QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
i. Senaman lantai (floor exercise)
ii. Palang sejajar (parallel bar)
iii. Melombol (vaulting)
iv. Gelang (ring)
v. Kekuda berpelana (pommell horse)
vi. Palang tunggal (high bar)
Manakala bagi wanita pula, acara yang dipertandingkan adalah sebagaimana berikut:
i. Senaman lantai (floor exercise)
ii. Palang bertingkat (uneven bar)
iii. Batang titian (balance beam)
iv. Melombol (vaulting)
Hanya dua acara yang sama bagi lelaki dan wanita iaitu acara senaman lantai dan melombol.
Berikut adalah lakaran susun atur peralatan apabila pertandingan peringkat antarabangsa
dijalankan.
85
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.7 Lakaran susun atur peralatan gimnastik bagi acara lelaki.
86
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.8 Lakaran susun atur peralatan gimnastik bagi acara wanita.
7.4.1 Senaman Lantai
Dimensi untuk lantai adalah sama bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Lantai adalah
berukuran seluas 12 meter x 12 meter persegi dengan permukaan mendatar, sedikit tinggi dari
permukaan dewan pada maksimum sebanyak 3.5 sentimeter. Sempadan di sekeliling tikar
mungkin tidak mempunyai kecerunan melebihi 25 peratus. Terdapat juga sebuah zon yang 2
meter sekitar kawasan persembahan yang mesti kekal jelas tanpa halangan.
87
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.9 Ukuran lantai gimnastik untuk acara lelaki dan wanita.
Rajah 7.10 Aparatus senaman lantai.
7.4.2 Palang Sejajar
Acara ini dilakukan pada dua palang sejajar yang fleksibel dengan ketinggian ditetapkan 2m di
atas lantai dewan. Kedua-dua palang adalah sejajar dan jarak antara keduanya adalah antara
42 dan 52cm daripada satu sama lain. Tilam pendaratan adalah 11 meter panjang dan 4.5
meter lebar.
88
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.11 Aparatus palang sejajar.
7.4.3 Lombol
Dimensi ukuran bagi aparatus lombol sedikit berbeza antara lelaki dan wanita. Ketinggian
minimum bagi wanita adalah 125 cm dan bagi lelaki pula adalah 135 cm. Panjang dan lebar
lombol adalah 120 cm panjang dan 95 cm lebar. Atas meja mesti diimbangi dengan permukaan
yang tidak licin atau kasar. Permukaan kawasan atas meja mesti menyerap kejutan supaya
bahu dan pergelangan tangan gimnas dilindungi. Landasan untuk larian tidak boleh melebihi
25m panjang. Ia adalah 100cm luas dan tidak lebih daripada 2.5 cm tinggi. Permulaan landasan
mesti ditandakan jadi gimnas tahu di mana untuk memulakan larian mereka. Pada akhir
landasan terdapat spring board yang membantu melonjakkan gimnastik ke atas lombol. Spring
board yang digunakan mestilah berukuran 120 cm panjang, 60 cm lebar dan 20 cm tinggi. Tilam
pendaratan di belakang lombol adalah berukuran 6 m panjang dan 2.5 m lebar.
89
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.12 Aparatus lombol.
7.4.4 Gelang
Alatan atau aparatus ini terdiri daripada dua gelang berbentuk bulat yang digantung dari atas
dan selari antara satu sama lain. Kedua-dua gelang tersebut berukuran 2.8 m di atas lantai
dipasang pada tali penggantungan berukuran 70 cm. Jarak di antara kedua-dua gelang tersebut
adalah 50 cm serta setiap satunya berdiameter dalaman 18cm. Saiz tilam pendaratan adalah 5
x 2 meter.
Rajah 7.13 Aparatus gelang.
90
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.13 Aparatus gelang.
7.4.5 Kekuda Berpelana
Kekuda berpelana adalah merupakan sebuah aparatus berbentuk bujur dengan dua pemegang
(pommels) di atasnya. Tepi dan penjuru kekuda adalah berbentuk bulat. Bahagian atas kekuda
adalah berukuran 160 cm panjang dan lebar 35 cm. Bahagian bawahnya pula adalah 155 cm
panjang dan 30cm lebar. Apabila diukur dari lantai, Ketinggiannya adalah 115 cm tinggi dari
aras lantai. Pemegangnya (pommell) adalah setinggi 12 cm dari atas kekuda dan diletakkan di
antara kedua-duanya adalah 40cm hingga 45 cm. Tilam pendaratan di bahagian bawahnya
adalah berukuran 4 meter panjang dengan 4 meter lebar.
Rajah 7.14 Aparatus kekuda berpelana.
7.4.6 Palang Tunggal
Aparatus palang tunggal adalah merupakan sebuah palang tunggal dengan ketinggian 2.8
meter dari atas permukaan lantai. Saiz palang adalah 2.8 cm diameter dan 240 cm panjang.
Manakala tilam pendaratan di bahagian bawah palang adalah berukuran 12 meter x12 meter.
91
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 7.15 Aparatus palang tunggal.
7.4.7 Palang Bertingkat
Aparatus palang bertingkat khusus untuk acara wanita ini adalah merupakan alat yang terdiri
daripada dua palang fleksibel yang jarak maksimumnya adalah 1.435 meter. Manakala palang
atas adalah berukuran 2.5 m di atas lantai dan bar yang lebih rendah adalah berukuran 1.7 m di
atas lantai. Tiilam pendaratan adalah berukuran 14 m panjang dan 2 m lebar.
Rajah 7.16 Aparatus palang bertingkat.
92
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
7.4.8 Batang Titian
Batang titian adalah aparatus bagi wanita yang berukuran kira-kira 10 cm lebar, 5 meter
panjang dengan ketinggian 1.2 meter dari lantai. Keseluruhan batang titian mestilah bersalut
dengan kusyen lembut beserta tepi bulat di hujung. Tahap ketebalan kusyen adalah antara 15
mm sehingga 30 mm tebal. Saiz tilam untuk tujuan pendaratan di kedua-dua hujung rasuk ialah
17 x 4 meter.
Rajah 7.17 Aparatus batang titian.
