa berpakaian berjenama dengan kemas, bertali leher dan sesuai dengan keduddukannya sekarang. Menghormati guru. Setiap murid perlu menghormati dan menghargai guru. Cikgu Nazdkir menasihati pelajar agar menghormati guru yang mendidik mereka walaupun guru tersebut tegas semasa menjalankan tugasnya. Sekiranya para pelajar tidak menghormati guru, maka ilmu yang diterima pelajar tersebut tidak berkat. Saya sebagai seorang pelajar akan tetap menghormati semua guru agar ilmu diperolehi berkat. Contoh Cikgu Nadzkir yang memegang jawatan Penolong Kanan Hem tetap menghormati Cikgu Ibau walaupun pangkatnya lebih tinggi daripada Cikgu Ibau. Menjadi seorang yang berdisiplin. Disiplin amat penting dalam semua aspek kehidupan kita lebihlebih lagi semasa berada di sekolah. Dengan mempunyai disiplin, seseorang pelajar tersebut dapat belajar dengan tenang dan tanpa tekanan. Sebagai pelajar saya akan mengamalkan sikap berdisplin agar disayangi guru dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Contoh Cikgu Naszkir mengucapkan terima kasih kepada Cg. Ibau kerana berjaya mendisiplinkan beliau sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sanggup berkorban. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Begitu juga dengan pelajar haruslah berkorban masa, wang serta berjauhan dengan keluarga untuk berjaya. Saya sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk membeli buku agar berjaya dalam peperiksaan. Contoh CIkgu Naszkir sanggup menerima Tingang selepas dibuang sekolah mengenangkan pengorbanan ibu bapa Tingang yang sanggup datang dari jauh untuk merayu pembuangan Tingang dari asrama. Sanggup menghadapi cabaran. Kehidupan kita seharian tidak terlepas daripada cabaran. Begitu juga semasa belajar, setiap pelajar akan menghadapi pelbagai cabaran sebelum mengecap kejayaan. Sebagai seorang pelajar saya akan tabah dan kuat menghadapi cabaran yang mendatang. Contoh CIkgu Nadzkir mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ibau kerana memberinya cabaran sehingga beliau berjaya menjadi seorang guru. (hal 187) Gigih belajar ke peringkat tertinggi untuk Berjaya. Sekiranya seseorang itu inginkan jawatan yang baik atau bergaji besar, maka dia hendaklah belajar hingga ke universiti. Dengan adanya ijazah membolehkan seseorang itu memohon pekerjaan yang baik. Saya akan belajar hingga ke universiti agar mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya menjamin masa depan saya. Contoh CIkgu Naszkir berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dan menjawat jawatan Penolong Kanan HEM Tidak berdendam dengan guru. Sebagai seorang pelajar hendaklah berlapang dada dan jangan berdendam dengan guru sekiranya dihukum oleh guru. Anggaplah hukuman tersebut sebagai peringatan atu pengajaran agar tidak melakukan kesalahan lagi. Saya akan tetap menghormati guru
113 walaupun dikenakan hukuman semoga saya sedar akan kesilapan yang telah dialkukan. Contoh Cikgu Nadzkir meminta para pelajar agar tidak berdendam dengan guru yang mendenda mereka. (hal.187) Seorang yang menghormati guru dan menghargai jasa guru. Contoh ketika majlis perpisahan, Cikgu Naszkir membuat ucapan penghargaan kepada Cikgu Ibau. PERWATAKAN CIKGU NASZKIR JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB SIFAT YANG PERLU ADA PADA PELAJAR / GURU, NILAI, PENGAJARAN, GAMBARAN MASYARAKAT DAN PEMIKIRAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NASZKIR SEMASA BERTUGAS DI SEKOLAH Cabaran menghadapi pelajar bermasalah. Cikgu Naskir diberi tugas sebagai PK Hem dan warden asrama Sarjana iaitu asrama yang kerap mempunyai kes-kes disiplin kerana sekumpulan pelajar bermasalah ditempatkan di situ. Beliau akan menghadapi cabaran menghadapi pelajar pelajar yang sering masalah disiplin seperti bergaduh, bercinta, membelasah pelajar lain, mengotorkan asrama, menconteng dinding dan merokok. Beliau cuba menyelesaikan masalah Tigang yang menjual rokok dan membelasah pelajar lain. Cabaran menangani disiplin pelajar. Sebagai PK Hem dan warden asrama beliau menghadapi cabaran yang besar untuk menangani masalah disiplin di sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana sebagai PK Hem yang