100 Etsy Payments : Ikut pilihan anda untuk Etsy membuat bayaran sama ada sekali setiap bulan/ minggu/dua minggu atau setiap hari. Klik Save and continue
101 Langkah 5: Set up billing Penerangan: Add a credit card Jika anda tiada kad kredit, anda boleh juga menggunakan kad debit. Cara isi borang di Etsy sama sahaja seperti kad kredit. Untuk caj yang dikenakan sebanyak $0.20/RM0.95 setiap kali iklan produk baru atau pembaharuan empat bulan sekali. Selepas anda dapat email dari Etsy, anda perlu buat bayaran secara online transfer melalui akaun yang telah didaftarkan tadi (Untuk kad debit). Begitu juga
102 dengan kad kredit. Bil anda akan dimaklumkan melalui email. Maklumat pada kad kredit/debit : *Kad debit tiada nama di atas kad, jadi anda boleh taip nama tanpa bin/binti pada borang Etsy. Kemudian lengkapkan alamat surat menyurat anda. Add your VAT ID, if you have one: Abaikan Klik Save and continue
103 *Sekiranya anda tersekat pada langkah ini, biasanya Etsy meminta anda untuk memuat naik sama ada kad pengenalan atau lesen memandu pada paparan hadapan kad sahaja format JPEG. Langkah 6: Keep your shop extra safe Pilih Authenticator App Klik Continue
104 Klik App Store atau Google Play
105 Jangan klik Install pada laptop anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah klik Play Store/Apple Store pada Smartphone anda, kemudian search Google Authenticator Klik >> Install Selesai install, klik >> Open
106 Paparan seperti ini akan muncul Klik >> Get Started Klik >> Scan a QR code
107 Scan QR code Masukkan code secepat mungkin sebab code akan bertukar setiap beberapa saat. Klik >> Continue Klik >> Save to computer atau Copy
108 Klik >> Open your shop Paparan seperti ini akan muncul Tahniah! Anda akhirnya berjaya membuka kedai maya di Etsy. Pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Anda juga bakal menjana pendapat pasif setiap hari/bulan.
109 Paparan kedai maya anda seperti di bawah. Anda boleh hias mengikut kreativiti anda.
110 HIASI KEDAI ETSY ANDA ETSY ICON Anda boleh search sahaja Etsy icon pada canva . Banyak design yang menarik untuk dipilih. Saiznya adalah 500 x 500 pixels. BANNER KEDAI Memaparkan nama kedai dan beberapa gambar produk digital yang anda jual. Boleh dijadikan sebagai pengumuman kedai seperti, “opening sale”. Saiz banner adalah 3360 x 840 pixels. Anda boleh memasukkan saiz yang dikehendaki pada Canva. Seterusnya membuat design banner tersebut. Anda perlu mengikut saiz yang dinyatakan supaya ia terletak sempurna dan menggambarkan identiti yang baik untuk kedai anda.
111 Tips: Di Canva telah ada template contoh yang anda boleh sunting (edit) dan gunakan untuk menghias kedai anda. Buka >> https://www.canva.com/ Taip >> etsy Anda boleh pilih >> Etsy shop cover Terdapat 370 pilihan
112 >> Etsy shop icon Terdapat 100 pilihan
113 >> Logo kedai Etsy YURAN DIKENAKAN OLEH ETSY Terdapat 3 jenis yuran transaksi iaitu: Fee (Yuran) Caj Listing $0.20/RM0.95 Transaction 6.5% daripada harga produk terjual Processing 4.5% daripada harga produk terjual
114 Penerangan: Contoh produk digital anda terjual pada harga RM100. RM100 akan ditolak sebanyak 6.5% (Transaction Fee), 4.5% (Processing Fee) dan auto renew listing fee $0.20 (RM 0.95) RM100 – RM0.95(Listing Fee) – RM6.50(Transaction Fee) – RM4.50(Processing Fee) = RM 88.05 (Profit)
115 Penyenaraian (Listing) produk anda akan berada di kedai anda selama 4 bulan. Setelah 4 bulan, Etsy akan bagi notifikasi sama ada anda hendak teruskan ia kekal atau padam terus produk anda daripada kedai. Jika anda hendak teruskan, Etsy akan mengenakan caj $0.20/RM0.95 untuk pembaharuan (renew) produk.
