The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI JAMILAH JAIS, 2023-03-08 00:43:44

buku log PBSM sem 5

buku log PBSM sem 5

51 • Jika anda berseorangan, hubungi 999 dan biarkan dalam mod pembesar suara. • Teruskan langkah-langkah CPR seterusnya. R Response TINDAK BALAS • Tepuk bahu mangsa. • Tanya dengan jelas “Helo! Helo! Adakah anda OK?” • Jika mangsa bertindak balas: - Pastikan mangsa dalam keadaan yang selamat. - Tanya keadaan mangsa. - Dapatkan bantuan jika perlu. - Periksa semula secara berkala. • Jika tiada tindak balas, teruskan ke langkah seterusnya. S Shout JERIT MINTA BANTUAN • Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!” • Jika anda berseorangan, hubungi 999 dan biarkan dalam mod pembesar suara. • Teruskan langkah-langkah CPR seterusnya. A Airway BUKA SALURAN PERNAFASAN • Dengan berada di sebelah mangsa, dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa (Head tilt - chin lift). B Breathing PERNAFASAN • Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh tidak melebihi 10 saat). • Jika tidak, mulakan tekanan dada. • Jika mangsa bernafas terlalu perlahan atau tidak normal (agonal breathing and gasping) atau jika anda tidak pasti, anggap mangsa tidak bernafas.


52 PEREDARAN DARAH • Duduk di sebelah mangsa dan letakkan sebelah tapak tangan di tengah dada mangsa. Letakkan sebelah tangan lagi di atas tangan yang pertama dan silangkan jari-jari anda. Luruskan lengan dan siku. Pastikan bahu anda tegak di atas dada mangsa dan tekan ke bawah. • Tekan dada dengan kualiti tinggi seperti berikut: - Kelajuan: 100 ke 120 kali seminit - Kedalaman: 5 ke 6 cm - Pastikan dada recoil ke posisi asal sebelum menekan semula - Kurangkan gangguan semasa menekan dada - Nisbah tekanan dada dan bantuan pernafasan 30:2 (30 tekanan, 2 bantuan pernafasan) - Setiap bantuan pernafasan selama 1 saat • Jangan tekan di bahagian rusuk dan perut mangsa. D Danger BAHAYA • Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat. • Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya. • Pakai sarung tangan jika ada. R Response TINDAK BALAS • Tepuk bahu mangsa. • Tanya dengan jelas “Helo! Helo! Adakah anda OK?” • Jika mangsa bertindak balas: - Pastikan mangsa dalam keadaan yang selamat. - Tanya keadaan mangsa.


53 - Dapatkan bantuan jika perlu. - Periksa semula secara berkala. • Jika tiada tindak balas, teruskan ke langkah seterusnya. S Shout JERIT MINTA BANTUAN • Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!” • Jika anda berseorangan, hubungi 999 dan biarkan dalam mod pembesar suara. • Teruskan langkah-langkah CPR seterusnya. A Airway BUKA SALURAN PERNAFASAN • Dengan berada di sebelah mangsa, dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa (Head tilt - chin lift). B Breathing PERNAFASAN • Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh tidak melebihi 10 saat). • Jika tidak, mulakan tekanan dada. • Jika mangsa bernafas terlalu perlahan atau tidak normal (agonal breathing and gasping) atau jika anda tidak pasti, anggap mangsa tidak bernafas. C Circulation PEREDARAN DARAH • Duduk di sebelah mangsa dan letakkan sebelah tapak tangan di tengah dada mangsa. Letakkan sebelah tangan lagi di atas tangan yang pertama dan silangkan jari-jari anda. Luruskan lengan dan siku. Pastikan bahu anda tegak di atas dada mangsa dan tekan ke bawah. • Tekan dada dengan kualiti tinggi seperti berikut: - Kelajuan: 100 ke 120 kali seminit - Kedalaman: 5 ke 6 cm - Pastikan dada recoil ke posisi asal sebelum menekan semula - Kurangkan gangguan semasa menekan dada


54 - Nisbah tekanan dada dan bantuan pernafasan 30:2 (30 tekanan, 2 bantuan pernafasan) - Setiap bantuan pernafasan selama 1 saat • Jangan tekan di bahagian rusuk dan perut mangsa. • Bantuan Pernafasan “Rescue Breath” • Berikan bantuan pernafasan semasa menekan dada pada kadar 30 tekanan dada:2 hembusan nafas. • 2 hembusan nafas tersebut mesti tidak lebih daripada 10 saat sehingga mengganggu proses menekan dada. • Bantuan pernafasan melalui pocket mask: - Posisikan diri anda di sebelah mangsa dan letakkan pocket mask pada muka mangsa dan rapatkan ke muka mangsa dengan menutupi hidung dan mulut mangsa. - Letakkan jari telunjuk dan ibu jari pada pocket mask dengan jari-jari lain pada rahang mangsa sambil dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. - Hembus selama satu saat dan perhatikan sama ada dada pesakit naik dengan hembusan yang diberikan.