muda usianya, cara beliau menangani disiplin di sekolah itu tidak dipersetujuai oleh guru-guru yang lebih berusia daripadanya. Mereka memperlekehkan keputusannya menangani masalah pelajar terutamanya masalah Tigang. Beliau mahu Tigang tetap bersekolah di situ dan memberi peluang kedua kepadanya kerana dia berpendapat masalah akan menjadi lebih serius jika Tigang dibuang dari asrama. Cabaran bersama sama rakan sejawat. Sebagai seorang PK Hem yang agak muda, Naszkir menghadapi masalah untuk menjalankan tugasnya menangani masalah disiplin murid muridnya kerana terpaksa menghadapi kerenah guru yang lebih tua daripadanya. Prinsipnya yang suka bertindak secara diplomasi semasa menyelesaikan masalah disiplin murid-muridnya telah tidak disukai oleh guru Ibau yang tidak suka cara berlembutnya itu. Mereka mengatakan dia hanya ada kelulusan bukan pengalaman. Cabaran menguruskan pentadbiran asrama. Cikgu Naszkir hanya menjadi warden di asrama dan jawatan Ketua warden dipegang oleh Cikgu Ibau, hal ini telah menjadi satu cabaran kepada cikgu Naszkir untuk mengurus disiplin murid-murid yang tinggal di asrama. Cikgu Ibau bertindak mengeluarkan Tigang dari asrama dengan serta merta kerana masalah disiplin tetapi Cikgu Naszkir tidak bersetuju. Tindakan cikgu Naszkir memberi peluang kedua kepada Tingang dirasakan oleh Cikgu Ibau sebagai tindakan memperlekehkannya sebagai ketua warden. Perkara ini telah menyebabkan berlaku bertengkaran antara beliau dan cikgu Ibau, dan secara tidak langsung menjadi cabaran kepada beliau sebagai warden dan PK Hem di sekolah itu. Cabaran dalam menghadapi sikap ibu bapa. Sikap ibu bapa yang sukar menerima tuduhan bahawa anak-anak mereka melakukan kesalahan disiplin. Apabila anak mereka dibuang sekolah mereka merayu-rayau supaya diterima semula anak mereka. Oleh sebab itu dalam kes Tigang Cikgu Naszkir terpaksa mengadakan perjanjian bertulis dengan ibu bapa Tingang supaya kes tersebut tidak akan berulang lagi.
114 Aspek estetik Aspek estatik dapat dilihat menerusi 1. isi pengerang/persoalan yang cuba di sampaikan 2. Teknik penceritaan 3. Gaya bahasa yang digunakan 4. Latar 5. Watak perwatakan Persoalan yang terdapat dalam cerpen iaitu kepentingan pendidikan. Persoalan adalah idea atau isu yang cuba di ketengahkan oleh seseorang pengarang dalam sesebuah cerpen. Sesebuah cerpen harus bermula dari satu idea yang agak umum dan kemudian dikhususkan. Idea akan dijadikan teras dalam cerpen dan ia akan dikembangkan melalui watak, latar, pemilihan kata, teknik penceritaan dan sebagainya. Biasanya idea yang menarik dan berkesan dapat menarik minat khalayak untuk menghayati serta menikmati sesuatu cerpen. Persoalan yang cuba digarap oleh pengarang dalam cerpen ini ialah pentingnya pendidikan dalam kalangan generasi muda. Pendidikan amat penting untuk merubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Cikgu Naszkir telah berjaya mendapat pendidikan yang tinggi dan sempurna sehingga berjaya menjadi seorang guru dan menjadi guru Penolong Kanan HEM. Idea utama dan idea-idea sampingan yang dilontarkan oleh pengarang dalam cerita ini menjadikan penceritaan yang disampaikan lebih menarik dan indah apabila ianya diolah dan dicerna melalui perlukisan watak-watak dan perwatakan yang ada. Latar tempat dan masyarakat yang digunakan dalam cerpen iaitu guru dan pelajar di sekolah. Latar boleh dilihat dari dua segi. Pertama, latar fizikal ataupun latar persekitaran, iaitu gambaran tempat dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Latar tempat juga dikenali sebagai ruang, yang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung, bandar dan sebagainya. Latar masa pula merujuk kepada waktu, musim dan zaman. Kedua, latar masyarakat, iaitu gambaran tentang keadaan masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Ini termasuklah gambaran tentang keadaan kebudayaan dan manusia di situ. Latar tempat di Long Banga - di hujung Sungai Baram, yang terletak di pedalaman Sarawak merupakan latar yang amat sesuai untuk dipadankan dengan persoalan dan watak-watak yang mendasari cerpen “Di Sebalik Sirat Makna”. atar masyarakat seperti masyarakat pedalaman Sarawak