The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazri koyiee, 2023-08-20 05:23:29

BULETIN_MASMED_Edisi2022

BULETIN_MASMED_Edisi2022

Ladang Durian Di UiTM Cawangan Johor Kunjungan Professor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor ke Dusun Durian BULETIN 2022 eISSN : 2948-3794 MASMED @masmeduitmpg @masmed_uitmpasirgudang Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development EDISI KE-2 MEMBENTUK POTENSI KEUSAHAWANAN MAHASISWA HASIL SAMPINGAN DI LADANG DURIAN HASIL SAMPINGAN DI LADANG DURIAN Program ini membentuk jati diri pelajar untuk menjadi lebih yakin dalam berkomunikasi dan bersosial. Program ini membentuk jati diri pelajar untuk menjadi lebih yakin dalam berkomunikasi dan bersosial. Ubi kayu dijadikan sebagai tanaman kontan dan telah membuahkan hasil kepada UiTM Johor Ubi kayu dijadikan sebagai tanaman kontan dan telah membuahkan hasil kepada UiTM Johor


Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor 2022 Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dari majalah ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas kepada Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampur Pasir Gudang. eISSN : 2948-3794 Terbitan, Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Jalan Purnama, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. No. Tel: 07-381 8000 No. Fax : 07-381 8141 https://johor.uitm.edu.my/ Majalah ini diterbitkan secara berkala setiap tahun. Cetakan di Malaysia.


MISI, VISI & OBJEKTIF 23 KEMBARA JALANAN 23 KEMBARA JALANAN 8 LENSA MASMED 8 LENSA MASMED 15 CUTI-CUTI MALAYSIA 15 CUTI-CUTI MALAYSIA 28 REZEQI 28 REZEQI 47 SERONOK MEMASAK 47 SERONOK MEMASAK 53 USAHAWAN & KEUNTUNGAN 53 USAHAWAN & KEUNTUNGAN 69 CANTIK LUAR DALAM 69 CANTIK LUAR DALAM 73 MEMORI YANG DIINGATI 73 MEMORI YANG DIINGATI 78 AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA 78 AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA 85 SENANG MENULIS DI SINI 85 SENANG MENULIS DI SINI KATA ALUAN SIDANG REDAKSI 3 2 7 ISI KANDUNGAN | 1


VISI Transformasi kehidupan melalui keusahawanan MISI Akademi keusahawanan dikenali di peringkat dunia OBJEKTIF Melahirkan dan membangunkan generasi Bumiputera yang mempunyai minda dan keterampilan keusahawanan Menjadi mangkin pendidikan keusahawanan perniagaan kecil dan sederhana dalam dan luar negara Mengukuhkan jaringan dalam bidang pendidikan dan pembangunan keusahawanan Menyemarakkan pembangunan komuniti melalui keusahawanan sosial dan selari dengan matlamat pembagunan lestari (SDG) 2030 VISI, MISI & OBJEKTIF | 2


Assalamualaikum wbt. Dengan penuh rasa besar hati, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah bagi penerbitan e-buletin Masmed Bil. 2 2022. Buletin ini adalah satu wadah bagi meraikan intipati inovasi, keazaman, dan semangat keusahawanan yang mentakrifkan kita semua. Dalam dunia yang dicirikan oleh perubahan pesat dan evolusi yang berterusan, usahawan yang beranilah yang mengatasi cabaran dan membayangkan masa depan dengan kemungkinan yang tidak berkesudahan. Keusahawanan bukan sekadar melancarkan produk atau perkhidmatan baharu. Ia adalah mengenai membayangkan masa depan yang lebih baik dan bekerja tanpa jemu untuk menghidupkan visi itu. Ia tentang menerima perubahan, merebut peluang dan belajar daripada halangan. Memupuk budaya di mana kreativiti berkembang, dan di mana kegagalan adalah batu loncatan kepada kejayaan. Buletin ini mencerminkan hati dan jiwa perjalanan keusahawanan. Halamannya menyajikan kisah kejayaan, ketabahan dan kreativiti. Setiap projek, setiap inisiatif, dan setiap pencapaian adalah bukti kerja keras dan dedikasi khususnya warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Sambil kita menyelak halaman buletin ini, kita akan menyaksikan kisah kejayaan, ketabahan dan kreativiti. Usahawan kita bukan sahaja pemimpin perniagaan; mereka adalah arkitek perubahan, pengukir peluang, dan individu berwawasan yang membentuk industri. Setinggi – tinggi penghargaan saya ucapkan kepada siding redaksi eBuletin Masmed Bil 2 2022 kerana berjaya menerbitkan sebuah wadah bacaan yang mampu menghidupkan dan menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan warga UiTM, khususnya para pelajar. Biarlah buletin ini menjadi bukti perjalanan keusahawanan dan peta jalan untuk perjalanan ke hadapan. Bersama-sama, kita boleh mentakrifkan semula maksud menjadi usahawan, pemimpin dan pembuat perubahan. Marilah kita terus bermimpi besar, berfikir dengan berani, dan bertindak tanpa rasa takut. Semangat keusahawanan adalah penggerak yang akan membentuk masa depan dan meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di dunia. K A T A A L U A N UITM CAWANGAN JOHOR KATA ALUAN | 3


K A T A A L U A N UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG KATA ALUAN | 4 Assalamualaikum w.b.t, Salam Malaysia Madani, dan Salam UiTM Dihatiku. Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kepada kita semua. Ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi eBuletin MASMED Bil. 2, 2022, atas kejayaan menerbitkan e-buletin pada tahun ini. Naskhah ini juga menjadi penanda aras pencapaian MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang dibawah kelolaan penyelarasnya, Dr. Norbaiti Tukiman. Penerbitan e-buletin ini memaparkan kegiatan keusahawanan dari pelbagai aspek. Kejayaan kisah ramai anak muda terutamanya para pelajar lebih daripada sekadar mencari pulangan kewangan semata. Realitinya, setiap langkah yang diambil oleh mereka memerlukan keazaman yang tinggi, komitmen yang berterusan dan sikap tidak mudah putus asa. Perjalanan yang ditempuh penuh dengan cabaran dan halangan itulah yang membentuk identiti dan mengasah kemahiran hidup yang tidak dapat dipelajari dalan pendidikan formal di bilik darjah. Melalui pembacaan e-buletin ini, ciri-ciri keusahawanan yang disebutkan dapat dipelajari dan dikongsikan dengan seluruh warga UiTM, khususnya di Pasir Gudang. Semoga ianya dapat menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada pembaca di kalangan pelajar untuk berusaha menjadi graduan yang holistik dan dapat menembusi kehendak pasaran. Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan iniuntuk menyatakan setinggi- tinggi penghargaan kepada barisan pengarang dan sidang belakang tabir yang membantu menjayakan usaha murni ini. Anda telah menjalankan satu tanggungjawab sosial yang penting dan mulia untuk manfaat bersama. Akhir kata, saya menyeru agar semua warga UiTM Kampus Pasir Gudang untuk terus berkongsi idea, ilmu dan pandangan, serta menyokong usaha Unit MASMED dalam semua aktiviti yang dirancang dan dianjurkan. Bersama-sama, kita mampu memberi inspirasi dan mendorong perkembangan komuniti usahawan di kalangan kita. Selamat membaca!


K A T A A L U A N UITM CAWANGAN JOHOR Assalamualaikum wbkt., salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Alhamdulillah. Syukur dan pujian saya panjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T kerana berkat rahmat, kasih sayang dan keizinanNya, e-Buletin MASMED edisi kedua berjaya diterbitkan oleh Unit Keusahawanan MASMED, PJIA UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang secara digital selari dengan era teknologi digital masa kini. Edisi kedua e-Buletin MASMED pada kali ini mempersembahkan pelbagai aktiviti MASMED yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022 dan juga artikel-artikel yang berkaitan keusahawanan untuk tatapan pembaca budiman. Sekalung tahniah dan syabah diucapkan kepada tim sidang redaksi yang diketuai oleh Pn. Maisarah Norezam yang telah bertungkus lumus menghasilkan e-Buletin MASMED yang cukup berinformasi dan dinamik pada keluaran kali ini Penghargaan dan ribuan terima kasih ini juga ditujukan kepada barisan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Johor terutama sekali kepada Yang Berbahagia Rektor, PM. Dr. Saunah binti Zainon, Timbalan Rektor PJIA, Dr Faridah Najuna binti Misman dan Penolong Rektor, Dr. Siti Khadijah binti Alias yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada unit ini untuk terus meningkatkan prestasi kerja dan mencapai KPI unit keusahawanan di UiTM Cawangan Johor. Tidak dilupakan ucapan penghargaan terima kasih ini ditujukan kepada Pn. Rusnani Mohammad Khalid selaku Koordinator MASMED yang turut memberi sokongan dan kerjasama dalam memberikan idea dan buah fikiran bagi memastikan KPI unit tercapai. Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa keusahawanan MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang yang komited, gigih berusaha dan sentiasa bekerja dalam satu pasukan dan keluarga besar di dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya ucapan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah serta staf yang turut sama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program anjuran unit keusahawanan MASMED. Semoga segala usaha dan penat lelah kalian tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit diganjari Allah S.W.T. Akhir kalam, semoga penerbitan e-buletin ini diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTM dalam kalangan staf, pensyarah dan pelajar. Seterusnya, semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada edisi e-Buletin MASMED yang akan datang. KATA ALUAN | 5


K A T A A L U A N BULETIN MASMED EDISI 2022 KATA ALUAN | 6 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UiTM Dihatiku, Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, e-Buletin MASMED 2022, Edisi ke 2 dapat diterbitkan secara digital sekali lagi. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada setiap anggota sidang redaksi kerana memberi komitmen yang jitu dalam merealisasikan penerbitan ini. Penglibatan dan kerjasama di antara ahli jawatankuasa lama dan baru memberi input yang lebih bermakna dalam perbincangan idea, konsep dan kreativiti untuk karya ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan kepada semua. Seperti edisi-edisi terdahulu, e-buletin MASMED 2022, edisi ke-2 merupakan wadah untuk menyampaikan laporan dan juga aktiviti tahunan MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, bagi 1 tahun sebelum penerbitan. Pada tahun ini, persetujuan meneruskan penerbitan majalah ini dalam bentuk digital dikira tepat dalam pasca pandemik ini kerana keterbiasaan praktikal dan norma baru mendapatkan ilmu atau info di hujung jari. Keputusan ini juga dianggap tepat kerana tiada bebanan kos malah mampu mencapai pembaca yang lebih ramai dan jauh. Penerbitan artikel di dalam e-buletin MASMED 2022, edisi ke-2 bukanlah semata-mata untuk memenuhi saranan pencapaian tahunan individu sahaja, malah ianya dapat mencungkil bakat menulis dikalangan staf dan pelajar. Karya penulisan yang berfokus kepada bidang keusahawanan juga sebenarnya dapat membuka minda dan minat ramai pembaca untuk lebih cakna tentang bidang ini. Justeru, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru lebih ramai penulis untuk menyumbang artikel di dalam penerbitan edisi akan datang. Semoga isi penulisan anda dapat diraih dan dimanfaat oleh lebih ramai orang dan menjadi sumber rujukan am. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan e-buletin MASMED 2022, edisi ke-2 ini. Saya juga menyusun sepuluh jari, memohon maaf andai ada kekhilafan saya dalam mengepalai penerbitan edisi kali ini. Semoga warkah ini menjadi asbab kebaikan buat kita semua dunia akhirat. Wallahua’lam. Sekian, terima kasih.


