7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.4 Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isuisu penting; iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waranwaran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. demia, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.
PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johar, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama lnstitut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisipolisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan per1u diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11-PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan
sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
JURU PERTOLONGAN CEMAS Tugas Juru Pertolongan Cemas: 1. Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit: 2. Menahan pendarahan. 3. Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa. 4. Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas. 5. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas. 6. Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu 7. Berikan layanan tertentu yang dikehendaki. 8. Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang bersih.
Sebelum perkhemahan • Memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah Juru Pertolongan Cemas ( kawasan yang 1eduh dan kondusif) • Memilih khemah yang sesuai dan menentukan bilik / khemah kurantin. • Mengumpul peralatan untuk JPC seperti katil untuk pesakit dalam khemah, cooler, termos dan anduh. • Menghubungi pihak hospital dan mendapatkan nama doktor on call. • Menycdiakan borang kcsihatan untuk mendapat maklumat tahap kesihatan pckhemah. • Menyimpan satu buku catatan berkenaan nama pckhemah dan masalah kesihatan mcreka • Memastikan ubat dan peralatan dalam pcti pcrtolongan ccmas tidak luput tarikh dan lcngkap. • Mempunyai pengetahuan merawat dan membcri pcrtolongan ccmas untuk masalah Iuka, kcccdcraan, patah, mclccur, gigitan scrangga,sawan, pcngsan, rcjatan, tcrkcna benda tajam pada anggota badan, cara mengusung atau mengangkat pesakit, tercekik, bahaya asap, kcracunan makanan, demam, sakit gigi, dan lain-lain kemalangan yang mungkin berlaku. Semasa perkhemahan • Mcndirikan khcmah JPC dan gajct yang sesuai iaitu tripod & bcsin air, tuala kccil, screening untuk pekhcmah menyalin pakaian dan untuk mandi jika pcrlu, rak ubat dalam khemah, ampaian dan label/ papan kenyataan. • Membuat label tandas dan tempat pcmbuangan sampah. • Menycdiakan plastik / surat khabar lama untuk mcmbalut tuala wanita yang telah diguna. • Membuat catatan rekod pekhemah yang rnendapatkan rawatan. • Mcmeriksa kebcrsihan tapak pcrkhc1nahan termasuk tandas dan dapur. • Mcmastikan air minuman disediakan scpanjang masa untuk pekhcmah. • Menyarnpaikan input sesi pcrtolongan cemas kepada pekhernah. Selcpas perkhernahan • Membuat laporan dalam buku log dan membcri cadangan penambahbaikan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JALAN SIKAMAT 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI MALAYSIA PDP PAKK AMBILAN OKT 2021 SEMESTER 5 2023