yang susah dan daif amat sesuai apabila pengarang cuba menggambarkan situasi atau permasalahan yang membelenggu watak Tingan dan ibu bapanya. Latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” dapat melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap khalayak atau pembaca; dan dapat menguatkan tema, plot, watak dan suasana dalam cerita. Watak perwatakan yang digambarkan dalam cerpen. Watak ialah tokoh atau pelaku dalam sesebuah cerita, manakala perwatakan ialah sifat watak tersebut. Watak-watak ini dicipta oleh pengarang untuk diberi fungsi mendukung idea pokok, mengembangkan idea itu hingga berjaya mencapai matlamat pengarang. Aspek estetik pada watak boleh dilihat apabila watak digambarkan dengan lebih hidup dan berkesan. Gambaran watak yang hidup dan berkesan dalam sesebuah karya jastera seperti dalam cerpen, dapat nilai dari sudut perbuatannya, pertuturannya, fikirannya, gerak lakunya, anggapan orang lain terhadapnya dan bagaimana reaksi orang lain tentangnya. Dengan ini penceritaan menjadi hidup dan berkesan.vWatak-watak yang digambarkan dalam cerpen mestilah sejajar, meyakinkan, reaalistik, dan boleh dipercayai. Watak Cikgu Ibau dan Cikgu Naszkir yang digambarkan dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” adalah sejajar, iaitu gerak laku dan perbuatannya dapat diterima sebagai benar jika dihubungkaitkan dengan tema kepentingan
115 n r i uru n or uru i r d or n l in r n k ik A A A A pendidikan. Watak-watak yang digambarkan oleh pengarang aadalah meyakinkan, reaalistik, hidup dan boleh dipercayai. Watak Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir, Tingang dan sebagainya berkesan menimbulkan reaksi dari pembaca atau khalayak, sama yang bersifat positif atau negatif. Aspek bahasa yang pelbagai. Aspek bahasa yang dimaksudkan di sini ialah yang berhubung dengan pemilihan katakata oleh pengarang. Dengan kata lain, bagaimana pengarang cereka membuat pemilihan perkataan, penyusunan ayat dan perbandingan bagi mencapai maksudnya, dan seterusnya dapat menyerlahkan aspek estetik terhadap karya yang dihasilkan. Bahasa bagi pengarang juga adalah untuk mempersembahkan karya yang sarat dengan emosi, memberi keindahan dan kesan rasa, menghidupkan cerita seterusnya mempesonakan khalayak. Bahasa-bahasa daerah atau dialek. Pengarang menggunakan dialek atau bahasa daerah yang biasanya dituturkan dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Sarawak, khususnya dalam kalangan masyarakat Iban. Antara dialek yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” ialah seperti “nyali”, “lunyai”, “guram”, “tunak matanya”, “mahing”, “sinting” dan sebagainya. aya bahasa daerah atau dialek digunakan oleh pengarang untuk mengekalkan warna setempat supaya kesan estetiknya lebih terasa. Bahasa-bahasa daerah atau dialek yang telah digunakan oleh pengarang boleh membantu menghidupkan cerita seterusnya mempesonakan khalayak. PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN Menghargai jasa dan tugas guru / Jasa dan pengirbanan guru. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya demi kepentingan orang disekelilingnya. Oleh itu jasa dan pengorbanan seorang guru perlu dikenang dan dihargai. Cikgu Naszkir mengenang jasa cikgu Ibau yang telah mendidiknya hingga berjaya menjadi guru. Secara tidak sedar cerpen ini sebenarnya telah menunjukkan pengiktirafan jasa seorang guru yang sekian lama bertugas sehingga hendak bersara. Cikgu Naszkir merupakan salah seorang pelajar yang dahulunya tidak diberi harapan untuk berjaya. Namun cikgu Ibau telah berjaya menjadikan beliau sabagai seorang guru dan mampu menyumbang kepada anak bangsa pada kemudian hari. Bukti ini dapat ditunjukkan pada ucapan cikgu Naszkir ketika majlis persaraan cikgu Ibau. Tanpa jasa cikgu Ibau, Naszkir mungkin tidak berjaya dalam pelajarannya. Pelajar tidak seharusnya mendendami para guru. Tindakan/hukuman yang dilaksanakan oleh seseorang guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Tindakan/hukuman ini diharap dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Jika seseorang guru gagal bertindak sebagaimana sepatutnya, ianya seolah-olah membiarkan pelajarnya berhadapan dengan kemusnahan dalam hidup. Lantaran itu sebagai pelajar, tidak seharusnya berdendam dengan guru
