QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
4.5 Tema Dalam Pergerakan Kreatif
Tema adalah merupakan latar belakang kepada setiap pergerakan dalam pergerakan kreatif.
Ianya bertujuan untuk mengkelaskan setiap pergerakan dengan tujuan dan maksud tertentu
bagi meningkatkan intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria pelajar yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan. Keempat-empat unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan pelajar berkomunikasi di samping meningkatakan potensi
seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Tema-tema ini
dibahagikan kepada tahap iaitu tahap asas dan tahap lanjutan.
4.5.1 Tahap Asas
Tahap asas adalah merupakan tema pengenalan asas untuk membolehkan pelajar bergerak
dengan kesedaran tubuh badan, masa dan daya. Tema 1 hingga 8 dikategorikan sebagai tahap
asas.
4.5.1.1 Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan
Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan keseluruhan
tubuh badan serta bahagian-bahagian badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau
perasaan.
a) Keseluruhan Tubuh Badan
Penekanan diberi kepada penggunaan keseluruhan tubuh badan bertujuan memberi
pengalaman bergerak dan berhenti secara bebas dan terikat supaya mencapai kawalan aliran
pergerakan.
i. Aktiviti lokomotor ialah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
ii. Aktiviti bukan lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada
keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam variasi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang
diciptakan untuk menunjukkan perasaan dan idea yang sesuai.
Rajah 4.2 Pergerakan tubuh badan.
35
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
4.5.1.2 Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa
Fokus tema 2 adalah cara tubuh badan bergerak dan bertujuan untuk membantu pelajar
mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui pergerakan.
Tertumpu kepada 3 sub tema iaitu beban, masa dan beban dan masa.
a) Beban
Kesedaran rintangan beban membolehkan kawalan pergerakan. Pelajar dapat
menghasilkan pergerakan yang kuat atau lembut untuk membayangkan perasaan atau
ideanya.
Halus-ringan: Lakukan pergerakan yang lembut dan, halus dan sensitif
menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
Berat-kuat: Lakukan pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas
memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara keseluruhan dan bahagian-bahagian tubuh
badan digerakkan untuk menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat bagi
membolehkan pengucapan perasaan dan idea.
Rajah 4.3 Aktiviti pergerakan halus ringan dan berat kuat.
b) Masa
Fokusnya adalah cara tubuh badan bergerak dan pengawalan pergerakan untuk
membayangkan idea atau perasaan.
Serta-merta: Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat,
tegas, spontan dan dinamik.
Kawal-lambat: Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal.
Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun. Ianya boleh dirasakan sebagai
36
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa. Pergerakan ini boleh dilakukan
dengan bahagian tubuh badan yang berasingan seperti kepala, bahu, siku, jari,
pinggul, lutut, kaki dan sebagainya.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara menunjukkan pergerakan serta-merta dan
kawal-lambat yang dihasilkan untuk memberi sesuatu kesan tertentu.
c) Beban dan Masa
Empat kombinasi beban dan masa membolehkan pengalaman pergerakan yang
berbeza dan unik. Ini menunjukkan perkaitan antara pergerakan dan rangkaian
pergerakan.
Berat dan Kawal-Lambat: Sesuatu pergerakan yang kuat. Kekuatan dirasakan di
seluruh tubuh badan dan mengambil masa untuk dilakukan.
Halus dan Serta-Merta: Sesuatu pergerakan yang aktif, spontan dan menunjukkan
semangat.
Berat dan Serta-Merta: Sesuatu pergerakan yang menunjukkan tenaga dan
kekuatan seperti hentakan dan lompatan.
Halus dan Kawal-Lambat: Sesuatu pergerakan yang tenang dan tenteram
menggunakan keseluruhan tubuh badan.
Rajah 4.4 Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan
bergerak dan mengawal gerakan samada secara serta merta atau kawal lambat.
37
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
4.5.1.3 Tema 3: Kesedaran Ruang
Tema ini memfokuskan pergerakan yang mengaplikasikan penggunaan ruang dalam ekspresi
perasaan. Ruang digunakan dalam menimbulkan mud atau perasan. Misalnya, ruang ditolak
seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka.
Perasaan gembira dikemukakan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang, iaitu
melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Tema kesedaran ruang terdiri daripada lima
subtema iaitu kawasan, arah, laluan, aras dan ekstensi.
Rajah 4.5 Kesedaran ruang.
a) Kawasan
Kegunaan ruang di kawasan sekeliling dirinya ialah ruang diri. Kawasan keseluruhannya
dalam pergerakan ialah ruang am.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk
menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.
b) Arah
Menekankan penggunaan lima arah berdasarkan bahagian tubuh badan yang
mendahului pergerakan misalnya:
Ke hadapan : Bahagian dada mendahului pergerakan.
Ke belakang : Bahagian nelakang mendahului pergerakan.
Ke sisi : Sisi badan (kiri/kanan) medahului pergerakan.
Ke atas : Menaikkan badan.
Ke bawah : Menurunkan badan.
38
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara bahagian tubuh ke lima badan yang lain
boleh dijgunakan untuk mendahului pergerakan ke lima arah yang berlainan.
c) Laluan
Laluan merupakan penggunaan corak pergerakan atas lantai atau di udara berdasarkan
garisan lurus atau melengkung, misalnya:
Laluan bersudut atau “zig-zag” adalah kombinasi garisan lurus.
Corak bulatan merupakan beberapa garisan melengkung.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam corak pergerakan yang berbeza.
d) Aras
Pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan berada di satu aras. Tiga aras yang
asas ialah:
Aras tinggi pada paras bahu seperti melompat, berdiri atas hujung jari kaki.
Aras rendah pada bawah paras pinggang seperti melutut, duduk, baring atau dekam.
Sokongan diperlukan pada bahagian tubuh badan yang berlainan.
Aras sederhana ialah antara paras bahu dan pinggul apabila keadaan badan
dicondong ke depan, belakang atau ke sisi.
Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila pergerakan badan dilakukan pada aras yang
berbeza. Aras yang berbeza memberi kesan yang berlainan dan boleh digunakan untuk
membayangkan sesuatu idea atau perasaan.
e) Ekstensi
Ekstensi merupakan pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan seperti
membesar, mengecil, menjauh dan mendekat.
Istilah:
Besar : Jauh dari badan.
Kecil : Dekat dengan badan.
Jauh : Jauh dari pusat badan.
Dekat : Dekat dengan pusat badan.
Pergerakan buka-tutup menunjukkan perbezaan ekstensi pergerakan. Tangan dan
bahagian tubuh badan digunakan untuk mendahului dan membantu pergerakan besar,
jauh dan dekat.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara pelajar mencetuskan idea sesuatu yang
menjadi besar, kecil, jauh dan dekat dengan pusat badan.
39
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
4.5.1.4 Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa
Tema ini memfokuskan kepada kelancaran pergerakan dalam penggunaan ruang dan masa.
Ianya terbahagi kepada 3 subtema iaitu aliran, ruang dan masa.
a) Aliran
Tema ini lebih mengutamakan berat kepada kualiti pergerakan, kelancaran urutan serta
penggunaan ruang dan masa. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
i. Aliran Terikat
Lakuan yang boleh diberhentikan dengan mudah dan serta-merta. Aktiviti yang
dilakukan adalah terkawal dan boleh diberhentikan dalam kedudukan imbangan.
ii. Aliran Bebas
Menggunakan keseluruhan bahagian tubuh badan serentak dan melakukan
aktiviti dengan berterusan, lancar, licin dan tersusun. Aktiviti dalam aliran bebas
ini sukar diberhentikan dengan serta-merta. Contohnya lompatan, gulingan dan
putaran.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian aliran. Aliran ini dilakukan secara
terkawal dan sukar diberhentikan.
b) Ruang
Tema ini membantu kesedaran cara menggunkan ruang untuk melakukan berbagai
pergerakan. Dua jenis ruang berikut adalah:
i. Ruang Terus
Digunakan secara langsung dan tidak memerlukan kawasan yang luas.
