The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahrul Azinar Jaludin, 2024-04-16 03:58:20

BET

BET

1 BISNES ETSY BAGAIMANA SAYA JANA “SIDE INCOME” 4 ANGKA SEBULAN DI ETSY! Oleh : JULEANA NOORDIN www.BisnesEtsy.com


2 Hak Cipta Terpelihara © 2024 Juleana Noordin Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri. Diterbitkan oleh Klikjer Publishing (002746251-P) No 23, Jalan 3/64, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor. Web : www.klikjer.com WhatsApps : 01133050950 Email : [email protected]


3 Penafian Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penting! Terma Dan Syarat Penggunaan Ebook ini hanya untuk kegunaan individu pembeli sahaja. Tiada Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resale Rights” disertakan pada ebook ini. Oleh itu, anda tidak dibenarkan sama sekali menyalin, mengubah, membuat kelas/seminar menggunakan kandungan ini dan juga tidak dibenarkan menyebarkan ebook ini secara percuma atau menjualnya kembali sama ada dalam bentuk ebook atau bercetak.


4 ISI KANDUNGAN Pendahuluan 5 Bab 1 : Platform Etsy 7 Bab 2 : Canva 29 Bab 3 : Apa Produk Digital Yang Boleh Dijual & Buat Duit Di Etsy? 40 Bab 4 : Mencipta Produk Digital 58 Bab 5 : Cara Open Etsy Shop 68 Bab 6 : Tutorial Upload Product Di Etsy 116 Bab 7 : Tips Dan Strategi Tingkatkan Jualan 126 Bab 8 : Amaran & Pantang Larang Di Etsy 143 Bab 9 : Tools Power 150 Bab 10 : FAQ 160 Rumusan 166 Penutup 167 Rujukan 169


5 PENDAHULUAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan saya menulis ebook ini adalah untuk berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat bagi sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan pasif setiap bulan. Saya juga merupakan salah seorang STAR SELLER di platform Etsy. Alhamdulillah saya telah berjaya meraih pendapatan pasif secara konsisten setiap bulan. Target saya adalah untuk konsisten upload produk digital seminggu sekali dan menerima pendapatan pasif setiap bulan dengan senyuman. Tidak ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengetahui ada satu platform di Etsy yang boleh menjual produk digital ke pasaran global. Dalam ebook ini saya akan bongkarkan bagaimana untuk menjana pendapatan pasif dengan menjualan produk digital yang dihasilkan di Canva.


6 Pengguna Etsy adalah dari seluruh dunia. Anda tidak perlu bersusah payah untuk pos barang seperti produk fizikal yang lain. Anda juga tidak perlukan modal untuk membeli stok dan menanggung kerugian jika stok anda tidak terjual. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghasilkan template dari Canva dan upload ia di kedai Etsy anda. Untuk mendapat hasil jualan yang tinggi pada setiap bulan, anda hanya perlu mematuhi beberapa peraturan. Semuanya akan didedahkan dalam ebook ini secara terperinci. Besarlah harapan saya semoga perkongsian ilmu daripada ebook ini dapat membantu anda menjana pendapatan pasif tanpa modal. Juleana Noordin


7 BAB 1 : PLATFORM ETSY Saya mengenali Etsy pada tahun 2021 iaitu ketika pandemik Covid19. Waktu itu saya terpaksa work from home, jadi banyak lah masa untuk explore tentang Etsy. Apa yang menarik minat saya untuk mengenali serta terjebak dengan platform ini adalah, Etsy terkenal di seluruh dunia sebagai platform e-dagang yang memfokuskan pada produk seni, kraftangan, reka bentuk, dan produk digital. Produk digital menjadi


8 tarikan utama kepada saya untuk terjebak dalam platform Etsy ini. Jom saya terangkan dengan lebih lanjut tentang platform Etsy:- 1. ASAL USUL ETSY Etsy ini diasaskan pada tahun 2005 di Brooklyn, New York, oleh Rob Kalin, Chris Maguire, dan Haim Schoppik. Ia bermula sebagai pasar dalam talian untuk produk buatan tangan dan kini telah berkembang menjadi pasar antarabangsa yang besar. 2. FOKUS PADA PRODUK KREATIF Etsy lebih memfokuskan pada produk kreatif, seperti seni, fesyen, perhiasan, kraftangan, dan reka bentuk grafik. Ini menjadikannya platform yang ideal bagi golongan pelukis, tukang jahit, pembuat perhiasan, dan seniman digital.


