2
CUP2011: GURU KADET REMAJA SEKOLAH I
TUGASAN: BUKU LOG
NAMA PENSYARAH: ENCIK SHAHARUDIN BIN OTHMAN
AHLI KUMPULAN:
NAMA AHLI NO MATRIK KURSUS
NUR AMIRA BT SERIA D20192090976 ISMP BAHASA MELAYU
NUR AINA SYAHIRAH D20201095232 ISMP PENGAJARAN
BINTI MOHD KAMILI BAHASA INGGERIS
SEBAGAI BAHASA
KEDUA
CLARENCE JAKIL D20201095391 ISMP BIOLOGI
MOHD HAZRI BIN D20202097136 ISMP REKA BENTUK
HADI DAN TEKNOLOGI
MUHAMMAD AZRI D20202097145 ISMP REKA BENTUK
BIN MAT ARSAD DAN TEKNOLOGI
ROSMIZA BINTI NOR D20202097150 ISMP REKA BENTUK
HASMADI DAN TEKNOLOGI
2
3 MUKA SURAT
4
ISI KANDUNGAN 11
BIODATA AHLI KUMPULAN 16
1. SEJARAH 22
35
2. MAKLUMAT ASAS: 100
i. Logo KRS 132
ii. Bendera KRS 139
iii. Lagu KRS 147
iv. Ikrar KRS 155
v. Pakaian KRS 158
3. IKATAN 3
4. KAWAD KAKI
5. PERTOLONGAN CEMAS
6. IKHTIAR HIDUP
7. PETA DAN KOMPAS
8. PERKHEMAHAN
9. ALAM SEKITAR
10. LATIHAN & Amali
i. Gadget
ii. Kawad Kaki
4
BIODATA AHLI
KUMPULAN
4
5
5
6
6
7
7
8
8
9
9
10
10
11
SEJARAH
KADET
REMAJA
SEKOLAH
11
12
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin
Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.
Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan
pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya
adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2.
Pengasas KRS ; En. Muhammad Thani Bin Sha’aban
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu,
beriman, dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras
dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan
2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam
Sebagai Cara Kehidupan (Ad Deen). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah
Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Taman Tun Dr Ismail di
bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah
pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di
bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.
12
13
Dalam bulatan, Mejar KRS Muhammad Thani Saaban, Pengasas KRS Malaysia bersama Mejar
KRS Anuar dan Mejar & Mejar KRS Ustaz Ahmad Farazilla
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah
menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.
Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid
Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di
dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa
kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas Kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar
pasukan ini diberi nama Kadet Putera – Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun nama
pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar
kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua
kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di
Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur
13
14
Peristiwa Bersejarah: Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah
diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja
Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur
14
15
15
16
MAKLUMAT
ASAS KADET
REMAJA
SEKOLAH
16
17
Logo Kadet Remaja Sekolah
PENGERTIAN LOGO: DEFINISI
Sebagai benteng ketahanan daripada gejala tidak sihat
ELEMEN Melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia
Perisai
Bulan dan Bintang Memegang peranan institusi pendidikan yang mementingkan
Dua tangkai padi bersilang tradisi ilmu untuk semua ke arah melahirkan bangsa Malaysia
Buku yang terbuka sejajar denga Falsafah Pendidikan Negara
Merujuk kepada alam sekitar yang sihat
Warna hijau Melambangkan keperwiraan
Warna merah Merujuk kepada warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan
Warna kuning negara
Melambangkan keikhlasan serta kesucian
Warna putih
17
18
BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH
i. Warna hijau pada bendera melambangkan:
a. Tunas muda/ remaja masih boleh dibentuk
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan
ii. Definisi cogan kata: ILMU IMAN AMAL
a. ILMU: Asas keintelektualan serta ketrampilan ahli KRS/ TKRS
b. IMAN: keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri
c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan
natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri
iii. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kokurikulum Kadet Remaja
Sekolah/ Tunas Kadet Remaja Sekolah
18
19
LAGU KADET REMAJA SEKOLAH
Lagu ini dinyanyikan oleh Mejar Muhammad Thani B. Shaaban hasil dari gubahan lirik oleh
Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman. Manakala, susunan lagu ini adalah hasil daripada Bah. Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia.
