The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 635-12-zawani, 2023-05-06 06:34:26

TUGASAN 1-BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

TUGASAN 1-BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

NAMA : CCCCCCCCCCCBI NO. KAD PENGENALANBINTI : 880621-03-5782 OPSYEN : PAKK KURSUS : PDP AMBILAN : OKT 2021 PENSYARAH : PUAN AZIBAH BINTI BAHAROM IPG KAMPUS RAJA MELEWAR FOLIO PANDU PUTERI KADET WAN ZAWANI BINTI CHE ZAKARIA


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 Biodata pelajar 2 Sejarah Pandu Puteri 3 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Tunas 4 Carta Organisasi : A. Carta Organisasi Pandu Puteri Kadet: • IPGK Raja Melewar • Unit pelajar Kebangsaan Waggs B. Carta Organisasi Unit Kokurikulum 5 Persetiaan Pandu Puteri 6 Cogan kata 7 Bendera: • Bendera Malaysia • Bendera Negeri Sembilan • Bendera negeri lain 8 Hormat Pandu Puteri 9 lstiadat: A. Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri: • lstiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri kadet • lstiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Tunas • lstiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Renjer/ Remaja 10 lstiadat Bendera: • Naik/ turun Bendera • Cara melipat Bendera • Penjagaan bendera • Pelupusan Bendera 11 lkatan dan Simpulan 12 Perkhemahan


13 Gejet: • Gejet dapur • Gejet Pertolongan cemas • Gejet Perkhemahan 14 Kraf Gejet 15 Permainan 16 Nyanyian 19 Kawad/lstiadat: • Kawad lstiadat Ladam Kuda • Kawad Formasi dan contoh • lstiadat Perjumpaan Pemimpin • Kawad lstiadat Pejumpaan Pandu Puteri Tunas • lstiadat Menyambut Tetamu • lstiadat menyambut Pelajar Baharu 21 Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Terkini 22 Juru Pertolongan Cemas 23 Kertas Kerja Perkhemahan


BIODATA PELAJAR NAMA ANGKA GILIRAN : WAN ZAWANI BINTI CHE ZAKARIA : 2021152380033 NO. KAD PENGENALAN : 880621035782 KUMPULAN/UNIT KURSUS/SEMESTER AMBILAN ALAMAT E-MEL ALAMAT RUMAH NO. TELEFON : PAKK : PDP-SEMESTER 5 : OKT 2021 : [email protected] : BLOK 2B-T07-U01, FASA 2, PRESINT 9, 62250 PUTRAJAYA. : 0132958512


SEJARAH PANDU PUTERI 1.0 Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. lni dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Olave St Clair Soames Lord Robert Baden-Powell Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau be umpa dengan OlaveSoames dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.


2.0 Di serata dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpu1an-kumpu1an ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini. 3.0 Kelahiran Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia / WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk be umpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteridan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan danpada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News". Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika


Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara be umpa dengan BadenPowell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal serta meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia.Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu drat perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. 4.0 Perkembangan Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Waiau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kea beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabafiadan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden- Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). 5.0 Pengenalan Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Baral. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan


kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman. Olave St.Clair Soames Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun. 6.0 Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia Sejarah penubuhan di malaysia. Pandu Puteri benmula di Kuala Lumpur padatahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan lbu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun1956. Mulai tahun 1957, lbu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.


Tujuan penubuhan PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Latar Belakang PPPM Pandu Puteri benmula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan lbu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, lbu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fieksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Matlamat pendidikan bukan fonmal yang berkualiti ialah "Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan". Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk


perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Program Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli : • Boleh dipercayai • Sentiasa taat dan setia • Suka menolong orang lain • Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain • Sentiasa bersopan santun • Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar • Sentiasa menurut perintah • Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan • Sentiasa berjimat cermat • Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Program Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang pandu puteri raja, manakala pemimpin digalakkan untuk mendapat mutiara pemimpin. Rancangan Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat-pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan. • Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan ke asama Jawatankuasa Ke a Kebangsaan.


• Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Sahagian di cawangan serta pemimpin. • Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam pasukan. • Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan PertubuhanPertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts - WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah "Duke of Edinburgh"s Award" atau kini dikenali sebagai "InternationalAward Association". Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di lbu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru,Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Kadel Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan


1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan 1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafanrasmi dalam bentuk sokongan dan ke asama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johar dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937 1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948 1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperfuan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.