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI 1.0 PENGENALAN Kemahiran Asas Unit Berunform. Kemahiran asas ini ialah Kawad Kaki, Pertolongan Cemas, Kraf Perkhemahan, gejet dan Kembara. Dalam slot Kembara pelajar akan dilatih kemahiran komunikasi dalam kembara iaitu membaca symbol, membaca peta topo dan Masakan Rimba. Kesemua kemahiran itu akan diajar terlebih dahulu dengan teori. Amali perlu dilaksanakan sebanyak 10jam. Pelajar akan mempamerkan keperibadian jati diri dan kepentingan kerja dalam pasukan. 2.0 RASIONAL 1.1 Pelajar PDPM diberi kesedaran tentang kemahiran yang boleh diguna pakai untuk menguruskan risiko contohnya: sesat/menjalani aktiviti di hutan, menyantuni mangsa banjir, kebakaran, program jati diri untuk anak didik disekolah dalam menyelesaikan rutin harian. 1.2 Pelajar PDPM didedahkan tentang kepentingan kerja berpasukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna. 3.0 OBJEKTIF i. Pelajar PDPM dapat mengetahui dan menguasai kemahiran memasak rimba iaitu panggang, salai, rebus, tanam dan wap. ii. Memupuk semangat kerjasama antara pelajar PDPM semasa menjalani aktiviti amali gejet, perkhemahan, pertolongan cemas dan kembara. iii. Mengaplikasi pelbagai pengetahuan Masakan Rimba iv. Melaksanakan tugasan 2 dalam Penilaian Berterusan bagi Kursus Kokurikulum-Unit Beruniform (MPU 2101D). 4.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 09 Hingga 10 Mac 2023 Hari : Khamis dan Jumaat
5.0 TEMPAT Kem Rekreasi Mekar IPGKRM (KRIM) 6.0 KUMPULAN SASARAN a) 3 orang pensyarah JPJK, IPGKRM b) 18 orang pelajar PDPM, IPGKRM (SENARAI NAMA RUJUK LAMPIRAN) 7.0 SUMBER KEWANGAN Peruntukan lnstitut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH SUMBER 1. BAHAN MENTAH: 1. TEPUNG 10 pek X RM3.00=RM30.00 2. GULA 5 pek X RM3=RM15.00 3. BERAS 1 peket X RM35.00= RM35.00 4. TELUR 4 papan X RM18= RM72.00 5. KUNYIT 5 peket X RM3.00= RM15.00 6. GARAM 2 peket= RM2 7. Aluminium Foil 3 gulung X RM4= RM12.00 8. Pisang 3 sisir X RM6= RM18.00 9. Keledek 4 kilo X RM6= RM24.00 10.Ayam potong=18 ketul x RM3.00= RM54.00 11. SUNKIST= 2 peket X 7.00= RM14.00 12.Ikan Cencaru= 18 ekor X RM3.00= RM54.00 13.Starter fire 6kotak X RM2.50=RM15.00 14.Sardin 8 tin X RM8.00=RMRM64.00 RM 30.00 RM15.00 RM35.00 RM72.00 RM15.00 RM 4.00 RM12.00 RM18.00 RM24.00 RM54.00 RM14.00 RM54.00 RM15.00 Rm64.00 OS42 2. HADIAH DAN CENDERAMATA 1. Ikatan dan Gejet a) Tempat Pertama b) Tempat Kedua c) Tempat Ketiga 2. Perkhemahan a) Tempat Pertama b) Tempat Kedua c) Tempat Ketiga 3. Kembara a) Tempat Pertama b) Tempat Kedua RM100.00 RM100.00 RM100.00 OS42
c) Tempat Ketiga 4. Peserta Masakan Rimba a) Tempat Pertama b) Tempat Kedua c) Tempat Ketiga 5. Kepimpinan UB Terbaik a) Tempat Pertama b) Tempat Kedua c) Tempat Ketiga RM100.00 RM100.00 3. Makanan Hari Pertama 18 x RM20.00 RM360.00 JUMLAH RM1286.00
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA 9.1 JAWATANKUASA PELAKSANA BIL Tugas Nama Skop tugas 1. Penyelaras Pn. Hjh Azibah binti Baharom 1. Memastikan kelancaran program dari mula hingga akhir. 2. Pengacara Majlis (MC) Nur Afiqah Binti Jamil 1. Menyediakan teks pengacaraan majlis. 2. Menyediakan solutasi majlis. 3. Memastikan masjlis berjalan lancar mengikut aturcara. 4. Sentiasa berhubung dengan Penyelaras. 3. Bacaan Doa Nor Zainidah Binti Zainuddin 1. Menyediakan teks Doa yang sesuai dengan majlis. 2. Membaca Doa pada hari kejadian. 7. Hadiah/Cenderamata Wan Zawani Binti Che Zakaria Chua Lena 1. Mengenalpasti jenis hadiah dan mengumpul hadiah sedia ada. 2. Mendapatkan hadiah yang ditempah dan melabel ikut kategori. (jika berkaitan) 3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah atau cenderamata seperti penyediaan dulang, meja untuk meletakkan hadiah dan mana-mana berkaitan. 9. Teks Ucapan Ernie Nur Kartiena Binti Ahmad Bajuri 1. Menyediakan teks ucapan kepada perasmi. 