Contohnya pergerakn yang lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang di atas lantai
dan di aras rendah sahaja digunakan.
ii. Ruang Tidak Terus
Digunakan secara tidak langsung dalam pelbagai aras dan dengan
menggunakan kawasan yang luas dan sepenuhnya. Contohnya adalah pusingan
dan pulasan.
Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila pelajar boleh menunjukkan cara menggunakan
ruang terus dan tidak terus.
c) Masa
Masa ialah penglibatan bahagian tubuh nadan melakukan pergerakan. Keseluruhan
bahagian tubih badan bergerak serentak atau satu bahagian tubih badan mendahului
pergerakan.
40
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
i. Pergerakan Serentak
Keseluruhan bahagian tubuh badan bergerak serentak semasa melakukan
pergerakn seperti melompat dan gulingan.
ii. Pergerakan Berturut-turut
Atau bahagian tubuh badan bergerak mendahului bahagian tubuh badan yang
lain. Contohnya, berjalan- Menggunakan sebelah kaki untuk mendahului
bahagian tubuh badan yang lain.
Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila berbagai pergerakan serentak dan berturut-turut yang
unik dilakukan selepas diberi tugasan.
4.5.1.5 Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan.
Penyesuaian terhadap rakan adalah merupakan sebuah kemahiran yang berkaitan dengan
hubungan atau berkomunikasi dengan pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Terdiri
daripada 2 sub tema iaitu:
a) Kerja Berpasukan
Penyesuaian terhadap rakan secara berpasangan. Perhubungan dengan rakan dapat
dilakukan dengan pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam perhubungan dengan rakan baru secara unik.
Rajah 4.6 Pergerakan meniru rakan.
b) Kerja Berkumpulan
Penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan. Perhubungan dengan rakan boleh
secara:
- ketua dengan pengikut
- kumpulan bekerjasama
- ahli-ahli kumpulan bertgentangan dengan rakan-rakan
41
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan adalah cara-
cara penyesuaian terhadap rakan. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari
kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang
lain.
Daya cipta kreatif dapat dilihat cara sekumpulan berkomunikasi melalui pemerhatian
pergerakan ahli-ahli dalam kumpulan itu.
4.5.1.6 Tema 6: Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat.
Tema ini memfokuskan kepada pergerakan yang melibatkan penggunaan tubuh badan secara
bebas sebagai alat persembahan. Terbahagi kepada 3 iaitu:
a) Lompatan Asas
Fokus adalah untuk membolehkan pelajar melonjak dan menjelajah di udara dengan
lompatan secara spontan dan bebas. Pelajar diberitahu lima lompatan asas tetapi corak
pilihan kedudukan kaki untuk lompatan tidak ditetapkan.
Daya cipta kreatif dapat dilihat semasa pelajar memberi respon kepada rangsangan. Pilihan
lompatan yang sesuai dapat memberi gambaran perasaan seperti keriangan dan
kebebasan.
b) Bentuk Tubuh Badan
Penekanan ke arah kesedaran pergerakan mempunyai bentuk badan semasa dalam
keadaaan seimbang. Tumpuan dijberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu
pergerakan dan perkaitan antara bahgian tubuh badan serta regangan otot. Empat bentuk
badan asas adalah:
i. Lurus (seperti panah)
ii. Lebar (seperti tembok)
iii. Bulat (seperti bola)
iv. Pulas (seperti skru)
Daya cipta kreatif melalui kepelbagaian bentuk badan yang boleh dicipta berseorangan,
bersama rakan dan kumpulan.
42
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 4.7 Bentuk tubuh badan.
c) Gerak Isyarat
Penekanan lakuan gerak isyarat ialah pembentukan pergerakan di udara dengan bahagian
tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contoh: Tangan dirapatkan bersama
sementara berat badan disokong oleh kaki. Gerak isyarat boleh dilakukan oleh beberapa
bagian tubuh badan tetapi kaki dan tangan adalah yang paling mudah digunakan oleh
pelajar.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam jenis gerak isyarat dan pilihan bahgian-bahagian
tubuh badan yang dipergunakan.
Rajah 4.8 Perlakuan gerak isyarat.
43
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
4.5.1.7 Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas
Lapan lakuan daya asas membezakan kualiti dalam pergerakan. Daya asas perlu diajar selepas
Tema 2 dan 4 untuk mendapat kesan yang lebih baik. Kebolehan pelajar melahirkan perasaan
dan idea melalui pergerakan diperluaskan melalui laluan daya asas. Tiap-tiap daya boleh diajar
secara berturut-turut, berasingan atau bercantum. Aspek beban, masa dan ruang dikaitkan. Jika
daya asas diajar bercantum, pilih pasangan yang bertentangan untuk mendapat imbangan.
Pasangan yang bertentangan adalah seperti berikut:
a) Lejang/Radak dan Apung
b) Cantas dan Luncur
c) Pulas dan Cecah
d) Tekan dan Renjis/Ketis
Jenis lapan lakuan daya asas:
a) Lejang/Radak
Pergerakan cepat, kuat dan bertenaga, serta-merta dan secara langsung. Pergerakan
bermula di bahagian tangan, lutut dan siku serta menghentak kaki. Pergerakan seperti
melangkah, melompat atau galop ke udara.
b) Apung
Pergerakan lemah-lembut, halus, ringan, menggunakan jari dan tangan, kawal lambat dan
tidak terus. Pergelangan tangan atau jari, siku digunakan untuk mendahului pergerakan.
Tangan dan kaki bergerak bebas di ruang.
c) Luncur
Pergerakan yang licin, tenang dan halus. Pergerakan yang rata tanpa berliku-liku, kawal-
lambat dan terus. Lakuan berturut-turut membawa perasaan ketenangan.
d) Pulas
Bahu bergerak bertentangan dengan pinggul. Tangan dan siku memainkan peranan
pergerakan alunan. Tubuh badan mengecil dan membesar, mengetat dan melonggar.
Pergerakan kawal lambat, tegas dan tidak terus.
e) Tekan
Pergerakan tegas, kuat dan bertenaga yang memberi perasaan kuasa. Kawal-lambat yang
sengaja dan tekanan anggota badan pada permukaan atau anggota badan yang lain.
44
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
f) Cecah
Bahagian tubuh badan melakukan pergerakan serta-merta, halus dan terus. Dilakukan
dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Keseluruhan badan merasa cergas dan
bersedia untuk melakukan pergerakan laju.
g) Ketis/Renjis
Dilakukan oleh jari-jari tangan dan kaki, pergelangan tangan dan kaki. Pergerakan yang
cepat, riang dengan gerak isyarat yang berselerak. Pergerakan serta-merta, halus dan tidak
terus. Pergerakan mengambil masa yang pendek seperti lompatan laju.
Jadual 4.1 Lapan lakuan daya asas.
Bil. Lakuan Masa Beban Ruang
1. Lejang dan Radak Serta-merta Tegas Terus
2. Cantas Serta-merta Tegas Tidak terus
3. Apung Kawal-lambat Halus Tidak terus
4. Luncur Kawal-lambat Halus Terus
5. Pulas Kawal-lambat Tegas Tidak terus
6. Tekan Serta-merta Tegas Terus
7. Renjis dan ketis Serta-merta Halus Tidak Terus
8. Cecah Serta-merta Halus Terus
4.5.1.8 Tema 8: Ritma-Ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan.
Tema ini adalah memfokuskan kepada ritma-ritma pergerakan yang melibatkan lakuan asas
dalam pekerjaan seharian. Melalui tema ini, pelajar akan dapat mempelajari dan melakukan
ritma-ritma pergerakan yang dikelaskan kepada dua jenis iaitu, laukan pekerjaan 1 dan 2.
a) Lakuan Pekerjaan 1
Perkaitan antara pergerakan kreatif dengan ritma-ritma pekerjaan yang didapati dari
pergerakan pekerjaan. Ritma pergerakan juga digunakan sebagai ransangan pergerakan:
i. Domestik
Pekerjaan yang dilakukan di dalam rumah seperti membasuh, menyapu,
menggoreng, menumbuk, menggosok pakaian, menjahit baju, menenun kain
songket, mencuci pinggan dan memberus lantai.