116 yang mengajar dan mendidik kita. Contohnya Cikgu Naszkir tidak menyimpan dendam terhadap Cikgu Ibau. Hal ini dapat dilihat menerusi ucapan beliau Ketika majlis persaraan. Jangan melihat pada hukuman yang dikenakan oleh guru, tetapi nilai pada niat sucinya. Sesuatu hukuman yang dikenakan oleh guru adalah untuk mendidik dan membentuk diri pelajar supaya menjadi manusia yang berjaya suatu hari kelak. Cikgu Ibau misalnya, telah berjaya mendisiplinkan Cikgu Naszkir sewaktu ketika dahulu sehingga menjadikan Cikgu Naszkir seorang yang berjaya. Kita sewajarnya menyedari pendekatan seseorang guru dalam mendidik pelajarnya. Pendekatan yang digunakan oleh seseorang guru adalah berbeza antara satu sama lain sesuai dengan pengalaman, latar belakang, dan pendidikan yang diterima oleh guru berkenaan. Walaupun pendekatan yang digunakan adalah berbeza, namun hasrat dan cita-cita seseorang guru tetap sama, yakni ingin melihat anak didiknya berjaya dunia dan akhirat. Contohnya pendekatan Cikgu Ibau mendisiplinkan pelajarnya agak kasar dan tegas, berbeza dengan Cikgu Naszkir yang agak lembut dan berdiplomasi. Walaupun begitu, hasrat dan matlamat mereka tetap sama yakni ingin melihat kejayaan anak didik mereka suatu hari nanti. Hendaklah sentiasa mengucapkan rasa terima kasih kepada guru. Seseorang guru tidak mengharapkan apa-apa balasan dari pelajarnya. Cukuplah sekadar ucapan terima kasih dari pelajarnya. Ucapan “terima kasih cikgu” dari seseorang pelajar menandakan pelajar berkenaan mengenang jasa dan budi seseorang guru. Ia menjadi penyembuh kepada duka lara seseorang guru mendidik anak muridnya sehingga berjaya. Cikgu Naszkir mengucapkan terima kasihnya kepada Cikgu Ibau kerana memberikannya cabaran hingga beliau sedar dan berjaya mendisiplinkan dirinya menjadi manusia. Kita seharusnya memahami cabaran guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Cabaran yang sering menghantui dan membelengu kehidupan seseorang guru ialah untuk mendisiplinkan pelajar, disamping menyampaikan ilmu kepada pelajar agar suatu hari nanti pelajar berkenaan benar-benar menjadi manusia yang berguna. Lantaran itu, sebagai pelajar tidak seharusnya sentiasa membebankan guru dengan masalah disiplin yang berpanjangan. Contohnya Cikgu Ibau cuba mendisiplinkan Cikgu Naszkir suatu ketika dahulu, dan cuba mendisiplinkan Tingang. Kita sepatutnya menyedari bahawa tanpa guru seseorang pelajar itu tak akan berjaya. Guru merupakan insan yang sentiasa berada disebalik kejayaan seseorang pelajar selain dari ibu bapa. Tanpa kegigihan seseorang guru dalam mendidik dan menyampaikan ilmu, mungkin seseorang pelajar itu tidak akan menikmati kejayaan. Lantaran itu, sebagai pelajar, guru sewajarnya dihormati, dihargai, dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Contohnya, dalam ucapan Cikgu Naszkir sewaktu majlis persaraan Cikgu Ibau, beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan berjaya dan tidak akan berdiri di hadapan khalayak tanpa didikan dari Cikgu Ibau. Pelajar hendaklah berfikiran positif. Setiap pelajar mestilah sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. Pelajar yang sentiasa berfikiran positif mampu menempatkannya dalam kalangan orang yang berjaya. Cikgu Naszkir merupakan seorang yang berfikiran positif, khususnya pada zaman persekolahannya. Walaupun mempunyai masalah disiplin, dan sentiasa dihukum oleh Cikgu Ibau, beliau sentiasa berfikiran positif. Akhirnya beliau berjaya dalam hidup, dan mendapat pekerjaan yang baik yang mampu menjamin masa depannya. Pelajar hendaklah menjadikan hukuman sebagai perangsang. Sesuatu hukuman yangdikenakan oleh guru adalah untuk mendidik dan membentuk diri pelajar supaya menjadi manusia yang berjaya suatu hari kelak. Hukuman yang dikenakan sewajarnya dijadikan panduan dan perangsang dalam menentukan hala tuju hidup ini, supaya ianya menjadi lebih bermakna. Cikgu Naszkir menjadikan hukuman yang diterimanya dari Cikgu Ibau sewaktu ketika dahulu sebagai perangsang sehingga menjadikan Cikgu Naszkir seorang yang berjaya.
