31 Pelantikan AJK baharu bagi sesi 2022-2024 ini merupakan ‘frontrunner’ dalam pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tempoh pelantikan yang sedang berkuatkuasa. Berikut adalah senarai AJK PPPKBG bagi sesi 2022-2024 ;- Pelantikan AJK Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor ini bukan sahaja berperanan dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti, namun mempunyai visi dan misi yang perlu dicapai agar keselamatan, keharmonian dan keselesaan penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor terjamin.
32 LOGO RASMI PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPPKBG) Sebagai tanda kesepakatan antara warga perumahan, logo rasmi ini telah dipilih secara sebulat suara melalui satu pertandingan mencipta logo yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PPPKBG) pada tahun 2012. Pertandingan ini telah disertai oleh warga perumahan ini.
33 VISI, MISI & SLOGAN PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPPKBG)
34 PENDAFTARAN PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPPKBG) Sebagai tanda komitmen yang tinggi dalam berpersatuan, semua ajk Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor telah sebulat suara mendaftarkan persatuan ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 17 Jun 2010 dan memperolehi Sijil Pendaftaran Pertubuhan di bawah Nombor Pendaftaran 1504-10- PPG dengan nama rasmi iaitu Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Sehingga Jun 2023, persatuan ini masih lagi berstatus ‘aktif’. SKOP TUGAS BIRO-BIRO
35 PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPPKBG) Pelantikan ketua-ketua biro yang dilantik semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke-6 Sesi 2022-2024 adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang lebih sistematik, teratur dan efisien agar setiap visi, misi serta objektif program tercapai dengan jayanya. Berikut adalah skop tugas bagi setiap biro-biro yang telah diwujudkan di bawah Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PPPKBG) ;- a. BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL Bertanggungjawab sebagai “ejen rasmi” dalam mempromosikan faedahfaedah kebajikan ahli Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PPPKBG) kepada penghuni-penghuni Perumahan Kastam Bukit Gelugor. (Rujuk Gambar Rajah 4 – Tuntutan Faedah Kebajikan Ahli) Memastikan setiap tuntutan permohonan faedah kebajikan ahli yang layak, disemak dan diluluskan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bertanggungjawab sebagai orang tengah dalam menyampaikan sumbangan kepada ahli yang ditimpa musibah. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan sosial penghuni Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Mengedarkan borang bancian kepada penghuni sekurang-kurangnya satu tahun (1) sekali bagi tujuan pengemaskinian data dan maklumat keluarga penghuni.
36
37 b. BIRO KESELAMATAN Bertanggungjawab untuk memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan bagi menjamin keselamatan penghuni PKBG. Bertindak pantas ke atas laporan-laporan yang berkaitan dengan isu keselamatan penghuni PKBG. Bekerjasama rapat dengan pengawal keselamatan dan penduduk bagi memastikan setiap kelemahan berkaitan dengan isu keselamatan dapat ditangani dengan baik. Memantau skop tugas pengawal keselamatan terutama dalam membuat rondaan secara berkala disekitar PKBG. Menyampaikan dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan keselamatan penghuni PKBG seperti edaran nombor telefon kecemasan. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan penduduk PKBG. c. BIRO PERSEKITARAN Bertanggungjawab dalam memantau kebersihan, keindahan, keceriaan, keselamatan dan keharmonian di sekitar PKBG. Merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong secara berkala bagi memastikan penghuni sentiasa bekerjasama dalam memastikan persekitaran PKBG bersih dan ceria. Menyebarkan info serta maklumat berkaitan dengan kepentingan program kitar semula kepada penghuni PKBG. Menghadiri mesyuarat dan menyertai program-program yang
38 dilaksanakan oleh Komuniti Sukarelawan COMBI (Communication for Behavioural Impact) Daerah Timut Laut, Pulau Pinang dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes di PKBG. d. BIRO EKONOMI Bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir kemudahan dan fasilitasi di PKBG seperti Rumah Tamu PPPKBG dan Dewan Serbaguna PKBG agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Menjana pendapatan PPPKBG melalui kutipan sewaan Rumah Tamu PPPKBG dan Dewan Serbaguna PKBG. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh dijadikan sumber pendapatan kepada PPPKBG seperti jualan barangan kitar semula dan barangan-barangan terpakai. Melaporkan kerosakan melalui sistem ezKuarters JKDM. e. BIRO WANITA Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kaum-kaum wanita, ibu-ibu dan suri rumah tangga di PKBG supaya sentiasa aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Membina hubungan yang baik dengan komuniti setempat melalui program-program luar PKBG yang disertai. Menyebarkan info serta maklumat yang berkaitan dengan isu-isu kewanitaan.