45
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
ii. Pertanian
Pekerjaaan yang dilakukan di luar rumah seperti mancangkul tanah, mambanting
padi, menanam padi, menebang dan membelah kayu.
Pelajar perlu mengenal pasti kegiatan yang dikehendaki dalam pekerjaan itu seperti:
a. Bentuk tangan memegang sesuatu alatan
b. Ritma yang didapati semasa pekerjaan itu diulangkan.
c. Peralihan antara dua pergerakan.
d. Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.
b) Lakuan Pekerjaan 2
Perkaitan antara pergerakan kreatif dengan ritma-ritma pekerjaan yang didapati dari
pergerakan. Ritma pergerakan digunakan sebagai ransangan:
i. Perkhidmatan
Pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam seperti menaip (jurutaip),
kawad (tentera), menebas dan mencantas (buruh), membuat teh tarik dan roti canai
(peniaga) dan memberi gerak isyarat (polis trafik).
ii. Perindustrian
Pekerjaan yang berkaitan dengan aktiviti dalam industri seperti memunggah barang
dan mengangkat, memasang bahagian kereta dan membungkus barang dan
sebagainya.
4.6 Kesimpulan
Pergerakan kreatif asas adalah merupakan suatu bahagian dalam pergerakan yang
menekankan kreativiti dalam penghasilan pergerakan. Penekanan ini akan menghasilkan
pelajar yang berkeupayaan menghasilkan pergerakan dengan pelbagai gaya dan bentuk dan
menghargai nilai seni yang terbit dari setiap pergerakan. Penerapan tema dalam pergerakan
menjadikan pergerakan akan lebih terarah dan pelajar akan lebih mudah memahami setiap
objektif yang ingin dicapai melalui setiap pembelajaran pergerakan.
46
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
SEMAK KENDIRI
1. Berikan definisi pergerakan kreatif?
2. Sejauhmanakah peranan tema membantu mencapai kejayaan sesebuah aktiviti?
3. Senaraikan 3 tujuan pergerakan kreatif?
4. Terdapat banyak nilai-nilai yang terdapat hasil daripada lakuan kanak-kanak dalam
pergerakan kreatif, dan salah satu adalah berdisiplin. Terangkan dengan jelas tentang
disiplin yang dimaksudkan?
5. Senaraikan lapan lakuan daya asas?
47
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
UNIT 5
PERGERAKAN KREATIF LANJUTAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini anda seharusnya dapat:
a) Menjelaskan tentang tema-tema dalam pergerakan kreatif lanjutan.
b) Menghuraikan kepentingan pergerakan kreatif lanjutan terhadap perkembangan
kemahiran pelajar.
c) Mengaitkan pergerakan kreatif lanjutan dengan pergerakan dalam kehidupan seharian.
d) Menghayati nilai positif yang terkandung dalam setiap tema.
5.1 Pengenalan
Pergerakan kreatif lanjutan adalah merupakan sambungan kepada tema-tema asas dalam
pergerakan kreatif. Pada tahap ini pelajar akan didedahkan kepada fahaman konsep dan
perkaitan daripada pergerakan di tahap asas. Kepelbagaian pergerakan akan menuntut
kreativiti pelajar untuk menjadi lebih fokus dan bermotivasi.
5.2 Pergerakan Kreatif Tahap Lanjutan
Tema yang dikategorikan sebagai tema tahap lanjutan (tema 9 hingga 16) adalah merupakan
tema-tema yang melibatkan variasi dan perkembangan lanjut dari tema 1 hingga 8. Aspek-
aspek pergerakan disampaikan dengan fahaman yang lebih mencabar dan pergerakan yang
lebih kompleks (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Berikut adalah tema-tema tahap
lanjutan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.
48
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
5.2.1 Tema 9: Bentuk-Bentuk Pergerakan.
Tema ini adalah merupakan perkembangan dari tema 3. Dua aspek bentuk ialah ruang dan
tubuh badan. Bentuk pergerakan diperolehi daripada pergerakan tubuh badan dalam ruang.
Tema ini teridiri daripada empat sub tema iaitu:
a) Corak Asas
Corak asas adalah merupakan corak pergerakan yang berbentuk garisan lurus, lengkung,
bentuk bulatan atau zig-zag. Kombinasi beberapa corak asas ini dapat menghasilkan
beberapa corak yang lain.
Rajah 5.1 Bentuk-bentuk pergerakan.
b) Corak di Lantai dan di Awangan
Corak di lantai dan di awangan dibentuk oleh tangan dan kaki. Corak di lantai dibentuk
seperti pergerakan lompatan dan gerak edar. Manakala corak di awangan dibentuk oleh
pergerakan tangan.
49
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila kesedaran terhadap bentuk-bentuk pergerakan
ditunjukkan.
c) Perubahan Saiz Pergerakan
Perubahan saiz pergerakan merupakan proses menukar bantuk badan dari kecil kepada
besar atau sebaliknya. Contohnya corak jbulatan boleh dimulakan di tangan dan bentuk
diubah secara beransur-ansur ke pergerakan yang besar seperti lompatan atau corak
bulatan yang besar di lantai.
d) Bentuk Tubuh Badan
Bentuk tubuh badan berubah semasa tubuh badan bergerak. Bentuk badan adalah
perkaitan antara bahagian-bahagian tubuh badan. Bentuk badan boleh digunakan untuk
menunjukkan sesuatu perasaan atau idea.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam membayangkan sesuatu idea atau perasaan dalam
pelbagai cara pergerakan dan bentuk badan.
5.2.2 Tema 10: Transisi Lapan Daya Asas.
Tema ini adalah perkembangan dari tema 7 yang menerangkan beberapa kualiti dalam
pergerakan dan perbezaan di antaranya. Ianya menerangkan perubahan dari satu lakuan daya
asas dengan yang lain. Perubahan ini dikawal oleh tiga aspek iaitu masa, beban dan ruang.
Tiga jenis perubahan boleh dikenal pasti iaitu:
a) Perubahan Perlahan-lahan
Dicapai apabila satu aspek pergerakan sahaja berubah. Kesannya adalah perubahan
transisi yang perlahan-lahan dan licin. Sebagai contoh, apabila pergerakan ketis dilakukan
secara lambat ianya akan menjadi pergerakan apung. Perubahan ini disebabkan oleh aspek
masa.
b) Perubahan Beransur
Dicapai apabila dua aspek pergerakan diubah. Kesannya ialah perubahan yang masih licin
dan beransur. Contohnya apabila lakuan ketis berubah ke cantas oleh dua aspek masa dan
beban. Transisi ini masih licin tetapi perubahannya menjadi secara beransur.
c) Perubahan Serta-merta
Berlaku apabila ketiga-tiga aspek pergerkan iaitu beban, masa dan ruang bertukar. Transisi
ini menunjukkan bertentangan dengan lakuan asal. Contohnya perubahan dari lakuan ketis
ke lakuan tekan di mana pergerakan halus menjadi tegas (aspek beban), serta-merta
menjadi kawal lambat (aspek masa) dan tidak terus menjadi terus (aspek ruang).
50
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
5.2.3 Tema 11: Orientasi Ruang
Tema ini terbahagi kepada tiga sub tema iaitu:
a) Dimensi Ruang
Tema ini adalah merupakan perkembangan dari tema 3 iaitu melibatkan kesedaran ruang.
