BAHAGIAN
PENGURUSAN KORPORAT
& INTEGRITI
Aras 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Kompleks Dewan Undangan Negeri,
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-973 8800 Faks: 04-973 8875
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT & INTEGRITI
1. FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT
Menyelaras pengurusan imej, integriti dan aduan awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan memenuhi kehendak
pelanggan.
2. FUNGSI BAHAGIAN/UNIT
a) Menyelaras dan memantau hal ehwal aduan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis;
b) Merencana dan menyelaras kegiatan publisiti dan penerbitan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis (PSUK Ps);
c) M enyelaras dan melaksana program peningkatan imej korporat Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps); dan
d) M erangka dan menjalankan program-program Integriti kepada penjawat awam negeri
Perlis.
3. PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN
Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
melaksanakan 3 fungsi yang berbeza. Antara fungsi-fungsi tersebut adalah:
a) PENTADBIRAN DAN ADUAN AWAM
Unit ini telah ditubuhkan selaras dengan penubuhan Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti
dan bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau hal ehwal aduan Pentadbiran
Kerajaan Negeri Perlis serta menyelaras dan melaksana program peningkatan imej korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps) seperti berikut:
i. Aduan Awam
Antara Agensi/Jabatan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan yang diselaraskan
aduan di bawah Pentabiran Kerajaan Negeri Perlis adalah seperti berikut:
• Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps)
• Jabatan Pertanian Negeri Perlis
• Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
• Jabatan Tanah & Galian Negeri Perlis (PTG)
• Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs)
• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (JPBD)
• Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis (JPV)
• Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS)
102
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
• Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR)
• Majlis Perbandaran Kangar (MPK)
• Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM)
GRAF JUMLAH BILANGAN PENERIMAAN ADUAN AWAM PSUK Ps (JANUARI – DISEMBER 2015)
JUMLAH ADUAN YANG DISELESAIKAN (JANUARI – DISEMBER 2015)
TERIMA DALAM DALAM SELESAI SELESAI (%)
47 TINDAKAN TINDAKAN (%) 45 95.7
2 4.3
Kemaskini Pada : 31 Disember 2015
**Aduan Dalam Tindakan selesai pada Januari 2016
SUMBER PENERIMAAN ADUAN (JANUARI – DISEMBER 2015)
SUMBER JUMLAH ADUAN PERATUSAN ADUAN (%)
Telefon 14 29.8
3 6.4
Hadir Sendiri 3 6.4
Surat / Faks 11 23.4
5 10.6
Emel 2 4.2
Biro Pengaduan Awam (BPA) 3 6.4
4 8.6
Laman Sosial 2 4.2
Surat Khabar 47 100
Kaunter Aduan
Lain-lain
Jumlah
103
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
TEMPOH PENYELESAIAN ADUAN(JANUARI – DISEMBER 2015)
DIMENSI/KATEGORI ADUAN (JANUARI – DISEMBER 2015)
BIL. KATEGORI JUMLAH JUMLAH (%)
1. Kelewatan/tiada tindakan dari jabatan/agensi - -
2. Tindakan tidak adil - -
3. Masalah kemudahan awam/infrastruktur 32 68
4. Kelemahan peraturan - -
5. Integriti penjawat awam - -
6. Kegagalan mematuhi prosedur/undang-undang 4
7. Kegagalan/kelemahan penguatkuasaan - 8.6
8. Kualiti perkhidmatan tidak memuaskan 3 -
9. Ketenteraman/keselamatan awam 3
10. Hak pengguna - 6.4
11. Kebajikan 2 6.4
12. Ekonomi, sosial dan politik -
13. Pelbagai aduan 3 -
JUMLAH 47 4.2
-
6.4
100
Laporan Aduan Awam bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps)
menunjukkan jumlah keseluruhan Aduan Awam yang diterima bermula pada bulan
Januari hingga Disember 2015 adalah sebanyak 47 aduan. Jumlah aduan yang telah
diselesaikan adalah sebanyak 45 aduan iaitu 95.7%, manakala 2 aduan atau 4.3% masih
dalam tindakan yang telah diselesaikan pada Januari 2016. Kebanyakan aduan yang
dikemukakan oleh pengadu adalah melalui telefon dan emel. Sebanyak 37 aduan dapat
diselesaikan dalam tempoh lima belas hari (15) hari bekerja. Kategori aduan yang paling
banyak diterima adalah Masalah Kemudahan Awam/Infrastruktur iaitu sebanyak 32 aduan
yang merangkumi kerosakan jalan raya, kemudahan utiliti, kerosakan jalan taman, dan
masalah longkang.
104
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
Justeru itu, sebagai langkah untuk mengurangkan pola peningkatan aduan, kaedah turun
padang, pemeriksaan berkala dan penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh jabatan dan
agensi yang terlibat bagi memantau dan mengenal pasti masalah di kawasan yang telah
diterima aduan.
ii. Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Tahun 2015
Pengauditan Pensijilan Semula SIRIM telah dilaksana pada 17 hingga 19 Disember 2014
dan pensijilan semula telah diperolehi bagi tempoh 25 Januari 2015 hingga 22 Disember
2017. Bagi mengekalkan pensijilan semula tersebut, promosi MS ISO 9001 : 2008 telah
dilaksana dari semasa ke semasa oleh setiap bahagian/unit sepanjang tahun. PSUK Ps
melakukan penambahbaikan MS ISO 9001:2008 dengan mewujud, mendokumen dan
menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) untuk meningkatkan keberkesanan
secara berterusan. Pada tahun 2015, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
telah diadakan sebanyak dua (2) kali. Skop laporan kajian yang berdasarkan analisa data
dikaji bagi tempoh Januari hingga Jun 2015. Berdasarkan kepada Laporan Pencapaian
Objektif Kualiti yang telah dibentangkan menunjukkan penyampaian perkhidmatan adalah
melebihi 90% bagi setiap bahagian/unit PSUK Ps.
PSUK Ps juga memberi komitmen dan perhatian yang khusus terhadap pengauditan
dalaman MS ISO 9001:2008 yang diketuai oleh Jawatankuasa Audit Dalaman yang
dijalankan pada 15 hingga 18 September 2015. Lanjutan Audit Dalaman mendapati
tiada penemuan Laporan Ketakakuran (Non-Confirmity Reports) dan tiada Peluang
Penambahbaikan (Opportunities For Improvement).
Pemantapan MS ISO 9001:2008 diteruskan lagi dengan Mesyuarat Kajian Semula
Pengurusan (MKSP) yang diadakan secara berkala. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
(MKSP) Bilangan 2 telah diadakan pada 4 Januari 2015 dimana MKSP Bilangan 1 telah
diadakan pada tahun 2014. Mesyuarat ini membentangkan laporan fakta dan data kajian
yang dikumpulkan dalam tempoh setahun bermula dari Januari hingga Disember 2015.