39 f. BIRO SURAU Bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan kemudahan dan fasilitasi yang disediakan di sekitar PKBG seperti Surau (Surau Madinatul Anbia) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersifat komuniti kepada penghuni PKBG dan penduduk luar sekitar PKBG. Memastikan segala kemudahan asas surau seperti tempat solat, tempat berwuduk, tandas dan peralatan sistem pembesar suara dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan kerosakan melalui sistem ezKuarters JKDM. Membentangkan hasil kutipan dan perbelanjaan surau kepada jemaah surau PKBG. g. BIRO SUKAN Mentadbir, mengurus dan mengawal selia penggunaan Padang Bola Sepak PKBG, Gelanggang Futsal PKBG dan Gelanggang Tenis PKBG. Mentadbir dan memantau aktiviti sewaan / penggunaan kemudahan rekreasi di sekitar PKBG. Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti yang bersifat kesukanan atau ‘Team Building’. Melaporkan kerosakan melalui sistem ezKuarters JKDM.
40 ii. RUMAH DIDUDUKI Secara keseluruhan, Perumahan Kastam Bukit Gelugor menyedia dan menawarkan sejumlah 311 unit rumah untuk diduduki yang terdiri daripada 1 unit rumah banglo, 4 unit semi-D dan 5 blok utama (KKC, KKD, AKE, AKF & AKG). Sehingga Jun 2023, berdasarkan data yang diperolehi daripada Cawangan Pengurusan Perolehan JKDM Pulau Pinang sebanyak 243 unit kediaman telah diduduki. Berikut adalah statistik jumlah penghuni di Perumahan Kastam Bukit Gelugor dari sehingga Jun 2023;- RUMAH / BLOK JUMLAH UNIT KESELURUHAN JUMLAH UNIT DIDUDUKI BANGLO 1 - SEMI-D 4 3 KKC 12 5 KKD 60 50 AKE 22 19 AKF 60 32 AKG 152 134 JUMLAH 311 243 JADUAL 2: JUMLAH UNIT RUMAH YANG DIDUDUKI MENGIKUT JENIS RUMAH/BLOK (DATA : SEHINGGA JUN 2023)
41 iii. RUMAH TIDAK DIDUDUKI Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebanyak 68 unit kediaman yang belum / tidak diduduki lagi. Berikut adalah statistik data yang diperolehi daripada Cawangan Pengurusan Perolehan JKDM Pulau Pinang. FAKTOR TIADA PENGHUNI ROSAK (DALAM PROSES PEMBAIKAN) TIDAK SESUAI DIBAIKI JUMLAH 31 34 3 CARTA 1: JUMLAH UNIT RUMAH YANG DIDUDUKI MENGIKUT JENIS RUMAH/BLOK (DATA : SEHINGGA JUN 2023) JADUAL 3: FAKTOR UNIT KEDIAMAN TIDAK / BELUM DIDUDUKI (DATA : SEHINGGA JUN 2023)
42 Mengikut data yang diperolehi, 3 unit rumah yang berstatus “Tidak Sesuai Dibaiki” adalah disebabkan oleh kos pembaikan dan pemulihan yang agak tinggi. Kuiri dari pihak Ibu Pejabat melalui panggilan telefon juga telah dijawab dan dikemukakan.
