JAWATANKUASA LAPORAN TAHUNAN 2017
Penasihat : Pengarah
Pengerusi : Timbalan Pengarah
Penyelaras : Pn. Rosei Sheerin Mahpor
Setiausaha : En. Hasizan bin Dahalal
Sidang Redaksi : En. Zainalarifin bin Yusof
En. Amat Tarop bin Sumo
Reka Bentuk Cik Amyzar Alwi
Pn. Lye Guet Poh
Pn. Saloma binti Abdullah
Pn. Nadiah Hayati binti Omar
Pn. Vijayaletcmy a/p Muniyandy
En. Meor Aris bin Meor Hamzah
: En. Rosman bin Adam
En. Wahidan Shahir bin Wahid
En. Zamri bin Bahar
2
ISI KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Tuan Pengarah
Maklumat Korporat IPGKIK
Carta Organisasi IPGKIK
Pengurusan Tertinggi 2017
Profil
Soroton Kejayaan dan Pencapaian
Laporan Jabatan dan Unit: Akademik
Laporan Jabatan dan Unit: Organisasi
Laporan Jabatan dan Unit: Inovasi dan Penyelidikan
Laporan Jabatan dan Unit: Kokurikulum
3
KATA ALU-ALUAN TUAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W.
Buku Laporan Tahunan 2017 ini suatu dokumen
bercetak yang sangat penting sebagai gambaran
kecemerlangan organisasi kampus ini. Buku Laporan
Tahunan ini bukan sekadar catatan kenangan indah setiap
aktiviti yang dijalankan, bahkan suatu rujukan tentang
pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum
dan kegiatan lain yang disertai oleh para pensyarah dan
siswa guru.
Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita. Diharapkan pada tahun 2017
ini memberikan pengalaman, pedoman, pengajaran dan panduan yang amat bernilai kepada kita
bagi menghadapi cabaran yang lebih getir pada hari-hari mendatang. Terima kasih kepada semua
warga kerja kerana sentiasa komited dan dapat memberi tumpuan dalam menjalankan tugas rasmi
masing-masing agar potensi setiap siswa guru dapat dimaksimumkan sekaligus melahirkan generasi
guru berminda kelas pertama.
Tahun 2017 telah memperlihatkan pelaksanaan dan kejayaan beberapa inisiatif strategi
yang menekankan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran, kecemerlangan penyelidikan,
pembangunan dan inovasi, kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat, keunggulan profil IPGKIK,
menyebar luas jalinan global dan kolaboratif, memperkukuh tadbir urus dan kepimpinan berkesan,
perkhidmatan berkualiti dan infrastruktur berkualiti
Apabila kita memasuki tahun baru, lazimnya azam, tekad, hala tuju, wawasan atau apa juga
terma yang digunakan untuk melambangkan matlamat baharu yang ingin dicapai juga akan turut
dinilai, diperhalusi dan diperbaharui. Sepanjang tahun 2017, sukacita saya nyatakan secara
keseluruhannya pencapaian kita adalah pada tahap baik berdasarkan fungsi-fungsi utama dengan
mengambil kira komponen utama KPI yang telah ditetapkan.
4
Selaku peneraju kampus ini saya berharap warga IPGKIK jangan mudah berpuas hati dan
mendabik dada dengan pencapaian yang telah dicapai. Masa kian berubah, kehendak dan
ekspektasi stakeholders sering meningkat yang menghendaki kita lebih berkesan dalam memberi
perkhidmatan yang jauh lebih efisyen berkonsepkan cepat, tepat dan berintegriti. Untuk berjaya,
kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dengan satu semangat, satu visi dan satu matlamat.
Akhir kata sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat
dalam menerbitkan Buku Laporan Tahunan IPG Kampus Ilmu Khas bagi Tahun 2017. Saya berharap -
Buku Laporan ini akan terus diterbitkan dan terus menjadi salah satu sumber rujukan kepada warga
IPGKIK dan warga pendidik pada masa akan datang.
Berfikirlah, Bekerjalah dan Sayangilah profesion kita.
Sekian.
Dr. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
5
MAKLUMAT KORPORAT IPGKIK
VISI
Kecemerlangan Kebitaraan Penjana Profesionalisme Keguruan
MISI
Melahirkan Pendidik yang Kompeten, Bersahsiah Terpuji, Berdaya Saing dan Berintegriti Melalui
Kecemerlangan Ilmu Bagi Mencapai Pendidikan Berkualiti.
6
CARTA ORGANISASI IPGKIK
7
PENGURUSAN TERTINGGI 2017
PROFIL
Ahli Majlis
Profesional,
Pengurusan &
Pentadbiran
(MPPP)
8
BIDANG AKADEMIK
1. Jabatan Pendidikan Khas
1.1 PERHIMPUNAN BULANAN JPK 1/2017
Tarikh : 5 Januari 2017
Tempat : Dewan Kuliah
Perhimpunan ini telah diadakan pada 5 Januari 2017 di Dewan Kuliah. Perhimpunan ini ialah
perhimpunan pertama Jabatan Pendidikan Khas untuk Sesi Januari - Mei 2017. Tujuan
perhimpunan ini diadakan adalah untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar terutama
pelajar baharu PDPLI serta mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah
Pengarah. Turut disampaikan ialah maklumat-maklumat tentang kurikulum. Hebahan mengenai
aktiviti gotong-royong Jabatan Pendidikan Khas yang bakal diadakan pada masa yang terdekat
juga telah dibuat. Perhimpunan ini dihadiri oleh semua pelajar dan pensyarah Jabatan
Pendidikan Khas, IPGKIK. Perhimpunan telah dapat dijalankan dengan lancar dan kehadiran
pelajar adalah menepati masa dan terkawal. Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan pensyarah-
pensyarah telah dapat menyampaikan pelbagai maklumat secara terus kepada pelajar.
