The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN PENGECUALIAN PEROLEHAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saiful310711, 2021-10-18 04:26:10

PERATURAN PENGECUALIAN PEROLEHAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERATURAN PENGECUALIAN PEROLEHAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Keywords: PEROLEHAN

PE-8 Perolehan Bahan Bakar Di Semenanjung Malaysia

1. Jenis Bahan Bakar

1.1 Peraturan ini adalah terpakai untuk pembekalan dan pengiriman bahan bakar

yang diperolehi secara pukal oleh Agensi Kerajaan. Bahan bakar bagi maksud

kegunaan terdiri daripada lima (5) jenis seperti berikut:

1.1.1 Minyak diesel;

1.1.2 Minyak petrol;

1.1.3 Gas petroleum cecair (Liquefied Petroleum Gas - LPG);

1.1.4 Gas asli kenderaan (Natural Gas for Vehicles - NGV); dan

1.1.5 Bahan api pesawat udara (aviation fuel).

1.2 Penggunaan Kad Inden untuk membekal bahan bakar bagi kegunaan
kenderaan Jabatan hendaklah merujuk kepada peraturan semasa yang
berkuat kuasa berkaitan perolehan, penggunaan dan kawalan Kad Inden.

2. Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

2.1 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus adalah dibenarkan untuk
melaksanakan perolehan secara rundingan terus bagi bahan bakar mengikut
seperti berikut:

Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus
(PBM)
Sehingga RM20 ribu setahun atau
satu (1) kontrak Ketua PTj

Melebihi RM20 ribu sehingga RM1 Jawatankuasa Sebut Harga
juta setahun atau satu (1) kontrak

Melebihi RM1 juta setahun atau Lembaga Perolehan UMT
satu (1) kontrak

2.2 Harga bahan bakar hendaklah mengikut harga pasaran yang ditetapkan
oleh Kerajaan termasuk cukai yang ditetapkan dari semasa ke semasa dan
termasuk kos pengiriman bahan bakar tersebut ke tempat penyimpanan
yang ditetapkan oleh UMT. Kos selain daripada yang telah dinyatakan
berkaitan pembekalan bahan bakar adalah tidak dibenarkan.

51

3. Syarat Perolehan

3.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.

3.2 Kajian pasaran adalah dikecualikan.

3.3 Pembelian bahan bakar daripada syarikat yang memenuhi semua syarat

berikut:

3.3.1 Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang

berkaitan;

3.3.2 Merupakan syarikat minyak atau pengedar yang sah bagi

syarikat minyak; dan

3.3.3 Mendapat lesen Petroleum Development Act (PDA) daripada

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP) untuk memasar borong bahan bakar di

bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Pindaan 1981).

3.4 Mengutamakan pembelian daripada syarikat minyak tempatan bertaraf
Bumiputera.

3.5 Perolehan hendaklah dibuat dengan syarikat minyak atau pengedar di
daerah yang sama atau berhampiran dan tidak tertumpu kepada satu (1)
syarikat minyak atau pengedar sahaja.

3.6 Penentuan harga kontrak adalah berdasarkan harga tawaran pembekal dan
tetap.

3.7 Pelarasan harga pada setiap bulan perlu dibuat berdasarkan harga sebenar
semasa penerimaan bahan bakar tersebut.

3.8 Menggunakan bahan bakar yang lebih menjimatkan UMT dan bersesuaian
dengan kegunaan kenderaan tersebut.

52

3.9 Dilarang untuk memecah kecil nilai pembelian bahan bakar untuk
mengelakkan permohonan diputuskan di peringkat Pihak Berkuasa Melulus
yang lebih tinggi.

4. Rundingan Harga

4.1 Bagi perolehan sehingga RM20 ribu:

4.1.1 Rundingan harga seperti di Peraturan Rundingan Terus dalam
SOP Perolehan :5.9 – Perolehan Rundingan Terus adalah
dikecualikan.

4.1.2 PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan
mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-dua
pihak secara bertulis.

4.2 Perolehan melebihi RM20 ribu:

4.2.1 Rundingan harga hendaklah dilaksanakan sepertimana
Peraturan Rundingan Terus dalam SOP Perolehan :5.9 –
Perolehan Rundingan Terus.

