The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI JAMILAH JAIS, 2023-03-08 00:43:44

buku log PBSM sem 5

buku log PBSM sem 5

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN (PDP PAKK) (AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 5) NAMA PELAJAR SITI JAMILAH BINTI MAT JAIS ANGKA GILIRAN 2 0 2 1 1 9 2 3 8 0 0 3 5 NOMBOR KAD PENGENALAN 8 6 0 6 1 0 – 4 3 – 5 1 8 4 KUMPULAN PDPM OKTOBER 2021 (B2) TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM (MPU2101D) BUKU LOG


2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Biodata diri 3 2 BAB 1 i. Pengenalan ii. Lagu bulan sabit merah iii. Ikrar bulan sabit merah iv. Cogan kata, misi, visi dan moto v. Pengasas lambang palang merah vi. Sejarah penubuhan vii. Tujuan penubuhan viii. Perlembagaan penubuhan ix. Konsep kepimpinan dalam unit beruniform x. Logo bulan sabit merah xi. Bendera xii. Pakaian uniform PBSM xiii. Objektif xiv. Prinsip asas gerakan PBSM xv. Struktur organisasi persatuan xvi. struktur dan organisasi pertubuhan xvii. takwim dan perancangan aktiviti tahunan. 5 6 7 8 9 10 12 12 13 15 16 17 19 20 22 25 26 3 BAB 2 NOTA-NOTA BERKAITAN PBSM i. Tali Temali ii. Pertolongan cemas iii. Luka dan melecet iv. Tercekik v. Jantung vi. CPR vii. Patah tulang viii. Anduh dan balutan ix. Racun dan keracunan x. Kejutan elektrik xi. Kawad kaki 29 37 41 42 45 49 58 61 65 66 70 4 BAB 3 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM i. Konsep dan Tujuan Perkhemahan Unit Beruniform ii. Pandu arah dan komunikasi iii. Ikhtiar hidup iv. Memasak v. Perkhemahan dan kraf khemah 74 77 80 87 91 5 BAB 4 LAMPIRAN i. Laporan ii. Gambar Aktiviti iii. Sijil dan Anugerah 97 104 108 6 Rujukan 110


3 BIODATA DIRI NAMA : SITI JAMILAH BINTI MAT JAIS KAD PENGENALAN : 8 6 0 6 1 0 - 4 3 - 5 1 8 4 TARIKH LAHIR : 1 0 - JUN - 1 9 8 6 TEMPAT LAHIR : JERAM KUALA SELANGOR ALAMAT : NO 31 JALAN AU 2A /18 TAMAN KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR HOBI : MELANCONG KURSUS : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK AMBILAN : OKTOBER 2021 KELAS B2 KAMPUS : INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU NO TEL : 017 3139062 EMAIL : [email protected] PENSYARAH : EN BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI


4


5 PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) atau juga dikenali sebagai The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 iaitu pada tahun di mana negara Malaysia dimerdekakan manakala Persatuan Palang Merah Antarabangsa pula diiktiraf pada tahun 1963 (Zin, t.t.).


6 LAGU BULAN SABIT MERAH LIRIK LAGU RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat


7 IKRAR BULAN SABIT MERAH IKRAR PBSM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6, Ketunggalan


8 COGAN KATA , MISI , VISI , MOTO Cergas pada masa aman dan perang Visi Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Misi Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan. Motto "Inter arma carita" (di dalam perang ada kebajikan) dan "Per Humanitatem ad pacem" (melalui kemanusiaan menuju keamanan).


9 PENGASAS LAMBANG PALANG MERAH Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya (Sufian, t.t.).


10 SEJARAH PENUBUHAN “PALANG MERAH” Persatuan Palang Merah atau lebih dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun ianya satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Idea penubuhan Persatuan Palang Merah adalah daripada Henry Dunant, iaitu dikenali sebagai “Bapa Palang Merah”. Idea ini tercetus apabila Henry Dunant telah menyaksikan pertempuran Solferino yang berlaku pada tahun 1859. Beliau telahmelihat betapa sedikitnya sumber perubatan yang tersedia untuk tentera yang cedera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuanpertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkan buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah.Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang, iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Selain itu, di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia. Ianya bermula di Pulau Pinang dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Pada tahun 1957 setelah kemerdekaan, Persatuan Bulan Sabit Merah ini kemudiannya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persatuan ini juga mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannyaPersatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan PalangMerah Malaysia. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


11 Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun- tahun akan datang ". Cawangan Sabah Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Cawangan Sarawak Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948. Cawangan Semenanjung Malaysia Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952. AKTA PERTUBUHAN BulanSabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut : 1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London.Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. 2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965. 3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke- 162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).