PENOLONG KETUA PENGARANG AJK RUANGAN AKTIVITI Zeno Michael (Ketua) Ts. Dr. Raja Muhammad Aslam Raja Arif AJK FORMAT KETUA PENGARANG Maisarah Noorezam Juliana Martin (Ketua) Nurrul Amilin Zainal Abidin Norjasween Abdul Malik Nur Aini Sabrin Manssor @ Shukri (Ketua) AJK PENGIKLANAN, PENAJAAN & HEBAHAN Dr. Suhana Mohamed (Ketua) AJK EDITOR BAHASA Ts. Hazriel Faizal Pahroraji Hairul Amiza Azman Nur Alyani Binti Khairol Anuar BENDAHARI BULETIN Nor Fazlin Uteh SETIAUSAHA Ts. Muhammad Imran Ismail Herda Balqis Ismail PENYELARAS KEUSAHAWANAN [MASMED] Dr. Norbaiti Tukiman Ts. Hazim Sharudin (Ketua) Norzarina Johari (Ketua) Doris Asmani Mat Yusof Nurul Hanna Mas'aud Norbaiti Sidik (Ketua) AJK RUANGAN PENULISAN AJK TERBITAN AJK REKABENTUK & GRAFIK Azrina Suhaimi SIDANG REDAKSI | 7


Norbaiti Tukiman ,Thahira Bibi TKM Tangal 1 2 Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 BUSINESS ENTREPRENEURSHIP CASE STUDY CHALLENGE 2022 SENARAI PENULIS LENSA MASMED | 8 <9> Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 2 Norbaiti Tukiman , Ahmad Khudzairi Khalid & Nur Syafiqah Bakri 1 1 Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 CRAZY RAMADHAN SALES PUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR <11> Saiyidah Syafiqah Mutahar 1 Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 PROGRAM ENTREPRENEURSHIP WEEK CAMPAIGN 5.0 TAHUN 2022 ANJURAN KELAS TERAS KEUSAHAWANAN KOKURIKULUM UiTM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG <12> 1 Norbaiti Tukiman , Ahmad Khudzairi Khalid & Nur Maisarah Afiqah Noryarolazha 1 1 Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 RAHMAH BASKET CHARITY SALES TINGKATKAN NILAI IHSAN WARGA UiTM <14> 1


Bidang perniagaan dan keusahawanan merupakan dua bidang yang saling berkaitan. Mereka yang bergelar usahawan akan menjadi peniaga, namun orang yang berniaga tidak semestinya boleh digelar usahawan. Kenapa begitu? Ini kerana usahawan merupakan individu yang paling dinamik, kreatif dan inovatif di samping memiliki kebolehan dan ciri-ciri sebagai peniaga. Mereka ini lebih cenderung berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi melalui daya kreativiti dan inovasi untuk mencipta kejayaan. Justeru, masyarakat yang memiliki ramai usahawan merupakan masyarakat yang dapat meningkatkan ekonomi dan membangunkan sesebuah negara. Malah, slogan Malaysia Madani, yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, turut menitikberatkan daya kreativiti dan inovasi dalam mendepani pelbagai cabaran. Justeru, usahawan yang dinamik perlu ditampilkan menerusi pendidikan dan inisiatif keusahawanan yang pelbagai bermula dari bawah. Untuk menjadikan usahawan dan perniagaan berjaya dan berdaya saing pelbagai inisiatif dan kajian dilakukan bagi membolehkan faktor-faktor kegagalan diminimumkan. Di peringkat universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula, silibus keusahawanan, kajian dan pertandingan kajian kes terhadap sesebuah perniagaan dilakukan bagi mengetengahkan bakat pelajar di samping menerokai peluang perniagaan dan mengambil kaedah yang sesuai untuk dikaji dan dikomersilkan seterusnya bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan mahasiswa selepas mereka bergraduasi. Bagi memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan program keusahawanan, pada 19 Oktober 2022, MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah mengikuti Pertandingan Business Entrepreneurship Case Study Challenge 2022 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Dua kumpulan mahasiswi dan dua orang mentor telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini. Terdapat 4 fasa yang perlu dilalui oleh setiap peserta sebelum ke peringkat akhir iaitu peserta dikehendaki menghantar pitching point, video rekod, pusingan pertama pitching dan pusingan akhir. Tiga fasa dijalankan secara atas talian manakala fasa terakhir diadakan secara bersemuka di UMK. Sebanyak lebih kurang 30 kumpulan peserta di seluruh negara telah menyertai pertandingan ini. BUSINESS ENTREPRENEURSHIP CASE STUDY 31 OCTOBER & 2 NOVEMBER 2022 Chal enge Chal enge ST ND LENSA MASMED | 9 2022


LENSA MASMED | 10 Setiap kumpulan peserta diberi tugasan untuk membuat kajian kes bertajuk Cepuros Foods Malaysia: Finding The Secret Sauce for Growth. Mereka perlu menyiapkan task yang diberikan dan membuat video pitching secara dalam talian. Pada 31 Oktober 2023, semua peserta telah menjalani sesi pitching bagi kajian kes yang diberikan dan telah dinilai oleh juri secara dalam talian. Peserta yang memenangi pusingan ini akan ke pusingan akhir. Walaubagaimanapun, peserta UiTM Johor tamat di pusingan awal. Walaupun mereka tidak berjaya untuk ke peringkat akhir, apa yang menarik, program ini memberikan suatu pengalaman dan pembelajaran berharga untuk para pelajar. Mereka perlu bersedia dan belajar untuk meningkatkan ilmu, berkongsi idea dan bekerja secara berpasukan dengan lebih baik agar dapat mencipta kejayaan pada masa akan datang. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan semangat serta motivasi pelajar untuk menyertai mana-mana pertandingan lain selepas ini. Sesi taklimat secara online


CRAZY RAMADHAN SALES PUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR Ramadhan tiba, Ramadhan tiba…begitulah antara lirik lagu Ramadhan nyanyian penyanyi Opick dari Indonesia yang rancak berkumandang di corong radio apabila tibanya bulan Ramadhan. Kita sedia maklum bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh barakah dan pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Banyak amalan-amalan yang dilakukan untuk mendapatkan ganjaran pahala dalam bulan ini dan rata-rata umat Islam tidak ketinggalan untuk membuat persiapan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh yang demikian, pada 10 hingga 12 April 2023, pihak MASMED dengan kerjasama Entrepreneurship Club telah mengambil inisiatif di bawah Performance Indicator (PI) keusahawanan pelajar PI021 dan PI022 untuk menggerakkan aktiviti keusahawanan pelajar dalam bulan Ramadhan iaitu menerusi program Crazy Ramadhan and Rahmah Basket Charity Sales. Program ini telah dijalankan pada minggu keempat, iaitu seminggu sebelum pelajar pulang ke kampung masing-masing. Sudah semestinya ada pelajar yang ingin membawa buah tangan balik ke kampung halaman dengan membeli barangan goodies atau kuih raya sebagai hadiah buat ibu bapa mereka. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan pelajar di samping menjana pendapatan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, sekaligus telah memberi semangat kepada golongan pelajar B40 untuk turut serta dalam program ini. Di samping aktiviti jualan, pihak MASMED turut memberi sumbangan menerusi Rahmah Basket kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan menerusi jualan amal dalam booth yang dibuka. Program yang diadakan selama tiga hari ini, telah menyaksikan sebanyak 10 buah gerai pelajar telah dibuka iaitu gerai beraneka makanan, minuman, kuih raya, pakaian terpakai dan barangan am seperti jualan buku nota pelajar. Pelajar yang terlibat adalah daripada Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik. Gerai booth pelajar dibuka seawal jam 3.00 petang dan tutup pada jam 7.00 malam bertempat di Foyer Kejuruteraan Kimia, UiTM Pasir Gudang. Apa yang menarik melalui program ini, pelajar akan mendapat hadiah cabutan bertuah bagi pembelian barangan berharga RM10 ke atas. Dalam pada masa yang sama, para pelajar turut menunjukkan ciri keusahawanan dengan menampilkan inovasi dan kreativiti dalam produk yang dijual antaranya jualan popia pisang keju beraneka perisa seperti coklat, Nutella dan sebagainya yang menjadi makanan viral di kolej. Program ini diakhiri dengan meriah melalui acara perasmian penutup oleh Penolong Rektor, UiTM Johor Kampus Pasir Gudang, Dr. Haryana Binti Mohd Hairi pada 12 April 2023. Beliau amat menyokong agar program keusahawanan pelajar terus berjaya. Dalam acara penutup ini kumpulan pelajar yang menyertai program mendapat saguhati berupa hamper untuk menyuntik semangat mereka agar terus aktif dalam program keusahawanan MASMED. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah dan duit raya kepada 10 pelajar yang kurang berkemampuan, cabutan bertuah kepada tiga pembeli bertuah dan melawat booth pelajar. Semoga keberkatan bulan Ramadhan ini menjadi pencetus budaya dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang pada masa akan datang. LENSA MASMED | 11


PROGRAM ENTREPRENEURSHIP Pelaksanaan praktikal keusahawanan wajib silibus Kelas Teras Keusahawanan Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang yang juga dikenali sebagai Program Entrepreneurship Week Campaign 5.0 telah berlangsung dengan jayanya bermula 4 hingga 8 Disember 2022. Program selama lima hari ini diadakan di Ruang Legar Bangunan Pengajian Kejuruteraan Kimia. Seramai 93 pelajar semester tiga di bawah bimbingan tiga orang jurulatih telah menyertai program tersebut. Kelas Teras Keusahawanan Kokurikulum terbahagi kepada dua iaitu kelas Kembara Keusahawanan 2 (HPD 228) di bawah bimbingan En. Mohd Abdul Shukur bin Mohd. Noor dan Cik Saiyidah Syafiqah binti Mutahar manakala kelas Pengurusan Kewangan 2 (HPD 235) di bawah bimbingan Pn. Aslina binti Moklas. Sebelum ini, pelajar telah didedahkan dengan teori keusahawanan iaitu pada semester 2 bagi kelas HPD118 dan HPD 135. Jenis perniagaan yang dijalankan pula adalah secara perkongsian bagi setiap kumpulan yang dipilih sendiri oleh pelajar. Sebelum sesi latihan praktikal perniagaan dilaksanakan, pelajar diajar untuk merancang perniagaan mereka dengan menggunakan kaedah Business Model Canvas. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan asas simpan kira seperti senarai stok dan penyata tunai bagi perniagaan yang bakal mereka laksanakan. Semasa praktikal perniagaan berlangsung, pelajar perlu melaksanakan perniagaan dan pemasaran sepanjang lima hari berlangsung program tersebut. Pelajar juga dapat merasai pengalaman berniaga secara bersemuka dalam menghadapi pengurusan perniagaan yang sebenar seperti menyantuni pelanggan, mempromosi produk, mengurus kewangan serta bekerjasama di antara rakan perniagaan. Setelah selesai menjalani perancangan dan perlaksanaan praktikal perniagaan, pelajar perlu menyediakan laporan dan pembentangan keseluruhan perniagaan mereka di hadapan jurulatih masing-masing. LENSA MASMED | 12 WEEK CAMPAIGN 5.0 TAHUN 2022 ANJURAN KELAS TERAS KEUSAHAWANAN KOKURIKULUM UITM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG


Kopi jenama Aristo sumbangan MASMED Mushroom Soup & Garlic Bread Mini Croffle Pelbagai jenis Sandwich Fruit Cocktails Aneka sarapan (Nasi Lemak, Puding Roti & Bihun) Kopi seperti Hazelnut, Caramel, Mocha Tortilla, Pavlova & Air Vitagen Sandwich Telur & Sandwich Tuna Aneka Bomboloni, teh, A&W Float Untuk julung kalinya, aktiviti perniagaan dilaksanakan di kawasan kampus anjuran Kelas Teras Keusahawanan Kokurikulum iaitu program Entrepreneurship Week Campaign 5.0. Sebanyak 10 gerai menyertai program ini iaitu terdiri daripada satu gerai sumbangan MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang dan sembilan gerai dikalangan pelajar Kelas Teras Keusahawanan Kokurikulum. Kebanyakan produk dihasilkan oleh pelajar sendiri. Di antara jualan berasaskan makanan yang dilaksanakan adalah : Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada seluruh warga kampus terutama pelajar dan kakitangan UiTM Kampus Pasir Gudang. Justeru, terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga UiTM Kampus Pasir Gudang di atas sokongan sepanjang perancangan dan perlaksanaan program ini. Harapan kami semoga program keusahawanan seperti ini dapat dikembangkan lagi pada masa hadapan. LENSA MASMED | 13


Kehadiran Ramadhan disambut penuh kesyukuran oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Kita juga sedia maklum bahawa Ramadhan sinonim dengan aktiviti sedekah dan amal jariah. Semua amalan umat Islam pada bulan ini akan menerima ganjaran berlipat kali ganda khususnya menjelang akhir Ramadhan dan secara tidak langsung memberi ruang untuk setiap umat Islam menjadi muslim sejati yang dermawan. Ini sebagaimana beberapa firman Allah S.W.T. dan juga hadis Nabi S.A.W., yang antaranya berbunyi: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” - Qs. Al Hadid: 18. “Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Memberi, Allah mencintai sifat dermawan serta akhlak yang mulia, dan membenci akhlak yang buruk.”- HR. Al Baihaqi, disahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744. “Setiap amal manusia akan diberi ganjaran kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.”- HR. Muslim, 1151. Menyedari kelebihan dan keutamaan bersedekah sebagaimana seruan Allah dan Rasulullah S.A.W., maka pihak MASMED dengan kerjasama Entrepreneurship Club turut mengajak warga UiTM Kampus Pasir Gudang dan seluruhnya untuk menyumbang kepada warga yang memerlukan bagi menunjukkan rasa bersyukur dan saling membantu sesama insan untuk menyambut Aidilfitri. LENSA MASMED | 14 Inisiatif jualan Rahmah Basket Charity Sales yang berkonsepkan membeli sambil beramal telah digerakkan bermula daripada 4 April 2023 dan berakhir pada 14 April 2023. Melalui program ini, pihak MASMED telah menjual bakul Rahmah yang bernilai RM50 berupa hamper makanan untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan. Sasaran program ini adalah kepada 10 orang pelajar asnaf, 20 orang warga emas dan 30 orang anak yatim. Pihak MASMED telah berjaya mencapai target sasaran pungutan dan telah menyerahkan sumbangan tersebut dalam tiga majlis berasingan iaitu pada 12 April 2023 pada majlis penutup Crazy Sales Ramadhan yang disampaikan oleh Penolong Rektor, Dr. Haryana Mohd Hairi kepada pelajar-pelajar asnaf UiTM Kampus Pasir Gudang. Sementara itu, pada 16 April 2023, MASMED telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada 20 orang warga emas di majlis berbuka puasa MITASA UiTM Kampus Pasir Gudang bersama warga emas Pusat Jagaan Kasih Rohani, Kg. Melayu, Johor Bahru dan seterusnya pada 19 April 2023, MASMED telah mengadakan program Kasih Ramadhan MASMED bersama anak yatim di Pusat Jagaan Anak Yatim Kg. Setanggi, Johor Bahru. Seramai lebih kurang 30 anak yatim diraikan dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper dan duit raya diberikan kepada penghuni anak-anak yatim tersebut. Pemberian bakul rahmah menerusi jualan Rahmah Basket Charity Sales ini telah berjaya memupuk budaya keusahawanan selain meningkatkan kesedaran, cakna dan nilai ihsan warga UiTM terhadap golongan yang memerlukan. Warga MASMED ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli bakul rahmah yang menyokong dan menjayakan program ini. Semoga pembelian ini memberi manfaat dan keberkatan Allah S.W.T. di penghujung Ramadhan seterusnya pemberian yang kecil ini diharapkan dapat juga memupuk dan meningkatkan nilai takwa pemberi sumbangan kepada Yang Maha Esa.


Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. Azila binti Jaini 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 AYUH KE BUKIT TINGGI! SENARAI PENULIS CUTI-CUTI MALAYSIA | 15 <16> Harshida Binti Hasmy 1 1 CUTI-CUTI KE SABAH <17> <18> Nora Farina Mohd Halim 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI MENAIKI KERETA SENDIRI <19> Muharratul Sharifah binti Shaik Alaudeen 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 1 JOM BERJALAN–JALAN DI PUTERI HARBOUR, JOHOR Hazriel Faizal bin Pahroraji , Nurulnatisya Ahmad , Norjasween Abdul Malik 1 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 PERCUTIAN SINGKAT KE KUANTAN <21> 1 1


AYUH KE BUKIT TINGGI! Pada perayaan Hari Natal yang lepas, saya dan tiga orang kawan telah bercuti dan menginap di Hotel Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Pemilihan hotel ini adalah kerana binaan ala Perancis yang telah menarik hati kami. Kami tiba di Colmar Tropicale pada jam 3.30 petang. Tanpa membuang masa, kami terus mendaftar masuk dan memulakan perjalanan ala-ala destinasi kami. Destinasi yang pertama ialah Japanese Village. Apabila tiba di sini, kami melihat keindahan kawasan sekitar yang sangat mengasyikkan. Pepohon yang melambai, burung-burung berkicauan, angin yang dingin turut menerkam ke arah kami. Air terjun buatan dengan dekorasi hijau turut menarik perhatian kami untuk bergambar. Terdapat jualan makanan ikan untuk diberikan kepada pelbagai jenis ikan koi. Di bahagian bawah pula terdapat sebuah taman bunga yang sangat cantik. Pada waktu malam pula, di sekitar hotel ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan Funfair, tontonan 8 dimensi dan deretan kedai cenderahati. Kami leka bermain semua permainan yang ada dan berhenti di kedai cenderahati untuk melukis cenderahati kami sendiri. Keesokan pagi, selepas sarapan pagi, kami terus masuk ke taman arnab. Setelah itu, kami memilih untuk ke Horse Trail untuk menunggang kuda. Apabila selesai aktiviti menunggang kuda, kami pun bertolak balik ke Kuala Lumpur. Percutian ini singkat namun ia sangat menyeronokkan kerana keindahan yang ada di Bukit Tinggi sangat mengujakan dan menenangkan. CUTI-CUTI MALAYSIA | 16


CUTI-CUTI MALAYSIA | 17 CUTI-CUTI KE SABAH Negeri Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan utama para pelancong dari dalam dan luar negara. Keindahan alam semulajadi termasuk Gunung Kinabalu telah menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi. Di Sabah juga para pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti meneroka keindahan pulau dan hidupan marin yang ada di Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik. Pengalaman mengunjungi Pulau Manukan tidak dapat dilupakan kerana saya dan keluarga amat terpesona dengan airnya yang jernih dan pantainya yang memutih. Airnya yang kebiruan, ombaknya yang tenang dan pantainya yang cantik membuatkan kami merasa sangat selamat untuk bermandi-manda bersama keluarga. Ketika seronok bermandi manda, kelihatan sekumpulan ikan-ikan kecil berenangrenang di sekeliling kami. Kami juga amat terpesona dengan keindahan di sekeliling kawasan pulau ini yang sangat terpelihara. Selain itu, barangan seperti pelampung, tikar, alat-alat menyelam turut disediakan di sini dan para pengunjung juga tidak perlu risau kerana makanan dan minuman juga ada dijual di sekitar pulau ini. Tandas dan bilik mandi yang disediakan juga sangat bersih dan selesa untuk para pelancong menukar pakaian. Jika diberikan peluang, sudah pasti kami ingin datang kembali ke Sabah dan lawati pulau-pulau lain di sini kerana pengalaman sebegini amat sukar untuk kami temui di tempat lain selain dari Negeri di Bawah Bayu ini.


Bagi yang suka melihat keindahan lanskap dan reka bentuk bangunan, jangan lupa untuk singgah di Kota Iskandar. Bangunan ini di reka dengan reka bentuk konsep Johor-Melayu dan Moorish yang berunsur Eropah. Beberapa jabatan kerajaan Johor turut beroperasi di situ. Selepas penat berjalan, anda boleh singgah di restoran sekitar. Ada banyak pilihan restoran dari makanan Melayu, Mamak, dan Inggeris. Tidak kurang juga dengan kedai-kedai kopi yang mewah. Bagi saya pula, sudah tentu saya lebih menggemari Manalah Cafe yang menyediakan pelbagai juadah Johor dan masakan Melayu serta sate. Sekiranya ingin berjalan di Puteri Harbour, seeloknya datang waktu petang kerana, suasana petang lebih mendamaikan dan boleh terus menghayati keindahan lampu berwarna di waktu malam. Bagi yang ingin bercuti hanya sehari dua, ada banyak hotel di kawasan ini yang boleh dijadikan pilihan seperti Hotel Jen dan Hotel Fraser. CUTI-CUTI MALAYSIA | 18 JOM BERJALAN–JALAN DI PUTERI HARBOUR, JOHOR Mungkin ada yang tertanya, apa yang menarik di Puteri Harbour? Tempat ini terkenal dengan kawasan tepi pantai dan kapal mewah yang berlabuh. Anda boleh ke sini dengan menaikibas awam dari stesen Larkin ataupun dengan kereta. Apabila anda sampai di sini, anda boleh berjalan di susur kawasan Marina Bay sambil menghayati pemandangan pantai dan juga kapal mewah yang berlabuh di situ dan berehat di laman Marina Bay yang mempunyai air pancuran. Ianya akan bertukar warna lampu mengikut rentak ritma lagu yang dimainkan terutamanya di waktu malam. Selain itu, di kawasan ini juga anda boleh menyewa skuter elektrik mengikut kadar jam, untuk bersiar-siar di laman dan jalan susur Marina Bay sambil menghayati angin pantai dan keindahan lampu di laman tersebut.


Pada cuti hujung tahun 2022 yang lalu, kami sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah selama 5 hari 4 malam. Ini bukanlah kali pertama kami ke Langkawi tetapi perjalanan kali ini agak berlainan sedikit kerana kami memilih untuk membawa kereta sendiri. Beberapa bulan sebelum percutian lagi kami telah membuat tinjauan tentang bagaimana cara untuk ke Langkawi dengan menggunakan kereta sendiri. Dari tinjauan yang kami buat terdapat dua syarikat perkhidmatan feri kenderaan untuk ke Langkawi iaitu Langkawi Auto Express Sdn. Bhd dan Langkawi Roro Ferry Services Sdn. Bhd. Setelah berbincang bersama ahli keluarga, kami telah memilih untuk menaiki Langkawi Auto Express. Jika berminat untuk menaiki feri kenderaan ini pastikan anda membuat tempahan awal iaitu seawal satu ke dua bulan sebelum tarikh perjalanan kerana ianya cepat habis dijual disebabkan oleh perjalanan feri yang terhad. CUTI-CUTI MALAYSIA | 19 PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI MENAIKI KERETA SENDIRI Tempahan feri kenderaan ini kami beli secara atas talian melalui laman sesawang Langkawi Auto Express. Selain dari membeli tiket secara atas talian, tiket juga boleh dibeli di kaunter tiket di Kuala Perlis. Untuk pembelian tiket atas talian, kami perlu menghantar salinan geran kereta dan kad pengenalan secara e-mel atau whatsapp kepada syarikat feri tersebut. Dokumen yang diperlukan perlu diserahkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berlepas. Sebab utama kami membeli tiket dari syarikat feri Langkawi Auto Express kerana mereka telah menawarkan harga yang lebih murah dan perkhidmatan yang lebih menarik dan selesa. Masa perjalanan feri kami adalah pada pukul 10 pagi dan disebabkan oleh perjalanan dari Johor Bahru ke jeti Kuala Perlis adalah lebih kurang 820 km dan mengambil masa lebih kurang 10 jam, kami memutuskan untuk memulakan perjalanan awal sehari dari tarikh untuk menaiki feri. Kami bermalam di sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan jeti Kuala Perlis kerana kami perlu berada di jeti Kuala Perlis sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit sebelum masa berlepas.


Pada hari perjalanan, kami perlu mendaftar di kaunter syarikat Langkawi Auto Express bersama salinan tiket yang diberikan sebagai pengesahan. Setelah selesai, kami membawa kereta dan beratur sehingga diberi kebenaran untuk menaiki feri. Setelah mendapat kebenaran dari petugas di situ, barulah kereta akan menaiki feri. Semasa di atas feri, kami boleh memilih untuk duduk di dalam kenderaan sepanjang perjalanan atau naik ke atas untuk duduk di ruangan penumpang yang disediakan. Kami memilih untuk duduk di ruangan penumpang yang telah disediakan. Ini kerana masa perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Dermaga Tanjung Lembung mengambil masa yang agak lama juga iaitu dalam anggaran 1 jam 30 minit. Semasa pelayaran, anda boleh berjalan-jalan di sekeliling feri sambil menikmati tiupan angin dan pemandangan yang indah. Di ruangan penumpang juga ada disediakan televisyen yang menayangkan filem sementara menunggu sampai ke destinasi. Terdapat juga kiosk menjual pelbagai makanan dan minuman ringan disitu. Anda tidak perlu risau kerana tandas juga ada disediakan di ruangan penumpang. CUTI-CUTI MALAYSIA | 20 Setelah habis meneroka dan meronda di sekitar Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam, tibalah waktu untuk kami pulang. Proses untuk pulang juga adalah sama seperti semasa kedatangan kami tempoh hari. Kami perlu berada di Dermaga Tanjung Lembung 1 jam 30 minit awal dari masa belayar. Secara keseluruhan, pada pendapat kami, membawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi adalah pilihan yang tepat dan sangat berbaloi. Tetapi mungkin perkara ini subjektif bagi setiap orang. Disamping itu, setelah kami membuat kira-kira, membawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi lebih jimat dan murah berbanding menyewa kereta kerana kami berada di Langkawi agak lama. Selain itu, kita bebas bergerak ke sana ke sini dengan kenderaan sendiri. Perkara yang kami rasa sangat menyenangkan apabila membawa kereta sendiri ialah kami tidak perlu memikirkan perihal barang yang dibawa sama ada sebelum atau selepas pulang.


