MODUL SAINS SPM MEASAT-2 [2021]
2. (a) Berikan satu contoh tindak balas cepat dan satu contoh tindak balas perlahan.
[2 markah]
(b) Syafiq Aiman ingin memasak seekor ayam belanda di dalam sebuah ketuhar seperti
dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1
Namun, beliau mendapati bahawa ayam belanda tersebut masih belum masak
sepenuhnya walaupun telah dibakar di dalam ketuhar selama satu jam. Berdasarkan
pengetahuan anda mengenai kadar tindak balas, huraikan cara-cara bagi mengatasi
masalah ini. Jawapan anda mestilah berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i) Mengenal pasti masalah.
(ii) Penjelasan masalah.
(iii) Terangkan dua kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut.’
[6 markah]
(c) Rajah 2.2 menunjukkan Proses Sentuh bagi menghasilkan asid sulfurik.
Vanadium (V)
oksida
Rajah 2.2
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang diambil di dalam proses ini bagi
meningkatkan tindak balas dalam penghasilan asid sulfurik.
[4 markah]
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 150
MODUL SAINS SPM MEASAT-2 [2021]
1. Terdapat dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.
(a) Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu.
[2 markah]
(b) Rajah 1 menunjukkan lemak tepu.
Keju Lemak tepu Daging
Telur Mentega
Rajah 1
Kaji maklumat pada rajah dan bina konsep mengenai lemak tepu. Jawapan anda
hendaklah merangkumi aspek berikut:
(i) Tulis maklumat daripada Rajah 1.
(ii) Kenal pasti tiga ciri sepunya.
(iii) Beri satu contoh lain lemak tepu.
(iv) Hubung kait ciri sepunya untuk membina konsep sebenar lemak tepu.
[6 markah]
(c) Lemak tepu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi berbanding lemak tak tepu.
Pada pendapat anda, adakah kolesterol yang berlebihan dalam darah dapat menjejaskan
kesihatan manusia? Wajarkan jawapan anda.
[4 markah]
2. (a) Namakan satu bahan yang diperbuat daripada sebatian karbon organik dan sebatian
karbon bukan organik.
[2 markah]
(b) Rajah 2.1 menunjukkan poster bagi satu kempen bagi meningkatkan kesedaran tentang
bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol.
Rajah 2.1
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 151
MODUL SAINS SPM MEASAT-2 [2021]
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kesan lain pengambilan alkohol secara
berlebihan kepada kesihatan manusia.
[4 markah]
(c) Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 menunjukkan dua jenama minyak masak yang berbeza.
Rajah 2.2
Rajah 2.3
Zailun adalah seorang yang sangat mementingkan kesihatan badan. Bantu beliau untuk
memilih minyak masak yang paling sesuai untuk kegunaannya. Jawapan anda
hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i) Tujuan pemilihan.
(ii) Jenama minyak masak yang dipilih.
(iii) Tiga kelebihan jenama minyak masak yang telah dipilih.
(iv) Satu kebaikan jenama minyak masak yang tidak dipilih.
[6 markah]
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 152
MODUL SAINS SPM MEASAT-2 [2021]
1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan elektrolisis?
[2 markah]
(b) Dalam satu proses elektrolisis, dua jalur logam iaitu kuprum tak tulen dan kuprum tulen
dicelup ke dalam larutan kuprum (II) nitrat. Selepas 30 minit, keputusan eksperimen
direkodkan. Berdasarkan jadual di bawah, terangkan mengapa jisim akhir kedua-dua
elektrod tersebut berbeza.
Jenis elektrod Jisim awal (g) Jisim akhir (g)
Kuprum tak tulen 50 30
Kuprum tulen 50 50
[4 markah]
(c) Air sisa perlu dikendalikan dengan betul agar tidak menimbulkan pencemaran. Apakah
cadangan anda untuk mengendalikan air sisa agar boleh diolah semula untuk kegunaan
harian. Wajarkan jawapan anda.
[6 markah]
1. (a) Teleskop dan mikroskop merupakan dua alat optik yang digunakan untuk melihat imej
yang jauh atau kecil.
(i) Nyatakan kegunaan teleskop dan mikroskop.
[2 markah]
(ii) Berikan dua persamaan dan dua perbezaan antara teleskop dan mikroskop.
[4 markah]
(b) Terangkan bagaimana pembentukan imej oleh sebuah teleskop dengan bantuan gambar
rajah sinar di bawah.
[6 markah]
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 153
MODUL SAINS SPM MEASAT-2 [2021]
1. (a) Prinsip Bernoulli banyak diaplikasikan dalam kehidupan harian. Apakah prinsip
Bernoulli?
[2 markah]
(b) Rajah 1.1 menunjukkan air yang mengalir melalui dua tiub, iaitu salur kaca dan tiub
Bernoulli.
Rajah 1.1
Terangkan perkaitan antara air yang mengalir melalui salur kaca dan tiub Bernoulli
tersebut.
[4 markah]
(c) Rajah 1.2 menunjukkan beberapa aplikasi mesin yang menggunakan prinsip Bernoulli
dalam keadaan yang berbeza.
Dron Aplikasi prinsip Helikopter
Bernoulli
Bentuk aerofoil pada sayap kapal terbang
Rajah 1.2
Kaji maklumat dalam rajah di atas dan bina konsep prinsip operasi aplikasi prinsip
Bernoulli. Penerangan anda hendaklah mengandungi maklumat berikut:
(i) Tulis maklumat daripada Rajah.
(ii) Kenal pasti dua ciri sepunya.
(iii) Nyatakan satu contoh lain dan bukan contoh.
(iv) Hubung kait ciri-ciri sepunya untuk membina konsep sebenar aplikasi prinsip
Bernoulli.
[6 markah]
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 154
MODUL SAINS SPM MEASAT-2 [2021]
1. (a) Nyatakan maksud Sistem Penentu Sejagat, GPS
(b) Rajah 1 menunjukkan kegunaan koordinat GPS. [1 markah]
Telefon Pintar
Jam Pintar Sistem Penentu Sejagat (GPS)
Alat penjejak
Rajah 1
Kaji maklumat dalam Rajah 1 dan bina konsep GPS. Jawapan anda mestilah
mengandungi aspek-aspek berikut:
(i) Tulis maklumat dalam Rajah.
(ii) Kenal pasti dua ciri sepunya.
(iii) Nyatakan dua format koordinat GPS yang boleh ditulis.
(iv) Hubung kait ciri sepunya untuk membina konsep sebenar bagi GPS.
[6 markah]
(c) GPS digunakan secara meluas mutakhir ini. Apakah kelebihan menggunakan GPS?
Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda.
[4 markah]
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 155