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
19
20
IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH
20
21
PAKAIAN KADET REMAJA SEKOLAH
21
22
IKATAN
22
23
TALI-TEMALI
Pendapat yang diperoleh dari Shaker (1983) mendapati bahwa orang Mesir merupakan
orang atau golongan manusia yang pertama menggunakan tali yaitu 5000 tahun dahulu. Pendapat
lain pula (Takjoedin, 1981) mendapati bahawa bangsa Yunani pada zaman pra sejarah mempunyai
seorang dewa iaitu Dewa OG merupakan pembuat atau pencipta tali yang pertama. Namun begitu,
ahli sejarah yaitu Steven Ashton (1987) mendapati bahwa tali pertama yang digunakan untuk
aktivitas pendakian diperbuat dari pintalan serabut hemp. Selepas Perang Dunia ke-2, Hawser-Laid
diperkenalkan manakala Tali Kernmantel diperkenalkan pada tahun 1950-an.
Penggunaan tali bagi memburu, menghela, mengikat, menyambung, membawa,
mengangkat, dan memanjat bermula sejak zaman purba dan sentiasa penting bagi kemajuan
teknologi manusia. Kemungkinannya “tali ” terawal adalah gentian tumbuhan sedia ada, seperti
pokok memanjat, diikuti selepasnya dengan cubaan pertama memilin dan menganyam beberapa
utasan untuk membentuk tali sebenar dalam erti kata moden. Cebisan fossil kemungkinannya “dua
pilin talin sepanjang sekitar 7 mm diameter” dijumpai di gua Lascaux, bertarikh dari sekitar 17,000
Sebelum Masehi.
Kemungkinannya orang-orang Mesir Purba merupakan tamadun pertama yang memajukan
perkakasan khas bagi menghasilkan tali. Tali Mesir bertarikh dari 4000 hingga 3500 S.M. dan
biasanya dihasilkan dari gentian rumput reed air (water reed fibers). Tali lain di masa lalu dihasilkan
dari gentian pokok tamar, flax, rumput, papirus, kulit, atau rambut haiwan. Kegunaan tali sedemikian
yang dihela oleh beribu pekerja membenarkan Mesir mengalih batu berat yang diperlukan bagi
membina mercu tanda mereka. Bermula dari sekitar 2800 S.M., tali yang dihasilkan dari gentian
hemp digunakan di China. Tali dan seni menghasilkan tali tersebar sepanjang Asia, India, dan Eropa
selama beberapa ribu tahun berikutnya.
Pada Zaman Pertengahan (dari kurun ke tiga belas sehingga kurun ke lapan belas), dari
Kepulauan British sehingga ke Itali, tali dibina dalam bentuk yang dikenali sebagai jalan tali,
bangunan yang sangat panjang di mana untaian tali sepanjangnya diregangkan dan ditindan (laid up)
atau dijalin untuk membentuk tali. Panjang kabel dengan itu ditetapkan oleh panjang bangunan jalan
tali. Ini berkait dengan unit panjang yang diistilahkan sebagai panjang kabel. Ini membenarkan tali
panjang sehingga 300 ela atau lebih dihasilkan. Tali pendek tidak berguna di kapal tinggi yang
memerlukan tali yang panjang, berukur lilit sekata, dan kukuh. Talu pendek memerlukan sambungan
untuk memanjangkannya. Bentuk sambungan terkukuh adalah sambungan pendek, yang
23
24
menggandakan ukur lilit tali pada kawasan sambungan. Ini akan menimbulkan masaalah dalam
perkakasan rig seperti takal dan gelendong.
Leonardo da Vinci melakar konsep mesin pembuat tali, tetapi sebagaimana kebanyakan
ciptaannya, ia tidak pernah dibina. Walaubagaimanapun, pencapaian pembinaannya yang
menakjubkan dicapai tanpa menggunakan teknologi maju: Pada 1586, Domenico Fontana
menegakkan obelisk 327 tan di Medan Saint Peter, Rom dengan usaha bersama 900 orang, 75 kuda,
dan jumlah takal yang tidak terbilang dan bermeter tali. Menjelang akhir 1700-an beberapa mesin
yang boleh digunakan telah dibina dan dipaten.
Tali terus dihasilkan dengan menggunakan gentian semulajadi sehingga 1950-an apabila
gentian buatan seperti nilon menjadi popular.
Tali adalah seutas serat, dipilin atau dianyam bersama untuk meningkatkan kekuatan bagi
menarik dan menyambung. Ia mempunyai kekuatan tegangan tetapi terlalu lentur untuk
memberikan kekuatan mampatan (contohnya, ia boleh digunakan bagi menarik, bukan menolak).