Bagi mengkaji tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan PSUK Ps, Borang Soal
Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan juga telah diedarkan kepada setiap bahagian/unit dan
sebanyak 122 keping borang tersebut berjaya dikumpulkan. Empat (4) kategori penilaian
iaitu Perkhidmatan, Masa/ Tempoh, Layanan, dan Persekitaran dikaji dan hasil analisis
mendapati nilaian pelanggan terhadap keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh
kakitangan PSUK Ps pada tahun 2015 adalah pada Tahap 5 iaitu Amat Berpuas Hati.
Sebagai penutup tahun 2015, PSUK Ps melakukan persediaan rapi bagi menghadapi
Audit Pemantauan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 7 dan 8 Januari
2016 di setiap bahagian/unit PSUK Ps. Tujuan audit ini adalah untuk menilai dan
mengesahkan keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti mengikut keperluan piawaian
MS ISO 9001 : 2008 dan sebarang perubahan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti
(SPK) serta mengesahkan tindakan susulan laporan/penemuan audit terdahulu.Hasil
penemuan audit tersebut mendapati bahawa Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dilaksana
dan diselenggarakan mengikut keperluan proses PSUK Ps dan tahap kefahaman warga
PSUK Ps terhadap keperluan piawaian adalah baik. Kajian semula ke atas Objektif Kualiti,
Tindakan Pencegahan dan analisa data ini boleh membantu PSUK Ps dalam melakukan
penambahbaikan yang berterusan.
105
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
Untuk tahun 2016, PSUK Ps akan melakukan peralihan versi MS ISO 9001 : 2008 kepada
versi MS ISO 9001 : 2015 selaras dengan penggunaan pensijilan baru yang telah disahkan.
Peralihan versi ini perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun 2018.
b) PENERBITAN
Unit ini telah ditubuhkan untuk merencana dan menyelaras kegiatan publisiti serta penerbitan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps). Fungsi penerbitan dibahagikan
kepada dua (2) iaitu penerbitan berkala dan perkhidmatan merekabentuk dan mencetak.
Penerbitan berkala adalah seperti buku laporan tahunan, Minda Korporat, penghasilan video
korporat, Kalendar Tahunan, streamer dan banner 5S, Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri
Perlis, poster carta/fungsi Bahagian/Unit, folder seminar, poster Mantan Menteri Besar Perlis,
cenderahati dan Sisipan Akhbar sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.
Perkhidmatan merekabentuk dan mencetak pula merangkumi cetakan seperti backdrop,
banner dan bunting program dan majlis rasmi mengikut keperluan semasa.
i. Sisipan Akhbar
Kerajaan negeri menerbitkan sisipan khas dalam akhbar tempatan pada setiap 17 Mei
sempena sambutan keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis. Bahagian Pengurusan
Korporat dan Integriti merupakan urus setia bagi melaksanakan penerbitan sisipan ini.
Pentadbiran ini telah membuat jemputan penyertaan kepada agensi-agensi bagi meraikan
sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis dengan menyertai dan
menaja muka surat pengiklanan Sambutan Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis di
akhbar-akhbar tempatan terpilih.
Pada tahun 2015, Sisipan Akhbar telah mendapat penajaan daripada beberapa agensi
iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Perlis Power Plant, C-Mart Arau,
Shorubber, Universiti Malaysia Perlis, Emas Kerajang, Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Perlis, CIMA, MSM Perlis, Universiti Sains Malaysia (USM) dan MK Land Holdings
Berhad.
ii. Laporan Tahunan PSUK Ps
Laporan Tahunan PSUK Ps merupakan satu dokumen yang sangat penting kerana
laporan ini memuatkan semua aktiviti dan maklumat serta pencapaian dalam tahun yang
dilaporkan. Kandungan Laporan Tahunan tersebut mencakupi laporan prestasi, perjawatan
dan aktiviti Jabatan/Agensi serta lain-lain lagi.
iii. Minda Korporat PSUK Ps
Minda Korporat PSUK Ps diterbitkan sebanyak tiga (3) kali iaitu edisi Januari-Jun, Julai-
September dan Oktober-Disember. Antara pengisian yang dimuatkan dalam Minda
Korporat PSUK Ps adalah maklumat berkaitan teknologi, kesihatan, kesenian dan
kebudayaan, program/majlis, dan lain-lain yang dikehendaki oleh Pihak Pengurusan.
Senarai edaran adalah terdiri daripada Jabatan Persekutuan, Jabatan Negeri, Badan
Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
(Seluruh Malaysia), dan Kaunter Khidmat Pelanggan.
106
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
iv. Video Korporat PSUK Ps
Video korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps) merupakan salah satu
kaedah untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan penerangan secara menyeluruh
dan ringkas kepada masyarakat terutamanya, mengenai fungsi dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Bahagian/Unit PSUK Ps. Video ini juga akan dipaparkan di laman web
rasmi PSUK Ps (www.perlis.gov.my) dan menjadi tayangan kepada deligasi lawatan
jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang berkunjung ke PSUK Ps. Penerbitan
yang berdurasi tujuh (7) minit ini memaparkan rakaman-rakaman berkaitan pentadbiran
Bahagian/Unit PSUK Ps dan turut diselitkan adalah rakaman tempat-tempat pelancongan
di negeri Perlis sebagai salah satu tarikan bagi mempromosi negeri Perlis.
v. Merekabentuk dan mencetak backdrop, banner dan bunting PSUK Ps
Pada Tahun 2015, Pentadbiran ini telah merekabentuk dan mencetak backdrop, banner
dan bunting untuk pelbagai program. Antaranya adalah JPA4U / Psycare Outreach
Psikologi, Hari Bertemu Pelanggan, Sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis,
Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Tuanku Raja Perlis, Jamuan Hari Raya Aidilfitri,
Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis, Lawatan YAB Perdana Menteri, Pelekat
Hari Kemerdekaan dan Kejohanan Tenis Antarabangsa dan berdasarkan keperluan dari
semasa ke semasa.
vi. Pengurusan Portal
Pentadbiran ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan portal rasmi PSUK Ps.
Antaranya adalah dengan memastikan kandungan dalam portal rasmi sentiasa dikemaskini
dari semasa ke semasa termasuklah direktori, keratan berita akhbar, pekeliling-pekeliling
kerajaan, sebut harga dan lain-lain lagi yang berkenaan.
Selain itu, pentadbiran ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras mesyuarat
pengurusan portal rasmi PSUK Ps sebanyak dua (2) kali setahun.