43
44 iv. KEBERSIHAN / KEKEMASAN / KEINDAHAN Warga Perumahan Kastam Bukit Gelugor amat menitik beratkan soal kebersihan, kekemasan dan keindahan kawasan sekitar perumahan ini. Hal ini terbukti dan terzahir apabila pelawat yang datang berkunjung ke Perumahan Kastam Bukit Gelugor disajikan dengan kesegaran susun atur landskap hasil daripada kegiatan gotong-royong dan kerjasama warga perumahan ini. KEBERSIHAN Selain daripada merancang dan melaksanakan aktiviti gotongroyong, jabatan juga telah melantik pekerja am dan pekerja pembersihan yang dipertanggungjawabkan untuk membersih, memotong rumput dan memastikan kawasan sekitar perumahan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Jabatan telah melantik syarikat Dunia Klasik Enterprise untuk membekalkan pekerja pembersihan yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan persekitaran perumahan. Seramai 6 orang pekerja pembersihan telah dilantik bagi kerja-kerja pembersihan.
45 Penjagaan kebersihan di sekitar kawasan perumahan amat penting bagi menghindar, membasmi, dan mencegah wujudnya penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi, Malaria, Filaria, Scrub Typus, Japanese Encephelitis (J.E) dan lain-lain. Aktiviti yang dijalankan bagi memastikan kawasan perumahan sentiasa dalam keadaan yang bersih ialah seperti gotong-royong dan sebagainya.
46
47 KEKEMASAN Bagi memastikan pokok-pokok bunga dan padang sentiasa dalam keadaan yang menarik dan kemas, pekerja am yang dilantik akan memotong rumput serta mencantas dahan-dahan dan daun-daun agar tidak kelihatan terlalu merimbun atau kelihatan semak samun. Sebelum menanam pokok disekitar kawasan perumahan, jabatan akan merancang dan memilih kawasan yang sesuai untuk ditanami pokok supaya susun atur pokok akan kelihatan kemas dan teratur.
48 KEINDAHAN Bagi memastikan Perumahan Kastam Bukit Gelugor menjadi pilihan utama untuk diduduki, jabatan dengan kerjasama warga perumahan sentiasa berganding bahu dalam melontarkan idea dan pendapat agar perumahan ini akan terus relevan untuk diduduki oleh warga. Aduan-aduan kerosakan yang dilaporkan melalui sistem ezKuarters sentiasa diambil tindakan yang wajar oleh jabatan dan dibaiki dengan kadar segera, agar kecantikan, keindahan dan keceriaan kawasan sekitar perumahan dapat terus dikekalkan. Contoh aduan yang telah selesai diambil tindakan.
