101
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa selalunya dapat membantu
menyelamatkan nyawa mangsa. Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal
yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau
sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan sebelum mangsa
dihantar ke hospital. Tempat simpanan alat-alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku
kecemasan boleh dijumpai di kebanyakan tempat, seperti: pejabat, kilang, makmal ataupun di
rumah kediaman.
Matlamat utama dalam melakukan pertolongan cemas adalah ;
✓ Untuk menyelamat nyawa
✓ Mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk
✓ Mengurangkan kesakitan
✓ Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh Doktor
Peraturan Asas Pertolongan Cemas
Terdapat beberapa peraturan asas yang perlu dititik beratkan oleh ahli atau individu yang melakukan
pertolongan cemas. Antaranya adalah seperti berikut ;
✓ Ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakut-nakutkan mangsa/pesakit atau orang
yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan.
✓ Ahli pertolongan cemas hendaklah memberikan bantuan terhadap mana-mana kecederaan
yang merbahaya terlebih dahulu.
✓ Ahli pertolongan cemas hendaklah melonggarkan pakaian pesakit agar ianya sentiasa berada
di dalam keadaan selesa dan juga supaya ianya mendapat udara yang secukupnya.
✓ Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling mangsa/pesakit
✓ Cuba dapatkan butir-butir peribadi mangsa/pesakit untuk memudahkan ahli pertolongan
cemas berhubung dengan pihak-pihak tertentu.
✓ Ahli pertolongan cemas hendaklah jangan cuba memberi bantuan yang berlebihan-lebihan
kerana dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan mangsa
✓ Cuba pulihkan pernafasan sekiranya terhenti.
101
102
✓ Jika berlaku perdarahan terhadap mangsa cuba hentikan pengaliran darah tersebut daripada
keluar dengan banyaknya.
✓ Dalam melakukan pertolongan cemas, Tindakan berikut perlu diutamakan ;
• Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik
• Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
• Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
• Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan Am Untuk Memberi Rawatan Bantu Mula
✓ Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
✓ Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
• (D) Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya
• (R) Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau
bertanya dengannya jika mangsa sedar
• (A) Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada
keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa
• (B) Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation
• (C) Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher,
jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
102
103
Teknik Melakukan “Cardiopulmonary Resuscitation” CPR
✓ CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” merupakan gabungan khidmat pertolongan
cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.
✓ Bantuan pertolongan cemas CPR digunakan bagi membantu seseorang yang terhenti
pernafasannya.
✓ Degupan jantung yang terhenti dapat mempengaruhi peredaran darah yang mengandungi
oksigen ke otak dan organ-organ penting lainnya.
✓ Teknik CPR bertujuan supaya dapat membantu darah yang mengandungi oksigen tersebut
dapat mengalir semula seperti biasa apabila degupan jantung yang terhenti dapat berdegup
semula.
✓ Teknik melakukan CPR adalah seperti berikut ;
• (Danger) / Bahaya
• (Response) / Tindak Balas
• (Shout) / Jerit Minta Bantuan
• (Airway) / Buks Saluran Pernafasan
• (Breathing) / Pernafasan
• (Circulation) / Peredaran Darah
• (Defibrilation) / Defibrilasi
103
104
✓ Perincian langkah – langkah CPR bagi mangsa dewasa adalah seperti berikut ;
Langkah – Langkah Perincian
1. DANGER (BAHAYA)
✓ Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran
selamat
✓ Pakai sarung tangan jika ada.
✓ Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar
elektrik, dan sebagainya
Pakai sarung tangan jika ada ✓ Periksa sama ada mangsa boleh bertindak
2. RESPONSE (TINDAK BALAS) balas :
o Tepuk bahu mangsa dan tanya dengan jelas
Tepuk bahu mangsa “Hello! Hello! Anda OK?”
3. SHOUT FOR HELP
✓ Jika mangsa bertindak balas:
(JERIT MINTA BANTUAN) o Biarkan mangsa dalam keadaan yang selamat
o Tanya keadaan mangsa
o Dapatkan bantuan jika perlu
o Periksa semula secara berkala
✓ Jika TIDAK, Teruskan ke Langkah 3
✓ Jerit dengan jelas “Tolong! Tolong! Hubungi 999!
Bawa AED!” untuk mendapatkan bantuan.
✓ Jika anda berseorangan, hubungi 999 dan biarkan
dalam mode pembesar suara.
✓ Teruskan langkah-langkah CPR seterusnya.