55 - Ulang sekali lagi dan sambung tekan dada. • Bantuan pernafasan mulut ke mulut: - - Pakai face shield, jika ada. - Picit hidung mangsa dengan jari telunjuk dan ibu jari anda dan angkat dagu mangsa dengan biarkan mulut mangsa terbuka. - Tarik nafas anda dan letakkan mulut anda pada mulut mangsa dengan rapat dan hembus selama satu saat. - Kekalkan bukaan saluran pernafasan sementara anda mengangkat muka anda dan menarik nafas semula. - Perhatikan sama ada dada mangsa naik dengan hembusan yang diberikan. - Tarik nafas sekali lagi dan hembus semula ke mulut mangsa. - Sambung menekan dada. D Defibrillation DEFIBRILASI • Arahkan seseorang untuk mendapatkan AED jika ada. • Pasang pad AED pada dada mangsa dan ikut arahan AED. • Jika defibrilasi/shock disarankan, pastikan tiada sesiapa memegang mangsa dan tekan butang shock pada AED. • Sambung tekan dada segera selepas defibrilasi. • Jika tiada defibrilasi/shock disarankan, teruskan tekan dada. • Jika anda bersendirian dengan mangsa di tempat kejadian, jangan tinggalkan mangsa dan terus mulakan tekan dada. • Periksa semula mangsa selepas setiap 2 minit.


56 • Teruskan CPR melainkan mangsa mula bernafas semula atau anda sudah letih dan tidak mampu melakukan tekanan dada lagi atau bantuan telah tiba atau mangsa menunjukkan tiada tanda-tanda kehidupan. Siapakah Yang Boleh Melakukan CPR? Sesiapa sahaja boleh belajar CPR - dan semua orang mesti ada pengetahuan ini. Kita haruslah mendidik masyarakat kita untuk sama-sama menyedari kepentingan CPR kerana bila-bila masa sahaja kita mungkin akan berhadapan dengan situasi kecemasan yang memerlukan CPR. Sangat disarankan untuk dalam setiap rumah atau mana mana tempat tinggal dan tempat kerja, ada sekurang-kurangnya seorang yang boleh melakukan CPR. Bagaimanapun, sekiranya anda adalah; Wanita mengandung yang berada dalam trimester yang terakhir, atau Mempunyai masalah sakit belakang, tangan dan lutut yang cedera, Sebaiknya untuk anda tidak melakukan CPR kerana prosedur ini memerlukan tahap keupayaan fizikal yang kuat. Anda boleh membantu dengan mendapatkan bantuan


57 talian kecemasan atau bantuan dari orang sekeliling. Sebagai pemerhati atau saksi ketika mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri, anda tidak perlu takut. Buangkan rasa panik tersebut kerana tindakan berani anda boleh membantu mangsa. Untuk menyelamatkan mangsa, apa yang penting ialah secepat mana CPR dimulakan. Semakin lewat kita membantu mangsa, semakin rendah peluang untuk mangsa kembali sedar. Akhir kata, lakukanlah CPR walaupun hanya dengan menekan dada kerana ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Rujuk kepada doktor jika anda ingin mengetahui tentang cara CPR secara lebih lanjut. Alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam. Apabila seseorang tiada nadi dan pernafasan, serta kehilangan kesedaran, keadaan ini dikenali sebagai serangan jantung secara tiba-tiba atau Sudden Cardiac Arrest (SCA). Dalam keadaan ini, pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) dan perangkat sengatan jantung amat diperlukan. CPR yang meliputi tekanan dada dan pernafasan bantuan bertujuan untuk memastikan aliran oksigen ke dalam otak dan mengelakkan kematian otak kepada mangsa. Perangkat sengatan jantung atau Automated External Defibrillator, merupakan sesuatu arus elektrik yang dipakai ke atas dada mangsa untuk membantu jantung dalam mengepam darah semula. Bagaimanakah Cara untuk Menggunakan Automated External Defibrillator ? 1) Apabila mendapat AED, pasangkan dan buka penutupnya. 2) Keluarkan semua pakaian mangsa pada bahagian dada. Pastikan dada adalah kering dan bersihkan rambut yang berlebihan. 3) Keluarkan pad elektrod dan letak ke atas dada mangsa. Pastikan tanda “+” adalah di bahagian tengah dada. 4) Apabila AED sedang menganalisis denyutan jantung mangsa, pastikan tiada sesiapa yang menyentuhnya.


58 5) Jika AED memberi nasihat untuk menyampaikan shock kepada mangsa, tekan butang shock (Pastikan tiada sesiapa yang menyentuh mangsa) 6) Kalau alat AED tidak memberi nasihat untuk menyampaikan shock, lakukan CPR dengan segera. Selepas satu kitaran CPR (30 tekanan dada dan 2 pernafasan bantuan), AED akan menganalisis denyutan jantung mangsa sekali, dan akan memberi nasihat untuk menyampaikan shock atau lakukan CPR secara berterusan. 7) Ikuti arahan yang diberi oleh AED sehingga mangsa sedar semula atau ambulans sampai. PATAH TULANG Tahukah anda bahawa semasa kanak-kanak anda berisiko mengalami patah tulang sebanyak 10 peratus? Apabila mencapai umur lebih 50 tahun, risiko meningkat kepada 25% hingga 50%. Patah tulang adalah perkara biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di mana-mana peringkat umur. Patah tulang paling kerap disebabkan oleh kecederaan daripada bersukan, jatuh, kemalangan kereta atau sebarang aktiviti fizikal. Ada beberapa keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan tulang menjadi lebih cenderung terhadap patah tulang. Keadaan kesihatan termasuk osteoporosis, penyakit tulang rapuh (osteogenesis tidak sempurna), kelenjar paratiroid yang terlalu aktif dan beberapa jenis kanser. Anda boleh mengetahui jika anda mempunyai patah tulang sekiranya anda berasa sakit, kebas atau bengkak di kawasan yang cedera. Biasanya rasa sakit bertambah buruk dengan pergerakan dan kawasan yang cedera berwarna biru. Dalam kes-kes yang lebih serius, tulang boleh menonjol melalui kulit dan menyebabkan pendarahan yang banyak. Langkah-langkah untuk membantu patah tulang anda. Adalah penting untuk anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila anda atau orang yang tersayang patah kaki di rumah. Apabila terdapat kemalangan yang memerlukan bantuan perubatan, hubungi hospital atau klinik kecemasan terdekat anda. Semasa menunggu, berikut adalah beberapa langkah mudah untuk diikuti: Langkah 1. Jangan bergerak jika tidak perlu. Untuk mengelakkan kecederaan selanjutnya, menstabilkan kawasan yang cedera dengan kekal diam. Jangan memindahkan mangsa yang cedera jika belakang atau lehernya