4.2.2 Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan
menguntungkan UMT

5. Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj

5.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa Spesifikasi
dan Penilaian Teknikal PTj.

5.2 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj adalah
bertanggungjawab untuk memastikan syarat perolehan di para 3 dipatuhi.

53

6. Pesanan Belian

6.1 Pesanan Belian (PB) hendaklah dikeluarkan sebelum perolehan dilaksanakan
selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1(d) atau (e).

6.2 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.

7. Surat Setuju Terima

7.1 Surat Setuju Terima (SST) perlu dikeluarkan bagi:

7.1.1 perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai atau;

7.1.2 perolehan secara one-off yang melebihi RM20 ribu.

8. Bon Pelaksanaan

8.1 Bon Pelaksanaaan perlu dikenakan berdasarkan peraturan perolehan yang
berkuat kuasa sama ada secara bermasa atau one-off.

9. Dokumen Perjanjian

9.1 Dokumen perjanjian perlu dibuat bagi:
a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai; atau
b) perolehan secara one-off melebihi RM500 ribu.

9.2 Bagi perolehan secara one-off bernilai sehingga RM500 ribu, dokumen
perjanjian dikecualikan daripada diadakan. Walau bagaimanapun, terma dan
syarat bagi perkhidmatan tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi
memastikan kepentingan UMT terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan
Belian atau Surat Setuju Terima. PTj hendaklah memastikan semua obligasi
syarikat telah disempurnakan sebelum bayaran dilakukan.

54

10. Tanggungjawab Ketua PTj

9.1 Ketua PTj adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan
perolehan setiap jenis bahan bakar secara pukal dirancang dengan teliti dan
dibuat secara berhemat berdasarkan keperluan sebenar PTj.

9.2 Ketua PTj mengadakan peraturan dalaman (standard operating prosedure -
SOP) bagi mengawal pengeluaran bahan bakar yang diperolehi secara pukal
untuk kegunaan PTj.

11. Carta Alir
11.1 Carta Alir pelaksanaan Perolehan Bahan Bakar adalah sepertimana berikut :

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon Kelulusan Perolehan
Setuju Terima Pelaksanaan bagi oleh Pihak Berkuasa
Perolehan melebihi Melulus Mengikut Had
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu Nilai Perolehan
(pembekal)

Mengeluarkan Menyediakan Pembekal
Pesanan Belian Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

55

PE-9 Perolehan Percetakan Warta Kerajaan

1. Kaedah dan Had Nilai

1.1 UMT adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan
terus bagi percetakan Warta Kerajaan Persekutuan dan Negeri dengan
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) tanpa tertakluk kepada
sebarang had nilai dan tempoh masa serta diluluskan oleh Ketua PTj.

2. Syarat Perolehan

2.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
2.2 Kajian pasaran adalah dikecualikan.
2.3 Semua proses perwartaan perlu melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang

UMT (PPUU)
2.3 Tatacara rundingan harga adalah dikecualikan.
2.4 Percetakan dokumen selain yang dinyatakan di perenggan 1.1 hendaklah

dilaksanakan berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.

3. Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj UMT

3.1 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj bagi perolehan adalah
dikecualikan.

4. Pesanan Belian
4.1 Pesanan Belian dikecualikan.

5. Surat Setuju Terima

5.1 Surat Setuju Terima (SST) perlu dikeluarkan bagi:
a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai; atau
b) perolehan secara one-off yang melebihi RM20 ribu

56

6. Bon Pelaksanaan

6.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan melebihi RM200 ribu sama ada
bermasa atau one-off.

7. Dokumen Perjanjian

7.1 Dokumen perjanjian dikecualikan bagi perolehan bermasa atau one-off tanpa
tertakluk kepada sebarang had nilai. PTj hendaklah memastikan semua
obligasi PNMB telah disempurnakan sebelum bayaran dilakukan.