Tali lebih tebal dan kukuh berbanding benang, atau akar.
Bahan yang biasa digunakan bagi menghasilkan tali termasuk serat semulajadi seperti
gentian Manila, hem, linen, kapas, sabut, jut dan sisal. Serat buatan dalam penghasilan tali
termasuklah polipropilena, nilon, poliester (contoh. PET, Vectran), polietilena (contoh. Spectra) dan
Aramid (contoh. Twaron, Technora dan Kevlar). Sesetengah tali dihasilkan melalui campuran
beberapa serat atau menggunakan serat ko-polimer. Tali juga boleh dibuat dari serat logam. Selain
itu, tali juga telah dihasilkan dari bahan berserat seperti sutera, bulu biri-biri, dan rambut, tetapi tali
sedemikian tidak didapati secara meluas. Rayon merupakan serat dikitar yang digunakan bagi
menghasilkan tali hiasan.
Tali adalah amat penting dalam bidang seperti pembinaan, pelautan, pengembaraan, sukan
dan perhubungan dan semenjak zaman prasejarah lagi. Untuk mengikat tali, sejumlah besar
simpulan telah direka bagi pelbagai kegunaan. Takal telah digunakan bagi mengarah kuasa tarikan ke
arah lain, dan mungkin telah digunakan bagi mencipta kelebihan mekanikal, membenarkan
beberapa utas tali bagi berkongsi beban dan menggandakan kekuatan yang diberikan pada
hujungnya. Win dan kapstan pula merupakan mesin yang direka untuk menarik tali.
Tali temali juga merupakan salah satu dari keterampilan tertua yang di miliki manusia, yang
mempunyai dua fungsi; kegunaan dan keindahan (dekorasi); di beberapa tempat tali-temali telah
24
25
mempunyai unsur magis dan keperluan kepercayaan tertentu (misal seperti di India dan Amerika,
pada orang-orang Indian).
Tali-temali telah lama tercatat dalam sejarah dan merupakan bagian penting dari banyak
peristiwa perdagangan dan kerajinan dan secara khusus di gunakan di kalangan para pelaut. Para
pelaut yang berlayar dengan kapal pengangkut di abad ke-19 mengetahui dan telah menggunakan
puluhan macam simpul dan mungkin termasuk yang paling terampil dalam hal ini. jumlah simpul
yang banyak tersebut mempunyai kegunaan masing-masing yang sangat spesifik.
25
26
ANATOMI TALI
Tali ialah sekumpulan benang, lapis, gentian atau helai yang dipintal atau dijalin
bersama menjadi bentuk yang lebih besar dan lebih kuat. Tali mempunyai kekuatan
tegangan dan boleh digunakan untuk menyeret dan mengangkat. Tali adalah lebih tebal dan
lebih kuat daripada “kord”, “string” dan “twine”.
PEMBINAAN TALI
Tali boleh dibina daripada sebarang bahan yang panjang, bertali, berserabut, tetapi
secara amnya dibina daripada gentian asli atau sintetik tertentu. Tali gentian sintetik jauh
lebih kuat daripada gentian semula jadi, ia mempunyai kekuatan tegangan yang lebih tinggi,
ia lebih tahan reput daripada tali yang dihasilkan daripada gentian semula jadi, dan ia boleh
dibuat terapung di atas air. Tetapi tali sintetik juga mempunyai kelemahan tertentu,
termasuk licin, dan sesetengahnya boleh rosak dengan lebih mudah oleh cahaya UV.
Gentian semula jadi biasa untuk tali ialah rami Manila, rami, linen, kapas, sabut, jut,
jerami, dan sisal. Gentian sintetik yang digunakan untuk membuat tali termasuk
polipropilena, nilon, poliester (cth. PET, LCP, Vectran), polietilena (cth. Dyneema dan
Spectra), Aramid (cth. Twaron, Technora dan Kevlar) dan akrilik (cth. Dralon). Sesetengah
tali dibina daripada campuran beberapa gentian atau menggunakan gentian kopolimer. Tali
dawai diperbuat daripada keluli atau aloi logam lain. Tali telah dibina daripada bahan
gentian lain seperti sutera, bulu, dan rambut, tetapi tali sedemikian tidak tersedia secara
umum. Rayon ialah gentian yang dijana semula yang digunakan untuk membuat tali hiasan.
