The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2021-10-21 04:11:31

SUKPS - Laporan Tahunan 2015

SUKPS - Laporan Tahunan 2015

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

2

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

KANDUNGAN

06 Perutusan YAB Menteri Besar 47-119 Sektor Pengurusan

07 Kata Aluan YB Setiausaha 49 Pejabat Menteri Besar
Kerajaan Negeri Perlis
57 Bahagian Dewan Undangan
09 Teraju Utama Negeri & Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri
14 Carta Organisasi
Pejabat Setiausaha 65 Bahagian Khidmat Pengurusan
Kerajaan Negeri Perlis
73 Unit Protokol

79 Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia

15-44 Sektor Pembangunan 84 Unit Kualiti, Inovasi dan
Pembangunan Modal Insan
17 Unit Perancang Ekonomi Negeri
91 Bahagian Pengurusan
Teknologi Maklumat

31 Unit Perumahan dan Kerajaan 101 Bahagian Pengurusan
Tempatan Korporat & Integriti

39 Unit Pentadbiran Daerah 119 Majlis Sukan Negeri

127 Unit Audit Dalam

131 Diari Korporat

135 Sidang Editorial

3



PERUTUSAN

YAB MENTERI BESAR

&

KATA ALUAN

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

PERUTUSAN

YAB MENTERI BESAR, PERLIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps) atas komitmen dan
kesungguhan dalam melaksanakan agenda pentadbiran dan pembangunan
negeri sepertimana yang dimanifestasikan dalam Buku Laporan Tahunan
PSUK Negeri Perlis 2015 ini.

Tahun 2015 telah melabuhkan tirainya melalui agenda Perlis Maju 2015, dan
kesinambungannya diteruskan lagi melalui Rancangan Struktur Negeri Perlis
2030 (RSN Perlis). RSN Perlis yang merupakan dokumen perancangan
jangka panjang pembangunan negeri Perlis, menggariskan dasar dan strategi
berterusan untuk membangunkan negeri Perlis sebagai Negeri Bandaraya
menjelang 2030. Ia memfokuskan kepada pembangunan secara mampan
dari aspek ekonomi, fizikal, sosial, dan alam sekitar, sejajar dengan aspirasi
Kerajaan Negeri yang menekankan elemen positif kehidupan bandar yang
menekankan kepada keindahan alam sekitar serta kualiti hidup yang lebih
murni.

Jentera pentadbiran yang kukuh, khususnya PSUK Ps yang menjadi “tulang
belakang” dalam aspek pentadbiran dan pembangunan negeri merupakan
tunggak utama dalam pelaksanaan RSN Perlis. Semoga kerjasama bersepadu
antara seluruh Jabatan Kerajaan di negeri Perlis dapat dimantapkan lagi
dengan gandingan penglibatan yang lebih signifikan oleh seluruh penjawat
awam sebagai jentera penggerak bagi memastikan hasrat dan keperluan
masyarakat dapat dipenuhi.

Saya mengharapkan agar seluruh Jabatan Kerajaan dan penjawat awam,
khususnya kakitangan PSUK Ps, dapat terus memberikan sumbangan yang
signifikan dalam persekitaran kerja yang kian mencabar. Setiap kakitangan
perlu lebih dinamik dan proaktif dalam membuat keputusan dan tindakan,
serta perlu lebih responsif kepada dinamisma semasa serta kehendak
stakeholders dan pelanggan agar pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal
negeri Perlis dapat dicapai.

Sekian. Selamat Maju Jaya.

YAB Dato’ Seri Azlan bin Man
Menteri Besar Perlis

6

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

KATA ALUAN

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Segala pujian kepada Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya jua,
Laporan Tahunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps)
bagi tahun 2015 telah berjaya diterbitkan. Sekalung penghargaan kepada
Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti, yang telah memberi komitmen
penuh dalam menghasilkan Laporan Tahunan PSUK Ps Negeri Perlis 2015
ini. Ucapan terima kasih juga, dipanjangkan kepada setiap bahagian/unit yang
telah bersama-sama terlibat dalam penyediaan Buku Laporan Tahunan ini.

Sepanjang tahun 2015, pelbagai bentuk perancangan program dan aktiviti
telah berjaya dilaksanakan dan dibukukan dalam Buku Laporan Tahunan
PSUK Ps. Adalah menjadi harapan saya agar penerbitan buku ini bukan
sahaja dapat memberi gambaran yang jelas tentang fungsi dan peranan
setiap bahagian dan unit, malah dapat dijadikan sebagai kayu pengukur
bagi pencapaian pentadbiran ini. Penerbitan buku ini boleh membantu setiap
bahagian dan unit dalam meneliti dan merancang dengan lebih baik lagi
program-program yang akan datang, khususnya dalam menjayakan hasrat
dan aspirasi kepimpinan tertinggi Negeri Perlis.

Perkhidmatan awam, khususnya PSUK Ps, merupakan tonggak utama
jentera pentadbiran negeri dan haruslah meletakkan keutamaan kepada
peningkatan kualiti dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan. Usaha untuk “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” dan memajukan
Negeri Perlis melalui perkhidmatan awam haruslah diperkukuhkan lagi,
melalui penghayatan sepenuhnya terhadap enam (6) prinsip utama iaitu
keterbukaan, turun padang, musyawarah (engagement), insaniah, kerjasama
awam-swasta-NGO dan semangat kekitaan. Perkhidmatan yang terbaik dan
berkualiti hanya dapat dicapai melalui sikap prihatin penjawat awam terhadap
pelanggan, serta sentiasa mencari peluang dan kaedah bagi memastikan
kehendak pelanggan dapat dipenuhi.