1.2 AKTIVITI LAWATAN KE KLINIK OPTOMETRIS JPK
Tarikh : 18 Januari 2017
Tempat : Dewan Kuliah
Lawatan ini diadakan pada18 Januari 2017. Lawatan ini adalah bagi mencapai objektif yang
perlu dicapai dalam sebahagian daripada topik yang ada dalam RMK bagi kursus PKL3033
(Anatomi Mata dan Masalah Penglihatan). Lawatan ini juga memberi pendedahan kepada siswa
guru tentang pentaksiran klinikal serta memperkenalkan peralatan-peralatan yang digunakan
untuk pentaksiran klinikal secara terus. Lawatan ini disertai oleh siswa guru Semester 2 Tahun 3
Kumpulan G6.2 (Masalah Penglihatan) seramai 10 orang. Pelajar dapat memahami dengan lebih
jelas tentang cara-cara pentaksiran klinikal. Pelajar dapat melihat sendiri dan cuba
menggunakan peralatan-peralatan yang digunakan untuk pentaksiran klinikal.
24
1.3 LAPORAN KURSUS ‘TACTILE GRAPHIC DESIGN
Tarikh : 22 Februari 2017
Tempat : Bilik Seminar JPK
Seramai 41 orang pelajar Masalah Penglihatan dari semester 2, 4, dan 6. Kursus ini memberi
pendedahan kepada peserta mengenai ‘Tactile Graphic Design’ dengan menggunakan perisian
‘QuickTac 4.0’ iaitu perisian bagi menghasilkan grafik sentuh. Grafik sentuh ialah satu cara untuk
menyampaikan maklumat bukan teks kepada golongan cacat penglihatan melalui titik-titik
timbul. Bahan grafik tersebut boleh terdiri dari gambar, peta, graf, gambar rajah, dan imej-imej
lain. Melalui penggunaan perisian sebegini, proses menghasilkan bahan bantu mengajar
berbentuk grafik sentuh menjadi lebih mudah dan berkesan berbanding kaedah-kaedah
konvensional yang lain. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar
PISMP ini dengan teknik-teknik terkini dalam bidang pengajaran murid-murid masalah
penglihatan terutama dalam menghasilkan bahan bantu bantu mengajar yang berkesan dan
mudah disediakan. Penceramah yang dijemput ialah Dr. Kway Eng Hock, seorang pensyarah di
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau bukan
sahaja seorang yang amat berkemahiran mengenai perisian ini tetapi juga antara tokoh yang
amat berpengalaman dalam bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan di
Malaysia dan juga peringkat antarabangsa. Pada akhir kursus didapati peserta telah mampu
untuk menghasilkan bahan bantu berbentuk rajah timbul dengan menggunakan perisian
‘QuickTac4.0’ dan mempamerkannya. Berikut ialah gambar-gambar sekitar kursus tersebut.
25
1.4 LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BOLING PENDIDIKAN
KHAS 2017
Tarikh : 13 April 2017
Tempat : Endah Parade, Sri Petaling
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran dalam Pendidikan Khas (PKU3143) merupakan salah satu
subjek dalam PISMP Sem 8 ini. Siswa guru, kumpulan GG 8.1 dan GG 8.2 telah mengadakan satu
pertandingan bowling dan secara tidak langsung mempelajari cara-cara untuk mengurus serta
mentadbir satu pertandingan boling sebagai pengalaman yang berguna untuk mengajar di
sekolah kelak. Program ini juga diadakan selaras dengan objektif kursus seperti yang telah
dinyatakan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK – PKU3143). Pada 13 April 2017 iaitu hari
Khamis, telah diadakan pertandingan boling bagi kumpulan GG8.1 dan GG8.2 di Endah Parade,
Sri Petaling. Seramai 32 orang telah melibatkan diri termasuk 2 orang pensyarah iaitu Encik
Zawawi bin Zahari dan Puan Fatimah Bivi. Siswa guru telah dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Bagi kumpulan yang berjaya mengumpul markah paling tinggi antara 10 kumpulan tersebut
memenangi hadiah yang telah disediakan.
1.5 BENGKEL TERAPI PERTUTURAN
Tarikh : 20 April 2017
Tempat : Bilik Seminar JPK
Bengkel ini diadakan pada 20 April 2017. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Masalah
Pembelajaran JPK IPGKIK berfokus kepada aktiviti terapi pertuturan sahaja. Sebagai langkah
penjimatan, penceramah kursus telah dijemput dalam kalangan siswa guru PDPLI (PK Masalah
Pembelajaran ambilan Januari 2017). Cik Noratikah binti Lokman merupakan siswa guru tunggal
PDPLI dalam bidang terapi pertuturan. Beliau merupakan graduan dari The Universiti of
26
NewCastle, Australia dalam bidang Speech Pathology telah berbesar hati untuk menimba
pengalaman berkongsi pengetahuan dan kemahiran tersebut. Seramai 27 orang pelajar PISMP
semester 8 (ambilan Jun 2013), 5 orang pelajar DPLI (PK Masalah Pembelajaran) dan 7 orang
pensyarah JPK telah menjadi peserta kursus ini. Objektif kursus ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada siswa guru tentang aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilaksanakan di
sekolah dan mendapat input secara langsung daripada jurupulih pertuturan yang bertauliah.
Siswa guru juga dapat memahami dan mengaplikasi aktiviti terapi pertuturan mengikut
keperluan dan keupayaan murid di sekolah.
