The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alvin891208, 2024-06-06 22:10:18

BUKU LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR_clone

BUKU LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR

Keywords: Buku Laporan Perumahan

129


130 GAMBAR 142 : JADUAL KULIAH BULANAN (DIEDAR MELALUI ‘GROUP WHATSAPP’) iv. PERANCANGAN/PELAKSANAAN PROGRAM KULIAH MAGHRIB Aktiviti ini dianjurkan hampir setiap minggu dengan menjemput beberapa orang ustaz yang bertauliah dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. GAMBAR 141 : KULIAH MAGHRIB


131 PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN Program yang melibatkan warga perumahan dan pengurusan tertinggi Jabatan telah berjaya diadakan dengan kerjasama warga perumahan ini. Pelbagai program telah dirancang sepanjang bulan Ramadan seperti Majlis Tadarus Al-Quran, Solat Terawih Berjemaah, Majlis Berbuka Puasa Bersama PKN, Kuliah Subuh Khas Bersama KPK dan lain-lain aktiviti. MAJLIS TADARUS AL-QURAN


132 MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH KASTAM NEGERI KULIAH SUBUH KHAS BERSAMA KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA


133 SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI Dilaksanakan pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Surau Madinatul Anbia.


134 v. AKTIVITI KEJIRANAN (LUAR) PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA Program ini bukan sahaja disertai oleh warga perumahan / kariah Surau Madinatul Anbia malahan ianya turut disertai oleh Kariah dari Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sardon. Melibatkan 8 ekor lembu dan seekor kambing yang dikorban pada program berlangsung.


135 PROGRAM HAJI CILIK PERDANA KEMAS PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG Program ini telah diadakan pada 24 Jun 2022 bertempat di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas Pulau Pinang. Program ini telah menghadirkan 3000 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 300 orang kanak-kanak TASKA KEMAS dan 2700 kanak-kanak TABIKA KEMAS yang berusia 4 hingga 6 tahun. Kanak-kanak dari Tabika Kemas Perumahan Kastam Bukit Gelugor juga turut hadir dalam program ini. Impak daripada pelaksanaan program ini dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak berkaitan Rukun Islam Kelima (5) iaitu mengerjakan ibadah haji serta menambahkan kefahaman kanak-kanak berkaitan proses untuk melaksanakan ibadah haji dan ia juga memberi manfaat kepada semua kanak-kanak yang terlibat.


136 MAJLIS TADARUS BERGEMA DI MASJID BANDAR BAHARU AIR ITAM Majlis Tadarus Bergema Anjuran Ikatan Guru KAFA dan Penyelia Timur Laut 2022 yang berlangsung di Masjid Bandar Baru Air Itam telah diadakan pada 22 April 2022. KAFA Perumahan Kastam Bukit Gelugor telah menghantar 10 orang pelajar untuk menyertai majlis tersebut.


137 IHTIFAL KAFA PERINGKAT DAERAH PULAU PINANG KAFA Perumahan Kastam Bukit Gelugor telah menghantar 3 orang wakil pelajar bertanding bagi kategori Hafazan, Tilawah Al- Quran dan Bercerita untuk pemilihan wakil ke Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Pulau Pinang. Program telah diadakan pada 07 Julai 2022 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


138 BENGKEL PEMANTAPAN JAWI Bengkel Pemantapan Jawi ini telah diadakan pada 18 Ogos 2022 di Surau Madinatul Anbia, Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Nazri Bin Othman. Program ini antara usaha dan langkah pihak KAFA ke arah kemahiran dan kecekapan dalam penulisan serta pembacaan Jawi dalam kalangan pelajar. Semoga para pelajar mendapat input yg berkesan dan proaktif dalam matapelajaran Jawi.


139 KEM KEPIMPINAN PELAJAR KAFA PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR Kem ini telah diadakan pada 28 hingga 29 Oktober 2022 bertempat di LamGlay Homes, Yan, Kedah dengan penyertaan seramai 18 orang pelajar KAFA Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Kem ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh KAFA Perumahan Kastam Bukit Gelugor yang menerapkan konsep ‘team building’ dalam kalangan pelajar sendiri.


140 MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) Majlis ini telah diadakan pada 25 November 2022 di Surau Madinatul Anbia, Perumahan Kastam Bukit Gelugor yang melibatkan pelajar-pelajar KAFA Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Bagi menaikkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ibubapa pelajar-pelajar Tahun 5 yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).


