The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslina.hassan, 2021-03-24 04:26:51

LAPORAN TA 2017

LAPORAN LAPORAN 2017

19. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2017 (UBK)

TAJUK INOVASI ISI KANDUNGAN PESERTA KEDUDUKAN
HIPNOTHERAPHY TO KE TIGA
ASMAUL -HUSNA Terapi H2A ialah untuk1. S.RAJANTHIRAN A/L
(H2A)
mengunakan kekuatan minda A.SHANMUGAM

bawah sedar manusia dan2. ZURAINI BINTI IDRIS

kekuatan religio untuk3. NORNAZLI BIN AYOP

memperolehi kebaikan

optima gabungan kedua-dua

terapi, (Hypnotherapy dan

Asmaul Husna) agar memberi

manfaat kepada masyarakat

timur khususnya yang bersifat

Ethno-Religio untuk

membawa perubahan

perubahan yang diingini.

KAJIAN

BIL KAJIAN PESERTA UNIVERSITI

1. GAYA PENGURUSAN KONFLIK KAUNSELOR ORGANISASI IPG ZURAINI BINTI UPM

MALAYSIA IDRIS

2. PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTI DI PUSAT NORNAZLI BIN UPSI

PENDIDIKAN GURU PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTI AYOP

DI PUSAT PENDIDIKAN GURU PELAKSANAAN PROGRAM

MENTOR MENTE DI PUSAT PENDIDIKAN GURU

151

BIDANG KOKURIKULUM

1. JABATAN PENDIDIKAN KHAS 2017

1. PROGRAM SEMINAR TRANSFORMASI PEMIKIRAN ISLAM (TRAPI) DAN PELANCARAN
SAHABAT FAQEH

Tarikh : 15 April 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail

Program Seminar Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) dan Pelancaran Sahabat Faqeh
merupakan program kerjasama yang melibatkan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Khas, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan pihak luar. Program ini telah
ditaja sepenuhnya oleh Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM). Seramai 400 siswa guru dan
40 orang pensyarah dan staff terlibat dalam program ini. Sebanyak tiga slot syarahan telah
dibincangkan yang melibatkan penceramah daripada IKSIM, IKIM dan UIAM. Objektif utama
program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada siswa guru mengenai ancaman kepada
ajaran Islam seperti libralisme, ancaman Kristianisasi dan masalah moral. Selain daripada itu
Jabatan Pendidikan Khas telah mengambil peluang untuk melancarkan Sahabat Faqeh
IPGKIK. Yayasan Faqeh merupakan satu NGO yang menjalankan kelas Al-Quran dan Fardhu
Ain kepada anak-anak kurang upaya. Yayasa Faqeh juga telah mengadakan pameran dalam
program ini. Tujuan diadakan pelancaran ini ialah untuk melatih siswa guru agar melibatkan
diri sebagai sukarelawan bagi membantu golongan kurang upaya. Program ini diakhiri
dengan majlis menandatangani jalinan kerjasama antara IPGKIK dengan IKSIM dan IPGKIK
dengan Yayasan Faqeh. Majlis penutupan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Dr Norherani
binti Moning.

152

2. KURSUS TEKNIKAL SUKAN BOCCIA (TIME KEEPER, LINES PERSON & CALL ROOM)

Tarikh : 29 - 30 Julai 2017 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Serbaguna Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik. Kg Pandan

Seramai 21 orang siswa guru PISMP Semester 1 dan 5 orang siswa guru DPLI PPC daripada
Unit Masalah Pembelajaran ikut serta. Objektif Kursus ini adalah memberi latihan dan
kursus kepada pegawai-pegawai teknikal yang dilantik supaya mereka bersedia untuk
berkhidmat di Sukan Para Asean yang akan berlangsung pada 17 - 23 September 2017.
Semua SG yang terlibat telah dilantik sebagai pegawai teknikal bagi sukan Boccia di Para
Asean dari 16 - 23 April 2017.

153

2. JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 2017
1. PROGRAM JOM SENAMROBIK
Mulai semester Januari – Mei 2017, JPJK telah mengadakan sesi Jom Senamrobik jam 7.20
– 7.50 pagi setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat. Tujuan program ini dijalankan
untuk meningkatkan kesedaran warga IPGKIK khasnya warga JPJK terhadap amalan gaya
hidup cergas. Semua sesi senamrobik telah dianjurkan oleh Exco Siswa Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dengan kerjasama kumpulan pelajar opsyen Pendidikan Jasmani.
Warga IPGKIK dijemput untuk memeriahkan sesi tersebut. Terdapat 14 sesi senamrobik
telah dikendalikan sehingga awal Oktober 2017.