1.6 TAKLIMAT PRA PRAKTIKUM JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tarikh : 3 Julai 2017
Tempat : Dewan Kuliah Pusat Sumber
Semua Pensyarah JPK dan Siswa Guru semester 5 dan Semester 7 PK Masalah Penglihatan &
Masalah Pendengaran. Objektif taklimat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
tentang skop dan aspek baharu yang diberi penekanan dalam penilaian praktikum. Pelajar
diberikan penjelasan khusus oleh Ketua Unit Pendengaran dan Ketua Unit Penglihatan tentang
kemahiran-kemahiran penting yang akan diambil kira dalam pemarkahan semasa mereka
menjalani praktikum. Majlis telah dimulakan dengan ucapan dan pesanan oleh Ketua Jabatan
Pendidikan Khas, Dr Alijah binti Ujang. Beliau telah menghuraikan kepentingan latihan mengajar
kepada para pelajar. Antara yang ditekankan ialah persediaan dari segi mental dan fizikal serta
juga maklumat-maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan praktikum. Taklimat
seterusnya oleh Penyelaras Praktikum Jabatan, Encik Mohd Yusoff bin Md. Noor. Beliau telah
memberikan penjelasan tentang penggunaan borang dan kemahiran-kemahiran yang akan
dinilai semasa sesi praktikum. Pelajar diberi penerangan tentang item-item yang terdapat dalam
borang-borang berkaitan. Mereka juga diberi taklimat tentang prosedur-prosedur dalam
penyeliaan, dan bilangan penyeliaan. Sesi seterusnya pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan
27
mengikut opsyen masing-masing. Pelajar opsyen Masalah Pendengaran kekal di Dewan Kuliah
manakala Masalah Penglihatan menjalani taklimat di Bilik Kuliah. Taklimat disampaikan oleh
Ketua Unit iaitu Dr Madinah bagi Masalah Pendengaran dan Encik Zainal Nasir bagi Masalah
Penglihatan.
1.7 LAWATAN KE UNIT LANSKAP DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
DI TAMAN BOTANI PERDANA
Tarikh :16 Ogos 2017
Tempat : Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Lawatan sambil belajar yang disertai oleh 21 siswa guru kelas G1.1 ke Taman Botani Perdana
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal tentang aspek perkebunan
selaras dengan Topik Perkebunan yang terkandung dalam Rancangan Maklumat Kursus (RMK)
bagi kursus Kemahiran Asas Untuk Berdikari (PKBK 3023). Selain itu, siswa guru dapat menimba
pengetahuaan dan kemahiran baharu cara perkebunan yang betul untuk diaplikasikan kepada
anak murid kelak. Pihak Taman Botani Perdana membawa peserta ke tapak semaian untuk
melihat sendiri amali perkebunan yang didemonstrasikan oleh pengurus Taman Botani sendiri
iaitu Encik Zakaria. Antara yang ditunjukkan dalam demonstrasi beliau ialah: cara penyedian
medium penanaman menggunakan tanah loam, pasir sungai dan bahan organik (Kompos)
dengan menggunakan nisbah yang betul iaitu 3:2:1, cara mengalih tanaman dari tapak semaian
ke atas batas, cara menanam tanaman yang menggunakan keratan batang, pemilihan tapak
semaian yang baik, dan cara menanam dengan betul.
28
1.8 DIALOG KHIDMAT SOKONGAN IBU BAPA DAN KELUARGA TERHADAP
PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Tarikh : 27 September 2017
Tempat : F103
Khidmat sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas merupakan elemen yang sangat
penting dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan dan bantuan
daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Aspek-aspek yang
ditekankan seperti penglibatan ibu bapa, guru, kementerian dan agensi kerajaan dan agensi
bukan kerajaan. Seramai 13 Siswa Guru PPSIMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (J1.1)
berserta Pensyarah JPK, Puan Suzita A. Baki dan Puan Fatimah Bivi Binti V.A. Abdul Hamed
berpeluang mengadakan dialog bersama penceramah Puan Sarifah Bakri dan hos jemputan Adik
Daniel (kanak-kanak Sindrom Down).
Dialog ini memberi pendedahan kepada para siswa guru tentang pelbagai khidmat sokongan
yang diperlukan oleh ibu bapa dalam membantu membesarkan anak berkeperluan khas seperti
Sindrom Down dan kategori lain. Program ini juga dapat menyalurkan maklumat kepada siswa
guru tentang kolaborasi pelbagai disiplin yang boleh membantu kemenjadian murid-murid
29
berkeperluan khas. Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada siswa guru kanak-kanak
berkeperluan khas untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam semua aspek termasuk
pentingnya komitmen masyarakat terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pada masa yang
sama siswa guru dapat menyedari tentang harapan dan impian seorang ibu terhadap
pendidikan dan perkhidmatan sokongan yang berkualiti untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Secara keseluruhannya, para siswa guru memperoleh banyak maklumat secara langsung
daripada penceramah tentang anaknya sejak dalam kandungan sehingga umurnya sembilan
tahun. Aktiviti menjadi lebih bermakna lagi apabila siswa guru berpeluang melihat sendiri
kanak-kanak berkeperluan khas yang telah dibantu oleh pelbagai pihak dalam 10 tahun itu.
Siswa guru juga amat teruja untuk berkomunikasi dan bersosialisasi dengan adik Daniel anak
kepada penceramah. Aktiviti ditamatkan seperti mana yang telah dirancang.
2. Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
2.1 UJIAN KECEGASAN FIZIKAL
Jabatan PJK telah diamanahkan untuk menjalankan ujian kecergasan fizikal bagi calon Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, IPGM pada 10-12 April 2017. Tujuan ujian ini adalah
untuk memilih calon yang cergas fizikal bagi menyertai program perguruan ambilan Jun 2017.
Seramai 555 orang peserta telah diuji oleh pasukan penguji yang terdiri daripada pensyarah JPJK,
Sains Sukan, Unit Kokurikulum dan juga pembantu pelajar. Keberkesanan ujian fizikal calon
perguruan merupakan langkah awal keberhasilan guru berkualiti.