12 TUJUAN PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH Lambang Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan dengan satu tujuan yang tertentu: 1 .Untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera dalam peperangan 2. Untuk menentukan perlindungan kepada anggota-anggota yang menjaga dan merawat mereka yang cedera PERLEMBAGAAN PBSM Perlembagaan PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkandi bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t.). Berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti


13 Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan 3 Peraturan 13: Perbubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan Peraturan 15: Hal-hal lain Konsep kepimpinan dalam UNIT BERUNIFORM PBSM mempunyai konsep kepimpinan yang sangat penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Konsep kepimpinan dalam PBSM merangkumi beberapa aspek utama seperti berikut: i. Kepimpinan Beretika - Kepimpinan beretika adalah aspek penting dalam PBSM yang menekankan pentingnya integriti dan etika dalam kepimpinan. Setiap pemimpin di PBSM diharapkan memimpin dengan teladan yang baik dan berpegang kepada prinsip integriti dan moral yang tinggi. ii. Kepimpinan Berorientasikan Tugas - Kepimpinan berorientasikan tugas adalah aspek kepimpinan dalam PBSM yang menekankan pentingnya pemimpin memberikan tumpuan kepada kepentingan tugas dan tanggungjawab mereka dalam membantu orang ramai dan masyarakat dalam situasi kecemasan. iii. Kepimpinan Berorientasikan Pasukan - Kepimpinan berorientasikan pasukan adalah aspek kepimpinan dalam PBSM yang menekankan pentingnya pemimpin membangunkan kerjasama dan menggalakkan kekuatan kolektif dalam pasukan untuk mencapai objektif bersama. iv. Kepimpinan Berkomunikasi - Kepimpinan berkomunikasi adalah aspek kepimpinan dalam PBSM yang menekankan pentingnya pemimpin berkomunikasi dengan jelas dan efektif dengan anggota pasukan dan pihak luar dalam situasi kecemasan. v. Kepimpinan Berinovatif - Kepimpinan berinovatif adalah aspek kepimpinan dalam PBSM yang menekankan pentingnya pemimpin mencipta dan menggalakkan idea-idea baru dan inovatif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.


14 Dengan mengamalkan konsep kepimpinan ini, PBSM dapat memastikan pasukan mereka mempunyai kepimpinan yang efektif, beretika dan berorientasikan tugas dan pasukan untuk membantu masyarakat dalam situasi kecemasan.


15 LOGO PBSM LAMBANG BULAN SABIT MERAH LAMBANG PALANG MERAH LAMBANG KRISTAL MERAH


16 Bendera PBSM UKURAN PIAWAI BENDERA PBSM


17 PAKAIAN UNIFORM PBSM Pakaian beragam PBSM (lelaki ) Pakaian beragam PBSM (perempuan) Pakaian seragam untuk unit beruniform PBSM biasanya terdiri daripada beberapa bahagian seperti berikut: i. Baju Seragam - Baju seragam PBSM biasanya berwarna putih atau coklat dengan logo PBSM pada bahagian dada kiri. Baju ini dilengkapi dengan butang dan poket di bahagian depan. ii. Seluar Seragam - Seluar seragam PBSM biasanya berwarna hitam atau coklat, dan dilengkapkan dengan tali pinggang untuk menyesuaikan saiz pinggang. iii. Topi - Topi seragam PBSM biasanya berwarna hitam atau coklat dengan logo PBSM di bahagian depan. iv. Tali Pinggang - Tali pinggang seragam PBSM biasanya berwarna hitam atau coklat dan diberikan kepada pelajar untuk menyesuaikan saiz pinggang. v. Kasut Seragam - Kasut seragam PBSM biasanya berwarna hitam dan dilengkapi dengan tali untuk memastikan kasut itu berada pada kaki dengan selesa.


18 vi. Lencana PBSM - Lencana PBSM dipakai di bahagian lengan baju seragam. Lencana ini menunjukkan pangkat dan kedudukan seseorang ahli PBSM. Pakaian seragam PBSM ini bertujuan untuk menghasilkan identiti yang seragam di kalangan anggota PBSM, menggalakkan kesederhanaan dan membina semangat kebangsaan dan persatuan di kalangan pelajar. Pakaian seragam juga memudahkan pengenalpastian anggota PBSM, terutama semasa menjalankan tugasan atau aktiviti rasmi