49
50 v. RUANG PARKIR / TANDA ARAH / PENCAHAYAAN RUANG PARKIR Jabatan mengambil berat dalam menyediakan fasiliti dan kemudahan parkir yang mencukupi kepada warga perumahan. Namun disebabkan pertambahan kenderaan dan ahli keluarga yang hampir mencecah 950 orang (data sehingga Jun 2023) hasil daripada bancian yang dijalankan, penduduk terpaksa memakir kenderaan mereka di luar petak rasmi parkir yang disediakan oleh jabatan seperti di bawah blok. Berikut adalah jumlah parkir rasmi yang disediakan oleh jabatan. **Nota : Jumlah petak parkir motorsikal di bawah bangunan tidak diambil kira kerana bukan petak rasmi yang disediakan oleh jabatan. JADUAL 4: JUMLAH PARKIR MOTORSIKAL & KERETA (DATA – SEHINGGA JUN 2023)
51 Berikut adalah jenis-jenis parkir kenderaan yang disediakan oleh jabatan. i. PARKIR KERETA BERTINGKAT ii. PARKIR MOTORSIKAL BERBUMBUNG
52 iii. PARKIR KERETA BERBUMBUNG iv. PARKIR KERETA TIDAK BERBUMBUNG GAMBAR 53 : PARKIR KERETA TIDAK BERBUMBUNG DI BLOK AKE/AKF
53 TANDA ARAH Tanda arah amat penting sebagai petunjuk arah dan pemudah cara terutama kepada pelawat atau orang awam yang memasuki kawasan Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Tanda arah di sekitar kawasan Perumahan Kastam Bukit Gelugor adalah efektif, mudah dibaca dan dikenalpasti. Antara tanda arah yang disediakan di sekitar kawasan Perumahan Kastam Bukit Gelugor adalah seperti berikut :-
54
55 PENCAHAYAAN Kedudukan Perumahan Kastam Bukit Gelugor yang strategik dan berada hampir berdekatan dengan pusat bandar menjadi salah satu punca pemasangan lampu-lampu jalan di dalam serta diluar kawasan perumahan yang menjadikan kawasan perumahan ini selamat dan ceria untuk diduduki. Pencahayaan yang baik disekitar kawasan perumahan dapat mencegah kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Sebagai contoh kes kecurian atau pecah rumah. Berikut adalah suasana kawasan sekitar Perumahan Kastam Bukit Gelugor pada waktu malam.
56
57 B. KERJASAMA DAN KESEPAKATAN KOMUNITI Perpaduan dan keharmonian antara penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor amatlah dituntut oleh semua pihak bagi memastikan program- program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang samada di dalam mahupun di luar perumahan ini mampu dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang telah disasarkan. Kehadiran dan kesepakatan daripada semua pihak terutamanya warga perumahan adalah bukti kepada pentingnya memiliki nilai saling menghargai dan bertimbang rasa antara satu sama lain agar segala kesalahfahaman dapat dielakkan daripada berlaku. i. PERANCANGAN PROGRAM Perancangan program secara tahunan atau secara berkala adalah hasil daripada mesyuarat-mesyuarat yang diadakan antara ajk Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor mahupun antara Biro-Biro yang diwujudkan di perumahan ini. Carta Perbatuan digunapakai untuk merancang, merangka dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti persatuan sepanjang tahun.
58
59
60 ii. PELAKSANAAN PROGRAM Pelaporan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan adalah mengambil kira data-data bermula dari Januari 2022 sehingga Jun 2023 (18 bulan). Namun, perancangan dan pelaksanaan rasmi jawatankuasa Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PPPKBG) bagi sesi 2022 -2024 adalah bermula pada April 2022 sehingga Jun 2023 seperti Carta Perbatuan yang telah dikemukakan pada muka surat yang sebelumnya. Ini adalah kerana, pelantikan jawatankuasa PPPKBG bagi sesi 2022 – 2024 secara rasmi adalah pada 15 April 2022 semasa Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan PPPKBG Kali Ke-6 bagi sesi 2022 – 2024 diadakan. Perancangan dan pelaksanaan program sentiasa melibatkan ramai pihak sama ada dalam kalangan warga perumahan mahupun orang luar selain daripada ahli jawatankuasa perumahan ini. Antara program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh Januari 2022 sehingga Jun 2023 adalah seperti berikut :-
61 a. PROGRAM HARI KELUARGA PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR Perancangan dan pelaksanaan program ini adalah daripada jawatankuasa PPPKBG sesi 2020 – 2022. Program ini telah diadakan pada 08 Januari 2022 dan dianggarkan hampir 400 orang penghuni yang telah hadir termasuk ahli keluarga warga Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Penghulu-penghulu daripada Perumahan Kampong Kastam Bagan Jermal, Perumahan Pegawai Kanan Kastam Perai dan Pangsapuri Kastam Bayan Baru juga dijemput bagi memeriahkan program ini. Program ini juga telah mendapat tajaan daripada Pro Apparel Sdn Bhd berupa 1 unit ‘Arch’ dan pemberian diskaun ke atas tempahan baju.