Tema ini membincangkan tentang arah bahagian tubuh badan dan perkaitannya dengan
arah pergerakan badan. Terdapat enam arah yang dikenal pasti iaitu:
i. Atas dan bawah: Cara pergerakan menaik dan menurun.
ii. Kiri dan kanan: Pergerakan yang bermula dari pusat badan dan kedua belah tangan
diregangkan ke sisi.
iii. Hadapan dan belakang: Pergerakan yang bermula dari pusat badan dan kedua
belah tangan diregangkan ke hadapan dan ke belakang badan.
Pergerakan boleh didahului dengan bahagian-bahagian tubuh badan seperti tangan, jari,
tapak tangan, siku, dada dan kepala.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kombinasi enam dimensi ruang semasa bergerak edar
dan bergerak setempat. Rangkaian pergerakan menggunkan dimensi ruang dapt
mempelbagaikan pergerakan.
Rajah 5.2 Dimensi ruang.
b) Orientasi Berpasangan dan Berkumpulan
Kombinasi pergerakan dengan pasangan atau kumpulan boleh direka berdasarkan enam
dimensi ruang. Bermula di tempat yang berbeza. Bergerak berpasangan untuk
menunjukkan perkaitan dan perhubungan yang menarik.
Daya kreativiti orientasi berpasangan dapat dilihat dalam penggunaan keseluruhan dan
bahagian-bahagian tubuh badan semasa melakukan pergerakan.
51
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
c) Susunan dan Urutan
Gerak edar dan gerak setempat hendaklah mengambil kira aspek aliran, arah, aras dan
kepelbagaian penggunaan bahagian tubuh badan. Ini memastikan susunan urutan
pergerakan yang harmonis dan berterusan.
Rajah 5.3 Orentasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan.
5.3.4 Tema 12: Gabungan Bentuk dan Daya dalam Pergerakan
Tema ini adalah integrasi tema 9, 10 dan 11. Ianya menunjukkan perkaitan antara bentuk dan
daya dalam pergerakan. Ini merupakan kemuncak kebolehan individu sebelum perkembangan
ke pergerakan dalam kumpulan dan pergerakan ke kualiti ekspresi dalam pergerakan. Tema ini
terdiri daripada dua sub tema iaitu:
a) Rangkaian Daya Mengikut Corak
Rangkaian daya seperti luncur dan lejang memberi corak pergerakan yang bersudut. Apung
dan lejang memberi corak melengkung diikuti dengan garisan lurus. Rangkaian daya cantas
mendapati corak yang bulat dan rangkaian daya cecah memberi corak zig-zag.
52
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b) Rekaan Daya Mengikut Corak
Semua corak pergerakan mempunyai ritma semulajadi. Pergerakan bentuk lingkaran akan
dipercepatkan di bahagian yang sempit. Rekaan daya dalam pergerakan dan penggunaan
unsur-unsur masa, beban dan aliran memberi kualiti ekspresif pergerakan.
Daya cipta kreatif dapat dilihat semasa rangkaian pergerakan membayangkan usaha yang
berharmonis melalui gabungan daya dan bentuk.
Rajah 5.4 Rekaan daya mengikut corak.
5.3.5 Tema 13: Penaikan dari Lantai.
Tema ini membantu mengukuhkan kemahiran untuk bergerak dengan penaikan dari lantai.
Pergerakan dengan penaikan dari lantai terutamanya pergerakan di ruang udara memberi
perasaan kebebasan. Tema ini terdiri daripada empat sub tema iaitu:
a) Penaikan tanpa Lompatan
Pergerakan fizikal yang boleh dilakukan setempat atau dengan gerak edar. Pergerakan ini
dilakukan secara spontan. Keseluruhan tubuh badan atau bahagian tubuh badan boleh
dinaikkan dari lantai tanpa lompatan. Bahagian tubuh badan digunkan untuk mendahului
pergerakan.
53
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b) Lepas dari Lantai ke Ruang Udara
Lompatan dengan keseluruhan tubuh badan yang dilakukan secara spontan dengan ritma
yang berbeza.
c) Membina Pelbagai Bentuk di Ruang
Pembinaan bentuk badan seperti dalam tema 6 dan 9 dilakukan di ruang semasa penaikan.
d) Melakukan Pelbagai Lakuan Daya Asas di Ruang
Koordinasi diperlukan untuk lakuan daya asas semasa pergerakan penaikan dari lantai.
Lakuan daya asas seperti cantas dan ketis digunakan semasa lompatan berpusing, lejang
dan radak untuk lompatan besar dan cecah untuk lompatan kecil.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara penaikan dari lantai dengan keseluruhan tubuh
badan atau bahagian-bahagian tubuh badan tertentu. Kreativiti juga dibayangkan dalam
tumbuhan bentuk badan dan lakuan daya asas semasa pergerakan penaikan dari lantai.
Rajah 5.5 Contoh-contoh penaikan dari lantai.
5.3.6 Tema 14: Kesedaran Kumpulan
Tema ini menunjukkan kesedaran kumpulan sebagai satu unit yang mempunyai minat dan
tujuan yang sama. Terdiri daripada tiga sub tema iaitu:
54
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
a) Memimpin dan Menyesuaikan
Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab sendiri samada sebagai seorang
pemimpin mahupun sebagai pengikut. Setiap ahli kumpulan menunjukkan pergerakn yang
positif. Ada yang ingin menjadi pengikut sahaja dan ada juga pemimpin yang tidak
bertanggung jawab.
b) Meniru Lakuan Kumpulan
Pendekatan ini membantu kesedaran bagi kumpulan yang pasif. Kumpuylan tersebut akan
meniru lakuan pekerjaan dalam sesuatu situasi. Kesedaran kumpulan ini akan ditimbulkan
semasa ahli kumpulan membuat penyesuaian antara satu sama lain mengikut ritma
pergerakan itu.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian cara menunjukkan kesedaran
berkumpulan.
c) Kesedaran Kumpulan
Kesedaran kumpulan melalui penekanan kepada perhubungan dengan aspek masa, ruang,
beban dan aliran.
i. Aspek Masa
Penyesuain ahli kumpulan terhadap pergerakan kawal lambat yang dilakukan secara
serentak. Pertukaran ke pergerakan serta-merta secara berkumpulan menunjukkan
aspek masa digunakan dalam kesatuan.
ii. Aspek Ruang
Ini dapat dilihat semasa kumpulan membuat format pergerakan, seperti yang
dihuraikan dalam Tema 15.
iii. Aspek Beban
Perkaitan antara kumpulan yang ditunjukkan melalui cara sentuhan antara ahli
kumpulan. Contohnya sentuhan yang ringan, halus atau berat dan kuat
membayangkan mood dan perasaan kumpulan itu.
iv. Aspek Aliran
Aliran terikat atau aliran bebas yang dilakukan oleh kumopulan membayangkan
kesedaran kumpulan tersebut mencurahkan mood, idea dan perasaan.
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian cara menunjukkan kesedaran
kumpulan.
55
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 5.6 Penggunaan aspek masa, ruang, beban dan aliran dalam kumpulan.
5.2.7 Tema 15: Formasi-formasi dalam Kumpulan
Tema ini memfokuskan kesedaran tentang bentuk-bentuk formasi yang boleh dilakukan dalam
kumpulan. Formasi dalam kumpulan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a) Formasi Sebentuk
Formasi sebantuk penting kerana pergerakan seorang dalam kumpulan dijadikan
pergerakan sekumpulan. Kumpulan boleh menunjukkan:
i. Formasi garisan yang lurus dan pemimpin boleh ditempatkan di hujung atau di
tengah, atau;
ii. Formasi bulat yang tidak ada pemimpin.
iii. Pergerakan pelbagai bentuk seperti bulatan atau empat persegi untuk membentuk
formasi yang padu.
b) Formasi Tidak Sebentuk
Membenarkan setiap ahli bergerak secara spontan. Ahli-ahli berpeluang bergerak dengan
respon sendiri tetapi berfokus kepada pergerakan pemimpin. Pergerakan diteruskan
sehingga mendapat satu formasi.