19 OBJEKTIF Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.


20 Prinsip asas gerakan PBSM 1.KEMANUSIAAN Gerakan, lahir keinginan untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada yang tercedera di medan perang, usaha, dalam kapasiti antarabangsa dan negara, untuk mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana-mana. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan dan untuk memastikan rasa hormat terhadap manusia. Ia menggalakkan persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan dikalangan semua pihak. 2. KESAKSAMAAN Gerakan tidak mempunyai diskriminasi terhadap bangsa, kewarganegaraan, kepercayaan agama, darjat atau fahaman politik. Ia berusaha untuk melegakanpenderitaan individu, yang berpandukan semata-mata oleh keperluan mereka, dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. 3. NEUTRAL Untuk memiliki keyakinan daripada semua, Gerakan mungkin tidak boleh memilih pihak dalam suatu konflik atau melibatkan diri dalam kontroversi yang bersifat politik,perkauman, agama atau ideologi pada bila-bila masa. 4. KEMERDEKAAN Gerakan adalah bebas. Persatuan Negara, manakala unit-unit servis kemanusiaan dalam kerajaan mereka dan tertakluk kepada undang-undang negara masing- masing, mesti sentiasa mengekalkan autonomi mereka supaya mereka boleh dapat pada setiap masa untuk bertindak selaras dengan prinsip Gerakan. 5. PERKHIDMATAN SUKARELA Ia adalah Gerakan bersifat sukarela yang tidak didorong dalam apa-apa keinginan untuk mendapatkan keuntungan. 6. PERPADUAN


21 Hanya boleh terdapat satu Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah di setiap negara. Ia mesti terbuka kepada semua. Ia mesti menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di seluruh wilayahnya. 7. KESEJAGATAN Gerakan di mana semua Persatuan mempunyai taraf yang sama serta berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama dalam membantu antara satu sama lain, di seluruh dunia.


22 STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN.


23


24


25 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Pasukan Pakaian Seragam Sekolah (PBSM) merupakan sebuah pertubuhan pelajar yang bertujuan untuk memupuk semangat kecemerlangan, kesukarelawanan, kepimpinan dan disiplin dalam kalangan pelajar. PBSM mempunyai struktur organisasi yang terdiri daripada beberapa pangkat, antaranya: i. Ketua PBSM - Ketua PBSM merupakan seorang pelajar yang dipilih untuk mengetuai seluruh pasukan di sekolah. Tugas Pengerusi PBSM termasuklah mengetuai mesyuarat PBSM, menjalankan program dan aktiviti PBSM, dan menguruskan hal ehwal seluruh pasukan. ii. Penolong Pengerusi PBSM - Penolong Pengerusi PBSM membantu Pengerusi PBSM dalam menjalankan tugas. Biasanya dua tiga orang Pembantu Kerusi PBSM ditugaskan. iii. Ajk Anxiety - Pegawai Kebimbangan (Ajk Anxiety) bertanggungjawab menguruskan hal-hal kebimbangan di sekolah, seperti menjalankan latihan kebakaran dan menguruskan langkah kecemasan. iv. Disiplin Ajk - Pakar Biro Disiplin (Ajk Disiplin) bertanggungjawab memastikan pelajar di sekolah


26 mematuhi peraturan dan etika PBSM. Mereka juga bertanggungjawab menjalankan latihan berkaitan disiplin. v. Ajk Kokurikulum - Biro Pakar Kurikulum (Ajk Kokurikulum) bertanggungjawab menguruskan program dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pasukan PBSM. vi. Ahli PBSM - Semua pelajar yang menyertai PBSM adalah ahli PBSM. Mereka bertanggungjawab menyertai program dan aktiviti PBSM serta mematuhi peraturan dan etika PBSM. Struktur organisasi PBSM di setiap sekolah mungkin berbeza mengikut keperluan dan keadaan sekolah itu sendiri, tetapi komponen utama struktur organisasi PBSM akan tetap sama. Secara keseluruhannya, struktur organisasi PBSM bertujuan untuk memastikan hal ehwal dan gerakan PBSM di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan. TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN. Takwim dan perancangan aktiviti tahunan PBSM adalah penting bagi memastikan semua aktiviti berjalan lancar dan mengikut objektif PBSM. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil dalam menyediakan kalendar dan mereka bentuk aktiviti tahunan PBSM: i. Tentukan objektif - Objektif yang jelas dan tepat perlu ditentukan bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan. Objektif ini perlu diselaraskan dengan misi dan visi PBSM serta matlamat pendidikan negeri. ii. Senaraikan aktiviti - Senaraikan semua aktiviti yang ingin anda jalankan dalam setahun termasuk aktiviti rasmi seperti kem motivasi, latihan, kursus dan juga aktiviti tidak rasmi seperti lawatan sambil belajar, gotong-royong dan sebagainya. iii. Tentukan tarikh - Tetapkan tarikh untuk setiap aktiviti. Pastikan tarikh ini tidak bertindih dengan cuti sekolah atau hari perayaan kebangsaan. iv. Tetapkan belanjawan - Tentukan belanjawan yang diperlukan untuk setiap aktiviti. Ini termasuk kos penyediaan makanan, penginapan, peralatan, bahan bacaan dan sebagainya. v. Agihkan tugas dan tanggungjawab - Agihkan tugas dan tanggungjawab untuk setiap guru pakar dan pembimbing yang terlibat dalam setiap aktiviti. Pastikan mereka memahami tugas mereka dan bertanggungjawab ke atasnya. vi. Reka bentuk strategi promosi - Wujudkan promosi yang sesuai untuk setiap aktiviti bagi memastikan aktiviti dihadiri oleh pakar PBSM, serta masyarakat setempat dan sekitar sekolah. vii. Penilaian dan penambahbaikan - Selepas setiap aktiviti selesai, jalankan penilaian untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan aktiviti tersebut. Gunakan maklumat ini untuk membuat