30
2.2 PENGELOLAAN PERTANDINGAN (HOKI)
Bagi mengaplikasi kemahiran permainan hoki serta keupayaan mengelola, kumpulan PISMP-PJ
G6.3 telah menganjurkan satu pertandingan hoki pada 24 April 2017 sebagai salah satu syarat
untuk lulus kursus PJM3132 (Badminton dan Hoki). Sebanyak enam pasukan telah mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Sistem pertandingan yang digunakan dalam pertandingan ini
adalah sistem kalah mati. Johan kepada pertandingan ini disandang oleh Strivers A, Naib Johan
PISMP-PJ G2.7, dan tempat Ketiga dan Keempat pula adala Strivers B dan PISMP-PJ G4.6.
2.3 LAWATAN DELEGASI PEGAWAI PENDIDIKAN BANGLADESH
Pada 12 Mei 2017, Jabatan PJK telah menyambut kehadiran delegasi Kementerian Pendidikan
Bangladesh. Dalam lawatan tersebut, pihak jabatan telah berkongsikan makumat tentang
jabatan sepert organisasi visi, dan misi jabatan, kursus yang ditawarkan, jumlah pelajar bawah
tanggungan, program atau aktiviti tambahan selain daripada keperluan kurikulum. Delegasi
juga dibawa untuk melawat stor sukan jabatan.
31
2.4 UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI
Pada 22-25 Mei 2017, JPJK sekali lagi diberi amanah untuk menjalankan ujian amali Pendidikan
Jasmani bagi calon PPISMP-PJ ambilan Jun 2017 IPGM. Ujian ini dikendalikan oleh pensyarah
JPJK dengan bantuan pelajar PISMP-PJ semester 4 dan 2. Jumlah peserta yang telah diuji dalam
tempoh yang ditetapkan itu adalah 63 orang. Pengujian amali yang sah menjamin keberhasilan
guru Pendidikan Jasmani yang berkualiti.
2.5 PAMERAN KARNIVAL PENDIDIKAN 2017
Dalam Karnival Pendidikan IPGKIK pada 19-20 September 2017, JPJK turut memberi sokongan
dalam pameran karnival tersebut. Pihak JPJK telah mempamerkan Carta Organsasi Jabatan,
Karya Akademik Pensyarah, Kecemerlangan Pelajar, Bahan Inovasi Pelajar serta Sudut Info dan
Ujikaji tentang dunia sukan. Seramai enam orang pelajar Pendidikan Jasmai semester 3 telah
ditugaskan untuk mengendalikan pameran tersebut. Pelajar yang terlibat berpendapat bahawa
mereka banyak memperoleh kemahiran semasa melaksanakan tanggungjawab mereka. Mereka
lebih yakin dalam memberi penerangan kepada pengunjung pameran setelah beberapa kali
percubaan. Mereka juga berasa gembira kerana dapat berinteraksi dengan pengunjung khas
dari institusi luar negara. Maka, pengalaman ini menambah nilai kepada diri mereka yang bakal
menjadi guru.
32
2.6 KURSUS SEGAK UNTUK SEMUA PELAJAR SEM. 8
Bengkel ini dijalankan pada 14 November 2017 di DDRI dengan 42 siswa guru dari opsyen
Pendidkan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan sesi penerangan dan praktikal telah
disampaikan oleh pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pensyarah Pendidikan jasmani
telah bertindak sebagai fasilitator bagi sesi amali dan pembantu operasi 9 jabatan sebagai
kuater master. Pelaksanaan bengkel adalah berpandukan Buku Panduan SEGAK 2016 dan
dijalankan secara teori dan praktikal.
.
3. Jabatan Pendidikan Muzik
3.1 PERSEMBAHAN PENTOMIN DAN BONEKA
Tarikh : 7 Mac 2017
Tempat : Bilik Recital Jabatan Pendidikan Muzik
Pada 7 Mac 2017 (Selasa), seramai 25 orang siswa guru PISMP Ambilan Jun 2015 Opsyen
Pendidikan Muzik (G4.4 dan G4.5) telah mengadakan persembahan pentomin/boneka di Bilik
Resital, Jabatan Pendidikan Muzik. Mereka dibahagikan kepada 7 kumpulan, 4 kumpulan
membuat persembahan pentomin dan 3 kumpulan membuat persembahan boneka.
Persembahan ini merupakan salah satu tugasan kerja kursus MUZK 3113 iaitu Aktviti Muzikal
dalam Bilik Darjah. Para siswa guru diberikan tempoh selama dua bulan untuk membuat
persediaan seperti menghasilkan jalan cerita yang bertemakan flora atau fauna, menulis skrip
lakonan, menghasilkan ‘prop’ dan muzik latar. Pada hari tersebut, persembahan
pentomin/boneka dilangsungkan dengan berjaya dan dimeriahkan dengan kedatangan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, para
pensyarah dan pelajar.
33
3.2 BENGKEL REKORDER BERSAMA MAURICE STEGER- ANJURAN MALAYSIAN
PHILHARMONIK ORCHESTRA (MPO)
Tarikh : 17 Mac 2017
Tempat : Dewan Philharmonik Petronas
Seramai 12 orang siswa guru daripada kumpulan G6.4 telah mengikuti bengkel rekoder yang
dianjurkan oleh MPO pada 17.3.2017. Tiga orang pensyarah turut mengiringi peserta bengkel
tersebut iaitu, Puan Edna Wellington, En. Shahril Abdul Rahman dan Cik Rozaina Abd Razak.
Bengkel rekoder itu diberikan oleh soloist rekoder, En. Maurice Steger dan diadakan di Dewan
Filharmonik Petronas KLCC. Bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada siswa
guru mengenai pengendalian dan permainan alat muzik rekoder. Setelah tamat sesi bengkel,
peserta dijemput untuk menjadi pemerhati ketika latihan En. Maurice Steger bersama dengan
MPO dijalankan.