117 C C C C C C C knik n ri n i lo onolo d l n k li ri n
118 BAB 6 DRAMA – ASIAH SAMIAH BIBLIOGRAFI SEJAK di bangku sekolah rendah, Johan telah melibatkan diri dalam bidang teater, iaitu pada sekitar tahun 1960-an dengan ikut serta dalam kegiatan sandiwara di kampung kelahirannya. Apabila Johan belajar di sekolah menengah, beliau mula berlakon, menulis skrip dan mengarah drama untuk acara persembahan sekolah. Ketika menuntut di universiti pula, Johan bergerak bersama-sama Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). Johan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Perserian, Semerah dari tahun 1960 hingga 1965. Pada tahun 1966, beliau meneruskan persekolahan menengah aliran Inggeris di Semerah, hingga tahun 1970. Kemudian beliau menyambung pendidikan di Sekolah Tinggi Muar, hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan (1972-1973). Pada tahun 1974, Johan memasuki Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1977. Julai 1977, Johan bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (Pegawai Perancang Bahasa) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1988, beliau dilantik mengetuai Bahagian Majalah sehingga tahun 1990. Pada September 1991 Johan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Nottingham, England dalam bidang Critical Theory. Oktober 1992 mendapat tawaran bekerja dengan Syarikat Kumpulan Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Kumpulan dan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Karya Drama a. Angin Kering. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981. b. Sang Puteri. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise Sdn. Bhd., 1982. c. Asy Syura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985. d. Pemain. Ampang Jaya: Oen Industries, 1987. e. Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. f. Langit Petang: 12 Tahun Kemudian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Drama Remaja a. Arah ke Mana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984. b. Hujan Malam (peny. bersama Hashim Awang). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986. Novel a. Warna Tinta. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd., 1976. b. Genta Rasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977. c. Laguku Untukmu. Kuala Lumpur: Rahman Mat Media, 1979.
119 Novel Kanak-kanak a. Api di Tanah Perkuburan. Singapura: Pustaka Nasional, 1973. b. Misteri Pulau Batu. Singapura: Pustaka Nasional, 1974. c. Tangan-tangan Kaku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 1987. Cerpen a. Pelarian Sang Hero. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1980. Kajian a. Sejarah Kesusasteraan Melayu (bersama Safian Hussain et. al.) (Jilid I). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981. b. Pengenalan Kritikan Sastera, M. (peny. bersama Hamdan Yahya dan Shamsudin Jaafar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983. PENJENISAN DRAMA Drama ini tergolong dalam jenis drama lirik kerana pengarang menggunakan watak-watak bagi menyampaikan pemikiran dan amanat pengarang Pengarang meluahkan emosi dan pemikiran yang berkaitan dengan pengaruh ,wang dankuasa yang mengorbanan perjuangan mempertahankan hak dan kasih sayang STAIL /ALIRAN 1. Penggunaan watak Asiah Samiah dan Anas Samanda menggambarkan pemikiran pengarang tentang pergorbanan akibat pengaruh wang dan kuasa 2. Penggunaan watak Misa Sagaraga menggambarkan keberkesanan pemikiran pengarang tentang kekuasan dan pengaruh wang mempengaruhi kehidupan manusia. 3. Drama ini beraliran bukan realisme. 4. Penggunaan unsur-unsur bukan realisme menjelaskan stail /aliran dalam drama ini. 5. Kewujudan watak secara serentak seperti watak Asiah Samiah Muda dan Asiah Samiah Muda serta watak Marga Muda dan Marga Tua adalah unsur bukan realisme. 6. Penggunaan lirik lagu tradisional yang dinyanyikan oleh Asiah Samiah dalam drama menggambarkan aliran drama ini. Contoh : Ligal-ligal manja Pelanduk bantal ia-ia Kaulah anak syurga Pulas balas bantal puaka 7. Penggunaan pantun yang dituturkan oleh watak Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Contoh : Orang jauh bawa kain, Orang dekat bawa baju, Belum dapat cakap lain, Dalam Hati belum tahu.(M/s :200) 8. Stail drama Asiah Samiah juga dapat dilihat melalui teknik penceritaan yang berunsur kompleksiti dan unsur seni yang membentuk kelainan karya tersebut.Gabungan penggunaan teknik penceritaan peristiwa, pantun, lagu serta watak membebaskan drama ini dari unsur realisme.