1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada buIan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil daripada pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktivitiaktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan lbu Pejabat dan Perasmian Bangunan lbu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku lntan Zaharah lbni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977 1986 Sambutan Tahun Jubli lntan disambut dengan Jambori Jubli lntan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987 1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadel Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadel Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.


1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM 1998 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel 1998. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8-15 Febuari- Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac lntyre. Lawatan ke Selangor, Johar, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang - Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia" (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20-26 November- Aktiviti Antarabangsa "Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers" (Program Pertukaran Malaysia -China) 2001 7-12 September-Kem lntegrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan lnsan YPJ, Sekakap,Mersing, Johar. Projek Asia Pasifik: PPPM-Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April-Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan disetiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Terna yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu ke asama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogas 2004)- 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.


Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "Gir1 Guides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaandengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan ke asama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogas - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS(Friends of Asia Pacific WAGGG S) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogas - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah AminahMaimunah lskandariah Binti AI-Mutawakkil 'Alallah Sultan lskandar AI-Haj, D.K.; D.K.(Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS diKuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagimembincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Dalin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.


2006 Januari · Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: I Tunas Puteri Pandu PuteriTunas I Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri j KadetPuteri PanduPuteriRenjer PanduPuteriKadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Kamala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah,Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapathadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera:Kesedaran dan Penjagaan" telah disempumakan oleh Seri Paduka


Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti AI-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kata Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari Pelaksanaan Per1embagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di lstana Negara. 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conferenceand 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Keduadua acara ini diadakan diSunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Gins and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.


7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Honmat kepada YABhg Dalin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Beliadan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 Ogas - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom


PENUBUHAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok.Kemudian, pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf Tunas Puteri mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifatsifat warganegara yang sempurna. T-Tolong orang selalu U-Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N-Nilai hidup yang murni A-Akhlak yang utuh S-Selalu senyum tanda persahabatan P-Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U-Utamakan tanggung&awab sendiri T-Tabah menghadapi cabaran E-Erat dalam perpaduan R-Rela berkhidmat untuk masyarakat I -lndah budi bahasa


Ahli Pandu Puteri Tunas Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baharu menjalani latihan berdasarkan Program PraPersetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya, mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri. Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undangundang yang telah ditetapkan. Kumpulan Pandu Puteri Tunas Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga. Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kesidang Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Cempaka Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kenanga Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga


CARTA ORGANISASI CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI KADET IPG KAMPUS RAJA MELEWAR


CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI KADET UNIT PELAJAR Kapten Yap Hong Ting Setiausaha I Lim Hwee Yick Bendahari Aqilatul Hannan Binti Muhammad Yusri I I Kumpulan Berempat (Melur) Wan Zawani Binti Che Zakaria Nor Zainidah Binti Zainuddin Nor Azwa Binti Ahmad Kamaleswary A/P Ugakanthan (Cempaka) Nurul Afiqah Binti Jamil Nurul Fadzilah Binti Tan Poh Onn @ Yusof Tan Christine Santana A/P Adecasamy Azanah Binti Abd Kadir Kumpulan Berlima (Teratai) Suriani Binti Kamiso Norja Farihan Binti Amin Habibah Binti Abu Bakar Rosnira Binti Yusof Ernie Nur Kartiena (Kenanga) Chua Lena Norfadzlina Binti Shamsudin Lim Hwee Yick Lina Binti Kilat Yap Hong Thing Setiausaha Lim Hwee Yick Bendahari Azanah Binti Abd Kadir Kapten Yap Hong Thing


CARTAC A CARTA ORGANISASI PPPM


CARTAC A CARTA ORGANISASI PANDU PUTRI WAGGGS


CARTAC A Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undangundang Pandu Puteri. '---' Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undangundang Pandu Puteri Tunas. PERSETIAAN PANDU PUTERI PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS


COGAN KATA Cogan Kata Pandu Puteri "Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri. lni bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. Cogan Kata Pandu Puteri Tunas "Tolong Orang Selalu" (TOS) merupakan cogan kata Pandu Puteri Tunas. Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat lstiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan lstiadat Hormat Besar.


HORMAT PANDU PUTERI • Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesame ahli kumpulan. • la juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. • Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. • Upacara mengibarkan bendera. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan ditegakkan. 2. lbu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingg sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas tangan dijatuhkan dan pandu puteri boleh bergerak dari situ.


