7.3 OUTREACH PROGRAM 2017: “FOOD TRUCK: YOUR WAY, RIGHT AWAY”.
Tarikh : 27 Julai-18 Ogos 2017
Tempat : 9 buah Sekolah Kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur
Program Outreach “Food Truck: Your Way, Right Away” dengan kerjasama Jabatan Pelajaran
Wilayah Persekutuan (JPWP) anjuran IPG Kampus Ilmu Khas telah diadakan pada 27 Julai – 18
Ogos 2017, bertempat di 9 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur (SK Polis Depot, SK Desa
Tasik, SK Batu Muda, SK Padang Tembak, SK Seri Tasik, SK Kiaramas, SK Seri Bonus, SK Yaacob
Latif 1, SJKT Vivekananda). Program ini merupakan satu usaha Jabatan Pengkhususan Bahasa
Inggeris (JPBI) ke arah meningkatkan profesionalisme dalam kalangan komuniti pendidik
serta menjalinkan jaringan perkongsian ilmu dan learning without borders dengan guru-guru
sekolah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Program ini mengambil pendekatan berbeza melalui konsep “Food Truck” iaitu sebuah
kenderaan yang lengkap dengan kemudahan penyediaan dan penjualan makanan dan
bergerak dari satu tempat ke satu tempat berdasarkan permintaan. Konsep yang sama
diguna pakai dalam Program Outreach ini iaitu kumpulan pensyarah dari JPBI akan bergerak
dari sekolah ke sekolah untuk memberi latihan serta berkongsi pengalaman secara in situ
yang berfokus kepada Scaffolding In Task-Based Learning, Instructional Language In Young
Learners’ Classrooms dan Meaningful Drills in ELT. Dengan itu, guru tidak perlu meninggalkan
sekolah untuk menghadiri kursus seperti kebiasaannya. Satu aplikasi web Learning
Management System (LMS) yang dinamakan e-OutreachIPGKIK juga akan dibangunkan
sebagai platform untuk berkomunikasi dalam usaha mewujudkan Visible Thinking dan
Learning Without Borders. 12 orang peserta yang terlibat terdiri daripada guru-guru sekolah;
SK Polis Depot, SK Desa Tasik, SK Batu Muda, SK Padang Tembak, SK Seri Tasik, SK Kiaramas,
SK Seri Bonus, SK Yaacob Latif 1, SJKT Vivekananda, SK Seri Cheras, Seri Setia dan Seri Delima.
Objektif program tersebut adalah meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
(pdp) yang berfokus kepada Scaffolding In Task-Based Learning, Instructional Language In
Young Learners’ Classrooms dan Meaningful Drills in ELT dalam kalangan guru sekolah rendah
terpilih; berkongsi amalan terbaik secara berterusan melalui e-OutreachPGKIK dalam kalangan
pensyarah JPBI dan guru sekolah rendah terpilih; mengaplikasi konsep Visible Thinking dalam
kalangan pensyarah JPBI dan guru sekolah rendah terpilih melalui perbincangan atas talian;
meningkatkan kefahaman terhadap isu-isu pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah
secara in situ dalam kalangan pensyarah JPBI.
51
7.4 7th MELTA INTERNATIONAL RESEARCH CONFERENCE IN ENGLISH LANGUAGE
EDUCATION (MIRCELE)
Tarikh : 25 November 2017
Tempat : Blok TESL, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Konferens bermula seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran dan kemudiannya diikuti
dengan majlis perasmian oleh Profesor Dr. Ganakumaran Subramaniam, Presiden MELTA.
Pertandingan poster bagi kategori pensyarah, peserta PhD., peserta Masters, guru sekolah,
dan siswa guru bermula sejurus selepas itu dan pemenang-pemenangnya telah
diumumkan selepas makan tengah hari. Pemenang-pemenang poster bertanding dalam
pembentangan lisan mengikut kategori masing-masing. Terdapat empat workshop dengan
tajuk-tajuk berikut:
1. Research Proposal oleh Prof. Dr. Ganakumaran Subramaniam (UNMC)
2. ATLAS.ti Qualitative Data Analysis software oleh Dr Fan Siong Peng (IPG
Sultan Mizan)
3. Research Designs for Social Sciences oleh Assoc. Prof. Dr. Lee Kean Wah
(UNMC)
4. Qualitative Research Instruments oleh Dr. Adrian Jarvis (UNMC)
Pemenang-pemenang bagi setiap katagori telah diumumkan dan penyampaian sijil dan
hadiah disempurnakan sekali gus dalam majlis penutupan.
52
8. Jabatan Pengajian Sosial
8.1 BENGKEL PERGIGIAN
Tarikh : 13 & 14 September 2017
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Dato Razali Ismail, IPG KIK
Bengkel Kesihatan Pergigian ialah anjuran Jabatan Pengajian Sosial dengan kerjasama Klinik
Kesihatan Pergigian Cheras kepada siswa guru program PISMP ambilan Jun 2016. Program
ini adalah untuk menerapkan kesihatan pergigian dalam kalangan siswa guru sebelum
mereka ditempatkan di sekolah rendah. Penyelaras program adalah K. Uthayakumaran.
Peserta yang terlibat ialah 156 orang siswa guru Program PISMP Semester 1 Tahun 2
Ambilan Jun 2016, 10 orang pegawai kesihatan pergigian dibawah penyeliaan Dr. Sakura Bt
Hashim dan 9 orang pensyarah Jabatan Pengajian Sosial.
Objektif bengkel ini ialah Mengetahui cara penjagaan gigi yang betul, memeriksa
kesihatan gigi dan mendapatkan rawatan lanjut sekiranya diperlukan, menyanyikan lagu
yang bertemakan kesihatan pergigian, menghasilkan satu poster yang berkaitan kesihatan
pergigian dengan kreatif, menulis rancangan pengajaran harian untuk 60 minit dan
menjalankan pengajaran mikro untuk set induksi.
Secara rumusannya, ujian Pra Kesihatan pergigian telah dilaksanakan. Kemudian
diberikan ceramah berkaitan penjagaan gigi yang betul oleh pegawai pergigian. Setelah itu,
ujian pasca telah dijalankan dan didapati terdapat peningkatan pengetahuan penjagaan gigi.
Setiap peserta telah diperiksa tentang keadaan kesihatan gigi di klinik bergerak dan pegawai
pergigian telah memilih seorang siawa guru sebagai Raja Gigi 2017 dan seorang siswi guru
sebagai Ratu Gigi 2017. Pertandingan poster, Nyanyian lagu dan pengajaran mikro telah
dilaksanakan dalam Dewan Dato Razali Ismail. Siswa guru telah mengambil bahagian
mengikut giliran setiap unit iaitu daripada 3.1 hingga 3.10. Pihak Klinik Pergigian Cheras
turut menjalankan pameran kesihatan pergigian di dalam dewan Dato Razali Ismail. Majlis
Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Dr. Suhaimi Bin Mohamed Ali Pengarah IPG
Kampus Ilmu Khas mulai 3.00 petang pada hari kedua iaitu 14 September 2017.
53
8.2 KURSUS MEMBUAT ROTI DAN SUP CENDAWAN
Tarikh : 9 Mei 2017
Masa : 8.30 pagi-1.30 petang
Tempat : Bilik Masakan, Jabatan Pendidikan Khas
Kursus membuat roti dan sup cendawan adalah sebagai kursus pengayaan kemahiran yang
dibuka kepada staf akademik dan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas. Selain memberi
kemahiran menyediakan masakan roti dan sup cendawan, peserta juga didedahkan dengan
kemahiran mempelbagaikan bentuk roti dan inti yang mudah dan menjimatkan kos. Pada
akhir kursus peserta dapat menyedia, memasak, dan menghidangkan masakan roti dan juga
menyedia, memasak, dan mempelbagaikan masakan sup cendawan. Kursus ini dihadiri oleh
15 orang staf sokongan dan 5 orang pensyarah Jabatan Pendidikan Khas dan 2 orang urus
setia dari Jabatan Pengajian Sosial. Fasiltator yang terlibat ialah Pn Kamsiah Ab Rashid dan
Pn Wan Maznah Wan Harun.
