Wah, Hebatnya! Sebagai anggota sidang redaksi sekolah, Sandai ditugaskan untuk menemu ramah Tokoh Usahawan Murid sekolahnya. Sandai: Selamat pagi, Irfan? Tahniah atas kejayaan Irfan kerana terpilih sebagai tokoh usahawan murid sekolah kita. Bolehkah kongsikan rahsia kejayaan ini! Irfan: Terima kasih, anusha. Saya mengusahakan kerepek pisang rangup bersama-sama dengan Ibu saya. jualannya mencecah hampir seribu ringgit setiap bulan? Sandai: Bagaimanakah kamu memasarkan produk tersebut! Irfan: Saya menjualnya secara dalam Talian. Selain itu, produk tersebut juga dijual kepada pemborong dan secara runcit di rumah. Sandai: Bagaimanakah dengan sambutannya pula, Irfan. Irfan: Sambutannya sungguh menggalakkan. Saya menerima banyak tempahan daripada kedai Runcit, kedai makan dan Pasar Raya. Sandai: Apakah impian Irfan seterusnya Irfan: Selain ingin berjaya dalam pelajaran, Saya berimpian untuk membuka sebuah kilang memproses pelbagai makanan. Sandai: Terima kasih, irfan! Semoga impian kamu tercapai suatu hari nanti! Irfan: Sama-sama, Anusha. Menulis Edit dan memurnikan tanda baca. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan tanda baca dalam teks. • Minta murid mengedit dan memurnikan tanda baca. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Kerajinan KB---Mengecam EMK: Keusahawanan BCB---Menulis 3.3.3 BA: 131 143
tekun segan peniaga senang Usahlah Cikgu Azlin: Murid-murid, mari kita nyanyikan lagu ini bersama-sama. Murid-murid, mari kita nyanyikan lagu ini bersama-sama. Murid-murid: Baik, cikgu. Cikgu Azlin: Selepas menyanyikan lagu ini, kamu perlu mengubah Selepas menyanyikan lagu ini, kamu perlu mengubah suai seni katanya. (Irama Lagu “Tanya Sama Pokok”) Menghasilkan Jika hendak kaya Kita mesti usaha Kerja dengan rajin Pasti berjaya Ceburkanlah diri Dalam perniagaan Usah kita malu Jadi usahawan Barangan terpakai Janganlah dibuang Beri nafas baharu Menjanakan wang Kita jual murah Kasut dan pakaian Pelanggan pun suka Cerah masa depan Pembeli jaja Usaha Pasti Jaya Seni Bahasa Ubah suai seni kata lagu dan persembahkannya. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (ii) BA : 17 4.2.2 BA: 132-133 • Bimbing murid mengubah suai seni kata lagu. • Minta murid mempersembahkan lagu secara kreatif. KBT: KP---Muzik Nilai: Kegigihan KB---Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB---Menulis 144 Imbas saya
Mula-mula, --- sediakan bahan-bahan---membuat sos --- bahan-bahannya seperti cili kering, cili padi, bawang putih, tepung jagung, gula, dan cuka. Setelah masak, --- simpan sos cili---balang---botol kaca --- perlu disimpan---peti sejuk---tahan lama. Selepas itu, --- cili kering---dibuang bijinya---dikisar --- masak bahan kisar---tuang air sejuk sedikit demi sedikit. Bakal Usahawan Anusha, Meng Soon, Oying dan Sandai berada di rumah Afif. Mereka berkumpul untuk berbincang mengenai hari sukan. Ibu Afif, Puan Amina menghidangkan keropok lekor dan sos cili. Anusha: Amboi, sedapnya sos cili ini! Apakah jenamanya dan di manakah ibu kamu membelinya? Afif: Oh, sos cili ini ibu saya yang membuatnya! Oying: Wah, hebatnya! Ibu kamu boleh menjadi usahawan sos cili. Sandai: Betul, Afif. Bagaimanakah cara membuatnya? Afif: Ibu belajar membuat sos cili daripada datuk yang merupakan seorang peniaga. Begini cara membuatnya. Ayat Majmuk Fahami dan bina ayat majmuk. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 5.3.1 (iii) BA: 134-135 • Bimbing murid memahami penggunaan ayat majmuk berdasarkan grafik. • Minta murid membina ayat majmuk berdasarkan grafik dalam buku tulis. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Kerajinan KB---Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB---Menulis 145