104
105
Jerit minta bantuan dan
hubungi 999
4. AIRWAY ✓ Baringkan mangsa dan buka saluran pernafasan
(SALURAN PERNAFASAN)
✓ Dongakkan kepala dan angkat dagu
(Head tilt-chin lift) :
o Berada di sebelah mangsa
o Letakkan sebelah tangan di dahi mangsa.
Dongakkan sedikit kepala mangsa.
o Letakkan hujung jari tangan sebelah lagi di
bawah dagu mangsa dan angkat sedikit dagu
mangsa
Dongakkan kepala dan angkat dagu
(Head tilt-chin lift)
5. BREATHING (PERNAFASAN) ✓ Periksa sama ada mangsa bernafas dengan
normal dalam tempoh tidak melebihi 10 saat
o Buka saluran pernafasan
o Pada masa yang sama lihat dada, leher dan
muka mangsa
✓ Jika mangsa bernafas terlalu perlahan atau tidak
normal (agonal breathing and gasping) dan jika
105
106
tidak pasti, anggap mangsa tidak bernafas
o Mulakan tekan dada
Periksa sama ada mangsa bernafas
6. AED ✓ Automated External Defibrillator (AED)
✓ Arahkan seseorang untuk mendapatkan
AED jika ada.
✓ Jika anda bersendirian dengan mangsa di
tempat kejadian, jangan tinggalkan mangsa
dan terus mulakan tekan dada
7. CIRCULATION ✓ Mulakan tekan dada
(PEREDARAN DARAH) o Lokasi tekanan dada adalah di tengah dada
mangsa
Letakkan satu tapak tangan o Duduk di sebelah mangsa
di tengah dada mangsa o Letakkan sebelah tapak tangan di tengah
dada mangsa
o Letakkan sebelah tangan lagi di atas tangan
yang pertama dan silangkan jari-jari anda
o Jangan tekan di bahagian rusuk dan perut
mangsa
o Luruskan lengan dan siku
o Pastikan bahu tegak di atas dada pesakit dan
106
107 tekan ke bawah
Letakkan tangan kedua di ✓ Tekan dada dengan kualiti tinggi
atas tangan pertama dan (High Quality CPR)
silangkan jari-jari kedua o Kelajuan: 100 ke 120 kali seminit
tangan. o Kedalaman: 5 ke 6 cm
o Pastikan dada recoil ke posisi asal di antara
setiap tekan dada
o Kurangkan gangguan semasa tekan dada
o Sebarang rawatan yang perlu diberikan
semasa tekan dada hendaklah tidak melebihi
daripada 10 saat. Ini termasuklah defibrilasi.
Luruskan lengan dan siku dan pastikan
bahu tegak di atas dada pesakit
8. RESCUE BREATH ✓ Berikan bantuan pernafasan semasa tekan dada
(BANTUAN PERNAFASAN) pada kadar 30 tekanan dada: 2 hembusan nafas. 2
hembusan nafas tersebut mesti tidak lebih
daripada 10 saat sehingga mengganggu tekan
dada.
107
108
✓ Bantuan pernafasan melalui pocket mask
o Posisikan diri anda di sebelah mangsa
o Letakkan pocket mask pada muka mangsa
dan rapatkan ke muka mangsa dengan
menutupi hidung dan mulut mangsa
o Letakkan jari telunjuk dan ibu jari pada pocket
mask dengan jari-jari lain pada rahang
mangsa sambil dongakkan kepala dan angkat
Teknik memegang pocket mask pada dagu mangsa
muka mangsa o Hembus selama satu saat dan perhatikan
sama ada dada pesakit naik dengan
hembusan yang diberikan
o Ulang sekali lagi
o Sambung tekan dada
✓ Bantuan pernafasan mulut ke mulut
o Pakai face shield, jika ada.
o Picit hidung mangsa dengan jari telunjuk dan
ibu jari.
o Angkat dagu dengan mulut terbuka
Bantuan pernafasan melalui pocket o Tarik nafas anda dan letakkan mulut pada
mask mulut mangsa dengan rapat
o Hembus selama satu saat.