8. Carta Alir
8.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Percetakan Warta Kerajaan yang
dianjurkan oleh Agensi Kerajaan Atau Syarikat Swasta adalah sepertimana
berikut:

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon Kelulusan Perolehan
Setuju Terima Pelaksanaan bagi oleh Pihak Berkuasa
Perolehan melebihi Melulus Mengikut Had
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu Nilai Perolehan
(pembekal)

Mengeluarkan Menyediakan Pembekal
Pesanan Belian Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

57

PE-11 Perolehan Bekalan/Penghantaran Buku Cetakan/
Terbitan Dalam Dan Luar Negara (Termasuk e-book)

1. Perolehan Bekalan/Penghantaran Buku Cetakan/Terbitan Dalam
Negara (termasuk e-book)

1.1 Kaedah dan Had Nilai

1.1.1 Perolehan secara rundingan terus bagi bekalan/ penghantaran
buku cetakan/terbitan dalam negara mengikut had nilai dan
Pihak Berkuasa Melulus seperti berikut:

Had Nilai Pihak Berkuasa Melulus
(PBM)
Sehingga RM200 ribu
Jawatankuasa Pemilih Syarikat,
Melebihi RM200 ribu PSNZ
sehingga RM500 ribu
Jawatankuasa Sebut Harga

Melebihi RM500 ribu Lembaga Perolehan UMT
sehingga RM50 juta

1.2 Syarat Perolehan

1.2.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.

1.2.2 Kajian pasaran perlu dibuat terlebih dahulu mengenai
1.2.3 judul/tajuk, bidang dan penerbitan supaya harga tawaran
adalah berpatutan dan menguntungkan UMT sebelum
pembeIian dibuat. Selain itu, UMT hendaklah memastikan
perolehan tidak tertumpu pada syarikat/pembekal tertentu
selaras dengan prinsip perolehan.

Perolehan hendaklah dilaksanakan di kalangan syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang
berkaitan

58

1.3 Rundingan Harga

1.3.1 Tatacara rundingan harga seperti di PP/PK7.16 adalah
dikecualikan.

1.3.2 PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan mendapatkan
pengesahan/persetujuan daripada kedua-dua pihak secara
bertulis.

1.4 Jawatankuasa Pemilih Syarikat, Perpustakaan Nur Zahirah
(PSNZ)

1.4.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa
Pemilih Syarikat Perpustakaan Nur Zahirah (PSNZ)

1.4.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Pemilih Syarikat, PSNZ adalah
seperti berikut:

i. Memastikan syarat perolehan seperti di para 1.2 dipatuhi;
dan

ii. Menganalisis dan membuat pemilihan
syarikat berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi
harga dan kualiti mengikut keperluan UMT.

1.5 Pesanan Belian

1.5.1 Pesanan Belian (menggunakan Sistem Ilmu) hendaklah
dikeluarkan sebelum perolehan dilaksanakan selaras dengan
Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1(d) atau (e).

1.5.2 Pesanan Belian dikecualikan bagi perolehan yang dilaksanakan
atas talian.

59

1.5.3 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

1.6 Surat Setuju Terima (SST)

1.6.1 Surat Setuju Terima yang menggunakan kaedah ini perlu
dikeluarkan bagi:
a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada had nilai;

atau
b) perolehan secara one-off yang melebihi RM20 ribu.

1.6 Bon Pelaksanaan

1.6.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan yang melebihi
RM200 ribu sama ada bermasa atau one-off.

1.7 Dokumen Perjanjian

1.7.1 Dokumen perjanjian perlu diadakan bagi:
a) bagi perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada

sebarang had nilai; atau
b) perolehan secara one-off melebihi RM500 ribu.

1.7.2 Bagi perolehan secara one-off bernilai sehingga RM500 ribu,
1.8 Carta Alir dikecualikan daripada mengadakan dokumen perjanjian.
Walau bagaimanapun, terma dan syarat bagi perkhidmatan
tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi memastikan
kepentingan UMT terpelihara dan dilampirkan bersama
Pesanan Belian atau Surat Setuju Terima.