Berdasarkan rumusan keseluruhan aktiviti, semua peserta berjaya menyediakan
adunan roti dengan sukatan bahan yang tepat dalam masa yang ditetapkan, peserta
membuat inovasi pelbagai bentuk roti daripada adunan yang disediakan oleh mereka dan
peserta dapat menyediakan dan memasak sup cendawan dengan sukatan bahan yang betul.
Roti dan Sup cendawan peserta kursus Begitu tekun membentuk roti
Proses mengadun dan menguli roti Fasilitator memberi penerangan
54
8.3 KURSUS MEMBUAT POLA ASAS
Tarikh : 19 April 2017
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik 207, Blok Harmoni
Kursus membuat pola merupakan satu perkongsian kemahiran cara membuat pola blaus
atau kemeja ringkas mengikut ukuran badan peserta kursus. Kandungan kursus ini juga
meberi pengetahuan kepada peserta mengambil ukuran badan sendiri serta mengenal
keperluan alatan dalam membuat sesuatu pola. Terbuka kepada pensyarah dan staf IPGK
Ilmu Khas. Pada akhir kursus peserta dapat mengenal pasti bentuk badan masing-masing,
mengambil ukuran badan dengan tepat secara berpasangan, membuat pengiraan pola
dengan tepat sebelum melakar pola dan membuat lakaran pola asas dengan betul dan
mengikut ukuran yang tepat. Seramai 19 orang peserta terlibat iaitu 15 orang staf sokongan
dan 14 orang pensyarah, 3 orang urus setia dari Jabatan Pengajian Sosial dan seorang
fasiltator iaitu Pn Kamsiah Ab Rashid.
Rumusan kursus ini ialah semua peserta berjaya menyiapkan pola masing-masing,
peserta membuat inovasi pola dengan mengikut cadangan masing-masing contoh peserta
wanita membuat blaus, jubah dan kebaya, peserta lelaki membuat pola baju hawaii dan
kurta dan peserta memahami dan dapat mengaplikasikan prosedur mengambil ukuran
badan dan melakar pola dengan baik dan bersemangat.
55
8.4 LAWATAN SAMBIL BELAJAR BERYL’S CHOCOLATE & CONFECTIONARY SDN
BHD DAN DEWINA FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Program ini dilaksanakan pada 13 April 2017 dengan tujuan untuk memberi pendedahan
kepada para pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan sesuai dengan kursus yang
diambil oleh mereka pada semester ini iaitu Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan.
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada para
pelajar untuk melihat sendiri bagaimana sesebuah perniagaan/keusahawanan beroperasi
dan mengendalikan perniagaan. Seramai 17 orang pelajar PISMP semester 4 Elektif RBT
terlibat dengan diiringi seorang pensyarah pengiring. Siswa guru mendapat banyak ilmu
pengetahuan tentang perniagaan dan keusahawanan yang terdapat di Malaysia dan cara
pengoperasian mereka.
8.5 AKTIVITI KEUSAHAWANAN
Aktiviti Keusahawanan secara kumpulan ini telah dilaksanakan pada 19 Jun 2017 adalah
sebagai memenuhi prasyarat kerja kursus yang perlu dilaksanakan oleh para pelajar.
Aktiviti berbentuk hands-on ini mengkehendaki para pelajar menjalankan aktiviti
keusahawanan mengikut perancangan yang telah disediakan oleh mereka. Objektif aktiviti
ini ialah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada para pelajar untuk
merancang dan mengendalikan sendiri aktiviti keusahawanan/perniagaan. Seramai 18 orang
pelajar PISMP semester 5 RBT Elektif Terbuka Keusahawanan terlibat dan dipantau oleh
seorang pensyarah. Siswa guru dapat merasai pengalaman merancang dan mengendalikan
perniagaan mereka sendiri.
56
9. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
9.1 PROGRAM SEMARAK CINTA RASUL 1438H 2017
Tarikh : 13 Januari 2017
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Dato Razali Ismail
Forum pada kali ini bertajuk “Antara Cinta Dan Airmata”. Tuan Haji Ismail Bin Taib yang
bertindak selaku moderator memulakan sesi forum dengan memperkenalkan ahli panel iaitu
Imam Muda Mohd Hassan Adli Bin Yahaya. Pengisian forum Semarak Cinta Rasul ini
memfokuskan peranan Rasulullah SAW sebagai muallim. Ahli panel menerangkan
bagaimana Rasulullah SAW menunjukkan dan mempamerkan teladan yang baik dan akhlak
yang agung kepada umat baginda. Program ini diadakan bertujuan untuk mengambil iktibar
daripada sirah Rasulullah dan mengaplikasikannya dalam pendidikan agar menjadi teras
dalam pembangunan kehidupan para guru pelatih. Selain itu, program ini diharapkan dapat
meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pensyarah dan guru pelatih agar dapat
mencontohi serta menghayati kehidupan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah.
9.2 PROGRAM DISKUSI MORAL
Tarikh : 13 Januari 2017
Tempat : Auditorium, TESL.
Program Diskusi Moral sesi 2017 ini merupakan salah satu program kerohanian yang
dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) khususnya untuk para guru pelatih bukan muslim. Program ini
57
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran moral dalam kalangan para guru pelatih. Selain
itu, program ini juga secara tidak langsung bertujuan untuk melatih guru pelatih khususnya
yang mengambil minor Pendidikan Moral untuk melaksanakan program-program
kerohanian di Institut ini dan juga di sekolah pada masa akan datang.
9.3 SEMINAR TRANSFORMASI PEMIKIRAN ISLAM (TRAPI)
Tarikh : 15 April 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali ismail
Program Seminar Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) yang merupakan program yang
julung-julung kali diadakan di IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini merupakan anjuran
bersama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan IPG Kampus Ilmu Khas. Objektif
program ini adalah untuk mengetengahkan program berbentuk kesedaran terhadap
ancaman, kedaulatan, dan kepentingan menjaga agama Islam. Pelaksanaan Program Trapi
bertujuan untuk mendedahkan dan supaya umat Islam menyedari bahawa agama Islam
merupakan agama yang syumul (menyeluruh) serta seimbang dalam kehidupan manusia.
58
9.4 PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
Pada 9 Februari 2017, Biro Aset, Kebersihan dan Keceriaan (BAKK) Persatuan Guru Pelatih
Islam (PGPI) telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana. Program ini
berlangsung pada pukul 8.00 pagi di mana semua ahli PGPI yang hadir menikmati sarapan
sebelum memulakan gotong-royong. Pelaksanaan aktiviti gotong-royong ini berakhir pada
pukul 12.40 tengah hari.
9.5 PROGRAM HARI KELUARGA PGPI
Pada 21 Januari 2017 yang lalu, suatu program yang dikendalikan oleh Ahli Majlis Tertinggi
Persatuan Guru Pelatih Islam telah diadakan di Surau Ta’dib. Program yang dijalankan ialah
Hari Keluarga dan Bengkel Pengurusan Organisasi. Program ini diadakan bagi membina
ukhwah sesama ahli agar memudahkan gerak kerja yang akan dilakukan bersama-sama
nanti. Tambahan pula, bengkel pengurusan organisasi diadakan pada pagi tersebut bagi
menjelaskan kembali bidang tugas dan posisi masing-masing dan disambung pada tengah
hari tersebut untuk hari keluarga.
59
9.6 PROGRAM IFTAR PERDANA IPGK ILMU KHAS
Tarikh : 20 Jun 2017
Masa : 6.00 petang-9.30 malam
Tempat : Dewan Dato Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas
Iftar Perdana merupakan program yang bertujuan untuk memberi ruang dan peluang
kepada para mahasiswa muslim dan juga para pensyarah yang ingin melakukan amal jariah
pada bulan Ramadan. Selain itu, untuk merapatkan ukhuwah antara mahasiswa muslim
dengan pensyarah serta ukhuwah antara mahasiswa dengan mahasiswa muslim yang lain.
Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan para mahasiswa muslim untuk
memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan sedekah serta menghidupkan
malamnya dengan menunaikan solat sunat terawih serta mereka juga didedahkan dengan
bacaan majlis Khatam Al-Quran.