Para pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkenaan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis termasuklah Laporan Tahunan PSUK Ps, Minda Korporat PSUK Ps, Sistem
Maklumat Perkhidmatan Online (SIMPER), Sistem Aduan Pelanggan (ISPAA), Sistem
Maklumat Perumahan Awam (SMPA) dan sebagainya di www.perlis.gov.my.
c) INTEGRITI
Unit Integriti di bawah Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti berperanan untuk menjaga,
mengukuhkan dan memberi kesedaran serta kefahaman berkenaan integriti di peringkat
pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis keseluruhannya.
Beberapa perjalanan program telahpun dirancang dan dilaksanakan oleh unit ini sepanjang
tahun 2015 bagi memantapkan lagi kualiti dan mutu penjawat awam di bawah Pentadbiran
dan Jabatan Negeri. Program yang diadakan ini meliputi pengurusan tatatertib, kursus, dan
taklimat kepada Pegawai-pegawai atasan dan juga bawahan serta perbincangan, di mana
perjalanan program tersebut mengikut keperluan semasa Unit Integriti dan juga jabatan di
bawah Pentadbiran Negeri.
107
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
Selain itu, Unit Integriti juga turut menyertai program-program anjuran dari jabatan/agensi
lain bagi mengukuhkan lagi pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam di bawah
Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Unit Integriti di Bahagian Pengurusan Korporat juga
berjaya menganjurkan satu (1) Kursus Tatatertib Bagi Ketua Jabatan/Bahagian Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan/Agensi Negeri Perlis pada bulan Disember
2015. Kursus selama satu (1) hari yang melibatkan Ketua Jabatan di peringkat negeri ini
merupakan program penutup bagi tahun 2015. Kursus ini terbahagi kepada dua (2) modul
iaitu penekanan tentang integriti dan juga pengurusan fail. Dua (2) orang panel penceramah
dijemput daripada Unit Integriti Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya dan juga Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Negeri Perlis. Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Romli Dai.
Bagi memantapkan lagi keutuhan budaya integriti dalam kalangan kakitangannya, beberapa siri
kursus telah dianjurkan. Antaranya adalah Kursus Pengurusan Tatatertib Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis yang diadakan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah selama
tiga (3) hari pada bulan Oktober 2015 yang lalu. Antara pengisian modul kursus tersebut
adalah memberi pendedahan secara kritikal dan analitikal berkaitan etika dan integriti yang
disampaikan oleh penceramah jemputan dari Unit Integriti Jabatan Perkhidmatan Awam,
Putrajaya. Pada bulan Mei 2015, Unit Integriti telah berjaya menganjurkan satu (1) bengkel
Tindakan Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Perlis Tahun 2015 yang diadakan di One
Helang Hotel, Langkawi, Kedah. Bengkel yang melibatkan jabatan dan agensi ini diadakan
bagi memberi pencerahan dan membincang hala tuju serta tujuan mewujudkan jawatankuasa
tindakan penguatkuasaan bersepadu.
Unit Integriti turut mengurusetiakan sebanyak empat (4) siri Mesyuarat Penyelarasan
Jawatankuasa Tindakan Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Perlis sepanjang tahun 2015.
Mesyuarat ini bertujuan membincang dan menyelesaikan sebarang isu yang timbul di bawah
Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Bagi memastikan pentadbiran jabatan di bawahnya
sentiasa teguh, Unit integriti telah mengadakan dua (2) siri Mesyuarat Jawatankuasa Integriti
dan Tadbir Urus (JITU) Peringkat Negeri Perlis pada bulan Februari dan Disember 2015.
Mesyuarat yang diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun ini bertujuan membincang
dan mengambil satu kata putus kepada isu-isu yang timbul di peringkat negeri sebelum
dibentangkan ke peringkat kebangsaan.
4. PROGRAM DAN AKTIVITI
Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti,
termasuklah diamanahkan tugas-tugas sebagai urus setia induk yang melibatkan seluruh
jabatan kerajaan di negeri Perlis. Antaranya adalah:
Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Negeri Perlis
Pada 30 Mei 2015, negeri Perlis telah menerima kunjungan daripada Perdana Menteri Malaysia,
YAB Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, bersama-sama isteri, YABhg.
Datin Seri Rosmah Mansor. Kedatangan beliau disambut meriah oleh YAB Dato’ Seri Azlan
Man, Menteri Besar Perlis dan isteri, serta Pegawai-Pegawai Utama Kerajaan Negeri Perlis,
EXCO Negeri dan orang awam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
108
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
Antara agenda dalam lawatan kerja beliau adalah Majlis Mengadap DYMM Tuanku Raja
Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis di Istana Arau pada pukul 9.30 pagi dan
seterusnya menghadiri sesi taklimat pembangunan Rancangan Malaysia ke-11 Kompleks
Dewan Undangan Negeri yang disampaikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri. Turut hadir
bersama dalam taklimat tersebut adalah YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man dan
barisan kepimpinan tertinggi kerajaan.
Beliau turut mengambil kesempatan dalam lawatan kerja ini untuk menghadiri majlis perjumpaan
bersama pemimpin politik di Hotel Seri Malaysia. Agenda lawatan beliau kemudiannya diteruskan
lagi pada waktu tengahari bersama-sama rakyat negeri Perlis dalam jamuan mesra rakyat yang
diadakan di Dewan 2020, Kangar. Kemeriahan jamuan mesra rakyat ini dapat dirasai dengan
kehadiran seramai 4,000 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang penduduk negeri
Perlis, termasuklah Ketua-Ketua Jabatan/Agensi kerajaan, Agensi Swasta dan badan korporat
negeri Perlis.
Sebagai penutup lawatan kerja ini, YAB Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Anugerah
Desa Sejahtera (ADS1M) Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah yang diadakan di Kurong Tengar, Kuala Perlis.
Sisipan Akhbar Khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72 DYMM
Tuanku Raja Perlis dan Majlis Apresiasi
Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti bertanggungjawab sebagai sekretariat induk sisipan
akhbar khas terbitan kerajaan negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM
Tuanku Raja Perlis yang jatuh pada 17 Mei setiap tahun. Sisipan ini adalah sebagai pemangkin
kepada usaha merapatkan lagi hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta,
di samping menguar-uarkan pelbagai usaha dan pencapaian kerajaan dalam melaksanakan
projek dan program dalam menjadikan Perlis negeri maju sepertimana digariskan dalam visi
Perlis Maju 2015.
Sebagai menghargai dan meraikan penaja-penaja dalam penerbitan sisipan khas akhbar ini,
satu Majlis Apresiasi Sisipan Akhbar telah diadakan pada 8 Jun 2015 dan Utusan Malaysia
yang diberi kepercayaan untuk mengedarkan sisipan khas akhbar ini telah dipilih sebagai tuan
rumah.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis mencemar duli
ke majlis tersebut yang diadakan di Utusan Media Sales, Kuala Lumpur dan turut disertai
oleh semua wakil penaja, pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri Perlis dan kakitangan Utusan
Malaysia. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Dato’ Haji Hamdan Bahari, Speaker Dewan
Undangan Negeri.