62 b. MESYUARAT AGONG DWI-TAHUNAN KALI KEENAM SESI 2022 – 2024 PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPPKBG) Mesyuarat ini merupakan mesyuarat utama bersama warga Perumahan Kastam Bukit Gelugor dan perlu dilaksanakan terutamanya bagi sebuah persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kerana minit mesyuarat dan penyata kewangan perlu dikemukakan bagi tujuan auditan. Mesyuarat ini telah diadakan pada 15 April 2022 di Dewan Serbaguna Perumahan Kastam Bukit Gelugor dan hampir 200 orang warga perumahan telah menghadiri mesyuarat ini. Bagi PPPKBG, mesyuarat ini merupakan satu perhimpunan dan perjumpaan yang mempertemukan ahli-ahli di bawah PPPKBG yang telah membuat potongan yuran keahlian sebanyak RM10.00/bulan. Mesyuarat ini juga adalah platform untuk menimbang dan memutuskan serta meluluskan penyata kewangan tahunan atau cadangan yang berkaitan dengan perancangan masa depan PPPKBG. (Rujuk Lampiran 1) GAMBAR 63: SUASANA MESYUARAT DWI- TAHUNAN BERLANGSUNG
63 c. MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPKBG) Mesyuarat ini hanya melibatkan kehadiran ahli jawatankuasa utama dan biro-biro di bawah PPPKBG. Mesyuarat ini diadakan sekurang- kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan perancangan aktiviti dan isu-isu yang berbangkit mengenai perumahan dan kawasan sekitar. (Rujuk Lampiran 2) GAMBAR 64: SUASANA MESYUARAT AJK BERLANGSUNG
64 d. GOTONG-ROYONG PERDANA PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR BERSAMA COMBI (COMMUNICATION FOR BEHAVIOURAL IMPACT) Program gotong-royong adalah program yang wajib dilaksanakan di perumahan ini. Namun sedikit berbeza apabila melibatkan pihak luar di dalam pelaksanaan program ini. Program gotong-royong perdana ini yang telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2022 dan 23 Jun 2023 melibatkan kehadiran peserta hampir 300 orang dengan menggunakan pendekatan COMBI yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menangani krisis penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi khususnya di Malaysia. (Rujuk Lampiran 3 & 4) GAMBAR 65: SUASANA GOTONG-ROYONG BERLANGSUNG
65 e. KULIAH MAGHRIB MINGGUAN DI SURAU MADINATUL ANBIA Kuliah Maghrib ini telah disusun atur oleh Jawatankuasa Biro Surau bagi tempoh sebulan pada setiap bulan. Edaran jadual dihantar kepada warga perumahan melalui perkongsian di aplikasi ‘Whatsapp – Perumahan Kastam Bukit Gelugor’ yang bertujuan untuk memberi maklumat serta info berkenaan dengan Kuliah Maghrib ini. Beberapa orang penceramah atau ustaz telah dijemput bagi menyampaikan kuliah ini mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. GAMBAR 66: SUASANA KULIAH MAGHRIB BERLANGSUNG
66 f. PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN (SOLAT TERAWIH) Sepanjang Bulan Ramadhan 2023, aktiviti-aktiviti seperti Solat Terawih, majlis tadarus al-quran dan majlis berbuka puasa telah diadakan. Selain itu, beberapa orang penceramah / ustaz dijemput untuk menyampaikan kuliah sepanjang bulan Ramadhan. GAMBAR 67: SUASANA AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN BERLANGSUNG
67 g. PROGRAM JATI DIRI GOTONG-ROYONG SURAU MADINATUL ANBIA DAN DEWAN SERBAGUNA PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR Program jati diri telah diadakan pada 16 Mac 2023 dan seramai 50 orang warga perumahan telah dipanggil untuk membersihkan dan mengecat dinding di Dewan Serbaguna serta mengemas ruang solat utama di Surau Madinatul Anbia. Program ini dibuat dengan memfokuskan Dewan Serbaguna dan Surau Madinatul Anbia sahaja supaya tetap dalam keadaan yang selesa dan bersih untuk digunakan. (Rujuk Lampiran 5) GAMBAR 68: SUASANA PROGRAM JATI DIRI BERLANGSUNG