Untuk makluman, program ini telah diwajibkan dan disertai oleh semua pelajar kolej
kediaman IPG Kampus Ilmu Khas. Ahli jawatankuasa bagi program ini terdiri daripada ahli-
ahli PGPI yang dibimbing oleh beberapa orang pensyarah daripada JAPIM.
9.7 LAWATAN KEM MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN (KMK)
Tarikh : 21 – 23 April 2017
Tempat : Kem Herba, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) ialah sebuah organisasi di bawah penyeliaan para
pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas (IPGKIK). PGPI bertanggungjawab membantu JAPIM mengendalikan dan
menjalankan program-program kerohanian untuk para guru pelatih Islam di institut ini di
samping menjaga dan memastikan perjalanan program di Surau Ta’adib di IPGKIK. Kem
60
Memantapkan Kepimpinan (KMK) ini telah dilaksanakan oleh PGPI selama enam tahun
berturut-turut bermula dari tahun 2011. Kursus ini adalah untuk menyediakan para ahli
jawatankuasa PGPI yang berketerampilan dan mampu menggalas dan menghayati gerak
kerja Islam di IPGKIK ini. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam disertai oleh semua
ahli Persatuan Guru Pelatih Islam. Ahli jawatankuasa program ini terdiri daripada alumni
Persatuan Guru Pelatih Islam semester 6 dan semester 4 PISMP serta DPLI.
10. Jabatan Sains Sukan
10.1 BENGKEL OLL
Tarikh : 6 Jan 2017
Tempat : Bilik Makmal (KOMPIK) IPGKIK
Pada 6 Jan 2017 (Jumaat), seramai 6 pensyarah dan 20 orang siswa guru PISMP Ambilan Jun
2015 Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (G6.7) telah bersama-sama menjalani satu
bengkel Online Learning for Leaners yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Sukan dan Unit
Latihan IPGKIK. Para peserta telah didedahkan dengan kemahiran pembelajaran dan
pengajaran secara online, iaitu bahan-bahan pembelajaran boleh diekses dengan mudah
selain mengalami virtual learning. Pada hari tersebut, semua peserta telah berjaya dalam
mengendalikan sesi pengajaran pembelajaran secara alam maya mengikut subjek masing-
masing. Bengkel ini telah berjaya memberikan satu input baru ke arah menjadikan
pensyarah dan pelajar seiring dalam merealisasikan pencapaian akademik yang cemerlang.
10.2 LAWATAN ANTARABANGSA DARI TURKMENISTAN
Tarikh : 21 Nov 2017
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Orkid
Seramai lapan orang pakar pendidikan kebangsaan Turkmenistan, seorang pegawai dari
United Nations Populations Fund (UNFPA) dan seorang pegawai LPPKN hadir untuk
mendengar taklimat dari Jabatan Sains Sukan.
61
11. Jabatan Matematik dan Sains
11.1 KURSUS PENEROKAAN ALAM SEMULAJADI
Tarikh : 29 Mac 2017
Tempat : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, (FRIM) Kepong.
Pada 29 Mac 2017, Jabatan Matematik Dan Sains telah menganjurkan kursus Penerokaan
Alam Semulajadi. Kursus ini telah dilaksanakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia,
(FRIM) Kepong. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah
daripada pelbagai jabatan serta staf sokongan. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah lawatan
ke Galeri FRIM dan penerokaan alam semulajadi di Denai Alam. Objektif kursus adalah untuk
mendedahkan peserta dengan alam semulajadi yang mempunyai ekosistem yang sangat
menarik dan juga kompleks. Pelbagai sumber biodiversiti telah diperkenalkan kepada para
peserta oleh juru pandu khas daripada FRIM. Antaranya pokok seperti kapur (Dryobalanops
aromatica), keladan (Dryobalanops oblongifolia), gaharu (Aquilaria malaccensis), merbau
(Intsia palembanica), engkabang (Shorea macrophyla) dan rotan batu (Calamus filipendulus).
Perjalanan merentasi denai alam yang berukuran lebih kurang 710 meter dan sedikit
beralun adalah sangat menarik. Dengan informasi yang diberikan oleh juru pandu khas,
peserta berjalan menyusur denai sambil menghayati dan menikmati keindahan alam
semulajadi yang pastinya memberi impak yang positif terhadap ekosistem bagi peserta
kursus ini.
11.2 KAJIAN LAPANGAN SJKC CHOONG WEN
Tarikh : 1 Mac 2017
Tempat : SJK(C) Choong Wen, Kuala Lumpur
Pada 1 Mac 2017, Jabatan Matematik dan Sains telah menganjurkan program kajian
lapangan untuk sejumlah 28 orang siswa guru. Kajian lapangan ini disertai oleh siswa guru
daripada program PISMP telah diiringi oleh Pn Hjh Zuraidah bt Yazid dan Pn Lee Lay Hwa.
Mereka telah membuat lawatan kerja ke SJK(C) Choong Wen, Kuala Lumpur. Para peserta
telah diberi taklimat oleh guru besar SJK(C) Choong Wen, Encik Wong Shee Fatt tentang
pelaksanaan pedagogi Abad Ke 21, amalan KBAT dalam pdp serta pelakasanaan pdp di
dalam makmal STEM.
62
11.3 KAJIAN LAPANGAN : MENEROKA DUNIA ANGKASA LEPAS
Tarikh: 2 Mac 2017
Tempat: Planetarium Negara
Jabatan Matematik dan Sains amat komited dalam menghasilkan siswa guru yang
mempunyai kompetensi tinggi dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.
Program Meneroka Dunia Angkasa Lepas telah dilaksanakan pada 2 Mac 2017, adalah
sebagai sokongan bagi kursus elektif teras SCES3033 Bumi dan Angkasa Lepas bagi siswa
pendidik program PISMP Ambilan Jun 2016. Sejumlah sepuluh orang siswa pendidik kursus
elektif teras ini semasa di Semester 2, Tahun 1. Program ini juga disertai oleh empat orang
siswa pendidik dari program DPLI PPC SM Ambilan Januari 2017 dari pengkhususan Fizik.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terus kepada siswa pendidik tentang
bidang astronomi melalui strategi kajian lapangan ke Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
Pengisian program ini dapat membantu menyediakan maklumat tentang alam semesta,
pergerakan bumi dan kesannya kepada iklim dunia, fenomena suria dan sistem suria seperti
yang terdapat dalam Ringkasan Maklumat Kursus. Siswa pendidik juga dapat mendengar
perkembangan terkini tentang kajian yang sedang dijalankan di Matahari dan di samping itu,
mereka juga dapat menjalankan amali penggunaan teleskop di Balai Cerap Planetarium
Negara.
11.4 LAWATAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA BAGI SESI PERKONGSIAN PERLAKSANAAN
STRATEGI PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DAN PEMBELAJARAN
ABAD KE-21 (PAK21)
Tarikh : 17 Ogos 2017
Tempat : Maktab Tentera Diraja (MTD)
Pada 17 Ogos yang lepas, seramai 14 orang siswa guru Diploma Perguruan Lepas Ijazah
(DPLI) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) telah mengadakan lawatan
ilmiah ke Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi berkongsi maklumat bagaimana Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK21) dan Professional Learning Community (PLC) dilaksanakan di sana. Sesi
taklimat tentang pentadbiran dan sejarah penubuhan MTD disampaikan oleh pengetua
akademik MTD. Sesi perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan Professional
Learning Community (PLC), tayangan video tentang aktiviti PLC yang telah dijalankan di
MTD. Puan Hairunnisa membawa siswa guru melawat disekitar sekolah untuk melihat
63
prasarana yang terdapat di MTD. Siswa guru berpeluang melihat sesi pembelajaran sebenar
di dalam kelas tingkatan 4 dan 5 serta melihat pelajar melakukan aktiviti amali di dalam
makmal kimia dan seterusnya melihat bagaimana pembelajaran berpusatkan murid
dijalankan di dalam subjek sains.
12. Jabatan Teknologi Pendidikan
12.1 BENGKEL ONLINE LEARNING (OLL)
Bengkel OLL telah dilaksanakan secara bersiri untuk pensyarah di jabatan-jabatan mengikut
keperluan dan permintaan. Setiap peserta diberi tapak kursus di portal e-Pembelajaran
http://oll.moe.edu.my/ipgkik. Peserta diberi pendedahan untuk memuat naik bahan
pembelajaran dalam bentuk MsWord, MsPowerPoint dan video. Selain itu, perserta juga
diberi tunjuk cara untuk mengendalikan forum dan pemberian tugasan secara online.
