The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazri koyiee, 2023-08-20 05:23:29

BULETIN_MASMED_Edisi2022

BULETIN_MASMED_Edisi2022

Apabila sebut sahaja pantai di negeri Terengganu, saya ingin membawa para pembaca bersantai dengan sebuah restoran yang berada betul-betul di tepi pantai menghadap Laut Cina Selatan. Kedai yang diberi nama Restoran Lempeng Rusila terletak di suatu kawasan kampung di daerah Marang, Terengganu yang hanya mengambil masa kira-kira 8 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Restoran ini terkenal dengan dua menu istimewa iaitu lempeng kelapa dan juga ketupat sotong. Saya ingin pembaca mengenali apa itu ketupat sotong. Mesti ramai yang tertanyatanya, kalau hari raya kita selalu memakan juadah ketupat samada ketupat nasi atau ketupat pulut, jarang kita dihidangkan dengan ketupat sotong. Kalau adapun, mesti saya menjadi orang pertama yang berkunjung ke rumah berkenaan. Maaf hanya bergurau, memang jarang ketupat sotong dihidangkan di waktu perayaan. Jadi kalau nak makan ketupat sotong yang sedap, kita perlu singgah di Restoran Lempeng Rusila. Bagi yang tidak pernah merasa atau melihat sendiri hidangan ketupat sotong, mesti terfikir bagaimana bentuk ketupat sotong ini. Mudah sahaja, sebenarnya ketupat sotong ini dinamakan sebagai ketupat kerana beras pulut yang diisi ke dalam badan sotong yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Jangan risau bagi yang tidak pandai menganyam ketupat, kerana selepas mengisi beras pulut, kita hanya perlu tutup badan sotong tadi dengan lidi atau pencungkil gigi (pastinya yang belum digunakan ya). Selepas itu, masukkan sotong tersebut ke dalam periuk yang berisi santan, bawang besar, bawang putih, halba, halia, garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga sotong tadi kelihatan kembung seperti dalam gambar, sudah masak dan boleh dimakan. Maka nikmatilah ketupat sotong ketika masih panas sudah pasti seekor tidak cukup . Di sini ingin saya kongsikan resipi ketupat sotong bagi yang ingin mencuba atau ingin megusahakan menu ini di tempat yang belum lagi dijual atau untuk menjamu rakan-rakan dan keluarga. Bahan-bahan : Beberapa ekor sotong 1 cawan beras pulut 1 ½ cawan santan 2 ulas bawang besar (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) Seinci halia (dihiris) Sesudu kecil halba Garam, gula dan serbuk perasa Lidi/penyungkil gigi Cara membuat ketupat sotong Pertama sekali sotong perlu dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian beras pulut dibasuh dan direndam sedikit dengan santan dalam masa 1-2 jam (petua: lagi lama direndam lagi sedap dan mudah untuk dimasak). Selepas itu beras pulut diisi ke dalam badan sotong, dalam setengah paras dan boleh ditutup dengan lidi/penyungkil gigi. Paling penting beras pulut tak terkeluar semasa proses memasak. Letak sotong di dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi seperti bawang, halia, halba, garam, gula dan serbuk perasa. Dimasak sehingga sotong kelihatan kembung. Sedia untuk dihidang dan sudah siap masak ketupat sotong Terengganu style. Selamat mencuba! Semoga menu ini dapat memberi satu inspirasi baru dalam kita bersantai sambil melancong dan boleh pula kembali ke tempat sendiri dengan satu menu keusahawanan makanan. SERONOK MEMASAK | 49 KETUPAT SOTONG TERENGGANU STYLE : SANTAI-SANTAI KE RESTORAN LEMPENG RUSILA Restoran Lempeng Rusila [Gambar kiri] Terengganu sememangnya dikenali dengan pantai dan kepulauan yang cantik. Air laut yang membiru memberikan sejuta ketenangan dan memberi healing yang terbaik tatkala lari dari kesibukan kota. Bukan itu sahaja, pasir pantai yang putih juga sudah tentu membuatkan ramai yang jatuh cinta pada keindahan alam semulajadi di negeri yang terkenal dengan tempat penyu bertelur suatu masa dahulu. Berdamai dengan alam bukan sahaja boleh merawat minda bahkan turut boleh merehatkan minda dan lelah dari timbunan kerja hakiki. Ketupat Sotong & Lempeng Kelapa


Isu pembaziran makanan merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada kesan buruk terhadap alam sekitar, ekonomi dan gaya hidup. Laporan pada tahun 2022 menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 38,000 tan sisa pepejal sehari dan daripada jumlah itu sebanyak 17,000 tan adalah sisa makanan. Banyakkan? Ya betul, memang banyak. Ini kerana sebanyak 24 peratus merupakan sisa makanan yang boleh dielakkan iaitu lebihan makanan seperti nasi, pasta, daging dan sayur-sayuran. Penyelesaian mudah yang dapat membantu mengurangkan pembaziran makanan sambil menjimatkan wang adalah dengan mencipta hidangan baru yang sedap menggunakan lebihan makanan (leftover food). SERONOK MEMASAK | 50 LEBIHAN MAKANAN KEPADA PENCINTA MAKANAN Menggunakan lebihan makanan adalah cara yang baik untuk memanfaatkan makanan dan mengurangkan pembaziran. Proses olahan lebihan makanan kepada hidangan baru tidaklah rumit dan kompleks. Dengan hanya tambahan beberapa bahan mudah, lebihan makanan boleh bertukar menjadi menu yang lebih sedap. Sebagai contoh, lebihan nasi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng, puding nasi, apam nasi dan lebihan sayuran pula boleh dimasukkan ke dalam aduan cucur, atau sebagai sayuran dalam mee atau nasi goreng. Lebihan lauk daging juga misalnya boleh diadun menjadi inti sandwich, karipap, pau, dim sum atau popia. Roti juga boleh digunakan untuk membuat kruton atau puding roti. Pendek kata, apa sahaja makanan dapat diilhamkan semula menggunakan lebihan makanan yang ada. Perancangan awal adalah satu cara bijak untuk menggubah lebihan makanan kepada hidangan baru. Sebelum memasak suatu hidangan, fikirkan tentang kepelbagaian resepi yang boleh digunakan menggunakan bahan yang sama. Contohnya, ayam panggang yang dirancang untuk dimasak hari ini, boleh disisihkan sedikit untuk digunakan dalam salad atau sandwich pada hari berikutnya. Dengan merancang awal, lebihan makanan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengelakkan pembaziran. Antara kelebihan utama menggunakan lebihan makanan ialah penjimatan wang. Mengolah semula lebihan makanan bermaksud penjimatan pembelian bahan makanan dalam kuantiti yang kerap dan banyak. Di Malaysia, secara purata, pembaziran makanan mengakibatkan kerugian isi rumah sebanyak RM210 setiap bulan atau RM2,600 setahun! Jika amaun yang sama disimpan, pelbagai keperluan penting yang lain dapat diselesaikan. Selain itu, penggunaan semula lebihan makanan juga menjadi satu cabaran kreatif kepada tukang masak. Ianya boleh dijadikan medium yang sesuai untuk mengambil risiko bereksperimen dengan rasa baru dan teknik memasak. Penggunaan lebihan makanan juga menyokong kepada kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Makanan yang dibazirkan akan berakhir di tapak pelupusan sampah yang menyumbang kepada gas rumah hijau. Dengan mengolah lebihan makanan kepada makanan baru, ianya dapat membantu mengurangkan jumlah pembaziran makanan yang masuk ke tapak pelupusan, sekaligus memberi impak positif kepada alam sekitar. Apabila kita menggunakan lebihan makanan, ia adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengurangkan pembaziran, menjimatkan wang, dan mencipta makanan yang lazat. Dengan sedikit kreativiti dan perancangan, lebihan makanan boleh ditukar menjadi hidangan baharu yang akan disukai seisi keluarga. Perubahan ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga menyumbang kepada pendekatan yang lebih mampan dan prihatin terhadap penggunaan makanan bagi mengelakkan pembaziran.


Dalam kesibukan kita dalam urusan seharian seperti bekerja, menguruskan keluarga dan pembelajaran telah menyebabkan ramai yang tiada masa untuk memasak di rumah. Bagi kehidupan di kota yang begitu sibuk termasuk kesesakan jalan raya sudah tentu mengambil masa yang lama untuk pulang ke rumah. Ini telah menyebabkan ramai yang memilih untuk memesan makanan secara dalam talian. Namun, makanan yang dibeli diluar tidak terjamin kebersihannya jauh sekali dari segi kesihatan. Ramai yang mendapat pelbagai penyakit di awal usia disebabkan faktor permakanan yang tidak sihat seperti berminyak, kandungan garam dan gula yang tinggi dalam makanan. Penjual makanan sudah semestinya mahu makanan yang dijual menepati citarasa pelanggan, maka pelbagai jenis perasa makanan akan digunakan untuk menyedapkan lagi masakan. Jika dibandingkan pada masa dahulu, ibu bapa kita dibesarkan hanya dengan makanan di rumah dan jarang sekali untuk makan di luar. Masakan yang dimasak di rumah terjamin kebersihannya dan kita dapat mengawal cara masakan dengan mengurangkan garam, gula, minyak dan perasa dalam masakan. Namun dengan teknologi masa kini, memasak di rumah tidak lagi menjadi satu perkara yang sukar dengan kewujudan pes makanan. Kini, terdapat pelbagai pes makanan yang tidak mengandungi bahan pengawet makanan yang tidak baik untuk kesihatan. Dengan adanya pes masakan, kerja memasak menjadi mudah dan hanya perlu tambah protein seperti ayam, ikan atau daging dalam masakan. Pes masakan dapat mengurangkan banyak langkah memasak seperti mengupas, memotong dan mengisar bahan masakan seperti bawang, halia dan lain-lain. Di dalam pes masakan, terdapat hampir semua bahan masakan yang diperlukan untuk memasak sesuatu menu. MUDAHNYA MASAK MENGGUNAKAN PES MASAKAN MUDAHNYA MASAK MENGGUNAKAN PES MASAKAN SERONOK MEMASAK | 51


SERONOK MEMASAK | 52 Pes masakan seperti jenama Mak Nanie sudah tidak asing lagi pada kita. Dengan 28 pes masakan seperti pes asam pedas, pes rendang, pes tomyam, pes beriani, pes masak kicap, pes kari ikan, pes mee rebus, pes laksa kari dan pelbagai lagi pes, pes masakan Mak Nanie tidak menggunakan sebarang pengawet makanan yang tidak baik untuk kesihatan. Dengan adanya pes Mak Nanie, memudahkan lagi kerja memasak bagi mereka yang tinggal di bandar dan tidak mempunyai masa untuk memasak. Pes makanan Mak Nanie, adalah pes yang sihat di mana ia tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan, malah kita jugak dapat menikmati masakan yang sedap dan sihat. Antara keunikan pes Mak Nanie adalah pes masakan segera yang masih mengekalkan keaslian citarasa melayu, dipek khas menggunakan Teknik Double Postur untuk memberi ketahanan yang lebih lama walaupun hanya pada suhu bilik sahaja, bersaiz sederhana dan mudah untuk pelanggan membawa ke mana-mana. Malah, bahan yang digunakan untuk pemprosesan produk Pes Mak Nani juga tidak mempunyai bahan terlarang, dan yang paling penting ia daripada sumber yang halal dan pengawet yang dibenarkan. Makanan yang dibeli diluar adalah tidak baik untuk kesihatan, malah ia juga tidak mengikut saranan kerajaan untuk makan suku–suku separuh dan kurangkan penggunaan minyak, gula, garam dan perasa yang berlebihan. Kini, untuk makan secara sihat dan bersih di rumah bukanlah merupakan satu isu yang besar apabila kita telah boleh menggunakan pelbagai jenis pes masakan.