141 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PENDIDIKAN AL- BARAKAH, IPOH, PERAK Aktiviti ini telah dianjurkan pada 14 Januari 2023 yang disertai oleh seramai 24 orang pelajar, 4 orang guru dan 2 orang wakil Biro Surau Madinatul Anbia. Keterujaan untuk mengikuti majlis ilmu yang disampaikan oleh Al Fadhil Dato’ Ustaz Kazim Iliyas tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Aktiviti pada hari tersebut diteruskan dengan lawatan ke Zoo Taiping dan diakhiri dengan lawatan ke Taman Tasik.


142 MAJLIS PENYERAHAN SLIP UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) Majlis ini telah diadakan pada 17 Mac 2023 di KAFA Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Semasa majlis ini diadakan beberapa orang pelajar telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Dimana 3 orang pelajar memperoleh keputusan 8A, 7A-1 orang, 6A-4 orang, 5A-5 orang, 4A-3 orang dan 3A-6 orang.


143 PROGRAM MERAIKAN NUZUL AL-QURAN TAHUN 1444H / 2023M Pada 06 April 2023 telah diadakan satu Program Meraikan Nuzul Al-Quran Tahun 1444H / 2023M peringkat negeri Pulau Pulau Pinang. Seramai 21 orang pelajar telah menyertai program ini yang dilaksanakan di Surau Madinatul Anbia, Perumahan Kastam Bukit Gelugor.


144 MAJLIS KHATAM AL-QURAN Sempena memeriahkan Majlis ‘Ihya Ramadan, satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H dengan seramai 25 orang pelajar yang terlibat dalam majlis ini. Majlis yang disambut dengan suasana sederhana ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Perumahan Kastam Bukit Gelugor.


145 B. PENYELENGGARAAN Secara umumnya, penyelenggaran bangunan Surau Madinatul Anbia ini adalah dibawah pentadbiran dan kawalan jabatan. Segala penyelenggaraan atau laporan kerosakan yang dihantar melalui sistem ezKuarters akan diambil tindakan oleh Jabatan. Namun bagi memastikan kawasan dalaman dan luaran surau ini sentiasa terjaga dengan rapi, menjadi tanggungjawab jemaah surau untuk membersih dan memastikan segala peralatan yang disediakan disimpan dengan kemas dan rapi. i. KEBERSIHAN / KEKEMASAN DALAMAN RUANG SOLAT UTAMA


146 RUANG SOLAT WANITA SUDUT ILMIAH


147 TEMPAT MELETAK SEJADAH BILIK KAWALAN PEMBESAR SUARA (P.A SYSTEM)


148 ii. KEBERSIHAN / KEKEMASAN / KECERIAAN LUARAN Bagi memastikan persekitaran luaran Surau Madinatul Anbia sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas langkah penjagaan kebersihan mestilah dilakukan pada setiap hari atau berkala. LOBI SURAU


149 HADAPAN KHEMAH SURAU SISTEM PEPARITAN SURAU GAMBAR 165 : SISTEM PEMPARITAN DI SEKITAR SURAU MADINATUL ANBIA


150 POKOK-POKOK & KAWASAN BERUMPUT LANDSKAP SURAU


151 iii. KEBERSIHAN RUANG AMBIL WUDUK / TANDAS Islam amat mementingkan kebersihan terutamanya sebelum menunaikan solat fardhu. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap jemaah mahupun warga perumahan yang menggunakan kemudahan di Surau Madinatul Anbia ini adalah dituntut untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan fasilitisi surau ditahap yang terbaik. TEMPAT WUDUK LELAKI


152 TEMPAT WUDUK WANITA TANDAS LELAKI


153 TANDAS WANITA TEMPAT MENGAMBIL WUDUK (LUAR) GAMBAR 171 : TANDAS WANITA YANG BERSIH, WANGI DAN SELESA DIGUNAKAN GAMBAR 172 : TEMPAT WUDUK DI LUAR SURAU YANG BERSIH DAN KEMAS UNTUK DIGUNAKAN


1 BAB 4 PEMATUHAN KEPADA PERINTAH AM BAB E


154 4.0 PEMATUHAN KEPADA PERINTAH AM BAB – E RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN Pematuhan Perintah Am Bab E adalah menjadi tanggungjawab kepada pegawai yang mendiami rumah kerajaan. Oleh yang demikian, Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor amat memandang serius akan tanggungjawab yang dinyatakan. Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor berperanan membantu jabatan dalam menyampaikan maklumat kepada penghuni berhubung dasar, undang- undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti jabatan. Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor juga berperanan membantu Jabatan dalam menangani ketidakpatuhan peraturan sepertimana yang tertakluk dalam Perintah Am Bab E. Pemantauan berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan kawasan perumahan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan memuaskan amatlah dititik beratkan. GAMBAR 173: PINTU UTAMA PERUMAHAN KASTAM BUKIT GELUGOR