Objektif bengkel ini adalah untuk penyediaan tapak LMS antara pensyarah dan siswa guru,
kemudahan interaksi secara online antara pensyarah dan siswa guru dan menyampaikan
maklumat-maklumat tentang kurikulum dan isu semasa kepada siswa guru dengan lebih
mudah. Seramai hampir lebih 100 pensyarah daripada beberapa jabatan telah mengikuti
bengkel ini. Rumusan daripada bengkel ini ialah pensyarah mempunyai keyakinan tinggi
untuk menggunakan aplikasi LMS dengan latihan yang diberi dan ensyarah lebih mudah dan
pantas menyampaikan maklumat dan bahan melalui aplikasi LMS yang disediakan.
64
12.2 PROJEK PENDEDAHAN COMPUTATIONAL THINKING KEPADA PELAJAR SEKOLAH
Konsep Computational Thinking bermaksud menerapkan kemahiran pemikiran
komputasional dalam kalangan murid diintegrasikan merentas kurikulum. Konsep ini
merupakan kemahiran kritis yang bertujuan mencari penyelesaian masalah iaitu
penyelesaian tersebut dapat dilaksanakan oleh agen pemprosesan maklumat, contohnya
komputer, mesin dan sebagainya. Konsep ini juga melibatkan kemahiran seperti Decompose,
Abstraction, Pattern Recognition, Algorithm, Logical Reasoning, Evaluation dan lain-lain.
Objrktifnya adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang konsep
Computational Thinking, memperkenalkan beberapa kemahiran CT yang memudahkan
amalan pembelajaran, mengaplikasi konsep kemahiran berfikir secara komputasional secara
praktikal. Seramai 60 orang peserta dari pelajar Tahun 4 dan 5 Sekolah Ampang Campuran,
Ampang Selangor. Melalui projek ini, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan
berfikir secara komputasional dan pelajar boleh mengaplikasi aktiviti yang diberi melalui
konsep pemikiran komputasional.
65
12.3 BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN LEARNING OBJECT PENGENALAN
Bengkel Pembangunan Dan Pemurnian Learning Object telah diadakan pada 01 – 03 Ogos
2017, untuk memberi pendedahan kepada peserta daripada kalangan pensyarah IPG
Kampus dalam menghasilkan objek pembelajaran. Objek pembelajaran ini akan dimuat naik
secara digital dalam web pembelajaran IPGM bagi menghasilkan repositori learning objek
untuk kegunaan pelajar dan pensyarah IPGM. Penghasilan objek pembelajaran ini juga
diselaraskan dengan keperluan RMK setiap subjek.
13. Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
13.1 KURSUS PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA PENYELIDIKAN
Berlangsung pada 2 Mac 2017 (Khamis) bertempat di Bilik Latihan 204A Blok Harmoni IPG
Kampus Ilmu Khas. Kursus ini merupakan aktiviti jabatan yang pertama pada tahun 2017.
Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Rajagopal a/l Ponnusamy dengan dibantu
oleh kesemua pensyarah JPIPK. Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk
meningkatkan pemahaman terhadap kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data
dalam penyelidikan, memberi peluang kepada pensyarah memahami cara pengumpulan
data dan penganalisisan data dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dan ke arah
membudayakan amalan penyelidikan dalam kalangan warga IPGM Kampus Ilmu Khas.
Sambutan yang diberikan cukup baik dengan kehadiran seramai 30 peserta daripada
pelbagai jabatan yang terdapat di IPG Kampus Ilmu Khas.
66
13.2 BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENETAPAN KRITERIA PENERBITAN JURNAL
Bengkel Pemantapan Dan Penetapan Kriteria Penerbitan Jurnal ini diadakan 18 Julai 2017.
Bengkel ini dikendalikan bersama antara JPIPK dengan Pusat Sitasi Malaysia, Jabatan
Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Bengkel ini telah dihadiri oleh para
pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas dan juga telah disertai oleh beberapan orang peserta dari
IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG
Kampus Pendidikan Islam, dan IPG Kampus Darul Aman.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd Manaf (Ketua
Pusat Sitasi Malaysia) dengan dibantu oleh En. Muhammad Yazid Ismail (Penolong Pengarah
Unit Analisa). Bengkel ini membincangkan Penerbitan, Penilaian, dan Kriteria Jurnal Ilmiah.
Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk menyediakan garis panduan
penerbitan jurnal ilmiah, menyatakan kriteria yang perlu dipenuhi oleh jurnal untuk diindeks
dan menyediakan standard antarabangsa untuk penerbitan jurnal dan artikel.
67
13.3 SEMINAR ANTARABANGSA PEDAGOGI KE-8 (PEDA8) KERJASAMA BERSAMA JPIPK, JIP
IPG KAMPUS ILMU KHAS, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR DAN
UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA BANDUNG.
Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8) telah diadakan pada 19-20 September
2017. Seminar yang bertemakan “Memperkasa Amalan Pedagogi Dalam Kepelbagaian
Budaya Serantau Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan” ini telah menarik minat seramai 90
orang pembentang dari dalam dan luar IPG Kampus Ilmu Khas termasuk dari Kolej Universiti
Antarabangsa Selangor (KUIS), dan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, Indonesia.
Seminar ini merupakan pentas kepada para penyelidik dan pendidik berkongsi hasil
penyelidikan perkembangan pedagogi dalam kepelbagaian budaya serantau di samping
dapat menjana pelbagai idea pedagogi yang berkualiti demi menangani cabaran-cabaran
dalam pendidikan sejajar dengan aspirasi pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, seminar
ini berupaya untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di samping memantapkan
jaringan kolaboratif serantau.
68
13.4 PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP SEMESTER 8
Pelajar PISMP Semester 8 dari program PJK dan Pendidikan Muzik telah mengadakan
pembentangan penyelidikan tindakan di bawah penyelarasan JPIPK. Aktiviti adalah salah
satu syarat dalam kerja kursus. Pembentangan ini telah berlangsung pada 25-26 September
2017 (Isnin dan Selasa) bertempat di PJK (Bilik KBAT 1 dan KBAT 2), PMz (Bilik C102 dan
C108/107. Manakala 8 penyelidikan terbaik dari PJK dan PMz dipilih untuk dipersembahkan
dalam seminar penyelidikan PT yang telah berlangsung 4 Oktober yang lalu. Selain itu,
pembentangan poster juga diadakan.
69
14. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
14.1 MINGGU PENDAFTARAN DAN PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPPB)
PROGRAM PERGURUAN LEPASAN IJAZAH
Tarikh : 09 -10 Januari 2017
Tempat : Bilik Orkid
Minggu pendaftaran dan pengurusan pelajar baharu (MPPPB) untuk pelajar Program
Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (PDPLI) bagi Program Pelajar Cemerlang Ambilan Januari
2017 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dilaksanakan mulai 9 hingga 10
Januari 2017 (2 hari). Melalui aktiviti-aktiviti MPPPB ini diharapkan pelajar baharu dapat
meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap visi dan misi Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) dan Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), menyesuaikan
diri dengan budaya institut serta dapat mewujudkan sifat dan sikap yang ceria serta
komited sebagai warga IPGKIK dan eningkatkan interaksi yang positif, memupuk kerjasama,
perasaan muhibah serta komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab antara pelajar
dengan warga IPGKIK.
Seramai 19 orang pelajar baru diterima masuk di IPG kampus Ilmu khas yang masing-
masing berbeza bidang pengajian mereka. Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar
baharu bagi PDPLI PPC ambilan Januari 2017 telah dilaksanakan seperti yang dirancang. Min
keseluruhan keberkesanan MPPPB ini ialah 4.64 dan melepasi 4.1 seperti yang disasarkan
dalam objektif Kualiti. Kerjasama semua pihak terutama Jawatankuasa Pewakilan Pelajar
(JPP) dalam menjayakan MPPPB ini, walaupun singkat amat dihargai dan diucapkan terima
kasih.