120 DRAMA – ASIAH SAMIAH BABAK 1(Hlm. 190-196) Babak satu berlaku ketika senja. Marga Tua duduk di sebuah bangku sambal memerhatikan Asiah Samiah Tua sedang bernyanyi. Marga Tua benci dengan lagu yang dinyanyikan oleh Asiah Samiah Tua kerana sering mendengarnya berulang-ulang kali. Marga Tua sedih dan sayu mengenangkan nasib yang menimpa Asiah Samiah dari dahulu sehingga kini. Asiah Samiah Tua menjadi tidak siuman kerana tekanan hidup yang dialaminya. Pada setiap senja, semenjak 15 tahun yang lalu, Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi dan ini telah menggangu ketenteramannya. Walaupun merasa terganggu, beliau tetap berada di sisi Asiah Samiah, membantunya, menjaganya dan melayani kegilaan Asiah Tua kerana bagi Marga Tua, Asiah Samiah Tua seorang yang istimewa dan cerdik. Meskipun gila, Asiah Samiah Tua tetap mampu berkata-kata seperti seorang sasterawan. Dalam kegilaan, Asiah Samiah Tua seringkali teringat dan menyebut tentang Anas Samanda kekasihnya, anaknya Laila Anursiah. Marga Tua bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat baiknya itu. Asiah juga pernah menjadi muridnya dan Marga pernah menaruh hati kepada Asiah Samiah. Marga Tua amat membenci tingkah laku gila Asiah Samiah. Walau bagaimanapun, kegilaan Asiah Samiah Tua itulah yang tarikan kepadanya, menyebabkan dia sentiasa berada di tepi jalan itu pada setiap senja selama 15 tahun. Marga Tua berasa amat simpati dengan Asiah Samiah Tua yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru dilahirkannya. Peristiwa Penting Kisah Asiah Samiah tua dengan Marga tua selama 15 tahun. Marga tua menganggap Asiah Samiah setengah gila dan beliau tidak sanggup untuk melayani karenah Asiah Samiah.. Marga tua membenci Asiah Samiah tetapi pada masa yang sama mengiktiraf dirinya yang bijak dan bersimpati dengan dirinya. Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya membawa kepada luahan hati Marga Tua tentang rasa tidak senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila. Sejak 15 tahun yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi. Kesetiaan dan keistemewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang sasterawan menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti perkembangannya. Marga Tua berasa simpati dengan Asiah Samiah yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru dilahirkannya.