9 3. PRODUK DIGITAL Selain produk fizikal, Etsy juga membenarkan penjual untuk menjual produk digital seperti Planner, Printable Art, Logo, Ebook, Instagram Template, dan banyak lagi. Ini menjadikan Etsy tempat yang baik untuk penjual produk digital. 4. KOMUNITI ETSY Etsy mempunyai komuniti yang aktif di serata dunia termasuk penjual dan pembeli. Anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan dan penjual lain melalui forum dan ruang perbincangan Etsy. 5. SOKONGAN PELANGGAN Etsy menawarkan sokongan pelanggan yang baik melalui pusat bantuan dalam talian, perbincangan secara langsung dengan staf sokongan, dan melalui e-mel. Mereka menyediakan ruang soal jawab yang seringkali menjadi pertanyaan pengguna di Etsy.


10 6. ALAT PEMASARAN Etsy juga menyediakan pelbagai alat pemasaran untuk membantu penjual membuat pengiklanan secara berkesan, seperti Etsy Ads, kemudahan untuk menawarkan diskaun kepada pembeli, dan kemudahan integrasi media sosial. Terkini Etsy ada buat “Share & Save” di mana penjual boleh mempromote link produk sendiri di media sosial seperti di Facebook, Instagram, Tiktok, Pinterest atau website sendiri. Jika ada pembeli, anda akan dapat komisen untuk jualan produk sendiri. Bestkan! 7. PENYIARAN PRODUK Penjual boleh menyiarkan produk digital di kedai Etsy mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Etsy juga membenarkan penjual mendekorasi kedai sendiri serta me”war-war”kan kelebihan produk yang dijual. 8. TRANSAKSI DAN PEMBAYARAN


11 Etsy menyediakan sistem pembayaran yang selamat dan pemprosesan pembayaran melalui Etsy Payments atau PayPal, bergantung pada negara dan pilihan penjual. Penjual biasanya dikenakan komisen dan yuran transaksi untuk setiap jualan. Ia sama seperti platform-platform edagang yang lain seperti Shopee, Lazada, ebay dan sebagainya. 9. PENGHANTARAN DAN PENGENDALIAN STOK Bagi produk fizikal, penjual boleh menguruskan stok dan penghantaran mereka sendiri atau menggunakan perkhidmatan penghantaran Etsy. Bagi produk digital, penghantaran berlaku secara automatik melalui pautan muat turun setelah pembayaran. Penjual tidak perlu menghantar emel produk kepada pembeli lagi. Kebanyakan transaksi pembelian berlaku ketika kita tengah nyenyak tido dibuai mimpi indah. Waktu di negara Eropah tidak sama dengan waktu di Malaysia. Jadi masa tido pun duit masuk!


12 10. DASAR ETSY Etsy mempunyai dasar yang ketat mengenai produk palsu, keadilan sosial, dan lain-lain. Penjual perlu mematuhi dasar-dasar ini untuk memastikan pematuhan dalam talian mereka. Yang ni kena berhati-hati dalam menggunakan gambar yang berlesen seperti ambil gambar dari google. Kebanyakan daripada kita tidak arif tentang gambar yang berlesen dan tidak boleh diguna pakai untuk tujuan menjual. Jika nak selamat anda boleh ambil atau gunakan gambar dari sumber website yang dibenarkan seperti pexel, pixabay, unsplash, freepik, canva dan sebagainya. Etsy adalah platform yang sangat popular untuk penjual produk kreatif dan digital yang mencari pasaran di seluruh dunia. Ia mempunyai keunikan dan komuniti yang kuat yang menjadikannya tempat yang hebat untuk memulakan atau memperluas perniagaan dalam talian.


