Bil Perkara Penerangan 1, Pondok sementara Pondok yang paling senang dibina Untuk kegunaan jangka masa yang pendek Mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering 2. Pondok Jangka Panjang Jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata 3. Pondok dalam Kawasan Rawang Jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya) Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat daripada air pasang Membina Tempat Perlindungan Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan: Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut. 1. 2.Selamat daripada binatang buas dan serangga berbahaya. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati. 3. 4.Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati. 5.Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan. Jenis-Jenis Tempat Perlindungan Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada di sesuatu kawasan.
Bil Bahan Penerangan 1. Atap - Bahagian terpenting bagi tempat perlindungan - Boleh diperoleh daripada pokok tersebut: Daun palas gajah dan palas biasa. Daun rumbia atau nipah. Daun bertam Daun pokok kabung dan enau. Daun mengkuang. Buluh dan kulit kayu Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai. 2. Tiang dan Alang Mengukuhkan struktur binaan pondok Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang Kayu-kayu tersebut hendaklah mempunyai saiz bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahanbahan untuk membuat atap Dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu lama atau keadaantanah sentiasa lembab dan tidak rata 3. Tali Untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap Boleh diperolehi daripada kulit kayu, rotan dan akar yang boleh diperolehi dalam hutan Dibina jika keadaan berkehendakan untuk berlindung dalam kawasan rawang (berpaya) Tempat perlindungan yang dibina hendaklahselamat daripada air pasang. Bahan-bahan Pembinaan
PERMAINAN KECIL KANAK-KANAK PENGAKAP
Alatan: pen, pensil, pemadam, lencana, duit syiling, kotak mancis, penutup botol dan lain-lain Cara bermain: Objek diletakkan di dalam karung/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam sekawan menyentuhnya, mereka perlu berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut. Sekawan yang menyenaraikan nama objek terbanyak dengan betul adalah pemenang. DERIA SENTUH Ahli Pengakap memegang tangan dan membuat satu bulatan. Seorang Pengakap menjadi `lembu’ dan berdiri dalam bulatan. Lembu perlu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika `lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukar ahli Pengakap lain sebagai `lembu’ dan begitulah seterusnya Lembu kena kepung Ahli Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis. `Nyawa ’ Komunis ialah skaf yang diikatkan di kepala. Komando dikehendaki merebut skaf yang ada di kepala Komunis dalam masa yang ditetapkan. Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila ` nyawa ’ dicabut, Komunis diisytiharkan ` mati’ dan terkeluar daripada permainan. Permainan akan tamat apabila masa telah habis. Ahli pengakap menukar pasukan dari Komando kepada komunis dan sebaliknya. Pasukan yang paling banyak merebut skaf dikira sebagai pemenang Komando Lawan Komunis
Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatan akan dibaling dengan bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira ` mati’. Balingan hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakap yang berada dalam bulatan. Pengakap yang sudah ` mati’ , hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian balingan bola. Permainan diteruskan sehingga hanya seorang Pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang. Bola Beracun Meningkatkan keupayaan mematuhi arahan Meningkatkan kemahiran sosial Membangunkan kualiti kepimpinan Membina kemahiran yang diperlukan untuk kegunaan dalam situasi sebenar Kepentingan Permainan Kecil
CERITA HUTAN
Mowgli Sinopsis Mowgli merupakan kanak-kanak manusia yang tinggal di dalam hutan bersama haiwan lain. Mowgli merupakan kanak kanak yang rapat dengan baloo (beruang) & bagheera (harimau kumbang hitam). Mereka merupakan sahabat yang rapat dan membela mowgli daripada bayi hingga menjadi dewasa. Namun, mowgli seringkali mendapat ancaman yang bahaya daripada sheere khan (harimau benggala). Sheere khan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan mowgli untuk memakan mowgli sebagai buruannya. Pelbagai halangan yang dihadapi oleh ketigatiga sahabat baik ini dalam kehidupan harian mereka. Apakah nasib yang bakal merekatempuhi berhadapan dengan sheere khan? Ikuti perkembangan dalam kisah mowgli ini.