155 Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor membantu jabatan dalam menangani ketidakpatuhan peraturan sepertimana yang tertakluk dalam Perintah Am Bab E – Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan, para II Tanggungjawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Kerajaan seperti berikut : i. PEGAWAI MESTI PATUH PERATURAN Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini. Setiap penghuni di Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PKBG) diwajibkan menandatangani surat perjanjian kuarters Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang telah disediakan oleh Cawangan Pengurusan Perolehan bagi memastikan semua penghuni di PKBG mematuhi akan peraturan yang telah ditetapkan. (Rujuk Lampiran 12) GAMBAR 174: CONTOH SURAT PERJANJIAN KUARTERS


156 ii. MEMINDA RUMAH DILARANG Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindahan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya setempat. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya. Keadaan rumah penghuni di PKBG sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur serta tiada sebarang tambahan atau pindaan kepada mana- mana bahagian. Perabot-perabot yang dibekalkan oleh jabatan juga di jaga dengan rapi dan diselenggara dengan sebaik mungkin bagi memastikan keadaannya sentiasa sempurna.


157


158


159 GAMBAR 178: BLOK AKF- RUANG DALAM RUMAH PEGAWAI


160


161 iii. MENYEWA DILARANG Penghuni adalah dilarang daripada menyewakan mana- mana bahagian rumah kepada pihak luar. Selain daripada keluarga pegawai, orang gaji, serta tetamu sementara tiada orang lain yang dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada pegawai itu sendiri. Jawatankuasa PKBG mengambil berat akan peraturan ini. Jawatankuasa PKBG sentiasa bekerjasama dengan Unit Aset, JKDM Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat terkini pegawai yang menduduki Perumahan Kastam Bukit Gelugor dan membuat memantau dengan kaedah membuat bancian penduduk perumahan. GAMBAR 180: GOOGLE FORM -BANCIAN PENDUDUK


162 iv. LARANGAN BERTERNAK BINATANG Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam itik di mana- mana rumah, di bawahnya atau dalam kawasannya. Jawatankuasa Perumahan Kastam Bukit Gelugor turut membuat pemantauan dan berkerjasama dengan Jabatan untuk memastikan tiada penghuni yang menternak mahupun memelihara binatang. Jawatankuasa sentiasa menuar- uarkan di dalam group Whatsapp Perumahan Kastam Bukit Gelugor mengenai peraturan sepertimana yang tertakluk dalam Perintah Am Bab E. GAMBAR 181: WHATSAPP PERINGATAN PERINTAH AM BAB E


163 v. TANGGUNGJAWAB MEMBERSIH KAWASAN Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai yang mendiami rumah Kerajaan mejaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja- kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi. Di Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Jabatan telah menyediakan perkhidmatan sesalur sampah dan tong-tong sampah di setiap blok bangunan bagi memudahkan dan mengelakkan penghuni daripada membuang sampah di merata tempat. Penyediaan sistem sampah tersebut telah menjadikan persekitaran kawasan perumahan bersih dan teratur. Jawatankuasa perumahan turut memberi peringatan kepada penghuni supaya menjaga kebersihan rumah masing-masing termasuklah di kawasan sekitar rumah. Jawatankuasa perumahan juga sering menganjurkan program gotong-royong perumahan bagi memastikan seluruh kawasan perumahan sentiasa bersih dan bebas dari wabak denggi. GAMBAR 182: RUANG LEGAR


164


165


166 vi. TANGGUNGJAWAB MELAPORKAN KEROSAKAN Setiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui. Laporan ini hendaklah dibuat di atas borang pemintaan JKR. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau menganti yang perlu. Memandangkan PKBG diselenggara sepenuhnya oleh Jabatan, satu sistem aduan berkaitan dengan perumahan telah diperkenalkan oleh JKDM iaitu Sistem ezKuarters. Sistem tersebut telah memudahkan penghuni terutama sekali membuat aduan berkaitan dengan kerosakan pada rumah yang diduduki. Semua penghuni bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan yang disediakan serta keadaan perumahan diselenggara dengan baik.