70
14.2 KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO)
Tarikh : 3-5 Mac 2017
Tempat : Hotel Emperor Melaka
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah
menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
(JPP) bagi sesi 2017/2018 bertempat di Hotel Emperor Melaka pada 03 hingga 05 Mac 2017.
Seramai 30 peserta JPP serta 8 orang fasilitator dari JHEP dan JAPIM terlibat dalam kursus
yang diadakan ini.
Kursus ini telah menyuntik semangat para peserta untuk menguruskan organisasi
secara lebih terancang dan efisien dalam menguruskan sesebuah organisasi. Antara aktiviti
yang diadakan dalam kursus ini ialah kaedah pengurusan mesyuarat, penulisan minit
mesyuarat, protokol majlis, bengkel, ceramah kepimpinan, solat musafir, dan riadah. Kursus
ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPGKIK iaitu Dr. Mohammad Suhaimi Bin
Mohamed Ali dalam majlis penutupan pada 05 Mac 2017. Tahniah dan syabas kepada
semua Jawatankuasa Pewakilan Pelajar IPGKIK Sesi 2017/2018.
71
14.3 PROGRAM TUTORIAL
Tarikh : Setiap Bulan
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail
Program tutorial merupakan satu program di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Program tutorial terbahagi kepada tiga iaitu, Tutorial Besar, Santapan Rohani dan
Perjumpaan Jabatan dan Tutorial Peribadi. Peserta yang terlibat adalah semua siswa guru
IPG Kampus Ilmu Khas. Program tutorial memberikan impak yang besar dalam diri pelajar
terutama bagi membina sahsiah diri yang baik dan pelajar yang cemerlang.
15. Unit Kokurikulum
15.1 LARIAN 7K
Tarikh : 18 Februari 2017
Tempat : Kawasan Sekitar IPGKIK
Larian 7K telah dilangsungkan di padang IPGKIK dan kawasan berhampiran sekitar IPGKIK.
Larian tersebut telah dikelolakan oleh Siswa Guru PISMP Semester 4 dan DPLI di bawah
bimbingan unit kokurikulum. Siswa Guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
mengelola pertandingan yang diperolehi melalui acara Larian ini. Program ini merupakan
acara tahunan unit kokurikulum dan para peserta terdiri dari semua warga IPGKIK.
72
15.2 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) IPGKIK KALI KE-57 TAHUN 2017
Tarikh : 9 Mac 2017
Tempat : Padang IPGKIK
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPGKIK Kali Ke-57 Tahun 2017 telah dilangsungkan di
padang IPGKIK pada 9 Mac 2017. Upacara perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh
Dr. Noriati Binti A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM. KOT kali ini turut dimeriahkan dengan
kehadiran ikon sukan negara Datuk Marina Chin. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada
Siswa Guru PISMP Semester 4 dan DPLI dibawah bimbingan unit kokurikulum yang berjaya
melaksanakan tanggungjawab sebagai pengelola.
15.3 PEPERIKSAAN KEPEGAWAIAN KOM
Tarikh: 1 April 2017
Tempat: IPGKIK
Seramai 21 siswa guru dan seorang pensyarah telah lulus peperiksaan tersebut.
73
15.4 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PISMP SEM 6
Tarikh: 11 – 14 April 2017
Tempat: Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Sem 6 telah diadakan pada 11-14 April di hutan
Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan di bawah penyeliaan Unit Kokurikulum IPGKIK. Antara
aktiviti yang dilaksanakan adalah ikhtiar hidup (masakan solar dan masakan rimba), aktiviti
khidmat komuniti, membuat perangkap, kembara mendaki Gunung Angsi (ketinggian 825m)
dan persembahan malam budaya.
15.5 PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN COACHUNITY
Tarikh: 21 Julai 2017
Tempat: Dewan kuliah IPGKIK
Seramai 80 orang siswa guru telah menyertai program ini.
74
15.6 EKSPEDISI SUNGAI PISANG, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh : 12 Ogos 2017
Tempat : Sungai Pisang, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Seramai 9 pengakap DPLI, 11 pengakap Sem 5, 28 pengakap sem 3, 3 orang pensyarah dan 2
staff telah menyertai ekspedisi ini. Program ini telah menggabungkan beberapa kemahiran
pengakap seperti kembara, bacaan kompas dan peta, pertolongan cemas dan masakan
rimba. Pengembaraan yang mengambil masa 1 jam telah memberi peluang kepada ahli
pengakap untuk mengenali bentuk muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna.
15.7 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PISMP SEM 3 AMBILAN JUN 2016 DAN DPLI
PPC SEM 2 AMBILAN JAN 2017
Tarikh : 5-8 September 2017
Tempat : Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Sem 3 dan DPLI PPC Sem2 telah diadakan pada 5-8
September 2017 di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan di bawah penyeliaan Unit
Kokurikulum IPGKIK. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ikhtiar hidup (masakan rimba),
aktiviti khidmat komuniti, kembara, kawad kaki dan persembahan malam budaya.
75
15.8 KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 5
Tarikh: 6 - 10 November 2017
Tempat: Kem Rimba Tamu, Batang Kali
Seramai 132 orang siswa guru PISMP semester 5 akan mengikuti kursus ini
16. Unit Praktikum
Tiada
17. Unit Latihan dan Perkhidmatan
Tiada
18. Unit Bimbingan dan Kaunseling
18.1 PROGRAM TEAM BUILDING PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH
SAINS SELANGOR (SMSS)
Tarikh : 7 Januari 2017
Tempat : Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
76
18.2 HALA TUJU SELEPAS STPM ANAK- ANAK KAKITANGAN IPGKIK
Tarikh : 14 Mac 2017
Tempat : Makmal Komputer Jabatan Bahasa Melayu IPGKIK
18.3 HALA TUJU SELEPAS SPM ANAK- ANAK KAKITANGAN IPGKIK
Tarikh : 24 Mac 2017
Tempat : Makmal Komputer Jabatan Bahasa Melayu IPGKIK
18.4 KURSUS MOTIVATIONAL INTERVIEW KETUA JABATAN DAN KETUA UNIT
Tarikh : 7 Mac 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Orkid IPG KIK
77
Antara kursus dan perbincangan yang dilakukan dalam Program Motivational Interview yang
dilaksanakan oleh pihak Jabatan Psiaktri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur.
18.5 PROGRAM PENUTUP PEMENTORAN KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
Tarikh : 23 Mac 2017
Tempat : Restoran Big Apple Time Square Hotel Kuala Lumpur
78
18.6 PROGRAM KEPIMPINAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2
Tarikh : 1 April 2017
Tempat : SK Taman Midah 2
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program Kepimpinan Murid SK Taman Midah 2.
18.7 PROGRAM EDUNATION BLENDED PRSD IPG KAMPUS ILMU KHAS DAN
PRSD IPG TENGKU AMPUAN AFZAN
Tarikh : 11 April 2017
Tempat : Bilik Kuliah Jabatan Pendidikan Khas
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Edunation Blended PRSd IPG Kampus Ilmu Khas
dan PRSd IPG Tengku Ampuan Afzan.
79
18.8 KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) SIRI 2
Tarikh : 18 dan 19 April 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Orkid IPG KIK
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa (PRS).
18.9 KURSUS ASAS MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 2 SM SAINS SELANGOR
Tarikh : 22 April 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Orkid IPG KIK
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Motivasi pelajar Tingkatan 2 SM Sains Selangor.
18.10 Program Orientasi Pelajar Baharu PRA-PISM Ambilan Julai 2017
Tarikh : 11 Julai 2017
Tempat : DDRI, IPG KIK
80
19. Unit Pusat Sumber
19.1 PAMERAN BUKU KOLEKSI BAHARU
Tarikh : Sepanjang Januari 2017
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Ruang bacaan Pusat Sumber
Sepanjang bulan Januari 2017, Pusat Sumber telah mengadakan pameran koleksi buku-buku
baharu. Buku-buku yang dipamer ini dibeli pada penghujung tahun 2016 dan juga buku-
buku sumbangan.