SENARAI PENULIS USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 53 Shafiee Md Tarmudi , Ros Hasri Ahmad & Muhamad Ismail Pahmi 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 DARI JURUTERA MENJADI USAHAWAN CENDAWAN TIRAM <55> Nor Azairiah Fatimah Othman & Shafiee Md Tarmudi 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 STREET SMART: DULU MAT DESPATCH, KINI USAHAWAN CILI <56> <57> 1 2 Nur Farhana Binti Mohd Yusof 1 Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 GreenAard : MENEROKA DUNIA KEUSAHAWANAN BIO Shahira Abdul Jabar & Mashita Abdul Jabar 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 USAHAWAN ANGGUR TERBESAR DI SEMENANJUNG 2 Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 2 1 Noraishah Kamarolzaman 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 NORAINI’S COOKIES DARI PASARAN TEMPATAN KE PASARAN ANTARABANGSA <58> Aflah Isa@Darami , Nurul Ashikin Romli & NurHafiah Azizan 1 1 PERNIAGAAN NASI DULANG DI RUMAH MAS 1 2 <61> <60> Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, 75350 Melaka. 2 Nur Rifhan A. Rahim , Zarith Sofia Jasmi & Nor Azairiah Fatimah Othman 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 RESEPI KEJAYAAN USAHAWAN MUDA PERUSAHAAN STESEN MINYAK PETRON DI MALAYSIA 1 1 <63> Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 2


SENARAI PENULIS USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 54 Arni Munira Markom1 Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 TOKOH RESTORAN: PAPPARICH <67> Hairul Amiza Azman & Siti Nurul ‘Ain Hj Zaiton 1 Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 SINERGI INOVASI DI INDUSTRI/KOMUNITI: IR.TS MOHAMMED SYAZWAN OSMAN 1 <66> Ahmad Marzuki Amiruddin Othman & Raja Adzrin Raja Ahmad Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 ROTI PURI MENGGAMIT RASA 1 1 <64>


Kejatuhan harga minyak mentah dunia pada tahun 2015 telah mengakibatkan seorang bekas jurutera minyak dan gas kehilangan pekerjaannya. Namun demi kelangsungan hidup, Rozita Muhammad Hatta yang berasal dari Labis Johor tidak hanya berdiam diri meratapi nasib sebaliknya berusaha untuk bangkit kembali. Beliau telah mengubah arah kehidupannya dari industri minyak dan gas dengan menceburi bidang pertanian setelah kehilangan pekerjaan. Usaha gigih beliau ini turut direstui dan disokong oleh ahli keluarganya. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 55 DARI JURUTERA MENJADI USAHAWAN CENDAWAN TIRAM Sebagai generasi kedua di Felda Tenang, tanah terbiar milik bapanya yang mempunyai keluasan seluas 0.2 hektar telah dimanfaatkan olehnya sebagai lokasi untuk membina bangsal bagi menempatkan bongkah-bongkah cendawan. Pada awal usahanya menjadi usahawan, beliau telah melaburkan wang sebanyak RM 15,000 sebagai modal bagi menjalankan perniagaannya cendawannya. Selain itu, beliau bersama empat rakannya turut merantau mencari ilmu bukan sekadar dalam negara bahkan sehingga ke negara Thailand dan Filipina bagi mendalami sendiri ilmu untuk menjadi usahawan cendawan. Kini, selepas lapan tahun, jerih payah beliau dalam mengusahakan tanaman cendawan akhirnya terbalas apabila beliau berjaya menjadi seorang usahawan cendawan tiram dengan memperolehi pendapatan yang lumayan.


Rezeki tidak pernah salah alamat. Hanya melalui panggilan telefon dari seorang rakannya pada suatu hari telah mengubah kehidupan seorang Mat Despatch menjadi seorang usahawan yang berjaya. Panggilan yang telah diterima oleh Encik Norhashim Kamisan sewaktu beliau sedang menikmati makan tengahari dan disusuli dengan pertemuan bersama telah menjadi titik permulaan dirinya menjadi seorang usahawan cili. Walaupun ketika zaman persekolahan Encik Norhashim gagal di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada langsung pendedahan kepada pokok cili, namun apabila melihat sendiri kejayaan rakannya mampu menjana pendapatan antara RM 4,000 hingga RM 5,000 sehari di dalam indutsri penanaman cili, akhirnya telah mengubah minda Encik Norhashim terhadap perniagaan cili. Dengan berkat tunjuk ajar rakannya, Encik Norhashim yang pada waktu itu baru berusia 22 tahun telah memulakan penanaman cili dengan bermodalkan wang simpanannya sebanyak RM 6,000. Pada peringkat awal, hanya tanah kosong di sekitar tapak rumahnya telah dimanfaatkan oleh beliau sebagai lokasi untuk penanaman cili. Pada ketika itu, beliau memulakan penanaman cili seluas 0.25 ekar sahaja sebelum diperluaskan menjadi 0.5 ekar dan kini meningkat sehingga menjadi 6 ekar. Ketika bermulanya penanaman cili ini dahulu, Encik Norhashim mengakui terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui seperti pandangan sinis orang ramai terhadap industri pertanian yang dikatakan tiada jaminan masa hadapan dan juga kesukaran mendapat bantuan dari pelbagai agensi. Namun jerih payah beliau dalam mengusahakan tanaman cili ini akhirnya berbaloi apabila beliau berjaya menjadi seorang usahawan cili yang berjaya dengan memperolehi pendapatan mingguan di antara RM 18,000 hingga RM 32,000. STREET SMART DULU “MAT DESPATCH” , KINI USAHAWAN CILI USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 56


Noraini’s COOKIES DARI PASARAN TEMPATAN KE PASARAN ANTARABANGSA Noraini’s Cookies telah diasaskan oleh Hajah Noraini dan suaminya pada tahun 1984. Perniagaan ini bermula dengan membuat makanan tradisional Melayu untuk kantin di sekolah dan pejabat menggunakan motosikal untuk penghantaran dan kilang di belakang rumah kecil untuk pengeluaran. Keputusan nekad Hajah Noraini untuk berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula. Semuanya bermula selepas seorang teman suami Hajah Noraini memberi rasa kuih tradisional beliau kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selepas itu chef tersebut meminta Hajah Noraini untuk membawa beberapa contoh kuih yang pernah dibuat oleh beliau. Kemudian, beliau mendapat kontrak untuk membekalkan kuih ke hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur dan kini jenama Noraini’s Cookies mula menjadi buah mulut orang ramai kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama lain. Kata beliau, “Modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus. Walaupun begitu, dalam perniagaan kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilih perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi”. Selain produk biskut, Hajah Noraini mengeluarkan produk tepung adunan segera dengan harga mesra rakyat dan memulakan perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (OEM) membuat biskut. Hajah Noraini turut membuka Noraini’s Cafe di Seremban Parade, di Negeri Sembilan. Perniagaan beliau kini berjaya memasuki pasaran antarabangsa seperti Amerika, Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. Noraini’s Cookies dari masa ke semasa akan cuba memperbaiki mana-mana aspek produk yang perlu agar terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. Kini produk Noraini’s Cookies boleh didapati melalui platform atas talian seperti Lazada dan Shopee. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 57


Dalam pasaran hari ini, kita mencari makanan atau suplemen yang dapat memenuhi keperluan khusus kita. Ia boleh menjadi satu usaha yang mencabar. Tugas untuk menentukan asal usul dan keaslian makanan tambahan tertentu bukanlah mudah. Ia tentu sangat menyedihkan apabila tidak semua produk yang mendakwa sebagai semulajadi benar-benar mematuhi tuntutan ini. Memahami keseriusan isu ini, GreenAard telah menjadikan objektif utama mereka untuk menyediakan penyelesaian terbaik kepada komuniti. Mereka menyedari kepentingan menawarkan produk yang boleh dipercayai, memastikan pengguna mempunyai akses kepada pilihan yang tulen dan boleh dipercayai. Dengan berbuat demikian, GreenAard menyasarkan untuk menjadi jenama makanan tambahan berkualiti tinggi, yang dipercayai, memenuhi keperluan dan pilihan masyarakat yang pelbagai. Beroperasi sebagai jenama produk kesihatan di bawah naungan XZIZ Biotech Sdn Bhd, GreenAard mendapat manfaat daripada pengalaman luas syarikat induknya. Xziz Biotech telah menjadi pembekal terkemuka produk makmal, yang mengkhusus dalam bidang bioteknologi, sejak penubuhannya pada Oktober 2008. Selama bertahun-tahun, mereka telah membina reputasi yang kukuh sebagai pembekal produk makmal kepada universiti, kolej, sekolah dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia. Komitmen Xziz Biotech Sdn Bhd melangkaui penawaran produk makmal. Mereka secara aktif merebut peluang untuk menyumbang kepakaran mereka dan berkongsi pengetahuan dengan menganjurkan bengkel dan seminar biologi molekul, sintesis oligo serta menawarkan servis pengesanan halal dalam daging mentah dan produk akuakultur. Xziz Biotech Sdn Bhd juga pernah menjadi panel yang melakukan servis pengesanan DNA untuk Jabatan Perikanan Malaysia. GreenAard menawarkan rangkaian produk berasaskan tumbuhan yang direka dengan teliti menggunakan bahan-bahan terbaik yang diperoleh daripada tumbuhan semulajadi. Jenama ini amat mementingkan kualiti produknya, memastikan setiap item menjalani ujian yang ketat sebelum dipasarkan kepada pengguna. Pendekatan ketat ini menjamin bahawa produk GreenAard memenuhi piawaian kecemerlangan dan kebolehpercayaan tertinggi. Melalui usaha penyelidikan mereka sendiri, GreenAard telah berjaya membangunkan pelbagai jenis produk yang memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan kesejahteraan. Antaranya ialah GC Plus, direka untuk membantu pengguna menurunkan berat badan dengan cara menambahkan jisim otot serta merangsang pembebasan serotonin bagi mengurangkan rasa lapar. Meneroka Dunia Keusahawanan Bio USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 58


Satu lagi produk GreenAard yang patut diberi perhatian ialah Nutrijuice, yang dirumus khusus untuk menangani isu yang berkaitan dengan kolesterol. Dengan menggunakan ekstrak sterol tumbuhan, Nutrijuice menawarkan penyelesaian berkesan untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dan meningkatkan pengurusan tekanan darah. Bagi individu yang mencari-cari perawatan untuk menjadikan kulit semakin berseri, GreenAard memperkenalkan Gloei, produk luar biasa yang tidak menggunakan sebarang kolagen haiwan di dalamnya tetapi mampu merangsang penghasilan kolagen badan secara semulajadi. Dengan memanfaatkan bahan berasaskan tumbuhan, Gloei membantu menyuburkan kulit, memberikan kulit yang muda dan tona kulit yang sekata. GreenAard juga menawarkan Cleansing Gel yang menyasarkan masalah dermatologi tertentu. Produk ini berkesan mengurangkan gejala yang berkaitan dengan ekzema sambal merawat masalah berkaitan jerawat pada masa yang sama. Untuk memenuhi keperluan mereka yang memerlukan penyingkiran solekan yang berkesan, GreenAard memiliki Makeup Remover yang dengan mudah menanggalkan solekan kalis air dalam masa kurang dari 1 minit. Menyedari cabaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid dan menopaus, GreenAard telah membangunkan produk Herba Rimba Rahsia. Formulasi unik ini bertujuan untuk memperbaiki system haid dan mengurangkan gejala yang berkaitan dengan menopaus. Dengan memanfaatkan kuasa ramuan herba semulajadi, Herba Rimba Rahsia memberikan kelegaan dan sokongan yang amat diperlukan semasa fasa peralihan ini. Secara ringkasnya, jenama GreenAard berbangga dengan komitmennya untuk menawarkan produk berasaskan tumbuhan dengan kualiti yang luar biasa. Dengan setiap produk melalui proses ujian yang ketat, pengguna boleh mempercayai dedikasi jenama ini. Daripada pengurusan berat badan kepada pengurangan kolesterol, peremajaan kulit dan penyelesaian masalah jerawat, GreenAard berusaha untuk menyediakan produk yang berkesan dan boleh dipercayai yang meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 59 Sumber : greenard.com