Iktibar Cerita Hutan Mowgli ALAM SEMULAJADI Memupuk semangat cintakan hutan. Menggalakkan pemahaman dan perhubungan yang lebih baik dengan persekitaran. Berani untuk mempelajari sesuatu yang baru SIMPATI DAN EMPATI Membantu manusia dan hidupan lain yang berada dalam kesusahan. Tidak prejudis dan ikhlas dalam memberi bantuan. HIDUP DALAM KOMUNITI Memupuk persefahaman dan penghayatan yang lebih baik antara satu sama lain. Menghargai segala jenis bantuan
UJIAN LENCANA
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH
LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI
Tarikh : 10 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGM KBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi bagi Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 1. Pengerusi : Allison Galang Anak Jubin Naib Pengerusi : Mohd Syazani Bin Nasir Setiausaha : Vanessa Voon Naib Setiausaha : Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Bendahari : Muhammad Zaril Adieb Bin Mohamad Zulkifli Naib Bendahari : Muhammad Faez Bin Bahren 2. Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 3. Penentuan nama KLM IPGM KBL PISMP 2021/2026 : Pelangi II 4. Pembentukan dan pemilihan nama sekawan berdasarkan warna Kumpulan 1 : Hijau Kumpulan 2 : Merah Kumpulan 3 : Jingga Kumpulan 4 : Maroon Kumpulan 5 : Biru Kumpulan 6 : Geranium Kumpulan 7 : Indigo
Tarikh : 17 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, Yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati 9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
Menyanyikan satu lagu pengakap kanak-kanak : Rumput Yang Hijau Atas rumput ada kaki, Kaki cantik tak pernah lihat, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas kaki ada betis, Betis cantik tak pernah lihat, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas betis ada lutut, Lutut cantik tak pernah lihat, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas lutut ada paha, Paha cantik tak pernah lihat, Paha atas lutut, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau
Tarikh : 24 Januari 2024 Tempat : Dataran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Kamarudzaman Bin Hj. Ali Asas Kawad Kaki
Tarikh : 31 Januari 2024 Tempat : Foyer, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Tuan Hj Ahmadi Bin Amnan Taklimat Ringkas PB Program: PISMP Kod: MPU3431a Nama Kursus: Kokurikulum - Unit Beruniform Pengakap I Tugasan Tugasan 1 : Catatan Log Tugasan 2 : Ujian Amali Nama Pelajar: Semester / Tahun: Semester II / Tahun 3 Ambilan: JUN 2022/2026 Kumpulan: BCN 1,BCN 2,BMM(SK),MZU(SK),PIM(SK) 1,PIM(SK) 2,PIM(SK) 3,TSL(SJKC),TSL(SK) 1,TSL(SK) 2 Tarikh mula Tarikh Hantar 21 FEBRUARI 2024 24 MAC 2024 11 MAC 2024 22 APRIL 2024 Antara matlamat penubuhan pengakap ialah membangunkan golongan muda dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial untuk melibatkan diri dalam masyarakatnya. Justeru itu, sebagai seorang pemimpin perlu menyediakan dan melaksanakan rancangan latihan yang progresif, menarik berdasarkan persetiaan dan undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin pengakap perlu menyediakan pelan yang khusus dan bersifat holistik mengambil kira pelbagai aspek dalam melaksanakan aktiviti pengakap.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: TUGASAN 1: CATATAN LOG (40%) Secara individu, pelajar dikehendaki menulis catatan log yang mengandungi maklumat berkaitan: - Biodata diri - Maklumat pengenalan unit, lambang, bendera, cogankata, lafaz persetiaan dan lagu unit - Perlembagaan/undang-undang, pengasas, sejarah penubuhan, tujuan penubuhan dan istiadat rasmi - Struktur organisasi pelbagai peringkat. - Pengurusan keahlian, pakaian seragam dan pangkat/lencana kemahiran. - Perancangan takwim yang berorientasikan sekolah rendah. - Laporan perjumpaan aktiviti. - Mengaplikasikan kemahiran digital dalam menyampaikan isi kandungan catatan log. TUGASAN 2: UJIAN AMALI (60%) 2.1 Pelajar diuji secara individu kemahiran asas pengakap seperti berikut: Ujian Kawad Kaki (10%) Ujian Ikatan dan Simpulan (10%) Ujian Ikhtiar Hidup (10%) Ujian Pertolongan Cemas (5%) 2.2 Pelajar diuji secara berkumpulan berkaitan kemahiran seperti berikut: Istiadat Laung Agong dan Mengibarkan Bendera (15 %) Malam Pengakap (10 %)
Tarikh : 21 Februari 2024 Tempat : Foyer, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Laung Agung 1. Akela berteriak PEK ! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Bagi memastikan berada dalam keadaan bersedia, akela boleh memberikan arahan kawad kaki secara ringkas. 5. Aktiviti laung agung dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Persetiaan Pengakap dan bacaan doa. 6. Selepas itu, setiap ketua bagi sekawan masing-masing akan melaporkan bilangan ahli dan keadaan samada bersedia atau tidak untuk menerima arahan seterusnya. 7. Akhir sekali, akela akan melaporkan kepada jurulatih atau guru pembimbing bilangan keseluruhan ahli. 8. Diakhiri dengan arahan keluar baris.
Tarikh : 28 Februari 2024 Tempat : Foyer, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Laung Agung 1. Akela berteriak PEK ! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Bagi memastikan berada dalam keadaan bersedia, akela boleh memberikan arahan kawad kaki secara ringkas. 5. Aktiviti laung agung dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Persetiaan Pengakap dan bacaan doa. 6. Selepas itu, setiap ketua bagi sekawan masing-masing akan melaporkan bilangan ahli dan keadaan samada bersedia atau tidak untuk menerima arahan seterusnya. 7. Akhir sekali, akela akan melaporkan kepada jurulatih atau guru pembimbing bilangan keseluruhan ahli. 8. Diakhiri dengan arahan keluar baris.
Menyanyikan lagu Pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia