Simpulan / Ikatan Gambar 9. Simpul Pencuri (Thief Knot) Sesuai untk mengikat bungkusan dan bimbang orang lain akan membuka bungkusan Apabila orang tersebut ingin mengikat kembali, lazimnya akan mengikat semula seperti simpul buka sila 10. Ikatan Serong (Diagonal Lashing) Merapatkan dan mengikat dua batang kayu/ buluh yang bersilang Membuat jambatan,menara dan gajet lain Dimatikan dengan simpulan manok 11. Ikatan Seraya Mengikat dua batang kayu/ buluh yang bersilang Membuat jambatan, menara dan sebagainya Dimulakan dan dimatikan dengan simpul manok
Simpulan / Ikatan Gambar 13. Ikatan Silang Tungku (Tripod Lashing) Membuat gajet dan menyambung kayu, khasnya mengikat tiga batang kayu/ buluh yang sama besar dan panjang Dimulakan menggunakan simpul lilit balak atau simpul manok Dimatikan menggunakan simpul manok 12. Ikatan Lilit Kacang (Floor Lashing) Mengikat kayu/ buluh untuk membina gajet dengan lebih kemas dan kuat Dimulakan dengan ikatan seraya, kemudian diselang-selikan
GAJET DAN PIONEERING
Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaiandan maklumat di tapak perkhemahan. 1. 2.Melindungi makanan dari tercemar 3.Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam 4.Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat 5.Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan 6.Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. 7. Gajet Maksud gajet Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuan gajet Asas Pembinaan gajet Pengetahuan Mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan Mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban, rotan, bertam, enau, nibong, resam dan sebagainya Kemahiran Menggunakan Peralatan Mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali Cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam Meraut buluh menggunakan parang atau pisau
Kemahiran ikatan dan simpulan Mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, silang tungku,silang gunting, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain Mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat Kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dan sebagainya Jenis-jenis gajet Jenis gajet dan kegunaan Gambar 1.Gajet Rak Kasut Tempat susun kasut dengan lebih kemas Mengeringkan kasut 2. Gajet Ampaian Pakaian Mengeringkan dan menyidai pakaian yang dicuci/ basah 3. Gajet pintu gerbang dan menara Pintu gerbang menandakan bahagian depan (pintu) Menjadi tumpuandan fokus utama perkhemahan
Jenis gajet dan kegunaan Gambar 4. Gajet Tiang Bendera Mendirikan bendera 5. Gajet Papan Kenyataan Meletakkan notis atau maklumat sepanjang aktiviti Menulis nama ahli kumpulan 6. Gajet Tempat Bahan Masakan Meletakkan bahan masakan seperti kicap, beras, cuka dan sebagainya 7. Gajet Peralatan Meletakkan peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dan sebagainya Meletakkan peralatan memasak seperti pinggan, cawan dan sebagainya 8. Gajet Meja Meletakkan barang dan lazimnya makanan Menjadi meja makan
Jenis gajet dan kegunaan Gambar 9. Gajet Tripod Meletakkan makanan kering Meletakkan alatan tertentu 10. Gajet Penyangkut Barang Menyangkut cerek, baldi dan sebagainya
ASAS KAWAD KAKI
Asas Kawad kaki
Pergerakan dalam Asas Perbarisan Penerangan Masuk baris Arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawad. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawad. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia ’. Sedia Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. Senang Diri Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia ’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh. Asas Perbarisan Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatih melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Pergerakan Dalam Asas Perbarisan Penerangan Rehatkan diri Kedudukannya sama seperti ’senangdiri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh. Ke kanan lurus dan pandang hadapan Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda ’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masingmasing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia ’.