26
27
Pusingan helai dalam tali berpintal atau jalinan berfungsi bukan sahaja untuk mengekalkan
tali bersama, tetapi membolehkan tali mengagihkan ketegangan dengan lebih sekata antara
helai individu. Tanpa sebarang lilitan dalam tali, untaian terpendek akan sentiasa
menyokong bahagian yang lebih tinggi daripada jumlah beban.
KEGUNAAN TALI
Tali telah digunakan sejak zaman prasejarah. Ia amat penting dalam pelbagai bidang
seperti pembinaan, pelayaran, penerokaan, sukan, teater dan komunikasi. Banyak jenis
simpulan telah dibangunkan untuk mengikat dengan tali, menyambung tali, dan
menggunakan tali untuk menjana kelebihan mekanikal. Takal boleh mengubah hala daya
tarikan tali ke arah lain, melipatgandakan kuasa angkat atau tariknya, dan mengagihkan
beban ke beberapa bahagian tali yang sama untuk meningkatkan keselamatan dan
mengurangkan kehausan.
27
28 Fungsi
JENIS-JENIS IKATAN • Untuk menyambung dua hujung tali
Nama Ikatan yang sama jenis dan saiz.
• Biasanya untuk menyambung tali
i. BUKU SILA (SQUARE / REEF KNOT) khemah atau bungkusan hadiah
serta ikatan anduh.
ii. SIMPULAN PENCURI (THIEF KNOT) • Mudah dibuka.
• Dikenali juga sebagai left over right
and right over left.
• Simpulan ini sangat sesuai untuk
mengikat bungkusan, sekiranya kita
bimbang ada orang lain akan
membuka bungkusan tersebut.
• Apabila orang tersebut mengikat ia
kembali, lazimnya mereka akan
mengikatnya semula seperti ikatan
buka sila atau square knot.
iii. SIMPULAN TINDIH KASIH (BOWLINE) • Untuk membuat ikatan yang pantas
dan tidak boleh menjerut benda atau
binatang dan sebagainya.
• Sesuai digunakan untuk menyelamat
atau mengikat leher binatang.
28
29
iv. SIMPULAN BUNGA GETI • Kegunaannya adalah untuk
menyambungkan hujung dua tali
(SHEET/FLAG/COMMON BEND) yang berlainan jenis atau berlainan
saiz.
v. SIMPUL MANOK (CLOVE HITCH) • Simpul manuk biasanya
digunakan untuk mengikat
benda yang licin seperti kayu,
hujung pancang khemah, botol
dan sebagainya.
• Ia mudah diikat dan disimpulkan,
selain itu ia juga mudah
ditanggalkan atau dibuka.
vi. SIMPUL BELIT LUCUT (HIGHWAYMAN’S • Sesuai digunakan untuk
HITCH) mengikat bot atau binatang
(contohnya kuda) supaya boleh
• dibuka dengan pantas.
Boleh juga digunakan untuk
turun dari atas pokok dengan
menggunakan tali.
29
30 • Sheepshank digunakan untuk
vii. SHEEP SHANK memendekkan tali tanpa perlu
memotong tali tersebut.
• Ia juga boleh digunakan untuk
menegangkan tali (contohnya
tali khemah) tanpa perlu
membuka ikatannya dibahagian
hujung tali. Ia boleh disimpulkan
di bahagian tengah tali tersebut.
viii. SIMPILAN PENGAIL/SIMPUL HIMPIT • Sesuai digunakan untuk
(FISHERMAN’S KNOT)
menyambungkan dua tali yang halus
atau licin seperti tali tangsi.
ix. LILIT BALAK (THE TIMBER HITCH) • Ikatan balak adalah ikatan
sementara untuk menurunkan
atau menarik beban seperti
tongkol kayu dan sebagainya.
30
31 Satu simpulan mudah tetapi
kemas untuk mengikat hujung
x. LILIT 2 SIMPUL/SIMPUL BELIT (ROUND • tali pada mata kail, pancang,
TURN AND TWO HALF-HITCHES) pokok dan sebagainya.
xi. SLIP RUNNING KNOT • Ikatan ini mudah diketatkan atau
• dilonggarkan.
Mudah menggerakkan ikatan ke
• bahagian lain pada kayu atau
pancang.
xii. IKATAN SILANG GUNTING (SHEER • Semakin kuat hujung tali itu
LASHING) ditarik, semakin ketat simpulan
tersebut.