7.5 Etika Berpakaian
Atlet yang bertanding dalam sukan gimnastik artistik haruslah mematuhi kod etika berpakaian
yang telah ditetapkan oleh FIG. Berikut adalah etika yang telah ditetapkan di dalam code of
point.
7.5.1 Pakaian
a) Gimnas Lelaki
Gimnas lelaki dimestikan memakai dua lapisan pakaian leotard16. Lapisan pertama,
adalah singlet leotard tanpa lengan. Manakala lapisan kedua adalah seluar samada
pendek atau panjang mengikut acara yang disertai. Untuk acara senaman lantai dan
melombol, gimnas mestilah memakai leotard tanpa lengan beserta seluar pendek. Bagi
16 Pakaian gimnas semasa latihan atau pertandingan gimnastik.
93
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
acara yang lain, mereka diwajibkan memakai leotard tanpa lengan bersama sepasang
seluar panjang yang melekat kepada bahagian bawah kaki beserta stoking. Pakaian
seragam gimnas lelaki biasanya kurang hiasan daripada gimnas perempuan. Singlet
biasanya menggunakan satu atau lebih warna pasukan kebangsaan, tetapi tidak ada
sekatan ke atas reka bentuk. Seluar pendek dan seluar panjang umumnya warna
pepejal, biasanya putih, biru, merah atau hitam. Bagi acara kumpulan, keseragaman
dalam berpakaian adalah diwajibkan.
Rajah 7.18 Pakaian gimnas lelaki.
c) Gimnas Wanita
Bagi gimnas wanita, pakaian yang ditetapkan di dalam code of point versi terdahulu
adalah leotard berlengan panjang. Walau bagaimanapun, FIG melalui code of point baru
telah membenarkan gimnas wanita untuk memakai leotard berlengan separa panjang,
dan tanpa lengan Leotards Amalan dan mereka yang dipakai dalam sesi latihan podium
secara amnya tanpa lengan. Leotards tidak boleh naik terlalu tinggi pada pinggul atau
dipotong terlalu rendah, dalam keadaan yang jarang berlaku. Sekiranya peraturan ini
tidak dipatuhi, gimnas dan pasukannya boleh dihukum dengan potongan markah untuk
pakaian mereka. Dalam tahun 1970-an leotards biasanya diperbuat daripada poliester
dan kain berkaitan. Sejak tahun 1980-an, bahan likra atau spandeks telah digunakan
94
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
dalam pembuatan leotard. Manakala bermula tahun 1990-an, pelbagai bahan telah
digunakan untuk membuat leotard termasuk baldu, velor, jaringan, fabrik logam, foils
dan kain hologram berwarna-warni. Secara asasnya, leotards tidak boleh dibuat
potongan berbentuk lubang atau apa-apa reka bentuk dengan tujuan kelihatan seksi
samada pada bahagian belakang atau depan. Mana-mana bahan leotard yang agak
jarang, juga melanggar peraturan dan tidak dibenarkan.
Rajah 7.19 Kepelbagain rekabentuk leotard wanita.
Rajah 7.20 Kepelbagaian rekaan corak leotard wanita.
95
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
7.5.2 Gaya Rambut
a) Gimnas Lelaki
Gimnas lelaki tidak diperlukan untuk menerima pakai apa-apa gaya rambut tertentu
semasa pertandingan. Bagaimanapun, hampir semua atlet lelaki memilih untuk
mempunyai rambut pendek. Walaupun beberapa gimnas lelaki memilih untuk mempunyai
bulu muka, ini secara umumnya terhad kepada misai dan janggut yang dipotong kemas
dan rapi.
Rajah 7.21 Kepelbagaian gaya rambut gimnas lelaki.
b) Gimnas Wanita
Gimnas wanita tidak diwajibkan untuk mengamalkan apa-apa gaya rambut tertentu atau
panjang rambut. Walau bagaimanapun, kebiasaannya mereka mesti menyimpan rambut
panjang serta diikat dalam pelbagai fesyen, samada seperti ekor kuda, atau tocang.
Rajah 7.22 Kepelbagaian gaya dandanan rambut gimnas wanita.
96
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
7.6 Sistem Pemarkahan
Gimnastik artistik adalah merupakan sebuah sukan yang mengamalkan sistem pemarahan
yang berbentuk subjektif. Selama lebih 80 tahun, sukan ini mengamalkan penilaian markah
persembahan gimnas berdasarkan skala 1 hingga 10. Walau bagaimanapun, pada tahun 1990-
an peraturan telah diselaraskan dan setiap rutin diberi nilai permulaan berdasarkan tahap
kesukaran, menjadikannya "sempurna sepuluh" lebih sukar untuk dicapai. Kemudian pada
tahun 2005, peraturan berubah sekali lagi disebabkan kontroversi pemarkahan di Sukan
Olimpik 2004. Sejak itu Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah menggubal sistem
pemarkahan yang baru yang mana penilaian adalah berasaskan kesukaran rutin dan
pelaksanaan.
Rajah 7.23 Kedudukan juri semasa acara kekuda berpelana.
Melalui sistem pemarkahan baru ini, tahap kesukaran diputuskan oleh kemahiran yang
dilakukan oleh gimnas. Setiap rutin bermula pada kesukaran sifar. Titik ini kemudiannya
ditambah bagi setiap kemahiran, yang boleh terdiri daripada A (mudah) kepada F (yang sangat
sukar). Elemen yang diperlukan menambah maksimum sebanyak 2.5 mata kepada skor dengan
mata bonus yang diberikan jika elemen sukar digantung bersama-sama dalam rutin. Dua panel
hakim yang hadir semasa pertandingan: Dua panel hakim "A" yang menentukan kesukaran
teknikal dan enam panel hakim "B" yang menilai pelaksanaan dan kesenian rutin. Markah
97
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
pelaksanaan bermula pada 10 dan mata ditolak dengan kesilapan masing-masing. (Sebagai
contoh jatuh semasa mendarat dari batang titian dipotong sebanyak 1.0 markah.) Mata
kesukaran dan pelaksanaan ditambah bersama-sama untuk memberikan nilai gabungan.