56
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian cara menunjukkan formasi dalam
kumpulan.
Rajah 5.7 Contoh formasi sebentuk dan tidak sebentuk.
5.2.8 Tema 16: Kualiti-kualiti Ekspresif dalam Pergerakan
Tema ini memfokuskan kepada pergerakan hasil daripada gabungan kesemua tema untuk
menghasilkan suatu komposisi pergerakan. Di peringkat ini gubahan pergerakan mempunyai
kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan. Perkara-perkara yang penting untuk memberi kualiti
ekspresif ialah:
a) Idea atau perasaan yang akan disampaikan.
b) Perkaitan dalam pergerakan itu.
c) Perbezaan antara pergerakan.
Mood, idea dan perasaan menentukan aspek pergerakan seperti tubuh badan, ruang, daya dan
beban dan juga gabungan pergerakan yang sesuai dihasilkan untuk membayangkan mood,
idea dan perasaan yang asas.
57
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara menunjukkan cerita, mood, idea dan perasaan
melalui pergerakan yang sesuai.
5.3 Ransangan Dalam Pergerakan Kreatif
Ransangan dalam pergerakan kreatif adalah merupakan suatu bentuk bantuan pengajaran
dalam mempermudahkan proses pengajaran pergerakan kreatif. Ianya dapat membantu guru
bagi memahamkan pelajar yang bermasalah dalam memahami temtang aspek ritma dan
kreativiti. Beberapa jenis ransangan yang boleh digunakan semasa pergerakan kreatif adalah
sebagaimana berikut:
5.3.1 Ransangan Dalam Diri
Pergerakan yang diransang oleh tubuh badan sendiri diberi tumpuan. Ransangan seperti ini
amat kurang sesuai diamalkan kepada pelajar yang kurang memahami tentang ritma dan
kreativiti.
5.3.2 Ransangan Objek
Imiginasi pelajar akan dapat diperkembangkan melalui penggunaan objek seperti gambar, arca,
selendang, belon, tali elastik dan peta pergerakan bagi membantu mereka memahami dengan
lebih baik.
5.3.3 Ransangan Bunyi
Penggunaan bunyi dan ritma adalah merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam
pengajaran pergerakan kreatif. Ransangan bunyi yang perlu diberikan pendedahan seawal
proses pengajaran akan memudahkan pelajar memahami konsep pergerakan dan
meningkatkan kreativiti mereka. Tepukan dan suara adalah merupakan suatu contoh ransangan
bunyi yang paling asas. Manakala penggunaan alat-alat muzik seperti genderang akan
membantu pengajaran menjadi lebih menarik.
3.6.4 Fahaman Dinamika Muzik
Penggunaan muzik sebagai bantuan dalam eleman pergerakan kreatif akan memudahkan
pelajar untuk memahami ritma dengan lebih baik serta mengatur pergerakan seiring dengan
ransangan alunan muzik. Berikut adalah kepelbagaian alunan dinamika muzik yang boleh
disesuaikan dengan pergerakan.
i. Bunyi beransur kuat.
ii. Bunyi beransur lembut.
58
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
iii. Bunyi kuat beransur lembut
iv. Tempo beransur laju
v. Tempo laju beransur kuar
5.4 Kesimpulan
Bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, pergerakan adalah lebih efektif dan sesuai
dengan naluri jiwa mereka sebagai media ekspresi berbanding dengan bahasa. Walaupun
kanak-kanak sudah membesar, namun penggunaan pergerakan fizikal sebagai media
pengucapan dan komunikasi, di samping bahasa haruslah diperlakukan demi mempelbagaikan
salurun untuk berkomunikasi. Dengan menggabungkan aktiviti pergerakan dengan aktiviti-
aktiviti seni halus, seni muzik atau keduanya sekali dengan pelbagai cara dan bentuk, ini akan
dapat membantu menambahkan kaedah untuk melahirkan perasaan dalaman kanak-kanak dan
sehubungan itu membentuk daya kesedaran estetika mereka. Peluang untuk bergerak, semata-
mata kerana ikmat yang dirasai melalui pergerakan, berkemungkinan lebih banyak terdapat
dalam aktiviti-aktiviti geraktari daripada aspek-aspek kurikulum pendidikan jasmani yang lain.
Untuk melahirkan perasaan, tidak semestinya memerlukan interaksi dengan orang lain. Adalah
penting juga bagi kanak-kanak untuk mengetahui perbezaan antara menghindar perasaan-
perasaan seperti marah dengan menekankan perasaan yang bersifat agresif. Mereka perlu
difahamkan bahawa perasaan marah itu merupakan suatu emosi yang sihat dan semulajadi.
SEMAK KENDIRI
1. Apakah yang anda faham tentang pergerakan kreatif lanjutan?
2. Tema pergerakan kreatif yang manakah berkait rapat dengan tema pergerakan kreatif
lanjutan yang ke 10?
3. Apakah tema yang memfokuskan kesedaran tentang bentuk-bentuk formasi yang boleh
dilakukan dalam kumpulan?
4. Senaraikan perkara-perkara yang penting untuk memberi kualiti ekspresi.
5. Mengapa perlunya ransangan dalam pergerakan kreatif?
59
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
UNIT 6
GIMNASTIK PENDIDIKAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda seharusnya dapat:
a) Menjelaskan tujuan dan skop pembelajaran dalam gimnastik pendidikan.
b) Menyenaraikan tema-tema dalam gimnastik pendidikan.
c) Memahami tujuan dan perbezaan pergerakan dalam setiap tema.
6.1 Pengenalan
Sukan gimnastik dirujuk sebagai “the mother of all sports” . Ini adalah kerana penglibatan dalam
sukan ini akan menghasilkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, ketangkasan, koordinasi, dan
imbangan yang mana diperlukan oleh semua sukan. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk
pelajar mempelajari gimnastik pendidikan yang merupakan asas kepada gimnastik.
6.2 Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan adalah merupakan salah satu daripada cabang pendidikan pergerakan
yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan menjadi asas kepada
gimnastik artistik. Melalui gimnastik pendidikan, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai
bentuk pergerakan dan tugasan yang akan mendorong kepada pembelajaran dan
perkembangan pelajaran yang lebih baik. Ianya akan memberikan tumpuan kepada
pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan dan berdasarkan kepada tema-tema
khusus yang akan dapat membantu pelajar menyedari tentang nilai estetik dan kreativiti,
kesedaran tubuh badan dan memahami konsep pergerakan dengan lebih(Ramakrishnan, 1998)
baik .
6.3 Tujuan Gimnastik Pendidikan
Gimnastik pendidikan adalah memfokuskan penguasaan kemahiran pergerakan yang berkaitan
dengan tubuh badan, ruang, beban, masa, ritma dan aliran. Secara lebih jelas berikut adalah
tujuan pembelajaran gimnastik pendidikan.
i. Meningkatkan kesedaran tubuh badan dalam kalangan pelajar.
60
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
ii. Meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengolah pergerakan yang merangkumi
ruang, masa, beban dan aliran.
iii. Menerapkan nilai positif tentang yakin diri.
iv. Mendedahkan pelajar kepada proses penerokaan, penjelajahan, penemuan dan
daya cipta.
v. Memberi kebebasan kepada pelajar dalam mengolah kreativiti bagi menghasilkan
ciptaan pergerakan yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri.
vi. Menyediakan asas kepada gimnastik artistik.