68 h. MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH KASTAM NEGERI Majlis ini telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor pada 18 April 2023 yang telah dihadiri Tuan Hamisan Bin Kalip, Pengarah Kastam Negeri sebagai jemputan khas bagi memeriahkan suasana pada malam tersebut. Aktiviti pada malam tersebut tidak hanya berkisar kepada majlis berbuka puasa sahaja, namun beliau dijemput dan dihadirkan dengan tujuan untuk mengadili Pertandingan Pelita Panjut yang diadakan bagi mengisi program sepanjang bulan Ramadhan. (Rujuk Lampiran 6) GAMBAR 69: SUASANA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PKN BERLANGSUNG
69 i. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR (PPPKBG) Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPPKBG pada tahun ini disambut meriah dan dibuat secara besar-besaran dengan kehadiran hampir 600 orang tetamu pada malam tersebut. Diadakan di Dewan Serbaguna Perumahan Kastam Bukit Gelugor pada 15 Mei 2023 dengan kehadiran Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Bahagian Pengurusan sebagai penyeri majlis pada malam itu. (Rujuk Lampiran 7) GAMBAR 70: SUASANA SAMBUTAN HARI RAYA PPPKBG BERLANGSUNG
70 j. PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR Program ini dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan diteruskan dengan aktiviti ibadah korban yang bukan sahaja dilaksanakan oleh warga perumahan PKBG tetapi juga jemaah dari Masjid At-Taqwa Taman Tun Sardon yang turut serta dalam program ini. Program ini diadakan pada Hari Raya Pertama Aidiladha dan sebanyak 8 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan pada hari tersebut dan merupakan julung kalinya aktiviti korban ini dibuat secara besar-besaran di PKBG. GAMBAR 71: SUASANA HARI RAYA AIDILADHA BERLANGSUNG
71 k. PROGRAM BANCIAN PENDUDUK PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR Program ini adalah inisiatif PPPKBG yang dibuat setahun sekali dengan tujuan untuk mengemaskini maklumat penghuni di perumahan ini. Program ini dilaksanakan pada 26 Jun 2023 dengan menggunakan kaedah perkongsian ‘Google Form’ di dalam aplikasi ‘whatapps - Perumahan Kastam Bukit Gelugor’. Hasil daripada bancian ini, diketahui bahawa seramai hampir 950 orang warga yang mendiami perumahan ini. GAMBAR 72: SUASANA PROGRAM BANCIAN BERLANGSUNG
72 l. MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN JKDM 2023 Mesyuarat ini dibuat bertujuan untuk membincangkan pembahagian tugas dan strategi-strategi pelaporan Anugerah Kecemerlangan Inovasi Perumahan Kastam JKDM 2023. Dihadiri oleh Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor sebagai tanda komitmen warga untuk menyertai dan menghantar laporan ini. (Rujuk Lampiran 8) GAMBAR 73: SUASANA MESYUARAT JAWATANKUASA AKIPK JKDM 2023 BERLANGSUNG