116 BAB 6 : TUTORIAL UPLOAD PRODUK ANDA DI ETSY Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk upload produk digital anda ke Etsy: Langkah 1: Log Masuk ke Akaun Etsy Anda Buka laman web Etsy (www.etsy.com) dan log masuk ke akaun Etsy anda. Jika anda belum mempunyai akaun, daftar terlebih dahulu. Langkah 2: Pergi ke "Shop Manager" Shop Manager Setelah log masuk, klik pada ikon kedai anda di bahagian kanan atas laman web Etsy. Pilih "Shop Manager."
117 Langkah 3: Pilih "Listings" (Senarai) Dalam Shop Manager, pilih "Listings" (Senarai) di menu sebelah kiri. Langkah 4: Klik "Add a listing" Klik butang "Add a listing" untuk mula menambah produk digital anda.
118 Langkah 5: Tentukan Kategori Produk >>> Klik continue Masukkan nama produk digital anda
119 Langkah 6: Muat Naik Gambar Produk dan Video Klik "Add up 10 photos and 1 video”. Pastikan gambar tersebut berkualiti tinggi dan menarik. Sebaiknya anda upload tidak kurang daripada 10 gambar.
120 Langkah 7: Upload Produk Digital Di bawah "Digital files" (Fail digital), klik "Add file" untuk memuat naik produk digital anda. Produk digital biasanya berbentuk fail PDF, JPG, PNG, atau format lain yang sesuai. Langkah 8: Penerangan Produk (Description) Isi deskripsi produk yang jelas dan menjelaskan apa yang termasuk dalam produk digital anda. Berikan butiran yang membantu pembeli memahami produk anda. Langkah 9: Harga dan Kuantiti Produk
121 Masukan harga produk yang sudah anda putuskan dan kuantiti kurang daripada 10(cadangan). Tapi kalau kuantiti anda nak letak lebih daripada 10 pun tak jadi masalah. Boleh je. Langkah 10: Tentukan Cara Penghantaran (Digital Download) Pilih “Add category”
122 Apa itu tag? Tag adalah kata kunci atau kata carian pembeli untuk mencari produk yang dikehendakki. Contohnya, jika anda menjual produk digital seperti ebook tentang resepi masakan, tags mungkin termasuk "resepi masakan," "ebook masakan," "resepi enak," "masakan harian," dan lain-lain. Dengan menambahkan tags yang sesuai, produk anda lebih cenderung muncul dalam hasil carian pelanggan yang mencari produk seperti itu. Optional Optional Optional Wajib isi 13 tags
123 Penting untuk memilih tags yang relevan dan sesuai dengan produk anda, kerana ini akan membantu pelanggan mencari produk anda dengan lebih mudah. Etsy juga memberikan jumlah tags yang dibenarkan untuk setiap produk, jadi pastikan untuk menggunakannya dengan bijak untuk mengoptimalkan visibiliti produk anda. Optional Optional Optional
124 Langkah 11: Renew Options Renew Automatik: Produk anda akan di renew secara automatik selepas habis tempoh 4 bulan listing. Renew Manual: Anda perlu renew secara manual selepas tamat tempoh listing 4 bulan. Langkah 12: Klik Publish Langkah terakhir adalah “Publish” produk anda.
125 Listings Klik sini Renew Automatik Lihat produk anda pada Etsy Edit untuk update stok atau edit title/description
126 BAB 7 : TIPS DAN STRATEGI TINGKATKAN JUALAN OPTIMUMKAN SEO KEDAI DAN PRODUK Gunakan tags, deskripsi, dan tajuk yang relevan dengan produk anda. Pastikan untuk menyertakan kata kunci yang biasa digunakan oleh pembeli dalam carian Etsy. Tajuk Produk (Title) i. Tajuk yang tepat Tajuk mestilah menggambarkan produk anda jual. ii. Kata kunci Tajuk produk anda jual mestilah mengandungi kata kunci sasaran pembeli anda. Kata kunci yang panjang adalah yang terbaik. iii. Research
127 Cara nak tahu kata kunci yang terbaik, anda perlu buat research pada penjual produk yang sama dengan anda di Etsy. Selain itu, anda boleh buat research di Erank. Klik sini https://erank.com iv. Fokus kepada sasaran pembeli. v. Dilarang letak kata adjektif contoh, “Beautiful Canva Template”. Penerangan (Description) Bahagian penerangan ini sangat penting bagi menarik pembeli untuk membeli produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah: i. Penerangan terperinci. Diwajibkan untuk anda membuat penerangan lebih terperinci tentang produk anda jual. Anda perlu nyatakan produk anda ini ditujukan kepada siapa. ii. Nyatakan nilai dan detail produk. Anda perlu nyatakan kebaikan produk anda, bilangan templat, boleh sunting (edit) guna Canva versi percuma dan lain-lain.