1.8.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Bekalan/Penghantaran
Buku Cetakan/Terbitan Dalam Negara (termasuk e-book)
adalah sepertimana berikut:

60

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon Kelulusan Perolehan
Setuju Terima Pelaksanaan bagi oleh Pihak Berkuasa
Perolehan melebihi Melulus Mengikut Had
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu Nilai Perolehan
(pembekal)

Mengeluarkan Menyediakan Pembekal
Pesanan Belian Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

2. Perolehan Bekalan/Penghantaran Buku Cetakan/Terbitan Luar
Negara (termasuk e-book)

2.1 Kaedah dan Had Nilai Perolehan

2.1.1 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus yang adalah
Bil. dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan
terus bagi bekalan/penghantaran buku cetakan/terbitan luar
negara sama ada dalam bentuk softcopy (e-book) atau
hardcopy seperti berikut:

Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus

i. Sehingga RM200 ribu Jawatankuasa Pemilih Syarikat,
PSNZ

ii. Melebihi RM200 ribu Jawatankuasa Sebut Harga
sehingga RM500 ribu

61

iii. Melebihi RM500 ribu Lembaga Perolehan
sehingga RM100 juta
setahun

2.2 Syarat Perolehan

2.2.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
2.2.2 Kajian pasaran perlu dibuat terlebih dahulu mengenai
judul/tajuk, bidang dan penerbitan supaya harga tawaran
2.2.3 adalah berpatutan dan menguntungkan Kerajaan sebelum
2.2.4 pembeIian dibuat. Selain itu, PTj hendaklah memastikan
perolehan tidak tertumpu pada syarikat/ pembekaI tertentu
selaras dengan prinsip perolehan.
Harga yang ditawarkan oleh syarikat adalah harga bersih
(termasuk kos pembungkusan dan penghantaran) dan
hendaklah dalam Ringgit Malaysia (kecuali pembelian atas
talian).
Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan ke atas penerbit
luar negara bagi urusan perolehan yang dibuat secara atas
talian adalah dikecualikan.

2.3 Tatacara Rundingan Harga – PPP/PK7.16: Garis Panduan
Rundingan Harga bagi Rundingan Terus

2.3.1 Tatacara rundingan harga seperti di PP/PK7.16 adalah
2.3.2 dikecualikan.
PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan
mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-dua
pihak secara bertulis.

2.3 Jawatankuasa Pemilihan Syarikat, Perpustakaan Sultanah
Nur Zahiran (PSNZ)

62

2.3.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui
2.3.2 Jawatankuasa Pemilih Syarikat, PSNZ
Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian
Teknikal PTj adalah seperti berikut:
i. Memastikan syarat perolehan seperti di para 2.2

dipatuhi.
ii. Menganalisis dan membuat pemilihan syarikat

berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi harga dan
kualiti mengikut keperluan UMT.

2.5 Pesanan Belian

2.5.1 Pesanan Belian adalah dikecualikan bagi perolehan ini termasuk
yang dilaksanakan atas talian

2.6 Surat Setuju Terima

2.6.1 Surat Setuju Terima adalah dikecualikan bagi perolehan
bermasa atau one-off tanpa tertakluk kepada sebarang had
nilai.

2.7 Bon Pelaksanaan

2.7.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan melebihi RM200
ribu sama ada bermasa atau one-off.

2.8 Dokumen Perjanjian

2.8.1 Dokumen perjanjian adalah dikecualikan sama ada bermasa
2.8.2
atau one-off tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai. Walau

bagaimanapun, terma dan syarat bagi perkhidmatan tersebut

hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam dokumen

berkaitan bagi memastikan kepentingan UMT terpelihara.

Pembayaran boleh dilaksanakan melalui Telegraphic

Transfer (TT) atau kaedah lain yang dibenarkan.

63

3. Arahan Perbendaharaan (AP) 99(e)

3.1 AP99(e) telah menetapkan bahawa bayaran hanya boleh dibuat sekiranya
perakuan bekalan/perkhidmatan/kerja telah dilaksanakan dengan
sempurna.

3.2 Pengecualian daripada AP99(e) diberikan bagi pembayaran yang perlu
dibuat sepenuhnya sebelum pembekalan/perkhidmatan dilaksanakan.