59 cedera. Untuk menyokong kawasan yang cedera, anda boleh melipat sepotong kadbod atau majalah dan perlahan-lahan meletakkan di bawah anggota badan. Kemudian ikat dengan berhati-hati dengan kepingan kain. Langkah 2. Sekiranya terdapat pendarahan, hentikan pendarahan dengan membalut ketat kawasan yang cedera dengan pembalut steril atau kain. Langkah 3. Sekiranya orang yang cedera menunjukkan tanda-tanda kejutan, tutupinya dengan selimut manakala kaki dinaikkan kira-kira 30 cm. Tanda-tanda kejutan termasuk pening, kelemahan, kulit pucat dan berpeluh, sesak nafas dan peningkatan kadar dengupan jantung. Langkah 4. Untuk membantu mengurangkan bengkak, anda boleh meletakkan pek ais atau tuam sejuk ke kawasan itu. Walau bagaimanapun, jangan letakkan terus ais pada kulit. Bungkusnya dengan tuala atau kain terlebih dahulu. Langkah 5. Tunggu untuk rawatan perubatan.


60 Bagaimana doktor merawat patah tulang? Sebelum rawatan, doktor akan mengesahkan patah tulang dengan melakukan ujian berikut: 1) Pemeriksaan fizikal 2) Sinar-X 3) Imbasan CT 4) Imbasan MRI Doktor anda akan memastikan tulang pada kedudukan yang betul sebelum meletakkan tuangan (cast) di atasnya. Kadang pembedahan diperlukan untuk meletakkan batang logam atau plat untuk memegang kepingan tulang bersama-sama. Bergantung pada usia dan keadaan kesihatan anda, tulang mungkin mengambil masa 6 hingga 8 minggu. Petua penjagaan diri untuk patah tulang. Selepas pembedahan, doktor atau jururawat anda akan memeriksa tanda-tanda jangkitan atau kulit pucat. Anda mungkin diberi ubat melegakan kesakitan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Sehingga cast dikeluarkan, lebih baik anda berehat dan elakkan mengangkat atau memandu. Jauhi haba dan elakkan daripada basah.Jika anda mempunyai tongkat (cruth), anda harus belajar cara menggunakannya dengan betul. Sekiranya anda rasa gatal dari cast, jangan lakukan apa-apa. Sebaliknya, tiupkan udara sejuk untuk mengurangkan kegatalan. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk merawat patah tulang, anda boleh menghubungi nombor kecemasan setempat anda dan meminta panduan. Ingatlah untuk bertenang dan tidak tekanan. Adalah idea yang baik untuk menjaga orang yang cedera sedar dan mengalihkan perhatian mereka daripada rasa sakit dengan bercakap dengan mereka.


61 ANDUH DAN BALUTAN Kain Anduh (sling) ialah pembalut berbentuk segi tiga yang sangat penting dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam pertolongan cemas. Sesuai dibuat dari kain jenis belacu. Kain anduh yang baik berukuran 90cm x 90cm x 130cm Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer. 1. Mengampu bahagian badan yang cedera atau patah. 2. Menghenti atau menahan pendarahan. 3. Menutup tempat yang luka atau cedera. 4. Menetapkan bahagian yang cedera. 5. Mengawal pergerakan bahagian yang cedera. ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN - Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. - Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. - Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. 2. ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN - Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. - Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi:


62 - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas 3. PEMBALUT CINCIN - Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam. - Diperbuat daripada pembalut tirus. - Digunakan untuk menutup luka. balutan luka dada hadapan balutan luka dada belakang balutan luka bahu balutan luka siku balutan luka peha balutan luka lutut balutan luka kepala semua balutan menggunakan ikatan buku sila.


63


64


65 RACUN DAN KERCUANAN. Racun dan keracuanan Racun didifinisikan sebagai satu substans atau bahan kimia yang sama ada pepejal,cecair atau gas apabila diserap oleh badan dengan apa cara pun akan membawa kepada suatu reaksi kimia yang merosakkan tubuh kita. Cara racun masuk ke dalam badan : i. Melalui pernafasan-terhidu seperti gas yang toksik ii. Melalui mulut-termakan / terminum iii. Melalui kulit -penyerapan iv. Melalui suntikan -gigitan serangga dan patukan ular . Keracunan • Dengan sengaja • Dengan tidak sengaja • Hazad di tempat kerja. • Reaksi racun dalam tubuh