Pergerakan Dalam Asas Perbarisan Penerangan Ke kanan pusing Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia ’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. Ke kiri pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan. Ke belakang pusing Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. Buka barisan Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Pergerakan Dalam Asas Perbarisan Penerangan Tutup barisan Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia ’. Apabila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentakkaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. Langkah ke sebelah Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kirakira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Paras Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawad dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu: Paras ahli tinggi di tengah Paras ahli rendah di tengah Paras ahli tinggi di kiri Paras ahli rendah di kiri
Pergerakan Dalam Asas Perbarisan Penerangan Keluar baris Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. Bersurai Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Hukuman Kawad 1.Baris, senang diri 2.Rehatkan diri 3.Baris.... Baris sedia 1.Ke kanan lurus 2.Pandang depan 3.Bergerak ke kanan, kanan pusing 4.Menghadap ke hadapan, kek kiri pusing 5.Bergerak ke kiri, kiri pusing 6.Menghadap ke hadapan, kanan pusing 7.Menghadap ke belakang, belakang pusing 8.Menghadap ke hadapan, belakang pusing 1.Baris, dari kiri cepat jalan 2.Baris, berhenti 3.Baris, keluar baris
ASAS PERKHEMAHAN
Konsep Berkhemah Khemah didefinisikan sebagai tempat tinggal sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas minima. Tidak kira bentuk dan jenis tempat berlindung tersebut, akan dikategorikan sebagai khemah. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang bentuk tempat berlindung tidak kira daripada canvas, nylon ataupun daun dan mungkin daripada batu dan simen seperti mana yang didirikan oleh warga pelarian perang di negeri orang. Apa yang penting ialah, boleh memberi perlindungan daripada hujan, panas, kesejukan dan angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan ialah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Khemah yang paling sesuai diperbuat adalah daripada bahan nylon dan jenis-jenis lain bersifat ringan. Aktiviti perkhemahan penting bagi aktiviti luar Pasukan Badan Beruniform. Kegiatan perkhemahan dijadikan aktiviti untuk membina semangat, motivasi dan keyakinan diri serta memberi keseronokan dan menambah ilmu pengetahuan. Hal ini turut memberi manfaat secara langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani. Aktiviti perkhemahan melibatkan aktiviti di hutan, bukit, gunung, tepi sungai, kem, pulau dan sebagainya. Berkhemah bukanlah perkara baru, malahpenah menjadi cara hidup sesetengah masyarakat seperti Apachee, Pawnee, Red Indian, Arab Badwi dan sebagainya. Perkhemahan moden menjadi sebahagian daripada kegiatan rekreasi, ekspedisi, kembara dan sebagainya. Kemahiran berkhemah suatu yang amat penting dalam memupuk modal insan disamping dapat mempelajari pelbagai ilmu, pengalaman dan kemahiran.
Jenis Khemah Jenis Khemah Gambar 1.Khemah nylon bentuk “A” atau poncho Seperti yang digunakan tentera Sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai Memberi kitaran udara yang baik di tempat yang agak panas. 2. Khemah nylon berbentuk Dome Sesuai digunakan di pergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan Boleh memerangkap udara panas dalam khemah dan menghalang angin sejuk menerobos ke dalam. Memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran sejuk. 3. Khemah nylon berbentuk Igloo Sesuai digunakandi pergunungan air batu dan tempat bersalji Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome, cuma lebih memanaskan.
1. Keselamatan peserta dan harta benda Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek terpenting yang perlu diambil kira. Keselamatan diri daripada bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, seranganbinatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak perkhemahan haruslah mempunyai ruang untuk bermain, bergerak, berehat, serta kawasan lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasansempit boleh mengundang kemalangan. Implisit, kemungkinan berlakunya bencana alam seperti banjir,ribut, tanah runtuh dan sebagainya perlu ditekankan. Keselamatan peserta semasa perjalanan ke tempat tapak perkhemahan juga penting. Oleh itu, taklimat perlu diberi kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan tindakan semasa berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam hutan atau di tapak perkhemahan tersebut. Pemilihan Tempat Banyak tempat boleh dijadikan kawasan perkhemahan bagi sesebuah kumpulan. Tempat yang sering menjadi pilihan ialah di tepi pantai, tepi sungai, tepi tasik, kawasan pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat amat penting kerana menjadi faktorutama keselesaan aktiviti perkhemahan. Antara yang perlu diteliti semasa memilih tempat ialah: 2. Kemudahan asas Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas. Kemudahan asas ini ialah sepertibekalan air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai contohnya ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber pili atau paip. Tujuannya adalah supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman. Selain daripada bekalanair, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti jalan perhubungan dan sebagainya. 3. Tempat menarik dan selesa Keseronokan merupakan salah satu daripada matlamat perkhemahan. Sehubungan itu, pemimpin seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan seperti di tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadi pilihan utama untuk diadakan perkhemahan.