Percutian singkat kali ini akan melampirkan beberapa tempat yang sempat kami lawati di salah sebuah negeri pantai timur iaitu Negeri Pahang. Daerah Kuantan merupakan ibu negeri bagi Pahang Darul Makmur dan menjadi pusat pentadbiran bagi Negeri Tok Gajah ini yang menggantikan Kuala Lipis sejak tahun 1976. Bandaraya ini sudah pasti memiliki kelebihan tersendiri berbanding 10 daerah lain yang terdapat di negeri ini. Kedudukan Kuantan yang berhampiran dengan Laut China Selatan menjadikan lokasi ini lebih istimewa. Manakan tidak, terdapat pantai yang indah yang merupakan satu daya tarikan pelancongan di negeri Pahang. Untuk ke bandaraya ini, pelancong dariKuala Lumpur dan ke utara Semenanjung boleh mengikuti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menghubungkan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Bagi mereka yang dari negeri selatan semenanjung boleh mengikuti laluan Mersing – Pekan atau Segamat – Gambang. Manakala untuk mereka yang menetap di negeri Kelantan dan Terengganu, boleh melalui laluan pantai menuju ke bandaraya ini. Terdapat pelbagai tempat menarik yang wajib dikunjungi jika datang ke bandaraya ini. Inilah beberapa tempat menarik yang sempat kami lawati sepanjang 2 hari percutian di sana. Pantai Teluk Cempedak Destinasi pertama kami adalah menikmati keindahan sebuah pantai yang berhampiran dengan pusat bandaraya iaitu Pantai Teluk Cempedak. Pantai ini juga dikenali sebagai PTC yang mana ia cukup terkenal di kalangan pengunjung dalam mahupun luar. Pantai berpasir putih ini cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan menjadi lokasi pilihan pengunjung. Terdapat sebuah jambatan yang direka khas untuk menyelusuri sepanjang pesisir pantai ini, dan pastinya memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir menikmati bayu Laut China Selatan pada waktu petang. Tetapi awas! Dilarang memberi makanan kepada haiwan yang terdapat di sini iaitu monyet. Papan tanda amaran ini telah dipacak oleh pihak berkuasa bagi memberi amaran demi keselamatan pengunjung. Panorama semulajadi seperti longgokan batu-batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya menjadi destinasi pilihan penggemar seni photografi. Pantai ini mempunyai kemudahan asas yang mencukupi iaitu restoran, gerai, hotel dan juga tandas awam. Anda juga boleh melihat dan membeli hasil kraftangan dan produk tempatan yang dijual di sepanjang laluan pejalan kaki di pantai ini. Menara Kuantan 188 Menara Kuantan 188 adalah antara pusat pelancongan baru yang mesti anda kunjungi apabila berada di Kuantan. Dengan ketinggian 104 meter, anda akan disajikan dengan pemandangan 360° bandaraya Kuantan. Antara ciri menarik menara ini ialah lif kaca yang akan membawa anda ke anjung tinjau tertutup. Wah, ia sudah pasti amat mendebarkan. Di ruang tinjau ini juga disediakan beberapa teropong bagi pengunjung melihat pemandangan bandaraya dan juga kawasan pantai. Pengunjung juga dapat melihat beberapa kawasan perkampungan nelayan yang terdapat di Tanjung Lumpur. Lebih menarik, anda akan berpeluang untuk bergambar dengan latar belakang Sungai Kuantan, membeli cenderamata untuk keluarga dan melihat pameran yang telah disediakan di lobi. Pada sebelah malam, pelbagai acara dan program dianjurkan bersebelahan menara ini iaitu di Laman Teruntum. Pastinya suasana malam lebih meriah di kawasan ini, sambil melihat bot para nelayan yang memecah kesunyian malam untuk mencari rezeki di laut. CUTI-CUTI MALAYSIA | 21 PERCUTIAN SINGKAT KE KUANTAN


CUTI-CUTI MALAYSIA | 22 Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur Destinasi ketiga kami sudah tentunya kawasan makan popular. Ana Ikan Bakar di daerah ini mempunyai banyak cawangan. Kami memilih di Jalan Tanjung Lumpur ini kerana lokasi ini berdekatan dengan tempat penginapan kami. Restoran ini sangat luas dan sungguh selesa yang mana ia menyajikan makanan hasil laut dengan harga yang berpatutan. Di restoran ini, para pengunjung boleh memilih ikan, udang dan hasil lautan lain mengikut bajet dan selera masing-masing. Masa menunggu yang diperuntukkan untuk chef memasak hidangan hanyalah 15 minit sahaja! Sangat cepat dan tentunya amat sedap! Pada malam tersebut, kami telah memesan ikan jenahak bersaiz sederhana masak tiga rasa, sotong celup tepung, udang butter dan air kelapa. Secara keseluruhannya, kami memberi 4 bintang daripada 5 atas faktor makanan dan layanan yang telah diberikan. Percutian kami kali ini sangat singkat. Banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati. Pastinya bandaraya ini akan kami lawati lagi di masa datang. Kepada anda yang masih mencari-cari destinasi percutian, apa kata anda memilih Kuantan sebagai destinasi utama percutian anda sekeluarga.


Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . Norjasween Abdul Malik , Nurul Hanna Mas’aud & Hazriel Faizal Pahroraji 1 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 JALAN-JALAN CARI MAKAN DI NEGERI JOHOR: RESTORAN SRI PANTAI ASAM PEDAS KG. SUNGAI MELAYU SENARAI PENULIS KEMBARA JALANAN | 23 <24> Nur Muizzah Nawi 1 1 KEDAI KOPI BURUK MENGIMBAU NOSTALGIA KLASIK <25> Noor Raifana Binti Ab Rahim , Nur Zaidani Wati Binti Mohd Darwis & Juwita Binti Asfar 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 KEMBARA MENCARI BURGER DI WOODFIRE 1 1 <26> 1 1


Masakan asam pedas merupakan antara hidangan yang terkenal di Johor. Salah satu restoran kegemaran penulis untuk menikmati asam pedas Johor adalah di Restoran Sri Pantai Asam Pedas. Restoran ini terletak di Kg. Sungai Melayu, Gelang Patah dan merupakan salah satu tempat terkenal untuk menikmati masakan asam pedas resepi asli Johor. KEMBARA JALANAN | 24 JALAN-JALAN CARI MAKAN DI NEGERI JOHOR RESTORAN SRI PANTAI ASAM PEDAS KG. SUNGAI MELAYU Baru-baru ini, penulis mengambil kesempatan membawa keluarga yang datang dari Kedah untuk menikmati hidangan asam pedas di sini. Perjalanan dari Bandar Seri Alam ke Kg. Sungai Melayu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Pemandangan yang indah dan hujan renyai menyambut ketibaan kami. Di sini, pelbagai jenis ikan boleh dipilih untuk dijadikan asam pedas. Antaranya ikan pari, ikan jenahak, ikan merah, ikan kembung dan sebagainya. Yang pasti, ikanikan di sini masih baru dan segar. Sudah tentunya dalam banyak-banyak jenis ikan, ikan jenahak menjadi pilihan kami sekeluarga. Selain asam pedas, restoran ini juga menyajikan pelbagai hidangan laut lain seperti sotong goreng tepung, udang goreng, ketam dan kerang bakar. Jika anda menggemari masakan asam pedas, tempat ini adalah pilihan yang tepat dan berbaloi. Kuah yang likat dan pekat, cukup masam dan pedasnya, ditambah dengan ikan yang segar, memang memikat selera. Pemandangan tempat ini juga sangat cantik! Jika anda ,asih tercari-cari tempat makan yang sedap, marilah datang ke mari.


Jika ingin bercuti ke Kuala Terengganu, pasti salah satu makanan yang ingin dirasai adalah Nasi Dagang Atas Tol semasa anda ingin bersarapan pagi. Andai anda tidak mahu menunggu lama beratur untuk membeli Nasi Dagang Atas Tol, saya cadangkan anda untuk ke Kedai Kopi Buruk ini yang terletak di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu. Walaupun kedai ini tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Terengganu, namun anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk meletak kenderaan anda. Apa yang istimewanya tentang kedai ini adalah suasana ruang makan yang disediakan oleh pengusaha kedai. Pengusaha kedai ini merupakan peminat barangan antik. Hiasan di dalam kedai ini dipenuhi dengan barang-barang lama hasil koleksi pengusaha kedai. Saya sendiri duduk dan makan di meja kayu yang diubahsuai daripada mesin jahit yang lama. Sememangnya pengusaha kedai seorang yang sangat kreatif untuk menarik pengunjung ke kedai beliau. Terdapat juga koleksi majalah lama, basikal lama, papan tanda jenama lama, radio yang digunakan pada zaman nenek moyang kita malah pelbagai lagi koleksi klasik yang ada disekeliling kedai ini. Antara makanan dan minuman yang wajib dicuba pula adalah mee kari, nasi putih ayam cincang, lempeng nyior, roti bakar, kopi butter dan kopi buruk. Kuihmuih dan makanan yang telah siap dibungkus seperti nasi lemak dan bihun goreng juga ada disediakan. Jika teringin merasai nasi dagang buatan orang tempatan juga ada dijual di sini. KEDAI KOPI BURUK MENGIMBAU NOSTALGIA KLASIK KEMBARA JALANAN | 25 Waktu operasi kedai ini adalah pada setiap Sabtu hingga Khamis, jam 9 pagi – 6 petang dan tutup pada hari Jumaat. Jika tidak berkesempatan untuk pergi di waktu pagi, boleh lah singgah untuk minum petang. Jangan lupa masukkan kedai ini sebagai salah satu tempat food hunting anda jika ke Kuala Terengganu. Vibes klasik yang disediakan benar-benar memuaskan hati semua yang sanggup singgah ke kedai ini. Selesai menjamu selera, kami sekeluarga juga mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di kawasan luar kedai ini.


Woodfire ini yang hanya berdasarkan nama restoran pasti akan membuat bakal pelanggan tertanya-tanya apa hidangan yang disajikan kepada pelanggan. Woodfire memulakan operasi pertama pada tahun 2017 di medan niaga Kg. Melayu, Johor Bahru. Restoran ini memulakan perniagaan dengan menawarkan penghantaran ke rumah dan kemudian semakin berkembang dan mencipta nama di sekitar Johor Bahru. Sehingga ke hari ini terdapat 9 cawangan di Negeri Johor iaitu di Stadium Sutan Ibrahim, Jotic, Bukit Indah, Eko Flora, Pasir Gudang, Gaya Garden, Kulai, Kluang dan Batu Pahat. Woodfire juga meluaskan perniagaan mereka di dalam dan luar negara dengan pembukaan 7 cawangan di Lembah Klang, 1 cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan serta 6 cawangan di Indonesia. Wow, menarik bukan. Tertarik dengan komen-komen positif di media sosial tentang restoran ini, kami juga turut terpanggil untuk merasainya. KEMBARA JALANAN | 26 KEMBARA MENCARI BURGER DI WOODFIRE ‘Smoked Burger’ ‘Stuffed Cheeseburger’ ‘Brisket Burger’ Kami memilih Woodfire cawangan Kota Masai kerana lokasi yang tidak jauh dari rumah kediaman kami. Memasuki ruang restoran, ianya ditatarias dengan suasana yang sesuai dengan konsep makanan yang disajikan iaitu ala barat. Susunan kerusi dan meja juga bersesuaian dengan jumlah pelanggan yang datang secara berkumpulan. Seperti kebanyakan restoran, pelanggan hanya perlu duduk di meja, dan membuat pesanan dari meja melalui QR code yang telah disediakan. Restoran ini menyajikan menu utama burger untuk para pelanggan yang sesekali ingin mengubah selera. Keistimewaan hidangan burger di sini adalah terdapat pelbagai pilihan burger yang dapat memenuhi selera pelanggan. Antaranya adalah Brisket Burger, patty ayam atau daging diapit bersama hirisan daging brisket yang tebal, Mushroom Burger, Stuffed Cheeseburger, Gourmet Burger, BBQ Burger, Smoked Burger dan Double Patty Chicken Burger. Selain daripada burger, Woodfire juga turut menghidangkan Smoked Lamb Rib, Smoked Chicken Platter, Smoked Brisket Platter dan Cheesesteak sebagai menu sampingan. Dekorasi dalaman restoran


KEMBARA JALANAN | 27 Suasana kawasan luar restoran Melihat kepada senarai menu yang tersedia, agak rambang mata juga untuk kami memilih. Menu yang menjadi pilihan adalah Brisket Burger, Smoked Burger dan Stuffed Cheeseburger. Kami agak terkejut dengan saiz burger yang besar dan juga padat dengan isi. Rasa patty yang enak benar-benar memikat selera kami. Cara burger dihidangkan juga membuatkan pelanggan menikmatinya tanpa perlu risau makanan akan bersepah dan comot memandangkan saiz makanan yang tebal dan besar mungkin akan menyukarkan pelanggan untuk makan. Harga yang ditawarkan amat berbaloi kerana anda tidak akan menyesal untuk membayar lebih untuk sebiji burger yang enak. Selain itu, keadaan persekitaran di dalam restoran yang selesa dan bersih turut menjadikan restoran ini pilihan yang tepat untuk berkunjung. Sesuai untuk menjamu selera bersama rakan-rakan, keluarga atau bersendirian kerana terdapat ruangan untuk keluarga dan individu. Masa menunggu yang singkat untuk menerima makanan turut menjadi faktor mengapa restoran ini sangat digemari dan mendapat ulasan yang sangat baik dari pelanggan. Woodfire adalah restoran makanan yang berkonsepkan hidangan makanan barat yang sangat berbaloi untuk dicuba bagi yang belum pernah ke sana. Oleh itu, bagi yang meminati hidangan burger, Woodfire adalah pilihan terbaik.


