The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alvin891208, 2024-06-06 22:10:18

BUKU LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR_clone

BUKU LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR

Keywords: Buku Laporan Perumahan

81 Berikut pula adalah statistik aduan kerosakan yang dilaporkan oleh penghuni Perumahan Kastam Bukit Gelugor mulai Januari 2022 sehingga Jun 2023.


82 C. KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN Keselamatan dan ketenteraman penghuni Perumahan Kastam Bukit Gelugor tidak boleh dipandang ringan. Penambahbaikan demi penambahbaikan terus diambil untuk memantapkan lagi tahap kawalan keselamatan di sekitar perumahan ini. Berikut adalah perkara-perkara yang menjadi asas kepada kawalan dan pemantapan keselamatan serta ketenteraman penduduk perumahan ini. i. PERKHIDMATAN SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN / PONDOK PENGAWAL Peranan pengawal keselamatan amat penting untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda di Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Bagi meningkatkan tahap kawalan keselamatan di perumahan ini, jabatan telah melantik syarikat Armoured Protection And Investigation Sdn Bhd untuk menyedia dan mengawal selia pengawal GAMBAR RAJAH 6: PERANAN PENGHUNI PKBG


83 keselamatan serta memastikan isu-isu berkaitan keselamatan awam dijaga. Antara tugas yang dilakukan oleh pengawal keselamatan ini seperti melakukan rondaan kunci jam (clocking) 2 jam sekali, membuat pemeriksaan ke atas orang luar yang ingin berurusan di perumahan ini, membuat laporan keselamatan dan rondaan serta memastikan kawasan sekitar Pondok pengawal sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria. Seramai 4 orang pegawal keselamatan telah disediakan dan 2 orang pengawal keselamatan akan bertugas pada setiap shif. Waktu shif adalah seperti berikut:- GAMBAR 81: PENGAWAL KESELAMATAN SEDANG MELAKUKAN AKTIVITI ‘CLOCKING’ DI SETIAP CHECKPOINT KOTAK KUNCI


84 Demi memastikan keselamatan penduduk dan persekitaran Perumahan Kastam Bukit Gelugor terus dipantau selama 24 jam sehari, pondok pengawal di perumahan ini dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) yang terkini dan moden. Pemasangan CCTV ini di pondok pengawal adalah bertujuan untuk mencegah jenayah daripada berlaku, memantau kawasan sekitar perumahan supaya selamat daripada anasir luar dan juga berperanan untuk membantu siasatan jenayah sekiranya berlaku di dalam kawasan perumahan. Jumlah keseluruhan CCTV yang telah dipasang di sekitar perumahan adalah sebanyak 11 unit CCTV. GAMBAR 82: PENGAWAL KESELAMATAN SEDANG MELAKUKAN PEMERIKSAAN KE ATAS ORANG AWAM & SEDANG MENULIS LAPORAN RONDAAN


85 GAMBAR 84: CCTV KELUAR / MASUK DI PONDOK PENGAWAl GAMBAR 83: KEADAAN PONDOK PENGAWAL PADA WAKTU SIANG & MALAM


86 Selain itu juga, pondok pengawal di Perumahan Kastam Bukit Gelugor ini juga dilengkapi dengan ‘autogate system’ yang merupakan keperluan bagi penyelesaian masalah kawalan keluar masuk pelawat ke dalam kawasan perumahan ini. Pemasangan ‘autogate system’ ini adalah bertujuan untuk mengawal lalulintas dan akses kenderaan dengan lebih sistematik, mengenalpasti kenderaan yang keluar / masuk serta membantu merekod kehadiran pelawat ke kawasan perumahan ini.


87 ii. ALAT PEMADAM API / PILI BOMBA Sebagai langkah pencegahan kebakaran alat pemadam api (Fire Extinguisher) telah disediakan bagi memenuhi keperluan tersebut. Jabatan telah melantik syarikat Unique Fire Industry Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyediaan dan penyelenggaraan alat pemadam api di sekitar perumahan ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Cawangan Pengurusan Perolehan jumlah keseluruhan alat pemadam api yang disediakan mengikut rumah / blok adalah seperti berikut :- JADUAL 7: JUMLAH ALAT PEMADAM API MENGIKUT RUMAH / BLOK


88


89 Selain daripada alat pemadam api, bagi blok-blok utama iaitu KKC/KKD, AKE/AKF dan AKG juga telah dilengkapi dengan kemudahan pili bomba bagi setiap tingkat rumah tersebut.


90 iii. BONGGOL JALAN / GARISAN KUNING (ZEBRA LINE) Memandangkan keluasan kawasan Perumahan Kastam Bukit Gelugor ini tidak seluas Perumahan Kampong Kastam Bagan Jermal, hanya 1 bonggol sahaja disediakan. Kedudukan bonggol ini adalah terletak berhampiran dengan Surau Madinatul Anbia kerana terdapat bangunan Tabika Kemas Perumahan Kastam Bukit Gelugor dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Tujuan utama bonggol ini dibuat adalah untuk pemandu dalam kawasan perumahan ini memperlahankan kenderaan, walaupun had laju yang dibenarkan di dalam kawasan perumahan ini adalah 30 km/j. GAMBAR 91: KEADAAN BONGGOL JALAN YANG TERLETAK DI HADAPAN SURAU


91 Salah satu simbol penting yang sering dipandang ringan oleh pengguna jalan raya dalam kawasan perumahan ini ialah lintasan pejalan kaki atau dipanggil zebra line / crossing. Fungsi zebra line / crossing ini diwujudkan dalam kawasan perumahan adalah supaya pemandu dan pejalan kaki sama-sama sentiasa berhati-hati apabila menghampiri dan menggunakan lintasan ini.


1 BAB 2 LANDSKAP


92 2.0 LANDSKAP Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PKBG) merupakan sebuah perumahan di mana pembangunan fizikalnya diimbangi dengan persekitaran yang hijau, tersusun, ceria dan bersih yang memberikan teater pemandangan yang indah dan menarik. Ia juga merupakan ruang fizikal luaran yang unik, beridentiti dan berkualiti yang memberikan keceriaan, suasana ketenangan serta mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada warga perumahan mahupun kepada pelawat yang berkunjung ke Perumahan Kastam Bukit Gelugor.Keindahan landskap yang menghijau dan menghiasi kawasan Perumahan Kastam BukitGelugor adalah merupakan lambang kesepakatan warga perumahan dalam merealisasikan “Kesejahteraan Persekitaran Alam Sekitar” juga merupakan tema rasmi landskap perumahan ini.


93 Bagi mengekalkan landskap perumahan sentiasa dalam keadaan cantik, bersih, kemas dan teratur, jawatankuasa yang dilantik adalah dipertanggungjawab dalam memantau persekitaran landskap serta menyelia program seperti gotong-royong bagi tujuan pembersihan dan penambahbaikan kawasan sekitar perumahan ini.


94 A. KECERIAAN / KEINDAHAN i. SUSUN ATUR / HIASAN / KEKEMASAN Susun atur yang berpadanan, hiasan yang bersesuaian dan menarik di kawasan landskap akan mewujudkan pemandangan yang indah serta dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan menyegarkan penglihatan. Perumahan Kastam Bukit Gelugor merupakan kawasan perumahan yang besar dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Namun begitu, susun atur landskap dapat memenuhi setiap ruang dan sentiasa memberikan teater pemandangan yang amat menarik dan sangat tenang. Walaupun landskap dibanjiri dengan pokok-pokok yang besar, namun ianya berjaya menghiasi setiap sudut dengan indahnya dan sentiasa


95 kelihatan kemas serta teratur. PKBG menggunakan beberapa prinsip dalam menghasilkan rekabentuk landskap yang menarik iaitu :- PRINSIP KESATUAN Dengan menggunakan pelbagai elemen susun atur dan kreativiti yang berfungsi antara satu sama lain sehingga mewujudkan satu suasana seakan-akan menyatu diantara satu sama lain.


96


97 PRINSIP PENEGASAN Memberi fokus kepada suatu elemen dengan menggunakan kaedah seperti saiz,warna, susunan dan lain-lain lagi.


98


99


100 PRINSIP KESEIMBANGAN Samaada simetri atau tidak simetri, landskap disusun untuk menimbulkan kesan perasaan seimbang atau unik.


101 PRINSIP KEPELBAGAIAN Gunakan gabungan pelbagai elemen untuk menghasilkan kepelbagaian.


102 ii. KEBERSIHAN Perumahan Kastam Bukit Gelugor sentiasa mendahulukan kelestarian, pemeliharaan alam sekitar, mementingkan kebersihan serta kehijauan di kawasan perumahan. Kelebihan Perumahan Kastam Bukit Gelugor adalah pihak Pengurusan JKDM Pulau Pinang membekalkan 6 orang tenaga buruh iaitu Pembantu Awam (H11) secara tetap bagi tujuan penyelenggaraan serta pembersihan kawasan landskap perumahan. Selain itu, kontraktor yang dilantik bagi tujuan kerja-kerja pembersihan kawasan Perumahan Kastam Bukit Gelugor juga turut membantu bagi tujuan penyelenggaraan serta pembersihan kawasan landskap. Jawatankuasa yang dilantik hanya perlu memastikan penyelenggaraan serta pembersihan kawasan landskap dilakukan secara teratur, terancang dan berterusan oleh Pembantu Awam (H11) dan kontraktor yang dilantik.