4. Kawasan Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah dan untuk beraktiviti di kawasan tersebut. Kawasan perkhemahan juga haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah. Seorang ahli perkhemahan yang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahan terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan. Aspek Keselamatan Terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat. 1.Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu. 2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya. 3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pedalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai. 4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi jarakkan dari denai sekurang kurangnya 4 ke 5 meter.
5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelakkan percikan bunga api dan membakar khemah. 6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat,ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu. 7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang keranakemungkinan disambar petir adalah besar. 8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah. 9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah. 10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah. 11. Apabila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemahbila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merosakkan khemah. 12. Sebarang benda tajam seperti parang, pisau dan sebagainya hendaklah bersarung atau disimpan di tempat selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu
13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula 14. Setiap ahli hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan 'Kod Nada' dan jangan ditiup sesuka hati. Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul. Pastikan khemah tidak didirikan dalam kawasan berbahaya seperti pokok tumbang, sungai deras, ancaman lebah, dan sebagainya. Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek. Maklumat penting: Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
PANDU ARAH TUJUAN Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan danmengikut prosedur yang ditetapkan. 1. 2.Mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3.Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amatpenting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapaataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktivitiserta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah“check-point” kerana ia tiada penjaga dititik. 3. Penanda Kawalan Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putihsebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. 4. Kad Kawalan Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat.
Peta utama Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan denganketerangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalanberkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalandan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. Landasan Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ketitik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diataspeta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. Titik kawalan dengan tanda bulatan. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. PROSEDUR Sebelum 1) Mengetahui Tujuan Perkhemahan a) Rekreasi- Mementingkan kemudahan, keselesaan makan minum, tempat tidur (Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan) b) Khusus - Menekankan kearah kemahiran dan ilmu perkhemahan c) Pengembaraan Ekspedisi - Berkhemah sementara di sesuatu tempat bagi tujuan berehat d) Misteri- Siri penjelajahan yang bertujuan mencari sesuatu tersembunyi sama ada menggunakan Kompas/peta e) Penyelidikan- Membuat kajian yang memerlukan jangka masa yang lama f) Ikhtiar Hidup- Pengembaraan yang lasak,berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dalam membina semangat & ketahanan diri
2) Memperoleh Kebenaran Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut kawasan:- 1. Kawasan Sekolah (Kelulusan Pengetua atau Guru Besar) 2. Daerah luar kawasan sekolah (Kelulusan Pegawai Pelajaran Daerah) 3. Dalam negeri tetapi diluar daerah / luar negeri (Kelulusan Pengarah JPN) 4. Luar Negara (Kelulusan Pengarah KPM) Setiap permohonan disertakan dengan dokumen sokongan:- •Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan •Senarai nama pelajar & guru pengiring •Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan •Senarai tugas jawatankuasa pelkasanan •Jadual aktiviti perkhemahan •Pelantikan dan mesyuarat Jawatankuasa induk serta pelaksanaan 3) Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:- • Balai Polis yang berhampiran dengan lokasi perkhemahan • Balai Bomba dan Penyelamat • Pusat Kesihatan • Pejabat Penghulu yang berkenaan • Penyertaan murid dalam perkhemahan hendaklah kerelaan murid & kesanggupan sendiri (Borang kebenaran oleh waris)
4) Aspek keselamatan lokasi Perkhemahan • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang) Semasa 1) Taklimat Ketua Perkhemahan/ Penyelaras Program - Peraturan / Larangan Disiplin - Taklimat Program aktiviti - Menyelia perjalanan program 2) Menjalankan Mesyuarat / Perjumpaan Pegawai Kem - Mesyuarat penyelaras harus dibuat pada akhir setiap aktiviti bagi menilai &membincangkan masalah yang timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan 3) Perancangan Program -Memastikan jadual perkhemahan dilaksanakn sesuai mengikut perancangannamu boleh diubah sekiranya terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan 4) Memastikan Kesihatan & Kebajikan Para peserta sentiasa terjamin - Jangkitan penyakit berjangkit - Keracunan Makanan - Kemudahan-kemudahan Asas - Sistem Komunikasi
Selepas 1) Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan Perlu berada di sekolah / lokasiperkhemahan bagi memastikan semua peserta telah pulang Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas tamat aktiviti perkhemahan :- 1. Memastikan keperluan logistic atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik 2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih 3. Memohon kebenaran daripada pemilik tempat untuk meninggalkan tapak perkhemahan 2) Mesyuarat Post-Mortem Mengadakan post-mortem aktiviti yang dijalankan & mengenalpasti kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya pada perkehmahan akan datang 3) Membentang & Membuat Laporan 1. Kewangan (Belanjawan) 2. Aktiviti (Aktiviti Kemahiran Ilmu Perkhemahan) 4) Surat Penghargaan Mengedar surat penghargaan kepada pihak yang terlibat dan sijil pencapaian dan penyertaan kepada peserta perkhemahan 5) Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan padamasa hadapan
MEMBACA KOMPAS Perkara-perkara penting semasa guna kompas Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikanarah yang betul dan tepat. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, bendayang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: 1.letakkan peta di atas permukaan yang rata. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. 2. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. 3. 4.sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkutarah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut 5. 6.sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut 7.