66 ❖ Otak -meracau,sawan , gangguan mentel, tidak sedar diri ❖ Mata- pembesaran anak mata, terbakar mata. ❖ Mulut – terbakar , bertukar warna , air liur meleleh. ❖ Saluran pernafasan – bengkak , bahan mentah tersekat, terhenti pernafasan . ❖ Jantung – kadar denyutan jantung -tinggu atau rendah ❖ Hati- dan kidney – kerosakan yang agak teruk kerana toksik ❖ Sistem penghadaman – cirit birit, muntah, sakit perut, kejang perut. ❖ Darah – menghalang pengangkutan oksigen kepada sel dan tisu. Objektif pertolongan cemas : - Pemindahan mangsa ke tempat yang selamat - Pastikan pernafasan - Pemindahan hospital. KEJUTAN ELEKTRIK Apa yang perlu dilakukan jika seseorang terkena kejutan elektrik? Ia mungkin tidak jelas, tetapi jika seseorang mengalami renjatan elektrik, mereka menghadapi bahaya yang serius. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan sebagai rawatan terkena renjatan elektrik. Risiko kejutan elektrik berdasarkan jenis arus, ketinggian voltannya, bagaimana semasa mengalir melalui tubuh, kesihatan keseluruhan seseorang dan seberapa cepat seseorang itu dirawat. Kejutan elektrik boleh menyebabkan terbakar atau tidak boleh


67 memberi tanda yang jelas pada kulit. Dalam mana-mana kes, arus elektrik melalui badan boleh menyebabkan kerosakan dalaman, penangkapan jantung atau kecederaan lain. Terdapat beberapa rawatan terkena renjatan elektrik: Langkah 1 Jangan terus menyentuh orang cedera yang mengalami renjatan elektrik jika dia masih bersentuhan dengan arus elektrik, atau anda juga boleh menderita. Langkah 2 Segera hubungi 999 atau nombor kecemasan setempat untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya sumber elektrik adalah dawai atau kilat voltan tinggi. Jangan dekat dengan wayar voltan tinggi sehingga kuasa ditutup. Langkah 3 rawatan terkena renjatan elektrik, Pastikan orang yang mengalami kecederaan elektrik pada kedudukan yang betul melainkan dia berada dalam bahaya yang melampau. Langkah pertama ialah asingkannya daripada sumber tenaga elektrik secepat mungkin.Pendekatan terbaik untuk melakukan ini ialah mematikan sumbernya, sebagai contoh, dengan mencabut peranti atau dengan mematikan kuasa utama di fusebox (unit pengguna). Sekiranya ini tidak boleh dilakukan, cuba untuk menghilangkan sumber tenaga elektrik dengan menggunakan sesuatu yang diperbuat daripada bahan penebat, seperti kayu. Langkah 4 Selepas mengasingkan mangsa daripada bekalan elektrik, jika mangsa tidak sedar segera menghubungi ambulans. Hanya mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas harus menjalankan pertolongan cemas. Langkah 5 Apabila mangsa terjaga dan kelihatan semakin lebih baik, ia masih disyorkan untuk memantau keadaan


68 mereka kerana kesan kejutan elektrik mungkin tidak begitu jelas. Dalam keadaan yang paling teruk, kejutan elektrik boleh menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai electroporation, di mana sel dalam badan pecah, menyebabkan kematian tisu. Masalah lebih lanjut mungkin terdiri daripada luka terbakar yang mendalam, kerosakan otot, dan tulang patah. Langkah 6 Gunakan RCD. Menggunakan RCD akan membantu melindungi anda daripada kejutan elektrik berbahaya. Walaupun bukan jaminan keselamatan yang lengkap, ia mengehadkan masa arus boleh mengalir melalui badan jika seseorang bersentuhan dengan sumber hidup elektrik. Kami sangat mencadangkan bahawa sesiapa yang menggunakan peranti elektrik di taman harus memastikan bahawa mereka dilindungi oleh RCD, sebaiknya satu dipasang di fusebox isi rumah utama. PITAM DAN PENGSAN 1. Udara tidak mengalir dengan betul. 2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang 3. Mendapat berita yang mengejutkan. 4. Darah keluar terlalu banyak. 5. Melihat kejadian yang ngeri. 6. Mencium bau yang busuk. 7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan yang tergendala. 8. Kekurangan darah dalam otak. 9. Bernafas terlalu lama. 10. Otak tercedera.


69 TANDA-TANDA 1. Muka menjadi pucat. 2. Berasa pening dan sakit. 3. Denyutan nadi menjadi lemah. 4. Bernafas dengan deras. RAWATAN 1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya. 2. Beri udara bersih dengan mengipasnya. 3. Jika pesakit telah sedar, berikan air sejuk atau teh manis yang panas. 4. Jika terlalu lapar berikan makanan ringan seperti biskut atau roti. 5. Berehat di tempat teduh. 6. Jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat, baringkannya. 7. Tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga. 8. Jika dia bernafas dengan kuat, baringkanya dalam keadaan mengiring. 9. Selimutkannya tetapi jangan terlalu panas. 10. Makanan tidak boleh diberi selagi pesakit tidak sedar.


70 KAWAD KAKI Apa itu Kawat kaki ? Kawat kaki adalah merupakan sesuatu pergerakan yang serentak , berirama dan selalunya dikaitkan dengan tentera. Sejarah Kawat kaki Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke -14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihatsebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua, sistematik mengaturstrategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700-an dan diSingapura pada tahun-tahun 1800-an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangankawad. Walaupun tentera-tentera upahan berasal dari India, namun corak dan cara disiplin yangditunjukkan telah menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya.Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, PasukanSimpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta pasukan uniformbukan tentera seperti Pengakap, Pasukan Palang Merah, St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negera ini. Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkan kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan yang paling penting menunjukkan identiti pasukan. Pada masa kini terdapat tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah iaitu yang dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badan kerajaan (GO) dan badan-badan bukan kerajaan(NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingan kawadtelah dilakukan. Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad namun usaha-usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format pertandingan yang selaras telah dilakukan. TUJUAN i. Untuk membentuk seseorang individu supaya bermegah dengan pakaian seragam dan pasukannya melalui pergerakan dengan tertib dan cergas.


