The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahrul Azinar Jaludin, 2024-04-16 03:58:20

BET

BET

50 11. Font: Pelbagai jenis font atau aksara untuk penggunaan reka bentuk. 12. Template PowerPoint dan Presentation 13. Instagram/Pinterest Template 14. Stiker dan Kepingan Hiasan 15. Reka Bentuk Kalendar 16. Senarai Beli-Belah (Shopping Lists) 17. Jadual Kehamilan 18. Buku Kanak-kanak 19. Google sheet 20. Kursus Online (Online Courses)


51 Dan banyak lagi di www.etsy.com Produk digital ini adalah contoh-contoh produk popular yang boleh dijual di Etsy. Kunci untuk berjaya adalah mencipta produk yang berkualiti tinggi, memahami keperluan pasaran Etsy, dan menggunakan gambar dan pemasaran yang menarik untuk menonjolkan produk anda berbanding pesaing. SIAPAKAH BAKAL PEMBELI PRODUK DIGITAL KITA DI ETSY? Sebelum anda menghasilkan sesuatu produk digital, ada beberapa langkah yang perlu anda tentukan. Anda perlu menentukan sasaran atau target pembeli produk digital anda dengan langkah-langkah berikut: Langkah 1: Mengenal Pasti Produk Digital Anda


52 Kenalpasti produk digital anda dengan lebih mendalam. Dalam contoh ini, produk anda adalah "Buku Aktiviti Menulis Abjad bagi Kanak-Kanak." Apa faedah produk ini? Bagaimana ia boleh membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mengenal abjad? Langkah 2: Penyelidikan Pasaran Lakukan penyelidikan pasaran untuk mengenal pasti sasaran pembeli yang paling mungkin membeli produk ini. Ini melibatkan mengenal pasti siapa yang memerlukan buku aktiviti menulis abjad kanak-kanak. Contohnya, sasaran pembeli mungkin golongan ibu bapa, guru prasekolah, atau penjaga kanak-kanak. Langkah 3: Penyusunan Avatar Pembeli (Buyer Persona) Cipta avatar pembeli untuk produk anda. Contoh avatar pembeli: Nama: Sarah


53 Umur: 30 tahun Pekerjaan: Ibu tunggal dengan seorang anak prasekolah Keperluan: Mencari sumber yang menyeronokkan untuk membantu anaknya belajar menulis abjad. Sarah mungkin ingin memastikan anaknya mempunyai asas pendidikan yang kukuh sebelum memasuki sesi persekolahan (sekolah rendah) Langkah 4: Menyesuaikan Pemasaran Anda Anda perlu menyesuaikan strategi pemasaran anda untuk menarik avatar pembeli anda. Ini termasuk penggunaan bahasa, ton, dan kandungan yang sesuai untuk mereka. Contoh, jika avatar pembeli anda adalah Sarah, kandungan pemasaran anda mungkin menekankan bagaimana buku aktiviti ini akan menjadikan proses pembelajaran anaknya lebih menyeronokkan.


54 Langkah 5: Uji dan Perbaiki Jika anda mendapati bahawa sasaran pembeli sebenar berbeza daripada avatar pembeli anda, anda boleh menyesuaikan strategi pemasaran anda yang lain. Jika produk anda tidak ada pembeli dalam jangka masa yang lama. Anda boleh adjust sedikit sasaran atau target avatar pembeli. Anda tidak perlu mengubah keseluruhan content dalam produk digital tetapi mengubah ikut keperluan serta penerangan produk daripada target sebelum ke sekolah rendah kepada sebelum memasuki prasekolah. Contoh Produk Digital dan Avatar Pembeli: Produk Digital: Buku Aktiviti Menulis Abjad Kanak-Kanak Avatar Pembeli: Nama: Sarah Umur: 30 tahun Pekerjaan: Ibu tunggal dengan seorang anak prasekolah


55 Keperluan: Mencari sumber yang menyeronokkan untuk membantu anaknya belajar menulis abjad sebelum masuk prasekolah. Dengan avatar pembeli yang tersusun, anda boleh mengasaskan strategi pemasaran dan kandungan yang lebih tepat untuk menarik pembeli yang sesuai.