6.4 Tema Dalam Gimnastik Pendidikan
Pergerakan dalam gimnastik pendidikan adalah merupakan asas kepada pergerakan artistik
dan gimnastik irama. Oleh yang demikian, pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan
lapan tema iaitu (Ramakrishnan, 1998):
i. Kesedaran tubuh badan
ii. Kesedaran ruang
iii. Kesedaran masa
iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
v. Kesedaran beban
vi. Kesedaran aliran
vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain
viii. Kesedaran ritma
6.4.1 Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan
Tema ini memberi peluang seseorang individu untuk mengenali bahagian tubuh badan dan
mengawal pergerakan. Bahagian tubuh badan digerakkan dengan pelbagai cara iaitu:
a) Lakuan asas tubuh badan
- Ringkuk
- Lunjur/regang
- Pulas
- Hayun
b) Lakuan bahagian tubuh badan
- Sokongan beban
61
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
- Bahagian badan mendahului pergerakan
- Menerima beban tubiuh badan
c) Aktiviti tubuh badan
- Lokomotor
- Bukan lokomotor
d) Bentuk tubuh badan
- Lurus/runcing
- Lebar
- Bulat
- Bersudut
- Pulas
Tema ini menggalakkan pelajar melakukan berbagai pergerakan. Pemilihan dan pengawalan
adalah mengikut situasi, keperluan dan keselamatan.
Jadual 6.1 Jenis pergerakan dalam Tema 1.
Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti
Berjalan, berlari, merangkak, dan
Bergerak secara Bergerak dengan bahagian
pada tubuh badan berselang – berjalan secara melutut.
sentuhan berselang. seli menyentuh lantai.
Bergerak dengan bahagian Gulingan, guling balak, menarik
Bergerak secara tubuh badan menyentuh lantai dan menolak.
sentiasa.
sentuhan selalu. Bergerak dengan seluruh Lompat bintang, lompat dakap dan
tubuh badan di udara seketika lompat layang.
Bergerak tanpa
Bergerak dengan beban di Membawa pundi kacang di atas
sentuhan seketika. bahagian tubuh. kepala serta Menggolekkan bola
kecil di atas belakang badan
Menyokong beban pada
bahagian tubuh.
Membuat berbagai Membentukkan tubuh badan Pergerakan mengikut situasi seperti:
menjadi besar, kecil, panjang,
bentuk dengan pendek. bunga sedang kembang
arnab tidur dalam lubang
bahagian tubuh badan. galah menjulang awan
kain dilipat dua
Membekukan tubuh Berhenti bergerak apabila Galop
badan. isyarat diberi. Lompat kanggaru dalam arah zig-
Merangkaikan dua atau Merangkaikan beberapa zag
lebih pergerakan. Lompat ke dalam gelung rotan
kemahiran ke dalam satu Menyusup di bawah palang
bentuk permainan kecil.
62
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
6.4.2 Tema 2: Kesedaran Ruang
Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ianya terbahagi
kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.
a) Ruang Diri
Ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh
bahagian tubuh badan.
b) Ruang Am
Kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.
Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti:
i. Aras : tinggi, sederhana, rendah
ii. Arah : hadapan, belakang, sisi, atas, bawah
iii. Laluan : awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
iv. Ekstensi : mengecut, membesar
Pemilihan dan pengawalan pergerakan dalam penggunaan ruang perlu mengikut situasi,
keperluan dan keselamatan. Selain itu, terdapat sub tema kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar iaitu:
a) Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang.
Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat
ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh
bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan
dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan
juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar
berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di
dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan
fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.
b) Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri.
Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang
melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini
bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang
dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang
diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan,
imbangan dan kelenturan.
63
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
c) Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat
dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai
aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu
pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan
berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan
otot, ketangkasan dan imbangan.
d) Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang
membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh
pergerakan ini ialah buaya merangkak.
e) Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang
membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini
ialah ulat menyusur.
6.4.3 Tema 3: Kesedaran Masa
Tema ini memfokuskan tentang kawalan masa dalam melakukan sesuatu pergerakan.
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan
serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan berkait rapat dengan keadaan ruang yang ada
seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alatan. Kesedaran masa
mempunyai perkaitan dengan tubuh badan, beban, aliran dan ritma. Berikut adalah sub tema
berdasarkan kemahiranpergerakan:
a) Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza.
Bergerak menggunkan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, serta-merta dan kawal-
lambat.
Rajah 6.1 Berjalan dengan cepat.
64
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.2 Berdiri tegak dan berjalan dengan lambat.
Rajah 6.3 Berjalan dengan lambat dan berubah ke serta-merta.
b) Bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai.
Memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat dan kemampuan
pelajar.
Rajah 6.4 Bergerak dengan pelbagai kelajuan yang sesuai.
c) Bergerak dengan mengawal kelajuan.
Bergerak dengan kelajuan yang terkawal samada secara pantas atau lambat.
65
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.5 Bergerak dengan mengawal kelajuan.
d) Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang sesuai.
Pelajar dikehendaki melakukan pergerakan tubuh badan bagi mengenal pasti kelajuan yang
bersesuaian untuk setiap pergerakan.
Rajah 6.6 Mengaplikasikan pemilihan kelajuan yang sesuai dalam perlakuan dirian tangan.
e) Merangkaikan pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek masa.
Melakukan beberapa pergerakan dengan menerapkan dua atau lebih aspek masa seperti
cepat, lembat, serta-merta dan kawal-lambat.
Rajah 6.7 Rangkaian pergerakan dengan penggabungan aspek masa (cepat, lambat, serta-
merta dan kawal-lambat).
66
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
6.4.4 Tema 4: Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai Bahagian Tubuh Badan.
Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna perhubungan satu
bahagian tubuh badan dengan bahagian badan yang lain atau perhubungan tubuh badan
dengan lantai atau alatan. Lakuan perkaitan pergerakan adalah seperti sokongan badan,
bahagian tubuh badan yang mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh
badan.
a) Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian badan dengan
bahagian badan yang lain.
Bergerak dengan menggunkan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh badan seperti
tangan dan kaki. Satu bahagian badan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang lain
untuk melakukan pergerakan.
Rajah 6.8 Perkaitan bahagaian tubuh badan semasa melakukan pergerakan putaran roda.
b) Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di antara satu
bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.
Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukar bentuk pergerakan atau pergerakan
bahagian lain. Imbangan membantu pertukaran pergerakan.
Rajah 6.9 Perkaitan bahagian tubuh badan semasa pergerakan.
67
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
c) Bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan.
Bergerak berbagai jenis cara bersesuaian dengan berbagai jenis alatan, seperti melompat,
melintas kayu yang diletakkan di atas skitel atau melompat dekam menggunakan bangku
gimnastik. Pergerakan perlu bersesuaian dengan peralatan.
Rajah 6.10 Perkaitan tubuh badan dengan alatan.
d) Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian
tubuh badan dengan alatan.
Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan. Pergerakan boleh
dilakukan di atas, bawah dan melalui alat atau alatan digunakan sebagai halangan.
Rajah 6.11 Perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan semasa melakukan pergerakan.
e) Menyokong badan di atas satu tapak sambil menggerakkan bahagian badan yang
lain untuk mendapatkan kestabilan.
Membuat imbangan badan di atas tapak yang stabil seperti di atas satu atau dua tapak kaki,
tapak tangan atau punggung. Tapak yang stabil menentukan pembentukan terkawal dan
kekal supaya lakuan kemas dan licin.
68
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.12 Menyokong badan semasa dirian tangan untuk kestabilan.
f) Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan
menggunkan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan.
Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke tapak imbangan
yang lain seperti dari sokongan punggung ke bahu atau tangan. Semasa mengalih beban,
bahagian tubuh badan yang sesuai hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan.
Rajah 6.13 Mengalih beban untuk mendahului pergerakan semasa kemahiran gulingan ke
belakang.
g) Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan.
Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan bahagian tubuh badan seperti
abdomen dan tangan hendaklah ditentukan dahulu. Kedudukan tubuh boleh berdasarkan
pada satu, dua, atau lebih bahagian badan.
69
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.14 Mencipta bentuk badan.
6.4.5 Tema 5: Kesedaran Beban
Tema kesedaran beban dalam gimnastik pendidikan adalah bertujuan untuk membolehkan
pelajar memahami kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti
pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa
melakukan pergerakan. Melalui tema ini guru harus memberikan senario dan tugas kepada
pelajar untuk pelajar memahami tema ini dengan lebih baik.
a) Bergerak berbagai-bagai cara dan membeku.