Hari Mesra Pelanggan Peringkat Parlimen
Hari Mesra Pelanggan adalah antara program utama yang dikendalikan oleh Bahagian
Pengurusan Korporat & Integriti. Bagi tahun 2015, sebanyak dua (2) siri Hari Mesra Pelanggan
yang berjaya diadakan mengikut kawasan parlimen iaitu di kawasan parlimen Padang Besar
pada 11 April 2015 dan parlimen Kangar pada 12 Jun 2015.
109
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
Hari Mesra Pelanggan bagi kedua-dua siri ini melibatkan penyertaan pelbagai jabatan/agensi
kerajaan iaitu sebanyak 21 penyertaan daripada jabatan/agensi kerajaan berjaya dicatatkan,
manakala peningkatan kepada 25 jabatan/agensi kerajaan dalam Hari Mesra Pelanggan
Peringkat Parlimen Kangar. Anggaran pengunjung yang dicatatkan bagi setiap siri Hari Mesra
Pelanggan adalah di antara 800-1500 orang.
Hari Mesra Pelanggan ini memberikan penekanan kepada perkhidmatan secara langsung
kepada rakyat dan promosi produk-produk pelancongan mahupun jabatan/agensi kerajaan
sendiri. Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Pengangkutan
Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis DiRaja Malaysia, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain
jabatan/agensi.
Lawatan/Kunjungan Hormat Pelbagai Jabatan / Agensi
Pada tahun 2015, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima pelbagai lawatan/
kunjungan hormat daripada pelbagai jabatan/agensi. Antara lawatan/kunjungan hormat yang
dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti adalah Lawatan Thaksin University
Thailand, Lawatan Kelab Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Lawatan Kolej
Matrikulasi Teknikal Kedah, Lawatan Kolej Vokasional Arau dan lain-lain lagi. Antara pengisian
utama dalam setiap lawatan/kunjungan hormat adalah pengenalan kepada negeri Perlis, latar
belakang Kompleks Dewan Undangan Negeri dan produk/tempat pelancongan negeri Perlis
serta lain-lain lagi.
Bengkel/Kursus Anjuran Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti
Pada tahun 2015, Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti telah mengendalikan pelbagai
bengkel dan kursus. Antaranya adalah Bengkel Latihan Sistem Pengurusan Aduan Awam
(SiSPAA) pada 7 dan 8 Mei 2015, Bengkel Penyelarasan Semula Manual Prosedur Kerja (MPK),
Fail Meja dan Piagam Pelanggan PSUK Ps (10-11 September 2015), Bengkel Pelan Tindakan
Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Perlis (7-9 Oktober 2015), Sesi Taklimat Pelan Strategik
Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis pada 27 November 2015, Kursus Tatatertib Ketua Jabatan
Negeri Perlis Tahun 2015 pada 21 Disember 2015 serta lain-lain lagi.
Penglibatan sebagai Jawatankuasa dalam Pelbagai Program Kerajaan Negeri
i) Jawatankuasa Pameran – Program Mobile CTC
Pada tahun 2015, Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti telah terlibat dengan dua (2)
siri Program Mobile CTC atau Pusat Transformasi Komuniti Bergerak di Negeri Perlis. Siri
pertama telah diadakan pada 14 Februari 2015 di Simpang Empat dan siri kedua pula telah
diadakan pada 31 Oktober 2015 di Kuala Perlis, Perlis sebagai Jawatankuasa Pameran.
Sebanyak 20 jabatan/agensi kerajaan berjaya dijemput untuk menyertai pameran bagi siri
pertama dan 24 jabatan/agensi bagi siri kedua.
110
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
ii) Jawatankuasa Kecil Cenderahati dan Sambutan Tetamu Program ‘Sesi Penjelasan
GST Bersama Kementerian Kewangan Malaysia’
Pada 5 Mac 2015, Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti terlibat dalam Program
‘Sesi Penjelasan GST Bersama Kementerian Kewangan Malaysia’ yang bertempat di
Dewan Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perlis sebagai
Jawatankuasa Kecil Cenderahati dan Sambutan Tetamu. Program ini diadakan bersama
dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan telah dirasmikan oleh mantan
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Romli bin Dai.
iii) J awatankuasa Kecil Banner/Backdrop dan Sambutan Tetamu Program ‘JPA4U –
Psycare Outreach Psikologi Zon Utara Tahun 2015 dan 1PESARA’
Bahagian ini dipertanggungjawab untuk mengendalikan cetakan banner/backdrop dan
bunting serta sambutan tetamu dan para peserta. Program ini telah berlangsung di Dewan
Warisan, Kangar dan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perlis
pada 12 Mac 2015.
iv) Jawatankuasa Meramaikan Peserta – Perlis Marathon 2015
Dalam memeriahkan lagi program Perlis Marathon 2015 yang diadakan pada 31 Mei 2015,
Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti telah dipertanggungjawab sebagai Jawatankuasa
Meramaikan Peserta – Perlis Marathon 2015. Secara keseluruhannya, penglibatan lebih
kurang 4,000 orang berjaya dicatatkan.
v) Jawatankuasa Kecil Banner / Backdrop Program Eksplorasi Kemahiran dan Skim
Latihan 1Malaysia (SL1M) Zon Utara
Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti telah diberikan tanggungjawab dalam menguruskan
percetakan bahan-bahan promosi seperti banner, backdrop dan bunting untuk hebahan
Program SL1M yang diadakan pada 4 hingga 5 April 2015. Program ini mensasarkan graduan
yang masih belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dan
berjaya menarik sebanyak 37 syarikat/agensi dengan penawaran 3,156 kekosongan jawatan
dalam pelbagai bidang.
vi) Jawatankuasa Kontinjen Kawad – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sempena
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015 Peringkat Negeri Perlis
Penglibatan aktif Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Ps) dalam Sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015 Peringkat Negeri Perlis boleh dilihat melalui penyertaan
perarakan pada setiap kali sambutan kemerdekaan. Bagi tahun 2015, sebanyak 50 orang
telah mewakili PSUK Ps dalam perarakan kontinjen kawad Sambutan Hari Kemerdekaan
Malaysia Tahun 2015 Peringkat Negeri Perlis.
111
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
vii) J awatankuasa Pameran – Program ‘Jom Masuk Kampung Bersama RTM’ dan Program
‘NBOS JPA Outreach’
Bahagian Pengurusan Korporat dan Integriti juga dipertanggungjawab dalam mengurus
dan mengendalikan pameran-pameran oleh jabatan/agensi kerajaan daripada negeri Perlis.
