BUKU LOG PENGAKAP KLM 29 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK NAMA: SEKAWAN: KUMPULAN: PENSYARAH: TARIKH PENGHANTARAN: INDIGO 11 MAC 2024 TUAN HJ. AHMADI BIN AMNAN EN. MUSTAFA BIN OTHMAN PN. TIONG SIEW KIONG NOOR HAZIQAH INANI BINTI ATAN PI SK 3
Isi Kandungan 1.Prinsip Pengakap 2.Bendera Pengakap 3.Sejarah Pengakap (WOSM) 4.Sejarah Pengakap Malaysia 5.Istiadat Rasmi Pertubuhan 6.Carta Organisasi Pengakap 7.Kaedah Pendaftaran Ahli Pengakap 8.Pakaian Seragam Pengakap 9.Pertolongan Cemas 10.Simpulan / Ikatan 11.Gajet/Pioneering 12.Asas kawad kaki 13.Asas perkhemahan 14.Jalan Lasak dan Pandu Arah 15.Malam Kebudayaan 16.Lagu Pengakap 17.Ikhtiar Hidup 18.Permainan Kecil Pengakap Kanak-Kanak 19.Cerita hutan 20.Ujian Lencana Perancangan Takwim Yang Berorientasikan Sekolah Rendah 21. 22.Laporan Perjumpaan Aktiviti
BIODATA DIRI Nama: Noor Haziqah Inani Binti Atan Tarikh Lahir: 9 Januari 2003 Jantina: Perempuan Agama: Islam Bangsa: Melayu Alamat: No.15, Klebang Prima 2, Medan Klebang Prima, 31200 Chemor, Perak. No. Telefon: 016-7407873 Angka Giliran: 2021042340288 Program: PISMP Ambilan Jun 2021/2026 Kumpulan: PI (SK) 3 E-mel: [email protected]
PRINSIP PENGAKAP
DEFINISI Pergerakan Pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prindip dan kaedah kepengakapan (scout method) yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell. MATLAMAT Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. 1. Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. 2. Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan perlu bersifat holistik dengan mengambil kira semua aspek.Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu. 3. Prinsip Pengakap
Falsafah Pengakap Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan. kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Objektif Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai pengakap. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat. Menerapkan nilai-nilai mumi di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang pengakap. Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan.
MISI Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat. VISI Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan.
PRINSIP COGAN KATA Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah : 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara 3. Perkhidmatan kepada diri sendir Cogan kata bagi Persekutuan Pengakap Malaysia ialah “Selalu Sedia ”.Setiap unit pengakap mempunyai cogan kata yang tersendiri seperti yang terdapat di bawah: ·Unit PengakapKanak-kanak (PKK): “Buat Sehabis Baik” ·Unit PengakapMuda (PM): “Selalu Bersedia ” ·Unit PengakapRemaja: “Pandang Luas ” ·Unit PengakapKelana: “Berkhidmat”
Persetiaan Pengakap Undang-Undang Pengakap
BENDERA PENGAKAP
Lambang / Warna Maksud Pecahan tiga kelopak Tiga Persetiaan Pengakap: i.Taat kepadaTuhan Raja dan Negara ii. Menolong orang pada setiap masa iii. Menurut undang-undang pengakap Ikatan buku sila Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap Dua butir bintang pecah lima berwarna hijau (Kelopak kiri dan kanan) Melambangkan sepuluh Undang-undang Pengakap Lingkaran tali berwarna kuning Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia Anak bulan dan bintang Mewakili agama rasmi negara Malaysia, iaitu agama Islam manakala warna kuning pada anak bulan dan bintang merupakan warna diraja bagi DYMM Raja-raja Bintang pecah 14 berwarna kuning Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia, termasuklah Wilayah Persekutuan Warna-warna pada lambang pengakap seperti (kuning, hijau dan merah) Melambangkan unit dalam pergerakan pengakap Warna kuning: unit pengakap kanak-kanak Warna hijau: unit pengakap muda Warna merah:unit pengakap remaja
Lambang Pengakap Lambang Pengakap Malaysia
SEJARAH PENGAKAP (WOSM)
Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell) Nama penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama singkatan : BP Tarikh lahir : 22 Februari 1857 Tempat lahir : London, England Pendidikan awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh meninggal dunia : 8 Januari 1941
Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson SmythBaden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepadapengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting ”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys ”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
1913 Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan 1915 Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School 1915 Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930) 1922 Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield 1926 Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai “Father of Malayan Scouting”. Semenjak itu, banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:
1926 Melaka, oleh R. Brunstone 1926 Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith 1926 Selangor, oleh Ameen Akbar 1927 Terengganu, oleh A.J. Gracle 1927 Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong 1928 Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) 1931 Perlis, oleh Bird dan Roger Smith Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Inggeris sama ada daripada pegawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap turut ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
ISTIADAT RASMI PENGAKAP 1.Istiadat Laung Agung Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. Cara Pelaksanaan Akela berteriak PEK (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 1. Akela berteriak PEKI PEK! PEK! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 2. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 3.
6. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar Redua belah peha lalu berteriak AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dalam keadaan sedia menghadap Akela. 7. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak KAMU BUAT HABIS BAIK" (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab KAMI BUAT HABIS BAIK 8. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat)
2. Istiadat Terima Anugerah 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2.Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. Akela memanggil penerima lencana berbarisdi hadapannya (ditengah bulatan). 3. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 4. 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian dikanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8. PKK tabik hormat 9.Selesai semua -Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10. PKK balik ke sekawan masing-masing 3. Istiadat Tamat Kursus (Manikayu) Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manikayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.
CARTA ORGANISASI PENGAKAP
KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
Lencana Pengakap
PERTOLONGAN CEMAS
1. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. 2.Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. 3. Pertolongan Cemas Bantuan awal atau pertolongan segera yang diberi kepada individu yang sakit mahupun mengalami kecederan sebelum ketibaan ambulans dan pakar perubatan yang berkelayakan. TUJUAN PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan. Longgarkan pakaian jika perlu Hentikan darah jika berdarah Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan dan segera berhubung dengan doktor di klinik atau hospital terdekat.
Objektif i. Menyelamat nyawa ii. Mengelak mangsa cedera lebih serius iii. Mengurangkan kesakitan iv. Menguruskan pemindahan ke hospita Ciri-ciri seorang penyelamat Bertanggungjawab Berjiwa cekal, waras dan tenang Mengamati prinsip keselamatan diri Berpengetahuan dan berkeyakinan Terlatih Sifat Pemberi Pertolongan Cemas yang Baik Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian ataus ekelilingnya. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberike utamaan rawatan mangsa. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.
BIL ASPEK PENERANGAN 1. Membuat penilaian keadaan Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. Kemudahan yang ada seperti telefon untuk dapatkan bantuan. Dapat menilai tahap kecederaan mangsa. 2. Membuat diagnosa Mendapatkan sejarah kejadian, tandatanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas kecederaan mangsa 3. Memberi rawatan sementara Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. 4. Membuat dan memberi laporan Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa. Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna Perkara Penting Elakkan dari melakukanbantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. Tindakan Segera Pertolongan Cemas Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. Elak mangsa dari mengalami renjatan. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa beradadalam keadaan tenang.
Bil. Perkara Kegunaan 1. Triangular bandage (Kain anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahantulang 2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing 3. Non-sterile gauze, Sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan 4. Elastic bandage/crepe bandage Roller bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan, terseliuh Peti Pertolongan Cemas Setiap orang, khasnya pakar perubatan mesti mengetahui isi dalam peti pertolongan cemas.
Bil. Perkara Kegunaan 5. Glove-disposable/ nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/ sumber jangkitan 6. Scissor Memotong gauze/ bandage 7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat 8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/ pembebatan luka 9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut 10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar 11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptik 12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka 13. LMS solution(minyak kuda) Melegakan kesakitan otot Peti Pertolongan Cemas
Anduh dan Balutan Jenis Anduh Jenis Balutan 1.Anduh besar-Anduh lengan Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 1. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 2. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. 3. 2. Anduh kecil-Anduh Pergelangan Tangan/ Kaki Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 1. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 2. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. 3. 3. Anduh Lutut Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 1. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 2. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. 3.