ISTIADAT ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI KADET Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum lstiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)


Cara 2: Untuk Pasukan Besar. 0 1. Pasukan 1PasUOmtn<H1</hmlapKaple<1dlllam "" l(la;>" ,{DIAJ 2. Katua,masul<barls 1tv-1, 1Kum1 .1.,,,1,..,toausWha<lapan Mp! Mhuk Uilt.J) n ::.uk,m, hent.ak l<akl... (Amh""• d,botr,1<an11<aimsukan IJelommah.,berl<awllQ 4. PasukankeUdamKuda, c■pal}alant (KumpUlan l<llm4mul.lbe1gerak(l;)rl lop1umukme,,11>11mUkladamkuda, dukullok!hl<,1mpulan200.. 3) lstiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut) Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.


Ccmpako bcrsuka rio MCl'lolongOl"'0"9 duko Bunge Tcrato.i nomo komi Beker·o .:::etiop hori Komi Ke!lidongdotong Menolong pagi petcng Siontondoto.ng berkowon Bcrani mocom palilawon ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS Laau Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan Laqu Ahli Baharu Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas Laqu kumpulan LAGU KUMPULAN BERENAM


Istiadat Linqkungan Tunas Pemimpin akan menentukan tempat pejumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengah- tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan... Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dankemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk seteah enam kumpulan mengambil tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas. Skip ke kiri Skip ke kanan Kkumpulan berenam Catalan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar


Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan 'humming' lagu kumpulan "na na na na......", ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kump . Setelah selesai, ahli ku an akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didah dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan Setelai selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahlipegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. Pemimpin: akan sebut perkataan "T.O.S" tiga kali. Ahli : Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam ladam kuda.


Istiadat Lingkungan Tunas Bersama Ahli Baharu • Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung. • Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambil skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka. • Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Penutupan Perjumpaan Minqguan Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan 'keluar baris' dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan. lstiadat Pow wow lstiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara Melaksanakan • Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. • Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. • Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari). • Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Wowsemua ahli boleh berdiri dan bersura


Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer lstiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja Arahan: Kapten mengambil tempat ke kiri tiang bendera jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada. 1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap kapten dalam keadan bersedia.) Pasukan Panji-panji, masuk baris! (Pasukan Panji-panji berdiri 4 langkah sebaris di hadapadan kapten dalam keadaan bersedia. Kapten kemudian bergerak ke tiang bendera dan memuding ke belakang semula untuk menghadap pasukan) 2. Kapten: Pasukan masuk baris! (Terus berada dalam keadaan senang diri) Pasukan, sedia! 3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk Pasukan yang belum mahir berkawad) 4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda terbentuk dengan baik) 5. Kapten: Pasukan berhenti! 6. Kapten: Ke dalam, pusing! 7. Kapten: Pasukan Panji-panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-panji yang ditengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan kanan secara perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji-panji sahaja.) Pembawa Panji-panji: Pasukan panji-panji, cepat jalan. (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera) Berhenti! Ketua Panji-panji mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera, ahli memberi lsyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan. Perhatian: Pasukan Panji-panji tidak memberi isyarat dan tidak menyanyi. 8. Selepas nyanyian lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh ketua pasukan panjipanji. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke belakang dan memberi arahan.


Kapten: Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat! Ketua PP memberi arahan. Ketua PP:Pasukan Panji-panji belakang pusing! Cepat jalan! (Pasukan panjipanji balik ke tempat asal masing-masing.) Ketua PP: Berhenti! Ke belakang pusing Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.) Kapten akan memberikan arahan yang selanjutnya. Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri akan mengambil langkah ke hadapan semula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.) * Sekiranya hendak bersurai.


lstiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Renjer Kapten berdiri dengan bendera di sebalah kanannya. Jaraknya bergantung kepada bilangan ahli Pandu Puteri. Arahan: 1. Pasukan, sedia! 2. Penanda, masuk baris! (Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang bendera) 3. Pasukan, masuk baris! (Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris mengambil tempar, seorang di depan penanda dan seorang lagi dibelakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah kiri dan terus berdiri SENANG DIRI). *Kedua-<Jua Renjer Puteri di depan dan dibelakang Penanda, juga berada dalam keadaan SENANG DIRI.


Arahan: 1. Pasukan, sedia! 2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan seterusnya. Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambal menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang menggunakan nombor yang sama seperti ahli di barisan hadaoan. Kapten bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera. C Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing!


r RP-+ '- '- / RP Arahan: Pasukan ke bentuk V, gerak. (Semua ahli Renjer Outeri bergerak mengikut hitungan langkah) Arahan: Unit ke dalam,pusing p RP RP ..---... ,-...._ Arahan: Pasukan panji-panji jalangkan tugas. (Pasukan panji-panji terdiri daripada penanda dan dua ahli Renjer uteri di sebelah kiri dan kanannya akan menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan bendera.