Tidak sangka anggur boleh di tanam di Malaysia. Ramai beranggapan ia hanya boleh ditanam di kawasan yang sejuk sahaja. Namun hakikatnya anggur boleh ditanam di kawasan sejuk dan panas. Jika di musim panas buah anggur menjadi semakin manis. Di kala ini terdapat peningkatan pertumbuhan petani anggur bumiputera antaranya adalah A-Winn Corporation Sdn Bhd. Ia merupakan ladang terbesar di Sendayan, Negeri Sembilan. Bagi mereka yang mahu ke ibu kota dari selatan tanah air, kawasan ini bukanlah asing bagi mereka. Dalam perjalanan bolehlah mereka singgah ke ladang ini melihat dan menikmati anggur yang segar. A-Winn Corporation Sdn Bhd telah dibuka sejak 2007 dan diusahakan oleh dua sahabat, iaitu En Azrul Nazim Abd Azam, 35, sebagai Pengarah Urusan dan En Arthur Baumann, 49, sebagai Pengarah Eksekutif. Ladang anggur ini terletak di Lembah Sendayan, Negeri Sembilan. Tercetusnya idea menanam anggur ini kerana kagum dengan petani di Thailand yang gigih menanam pokok ini dan ianya memberikan hasil yang lumayan. Sebanyak RM6 juta dilaburkan bagi memulakan projek ini dan ianya adalah hasil kerjasama kerajaan Negeri Sembilan dan pembiayaan Agro bank. En Azrul menerangkan lagi sebanyak 10,000 pokok ditanam namun hanya 6000 sahaja yang berhasil akibat serangga, penyakit dan sebagainya. Berbaki itulah yang dijaga dengan rapi sehingga pohon tersebut dapat dituai sebanyak empat kali. Setakat ini ladang beliau mampu menghasilkan 50 tan anggur setahun dan menyasarkan untuk menghasilkan 300 tan buah setahun menjelang lima tahun akan datang dengan jumlah pokok ketika itu mencapai 9,000. Dua orang usahawan ini berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan ini dengan menaiktaraf kawasan mereka menjadi tumpuan pelancong yang datang sekaligus menjadi destinasi pelancongan terkemuka di dunia kelak. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 60 A N G G U R T E R B E S A R D I S E M E N A N J U N G


KREATIF dan cepat bertindak berjaya membantu pemilik Rumah Mas, Masrina Samsudin menjamin kestabilan bisnes makanan dan minuman (F&B) yang diusahakan di Johor Bharu. Beliau yang menjual pelbagai menu sebelum ini tampil dengan menu baharu iaitu Nasi Dulang dalam talam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan. Perniagaannya mendapat perhatian ramai apabila usahawan berusia 36 tahun itu menjual Nasi Dulang kepada pelanggan dengan talamnya sekali. Puan Masrina berkata, dia melakukan cara tersebut kerana mahu mencari kelainan sebagai usaha untuk terus menjana pendapatan dalam waktu sukar, demi memastikan perniagaannya tidak terjejas dan dapat membayar gaji stafnya yang dianggap sebagai ahli keluarganya. Beliau mendapat idea menghidangkan Nasi Dulang dalam talam kerana saya mempunyai restoran sendiri. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kekangan ini menyebabkan beliau mengambil keputusan menjual Nasi Dulang dalam talam dengan memberikan sekali talam kepada pelanggan. Ini bagi memastikan para pelanggan masih dapat merasai menu istimewa Rumah Mas di rumah bersama seisi keluarga. Beliau telah menerima maklum balas yang positif daripada pelanggan dan mereka berpuas hati dengan rasa dan keenakan serta saiz nasi, dan lauk yang disediakan. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 61 Johor Bharu Nasi Dulang di Nasi Dulang di Rumah Mas NASI JAGUNG NASI BUKHARA NASI AYAM NASI AMBANG AYAM UNGKEP Gambar ihsan daripada pemilik Rumah Mas, iaitu Puan Masrina Samsudin


USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 62 Menurutnya, perniagaan nasi Dulang dalam talam itu dipromosikan melalui platform media sosial dan whatsapp. Pelanggan akan menempah dengan menghubungi saya atau meninggalkan pesanan di Facebook mahupun whatapps kepada saya sendiri. Beliau hanya menyediakan Nasi Dulang dalam talam berdasarkan tempahan yang diterima sehari sebelum penghantaran dilakukan dengan menu yang ditawarkan juga berbeza mengikut hari. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan disediakan. Set nasi Dulang dalam talam di Rumah Mas boleh didapati pada harga RM55 hingga RM69 mengikut menu yang ditawarkan. Kini, Nasi Dulang masih diteruskan walaupun tiada sekatan untuk para pelanggan datang ke restoran untuk menikmati juadah kerana sering mendapat permintaan yang tinggi bukan sahaja untuk ahli keluarga malahan juga bagi institusi kerajaan mahupun swasta dinikmati bersama staf. Puan Masrina bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan itu semakin berkembang maju. NASI DAGING UTARA NASI GULAI IKAN MASIN UTARA DAN DAGING HARIMAU MENANGIS NASI KERABU KELANTAN NASI AMBANG Gambar ihsan daripada pemilik Rumah Mas, iaitu Puan Masrina Samsudin


Pencapaian yang ditunjukkan ini perlu dicontohi dan dijadikan pembakar semangat buat semua anak muda yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Ini kerana, kejayaan yang beliau miliki pada hari ini sememangnya bukan turun dari langit mahupun datang bergolek. Komitmen jitu yang ditunjukkan serta pelbagai resepi perniagaan dan inovasi baru telah beliau curahkan dalam usaha untuk bersaing secara sihat dengan usahawan stesen minyak tempatan yang lain. Antara faktor yang mendorong kejayaan beliau dalam memastikan perusahaan stesen minyak beliau sentiasa mendapat tempat di hati pengguna adalah dengan menjaga kebajikan setiap pekerja dibawah tanggungan beliau dan menjadi majikan yang mempunyai sifat empati dan simpati terhadap setiap pekerja beliau. Beliau menegaskan bahawa kebajikan pekerja adalah yang paling utama dan harus dijaga kerana pekerja yang menggerakkan operasi perniagaan beliau. Hal ini adalah kerana, perkhidmatan servis adalah paling utama dalam perusahaan stesen minyak. Justeru, pekerja memainkan peranan penting dalam memastikan servis yang diberikan adalah terbaik kepada pengguna. Oleh sebab itu, beliau perlu sentiasa memastikan pekerja beliau sentiasa bersiap sedia dan sentiasa mempunyai hati yang ikhlas semasa bekerja. Best Service Station Of The Year Champion For PKM17.1 (1st In Malaysia) Best Service Station For PKM17.1 (1st In Tier) Best Customer Service In Malaysia 2023 – PKM17.1 Best Safety Station In Malaysia 2023 – PKM17.1 Best Toilet In Malaysia 2023 – PKM17.1 Best 10th Anniversary Celebration In Malaysia 2023 – PKM17.1 Lisa Fatin Mohd Izhar merupakan antara usahawan muda wanita yang menempa nama dalam bidang perusahaan stesen minyak yang diceburi. Berbekalkan semangat yang kental, usaha yang jitu dan moto hidup yang tidak mudah putus asa serta idea kreatif yang sentiasa diterjemahkan dalam modus operandi perniagaan beliau telah meletakkan beliau sebaris dengan tokoh usahawan stesen minyak yang berjaya. Beliau bermula dengan membantu bapa beliau, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengendalikan Petron Kebun Teh Utama seawal 20 tahun semasa masih menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Kemudian beliau telah lulus peperiksaan untuk mendapatkan lesen stesen minyak dan mengusahakan stesen minyak beliau sendiri iaitu Petron Datin Halimah di Larkin. Kini beliau juga telah diberi peluang untuk mengusahakan stesen minyak kedua iaitu Petron KM17.1 North-South Highway SB. Kejayaan beliau terukir melalui semangat dan kerja keras yang ditunjukkan dalam menaikkan imej beliau sebagai pengusaha stesen minyak Petron KM17.1 North-South Highway SB dan Petron Datin Halimah.Ini sekaligus menaikkan imej stesen minyak PETRON sebagai salah satu jenama stesen minyak terkemuka di Malaysia. Antara pencapaian yang telah diperoleh adalah pada tahun 2023 iaitu: USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 63


USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 64 Roti Puri (atau nama lainnya roti poori atau boori), merupakan hidangan berasaskan roti yang digoreng tanpa yis, yang berasal dari benua India. Ianya biasa dimakan dengan kari, sambal, manisan. Roti puri yang sedap mempunyai tekstur kembang dan lembut dan mempunyai kulit garing serta kembung yang berongga di tengah. Penyediaan roti puri bermula dengan penghasilan doh, tanpa perlu menggunakan yis atau telur. Setelah diuli sehingga menjadi bulat dan nipis, doh digoreng dalam minyak yang panas sehingga gebu. Ini penting untuk menghasilkan roti puri. Roti puri sesuai dimakan sebagai sarapan pagi serta minum petang. Mengikut budaya dan sejarah aslinya, roti puri dihidangkan di dalam majlis-majlis serta upacara khas di negara India. Ia dimakan bersama-sama makanan berasaskan sayuran yang lain. Menyedari potensi roti puri yang semakin digemari sebagai makanan oleh masyarakat Malaysia termasuk golongan Melayu yang mementingkan status halal, perusahaan roti puri ini diusahakan oleh D’ Aura Creative yang dipelopori oleh Encik Hasin @ Hassan bin Salamat. Beliau yang kini berusia 60 tahun, merupakan individu yang berasal dari Rengit, Johor, mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai penyelia tapak pembinaan selama lebih kurang 20 tahun sebelum terlibat di dalam dunia perniagaan. Semasa kami menjejaki usahawan yang mengetengahkan makanan tradisi India ini, beberapa pelajar Diploma Perakaunan yang mengambil matapelajaran ENT300 ditugaskan untuk mewawancara tokoh usahawan ini. Pelajar-pelajar tersebut telah memulakan perjalanan dari Terminal Bas Segamat ke Ayer Hitam yang mengambil masa selama 3 jam. Bas tiba di destinasi D’ Aura Creative pada jam 7 malam. Mereka disediakan tempat penginapan untuk bermalam. Pada keesokan harinya, pelajar-pelajar tersebut membuat temuramah serta rakaman gambar dan video untuk projek tersebut. Pada peringkat awal perniagaan, Encik Hasin menjalankan aktiviti membuat roti puri secara kecil-kecilan bersama isterinya, Puan Latipah binti Marzuki. Pada tahun 2015, Encik Hasin mendaftar syarikat D’ Aura Creative sebagai syarikat pembekal makanan sejuk beku. Dengan adanya kemudahan seperti mesin uli dan mesin meleperkan tepung, kerja-kerja pembuatan roti puri dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas. Encik Hasin tidak menang tangan di dalam memenuhi permintaan pelanggan yang semakin lama semakin bertambah.