7.7 Code of Point
Code of point adalah merupakan sistem penghakiman yang digunakan dalam sukan gimnastik
artistik. Ia menggariskan nilai kesukaran kemahiran, dan bagaimana setiap kemahiran yang
harus dilakukan. Ia juga menjelaskan tentang peraturan pertandingan dan bagaimana markah
setiap persembahan dalam pertandingan dikira. Buku ini dikawal oleh Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa dan diterima pakai diseluruh dunia sebagai rujukan utama dalam setiap
pelaksanaan kemahiran dan pertandingan..
Rajah 7.24 Contoh kulit depan code of point.
7.8 Kesimpulan
Sukan gimnastik adalah merupakan sukan yang memerlukan kekuatan fizikal, fleksibiliti, kuasa,
ketangkasan, koordinasi, imbangan dan koordinasi tubuh badan yang baik. Kesemua
komponen yang disebutkan di atas adalah amat penting bagi seorang gimnas untuk berjaya
dalam sukan gimnastik artistik. Sebagai antara sebuah sukan yang tertua di dunia, gimnastik
artistik masih mengutamakan ciri-ciri kesempurnaan dalam pelaksanaan persembahan setiap
98
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
aparatus dan mengekalkan nilai estetika dalam setiap kemahiran yang telah dikelaskan dalam
code of point.
SEMAK KENDIRI
1. Berikan maksud gimnastik?
2. Senaraikan acara yang dipertandingkan untuk peserta lelaki?
3. Berapakah bilangan acara yang dipertandingkan untuk peserta perempuan?
4. Lukiskan lakaran susun atur peralatan bagi acara wanita.
5. Apakah tugas panel hakim B?
99
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
UNIT 8
KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK ARTISTIK
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat:
a) Menyenaraikan 7 jenis pola pergerakan dalam gimnastik artistik.
b) Membuat perbandingan fokus pergerakan dalam setiap pola.
c) Melaksanakan pergerakan berdasarkan setiap pola.
d) Menjelaskan prinsip asas sains yang diaplikasikan semasa pelaksanaan kemahiran.
8.1 Pengenalan
Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan,
kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Ianya adalah aktiviti yang berkait rapat
dengan kecergasan fizikal. Kesemua komponen kecergasan fizikal ini menjadi asas kepada
perkembangan kemahiran gimnastik dan diterjemahkan melalui setiap acara yang
dipertandingkan. Oleh kerana kemahiran dalam gimnastik artistik melibatkan elemen layangan
(flight element), penumpuan konsentrasi yang tinggi semasa pelaksanaan aktiviti adalah amat
penting bagi mengelakkan kemalangan.
8.2 Konsep Pergerakan
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk
memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna dalam kalangan pelajar
sekolah. Melalui pola-pola pergerakan ini, pelbagai pergerakan lanjutan yang boleh
dikembangkan bagi menghasilkan pergerakan yang lebih baik, menarik dan berseni. Terdapat
enam pola pergerakan asas dalam gimnastik artistik.
100
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
8.3 Pola Pergerakan Gimnastik
Pendaratan Statik Gerak Edar Putaran Hamburan Hayunan
Rajah 8.1 Pola pergerakan gimnastik.
8.3.1 Pola Pendaratan
Pola pendaratan adalah merupakan kemahiran pergerakan yang melibatkan penyerapan daya
yang lebih berkesan dengan merendahkan pusat graviti. Pergerakan yang melibatkan pola
pendaratan adalah pergerakan dari atas dan mendarat di lantai.
a) Mendarat dengan kaki
i. Berdiri tegak dengan sokongan dua kaki.
ii. Bengkokkan lutut dan tangan dihayun ke atas.
iii. Lompat mendarat dengan kedua belah kaki.
iv. Bengkokkan kaki dengan tangan ke hadapan semasa mendarat.
Rajah 8.2 Mendarat dengan kaki.
b) Mendarat dengan tangan.
i. Berdiri tegak dengan dua kaki.
ii. Tangan dibawa ke hadapan.
iii. Jatuhkan badan ke hadapan.
101
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
iv. Tangan digunakan untuk menyokong badan.
v. Tangan dibengkokkan.
vi. Badan tegak dalam keadaan meniarap.
Rajah 8.3 Mendarat dengan tangan.
c) Mendarat dengan gulingan sisi.
i. Berdiri tegak
ii. Lompat ke hadapan dan tangan ke atas.
iii. Kaki mendarat dan dagu didekatkan ke dada.
iv. Pusingkan badan ke sisi.
v. Guling menggunakan bahu.
vi. Pusingkan badan dan nberdiri tegak.
vii. Tangan ke atas.
Rajah 8.4 Mendarat dengan gulingan sisi.
102
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
d) Kombinasi kemahiran mendarat.
Rajah 8.5 Gabungan pelbagai jenis pendaratan.
8.3.2 Pola Statik
Pola statik adalah jenis pergerakan yang melibatkan kemahiran kestabilan. Kemahiran jenis ini
melibatkan keupayaan badan untuk kembali ke posisi yang seimbang selepas dipindahkan.
Ianya memerlukan pemahaman asas tentang perkaitan pusat graviti dengan kedudukan badan,
imbangan dan putaran. Pusat graviti pada badan bertindak sebagai pusat berat badan.
Kedudukannya akan bertukar-tukar berdasarkan bentuk badan semasa melakukan sesuatu
pergerakan. Berikut adalah konsep asas pusat graviti.
i. Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar adalah lebih stabil.
Rajah 8.6 Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar.
103
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
ii. Semakin jauh pusat graviti, semakin tidak stabil keadaan.
Rajah 8.7 Jarak pusat graviti mempengaruhi kestabilan.
iii. Kestabilan yang maksimum berlaku apabila garisan graviti, pusat graviti dan titik
tengah dasar sokongan berada dalam satu garisan tegak.
Rajah 8.8 Pusat graviti, garisan graviti dalam keadaan selari menjadikan sesuatu
objek lebih stabil.
Pola pergerakan statik boleh dilatih melalui beberapa pergerakan seperti di bawah:
a) Pergerakan statik di atas kaki.
i. Berdiri dengan sokongan dua kaki (3 saat).
ii. Langkah ke hadapan dan sokong satu kaki dengan satu kaki di angkat lurus ke
belakang.
104
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 8.9 Statik di atas kaki.
b) Statik di atas sokongan bahu.
i. Duduk kaki lunjur ke hadapan, tangan di sisi (3 sat).
ii. Guling separa ke belakang dengan kaki lurus ke sokongan bahu.
Rajah 8.10 Statik di atas sokongan bahu.
105
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
c) Kombinasi kemahiran.
Rajah 8.11 Kombinasi gerakan statik menjadi satu rutin pergerakan.
8.3.3 Pola Gerak Edar
Pola gerak edar adalah sejenis pergerakan yang melibatkan pemindahan pusat graviti yang
akhirnya akan menghasilkan pergerakan yang mengubah kedudukan badan. Contoh
pergerakannya adalah berlari, berjalan atau melompat.
Rajah 8.12 Contoh pergerakan gerakedar.
106
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 8.13 Gerak edar jalan ulat ke hadapan.
Rajah 8.14 Gerak edar langkah dan tendang ke hadapan.
8.3.4 Pola Putaran
Pola jenis ini adalah merupakan jenis pergerakan yang melibatkan putaran. Konsep asas yang
menjadi dasar pola ini adalah:
i. Semakin kecil jejari putaran, semakin pantas putarannya.
ii. Semakin besar jejari putaran, semakin perlahan putarannya.
Berikut adalah jenis-jenis putaran.
a) Putaran hadapan
i. Berdiri tegak dengan dua kaki.
ii. Bercangkung dengan sokongan tangan ke depan.
iii. Naikkan pinggul serta rapatkan dagu ke dada.
iv. Guling, dakap lutut dan berdiri tegak.
107
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 8.15 Putaran hadapan.
b) Putaran menegak
i. Berdiri tegak dengan kaki.
ii. Bengkokkan kaki dan hayun tangan ke atas.
iii. Lompat dan berpitar 360°.
iv. Mendarat dengan tangan lurus ke atas.
Rajah 8.16 Putaran menegak 360°.
c) Putaran sisi
i. Bengkok lutut kiri.
ii. Letakkan tangan kiri ke lantai.
iii. Tendang kaki kanan.
iv. Straddle kaki di atas.
v. Mendarat dengan kaki kiri.
108
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 8.17 Putaran sisi.
d) Kombinasi kemahiran
Rajah 8.18 Kombinasi kemahiran putaran.
8.3.5 Pola Hamburan
Pola jenis ini melibatkan pergerakan menghambur badan samada ke hadapan atau ke
belakang. Pergerakan menghambur ini melibatkan aplikasi daya yang mana daya diperlukan
untuk menggerakkan sesuatu objek. Objek akan bergerak mengikut arah daya itu bertindak.
a) Hamburan menegak
i. Lari dan lantun pada papan anjal atau trampolin.
Rajah 8. 19 Hamburan menegak pada papan anjal atau trampoline.
109
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b) Hambur tengkuk
i. Guling dengan kaki lurus.
ii. Lentik dengan laju dan hambur dengan menolak tangan.
iii. Mendarat dengan kaki, tangan lurus ke atas.
Rajah 8. 20 Hamburan tengkuk.
c) Hambur kepala
i. Letak tangan dengan kaki lurus.
ii. Lentik dengan lajhu dan hamburkan kaki ke hadapan.
iii. Mendarat dengan kaki, tangan lurus ke atas.
Rajah 8.21 Hambur kepala.
110
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
d) Kombinasi kemahiran
Rajah 8.22 Kombinasi gerakan hamburan.
8.3.6 Pola Hayunan
Pola hayunan merupakan jenis pergerakan yang melibatkan konsep aksi dan reaksi. Hayunan
adalah merupakan putaran di sekitar paksi luaran. Pelaksanaan pola pergerakan ini
memerlukan penggabungan beberapa kemahiran asas untuk menjadi satu rangkaian. Berikut
adalah beberapa jenis contoh pelaksanaan pola hayunan.
a) Hayunan tangan ke hadapan dan ke belakang.
Rajah 8.23 Hayunan tangan ke hadapan dan ke belakang.
b) Hayun tangan sisi dari bawah ke atas.
Rajah 8.24 Hayunan sisi dari bawah kebahagian atas.
111
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
c) Hayun kaki sisi dan ke belakang.
Rajah 8.25 Hayunan kaki sisi dan ke belakang.
d) Kombinasi kemahiran.
Rajah 8.26 Pelaksanaan kombinasi kemahiran asas.
8.4 Fokus Kemahiran
Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik
ialah:
i. Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan,
fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan,dan kemahiran.
112
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
ii. Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan variasi kemahiran dalam satu
pergerakan.
iii. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih
sukar.
iv. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan.
v. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan dapat dihasilkan
dengan baik.
vi. Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestatik dan estatik.
8.5 Kemahiran Asas
Kemahiran asas adalah merupakan langkah awal kepada kemahiran lanjutan yang lebih
kompleks. Gabungan kemahiran asas ini akan menghasilkan suatu perherakan yang lebih
bernilai dan kreatif serta mempunyai nilai yang tinggi dalam sistem pemarkahan gimnastik.
Walaupun begitu, kesemua kemahiran ini menuntut kesungguhan dan minat yang tinggi untuk
mencapai kejayaan. Berikut dijelaskan contoh kemahiran asas bagi setiap acara.
8.5.1 Senaman Lantai
a. Lentang Lentik (Flic Flac)
Rajah 8.27 Lentang-lentik (flic flac).
Teknik asas.
i. Berdiri dengan lutut dibengkokkan serta tangan lurus di tepi telinga.
ii. Badan dicondongkan 45° ke belakang dan tangan dihayunkan ke belakang.
iii. Badan dihamburkan ke belakang.
iv. Tangan lurus dilantai serta bersedia untuk menolak badan diikuti kaki berpijak ke
lantai.
v. Berdiri dengan tangan masih lurus di sebelah telinga.
113
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b. Hambur tangan.
Rajah 8.28 Hambur hadapan.
Teknik asas
i. Ambil beberapa langkah larian anak.
ii. Dalam pergerakan larian, kedua-dua tangan diluruskan ke atas, serta bengkokkan
sebelah kaki.
iii. Kedua tangan diletakkan ke lantai dan kaki yang tidak dibengkokkan dihambur ke
hadapan.
iv. Tangan menolak menolak badan untuk naik ke atas.
v. Kaki mendarat ke lantai dengan tangan masih lurus ke atas.
c. Dirian tangan dan gulingan hadapan.
Rajah 8.29 Dirian tangan dan guling hadapan.
Teknik asas
i. Berdiri tegak dengan tangan diluruskan ke atas.
ii. Tangan diletakkan ke atas lantai, dan sebelah kaki menendang ke atas diikuti oleh
kaki kedua.
iii. Rapatkan kedua-dua belah kaki semasa badan tegak diudara.
iv. Dalam keadaan dirian tangan, condongkan badan ke hadapan.
114
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
v. Tangan dibengkokkan serta belakang badan diletakkan di atas lanatai diikuti oleh
kaki.
vi. Kaki dibengkokkan dalam kedudukan „tuck‟ (lutut ke dada).
vii. Tangan memeluk lutut untuk membantu badan naik ke atas.
viii. Berdiri tegak dengan tangan masih di atas udara,
8.5.2 Palang Tunggal dan Palang Bertingkat.
a. Gantung badan ke palang dan mendarat.
Rajah 8.30 Gantung badan ke palang dan mendarat.
Teknik asas.
i. Tangan berpegang pada palang dengan badan lurus .
ii. Dengan badan dalam keadaan lurus, lentikkan badan ke belakang.
iii. Tarik badan ke atas dengan kaki lurus (berbentuk v) dirapatkan ke palang.
iv. Sangkutkan kaki ke palang dan pusing badan ke kedudukan seperti dalam rajah.
v. Kaki ditendang ke hadapan untuk lajak dan di lantunkan kaki dan badan ke belakang
untuk mendarat.
8.5.3 Kekuda Berpelana
a. Hayunan.
Rajah 8.31 Hayunan kaki di kekuda berpelana.
115
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Teknik asas.
i. Kedua-dua tangan dipegang pada pelana dalam keadaan mbadan berdiri tegak
disebelah aparatus.
ii. Lonjak ke atas dan kangkangkan kaki ke kiri dan kanan.
iii. Lakuan menghayun ini memerlukan momentum dari pergerakan hayunan kiri dan
kanan.
8.5.4 Palang Sejajar.
a. L- Sit
Rajah 8.32 Kemahiran asas L-Sit pada palang sejajar.
Teknik asas.
i. Naik ke palang sejajar dengan badan lurus dan kedua-dua badan berpegang pada
palang.
ii. Dalam keadaan kaki lurus, angkat kaki seperti kedudukan huruf L.
iii. Kekal dalam kedudukan tersebut untuk selama 3 saat.
b. Hayun dan kangkang.
Rajah 8.33 Hayun ke belakang dan kangkang.
Teknik asas.
i. Naik ke palang sejajar dengan badan lurus dan kedua-dua badan berpegang pada
palang.
116
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
ii. Hayunkan badan ke hadapan dan ke belakang dengan kaki dalam keadaan lurus.
iii. Pada hayunan ke belakang, condongkan bahu sedikit ke hadapan, dan
kangkangkan kaki.
iv. Kaki yang dikangkang diletakkan di atas palang dengan tangan berada di sebelah
dalam kaki.
8.5.5 Lombol
a. Mencangkung dan mendarat.
Rajah 8.34 Kemahiran lompat, mencangkung dan mendarat.
Teknik Asas
i. Larian lajak dan pijak papan anjal serta mendarat di atas lombol dalam kedudukan
mencangkung.
ii. Berdiri dan mendarat dengan kedua belah kaki di atas tilam pendaratan.
8.6 Kesimpulan
Pola pergerakan dalam sukan gimnastik adalah asas kepada setiap pergerakan dalam sukan
tersebut. Pembinaan asas yang kukuh pada peringkat seawal persekolahan akan dapat
membantu pelajar mempunyai masa yang cukup untuk pengukuhan asas. Kemahiran
pergerakan yang lebih kompleks akan menjadi lebih mudah dipelajari dan pelajar akan cepat
mencapai tahap autonomous dalam setiap kemahiran yang dipelajari. Kemahiran yang lebih
kompleks ini memerlukan koordinasi badan dan gabungan beberapa kemahiran asas untuk
menjadi satu rutin persembahan semasa pertandingan.
117
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
SEMAK KENDIRI
1. Senaraikan pola pergerakan dalam gimnastik?
2. Terangkan pola pergerakan statik?
3. Berapakah ketinggian untuk aparatus palang tunggal? adalah merupakan sebuah
palang tunggal dengan ketinggian 2.8
4. Tuliskan teknik asas putaran sisi.
5. Apakah perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik?
118
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
UNIT 9
GIMRAMA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat:
a) Menjelaskan sejarah perkembangan sukan gimrama di dunia dan di Malaysia.
b) Menghuraikan sistem perbezaan sistem pertandingan gimrama dengan gimnastik
artistik.
c) Menyenaraikan alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama.
9.1 Pengenalan
Gimrama (gimnastik irama) adalah merupakan sukan yang dipertandingkan secara individu
atau berpasukan yang hanya boleh disertai oleh wanita sahaja. Ianya menggabungkan unsur-
unsur balet, gimnastik, tarian, dan manipulasi radas dalam serta diiringi oleh muzik dalam
sesebuah persembahan pertandingan. Pergerakan yang dihasilkan adalah segerak dengan
ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkordinasi serta estetik (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1997a). Antara acara yang dipertandingkan dalam sukan ini adalah
belantan, gelung, bola, riben, dan tali. Seorang gimnas hanya memanipulasi satu radas di atas
lantai pada satu-satu masa sewaktu persembahan dalam pertandingan.
Rajah 9.1 Persembahan gimrama dalam acara riben.