13 Contoh pembelian customer saya dari pelbagai negara:


14 KELEBIHAN ETSY BERBANDING PLATFORM LAIN SEPERTI EBAY, SHOPEE DAN LAIN-LAIN Kenapa saya sangat suka menjual produk saya di Etsy? Walhal di platform lain seperti shopee pun boleh menjual juga produk digital. Jika anda buat research di antara dua platform ini anda akan mendapat jawapan yang lebih jelas. Pada pendapat saya, pembeli Malaysia kurang gemar produk digital, jadi pasaran di sana sangat terhad dan tidak rancak seperti di Etsy. Dari segi harga, pembeli Malaysia sangat berkira-kira untuk mengeluarkan duit membeli produk digital. Oleh itu penjual banyak buang harga. Hal ini sangat berbeza di Etsy. Pembeli di Etsy dari pelbagai negara tidak kisah belanjakan duit yang lebih jika produk digital yang mereka beli berbaloi dan ada permintaan. Di sini saya terangkan secara berjadual tentang kelebihan yang membezakan Etsy


15 daripada platform e-dagang lain seperti eBay, Shopee, dan yang lain. Berikut adalah beberapa kelebihan utama Etsy berbanding platformplatform lain: Perkara Etsy eBay Shopee Fokus Produk Produk seni, kreatif, dan digital Produk baru dan terpakai Pelbagai produk dan industri Komuniti Komuniti aktif dan berminat Pelbagai jenis pengguna Pertumbuhan pesat dalam talian Produk Digital Benarkan penjualan produk digital Umumnya berfokus pada produk fizikal Benarkan produk digital, tetapi tidak utama Iklan Etsy Ads, Promosi dan diskaun, kemudahan Banyak alat pemasaran tersedia Shopee Ads, Kemudahan promosi dan iklan diluar platform


16 iklan diluar platform. Trust Reputasi baik dalam menjaga kualiti Kualiti produk berbezabeza Penilaian pengguna dan komuniti aktif Pilihan Kedai Kemudahan menyesuaikan kedai dan imej Kedai yang boleh disesuaikan Kemudahan pengaturan kedai Bantuan Pusat bantuan dan sokongan yang baik Sokongan pelanggan yang baik Komunikasi dengan penjual dan pelanggan Produk Digital Potensi pendapatan produk digital Biasanya terhad pada produk fizikal Benarkan produk digital, tetapi tidak utama Proses Bayaran Etsy Payments dan PayPal PayPal dan banyak pilihan lainnya Kemudahan pembayaran dalam talian


17 sebagai pilihan Dasar Dasar ketat mengenai produk palsu dan keadilan sosial Berfokus pada pematuhan terhadap dasar-dasar eBay Pematuhan dasar dan peraturan tempatan


18 KENAPA MENJUAL PRODUK DIGITAL DI ETSY? 1. Pasaran Global Etsy membolehkan penjual untuk memasarkan produk mereka kepada audiens di serata dunia. Ini memberikan serta peluang jualan yang lebih besar. Jadi impian anda untuk menjana pendapatan 4 hingga ke 5 angka sebulan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. 2. Kemudahan Penghantaran Produk Digital Banyak persoalan yang saya terima daripada penjual yang baru nak mula buka kedai online di Etsy. Yes, betul. Saya ada jelaskan sebelum ini. Dengan produk digital, penjual tidak perlu menghantar produk secara fizikal kepada pembeli. Etsy menyediakan platform yang memudahkan penjual untuk menguruskan penghantaran produk digital secara automatik. Ini menjimatkan masa dan usaha penjual.


19 Tapak untuk penjual upload produk digital. Produk digital anda akan dihantar terus kepada pembeli secara automatik selepas pembelian.


20 3. Kelebihan Pertukaran Mata Wang Dalam keadaan di mana pertukaran mata wang tempatan mungkin tidak stabil atau mungkin mengalami penurunan nilai, pembeli dari luar negara mungkin lebih berminat untuk membeli produk dari negara dengan mata wang yang lebih rendah. Ini menjadi peluang yang baik bagi penjual produk digital dari Malaysia untuk menarik pembeli antarabangsa. Nilai ringgit yang semakin jatuh, menggalakkan pembeli luar negara membeli dan memborong produk digital yang kita jual. Dengan mengambil kelebihan ini dan memahami strategi pemasaran serta permintaan pasaran Etsy, anda boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi.


21 PRODUK DIGITAL DI ETSY Kenapa anda kena menjual produk digital di Etsy? Terdapat beberapa kelebihan yang jelas untuk menjual produk digital di platform Etsy: 1. Reputasi yang Baik Etsy mempunyai reputasi yang baik dalam menjaga kualiti dan kepercayaan dalam platform mereka. Ini memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa produk digital yang mereka beli adalah berkualiti tinggi. 2. Sistem Penghantaran Produk Digital Etsy menyediakan kemudahan untuk menjual produk digital kepada pelanggan. Setelah pembayaran dibuat, pelanggan boleh memuat turun produk digital mereka dengan cepat dan mudah. Ini menjimatkan masa penjual dalam pengendalian transaksi.