19.2 KEMPEN PENDIDIKAN PENGGUNA: KOLABORASI BERSAMA JAWATANKUASA PERSATUAN
PELAJAR (JPP)
Tarikh : Sepanjang Februari 2017
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Ruang bacaan Pusat Sumber
Kelab Sukarelawan Pusat Sumber yang dianggotai oleh AJK Akademik Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) telah membantu mengelola aktiviti literasi maklumat melibatkan
pelajar dan mengurus menu maklumat pendidikan guru di weblog Pusat Sumber. Kelab ini
juga telah membantu pusat sumber menyediakan sudut info mengenai blog Pusat Sumber
yang dipamerkan di sudut ruang bacaan Pusat Sumber.
81
19.3 MINGGU BEBAS DENDA
Tarikh : 3 - 14 April 2017
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempa t: Pusat Sumber
19.4 SINERGI ILMU: PARADIGMA PENULISAN TESIS
Tarikh : 21 April 2017
Masa : 2.45 - 4.30 petang
Tempat : Ruang bacaan Pusat Sumber
Sinergi Ilmu dengan tajuk Paradigma Penulisan Tesis telah disampaikan oleh En. Anuar
Hussin (Ketua Pusat Sumber). Program ini dihadiri oleh 150 orang pensyarah. Penyampaian
ini meliputi penyampaian panduan penulisan yang lebih tersusun dan mudah difahami.
82
19.5 LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
Tarikh : 3 Mei 2017
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : PWTC Kula Lumpur
Seramai 30 orang pensyarah dan pelajar terdiri daripada pelbagai jabatan telah mengikuti
lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga IPGKIK dan untuk menyediakan
senarai buku rujukan Pusat Sumber bagi tahun 2017.
83
19.6 PAMERAN “SUCCESS STORIES” IPGKIK
Tarikh :Mulai Julai 2017 sehingga kini
Tempat : Pusat Sumber
Pameran “Success Stories” IPGKIK ini adalah kompilasi dan dokumentasi gambar kejayaan dan
pencapaian (success stories) IPGKIK.
19.7 PAMERAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Tarikh : Ogos dan September 2017
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Sumber
Pada Ogos dan September 2017 diadakan pameran bulan kemerdekaan dan hari Malaysia
yang berorientasi sejarah, kemerdekaan dan patriotisma sempena Bulan Kemerdekaan.
Pameran kali ini lebih menjurus kepada tokoh-tokoh wanita yang memperjuangkan
kemerdekaan, tokoh Perdana Menteri, serta logo dan tema merdeka Malaysia dari tahun
1976 sehingga 2017.
84
19.8 Taklimat Pelajar TESL
Tarikh : 18 Ogos 2017
Masa : 2.30-4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber
Taklimat ini adalah berkaitan dengan keahlian, peraturan pinjaman dan pemulangan bahan,
perkhidmatam-perkhidmatan yang disediakan serta koleksi-koleksi yang terdapat di Pusat
Sumber. Penerangan ini juga meliputi pencarian maklumat yang tepat dan mudah
menggunakan sistem OPAC.
19.9 TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PPSMP
Tarikh : 14 September 2017
Masa : 2.30- 4.00 petang
Tempat : Pusat Sumber
Taklimat ini adalah berkaitan dengan keahlian, peraturan pinjaman dan pemulangan bahan,
perkhidmatam-perkhidmatan yang disediakan serta koleksi-koleksi yang terdapat di Pusat
Sumber. Penerangan ini juga meliputi pencarian maklumat yang tepat dan mudah
menggunakan sistem OPAC.
85
BIDANG ORGANISASI
1. JABATAN PENDIDIKAN KHAS 2017
1. AKTIVITI GOTONG-ROYONG JPK / EKSA (DR. SHAHRUL ARBA’IAH)
Tarikh : 14 Januari 2017
Tempat : Dewan Kuliah
Jabatan Pendidikan Khas (JPK) telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana pada 14 Januari
2017 (Sabtu). Semua warga JPK telah membersihkan kawasan JPK serta memulihara taman-taman
dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan JPK. Objektif Gotong-royong Perdana
ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara pensyarah dan siswa guru JPK. Melalui aktiviti
perhimpunan juga adalah diharap dapat memberi peluang kepada siswa guru bekerjasama dengan
pensyarah dengan lebih optimum. Aktiviti gotong-royong juga bertujuan memulihara, menceriakan
dan membersihkan kawasan JPK agar lebih terjamin keselamatan dan keceriaan sepanjang masa.
Semua pensyarah dan semua siswa guru JPK terlibat dalam aktiviti ini. Warga JPK telah sama-sama
dapat menceriakan kawasan jabatan dan siswa guru telah mengemas kelas masing-masing sebaik
mungkin. Pokok-pokok yang terlalu besar telah dipangkas dengan rapi. Papan kenyataan juga telah
diletakkan maklumat terkini. Semoga kerjasama dan aktiviti ini akan terus dapat dilaksanakan dari
masa ke masa.
86
2. BENGKEL PEMUGARAN PENYELIAAN PRAKTIKUM
Tarikh : 3 Mei 2017 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat JPK
Majlis telah dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Dr Alijah binti Ujang. Beliau
telah menghuraikan tentang kepentingan latihan amalan profesional iaitu praktikum yang akan
dilalui oleh pelajar Sem 5 dan Sem 7 pada Semester 2 Tahun 2017. Beliau juga memaklumkan
bahawa semua pensyarah daripada Unit Masalah Pembelajaran perlu membantu Unit Masalah
Pendengaran dan Penglihatan dalam membuat penyeliaan praktikum memandangkan jumlah
pelajar yang ramai. Oleh itu, bengkel ini sangat penting dalam memberi pendedahan dan kemahiran
kepada semua pensyarah yang terlibat. Seterusnya sesi telah dijalankan oleh Penyelaras Praktikum
Jabatan, En. Mohd Yusoff bin Md. Noor. Beliau telah memberikan taklimat tentang penggunaan
borang-borang baharu yang digunakan semasa sesi praktikum. Borang-borang berkenaan ialah
Borang PR1 dan Borang PR2 serta juga borang penilaian aktiviti kokurikulum. Semua pensyarah telah
diberikan penjelasan terperinci tentang item-item yang terdapat dalam borang-borang
berkenaan. Beliau juga telah memberi penjelasan tentang prosedur-prosedur penting dalam
penyeliaan praktikum seperti bilangan penyeliaan dan sebagainya. Sesi soal jawab dengan
pensyarah juga telah diadakan. Sesi seterusnya ialah bengkel yang dijalankan secara berasingan oleh
Unit Masalah Pendengaran dan Unit Masalah Penglihatan. Bengkel Masalah Pendengaran
dikelolakan oleh Ketua Unit iaitu Dr. Madinah manakala bengkel pendengaran oleh Ketua Unit iaitu
Encik Zainal Nasir. Kedua-dua bengkel dijalankan dengan lancar dan teratur.
Ketua Jabatan, Dr. Alijah serta pensyarah, Dr. Hajarul Bathi dan En. Sabri Nordin sedang tekun
mempraktikkan bahasa isyarat dalam bengkel oleh Pensyarah Unit Masalah Pendengaran, bersama
Dr. Sharul Arbai’ah.
87
3. PROGRAM MEMASYARAKATKAN OKU (MOKU) PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
TEMA : “KOLABORATIF MULTI DISIPLIN KESIHATAN OKU TERJAMIN”
Tarikh : 19 - 20 Julai 2017 (Rabu & Khamis)
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail
Objektif :
1. Memupuk kesedaran serta sifat prihatin masyarakat terhadap kesihatan komprehensif
kanak-kanak.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidik, bakal pendidik tentang kesihatan
OKU.
3. Meningkatkan kesedaran ahli masyarakat dalam mengenal pasti masalah pendengaran dan
penglihatan sejak lahir.
4. Menguar-uarkan program intervensi dan pemulihan serta kemudahan perkhidmatan untuk
kanak-kanak kurang upaya pendengaran dan penglihatan.
5. Menguar-uarkan dan mempromosikan Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (I-
Hears) serta kepentingannya kepada golongan guru.
6. Meningkatkan jaringan kerjasama Fakulti Perubatan, Institut HEARS, HEJIM dan IPGKIK
melalui strategi Lautan Biru dalam meningkatkan kompetensi pensyarah serta siswa guru
dalam bidang Pendidikan Khas.