34
3.3 KONSERT IDEA THE MUSICAL
Tarikh : 5 April 2017
Tempat : Dewan Dato Razali Ismail
Pada 5 April 2017, satu konsert muzikal telah diadakan di Dewan Dato Razali Ismail, Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Konsert yang berjudul “Idea the Musical” telah
dianjurkan oleh pelajar opsyen Pendidikan Muzik PISMP Ambilan Jun 2014 seramai 15 orang
yang sedang mengikuti kursus Muzik Malaysia (MZU3173). Konsert Idea the Musical ini juga
telah dijayakan bersama-sama pelajar IPGIK daripada pelbagai ambilan dan opsyen yang
berjumlah seramai 75 orang. Penganjuran persembahan ini adalah sebahagian daripada
tugasan kerja kursus mereka, iaitu menampilkan kebolehan dalam merancang, mengurus,
melaksana dan menilai satu persembahan berkaitan pelbagai genre muzik oleh masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Persembahan ini mengetengahkan konsep penceritaan ala santai
serta perbincangan sekumpulan pelajar tentang acara persembahan. Secara sumbang saran,
mereka mencadangkan idea masing-masing untuk membuat persembahan dan idea-idea
tersebut dijelmakan secara muzikal di atas pentas. Persembahan konsert muzikal ini juga telah
dijayakan dengan kehadiran penonton-penonton yang terdiri daripada para pensyarah dan
pelajar IPGKIK, keluarga serta rakan-rakan pelajar IPGKIK. (Sherlynee R., G.4)
3.4 BENGKEL KURIKULUM DAN PEMETAAN PENTAKSIRAN
Tarikh : 12 Mei 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik.
Semua pensyarah di Jabatan Pendidikan Muzik telah didedahkan bagaimana untuk membuat
pemetaan pentaksiran kursus. Bengkel tersebut telah dijalankan dengan jayanya dan para
35
pensyarah secara umumnya memahami bagaimana untuk membuat pemetaan tersebut.
Bengkel telah disampaikan oleh Encik Mah Kok Heng.
3.5 KURSUS KODALY INSPIRED MUSICIANSHIP TEACHING (KKIMT)
Tarikh : 16 Jun 2017
Tempat : Dewan Resital
Kursus tersebut telah memberikan pendedahan kepada pelajar cara-cara pendekatan Kodaly
dapat diaplikasi dalam proses PdP. Seramai 14 pensyarah dan lebih kurang 90 pelajar Jabatan
Pendidikan Muzik terlibat dalam bengkel berkenaan. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Ng
Ying Ying.
36
3.6 BENGKEL PENDEDAHAN AKTIVITI PENDIDIKAN MUZIK DALAM BILIK DARJAH
Tarikh :17 Jun 2017
Tempat : Dewan Resital
Pelajar yang terlibat ialah pelajar semester 5 dan 6. Mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
muzik yang sesuai dijalankan di dalam bilik darjah semasa proses PdP. Pensyarah yang
mengikuti kursus tersebut ialah Puan Edna Wellington, Puan Nik Rozalind, Encik Yusri Haji
Hussain, Encik Shahril Abdul Rahman, Cik Lee Yoke Fun dan Cik Rozaina Abdul Razak.
3.7 BENGKEL PENGGUNAAN KIBOD
Tarikh : 14 Julai 2017
Tempat : Dewan Resital
Bengkel ini diadakan bagi memperkenalkan penggunaan kibod jenama Casio yang baharu
kepada pelajar PPISMP. Selain mempromosikan alat Kibod tersebut, pelajar juga didedahkan
dengan beberapa aktiviti yang menarik menggunakan Kibod. Semua pensyarah terlibat dengan
bengkel ini.
37
3.8 BENGKEL DALCROZE / DALCROZE INTRODUCTORY WORKSHOP BY DALCROZE
INTERNATIONAL CONFERENCE
Tarikh : 15 Ogos 2017
Tempat : Hotel Marriot Putrajaya
Peserta bengkel diberikan pendedahan terhadap pendekatan Dalcroze yang digunakan dalam
pembelajaran Muzik. Peserta adalah terdiri daripada empat orang pensyarah dari Jabatan
Pendidikan Muzik.
3.9 8TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON LANGUAGE, EDUCATION & INOVATION 2017
Tarikh : 28-29 Ogos 2017
Tempat : Impiana KLCC
Seorang pensyarah dari Jabatan Pendidikan Muzik, Puan Edna Wellington telah membuat
pembentangan kajian ilmiah beliau dalam seminar peringkat antarabangsa ini.
38
3.10 BENGKEL PENGGUBALAN BAHAN AMALI PENDIDIKAN MUZIK
Tarikh: 11-14 September 2017
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik
Bengkel tersebut telah diadakan selama empat hari bagi menyiapkan bahan-bahan ujian amali
berpusat yang bakal berlangsung pada minggu ke 17 dan 18 dalam takwim kalender akademik.
Seramai 12 pensyarah dari beberapa IPGK yang terlibat di dalam bengkel ini.
4. Jabatan Pendidikan Seni Visual
4.1 LAWATAN PAMERAN KEMERDEKAAN
Tarikh : 16 Jun 2017
Tempat : Balai Seni Negara
Pameran ini adalah sempena hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60. Karya kreatif dipamerkan
pelukis sejak awal kemerdekaan negara hingga kini bukan saja mengembalikan nostalgia
bagaimana Malaysia membangun daripada sebuah negara kecil hingga mencipta nama di
peringkat antarabangsa, malah lebih penting menonjolkan elemen dan semangat patriotik
dengan gaya tersendiri. Seramai 2 orang pensyarah dan 10 orang pelajar telah terlibat. Usaha
Balai Seni Negara mempamerkan 60 karya seni sempena ulang tahun kemerdekaan negara
yang ke-60 oleh 22 artis tempatan yang mengetengahkan pelbagai elemen dan perkembangan
negara merentas peredaran zaman membuktikan betapa karya seni diiktiraf sebagai antara
penggerak dalam memupuk semangat patriotik.