71 ii. Membentuk kerjasama di dalam satu kumpulan. iii. Meningkatkan mutu disiplin individu. iv. Sebagai satu latihan yang dapat menyihatkan tubuh badan TUJUAN KAWAD KAKI perkara asas ketika dalam kawad kaki perkara asas ketika berkawad 1.PELATIH i. Berada dalam tahap kesihatan yang baik dan cergas. i. Menumpukan perhatian dengan mendengar bahasa hukuman yang diberikan. ii. Sentiasa bersedia untuk bertindak mengikut bahasa hukuman yang dikeluarkan. iii. Setiap perbuatan dan tindakan hendaklah cergas. iv. Tidak dibenarkan berjalan sambil lewa di tempat latihan kawad. v. Hormat jurulatih atau ketua perbarisan dengan bersurai mengikut cara yang ditetapkan. 2.JURULATIH i. Bersedia di dalam keadaan sihat dan cergas. ii. Sentiasa bersedia dengan bahasa hukuman yang hendak diberikan. iii. Memakai pakaian atau uniform dengan kemas. iv. Pergerakan tertib, betul, kemas dan penuh disiplin. v. Sabar, tidak gugup dan menggunakan bahasa hukuman dan percakapan dengan baik dan tegas. vi. Mahir dengan semua bahasa hukuman dan pergerakan kawad. 3.PEMAKAIAN i. Pakaian sukan ii. Half Uniform iii. Full Uniform 4.TEMPAT LATIHAN KAWAD i. Kawasan tanah atau tempat lapang seperti padang kawad, padang bola, gelanggang sukan dan dataran. ii. Kedudukan matahari sebaiknya perlu berada di sebelah kiri atau kanan pelatih. Ini untuk mengelakkan gangguan sinaran cahaya matahari. iii. Elakkan membuat latihan di tempat yang bergema agar tiada lantunan suara jurulatih dan bunyi derapan kasut semasa berkawd.


72 6. BAHASA HUKUMAN i. memastikan persembahan dan latihan kawad kaki yang baik dapat dijalankan. ii. hukuman yang jelas dan bersemangat dapat memberi semangat dan fokus kepada anggota yang berkawad. Untuk memberi bahasa hukuman yang baik mestilah : i. mempunyai pengetahuan tentang bahasa hukuman kawad kaki. ii. mampu lontarkan suara dengan jelas, kuat dan nyaring dengan teknik pernafasan yang baik. iii. perlu menenangkan dan fokus kepada latihan. iv. percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan bahasa hukuman diberikan. 7. DISIPLIN DALAM KAWAD KAKI i. tidak bercakap dalam baris ii. berjalan menggunakan tumit iii. melenggang tangan paras bahu iv. kepala pandang hadapan, tidak memandang ke arah lain v. angkat peha paras semasa hentak kaki vi. tidak bergerak selepas membuat sesuatu pergerakan 8. KAEDAH LATIHAN i. kawad dengan nombor ii. latihan dalam bulatan atau separa bulatan iii. berpasangan


73 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BAB 3


74 PERSEDIAAN SEBELUM SEMASA DAN SELEPAS PERKHEMAHAN KONSEP PERKHEMAHAN Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan seringmendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidup sementara yang dilakukan di luar rumah. Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemairan setiapanggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih anggota PBSM menyelesaikansegala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Melalui perkhemahan, anggota PBSM dapat mempraktikkan segala kemahiran dan kecekan yang telah dipelajari. TUJUAN PERKHEMAHAN Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatuperkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika dirumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedangmembesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.!anyak "aedah diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatuperkhemahan. Antaranya ialah: a)Berkhemah sebagai cara pendidikan Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara lanagsung dan tidak langsung dalam PBSM unit uniform yang lain. • Sebagai contohnya, semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali merekaterpaksa merentas bukit bukau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiridan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan -latihan ini dapatmelatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal jasmani dan mental. Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja tebatas pada bidang akademik semata-mata Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan, di mana setiap peserta dipertanggungjawabkan menguruskan kesemua kegiatanhariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun. contohnya, memasak,membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.


75


76 Sebelum i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut. v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan Semasa i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah. ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya. iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya. iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular. v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan. vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari. vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas. viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah. ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.


77 Selepas i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah. ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah. iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan. PANDU ARAH DAN KOMUNIKASI Konsep dan tujuan pandu arah TUJUAN. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut proseduryang ditetapkan. Disamping itu mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap dan dapat melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) •Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. •Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. •Titik kawalan bukanlah “check -point” kerana ia tiada penjaga dititik. • Penanda Kawalan •Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. •Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). •Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. • Kad Kawalan •Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagaibahan bukti atau pengesahan. •Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersediapetak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. •Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. PENGENALAN Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah


78 sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. PENGETAHUAN ASAS Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu: i. Teknik membaca peta ii. Teknik membaca kompas iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling Jenis-jenis peta Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utaraselatan, Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya. Warna-warna dalam peta Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :- • Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu • Perang - kontor & jalanraya • Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka • Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari • Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah • Biru - kawasan ber Kompas Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah


79 kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering. Jenis kompas Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.