Akhir penutup bicara, marilah kita menggembleng tenaga dan bertekad dalam
memikul amanah dan tanggungjawab demi kemajuan dan kesejahteraan
masyarakat dan Negeri Perlis.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Maju Jaya dan Salam 1Malaysia.

YB Tuan Ahmad Zamri bin Khairuddin
Setiausaha Kerajaan Perlis

7



TERAJU UTAMA

KERAJAAN NEGERI PERLIS

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

MENTERI BESAR
PERLIS

YAB Dato’ Seri Azlan bin Man
S.P.M.P., A.M.P.
N.11- Pauh

(Pentadbiran & Kewangan, Pelaburan & Perdagangan Antarabangsa,
Perancangan Ekonomi & Pembangunan industri, Hal Ehwal Tanah,

Pendidikan & Pengajian Tinggi, Keselamatan & Ketenteraman Awam,
Hubungan Antarabangsa & Kerjasama Sempadan, Penerangan)

SPEAKER

DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS

YB Tuan Haji Hamdan bin Bahari
A.M.N., A.M.P., P.M.P.

10

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

AHLI RASMI MAJLIS
MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

KEUTAMAAN NEGERI PERLIS

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

YB Tuan Ahmad Zamri bin Khairuddin
P.J.K.

PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI

YB Tuan Wan Jeffry bin Kassim

PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

YB Tuan Mohammad bin Ismail

11

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

AHLI MAJLIS

MESYUARAT KERAJAAN

YB Dato’ Haji Sabry bin Ahmad YB Tuan Haji Jafperi bin
Othman
D.P.M.P., S.M.P., A.M.N.
N.5 – DUN Santan S.M.P., P.J.K.
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & N.13 – DUN Guar Sanji
Kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Kemudahan & Prasarana Awam, Kemajuan
Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan,
& Bandar Baru Kesihatan

YB Tuan Ahmad Bakri @ YB Tuan Haji Khairi bin Hasan
Ahmad Zakri bin Dato’ Ali
S.M.P., P.P.N., P.J.K.
S.M.P., K.M.N., S.S.P. N.4 – DUN Mata Ayer
N.10 – DUN Kayang Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Sumber
Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan, Manusia
Perladangan, & Komoditi, Bioteknologi &
Teknologi Hijau, Pembangunan Usahawan &
Industri Kecil & Sederhana

YB Tuan Abdul Jamil bin Saad YB Tuan Haji Mat bin Haji
Hassan
S.M.P., A.M.P., P.M.P.
N.7 – DUN Sena P.M.P., P.J.K.
Belia & Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, N.9 – DUN Kuala Perlis
Kesenian & Warisan Perumahan & Kerajaan Tempatan,
Perkhidmatan Bandar,
Pembangunan Penjaja & Peniaga Kecil

YB Datuk Mat Rawi bin Kassim YB Puan Hajah Rela binti
Ahmad
D.P.S.M., S.M.P., P.J.K.
N.2 – DUN Beseri A.M.N., P.M.P., P.J.K., P.J.B.
Sumber Asli & Alam Sekitar, Sains, Teknologi, N.6 – DUN Bintong
Inovasi & Pembangunan Teknologi Maklumat Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat,
& Komunikasi (ICT), Hal Ehwal Komunikasi Kebajikan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat
Korporat & Aduan Awam, Tadbir Urus Kerajaan,
Tugas-tugas Khas

12

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI

YB Dato’ Ismail bin Kassim YB Tuan Khaw Hock Kong

D.P.M.P., S.M.P., A.M.P. S.S.P., P.J.K.
N.12 - DUN Tambun Tulang N.1 – DUN Titi Tinggi

YB Tuan Nurulhisham bin YB Puan Asmaiza binti Ahmad
Yaakob
A.M.P., P.M.P.
A.M.P., P.M.P., P.J.K., P.J.B. N.3 – DUN Chuping
N.14 – DUN Simpang Empat

YB Tuan Mohd Shukri bin YB Tuan Chan Ming Kai
Ramli
N.8 – DUN Indera Kayangan
N.15 – DUN Sanglang

13

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

CARTA ORGANISASI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

YB SETIAUSAHA KERAJAAN
NEGERI PERLIS

SETIAUSAHA PEJABAT

PEMBANGUNAN PENGURUSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA TIMBALAN SETIAUSAHA
KERAJAAN/ KERAJAAN

PENGARAH UPEN

UPEN

MAKRO SEKTORAL UPKT UPD KORPORAT AUDIT BPSM BKP PEJABAT DUN & BPTM MSN MUZIUM
DALAM MB MMK
KETUA KETUA PENGURUS PENGARAH KURATOR
TIMBALAN TIMBALAN KETUA KETUA KETUA KETUA UNIT PENOLONG PENOLONG SETIAUSAHA SETIAUSAHA
PENGARAH PENGARAH PENOLONG PENOLONG PENOLONG AUDIT DALAM SETIAUSAHA SETIAUSAHA SULIT KANAN DEWAN/MMK
SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHA KERAJAAN KERAJAAN
KERAJAAN KERAJAAN KERAJAAN