22 3. Potensi Pendapatan Pasif Yang paling best adalah produk digital boleh dijual berkali-kali tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos tambahan. Ini menjadikan perniagaan produk digital di Etsy sebagai sumber pendapatan pasif yang menguntungkan. Produk digital yang anda hasilkan boleh dijual sehingga 10 tahun, 20 tahun, atau mungkin juga untuk 30 tahun akan datang jika ia masih mempunyai value. Anda hanya perlukan beberapa jam untuk menghasilkan satu produk tapi boleh dijual selama bertahun-tahun. Bagi saya produk digital ni “make once, sell forever”. Dengan kelebihan-kelebihan ini, Etsy adalah tempat yang sesuai untuk penjual produk digital memaksimakan potensi pendapatan mereka dalam talian.


23 BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN DI ETSY DENGAN HANYA MENJUAL PRODUK DIGITAL? Anda tidak perlu pandai Adobe Photoshop dan jangan khuatir jika anda bukan seorang designer atau bukan seorang yang kreatif. Untuk berjaya menjana pendapatan pasif setiap bulan di Etsy dengan menjual produk digital, anda perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda mencapai tujuan ini:- 1. Hasilkan Produk Digital Guna Canva Anda hanya pastikan produk digital yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan relevan dengan pasaran Etsy. Maksudnya... sebelum anda menghasilkan sesuatu produk, anda perlu tengok dan kaji produk orang lain di Etsy. Buat research produk yang demand tinggi dan ramai pembeli. Pembeli mahu produk yang bermutu, jadi usahakan untuk memberikan produk yang


24 menonjol dan bermanfaat. Jadikan produk anda unik dan berbeza daripada penjual lain di Etsy. Gunakan element, font, gambar, atau design template dari Canva untuk menghasilkan product digital seperti planner, instagram post, ebook dan sebagainya. 2. Pemasaran yang Efektif Gunakan alat pemasaran dalam platform Etsy, seperti promosi berbayar (Etsy Ads) jika anda mempunyai bajet lebih dan pemasaran SEO (Search Engine Optimize), untuk meningkatkan penemuan produk anda. Penggunaan SEO adalah percuma sahaja dan anda perlu tahu teknik yang betul untuk membuatkan produk yang anda jual keluar di page utama semasa pembeli membuat carian produk. Anda juga boleh mempromosikan produk melalui media sosial dan blog jika sesuai. Media Sosial yang saya sarankan adalah Pinterest.


25 3. Kedai yang Profesional Hiaskan kedai Etsy anda supaya lebih menarik dan profesional dengan gambar-gambar berkualiti dan deskripsi produk yang lengkap. Ini akan memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa anda adalah penjual yang serius. 4. Variasi Produk Tawarkan pelbagai produk digital dalam kedai anda. Dengan lebih banyak pilihan, pelanggan mungkin lebih cenderung untuk meneroka produk lain yang anda tawarkan. Yes betul!. Semakin banyak produk yang anda jual terutama dari niche yang sama akan buat produk anda lebih strong dari segi Etsy Algorithm dan Etsy SEO. Bermaksud, produk anda akan lebih ke depan dalam bersaing dengan penjual daripada produk niche yang sama. 5. Komersialkan Sebagai Produk Bundle


26 Kumpulkan produk digital dalam satu listing yang dikenali sebagai bundle. Anda boleh menjual bundle tersebut dengan harga lebih tinggi daripada produk individu. Contoh produk bundle. 6. Menjaga Pembeli Berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan pembeli dengan harapan mereka akan menjadi repeat buyer produk kita. Sebagai contoh, sekiranya pembeli message anda sebagai penjual, anda perlu layan mereka dengan baik. Gunakan google translate jika anda kurang yakin


27 berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pembeli akan gembira jika layanan memuaskan hati mereka dan secara tidak langsung akan review 5 bintang untuk produk yang anda jual. Ini akan memberi manfaat pada kedai dan produk anda. 7. Analisis Data Sekiranya produk anda kurang laku lebih dari tiga bulan, anda perlu perbaiki dari segi kemungkinan photo listing yang kurang menarik atau kurang info. Berkemungkinan juga anda perlu baiki Etsy SEO produk tersebut. Tingkatkan promosi produk di media sosial anda. 8. Fokus pada SEO Optimumkan deskripsi produk anda dengan kata kunci yang berkaitan dengan produk anda. Ini akan membantu produk anda muncul dalam hasil carian Etsy.