Murid-murid: Baik, cikgu. Kami akan patuhi semua arahan itu. Patuhi Arahan Sila beratur sebelum masuk ke dalam kilang. Minta berikan perhatian semasa taklimat disampaikan oleh pengurus kilang. Mohon buat catatan tentang taklimat yang disampaikan. Jangan sentuh sebarang peralatan dan mesin di kilang ini. Cikgu Ramesh: Salam sejahtera, murid-murid. Pada hari ini, kita akan melawat kilang memproses kopi. Kalian mestilah mematuhi peraturan semasa lawatan ini. Harap kalian akur akan setiap arahan. Ayat Perintah Fahami dan bina ayat perintah. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (ii) BA : 17 • Bimbing murid mendengar rakaman untuk mengecam dan menyebut frasa nama secara latih tubi. • Tunjuk gambar frasa nama dan minta murid menyebutnya. • Sebut frasa nama dan minta murid mengecamnya. KBT: KP---Verbal-linguistik Nilai murni: Keyakinan KB---Membuat gambaran mental EMK: Bahasa BCB---Mendengar 2.1.1 (i) 2.1.2 (ii) BA : 17 • Bimbing murid memahami penggunaan ayat perintah dalam grafik. • Minta murid membina ayat perintah yang lain. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Berhemah tinggi KB---Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB---Menulis 146 5.3.1 (iv) BA: 136
Salam sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru dan murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Tajuk ceramah saya ialah “Menyimpan Wang dengan Betulnya”. Hadirin sekalian, Tabiat menyimpan wang perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Wang saku yang dibawa ke sekolah janganlah dibelanjakan semuanya. Belanja hanya sebahagian dan sebahagian lagi disimpan di dalam tabung. • sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit • tabung penuh • simpan di bank • dapat keuntungan • simpanan bertambah dan selamat Murid-murid sekalian, Wang yang disimpan dapat kalian gunakan untuk masa depan. Contohnya, melanjutkan pelajaran, membuat modal perniagaan dan keperluan semasa kecemasan. Sekian, terima kasih. Simpan dengan Betulnya Mengurus Wang Menulis Tulis karangan berdasarkan bahan grafik. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 3.3.2 BA: 137 • Bimbing murid menulis karangan jenis ceramah. • Minta murid membaca karangan yang telah ditulis. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Berjimat cermat KB---Menjanakan idea EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 147 UNIT 18 Bagaimanakah cara kamu menabung?
Wang Kertas Malaysia Rupa Wang Kertas Malaysia Nilai ringgit pada wang kertas Malaysia dibezai melalui warna wang kertas. Wang kertas satu ringgit berwarna biru muda manakala wang kertas lima ringgit bewarna hijau. Wang kertas sepuluh ringgit berwarna merah manakala wang kertas dua puluh ringgit pula berwarna jingga. Akhir sekali, wang kertas lima puluh ringgit terwarna hijau kebiruan dan wang kertas seratus ringgit warnakan ungu. Wang kertas Malaysia mempunyakan nilai dalam Ringgit Malaysia (RM). Didapat enam nilai pada wang kertas Malaysia, iaitu RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Semasa melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Afif sempat melihat pameran Wang Kertas Malaysia. Pada bahagikan hadapi wang kertas terdapat gambar Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Selain itu, berdapat gambar bunga raya, nilai ringgit dan tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia. Pada bahagian belakang wang kertas mengmaparkan alam semula jadi, tradisi, budaya, flora dan fauna. Contohnya, wau bulan, penyu, burung kenyalang dan kelapa sawit. Inilah keunikkan yang ada pada wang kertas Malaysia. Sumber: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, BNM/03/11-2021 Edit dan murnikan penggunaan imbuhan. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (ii) BA : 17 3.3.3 BA: 138 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan imbuhan dalam teks. • Minta murid mengedit dan memurnikan imbuhan. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Berbangga KB---Menganalisis EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 148 Menulis
Afif mengikut bapa dan ibunya ke bandar. Dia melihat bapa dan ibunya menggunakan kad semasa berurusan di sana. Istimewanya Wang Plastik Afif: Bapa, tadi saya lihat bapa mengisi minyak dan dibayar tiket tempat letak kereta mengunakan kad. Apakah kad itu, bapa. Bapa: Oh, bapa menggunakan kad debet! Afif: ibu pula menggunakan kad apa semasa bayaran di pasar raya tadi? Ibu: Ibu juga menggunai kad debit, Afif. Afif: Wah, hebatnya. Bapa dan ibu tak perlu menggeluarkan wang tunai. Bagaimanakah bapa dan ibu mendapat kad itu! Bapa: Kad kad debit dikeluarkan oleh pihak benk kepada kita. Kad debit ialah wang yang ada dalam akaon simpankan kita. kad ini memanggil wang plastik. Ibu: Inilah kemudahan yang diberi oleh pihak bank kepada pelanggannya. Kita tidak perlu dibawa wang tunai kerana cara ini lebih selamat. Afif: Wah, istimewanya wang plastik ini. Sekarang barulah saya faham. Menulis Edit dan murnikan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 • Bimbing murid mendengar rakaman untuk mengecam dan menyebut frasa nama secara latih tubi. • Tunjuk gambar frasa nama dan minta murid menyebutnya. • Sebut frasa nama dan minta murid mengecamnya. KBT: KP---Verbal-linguistik Nilai murni: Keyakinan KB---Membuat gambaran mental EMK: Bahasa BCB---Mendengar 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan imbuhan dalam teks. • Minta murid mengedit dan memurnikan ejaan, tanda baca dan imbuhan. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Rasional KB---Menganalisis EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 3.3.3 BA: 139 149
Hebatnya E-Dompet Encik Arifin sedang menerangkan langkah-langkah menggunakan e-dompet kepada Afif. Pengguna perlu muat turun aplikasi e-dompet dalam telefon bimbit. Pengguna perlu menambah nilai e-dompet melalui akaun simpanan atau kad kredit secara dalam talian. Juruwang akan mengimbas kod e-dompet semasa membuat pembayaran. Pengguna boleh menyemak baki wang dalam e-dompet. • membeli makanan • mengisi minyak • membayar tempat letak kereta • membayar tol • melayari Internet 1 2 3 4 Ayat Aktif Fahami dan bina ayat aktif. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (ii) BA : 17 5.3.2 (i) BA: 140 • Bimbing murid memahami ayat aktif dalam bahan grafik. • Minta murid membina ayat aktif berdasarkan frasa dan gambar dalam buku aktiviti. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Rasional KB---Menjanakan idea EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 150