Pelajar-pelajar turut mengambil peluang mendalami proses pembuatan roti puri dengan menyiapkan 100 bekas yang telah ditempah oleh pelanggan. Setelah selesai, pelajar-pelajar dihidangkan dengan roti puri yang telah siap dimasak bersama dengan aiskrim dan susu. Menurut Encik Hasin, hidangan lazat ini sangat mudah disediakan. Roti puri sesuai dimakan bersama aneka hidangan sampingan seperti ais krim, coklat, sardin, milo dan banyak lagi. Hidangan roti puri ini juga amat disukai oleh kanak-kanak dan sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang. Prinsip Encik Hasin yang dipegang dalam menghasilkan roti puri adalah menitikberatkan kebersihan, agar orang yang makan roti puri tersebut dapat merasai kelazatan dan keberkatannya. Beliau turut berharap agar anak-anak muda berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan roti puri ini dan sudi menjadi mentor mereka. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 65 Pekerja membersihkan diri serta memakai sarung tangan, penutup rambut dan apron. Menyiapkan bahan-bahan untuk menghasilkan roti puri, seperti tepung, garam, gula, air panas dan minyak masak. Garam dan gula yang telah disukat dimasukkan ke dalam mesin penguli. Air panas mendidih dituang ke dalam adunan. Tepung dan minyak ditambah sedikit demi sedikit. Proses pengisaran mengambil masa 3 minit untuk setiap 5 kilogram adunan. Roti direhatkan selama beberapa minit. Roti dimasukkan kedalam mesin untuk dileperkan. Setelah dileperkan, roti dibentuk menggunakan bekas sehingga menjadi bulat dan nipis. Roti disejukbeku dan dimasukkan kedalam bekas yang disediakan. Bekas tersebut mengandungi 11 keping roti puri dan dijual pada harga RM2.50.


Ir. Ts. Mohammed Syazwan Osman merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang.Beliau mempunyai pengalaman sebagai Jurutera RND di INTEL Technology Sdn. Bhd. selama tiga tahun dan turut menjadi penasihat untuk beberapa syarikat di dalam pembangunan produk sejak enam tahun yang lalu. Selain itu beliau turut diperakukan kelayakan professional dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan iaitu Professional Technologist with MBOT (Nanotechnology), Professional Engineer (Biochemical) BEM, Chartered Engineer ICheme (UK) dan Certified Trainer of HRDF. Pelbagai MoU dan MoA telah ditandatangani sepanjang karier beliau di UiTM. Antaranya ialah MoU bersama AlFaiz Holding Sdn Bhd, Elsuhaz (M) Sdn Bhd dan Kasih Kirana Sdn Bhd. Manakala dua MoA ditandatangani pada tahun 2020-2021 iaitu bersama pihak Elsuhaz (M) Sdn Bhd dan EMZI Holding Sdn Bhd. Kini Ir.Ts Mohammed Syazwan sedang mengetuai satu projek usahasama antara EMZI dan UiTM dalam bidang Nanoparticles Colloids and Interface Industrial Research Laboratory (NanoCORE). Ir. Ts. Mohammed Syazwan amat dikenali oleh para penggiat inovasi kerana beliau dan pasukannya sering menjuarai pelbagai pertandingan berbentuk inovasi dari dalam mahupun luar negara. Perjalanan beliau bukan hanya bersama staf dan pelajar universiti, bahkan turut melibatkan pihak industri dan komuniti. Antara produk inovasi yang dihasilkan ialah Shield dan hand sanitizer gel, sabun mandi dan tangan, serum muka, sambal ikan bilis dan lain-lain produk hasil daripada rekayasa inovasi buah harumanis. Hasil daripada kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan dan industri iaitu Jabatan Pertanian, Politeknik Malaysia, PLC Solution, EES Biotech, GIGA Trend Enterprise dan EMZI Holding Sdn Bhd, maka terhasillah satu lagi pusat penyelidikan bersepadu pertanian bandar yang berteraskan pertanian jitu dan lestari iaitu UFarm@Penang. Ini merupakan salah satu daripada projek beliau bersama para pelajar dalam usaha meningkatkan penglibatan pelajar dalam mengurus bidang pertanian moden dan kemahiran keusahawanan. Semoga kejayaan Ir. Ts. Mohammed Syazwan dan pasukannya menjadi inspirasi kepada warga UiTM Cawangan Johor sekaligus dapat menjadi pencetus semangat berinovasi dalam kalangan staf dan pelajar. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 66 IR.TS MOHAMMED SYAZWAN OSMAN S I N E R G I I N O V A S I D I I N D U S T R I / K O M U N I T I


Pernahkah anda makan di restoren PappaRich? Sebuah restoren masakan Malaysia yang terkenal di dalam mahupun di luar negara. Restoren ini berkembang pesat dengan pembukaan cawangannya di Australia, Singapura, Amerika Syarikat, England, Kanada, Shanghai, Brunei, South Korea, Taiwan, New Zealand, Kemboja dan Sri Lanka selain di Malaysia. Hebat bukan, masakan melayu mampu diangkat di pentas dunia? Jom kita kenal serba sedikit mengenai restoren PappaRich. Rich Tan adalah pengasas dan pemilik PappaRich yang memainkan peranan utama dalam membangun dan mendapatkan idea untuk restoran tersebut. Beliau mendapat inspirasi untuk membuka restoran Melayu yang autentik ketika belajar di luar negara. Setelah melihat populariti dan kejayaan makanan jalanan Malaysia di negara-negara tersebut, beliau tergerak untuk membawa hidangan dan rasa Melayu yang sebenar ke pasaran global. Rich Tan, dilahirkan pada tahun 1964 di Negeri Sembilan, telah menceburi beberapa perniagaan sebelum memutuskan untuk mencuba dalam perniagaan Malaysian Delights. Banyak yang bertanya kepada Rich Tan, apa yang telah menginspirasikannya untuk menamakan restoran sebagai PappaRich? Jawabnya di satu temubual, ‘Semua orang menyukai perkataan Papa, seseorang yang mudah untuk dirujuk dan diingati, serta dekat di hati. Mengenai perkataan Rich, bukankah setiap orang ingin menjadi kaya terutamanya sebagai Papa yang Kaya?’ kata Rich Tan dengan selorohnya! Pada tahun 2006, Rich Tan memulakan perniagaan dengan membuka restoran PappaRich yang pertama di Australia. Beliau mempunyai visi untuk mencipta suasana kafe yang selesa dan menawarkan hidangan Melayu berkualiti kepada pelanggan. Melalui dedikasinya, Rich Tan berjaya mengembangkan jenama PappaRich menjadi rangkaian restoran yang terkenal di pelbagai negara. Fokus utama Rich Tan adalah menyajikan hidangan Melayu yang sebenar dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Beliau memberi perhatian kepada perencah, rasa, dan penyediaan hidangan yang betul untuk memberikan pengalaman makanan yang autentik kepada pelanggan. Selain itu, Rich Tan sentiasa berinovasi dengan menu PappaRich. Beliau menambah variasi hidangan dan minuman yang menarik, dan memastikan menu PappaRich sentiasa relevan dengan selera pelanggan dan trend makanan semasa. Tokoh Restoran USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 67


Anugerah BrandLaureate Best Brands in F&B - Café Restaurant pada tahun 2010, 2011, dan 2012. Pengiktirafan ini diberikan kepada PappaRich sebagai jenama terbaik dalam kategori restoran kafe dan makanan dan minuman. Anugerah Ernst & Young Emerging Entrepreneur of the Year pada tahun 2012. Rich Tan dianugerahkan sebagai usahawan muda yang berkembang dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Anugerah Asia Pacific Entrepreneurship Awards (APEA) pada tahun 2013. Rich Tan dianugerahkan sebagai Pengasas dan Ketua Eksekutif yang cemerlang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Anugerah Malaysia Franchise Association (MFA) Franchise of the Year pada tahun 2013. PappaRich diiktiraf sebagai rangkaian francais terbaik dalam industri makanan dan minuman. Anugerah Asia Pacific Brands Foundation (APBF) Brand of the Year Award pada tahun 2016. PappaRich diberikan pengiktirafan sebagai jenama terbaik dalam kategori restoran makanan dan minuman. Melalui usahanya yang gigih, Rich Tan dan PappaRich telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri makanan dan minuman, termasuk penghargaan untuk kualiti makanan, konsep restoran, dan kejayaan sebagai usahawan. Berikut adalah beberapa contoh anugerah yang telah diterima: 1. 2. 3. 4. 5. Menu di PappaRich menawarkan pelbagai hidangan Melayu yang autentik serta minuman yang popular. Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan adalah nasi lemak. Selain nasi lemak, PappaRich juga menawarkan hidangan seperti mee goreng mamak, roti canai, char kueh teow, laksa kari dan asam, nasi ayam, mee udang, mee goreng, cendol, ais kacang dan lain-lain. Bagi minuman, PappaRich terkenal dengan teh tarik yang disediakan dengan gaya unik dan menghasilkan buih yang lembut. Selain itu, terdapat juga minuman tradisional seperti kopi tarik, air bandung dan air cincau. PappaRich juga menawarkan pilihan minuman sejuk seperti smoothies dan milkshakes dalam pelbagai perisa. Sebagai penjaga tegar jenama, Rich Tan sentiasa memastikan nilai dan warisan PappaRich dipegang teguh melalui visi perniagaan strategik dan pertumbuhan jangka panjang. Bagi Rich Tan, PappaRich memberikan kekayaan dalam "Hidup, Nilai, Aspirasi, Cinta, dan Masa Depan". Hasrat dan visi ini meluas di luar perniagaan apabila kami mulai melibatkan diri dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). PappaRich dimiliki dan diuruskan oleh sekumpulan individu dinamik yang percaya dalam memberi balik kepada masyarakat. Salah satu inisiatif yang kami pelaburi adalah penubuhan cawangan PappaRich di sebuah kolej tempatan di Malaysia. Dengan inisiatif ini, pelajar F&B akan mendapat latihan praktikal untuk melengkapi aspirasi mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam dunia F&B. Ini adalah konsep pertama yang tidak ada duanya di Malaysia dan ia merupakan salah satu inisiatif jangka panjang dalam program CSR. USAHAWAN - KEUNTUNGAN | 68


Nurulashikin Romli & Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 MENANGANI KESAN PANDEMIK TERHADAP KESIHATAN MENTAL SENARAI PENULIS CANTIK LUAR DALAM | 69 <70> Farizah binti Mamat @ Mohd Nor 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 POKOK HIDUP SEBAGAI PENYERI DALAMAN RUMAH <71> Rudza Hanim Mohamed Anuar & Wan Haslin Aziah Wan Hassan 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 TAMPIL BERGAYA DAN KEMAS DI TEMPAT KERJA 1 <72> 1