80 IKHTIAR HIDUP Pengenalan Ikhtiar hidup adalah keadaan yang manakehilangan punca atau jalan keluar dalamsituasi samada di hutan, di air atausebagainya. Ketika berada dalam keadaan seperti ini seseorang harus bertenang dan mengetahui perkara yang hendak dilakukan. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila kita tidak tahu atau tiada ilmu dalammengatasi masalah ini Tujuan Memperolehi pengetahuan tentangasas-asas ikhtiar hidup danpengetahuan melalui alamsemulajadi untuk mencari sumbermakanan dan tempat perlindungan. Definisi Istilah Inggeris-Survivali.E. The will tolive,to outlive, state of continuing to live, Maka dalam pengertian Bahasa Melayu,ikhtiar hidup merupakan keupayaan ataukeadaan sesuatu itu untuk terus hidup Dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidupialahusahaatauikhtiaryangharusdilakukan oleh seseorang itu supaya diaterus hidup ketika menghadapi ancaman . Situasi Ikhtiar Hidup 1. kehabisan bekalan makanan dan minuman. 2. Ancaman binatang. 3. Masalah perlindungan Situasi ikhtiar hidup dapat dicegahdaripada berlaku melalui perancangandan persiapan dengan teliti danmenyeluruh sama ada dari segimental (pengetahuan), fizika l(kecergasan,stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan,pakaian dan bekalan) . Punca Situasi Ikhtiar Hidup Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan atau pun diperingkat perlaksanaan aktiviti, Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidakberlaku jika ingin melakukan aktiviti luar. Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup.


81 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidangikhtiar hidup merupakan perkara terpentingyang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatanluar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagaicabaran dan risiko. Prinsip Ikhtiar Hidup Keselamatan :-Keselamatan hendaklah diutamakan.Elakkan daripada memakan tumbuhan yang boleh memudaratkan tubuh badan kita. Masalah ikhtiar hidup akanmenjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira. Usaha :-Kita haruslah bersabar dan terusberusaha untuk keluar daripadakeadaan ikhtiar hidup ini. Sikap berdiam diri dan berserah sahaja akanmenyebabkan keadaan bertambah. TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanantekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:- a. Kelaparan b. Kehausan c. Kesakitan d. Kesejukan dan kepanasan e. Keletihan f. Kesepian dan ketakutan PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:- 1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu


82 malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam. 2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan. 3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut. 4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:- a. Perubatan:- i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain. ii. Lomotil untuk cirit birit iii. Cadusil untuk radang perut. iv. Antibiotik v. Ubat gatal vi. Plaster, pembalut dan ubat luka. b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:- i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo. ii. Bungkusan glukus iii. Bungkusan gula iv. Bungkusan garam v. Pil-pil vitamin TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.


83 UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:- 1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak. 2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan. 3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan. a. rasa kelat dan sepat b. rasa loya c. rasa gatal-gatal dedaun mulut. 4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:- a. rasa mual b. sakit perut c. demam dan sakit sendi tulang 5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan. PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN. Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:- 1. Jangan memendekkan ujian. 2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.


84 3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan. 4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan. 5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya. 6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan. 7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan. 8. Buah yang masam semuanya boleh makan. TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:- 1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera. TEMPAT PERLINDUNGAN Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada. MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan. 1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut. 2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya. 3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati. 4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati. 5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan. JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan. 1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.


85 2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata. 3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. BAHAN-BAHAN PEMBINAAN. 1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:- a. Daun palas gajah dan palas biasa. b. Daun rumbia atau nipah. c. Daun bertam d. Daun pokok kabung dan enau. e. Daun mengkuang. f. Buluh dan kulit kayu g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai. 2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap. 3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan. Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah: . Khemah, beg tidur dan tikar getah . Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri . Peta, kompas . Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak . Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya . Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur . Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering . Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking . Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong


86 . Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan Peralatan Ikhtiar Hidup Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan. Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut: . Mancis, pemetik api dan parang . Lampu picit dan bateri . Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan . Hammock (buaian) dan ponco . Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur) . Sarong tangan Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk. Peralatan Terpenting Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah: . Macis atau petik api . Parang Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak. Membina Perlindungan Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan.Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang


87 kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daundaun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangar yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya. MEMASAK Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum. Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh


88 dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkanmelalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu. Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam. Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup. Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari. Menyedia Api Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api.


89 Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api. Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak. Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya. Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan. Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan. Menunggu Bantuan Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya. Mencari Jalan Keluar , Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan. Menu yang sesuai : Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan buangkan air kelapa muda ini. Sukatan air dan beras seharusnya lebih kurang sama banyak seperti memasak dengan menggunakan buluh. Selepas beras dibasuh masukkan beras ke dalam kelapa muda. Kemudian letakkan diatas nyalaan api sehingga nasi masak. Adunan ini sungguh enak kerana mempunyai rasa lemak dan manis buah kelapa. Nasi juga boleh dimasak dengan menggunakan scarf ataupun kain.Untuk memasak nasi, basuh dan