SENARAI PENULIS REZEQI | 28 <30> Alizah Ali & Mohd Zulhazmi Yusoff 1 Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 APA RAHSIANYA? <32> Juliana binti Martin & Mohammad bin Abdullah 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 BERNIAGA DALAM BURSA SAHAM MALAYSIA 2 <33> Ahmad Marzuki Amiruddin Othman , Musmailina Mustafa Kamal & Nor Hafizah Abd Mansor 1 Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 ALIRAN TUNAI NADI SESEBUAH PERNIAGAAN 1 1 1 Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 2 Munirah Onn , Mat Uzir Wahit , Noor Izyan Syazana Mohd Yusoff & Tuck-Whye Wong 1 Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 JANA PENDAPATAN MELALUI MINYAK MASAK TERPAKAI 2 <34> Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia. 2 2 2 Norlina M. Ali & Siti Farrah binti Shahwir 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 1 KENALI PROSPEK MEDIA SOSIAL ANDA 1 <36> Ahmad Nawawi Yaakob , Musmailina Mustafa Kamal & Razib Marzuki 1 Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 1 LADANG DURIAN UiTM CAWANGAN JOHOR: PENJANAAN PENDAPATAN JANGKA MASA PANJANG 2 <38> 3 Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 2 Bendahari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 3 Damia Izzati Akhtar Noorazam & Herda BalqisIsmail 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 MEMBENTUK POTENSI KEUSAHAWANAN MAHASISWA 1 <40>


SENARAI PENULIS REZEQI | 29 Ab Aziz bin Mohd Yusof & Nurulsyidatulsyida binti Sulong 1 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 MENYEMARAKKAN KEUSAHAWANAN MELALUI KERJA-KERJA PERUNDINGAN 1 <41> Ros Hasri Ahmad , Siti Farrah Sahwir & Muhamad Ismail bin Pahmi 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN SUATU KEBANGGAAN <43> Ros Hasri Ahmad , Shafiee Md Tarmudi & Siti Masnah Saringat 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 1 TERSERAH PEMILIK BERAPA HARGA INGIN DISEBUTNYA 2 <43> 1 Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 2 Mohd Hanafie Yasin 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 TikTok: PERNIAGAAN KINI MUDAH HANYA DI SMARTPHONE <44> Shahira Abdul Jabar & Mashita Abdul Jabar 1 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 1 TIPS KEJAYAAN USAHAWAN LIM GOH TONG 2 <45> 2 Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 2 1 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 2


Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, akhbar News Straits Times, ada melaporkan kes penutupan syarikat mencecah sebanyak 2,600 kes (secara sukarela) dan 1,336 kes (paksaan undang-undang) di Malaysia pada 2022. 99 peratus daripada keskes ini melibatkan ketidakmampuan membayar komitmen hutang perniagaan mereka. Majoriti usahawan yang menghadapi masalah kewangan tidak menyedari kepentingan mengawal kecairan tunai serta kedudukan kewangan syarikat milik mereka, sehingga diisytihar bankrap dan tiada duit lagi untuk menanggung kelangsungan perniagaan. Aliran tunai atau ‘Cash Flow’ merujuk kepada kecairan tunai di mana pergerakan wang masuk serta keluar dari perniagaan. Ianya penting sebagai indikator kesihatan kewangan perniagaan. Aliran wang masuk (seperti wang yang diterima dari jualan tunai, wang diterima dari penghutang, pinjaman tunai yang diterima serta modal dan geran tunai) akan ditolak dengan wang keluar (seperti kos pembelian aset dan stok secara tunai, bayaran kepada pembekal stok serta wang bayaran untuk kos operasi, pentadbiran dan pemasaran). Lebihan wang masuk menunjukkan perniagaan sebagai sihat. Perniagaan yang sentiasa kekurangan tunai atau defisit dianggap sakit dan berhadapan dengan pembunuh senyap perniagaan. Tindakan segera perlu dilakukan agar aliran tunai yang positif dapat dicapai dan perniagaan tidak menjurus ke arah kebankrapan. Aliran tunai, dibuktikan melalui rekod aliran keluar masuk wang perniagaan, ibarat nadi kepada sesuatu perniagaan. Piawaian Laporan Kewangan 107 (Financial Reporting Standard 107, FRS107) yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board, MASB) mewajibkan setiap entiti perniagaan menyediakan Penyata Aliran Tunai atau ‘Cash Flow Statement’. Penyata Aliran Tunai melaporkan wang perniagaan yang diterima dan dibelanjakan untuk tempoh semasa dan berikutnya. REZEQI | 30 ALIRAN TUNAI NADI SESEBUAH PERNIAGAAN FRS107 mengkategorikan Penyata Aliran Tunai berdasarkan tiga bahagian iaitu aliran tunai dari aktiviti operasi (Cash Flow from Operating Activities), aliran tunai dari aktiviti pelaburan (Cash Flow from Investing Activities) dan aliran tunai dari aktiviti kewangan (Cash Flow from Financing Activities). Apabila jumlah aliran tunai dari ketiga-tiga kategori ini ditambah (serta dicampurkan dengan baki tunai dari tempoh sebelumnya), ia menunjukkan kedudukan tunai semasa sama ada lebihan atau defisit. Contoh Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement) adalah seperti dilampirkan: Perniagaan perlu memantau secara rapi akaun penghutang. Terdapat beberapa strategi yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan aliran tunai perniagaan: Meningkatkan aliran wang masuk dari penghutang secepat mungkin Usahawan perlu menguatkuasa polisi jualan agar wang dapat diperolehi sepenuhnya dari penghutang pada masa yang pantas. Ini termasuk:


Perlu ada sistem rating untuk menilai penghutang yang membayar tepat pada waktunya berbanding penghutang yang seringkali liat membayar. Utamakan jualan kredit kepada pelanggan yang ada kemampuan kewangan yang kukuh dan rekod pembayaran yang bersih sahaja, dengan memberi terma yang lebih istimewa dan diskaun bagi bayaran pantas. Bagi penghutang-penghutang baru, jual secara tunai. Sekiranya terdapat pengecualian, hadkan amaun jualan secara hutang dan elakkan memberi tempoh kredit yang lama. Kenal pasti penghutang bermasalah dan elakkan dari hutang lapuk. Ambil deposit tunai bagi jualan hutang, terutamanya melibatkan pesanan besar. Jika telah tiba tarikh bayaran, buat susulan dengan pelanggan pada kadar segera untuk meminta bayaran. Mungkin pada permulaannya perniagaan, transaksi sepenuhnya dijalankan secara tunai. Apabila terdapat rekod bayaran yang bagus, adakan rundingan dengan pembekal untuk mendapat kemudahan belian secara kredit. Ini membolehkan perniagaan meningkatkan pusingan perniagaan dengan lebihan wang. Gunakan terma kredit sepenuhnya. Jika jangka masa kredit adalah 30 hari, jangan bayar lebih awal. Usahawan perlu memastikan sentiasa membayar hutang pada masa yang dijanjikan. Pertimbangkan pembekal dengan sewajarnya. Pembekal yang menawarkan harga yang lebih kompetitif serta lebih fleksibel patut dipilih. Tumpukan kepada beberapa pembekal sahaja. Ini memungkinkan perniagaan anda menjadi lebih penting kepada pembekal. Sentiasa berkomunikasi dengan pembekal. Komunikasi adalah kunci untuk menangguhkan pembayaran sekiranya perlu. Uruskan stok pada kadar optima. Jika terlebih beli stok secara tunai, modal perniagaan anda tersangkut di dalam stok, sehinggalah ianya dijual dan tunai diperolehi. Elakkan menyimpan terlalu banyak stok kerana ia akan meningkatkan kos seperti kos penyimpanan, pengangkutan, kawalan dan insurans. Tumpukan pada jenis stok yang laju jualannya (high turnover) dan memperolehi margin keuntungan dan kecairan yang tinggi. Jika permintaan mana-mana stok seakan sudah menurun dan telah mencapai tahap keuntungan yang semakin merudum, turunkan harga dan habiskan simpanan stok tersebut. Duit yang dikutip boleh digunakan untuk beli stok yang laku. Menjaga hubungan dengan pemiutang Hubungan baik yang dipupuk dengan pemiutang, terutamanya pembekal stok jualan, dapat menghasilkan beberapa keistimewaan: Pengurusan stok secara berkesan Penyata Aliran Tunai ini sebenarnya perlu dikawal dengan menyediakan laporan berkala bagi membolehkan usahawan membina rizab tunai. Dengan cara ini dapatlah pemilik perniagaan untuk mengetahui ke mana dan untuk apa wang tunai dibelanjakan. Selain sebagai bukti transaksi dan pembinaan profil track record perniagaan, Penyata Aliran Tunai juga boleh menjadi rujukan untuk mendapatkan dana, pinjaman atau bantuan dari pihak bank, kerajaan serta badan-badan kewangan. REZEQI | 31


Berapa lamakah sesuatu perniagaan itu boleh bertahan di arena perdagangan? Setahun, sepuluh tahun atau seratus tahun? Adakah perniagaan yang berusia seratus tahun di dunia ini wujud? Jawapannya sudah tentu ada. Rekod dunia, perniagaan yang paling lama bertahan ialah selama 1,400 tahun, iaitu Syarikat Kongo Gumi, sebuah syarikat pembinaan yang diasaskan pada abad keenam Masehi yang tetap bertahan perniagaannya sehinggalah ditutup pada tahun 2006 akibat konflik hutang. Bank of Korea mendedahkan terdapat 5,586 syarikat yang berusia lebih 200 tahun di 41 buah negara dan 56% daripadanya datang daripada negara Jepun. Ianya tidak mustahil, kerana di negara Jepun terdapat 33,000 entiti perniagaan yang berusia sekurang-kurangnya sepuluh tahun. Perniagaan yang dianggap berjaya ini dikenali sebagai ‘shinise’ dalam istilah jepun, yang membawa maksud kedai lama. Antara perniagaan yang terkenal adalah Nintendo (pemilik francais Pokemon), Panasonic, Suzuki, Ajinomoto dan Nikon. Logiknya, perniagaan yang mempunyai tempoh hayat yang lama ini sudah pasti mempunyai rahsia yang tersendiri bagi mempertahankan perniagaan mereka. Kebanyakan syarikat perniagaan di Jepun berjuang untuk mengekalkan perniagaan mereka. Ianya berkait mengenai isu bagaimana syarikat itu boleh dipindahkan kepada anak, cucu serta generasi berikutnya. Ianya menjadi satu legasi keturunan yang boleh membanggakan. Perniagaan keluarga bukanlah urusan keuntungan semata-mata. Selain daripada itu, cara hidup dan adat budaya masyarakat Jepun juga memainkan peranan dalam mempertahankan jangka hayat sesuatu entiti perniagaan. Mereka mengamalkan dan memelihara konsep ‘dotoku’ (moral) dalam kehidupan seharian mereka. Konsep ‘dotoku’ ini telah dimasukkan dalam silibus pendidikan semenjak gred 1 (umur 6 tahun). Antara contoh konsep moral yang jelas diamalkan oleh masyarakat jepun ialah tentang pengurusan masa. Mereka sangat patuh pada masa dan menepati setiap janji dan kata yang dikota selari dengan konsep ‘dotoku’ yang telah diajar sejak kecil. REZEQI | 32 APA RAHSIANYA? Sumber : Pop Japan Kemajuan teknologi Jepun memang luar biasa. Bayangkan jika peti ais jenama syarikat Panasonic kini boleh berkomunikasi dengan pelanggan dan bertanya tentang apa yang hendak dimakan berpandukan kepada apa makanan yang ada di dalam peti ais. Selain daripada itu, para jurutera Jepun telah berjaya mencipta katil yang boleh mengesan denyutan jantung dan mencatatkan waktu tidur kita. Rakyat Jepun mampu membuktikan bahawa sikap dan moral hidup boleh menjadikan kita jauh ke hadapan dan mampu kekal bertahan dalam bidang yang diceburi. Laksanakan tugasan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, hormati orang lain dan sentiasa nekad untuk maju ke hadapan. Sikap positif ini membuktikan Jepun mampu bertahan dalam arena perniagaannya selama beratus tahun. Justeru, tidak salah untuk kita meniru atau memakai kualiti yang ada pada masyarakat Jepun atau daripada sesiapapun untuk memajukan diri kita. Memetik kata-kata Buya Hamka “Kecantikan yang abadi terletak pada eloknya adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”.


Dalam situasi ekonomi yang mencabar, memiliki pendapatan selain pendapatan utama adalah satu keperluan samada untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, menambah kualiti gaya hidup atau sebagai modal tambahan kepada perniagaan. Secara amnya, pendapatan terbahagi kepada dua iaitu pendapatan aktif dan pasif. Pendapatan aktif merupakan pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan yang dilakukan secara berterusan seperti gaji, upah, komisen dan hasil keuntungan perniagaan. Manakala pendapatan pasif merupakan pendapatan yang diperolehi tanpa perlu bekerja keras seperti hartanah, pelaburan, dan sewa. Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang mula berminat memperolehi pendapatan pasif dengan menceburkan diri dalam pelaburan samada pelaburan berisiko rendah seperti ASB, ASN dan Saham Amanah (Unit Trust) atau pelaburan berisiko tinggi seperti pelaburan di Bursa Saham, Forex dan emas. Selepas pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada Mac 2020, lebih ramai golongan muda dan Bumiputra yang terlibat dalam pelaburan Bursa Saham Malaysia kerana potensi pulangannya yang jauh lebih tinggi berbanding pelaburan yang lain. REZEQI | 33 ERNIAGA DALA BURSA SAHAMALAYSIA Apa Itu Saham? Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Dengan pemilikan saham ini, ianya memberi hak kepada orang awam menjadi sebahagian daripada aset dan pendapatan syarikat tersebut. Oleh itu, sebenarnya, sesiapa sahaja boleh menjadi pemilik syarikat gergasi seperti Top Glove Corporation Bhd (TOPGLOV), Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLADY), AirAsia X Berhad(AAX), Tenaga Nasional Berhad (TENAGA), MY E.G Services Bhd (MYEG) dan banyak lagi dengan cara membeli saham syarikat melalui Bursa Saham. Malah sehingga Mei tahun 2023, terdapat sebanyak 996 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan lebih 75% daripadanya adalah patuh syariah. Saham Adalah Perniagaan. Mengapakah saham adalah perniagaan? Ini kerana apabila kita membeli saham syarikat, ia bermaksud kita menjadi sebahagian daripada perniagaan syarikat tanpa menguruskan syarikat tersebut. Secara tidak langsung, saham syarikat mula meningkat dan kita layak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual Grand Meeting (AGM) dan layak mengundi dalam AGM tersebut. Dan sekiranya dividen diumumkan semasa tempoh pemilikan saham tersebut, kita juga layak menerima dividen yang akan dibayar melalui akaun yang didaftarkan di dalam akaun CDS. Sebagai contoh, jika kita membeli saham syarikat Kumpulan H&L High-Tech Bhd (HIGHTEC) pada purata harga RM2.05 sebanyak 2900 lot kerana syarikat ini mendapat projek secara berterusan dan mula membuat keuntungan. Melihat keadaan ini, para pelabur semakin yakin untuk melabur dalam syarikat ini maka saham kita pun naik. Pada 13 September 2021 kita menjual pemilikan saham kerana telah mencapai sasaran keuntungan yang telah dirancang pada harga RM2.45. Sebelum ditolak caj broker, duti setem dan yuran pelepasan, keuntungan kasar adalah sebanyak RM1160.00 iaitu 19.51% daripada modal pelaburan. Menarik bukan? Bagaimana Untuk Mula Melabur? Untuk memulakan pelaburan, langkah yang paling utama adalah kita perlu membuka akaun CDS melalui Syarikat Broker atau Bank Pelaburan seperti Malacca Securities, RHB Investment Bank, BIMB Securities, CGS-CIMB Securities dan lain-lain. Hanya RM10 yuran pemprosesan pembukaan akaun CDS yang akan dikenakan. Setiap broker mengenakan caj broker yang berbeza-beza, maka dapatkanlah maklumat yang tepat sebelum membuka akaun. Setiap orang boleh mempunyai lebih dari 1 akaun CDS daripada broker yang berbeza. Setelah mengaktifkan akaun CDS, kita boleh memulakan transaksi pelaburan secara dalam talian melalui platfom dagangan broker yang telah dipilih. Kita juga boleh memuat turun aplikasi platform pelaburan di telefon mudah alih agar transaksi pelaburan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