39
4.2 PROGRAM KEMBARA VISUAL
Tarikh : 1 Ogos 2017
Tempat : Pusat Kraftangan Negara, Rawang
Matlamat program adalah sebagai persediaan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang seni visual dalam kalangan pensyarah dan pelajar IPGK. Aktiviti
yang dijalankan adalah taklimat overview tentang Pusat Kraftangan Negara, Rawang. Melawat
Galeri-galeri Jabatan Textil, Seni Logam Halus dan Tembikar. Seterusnya aktiviti hands-on
tembikar Teknik Kepingan, Lingkaran Dan Putaran (limpar Alin). Seramai 2 orang pensyarah dan
15 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 telah terlibat.
4.3 AMALI MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN DAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Tarikh : 6 Oktober 2017
Tempat : Bilik Kuliah Major PSV
Sehari sebelum amali dijalankan semua siswa guru telah membuat persiapan tempat di kelas
major PSV. Pada hari kejadian siswa guru telah diberi taklimat. Siswa guru telah menghasilkan
mock-up produk di dalam bilik ujian selama 3 jam dan 1 jam lagi diadakan sesi refleksi bersama
pensyarah. Seramai 3 orang pensyarah JPSV dan 15 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2016
telah terlibat.
40
4.4 PAMERAN DAN PERSEMBAHAN BONEKA OLEH SISWA GURU ELEKTIF TERBUKA
Tarikh : 11 dan 24 Oktober 2017
Tempat : Sekolah Tadika Bestari
Pelajar menghasilkan boneka dan pentas terlebih dahulu pada 11 Oktober 2017. Pelajar
membuat pameran dan persembahan boneka pada 24 Oktober 2017. Siswa guru menghasilkan
karya boneka mengikut proses berdasarkan jenis kegiatan dalam Bidang Membentuk dan
Membuat Binaan. Mereka juga meneroka alat, bahan dan kandungan. Seterusnya
menghasilkan aktiviti persembahan boneka. Seramai 3 orang pensyarah dan 10 orang pelajar
PISMP Ambilan Jun 2015 telah terlibat.
4.5 PROGRAM ACADEMIC SUPPORT
Tarikh : Jun-November 2017
Tempat : JPSV
Program ini ialah usaha pensyarah bagi membantu siswa guru mempercepat proses
pembelajaran mereka. Hal ini dapat membantu mereka berada pada tahap dan standard
pembelajaran yang terbaik. Pelbagai strategi telah digunakan oleh pensyarah-pensyarah
berdasarkan prestasi dan tahap siswa guru bimbingan mereka. Program ini melibatkan 15 orang
pelajar PISMP G3.8. Seorang pensyarah membimbing dua orang pelajar.
41
5. Jabatan Ilmu Pendidikan
5.1 PENEROKAAN APLIKASI GOOGLE DALAM PDP PENSYARAH
Tarikh : 14 Februari 2017
Tempat : SJKC Choong Wen, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.
Situasi pendidikan semasa mendesak keperluan transformasi pendidikan dalam pelbagai aspek.
Satu daripadanya ialah pengajaran dan pembelajaran Abad 21. Kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) perlu dikuasai pensyarah untuk PdP lebih berkesan. Aplikasi Google
seperti Google Drive, Docs, Forms, Sites dan Classroom merupakan program ICT yang banyak
diterokai dan popular diguna dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana sifat mesra pelanggannya
yang membolehkan penggunaan melalui pelbagai gadjet seperti telefon bimbit dan komputer
riba. Obektif program ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah
terhadap aplikasi Google. Peserta yang terlibat adalah seramai 22 orang pensyarah IPG Kampus
Ilmu Khas. Program ini telah berjaya meningkatkan pemahaman para pensyarah tentang
aplikasi Google dalam proses pengajaran dan pembelajaran
5.2 PROGRAM PEDAGOOGI INKLUSIF BERSAMA SISWA GURU
Tarikh : 13 Jun 2017
Tempat : Dewan Besar Dato` Razali Ismail
Salah satu dasar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM:2013-2025) ialah
memberi penekanan terhadap kewujudan kumpulan murid yang berkeperluan khusus. Murid
berkeperluan khusus ini merujuk kepada murid berkeperluan khas, murid peribumi, kumpulan
minoriti seperti orang asli dan Penan, murid pintar cerdas dan murid di sekolah kurang murid
42
(PPPM; 4-16). Dalam hal ini menjadi hasrat kerajaan untuk memberi ruang dan peluang
pendidikan yang berkualiti tinggi serta relevan dengan keperluan mereka. Berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025), pendidikan inklusif sangat perlu untuk
memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya,
tahap kognitif dan kemampuan psikomotor. Pada umumnya, konsep inklusif dalam pendidikan
memberi penekanan kepada keperluan untuk melibatkan semua kanak-kanak yang berbeza
tahap untuk melakukan aktiviti berdasarkan kemampuan mereka yang selari dengan matlamat
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dihasratkan (Florian, 2013, Jordan & McGhie-
Richmond, 2014). Setiap kanak-kanak dihargai dan diberi peluang untuk melibatkan diri secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Moriaty, 2007; Florian, 2013; Loreman,
Forlin, Chambers, Sharma, & Deppeler, 2014).
Guru perlu mewujudkan peluang-peluang pembelajaran yang mencukupi untuk semua
murid dan bukannya mengecualikan mereka seperti apa yang lazimnya berlaku di dalam bilik
darjah. Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) telah merancang pelan
tindakan untuk mencapai hasrat tersebut dan langkah pertamanya adalah menjalankan kajian
mengenai aspek-aspek relevan berkaitan dengan Pedagogi Inklusif. Jabatan Ilmu Pendidikan
(JIP) IPGKIK telah diamanahkan untuk menguruskan kajian ini. Sebanyak 20 kajian telah
dijalankan pada tahun 2014 yang meliputi pelbagai disiplin oleh jabatan akademik IPGKIK.