o Kekalkan bukaan saluran pernafasan
sementara anda mengangkat muka anda dan
menarik nafas semula
o Perhatikan sama ada dada mangsa naik
dengan hembusan yang diberikan
o Tarik nafas sekali lagi dan hembus semula ke
mulut mangsa
o Sambung tekan dada
Bantuan pernafasan menggunakan face
shield
108
109
9. DEFIBRILLATION ✓ Apabila AED tiba :
(DEFIBRILASI) o Tekan butang ON pada AED
o Letakkan electrode pads pada dada mangsa
o Teruskan tekan dada sementara pada
diletakkan
o Ikut arahan pada AED
Jika defibrilasi/shock disarankan, ✓ Jika defibrilasi/shock disarankan,
pastikan tiada sesiapa memegang o Pastikan tiada sesiapa memegang mangsa
mangsa o Tekan butang shock pada AED
o Terus sambung tekan dada serta merta
selepas defibrilasi diberikan
o Ikut arahan AED seterusnya
✓ Jika tiada defibrilasi/shock disarankan, teruskan
tekan dada
✓ Periksa semula mangsa selepas setiap 2 minit atau
selepas 30 tekan dada dan 2 hembusan nafas
sebanyak 5 pusingan
✓ Teruskan CPR melainkan;
o Mangsa mula bernafas semula
o Anda sudah letih dan tidak mampu
Terus sambung tekan dada serta mera melakukan tekan dada lagi
selepas defibrilasi/shock diberikan o Bantuan telah tiba
10. RECOVERY POSITION ✓ Jika anda dapati mangsa sudah mula bernafas
(POSISI PEMULIHAN) sendiri tapi masih tidak sedar ;
o Teruskan berada di sebelah mangsa dan
luruskan kedua-dua kaki mangsa
109
110
o Letakkan lengan mangsa yang hampir dengan
anda dengan siku dilipat dan tangan dibuka
(Gambar A)
o Letakkan lengan satu lagi di depan dada
mangsa dengan belakang tangan di pipi
mangsa (Gambar B)
A
o Tarik kaki mangsa yang lebih jauh dari anda
ke arah anda dengan pinggul dan lutut pada
90 darjah (Gambar C & D)
o Dongakkan kepala mangsa untuk memastikan
saluran pernafasan kekal terbuka
o Jika perlu, gunakan tangan di pipi mangsa
B untuk mendongakkan kepala mangsa
o Hadapkan muka mangsa ke bawah untuk
membenarkan cecair dari mulut mengalir
keluar
o Periksa pernafasan mangsa secara berkala
✓ Tanda-tanda mangsa pulih ;
C o Bergerak
o Membuka mata
o Batuk
D
110
111
Langkah-langkah meletakkan mangsa
dalam posisi pemulihan
Rujukan : Manual CPR Untuk Komuniti Kementerian Kesihatan Malaysia 2019
Peti Pertolongan Cemas
Peti Pertolongan Cemas
Peti pertolongan cemas berfungsi sebagai rawatan pertama yang diaplikasikan bagi mengurangkan
risiko kecederaan. Ia merupakan satu peti/ kotak yang mengandungi peralatan pertolongan cemas
dan bekalan perubatan. Antara kepentingan kotak pertolongan cemas adalah ;
✓ Menyimpan item/ ubatan untuk melakukan pertolongan cemas
✓ Menyelamatkan nyawa
✓ Menghenti dan menghalang kecederaan menjadi lebih teruk
✓ Menggalakkan penyembuhan
✓ Memenuhi keperluan perundangan;
• Factories and machinery Act 1967 - Section 25 (parent Act)
• Regulation 38 9 Health, Safety and Welfare)
• Occupational Safety and Health Act 1994 - Section 15 (parent Act) 6
111
112
Berikut merupakan peralatan yang terdapat dalam Peti Pertolongan Cemas beserta fungsinya;
BIL PERKARA KEGUNAAN
Triangular bandage (kain Untuk mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan,
1. anduh) membalut luka/ pendarahan yang didapati ada
kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
Non-sterile gauze Sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka / Membuat
3. balutan/memberi tekananpada perdarahan dan
menstabilkan kepatahan
4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut
Roller bandage luka dan jugakecederaan ringan eg. dislocation(terseliuh)
Glove-disposable/nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber
5. jangkitan
6. Scissor Memotong gauze/bandage
7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
Sterile multi-trauma dressing/ Melakukan pencucian/pembebatan luka
8.
gauze
Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka
9. sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
Dettol (boleh diganti dengan Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
12.
Normal Saline solution 0.9%)
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot
112
113
➢ Amaran Penting Mengenai Peti Pertolongan Cemas ;
Terdapat perkara yang perlu diberi perhatian mengenai peti pertolongan cemas iaitu;
✓ Peti kecemasan tidak boleh mengandungi minuman atau ubatyang dipreskripsi.
✓ Pastikan item dalam peti kecemasan mencukupi dan sentiasadiperiksa.
✓ Peti kecemasan perlu diperiksa setiap minggu danmenggantikan apa yang perlu.
✓ Staf perlu ditugaskan untuk memeriksa dan menggantikankeperluan dalam peti kecemasan.