27 perancangan yang lebih baik pada tahun akan datang. Dalam membuat takwim dan merangka aktiviti tahunan PBSM, pastikan aktiviti yang dipilih adalah berkaitan dengan misi dan visi PBSM serta matlamat pendidikan negeri. Reka bentuk yang baik akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada pakar PBSM


28 NOTA-NOTA BERKAITAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH


29 TALI TEMALI SEJARAH TALI ● Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. ● Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, buluunta dan akar kayu. ● Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). ● Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akarakar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai,kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN ✔ Simpulan Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah,di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. ✔ Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untukjambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Sambat Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatuperalatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik,sambat pendek dan sambat mata. ✔ Mematikan hujung tali Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakantali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai


30 dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit. 5. JENIS-JENIS TALI a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah : • tali gentian manila • tali sabut • tali sas • tali kapas b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah : • tali nylon • tali hawser-laid • tali karamental • tali poltster • tali wayar • tali drilena AKTIVITI TALI ● Aktiviti panjat-mamanjat ● Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan. ● Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi. ● Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat. ● Aktiviti memancing. JENIS IKATAN DAN SIMPULAN ➢ Lilit Pemati Biasa ➢ Buku Sila ➢ Tindih Kasih ➢ Bunga Geti ➢ Simpul Manuk ➢ Simpul Pulih ➢ Simpul Himpit ➢ Simpul Bunga Geti Ganda ➢ Lilit Balak ➢ Belit Lucut ➢ Simpul Abah-abah ➢ Lilit Pasdul ➢ Lilit Tindih Kejap Lilit Pemati Biasa Fungsi: Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.


31 Teknik a) Letakkan tali kecil b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah. c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah. d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas 1. IKATAN BUKU SILA Kegunaan : Menyambungkan dua tali yang sama besar. Mengikat bungkusan. Mengikat atau mematikan anduh. 2. IKATAN BALAK Kegunaan : Mengikat atau mengheret kayu atau balak


32 3. SIMPUL MANUK Kegunaan :Mengikat tali pada batang kayu. Mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh. Mengikat khemah pada tiang kayu. Memulakan ikatan pada kayu. 4. IKATAN BUNGA GETI Kegunaan :Menyambung dua tali yang tidak sama besar. Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali. 5. IKATAN BUNGA GETI BERGANDA Kegunaan : Menyambung dua tali yang tidak sama besar supaya dapat digunakan dengan selamat.


33 6. IKATAN TINDIH KASIH Kegunaan : Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang). Mengikat atau menarik kayu. 7. IKATAN BELIT Kegunaan : Ikatan belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya. 8. IKATAN SERAYA Kegunaan : Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.


34 9. IKATAN SERONG Kegunaan : Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu. 10. IKATAN SILANG TUNGKU Kegunaan :Membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar dan panjangnya. 11. IKATAN PENCURI Kegunaan :Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.


35 12. IKATAN MATA KAIL Kegunaan :Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus/licin seperti tali tangsi. CARA PENJAGAAN TALI ● Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala. ● Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. ● Kita tidak boleh membasuh tali. ● Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. ● Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. ● Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai. ● Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji selalu supaya selamat semasa menggunakannya. CARA PENJAGAAN TALI ● Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala. ● Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. ● Kita tidak boleh membasuh tali. ● Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan.


36 ● Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. ● Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai. ● Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji selalu supaya selamat semasa menggunakannya. LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT IKATAN - Ikatan yang digunakan hendaklah ikatan yang kurang memberi tekanan pada tali dan mudah untuk dibuka (manuk) - Semua ikatan hendaklah dimatikan dengan setengah belit - Gunakan ikatan sokongan dihadapan simpulan utama. - Gunakan ikatan pancang untuk menahan palang utama. - Lapik setiap palang yang hendak diikat. SEBELUM DAN SELEPAS TALI DIIKAT (PEMERIKSAAN) - Tentukan tali tidak terpotong atau terputus. - Tentukan tali tidak hangus - Tentukan urat-urat tali - Tentukan tali tidak berkulat/bercendawan. - Tentukan tali tidak haus dan tergeser.