Pelupusan sisa minyak masak menjadi isu global kerana kebanyakan pengguna tidak tahu cara mengitar semula. Minyak masak terpakai telah dicipta apabila minyak masak yang boleh dimakan digunakan sebagai medium untuk menggoreng makanan. Jika dituang ke dalam singki, akan menyebabkan ia menjadi sumbat dan merosakkan paip. Jika dibuang begitu sahaja di kawasan tanah dan laut, ia boleh menyebabkan masalah pada hidupan akuatik dan haiwan. Syarikat air pula sentiasa memerlukan kos tinggi untuk merawat air yang dipenuhi dengan pelbagai sisa seperti minyak. Perubahan fizikal seperti peningkatan kelikatan dan warna gelap mungkin mengubahsuai komposisi asid lemak minyak masak dan itu memberi tanda untuk menukar kepada minyak masak yang baru. Oxidation, hydrolisis dan polymerization ialah tindak balas kimia yang berlaku kerana pemanasan berulang minyak masak. Bahan berbahaya yang dipanggil aldehyde yang ditinggalkan dalam minyak selepas tiga atau lebih penggunaan akan diserap ke dalam makanan apabila ia digoreng. Aldehyde adalah bahan kimia yang menyebabkan kanser. Badan akan mengalami keradangan daripada radikal bebas yang dicipta, yang akhirnya akan mengakibatkan jantung penyakit, obesiti strok dan diabetes. Oleh itu, ia adalah penting untuk menjalankan lebih banyak program kesedaran untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masalah pelupusan dan bahaya penggunaan berulang kali minyak masak. Buat masa ini, banyak syarikat yang membeli minyak masak terpakai dengan harga RM 1 hingga RM 3 untuk 1 kilogram. Orang ramai mungkin tidak tertarik dengan mengitar semula minyak masak terpakai kerana kos pembeliannya rendah. Mengubah sisa ini untuk menjana wang adalah alat untuk kelestarian alam sekitar dan dalam masa yang sama menjimatkan wang. Ini adalah senarai produk yang boleh dibuat oleh daripada minyak masak terpakai. Biodiesel Antara manfaat utama sering didengar berhubung kegunaan minyak masak terpakai ini adalah ia boleh dijadikan biodiesel. Biodiesel adalah bahan api alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel petroleum dan bahan api tersebut merujuk kepada methyl ester iaitu lemak yang dihasilkan daripada minyak sayuran. Minyak masak terpakai lazimnya dikumpul dan ditapis melalui beberapa peringkat sebelum melalui proses kimia iaitu transesterifikasi dan esterifikasi untuk dijadikan biodiesel. Tetapi buat masa sekarang, ia masih lagi di campurkan dengan diesel petrol. Isu piawaian mutu biodiesel berdasarkan American Biodiesel Standard ASTM D6751 menjadi punca tidak ramai pemain industri yang berani menceburi bidang ini. Penggunaan biodiesel dari sisa merupakan pelengkap kepada dasar berkaitan tenaga hijau seperti Dasar Kepelbagaian Lima Bahan Api dan Dasar Teknologi Hijau Negara. Sabun Berikut adalah cara dan bahan yang digunakan untuk membuat sabun berbentuk bar. Minyak masak terpakai yang telah dikumpul ini akan dipanaskan terlebih dahulu bersama sukatan air yang tertentu. Proses ini mengambil masa lebih 4 jam sebelum kotoran akan jatuh ke bawah dan minyak masak yang bersih berjaya dipisahkan, namun ia bergantung pada tahap kekotoran minyak. Selepas selesai, minyak elok akan terapung dipermukaan kuali itu tadi, kemudian diceduk dan diletakkan ke dalam bekas yang baharu. Proses seterusnya adalah untuk menghilangkan bau jadi bahan-bahan semula jadi yang wangi seperti limau, daun pandan dan daun pudina dimasukkan ke dalam minyak tadi, kemudian ia akan dipanaskan semula. Proses diteruskan dengan mengambil bikar berisi air dan dicampurkan dengan sodium hydroxide atau lebih dikenali dengan lye. Ia boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti serbuk vitamin C, kunyit, kayu manis dan lain lagi untuk menambah kualiti sabun tersebut. Kebanyakan pengguna masih berasa was-was dengan tahap kebersihan, maka jika takut untuk di pakai ke anggota badan, ia boleh digunakan sebagai sabun pencuci. JANA PENDAPATAN MELALUI MINYAK MASAK TERPAKAI REZEQI | 34


Lilin Lilin membekalkan bahan bakar yang dihasilkan dari parafin iaitu hasil penyulingan dari petroleum. Selain itu, bahan asas lilin dahulunya diperolehi daripada lemak-lemak haiwan (baik dari lembu kambing, lebah atau ikan paus) kini boleh di dapati dari lemak minyak masak terpakai. Ia akan dicampur dengan sedikit parafin untuk membuat batangnya keras dan hasilnya, ia mampu membakar sehingga 1000°C, namun ia menghasilkan tenaga haba yang sangat rendah. Polimer Polimer tercipta apabila monomer diubah menjadi hidrokarbon berat. Polimer seperti plastik, gam likat dan cat dari acrylic, polyurethane, epoxy dapat dihasilkan dari minyak masak terpakai. Terdapat banyak teknik untuk menukar sisa ini kepada polimer tetapi terdapat tiga kaedah utama yang digunakan pada masa ini. Kaedah pertama ialah dengan mengurangkan triglycerides kepada monoglycerides di mana kumpulan aktif, seperti maleate half ester boleh disambungkan kepada monoglycerides, membenarkan mereka untuk sabung rantaian polimer melalui pempolimeran radikal bebas. Kaedah kedua ialah dengan menfungsikan minyak tak tepu dan mengurangkan triglycerides kepada monoglycerides yang boleh menghasilkan monomer selepas bertindak balas dengan maleic anhydride, membolehkan pempolimeran radikal bebas berlaku. Kaedah ketiga melibatkan penambahan kumpulan kimia atau menukar lemak tak tepu yang membenarkan pengubahsuaian kimia seperti epoxidation, hydroxylation, isocyanation, acrylation, dan transesterification. Oleh kerana lebih praktikal, kos efektif dan lebih mudah digunakan daripada dua kaedah lain, proses ketiga digunakan secara meluas dan kerap. Selain produk diatas, banyak lagi kegunaan minyak masak terpakai seperti ia boleh menjadi makanan haiwan ternakan dan sebagai lubricant untuk enjin kenderaan. Menjana pendapatan keluarga melalui pertukaran minyak masak terpakai dengan wang tunai atau pembuatan produk amat digalakkan. Selain menjana ekonomi, ia juga dapat menjaga kelestarian alam dan isu pembuangan sisa tidak terurus. REZEQI | 35


Namun masalah yang sering dihadapi oleh para usahawan adalah penjanaan prospek yang rendah serta pemilihan saluran media sosial yang kurang sesuai dan tepat. Ini menyebabkan para usahawan sukar menyalurkan dan menyampaikan maklumat berkenaan perniagaan mereka kepada pengguna. Oleh yang demikian, para usahawan harus memastikan prospek berada pada platform media sosial yang tepat bagi tujuan penjanaan jualan dan meningkatkan jumlah trafik ke laman sesawang anda. Facebook, Instagram, dan TikTok merupakan tiga saluran media sosial popular yang sering dilayari oleh prospek dan pengguna. Mengenali dan menganalisa prospek secara dekat bagi semua jenis platform media sosial adalah sangat penting kepada perniagaan. Setiap saluran mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri di mana saluran seperti Instagram yang dimiliki oleh Khairul Aming mampu menjana jutaan ringgit dari hasil jualan sambal. Selain itu, ramai usahawan di luar sana gemar menggunakan media sosial dengan fungsi jualan secara langsung atau live streaming kerana ia mampu berinteraksi dengan prospek secara real-time. Selain itu, sebahagian media sosial mampu menawarkan fungsi analisa seperti data lengkap prospek berkenaan umur, jantina, minat, lokasi, dan lain-lain. Dengan adanya maklumat seperti ini, ia mampu membantu usahawan memahami bakal prospek dan dalam masa yang sama menawarkan produk dan servis yang tepat kepada mereka. REZEQI | 36 KENALI PROSPEK MEDIA SOSIAL ANDA KENALI PROSPEK MEDIA SOSIAL ANDA Beralih kepada Facebook, aplikasi ini sering dikunjungi oleh prospek tidak kira lelaki atau perempuan berumur di Bagi memudahkan para usahawan mempromosikan produk mereka di mana-mana aplikasi media sosial, berikut merupakan tips memilih prospek yang tepat bagi media sosial yang dipilih. Instagram merupakan visual platform media sosial yang paling popular dan digemari oleh golongan Generasi Z berumur di antara 16 hingga 24 tahun. Keunikan Instagram seperti stories, reels, Instagram live, hashtag adalah di antara fungsi yang dapat dimanfaatkan oleh para usahawan masa kini. Golongan muda lebih gemar kepada konten yang sederhana dan tidak sarat tetapi mampu menambat hati mereka terutamanya gambar dan video pendek berkenaan dengan produk yang ditawarkan. Oleh itu, perniagaan seperti produk makanan, minuman, kecantikan dan fesyen yang mensasarkan golongan muda sebagai potensi pelanggan mereka amatlah sesuai menggunakan saluran ini sebagai perantaraan komunikasi. Myspace di mana pada ketika itu platform ini gagal kerana wujudnya persaingan sengit serta syarikat memerlukan perbelanjaan yang besar bagi tujuan penyelenggaraan aplikasi. Selain itu, data dari Meta Facebook menunjukkan peningkatan jumlah prospek di kalangan pengguna berumur 45 tahun dan ke atas. Maka Facebook sangat sesuai bagi mempromosikan perniagaan seperti produk berasaskan suplemen kesihatan, produk kecantikan khusus bagi menghilangkan jeragat, dan lain-lain. Keunikan aplikasi ini adalah prospek disalurkan dengan pengetahuan terperinci mengenai produk beserta testimoni lengkap dari pengguna terdahulu. Dengan ini, para usahawan dapat menyakinkan prospek bahawa produk atau servis mereka adalah di antara yang terbaik dalam pasaran. Dalam dunia pemasaran digital, media sosial merupakan pilihan utama usahawan dalam mempromosikan jenama, produk, servis, dan perniagaan mereka kepada pelanggan. Tidak dinafikan, penggunaan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, dan YouTube adalah platform yang popular dan sering digunakan oleh para usahawan bagi mendapatkan dan meningkatkan jumlah prospek. antara 25 hingga 44 tahun. Jika dilihat, ramai pengguna Facebook adalah dari golongan terawal yang mengenali aplikasi ini sekitar tahun 2004. Sebahagian dari mereka adalah pengguna TikTok adalah platform media sosial yang popular di kalangan generasi Z berumur di antara 19 hingga 25 tahun. Platform ini semakin popular di Malaysia dengan anggaran lebih 4 juta pengguna yang aktif. TikTok menjadi pilihan utama bagi generasi ini kerana pengguna boleh membuat dan kongsi video pendek serta mengedit dan menambah kesan terhadap video. Ini memudahkan pengguna membuat video dengan kualiti tinggi (HD) walaupun pengguna tiada pengalaman dan


REZEQI | 37 Apabila kita mengenali prospek secara mendalam bagi setiap jenis platform media sosial adalah perkara asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Dengan memahami profil demografi prospek, tingkah laku, dan kehendak mereka, wirausahawan mampu membina konten, menjalinkan hubungan dengan prospek serta memaksimalkan strategi dalam pemasaran secara digital. Dunia pemasaran di atas talian semakin mencabar dengan kehadiran pesaing dari pelbagai jenis. Oleh itu, wirausahawan harus meningkatkan mutu diri dengan mempelajari dunia pemasaran secara digital khususnya media sosial. kemahiran pembikinan klip video. Di samping itu, platform ini mempunyai potensi untuk sesebuah video viral dalam masa yang singkat. Di antara produk yang viral melalui platform TikTok adalah Konjac Jeli. Produk ini mendapat sambutan yang luar biasa di mana penjualan Konjac Jeli meningkat sekelip mata pada ketika itu. Maka platform ini sangat sesuai kepada para usahawan yang ingin mendemonstrasikan produk atau servis dengan menggunakan video pendek.