56 DO AND DON’T DI ETSY Berikut adalah panduan "Do's and Don'ts" untuk penjual di Etsy dalam bentuk jadual: DO DON’T Cipta produk berkualiti tinggi Menjual produk yang tidak memenuhi standard kualiti atau berbahaya Berikan gambar dan deskripsi produk yang jelas dan menarik Gunakan gambar yang kabur atau menjual produk tanpa deskripsi yang mencukupi Menyediakan khidmat pelanggan yang cekap dan responsif Mengabaikan pertanyaan atau aduan pelanggan Tetapkan harga produk yang adil dan bersaing Meletakkan harga yang tidak wajar atau menipu pelanggan


57 Patuhi peraturan Etsy dan undang-undang hak cipta dan undangundang yang berkaitan Menyalin produk atau menyalahi undangundang hak cipta Meningkatkan pengetahuan tentang pemasaran dan SEO Etsy Mengabaikan aspek pemasaran atau SEO untuk produk anda Berkolaborasi dengan penjual Etsy lain dan penglibatan dalam komuniti Etsy Tidak melibatkan diri dalam komuniti Mengikuti panduan ini dapat membantu penjual membangunkan perniagaan yang berjaya di Etsy dan mematuhi etika dan peraturan platform. Itulah sebabnya penting untuk selalu memahami dan mematuhi dasar Etsy yang terkini serta memastikan bahawa perniagaan anda memenuhi standard etika dan kualiti tinggi.


58 BAB 4 : MENCIPTA PRODUK DIGITAL Tulis semua idea anda atau lakarkannya. Peringkat ini adalah tentang mencari inspirasi dan memberi ruang penglihatan anda untuk berkembang, jadi jangan takut untuk berfikir di luar kotak. Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk mencipta produk digital dan menjualnya di Etsy: Langkah 1: Cetus Satu Idea Produk Digital Fikirkan tentang apa produk digital yang ingin anda hasilkan. Contoh, kita akan mencipta ebook resepi masakan. Langkah 2: Buat Market Research di Etsy Carilah produk serupa di Etsy untuk mendapatkan idea tentang harga, rekaan, dan


59 bagaimana produk ebook itu dijual. Anda boleh mencari kedai Etsy lain yang menjual ebook resepi masakan sebagai rujukan. Langkah 3: Hasilkan Produk Digital di Canva Gunakan Canva untuk membuat ebook resepi masakan. Reka rekaan kulit, rekaan makanan, dan senarai resepi. Pastikan produk anda unik dan menarik. Langkah 4: Copy Link Pada "Template Link" Setelah produk anda disiapkan, anda perlu membuat template pautan (template link) untuk produk anda di Canva. Ini memudahkan untuk membuat salinan produk dan mengeditnya kemudian. Langkah 5: Buat Iklan dan Video Buat bahan pemasaran seperti imej iklan, poster promosi (maks 10 gambar), atau video


60 pendek (maks 18 saat) untuk mempromosikan produk anda di media sosial atau Etsy. Langkah 6: Upload Produk dan Etsy Description, Kemudian Publish Daftar produk anda di Etsy. Masukkan title dan deskripsi produk yang menarik, harga yang lebih kurang harga pesaing, dan gambar yang berkualiti tinggi (PNG, JPEG). Gunakan template pautan (template link) yang telah anda cipta dalam langkah 4 untuk di upload pada listing tersebut. Setelah semuanya disiapkan, klik "Publish" untuk menjual produk digital anda di Etsy. Ingat, langkah-langkah ini hanya permulaan. Selepas produk anda diterbitkan, anda perlu bekerja keras untuk memasarkan (iklan di media sosial seperti pinterest) dan jalankan sale diskaun produk anda, serta mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan. Jika perlu, sentiasa kemaskini produk anda. Etsy juga mempunyai peraturan khas tentang produk digital, jadi pastikan anda


61 memahami dan mematuhi dasar dan garis panduan Etsy. GUNAKAN CHATGPT DALAM MENCIPTA PRODUK DIGITAL Zaman sekarang ada teknologi AI seperti ChatGPT. Anda boleh menggunakan ChatGPT untuk membantu dalam proses mencipta produk digital. Berikut adalah beberapa cara bagaimana ChatGPT boleh membantu anda: 1. Idea Kreatif: Anda boleh berborak dengan ChatGPT untuk mendapatkan idea-idea kreatif berkaitan dengan produk digital yang ingin anda hasilkan. ChatGPT boleh membantu mencadangkan tema, konsep, atau pendekatan unik untuk produk anda.