✓ Buku log perlu disimpan dengan baik.
✓ Peti kecemasan tidak boleh dihalang – dapat dilihat dengan jelas
Pembebatan dan Balutan
Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan manakala Pembalut pula
digunakan untuk membantu pembebatan
✓ Jenis Kain Pembalut;
• Pembalut Tiga Segi
• Pembalut Lebar
• Pembalut Kecil
• Pembalut Gulung
✓ Peraturan Membalut;
• Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor
• Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka
• Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat
luka
• Gunakan pembalut untuk memegang pembebat
113
114
Kain yang digunakan untuk melakukan pembebatan dan balutan
➢ Jenis Anduh ;
✓ Anduh besar
114
115
✓ Anduh Menaik
115
116
➢ Jenis Balutan Luka ;
✓ Luka Tangan
✓ Luka dada
Luka di bahagian depan Luka di bahagian belakang
116
117
✓ Luka bahu
✓ Luka Peha
117
118
✓ Luka Siku
✓ Luka Lutut
118
119
✓ Luka Jari
✓ Luka Lengan
119
120
Jenis – Jenis Kecederaan dan Rawatan
➢ Patah
✓ Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak,
putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
✓ Patah adalah terputus kesinambungan tulang
✓ Terdapat 206 ruang tulang dan dibahagi kepada 4 jenis ;
• Tulang Panjang – lengan/paha
• Tulang Pendek – pergelangan tangan
• Tulang Leper – bahu/punggung
• Tulang pelbagai bentuk – tulang belakang
✓ Jenis – jenis patah ;
• Patah Tebu – kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok
• Patah Remuk – kepatahan tulang yang menjadi serpihan kecil akibat dari impak yang
sangat kuat
• Patah Melintang – kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti
yang sangat lasak
• Patah Terpusing – kepatahan yang disebabkan dari daya putaran yang kuat dan
menghasilkan kepatahan seperti “spring”
• Patah Menyerong – kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan dari hentakan
kuat secara tiba-tiba
• Patah Lesung – patah yang tulangnya cucuk-mencucuk antara satu sama lain
Patah Tebu Patah Remuk Patah Melintang Patah Terpusing
120
121
Patah Melintang Patah Lesung
✓ Sebab – sebab patah ;
• Hentaman langsung – Tulang patah/retak di bahagian terkena tekanan
• Hentaman tidak langsung – Tulang retak/patah di bahagian jauh dari tempat
tekanan berlaku
✓ Bahagian Patah ;
• Patah terbuka – Tulang yang patah menembusi kulit dan menyebabkan luka
pendarahan
• Patah tertutup – Tulang yang patah tidak terkeluar dan boleh menyebabkan
pendarahan dalaman
✓ Tanda – tanda ;
• Patah yang hanya dapat disahkan melalui x-ray
• Rasa sakit pada bahagian yang cedera
• Bengkak hanya pada tempat cedera
• Lebam/berubah bentuk
• Ada tanda rejatan
• Penggeseran tulang apablia digerakkan (crepitus)
• Nampak tulang jika patah terbuka
✓ Rawatan Am untuk kecederaan patah seperti berikut ;
• Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat
kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
• Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
• Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya
nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah
121
122
dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung
mengikut kesesuaian.
• Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.
• Dapatkan bantuan perubatan segera.
➢ Kecederaan Sendi & Otot
✓ Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had
biasa pada sendi boleh menyebabkan kecederaan pada ligament (tisu penyambungan antara
tulang). Ia sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus
✓ Jenis – jenis sendi ;
• Sendi lesung (ball and socket)
• Sendi engsel (hinge joint)
• Sendi gelungsur (slightly movable joint)
• Sendi tetap (fixed joint)
122
123
Jenis – jenis Sendi
✓ Jenis kecederaan sendi ;
• Terseliuh (sprain)
- Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligament tetapi tulang
tidak beralih dari kedudukan asal
- Tanda – tanda seperti sakit, bengkak, bertambah sakit bila bergerak dan
pergerakan yang terhad
• Terkehel (dislocation)
- Pergerakan yang melebihi had yang mengakibatkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligament
123
124
- Tanda – tanda seperti bengkak, kemungkinan berasa kebas, sakit (bergantung
tahap kecederaan) dan sendi berubah rupa
Terkehel yang berlaku di anggota badan
✓ Rawatan Am untuk kecederaan terkehel dan terseliuh seperti berikut ;
• Elakkan daripada mangsa bergerak dengan banyak
• Pergerakkan yang luar biasa pada anggota yang terseliuh juga perlu dielakkan
• Kebiasaannya jika kecederaan yang dialami adalah serius, mangsa perlulah dibawa
ke hospital
124
125
Kecederaan Luka
Luka ialah sejenis kecederaan kpd tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah
dibahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul.