90 randamkan beras selama lebih kurang dua jam. Selepas itu, isikan beras ke dalam kain yang bersih dan diikat dengan kemas. Kemudian, sediakan lubang dan masukkan bahan yang dimasak. Dalam perkhemahan buluh sangat penting untuk membuat gajet dan sebagainya. Buluh juga sesuai digunakan untuk memasak nasi. Cara-cara untuk memasak nasi dalam buluh iaitu dengan memotong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih juga seharusnya tidak retak. Basuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Isipadu keseluruhan buluh tersebut hendaklah disukat contohnya isipadu satu cupak air. Memasak Telur Cara-cara memasak telur dengan ubi Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang ataupun ubi keledek. Potong ubi kentang ataupun ubi keledek dengan cermat kepada dua bahagian. Kemudian buangkan isi ubi seberapa yang boleh. Selepas itu masukkan telur yang telah diadunkan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup bahagian ubi kentang yang telah dipotong. Kita juga boleh menggunakan bilah kayu atau buluh untuk mengemaskannya. Letakkan ubi kentang atau ubi keledek di atas api sehingga telur masak. Ia mengambil masa 30 minit untuk masak. Cara-cara memasak telur dengan lumpur. Memasak ikan dan burung, Daun yang lebar seperti daun pisang dan daun kunyit boleh juga digunakan untuk memasak, terutamanya ikan . Memasak ikan dengan menggunakan daun kunyit lebih sedap dan wangi baunya. Basuh dan bersihkan ikan yang hendak dimasak. Kemudian bungkus dengan daun. Sepitkan bungkusan daun dicelah kayu atau buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan di atas panas bara api sehingga masak. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk masak. Manakala burung pula, bungkuskan dalam tanah liat tanpa membuang bulunya, masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak, bulu ayam atau burung itu akan tertanggal dari kulitnya dan melekat pada tanah liat.panggang dengan menggunakan penyepit khas atau dibuat sendiri. Satu lagi cara ialah dengan membersihkan perutnya dahulu, kemudian masukkan seketul batu yang sudah dipanaskan semuat-muat perut itu dan memanggangnya di atas api. Memasak daging atau ayam Daging boleh dimasak dengan mencucukkannya pada kayu yang tajam kemudian memanggang dekat dengan api. Caranya ialah, potong daging sebesar 2-3 cm dan cucuk daging itu dengan buluh atau kayu yang tajam. dan panggang ia sampai masak di atas bara. Hiriskan daging nipis-nipis, kemudian dapatkan seketul batu yang licin batu hampar. Bakar batu sehingga menjadi panas. Kemudian letakkan daging pada batu tersebut. Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kepingan aluminium. Kepingan aluminium ini boleh memasak bahan makanan seperti ikan, telur dan daging. Basuh bahan makanan yang hendak dimasak dan adunkan rempah dengan secukupnya. Kemudian bungkusan itu dimasukkan ke dalam nyalaan api. Lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan itu daripada api dan buka bungkusannya. Makanan tersebut telah


91 masak Membakar ubi kentang atau ubi kayu Basuh dan keringkan ubi kentang/ubi kayu. Sediakan sekeping asbestos, kemudian korek satu lubang, letakkan ubi kentang itu di dalam lubang. Tutup lubang itu dengan asbestos dan kemudian nyalakan api. Biarkan selama 40 minit. Cucukkan ubi kentang dengan sebatang kayu yang tajam supaya wapnya boleh keluar. KRAF KHEMAH Pengenalan Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.


92 Rasional Melatih diri untuk menjadi lebih mahir danberkeyakinan dalam menghadapi cabaranalam semulajadi dan habitatnya Memupuk perasaan cinta terhadap alamsemulajadi dan mensyukuri ciptaanNya Mengamalkan nilai-nilai murni danmenghayati keindahan flora dan faunayang terdapat di muka bumi. Objektif ❖ Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar ❖ Memahami habitat dan alam semula jadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan ❖ Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. Jenis-jenis Kraf Perkhemahan 1) Fire craft Api penting digunakan dalam kehidupan seharian Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, keselesaan, memasak dan sebagainya Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam, merosakka dahan dan akar pokok. Membuat Unggun Api kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A Menggunakan 3 elemen iaitu: Haba, angin dan bahan bakar Bentukkan huruf ‘A’ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’ menghala arah angin Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf ‘A’ dan nyalakan api Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan api.


93 2) Ampai kain Woodcraft 3) Kerusi 4) Bakul sampah


94 5) Dapur 6) Kerusi dan meja 7) Tangga


95 8) Katil 9) Rak kasut 10) Rak pinggan


96


97 LAPORAN AKTIVITI HARI PERTAMA TARIKH : 22.02.2023 HARI : RABU TEMPAT : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU MASA : 8.00 sehingga 5.00 ptg KEHADIRAN : 32 ORANG AKTIVITI : MEMASANG KHEMAH DAN UJIAN KAWAD KAKI. PENSYARAH TERLIBAT : EN BADRUL ZAMAN DAN EN NOOR AZUDDIN (EN PUTRA) Pada hari pertama kami,seawal jam 8.00pagi, di arahkan berkumpul di lobi IPG dan memulakan aktiviti dengan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PBSM,dalam pada masa yang sama bendera Malaysia di naikkan oleh seorang pelajar bernama Hafiz semasa semua pelajar menyanyikan lagi Negaraku. Setelah itu ucapan alu2an telah di sampaikan oleh Pak Bad selaku pensyarah unit beruniform kami selama 3 hari 2 malam . setelah itu kami menuju ke bilik matahari yang berada di tingkat B1, untuk meneruskan sesi tiga jam bersama pensyarah. Di sana kami diberikan taklimat sepenuhnya berkaitan tentang kursus unit beruniform MPU2101D dan aktiviti yang akan berjalan selama 3 hari ini. Pada jam 10.30 pagi ketua kumpulan di arahakan untuk mengambil khemah dan menuju ke tempat perkhemahan yang mana kami akan memasang khemah di sana. Taklimat pemasangan khemah juga diberikan di tapak perkhemahan tersebut. Kami di beri masa 30minit untuk memasang khemah dan mengemas barang yang diperlukan. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun atur tapak perkhemahan dan menyediakan gajet yang sesuai di tapak perkhemahan. Berikut adalah cadangan penyediaan tapak dan kraf perkhemahan sepanjang perkhemahan: i. Menyediakan susun atur tapak perkhemahan yang betul dan kreatif. ii. Mendirikan khemah yang kukuh dengan teknik yang betul. iii. Pengurusan khemah yang rapi. iv. Menyediakan 5 (lima) gajet perkhemahan yang sesuai dan kreatif. v. Kedudukan gajet bersesuaian dengan keperluan perkhemahan. vi. Penilaian berdasarkan kepada kreativiti, kekukuhan, pemasangan dan ikatan yang betul dan kemas. Pada jam2.30 petang kami di latih oleh En Putra untuk kawad kaki, kami di beri masa selama 2jam untuk membuat latihan kawad kaki sebelum di uji, dan seterusnya diberikan markah. Manakala Markah untuk kawad kaki sebanyak 10%. Semua pelajar tidak terkecuali untuk membuat ujian kawad kaki tersebut.