62 2. Penulisan Content: Jika produk digital anda melibatkan penulisan, seperti ebook atau panduan, anda boleh meminta ChatGPT membantu dalam penulisan kandungan. Anda boleh memberikan tema atau maklumat asas, dan ChatGPT boleh membantu menghasilkan isi kandungan. 3. Reka Bentuk Grafik: Anda boleh mengajukan soalan atau meminta panduan daripada ChatGPT tentang reka bentuk grafik. Contohnya, jika anda ingin menghasilkan ilustrasi untuk produk anda, ChatGPT boleh memberikan cadangan mengenai bagaimana untuk menghasilkan reka bentuk yang menarik. 4. Pemasaran dan Penyelidikan Pasaran: ChatGPT boleh membantu anda dalam penyelidikan pasaran dan pemahaman mengenai persaingan. Anda boleh bertanya mengenai pasaran sasaran anda dan cara-cara untuk memasarkan produk anda.


63 5. Menghasilkan Etsy Description Dan Iklan: ChatGPT boleh membantu dalam menghasilkan deskripsi produk yang menarik dan iklan yang berkesan. Anda boleh memberikan butiran produk, dan ChatGPT boleh membantu anda dalam menyusun kata-kata yang efektif. Ingatlah bahawa ChatGPT adalah alat yang membantu, dan anda masih perlu melibatkan proses kreatif dan pemikiran kritis anda sendiri. Ini adalah cara bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menyokong proses mencipta produk digital anda. FORMAT FAIL YANG BOLEH DI UPLOAD Format fail yang boleh di upload adalah PDF Microsoft Word TXT PNG JPEG


64 Pautan(link) daripada Canva atau pautan(link) daripada Google drive MENYEDIAKAN TEMPLATE GAMBAR IKLAN YANG SERAGAM UNTUK PRODUK DIGITAL ANDA Adalah sangat digalakkan untuk anda memperuntukkan satu masa untuk menyediakan gambar cover iklan supaya iklan di kedai anda nampak seragam dan teratur. Penting untuk anda menjadikan iklan produk sebagai daya tarikan kepada pembeli terutama iklan muka hadapan (cover photo). Pembeli akan membuat pilihan berdasarkan apa yang anda iklankan. Saiz foto iklan anda adalah 2700 px lebar, 2025 px tinggi. Saiz ini anda boleh set atau tetapkan di Canva. Untuk ratio yang paling baik adalah 4:3. Anda boleh melayari foto iklan penjual lain di Etsy sebagai sumber inspirasi atau idea. Jadikan


65 ia lebih kreatif, menarik dan kemas. Anda dilarang untuk meniru 100%. Etsy seller ini menjual shopify theme PENGIRAAN HARGA PRODUK DIGITAL Sebelum anda meletakkan suatu harga pada produk digital anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan seperti: Berapa lama masa anda peruntukkan untuk menghasilkan sesuatu produk?


66 Adakah pelanggan anda boleh buat seperti anda hasilkan? Berapa harga pesaing produk anda? Siapa pelanggan anda? Cara penggiraan asas: (Jumlah Jam x RM per jam) /3 = ________ Contoh: 5 jam diperuntukkan x RM30 untuk satu jam kemudian dibahagi kepada 3 = RM50 *Kenapa dibahagi dengan 3? Sebab target penjual adalah untuk 3 pembeli yang datang membeli sebagai modal masa dan tenaga yang diperuntukkan untuk menghasilkan produk. Jika pembeli melebihi 3 ianya dikira membuat keuntungan berganda. Formula di atas adalah untuk satu panduan dan anda tidak semestinya menggunakannya.


67 Cara lain untuk anda menetapkan harga adalah anda membuat perbandingan harga di antara penjual yang menjual produk yang sama dengan anda jual.