128 iii. Kata kunci disebut berulang kali dalam ayat penerangan supaya Etsy boleh kesan produk yang anda jual. Anda ditegah untuk menggunakan ayat penerangan yang pendek sekiranya anda nak produk anda laris dijual. iv. Ayat dalam Bahasa Inggeris. Ayat penerangan wajib dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan pembeli dari seluruh negara boleh memahami produk yang anda jual. Perlu diingatkan sekali lagi, Etsy adalah pasaran global jadi produk anda jual adalah di peringkat antarabangsa. Tags Etsy membenarkan anda membuat 13 tag sahaja. Gunakan semua 13 tag dalam setiap penyenaraian. Apa fungsi tag? Anda perlu mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Etsy menentukan penyenaraian dalam hasil carian. Item dalam hasil carian Etsy mesti sepadan dengan carian pengguna dan item yang padanan tepat akan muncul paling tinggi
129 dalam hasil carian. Sebagai contoh, jika pembeli mencari "baju kucing", algoritma carian akan menemui semua item yang sepadan dengan "kucing" dan "baju" sama ada dalam tag penyenaraian atau tajuk. Kemudian, algoritma akan menggunakan kata kunci untuk meletakkan item tersebut dalam susunan yang paling relevan. Di sini adalah ditegaskan untuk menggunakan 2 perkataan dalam satu tag. Elakkan guna satu perkataan sahaja dalam satu tag. Ini sangat merugikan dan produk anda mungkin gagal dikesan sekiranya berbuat demikian. Jangan salah ejaan dalam tag anda dan jangan tambah tag dalam berbilang bahasa. Jika tersalah ejaan, produk anda gagal dikesan oleh pembeli di Etsy. Gunakan hanya bahasa yang anda pilih apabila anda menyediakan kedai anda. Etsy akan menterjemahkan senarai untuk anda. Di Etsy anda perlu guna Bahasa Inggeris. Anda boleh guna google translate sebagai pemudahcara.
130 Secara rumusan.. Etsy SEO, tajuk produk (title), penerangan (description) dan tag, mestilah mempunyai kata kunci produk yang anda jual. GUNAKAN GAMBAR BERKUALITI TINGGI Gambar produk yang berkualiti tinggi dapat meningkatkan tarikan pembeli. Pastikan gambar produk anda jelas, terang, dan menarik. TAWARKAN PELBAGAI PILIHAN PRODUK Jika mungkin, tawarkan berbagai jenis produk atau varian produk dalam kedai anda untuk menarik pelbagai pelanggan. UPLOAD PRODUK DIGITAL SECARA KONSISTEN Selalu tambah produk baru ke kedai anda. Produk yang sentiasa dikemaskini dapat menarik
131 pelanggan untuk kembali lagi dan secara tidak langsung kedai anda menjadi kedai yang aktif. PENAWARAN DISKAUN DAN PROMOSI Kerap kali buat promosi atau tawarkan diskaun kepada pelanggan dalam tempoh tertentu untuk meningkatkan hasil jualan. BINA REPUTASI DAN ULASAN Usahakan untuk mendapatkan ulasan positif daripada pelanggan. Ulasan yang baik dapat memberi keyakinan kepada pelanggan baru. GUNAKAN MEDIA SOSIAL Promosikan kedai Etsy anda di media sosial dan platform lain untuk menjangkau lebih ramai pelanggan. PEMASARAN BERBAYAR
132 Anda boleh menggunakan iklan berbayar Etsy (Etsy Ads) atau iklan luar untuk meningkatkan visibiliti produk anda. REKA BENTUK PRODUK DAN JUALAN MUSIM CUTI Reka bentuk produk atau promosi khas semasa musim perayaan seperti Krismas, Tahun Baru, Hari Ibu, dan sebagainya. PANTAU PRESTASI Anda boleh gunakan alat analitik Etsy dan ERank untuk melihat bagaimana produk dan kedai anda berprestasi. Membuat perubahan berdasarkan maklumat ini. Menggunakan alat analitik adalah pilihan anda (optional). JANA HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN
133 Berkomunikasi dengan pelanggan anda dan berikan khidmat pelanggan yang baik. Hubungan yang baik dengan pelanggan boleh menghasilkan pembelian berulang. SERTAI KOMUNITI ETSY Sertai forum dan komuniti Etsy untuk berinteraksi dengan penjual lain, berkongsi pengalaman, dan mempelajari tips dan strategi baru. Anda boleh join facebook group berkaitan etsy. Meningkatkan jualan di Etsy memerlukan kesabaran dan kerja keras. Konsistensi dalam menjalankan strategi dan pelbagai usaha adalah kunci kepada kejayaan dalam platform ini. Selain itu, selalu memantau perkembangan dan menyesuaikan strategi anda adalah penting dalam memastikan keberjayaan dalam jualan di Etsy.