Sehubungan dengan itu, dapatan kajian dalam pedagogi inklusif ini perlu disebar luas
dalam kalangan siswa guru IPG KIK khasnya agar memberi manfaat kepada mereka seterusnya
kepada anak didik yang memerlukan. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran siswa guru tentang pedagogi inklusif. Peserta ialah seramai 352
Siswa Guru. Program ini telah berjaya meningkatkan pemahaman para siswa guru tentang
konsep dan pengaplikasian pedagogi inklusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
43
5.3 SEMINAR ANTARABANGSA PEDAGOGI KALI KE-8
Tarikh : 19-20 SEPTEMBER 2017
Tempat : IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8) merupakan pentas kepada para penyelidik
dan pendidik berkongsi hasil penyelidikan perkembangan pedagogi dalam kepalbagaian budaya
serantau. Objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan sesuai dengan
aspirasi pembelajaran sepanjang hayat, berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelbagai bidang
pengkhususan dalam pendidikan guru dan mewujudkan dan memantapkan jaringan kolaboratif
dalam penyelidikan pendidikan guru. Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8) ini
telah dapat meningkatkan kemahiran para penyelidik khasnya dalam bidang pendidikan guru.
Selain itu, jaringan dalam penyelidikan pendidikan serantau juga dapat dimantapkan.
Seminar yang dirasmikan oleh Pengarah Tetamu-tetamu Kehormat Seminar PedA8
IPGKIK Dr. Mohd Suhaimi Bin Mohmed Ali
Barisan pengucap Utama Seminar PedA8 Kehadiran pensyarah-pensyarah IPGKIK dan
pelajar-pelajar untuk mendengar ucapan.
44
5.4 KARNIVAL PENDIDIKAN IPGKIK 2017
Tarikh : 19 - 20 September 2017 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 pagi-4.30 petang (19 September 2017)
Tempat 8.00 pagi-1.00 petang (20 September 2017)
: Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas
Karnival Pendidikan IPGKIK 2017 merupakan satu pentas kepada para pendidik untuk
meningkatkan kualiti guru melalui penguasaan pelbagai ilmu demi merealisasikan transformasi
pendidikan negara seperti yang dihasratkan dalam PPPM 2013-2015. Objektif program adalah
untuk perkongsian dapatan kajian dan inovasi pendidikan, menyalurkan maklumat tentang
peranan, khidmat kepakaran dan amalan terbaik pendidik guru dan mewujudkan jaringan dan
kolaboratif dengan pihak luar.
Sebanyak 17 buah tapak pameran akademik dan 9 buah tapak komersial telah mengambil
bahagian dalam karnival itu. Tapak pameran akademik termasuk jabatan-jabatan dan unit-unit
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Permata Pintar UKM, SiSC+ Daerah Klang,
IPGK Ipoh dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur. Tapak komersial yang mengambil
bahagian terdiri dari syarikat insuran, kasut, komputer, batik, buku, bank, dan Pertubuhan Tzi
Chu. Tapak-tapak pameran ini menerima kunjungan ramai pelawat, termasuk warga IPGKIK,
guru-guru dan murid-murid sekolah.
Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian dan memeriahkan lagi suasana
karnival. Beberapa aktiviti pertandingan dan permainan telah disediakan khas untuk para
pengunjung. Pertandingan Menghias Topeng dan Pertandingan Origami dibuka untuk
penyertaan murid-murid sekolah rendah, manakala Permainan Royal Crest (permainan
perkataan) dibuka kepada pelajar sekolah menengah, dan Pertandingan Menghias “cup cake”
adalah terbuka kepada semua.
Karnival Pendidikan kali ini telah meningkatkan kualiti siswa guru melalui pendedahan
pelbagai ilmu kepada mereka. Selain itu, penglibatan terus pelajar sekolah menengah dan
murid-murid sekolah rendah serta jaringan dan kolaboratif dengan pihak luar telah banyak
memberi pengalaman kepada para siswa guru untuk menimba pengalaman secara langsung
tentang dunia pendidikan yang sebenar.
45
6. Jabatan Pengajian Melayu
6.1 KURSUS AUDIT BAHASA
Kursus ini telah dijalankan pada 22 Februari 2017 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penganjur kursus ini ialah Jabatan Pengajian Melayu
dengan kerjasama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus sehari yang
bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang itu melibatkan 27 orang pensyarah
daripada pelbagai jabatan di IPG Kampus Ilmu Khas.
Kursus Audit Bahasa yang dianjurkan sehari itu bermatlamatkan untuk meminimumkan
kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan berita tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Objektif lain agar peserta dapat mengenal bentuk penulisan dalam berita, mengenal pasti
kesilapan bahasa dalam penulisan berita dan dapat menghasilkan penulisan mengikut laras
berita. Fasilitator yang terlibat ialah Tuan Haji Zainalarifin bin Yusof, Encik Hasizan bin Dahalal,
dan Puan Norani binti Abd. Rahim. Tidak ketinggalan juga Encik Mohd. Azrone, Wartawan
Kanan Meja Berita Harian Sdn. Bhd selaku Penceramah Jemputan turut terlibat dalam
perkongsian ilmu tersebut. Pengisian sepanjang ceramah itu ialah ‘Mari Mengenal Berita’, ‘Mari
Bersama Wartawan’ dan ‘Bengkel Cetusan Berita’. Kursus sehari ini dapat dijalankan dengan
jaya.
6.2 DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH PIALA ESCO PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
Jabatan Pengajian Melayu telah menghantar dua orang pelajar untuk menyertai Debat Ala
Parlimen British Piala Esco Pendidikan Negeri Sembilan. Pertandingan itu dijalankan pada 14-15
April 2017 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas
dinobatkan Johan dalam pertandingan debat itu. IPG Kampus Ilmu Khas diwakili oleh Saudari
Nur Husnina binti Mohamad pelajar PISMP TESL semester 3 dan Saudari Anisah binti Mohd
Haizald pelajar PISMP TESL semester 5.