MALAM KEBUDAYAAN
DEFINISI MALAM KEBUDAYAAN Malam kebudayaan pengakap juga dikenali dengan ‘Malam Pengakap’ Merupakan acara kemuncak - diadakan di tempat-tempat lapang dan terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghibur. TUJUAN MALAM KEBUDAYAAN menghilangkan rasa bosan selepas penat bekerja & berkhemah melatih bertatatertib taat dan mengikut perintah mencungkil bakat terpendam bekerjasama dan tolong menolong tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain menghilangkan rasa malu berkeyakinan dan mempercayai diri sendirl untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk Malam Kebudayaan
LAGU PENGAKAP
Lagu pengakap Malaysia Lagu : Hafiz b Khamis Lirik : Ybhg Dato’ Kaharuddin Momin & Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin Gubahan : Abdul razak Abdul Rahman
Sayonara Sayonara, sayonara, Hingga berjumpa lagi, Sayonara sayonara, Sampai berjumpa lagi. Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya, Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya.
Kodok Ngorok Kodok ngorok, Ro ko tok, ro ko tok, Di pinggir kali, Re ke tek, re ke tek, Ia jatuh, Ro ko tok, ro ko tok, Lalu mati, Re ke tek, re ke tek.
Di sini senang di sana senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang La. la, la, la, la, la
IKHTIAR HIDUP
Bil. Perkara Contoh 1. Beg Beg 60L atau 90L Khemah Porch Bag 2. Pakaian Pakaian Bersih 1 atau 2 Baju Seluar Sandal Tuala Selimut Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakaisemasa perjalanan dari awal hingga akhir aktiviti) Baju T-shirt Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang. Topi Stokin Stokin Pacat Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali kaki, ini bertujuan menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki) Sarung tangan Peralatan yang Perlu Dibawa Semasa Perkhemahan
Bil. Perkara Contoh 3. Alatan memasak Gas Mess Tin Mancis (boleh menjadi penawar bisa sementara dengan cara menyalakan mancis pada kawasan bisa) Solid Fuel Biji kelapa sawit(jika melalui kawasan kelapa sawit, boleh jadi minyak untuk memasak) Water Container 4. Makanan Biskut Kering Beras (setiap plastik telah disukat untuk sehari, kalau tiga hari berkhemah, maka tiga plastik perlu disukat awal) Makanan tin (sardin, kari ayam, dan lain-lain) 5. Peralatan Rescue Tool Box FirstAids Torchlight Lilin Masking Tape Black Tape Pisau Whistle Tali 5 meter ke atas
1.Kawasan perkhemahan hendaklah sentiasa bersih. Jaga keadaan alam sekeliling dan jimatkan air. Tumbuh-tumbuhan mestilah dipelihara dan elakkan daripada menebang pokok yang berhampiran. 2. Semua peralatan perkhemahan seharusnya dijaga dengan rapi, diletakkan di tempat khusus dan dilaporkan kepada pemimpin bertugas sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. 3. Semua barangbeharga mesti disimpan di tempat yang selamat. Semasa istiadat rasmi seperti pemeriksaan pagi dan upacara menaikkan bendera, semua peserta seharusnya memakai pakaian seragam yang lengkap. 4. 5.Semua peserta mesti mengikut setiap aktiviti yang telah ditetapkan. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan tanpa kebenaran daripada pemimpin bertugas. Jika seseorang peserta harus keluar dari kawasan perkhemahan, catatan seharusnya dibuat. Contohnya nama peserta, masa keluar, dijangka tiba, tempat dituju dan tujuannya. 6. Semua peserta tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan yang tertentu, seperti kawasan perkhemahan perempuan dan kawasan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola. 7. Jika terdapat peserta yang sakit atau tercedera, pemimpin bertugas atau pegawai pertolongan cemas seharusnya diberitahu. 8. Peserta mesti mengikuti arahan dan perintah yang diberikan oleh pemimpin dan ketua kumpulan. 9. 10.Semua aktiviti seharusnya dilakukan mengikut sistem yang telah ditetapkan. 11.Senyap selepas lampu dipadamkan. Undang-undang pengakap dan undang-undang pandu puteri adalah undangundang perkhemahan. 12. Peraturan Perkhemahan
Adab atau Peraturan Sebelum, Semasa dan Selepas Perkhemahan Adab Atau Peraturan Sebelum Perkhemahan Mendapatkan surat kebenaran daripada tuan tanah atau kem warden secara bertulis. 1. Mendapatkan surat kebenaran daripada ibubapa, penjaga sekurang- kurangnya seminggu sebelum bertolak. 2. Memaklumkan kepada pemimpin kumpulan berkenaan tarikh, tempat, bilangan ahli. 3. 4. Memastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang pemimpin turut serta dalam perkhemahan. 5. Tinjauan awal pemimpin bagi memastikan keselamatan tapak perkhemahan adalah mustahak (bukit, curam, binatang buas, jenayah dan lain-lain lagi). Tapak perkhemahan mestilah bersih dan jauh daripada bahaya. Jika perlu beritahu pihak polis berkaitan perkhemahan itu untuk langkah berjaga-jaga. 6. Memastikan terdapat sumber air yang bersih (air paip atau perigi) dan kemudahankemudahan lain. 7. Mengadakan satu unit pasukan pertolongan cemas dengan kelengkapannya untuk bertanggungjawab atas sebarang kecederaan kecil. 8. Memastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain tersimpan dengan baik dan selamat. 9. Sepanjang perkhemahan, seorang pemimpin dimestikan bertugas di pusat untuk menguruskan ahli yang bertugas harian. Ia juga akan menjadi penasihat kepada semua peserta perkhemahan. 10. Semua ahli perkhemahan hendaklah mengikut dan mematuhi peraturanperaturan perkhemahan. 11. Menghadiri taklimat perkhemahan. 12. Menyediakan peralatan perkhemahan selengkapnya.
Adab Atau Peraturan Semasa Perkhemahan Berhati-hati dan jangan bermainatau bergurau denganmenggunakan pisau dan kapak. Apabila keluar dari khemah, mestilah memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak tercedera terkena benda-benda tajam yang terdapat di atas tanah. Jangan bermain api di merata-rata tempat sesuka hati anda kerana hal ini mungkin akan mengakibatkan kebakaran. Semasa mencari kayu hendaklah sentiasa mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah diterangkan dalam taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini. Khemah tidak seharusnya didirikan di bawah atau berdekatan dengan pokok. Belerang mestilah ditabur di sekeliling khemah untuk mengelakkan ular dan haiwan berbisa yang lain. Hal ini biasanya dilakukan pada waktu malam, dan mestilah ditabur pada setiap malam perkhemahan. Tin-tin makanan hendaklah dileperkan sebelum ditanam. Sampah sarap dibakar pada setiap petang untuk mengelakkan kehadiran haiwan yang tidak diingini menghidu bau sisa-sisa makanan. Semasa berjalan berhampiran khemah pada waktu malam, gunakan lampu suluh yang terang, iaitu yang kuat kuasanya dan berhati-hatilah supaya anda tidak tersepak kayu penyacak dan tali pengikat khemah semasa berjalan.
Adab Atau Peraturan Selepas Perkhemahan 1) Jelaskan semua bayaran bil dan bayaran tertentu 2) Runtuhkan semua gajet dan pagar. 3) Kemaskan peralatan individu dan masukkan ke dalam pack. 4) Turunkan semua khemah dan kemaskan. 5) Susun semua peralatan kumpulan di suatu tempat. 6) Semak semula kawasan aktiviti untuk pastikan tiadabarang yang tertinggal. 7) Mengutip semua sampah sarap yang tertinggal semasa aktiviti. 8) Pakai pakaian seragam untuk istiadat penutupan atau balik ke rumah masing-masing. 9) Kawasanperkhemahan harus dibersihkan sehingga lebih bersih daripada sebelum digunakan. 10) Ucapkan terima kasih kepada tuan punya tanah,jika kawasan perkhemahan itu ada penjaganya.