73 m. LAWATAN PENANDAARASAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN JKDM 2023 KE PERUMAHAN KASTAM LUMUT, PERAK Lawatan penandaarasan ini telah diadakan pada 27 Jun 2023 dan disertai seramai 10 orang ahli jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Inovasi Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan berkongsi serta bertukartukar maklumat dan pandangan mengenai penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di perumahan masing-masing. Lawatan ini juga adalah tanda komitmen jawatankuasa AKI Perumahan Kastam Bukit Gelugor di dalam penyediaan pelaporan anugerah ini. (Rujuk Lampiran 8) GAMBAR 74: SUASANA LAWATAN PENANDAARASAN KE PERUMAHAN KASTAM LUMUT, PERAK BERLANGSUNG
74 n. BENGKEL ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN JKDM 2023 Bengkel yang dirancang dan dilaksanakan khusus bagi pelaporan anugerah ini mendapat sokongan yang baik daripada ramai pihak terutamanya daripada warga perumahan dan juga barisan pengurusan tertinggi JKDM Pulau Pinang. Bengkel yang diadakan ini tidak lain bertujuan untuk menyiapkan laporan anugerah ini. (Rujuk Lampiran 9) GAMBAR 75: SUASANA BENGKEL AKIPK JKDM 2023
75 o. PROGRAM TRANSFORMASI SURAU MADINATUL ANBIA, PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR Program ini adalah cetusan idea daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor iaitu En.Wan Bakar bin Wan Ibrahim merangkap Penghulu Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Program ini dilaksanakan dengan berkonsepkan pelaksanaan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) seperti di pejabat-pejabat kastam yang lain. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada jemaah Surau Madinatul Anbia, bahawa surau adalah cerminan keperibadian yang baik kepada setiap warga perumahan ini. (Rujuk Lampiran 10) GAMBAR 76: SUASANA PROGRAM TRANSFORMASI BERLANGSUNG
76 iii. PENGGUNAAN SISTEM ezKuarters Arahan penggunaan sistem ezKuarters adalah melalui surat arahan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat pada tahun 2019 (No.Rujukan : JKDM.-9/4/1 (5) bertarikh 7 Oktober 2019) yang bertujuan untuk memudahkan pihak ibu pejabat memantau laporan-laporan yang berkaitan perumahan-perumahan kastam di seluruh Malaysia.
77 Di Pulau Pinang, penggunaan sistem ezKuarters ini telah digunapakai dan dipraktikkan sejak 01 Ogos 2020 berdasarkan surat arahan yang dikeluarkan oleh Cawangan Pengurusan Perolehan, Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang bertarikh 28 Julai 2020 (No.Rujukan : KE.PB(64)379/08 Klt.40(02)). GAMBAR 78: SURAT ARAHAN PENGGUNAAN SISTEM ezKuarters JKDM PULAU PINANG.
78 Antara kemudahan dan fungsi asas penggunaan sistem ezKuarters ini adalah ;- Selain daripada fungsi-fungsi asas yang dinyatakan seperti di atas, sistem ezKuarters ini juga membolehkan pegawai untuk membuat semakan bilangan penghuni yang mendiami unit kediaman yang disediakan oleh jabatan. Sehingga Jun 2023, seramai 243 pegawai yang telah mendiami kediaman Perumahan Kastam Bukit Gelugor. GAMBAR RAJAH 5: GAMBAR RAJAH FUNGSI PENGGUNAAN ezKuarters
79 Antara fungsi utama yang menjadi pilihan penggunaan sistem ezKuarters ini adalah pengurusan aduan kerosakan yang dikemukakan oleh penghuni perumahan kastam. Secara keseluruhannya, berdasarkan data yang diterima, sebanyak 672 aduan kerosakan yang telah dibuat mulai Julai 2020 sehingga Jun 2023. Namun, bermula Januari 2022 sehingga Jun 2023, sebanyak 325 aduan kerosakan telah dikemukakan dan diterima oleh Cawangan Pengurusan Perolehan, JKDM Pulau Pinang. GAMBAR 79: GAMBAR SENARAI KAKITANGAN YANG MENDUDUKI KUATERS
80 Berikut adalah statistik keseluruhan aduan kerosakan yang dilaporkan oleh penghuni Perumahan Kastam Bukit Gelugor mulai Julai 2020 sehingga Jun 2023.