A. Luka terbuka
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak,
renjatan dan juga jangkitan kuman.
✓ Luka terhiris (Incision)
• Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca.
• Luka senang dirawat dan bercantum semula.
• Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan terpotong salur darah
✓ Luka tikaman (punctured)
• Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu
• Mempunyai liang yg kecil tetapi dalam
• Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko
jangkitan tinggi.
125
126
✓ Luka tembakan (Shot wound)
• Disebabkan terkena peluru tembakan
• Mengakibatkan kecederaan dalaman yg teruk
• Luka kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang keluar.
✓ Luka terkoyak (laceration)
• Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera
• Mengakibatkan kerosakan tisu yg teruk
126
127
✓ Luka terkopak (Avulsion)
• tercabut atau terkopak dari kulit luar daripada struktur
✓ Luka terputus (Amputation)
✓ Luka hancur (Crush Injury)
127
128
B. Luka tertutup
Kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera
menjadi lebam.
✓ Lebam (contusion)
• Akibat drpd terkena pukulan yg kuat spt ketukan tukul besi.
• Darah yg keluar bewarna kemerahan berkumpul dibawah lapisan kulit
✓ Haematoma
• Pembekuan darah kebiru-hitaman
• Berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan
128
129
✓ Calar balar (Abrasion)
• Kulit yg tersiat yg menampakkan lapisan tisu luar yg tipis
➢ Pendarahan Kecil
Terbahagi kepada tiga iaitu:
✓ Pendarahan eksternal (dibahagian luar)
• luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau
• luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai
• luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam
• luka tembus - seperti kena tikaman pisau, atau jarum.
✓ Pendarahan internal (dibahagian dalam)
• perut – muntah berdarah
• rahim - tumpah darah tali usus
• darah pada dubur buah pinggang – kencing berdarah
• paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah
• tengkorak - darah mengalir melalui telinga dan hidung
✓ Pendarahan internal tanpa kesan
• limpa dan hati pecah, pendarahan dalam otak
129
130
➢ Rawatan Pendarahan Eksternal Secara Umum
✓ Luka – Luka Kecil
• Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.
• Perlu diberi rawatan untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut saiz luka
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
✓ Luka – Luka Kecil Yang Ada Benda Asing
Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam
atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan ini akan mengakibatkan lebih
banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan adalah untuk mencegah
pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah rawatannya seperti berikut
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah disteril
• Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua
bahagian atau sekitar tepi objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman.
• Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan
objek & bawa mangsa ke hospital.
130
131
✓ Cara Menahan Darah
• Tekanan tepat
- Tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada
luka atau luka tidak disertai dengan patah.
- Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain /bahan yang disterilkan.
- Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan
pada tempat berdarah.
- Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
- Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 – 15 minit.
• Tekanan tidak tepat
- Tekan pada urat nadi.
- Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).
- Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.
- Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot,
saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat.
- Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan
- Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati
dan terpaksa dipotong.
- Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
131
132
IKHTIAR HIDUP
132
133
• Ikhtiar hidup atau ‘survival’ ialah keupayaan atau kebolehan kita untuk meneruskan hidup
dalam situasi kecemasan seperti berada di dalam hutan, di laut, dan sebagainya.
• Ikhtiar hidup juga boleh diertikan sebagai usaha ikhtiar yang dilakukan oleh seseorang untuk
terus hidup ketika menghadapi sesuatu halangan, bencana atau ancaman.
i. SITUASI IKHTIAR HIDUP
➢ Kehabisan bekalan makanan dan minuman
➢ Ancaman binatang
➢ Masalah perlindungan
➢ Cuaca yang buruk
➢ Lain-lain situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan
persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal
(kecergasan/stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan dan bekalan).
ii. TUJUAN
1. Mendapat pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di bukit, di
gunung dan hutan rimba.
2. Memperoleh pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari makanan, perlindungan
dan punca-punca air.
3. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar
hidup.
4. Membina keyakinan diri untuk hidup.
5. Mengembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati keindahannya.
6. Mencari dan menggunakan alam semulajadi sebagai makanan untuk terus hidup.
7. Bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi merbahaya.
133
134 • Usaha
• Kerjasama
iii. PRINSIP
• Keselamtan
• Kawalan diri
1. Keselamatan
• Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.
• Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan.
• Contoh – Memakan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan
atau tidak kerana anda terlalu lapar.
• Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika anda tidak mempedulikan soal
keselamatan.
2. Usaha
• Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi
mengatasi masalah yang dihadapi.
• Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak
membantu.
• Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan
anda.
• Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi
situasi ikhtiar hidup mereka.
• Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu.
•
3. Kawalan Diri
• Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat
memberikan keputusan yang positif.
• Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu
134
135
bertindak terburu-buru.
• Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.
4. Kerjasama
• Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah
penting.
• Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.
iv. ELEMEN UTAMA • Shelter (Tempat Perlindungan)
• First Aid (Pertolongan Cemas)
• Fire (Api) • Signalling (Memberi Isyarat)
• Food And Drink (Makanan Dan
Minuman)
▪ Fire (Api)
o Api digunakan sebagai isyarat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kedudukan
‘survivor’ semasa berada dalam hutan.
o Api juga berfungsi sebagai pemanas badan dan elemen untuk melindungi ‘survivor’ daripada
mendekati tapak perlindungan mereka.
Video Cara Menyalakan Api
dan Membuat Unggun Api
135
136
▪ Food and Drink (Makanan dan Minuman)
o Bagi ‘survivor’ yang sudah merancang perjalanan, jimatkan penggunaan makanan dan
minuman.
o Bekalkan makanan yang ringkas tetapi berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi untuk
menyimpan tenaga dalam badan.
o Jika kehabisan bekalan makanan atau minuman, makan makanan yang berunsurkan
tumbuhan liar yang anda pasti sahaja kerana ditakuti makanan tersebut beracun dan tidak
sesuai
o Elakkan juga minum air yang dikeluarkan daripada badan seperti peluh dan air kencing.
Tindakan jika termakan tumbuhan beracun:
o Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat
o Minum air bersih yang telah dimasak
o Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan
o Dapatkan bentuan perubatan dengan segera
Tumbuhan yang boleh dimakan:
Cekur Rebung
Daun Semanggi Kelor (Moringa) 136
137
▪ Shelter (Tempat Perlindungan)
o Tempat untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin.
o Pilih berteduh yang sesuai, utamakan alam semulajadi seperti gua untuk tempat tinggal agar
dapat mengurangkan penggunaan tenaga.
o Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun untuk membuat atap.
o Senang didapati di kawasan tersebut.
o Selamat daripada binatang-binatang liar dan serangga yang berbahaya.
o Selamat daripada bencana alam seprti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
o Berhampiran dengan sumber air untuk memudahkan urusan
o Selesa untuk kita tidur atau berehat bagi jangka masa yang dirancang
▪ First Aid (Pertolongan Cemas)
o First aid bukan sahaja memberi bantuan semasa kecederaan malahan ia juga merupakan
tindakan asas ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan terancam dengan keadaan sekeliling.
o Gunakan kaedah STOP sekiranya berlaku kecemasan:
S – SEAT
T – THINK
O – OBSERVE
P – PLAN
o Kit Pertolongan Cemas – Satu kit yang mengandungi bahan perubatan dan
ubat-ubatan sama ada untuk kecederaan, alahan, sakit yang belum terjadi dan
penyakit yang sedia ada.
137
138
Contoh bahan perubatan yang terdapat dalam kit perubatan:
• Plaster untuk luka kecil seperti band • Kit menjahit luka
aid • Sapuan alkohol untuk mencuci luka
• Ubat menahan sakit
• Plaster untuk luka besar seperti • Ubat anti alahan atau anti histamin
gulongan plaster atau surgical tape • Pil arang untuk cirit birit
• Ubat gastrik
• Gauze swab dan kapas untuk cuci luka • Ubat demam dan sakit kepala seperti
• Gauze swab untuk menutup luka
• Pembalut luka paracetamol.
• Gunting • Ubat ubatan yang diperlukan jika kita
• Losyen antiseptik
• Cecair Iodine mengidap kencing manis, darah tinggi
• Sterile strip untk memegang luka yang dan sakit jantung.
terbelah untuk sementara
▪ Signalling (Memberi Isyarat)
o Dalam keadaan genting dan sukar, survivor boleh menggunakan lampu suluh, penanda
berwarna cerah, wisel, pemancar cahaya keselamatan (emergency strobe) dan cermin untuk
menarik perhatian.
o Sekiranyan tidak ada alatan ini, nyalakan unggun api dalam susunan segi tiga yang
menandakan anda dalam keadaan memerlukan pertolongan.
v. Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup
• Ilmu ikhtiar hidup adalah penting dan wajib diketahui oleh setiap individu yang ingin
melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.
• Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti luar seperti ini sentiasa terdedah dengan pelbagai
kemungkinan seperti cabaran dan risiko kepada bahaya.
• Ilmu ikhtiar hidup penting untuk menjamin keselamatan orang- orang yang terlibat dalam
kegiatan luar. Seperti aktiviti masuk hutan dan sebagainya.
138
139
PETA DAN
KOMPAS
139
140
Peta
• Peta merupakan sebuah gambaran permukaan bumi yang diperkecil dengan skala tertentu
atau dilambangkan secara simbolik yang memberi tumpuan terhadap hubungan antara
elemen ruang seperti objek, kawasan dan tema.
• Peta yang digunakan dengan betul akan mendedahkan maklumat berhubung lokasi tempat-
tempat, jarak, ketinggian, bentuk muka bumi, halangan dan sebagainya yang boleh
digunakan bagi tujuan merancang aktiviti atau pergerakan.
Jenis-jenis Peta
Peta umum
- Peta umum adalah peta yang menggambarkan permukaan bumi secara umum.
- Mempunyai semua gambaran yang terdapat di suatu daerah, baik gambaran fizikal muka
bumi atau sosial budaya.
- Contoh gambaran fizikal muka bumi ialah sungai, gunung, laut dan tasik.
- Contoh gambaran sosial budaya ialah jalan raya dan jalan kereta api.
Peta khusus
- Peta khusus ialah peta yang menampakkan suatu keadaan khusus, suatu daerah tertentu,
atau keseluruhan daerah.
- Contoh, peta kepadatan penduduk, peta penyebaran hasil pertanian, peta iklim.
Kandungan Peta Orienteering
- Tajuk peta
- Arah utara
- Skala: sama ada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
- Petunjuk peta
- Garisan melaras utara-selatan
- Kredit - kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya
- Warna pada peta
140
141
- Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah:-
Hitam- ciri-ciri buatan manusia dan batu
Perang- kontor dan jalan raya
Kuning- keadaan tumbuhan: lapang dan terbuka
Putih- keadaan tumbuhan: berpokok/boleh berlari
Hijau- keadaan tumbuhan: berjalan/redah
Biru- Kawasan berair
Komponen Wajib dalam Peta
➢ Tajuk peta
- Contoh: Lembah Klang
➢ Skala peta
- Skala 1:100000 atau grafik, misalnya 4cm
➢ Simbol peta
- Contoh: Jalan, sungai, Pelabuhan
➢ Garisan grid
- Garisan utaraan ialah garisan melintang dan Garisan Timuran ialah garisan yang menegak
➢ Petunjuk arah mata angin
- Utara, selatan, timur dan barat
➢ Bentuk muka bumi
- Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang sama rata bagi
keadaan muka bumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui ialah:-
o Susuh bukit (spur): sejalur tanah yang menganjur keluar
o Ceruk (re-entrant): berlawanan denagn susuh bukit
o Permatang (ridge): tanah tinggi yang memanjang
o Pelana (saddle): suatu lekukan yang terletak di antara dua bukit
o Knol: tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil daripada anak bukit
141
142
Kompas
• Kompas ialah sejenis alat penunjuk yang menunjukkan arah mata angin dan mempunyai
jarum magnetik yang bergerak bebas serta menujuk ke arah utara.
• Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom –
Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden.
• Kompas digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di
permukaan bumi.
• Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah
dipengaruhi keadaan sekeliling terutama besi dan magnet.
• Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah
dikoordinasikan dengan kompas tersebut.
Jenis-jenis Kompas
• Kompas biasa / analog
• Kompas bidik / Kompas prisma
• Kompas Silva
• Kompas Thumb
• Kompas Digital
• Kompas GPS / Satelit
• Kompas Kiblat
• Kompas Nakhoda
• Kompas Solid State
• Kompas Astronomi
• GyroCompass
142
143
I. Kompas Biasa / Analog
• Kompas ini adalah yang paling umum digunakan kerana harganya lebih murah.
• Kompas ini berisi jarum magnet yang direndam dalam suatu cairan.
• Penggunaan kompas ini harus benar-benar dalam keadaan tenang dan pada posisi mendatar,
II. Kompas Bidik / Kompas Prisma
• Fungsi utama untuk memudahkan kerja mengira sudut sasaran bidik (tempat atau benda) secara
langsung.
• Kompas bidik biasanya digunakan oleh TNI, Tim SAR, Navigator dan pendaki gunung.
• Cara penggunaannya ialah dengan membidikkan kompas ke sasaran secara langsung sekali gus
membaca sudut sasaran pada skala kompas.