68 BAB 5 : CARA OPEN ETSY SHOP Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Setelah anda mempunyai produk digital untuk dijual!.. Sekarang saya nak share pula cara buka akaun di Etsy. Anda sudah bersedia? Amaran Awal: Anda mesti siap sedia mempunyai produk digital terlebih dahulu sebelum anda memulakan proses pendaftaran dan pembukaan kedai di Etsy. Jika anda tiada produk lagi, anda akan sangkut pada step ke-3 daripada 6 step yang perlu anda lakukan apabila hendak membuka kedai di Etsy! Jadi, pastikan anda sudah mempunyai produk digital yang mahu dijual sebelum anda klik butang “Get Started” untuk membuka kedai Etsy! Jika masih belum ada, tidak mengapa, anda baca sahaja dulu langkah-langkah yang saya tunjukkan dalam ebook ini. Namun untuk buat secara praktikal.. pastikan anda sudah buat & ada produk digital untuk dijual!


69 BUKA AKAUN KEDAI DI ETSY Untuk pertama kali, anda perlu membuka akaun di Etsy terlebih dahulu sebelum boleh membuka kedai dan menjual produk digital anda. Klik link ini https://etsy.me/3JtgYCv untuk mendapatkan 40 Etsy Listing secara percuma. Berikut ialah beberapa peraturan tentang pembukaan akaun di Etsy: a. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah 18 tahun dan sekurangkurangnya 13 tahun hanya dibenarkan menggunakan perkhidmatan kami melalui akaun yang dimiliki oleh ibu bapa atau penjaga yang sah. b. Sentiasa bersikap jujur. Berikan maklumat yang tepat tentang diri anda. Dilarang menggunakan maklumat palsu atau menyamar sebagai orang atau syarikat lain melalui akaun anda. c. Pilih nama yang sesuai untuk kedai Etsy anda. Jika anda memutuskan untuk tidak


70 menggunakan nama penuh anda sebagai nama yang dikaitkan dengan akaun anda, anda tidak boleh menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, kesat, melanggar hak harta intelek seseorang atau sebaliknya melanggar syarat. d. Anda bertanggungjawab ke atas akaun anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang aktiviti pada akaun anda. e. Lindungi kata laluan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang aktiviti pada akaun anda, jadi penting untuk memastikan kata laluan akaun anda selamat. LANGKAH 1: MEMBUKA AKAUN DI ETSY Sebelum anda mendaftar nama kedai, anda perlu log masuk atau membuka akaun di Etsy terlebih dahulu. Klik pautan : https://etsy.me/3JtgYCv atau https://etsy.com


71 Klik sign in pada bahagian atas di sebelah kanan. Paparan sign in akan keluar seperti gambar di bawah. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar dengan menggunakan email (gmail), facebook atau Apple. Di sini saya mengesyorkan anda untuk mendaftar dengan menggunakan email (gmail). Klik continue with Google Satu pautan yang akan keluar seperti gambar di bawah. a. Masukkan email gmail anda yang sedia ada. Klik next. Klik di sini


72 b. Masukkan kata laluan gmail anda. Klik next. Selepas itu akan keluar paparan seperti di bawah


73 Kemudian scroll ke bawah, pilih Sell on Etsy Klik Get started Klik di sini Klik di sini


74 Terdapat 6 Langkah yang perlu dipatuhi untuk membuka kedai di Etsy. Ramai penjual gagal/tersekat pada langkah ke - 3 dan ke atas disebabkan tiada lagi produk untuk dijual. Langkah 1: Shop preferences Penerangan: Shop language: bahasa kedai yang anda pilih adalah bahasa yang anda hendak gunakan untuk menggambarkan barangan anda. Anda tidak akan dapat mengubahnya kemudian. Adalah disyorkan bahasa kedai dengan menggunakan English


75 untuk memudahkan pembeli dari seluruh negara memahami tentang produk anda jual. Shop country: Pastikan untuk memilih negara yang betul untuk kedai anda. Shop currency: Pilih mata wang yang akan anda gunakan untuk menentukan harga senarai anda. Bayaran penukaran mata wang mungkin berlaku jika mata wang bank anda berbeza dengan mata wang kedai anda. Which of these best describes you: Pilih sama ada menjual produk anda adalah pekerjaan sepenuh masa atau pekerjaan sambilan. Soalan ini hanya untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak akan mempengaruhi pemasangan kedai anda. Kemudian klik Save and continue.