• Ikatan ini ialah bagi membuat
jambatan, menara, gejet dan
menyambung kayu.
Mulakan dengan simpulan
manok pada sebarang kayu,
kemudian belitkan pada kedua-
dua batang kayu itu dengan
ketat. Akhir sekali belitkan tali di
celah kayu itu beberapa kali
supaya lebih ketat.
31
32 • Ikatan seraya digunakan untuk
xiii. IKATAN SERAYA (SQUARE LASHING) mengikat dua batang kayu atau
dua batang buluh yang bersilang.
32
33 • Ikatan ini digunakan untuk
xiv. IKATAN SERONG (DIAGONAL LASHING) membuat jambatan, menara dan
sebagainya.
• Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada tempat kayu
bersilang. Belitkan membujur
kemudian melintang dan
matikan dengan simpulan
manok.
xv. IKATAN SILANG TUNGKU (TRIPOD • Digunakan untuk membuat gejet
LASHING) dan menyambung kayu, khas
bagi mengikat tiga batang kayu
• atau buluh yang sama besar dan
panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan
menggunakan Lilit Balak atau
Simpul Manuk dan bagi
mematikan Ikat Silang Tungku,
Simpul Manok digunakan.
33
34 • Digunakan untuk mengikat kayu atau
xvi. LILIT KACANG buluh bagi membuat lantai sesuatu
gadjet.
• Mulakan dengan memggunakan
simpul manuk atau lilit balak.
• Ikat selang-seli pada buluh lantai dari
atas ke bawah tiang sehingga selesai
34
35
KAWAD KAKI
35
36
PANDUAN KAWAD ( KRS DAN TKRS)
PENGENALAN
Kawad dalam erti kata sebenarnya ialah perbarisan oleh anggota pasukan/ atau pakaian
seragam, terutamanya yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak yang di lakukan
di padang kawad. Kawad itu bukan hanya yang dikaitkan dengan kegiatan dipadang kawad sahaja
walaupun tanggapan yang tertentu itu merujuk hanya kepada kegiatan yang dipadang kawad,
pendapat mereka masih juga keliru dan tidak mengetahui apa sebenarnya tujuan dan matlamat-
matlamat kawad itu. Di dalam KRS, kawad bukan hanya semata pergerakan yang melibatkan kaki,
tangan dan badan serentak, tetapi lebih menitikberat kepada bagaimana membentuk disiplin,
kerjasama dalam pasukan, dan nilai-nilai positif yang ada didalam kemahiran kawad. Tujuan utama
kawad dipadang adalah untuk membina disiplin. Di dalam kehidupan sehari-hari manusia, disiplin
adalah penting sekali agar ianya dapat hidup sempurna, patuh kepada undang-undang, beradab dan
bersopan santun. Juga kalau dikaji dari sudut agama, Allah juga memerintahkan agar semua
umatnya berdisiplin dan patuh serta taat dengan ajaran-ajarannya. Buku kawad ini bertujuan
untuk memberi panduan kepada jurulatih supaya dapat mengajar pegawai/kadet tatacara kawad
dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab. Selain
daripada itu matlamat untuk melahirkan pegawai/kadet, Kadet Remaja Sekolah yang mempunyai
disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepadaajaran agama dan sanggup mempertahankan
agama bangsa dan negara dapat dicapai.
36
37
BAHAGIAN 1:
PANDUAN UNTUK JURULATIH
Buku kawad ini bertujuan untuk memberi panduan kepada jurulatih supaya dapat mengajar
pegawai/kadet tatacara kawad dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan
bertanggungjawab.Selain daripada itu matlamat untuk melahirkan pegawai/kadet Kadet Remaja
Sekolah yang mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama dan
sanggup mempertahankan agama bangsa dan negara dapat dicapai.
37
38
1.0 PENDIRIAN SEORANG JURULATIH
Sikap dan pendirian yang tetap dan betul adalah sangat penting bagi seseorang jurulatih kerana ia
akan dicontohi dan diteladani.
Apabila hendak mengajar kawat, jurulatih hendaklah berdiri dengan cara yang betul. Pergerakan
badan, kepala dan tangan hendaklah pada kadar yang minimum ketika memberi hukuman. Ini akan
menampakkan kekemasan dan disiplin yang tinggi.