2. PERTANDINGAN PETANQUE
Pada 15 – 16 April 2017, kumpulan pelajar PISMP - PJ G4.6 telah mengadakan satu
pertandingan petanque bagi tujuan menyebar luas permainan ini. Pertandingan ini berjaya
menarik perhatian 18 pasukan. Peserta didedahkan dengan peraturan dan kemahiran
permainan petanque. Diharapkan dengan pertandingan ini, permainan petanque dapat
dipopularkan dalam kalangan pelajar IPGKIK demi mengisi masa lapang dengan lebih
bermakna atau sebagai salah satu cara pengamalan gaya hidup yang sihat. Tambahan itu,
proses pertandingan ini turut memberi peluang pelajar opsyen Pendidikan Jasmani
mempraktiskan kemahiran pengelolaan pertandingan. Johan pertandingan tersebut ialah
M. Shazrin bin Mat Rosli dan M. Jalaluddin bin Jusoh, Naib Johan ialah Nurul’ain binti
Ahmad Zaidi dan Farah Najwa binti Abd. Razli. Tempat ketiga pula disandang oleh
Mohamad bin Abd. Rahman dan Laili Asmah binti M. Yusof.

154

3. PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
Bola tampar merupakan salah satu permainan yang digemari pelajar IPGKIK. Kumpulan
pelajar PISMP-PJ G4.7 telah menganjurkan satu pertandingan pada 17-18 April 2017 bagi
menyemarakkan lagi semangat pelajar terhadap permainan ini. Sebanyak sembilan pasukan
telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka bukan setakat terdiri daripada
pelajar opsyen Pendidikan Jasmani namun terdapat juga daripada opsyen Pendidikan Seni
Visual, TESL, Pendidikan Khas dan Pendidikan Muzik. Pertandingan ini juga turut dijadikan
platform bagi pelajar untuk berinteraksi sesama mereka. Pemenang pertandingan bola
tampar ini ialah Mix Warrior (Johan), Maximus 1 (Naib Johan), Lets Ketchup (Ketiga), dan
Maximus 2 (Keempat).

4. PERTANDINGAN HOKI PERSAHABATAN ANTARA PENSYARAH JPJK DAN PISMP-PJ G6.3.
Bagi menjalinkan hubungan kemesaraan dalam kalangan warga JPJK serta meningkatkan
amalan gaya hidup sihat, kumpulan G6.3 selaku pelajar senior telah menunjukkan teladan
yang baik di mana telah menganjurkan pertandingan persahabatan dengan pensyarah JPJK.
Dalam pertandingan ini, pelajar G7.2 dijemput juga untuk memeriahkan aktiviti tersebut.
Keputusan pertandingan persahabatan ini ialah 4 sama. Semua peserta yang terlibat berasa
amat gembira dan berjanji akan meneruskan aktiviti sebegini pada masa yang akan datang.

155

3. JABATAN PENDIDIKAN MUZIK 2017

1. PERSEMBAHAN KOIR DAN DRUM PERCUSSION KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
IPGKIK

Tarikh : 9 Mac 2017
Tempat : Padang IPGKIK

Persembahan drum percussion mengiringi perarakan masuk VIP serta rumah sukan ke
tengah padang. Nyanyian koir lagu sukan serta lagu IPGKIK dipersembahkan sebagai lagu
pembukaan majlis. Peserta terdiri daripada pelajar semester 2 dan 4.

Drum percussion hari Sukan.

156

2. AKTIVITI MUZIK MERENTASI KOKURIKULUM

Tarikh : 8 Ogos 2017
Tempat : Dewan Recital Jabatan Pendidikan Muzik.

Peserta bengkel didedahkan dengan teknik-teknik asas dalam nyanyian agar mereka dapat
menyanyi dengan betul dengan mengaplikasikan teknik-teknik yang telah dipelajari. Peserta
juga diberikan aktiviti mencipta lirik lagu yang baharu untuk sebuah lagu kanak-kanak bagi
setiap kumpulan. Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk menggunakan perisian venBasco
karaoke (perisian muzik untuk belajar menyanyi). Peserta yang menghadiri bengkel tersebut
adalah terdiri daripada pensyarah dan kakitangan sokongan.

3. PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU PUISI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
IPGKIK 2017

Tarikh : 15 Ogos 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail

Pertandingan ini telah dianjurkan bagi mencungkil bakat siswa guru untuk mencipta-lagu
puisi. Lirik lagu adalah daripada puisi yang ditulis oleh penulis puisi terkenal di Malaysia.
Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan pencipta lagu dalam kalangan siswa
guru bagi mewakili IPG Kampus Ilmu Khas untuk diketengahkan ke peringkat luar.
Pertandingan mendapat sambutan yang baik daripada siswa guru. Seramai 12 peserta yang
telah mengambil bahagian. Semua peserta telah menunjukkan hasil ciptaan lagu yang amat
baik. Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100 manakala tempat
kedua RM75 dan ketiga RM50. Pemenang adalah siswa guru Ainaa Nisha binti Salehuddin
daripada PISMP Pendidikan Muzik ambilan Jan 2014.

157

4. JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2017

1. KURSUS PEMANTAPAN JU MUDA KBAT IPGKIK 2017

Tarikh : 25 Februari dan 4 April 2017

Tempat : Pusat Sumber IPGKIK

Bilangan yang terlibat : Jurulatih JPSV– Puan Faridah Anum Abdul Wahid dan 6

orang pelajar JPSV

Kursus ini dijalankan untuk memperkenalkan teknik penyoalan dengan menggunakan 6 topi
pemikiran dan lapan peta pemikiran i-THINK mengikut 6 aras Takxonomi Bloom. 8 Peta
pemikiran i-THINK dan 6 topi pemikiran serta cara mengaplikasikannya ke dalam teknik
penyoalan telah dijelaskan. Dengan teori dan amali serta latihan intensif yang telah
dilaksanakan, peserta juga dinilai melalui penghasilan soalan-soalan KBAT dalam kumpulan
mengikut 6 aras Takxonomi Bloom dan melengkapkan tugasan yang diberi.

5. JABATAN PENDIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2017
Tiada

6. JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2017
1. LAPORAN BIDANG AKADEMIK DALAM KOKURIKULUM
Debat Ala Parlimen British Piala Esco Pendidikan Negeri Sembilan.Jabatan Pengajian Melayu
telah menghantar dua orang pelajar untuk menyertai Debat Ala Parlimen British Piala Esco
Pendidikan Negeri Sembilan. Pertandingan itu dijalankan pada 14-15 April 2017 bertempat

158

di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas dinobatkan Johan dalam
pertandingan debat itu. IPG Kampus Ilmu Khas diwakili oleh Saudari Nur Husnina binti
Mohamad pelajar PISMP TESL semester 3 dan Saudari Anisah binti Mohd Haizald pelajar
PISMP TESL semester 5.

2. PENGANJURAN DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan Pertandingan Debat
Terbuka Ilmu Khas 2017 (DeTIK). Pertandingan debat kali keempat ini melibatkan enam
puluh pasukan yang terdiri daripada mahasiswa yang berumur antara 18 hingga 21 tahun
daripada Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Universiti
dan Institut Pendidikan Guru. Pertandingan DeTIK ini bermula 29 September sehingga 2
Oktober 2017. Majlis Makan Malam Detik telah disempunakan oleh YB Dato’ Henry Sum
Agong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan mewakili YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri yang tidak dapat
hadir pada majlis tersebut.
Pertandingan Akhir DeTIK ini telah berlangsung di Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG
Kampus Ilmu Khas. Pertandingan Akhir pada kali ini diwakili oleh IPG Kampus Ilmu Khas,
Universiti Tenaga Nasional A, Universiti Tenaga Nasional B dan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia A. UIAM A dinobatkan sebagai Juara Pertandingan DeTIK bagi Tahun
2017. Naib Johan disandang oleh Universiti Tenaga Nasional A, manakala tempat ketiga
dimenangi oleh pasukan IPG Kampus Ilmu Khas selaku tuan rumah dan Universiti Tenaga
Nasional B peroleh tempat keempat. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Dato’ Dr
Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi mewakili YB Dato’ Seri
Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia yang tidak dapat hadir.