Pengenalan Ikhtiar hidup bukan sekadar berusaha untuk terus hidup, namun berusaha untuk keluar daripada situasi tersebut. Tatkala menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan, ilmu ini amat diperlukan sekiranya tersesat. Ilmu ikhtiar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara berikut: i.Sesat dalam hutan atau terpisah daripadakumpulan. ii. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual yang dirancang. iii. Terselamat dalam nahas udara ataupun laut. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. Definisi Berikhtiar hidup ialah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Ikhtiar Hidup Kemahiran ikhtiar hidup seharusnya ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan tidak kira sama ada berkumpulan mahupun individu. Hal ini disebabkan oleh malang yang tidak berbau, kita tidak dapat menjangka sama ada kita akan dapat keluar dari hutan dalam tempoh yang dirancang.
Objektif 1. Kognitif Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. 1. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. 2. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup. 3. 2. Psikomotor Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya. 1. Mencari dan menggunakan sumber alam semula jadi sebagai sumber makanan. 2. Dapat bertindak cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. 3. 3. Afektif 1.Membina keyakinan diri untuk terus hidup. 2.Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggungjawab. Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menimati keindahannya. 3. Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh individu atau kumpulan. Jika tekanan ini tidak diatasi, boleh melemahkan semangat untuk terus berusaha hidup dan keluar daripada keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah: i. Kelaparan ii.Kehausan iii. Kesakitan iv. Kesejukan dan kepanasan v. Keletihan vi. Kesepian dan ketakutan Tekanan Keadaan Ikhtiar Hidup
Peraturan Asas Ikhtiar Hidup Faktor terpenting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup ialah kemahuan seseorang untuk terus berusaha hidup dan keluar daripada keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap positif serta ketahanan mental yang tinggi, mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi: Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam. Dapatkan rehat yang cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan. Jangan bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkaraperkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.
Bil. Perkara Contoh 1. Perubatan Panadol untuk sakit kepala, demam dan lainlain. Lomotil untuk cirit birit Cadusil untuk radang perut. Antibiotik Ubat gatal Plaster, pembalut dan ubat luka 2. Makanan Bungkusan horlick (gandum) atau milo. Bungkusan glukus Bungkusan gula Bungkusan garam Pil-pil vitamin Tumbuh-tumbuhan hutan yang boleh dimakan Alat-alat Ikhtiar Hidup Sebagai persiapan untuk menghadapi ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan dalam hutan, seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah: Ujian Tumbuh-tumbuhan Kebanyakan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Contoh 1. Menghidu Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu Jika tumbuahan berbau luar biasa kemungkinan tidak boleh dimakan, namun tidak semestinya semua tumbuhan berbau tidak boleh dimakan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak. 2. Gatal-gatal kulit Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensitif Jika terdapat kesan merah atau gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan. 3. Bibir, lidah dan mulut Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual, masukkan bahagian tumbuhan dalam mulut dan kunyah Semasa mengunyah, perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan: i. rasa kelat dan sepat ii. rasa loya iii. rasa gatal-gatal dedaun mulut
Bil. Perkara Contoh 4. Menelan sedikit Jika tiada sebarang reaksi negatif daripada ujian peringkat pertama hingga peringkat ketiga, telan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut: i. rasa mual ii. sakit perut iii. demam dan sakit senditulang 5. Makan sedikit Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat satu, boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.
Peraturan Melaksanakan Ujian Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi: 1. Jangan memendekkan ujian. 2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan. 3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan. 4. Tidak semestinya kalauburung makan kita boleh makan. 5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyakdisekelilingnya. 6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan. 7. Buah yang manistidak semestinya semuaboleh makan. 8. Buah yang masam semuanya boleh makan. Tindakan jika TermakanTumbuhan yang Beracun Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut: 1.Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera. Tempat Perlindungan Dalam sesuatu ikhtiar hidup, tempat perlindungan penting untuk melindungi diri daripada kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco,khemah, sumber-sumber hutan yang sedia ada. boleh digunakan bagi membina tempat perlindungan.