Apabila hendak melakukan sesuatu pergerakan kawad jurulatih, hendaklah melakukan mengikut
tatacara kawad.
Demonstrasi atau cara melakukan sesuatu pergerakan itu mestilah kemas dan mantap. Apabila
hendak menunjukkan pergerakan-pergerakan tongkat, maka pertunjukan itu hendaklah dilakukan
dengan tongkat sahaja.
1.1 KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN KAWAD TERBAIK
Bagi menguasai kemahiran berkawad yang baik, seseorang jurulatih perlu ada dua perkara
penting; pertama mempunyai prasangka yang baik dan yang kedua kebijaksanaan. Mempelajari
kawad bukan satu perkara yang mudah. Oleh hal yang demikian seseorang jurulatih hendaklah bijak
dan pandai mengarah skuad itu supaya melaksanakan latihan kawad dengan kemas dan sempurna.
Jurulatih yang bijak dan baik akan melahirkan skuad yang kemas dan berdisiplin.Jurulatih hendaklah
memberi pujian pada tempat yang sepatutnya. Sesuatu arahan hendaklah sesuai dengan tahap
kadet serta peringkat ilmu yang telah diterima.Jurulatih tidak boleh memberi hukuman kawad yang
belum diajar. Peranan jurulatih adalah melatih skuadnya sebaik yang boleh dan mengajar mereka
supaya berkelakuan baik dan berdisiplin tinggi seperti jurulatih itu sendiri.
Kaedah Peningkatan Pengajaran Kawad
1. Pengajar/Jurulatih memberi hukuman penuh dan pertunjukan, sebagai contoh ” Bergerak ke
kanan...........kanan pusing”
2. Pengajar/Jurulatih memberi hukuman dengan nombor dan pertunjukan serta penerangan,
contoh ” Bergerak ke kanan dengan nombor........................kanan pusing..............satu, ”satu”
( perbuatan ) skuad .................... dua, ”dua” ( perbuatan ) .
38
39
Penerangan:
Apabila mendapat hukuman ke kanan pusing satu, dengan menetapkan kedua-dua
lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke
hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri
terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di
atas kaki kanan. Apabila mendapat hukuman skuad dua, angkat kaki kiri 45* dan hentak di
sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Lain-lain anggota diam.
3 Bahasa hukuman dan kiraan masa daripada pengajar/jurulatih manakala perbuatan daripada
anggota atau skuad, contoh:
Jurulatih :”Bergerak ke kanan dengan nombor....................kanan pusing.............satu”
Anggota : ” satu ” ( berteriak dan laksanakan perbuatan )
4. Kawat hubungan- anggota dibahagikan secara berpasangan, seorang memberi arahan dan
seorang lagi melaksanakan perbuatan silih berganti.
5. Pengajar atau jurulatih memberi bahasa hukuman yang penuh, masa dan perbuatan
daripada anggota
Jurulatih : ” Bergerak ke kanan, kanan....................pusing.
Anggota : Melaksanakan pergerakan dengan penuh mengikut bahasa hukuman daripada
pengajar atau jurulatih.
1.2 MEMBETULKAN KESILAPAN
Setiap kesilapan yang dilakukan oleh jurulatih hendaklah dibuat pembetulan sebelum
jurulatih itu meninggalkan padang kawad. Sebarang teguran oleh pegawai yang lebih tinggi
pangkatnya hendaklah didengar dan dipatuhi. Walau bagaimanapun teguran itu hendaklah secara
berhemah. Teguran itu merupakan pengajaran dan pendidikan bagi memperbaiki dirinya.
39
40
1.3 PROSES LATIHAN
• Jika pengajaran atau ilmu kawad hendak disampaikan, pelatih-pelatih hendaklah berdiri dan
dapat melihat pergerakan jurulatih dengan jelas.
• Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah jelas dan tepat. Jika perlu bolehlah diberi
penerangan tentang sesuatu pergerakan kawad yang dilakukan.
• Untuk memudahkan pelatih-pelatih, lakukan demonstrasi sesuatu kawad itu secara lengkap
dan sempurna dengan mengikut masa serta hukumannya.
• Demonstrasi hendaklah dilakukan secara latihan kawat dengan nombor. Ulasan hendaklah
diberi secara terperinci. Tumpukan kepada satu-satu pergerakan, setelah pelatih mahir
barulah diajar pelajaran lain. Jurulatih hendaklah menunjukkan kesalahan-kesalahan yang
biasa dilakukan semasa berkawat.