119
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
9.2 Sejarah dan Perkembangan
Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea-idea Noverre Jean-Georges (1727-1810),
Francois Delsarte (1811-1871), dan Rudolf Bode (1881-1970). Kesemua tokoh ini percaya
bahawa tarian adalah medium untuk meluahkan eksprsi diri dan menyihatkan badan. Peter
Henry Ling terus memperkembangkan idea ini pada abad ke-19 di Sweden dengan
mempromosikan senaman percuma yang dinamakan "gimnastik estetik" yang membolehkan
pelajar menyatakan perasaan dan emosi mereka melalui pergerakan badan. Idea ini telah
dilanjutkan oleh Catharine Beecher, yang mengasaskan Institut Barat Perempuan di Ohio,
Amerika Syarikat, pada tahun 1837. Setelah wujud pelbagai gaya dan bentuk tarian yang
diterapkan dalam gimrama, pada tahun 1900, Sekolah Gimrama Sweden telah menggabungkan
kesemua unsur-unsur tarian dan menerapkan unsur tarian dari Findland. Pada massa yang
sama, Ernst Idla Estonia telah memperkembangkan tahap kesukaran untuk setiap pergerakan
pergerakan. Pada tahun 1929, Hinrich Medau mengasaskan Sekolah Medau di Berlin untuk
melatih gimnas dalam bentuk "gimnastik moden", dan untuk membangunkan penggunaan
alatan dalam sukan gimrama (Carroll, 1991).
9.2.1 Perkembangan Moden
Pada tahun 1962 Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimrama moden
sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan gimrama di peringkat peringkat antarabangsa
yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada
tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalender tetap persatuan dan di pertandingkan
setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain
seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four
Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Seiring dengan perkembangan
tersebut, pada tahun 1984 sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama kali di Sukan
Olimpik di Los Angeles, Amerika Syarikat.
120
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.2 Gimrama di awal penyertaannya di SUkan Olimpik.
9.2.2 Perkembangan Gimnastik di Malaysia
Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama tidak
ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah,gimrama telah dimulakan sebagai
aktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun
1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur di
bawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun
1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan di bawah Persekutuan
Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru-guru
dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor tempatan.
Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih
dari Australia untuk mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300 orang jurulatih
dapat dihasilkan. Pada tahun tersebut juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat
Lanjutan telah diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkat
kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruh
negara telah mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas
yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya
telah dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA
Kuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin.
121
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.3 Faiznur Miskin ketika mewakili Malaysia di Sukan Sea, 1989.
Selain itu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan
Empat Benua untuk memperolehi pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam
Kejohanan Sedunia di Alicante, Sepanyol. Dari aspek kepegawaian, kursus kehakiman
peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1987 oleh seorang pakar dari
Australia, Cik Karen Ho. Seramai 20 orang hakim kebangsaan telah dihasilkan. Pada tahun
1989 Satu kursus Kejuruhakiman Peringkat Antarabangsa telah diadakan dan dikendalikan oleh
seorang jurulatih dari (FIG), Puan Yoshiko Kamo untuk menyediakan juruhakim tempatan ke
Sukan SEA 1989. Setakat ini, boleh dikatakan perkembangan gimrama di Malaysia sudah
meningkat, selaras dengan adanya Persatuan Gimnastik Asia Tenggara (SEAGON) yang
ditubuhkan dan bertempat di Jakarta pada tahun 1989. Pada hari ini pasukan gimrama
Malaysia semakin disegani di pentas antarabangsa dan telah banyak menjuarai kejohanan di
peringkat antarabangsa.
122
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.4 Elaine Koo mendapat pingat gangsa ketika di Kejohanan Sukan Komanwel 2010.
9.3 Tempat Pertandingan
Terdapat empat jenis acara yang dipertandingkan dalam sukan gimrama. Setiap acara yang
dipertandingkan akan dijalankan di atas karpet berukuran kira-kira 42.5 kaki x 42.5 kaki. Secara
lebih spesifik, karpet yang digunakan adalah tidak sama dengan acara senaman lantai
gimnastik artistik. Karpet yang digunakan dalam sukan gimrama tidak mempunyai sebarang
alas dan spring untuk membantu gimnas melantun dengan lebih tinggi. Ini adalah kerana,
penggunaan alas dan spring akan mengganggu pergerakan dan pelaksanaan kemahiran
gimnas.
Rajah 9.5 Gelanggang pertandingan sukan gimrama.
123
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
9.4 Acara yang di Pertandingkan dan Peraturan
Di pertandingan peringkat antarabangsa, terdapat tiga acara utama dengan empat aparatus
pilihan yang ditetapkan oleh penganjur yang hanya akan dipertandingkan. Berikut adalah jenis
pertandingan yang dijalankan:
i. Pertandingan 1 Saringan dan Kumpulan
a) Latihan yang dipersembahkan untuk Pertandingan I berdasarkan keperluan peringkat
Junior mengikut peraturan F.I.G.(2001), iaitu setiap pasukan mempersembahkan 3
latihan bagi setiap acara dengan jumlah 12 latihan setiap pasukan.
b) Empat (4) acara akan dipertandingkan, iaitu samada GELUNG, BOLA , BELANTAN,
TALI atau RIBEN bergantung ketetapan penganjur. Setiap gimnas perlu mencatat 10
„difficulties‟ maksimum pada borang‟Technical Value’ (TV). Lapan „difficulties‟ dengan
nilai yang tertinggi akan diambil kira untuk jumlah markah Technical Value. Empat
„difficulties‟ daripada 8 harus dalam kombinasi lima puluh peratus daripada „difficulties‟
dengan nilai yang tertinggi mesti dalam kumpulan (Compulsory Body Movement) untuk
setiap alat.
c) Semua ahli gimnas yang berdaftar dikehendaki menyertai Pertandingan I. Setiap
pasukan diwakili oleh 3 (tiga) orang gimnas dari setiap negeri.
d) Gimnas dari pasukan-pasukan yang tidak lengkap (1 atau 2 orang gimnas sahaja) tidak
layak untuk pemilihan Pasukan Terbaik, tetapi gimnas ini akan mengambil bahagian
dalam Pertandingan I sebagai saringan bagi Pertandingan II dan III.
ii. Pertandingan 2 Individu Keseluruhan
a) Semua gimnas yang mengambil bahagian di Pertandingan I akan dipertimbangkan
untuk Pertandingan II.
b) 30 gimnas yang terbaik dari Pertandingan I dipilih untuk pertandingan ini. (Maksimum 2
orang dari setiap pasukan)
c) Empat (4) latihan dengan empat (4) jenis alatan yang ditetapkan akan dipertandingkan.
d) Latihan yang dipersembahkan untuk Pertandingan II berdasarkan keperluan peringkat
junior/senior mengikut peraturan F.I.G., 7.1.1 (b).
e) Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah mata yang diperolehi daripada
keempat-empat acara yang dipertunjukkan akan diambilkira. Peserta yang mendapat
mata yang terbanyak akan menjadi Johan Individu Keseluruhan.
iii. Pertandingan 3 Kejohanan Alatan
a) Empat(4) latihan dengan 4 (empat) jenis alatan yang ditetapkan akan dipertandingkan.