Pergerakan dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan
menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan
tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Pelajar boleh
melakukan pergerakan berbagai-bagai cara mengikut kreativiti.
Rajah 6.15 Bergerak berbagai cara dan membeku.
b) Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan
Bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kawalan otot yang berbeza
seperti berat dan ringan. Pelajar boleh mempelbagaikan pergerakan dengan bergerak
menggunkan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot.
70
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.16 Bergerak dengan kualiti berat dan ringan.
c) Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan
Bergerak dengan kualiti berat dan ringan dengan menggunkan alatan. Alatan boleh
digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, keliling dan sisi. Pelajar boleh
menggunakan pelbagai jenis alatan berdasarkan kemampuan serta selamat.
Rajah 6. 17 Kualiti berat dan ringan dengan alatan.
d) Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan Ringan Tanpa
atau dengan Alatan
Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan
alatan atau tanpa alatan. Pelajar merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan
lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa
melakukan aktiviti ini pelajar akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan
dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru
memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil
menggunakan ruang dan alatan secara maksimum.
71
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6. 18 Rangkaian pergerakan tanpa alatan.
6.4.6 Tema 6: Kesedaran Aliran
Kesedaran aliran dapat dilihat apabila beberapa pergerakan dirangkai dengan berurutan,
berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran
terikat. Dalam memperkembangkan aliran pergerakan, penekanan diberi terhadap:
i. Pilihan dan lakuan pergerakan yang sesuai.
ii. Ulangan rangkaian pergerakan yang sesuai.
iii. Kelicinan pergerakan dalam sesuatu rangkaian.
iv. Pilihan pergerakan mencabar untuk dirangkaikan.
Berdasarkan tema ini, terdapat tiga jenis rangkaian pergerakan iaitu secara bebas, terikat dan
bebas dan terikat.
a) Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan
yang dilakukan secara licin, lancar dan berterusan tanpa henti.
Rajah 6. 19 Rangkaian aliran bebas.
72
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b) Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang
terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan
dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan
berkordinasi.
Rajah 6.20 Rangkaian aliran terikat.
c) Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat
Pergerakan secara aliran bebas dan terikat digabungkan menjadi rangkaian yang licin,
lancar dan berterusan.
Rajah 6.21 Kombinasi rangkaian aliran bebas dan terikat.
73
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
6.4.7 Tema 7: Kesedaran Perkaitan dengan Orang Lain
Menurut tema ini, kesedaran memberi peluang kepada seseorang individu melakukan berbagai
pergerakan bersama rakan-rakan. Setiap individu menyesuaikan pergerakan dengan secara
berpasangan atau berkumpulan. Perkaitan ini boleh dilakukan dengan cara:
i. Meniru = ketua melakukan, pengikut memerhati dan meniru pergerakan ketua.
ii. Memadan = beberapa orang melakukan pergerakan yang sama serentak. Pemilihan
pergerakan dan rangkaian ditentu dan dilatih terlebih dahulu.
iii. Lakuan Cermin = berpasangan dan dalam kumpulan melakukan pergerakan yang
sama seperti lakuan dalam cermin.
Berdasarkan tema ini, kesedaran perkaitan dengan orang lain dibahagikan kepada sub tema
seperti berikut:
a) Bergerak berbagai Cara dengan Pasangan
Boleh dilakukan dalam bentuk meniru, mamadan dan lakuan cermin. Rangkaian pergerakan
berpasangan boleh dilakukan seperti kanun, berselang-seli dan berturutan.
Rajah 6.22 Bergerak dengan pasangan.
b) Bergerak berbagai-bagai cara dengan rakan secara sentuhan badan.
Bergerak dengan rakan-rakan boleh dilakukan secara sentuhan badan untuk menyokong
beban, mengimbangi rakan dan membantu rakan mengekalkan kedudukan badan. Sesuatu
pergerakan itu tidak boleh dilakukan tanpa sokongan.
74
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.23 Bersentuhan badan.
c) Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan
Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Pergerakan yang
boleh dilakukan ialah secara meniru, mamadan dan lakuan cermin.
Rajah 6.24 Bergerak dalam kumpulan.
6.4.8 Tema 8: Kesedaran Ritma
Tema ini bertujuan untuk memperkembangkan kesedaran ritma pergerakan. Tumpuan ritma
termasuk masa, beban serta aliran yang lebih dirasakan dalam rangkaian pergerakan atau
pergerakan yang berulang-ulang.
a) Mendapatkan ritma dari berbagai-bagai pergerakan.
Setiap pergerakan mempunyai ritmanya tersendiri. Ritma yang berlainan diperolehi dengan
melakukan pelbagai pergerakan. Ritma boleh dihasilkan dengan bertepuk tangan,
menghentak kaki, menghitung dan sebagainya.
75
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6.25 Ritma dalam pergerakan.
b) Menggunakan corak ritma untuk melakukan pergerakan.
Corak ritma adalah gabungan berbagai ritma. Corak ritma mempunyai rentak mendatar,
tinggi, rendah dan terputus-putus. Rentak ritma boleh dilakukan dengan lembut, perlahan,
kuat, cepat, sederhana, lambat dan sebagainya. Corak ritma perlu dilakukan berulang-
ulang.
76
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 6. 26 Corak ritma pergerakan.
c) Merangkaikan aliran pergerakan dengan corak ritma.
Aliran pergerakan adalah rangkaian pergerakan yang mempunyai permulaan dan
penghabisan yang tertentu. Aliran corak ritma hendaklah kemas, licin dan berterusan. Aliran
rangkaian pergerakan dihasilkan daripada corak ritma pergerakan yang berulang-ulang.
Rajah 6.27 Contoh aliran rangkaian pergerakan.
77
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
6.5 Kesimpulan
Peranan gimnastik pendidikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas
gimnastik artistik. Selain itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai penghayatan pelajar
terhadap aspek estetik dan merangsang kreativiti pelajar melalui pergerakan. Pengolahan
pergerakan berdasarkan tema-tema oleh pelajar akan memberikan ruang untuk mereka lebih
positif melalui proses penerokaan, penemuan dan daya cipta.
SEMAK KENDIRI
1. Mengapakah sukan gimnastik dirujuk sebagai “the mother of all sports” ?.
2. Apakah tujuan pembelajaran gimnastik pendidikan?
3. Sila lengkapkan ruang yang kosong yang disediakan.
Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti
Bergerak secara sentuhan
berselang.
Bergerak secara sentuhan
selalu.
4. Apakah bentuk senario dan tugasan yang harus diberikan oleh guru kepada pelajar
untuk pelajar memahami tema kesedaran beban ini dengan lebih baik.
5. Apakah tema yang memberi peluang kepada seseorang individu melakukan berbagai
pergerakan bersama rakan-rakan?
78
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
UNIT 7
GIMNASTIK ARTISTIK
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda seharusnya dapat:
a) Menyenaraikan cabang-cabang disiplin dalam sukan gimnastik.
b) Memahami perkembangan sejarah gimnastik artistik.
c) Menjelaskan kategori pertandingan dan acara yang dipertandingkan bagi lelaki dan
wanita.
d) Memahami peraturan dan undang-undang pertandingan gimnastik artistik.
7.1 Pengenalan
Gimnastik adalah merupakan satu sukan yang melibatkan prestasi senaman yang memerlukan
kekuatan fizikal, fleksibiliti, kuasa, ketangkasan, koordinasi, dan imbangan. Di peringkat
antarabangsa, pertandingan sukan tersebut ditadbir oleh Federation International Gymnastics
(FIG). Sukan ini juga dianggap sukan yang selamat sekiranya diuruskan dengan baik dan
menjalani latihan yang secukupnya. Setiap negara mempunyai badannya yang tersendiri dan
mentadbir setelah bergabung dengan FIG. Disiplin gimnastik lain termasuk: trampolin, gimnastik
berirama, gimnastik artistik, sukan akrobatik,sukan aerobik, gimnastrada (sukan untuk semua)
dan tumbling.