UKIPMI PROTOKOL

KETUA UNIT KETUA UNIT

UPEN : UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI
UPKT : UNIT PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN
UPD : UNIT PENTADBIRAN DAERAH
KORPORAT : BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT & INTEGRITI
AUDIT DALAM : UNIT AUDIT DALAM
BPSM : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BKP : BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT MB : PEJABAT MENTERI BESAR
DUN & MMK : BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI & MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
BPTM : BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
MSN : MAJLIS SUKAN NEGERI
MUZIUM : MUZIUM KOTA KAYANG

14

SEKTOR PEMBANGUNAN

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Unit Pentadbiran Daerah



UNIT
PERANCANG EKONOMI
NEGERI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Blok A, Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Perlis
01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-973 1851 Faks: 04-976 2951

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI

1. FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Merancang, menilai dan menyelaras bajet program/projek pembangunan serta mengumpul
data sosioekonomi negeri Perlis.

2. FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

a) Merancang dasar, pelan, program, dan projek pembangunan Negeri Perlis;

b) Melaksana dan memantau dasar, program dan projek pembangunan Negeri Perlis;

c) Menilai dasar, program dan projek pembangunan Negeri Perlis;

d) Mengumpul data maklumat sosioekonomi Negeri Perlis; dan

e) Mengurus dan menyelaras program/projek pembangunan Negeri Perlis.

3. BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM PENTADBIRAN

Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis dibahagikan kepada dua (2) bahagian/sektor bagi
melaksanakan fungsi-fungsi bahagian dengan berkesan dan menyeluruh iaitu:

a) SEKTORIAL

i. Bajet Pembangunan
ii. Rancangan Malaysia Lima Tahun
iii. Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT)
iv. Pembangunan Wilayah
v. Pelaburan
vi. Infrastruktur
vii. Perumahan dan Kerajaan Tempatan
viii. Pengangkutan
ix. Kemudahan dan Prasarana Awam
x. Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
xi. Sukan

b) MAKRO

i. Pertanian, Perikanan dan Penternakan
ii. Bioteknologi
iii. Teknologi hijau
iv. Sumber Asli/Alam Sekitar
v. Perhutanan
vi. Kuari dan Perlombongan

18

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

vii. Data Sosioekonomi
viii. Sains dan Teknologi
ix. Pembangunan Modal Insan
x. Sosial
xi. Kesihatan
xii. Tanah
xiii. Sistem Maklumat Geografi (GIS)
xiv. Usahawan

4. PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM UPEN BAGI TAHUN 2015

BIL TARIKH PROGRAM TEMPAT RINGKASAN PROGRAM
1. 5-8 Mei 2015
Lawatan Kerja Melaka Lawatan benchmarking bagi
Penanda Aras 2 Negeri Sembilan melihat dan menambahbaik
infrastruktur dan pembangunan di
Perlis Maju Perak
Negeri Perlis

2. 8-10 Mei 2015 Karnival Mempelam C-Mart Arau Jualan besar-besaran buah
Harumanis mempelam Harumanis kepada

masyarakat

3. 23 Jun 2015 Lawatan Tapak Terminal Bukit Lawatan bertujuan memantau
Projek Bas Henti- Lagi, Kangar kerja-kerja yang sedang

Henti dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

4. 1 Ogos 2015 Karnival Kerjaya Dewan Seri Melati, UPEN mengadakan Pameran
dan Hari Mesra Beseri Projek-projek Pembangunan
Pelanggan 2015 di Negeri Perlis bersama-sama
Bahagian Pengurusan Korporat &

Integriti

IGEM 2015 bertemakan “Powering

The Green Economy”. IGEM

bertujuan untuk mempromosikan

International produk dan perkhidmatan kepada

5. 8 – 12 Greentech & Eco Kuala Lumpur pihak luar terutama kepada pelabur
September 2015 Products Exhibition & Convention Centre dalam dan luar Negara. Penyertaan
Conference Malaysia
(KLCC) Kerajaan Negeri dengan

(IGEM 2015) kerjasama pihak UiTM Arau telah

mempromosikan enam (6) produk

teknologi hijau hasil kajian oleh

penyelidik UiTM.

6. 2-4 Oktober 2015 Program Unit Perancang Pelaksanaan dan berkongsi cara
Perkongsian Ekonomi Negeri kerja 5S UPEN Terengganu.

Strategik Terengganu

7. 23 Oktober 2015 Lawatan ke Pusat Latihan Lawatan tapak ke 2 pusat latihan
Pusat Latihan Kemahiran SLC bagi memantau pelaksanaan
Bagi Program PPKK. Lawatan disertai oleh
Peningkatan Kapasiti & Stradford
dan Kapabiliti International UPD, UPKT, JTK, ICU & UPEN.
Kumpulan Khusus College, Pulau Perjumpaan dengan pelatih PPKK

(PPKK) Pinang diadakan untuk mendapatkan
maklum balas pelatih terhadap

latihan yang diberikan.