5. Carta Alir

5.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Bekalan/Penghantaran Buku
Cetakan/Terbitan Luar Negara (termasuk e-book) adalah sepertimana
berikut:

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon Kelulusan Perolehan
Setuju Terima Pelaksanaan bagi oleh Pihak Berkuasa
Perolehan melebihi Melulus Mengikut Had
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu Nilai Perolehan
(pembekal)

Mengeluarkan Menyediakan Pembekal
Pesanan Belian Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

64

PE-11: Perolehan Bekalan Surat Khabar Dan Majalah
Tempatan

1. Kaedah dan Had Nilai

1.1 Perolehan secara pembelian terus bagi langganan surat khabar dan majalah

tempatan adalah dibenarkan seperti berikut:

1.1.1 Perolehan sehingga RM20 ribu hendaklah dilaksanakan di

kalangan mana-mana syarikat/pembekal sama

ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian

Kewangan; dan

1.1.2 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah dilaksanakan di

kalangan mana-mana syarikat atau pembekal yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang

berkaitan.

Had nilai Pihak Berkuasa Melulus
(PBM)
Sehingga RM20 ribu
setahun Ketua PTj
(Pembelian Terus)
Melebihi RM20 ribu setahun

2. Syarat Perolehan

2.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
2.2 Kajian pasaran adalah dikecualikan.
2.3 Digalakkan agar melanggan surat khabar dan majalah tempatan secara

atas talian (online) bagi tujuan penjimatan.
2.4 Tatacara rundingan harga adalah dikecualikan.

3. Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal UMT

3.1 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal UMT adalah dikecualikan.

65

4. Pesanan Belian
4.1 Pesanan Belian adalah dikecualikan dan bayaran hendaklah dibuat
berdasarkan invois yang dikemukakan oleh syarikat.

5. Surat Setuju Terima
5.1 Surat Setuju Terima dikecualikan bagi perolehan ini bermasa atau one-off
tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai.

6. Bon Pelaksanaan
6.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan melebihi RM200 ribu sama
ada bermasa atau one-off.

7. Dokumen Perjanjian
7.1 Dokumen perjanjian adalah dikecualikan bagi perolehan bermasa atau one-
off tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai dan memastikan semua
obligasi syarikat telah disempurnakan sebelum bayaran dilakukan

8. Carta Alir
8.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Bekalan Surat Khabar Dan Majalah
Tempatan adalah sepertimana berikut:

66

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon Kelulusan Perolehan
Setuju Terima Pelaksanaan bagi oleh Pihak Berkuasa
Perolehan melebihi Melulus Mengikut Had
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu Nilai Perolehan
(pembekal)

Mengeluarkan Menyediakan Pembekal
Pesanan Belian Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

67

PE-12 Perolehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan

1. Takrifan

1.1 Perkhidmatan penyiaran pengiklanan adalah merujuk kepada slot
iklan (advertisement space) di media cetak, slot masa (air time) di media
elektronik dan media lain yang dikenal pasti dari semasa ke semasa.

1.2 Media Cetak bermaksud alat atau saluran komunikasi yang berupa
bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah, jurnal, sisipan
akhbar yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan
cepat dalam masa yang singkat.

1.3 Media Elektronik bermaksud alat atau saluran komunikasi yang berupa atau
yang menggunakan alat-alat elektronik seperti radio, televisyen
yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat
dalam masa yang singkat.

1.4 Media lain yang dikenalpasti dari semasa ke semasa seperti papan iklan
luar (billboard), papan iklan luar elektronik (billboard elektronik),
media sosial berbayar dan lain-lain yang dapat menyampaikan maklumat
kepada orang ramai dengan cepat dalam masa yang singkat.

1.5 Perolehan perkhidmatan penyiaran pengiklanan melalui saluran media
sosial berbayar adalah merujuk kepada pengiklanan yang dibuat untuk
promosi atau hebahan acara/program Kerajaan yang dipaparkan di saluran
media sosial atau laman web berbayar seperti Facebook, Instagram,
Twitter, Google Ads, Youtube Ads dan sebagainya melalui pemilik akaun
media sosial atau laman web syarikat tertentu yang mempunyai kredibiliti
dan mempunyai akses penyampaian kepada pengguna media sosial.