Antara pameran-pameran yang dikendalikan adalah bagi program ‘Jom Masuk Kampung
Bersama RTM’ pada 21 November 2015 dan Program ‘NBOS JPA Outreach’ pada 6
Disember 2015.
Program ‘Jom Masuk Kampung Bersama RTM’ melihat penyertaan pameran daripada 18
jabatan/agensi kerajaan negeri Perlis yang menyediakan perkhidmatan secara langsung
kepada para pengunjung. Manakala program ‘NBOS JPA Outreach’ pula disertai oleh Jabatan
Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis dan Jabatan
Pertanian Negeri Perlis serta Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perlis. Jabatan/agensi
ini bertanggunjawab dalam memperkenal negeri Perlis dengan pelbagai produk dan tempat
pelancongan.
a) Pelaksanaan Mesyuarat-Mesyuarat
BIL. PERKARA TARIKH TEMPAT
Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal 28 Ogos 2015 Bilik Harumanis
1. Komunikasi Korporat & Aduan Awam Negeri Aras 2 Kompleks DUN
10 Disember 2015
Perlis Bilik Harumanis
3 April 2015 Aras 2 Kompleks DUN
2. Mesyuarat Penyelarasan Aduan Awam 27 Jun 2015
Negeri Perlis 14 September 2015 Bilik Gerakan 1
Aras 3, Kompleks DUN
3. Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan 11 Disember 2015
Persekutuan Negeri Perlis Bilik Gerakan 1,
13 Mac 2015 Aras 3, Kompleks DUN
4. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan 31 Mac 2015
(MKSP) 20 Mei 2015 Bilik Gerakan 1
UPP Padang Besar
5. Mesyuarat Program Mesra Rakyat / Hari 21 Ogos 2015
Bertemu Pelanggan Bilik Gerakan 1
6 Februari 2015
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kepada 4 Disember 2015 Bilik Gerakan 1
6. Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Aras 3, Kompleks DUN
16 Jun 2015
(JITU) 24 Ogos 2015 Bilik Gerakan 1
8 September 2015 Aras 3, Kompleks DUN
7. Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir 29 Oktober 2015
Urus (JITU) Peringkat Negeri Perlis Bilik Gerakan 1
Bilik Harumanis
8. Mesyuarat Tindakan Penguatkuasaan Bilik Harumanis
Bersepadu Negeri Perlis Bilik Perdana, UPEN
112
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
b) Bengkel/Kursus/Taklimat
BIL. PERKARA TARIKH TEMPAT
1. Bengkel Pengurusan Aduan (SISPAA) 7 – 8 Mei 2015 Bilik Latihan
Bahagian Teknologi
2. Taklimat Pelan Strategik PSUK Ps 27 November 2015
9 – 11 September Maklumat
3. Bengkel Kajian Semula Manual Prosedur
Kerja (MPK) & Fail Meja PSUK Ps 2015 Bilik Gunasama,
7-9 Oktober 2015 Aras 1, Kompleks DUN
4. Bengkel Pelan Tindakan Penguatkuasaan
Bersepadu Negeri Perlis De Baron Resort,
Langkawi
One Helang Hotel,
Langkawi
c) Program/Majlis
BIL. PERKARA TARIKH TEMPAT
11 April 2015 Arked Niaga Padang
1. Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Parlimen 12 Jun 2015
Padang Besar 1 – 4 Julai 2015 Besar
8 Jun 2015
2. Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Parlimen Perkarangan MADA,
Kangar Behor Lateh
3. Program Lawatan DYTM Tuanku Raja Muda Tawau, Sabah
Ke OP Pasir, Sabah
Ibu Pejabat Utusan,
4. Majlis Apresiasi Sempena Hari Keputeraan Kuala Lumpur
DYMM Tuanku Raja Perlis
Program JPA4U-Psycare Outreach Zon Utara Tahun 2015 pada 12 Mac 2015
113
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
Hari Mesra Pelanggan Peringkat Parlimen Padang Besar
11 April 2015 (Sabtu), Perkarangan Arked Niaga Padang Besar
Perlis Marathon 2015 pada 31 Mei 2015
Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Negeri Perlis pada 30 Mei 2015
114
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
Majlis Apresiasi Sisipan Akhbar Khas Sempena Hari Keputeraan Ke-57 DYMM Tuanku Raja Perlis
08 Jun 2015 (Isnin), Pejabat Utusan Media Sales, Kuala Lumpur
Hari Mesra Pelanggan Peringkat Parlimen Kangar pada 12 Jun 2015 di Kuala Perlis
Bengkel Penyelarasan Semula Manual Prosedur Kerja (MPK),
Fail Meja dan Piagam Pelanggan PSUK Ps (10-11 September 2015)
115
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
Lawatan Kolej Vokasional Arau Ke Kompleks DUN Perlis
17 September 2015 (Isnin), Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
Bengkel Pelan Tindakan Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Perlis (7-9 Oktober 2015)
Lawatan Thaksin University Thailand pada 5 November 2015
116
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
Lawatan Kelab Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 13 November 2015
Kursus Tatatertib Ketua Jabatan Negeri Perlis Tahun 2015 pada 21 Disember 2015
117
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
d) Antara Bahan-Bahan Penerbitan LAPORAN TAHUNAN
CONTOH BACKDROP 42’ X 18
CONTOH FLYERS A5 CONTOH SISIPAN AKHBAR
CONTOH MINDA KORPORAT
118
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
MAJLIS
SUKAN NEGERI
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra,
Jalan Baru Off Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9767406 Faks :04-9771808
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
MAJLIS SUKAN NEGERI
1. FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT
Menyediakan bakat-bakat atlet pelapis yang terbaik dan menguruskan persediaan serta
penyertaan Kontinjen Negeri Perlis dalam Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).
2. FUNGSI BAHAGIAN/UNIT
a) Menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan sukan Negeri Perlis;
b) M enguruskan persediaan dan penyertaan Kontinjen Negeri Perlis ke Sukan Malaysia
(SUKMA);
c) Merancang, melaksana dan memantau program pembangunan bakat dan Atlet Pelapis
Negeri;
d) Mengurus dan menyelenggara semua infrastruktur sukan, asrama dan lain-lain kemudahan
di Kompleks Sukan Negeri Perlis; dan
e) Menyelaras tiga puluh dua (32) buah persatuan sukan negeri.
3. PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN
Bermula pada April 2015, Majlis Sukan Negeri telah dibahagikan kepada tiga (3) unit utama
bagi memudahkan pengurusan dan pelaksanaan program yang dirancang serta memastikan
MSNPs dapat melaksanakan fungsinya dengan berkesan. Antara unit tersebut adalah:
a) Unit Pembangunan Atlet dan Kemudahan Sukan
i. Program Pembangunan Atlet Cemerlang (PPAC)
• Program Pembangunan Atlet Cemerlang (PPAC) merupakan program pembangunan
atlet di peringkat asas dimana umur atlet yang terlibat adalah dalam lingkungan 13
hingga 17 tahun.