Nama Segamat telah lama sinonim dengan durian. Sebut sahaja Segamat, pasti durian akan muncul sebagai agenda perbualan. UiTM Johor Kampus Segamat kini mengambil langkah mewujudkan ladang durian seluas 11.6 ekar dengan 400 anak durian telah ditanam. Aset tanah yang terbiar kini dibangunkan dengan ladang durian yang diusahakan oleh staf secara sukarela. Ia bermula pada tahun 2017, Profesor Dr Omar Samat selaku Rektor memulakan projek dusun durian. Ia diteruskan oleh Prof. Dr. Ahmad Naqiuddin Bakar (2018- 2020) atas nama projek Inisiatif Rektor yang dijayakan oleh jawatankuasa khas di kalangan staf. Lebih menarik daripada itu, mulai Mac 2021 Prof. Dr. Ismail Ahmad, Rektor UiTM Johor projek ladang durian diwujudkan pada skala yang lebih besar. Dua lokasi digazetkan iaitu bersebelahan padang hoki UiTM Johor dan kawasan berhadapan Ledang Inn. Keluasan dusun durian kini mencecah 11.6 ekar dengan 400 pokok durian. Kebanyakan durian adalah benih kampung yang dikahwinkan secara berperingkat. Usaha ladang ini diteruskan oleh Prof. Madya Dr. Saunah Zainon selaku Rektor UiTM Johor dengan melibatkan pihak kerajaan negeri dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM. Kebanyakan staf terlibat adalah mereka berpengalaman luas mengendalikan dusun durian milik persendirian. Kemahiran ini dapat digunakan sebaiknya untuk mewujudkan dusun durian pada kos yang minimum, dan pada waktu yang terbatas. Team durian bertugas pada setiap hari Khamis menguruskan ladang seperti meracun, membaja, cantuman pokok, kawalan perosak dan tanaman kontan untuk menjana pendapatan UiTM pada masa hadapan. Sejak Mac 2021, sejumlah RM40,741.00 telah digunakan bagi tujuan membersihkan kawasan, penggalian lubang, pembinaan kolam, sistem perparitan, sistem solar pagar elektronik, paiping air, benih pokok, baja dan racun, alatan pertanian dan keperluan semasa yang lain. Kos ini adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan projek komersial dusun durian yang memerlukan sekitar RM15 ribu bagi setiap ekar. Antara penggerak utama dalam projek dusun ini termasuklah Encik Mior Hishamuddin, Sidek Abdullah (telah bersara), Ahmad Nawawi Yaakob (Pengerusi – kini), Razib Marzuki, Rozi Anuar Abd Rahim, Haraney Hamzah, Rosfaizah Muslim, Zaharah Ibrahim (telah bersara), Sujarmo Abdul Karim, Abdul Munir Abdul Rahman, Mohamad Zafifi Muslim, Dr. Akmal Aini Othman, Syaizatul Zarina Mat Din, Zaharuddin Othman, Mohd Fared Said, Musmailina Mustafa Kamal, Abd Aziz Mazlan, Haslina Wahab, Aizudin Juhari, dan Muhamad Syafiq Izuan. Pisang tanduk dan ubi kayu dijadikan sebagai tanaman kontan. Ia adalah hasil sumbangan wakaf daripada kalangan staf UiTM Johor, dengan sebanyak 1800 benih pisang tanduk dan 300 pokok ubi kayu telah ditanam. Kini, tanaman kontan telah membuahkan hasil kepada UiTM Johor. Beberapa kolaborasi diusahakan khasnya dengan Pejabat Pertanian Negeri Johor dan EXCO Pertanian Negeri, dan pihak FAMA yang kini dalam perhatian dan tindakan mereka. Fakulti Perladangan dan Agroteknologi yang berpusat di UiTM Kampus Jasin juga turut menjadikan ladang durian ini sebagai tapak projek latihan pembelajaran pelajar. Kewujudan dusun UiTM telah menarik perhatian pihak berkenaan untuk turut sama terlibat langsung. REZEQI | 38 LADANG DURIAN UiTM CAWANGAN JOHOR PENJANAAN PENDAPATAN JANGKA MASA PANJANG


Kawasan yang dibangunkan dusun durian UiTM Johor REZEQI | 39 Ahli kumpulan Dusun Durian UiTM Johor Kunjungan Datuk VC ke Dusun Durian Pisang tanduk menjadi hasil tanaman kontan Lawatan YB Dato’ Zahari Sarip, EXCO Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor dan Jabatan Pertanian Johor. Kini dusun durian UiTM Johor menjadi lokasi pilihan lawatan VIP ke kampus Segamat termasuklah Datuk Naib Canselor, Penolong-penolong Naib Canselor, Ahli Dewan Undangan Negeri dan orang kenamaan lain. Ubi kayu juga turut ditanam di ladang durian


Entrepreneurship Week Campaign 5.0 merupakan program keusahawanan melibatkan mahasiswa yang mendaftar kod kursus HPD 228 (Kembara Usahawan). Program ini telah bermula seawal 10.00 pagi hingga 7.00 malam bermula dari 4 hingga 8 Disember 2022 bertempat di ruang legar bangunan Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCJKPG. Program ini di bawah naungan penasihat program iaitu Cik Saiyidah Syafiqah Binti Mutahar. Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian pelajar, namun secara tidak langsung ia telah mendedahkan pelajar dengan aktiviti keusahawanan secara nyata dengan penjualan produk makanan dan minuman yang dihasilkan sendiri oleh pelajar. Program ini juga telah mendapat sambutan yang baik sepanjang tempoh ia berlangsung. Program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebenar bergelar sebagai seorang usahawan. Pelajar terlibat secara langsung di dalam proses perancangan produk yang melibatkan pemilihan menu, penyediaan bahan mentah, penyediaan makanan dan penjualan produk makanan itu sendiri. Dengan cara ini dapatlah meningkatkan kemahiran kendiri pelajar kerana pelajar dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari di dalam kelas secara praktikal. REZEQI | 40 Pelajar dan produk jualan. Selain itu, program ini juga dapat membentuk jati diri pelajar untuk menjadi lebih yakin dalam berkomunikasi dan bersosial. Pelajar dikehendaki menguasai kaedah bagi menarik perhatian pelanggan agar produk yang dijual mendapat sambutan dan laris. Sebagai seorang usahawan, kemahiran sosial yang baik sangat penting dalam mempersembahkan produk jualan kepada pelanggan. Sekiranya tidak, pelanggan akan menjadi ragu dan kurang berminat untuk membeli sesuatu produk. Aktiviti ini juga telah menjadikan pelajar lebih yakin apabila perlu mempromosikan produk jualan mereka di khalayak ramai. Pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran baru menerusi program ini. Mereka perlu membuat kajian awalan dalam memilih produk makanan yang hendak dijual. Ini penting bagi mengetahui permintaan pasaran dan kehendak pelanggan. Sebagai contoh, pemilihan perisa makanan yang dicadangkan untuk dijual telah dinilai berdasarkan trend terkini dan pelanggan telah diberi sampel makanan untuk diuji rasa. Ini bertujuan untuk memastikan pelanggan tahu bagaimana sesuatu rasa perisa sesuatu produk makanan sekaligus ini dapat membantu usahawan untuk memilih perisa yang akan dijual kepada pelanggan. Usahawan juga perlu memastikan produk yang ditawarkan unik dan berbeza dari produk yang terdapat di pasaran. Ini penting bagi menarik dan menawan hati para pelanggan untuk membeli produk makanan yang dijual. Sebenarnya pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Mereka hanya perlu cakna dengan manfaat yang bakal diperolehi dengan penglibatan dalam aktiviti seperti ini. Banyak kemahiran insaniah dapat diperkembangkan yang akan menjadikan nilai tambah kepada kualiti diri pelajar. Secara tidak langsung, ini boleh dijadikan sebagai platform sebagai persediaan menghadapi dunia luar setelah bergraduasi kelak. Pelajar perlu bijak mengambil peluang dengan mengimbangi di antara tuntutan kurikulum dan aktiviti ko- kurikulum dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa.


Selain itu perundingan juga mendorong penghasilan produk dan teknologi yang lebih baik. Ini kerana kerja perundingan bersama dengan industri boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan pihak industri berpandukan kepakaran yang dibina dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat umumnya. Sebagai contoh, UiTM bekerjasama dengan ACEV Technologies Sdn Bhd dalam membangunkan reka bentuk casis kenderaan elektrik, kawalan kenderaan dan pengurusan haba bateri. Pada masa yang sama, perundingan meningkatkan kebolehgunaan produk sebagai contoh memperbaiki kebolehgunaan produk dan mengurangkan kos pembangunan melalui kaedah-kaedah penyelidikan dan pembangunan yang sesuai. Ini dapat memastikan penyelidikan yang dilakukan di universiti relevan dan sesuai dengan keperluan dan permintaan masyarakat dan industri. Dari segi penjanaan kewangan, kerja perundingan bersama dengan industri membantu meningkatkan pendapatan universiti. Antaranya ialah melalui hasil penyelidikan, penjualan produk dan penyediaan khidmat yang tertentu kepada pihak industri daripada pihak universiti. Dalam masa yang sama, kerja-kerja perundingan ini dapat menjana nilai tambah dalam industri dan masyarakat, juga dapat membuka pintu kepada peluang-peluang kewangan baru dan membantu universiti menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran yang semakin kompetitif pada masa ini. Berdasarkan laporan tahunan UTV 2021, UiTM Cawangan Johor Berjaya menyelesaikan 56 projek perundingan bernilai RM122,299.00. Nilai ini akan bertambah dari masa ke semasa selari dengan sasaran UiTM. Perundingan di universiti berdasarkan kepakaran pensyarah boleh menjurus kepada penjanaan kewangan melalui beberapa kaedah. Pertama, pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dapat membantu universiti membangunkan projek R&D yang berpotensi untuk menghasilkan hasil yang komersial. Kerja perundingan dalam kalangan staf universiti bersama dengan industri merujuk kepada proses kerjasama antara universiti dengan pihak industri tidak kira dari sektor awam, swasta atau badan berkanun. Aktiviti perundingan melibatkan bidang penyelidikan, pembangunan, latihan dan perkongsian sumber. Kerja perundingan bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea, kepakaran dan teknologi di antara pihak yang terlibat yang menjurus kepada hasil penyelidikan dan produk yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya. Staf universiti terutamanya pensyarah memainkan peranan penting dalam proses perundingan di universiti. Aktiviti ini membuka peluang kepada pensyarah untuk membawa kepakaran dan pengalaman akademik mereka dalam penyelidikan dan pembangunan secara individual atau berkumpulan kepada masyarakat. Kerjasama dengan pihak industri dijalankan melalui penyediaan khidmat seperti konsultasi, latihan, penyelidikan bersama dan program-program pembangunan. Pensyarah juga boleh membantu pihak industri dalam memperoleh dana penyelidikan dan sumbersumber lain yang diperlukan untuk menjalankan projek-projek mereka. Di UiTM, terdapat banyak unit dan jabatan yang ditubuhkankan bagi mengurus dan menggalakkan kerja perundingan antaranya seperti UiTM Technoventure Sdn Bhd (UTV). UTV adalah salah satu antara anak syarikat Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan bakat dan produk UiTM. Manfaat daripada kerja perundingan bersama dengan industri adalah banyak dan sangat meluas. Antaranya adalah pertukaran kepakaran yang mana pensyarah universiti dapat menghasilkan idea-idea baru dan menyumbangkan kepakaran mereka kepada industri. Pihak industri juga boleh memberi input berdasarkan pengalaman dan keperluan mereka dalam bidang yang berkaitan. REZEQI | 41 MENYEMARAKKAN KEUSAHAWANAN MELALUI KERJA-KERJA PERUNDINGAN