19

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

BIL TARIKH PROGRAM TEMPAT RINGKASAN PROGRAM

Lawatan Tapak Stesen Lama Meninjau dan membuat
ke Projek Perlis KTMB Arau pemerhatian kawasan tapak
Public Transport cadangan projek. Lawatan turut
8. 30 Oktober 2015 Management System mengenal pasti masalah-masalah/
(PPTMS) Fasa II– isu yang terdapat di kawasan tapak
Perkhidmatan Bas
cadangan projek.
Henti-Henti

Hari Penternak, Pameran dan jualan hasil-hasil
ternakan dan pertanian usahawan
9. 30 Oktober- 1 Peladang dan Stadium Utama
November 2015 Nelayan Peringkat Kangar Negeri Perlis

Negeri Perlis

10. 24 November Perjumpaan dan Universiti Perbincangan awal berhubung
2015 Perbincangan Perlis Kebangsaan pelaksanaan Konvensyen Perlis
Maju bersama NC Malaysia (UKM) Maju Rakyat Minda Kelas Pertama

UKM

Hari Penternak, Samarahan, Pameran dan jualan hasil-hasil
Kuching ternakan dan pertanian usahawan
11. 27 November - 3 Peladang dan
Disember 2015 Nelayan Peringkat MITC Melaka Negeri Perlis

Kebangsaan Pameran dan jualan produk-produk
usahawan Negeri Perlis
Showcase Satu

12. 3-6 Disember Daerah Satu Industri

2015 (SDSI) Peringkat

Kebangsaan

11 Disember Lawatan Tapak Kawasan Lawatan Audit Program Menaik
13. 2015 Ke Kawasan Perindustrian taraf Kawasan Perindustrian
Perindustrian Jejawi/Shorubber Berintegrasi Sedia Ada oleh

Berintegrasi Sedia Pasukan Audit (MIDA, MITI dan
Ada Jabatan/Agensi berkaitan)

Tujuan lab ini diadakan adalah

untuk menyusun semula senarai

14. 22 Disember Dewan Serbaguna, Lab keutamaan program/projek yang
2015 Aras 1, Pejabat Pengemaskinian masih belum dipertimbangkan di
Program/Projek bawah RP1, 2016 untuk diangkat
Setiausaha Kerajaan RMKe-11 Negeri semula kepada Kementerian untuk
Negeri Perlis tindakan selanjutnya. Seramai 41
Perlis

orang pegawai dari pelbagai agensi

dan jabatan telah hadir ke lab.

Bengkel

15. 28 Disember Penyelarasan MAHA Dewan Kurong Penyelarasan awal tugasan kepada
2015 2016 dan mesyuarat Tengar Kuala Jabatan / Agensi bagi penganjuran
post mortem HPPN
Perlis MAHA 2016

serta SDSI

20

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN NEGERI PERLIS TAHUN 2015
(SEHINGGA AKB)

BIL. JABATAN PERUNTUKAN DIKEMASKINI PERBELANJAAN BAKI (RM) PERATUS
1,575,251.47 PERBELANJAAN
ASAL (RM) (RM) (RM) 7,415,713.53
(%)
PEJABAT SETIAUSAHA 18,265,028.53
1 KERAJAAN NEGERI 19,840,280.00 19,840,280.00 92.06

PERLIS 72.32

2 JABATAN KERJA RAYA 21,436,420.00 26,786,420.00 19,370,706.47

3 JABATAN PERTANIAN 5,000,010.00 5,000,010.00 4,998,647.23 1,362.77 99.97
1,309,482.85 120,557.15 91.57
JABATAN 6,973,204.49 26,825.51 99.62
4 PERKHIDMATAN 1,930,040.00 1,430,040.00 2,458,264.72 281,805.28 89.72
53,375,334.29 9,421,515.71 85.00
VETERINAR

5 JABATAN PENGAIRAN 7,000,030.00 7,000,030.00
DAN SALIRAN

6 PEJABAT PERHUTANAN 2,740,070.00 2,740,070.00

JUMLAH PERBELANJAAN 57,946,850.00 62,796,850.00
PEMBANGUNAN 2015

SUMBER : PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI PERLIS

5. PROGRAM DAN AKTIVITI

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS 2 PERLIS MAJU
KE PERAK, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN
5 – 8 MEI 2015

Lawatan Kerja Penanda Aras 2 Perlis Maju telah diadakan di tiga buah negeri iaitu Perak,
Melaka dan Negeri Sembilan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat secara lebih terperinci
tentang kriteria dan landskap pembangunan negeri-negeri tersebut untuk dijadikan sebagai
penanda aras serta modul penambahbaikan infrastruktur kepada pembangunan Negeri Perlis.
Selain itu, lawatan ini juga bagi melihat dan menambahbaik infrasturuktur dan pembangunan di
Negeri Perlis.

21

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

KARNIVAL MEMPELAM HARUMANIS
C-MART ARAU
8-10 MEI 2015

Sebuah Karnival Mempelam Harumanis telah diadakan di Cmart Arau pada 8 hingga 10 Mei
2015. Karnival ini diadakan bagi merancakkan lagi promosi buah mempelam Harumanis
yang menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke Negeri Perlis. Karnival ini
juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati jualan besar-besaran buah
mempelam Harumanis.

LAWATAN TAPAK PROJEK BAS HENTI-HENTI
TERMINAL BAS BUKIT LAGI
23 JUN 2015

Lawatan ini bertujuan untuk memantau kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh pihak
kontraktor bagi projek ini.

22

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

KARNIVAL KERJAYA DAN HARI MESRA PELANGGAN 2015
DEWAN SRI MELATI, BESERI
1 OGOS 2015

Dalam Karnival Kerjaya dan Hari Mesra pelanggan 2015 ini, UPEN mengadakan Pameran
Projek-Projek Pembangunan di Negeri Perlis bersama-sama Bahagian Pengurusan Korporat
dan Integriti (PSUK Ps).