CANTIK LUAR DALAM | 70 Sejak pandemik kebanyakan daripada kita mula bekerja daripada rumah. Terdapat pelbagai beban yang terpaksa dipikul semasa bekerja daripada rumah terutamanya kepada ibubapa yang perlu bekerja dan perlu juga memantau pembelajaran anak-anak yang telah dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini merupakan salah satu daripada contoh tekanan yang menyumbang kepada kesihatan mental dalam kalangan ibu bapa terutamanya pasangan ibubapa yang bekerja dan mereka yang merupakan pasangan jarak jauh. Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berkongsi bahawa dari tempoh Januari sehingga Jun 2021, KKM telah menerima 109,338 jumlah panggilan atau sebanyak 89.42% bagi kategori sokongan emosi dan kaunseling di talian mereka. Malah menurut statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, peningkatan kes bunuh diri iaitu sebanyak 631 kes pada tahun 2020 berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada PDRM yang dipercayai berkait rapat dengan kesan kesihatan mental termasuklah kemurungan. Selain daripada itu, tekanan daripada dibuang kerja dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru juga menjadikan ramai yang mula merasa tertekan dengan ekonomi keluarga yang semakin meruncing dek kerana hilang punca pendapatan untuk membiayai kehidupan semasa pandemik. Kesan daripada hilang punca pendapatan inilah yang turut menyumbang kepada kesihatan mental sehingga ada yang memilih untuk bunuh diri. Antara gejala-gejala awal penyakit berkaitan mental seperti kemurungan adalah perubahan tingkah laku kepada individu seperti mengasingkan diri, hilang selera makan dan sukar untuk tidur malam. Selain daripada itu, gejala seperti merasa diri tidak berguna atau hilang harapan untuk teruskan kehidupan serta merasa kehadirannya membebankan ahli keluarga juga turut menambah kesan. Lebih dahsyat lagi apabila mereka menyatakan hasrat untuk menamatkan riwayat hidup sama ada secara lisan atau melalui penulisan. Penyakit yang berkaitan dengan mental ini perlu diberikan perhatian yang khusus kerana ianya melibatkan nyawa individu. Namun, masih ada lagi individu yang tidak sedar akan kesan kepada penyakit ini dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya. Justeru itu, kita boleh membantu mengesan masalah ini lebih awal dengan lebih peka dan prihatin terhadap orang sekeliling termasuklah ibubapa, anak, rakan dan juga jiran. Sebagai permulaan, kita boleh berperanan dalam mengadakan hubungan sosial dan komunikasi dengan orang disekeliling kita. Sentiasa berhubung dan bertanya khabar sesama sendiri atau mungkin melibatkan diri bersama dalam aktiviti-aktiviti yang lebih sihat semasa pandemik ini. Menangani Kesan Pandemik Terhadap Kesihatan Mental Aktiviti seperti memasak, menjahit, menonton filem, menyanyi dan membaca novel dilihat antara bahan yang boleh dijadikan hobi. Malah terdapat juga pelbagai alternatif kendiri bagi merawat kesihatan mental di peringkat awal seperti minyak pati, bercucuk tanam, memelihara kucing dan menambah ibadah keagamaan.


POKOK HIDUP SEBAGAI PENYERI DALAMAN RUMAH POKOK HIDUP SEBAGAI PENYERI DALAMAN RUMAH CANTIK LUAR DALAM | 71 1


TAMPIL BERGAYA DAN KEMAS DI TEMPAT KERJA Kenal pasti kod etika berpakaian berdasarkan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh sesebuah organisasi sama ada di sektor awam mahupun swasta. Kemas dan selesa adalah kriteria utama dalam memilih jenis pakaian ke tempat kerja berbanding fesyen. Ketidakselesaan dan penggunaan aksesori yang berlebihan akan memberi kesan terhadap produktiviti anda di tempat kerja. Elakkan dari memakai warna yang terlalu terang serta corak yang sarat. Warna asas seperti hitam dan putih serta tampil ringkas dengan corak yang minimalis lebih sesuai untuk mengendalikan urusan di pejabat terutamanya jika perlu menghadiri mesyuarat dan upacara rasmi. Pemilihan kasut dan beg tangan yang sesuai juga penting dalam menyerlahkan keterampilan seseorang pekerja. Pastikan beg tangan yang digayakan sentiasa kemas dan bersih. Pemilihan kasut terbaik pula adalah jenis kulit dan bertutup agar dapat melindungi kaki serta kelihatan lebih elegan Gaya pemakaian seseorang individu memainkan peranan yang amat besar di tempat kerja. Mengenakan kod pakaian tertentu di tempat kerja mencerminkan budaya kerja dan memaparkan imej profesional yang sesuai dengan jenis sesebuah organisasi. Berikut merupakan tips pemakaian yang boleh dijadikan panduan untuk tampil sempurna dengan gaya yang sesuai ke pejabat. Keterampilan yang kemas dan menarik bukan sahaja dapat menyerlahkan personaliti malah meningkatkan keyakinan diri seseorang. CANTIK LUAR DALAM | 72


SENARAI PENULIS MEMORI YANG DIINGATI | 73 Raja Muhamad Aslam Raja Arif 1 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 AKU DI BUMI ASING <74> Azyan Yusra binti Kapi @ Kahbi 1 Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 KEINDAHAN MATAHARI <75> Nazihah Omar 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 KUDAPAN KLASIK MENGGAMIT MEMORI <76> Mohamad Azwan Md Isa 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 WARNA WARNI KEHIDUPAN <77>


Menyambung pengajian ke peringkat PhD mungkin menjadi impian ramai pelajar yang ingin mengejar kecemerlangan akademik. Namun, kebanyakan daripada kita seringkali terlupa akan cabaran dan pengorbanan yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya anda belajar di luar negara. Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menyambung pelajaran PhD di United Kingdom pada tahun 2014 sehinggalah ke taun 2018. Pengalaman saya sebagai seorang pelajar, suami dan bapa di luar negara memberikan saya cabaran yang besar. Selain daripada menuntut ilmu, saya turut memikirkan tentang tanggungjawab dan keperluan keluarga. Saya terpaksa mengambil bahagian dalam dunia pekerjaan separuh masa untuk menampung kos sara hidup untuk keluarga yang semakin membesar. Bekerja sebagai pencuci, operator kilang dan steward di stadium Sheffield Wednesday memberikan saya pengalaman yang tidak ternilai. Saya belajar menghargai setiap pekerjaan yang saya lakukan dan bagaimana setiap pekerjaan mempunyai nilai tersendiri. Kerja sambilan ini membolehkan saya menguruskan kewangan dan memberi saya motivasi untuk terus mengejar impian saya dalam menyelesaikan pengajian PhD. Saya berharap pengalaman ini dapat membentuk saya dan para pembaca akan sifat menghargai dan menghormati semua golongan pekerja. Seringkali, kita akan menghormati dan memberi layanan yang baik kepada pihak atasan. Namun, apabila kita berdepan dengan pekerja bawahan, sikap kita tidak sama seperti itu. Adakah kerana mereka hanya staf sokongan dan tidak layak diberikan penghormatan yang sama seperti pihak atasan? Marilah kita memberi penghormatan kepada sesiapa sahaja tidak kira pangkat dan kuasa. Menyambung pengajian ke peringkat PhD mungkin menjadi impian ramai pelajar yang ingin mengejar kecemerlangan akademik. Namun, kebanyakan daripada kita seringkali terlupa akan cabaran dan pengorbanan yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya anda belajar di luar negara. Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menyambung pelajaran PhD di United Kingdom pada tahun 2014 sehinggalah ke taun 2018. Pengalaman saya sebagai seorang pelajar, suami dan bapa di luar negara memberikan saya cabaran yang besar. Selain daripada menuntut ilmu, saya turut memikirkan tentang tanggungjawab dan keperluan keluarga. Saya terpaksa mengambil bahagian dalam dunia pekerjaan separuh masa untuk menampung kos sara hidup untuk keluarga yang semakin membesar. Bekerja sebagai pencuci, operator kilang dan steward di stadium Sheffield Wednesday memberikan saya pengalaman yang tidak ternilai. Saya belajar menghargai setiap pekerjaan yang saya lakukan dan bagaimana setiap pekerjaan mempunyai nilai tersendiri. Kerja sambilan ini membolehkan saya menguruskan kewangan dan memberi saya motivasi untuk terus mengejar impian saya dalam menyelesaikan pengajian PhD. Saya berharap pengalaman ini dapat membentuk saya dan para pembaca akan sifat menghargai dan menghormati semua golongan pekerja. Seringkali, kita akan menghormati dan memberi layanan yang baik kepada pihak atasan. Namun, apabila kita berdepan dengan pekerja bawahan, sikap kita tidak sama seperti itu. Adakah kerana mereka hanya staf sokongan dan tidak layak diberikan penghormatan yang sama seperti pihak atasan? Marilah kita memberi penghormatan kepada sesiapa sahaja tidak kira pangkat dan kuasa. MEMORI YANG DIINGATI | 74 1 AKU DI BUMI ASING AKU DI BUMI ASING


Nama Pantai Tanjung Lompat, Desaru menjadi bualan oleh masyarakat setempat kerana keindahan pantainya yang luas umpama saujana mata memandang. Seawal jam 7 pagi, saya dan keluarga berada di pantai untuk menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit. Kelihatan beberapa keluarga juga turut hadir dan ada juga yang bermalam di sana menduduki khemah sendiri. Rezeki kami kerana telah bertemu dengan seorang lelaki lingkungan umur 40an yang menjual air berperisa melalui beg Grab Food seawal jam 8.30 pagi. Beliau memberi sebotol air coklat untuk anak kecil saya secara percuma. “Rezeki pagi” beliau kata. Ahli keluarga saya yang lain kemudiannya berbual rancak dengan abang ini. Beliau tinggal di Ulu Tiram dan menunggang motosikalnya ke pantai ini setiap hujung minggu. Secara purata 100 botol kopi boleh terjual dalam sehari. Begitu bijak abang ini menggunakan peluang di depan mata sambil mencari ketenangan di tepi pantai. Terus saya teringat dengan satu peribahasa, sambil menyelam minum air. Ada benarnya peribahasa ini kerana menggambarkan keadaan abang Grab Food pada tika dan saat itu. Di sebalik celahan daun pokok Rhu yang terlihat seakan jarumjarum tajam, terserlah keindahan warna sang mentari pagi. Apabila warnanya semakin menguning, semakin terasa hangatnya bahang mentari. Terasa begitu kerdilnya diri dek perubahan warna mentari yang sungguh menawan. Biarpun saya dan keluarga juga ada mengembara jauh ke hujung dunia, antara tentatif yang diselitkan adalah melihat keindahan terbitnya matahari pagi dan terbenamnya di kala senja. Cari sahaja kata kunci “sunrise/sunset viewpoint near me”, pasti banyak pautan laman sesawang atau cadangan tempat menarik untuk menyaksikan keindahan alam yang selalunya boleh kita nikmati secara percuma ini. Benarlah kata pujangga, semakin banyak mengembara, semakin mengenal diri, semakin terasa kerdilnya diri dan semakin rasa berkuasanya Tuhan. Walau di mana sahaja berada, kita dapat saksikan, sunrise dan sunset viewpoint merupakan antara aktiviti tarikan yang terkenal dalam kalangan pelancong. Walaupun matahari yang dilihat adalah matahari yang sama yang kita turut lihat setiap hari, namun, pemandangan dan suasananya bakal menjadikan ia sesuatu yang unik untuk dilihat yang merupakan anugerah ciptaan Yang Maha Esa. MEMORI YANG DIINGATI | 75 Pemandangan matahari terbit di Tanjung Lompat, Desaru. Keindahan Matahari


Jika diingatkan kembali, antara kudapan yang popular untuk jamuan atau potluck raya di sekolah sudah pastilah ibu-ibu akan menyediakan donat, nugget ataupun brownies. Malah setelah membaca senarai menu yang dikongsi oleh guru kelas anak, otak mula ligat memikirkan apa yang perlu dibawa untuk jamuan nanti. Semestinya sesuatu yang berbeza dan mudah disediakan. Sudah pasti kita akan terus terimbau kenangan ketika membesar pada zaman 90an di Johor. Sudah pastinya kita akan terbayang-bayang samada ke kantin atau ke koperasi sekolah, kerana sudah pasti dua kudapan ini siap sedia menunggu pembeli. Dua kudapan yang sentiasa ada menunggu pembeli adalah Sagun Kelapa dan Kacang Sambal. Sagun Kelapa Dipek dalam plastik aiskrim jernih dan isinya berwarna putih seperti tepung. Ia tidak seperti sagun yang dihasilkan dalam pelbagai warna seperti sekarang. Luarannya memang tak menarik langsung, tetapi awas, jangan sesekali bercakap ketika makan sagun! Anda mungkin tersedak atau tersembur tepung sagun ke muka rakan. Kacang sambal Kacang tanah yang digoreng dan disira dengan sambal. Biasanya dipek dalam plastik kecil jernih. Rasanya manis-manis pedas (ataupun mungkin pedas sahaja) dan agak berminyak. Kadangkala dicampur dengan ikan bilis goreng. Dimakan begitu sahaja dan memang susah nak berhenti mengunyah. Kalau ditunjukkan kepada anak-anak zaman sekarang, pasti mereka fikir ia perlu dimakan bersama nasi! Walaupun dua juadah ini boleh dikatakan sentiasa ada, namun ia bukanlah mudah untuk disediakan. Sebab itulah si ibu pasti mengambil keputusan untuk menyumbang ais krim sahaja untuk jamuan nanti. Ini kerana selera anak-anak sekarang sudah jauh berbeza. Ianya satu hakikat yang terpaksa kita terima. KUDAPAN KLASIK MENGGAMIT MEMORI KUDAPAN KLASIK MENGGAMIT MEMORI MEMORI YANG DIINGATI | 76