Program MOKU 2017 dimulakan dengan ucapan perasmian pembukaan Program MOKU 2017 yang
disempurnakan oleh Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu Dr. Rosmini
Ku Ahmad. Program MOKU 2017 merupakan satu program yang telah dilaksanakan dengan
kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti dan Pusat Perubatan UKM serta
Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan i-Hears. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang
program ini berlangsung di antaranya pembentangan kertas kerja, bengkel dan forum. Selain
daripada itu juga, program ini menyediakan gerai-gerai perkhidmatan dan pameran seperti
pemeriksaan mata dan telinga, pameran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, gerai-
gerai jualan oleh syarikat swasta serta PDK kami dan sebagainya.
Sepanjang berlangsungnya program ini selama dua hari terdapat enam pembentangan
kertas kerja yang dibentangkan oleh pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Khas IPGKIK dan pakar
bidang pendengaran dan penglihatan dari Pusat Perubatan UKM (PPKUM). Selain daripada itu juga
terdapat beberapa bengkel dijalankan sepanjang dua hari tersebut seperti Bengkel Orientasi dan
88
Mobiliti, Bengkel Asas Braille, Bengkel Pendedahan Alat Bantu Dengar (ABD) dan FM Sistem serta
Bengkel Asas Bahasa Isyarat. Peserta program amat teruja dengan bengkel ini kerana mereka
didedahkan dengan kemahiran dan pengalaman baru secara hands on seperti menggunakan mesin
braille, berjalan menggunakan tongkat putih dengan mata ditutup (orientasi dan mobiliti), belajar
asas bahasa isyarat, pendedahan awal penggunaan alat bantu dengar (ABD) dan FM sistem.
Pengalaman dan kemahiran ini amat sukar diperoleh dalam program-program lain.
Pada hari kedua pula diadakan forum yang bertajuk “Kejayaan Milik Kita”. Ahli panel forum
terdiri 3 individu OKU penglihatan yang berjaya iaitu Dr. Ahmad Shamsuri Muhamad (Pensyarah
Kanan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya), En Mohd Faizal Che Yusof (Pengurusi Persatuan Orang
Cacat Penglihatan Islam Malaysia) dan En Wong Yoon Long (Pengurus Pusat Advokasi, Penyelidikan
dan Empowerment, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia). Oleh itu dengan pelaksanaan
Program MOKU 2017 ini memberi impak yang tinggi kerana ia yang memberi pelbagai input
pengetahuan, pengalaman baru, guru selain Pendidikan Khas dan Guru Pendidikan Khas, kakitangan
perubatan, siswa guru dan masyarakat setempat mengenai kewujudan golongan OKU dan
bagaimana pelbagai pihak termasuk kumpulan pelbagai multi disiplin membantu golongan ini
meneruskan hidup mereka seperti orang lain serta menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka
amnya.
Ketibaan perasmi Progran MOKU 2017 Dr. Rosmini Ku Ahmad diiringi Pengarah dan Timbalan
Pengarah IPGKIK.
89
Gimik Perasmian Program MOKU 2017 Ucaptama Prof. Dr. Asma Abdullah
(Ketua Jabatan ORL-HNS.PPUKM)
Bengkel Asas Bahasa Isyarat Bengkel Asas Braille
Forum “Kejayaan Milik Kita”
90
2. JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 2017
2.1 IFTA JABATAN (19 JUN 2017)
Selain daripada aspek akademik dan kemahiran dalam sukan, kemahiran sosial dan
komunikasi pelajar opsyen Pendidikan Jasmani adalah salah satu kemahiran insaniah yang
dipupuk dalam Jabatan PJK. Majlis iftar jabatan merupakan salah satu laluan untuk
merapatkan ukhwah dalam kalangan warga JPJK di samping mengingatkan pelajar Islam
untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Semua pensyarah dan pelajar JPJK telah
menghadiri majlis buka puasa tersebut dan dapat bergaul secara mesra di samping
menikmati juadah.
3. JABATAN PENDIDIKAN MUZIK 2017
3.1 GOTONG ROYONG PENDIDIKAN MENGECAT JABATAN MUZIK
Tarikh :14, 21 dan 26 Januari 2017
Tempat : Jabatan Pendidikan Muzik
Sebahagian pelajar Pendidikan Muzik bersama-sama membantu untuk mengecat dinding
bahagian dalam pejabat dengan warna biru laut. Hasilnya, seluruh bilik pejabat Jabatan
Pendidikan Muzik telah bertukar warna yang lebih terang dan ceria menjadikan persekitaran
dalam pejabat lebih bersih, selesa, mesra dan nyaman. Aktiviti ini, adalah sebahagian
daripada perlaksanaan EKSA di Jabatan Pendidikan Muzik.
3.2 KOIR DAN PERSEMBAHAN GAMELAN PERASMIAN KURSUS KESIHATAN
Tarikh : 21 Februari 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail
Siswa guru semester 2 dan semester 6 membuat persembahan semasa pembukaan rasmi
kursus tersebut. Tujuan persembahan diadakan adalah untuk menarik minat tetamu VIP
agar dapat memberikan sumbangan kepada pelajar semester 6 untuk membuat
persembahan “Konsert The Muzikal” bagi memenuhi keperluan kerja kursus Muzik
Malaysia. Setelah menyaksikan persembahan tersebut penyumbang telah bersetuju untuk
memberikan sumbangan terhadap kumpulan G6.4. bagi kegunaan pengurusan konsert
berkenaan.
91
Persembahan Gamelan oleh pelajar semester G6.4
Persembahan Koir Kursus Kesihatan
3.3 KOIR DAN BAND UNTUK HARI PERINGATAN PANDU PUTERI
Tarikh : 4 Mac 2017
Tempat : Dewan Aminudin Baki , IPG Kampus Bahasa Melayu.
Persembahan Koir yang disertai oleh pelajar semester 2 siswa guru Pendidikan Muzik.
Diiringi oleh pasukan band The Crescendo yang terdiri daripada 5 pemain muzik daripada
siswa guru semester 2. Mereka menjalankan latihan selama lima hari di IPG Kampus Ilmu
Khas dan pada majlis tersebut mereka turut diberi penghargaan untuk mengiringi
92
persembahan nyanyian oleh Dr. Noriati bt A. Rashid mantan Timbalan Rektor IPGM, KPM.
Persembahan memberikan satu impak kolaborasi yang baik terbentuk antara Jabatan
Pendidikan Muzik dengan Persatuan Pandu Putri Malaysia secara khasnya dan kolaborasi
dengan IPGM secara amnya.
Pasukan Koir Jabatan Pendidikan Muzik.
Kumpulan band The Crescendo yang mengiringi kumpulan koir Jabatan Pendidikan Muzik.
93
3.4 PERSEMBAHAN KOIR MAJLIS PENUTUP MINGGU INOVASI IPGKIK
Tarikh : 26 April 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas
Persembahan Koir yang terdiri daripada pelajar PISMP semester 2 menyanyikan lagu
“Inovasi” dengan iringan band The Crescendo. Mereka melakukan latihan selama 3 hari
sebelum majlis berlangsung. Penglibatan ini memberikan pelajar peluang untuk
mengembangkan bakat sedia ada dan meningkatkan tahap kemahiran nyanyian mereka.
Pelajar tersebut telah memberikan kerjasama yang total dalam latihan, malah persembahan
mereka juga bertambah matang.
Koir Hari Inovasi
3.5 PERSEMBAHAN KOIR PERHIMPUNAN DAN ANUGERAH CEMERLANG
Tarikh : 5 Mei 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas
Seramai 25 pelajar dari kumpulan PISMP G2.4 dan G2.5 telah membuat persembahan koir
pada majlis perhimpunan bulanan dan juga Anugerah Cemerlang. Mereka juga telah
menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuk kakitangan yang lahir dari bulan Januari hingga
Mei 2017.
Koir Anugerah Cemerlang
94
3.6 PERSEMBAHAN MALAM JEJAK ALUMNI 2017
Tarikh : 28 April 2017
Tempat: Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas
Seramai 69 siswa guru terlibat dalam persembahan Malam Jejak Alumni Ilmu Khas yang
diadakan pada 28 April 2017. Pada hari tersebut IPGKIK sebagai penggerak Malam Jejak
Alumni Ilmu Khas telah berjaya mengumpulkan alumni IPGKIK seramai lebih kurang 500 ahli.