INTERNATIONAL GREENTECH & ECO PRODUCTS EXHIBITION & CONFERENCE
MALAYSIA (IGEM 2015)

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)
8 - 12 SEPTEMBER 2015

IGEM atau International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia telah
diadakan pada 8 hingga 12 September 2015. IGEM 2015 yang bertemakan “Powering The
Green Economy” adalah bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada
pihak luar terutama kepada pelabur dalam dan luar negara. Di dalam IGEM ini, Kerajaan Negeri
Perlis dengan kerjasama pihak UiTM Arau telah mempromosikan enam (6) produk teknologi
hijau hasil kajian daripada penyelidik UiTM, Arau.

23

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

GAMBAR PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

“ARAU-CAT” A Novel Photo Datalyst For Water MedMa – Medicated Mat for Healing and Cooling
Treatment

Low Cost Good Quality Activated Carbon-RusPAC Development of Lanthum Cobaltite-Bade Material:
From Pure To Composite Compound

Natural Antibacterial Lime Wet Wipe (AbliW) Energy Saving Electrochromic Device Window
24 for Green Building and Automative

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

PROGRAM PERKONGSIAN STRATEGIK UPEN TERENGGANU
PADA 2 – 4 OKTOBER 2015

UPEN Perlis telah merancang satu Program Perkongsian Strategik bersama UPEN Terengganu.
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk berkongsi cara kerja 5S UPEN Terengganu
yang secara umumnya, berkualiti dan berprestasi tinggi.

LAWATAN KE PUSAT LATIHAN BAGI PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN
KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKK)

DI PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN SLC SDN BHD, PULAU PINANG
PADA 23 OKTOBER 2015

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan Program Peningkatan
Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus (PPKK) dengan kerjasama Institut Latihan Kemahiran
Swasta (ILKS) di seluruh Malaysia bermula pada tahun 2013. Bagi Negeri Perlis, Unit
Perancang Ekonomi Negeri telah dilantik sebagai badan pelaksana dan pemantau bagi program
PPKK. Program PPKK ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah yang
berpendapatan rendah iaitu 40% (B40) supaya lebih berkemahiran dan mampu memperolehi
pekerjaan atau mengusahakan perniagaan bagi menambah pendapatan sedia ada. Lawatan
tapak yang disertai oleh pihak UPD, UPKT, JTK, dan ICU ke dua buah pusat latihan turut
diadakan untuk memantau pelaksanaan PPKK dengan kaedah mendapatkan maklum balas
daripada pelatih-pelatih PPKK terhadap latihan yang telah diberikan oleh UPEN.

25

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

LAWATAN KE PUSAT LATIHAN BAGI PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN
KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKK)

DI STRADFORD INTERNATIONAL COLLEGE, PULAU PINANG
PADA 23 OKTOBER 2015

Lawatan yang sama juga diadakan di sebuah lagi Institut Latihan Kemahiran Swasta iaitu
Stradford International College, Pulau Pinang. Tujuannya juga adalah untuk mendapatkan
maklum balas pelatih terhadap latihan yang diberikan di ILKS tersebut.

LAWATAN TAPAK KE PROJEK PERLIS PUBLIC TRANSPORT MANAGEMENT SYSTEM
FASA II–PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI
STESEN LAMA KTMB ARAU
30 OKTOBER 2015

Satu lawatan tapak ke Projek Perlis Public Transport Management System Fasa II–Perkhidmatan
Bas Henti-Henti telah diadakan di Stesen Lama KTMB Arau. Tujuan lawatan tapak ini adalah
bagi meninjau dan membuat pemerhatian kawasan tapak cadangan projek. Lawatan tersebut
turut mengenal pasti masalah-masalah/isu yang terdapat di kawasan tapak cadangan projek.

26

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
STADIUM UTAMA, KANGAR

30 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2015

Secara dasarnya, program ini diadakan bagi memupuk semangat dan memperbaharui azam para
peladang, penternak dan nelayan untuk berusaha dengan lebih giat lagi dalam meningkatkan
kualiti dan pengeluaran hasil-hasil dalam sektor pertanian. Terdapat banyak pameran dan
jualan hasil-hasil ternakan dan pertanian usahawan Negeri Perlis diadakan semasa program ini.

PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN PERLIS MAJU BERSAMA NC UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
24 NOVEMBER 2015

Dalam merealisasikan satu lagi acara besar iaitu Konvensyen Perlis Maju Rakyat Minda Kelas
Pertama, satu perbincangan awal bersama Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) telah diadakan untuk mendapatkan pandangan beliau bagi pelaksanaan konvensyen ini.

27

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN PERINGKAT KEBANGSAAN
SAMARAHAN, KUCHING

27 NOVEMBER – 3 DISEMBER 2015

Pada Tahun 2015, Program Hari Pertanian, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan telah
diadakan di Samarahan, Kuching. Terdapat pelbagai pameran dan jualan hasil-hasil ternakan
dan pertanian usahawan Negeri Perlis diadakan semasa program tersebut berlangsung.


SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) PERINGKAT KEBANGSAAN
MITC MELAKA

3 – 6 DISEMBER 2015

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mula diperkenalkan pada tahun 2006
merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI
yang unik dari seluruh Malaysia. Showcase ini adalah salah satu usaha untuk memasar dan
mempromosikan produk/perkhidmatan keluaran SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa.
Pelbagai pameran dan jualan produk-produk usahawan Negeri Perlis telah diketengahkan
dengan pemantauan oleh pihak UPEN.

28

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

LAWATAN TAPAK KE KAWASAN PERINDUSTRIAN JEJAWI
JEJAWI

11 DISEMBER 2015

Lawatan tapak ini dikira sebagai Lawatan Audit Program Menaik Taraf Kawasan Perindustrian
Berintegrasi Sedia Ada oleh Pasukan Audit termasuk MIDA, MITI dan Jabatan/Agensi
berkaitan.

BENGKEL PENYELARASAN MAHA 2016 DAN
MESYUARAT POST MORTEM HPPN SERTA SDSI

DEWAN KURONG TENGAR, KUALA PERLIS
28 DISEMBER 2015

Bengkel ini diadakan sebagai langkah penyelarasan awal tugasan kepada Jabatan/Agensi
bagi penganjuran MAHA 2016.

29



UNIT
PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN

Tingkat Bawah, Blok A, Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Perlis
01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-973 1877 Faks: 04-976 0572

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

UNIT PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

1. FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT
Merancang, mengurus perumahan kos rendah/mampu milik dan pemilikan hartanah bumiputera
serta menyelaras urusan berkenaan pelepasan kuota Bumiputera di samping memantau hal-hal
pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perlis.

2. FUNGSI BAHAGIAN/UNIT
a) O bjektif Perumahan
Merancang dan menguruskan perumahan kos rendah dan pembangunan perumahan

mampu milik Kerajaan Negeri Perlis.

b) Objektif Kerajaan Tempatan
Menyelaras, mengurus dan memantau hal-hal pentadbiran dan kewangan Pihak Berkuasa

Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.

c) Objektif Kuota Bumiputera
Mengurus dan memantau pemilikan hartanah mengikut kuota Bumiputera dan menyelaras

urusan-urusan berkenaan pelepasan kuota Bumiputera.

3. PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN JUMLAH (RM)
a) Kutipan Hasil 2,318,359.30

BIL. PERKARA 1,037,735.00
1. Kutipan Jual Beli Perumahan Awam Kos Rendah
971,277.98
2. Kutipan Sewaan Program Perumahan Rakyat 4,327,372.28

3. Kutipan Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam
JUMLAH (RM)

b) Senarai Perumahan Kos Rendah Seluruh Negeri Perlis BILANGAN UNIT
179
BIL. PERUMAHAN 103
1 Taman Bunga Melor (Arau I) 59
2 Taman Bunga Kekwa (Arau II) 75
3 Taman Bunga Semarak (Arau III) 97
4 Taman Bunga Tanjung (Behor Lateh) 104
5 Taman Bunga Dahlia (Beseri Paya I) 113
6 Taman Bunga Dahlia (Beseri Paya II)
7 Taman Bunga Geti (Beseri Paya III)

32

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

BIL. PERUMAHAN BILANGAN UNIT
8 Taman Bunga Pudak (Bintong) 80
9 Taman Bunga Janda Kaya (Chuping) 107
10 Taman Bunga Kemuning (Jejawi) 155
11 Taman Bunga Inai (Kaki Bukit Lama) 32
12 Taman Bunga Cengkeh (Kaki Bukit I) 53
13 Taman Bunga Dedap (Kaki Bukit II) 138
14 Taman Bunga Padma (Kangar 102) 102
15 Taman Bunga Padi (Kangar I) 209
16 Taman Bunga Jasmin (Kangar II) 200
17 Taman Bunga Seroja (Kangar III) 84
18 Taman Bunga Ara (Kangar IV) 57
19 Taman Bunga Jeliti (Kangar V) 164
20 Taman Bunga Mempisang (Kuala Perlis) 100
21 Taman Bunga Kertas (Kuala Perlis II) 142
22 Taman Bunga Mawar (Mata Ayer I) 108
23 Taman Bunga Kenanga (Mata Ayer II) 218
24 Taman Bunga Selaseh (Mata Ayer III) 66
25 Taman Bunga Sena (Padang Behor) 92
26 Taman Bunga China (Padang Besar (U) II) 75
27 Taman Bunga Cempaka (Padang Besar(U) II) 88
28 Taman Bunga Bongor (Padang Besar (U) Lama) 26
29 Taman Bunga Orkid (Pauh Lama) 32
30 Taman Bunga Jejarum (Pauh I) 64
31 Taman Bunga Kantan (Repoh I) 56
32 Taman Bunga Telipok (Repoh II) 43
33 Taman Bunga Kemboja (Santan) 56
34 Taman Santan II 339
35 Taman Bunga Terompet (Simpang Empat (Lama)) 32
36 Taman Bunga Lawang (Simpang Empat II) 104
37 Taman Cempaka Putih (Tambun Tulang) 335
38 Taman Angsana (Chuping II) 145
39 Taman Angsana (Chuping II Fasa II) 112
40 Taman Wang Kelian 148
41 PPR Sena (Pangsapuri Seri Sena) 480
42 PPR Bintong (Pangsapuri Terinai) 748
43 PPR Kampung Wai (Taman Wai Permai) 200
JUMLAH
5920