121 BABAK 2 (hlm. 196-203) Babak dua merupakan imbas kembali zaman muda Asiah Samiah. Asiah Samiah amat disayangi oleh kedua orang tuanya, Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Mereka menatangnya bagi minyak yang penuh. Sentiasa mengambil tahu keberadaan Asiah Samiah. Kisah bermula apabila Tuan Setiawan Tanjung bertanyakan Sari Saribiru tentang anaknya Asiah Samiah. Sari Saribiru merupakan tukang kebun Tuan Setiawan Tanjung dan sahabat baik Asiah Samiah. Pertanyaan Tuan Setiawan Tanjung kemudiannya berlanjutan kepada asal usul nama Sari Saribiru dan keadaan emak Sari Saribiru yang sudah tiga minggu sakit. Mengikut Pawang Satam, emaknya terkena sampuk oleh polong kerana ada orang sakit hati. Sari Saribiru amat mempercayai ilmu perbomohan dan dia sedang berguru dengan Pawang Satam. Sari Saribiru menjelaskan bahawa Pawang Satam bukan sebarang bomoh. Pawang Satam adalah cucu Pendekar Bulu Panjang dari Bukit Soga, dan mempunyai dua ratus orang halus, dengan pelbagai nama, seperti Beliut, Songkong, Adon, Lupiak dan sebagainya. Sari Saribiru memberitahu kepada Tuan Setiawan Tanjung bahawa dia bercita-cita untuk menjadi bomoh juga. Walau bagaimanapun Puan Suari Alimin menyuruh Sari Saribiru menjadi tukang kebun saja. Saranan Puan Suari Alimin disanggah oleh Sari Saribiru kerana katanya tukang kebun tidak glamor. Seterusnya, Marga Tua mengimbas perwatakan Asiah Samiah sewaktu zaman remajanya. Seorang yang cantik, disukai oleh ramai jejaka dan penduduk kampung. Kecantikkan Asiah Samiah rasanya tidaklah kalah dengan Puteri Gunung Ledang, Charlitz Theron, kalaupun tidak semontok Monica Lewinsky Asiah Samiah juga seorang yang ceria, ramah dan tahu adap sopan. Marga tua diberitahu oleh oleh kawannya, guru yang mengajar mengaji Asiah Samiah bahawa Asiah Samiah mempunyai hati yang cukup terang. Pendeknya macam dalam cerita penglipur lara apabila “Kadi membaca sehelai, dia membaca sejuz, kadi membaca sejuz, dia membaca tiga juz, kadi membaca dua puluh juz, dia membaca sampai khatam.” Marga Tua juga menggambarkan Asiah Samiah seorang yang tidak sombong dan anak yang baik. Asiah Samiah juga dikatakan meminati sejarah dan sastera oleh Marga Tua. Ini terbukti apabila Marga Tua sering bercerita tentang kisah Pak Kadok, Lebai Malang; cerita penglipur lara seperti Malim Dewa, Malim Deman, Anggun Cik Tunggal dan cerita kegemarannya Awang Sulung Merah Muda. Marga Tua juga ceritakan cerita 1001 Malam, Hikayat Burung Bayan, atau cerita teladan seperti Bawang Putih Bawang Merah, Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup. Marga Tua juga dongengkan riwayat dari Sejarah Melayu, Hikayat Rajaraja Pasai, Selindung Bulan Kedah Tua atau Merong Mahawangsa. Marga Tua juga sering bawakan juga cerita dari China, India, malah dari pelosok dunia. Asiah Samiah juga merupakan kekasih Anas Samanda, pemuda kampung yang baik dan gigih memperjuangkan hak orang kampung. Namun hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda tidak direstui kerana perbezaan kasta. Peristiwa Penting Asiah Samiah masih muda (anak dara). Tuan Setiawan Tanjung mencari anaknya Asiah Samiah. Beliau bertengkar dengan tukang kebunnya Sari Saribiru. Kemudian diikuti dengan bicara Marga tua tentang Asiah samiah pada masa muda remaja. Gambaran Asiah Samiah masa muda dilihat sendiri oleh Asiah Samiah pada masa tua. Peristiwa imbas kembali zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua orang tuanya Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Keistemewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut menjadikan beliau seorang yang sangat istimewa. Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah menerusi tugasnya sebagai guru bahasa yang turut memupuk minat Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita yang diceritakannya. Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang tidak dipersetujui oleh keluarga Asiah Samiah
122 BABAK 3(hlm. 203-210) Marga Tua teringat Anas Samanda. Anas Samanda seorang pemuda yang kacak, perkasa, berbudi bahasa dan miskin. Serentak dengan itu juga, Marga Tua teringat kepada Misa Sagaraga iaitu Si kaya yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan dirinya. Misa Sagaraga bukan sebarang orang. Dia memiliki segala-galanya, kaya-raya, berkuasa, berpengaruh, angkuh, dan seorang tokoh korporat paling berjaya. Semua orang memujinya, menyanjungnya dan mengaguminya. Kehebatan Misa Sagaraga juga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat-syarikat besar, sama ada syarikat dalam negara atau luar negara kegiatan perniagaan seperti tenaga, keluli, pembuatan kereta, kewangan, tol, dan penternakan. Kekayaan Misa Sagaraga melimpah-ruah, dan beliau boleh mendapatkan apa sahaja. Misa Sagaraga juga meminati cerita Bollywood dan