76 Langkah 2: Name your shop Penerangan: Enter your shop name : Pilih nama kedai menggambarkan produk anda jual. Nama kedai mestilah memenuhi syarat seperti berikut: Panjang 4 - 20 aksara Tiada ruang atau watak khas Tidak senonoh Belum digunakan oleh ahli Etsy yang sedia ada Tidak melanggar tanda dagangan orang lain. Sekiranya nama kedai yang anda masukkan


77 digunakan, anda akan melihat cadangan untuk nama kedai lain yang masih ada. Rujuk gambar di bawah : Anda boleh memilih nama kedai seperti yang dicadangkan oleh Etsy atau nama yang available. Klik save and continue.


78 Nama kedai anda akan disimpan semasa anda membuka kedai. Langkah 3: Stock your shop Penerangan: Pada langkah ini, anda perlu masukkan produk anda ke dalam kedai! Anda tidak boleh langkau langkah ini. Jadi, sebelum anda membuat pendaftaran kedai anda di Etsy ini, sebaiknya anda telah sediakan produk (template Canva) yang ingin dijual terlebih dahulu. Klik di sini


79 Jika anda telah mempunyai template Canva untuk dijual, klik Add a listing (Rujuk gambar di atas). Paparan seperti gambar di atas akan muncul. Klik Add a photo Anda perlu masukkan foto pengiklanan bagi produk jualan anda. Klik di sini


80 Foto pengiklanan dimuat naik sebanyak lapan ke atas. Primary adalah cover depan iklan anda. Foto yang terbaik dan disyorkan adalah 2700 x 2025 px. Boleh setting di Canva.


81 Buka Canva Sekejap... Untuk menghasilkan foto iklan mengikut spesifikasi Etsy, adalah seperti berikut: Pilih >> Create a design Pilih >> Custom size Iklan muka hadapan Templat sasaran anda Kelebihan produk anda Proses pembelian


82 Taip >> ( 2700 x 2025) px Klik >> Create new design


83 Sambung di Etsy... Kemudian scroll ke bawah. Video adalah sangat digalakkan untuk dimuat naik. Ia sangat membantu untuk pembeli melihat kandungan templat yang dijual. Klik Add a video. Scroll ke bawah lagi. Listing details perlu diisi seperti berikut. Klik di sini


84 Title: Mesti ditaip maksimum About the listing: Buat pilihan anda Category: Taip Template. Ejaan wajib dalam Bahasa Inggeris. Scroll ke bawah lagi. Boleh abaikan sebab optional


85 Penerangan: Renewal options : Automatic. Maksudnya setiap kali pembaharuan produk dibuat, anda akan dicaj sebanyak $0.20 atau RM0.95. Renew akan berlaku dalam tempoh 4 bulan sekali. Pertama, sebagai contoh, maksimum 999 bilangan produk yang boleh disetkan. Untuk kali pertama anda membuat iklan, anda akan dikenakan caj dengan harga tersebut. Kedua, setelah produk anda terjual. Etsy akan automatik mengenakan caj ke atas produk tersebut sebanyak $0.20 sebagai kos listing. Harga yang dicaj adalah sangat murah dan berbaloi. Ketiga, sekiranya anda ingin menambah kuantiti stok tidak kira seberapa banyak, anda tidak akan dikenakan sebarang caj. Type: Digital. Anda menjual produk digital dari Canva. Description : Bahagian ini paling penting untuk menjual sesuatu produk. Anda menjual template


86 Canva. Perkataan Template Canva perlu diulang banyak kali agar apabila pembeli ingin membuat carian sama ada di google atau enjin carian yang lain, produk anda akan senang muncul. Bahagian ini perlu dinyatakan secara detail tentang produk anda jual. Anda boleh tiruvasi penerangan kenyataan produk template Canva oleh penjual yang lain di Etsy. Penerangan wajib dalam Bahasa Inggeris dan mudah difahami. Anda juga boleh menggunakan google translate untuk memastikan ayat yang anda taip tidak tersilap maksud. Kemudian scroll ke bawah.