• Kesilapan hendaklah diperbetulkan dan dilatih secara berulang-ulang. Perkara ini penting
dalam proses latihan.
• Rehat mestilah diberi mengikut kesesuaian antara satu pelajaran dengan satu pelajaran,
terutama dalam proses kawat peringkat awal.
• Apabila skuad dalam kedudukan rehatkan diri, jurulatih bolehlah menyoal skuadnya.
Pertanyaan itu bukan hanya berkenaan kawad tetapi apa saja sama ada berkaitan dengan
ilmu pengetahuan, pelajaran, nasihat, tujuan kehidupan, wawasan dan sebagainya.
1.4 BAHASA HUKUMAN
Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawad yang baik. Semua jurulatih
hendaklah mahir dengan bahasa hukuman. Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu "Bahasa
amaran" dan bahasa perbuatan ". Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang dan terang.
Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa
perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi memisahkan kedua-dua
perkataan ini. Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara " bahasa
amaran " dan " bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa berhenti seketika
(“pause” ) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada
yang " masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ". Jika perlu kembali semula kepada
kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula". Biasakan memberi hukuman dengan suara yang
kuat dan lantang. Seorang jurulatih hendaklah tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan
memberi dua kesan; pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa
40
41
hukuman jika dibuat seperti berbual sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan
kawad itu rosak .
1.5 MASA BAGI BAHASA HUKUMAN
Jadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa perbuatan".
Sebagai panduan, jarak masa ”bahasa amaran” diberi dengan kadar empat langkah semasa cepat
jalan atau tiga langkah semasa perlahan jalan. Setiap ”bahasa perbuatan” diberi apabila kaki kiri
menjejak ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.
MASA MEMBERI BAHASA HUKUMAN
BAHASA HUKUMAN HUKUMAN DIBERI SEMASA CEPAT HUKUMAN DIBERI SEMASA
HENTI JALAN PERLAHAN JALAN
DALAM MASA BERJALAN
SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE TANAH SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI
KIRI
CEPAT JALAN CEPAT ATAS KAKI KANAN DAN JALAN
ATAS KAKI KIRI
TUKAR LANGKAH CEPAT ATAS KAKI KANAN JEJAK KE
TANAH DAN JALAN ATAS KAKI KIRI
CEPAT.......CEPAT JALAN JEJAK KE TANAH
KEKANAN PUSING SEMASA KAKI KIRI SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI
JEJAK KE TANAH KIRI
KE KIRI PUSING SEMASA KAKI KANAN SEMASA KAKI KIRI MELALUI KAKI
JEJAK KE TANAH KANAN
HENTI
(Semasa hentak kaki) SEMASA KAKI KANAN SEBELUM KAKI KANAN
JEJAK KE TANAH JEJAK KE TANAH
41
42
MAJU SEMASA KAKI KIRI SEBELUM KAKI KIRI
(Semasa hentak kaki) JEJAK KE TANAH JEJAK KE TANAH
TUKAR LANGKAH MASA TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN
BERJALAN TUKAR LANGKAH LANGKAH ATAS KAKI KIRI LANGKAH ATAS KAKI KIRI MELALUI
KAKI KANAN
TUKAR LANGKAH SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE TANAH
PERLAHAN-PERLAHAN
JALAN
BUKA/TUTUP BARISAN SEMASA KAKI KIRI SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI
SEMASA BERJALAN JEJAK KE TANAH KIRI
HORMAT SEMASA KAKI KIRI SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI
JEJAK KE TANAH KIRI
1.6 SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWAD
Seseorang jurulatih kawat hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pendidik seperti berikut :
• Kesabaran menghadapi sesuatu.
• Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh.
• Mempunyai kemahuan untuk maju.
• Bertanggungjawab.
• Berperikemanusiaan.
• Taat setia yang tidak berbelah bahagi.
• Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan.
• Memuji dan menegur kesalahan.
• Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
• Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani.
• Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.
42
43
BAHAGIAN 2:
KAWAD KAKI
Kawad kaki ialah pergerakkan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan
perbarisan. Tujuan kawad kaki dibuat adalah untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan
tatatertib cergas dan taat setia, membentuk anggota kumpulan supaya berkerjasama dalam satu
kumpulan dan untuk membentuk ahli pasukan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas
dan taat perintah.