159

YB Dato’ Henry Sum Agong,
Timbalan Menteri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
bersama VIP yang hadir semasa

Majlis Makan Malam sempena DeTIK 2017

YB Dato’ Henry Sum Agong,
bersama VIP yang hadir semasa
Majlis Makan Malam sempena DeTIK 2017

160

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas,

menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Majlis Perasmian Makan Malam Detik disempurnakan oleh
YB Dato’ Henry Sum Agong,

161

Pentas Pertandingan Akhir Debat Terbuka Ilmu Khas

Tetamu VVIP yang hadir ialah
Dato’ Dr. Amin bin Senin,

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Wakil Rasmi YB Dato’ Mahdzir bin Khalid,
Menteri Pendidikan Malaysia.

162

Juara Debat Terbuka Ilmu Khas 2017
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia A

Naib johan diungguli oleh
Pendebat dari Universiti Tenaga Nasional A

163

Pemenang Ketiga Pendebat dari IPG Kampus Ilmu Khas
yang diwakili oleh

Nurhawa binti Mokhtar dan
Nurhusnina binti Hussien

Tempat Keempat
Pendebat dari Universiti Tenaga Nasional B

164

Pemenang Pertandingan Debat bergambar bersama
Dato’ Dr. Amin bin Senin,

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
wakil rasmi Dato’ Seri Madhzir bin Khalid,
Menteri Pendidikan Malaysia.

3. JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN DEBAT ANTARA INSTITUSI PENDIDIIKAN
TINGGI 2017

Jabatan Pengajian Melayu telah menghantar dua pasukan debat bagi menyertai Jemputan
Pertandingan Debat Antara Institusi Pendidikan Tinggi 2017 bertempat di Kampus Bestari
Jaya, Universiti Selangor. Pertandingan debat itu dijalankan pada 21-23 Oktober 2017.
Pendebat Pasukan A, IPG Kampus Ilmu Khas diwakili oleh Nur Hawa binti Mokhtar dan
Anisah binti Mohd Haizald, Nor Husnina binti Mohamad dan Zulaikha binti Zulkifle . Mereka
telah berjaya sampai ke peringkat suku akhir dalam pertandingan tersebut. Pendebat
Pasukan B IPG Kampus Ilmu Khas pula diwakili oleh Amirah Adilah binti Abdul Karim, Farah
Syakirah binti Ahmad Fauzi, Ummu Izzah binti Shamsudin dan Nur Syahiran binti Abd. Aziz.

165

7. JABATAN PENGKHUSUSAN BAHASA INGGERIS 2017

1. LARIAN SUKAN SEA

Tarikh : 19 Ogos 2017
Tempat : Putrajaya

Larian Sukan SEA telah berlangsung di Putrajaya pada 19 Ogos 2017. Larian yang dianjurkan
secara bersama oleh MASOC, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bertujuan mempromosikan
(Sukan SEA) agar selari dengan tema Sukan SEA iaitu “Bangkit Bersama". Empat orang
pelajar PISMP TESL semester 1 telah mengambil bahagian dalam larian santai Sukan SEA
5km. Mereka ialah Joey Goh, Han Shao Xian, Evelyn Then dan Chai Jian Li. Pn Lye Guet Poh
dari Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris dan Cik Rozaina dari Jabatan Muzik, Institut
Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas turut sama melibatkan diri dalam larian Sukan SEA 5km.

8. JABATAN KAJIAN SOSIAL 2017
Tiada

166

9. JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL 2017

1. PROGRAM PENDAKIAN BROGA

Program ini merupakan anjuran Biro Usrah dengan kerjasama Kelab Hikers IPG Kampus Ilmu
Khas telah diadakan pada 5 Mac 2017 bertempat di Bukit Broga. Pendakian ini telah disertai
oleh naqib, naqibah, ahli Biro Usrah, ahli Kelab Hikers dan seorang pensyarah pengiring.
Yuran sebanyak RM3 juga dikenakan sebagai bayaran untuk makanan dan minuman
peserta. Program ini dianjurkan dengan harapan dapat mengeratkan ukhwah antara nuqaba
di samping mendidik hati untuk mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.