124
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b) Latihan yang dipersembahkan berdasarkan keperluan peringkat junior/senior mengikut
peraturan F.I.G Code terkini.
c) Markah dari Pertandingan III ini sahaja diambilkira bagi menentukan kedudukan.
d) Peserta yang memperolehi mata tertinggi dalam sesuatu acara Pertandingan III akan
menjadi Johan acara berkenaan.
9.5 Sistem Pemarkahan
Berdasarkan format sistem pemarkahan terbaru FIG, kini terdapat 4 panel (berbanding tiga
panel dalam kitaran sebelumnya). Mereka ialah:
- Panel D1 - Panel menilai kesukaran badan. Markah maksimum ialah 10 markah.
- Panel D2 - Menilai kesukaran peralatan dan risiko. Ini digunakan untuk menjadi
panel seni. Markah maksimum ialah 10 markah.
- Panel Artistik A - Menilai muzik dan komposisi dan skor maksimum adalah 10
markah. (Ini digunakan untuk menjadi hanya sebahagian kecil daripada skor seni.)
- Panel Pelaksanaan EX - Menilai ketepatan dan bagaimana unsur-unsur dan
kelancaran rutin dilaksanakan. Markah maksimum adalah 10 markah.
Menurut sistem terbaru ini, skor akhir dikira berdasarkan formula berikut: (D1 + D2) / 2 + A + EX
untuk nilai sebanyak 30 mata. Sistem baru ini akan memberikan satu pertiga daripada skor
akhir kepada perkara-perkara seperti tafsiran muzik, sambungan, dan koreografi.
9.6 Peralatan
Sebagaimana yang telah dijelaskan pada awalnya, terdapat lima alatan yang digunakan untuk
pertandingan antabangsa. Walaupun begitu, hanya empat alatan sahaja akan digunakan untuk
pertandingan dan akan ditetapkan oleh FIG atau badan yang menganjurkan. Berikut adalah
alatan yang digunakan untuk pertandingan.
9.6.1 Tali
Tali diperbuat daripada hem atau bahan sintetik yang mengekalkan ciri-ciri ringan dan lembut.
Panjangnya adalah dalam nisbah saiz gimnas. Tali harus, apabila ditekan oleh kaki, mencapai
kedua-dua ketiak gimnastik. Satu atau dua simpulan di setiap hujung adalah untuk memegang
tali ketika melakukan rutin. Tali mestilah berwarna, sama ada semua atau sebahagiannya. Ia
mungkin sama ada diameter seragam atau secara progresif tebal dalam pusat dengan syarat
bahawa penebalan ini adalah bahan yang sama seperti tali. Keperluan kemahiran asas
termasuk lompatan atas tali dan skipping. Elemen-elemen lain termasuk hayunan, balingan,
bulatan, putaran dan angka lapan.
125
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.6 Kepelbagaian warna tali.
9.6.2 Gelung
Gelung adalah alat yang diperbuat daripada plastik atau kayu, dengan syarat bahawa ia
mengekalkan bentuknya semasa pelaksanaan rutin. Diameter dalamannya adalah 51-90 cm,
dan berat gelung mestilah sekurang-kurangnya 300g. Gelung mungkin berwarna semulajadi
atau sebahagiannya atau sepenuhnya dilindungi oleh satu atau beberapa warna, dan ia boleh
ditutup dengan pita pelekat sama ada warna yang sama atau berbeza. Keperluan asas rutin
gelung termasuk putaran di sekeliling tangan atau badan dan bergolek, hayunan, bulatan,
membaling, dan melalui menerusi gelung.
Rajah 9.7 Gelung.
Bola itu dibuat daripada getah atau bahan sintetik dan 18 - 20 cm diametre. Ia harus berehat di
tangan gimnas dan tidak berehat terhadap pergelangan tangan atau dapat difahami. Elemen
asas termasuk melontar, melantun atau bergolek. Gimnas perlu menggunakan kedua-dua
126
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
tangan dan bekerja pada keseluruhan kawasan lantai sambil menunjukkan pergerakan yang
berterusan mengalir.
9.6.3 Belantan
Belantan diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik dan bersaiz 40-50 cm dari hujung ke
hujung. Berat keseluruhan adalah 160 gram. Belantan mungkin berwarna semulajadi atau
sebahagiannya atau sepenuhnya dilindungi oleh satu atau beberapa warna. Elemen asas
termasuk bulatan kecil, pergerakan simetri, melontar dan menangkap. Belantan mesti
digunakan dengan kedua-dua tangan dan satu tangan.
Rajah 9.8 Belantan.
9.6.4 Reben
Reben diperbuat daripada satin atau lain-lain bahan yang sama warna. Ianya mungkin
berwarna-warni dan mempunyai reka bentuk di atasnya. Reben tanpa pemegang mesti
sekurang-kurangnya 35g, 4-6cm lebar dan panjang minimum 6 meter. Reben mestilah dalam
satu bahagian. Hujung reben yang disambungkan kepada pemegang adalah dua kali ganda
untuk tempoh maksimum 1 meter.
127
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.9 Kepelbagaian warna riben.
Rajah 9.10 Ukuran riben.
9.6.5 Bola
Bola adalah sejenis alat yang diperbuat daripada getah atau bahan sintetik (plastik lembut)
dengan syarat ia mempunyai keanjalan yang sama seperti getah. Ia adalah 18-20 cm diameter
dan mesti mempunyai berat minimum 400g. Bola boleh menggunakan apa-apa warna.
128
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.11 Kepelbagaian warna bola.