2. Menyediakan poin-poin penting berkaitan majlis. (jika berkaitan) 10. Pencatat Laporan Norazwa Binti Ahmad Rosnira Binti Yusof 1. Mencatat laporan bagi setiap slot mesyuarat dan aktiviti mengikut jadual mesyuarat yang ditetapkan. (jika lebih 6 Slot, rotate semula dari nama yang 1) 11. Dokumentasi Lim Hwee Yick Nurul Fadzilah Binti Tan Poh Onn @ Yusof Tan 1. Mengambil gambar semasa majlis. 2. Membuat laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis dan menyerahkan laporan kepada Ketua Jabatan untuk tindakan KJ selanjutnya. 12. a. Urusetia b. Rencam Norfadzlina Binti Shamsudin Azanah Binti Abdul Kadir 1. Menyediakan fail mesyuarat disediakan (Fail, pen, kertas A4) mengikut bilangan pensyarah dan AKP2. Membantu AJK yang memerlukan bantuan (AJK Hadiah, Makanan. 13. Kebersihan Kamaleswary A/P Ugakanthan Memastikan kawasan Kem Putri IPGKRM bersih dan menghantar peralatan yang telah dipinjam jika ada
9.2 AHLI JAWATANKUASA Penaung Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari. Kem Komanden AJK Peralatan dan Khemah AJK Makanan dan Minuman AJK Kebersihan AJK Keselamatan AJK Aktiviti AJK Hadiah dan Cenderamata AJK Jurugambar dan Dokumentasi PERKHEMAHAN Pengarah Pn. Azibah binti Baharom Pn. Erana binti Abdul Saman Lim Hwee Yick Azanah Binti Abdul Kadir Yap Hong Thing Rosnira Binti Yusof Lina Binti Kilat KamaleswaryA/P Ugakanthan Norazwa Binti Ahmad Suriani Binti Kamiso Nor Zainidah Binti Zainuddin Nurul Fadzilah Binti Tan Poh Onn @ Yusof Tan Kamaleswary A/P Ugakanthan Habibah Binti Abu Bakar Norja Farihan Binti Amin Nur Afiqah Binti Jamil Chua Lena Norfadzlina Binti Shamsudin Wan Zawani Binti Che Zakaria Lim Hwee Yick Ernie Nur Kartiena Binti Ahmad Bajuri
10.0 PROGRAM TENTATIF 9 MAC 2023 (KHAMIS) Masa Perkara 7.30 - 8.00 pagi Ketibaan murid, pendaftaran 8.00 - 8.30 pagi Sarapan pagi 8.30 - 9.00 pagi Taklimat perkhemahan 9.00 - 10.00 pagi Mendirikan khemah 10.00-10.30 pagi Minum pagi 10.30 -11.00 pagi 'Ice breaking' 11.00 - 12.30 tengah hari Pembahagian kumpulan aktiviti mencipta slogan dan bendera kumpulan 12.30 - 1.00 petang Makan tengah hari 1.00 - 2.00 petang Solat zohor 2.00 - 2.30 petang Taklimat program dan peraturan keselamatan 2.30 - 4.00 petang Latihan kawad kaki 4.00 - 4.30 petang Minum petang 4.30 - 6.00 petang Persiapan diri dan mandi 6.00 - 7.00 petang Solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib Slot moral (bukan beragama Islam) 7.00 - 8.00 malam Solat isyak berjemaah 8.00 - 8.30 malam Makan malam 8.30 - 11.30 malam Persediaan persembahan Malam Kebudayaan 11.30 malam Tidur
10 MAC 2022 (JUMAAT) Masa Perkara 5.00 - 6.00 pagi Bangun pagi/ solat subuh 6.00 - 7.00 pagi Senamrobik 7.00 - 7.30 pagi Sarapan pagi 7.30 - 10.00 pagi Pertandingan kawad kaki 10.00-10.30 pagi Minum pagi 10.30-11.30 pagi Aktiviti kumpulan 11.30 - 1.30 petang Pertandingan memasak tengah hari dan makan tengah hari 1.30 -2.00 petang Solat zohor 2.00 - 4.00 petang Pertandingan simpulan dan ikatan 4.00 - 4.30 petang Minum petang 4.30 - 7.00 petang Demo pertolongan cemas dan pertandingan pertolongan cemas 7.00 - 8.00 malam Solat isyak berjemaah 8.00 - 8.30 malam Makan malam 8.30 - 11.30 malam Cooperative Games 11.30 malam Tidur
11.0 PENUTUP Semoga kertas kerja ini diterima supaya dapat menyokong pelajar PDPM mendapat latihan amali yang sesungguhnya mampu menggembirakan mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli di samping memberi kesedaran tentang kepentingan pengetahuan cara-cara memasak apabila berada di hutan. Disediakan oleh, (LIM HWEE YICK) Setiausaha AJK Perkhemahan Unit Beruniform, Persatuan Pandu Puteri, IPG Kampus Raja Melewar.