87 Penerangan: Tags: Menggunakan maksimum 13 tags berkaitan produk yang anda jual. Adalah sangat rugi jika anda tidak menggunakan semaksimum tag yang diperuntukkan kepada penjual. Antara idea-idea yang boleh membantu anda untuk tagging produk yang anda jual. Caranya anda membuat carian pada ruangan “search bar” pada halaman utama Etsy. Boleh rujuk gambar di atas berkaitan tagging produk yang hendak dijual. Ada 13 tag yang digunakan sebagai kata kunci. Manfaatkan dua


88 perkataan dalam satu tag. Jangan guna satu perkataan untuk satu tag. Contoh idea untuk tag: search >> template Contoh idea untuk tag: search >> instagram


89 Materials adalah pilihan anda. Anda boleh letak warna, bahan produk anda jual. Price: Anda boleh meletakkan harga produk anda dengan nilai anda sendiri yang tentukan. Untuk pertama kali menjual, anda disyorkan agar tidak meletak harga terlalu mahal. Apabila kedai Etsy anda sudah dikenali dan sudah ada pembeli, anda boleh naikkan harga produk anda. Quantity: Boleh letak 1 hingga 999 stok dengan sekali caj $0.20/RM0.95. Setiap kali anda upload produk baru anda akan dicaj sebanyak $0.20. Rujuk jadual untuk lebih faham: Tak kisah anda nak letak seberapa pun stok produk anda, anda akan hanya dicaj sekali sahaja Stok/Kuantiti Caj($) 1 0.20 10 0.20 99 0.20 999 0.20


90 setiap kali upload produk baru. Kalau nak tambah atau kurangkan jumlah produk, anda tak akan dikenakan sebarang caj. Begitu juga sekiranya anda nak perbaiki SEO description atau tukar cover photo, anda tak kan dikenakan caj. Tips: Anda digalakkan untuk letak bawah 10 stok sebagai permulaan bagi membuat pembeli akan rasa rugi jika tidak sempat membeli produk yang anda jual. Setiap kali anda perbaharui kuantiti stok, anda tidak akan dikenakan caj. Penerangan: SKU: abaikan Personalization: Off


91 Digital Files: Penjual wajib memuat naik sekurang-kurangnya satu fail format PDF yang mengandungi pautan (link) templat Canva. Di sini akan didedahkan cara anda hasilkan PDF yang mempunyai pautan (link) templat Canva seperti di bawah. Contoh: Fail PDF yang akan dimuat naik Tips: Membuat pautan (link) templat canva


92 Anda perlu Log masuk ke akaun Canva. Cari anda punya templat yang hendak dijual. Klik >> Share Pilih Template link


93 Kemudian >> Copy Pergi ke templat untuk masukkan link Klik pada >> tiga titik ( ... ) klik >> Link Masukkan link yang telah di “Copy” tadi


94 Selepas masukkan pautan (link) tadi Klik >> Download ( ) Pilih >> PDF Standard Digital files Klik >> + Upload files


95 Apabila pembeli menekan link pada PDF tadi, paparan seperti ini akan muncul


96 Langkah 4: How you’ll get paid Kemudian scroll ke bawah Penerangan: Isi nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat dan nombor telefon.


97 Anda wajib mengisi butiran seperti di atas supaya pihak Etsy dapat membuat bayaran ke akaun bank anda setelah produk anda berjaya di jual. SWIFT BIC: Apa itu SWIFT-BIC Code? SWIFT Code ni adalah kod yang telah ditetapkan untuk setiap bank diseluruh dunia. Ia adalah format standard Bank Identifier Code (BIC) yang digunakan untuk identify bank-bank diseluruh dunia termasuklah cawangannya. Kodkod ini juga wajib digunakan untuk transfer duit di antara bank, terutamanya yang melibatkan transaksi antarabangsa.


98 Bagaimana anda nak tahu SWIFT Code bank anda? Anda perlu google sahaja. Sebagai contoh: SWIFT CODE Public Bank: PBBEMYKLXXX SWIFT CODE Maybank: MBBEMYKLXXX


99 SWIFT CODE CIMB Bank: CIBBMYKLXXX SWIFT CODE Bank Islam: BIMBMYKLXXX Klik Save and continue


Click to View FlipBook Version