Program bermula seawal 4.45 pagi dengan qiamullail di surau dan bertolak pada
pukul 5.15 pagi dengan menaiki bas IPG. Kami berhenti di sebuah masjid berhampiran Bukit
Broga untuk solat Subuh sebelum menyambung baki perjalanan. Ahli Biro Usrah
mengedarkan makanan dan air kepada peserta sebelum mendaki bukit iaitu roti dan air
mineral. Peserta memulakan pendakian pada jam 7.30 pagi selepas mendengar sedikit
taklimat keselamatan daripada ahli Kelab Hikers. Langkah keselamatan diambil dengan dua
orang daripada Kelab Hikers yang menjaga keselamatan peserta dengan berada di hadapan
sekali dan di belakang sekali bersama peserta terakhir.

2. PROGRAM ANTHEM OF THE CIRCLES

Tarikh: 19 April 2017
Tempat: Di Dewan Kuliah, IPGKIK

Program ‘Anthem of The Circles (AOTC)’ 2017 merupakan program yang julung-julung kali
diadakan di IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini merupakan anjuran Jabatan Agama Isam dan
Moral (JAPIM) bersama Biro Usrah di bawah Persatuan Guru Pelatih Islam. Objektif program

167

ini adalah untuk mengetengahkan pelaksanaan usrah secara kreatif, sesuai dengan temanya
‘Usrah Kreatif Penjana Murabbi Inovatif’ untuk menyampaikan isi kandungan usrah dengan
cara yang berbeza. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah
antara ahli usrah dengan ahli usrah yang lain. Setiap kumpulan usrah mempersembahkan
tajuk yang diberikan melalui kreativiti masing-masing seperti lakonan, nyanyian, bicara
berirama, dan bersajak. Antara tajuk yang diberikan adalah tentang ‘Rang Undang-Undang
355’, ‘Hantaran mahal’, ‘Rohingya’ dan ‘Fesyen Muslimah’.

Persembahan kumpulan muslimat

3. Program Weekend of Warisun (WOW)

Tarikh : 21- 23 Julai 2017
Tempat : Surau Ta’adib dan Dewan Kuliah, IPGKIK

Program WOW adalah anjuran JAPIM dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam. Para
peserta terdiri daripada siswa guru Islam ambilan Jun 2017. Siswa guru menghadiri kuliah
bertajuk ‘Pembentukan Guru Murabbi’, dan ‘ Guru Pendakwah Sejati’.

168

4. PROGRAM AMBANG MAAL HIJRAH 1439H/2017M

Tarikh : 21 September 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail

Program Sambutan Ambang Maal Hijrah 1439H dimulakan dengan ketibaan dif-dif kehormat
dan tetamu jemputan. Ketibaan para tetamu disambut dengan selawat ke atas Nabi SAW.
Para tetamu kehormat yang terdiri daripada Ejam Medicine dan Mel Wings, ahli panel Bicara
Santai dan Ustaz Yusri bin Abdul Karim, Mudir Pondok Warga Emas Nurul Hasanah selaku
moderator forum diiringi Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, Encik
Jainudin bin Ngah, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKIKserta para pensyarah.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian siswa pendidik dalam membentuk bakal-
bakal guru yang mantap dari segi spiritual, nilai dan juga akhlaknya. Selain itu, program ini
diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pensyarah dan guru pelatih
agar dapat mencontohi serta menghayati kehidupan Rasulullah SAW sebagai qudwah
hasanah.

. 5. PROGRAM CERAMAH MORAL

Tarikh : 21 September 2017
Tempat : Dewan Kuliah, IPGKIK

Program ceramah moral disertai oleh semua siswa guru bukan Islam. Tajuk ceramah adalah
‘Penghayatan Muzik dalam Pendidikan’. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral. Penceramah yang dijemput ialah Encik Ariputhiran a/l Narayanan dari
Jabatan Pendidikan Muzik.

169

Objektif bagi ceramah adalah untuk menunjukkan bahawa muzik itu penting. Muzik
juga merupakan satu peraturan moral. “It gives soul to the universe, wings to the mind,
flight to the imagination, and charm and gaiety to life and to everything-plato” Muzik itu
membentuk individu. Muzik therapy dapat menangani penyakit dan emotion iaitu
mengurangkan tekanan. Penceramah menerangkan peranan muzik dalam pendidikan dan
sejarah muzik dalam dunia ini. Idea dan perspektif tentang pendidkan muzik tersebar luas
dalam kalangan guru pelatih muzik dan guru dalam perkhidmatan dari seluruh pelusuk
tanahair menjadi konsultan utama kepada Kementerian Pelajaran dalam hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan muzik tanahair mencorak kurikulum mata pelajaran
Pendidikan Muzik sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah dalam tahun 1983.
Penceramah juga menyentuh tentang mata pelajaran Muzik dalam KBSR.