33

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

c) Program Penyelenggaraan dan Menaiktaraf Perumahan Kos Rendah Negeri Perlis

BUTIRAN NAMA PROJEK PERUNTUKAN PERBELANJAAN %
PROJEK (RM) (RM) PERBELANJAAN
Parit dan longkang
01703 dalam PAKR 100,000.00 97,190.70 97.19
01706 100,000.00 97,066.10 97.06
01808 Tanah lapang dalam 282,000.00 80,541.80 28.56
01809 kawasan PAKR 250,00.00 213,590.40 85.44

01901 Rumah Pangsa Awam 318,000.00 312,513.42 98.27
JUMLAH Bintong 1,050,000.00 800,902.42 76.27

Rumah Pangsa Awam
Kangar

Projek-projek
Perumahan Awam
Kos Rendah (PAKR)

d) Pecahan Perbelanjaan Projek Pembangunan

PAKR : Perumahan Awam Kos Rendah

e) Menaiktaraf Sistem Maklumat Perumahan Awam (SMPA) V.3
- Penambahan dalam Modul pendaftaran lot Kuota Bumiputera;
i. Komersial
ii. Pendaftaran Projek
iii. Borang Permohonan
iv. Semakan Permohonan

34

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

4. PROGRAM DAN AKTIVITI
a) Mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun 2015

BIL. AKTIVITI TARIKH TEMPAT
29 Januari 2015
1. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program 1Perlis 5 Februari 2015 Bilik Harumanis,
Bersih Bil. 1/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri
10 Mac 2015
2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bilik Gerakan 1,
Bukan Islam Negeri Perlis Bil.1/2015 20 Mac 2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

3. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Perumahan Bilik Gerakan 3,
Kos Rendah (JPPKR) Bil.1/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

4. Mesyuarat Penyelarasan Kerajaan Tempatan Bil. Bilik Merpati,
1/2015 Unit Perumahan dan Kerajaan

Tempatan

5. Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga 24 Mac 2015 Bilik Gerakan 1,
Projek Rimbunan Kaseh Negeri Perlis Bil. 1/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

6. Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Bagi 26 Mei 2015 Bilik Harumanis,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 1/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

7. Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga 17 Ogos 2015 Bilik Gerakan 1,
Projek Rimbunan Kaseh Negeri Perlis Bil. 2/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

8. Mesyuarat Penyelarasan Kerajaan Tempatan Bil. 15 September Bilik Merpati,
2/2015 2015 Unit Perumahan dan Kerajaan

Tempatan

9. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program 1Perlis 23 Oktober 2015 Bilik Gerakan 3,
Bersih Bil. 2/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

10. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat 29 Oktober 2015 Bilik Harumanis,
Bukan Islam Negeri Perlis Bil.1/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

11. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Perumahan 30 November Bilik Gerakan 3,
Kos Rendah (JPPKR) Bil.1/2015 2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

12. Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Bagi 16 Disember 2015 Bilik Gerakan 3,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 2/2015 Kompleks Dewan Undangan Negeri

Majlis Gotong-royong Program Perumahan Rakyat PPR Sena
10 Januari 2015 (Sabtu)

35

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

Majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wai Permai, Kuala Perlis, Perlis
7 April 2015 (Selasa)

Majlis Cabutan Undi Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wai Permai
25 Mei 2015 (Isnin)

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Peringkat Kebangsaan
29 Mei 2015 (Jumaat), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

36

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

Majlis Penyerahan Bantuan Sewa Rumah Bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
6 Julai 2015 (Isnin), Bilik Gunasama, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Lawatan 5S Institut Kemahiran Belia Negara Negeri Perlis ke Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan
26 Ogos 2015 (Rabu), Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Lawatan Kerja SUK Pahang Ke Negeri Perlis
7 September 2015 (Isnin), Persiaran Kuala Perlis

37



UNIT
PENTADBIRAN
DAERAH

Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Perlis
01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-973 1840 Faks: 04-978 2736

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

UNIT PENTADBIRAN DAERAH

1. FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Merancang, melaksanakan dan memantau pembangunan fizikal dan kemasyarakatan kawasan
luar bandar Negeri Perlis serta menjadi saluran di antara kerajaan negeri dan rakyat.

2. FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

a) Merancang, melaksanakan dan memantau program pembangunan fizikal, infrastruktur
dan sosioekonomi luar bandar;

b) Mengurus dan mengawal peruntukan mengurus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN);

c) Mengurus pembangunan, penyelenggaraan dan penyewaan gerai / bengkel luar bandar
UPD;

d) Mengeluar dan memantau Lesen Arak, Lesen Penulis Surat Rayuan dan Lesen Pelelong
Berdasarkan Undang-undang berkaitan;

e) M engurus aktiviti pentadbiran kawasan dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan
Kampung (JKKK); dan

f) Mentadbir Akaun Amanah Bantuan Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia dan
segala aktiviti yang menggunakan peruntukan tersebut.

3. PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN

Unit Pentadbiran Daerah (UPD) menjadi pemangkin untuk mencapai visi dan objektif
Kerajaan Negeri Perlis. Selaras dengan tujuan tersebut, pelbagai program Kerajaan Negeri
dan Persekutuan yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2015. Di antara program
tersebut adalah:

a) BAUCAR BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)

Majlis Penyerahan Baucar Bantuan BR1M Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada
13 hingga 15 April 2015 di mana ianya merupakan bayaran bagi peringkat pertama
BR1M. Majlis penyerahan bantuan telah dilaksanakan mengikut Parlimen (Kangar, Arau,
Padang Besar) dan ketiga-tiga majlis diadakan di Dewan 2020, Kangar. Baucar BR1M
telah dikategorikan mengikut nilai RM200, RM300 dan RM350. Bagi tahun 2015, jumlah
penerima BR1M adalah seramai 6,816 orang.