37 PERTOLONGAN CEMAS Apa itu pertolongan cemas? Apabila anda menyediakan rawatan perubatan asas kepada seseorang yang mengalami kecederaan atau sakit secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai pertolongan cemas. Dalam sesetengah kes, pertolongan cemas bermaksud sokongan awal yang diberikan kepada seseorang di antara (masa pertengahan) kecemasan perubatan. Sokongan ini mungkin dapat membantu mereka bertahan sehingga bantuan profesional tiba. Dalam kes-kes lain, tujuan pertolongan cemas adalah terdiri daripada penjagaan yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan kecil. Contohnya, tujuan pertolongan cemas sering sekali diperlukan untuk merawat luka terbakar kecil, luka, dan gigitan serangga. Objektif pertolongan cemas . 1. Menyelamatkan nyawa ,nyawa itu penting, kecederaan lain akan menjejaskan kualiti kehidupan TIDAK BOLEH dikompromi dengan menyelamatkan nyawa. 2. Mengelekkan keadaan mangsa menjadi lebih serius. Luka di balut . patah tulang distabilkan. Mencari kecederaan tersembunyi dan memberi rawatan. 3. Mengurangkan kesakitan , memberi semangat, menggerakkan bahagian yang tercedera dengan perlahan-lahan dan teliti. 4. Menguruskan pemindahan mengsa ke hospital. - Telefon Ambulance - Mulakan tekanan - AED - Ambulance - Rawatan rapi dihospital. Kepentingan dan tujuan pertolongan cemas. Jika anda belajar asas dan teknik pertolongan cemas, suatu hari anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang anda sayangi, rakan sekerja atau orang asing. Pertolongan cemas mungkin melibatkan tindakan mudah, seperti meletakkan seseorang di tempat yang betul untuk bernafas dengan bebas. Ia juga mungkin melibatkan aktiviti yang lebih mahir, seperti pemulihan pernafasan (CPR) jika mereka berhenti bernafas. 3 teknik pertolongan cemas untuk situasi kecemasan. Jika anda berdepan dengan situasi kecemasan, ikuti tiga langkah asas berikut.


38 Memeriksa tempat kejadian Sebelum membantu, periksa dahulu jika tempat atau keadaan tersebu selamat untuk anda.Sekiranya keselamatan anda berisiko, keluar dari kawasan itu dan dapatkan bantuan. Jika selamat, nilai keadaan orang yang sakit atau cedera tanpa menggerakkan mereka (kecuali jika terpaksa). • Hubungi bantuan perubatan jika perlu Sekiranya keadaan mangsa kritikal atau perlu dirujuk ke hospital, segera hubungi talian kecemasan. • Berikan penjagaan Tunggu bersama dengan mangsa sehingga bantuan profesional tiba. Sementara menantikan bantuan, lindungi mangsa dengan selimut hangat, selesa dan tenangkan mereka . Sekiranya anda tahu teknik pertolongan cemas, cuba lakukan rawatan asas.


39 Apa yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas? Bekalan asas • Plaster dalam pelbagai saiz dan bentuk • Kain kasa steril dalam pelbagai saiz dan bentuk • Pita pelekat dan bandages dalam pelbagai saiz dan bentuk • Bebola kapas • Pembalut elastik (elastic bandage) • Safety pin • Penganduh jari • Pek sejuk segera • Sarung tangan steril • Pengelap antiseptik (antiseptic wipes) • Air suling atau 0.9% larutan salin untuk membersihkan luka • Termometer • Tweezer • Splint • Gunting • Semua arahan atau manual untuk setiap item dalam kit • Cawan ubat, sudu atau jarum • Ubat-ubatan


40 • Ubat preskripsi untuk kecemasan (jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan ubat yang khusus) • Antihistamin • Ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau aspirin • Ubat selesema dan ubat batuk • Ubat anti cirit-birit • Bahan dressing • Sabun, minyak, krim, losen, ethyl alcohol, pelincir, pelindung matahari, sanitizer dan penghalang serangga yang disteril Gigitan/Sengatan/Cakaran Haiwan atau Serangga Sebarang kecederaan yang melukakan kulit berisiko untuk dijangkiti. Ini termasuk penyakit seperti jangkitan pada kulit, penyakit anjing gila, bakteremia, denggi, dll. Ambil tindakan segera untuk meminimumkan sebarang risiko. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan


41 Luka dan Melecet Kebanyakan luka boleh dirawat dengan selamat di rumah. Walau bagaimanapun, jika luka tidak berhenti berdarah, atau terlalu besar, merekah, dan dalam, anak anda memerlukan rawatan perubatan segera. Namun begitu, bantuan kecemasan masih diperlukan jika lukanya teruk atau jika perjalanan ke hospital mengambil masa yang lama.