Kaedah yang kedua, hasil daripada projek ini boleh dipatenkan atau dipasarkan yang menghasilkan pendapatan dan keuntungan dalam bentuk kewangan. Kaedah yang ketiga pula, pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh membantu universiti menjalin kerjasama dengan syarikat atau organisasi dalam bentuk kontrak dan juga penerbitan bersama di mana kerjasama ini boleh membawa kepada penghasilan pendapatan kewangan yang stabil dan berterusan. Dalam membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan warga universiti, perundingan memainkan peranan yang penting. Aktiviti ini menyediakan satu platform yang kukuh dalam menyokong Agenda Transformasi Ekonomi Negara. Perundingan membantu universiti dalam merancang strategi yang lebih berkesan untuk membangunkan semangat keusahawanan dalam kalangan pensyarah yang terlibat. Budaya keusahawanan dalam kalangan warga universiti dapat diterapkan dengan beberapa kaedah seperti program mentoring, latihan, dan kerjasama dengan pihak industri terutamanya di dalam bidang perniagaan. Program-program ini bertujuan untuk membina keupayaan keusahawanan secara tidak langsung membantu mereka yang terlibat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Galakan kerjasama dengan komuniti perniagaan setempat juga banyak membantu dalam menyemarakkan keusahawan. Hal ini dapat membuka peluang-peluang baharu untuk universiti menjalinkan hubungan dengan industri dalam segi perniagaan dan menerima sokongan serta bimbingan dalam membangunkan perniagaan mereka sendiri. Ini termasuklah menyediakan akses kepada sumber yang berkaitan dengan keusahawanan setempat, mempromosikan contoh kejayaan usahawan yang berjaya dan meningkatkan kesedaran tentang peluang keusahawanan yang sedia ada. Perundingan sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam membudayakan keusahawanan di universiti. Dengan bantuan perundingan, universiti dapat merancang program pembangunan keusahawanan yang lebih berkesan, menyediakan sumber untuk membangunkan keusahawanan, meningkatkan persefahaman tentang keusahawanan, menggalakkan kerjasama dengan komuniti perniagaan, juga dapat seiring dengan pembangunan industri dalam menyediakan prospek pelajar juga perkhidmatan yang diperlukan. Semua ini dapat membantu warga universiti dalam memulakan perniagaan mereka sendiri dan membina keupayaan keusahawanan yang lebih kukuh berteraskan kepakaran dan inovasi produk baru. REZEQI | 42


Jika selama ini orang Cina amat gemar untuk memiliki nombor pendaftaran dengan angka 8, 88, 888 dan 8888 bagi kenderaan mereka yang membawa maksud kekayaan, kini orang Melayu pula mula mengemari nombor pendaftaran kenderaan yang mempunyai gabungan huruf dan nombor yang kelihatan seperti nama seseorang seperti AMR1 (AMRI), RAN14 (RANIA), JUW174 (JUWITA) dan DEN1715 (DENNIS). Trend ini telah memberi peluang untuk Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menjana lebih pendapatan untuk negara melalui sistem JPJeBid, sebagai contoh nombor pendaftaran DEN1715 yang bermula dengan nilai bidaan RM300 telah dibida pada harga RM41,888. Kedua adalah mereka yang menawarkan perkhidmatan bidaan atau menjual nombor pendaftaran kenderaan misalnya nombor pendaftaran 4, pada kebiasaannya bernilai di antara RM20,000 hingga RM50,000 namun begitu bagi sesiapa yang ingin memiliki nombor pendaftaran NDR4 yang kelihatan seperti NORA, harga yang ditawarkan oleh pemilik perniagaan berkenaan adalah RM120,800. Ketiga adalah pemilik nombor pendaftaran berkenaan, kerana ada pihak yang sanggup menawarkan harga yang dikira tidak masuk akal namun itulah kenyataannya bagi nombor pendaftaran AL1 telah ditawarkan pada harga RM850,000 namun pemiliknya masih belum berhasrat untuk menjual nombor pendaftaran tersebut. Bagi individu yang berjaya memiliki nombor pendaftaran seperti namanya pasti akan rasa berbangga kerana ia sangat berharga, unik, istimewa dan bersifat peribadi. NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN SUATU KEBANGGAAN REZEQI | 43 Semua kenderaan yang bergerak di atas jalan raya perlu memiliki nombor pendaftaran dan ianya diuruskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Ada nombor pendaftaran yang boleh diperolehi secara percuma dan ada yang perlu dibida khususnya nombor-nombor yang menarik bermula pada harga minima RM300, RM800, RM3000 dan RM20,000. Nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan boleh menjadi petunjuk kepada status pemilik kenderaan tersebut. Bagi kenderaan bernombor pendaftaran 1 pada kebiasaannya akan bernilai tidak kurang dari RM100,000, sebagai contoh plat V1 dan F1 telah dibida pada harga RM989,780 dan RM836,660 manakala nombor plat DDV1 dan ALL1 telah dibida pada harga RM250,00 dan RM278,000. Berikut adalah contoh kadar upah yang dikenakan oleh Saufi World Enterprise bagi perkhidmatan membida nombor pendaftaran kenderaan dalam sistem JPJeBid. Bagi nombor bernilai utama kadar upahnya RM1000, nombor menarik RM300, nombor dua angka RM250, nombor popular RM200 dan nombor semasa RM150, sekiranya nombor bidaan gagal diperolehi bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100. Ini bermakna tidak kira menang atau kalah dalam bidaan tersebut, pihak yang menjalankan perniagaan perkhidmatan bidaan nombor pendaftaran tetap akan mendapat bayaran. Bagi pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang menarik ia adalah suatu pelaburan. Sekiranya ada yang berminat dengan nombor pendaftaran tersebut, maka terserah kepada pemilik berapa harga yang ingin disebutnya. TERSERAH PEMILIK BERAPA HARGA INGIN DISEBUTNYA


PERNIAGAAN KINI MUDAH HANYA DI SMARTPHONE Hampir semua orang mengetahui aplikasi telefon pintar TikTok dan sebilangan besar menggunakan TikTok untuk melihat konten-konten video mengikut pilihan masing-masing bagi mengisi masa lapang. TikTok telah wujud sejak 2018, dan ia merupakan rangkaian media sosial yang rancak dan berkembang masa kini. TikTok juga telah muncul sebagai platform untuk pelbagai maklumat yang hanya boleh diperolehi di hujung jari, selain Facebook, Twitter, dan Instagram. Aplikasi TikTok menjadi popular dalam kalangan Generasi Z. Konten Video dalam program ini termasuk elemen bermaklumat, menghiburkan, kulinari, artistik, travelog dan lain-lain. TikTok boleh digunakan dengan berkesan untuk memasarkan syarikat atau produk anda kepada khalayak ramai. Sebenarnya TikTok mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia dan merupakan aplikasi paling banyak dimuat turun untuk Apple pada Q1 2018, menurut Influencer Marketing Hub. Kini peniaga dan usahawan mula beralih daripada perniagaan fizikal iaitu membuka gerai jualan, sewa kedai dan menyimpan stok barang kepada perniagaan atas talian dengan aplikasi TikTok. Mereka hanya perlu mempunyai akaun TikTok dan mendaftar sebagai TikTok Seller. Pelbagai cara boleh digunakan bagi memulakan perniagaan di TikTok, antaranya adalah dengan menghasilkan konten video berkenaan produk yang ingin dijualkan ataupun anda boleh menjual secara Live video atau video secara langsung. Dengan menggunakan live video, penonton dan pembeli dapat berinteraksi secara langsung dengan penjual. Sebagai pencetus motivasi, kita lihat Khairul Aming yang mana berjaya menjual Sambal Nyet sebanyak 13,000 balang hanya dalam masa 2 saat sewaktu live video. Ini memberi maksud bahawa ramai orang diluar sana membeli-belah di TikTok. Jom berniaga di TikTok, mudahnya hanya di telefon pintar kita. REZEQI | 44


Rakyat Malaysia kebanyakannya ramai yang mengetahui mendiang Tan Sri Lim Goh Tong merupakan pengasas Genting Group. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8 billion. Antara tips kekayaan beliau adalah: Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati Orang Lain. Amalan merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain akan membuatkan ramai orang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain perlu ada kerana nilai ini menggambarkan sikap peribadi seseorang itu. Tidak lalai dengan wang yang banyak menjadikan diri seseorang lebih beringat dengan usaha yang dilakukan. Wang yang dikumpul dijadikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan bukan dibazirkan. Menepati dan Menghargai Masa Tan Sri juga mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Beliau tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat kerana perkara seperti ini boleh menjejaskan hubungan yang telah dibina. Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik tidur lambat. Bekerja Keras Sedaya Upaya Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Ini kerana, dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya. Amalan Menyimpan Wang Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja akan untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi. Tetapi jika hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu bertahan lama. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. Apabila melihat wang yang banyak, tanpa berfikir panjang pasti akan menggunakan wang itu tanpa menyedari itu adalah wang untuk pusingan dan pelaburan yang seterusnya. Wang yang sepatutnya disimpan habis dibelanjakan. Apabila perniagaan semakin maju, modal juga semakin besar. Semakin besar modal dilaburkan semakin tinggi keuntungan yang diperolehi. Mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya. LIM GOH TONG KEJAYAAN USAHAWAN REZEQI | 45


Bermula dari Bawah Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Bermula sebagai pekerja tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum. Bermain Kotor dalam Perniagaan Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada semua orang adalah kuncinya. Berani Menanggung Risiko Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat pelancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah di label sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua berdekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia. REZEQI | 46


SENARAI PENULIS SERONOK MEMASAK | 47 <48> Mohammad bin Abdullah , Juliana binti Martin 1 Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 KETUPAT SOTONG TERENGGANU STYLE : SANTAI-SANTAI KE RESTORAN LEMPENG RUSILA <49> Maisarah Noorezam , Nadzrah Sa’adan & Zaity Akhtar Mukhtar 1 Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 LEBIHAN MAKANAN KEPADA PENCINTA MAKANAN 1 2 <50> Norintan Wahab 1 Jabatan Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85009 Segamat, Johor. 1 ABC KETAM 2 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 2 1Nurul Ain Umaiban Binti Yusof , Wan Syarizawani binti Wan Chik & Atiqah Najwa binti Zainuddin 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . MUDAHNYA MASAK MENGGUNAKAN PES MASAKAN 1 1 <51> Norin Hafizah Rahim 1 Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 ASAM PEDAS IKAN MERAH <48> Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, KM 26 Jalan Lendu, 78000 Alor Gajah, Melaka 2


Mungkin pembaca tertanya-tanya apakah itu ABC Ketam? Seperti namanya yang pelik, begitu jugalah kemunculannya yang hanya muncul setahun sekali. Apa tidaknya, ianya hanya akan dijumpai ketika bulan Ramadhan. Semasa kecil dahulu, bulan puasa ditunggutunggu kerana adanya menu ABC Ketam ini. Hebatnya ilmu parenting orang dulu-dulu. Kegigihan seorang abah ingin memberi semangat kepada anak-anak untuk belajar berpuasa, abah fikirkan cara yang terbaik untuk sediakan menu lazat untuk kami berbuka. Abah akan gunakan ketam kayu yang telah dibasuh sehingga bersih dan akan diterbalikkan. Bahagian tajam ketam kayu tersebut akan menghadap ke atas dan diletakkan di antara dua kayu besar. Di bawah ketam kayu pula diletakkan sebuah besen, lalu air batu (ais) akan digosokkan ke bahagian ketam kayu yang tajam tersebut. Hasilnya dapatlah ais yang halus umpama dibuat menggunakan mesin pengisar ABC. Kebiasaannya abah akan memanggil kami adikberadik seorang demi seorang mengikut giliran dan kami perlu tunggu dengan sabar. Fuhhhh! Nikmatnya makan ABC Ketam waktu berbuka, memang tiada tandingan. Keenakkan makan ABC Ketam abah itu seolah-olah kita pandai mengaji tanpa perlu ditengking dan dirotan dengan cikgu mengaji. Hahahahaha…. ABC KETAM SERONOK MEMASAK | 48 Resepi Asam Pedas Ikan merah adalah tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu khususnya yang berada di Melaka dan Johor. Anda bolehlah mencuba resipi ini! Bahan-bahan 5 keping ikan merah 1 kuntum bunga kantan 1 ikat daun kesum 1 batang serai – diketuk 10 batang bendi 3 senduk cili kisar 3 mangkuk air asam jawa Garam, gula dan perasa secukup rasa Air secukupnya Bahan Kisar 15 biji bawang merah 9 ulas bawang putih 2 inci belacan Segenggam kecil ikan bilis 1 inci kunyit ½ inci halia Cara Penyediaan Panaskan 2 senduk minyak masak dan tumis bahan kisar yang telah dikisar halus ke dalam periuk bersama 3 senduk cili kisar. Jika ketika menumis bahan kisar kelihatan kering boleh dimasukkan sedikit air bagi mengelakkan bahan tumisan hangit. Setelah bahan tumisan garing, masukkan sebatang serai yang telah ditumbuk dan sedikit air. Biarkan seketika selama 5 minit. Masukkan 5 keping ikan merah ke dalam bahan tumisan dan kacau seketika. Kemudian, masukkan 3 mangkuk air asam jawa dan biarkan ia mendidi. Setelah mendidih masukkan 10 batang bendi, 1 batang bunga kantan dan segenggam daun kesum. Biarkan kuah mendidih dan masukan garam, gula dan perasa secukupnya. ASAM PEDAS IKAN MERAH


Click to View FlipBook Version