98 Kumpulan di gabungkan menjadi 8 orang setiap kumpulan. Oleh itu pemilihan seorang ketua platun telah dipilih dari kalangan kumpulan masing-masing. Kumpulan saya telah memilih wan Nadia sebagai ketua Platun. Ujian kawad kaki di uji mengikut pelajar mestilah Pakaian uniform yang lengkap dan betul serta kemas. Seterusnya pelajar Memberi dan menerima arahan kawad yang tepat. Setiap ketua kumpulan perlu menggunakan bahasa hukuman kawad yang tepat dan betul. Semua arahan perlulah Membuat pergerakan kawad kaki statik dan dinamik dengan tepat dan kemas. Oleh itu setiap pelajar diminta Membuat pelaporan dengan menggunakan bahasa yang betul dan laporan yang tepat. Hari pertama telah selesai, setelah kami memperkukuhkan lagi khemah yang telah di pasang sebentar tadi. Perjalanan hari pertama agak mencabar dengan kawad kaki, kerana saya sudah lama meninggalkan aktiviti tersebut.


99 HARI KEDUA TARIKH : 23.02.2023 HARI : KHAMIS TEMPAT : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU MASA : 8.00 PAGI sehingga 5.00 PETANG KEHADIRAN : 32 ORANG AKTIVITI : UJIAN TALI TEMALI DAN PERTOLONGAN CEMAS . PENSYARAH TERLIBAT : EN BADRUL ZAMAN DAN CIK NOR YATIMAH ( EN JEP) Pada hari Kedua, seawal jam 8.00pagi, di arahkan berkumpul di lobi IPG dan memulakan aktiviti dengan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PBSM,dalam pada masa yang sama bendera Malaysia di naikkan oleh seorang pelajar bernama Hafiz semasa semua pelajar menyanyikan lagi Negaraku. Setelah itu kami di arahkan untuk pergi ke Bilik Matahari yang berada di tingkat B1, taklimat tali temali telah diberika oleh Pak Bad. Kami semua belajar ikatan sebelum diuji. Masa diberikan selama 2jam untuk kami belajar cara ikatan yang telah di tetapkan. Iaitu sebanyak 5 ikatan yang telah di tetapkan iaitu ikatan buku sila, ikatan bunga geti, ikatan manuk, ikatan tindih kasih dan akhirnya ikatan balak. Pak Bad telah menunjukkan satu persatu jenis ikatan dan cara ikatan yang betul. Masa untuk membuat berlatih ikatan di berikan selama 1jam sebelum kami di uji. Bagi pelajar yang belum mahir kami juga dibenarkan melihat aplikasi toutube untuk belajar ikatan yang betul. En Jeb ( Cik Yatimah ) telah menguji ikatan kami, permarkahan kami secara kumpulan iaitu sebanyak 20 % untuk 5 ikatan. Kumpulan kami telah menjadi kumpulan yang terakhir untuk diuji, Alhamdulillah saya dapat membuat ikatan dengan baik sekali. Ujian Tali Temali termasuklah ujian dari segi Penyediaan simpulan dan ikatan mengikut jenis ikatan yang ditetapkan. Serta Menyatakan kegunaan setiap jenis ikatan dan simpulan. Oleh itu Ikatan dan simpulan yang betul dan kemas. Selesai ikatan kami diberi masa untuk berehat dan masuk semula pada jam 2ptg, pada sebelah petang pula kami belajar topik pertolongan cemas, taklimat di sampaikan oleh En Bad , Alhamdulillah banyak info penting yang kami telah pelajari berkaitan pertolongan cemas, antaranya adalah CPR, patah tulang ,cara menggunakan anduh dalam beberapa situasi seperti luka depan,luka belakang, luka kepala, patah tangan, Dengan menggunakan anduh besar dan anduh kecil. Selain itu isu berkaitan kanak-kanak tercekik juga di beri penerangan dengan cukup jelas sekali. Kami bergitu bertuah kerana seorang pelajar bernama Gan selaku Ahli Jawatankuasa PBSM Malaysia telah memberi penerangan tentang CPR dan berkaitan dengan AED. AED adalah satu alat bantuan pernafasan yang terkini. Setelah itu kami diuji dengan menggunakan anduh dan CPR . Markah yang di berikan adalah 10%. Pemarkahan pertolongan cemas di uji Dari segi Membuat anduh kecil, anduh besar dan anduh segitiga dengan cara yang betul dan kemas. Seterusnya Membuat balutan luka di tapak tangan/kaki dan kepala dengan betul dan kemas. Serta Menggunakan teknik menghentikan pendarahan yang tepat.


100 Walaubagaimanapun Pelajar dikehendaki melakukan simulasi rawatan kepada seorang mangsa kemalangan. Rawatan yang diberikan mestilah secara amali dan pelajar memberi penjelasan tentang tindakan yang dilakukan. Pelajar diperuntukkan masa untuk menghabiskan semua ujian amali ini dalam jangka masa 15 minit. Tepat jam 5 ptg kami dibenarkan pulang, aktiviti seterusnya akan di sambung pada hari esok.


Click to View FlipBook Version