28 9. Pematuhan Dasar Etsy Pastikan anda mematuhi dasar dan peraturan Etsy, termasuk hak cipta dan dasar produk digital. Pematuhan adalah penting untuk menjaga reputasi anda di platform. 10. Masa dan Konsistensi Jangan terlalu cepat putus asa. Pendapatan pasif memerlukan masa untuk dibina. Konsistensi dalam menjual dan memperbaiki produk adalah kunci kejayaan jangka panjang. Dengan usaha dan komitmen, penjual produk digital boleh mencapai kejayaan dalam menjana pendapatan pasif setiap bulan di Etsy. Setiap kejayaan yang akan dicapai memerlukan kesabaran dan penambahbaikan berterusan untuk memaksimakan potensi perniagaan anda.


29 BAB 2 : CANVA www.canva.com Anda pernah dengar Canva? Atau pernah menggunakannya sebelum ini untuk buat design cover kertas kerja atau buat design kad raya. Canva adalah sebuah platform reka bentuk grafik dalam talian yang agak popular pada waktu ini. Ia membolehkan pengguna, termasuk individu dan perniagaan, untuk mencipta reka bentuk grafik yang menarik dan profesional tanpa perlu pengetahuan yang mendalam dalam reka bentuk dan tanpa perisian mahal.


30 Dalam Canva ada pelbagai jenis tool atau alat dan template yang mudah digunakan untuk mencipta pelbagai jenis bentuk grafik, termasuk poster, paparan slide, paparan media sosial, brosur, logo, kad undangan, infografik, dan banyak lagi. Canva membolehkan pengguna membuat reka bentuk grafik dari awal atau mengubah template yang sedia ada, dengan fleksibiliti dalam menyesuaikan teks, imej, bentuk, warna, dan elemen grafik lain mengikut keperluan dan citarasa mereka. Contoh Planner template dari Canva


31 Canva juga ada tool yang membolehkan anda dan partner anda untuk berkolaborasi secara dalam talian. Canva menjadi alat yang sangat berkesan untuk memenuhi keperluan reka bentuk grafik, terutamanya bagi individu dan perniagaan yang mencari penyelesaian yang mesra pengguna untuk keperluan reka bentuk mereka. Tool yang membolehkan anda berkolaborasi dengan bisnes partner anda secara online.


32 TOOL DI CANVA YANG WAJIB ANDA GUNAKAN UNTUK HUBUNGKAN PRODUK ANDA DENGAN PEMBELI TEMPLATE LINK Template link di Canva adalah tool yang membolehkan anda link kan produk digital anda dalam dokumen PDF. Link ini membolehkan pembeli ke produk digital anda di canva atau


33 google drive (jika file di Canva over limit, sebab saiz satu file terhad kepada 20 MB sahaja). Maksimum file yang anda boleh upload pada Etsy Listing adalah 5 file sahaja. Pembeli boleh akses produk digital dengan hanya mengklik link atau pautan yang disediakan dalam dokumen PDF. Ciri ini sangat berguna untuk mencipta e-book, panduan, presentation, atau dokumen lain yang memerlukan pautan yang dapat diakses oleh pembaca. Pautan dalam dokumen PDF yang anda cipta dengan Canva akan aktif dan dapat diklik apabila dibuka menggunakan aplikasi Adobe Reader atau aplikasi pembaca PDF lainnya.


34 KENAPA MESTI CANVA? PERISIAN GRAFIK LAIN TAK POWER KE? Saya bukanlah seorang yang mahir atau cekap dalam penggunan perisian grafik sepertimana pereka grafik atau designer selalu guna. Jadi saya memilih untuk menggunakan Canva. Lagipun, Canva sangatlah senang untuk digunakan di kalangan orang biasa-biasa, pelajar universiti, pekerja kerajaan atau swasta dan suri rumah. Canva adalah salah satu alat reka bentuk grafik yang popular di kalangan penjual Etsy untuk mencipta imej dan grafik promosi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu-satunya pilihan yang popular, ada banyak juga penjual Etsy yang menggunakan perisian reka bentuk lain seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, atau CorelDRAW, terutamanya jika mereka mempunyai pengalaman dalam reka bentuk grafik yang lebih mendalam. Untuk pengetahuan anda, Canva mendapat populariti di kalangan penjual Etsy kerana ia sangat mudah digunakan, mempunyai pelbagai