40

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

Carta 1: Jumlah Penerima BR1M 2015 bagi seluruh Negeri Perlis

b) MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERAYAAN TAHUN 2015

Penyerahan sumbangan dijalankan bertujuan untuk membantu pelbagai golongan sasar
yang memerlukan. Golongan sasar tersebut adalah terdiri daripada Ibu Tunggal, Orang
Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, penduduk miskin dan anak yatim.

Carta 2: Jumlah Penerima Sumbangan mengikut perayaan

41

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

c) MAJLIS PEMBAYARAN ELAUN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN
KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) NEGERI PERLIS TAHUN 2015

Majlis Pembayaran Elaun JKKK kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKK telah
disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Sebanyak 11 majlis penyerahan elaun yang telah selesai dilaksanakan mulai Januari
hingga November 2015 yang melibatkan 387 orang Pengerusi dan 387 orang Setiausaha
pada setiap majlis.

d) KURSUS JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
TAHUN 2015

Objektif utama bagi kursus ini adalah untuk melengkapkan barisan kepimpinan JKKK

terutamanya bagi Pengerusi JKKK dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan yang
berkesan di samping memperkasakan peranan mereka sebagai ejen Transformasi Luar
Bandar selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan 5 di dalam melahirkan JKKK yang
berinformasi, berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti. Untuk tahun 2015, UPD
telah berjaya melaksanakan dua (2) siri kursus ini yang telah dibuat penambahbaikan
terhadap modul/silibus kursus.

SIRI TARIKH TEMPAT JUMLAH
PESERTA
1 18-20 OGOS 2015 SAFIRA COUNTRY CLUB RESORT, PULAU
PINANG 45

2 16-18 OKTOBER 2015 GARDEN HOTEL, BATU PAHAT, JOHOR 41
DARUL TAKZIM

Selain daripada kursus yang dianjurkan oleh UPD, barisan JKKK turut menerima
latihan daripada Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW). Untuk tahun 2015, kursus – kursus yang telah diadakan adalah
sebagaimana yang berikut:

KURSUS TARIKH TEMPAT JUMLAH
PESERTA
KURSUS PEMBANGUNAN 17-19 MAC 2015 INFRA BANGI
KOPERASI DESA 19
KURSUS PENGURUSAN BENCANA 4-6 OKTOBER 2015 INFRA, BANGI
BERASASKAN KOMUNITI 80

e) P ROGRAM PUSAT TRASFORMASI KOMUNITI BERGERAK (MOBILE COMMUNITY
TRANSFORMATION CENTRE – MOBILE CTC)

Program ini merupakan program kolaborasi di antara Unit Strategi Nasional (NSU),
Kementerian Kewangan bersama dengan Kerajaan Negeri Perlis. Ianya merupakan satu
inisiatif Kerajaan bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang perkhidmatan-
perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi Kerajaan. Bagi tahun 2015, UPD telah
berjaya menyelaraskan dua (2) siri program ini yang telah dilaksanakan di:

42

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

i. Perkarangan Dewan 1Malaysia, Simpang Empat
Tarikh program: 14 Februari 2015 (Sabtu)

ii. Tapak Pasar Malam, Kuala Perlis
Tarikh program: 31 Oktober 2015 (Sabtu)

4. JUMLAH LESEN YANG DIKELUARKAN PADA TAHUN 2015

JENIS LESEN BILANGAN
LESEN ARAK 7
20
LESEN PELELONG
11
LESEN PETISYEN
(PENULIS SURAT PETISYEN) 38

JUMLAH KESELURUHAN

5. KUTIPAN BAYARAN GERAI DAN TUNGGAKAN BAGI TAHUN 2015

JUMLAH KUTIPAN BAYARAN GERAI : RM 81,710.00
JUMLAH TUNGGAKAN : RM 37,075.00

6. PROGRAM DAN AKTIVITI

Majlis Pembayaran Elaun JKKK Negeri Perlis 2015
Dewan 2020, 13 Ogos 2015

43

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan 2015, Aidilfitri
Masjid Putra, Kangar, 5 Julai 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan 2015, Tahun Baru Cina
Rumah Sejahtera, Kaki Bukit, 5 Julai 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan 2015, Deepavali
Dewan 2020, 4 November 2015

44

2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN TAHUNAN

Kursus JKKK Siri 1
Safira Country Club, P. Pinang, 18-20 Ogos 2015

Mobile CTC 2015
Tapak Pasar Malam, Kuala Perlis, 31 Oktober 2015

45

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

46

SEKTOR PENGURUSAN

Pejabat Menteri Besar
Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Bahagian Khidmat Pengurusan - Unit Protokol
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - Unit Kualiti, Inovasi dan Pembangunan Modal Insan

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti

Majlis Sukan Negeri
Unit Audit Dalam

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015

LAPORAN TAHUNAN

48

PEJABAT
MENTERI BESAR

Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri,
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-973 8898 Faks: 04-976 9900


Click to View FlipBook Version