9.7 Etika Berpakaian Gimnas Individu dan Berpasukan
Berikut adalah etika berpakaian bagi gimnas individu dan berpasukan.
a) Leotard mestilah diperbuat daripada bahan yang tidak telus pandangan.
b) Bahagian bukaan leher leotard mestilah tidak melebihi bahagian sternum dan bukaan
leher belakang leotard tidak melebihi tulang belikat.
c) Leotards dengan atau tanpa lengan adalah dibenarkan, tetapi leotards tarian dengan tali
sempit tidak dibenarkan.
d) Leotard mestilah kulit ketat untuk membolehkan hakim untuk menilai kedudukan yang
betul setiap bahagian badan.
e) Ia dibenarkan untuk memakai:
i. Seluar panjang ketat samada di dalam atau di luar leotard.
ii. Leotard panjang penuh dengan syarat bahawa ia adalah ketat.
iii. Panjang dan warna kain yang meliputi kaki mestilah sama di kedua-dua kaki
f) Gaya skirt (potong atau hiasan) adalah bebas, tetapi skirt mesti sentiasa jatuh kembali
pada pinggul gimnas.
g) Gimnas boleh melakukan senaman mereka dengan berkaki ayam atau menggunakan
kasut khas gimrama.
h) Gaya rambut mesti kemas dan rapi serta solekan yang jelas dan ringan.
i) Sebarang barang kemas yang boleh menjejaskan keselamatan gimnas, tidak
dibenarkan.
j) Bagi gimnas berpasukan leotards mestilah sama dari segi bentuk dan warna.
129
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
Rajah 9.12 Kepelbagaian jenis leotard.
9.8 Muzik
Gimrama menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian, dan manipulasi radas dalam
serta diiringi oleh muzik dalam sesebuah persembahan pertandingan. Penggunaan muzik
dalam pertandingan gimrama adalah diwajibkan ke atas semua gimnas. Persembahan tanpa
iringan muzik tidak akan dinilai oleh juri. Penggunaan muzik dengan suara adalah tidak
dibenarkan. Muzik boleh terdiri daripada satu atau lebih alat muzik. Persembahan yang baik
haruslah seiring di antara pergerakan dan muzik. Juri akan menilai pergerakan berdasarkan
koheren dan perkaitan muzik dengan pergerakan yang dilakukan oleh gimnas.
9.9 Kesimpulan
Sukan gimrama adalah merupakan sukan khusus yang tidak boleh diceburi oleh lelaki. Ianya
hanya khusus untuk wanita dan sistem pertandingannya mengambil kira aspek feminin sebagai
salah satu aspek penilaian. Ianya amat unik jberbanding sukan lain yang boleh diceburi oleh
kedua-dua gender. Penggabungan unsur-unsur balet, tarian dan akrobatik semasa
memanipulasi radas dengan gabungan muzik sebagai iringan dalam pergerakan menunjukkan
bahawa gimrama sebuah sukan yang mementingkan nilai estetik dan berseni.
130
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
SEMAK KENDIRI
1. Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam gimrama?
2. Senaraikan acara yang dipertandingkan dalam gimrama?
3. Apakah tugas panel pelaksanaan EX?
4. Pada tahun berapakah sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia?
5. Apakah ciri-ciri tali untuk pertandingan?
6. Bagaimanakah formula skor akhir dikira?
131
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
UNIT 10
KEMAHIRAN ASAS GIMRAMA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat:
a) Menjelaskan kemahiran-kemahiran asas dalam sukan gimrama.
b) Membuat perbandingan dalam pergerakan bagi setiap jenis kemahiran.
c) Menghubungkait kemahiran asas dengan kemahiran yang lebih kompleks.
10.1 Pengenalan
Gimrama menawarkan gabungan unik elemen muzik, pergerakan, dan alatan yang mencabar
pelajar untuk mengetahui keupayaan badan mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997b).
Melalui sukan ini, pelajar akan menggunakan kreativiti dan imaginasi semulajadi mereka untuk
memanipulasi reben, bola, gelung, tali, dan belantan dalam cara yang menyeronokkan dan
menakjubkan. Oleh yang demikian, pendedahan kemahiran asas dalam setiap alatan adalah
amat penting bagi membantu pelajar mencapai kemahiran yang lebih kompleks .
Rajah 10.1 Aksi pertandingan acara riben.
132
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
10.2 Kemahiran Asas
Kesemua kemahiran asas yang digunakan dalam gimrama perlu dibina dan didedahkan seawal
umur lima tahun. Ini bagi membolehkan mereka mempraktis kemahiran pergerakan yang betul
dan efisen. Kemahiran asas amat berkait rapat dengan pembelajaran kemahiran lanjutan yang
lebih sukar dan memerlukan koordinasi dan kawalan tubuh badan yang baik. Oleh yang
demikian, seorang gimnas perlu ditekankan dengan aspek asas agar kemahiran lanjutan akan
menjadi lebih mudah dilaksanakan. Berikut adalah 7 jenis pergerakan asas dalam sukan
gimrama.
i. Imbangan
ii. Melentik
iii. Meringkuk dan melunjur
iv. Gerak edar
v. Pusingan badan
vi. Lompatan
vii. Ketangkasan
10.2.1 Kemahiran Imbangan
Kemahiran imbangan adalah merupakan suatu kemahiran yang penting dalam gimrama.
Pendedahan kepada kemahiran asas ini akan memudahkan gimnas menyeimbangkan diri
semasa mengkoordinasi kemahiran lain dan membantu mereka memahami konsep pusat
graviti.
a) Imbangan Melutut.
Rajah 10.2 Imbangan melutut.
133
QGJ3043-Ritma dan Pergerakan
b) Imbangan V
Rajah 10.3 Imbangan V.
10.2.2 Kemahiran Melentik
Kemahiran melentik adalah merupakan penerapan aspek kelenturan anggota badan samada ke
sebelah kiri dan kanan atau ke hadapan dan ke belakang.
a) Berdiri dan melentik ke sisi.
Rajah 10.4 Melentik ke arah sisi kiri dan kanan.
b) Melutut dan melentik ke sisi.
Rajah 10.5 Melutut dan melentik ke sisi.
10.2.3 Meringkuk dan Melunjur
Meringkuk dan melunjur adalah kemahiran asas yang memfokuskan kepada pergerakan
memanjang dan mengecilkan badan. Tujuan utama kemahiran ini adalah untuk membolehkan
pelajar memahami konsep penguncupan otot dan kesedaran tubuh badan sewaktu melakukan
kemahiran.
134