• Program ini melibatkan semua sukan utama dan komponen pembangunan yang
diperkenalkan adalah latihan berkala 10 hingga 20 jam seminggu, latihan pendedahan
luar negeri dan pertandingan dalam dan luar negara/negeri.
• Pemilihan sukan adalah berasaskan kepada sukan yang menawarkan pingat yang
banyak di SUKMA dan pembangunan sukan difokuskan kepada sukan yang mempunyai
kemudahan sedia ada, persatuan sukan yang aktif dan sukan individu.
ii. Program Latihan Persediaan Sukan Malaysia
• Program Latihan Persediaan SUKMA (PLPSM) merupakan program pembangunan
atlet elit Negeri Perlis. Program ini melibatkan atlet di antara umur 15 hingga 21 tahun
dan kumpulan atlet ini ialah atlet elit yang telah melepasi kategori PPAC, berasaskan
benchmarking system yang telah diperkenalkan kepada setiap sukan yang terlibat.
• Program ini merupakan program kemuncak di negeri Perlis dan atlet yang terlibat dalam
program ini berpeluang untuk mewakili negeri dan negara di pelbagai kejohanan sukan
bertaraf lima (5) bintang.
120
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
• Program ini dilaksanakan secara berfasa bermula awal tahun, selepas Sukan Malaysia
sehinggalah kepada Sukan Malaysia tahun berikutnya dengan jumlah latihan adalah di
antara 20 hingga 40 jam seminggu.
iii. Program Young Lion
• Program ini merupakan program khas MSNPs dengan mengambil pendekatan program
yang dilaksanakan di Majlis Sukan Negara. Program ini merupakan program yang
pertama dilaksanakan di negeri seluruh Malaysia secara menyeluruh dan sepenuh
masa.
• Program ini mula diperkenalkan pada akhir 2015 dan merupakan program pembangunan
jangka masa panjang 2015 hingga 2020. Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan
peruntukan, program pembangunan sukan ini dilaksanakan berskala kecil dengan
mengehadkan kepada lima puluh (50) orang atlet terbaik dari program PPAC dan
PELAPIS yang belum mencapai tahap ke PLPSM.
• Melalui program ini, atlet ditempatkan sepenuh masa di asrama MSNPs, bersekolah di
sekolah yang telah ditetapkan, dan mengikuti latihan sukan dengan pendekatan sains
sukan secara menyeluruh dan dipantau oleh Institut Sukan Negara (ISN).
b) Unit Sukan Prestasi Tinggi (MSNM)
Program PELAPIS
i. Program PELAPIS merupakan program Majlis Sukan Negara yang dilaksanakan di negeri
Perlis melibatkan beberapa sukan terpilih. Program ini dilaksanakan melalui Unit Sukan
Berprestasi Tinggi (USPTN) dan program yang dilaksanakan merupakan program yang
menyerupai PPAC.
ii. Program ini memberi fokus kepada pembangunan peringkat dasar di antara 10 hingga
15 tahun. Latihan yang dilaksanakan adalah bersifat multilateral dan dilaksanakan dalam
lingkungan 10 hingga 20 jam seminggu.
iii. Program ini dilaksanakan di beberapa Pusat Latihan Daerah (PLD) yang telah ditubuhkan
di beberapa buah sekolah seluruh negeri Perlis.
121
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
Gambar Rajah 1: Program Pembangunan Sukan MSNPs
SUKAN PEMBANGUNAN ATLET PLPSM
LP PPAC LP
ANGKAT BERAT 12 1 LP 12
BADMINTON 84 2
BOLA SEPAK 23
BERBASIKAL 15 5 5 1 12
HOKI 18
KARATE 43 6
LAWN BOWLS 65
MEMANAH 12 13 66
MENEMBAK
OLAHRAGA 41 13 5
PELAYARAN 32
PETANQUE 13 10 15 3 7
15
SEPAK TAKRAW 4255 13 5
SILAT
12 16 64
SKUASY 51
TAEKWONDO 27 24 22
9
TENIS 10 10 2
TENPIN BOLING 138 34
20 11 3 2
TINJU 9
WUSHU 18 8 18
JUMLAH
JUMLAH BESAR 23 18
142 47 128 57
546
Gambar Rajah 2: Jumlah Keseluruhan Atlet Negeri Perlis 2015
122
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
c) Unit Pentadbiran, Kewangan dan Kemudahan
i. Pengurusan Majlis Sukan Negeri telah melaksanakan pendekatan baru iaitu aspek
pentadbiran dan kewangan serta kemudahan sukan termasuk infrastruktur dan
peralatan diletakkan di bawah satu unit bagi memudahkan urusan sewaan, tempahan,
penyelenggaraan kawalan keselamatan, dan pembaikan-pembaikan kecil. Antara
kemudahan yang disediakan termasuk dewan, asrama, kelengkapan sukan, stadium, dan
gelanggang serta lapang sasar menembak di Sungai Batu Pahat dan Kompleks Sukan Air
di Empangan Timah Tasoh.
ii. Pada tahun 2015, jumlah kutipan hasil sewaan bagi semua kemudahan sukan adalah RM
223,300.00 iaitu RM 177,650.00 bagi sewaan asrama dan RM 45,650.00 bagi sewaan
kemudahan sukan.
iii. Bermula pada tahun 2015, pengurusan aset diperkemaskan dengan memberi penekanan
kepada pendaftaran aset secara sistematik dan pengurusan stor yang lebih tersusun.
Gambar Rajah 3: Kutipan Hasil Sewaan Asrama dan Kemudahan Sukan Kompleks Sukan Negeri Perlis
123
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
4. PROGRAM DAN AKTIVITI LAPORAN TAHUNAN
a) Sebahagian Program dan Penyertaan
Kejohanan Majlis Sukan Negeri Perlis Tahun 2015
Pelancaran Program Young Lion pada Penganjuran Kejohanan
31 Disember 2015 Taekwondo Tertutup Perlis
Program Kem Motivasi Persiapan SUKMA XVIII Sarawak 2016 Siri 1
di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah
Kejohanan Interclub
124 Kebangsaan
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
b) Kejayaan Majlis Sukan Negeri di Pertandingan
Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Reggata Langkawi International 2015 Sukan SEA Singapura
2015 : Cik Yus Sazlin Yusri
Kejohanan Trek Kejohanan Boling Padang Fours
Remaja Asia Kebangsaan 2015 : Johan
125
UNIT
AUDIT DALAM
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
d/a Unit Pentadbiran Daerah,
Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Perlis,
01000, Kangar, Perlis.