Encik Arifin hendak menghadiri seminar perubatan di Singapura. Beliau membawa Afif ke tempat penukaran mata wang. Oh, barulah saya faham! Pertukaran Wang Afif: Bapa, apakah tempat ini? Bapa: Oh, ini tempat yang menjalankan perkhidmatan penukaran mata wang asing! Mata wang asing bermaksud wang dari negara lain di seluruh dunia. Afif: Mengapakah kita perlu mendapatkan perkhidmatan penukaran wang? - melancong ke luar negara - menggunakan wang kertas negara tersebut • membeli barang-barang • membayar bil hotel • membayar makanan dan minuman • membayar pengangkutan Ayat Aktif Fahami dan bina ayat aktif. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 5.3.2 (i) BA: 141 • Bimbing murid memahami ayat aktif dalam bahan grafik. • Minta murid membina ayat aktif berdasarkan gambar dan frasa. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Rasional KB---Menjanakan idea EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 151
Bijak Berbelanja Ayat Pasif Selepas senarai barangan siap dicatat, Puan Amina akan melihat katalog harga barangan. Katalog tersebut dimasukkan oleh penjual ke dalam peti surat. Katalog dalam Internet juga dirujuk olehnya. Oleh itu, harga sesuatu barang dapat dibandingkan. Puan Amina ibu Afif. Dia sangat bijak berbelanja. Panduan berbelanja secara bijak sentiasa dipraktikkan. Barangan dan jumlah perbelanjaan disenaraikannya terlebih dahulu. 152
Apabila di pasar raya ________ • dibeli berdasarkan senarai • dibeli mengikut keperluan • wang dapat dijimatkan • lebihan wang disimpan 153 Fahami dan bina ayat pasif. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 • Bimbing murid memahami ayat pasif dalam bahan grafik. • Minta murid membina ayat pasif berdasarkan gambar dan frasa. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Hemah tinggi KB---Menjanakan idea EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 5.3.2 (ii) BA: 142-143
Murid Bestari Bekal dibawa setiap hari Amanah saham tempat dituju Inilah kisah murid bestari, Sejak kecil pandai berdikari, ________________________, Wang saku disimpan sendiri. Melentur biarlah waktu rebung, ________________________, Hasil berniaga untung digabung, Poket kosong menjadi kembung. ________________________, Akaun dibuka tanda setuju, Untung pelaburan semakin laju, Hidup berjaya bertambah maju. Duit disimpan di dalam tabung Seni Bahasa Cipta dan dendangkan syair. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (ii) BA : 17 4.2.3 (ii) BA: 144 • Bimbing murid mencipta syair berdasarkan bahan grafik. • Minta murid mempersembahkan syair. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Hemah tinggi KB---Menjanakan idea EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 154
Syair Cita-cita Mulia Dengarlah ini satu cerita, Sebuah keluarga tidak berharta, Setinggi gunung bercita-cita, Hendak memiliki sebuah kereta. Bekerja keras setiap hari, Pelbagai ujian ranjau berduri, Penat dan lelah tidak terperi, Hendak penuhi hajatnya diri. __________________________ __________________________ Seni Bahasa Cipta dan persembahkan syair. AKTIVITI 2.1.1 (i) 2.1.2 (i) BA : 18 • Bimbing murid mencipta syair berdasarkan bahan grafik. • Minta murid mempersembahkan syair. KBT: KP---Konstruktivisme Nilai: Kegigihan KB---Menjanakan idea EMK: Pendidikan kewangan BCB---Menulis 4.2.3 (ii) BA: 144 155
Pengenalan Diri • nama aku • rupa bentuk • kertas bermutu tinggi diperbuat daripada kapas • tahan lasak Ciri-ciri Aku • tertera gambar Yang di-Pertuan Agong yang pertama • mengandungi nombor siri • tertulis nilai RM10 • gambar identiti Malaysia di belakang Keistimewaan Aku • mudah dibawa • membeli barang dan perkhidmatan • lebihan dapat dijadikan simpanan Pengukuhan 6 Sumber: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, BNM/03/11-2021 156 Aku Sekeping Wang Kertas RM10 Tulis karangan berdasarkan bahan grafik.