6. PROGRAM KONVENSYEN BIDADARI 2017
Pada 12 Ogos 2017, telah berlangsung program “Konvensyen Bidadari” anjuran Biro HELWI
Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) dengan kerjasama Biro Helwani Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) di Dewan Dato’ Razali Ismail. Program ini khusus untuk siswi guru
IPG Kampus Ilmu Khas terbuka kepada yang Muslim dan bukan-Muslim dan telah dirasmikan
oleh Timbalan Pengarah, Dr Norherani binti Moning.

170

7. PELAKSANAAN PLC DI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAl

Pada 14 November 2016, JAPIM telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Program Dan
Bahan Pengajaran untuk Sem 1 2017. Bengkel ini dilaksanakan secara PLC dengan
menjemput Cik Amyzar Alwi dari Jabatan Pengajian Bahasa Inggeris (JPBI) IPGKIK untuk
berkongsi info dan pengalaman mengenai pelaksanaan co-teaching di JPBI.

10. JABATAN SAINS SUKAN 2017

1. PAMERAN PENDIDIKAN LUAR DAN AKTIVITI ABSEILLING SEMPENA HARI
KOKURIKULUM SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH

Tarikh : 17 Mac 2017
Tempat : SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Seorang Pensyarah Jabatan ini, En Jalaluddin Abd. Latif bersama 8 pelajar PISMP Pendidikan
Jasmani Ambilan Jan 2015 telah mengadakan demontrasi abseiling dan aktiviti penurunan
bersempena Hari Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah
Klang. Jemputan ini telah diterima melalui Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Dalam program
ini, pensyarah dan pelajar PISMP ini telah melaksanakan aktiviti abselling di bangunan
sekolah dan berjaya menurunkan seramai 145 pelajar sekolah. Semua pelajar PISMP ini

171

telah di berikan sijil penghargaan dan sedikit sagu hati sebagai menghargai sumbangan yang
telah diberikan bagi menjayakan hari tersebut. Aktiviti abseiling telah berjaya menjadi
perhatian daripada semua warga sekolah dan mendapat pujian daripada Pengetua sekolah
tersebut.

2. PROGRAM LITERASI KESIHATAN DAN MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT 2017

Tarikh : 21 Feb 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail

Pada 21 Februari 2017, Jabatan ini telah mengadakan program yang berimpak tinggi
melibatkan pihak Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Pusat Perubatan UKM. Program ini
bertujuan memberikan pendedahan dan kesedaran masyarakt ke arah membudayakan gaya
hidup sihat. Program ini melibatakan semua warga kerja IPGKIK dan pelajar dengan
kekuatan seramai 300 peserta. Pihak HUKM telah menghantar doktor perubatan dan
jururawat sebagai tenaga penceramah program. Antara atur cara program adalah,
senamrobik, ceramah pemakanan dan berhenti merokok, saringan kesihatan dan pameran
gaya hidup sihat. Program ini telah mendapat perhatian dari Ahli Majlis Penasihat Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur, Dato’ Rizalman yang telah hadir sebagai perasmi program.
Program ini telah berjaya mendidik semua peserta ke arah menjaga kesihatan dan
membudayakan gaya hidup sihat.

172

11. JABATAN SAINS & MATEMATIK 2017

1. PROJEK MURAL KBAT

Tarikh : 1 - 7 April 2017
Tempat : Tangga Perpustakaan IPG Kampus Ilmu Khas

Siswa guru PDPLI Ambilan Jan 2017 telah berjaya menghasilkan mural yang berunsurkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Aktiviti ini dapat menonjolkan kreativiti serta semangat
berpasukan dalam kalangan siswa guru bagi menghasilkan mural yang pastinya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif dan berkesan kepada pengguna perpustakaan.

12. JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2017
Tiada

13. JABATAN PENYELIDIKAN & INOVASI 2017
Tiada

14. JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 2017
Tiada

15. UNIT KOKURIKULUM 2017
*lihat Bahagian Akademik

16. UNIT PRAKTIKUM 2017
Tiada

17. UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2017
Tiada

18. UNIT PUSAT SUMBER 2017
Tiada

19. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2017
Tiada

173


Click to View FlipBook Version