• Besar sudut yang dibuat oleh arah bidikan dan arah jarum (utara), itulah sudut sasarannya
(bearing).
143
144
III. Kompas Silva
• Kompas silva adalah sejenis kompas yang biasa digunakan dalam bidang topografi.
• Fungsi utamanya ialah untuk memudahkan pengiraan dan pembacaan peta secara langsung
selain membantu navigasi di daratan.
• Badan atau pembungkus kompas silva selalunya dijadikan ‘transparent’ untuk memudahkan
pembacaan peta yang berada di bawahnya.
IV. Kompas Thumb
• Thumb Compass adalah sejenis kompas yang mirip dengan kompas silva.
• Kompas ini digunakan seperti cincin yang dipasang di ibu jari.
144
145
Anatomi Kompas
145
146
Cara Menggunakan Kompas Bidik
1. Letakkan kompas diatas permukaan yang mendatar.
2. Tunggu jarum jarum kompas tidak bergerak dan menunjukkan ke arah utara dan selatan.
3. Bidik sasaran dengan menggunakan visir, melalui celah pada kaca pembesar, setelah itu
miringkan kaca pembesar sekitar 50° dengan kaca dial.
4. Apabila penglihatan visir meragukan kerana kurang jelas apabila dilihat dari kaca pembesar,
luruskan garis pada tutup dial ke arah visir, searah dengan sasaran bidik agar mudah untuk
melihat melalui kaca pembesar.
5. Apabila sasaran bidik 30°, maka bidiklah ke arah 30°. Sebelum menuju sasaran, tetapkan dahulu
titik sasaran sepanjang jalur 30°. Cari benda yang menonjol atau tinggi di antara benda lain di
sekitarnya sebagai patokan untuk mencegah kehilangan jalur.
6. Sebelum bergerak menuju sasaran bidik, tetapkan pula Sasaran Balik (Back Azimuth atau Back
Reading) agar kita dapat kembali ke tempat semula apabila tersesat. Rumus menentukan
sasaran balik adalah:
➢ Apabila sasaran < 180° = ditambah 180°. Contoh: 30° sasaran baliknya adalah 30° + 180° =
210°
➢ Apabila sasaran > 180° = dikurang 180°. Contoh: 240° sasaran baliknya adalah 240° – 180°
= 60°
Video Cara
Menggunakan
Kompas
146
147
PERKHEMAHAN
147
148 TAHAP PERKHEMAHAN
i.
TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2– TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 – TINGKATAN 4 & 5
a. Definisi a. Kraf perkhemahan a. Kraf perkhemahan lanjutan
b. Mendirikan khemah i. Gajet b. Lanjutan Tahap 1 & 2
c. Memilih tapak khemah c. Sanitasi
d. Perlindungan semulajadi b. Beg Galas
e. Perhubungan i. Kaedah memikul beg galas
f. Punca air
g. Kebersihan c. Jenis-jenis unggun api
h. Keselamatan d. Dapur
i. Konservasi
j. Kegiatan di kawasan i. Jenis-jenis dapur
e. Memasang api
perkhemahan f. Memasak
k. Etika perkhemahan
l. Memotong kayu i. Teknik memasak
m. Beg Galas ii. Praktikal memasak
n. Kaedah mengisi ”Rucksack” iii. Nasi, ikan goreng, sayur
o. Jenis-jenis khemah
p. Cara penjagaan khemah dan teh
iv. Lain-lain masakan ringan
v. Pertandingan memasak
ii. DEFINISI PERKHEMAHAN
Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara untuk berteduh dan
bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layer yang ditegakkan dengan tiang besi atu
kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan
suasana perkhemahan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layar.
148
149
iii. OBJEKTIF PERKHEMAHAN
1) Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan
terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.
2) Melatihpelajarmenyelesaikansegalatugasandenganpenuhtanggungjawab.
3) Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para
pelajar disamping memupuk sikap berani dalam kalangan peserta.
4) Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka dalam
perancangan perkhemahan.
5) Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan dan semangat
bekerjasama.
6) Menyedarkanparapelajaragarsentiasabersyukuratassegalakurniaan tuhan.
7) Mendidik peserta untuk mengenali dan menyayangi alam sekitar.
iv. KOMPONEN-KOMPONEN PERKHEMAHAN
149
150
JENIS-JENIS KHEMAH vi. Khemah ridge dua tiang
i. Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang vii. Khemah dome
ii. Khemah ‘A’ berhelaian
iii. Khemah pengembaraan viii. Khemah igloo
iv. Khemah satu tiang ix. Khemah wagon
v. Khemah bentuk dinding
150