4. Anduh Kepala Lipatkan sedikitkain anduh tersebutdan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . 1. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila . 2. 3. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas. • Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan • Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan Kesemua balutan-balutan anduh hendaklah menggunakan ikatan buku sila Balutan Ikatan Buku Sila Jenis Kain Pembalut •Pembalut Tiga Segi •Pembalut Lebar •Pembalut Kecil Pembalut Gulung Lipatan Tiga Segi
Jenis Balutan Luka 1.Luka Tangan 2. Luka Dada 3. Luka Bahu
4. Luka Peha 5. Luka Siku 6. Luka Lengan Jenis Balutan Luka
7. Luka Lutut 8. Luka Jari Jenis Balutan Luka Luka tertusuk boleh disebabkan benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain- lain. Lazimnya, tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seeloknya, bersihkan luka sebelum rawatan diberi. Kemudian, balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut. Luka Tusukan
Bil. Jenis Gigitan Rawatan 1. Hama rumput Hama ini didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Cuci tempat yang digigitbersihbersih dengan air dan sabun 1. Tukar dan cuci pakaian,basuh dengan anti-septik 2. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. 3. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan 4. ammonia atau soda yang tidak terlalukeras atau minyak antihistamine. 5. 2. Lintah dan pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 1. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. 2. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. 3. Tutup dan balut dengan pembalut kering 4. Gigitan
3. Ular 1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang mengalirkan darah ke jantung. Jangan ikat sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti dan harus merasa nadi. 2. Cuci luka dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk tawarkan racun. 3. Juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan dibakar terlebih dahulu. 4. Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap- tiap ½ jam. 5. Biarkan mangsa bertenang dengan cukup dan beri minuman panas agar badan sentiasa panas. 6. Jika ia tidak bernafas, bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 7. Hantar ke hospital yang terdekat 8. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikan. 9. Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan lancar. Tidak bahaya jikalau tidak ada luka pada mulut kerana bisa tidak beracun meskipun tertelan.
Terkena Selumbar Cara merawat: 1. Cuci bahagian yang terkena selumbar dan beri tuaman sejuk. 2. Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz dikehendaki 3. Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulangi membasahkannya supaya sejuk. Cara merawat luka: 1. Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. 2. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. Melecur Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit. Keracunan Keracunan terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata. Tanda- tanda Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun: Latar belakang pendedahan/ tertelan Cirit-birit Pening kepala dan demam. Tanda-tanda renjatan. Perut sakit dan kejang. Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. Daya sedar yang lemah. Rasa sakit dan perit yang membakar. Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
Rawatan Awal Keracunan • Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. • Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. • Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. • Tunggu arahan dan bertindak segera. • Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. • Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. • Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan. Terseliuh Tanda-tanda dan gejala • Rasa kesakitan pada sendi tersebut • Bengkak • Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera. Rawatan • Letak beg ais pada sendi yang cedera • Tinggikan bahagian yang tercedera. • Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. • Ampu bahagian yang tercedera. • Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan. Pemulihan Pernafasan Asfiksia (terhenti pernafasan) Asfiksia ialah keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca Asfiksia • Lemas • Keracunan gas dan asap yang merbahaya. • Tersekat saluran udara – tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda asing lain. • Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam. Ketika tidak sedarkan diri Disambar petir atau kilat Terhimpit dada- runtuhan tanah Serangan penyakit Termakan racun
Tanda-tanda • Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas, dan akhirnya terhenti. • Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. • Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri. Peraturan Am Memulihkan Asfiksia A – Airways (saluran pernafasan) • Terbuka atau tersekat • Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, bahan mentah daripada mulut jika ada. B – Breathings (pernafasan) • Boleh bernafas atau tidak • Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C – Circulation (peredaran darah) • Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. • Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation), pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar. Jenis – jenis Pemulihan Pernafasan i. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. ii. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson iii. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. iv. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression) v. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR
SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan / Ikatan Gambar 1.Simpul Manok (Clove Hitch) Memulakan ikatan pada kayu Mengikat tali pada batang kayu Mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh Mengikat khemahpada tiang kayu 2. Simpul Buku Sila (Reef Knot) Menyambung dua tali sama saiz Simpulan tegap dan tidak mudah lucut Mengikat bungkusan Mengikat atau mematikan simpulan pada anduh Mengikat khemah yang dilipat Kedua-dua punca atau hujung tali senang dibuka semula 3. Simpul Tindih Kasih (Bowline) Menyelamatkan orang ketika dalam kecemasan (menaikkan atau meurunkan orang) Mengikat atau menarik kayu 4. Simpul Bunga Geti (Sheet Bend) Menyambung dua tali berlainan saiz Bertujuan agar kedua-dua tali tidak terlucut ketika basah Menyambung tali penarik benderke tali di penghujung bendera dalam flag break
Simpulan / Ikatan Gambar 5. Simpul Lilit Balak (The Timber Hitch) Bertujuan mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin Menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya 6. Simpul Belit (Round Turn) Mengikat tali pada tiang atau membuat ampaian Mengikat bot atau binatang, contonya kuda agar dapat dibuka dengan antas Digunalan untuk turun dari atas pokok menggunakan tali dimatikan dengansimpul manok 7. Simpul Pengail (FIsherman’s Knot) Menyambung dua tali yang halus dan licin seperti tali tangsi 8. Simpul Angka Lapan (Figure of Eight) Ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali pecah Menahan tali tidak tercabut daaripada Blok takal