MEMORI YANG DIINGATI | 77 WARNA WARNI KEHIDUPAN WARNA WARNI KEHIDUPAN Sejak kecil, aku sudah biasa susah dan hidup berniaga. Masih segar diingatanku, lebih 30 tahun yang lalu, semasa masih di bangku sekolah rendah, seusai subuh, aku akan mengayuh basikal sejauh 3 kilometer untuk menghantar kuih-muih dan nasi lemak ke kedai-kedai. Emak bangun seawal 3 atau 4 pagi untuk menyediakan semua itu. Pulang dari sekolah, aku ke kedai-kedai tersebut untuk mengambil semua bekas yang dihantar beserta wang hasil jualan. Sebelah petang, jika tiada sesi pengajian agama, aku akan berjual air tebu dan cendol yang juga dibuat oleh emakku sendiri. Jualan kadang tinggi, adakala tidak seberapa terutama pada hari hujan. Pada hujung minggu, ada waktu aku mengikut bapaku ke pekan sehari untuk menjual buah-buahan. Sungguh tabah aku melihat bapaku mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan pulang ke rumah sehingga lewat malam, ada ketika basah kuyup dek hujan. Pada bulan puasa, kenangan yang tidak boleh dilupakan, membantu abangku menjual murtabak dan air batu. Dapatlah sedikit upah buat belanja sekolah. Apabila menjelang raya, emakku membuat dodol hasil tempahan orang kampung, dari pagi selepas subuh sehingga tengahari baru semua siap dikacau. Sungguh indah memori zaman kanak-kanak bila diingatkan. Terima kasih tak terhingga untuk arwah emak dan bapa kerana telah mengajarku erti kecekalan serta pelajaran berguna untuk menempuhi cabaran kehidupan. Sejak kecil, aku sudah biasa susah dan hidup berniaga. Masih segar diingatanku, lebih 30 tahun yang lalu, semasa masih di bangku sekolah rendah, seusai subuh, aku akan mengayuh basikal sejauh 3 kilometer untuk menghantar kuih-muih dan nasi lemak ke kedai-kedai. Emak bangun seawal 3 atau 4 pagi untuk menyediakan semua itu. Pulang dari sekolah, aku ke kedai-kedai tersebut untuk mengambil semua bekas yang dihantar beserta wang hasil jualan. Sebelah petang, jika tiada sesi pengajian agama, aku akan berjual air tebu dan cendol yang juga dibuat oleh emakku sendiri. Jualan kadang tinggi, adakala tidak seberapa terutama pada hari hujan. Pada hujung minggu, ada waktu aku mengikut bapaku ke pekan sehari untuk menjual buah-buahan. Sungguh tabah aku melihat bapaku mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan pulang ke rumah sehingga lewat malam, ada ketika basah kuyup dek hujan. Pada bulan puasa, kenangan yang tidak boleh dilupakan, membantu abangku menjual murtabak dan air batu. Dapatlah sedikit upah buat belanja sekolah. Apabila menjelang raya, emakku membuat dodol hasil tempahan orang kampung, dari pagi selepas subuh sehingga tengahari baru semua siap dikacau. Sungguh indah memori zaman kanak-kanak bila diingatkan. Terima kasih tak terhingga untuk arwah emak dan bapa kerana telah mengajarku erti kecekalan serta pelajaran berguna untuk menempuhi cabaran kehidupan.


SENARAI PENULIS AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 78 Ruqaiyah Abd Rahim 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 25 MEI DALAM KENANGAN (PENGHORMATAN BUAT HJ AB RAHIM BIN HJ AB RAHMAN- 25/5/1949 – 7/9/2015) <79> Siti Nurmaisarah Fkhururazi & Nor Fazlin Uteh & Alizah Ali 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor. 1 JUAL BELI MENURUT ISLAM MELALUI TEKA SILANG KATA <80> Hafizuddin Bin Dato’ Md Dali 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 REZEKI DI SEBALIK ANUGERAH <81> Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. Muhamad Ismail bin Pahmi 1 Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 PANTUN PENIAGA Nurulashikin Romli & Suhana Mohamed 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 PERNIAGAAN, KEWANGAN DAN PELABURAN Jabatan Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 2 2 Faten Elina binti Kamaruddin , Nur Hanisah binti Mohamad Razali 1 Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 SENYUM ITU ADA LAGI 2 2 <81> <82> 2 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 2 <83>


25 Mei muncul lagi Tarikh keramat tetap di hati Tiada lagi senyum tawamu Hanya ingatan menjadi tamu 25 Mei datang lagi Kosong, pilu, sendu di hati Kala bingkisan ini ditulis Airmata tak henti menitis 25 Mei saban tahun Disambut hari kelahiran insan Paling istimewa di hati kami Tak letih dan jemu melindungi kami 25 Mei tiada lagi Tarikh diingat kekal abadi Damailah Abah di sana Moga kita ketemu jua Sosok gagah mu tetap dikenang Menjadi saksi derita akhirmu 10 tahun bertarung kesakitan Akhirnya pergi, tiada lagi derita… Tahun berganti tahun 25 Mei tetap muncul Pedih di hati tidak tertahan Hanya doa dikirim selalu Selamat hari lahir, Abah…. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 79 PENGHORMATAN BUAT HJ AB RAHIM BIN HJ AB RAHMAN 25 MEI DALAM KENANGAN 25/5/1949 – 7/9/2015


MELINTANG: 1. Rukun jual beli dalam Islam ada _____________. 3. Hukum jual beli barangan yang haram bagi tujuan maksiat adalah ____________. 5. Jual beli Bay' as-Salam berlaku dengan _________ melakukan tempahan beserta bayaran pendahuluan. 6. Nas al-Quran yang menghalalkan jual beli terkandung dalam surah ___________. 8. Jual beli menurut Islam adalah ____________ . MENEGAK: 2. Jual beli adalah akad dalam __________ sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan. 4. Penjual yang mengurangi sukatan atau timbangan adalah penjual yang __________. 7. Pengamalan konsep riba adalah _________ dalam urusan jual beli berpandukan Islam. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 80 T N I K S I B A N H M R S 1 2 3 4 5 6 8 7


Anak…… Apabila mengharap kehadiran anak semakin pudar Tiba-tiba ianya hadir tanpa diduga Maka bermula perubahan besar dalam kehidupan Ada yang mengeluh apabila dikurniakan anak Tapi manusia khilaf, anak juga cabang rezeki Dengan adanya anak rezeki bertambah banyak Ada sahaja rezeki hadir tanpa dijangka Rezeki bukan hanya wang dan harta benda Tapi pintu rezeki sangat luas untuk di duga Mudah urusan kerja, terselamat dari bahana bahaya Banyak lagi cabang rezeki untuk dinikmati dan disyukuri Anak, moga dikau memberi makna dalam kehidupan Semoga menjadi anugerah, penyebab pintu rezeki terbuka Selamat datang ke dunia fana, wahai anak Agar menjadi insan mulia dan berjaya AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 81 Suatu ketika dulu Aku pernah di situ ku jejaki ku lewati universitiku syurgaku bersama rakan taulan menabur ilmu berkongsi pengalaman bersama dalam suka duka membentuk anak² didik berilmu berperibadi insan mulia berakhlak perkerti budi Aku tidak hilang dari senyum tawa kerana aku cintai amanah sebagai sedekad seorang pendidik. Senyum Itu Ada Lagi REZEKIDISEBALIK ANUGERAH


Adik Tutu pergi riadah Jatuh sudah berbenjol di dahi Berniaga itu satu ibadah Perkara syubhah harus dijauhi Kota Mandiri kota seberang Pergi bersiram di Gunungsitoli Hindari diri perkara dilarang Perkhidmatan haram jangan sekali Ketupat palas diikat-ikat Rempah herba Ayu belikan Berniaga ikhlas mencari berkat Unsur riba jangan diamalkan Tembikai bujur dibelah-belah Tikar anyaman jatuh di celah Bersifat jujur dalam muamalah Pasti perniagaan diberkati Allah Duduk berlunjur di pohon cermai Gadis puan nyanyi selingan Perniagaan jujur disukai ramai Jauhi penipuan, jauhi perjudian Jejaka bangsawan berlari laju Kena jerkah Si Mail Vespa Bila usahawan sudah maju Zakat sedekah jangan dilupa AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 82


MELINTANG 5 Melabur dalam saham adalah satu bentuk pelaburan di mana pelabur membeli saham kecil syarikat dengan harapan mendapat pulangan daripada pertumbuhan harga saham atau pembayaran ______ oleh syarikat. 8 Dokumen bertulis yang mengandungi maklumat terperinci mengenai perniagaan yang ingin dijalankan, _____ ini adalah penting untuk membantu pengusaha merancang, melaksanakan dan menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan. 10 Jenis pelaburan dalam emas yang melibatkan kontrak bagi membeli atau menjual emas pada tarikh yang ditentukan di masa depan. 13 Pelaburan dalam _____ melibatkan pembelian atau pemilikan aset ____ seperti rumah kediaman, kedai atau kilang, dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan melalui sewaan atau penjualan semula pada harga yang lebih tinggi. 15 ______ perniagaan merujuk kepada kemungkinan kerugian atau kegagalan dalam menjalankan perniagaan. 16 Pelaburan dalam cryptocurrency melibatkan membeli atau memiliki aset digital seperti _______ atau Ethereum, dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan daripada kenaikan harga cryptocurrency. MENEGAK 1 Peratusan keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan dalam satu tempoh masa. 2 Proses membeli dan menjual barang dan perkhidmatan dalam talian. 3 Satu bentuk perniagaan yang dimiliki oleh individu tunggal. 4 Jumlah wang yang dipinjam oleh seseorang atau entiti dari pihak lain dan perlu dibayar semula pada suatu tarikh yang telah ditetapkan. 6 Satu bentuk perniagaan yang dimiliki oleh dua atau lebih individu. 7 Satu cara pelaburan dalam emas yang membolehkan pelabur untuk membeli emas dengan melabur dalam dana yang dikelola oleh profesional. 9 Proses mencipta, membangunkan, dan melaksanakan idea baru atau perubahan dalam perniagaan. 11 _______ merujuk kepada semua harta dan sumber daya yang dimiliki oleh syarikat untuk menjalankan perniagaannya. 12 Satu perjanjian perniagaan yang membenarkan sesebuah syarikat menggunakan nama, logo, dan produk yang dimiliki oleh syarikat lain. 14 Jumlah kewangan yang diperlukan untuk memulakan atau membesarkan perniagaan. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 83 PERNIAGAAN, KEWANGAN DAN PELABURAN


AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA | 84 1 3 5 2 4 9 10 11 16 6 7 8 12 13 15 14 nai sgnokr eP- nedi vi D- gnat u H- l aggnuT nakili M- nagnagadr ePE- nagnal uP t aki r aySt es A- napada Hagai N-i savonI - naagai nr eP nagnacnaR- hana mAti nUni octi B- oki si R-l ado M- hanatr a H- si acnar F JAWAPAN


Mohammad Ashraf Abu Bakar 1 Jabatan Infrostruktur, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 KOMPUTER SENARAI PENULIS SENANG MENULIS DI SINI | 85 <86> Che Faridah Che Mahmood & Ainol Mardhiyah Rahmat 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 MENGHARGAI FOOD RIDER: BARISAN HADAPAN DALAM PESANAN ONLINE <88> Shafiee Md Tarmudi , Siti Farrah Shahwir & Siti Masnah Saringat 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, 81000 Segamat, Johor. 1 USAH MENILAI DARI LUARAN 2 <90> <91> 1 1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 2 Nor Fazlin binti Uteh 1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, 81750 Masai, Johor . 1 USAHAWAN DIGITAL: MANFAAT TEKNOLOGI, KUASAI INTERNET


Keupayaan pemprosesan data: Komputer mempunyai keupayaan untuk memproses sejumlah besar data dalam masa yang lebih singkat. Ini membolehkan manusia melakukan kerja dengan lebih cekap dan tepat. Fleksibiliti: Komputer boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti kerja, hiburan dan pendidikan. Malah, pada masa kini komputer boleh digunakan untuk melakukan pekerjaan yang sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh manusia sahaja. Internet: Komputer juga boleh disambungkan ke internet, dengan itu membolehkan pengguna mengakses pelbagai sumber dan perkhidmatan maklumat dalam talian. Pembangunan teknologi: Industri komputer terus berkembang dan memperkenalkan inovasi baharu seperti kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan, yang boleh membantu manusia melaksanakan tugas yang lebih kompleks. Komuniti pengguna: Terdapat banyak komuniti pengguna komputer yang aktif di pelbagai platform dalam talian, seperti forum dan kumpulan media sosial. Komuniti ini membolehkan pengguna bertukar maklumat, pengalaman dan pengetahuan tentang komputer. Komputer adalah satu mesin elektronik yang dapat menerima, mengolah, dan menyimpan data serta memberikan output atau hasil daripada data yang telah dijana. Komputer yang terdiri daripada 2 komponen iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software). Perkakasan komputer terdiri daripada komponen fisik seperti Central Processing Unit (CPU), Random Access Memory (RAM), hard disk drive (HDD), monitor, keyboard, dan mouse. Manakala perisian komputer adalah program atau aplikasi yang dipasang di dalam komputer untuk mengelola data dan menjalankan fungsi tertentu. Komputer boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti pengolahan data, komunikasi, hiburan, pendidikan, dan banyak lagi. Komputer juga dapat membantu dalam memudahkan pekerjaan manusia dengan memproses data lebih cepat. Malah dengan adanya internet, komputer juga dapat digunakan untuk mengakses pelbagai sumber informasi. Terdapat banyak perkara yang menarik tentang komputer, antaranya: SENANG MENULIS DI SINI | 86


Windows 11 Home: Versi ini merupakan versi standard yang ditujukan untuk pengguna berada di rumah dan penggunaan seharian. Windows 11 Pro: Versi ini dirancang untuk pengguna bisnes dan profesional dengan ciri keselamatan dan pengurusan peranti yang lebih canggih. Windows 11 Enterprise: Versi ini disediakan khusus untuk perusahaan dan organisasi besar yang memerlukan pengurusan peranti yang ketat dan ciri keselamatan tambahan. Windows 11 Education: Versi ini direka bentuk untuk pengguna dalam bidang pendidikan, dengan ciri khusus pendidikan seperti ciri pengurusan kelas dan pengurusan peranti yang mudah. Windows 11 Pro for Workstations: Versi ini direka untuk pengguna yang memerlukan pemprosesan data berprestasi tinggi dan lebih pantas, seperti pereka grafik dan jurutera. Reka bentuk baharu dan moden: Windows 11 hadir dengan reka bentuk antara muka pengguna (UI) yang lebih moden dan ringkas, dengan paparan menu Start yang lebih intuitif. Penampilan yang lebih fleksibel: Pengguna boleh menukar saiz dan kedudukan tetingkap aplikasi dengan mudah mengikut keinginan mereka, sekali gus membolehkan pengguna melaraskan penampilan mengikut keperluan mereka. Reka Letak Windows Snap dan Kumpulan Snap: Ciri ini membolehkan pengguna mengatur dan mengumpulkan tetingkap aplikasi yang sedang mereka gunakan dengan mudah, dengan itu memaksimumkan ruang skrin yang tersedia. Microsoft Teams bersepadu: Aplikasi Microsoft Teams telah disepadukan terus ke dalam Windows 11, membenarkan pengguna membuat panggilan video dan persidangan terus dari paparan bar tugas. Ciri permainan yang dipertingkatkan: Windows 11 dilengkapi dengan DirectStorage API, yang membolehkan pengguna mengakses data permainan dengan lebih cepat dan meningkatkan prestasi permainan. Ciri Reka Letak Snap: Pengguna boleh mengurus reka letak atau penampilan berbilang apl serentak pada desktop mereka. Widget Windows: Ciri ini membolehkan pengguna memaparkan maklumat penting seperti berita terkini, cuaca, kalendar dan maklumat lain yang berkaitan dalam masa nyata pada desktop. Pengurusan peranti yang mudah: Windows 11 memudahkan pengguna menyambung dan mengurus peranti seperti monitor, pencetak dan pembesar suara. 1.Sistem operasi Windows 11 memiliki beberapa versi yang berbeza, antaranya: 2.Pilihan versi yang tersedia untuk Windows 11 bergantung kepada keperluan pengguna dan ciri yang dikehendaki. 3.Ini pula adalah beberapa ciri menarik dalam sistem pengendalian Windows 11: Itu adalah antara ciri yang menarik dan boleh didapati di dalam Windows 11. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa beberapa ciri ini mungkin tidak tersedia dalam semua versi Windows 11 dan bergantung pada keperluan pengguna. SENANG MENULIS DI SINI | 87 Windows 11


Cara pembelian makanan sebenarnya telah berubah daripada konvensional kepada sistem pesanan makanan dalam talian yang menggunakan aplikasi penghantaran makanan atau food delivery. Seiring dengan itu, penggunaan khidmat penghantar makanan atau food rider telah menjadi rutin dalam kehidupan seharian. Kekangan masa dalam penyediaan makanan di rumah serta peningkatan pendapatan dan kuasa beli individu merancakkan lagi sektor gig ekonomi ini. Namun, di sebalik keghairahan penggunaan teknologi membeli makanan secara dalam talian, terdapat pelbagai masalah yang memberi kesan kepada pengguna dan juga pekerja gig, iaitu food rider. Antaranya adalah rungutan pelanggan berkenaan dengan liputan kawasan yang terhad. Ini kerana, pembekal perkhidmatan hanya fokus kepada beberapa kawasan hotspot dan berpotensi memberikan pulangan yang lebih lumayan. Selain kekangan kawasan penghantaran, sikap rider juga meraih rungutan ramai. Namun, jika disingkap tabir yang kaku itu, ternyata sikap yang dipamer itu merupakan sebuah mekanisme mempertahankan diri bagi menepis sikap pelanggan yang pelbagai ragam malah tidak terjangkau dek logik akal. Peranan food rider sebagai frontliner atau barisan hadapan membantu memudahkan proses mendapatkan makanan dengan cepat tanpa perlu keluar dari rumah atau beratur di restoran adalah wajar dihargai. Menghargai food rider ini tidak semestinya memerlukan sebarang kos tangible. Namun, situasi menghargai seseorang yang tiada caj ini adakalanya sukar dan dianggap payah serta membebankan kepada sebahagian pelanggan. Sentimen “aku yang order, aku dah settle payment online, kerja kau yang kena deliver tepat masa” menyebabkan kebanyakan food rider merasakan pelanggan tidak peka dengan kekangan yang food rider hadapi dan mereka tidak dihargai. Justeru ia juga telah mendorong segelintir food rider mengambil sikap membalas sehinggakan ada yang menyangkut makanan di pagar rumah tanpa menekan loceng dan ada juga yang merasa makanan pelanggan sekiranya pembungkusan makanan boleh dibuka dengan mudah. Malah pihak pelanggan perlu meletakkan diri sendiri di situasi food rider lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan keadaan penghantaran makanan lambat sampai. Tidak disangkal kesesakan lalu lintas atau kemalangan disebabkan kecuaian pihak lain yang turut melibatkan food rider mungkin berlaku, malah mengakibatkan makanan yang diterima lambat dan tidak memuaskan. Manakala pihak rider juga perlu peka situasi sedemikian dan berusaha mengatasi sebaik mungkin. Justeru, suatu perkhidmatan yang memuaskan, bergantung kepada kedua-dua pihak, komitmen pihak food rider and tolak ansur pihak pelanggan. Apatah lagi, pelanggan yang juga rata-rata pekerja sesebuah organisasi ada kalanya perlu bermuhasabah kerana hasil kerja mereka sendiri walau sekecil mana apabila dihargai dan meskipun dengan sekadar ucapan terima kasih, amatlah bermakna dan memberikan kepuasan tidak ternilai. Penghargaan kepada food rider ini tidak memerlukan kos tangible. Antara pendekatan yang perlu diambil adalah bermula dengan sikap ramah dan sabar pelanggan sendiri. Bersikap ramah dan sabar penting dalam berinteraksi dengan food rider. Menghormati mereka sebagai individu dan mengucapkan terima kasih atas layanan mereka cukup membuat mereka merasa dihargai. Memberikan ulasan positif dan rating yang baik juga turut membantu menghargai food rider yang memberikan layanan memuaskan. Ini adalah kaedah rider mendapatkan lebih banyak pesanan di masa depan dan membina reputasi yang baik. Ulasan yang positif dapat membantu mempromosikan layanan penghantaran makanan oleh food rider tersebut kepada teman dan keluarga. Seterusnya mengesyorkan aplikasi pengiriman makanan atau memberi tahu orang lain tentang pengalaman positif dengan food rider. SENANG MENULIS DI SINI | 88 Menghargai Food Rider BARISAN HADAPAN DALAM PESANAN ONLINE


Memudahkan penghantaran makanan dengan memastikan informasi yang betul dan lengkap amatlah membantu food rider. Ada pelanggan yang memberikan petunjuk tambahan tentang lokasi pengiriman iaitu GPS koordinat yang mana mungkin dipandang ringan tetapi ianya dihargai kerana melancarkan lagi food rider membuat penghantaran. Pelanggan yang menghargai tidak akan membiarkan food rider menunggu terlalu lama untuk menerima pesanan dengan segera setelah food rider tiba. Andai ada kekangan di pihak pelanggan, berilah penjelasan dan maklumkanlah lebih awal kepada food rider berkenaan situasi dihadapi supaya tindakan yang diambil akan dihargai. Ada juga pelanggan yang menyediakan kemudahan seperti bakul tertutup yang diikat di pagar untuk food rider meletakkan makanan di depan rumah. Dengan cara ini, food rider hanya perlu meletakkan di dalam bakul setelah mendapat arahan daripada pelanggan. Segelintir pelanggan menghargai food rider dengan memberikan tip secara tunai atau dalam bentuk makanan atau minuman. Terkadang pelanggan ada memesan beberapa set makanan yang sama dan disedekahkan satu set makanan kepada food rider. Ada food rider yang tersentuh dengan sumbangan sebegini di saat penghantaran dibuat pada waktu puncak dan food rider tidak berkesempatan untuk berehat. Begitu juga, menyediakan sebotol air saat selesai menghantar makanan dalam cuaca panas nampak kecil namun sangat besar di mata food rider. Wajar diakui food rider adalah sebahagian penting daripada ekosistem penghantaran makanan. Tanpa mereka pastinya memberi kesan yang signifikan terhadap operasi perkhidmatan. Merekalah yang menghubungkan jurang antara restoran dan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran akhir. Manakala bagi pihak pelanggan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi pelanggan yang berhias dengan adab dan sopan, menitip nilai kesabaran menanti makanan yang dipesan. Oleh itu, sumbangan food rider dalam mengekalkan kelancaran perkhidmatan penghantaran makanan dan boleh dipercayai haruslah disusuli dengan penghargaan yang sewajarnya. Letaklah diri kita dalam situasi mereka dan sekali-sekala, renung dan bermuhasabah, Apakah yang akan terjadi jika aku berada dalam keadaannya? Jadi kepada pelanggan budiman, bila masa yang lebih baik untuk menghargai sumbangan food rider jika bukan pada saat penghantaran itu sendiri? SENANG MENULIS DI SINI | 89