42 TERCEKIK Pengenalan Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak. Gejala dan Tanda-Tanda 1. Susah bernafas secara tiba-tiba 2. Bunyi pernafasan tidak normal 3. Menggenggam kerongkong/leher 4. Susah bercakap 5. Batuk 6. Kebiru-biruan pada bibir 7. Pernafasan yang laju 8. Pengsan 9. • Rawatan Awal Di tempat Kejadian 1. Bayi – berumur kurang dari 1 tahun (sedar) Pastikan bayi boleh menangis atau batuk Buka mulut bayi dan periksa benda asing. Keluarkan jika kelihatan. (Jangan lakukan jolokkan jari kedalam mulut bayi yang mana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk) Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi terkulai sedikit kebawah Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengh dada dan lakukan 5 kali tekanan Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR Hubungi ambulans (999) 2. Kanak-kanak – 1 hingga 8 tahun (sedar) Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau batuk, Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga benda asing keluar Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah. Sekiranya gagal, lakukan Heimlich Manouvre (tekanan di bawah diafragma) sehingga benda asing terkeluar.Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri Hubungi ambulans (999)


43 3. Dewasa (sedar) Arahkan mangsa supaya batuk beberapa kali sehingga benda asing terkeluar Sekiranya gagal, bongkokkan mangsa ke depan dan tepuk sebanyak 5 kali di belakang tulang belikat Sekiranya gagal lakukan ‘Heimlich Manouvre’ Berdiri di belakang mangsa ,Letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang mangsa Tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat kearah dalam dan ke atas Bagi wanita yang mengandung atau mangsa yang gemuk tekanan dada boleh dilakukan. Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan, Lakukan CPR sekiranya mangsa pengsan Hubungi ambulans 4. Bayi berumur kurang dari 1 tahun (tidak sedar) Nilai keadaan bayi Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu bayi Periksa mulut bayi sekiranya terdapat bendasing Keluarkan bendasing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan Sekiranya bayi tidak bernafas setelah bendasing dikeluarkan berikan bantuan pernafasan Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan bayi Jika tiada, lakukan CPR Hubungi ambulans (999) 5. Kanak-kanak 8 tahun Keatas dan Dewasa (Tidak Sedar) Nilai keadaan mangsa Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu mangsa Periksa mulut mangsa sekiranya terdapat benda asing Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah benda asing dikeluarkan, berikan bantuan pernafasan Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan mangsa Jika tiada, lakukan CPR Hubungi ambulans (999) • Langkah Pencegahan Jangan biarkan kanak- kanak makan ketika bermain Makanan hendaklah dalam bentuk saiz kunyahan Memastikan tempat-tempat permainanan kanak-kanak tidak terdapat benda-benda kecil seperti manikmanik, butang, duit syiling dan sebagainya Elakkan makanan yang mudah menyebabkan tercekik bagi kanak-kanak Elakkan permainan- permainan kecil yang mudah dimasukkan ke dalam mulut kanak-kanak • Komplikasi ❖ Jangkitan pada paru-paru ❖ Kerosakkan pada otak ❖ Kematian


44 Teknik kecemasan selamatkan kanak-kanak tercekik Caranya-caranya : 1. Berdiri di belakang orang itu. Letakkan satu kaki sedikit di hadapan yang lain untuk keseimbangan. Lingkarkan lengan anda di pinggang. Tundukkan orang itu sedikit ke hadapan. 2. Buat penumbuk dengan sebelah tangan. Letakkannya sedikit di atas pusat orang itu. 3. Genggam penumbuk dengan tangan yang lain. Tekan kuat ke dlm perut dgn tujahan yang cepat ke atas; seolah-olah cuba mengangkat orang itu. 4. Lakukan 6-10 tujahan perut sehingga sumbatan hilang. Jika bayi yang tercekik, bagaimana pula?


45 1. Berikan 5 pukulan belakang (back blows). Letakkan bayi anda menghadap ke bawah pada lengan bawah anda dan genggam rahangnya dengan tangan anda. Letakkan lengan anda pada kaki anda. Dengan tumit tangan anda yang sebelah lagi, berikan kanak-kanak itu lima pukulan kuat dan laju di antara tulang belikatnya. 2. Berikan 5 tujahan dada (chest thrusts). Jika objek tidak terkeluar, pusingkan muka bayi ke atas dan sandarkan di atas paha anda. Dengan telunjuk dan jari tengah anda di tengah tulang payudaranya (tepat di bawah puting), berikan lima tujahan dadanya sedalam 1-1.5 inci. Buat bergantian antara pukulan belakang dan tujahan dada sehingga dia batuk objek tersebut atau mula bernafas sendiri. Lihat dalam mulut untuk memeriksa sama ada anda boleh melihat objek itu. Jika anda dapat melihat objek itu keluarkannya dengan berhati-hati dengan jari anda. JANTUNG Apa itu penyakit jantung? Untuk pengetahuan anda, penyakit ini merangkumi pelbagai kondisi kesihatan yang boleh berlaku kepada organ jantung manusia. Antara penyakit yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti berikut: i. Penyakit koronari arteri