103


104 iii. KESENIAN / KREATIVITI / KEPELBAGAIAN / TEKNOLOGI HIJAU / PENGGUNAAN ALAT KITAR SEMULA Secara amnya antara tujuan diwujudkan landskap di kawasan perumahan adalah bagi menyediakan satu suasana yang boleh membantu peduduk perumahan yang boleh dikategorikan sebagai penduduk bandar dalam menentukan gaya hidup yang sihat, kreatif dan kebebasan dalam memenuhi kehendak spiritual dan fizikal yang sihat. KESENIAN Kesenian landskap Perumahan Kastam Bukit Gelugor adalah merupakan pengolahan elemen semula jadi buatan secara harmoni. Walaupun ruang terbatas seperti kawasan lapang dan balkoni rumah yang sempit, dengan kerjasama semua pihak iaitu jawatankuasa perumahan, Pembantu Awam (H11), kontraktor yang dilantik serta warga perumahan mencuba untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala yang kecil dan terkawal.


105 KREATIVITI Antara binaan kreativiti landskap yang dihasilkan di Perumahan Kastam Bukit Gelugor dengan kerjasama Jawatankuasa Perumahan dan seluruh warga perumahan adalah seperti Laman Santai, Taman Hijau, Taman Herba dan Taman Pintar Botani.


106


107


108


109


110


111


112


113 TEKNOLOGI HIJAU Definisi Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Perlandskapan sama ada berskala kecil atau besar amat diperlukan dalam menjaga alam sekitar. Perumahan Kastam Bukit Gelugor bukan sahaja mempunyai landskap di kawasan sekeliling perumahan tetapi juga dengan kerjasama semua penduduk perumahan, landskap mini telah diwujudkan dengan begitu indah, kemas dan teratur di balkoni rumah serta dihalaman luar rumah masing-masing. Selain menghiasi rumah dengan pemandangan yang indah, ianya juga merupakan teknologi hijau yang dapat menyumbang kepada sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi.


114


115


116 PENGGUNAAN ALAT KITAR SEMULA Satu inisiatif telah diambil untuk mewujudkan landskap yang menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti tayar terpakai, botol minuman dan botol sabun. Gabungan elemen-elemen yang sesuai seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk mewujudkan ruang yang ceria dan menarik di kawasan terbuka.


117


118


BAB 3 SURAU / MUSOLLA


119 3.0 SURAU / MUSOLLA Surau yang terdapat di dalam Perumahan Kastam Bukit Gelugor diberi nama Surau Madinatul Anbia. Kapasiti surau ini mampu menempatkan 300 jemaah dalam satu masa. Surau ini bukan hanya sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata, sama ada secara individu atau berjemaah tetapi juga berfungsi sebagai pusat kegiatan pembelajaran Islam dikalangan warga kastam yang beragama Islam. GAMBAR XX : SUASANA SURAU MADINATUL ANBIA PADA WAKTU SIANG


120 A. PENGURUSAN i. PELANTIKAN AJK SURAU/MUSOLLA Secara dasarnya, hal ehwal berkaitan surau di perumahan ini adalah dibawah tanggungjawab jabatan. Namun bagi memudahkan segala urusan berkaitan aktiviti dan penggunaan kemudahan yang disediakan di surau ini, satu jawatankuasa surau telah dibentuk bagi melancarkan perjalanan program dan aktiviti yang telah diatur.


121 ii. KOMITMEN DAN KERJASAMA KOMUNITI / KARIAH Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama komuniti / kariah di Surau Madinatul Anbia amatlah dituntut. Tanpa kehadiran warga untuk mengimarah majlis dan program yang telah dirancang, objektif penganjuran tidak akan tercapai dengan jayanya. MESYUARAT BIRO SURAU Mesyuarat Biro Surau akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincang dan merancang aktiviti serta program di surau ini.


122 PROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU Program ini diadakan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali bagi memastikan keadaan surau tetap berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan selesa untuk digunakan oleh jemaah.


123 PROGRAM TRANSFORMASI SURAU MADINATUL ANBIA Program ini adalah cetusan idea Pengerusi Perumahan Kastam Bukit Gelugor yang mahu mentransformasi secara besar-besaran program gotong-royong di Surau Madinatul Anbia dengan menerapkan konsep EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam). Program ini disertai oleh warga perumahan ini.


124 iii. KEMUDAHAN SURAU/MUSOLLA Surau Madinatul Anbia ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan fasiliti-fasiliti asas yang boleh digunakan oleh orang ramai selain warga perumahan ini.


125


126


127


128


Click to View FlipBook Version