Tumbling Gimnastik
artistik
Sukan aerobik Gimrama
Trampolin Sukan aerobik
Gimnastrada
(Gimnastik
untuk semua)
Rajah 7.1 Cabang sukan gimnastik.
79
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
7.2 Falsafah
Gimnastik ialah pergerakan, latihan fizikal dan senaman yang meningkatkan kekuatan otot.
Pergerakan gimnastik terdiri daripada yang senang contohnya berlari, berjalan, melompat dan
pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan (handspring), putar roda (cartwheel), salto
hadapan dan belakang. Pergerakan gimnastik juga terdiri daripada posisi statik yang senang
seperti berdiri, menyokong dan yang kompleks seperti dirian tangan buka kaki serta dirian
kepala. Pergerakan gimnastik boleh dilakukan dengan menggunakan alatan, di atas peralatan
dan tanpa alatan. Pergerakan gimnastik juga perlulah menunjukkan ketepatan, kejituan dan
kesempurnaan.
7.3 Sejarah
Sukan gimnastik telah melalui beberapa era perkembangan daripada era penemuannya di
zaman pra sejarah, dan seterusnya berkembang sehingga dipertandingkan di peringkat Olimpik
dan menjadi salah satu sukan terawal yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.
Rajah 7.2 Gimnastik dipertandingkan di Sukan Olimpik.
7.3.1 Pra Sejarah
Bermula tahun 2,300 S.M. Mesir kuno telah mengaplikasikan asas pergerakan gimnastik seperti
yang ditemui pada ukiran hieroglifik. Gimnastik seperti satu sistem latihan sukan harmoni
berasal dari Greece Purba 800 S.M. dan diaplikasikan untuk ketenteraan mereka. Ianya
bertujuan untuk memudahkan pembangunan badan melalui satu siri latihan yang melibatkan
berlari, melompat, berenang, membuang, gusti, dan mengangkat berat. Kecergasan fizikal
adalah satu sifat yang sangat bernilai di Greece purba, dan kedua-dua lelaki dan wanita yang
mengambil bahagian dalam latihan gimnastik. Orang-orang Rom, selepas menakluk Greece,
membangunkan aktiviti ke dalam sukan yang lebih formal, dan mereka menggunakan
gimnasium fizikal menyediakan tentera mereka untuk peperangan. Dengan kejatuhan Rom,
80
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
bagaimanapun, kepentingan dalam gimnastik berkurangan dan seterusnya gimnastik bertukar
hanya sebagai satu bentuk hiburan.
Rajah 7.3 Lakaran aktiviti gimnastik pada dinding.
7.3.2 Perkembangan Awal
Pada akhir tahun 1700-an, Friedrich Ludwig Jahn seorang guru di Jerman telah mencipta
beberapa aparatus antaranya termasuklah palang sejajar, batang titian dan acara lompatan.
Beliau, seterusnya dianggap sebagai „bapa gimnastik moden‟ atas usaha beliau
memperkembangkan sukan gimnastik moden. Gimnastik berkembang di Jerman pada tahun
1800 dan pembukaan Sekolah Jahn di Berlin, pada tahun 1811 lebih menyemarakkan lagi
perkembangan sukan itu. Hasilnya wujud banyak kelab-kelab gimnastik di Eropah dan
kemudiannya di England. Sukan ini seterusnya diperkenalkan ke Amerika Syarikat oleh Dr
Dudley Allen Sargent, yang mengajar gimnastik di beberapa universiti di Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, kebanyakan perkembangan gimnastik di Amerika Syarikat lebih
tertumpu kepada aktiviti pendatang Eropah, yang memperkenalkan sukan itu di bandar-bandar
baru mereka dalam tahun 1880-an. Gimnastik moden dikecualikan beberapa peristiwa
tradisional, seperti angkat berat dan gusti, dan menekankan bentuk dan bukannya persaingan
peribadi.
81
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.4 Pendedahan awal sukan gimnastik oleh Friedrich Ludwig Jahn dalam acara batang
tititan.
7.3.3 Gimnastik Moden
Pada tahun 1954, sukan gimnastik telah diselaraskan dengan mewujudkan acara-acara yang
khusus untuk wanita dan lelaki. Kategori yang dipertandingkan adalah kategori individu dan
berpasukan. Antara acara yang dipertandingkan untuk lelaki adalah senaman lantai, gelang,
kekuda berpelana, palang sejajar, melombol dan palang tunggal. Manakala wanita dibenarkan
untuk bersaing dalam empat acara iaitu melombol, batang titian, palang bertingkat, dan
senaman lantai. Sistem pemarkahan yang berasaskan markah penuh 10 juga telah
diperkenalkan pada tahun yang sama dan menjelang tahun 1955, gimnastik moden telah
menjadi satu sukan yang diiktiraf oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005,
sistem pemarkahan dan kehakiman telah digubal semula dan sistem berasaskan markah penuh
10 tidak lagi diguna pakai. Sehingga ke hari ini, sistem pemarkahan telah mengguna pakai
sistem baru yang telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Dunia.
82
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.5 Sukan gimnastik moden.
7.3.4 Perkembangan Gimnastik di Malaysia
Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah
di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada
mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga
dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan
prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal,
kebolehlenturan (flexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan dan
lain-lain. Sukan gimnastik telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah dan institut pendidikan
guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani seawal zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira
dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol.
Rajah 7.6 Ng Shu Wai yang telah bertanding di Sukan Olimpik Athen.
83
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24
November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki
sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan bermula pada tahun 1980. Gimnastik telah
mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya
sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini sukan
gimnastik telah berkembang begitu baik sehingga kesemua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan gimnastik anjuran Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Malaysia. Pada tahun 1989 Malaysia telah menang lima pingat emas dalam gimrama di
Sukan SEA melalui Faiznur Miskin. Pada tahun 1991 Malaysia telah memenangi pingat emas
yang pertama dalam Sukan Sea melalui Kau Git Kaur dalam acara melombol dan pada tahun
1993 Lim Wai Chee pula telah menang pingat emas dalam acara melombol untuk menyumbang
pingat emas pertama dalam sejarah sukan gimnastik artistik wanita Malaysia. Malaysia telah
menyertai pertandingan gimnastik dalam Sukan Komanwel sejak 1998 hingga sekarang.
Kemuncak kecemerlangan sukan gimnastik adalah pada tahun 2004 apabila seorang gimnas
lelaki iaitu Ng Shu Wai telah mewakili Malaysia dalam Olimpik di Athens, Greece.
7.4 Kategori Pertandingan di Peringkat Antarabangsa (Olimpik)
Empat belas pingat emas untuk dimenangi bagi pertandingan peringkat antarabangsa atau di
Sukan Olimpik. Atlet boleh memenangi pingat dengan skor (i) pasukan mereka, (ii) acara
individu atau (iii) individu keseluruhan (yang menggabungkan skor kesemua acara). Pada
peringkat awal pertandingan, kebiasaannya terdapat hampir 200 orang gimnas yang menyertai
pertandingan. Oleh kerana terlalu ramai, pertandingan dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:
i. Peringkat Kelayakan
ii. Pasukan akhir
iii. Individu keseluruhan akhir
iv. Acara individu akhir
Oleh yang demikian setiap gimnas akan berpeluang untuk bertanding setiap fasa bagi merebut
peluang untuk menjadi johan. Masa maksimum yang diperuntukkan untuk persembahan bagi
setiap acara adalah 2.5 minit.
7.5 Acara yang di Pertandingkan
Sukan gimnastik yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa dikategorikan kepada dua
kategori iaitu lelaki dan wanita. Bagi acara lelaki terdapat enam acara yang dipertandingkan
sebagaimana berikut:
84