46 ii. Penyakit salur darah iii. Penyakit masalah degupan jantung iv. Penyakit jantung kongenital Terma penyakit jantung juga sering kali disebut sebagai penyakit kardiovaskular yang merujuk kepada penyakit berkaitan penyempitan atau penyumbatan salur darah yang akan mengakibatkan serangan jantung, angina dan strok. Selain itu juga, segala kondisi yang menjejaskan otot, injap dan ritma jantung turut tergolong dalam kategori penyakit ini. Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit ini merangkumi pelbagai jenis kondisi terhadap organ jantung. Apa punca penyakit jantung? Disebabkan itu, punca-punca ia berlaku juga adalah berbeza bergantung kepada kondisi dan individu itu sendiri. Pun begitu, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berkaitan jantung berlaku kepada anda, termasuklah i. Usia – Peningkatan usia akan meningkatkan risiko penyakit ini berlaku kepada anda ii. Jantina – Lelaki adalah lebih berisiko berbanding wanita iii. Sejarah keluarga – Sesiapa yang ada ahli keluarga dengan kondisi ini, anda adalah lebih berisiko iv. Menghisap rokok – Nikotin akan menjejaskan dan merosakkan salur darah anda v. Meminum alkohol – Sama seperti rokok, ia juga akan meningkatkan risiko penyakit ini vi. Diet tidak seimbang – Diet tinggi lemak, garam, gula dan kolesterol adalah tidak bagus untuk jantung vii. Tekanan darah tinggi – Tekanan darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan arteri terjejas viii. Kadar kolesterol tinggi – Kadar kolesterol yang tidak terkawal boleh membentuk plak dan atherosclerosis ix. Fizikal tidak aktif – Kurang melakukan senaman boleh meningkatkan risiko penyakit ini x. Kondisi kesihatan tertentu – Kondisi seperti obesiti, diabetes dan stres juga adalah faktor risiko xi. Pengambilan ubatan tertentu – Ubatan kimoterapi juga boleh jadi punca penyakit kardiovaskular.


47 Cara merawat penyakit jantung Kebanyakan penyakit berkaitan jantung memerlukan pembedahan terbuka untuk merawatnya. Sebagai contoh, penyakit arteri tersumbat boleh dirawat dengan menjalani prosedur angioplasty (pintasan jantung atau bypass) untuk membetulkan semula penyumbatan ini.Begitu juga dengan pelbagai lagi penyakit berkaitan organ ini kerana mungkin tidak wujud cara lain untuk membetulkan kelainan pada jantung. Pun begitu, ia adalah satu kenyataan yang boleh disangkal kerana ada cara lain selain daripada pembedahan. Pencegahan awal Pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan seterusnya mencegah dari terus mendapat penyakit jantung ini. Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Sesungguhnya amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat adalah jalan yang terbaik untuk mengatasi penyakit jantung dari wujud di dalam diri kita.


48 Cara untuk mengelakkan Sakit Jantung Seperti yang telah diterangkan di atas, sakit jantung adalah disebabkan beberapa faktor risiko. Cara utama untuk mengelakkan masalah ini adalah: 1. Kawal tekanan darah Tekanan darah tinggi adalah punca utama kepada masalah jantung. Ia adalah penting untuk memeriksa tekanan darah secara berkala terutama mereka yang sudah berumur 40 tahun ke atas. Ini kerana terdapat beberapa pesakit yang tidak mengetahui dia mempunyai penyakit tekanan darah tinggi ini sehinggalah dia mendapat sakit jantung. Jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi, dia perlu mengambil ubat darah tinggi untuk mengawal tekanan darah tersebut. 2. Kawal kolesterol Kolesterol tinggi boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Perubahan dalam gaya hidup dan jenis permakanan boleh mengelakkan bacaan kolesterol menjadi tinggi. Kolesterol boleh dikawal dengan cara bersenam, mengambil diet yang betul ataupun mengambil ubat kolesterol 3. Senaman yang berkala Senamanan lebih daripada 90 minit dalam seminggu terbukti dapat mengurangkan kolesterol bahkan ia juga dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung. 4. Makan makanan yang sihat Cara permakanan yang dianjurkan oleh kementerian kesihatan Malaysia adalah dengan mengamalkan pinggan suku suku separuh. Dimana suku pinggan mempunyai makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi atau mee hoon. Suku lagi adalah lauk dan separuh daripada pinggan adalah sayur. Elakkan mengambil secara kerap makanan dan minuman yang manis. Ini kerana makanan ini boleh menyebabkan kencing manis dan kolesterol tinggi yang boleh berakhir dengan masalah jantung 5. Tangani stress Stress atau tekanan yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko kepada masalah ini. Oleh itu, belajar cara untuk menangani stress dengan teknik relaksasi. Jika tidak mampu, boleh berjumpa dengan kaunselor untuk berceritakan masalah anda. 6. Pastikan dapat tidur yang cukup Terdapat satu keadaan yang dinamakan sebagai Sleep Apnea dimana pesakit akan berhenti bernafas ketika dalam tidur disebabkan saluran pernafasannya tersumbat. Perkara ini selalu terjadi bagi mereka yang berlebihan berat badan. Kajian kini menunjukkan mereka yang mengalami masalah sleep apnea ini meningkatkan risiko serangan sakit jantung. Selalunya pasangan akan mengadu pesakit mempunyai dengkur yang kuat diikuti dengan tiba-tiba berhenti bernafas. Kemudian pesakit akan terbatuk atau terbangun daripada tidur disebabkan hendak bernafas. Jika ada masalah ini, cepat-cepat berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah sleep apnea ini.