134 LETAK LEBIH DARIPADA 20 PRODUK Lagi banyak produk, lagi tinggi potensi produk anda dijumpai oleh pencari produk. Selain itu, biasanya pencari produk lebih gemar mencari kedai yang menawarkan banyak pilihan. Pembeli gemar window shopping sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembelian. Hal ini penting untuk anda menetapkan target untuk membuat produk sebanyak yang mungkin. Sebagai contoh anda kena ada target untuk hasilkan seminggu satu produk sebagai contoh dan lama-lama produk anda akan bertambah. Semakin konsisten anda memuat naik produk, penyenaraian anda di Etsy akan nampak sentiasa aktif dan Etsy akan bantu membuat jualan untuk anda. Jika kedai anda mempunyai satu produk sahaja, ianya tidak akan menarik perhatian pembeli untuk membeli. RUN SALES AND DISCOUNTS
135 Berikut adalah cara untuk menetapkan diskaun atau memberi kupon kepada pembeli. 1. Shop Manager 2. Pilih >> Marketing pada paparan sebelah kiri. 3. Pilih >> Sales and discounts untuk menetapkan pemotongan harga diskaun dan kupon/voucher produk di kedai anda. Kemudian klik >> Run a sale Pilih yang mana hendak anda tetapkan. ETSY ADS Etsy ads adalah pengiklanan secara berbayar minimum $1.00 sehari. Anda mempunyai pilihan sama ada hendak menggunakan pengiklanan di Etsy atau tidak. Bagi sesetengah penjual ia adalah berbaloi membuat pengiklanan berbayar kepada
136 Etsy. Jika anda membuat pilihan untuk tidak menggunakannya itu adalah pilihan anda. Sekiranya anda berminat, boleh layari Marketing >> Etsy Ads Klik >> Get started
137 PINTEREST Anda boleh layari https://www.pinterest.com/ untuk buka akaun di Pinterest. Ia adalah percuma. Pinterest dapat menjadi alat yang berkesan untuk penjual Etsy dengan pelbagai kelebihan yang dapat meningkatkan visibiliti produk dan meningkatkan jualan. Berikut adalah beberapa kelebihan Pinterest untuk penjual Etsy: 1. Jangka Hayat Pin yang Panjang
138 Pin di Pinterest mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan post di beberapa platform media sosial lain. Ini bermaksud produk anda mungkin tetap relevan dan mendapat paparan untuk tempoh yang lebih lama. 2. Carian Visual Pinterest terkenal dengan sifat carian visualnya. Pembeli dapat mencari produk dengan melihat gambar, dan membuatkan produk Etsy lebih mudah ditemui. 3. Trafik Ke Etsy Shop Anda boleh link kan setiap pin kepada produk Etsy anda, membawa trafik terus ke kedai Etsy anda. Ini dapat membantu meningkatkan peluang penjualan produk. 4. Kebolehcapaian Global
139 Pinterest mempunyai audiens global yang besar. Ini bermaksud produk anda boleh diakses oleh pelanggan yang berpotensi dari seluruh dunia. 5. Board Untuk Produk Anda boleh membuat board di Pinterest untuk menunjukkan pelbagai produk atau kategori produk. Ini membolehkan anda mengorganisasi dan menampilkan produk dengan cara yang menarik. 6. Peningkatan Kesedaran Produk Dengan pin visual yang menarik, anda boleh meningkatkan kesedaran produk anda. Pengguna Pinterest sering mencari inspirasi, dan produk anda boleh menjadi sebahagian daripada koleksi inspiratif mereka. 7. Peningkatan SEO
140 Pinterest dapat membantu meningkatkan SEO produk anda dengan menggunakan tags yang sesuai dan deskripsi yang kaya dengan kata kunci. Ini dapat membantu produk anda muncul dalam carian Pinterest dan juga enjin carian luar. 8. Kolaborasi dengan Influencer Anda boleh berkolaborasi dengan pengguna atau board Pinterest yang mempunyai pengikut yang besar untuk meningkatkan visibiliti produk anda. 9. Pemasaran Musim Cuti Pinterest sering digunakan untuk mencari idea dan inspirasi musim cuti. Anda boleh membuat board untuk musim cuti tertentu dan mempromosikan produk anda secara bersepadu. 10. Analisis dan Statistik
141 Pinterest menyediakan alat analisis yang membolehkan anda melihat prestasi pin anda, memberikan maklumat berharga untuk meningkatkan strategi pemasaran anda. 11. Inspirasi dan Idea Anda boleh mendapatkan inspirasi untuk rekaan produk dan strategi pemasaran anda melalui meneroka Pinterest. Melihat trend dan perkembangan dapat membantu anda mencipta produk yang terkini dan diminati. Memanfaatkan Pinterest dengan bijak dapat membuka peluang baru dan meningkatkan kehadiran produk Etsy anda secara keseluruhan. Pastikan untuk menyertakan pautan langsung ke produk di Etsy untuk memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian.