CONTOH PEMBAHAGIAN PENGAJARAN KAWAD SEKOLAH RENDAH:
TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6
Asas Kawad Statik; Asas Kawad Statik i. Asas Kawad Statik
a. Kawat Dinamik; ii. Kawad Dinamik
• Mula langkah kaki
• Masuk baris kanan iii. Hormat;
• Tatacara Hormat
• Paraskan skuad • Tukar langkah semasa • Ke kiri / ke kanan
berjalan
• Kanan lurus • Berpusing ke belakang hormat
semasa berjalan
• Senang diri • Rehatkan diri • ke hadapan hormat
• Sedia
• Skuad sedia • Senangn diri • selaku terima
• Berpusing
• Buka / Tutup barisan • Hentak kaki sijil/hadiah
• Bersurai
• Ke kanan/ke kiri pusing • Masuk baris • Rehatkan diri
• Paras
• Menghadap ke • Ke kanan lurus • Senang diri
• Buka / tutup barisan
belakang / hadapan • Lapor dirI • Sedia
• Hentak kaki • Berpusing
• Keluar baris • Hentak kaki
• Rehatkan diri • Bersurai
• Sedia • Masuk baris
• Bersurai • Paras
• Lapor dirI • Ke kanan lurus
• Buka/Tutup barisan
• Lapor diri
• Berjalan dan berhenti
• Terima sijil
43
44
CONTOH PEMBAHAGIAN PENGAJARAN KAWAD SEKOLAH MENENGAH:
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 & 3 TINGKATAN 4 & 5
a). Asas Kawad Am a). Memberi perintah kawad a). Kawad perseorangan
• Masuk barisan • Kumpulan masing- • Melakukan semua
• Paraskan barisan masing jenis Kawad
• Kanan lurus
• Senang diri b). Kawat Perhimpunan b). Perintah Kawad
• Sedia i.Sebagai Ketua
• Buka dan Tutup barisan c). Hormat Ke hadapan
• Ke kanan dan Ke Kiri Hormat c). Mengurus Perhimpunan
Pusing
• Langkah hadapan, d). Hormat Ke Kanan d). Kawad Formasi
• belakang, kiri, kanan Hormat
• Hentak kaki e). Jadikan 2 barisan
• Berjalan/berhenti e). Hormat Ke Kiri Hormat
• Melapor diri f). Jadikan 3 barisan dari 2
f). Hormat selaku terima sijil barisan
b). Kawad berjalan g). Berjalan g). Kawad senyap
• Mulakan kaki kanan • Sambil berpusing
• Tabik hormat • Tukar langkah semasa
berjalan
c). Kawad membawa • Perlahan jalan
bendera • Mengubah kedudukan
d). Menaik dan
menurunkan bendera
44
45
BAHAGIAN KE-2
KAWAD STATIK
(Contoh video tutorial kawad kaki statik)
https://www.youtube.com/watch?v=PclBHEk-bak
https://www.youtube.com/watch?v=lgBZngcaXbQ
2.0 KAWAD STATIK
BAHAGIAN I
SEDIA
Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung
kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan
antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada
terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat
ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus
45
46
menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar;
langut kepala memandang terus ke hadapan.
Kesalahan Biasa :
• Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
• Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
• Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
• Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
• Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan
• tangan mengerekot.
• Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
• Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
• Tunduk atau mendongak.
• Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.
Ingatan :
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".
BAHAGIAN II
SENANG DIRI
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12
inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan
rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi ,
46
47
siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti
tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa :
• Siku bengkok;
• Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
• Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
• Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
• Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
• Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
• Bahu jatuh dan badan mengenjut.
BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI
Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
• Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
• Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
47
48
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat
pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan
senang diri.
BAHAGIAN IV
MASUK BARIS
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad
hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya
mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira
6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan
hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30
inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam
keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
• Datang berbaris tidak berlari
• Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
• Bercakap-cakap;
• Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
48
49
BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN
Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri
serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa
sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam
setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu
melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan
atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan
hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap
barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan
lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
Hukuman:
''Pandang.............depan''
Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.
49
50
Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”
Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah
kiri.Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka
ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam. Kita boleh memberi nombor
sama ada dari kiri atau kanan.
Kesalahan Biasa :
• Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
• Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa
meluruskan barisan;
• ”Pinggang lemah” semasa kaki bergerak;
• Jarak dan bersetentang tidak betul;
• Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan;
• Turun tangan lambat dan siku bengkok.
• Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki
kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus ,
turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
50