Bacaan Luas Lembaga Getah Malaysia Lembaga Getah Malaysia (LGM) merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di Malaysia. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998 hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB). Tujuan penubuhan LGM adalah untuk memajukan serta membangunkan industri getah. Objektif utamanya adalah membantu pembangunan dan pemodenan industri ini. Bantuan tersebut meliputi aspek seperti penanaman, pengeluaran, pemprosesan, pembuatan dan pemasaran getah. Terdapat pelbagai fungsi LGM. Antaranya termasuklah mengawal dan mengawasi kualiti getah, bahan-bahan penanaman dan keluaran getah. Selain itu, mengawal selia dan mengurus pasaran getah di Malaysia merupakan fungsi LGM. Sumber: Lembaga Getah Malaysia 157
Pengayaan Pengayaan 12 Teka silang kata. Kata Bantu k d t n l m l n k s h m t h 1 2 3 4 6 5 7 Melintang 2. Ali __________ menjawab semua soalan gurunya. 4. Saya __________ pernah bertemu dengan dia. 6. Rani __________ mengikuti rombongan sekolah. 7. Kita __________lah berusaha jika ingin berjaya. Menegak 1. Pameran MAHA itu __________ diadakan pada minggu hadapan. 3. Datuk berasa gembira kerana anak kambingnya _________ sihat. 4. Tomato itu belum _________ dipetik lagi. 5. Anak lembu datuk _________ kecil dan menyusu. 158
Pengayaan Pengayaan 22 Padankan dan tulis simpulan bahasa yang betul. anak emas berat tulang bertikam lidah cakar ayam murah hati Sikap _________________ Sofiah menyebabkan dia sering dimarahi ibunya. Pak Ali sentiasa membantu orang lain. Dia seorang yang ________________________. Amran ditegur oleh gurunya kerana tulisannya _________ ________________________. Razak seorang pekerja yang rajin. Dia merupakan ____________ majikannya. Ibu menasihati kami supaya tidak __________________ kerana perbezaan pendapat. 159
1 60 Royal Belum juga dikenali sebagai Hutan Belum. Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal sebuah perkampungan Melayu, iaitu Kampung Belum Lama. Royal Belum merupakan satu daripada hutan simpan di Malaysia. Royal Belum diwartakan sebagai Taman Negeri pada tahun 2007. Taman Negeri ini terletak di daerah Hulu Perak. Hutan Belum berusia 130 juta tahun dan merupakan hutan tertua di dunia. Royal Belum menjadi tempat perlindungan haiwan seperti gajah, beruang, harimau, tapir dan pelbagai haiwan liar yang lain. Di sini juga dianggarkan terdapat lebih daripada 3 500 jenis tumbuhan. Kawasan ini dilindungi oleh Perbadanan Taman Negeri Perak. Tidak ada sebarang pembangunan dibenarkan bagi mengekalkan Royal Belum sebagai warisan semula jadi negara. Bacaan Luas Sumber: Perbadanan Taman Negeri Perak Royal Belum, Perak
Pengayaan Pengayaan 32 Isi utama Perenggan 1 Persembahan boria terkenal dalam kalangan masyarakat di negeri Pulau Pinang. Perenggan 2 Nyanyian boria diketuai oleh tukang karang. Perenggan 3 __________________________ Perenggan 4 __________________________ Baca dan nyatakan idea utama. Boria Pulau Pinang Boria terkenal di negeri Pulau Pinang. Boria merupakan gabungan lakonan dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh tukang karang. Tukang karang pula akan diiringi oleh enam orang atau lebih penari. Mereka akan memakai kostum berwarna-warni yang cantik. Selain itu, peralatan seperti tongkat, bendera dan payung digunakan dalam persembahan boria. Boria antara warisan seni budaya masyarakat yang perlu dipelihara. Usaha ini perlu agar warisan ini tidak lapuk ditelan zaman. 161 1 61
Baca dan bina ayat menggunakan perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran. 1 52 Rumah Pelindung Hujan 1 62 Pengayaan Pengayaan 42 Ya, Anusha. Petani menggunakan rumah pelindung hujan untuk mengawal kelembapan ketika hujan lebat turun. Selain itu, petani dapat hindari tanaman mereka daripada serangga perosak. Tidak panas, Anusha. Rumah ini mempunyai sistem kawalan pengudaraan. Ibu, adakah petani berasa panas berada di dalam rumah pelindung hujan? Ibu, banyaknya rumah pelindung hujan di sini. Wah, bagusnya! Saya akan ceritakan kepada kawan-kawan tentang rumah pelindung hujan.
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) RUKUN NEGARA.indd 1 28/09/16 7:53 PG P n: dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya, RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) RUKUN NEGARA.indd 1 28/09/16 7:53 PG
TAHUN 6 BAHASA MELAYU (MASALAH PEMBELAJARAN) RM 27.50 BTK016001 TAHUN (MASALAH PEMBELAJARAN)