Tel: 04-973 1885 Faks: 04-978 2736
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
UNIT AUDIT DALAM
1. FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT
Merancang, melaksanakan dan melaporkan penemuan audit melalui pendekatan yang
sistematik bagi menilai keberkesanan pengurusan kewangan, kawalan dalaman dan tadbir urus
yang cemerlang.
2. FUNGSI BAHAGIAN/UNIT
a) Memastikan pengurusan kewangan/program/aktiviti Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran
Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa
dengan cara berikut:
i. Melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan;
ii. Melaksanakan Pengauditan Kendiri melalui Sistem Indeks Akauntabiliti Perlis (e-SIAP);
iii. Melaksanakan Pengauditan ICT; dan
iv. M elaksanakan Pengauditan Prestasi bagi mengukur prestasi suatu program/aktiviti
yang dijalankan di Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
b) M enjalankan Pengauditan Susulan terhadap Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran
Kerajaan Negeri.
c) M enjalankan Pengauditan Siasatan terhadap Jabatan-jabatan dibawah pentadbiran
Kerajaan Negeri Perlis.
d) M emberi khidmat nasihat berkaitan tadbir urus/prosedur/tatacara suatu organisasi di
Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
i. Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan; dan
ii. Memberi khidmat nasihat pengurusan tadbir urus.
e) Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Negeri Perlis.
f) Menyediakan Rancangan Tahunan Audit/Laporan Tahunan Audit.
3. PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN
Pada tahun 2015, UAD telah merancang aktiviti-aktiviti untuk dilaksanakan berdasarkan
Rancangan Audit bagi tahun 2015 yang telah diluluskan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis. Kedudukan aktiviti yang dirancang dan pencapaian 2015 adalah seperti berikut:
a) Pengauditan Pengurusan Kewangan
Pengauditan Pengurusan Kewangan telah dilaksanakan di Jabatan/Agensi bertujuan bagi
memastikan undang-undang dan peraturan kewangan dipatuhi. Pengauditan dijalankan
berdasarkan kepada Garis Panduan Audit Dalam yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan
Malaysia. Semakan dan pemeriksaan adalah meliputi Kawalan Pengurusan, Kawalan
Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan, Kawalan Akaun Amanah/Deposit, dan
128
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
Kawalan Pengurusan Aset/Inventori. Pada keseluruhannya, Jabatan yang terlibat dengan
pengauditan pengurusan kewangan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan kewangan
yang telah dikuatkuasakan. Pengauditan pengurusan kewangan telah diadakan di Jabatan/
Bahagian/Agensi/Anak Syarikat seperti di Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Senarai Jabatan Yang Dijalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan
BIL. JENIS PENGAUDITAN JABATAN/BAHAGIAN/UNIT
1. Pengurusan Kewangan i. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
(eSIAP - Sistem Berkomputer) ii. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
iii. Jabatan Pertanian Negeri Perlis
2. Pengurusan Kewangan i. Majlis Sukan Negeri Perlis
(Sistem Manual) (Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis)
b) Pengauditan Prestasi/Kajian
Pengauditan ini dijalankan bagi memastikan terdapat kawalan dalaman yang mencukupi
bagi menguruskan aktiviti sesuatu Jabatan/Agensi supaya matlamat dapat dicapai. Pada
keseluruhannya, prestasi Jabatan bertambah baik setelah beberapa penambahbaikan
dibuat serta Jabatan telah mengambil tindakan mewujudkan Standard Operating Procedure
(SOP). Kajian yang dijalankan adalah seperti di Jadual 2:
Jadual 2
Senarai Jabatan Yang Dijalankan Pengauditan Prestasi/Kajian
BIL. TAJUK KAJIAN JABATAN
1. i. Jabatan Pertanian Negeri Perlis
Pengauditan Pengurusan
Hasil Mempelam Harumanis
c) Pengauditan Susulan
Pengauditan Susulan adalah melibatkan teguran-teguran berdasarkan Laporan Ketua
Audit Negara yang dipaparkan dalam portal AG Dashboard Versi 2.0 dan teguran yang
telah dibangkitkan oleh UAD. Pengauditan ini dijalankan bagi memastikan Jabatan/
Bahagian/Agensi/Anak Syarikat yang terlibat mengambil tindakan terhadap teguran yang
telah dikemukakan oleh UAD dan Jabatan Audit Negara. Pada keseluruhannya, Jabatan/
Bahagian/Agensi/Anak Syarikat telah melakukan penambahbaikan sepertimana teguran
pihak audit. Pengauditan Susulan telah dijalankan di Jabatan/Bahagian/Agensi/Anak
Syarikat yang disenaraikan di Jadual 3:
Jadual 3
Senarai Jabatan Yang Dijalankan Pengauditan Susulan
BIL. JENIS PENGAUDITAN JABATAN/BAHAGIAN/UNIT
1. Pengurusan Kewangan
i. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
ii. Majlis Sukan Negeri Perlis (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis)
129
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 2015
LAPORAN TAHUNAN
BIL. JENIS PENGAUDITAN JABATAN/BAHAGIAN/UNIT
Pengauditan Susulan i. Pens Holdings Sdn. Bhd. (LKAN Tahun 2011)
ii. J abatan Hutan Negeri Perlis dan Majlis Sukan Negeri Perlis (LKAN
2. Laporan Ketua Audit
Negara Tahun 2012)
(AG’ Dashboard) iii. M ajlis Perbandaran Kangar, Pejabat Tanah Dan Galian dan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. (LKAN Tahun 2013)
iv. P ejabat Tanah Dan Galian/Jabatan Pertanian/Hotel Brasmana/
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis/Pejabat
Setiausaha Kerajaan Perlis/Bakau Jaya Development Sdn. Bhd.