RP .... , RP· I . i . . i . +- RP J '--- ,._.:R ,,' .. -:.RP; RP Pembawa panji-panji (Penanda) memberi arahan: Pasukan panji-panji, cepat jalan! (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti! Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila bendera berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyayikan kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri tegak memegang tali bendera. Selepas nyanyian, dia melilitkan tali bendera. la mengambil satu langkah ke belakang, beri arahan: Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat! Ke belakang pusing! Cepat jalan! Berhenti! (Apabila telah tiba di kedudukan ahli) Ke belakang, pusing! Pemeriksaan boleh dijalankan. Pasukan, bersurai! (Semua ahli Renjer Puteri ambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri lsyarat Kepanduan, pusing ke kanan dan terus beredar dari situ.)


ISTIADAT BENDERA Naik/Turun Bendera 1. Membentuk ladam kuda (cara pertama) -tidak melebihi 20 ahli Arahan: Pasukan! Pasukan panji-panji, masuk baris! Pasukan, masuk baris! Pasukan, sedia! Pasukan hentak kaki..........Hentak! Pasukan ke ladam kuda, sepal jalan! Pasukan, berhenti! Ke dalam, pusing! Pasukan panji-panji, jalankan tugas : Pasukan panji-panji, masuk baris Pasukan panji-panji, cepat jalan Berhenti Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan. Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang. Pasukan panji-panji, hormat bendera .... hormat! Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan! berhenti! Ke belakang / dalam pusing! 2. Membentuk ladam kuda (cara kedua) Arahan: Pasukan! Ketua, masuk baris! Pasukan, masuk baris! Pasukan, sedia! Pasukan hentak kaki..........Hentak! Pasukan ke ladam kuda, cepatjalan! Pasukan, berhenti! Ke dalam, pusing! Pasukan panji-panji,keluar baris : Pasukan panji-panji, sedia! Cepat jalan!


Berhenti! Ke kanan / ke kiri pusing! Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan. Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang. Pasukan panji-panji, hormat bendera... hormat! Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing! Cepat jalan! Berhenti! Keluar baris! lstiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.) Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.) Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji 1 orang pembaca doa 1 orang penyampai kata-kata hikmat Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. lstiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis). Kapten akan memberikan arahan seperti berikut: Ahli membentuk ladam kuda Pasukan panji-panji, keluar baris! Pasukan panji-panji, sedia! Cepatjalan! Berhenti! Ke kanan / ke kiri pusing! Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat! Ke kanan / kiri pusing! Cepat jalan! Berhenti! Keluar baris!


Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten. Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula! Pasukan bersurai! Cara membawa bendera


Cara melipat bendera 1) MELU'ATKANBENDERA b) Lipatan Kedua c) Lipatan Ketiga 6 d) Terakhir 2) MENAJKKAN BENDERA - C3.l2.. Simpul Manok "'katk.etogel . ""' Tarik sini untuk mengibarkan bendera Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian. \ :


Penjagaan bendera • Jangan sesekali meletakkan bendera di atas tanah pada masa hendak mengibar atau menaikkannya. • Semasa bendera berkibar, tali hendaklah dipasti diikat dengan agar tidak terlucut dan menyebabkan bendera meleret ke bumi. • Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. la hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. • Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di ternpat yang tertentu. • Semasa hendak mengibarkan bendera separuh tiang, bendera terlebih dahulu hendaklah dinaikkan sepenuh tiang kemudian barulah diturunkan semula hingga separuh tiang. Separuh tiang adalah sebagai tanda sesebuah negara sedang berdukacita atas sesuatu kemangkatan, kematian ataupun sesuatu tragedi. Bendera sama ada dikibarkan separuh tiang ataupun sepenuh tiang hendaklah diturunkan apabila hari menjelang petang. • Bendera boleh dikibarkan serentak dengan nyanyian lagu 'Negaraku' ataupun lagu negeri masing-masing. Semasa aktiviti ini, kita hendaklah berdiri dengan tegak dalam keadaan sedia. Sekiranya kita sedang melakukan sesuatu pekerjaaan semasa lagu kebangsaan dinyanyikan dan bendera sedang dinaikkan, kita hendaklah berhenti dan berdiri sebagai tanda menghormati bendera dan lagu tersebut. • Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. • Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. • Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat. Pelupusan Bendera Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-tempat awam.


Click to View FlipBook Version