46
6.3 PENGANJURAN DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan Pertandingan Debat
Terbuka Ilmu Khas 2017 (DeTIK). Pertandingan debat kali keempat ini melibatkan enam puluh
pasukan yang terdiri daripada mahasiswa yang berumur antara 18 hingga 21 tahun daripada
Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Universiti dan Institut
Pendidikan Guru. Pertandingan DeTIK ini bermula 29 September sehingga 2 Oktober 2017.
Majlis Makan Malam Detik telah disempunakan oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mewakili YB
Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.
Pertandingan Akhir DeTIK ini telah berlangsung di Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus
Ilmu Khas. Pertandingan Akhir pada kali ini diwakili oleh IPG Kampus Ilmu Khas, Universiti
Tenaga Nasional A, Universiti Tenaga Nasional B dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
UIAM dinobatkan sebagai Juara Pertandingan DeTIK bagi Tahun 2017. Naib Johan disandang
oleh Universiti Tenaga Nasional A, manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan IPG
Kampus Ilmu Khas selaku tuan rumah dan Universiti Tenaga Nasional B peroleh tempat
keempat. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Dato’ Dr Amin bin Senin, Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia bagi mewakili YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri
Pendidikan Malaysia yang tidak dapat hadir.
Pentas Pertandingan Akhir Debat Terbuka Pemenang Pertandingan Debat
Ilmu Khas
47
6.4 JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN DEBAT ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN
TINGGI 2017
Jabatan Pengajian Melayu telah menghantar dua pasukan debat bagi menyertai Jemputan Pertandingan
Debat Antara Institusi Pendidikan Tinggi 2017 bertempat di Kampus Bestari Jaya, Universiti Selangor.
Pertandingan debat itu dijalankan pada 21-23 Oktober 2017. Pendebat Pasukan A, IPG Kampus Ilmu Khas
diwakili oleh Nur Hawa binti Mokhtar dan Anisah binti Mohd Haizald, Nor Husnina binti Mohamad dan
Zulaikha binti Zulkifle . Mereka telah berjaya sampai ke peringkat suku akhir dalam pertandingan tersebut.
Pendebat Pasukan B IPG Kampus Ilmu Khas pula diwakili oleh Amirah Adilah binti Abdul Karim, Farah
Syakirah binti Ahmad Fauzi, Ummu Izzah binti Shamsudin dan Nur Syahiran binti Abd. Aziz.
7. Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris
7.1 PROGRAM OUTREACH SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA SETIA BESTARI JAYA
Tarikh: 16 Ogos 2017
Tempat: Sek. Keb. Jaya Setia, Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Selangor.
Pada 16 Ogos 2017 seramai 14 siswa guru dari kumpulan G3.10 PISMP TESL telah
mengambil bahagian dalam program Outreach bersama murid SK Jaya Setia Bestari Jaya.
Siswa guru diiringi oleh dua orang pensyarah; Puan Noreha Jamaluddin dan Puan Ros
Amisha Amisha. Program ini melibatkan 50 orang murid LINUS dari SK Jaya Setia. Siswa guru
telah menjalankan 5 sesi sepanjang program ini.
Sesi pertama ialah Sesi Ice-Breaking di mana murid-murid didedahkan dengan 3 action
songs. Sesi kedua ialah sesi Whisper Game. Murid-murid akan melakukan aktiviti ini secara
48
berkumpulan dengan membisik bunyi fonetik kepada rakan-rakan mereka. Sesi seterusnya
ialah sesi The Big Turnip. siswa guru menunjukkan 5 teknik mewarna Turnip kepada murid-
murid. Murid-murid tersebut juga mencuba mewarna turnip tersebut berdasarkan teknik
yang dipelajari. Sesi keempat ialah, sesi bercerita. Murid-murid bersama-sama fasilitator
masing-masing membaca sebuah cerita. Sesi terakhir ialah sesi D-I-Y iaitu murid-murid diberi
peluang untuk menghasilkan instrumen muzik menggunakan bahan-bahan terpakai.
Sepanjang program ini, siswa guru telah menemu ramah beberapa orang murid
mengenai program ini. Murid-murid mendapati program ini sangat berkesan dan menarik.
Pihak fasilitator amat berpuas hati atas penglibatan aktif daripada murid-murid SK Jaya
Setia.
7.2 ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL
Tarikh : 3-4 Mac 2017
Tempat : Blok TESL
Karnival ini mendedahkan guru, siswa guru, dan pensyarah Bahasa Inggeris kepada aktiviti-
aktiviti yang menarik dan berkesan untuk dipraktikkan di dalam dan di luar bilik darjah.
Selain mengurangkan jurang antara teori dan praktik, karnival ini juga seiring dengan
Strategi Lautan Biru yang menekankan kelainan dan melibatkan kos yang rendah. Secara
49
langsung, karnival ini akan memberi nilai anjakan pada pembangunan profesional
khususnya bagi guru-guru sekolah rendah. Di samping itu, karnival ini memberi ruang dan
peluang kepada pensyarah dan siswa guru dari IPGKIK yang menganjur karnival tersebut
untuk berkongsi amalan terbaik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Bagi siswa guru opsyen Pengajian Bahasa Inggeris, karnival ini
merupakan landasan yang terbaik untuk mereka mencuba pendekatan, strategi dan teknik
yang telah dipelajari melalui kursus Language Arts in the ESL Classroom serta Arts in
Education.
Melalui pendedahan aktiviti-aktiviti karnival, mereka yang terlibat berpeluang untuk
mempraktikkan amalan terbaik dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris yang
lebih berkesan dan berkualiti. Elemen-elemen penting untuk pembelajaran abad ke-21
yang diterapkan dalam aktiviti-aktiviti karnival ini sejajar dengan hasrat gelombang kedua
PPPM (2013-2025) iaitu memacu peningkatan sistem. Kemahiran abad ke-21 yang
menitikberatkan komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti (4C –
communication, collaboration, critical thinking, creativity) diberi penekanan dalam aneka
aktiviti karnival ini.
50