35 templat siap pakai yang sesuai untuk pemasaran produk, dan menyediakan pelbagai elemen grafik yang boleh digunakan dalam projek. Namun, pilihan terbaik bergantung pada keperluan dan tahap kemahiran individu. Sesetengah penjual mungkin merasakan Canva mencukupi untuk keperluan mereka, manakala yang lain, mungkin memilih perisian reka bentuk yang lebih canggih untuk mencipta reka bentuk yang sangat unik atau kreatif. Ia tidak menjadi masalah yang besar jika anda baru berjinak-jinak dengan Canva. Canva banyak membantu saya menghasilkan produk untuk dijual di Etsy.


36 CANVA PRO ATAU CANVA FREE? Pembeli di Etsy lebih memilih untuk membeli produk anda jika anda menggunakan Canva Free. Pembeli biasanya menggunakan canva free untuk mengakses produk yang dibeli. Jika anda menggunakan Canva Pro, pembeli yang menggunakan akaun Canva Free tidak dapat download produk yang dibeli selepas editing disebabkan sangkut pada element yang berbayar. Jadi pembeli akan elakkan membeli produk yang menggunakan canva pro. Semasa anda mengupload produk dan membuat etsy description, anda perlu menyatakan jenis Canva yang anda gunakan sama ada Canva Pro atau Canva Free. Pilihan antara Canva Free atau Canva Pro bergantung pada keperluan anda dan tahap kemahiran reka bentuk grafik anda. Canva Pro menyediakan lebih banyak alat dan faedah tambahan, tetapi Canva Free mungkin mencukupi untuk kebanyakan kegunaan asas.


37 Perbezaan Antara “Canva Free” dan “Canva Pro” Bagi saya, saya menggunakan kedua-duanya, saya mempunyai dua akaun canva di mana satu


38 akaun Canva Free dan satu lagi Canva Pro (Tidak digalakkan membeli secara illegal di shopee). Akaun Canva Free, saya gunakan untuk membuat produk utama kepada pembeli manakala akaun Canva Pro saya gunakan untuk membuat photo cover listing. Iklan yang menarik adalah satu bonus dan tarikan utama kepada pembeli. Jika anda rasa terbeban untuk melanggan Canva Pro secara tahunan, anda boleh melanggan secara bulanan. Jika anda masih baru dalam Canva, anda boleh cuba dulu gunakan Trial Canva Pro secara percuma.


39


40 BAB 3 : APA PRODUK DIGITAL YANG BOLEH DIJUAL & BUAT DUIT DI ETSY? Etsy adalah platform yang popular untuk menjual pelbagai jenis produk digital. Berikut adalah senarai beberapa produk digital yang sesuai dan boleh menghasilkan pendapatan di Etsy:- 1. Seni Cetak (Printable Art): Rekaan seni digital yang boleh dicetak dan digunakan sebagai hiasan dinding.


41 2. Planners: Pelbagai jenis jadual seperti jadual harian, mingguan, bulanan, atau tahunan yang boleh dicetak oleh pembeli.


42 3. Undangan dan Kad Ucapan: Reka bentuk undangan perkahwinan, kad ulang tahun, dan kad ucapan lain yang boleh diubahsuai.


43 4. Reka Bentuk Grafik: Grafik vektor, logo, ikon, atau elemen reka bentuk lain untuk penggunaan reka bentuk grafik.


44 5. Ebook atau Panduan Digital: Produk digital berbentuk buku elektronik atau panduan dalam format PDF.


45 6. Resipi dan Panduan Masakan: Resipi atau panduan memasak dengan ilustrasi dan petua.


46 7. Pola Jahitan: Pola pakaian, sulaman, dan projek jahitan lain yang boleh dicetak.


47 8. Lagu dan Audio: Lagu asal, alunan muzik, atau bahan audio yang boleh dimuat turun.


48 9. Fotografi Stock: Gambar-gambar stok yang boleh digunakan dalam projek-projek kreatif.


49 10. Laman Web dan Template Blogger: Template untuk laman web atau blog yang boleh digunakan oleh pemilik laman web.


Click to View FlipBook Version