Sebelum memulakan perniagaan, kebanyakan usahawan akan melakukan renovasi terhadap premis perniagaan mereka. Ini bagi memastikan premis mereka kelihatan cantik dan dapat menarik perhatian para pelanggan. Namun cara ini berbeza dengan apa yang dilihat oleh penulis ketika berada di ladang kurma di Madinah, Arab Saudi. Usahawan terbabit tidak menitikberatkan keindahan luaran premisnya. Jika dilihat dari luar premis bangunan, kita akan menyangka premis tersebut sekadar bangunan tinggal atau bangunan yang tidak siap namun sebenarnya tanpa diduga di dalam premis tersebut sedang rancak transaksi jual beli antara jemaah haji atau umrah dengan para pekerja. Melalui pemerhatian penulis, pada waktu tersebut, seorang jemaah akan membelanjakan sekurangkurangnya SR100. Terdapat juga belasan bas yang sedang menunggu di tempat meletak kenderaan. Diandaikan sekiranya 10 jemaah sahaja (kebiasaannya melebihi 10 orang) yang berbelanja sebanyak SR100 untuk setiap jemaah dari setiap bas, maka hasil jualan yang diperolehi ketika itu sahaja sudah mencecah belasan ribu. Sekiranya bas yang hadir silih berganti masuk ke premis tersebut, maka bayangkanlah hasil jualan yang diperolehi oleh usahawan terbabit untuk tempoh sehari, seminggu mahupun sebulan. Oleh sebab itu, usahlah kita menilai setiap apa yang berlaku hanya dari luaran. SENANG MENULIS DI SINI | 90


Pada 12 Januari 2023 yang lalu, seramai 100 orang kakitangan Jabatan Kastam dan Imigresen Kompleks Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika Johor Bahru telah terlibat bersama dengan 30 orang mahasiswa iCEPS Johor sebagai peserta Seminar Keusahawanan bertajuk Usahawan Digital; Manfaat Teknologi, Kuasai Internet. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan teknik pemasaran digital menggunakan media sosial. Selain itu kemudahan teknologi baru yang dapat meningkatkan produktiviti sesebuah perniagaan. Beberapa objektif telah digariskan dalam penganjuran program ini antaranya ialah meningkatkan motivasi peserta bagi menceburi bidang usahawan secara sepenuh masa atau separuh masa. Platform ini juga dapat memberi pengetahuan kepada peserta berkenaan bantuan dan sokongan agensi yang berkaitan dalam bidang usahawan, memberi kemahiran kepada peserta berkaitan keusahawanan digital dan juga sebagai wadah mempromosi kursus iCEPS yang menawarkan mod pembelajaran separuh masa di UiTM. Puan Suraya Hanim binti Sith iaitu Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Negeri Johor telah hadir dan merasmikan program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan diakhiri pada jam 4.00 petang ini. Ia turut dihadiri oleh Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Johor, iaitu Dr. Haryana binti Mohd Hairi. Dalam ucapan perasmian oleh Puan Suraya, beliau berterima kasih di atas penganjuran program yang julung kali diadakan ini dan berharap kerjasama antara UiTM dan agensi kerajaan dapat diperluaskan lagi. Taklimat program Pengajian Jarak Jauh juga turut diadakan dan telah disampaikan oleh Puan Nor Fazlin Uteh, iaitu Ketua Pusat Pengajian iCEPS Johor. Satu sesi perkongsian menarik mengenai cabaran dan pahit manis bergelar usahawan oleh Usahawan Muda iaitu Encik Muhammad Fahmi bin Abdul Aziz Pengasas Cheesetart Buncit dan Puan Juliana Zaini, Pengasas WYClean Expert yang merupakan alumni UiTM turut diadakan. Mereka sangat teruja dan mengalu-alukan program seumpama ini bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri dalam bidang usahawan. Sesi forum juga turut diadakan dan telah menjadi pelengkap program dipengerusikan oleh Saudari Noorazlina binti Zakaria, Mahasiswi Tahun Tiga iCEPS Johor yang membincangkan secara terperinci manfaat internet kepada para usahawan. Panel forum terdiri daripada Puan Fauzah binti Danila (TM Berhad Johor Bahru), Encik Muhammad Aqil Baharin (SME Corp (M) Johor), Puan Juliana Zaini (Founder WYClean Expert) dan Encik Muhammad Fahmi bin Abdul Aziz (Founder Cheesetart Buncit). Terdapat juga kiosk-kiosk kecil seperti TahuXtahu, Tudung Bawal, Haos Ek, Bank CIM dan RHB yang turut bersama mempromosikan produk terbaharu mereka kepada semua. Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pihak KDN selain penyampaian hadiah kepada peserta yang terlibat dalam sesi pembentangan idea perniagaan. SENANG MENULIS DI SINI | 91 USAHAWAN DIGITAL


SUDUT AKTIVITI | 92


PERNIAGAAN KEUSAHAWANAN PERKONGSIAN PERANCANGAN PERBENDAHARAAN Aktiviti 1 :BinaPerkataan SudutAktiviti Bina 10 perkataan dari perkataan di bawah SUDUT AKTIVITI | 93


Aktiviti 2 :Findthe wordinthepuzzle! SudutAktiviti ASSETS BREAKEVEN BUSINESS CAPITAL CASHFLOW CROWDFUNDING ENTERPRISE EXPENDITURE FINANCIAL FINTECH INDUSTRIALISM INNOVATION MARGIN MARKETING PROFIT REVENUE STOCK TURNOVER Words can go in any direction. Words can share letters as they cross over each other. D V N V E I Z M B R I B O Q M F F E S E B I Q W R Q P W U O W D E H R I S E T U D X Z P O Z I A S U H C E T N I F L E N E G D X O L W B I A Z M A A R E N E S E H O J N E T F P N H A A N P N L N R S V I T I J Z R Y H E B F C R I G X X M A E L N T I F O R P S T I E C A P I T A L R M G D Y E A H R S A T U R N O V E R E A P A K U C R Y R L N C Q U O G K I G I F Z J R Y S G U K E J E K V N L N H I O W V I Q K S T R T A G C E I V N U T N J F D V B D E M R V I O A D U O O W V P F Q Z Y Y U Y T I I T D N L V D Y S H Y P I C I V A O C I S Q U N A H U Y Z E J K W G L Z N W T Q N F L T E P P X M G R J U R F E S X E U D G I I I P A B F A P D X V B Z T R R W D O Z N S M X W S E L O T S C O A H O O N T Z J C M G E C E O K O Q A T B R E A K E V E N U K E J O M B K C H F C N B R A U K M X B E W I V N X T SUDUT AKTIVITI | 94


Melintang Menegak 8. 22960 ÷ 28 1. 128 × 2208 9. 3947440 ÷ 392 2. 113000 + 196000 10. 186 + 316 3. 51 × 615 11. 110056 + 490005 4. 12 × 25 13. 298 × 2988 5. 151 × 398 14. 1300 ÷ 26 6. 330472 + 28966 15. 4420 ÷ 65 7. 685623 - 64208 16. 76789 – 72685 12. 6585415 - 5559010 19. 402 ÷ 2 13. 9264244 - 647785 20. 15901 – 13086 17. 7140 ÷ 68 22. 1936 – 1450 18. 226 + 214 23. 58800 ÷ 98 20. 5050 ÷ 25 24. 2403 + 2107 21. 822 - 722 26. 71508 ÷ 177 24. 785129 - 383998 27. 12624 ÷ 6 25. 104 × 1006 30. 701 - 691 28. 704177 - 603559 31. 510 ÷ 10 29. 682292 - 281638 33. 295 × 355 30. 84203 ÷ 7 34. 359 × 2510 32. 48660084 ÷ 4772 36. 41676 ÷ 138 35. 73140 ÷ 138 37. 43899 - 23500 38. 9085 ÷ 79 Akiviti 3 :TekaSilangNomborMatematik SudutAktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 SUDUT AKTIVITI | 95


2 3 3 3 6 3 6 8 2 0 1 0 0 7 0 5 0 2 2 9 3 0 0 9 1 6 0 0 0 6 1 8 9 0 4 2 4 2 0 5 0 6 8 3 1 4 1 0 4 2 0 1 2 8 1 5 9 4 8 6 6 0 0 0 4 5 1 0 4 0 4 2 1 0 4 0 0 1 0 5 1 0 0 1 0 4 7 2 5 9 0 1 0 9 0 1 6 0 5 1 6 6 3 0 2 2 0 3 9 9 1 1 5 1 4 9 0 7 8 4 D V N V E I Z M B R I B O Q M F F E S E B I Q W R Q P W U O W D E H R I S E T U D X Z P O Z I A S U H C E T N I F L E N E G D X O L W B I A Z M A A R E N E S E H O J N E T F P N H A A N P N L N R S V I T I J Z R Y H E B F C R I G X X M A E L N T I F O R P S T I E C A P I T A L R M G D Y E A H R S A T U R N O V E R E A P A K U C R Y R L N C Q U O G K I G I F Z J R Y S G U K E J E K V N L N H I O W V I Q K S T R T A G C E I V N U T N J F D V B D E M R V I O A D U O O W V P F Q Z Y Y U Y T I I T D N L V D Y S H Y P I C I V A O C I S A U N A H U Y Z E J K W G L Z N W T Q N F L T E P P X M G R J U R F E S X E U D G I I I P A B F A P D X V B Z T R R W D O Z N S M X W S E L O T S C O A H O O N T Z J C M G E C E O K O Q A T B R E A K E V E N U K E J O M B K C H F C N B R A U K M X B E W I V N X T JAWAPAN SudutAktiviti Aktiviti 1 GNANER, GNAI R, AGAN, GNI NEP, RAGAP, RAGA, NI P, NAREG, AGAI N, AGAI NEP A WES, NANAK, KANA, HANAN, AKUS, AKAS, ASAUK, NA WA, NA WA HAS U, A HAS U GNAREP, KARES, GNAI S, RAI S, KAI S , KAREG, PAKI S, RANI S,I SAN,I S GNOK RAGAC, GNANER, PANEG, GNANAC, NAREG, SOP, GNI NEP, GNAREP. GNARAP, GNACNAR HADAP, NA HAB, ARAB, RABED, ADNEN, ADNER, A HDER, ADER, NA HAD, ADNEB PERBENDAHARAAN | PERANCANGAN | PERKONGSIAN | KEUSAHAWANAN | PERNIAGAAN | Aktiviti 2 Aktiviti 3 SUDUT AKTIVITI | 96


SUDUT IKLAN | 97


@masmeduitmpg @masmed_uitmpasirgudang 2022 Info lanjut berkaitan keusahawanan, sila layari


Click to View FlipBook Version