Di kesempatan tersebut juga telah diadakan persembahan yang membabitkan sebahagian
besar pelajar Jabatan Pendidikan Muzik serta pelajar dari jabatan-jabatan lain. Mereka telah
mempersembahkan tarian dan nyanyian menghiburkan alumni yang hadir pada malam
tersebut. Seterusnya diikuti dengan persembahan daripada alumni.
Latihan Persembahan Alumni
Latihan Dikir Barat Malam Jejak Alumni
95
3.7 BENGKEL PLC (PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY-KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL)
Tarikh : 15 Mei 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik.
Semua pensyarah terlibat dengan LPS yang dijalankan. Fasilitator yang terlibat ialah Pn. Nik
Rozalind bt Nik Hassan. Semua jabatan digalakkan menjalankan PLC bersama-sama rakan
sejawat bagi meningkatkan kemahiran tertentu yang dikuasai oleh rakan sejawat kita, untuk
bertukar-tukar kemahiran yang ada.
3.8 BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF
Tarikh : 22 Mei 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik
Semua pensyarah terlibat dengan bengkel tersebut. Encik Peter Ong menjadi fasilitator
dalam bengkel ini bagi menerapkan kepentingan untuk menjalankan pedagogi inklusif ini di
dalam proses pdp di sekolah.
3.9 BENGKEL CDL (CLOSING THE LOOP)
Tarikh : 23 Mei 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik
Semua pensyarah terlibat dalam bengkel tersebut. Encik Yusri, Puan Laura, dan Pn. Nadiah
telah membantu dalam pengurusan bengkel.
96
4. JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2017
4.1 EKSPLORASI DAN SENI CATAN LANSKAP
Tarikh : 6 dan 7 Februari 2017
Tempat : Hutan Lipur, Sg Kancing, Templer Park Rawang, Selangor
Bilangan Yang Terlibat : 28 Orang Pensyarah dan 5 Orang Staf Sokongan
Program Eksplorasi dan Seni Catan Lanskap terbuka untuk pensyarah dan staf sokongan yang
berminat untuk mendapatkan kemahiran nilai tambah yang di luar kepakaran masing- masing.
Penganjur menekankan beberapa pendekatan antaranya, membuat penerokaan dan apresiasi
tentang Alam Semulajadi di hutan lipur, menghasilkan arca assemblaj berdasarkan bahan yang boleh
dikitar semula, membuat kritikan dan apresiasi terhadap karya sendiri dan kumpulan lain,
mengaplikasi imej lapangan dalam bentuk catan, penilaian karya catan dan penyampaian hadiah.
Melalui program ini peserta akan melaksanakan eksplorasi dan eksperimentasi dalam meningkatkan
pengalaman estetik dan nilai sayang akan alam sekitar. Peserta akan dapat pendedahan tentang
bahan, media dan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi dan pengalaman estetik
dalam bentuk visual dan produk. Malah peserta akan dapat meneroka proses sebenar dalam
penghasilan sesuatu karya seni catan khususnya dalam menggunakan teknik monocrom.
Objektif
i. Membuat apresiasi terhadap keindahan dan peranan alam sekitar serta impaknya dalam
kehidupan dan interaksi PdP.
ii. Membuat penerokaan alam sekitar dan menterjemahkan dalam bentuk visual ruang atau
seni tampak.
iii Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat memupuk semangat kerja berpasukan,
meningkatkan keyakinan diri dan berani mencuba dalam kalangan peserta semasa
mengendalikan aktiviti seni di luar.
iv. Memberi kemahiran nilai tambah dan softskill kepada peserta khususnya yang bukan
opsyen seni.
97
4.2 AKTIVITI DI SEKOLAH NUKLEUS BAGI PKKB IPG KAMPUS ILMU KHAS
Tarikh : 15 dan 22 Ogos 2017
Tempat : SK Cockrane Perkasa & SK Convent Jalan Peel KL
Penceramah : Faridah Anum binti Abdul Wahid dan Salehuddin bin Zakaria
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
4.3 PROGRAM ART CAFE
Tarikh : Bermula pada Mac 2017
Tempat : Jabatan Pendidikan Seni Visual
Bilangan yang Terlibat : Puan Zainun Abu Bakar (mentor) dan 15 orang pelajar PISMP G3.8
Program ini adalah aktiviti jualan yang dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar.
Program ini bertujuan untuk mencari dana tambahan bagi menjayakan projek seni dalam mata
pelajaran Seni dan Pengurusan pada semester 8 nanti. Penerapan Elemen Keusahawanan akan
menghasilkan siswa guru yang mempunyai sikap dan pemikiran yang cemerlang. Penerapan nilai
keusahawanan ini sejajar sebagaimana yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) bertujuan untuk membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan amalam keusahawanan
melalui aktiviti-aktiviti pengajaran di kelas.
98
4.4 PERLAKSANAAN EKSA DI IPGKIK, PENGAUDITAN DAN PERTANDINGAN EKSA ANTARA
JABATAN DAN UNIT
Tarikh : 22 Jun 2017
Tempat: : IPGKIK
Bilangan yang terlibat : Semua warga JPSV
IPGKIK melaksanakan EKSA lanjutan dari program 5S dan Lestari. Objektif mendapatkan sijil
EKSA menjelang hujung tahun 2017. Semua jabatan/unit diminta menambah baik zon
masing masing. Jabatan mengemas kini sudut EKSA seperti nama zon, carta perbatuan,
pelan lantai zon dan jabatan serta mengemas kini rekod aktiviti 5S, Lestari dan EKSA.
Membuat labeling semula peraturan penyimpanan bahan makanan di pantri/ peti sejuk.
Penggunaan ruang/alatan/mesin photostat merujuk kepada manual penggunaan di mesin
photostat. Terdapat catatan penggunaan Lestari seperti tiada penggunaan lampu dan
aircond semasa waktu rehat. Pn. Faridah Anum JPSV selaku penyelaras dokumen EKSA
IPGKIK menyampaikan maklumat yang perlu dilaksanakan. Audit diadakan pada 11 Oktober
2017.
4.5 PAMERAN ALAM & GURU ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN BALAI SENI
NEGARA
Tarikh : 21 Oktober hingga 12 November 2017
Tempat : Creative Space 1, Balai Seni Negara
Bilangan yang Terlibat : 76 peserta pameran (8 pensyarah JPSV) dan 35 siswa guru (urusetia)
75 karya peserta dipamerkan yang terdiri daripada pendidik seni seluruh negara. Pameran ini
bertemakan 'Alam & Guru'. Perasmian pameran diadakan pada 2 November 2017. Pameran Alam
99
& Guru adalah hasil karya dalam kalangan guru-guru Pendidikan Seni Visual dari peringkat sekolah
rendah sehingga ke peringkat Institut Pendidikan Guru dari seluruh Malaysia. Tujuan pameran ini
diadakan adalah sebagai salah satu aktiviti yang mampu merancakkan lagi kegiatan seni visual tanah
air dan memartabatkan lagi karya guru-guru seni visual ke peringkat yang lebih tinggi. Tema “Alam
& Guru” yang mendasari pameran ini menyajikan satu wacana yang kental dengan nilai-nilai yang
diinspirasikan dari alam sebagai satu bentuk komunikasi visual yang dipersembahkan secara dua
dimensi.
5. JABATAN PENDIDIKAN ILMU PENDIDIKAN
5.1 MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH BESTARI IPG KAMPUS ILMU KHAS
Tarikh : 12 Oktober 2017
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam
semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan ke sekolah rendah kelak. Proses perkembangan kanak-kanak adalah
berterusan dan memerlukan penglibatan semua pihak. Pemuafakatan antara guru
dengan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu perkembangan dan kemajuan
kanak-kanak secara berterusan ke arah melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang. Justeru kejayaan murid prasekolah menamatkan pengajian mereka di
prasekolah bestari IPG Kampus Ilmu Khas perlu dihargai dan diraikan dengan
mengadakan Majlis Graduasi.
100