(LKAN Tahun 2014)
d) Pengauditan Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2015 Berbanding Tahun 2014
U nit Audit Dalam telah melaksanakan pengauditan ke atas Jabatan-Jabatan Negeri
berdasarkan Rancangan Tahunan yang telah diluluskan. Jumlah pengauditan yang telah
dilaksanakan pada tahun 2015 adalah sebanyak sembilan (9) pengauditan yang melibatkan
enam (6) Auditi, manakala pada tahun 2014, UAD telah melaksanakan sembilan (9)
pengauditan terhadap tujuh (7) Auditi. Senarai Pengauditan yang telah dijalankan adalah
seperti di Jadual 4(a) dan Jadual 4 (b) yang berikut:
Pegauditan Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2015 Berbanding Tahun 2014
Jadual 4(a) : Pengauditan Bagi Tahun 2015
BIL. JABATAN JENIS PENGAUDITAN
Pengurusan Kewangan
1. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis Pengurusan Kewangan
Susulan
2. Majlis Sukan Negeri Perlis Pengurusan Kewangan
Majlis Sukan Negeri Perlis Pengurusan Kewangan
Kajian Harumanis
3. Jabatan Pengairan Negeri Perlis Susulan
Sistem Pengurusan Berkualiti MS-ISO
4. Jabatan Pertanian Negeri Perlis 9001:2008
Jabatan Pertanian Negeri Perlis Persekitaran Berkualiti 5S
5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
6. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Jadual 4 (b) : Pengauditan Bagi Tahun 2014
BIL. JABATAN JENIS PENGAUDITAN
Pengurusan Kewangan
1. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Pematuhan
Susulan Kajian
2. Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perlis Pengurusan Perolehan
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perlis Sistem Pengurusan Berkualiti MS-ISO
9001:2008
3. SUKMA Persekitaran Berkualiti 5S
Susulan
4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Susulan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Siasatan
5. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis
6. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
7. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
130
2015 DIARI KORPORAT
LAPORAN TAHUNAN P E J A B AIMT BS EATSI AAUNS APHRA OK GE RRAAJ AMA /NMNAEJGLEIRSI TP EARHLUI SN 2015
Program Gotong-royong Perdana 5S
Kompleks DUN, Kangar, Perlis
(23 Januari 2015)
Pelepasan Misi Kemanusiaan Bantuan Banjir
Pantai Timur, Perkarangan Kompleks DUN, Kangar
(09 Januari 2015)
Program Mobile CTC
Dewan 1Malaysia, Simpang Empat, Perlis
(14 Februari 2015)
Siri Penjelasan GST Bersama MoF
Auditorium JKKN, Kangar, Perlis
(05 Mac 2015)
Program Ekplorasi Kemahiran & Skim Latihan 1Malaysia
Dewan 2020, Kangar, Perlis
(12 Mac 2015)
Program JPA4U, 1PESARA & Psycare Outreach Psykologi
Auditorium JKKN & Dewan Warisan, Kangar, Perlis
(12 Mac 2015)
131
DIARI KORPORAT 2015
IMBASAP NE J APBRAOT GS ERTAI AMU S/MA HAAJLKIESR ATJAAHA NUNNE 2G 0E R1I5P E R L I S LAPORAN TAHUNAN
Majlis Penyerahan PPR Taman Wai Permai
Taman Wai Permai, Kuala Perlis, Perlis
(07 April 2015)
Hari Mesra Pelanggan Peringkat Parlimen Padang Besar
Perkarangan Kompleks Bebas Cukai, Padang Besar, Perlis
(11 April 2015)
Perlis Marathon 2015
Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis
(31 Mei 2015)
Lawatan SJK (C) Chin Hun Ke Kompleks DUN
Kompleks DUN, Kangar, Perlis
(01 Jun 2015)
Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Akhbar Khas Sempena Sambutan
Ulangtahun Keputeraan Ke-72 DYMM Tuanku Raja Perlis
Pejabat Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
(08 Jun 2015)
Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Negeri Perlis
Sekitar Negeri Perlis
(30 Mei 2015)
132
2015 DIARI KORPORAT
LAPORAN TAHUNAN P E J A B AIMT BS EATSI AAUNS APHRA OK GE RRAAJ AMA /NMNAEJGLEIRSI TP EARHLUI SN 2015
Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Tuanku Raja Perlis Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Dewan Warisan, Kangar, Perlis Negeri Perlis
(22 Jun 2015)
Dewan 2020, Kangar, Perlis
Perasmian Sidang DUN, Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Ketiga (25 Julai 2015)
Kompleks DUN, Kangar Perlis
(11 Ogos 2015)
Perhimpunan & Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2015 Majlis Perhimpunan Bulanan & Pelancaran
Peringkat Negeri Perlis Kempen Kibar Jalur Gemilang Negeri Perlis
Dataran Merdeka, Kangar, Perlis Dewan 2020, Kangar, Perlis
(31 Ogos 2015) (18 Ogos 2015)
Lawatan Kolej Vokasional Arau, Perlis
ke Kompleks DUN, Kangar, Perlis
(17 September 2015)
Bengkel Penyelarasan Semula MPK, Fail Meja & Piagam Pelanggan PSUK Ps
De’ Baron Resort, Langkawi, Kedah
(10 & 11 September 2015)
133
DIARI KORPORAT 2015
IMBASAP NE J APBRAOT GS ERTAI AMU S/MA HAAJLKIESR ATJAAHA NUNNE 2G 0E R1I5P E R L I S LAPORAN TAHUNAN
Lawatan Kelab Sukan SUK Negeri Sembilan Ke Kompleks DUN
Kompleks DUN, Kangar, Perlis
(13 November 2015)
Lawatan Thaksin University Thailand Ke Kompleks DUN
Kompleks DUN, Kangar, Perlis
(05 November 2015)
Program Jom Masuk Kampung Bersama RTM Perlis DUN Pauh
SMK Tengku Budriah, Pauh, Perlis
(21 November 2015)
Taklimat Pelan Strategik Pentadbiran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Kompleks DUN , Kangar, Perlis
(27 November 2015)
Majlis Perasmian & Makan Malam Kejohanan Tenis Antarabangsa
Piala Tuanku Syed Putra Ke-35
Dewan 2020, Kangar, Perlis
(30 November 2015)
Lawatan Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah Ke Kompleks DUN
Kompleks DUN, Kangar, Perlis
(11 Disember 2015)
Kursus Tatatertib Ketua Jabatan Negeri Perlis Tahun 2015
Dewan Kulliyah MAIPs, Kangar, Perlis
(21 Disember 2015)
134
2015 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN TAHUNAN
SIDANG
EDITORIAL
Penaung
• YB Tuan Ahmad Zamri bin Khairuddin
Penasihat
• En. Moh Adib bin Zakaria
Ketua Editor
• En. Muhammad Fahmi bin Mahmud
Editor
• En. Tirawud A/l Etam
• Cik Nursyuhada’ binti Abdullah
Fotografi
• En. Azni Bin Ismail
Sidang Editorial
• En. Mohd Alif bin Zakaria
• En. Ridzuan bin Rosli
• Pn. Hasnifariza binti Khamaruzaini
• Pn. Norazah binti Azman
• Pn. Nabihah binti Md. Salleh
Dengan Kerjasama
• Unit Perancang Ekonomi Negeri
• Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan
• Unit Pentadbiran Daerah
• Pejabat Menteri Besar
• Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
• Bahagian Khidmat Pengurusan
• Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
• Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
• Majlis Sukan Negeri
• Unit Audit Dalam
Diterbitkan oleh:
Bahagian Pengurusan Korporat & Integriti,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
[email protected]
135