49 CPR Apakah CPR? Maksud CPR ialah Cardio-Pulmonary Resuscitation yang merupakan kaedah pertolongan cemas berfungsi untuk mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru, otak dan organ-organ penting yang lain. Prosedur ini merangkumi tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan ianya sangat penting kerana boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Melakukan CPR dengan kadar yang segera boleh meningkatkan peluang mangsa untuk hidup sehingga dua ke tiga kali ganda lebih tinggi. Amatlah penting bagi setiap orang awam untuk mempunyai ilmu tentang CPR dan mengetahui teknik melakukannya sebagai langkah awal untuk menyelamatkan mangsa sementara menunggu kakitangan terlatih atau paramedik tiba di tempat kejadian. Prinsip pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, mengurangkan kesakitan mangsa, dan mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk. Apa Yang Anda Perlu Pastikan Sebelum Melakukan CPR? Sebelum melakukan CPR, penting untuk anda memastikan beberapa perkara terlebih dahulu, seperti: 1. Adakah Keadaan Sekeliling Selamat Untuk Melakukan CPR Kepada Mangsa? Seandainya mangsa ditemui di tengah jalan, dapatkan bantuan untuk memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. Jika kelihatan mangsa mempunyai kecederaan atau khuatir ada tulang yang patah, adalah sebaiknya untuk tidak memindahkan mangsa kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih teruk. 2. Adakah Mangsa Dalam Keadaan Sedar, Separa Sedar Atau Tidak Sedar? Perhatikan sama ada mangsa mempunyai tindak balas. Jika mangsa tidak sedar, cuba untuk gerakkan mangsa atau tepuk di bahu dan panggil mangsa dengan kuat. 3. Adakah Mangsa Bernafas? Anda boleh menilai dengan memerhatikan sama ada dada mangsa bergerak naik dan turun atau statik. Anda juga boleh mendekatkan telinga anda ke mulut dan hidung mangsa selama 10 saat untuk memastikan sama ada terdapat hembusan nafas ataupun tidak. 4. Periksa Denyutan Nadi Mangsa Periksa nadi mangsa di bahagian pergelangan tangan dan tepi leher untuk memastikan degupan jantung mangsa. 5. Minta Bantuan Jika anda melihat tiada pergerakan ataupun nafas mangsa terhenti, sila hubungi unit kecemasan (999) dengan kadar segera dan mulakan prosedur CPR terlebih dahulu sementara menunggu paramedik tiba. Sekiranya terdapat orang lain di sekeliling anda, arahkan orang lain untuk segera menghubungi talian kecemasan sementara anda memulakan CPR secepat mungkin. Kaedah CPR Yang Betul


50 CPR merangkumi penilaian dan bantuan asas yang melibatkan: 1. Bukaan salur pernafasan. 2. Bantuan pernafasan. 3. Bantuan peredaran darah melalui tekanan dada. 4. Penggunaan Automated External Defibrillator (AED). 5. Pengurusan mangsa tercekik oleh benda asing Berikut adalah garis panduan CPR untuk orang dewasa dan cara-cara bagi menekankan kepentingan CPR yang berkualiti tinggi. Untuk melaksanakan protokol CPR, anda hanya perlu mengingati singkatan DRS ABCD. D Danger BAHAYA • Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat. • Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya. • Pakai sarung tangan jika ada. R Response TINDAK BALAS • Tepuk bahu mangsa. • Tanya dengan jelas “Helo! Helo! Adakah anda OK?” • Jika mangsa bertindak balas: - Pastikan mangsa dalam keadaan yang selamat. - Tanya keadaan mangsa. - Dapatkan bantuan jika perlu. - Periksa semula secara berkala. • Jika tiada tindak balas, teruskan ke langkah seterusnya. S Shout JERIT MINTA BANTUAN • Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!”


Click to View FlipBook Version