The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI JAMILAH JAIS, 2023-03-08 00:43:44

buku log PBSM sem 5

buku log PBSM sem 5

101 HARI KETIGA TARIKH : 24.02.2023 HARI : JUMAAT TEMPAT : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU MASA : 8.00 PAGI sehingga 5.00 PETANG KEHADIRAN : 32 ORANG AKTIVITI : UJIAN MASAKAN DAN PANDU ARAH . PENSYARAH TERLIBAT : EN BADRUL ZAMAN DAN EN MUSTAFA KAMAL ( EN MUS ) Tibalah hari terakhir kami dalam kem unit beruniform, seperti biasa seawal jam 8.00pagi,kami di arahkan berkumpul di lobi IPG dan memulakan aktiviti dengan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PBSM, dalam pada masa yang sama bendera Malaysia di naikkan oleh seorang pelajar bernama Hafiz semasa semua pelajar menyanyikan lagi Negaraku. Juru latih memberi taklimat terakhir. Tepat jam 8.30 pagi kami diberi penerangan tentang topik ikhtiar hidup dan masakan oleh Hj Mus , penerangan tersebut mengambil masa dalam 15minit sahaja. Selesai mendengar penerangan, serta kami di arahkan untuk mengutip bahan-bahan yang mudah terbakar seperti ranting kayu, daun kering, kayu kering, daun pisang dan sebagainya.sebelum itu kami diberikan parang, 3batang mancis, Messtin ( sebagai dapur dan bekas makan), dan kapas facemask untuk memudahkan menghidupkan api. Walaubagaimanapun sebelum bermulanya kem ini kami mendapat arahan supaya membawa barang -barang makanan mengikut kumpulan masing-masing, seperti meggi, telur 2biji, tepung 2cawan dan sedikit garam untuk aktiviti memasak ini. Setelah itu kami memulakan aktiviti masakan bermula dengan menghidupkan api, kumpulan kami telah menggunakan 2 batang mancis daripada 3batang yang diberikan. Jurulatih telah memberi 4 cara masakan iaitu Setiap kumpulan dikehendaki merakam ujian masakan ala rimba yang dilakukan bersama ahli-ahli kumpulan. Berikut adalah maklumat tentang ujian memasak Setiap kumpulan boleh memilih tiga daripada mana-mana teknik masakan ala rimba, Merebus, Membakar, Menyalai dan Masak dalam tanah. Oleh itu Peruntukan masa yang diberikan ialah selama 2 (dua) jam sahaja. Walaubagaimanapun penilaian berdasarkan teknik masakan, kepelbagaian jenis masakan, kreativiti, penggunaan alatan daripada sumber alam, kesempurnaan masakan dan persembahan hidangan menggunakan bahan semula jadi. Selesai memasak menu yang telah ditetapkan kami perlu menghidangkan secara kreatif dengan menggunakan bahan di sekeliling dan di mintak ketua kumpulan untuk membentangkan hasil daripada menu masakan kumpulan kami. Markah akan diberikan mengikut kreateria seperti berikut iaitu memasak dengan menggunakan 3 teknik masakan ala rimba dalam masa yang ditetapkan. Serta dapat Menyediakan pelbagai jenis masakan dengan sangat kreatif. Mereka dapat menggunakan pelbagai sumber alam yang sangat sesuai dan selamat sebagai alat memasak. Masakan sangat sempurna.


102 Persembahan hasil menggunakan bahan semula jadi dan sangat kreatif. Markah keseluruhan yang diberikan adalah sebanyak 10 %. Pada hari terakhir ini kami berasa sangat bertuah sekali, kerana kunjungan mesra dari pengarah IPG iaitu Puan Nor Asilah Binti Othman dan penolong pengarah IPG iaitu Puan Dr Miwarna binti Mohd Rashid telah melawat kawasan perkhemahan kami dan memberi kata-kata nasihat serta mengambil gambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan. Sesi mengemas semula khemah dan sekitarnya di buat setelah tamatnya sesi bergambar bersama pengarah IPG. Kami diberi masa 2jam untuk berehat dan menunaikan solat jumaat bagi pelajar lelaki, setelah itu kami perlu berkumpul di tapak perkhemahan untuk membuat aktiviti permainan pandu arah menggunakan kampos yang telah disediakan dengan arahan daripada jurulatih (Pak Bad) . Alhamdulillah selesai kursus unit beruniform kami untuk semester 5 ini. walaubagaimanapun kami perlu membuat buku log PBSM untuk melengkapkan jam kredit unit beruniform ini dan sebagai mencukupkan markah sebanyak 40% lagi untuk buku log ini. semoga berjaya semua. Terima kasih di ucapkan kepada pensyarah merangkap jurulatih kami dalam kursus ini iaitu En Badrul Zaman ( Pak Bad) .


103


104 GAMBAR AKTIVITI : HARI PERTAMA


105 HARI KEDUA :


106 HARI KETIGA


107


108 SIJIL DAN ANUGERAH


109


110 RUJUKAN : Atif, F. (2013). Pengurusan PBSM. Retrieved July 16, 2021, from https://www.scribd.com/doc/139540084/pengurusan-pbsm Guest. (t.t.). Lambang Cogan Kata. Retrieved July 16, 2021, from https://pdfcoffee.com/lambang-cogankata-pdf-free.html Sufian, N. (t.t.). PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK. Retrieved July 16, 2021 https://www.academia.edu/22529519/PERSATUAN_BULAN_SABIT_MERAH_SK Zin, N. (t.t.). Perlembagaan persatuan bulan sabit merah. Retrieved July 16, 2021 https://www.academia.edu/26270791/Perlembagaan_persatuan_bulan_sabit_merah Ab Alim Abdul Rahim 2004. Penduan perkhemahan, simpulan dan pioneering kuala Lumpur. Fajar sakti sdn bhd Ab Alim Abdul Rahim ( 2004 ). Pengurusan jejak kerja korikulum. Kuala Lumpur Fajar sdn bhd Consalvo. C. ( 2012) experiential training activities for outside and in. New york: Amherst: crescent News sdn bhd. Isa Abdul Rahman. ( 1989). Pertolongan cemas. Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur : crescent New sdn bhd. Kim Duffek ( 2008) creating outdoor classroom: schoolyard habitats and Gardens for thesouthwest. Texes :university of Texas press. Martin B. ( 2006) .Outdoor Leadershi: Theory and practice. Campaingn .lL. Human kinetics persatuan orienteering Malaysia. ( 2010). Teknik Asas orienteering. Kuala Lumpur: Budiman Persatuan pengakap Malaysia ( 2009). Buku panduan fan skim Latihan pengakap kelana. Kuala Lumpur, Persekutuan Pengakap Malaysia https://www.slideshare.net/drhapizi/sejarah-bsmm-69819835 https://kelanasepang.wordpress.com/persediaan-buku-log/ https://www.scribd.com/document/272547095/Tali-Temali


Click to View FlipBook Version