jenama luar negara. Seterusnya pengarang menggambarkan Asiah Samiah Tua yang dijaga oleh Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak. Mereka berdua menjaga Asiah Samiah dengan penuh kasih sayang. Asiah Samiah sentiasa dinasihati oleh Siti Bunirah agar menjaga diri, maruah dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar. Bagi Pak Leh Lak Lak, beliau menganggap Asiah Samiah seperti anaknya sendiri. Peristiwa Penting Marga tua berbicara tentang kisah silam termasuklah tentang Misa Sagaraga yang sudah berjaya dalam hidup. Misa Sagaraga seorang yang kaya raya begitu aktif menjual saham syarikat-syarikat besar. Jualan sahamnya meliputi pelbagai syarikat. Selayaknya dia menjadi kaya kerana tindakannya dalam jual beli saham. Ada cara betul ada cara salah. Diikuti pula nasihat Siti Bunirah Pak Leh kepada Asiah Samiah selaku anak dara supaya menjaga diri baik-baik. Marga tua teringatkan tentang Anas Samanda pada zaman mudanya begitu juga dengan Misa Sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan dan pengaruh sehingga orang ramai mengkaguminya Kehebatan misa sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat besar termasuklah syarikat yang haram Asiah samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh pembantu orang tuanya iaitu Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Asiah Samiah dinasihati agar sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar
123 BABAK 4 (hlm. 210-217) Dalam babak ini, pengarang mengimbau peristiwa yang berlaku di antara Marga Muda dan Anas Samanda. Kisah perjuangan Anas Samanda menentang kezaliman dan ketidakadilan sosial; sejarah dan pengalaman hidup yang penuh keperitan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga Marga Muda dan ayahnya yang dipenjara setelah menentang keangkuhan dan kekuasaan Misa Sagaraga. Anas Samanda menceritakan kepada Marga Muda tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikutpengikutnya yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya dari rumah yang sudah didiaminya selama lebih 50 tahun. Ayahnya menentang Misa sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun ayahnya meminta Anas meneruskan perjuangan dalam mempertahankan hak, harga diri dan maruah keluarganya. Anas Samanda dinasihati oleh Marga Muda supaya tidak meneruskan hajatnya kerana Marga khuatir perkara yang berlaku kepada ayah dan keluarganya berlaku kepada Anas Samanda. Anas Samanda pasti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga. Walau bagaimanapun, nasihat Marga Muda disanggah oleh Anas Samanda. Anas Samanda mengharapkan kewarasan dan kebijaksanaan Marga Muda, tetapi dia hampa dengan sikap Marga Muda kerana memilih untuk tidak mahu terlibat. Marga Muda menceritakan kepada Anas Samanda tentang sejarah hidupnya yang mengabdikan dirinya dan menumpahkan kesetiaan yang mutlak selama 20 tahun kepada tuannya, majikannya dan pemberi gajinya. Anas Samanda beranggapan bahawa Marga Muda mengharapkannya untuk menyerah kalah. Anas Samanda sangat kecewa dengan sikap Marga Muda yang bacul. Setelah itu, Marga Muda mengatakan bahawa Anas Samanda merupakan seorang idealis. Bagi Marga Muda, seorang idealis hanya hidup dalam angan-angan tanpa melihat realiti. Peristiwa Penting Marga Muda : Seorang penganggur yang dahulunya bekerja dengan penuh setia kepada majikannya selama 20 tahun. Marga Muda berbicara dengan Anas Samanda tentang isu rumah dan tanah ibu bapa Anas Samanda yang ingin dirampas untuk dibina kondominium oleh seseorang yang dianggap lintah darat. Tanah yang diduduki sekian lama itu masih dianggap tanah haram dan akan dimiliki oleh orang yang datang kemudian. Marga Muda meminta Anas Samanda akur dengan permintaan pemaju namun Anas Samanda enggan. Marga Muda menceritakan kisah hidup bapanya yang telah dianggap penjenayah kerana memperjuangkan tanah tempat tinggalnya. Bapanya dipenjara manakala keluarganya hidup sengsara. Jiran sebelah rumah yang menikmati hidup senang lantaran perjuangan bapanya pula tidak membantu keluarganya. Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas Samanda tentang Misa Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Anas Samanda menceritakan tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya. Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun dinasihati oleh Marga Muda yang dia parti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga. Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila ayahnya cuba memperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya dianggap penjenayah serta keluarganya yang musnah apabila ayahnya dipenjarakan. Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan apa yang menyedihkannya apabila adiknya didera oleh jiran tetangganya yang hidup senang hasil perjuangan ayahnya.