142 MARKET RESEARCH Anda boleh menggunakan strategi ini untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan template. 1. Pilih 3 produk di Etsy yang berkaitan dengan produk anda ingin jual. Kemudian catat apa tajuk “content” sebagai idea kepada produk baru anda. 2. Content kepada tajuk anda boleh guna “dummy text” sahaja. Dummy text adalah text yang tidak membawa maksud sebab biasanya text akan ditulis semula oleh pembeli yang bersesuaian dengan kehendak mereka.
143 BAB 8 : AMARAN & PANTANG LARANG DI ETSY Etsy mempunyai dasar dan peraturan yang jelas mengenai jenis produk yang tidak dibenarkan di platform mereka. Beberapa produk yang mungkin diharamkan oleh Etsy termasuk: 1. Barangan Yang Menyalahi Hak Cipta Produk yang melibatkan penyalinan atau penggunaan hak cipta tanpa kebenaran tidak dibenarkan. 2. Barangan yang Menyalahi Hak Paten Produk yang menyalahi hak paten atau produk yang menyalin reka bentuk atau ciri-ciri produk yang dilindungi oleh paten. Contoh produk menggunakan element atau gambar produk Disney, Frozen, dan sebagainya.
144 3. Barangan yang Melibatkan Diskriminasi atau Keganasan Produk yang mempromosikan diskriminasi, kebencian, atau keganasan tidak dibenarkan. 4. Barangan yang Menyalahi Hak Kekayaan Intelek Produk yang melibatkan pelanggaran hak kekayaan intelek atau mengutip rekaan orang lain tanpa kebenaran. 5. Barangan yang Menyalahi Dasar Etsy tentang Produk Digital Produk digital yang tidak mematuhi dasar dan peraturan Etsy mengenai produk digital, termasuk pelbagai bentuk penipuan digital atau penyalinan haram. Contoh menyalin ebook hak cipta orang lain selain ebook yang berlesen seperti ebook PLR, MRR.
145 6. Barangan yang Melibatkan Pengedaran Seksual atau Pornografi Produk atau kandungan yang melibatkan pengedaran seksual atau pornografi tidak dibenarkan. 7. Produk yang Menyalahi Dasar Kesejahteraan Haiwan Produk yang melibatkan kekejaman atau penyalahgunaan haiwan atau produk yang diperoleh secara tidak bermoral. Penting untuk membaca dengan teliti dasar Etsy dan memastikan bahawa produk yang anda jual mematuhi peraturan mereka. Etsy boleh mengambil tindakan seperti menangguhkan atau menutup kedai penjual yang melanggar dasardasar ini.
146 STOK FOTO TANPA LESEN Foto yang anda gunakan semasa proses pembikinan template adalah mesti dari sumber yang dibenarkan bukan diambil terus daripada google. Sekiranya anda menggunakan foto bukan dari sumber sepatutnya, kedai anda di Etsy berpotensi akan kena sekat oleh Etsy. Foto daripada google tidak boleh sewenangnya diguna pakai untuk tujuan komersial. Berikut adalah pautan (link) untuk anda dapatakan foto untuk digunakan. Ia boleh di download secara percuma. https://unsplash.com
147 https://www.pexels.com https://pixabay.com/
148 https://www.freepik.com/ Anda boleh menggunakan mana-mana stok foto yang anda inginkan untuk produk digital anda.
149 LARANGAN GUNA LOGO CANVA PADA COVER PHOTO LISTING SAMPLE SAMPLE