167 vii. LAPORAN MEMASUKI RUMAH Setiap pegawai PKBG yang diperuntukan rumah kerajaan oleh Pegawai Perumahan dikehendaki untuk melaporkan kepada JKR tempatan dengan menyatakan tarikh bercadang hendak memasuki rumah tersebut dan menandatangai satu sijil akaun masuk rumah bagi mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabot-perabot di dalam rumah. GAMBAR 188: SIJIL AKUAN MASUK RUMAH


168 viii. LAPORAN KOSONGKAN RUMAH Setiap pegawai PKBG yang akan berpindah dari menduduki rumah kerajaan dikehendaki untuk melaporkan kepada JKR tempatan dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh bercadang hendak mengosongkan rumah dengan menyatakan tarikh bercadang hendak mengosongkann rumah tersebut dan menandatangai satu sijil akaun keluar rumah dengan menyerahkan kembali segala barang-barang, perkakas- perkakas dan perabot-perabot di dalam rumah. GAMBAR 189: SIJIL AKUAN KELUAR RUMAH KUARTERS KAMPUNG KASTAM LAMA


1 BAB 5 INOVASI PERUMAHAN / LANDSKAP / SURAU


169 5.0 INOVASI PERUMAHAN / LANDSKAP / SURAU Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Sama ada berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya. Kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang individu dan organisasi. Oleh itu, kedua-duanya menjadi agenda yang besar dan sangat diambil berat oleh warga Perumahan Kastam Bukit Gelugor untuk diterapkan dalam kehidupan seharian. Banyak idea dan perancangan inovasi yang dicadangkan oleh warga perumahan untuk mengekalkan keindahan dan keselesaan dalam perumahan ini. Inovasi ini tidak lain bertujuan untuk menaikkan imej dan martabat bukan sahaja kepada perumahan bahkan imej jabatan. A. INOVASI PERUMAHAN Pembentukan budaya yang kreatif dan berinovasi sangat penting dilaksanakan di perumahan ini yang bertujuan untuk mewujudkan suasana perumahan yang sentiasa ‘up to date’ dan tidak membosankan. Selain itu juga, inovasi yang berlandaskan kepada keselesaan dan kemudahan fasiliti kepada penghuni amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang sihat dan ceria.


170 Berikut adalah inovasi yang dilaksanakan di Perumahan Kastam Bukit Gelugor.


171 B. INOVASI LANDSKAP Penggunaan bahan kitar semula bukan suatu perkara baharu, namun ianya sentiasa memberi nilai tambah kepada suasana persekitaran perumahan ini. Bagi mengekalkan imej landskap yang santai, hijau, dan harmoni, warga perumahan ini telah berganding bahu mereka cipta inovasi daripada bahan kitar semula seperti mengecat tayar kenderaan dan botol plastik. Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di olah menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi.


172 C. INOVASI SURAU MADINATUL ANBIA Antara idea inovasi yang mahu diketengahkan ialah mentransformasikan Surau Madinatul Anbia dengan menggunakan pendekatan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) seperti mana pejabat-pejabat kastam yang sedia ada. Menyahut cabaran yang “dilaungkan” oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor (PPPKBG) iaitu En.Wan Bakar bin Wan Ibrahim yang mahukan satu perubahan dilakukan di Surau Madinatul Anbia yang telah sekian lama menjadi kebanggaan kepada warga perumahan ini. GAMBAR 192 : AKTIVITI GOTONG- ROYONG YANG DIJALANKAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SURAU MADINATUL ANBIA


173


174


175 PENUTUP


175 PENUTUP Hala tuju Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor amatlah jelas dari aspek keselamatan, keharmonian, kebajikan dan kesepakatan penduduk yang sentiasa menjadi keutamaan. Pengurusan perumahan yang professional dan teratur dapat memberikan input yang positif dan dapat mewujudkan satu kawasan perumahan yang boleh menjamin tahap keselesaan. Selain itu juga, dapat mewujudkan satu kawasan perumahan yang boleh memberikan tahap keselesaan dan keselamatan kepada penduduk perumahan. Kawasan perumahan yang selesa dan selamat ini sekaligus akan mewujudkan suasana perumahan yang harmoni. Penglibatan dan kerjasama antara pengurusan atasan dan jawatankuasa perumahan yang sentiasa menjaga kebajikan perumahan merupakan faktor penting bagi mewujudkan sebuah kawasan perumahan yang sistematik. Selaras dengan semangat “Jiran Sepakat Membawa Berkat”, diharapkan kesepakatan dan kesefahaman tersebut memberi impak yang amat besar dalam pembangunan warga perumahan supaya lebih cemerlang dan produktif. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version