68

2. Perolehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui
Media Cetak Dan Elektronik

2.1 Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

2.1.1 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus untuk

melaksanakan perolehan secara rundingan terus bagi perolehan

perkhidmatan penyiaran pengiklanan melalui media seperti berikut:

Bil. Had Nilai Pihak Berkuasa Melulus
Perolehan(setahun) Ketua PTj

i. Sehingga RM20 ribu

ii. Melebihi RM20 ribu sehingga Jawatankuasa Sebut Harga
RM500 ribu

iii. Melebihi RM500 ribu Lembaga Perolehan UMT
sehingga RM100 juta Naib Canselor

iv. Tanpa had bagi Slot iklan
radio dan tv di RTM

2.1.2 Bagi perolehan slot masa siaran iklan radio dan televisyen RTM,
2.1.3 perolehan secara pembelian terus boleh dilaksanakan tanpa
tertakluk kepada sebarang had nilai perolehan dan diluluskan oleh
Naib Canselor
Memastikan permohonan dikemukakan kepada Bahagian
Pemasaran dan Promosi RTM, Jabatan Penyiaran, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia bagi tujuan pengiklanan tersebut.

2.2 Syarat Perolehan

2.2.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
2.2.2 Kajian pasaran adalah dikecualikan.
2.2.3 Pelantikan dibuat di kalangan pemilik/syarikat media yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 222001 (media
elektronik - tidak termasuk kerja percetakan), 222002 (media cetak
- tidak termasuk kerja percetakan).

69

2.2.4 Kadar harga perkhidmatan slot masa siaran hendaklah dipamerkan
di laman web dan boleh diakses oleh orang awam bagi media
2.2.5 elektronik.
2.2.6 Perolehan ini tidak terpakai ke atas agen atau wakil
media/pengiklanan.
UMT hendaklah melaksanakan perolehan membuat iklan (perekaan
dan penulisan) melalui agensi pengiklanan mengikut tatacara
perolehan semasa yang berkuat kuasa.

2.3 Tatacara Rundingan Harga – PPP/PK7.16: Garis Panduan
Rundingan Harga bagi Rundingan Terus

2.3.1 Perolehan sehingga RM20 ribu:
2.3.2 a) Tatacara rundingan harga seperti di PP/PK7.16 -

GARIS PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS adalah dikecualikan bagi
perolehan sehingga RM20 ribu
b) PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan
mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-
dua pihak secara bertulis.
Perolehan melebihi RM20 ribu:
a) Rundingan harga perlu dilaksanakan sepertimana

Tatacara rundingan harga di PPP/PK7.16 - GARIS
PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS
b) Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan
menguntungkan UMT

2.4 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj.

2.4.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa
Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj.

70

2.4.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal
PTj adalah seperti berikut:
a) Memastikan syarat yang dinyatakan di para 2.2 dipatuhi.
b) Memastikan skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh

syarikat memenuhi keperluan UMT
c) Memastikan harga yang ditawarkan adalah munasabah,

paling menguntungkan serta bersesuaian dengan skop
perkhidmatan yang diperlukan. Perbandingan antara satu
tawaran dengan tawaran yang lain hendaklah dibuat
berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama (equal
footing).
d) Memilih media dan medium yang bersesuaian supaya
dapat memberi impak maksimum kepada kumpulan sasar
bagi mencapai objektif pengiklanan berdasarkan data
kepopularan (rating) penggunaan pemilik/syarikat media
yang sahih.
e) Menilai kemampuan syarikat dengan mengambil kira faktor
seperti kewangan dan teknikal serta kriteria lain yang
ditetapkan oleh UMT.
f) Memperakukan kepada Pihak Berkuasa Melulus,
pemilik/syarikat media yang layak berdasarkan tawaran
yang terbaik dari segi harga dan kualiti mengikut keperluan
UMT.
g) Sebarang pengurangan kadar harga yang dipamer atau
ditawarkan oleh pemilik/syarikat media adalah dibenarkan
sebagai penjimatan selaras dengan prinsip nilai faedah
terbaik. Perkara ini hendaklah diminitkan oleh
Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj.

2.5. Pesanan Belian

2.5.1 Pesanan Belian hendaklah dikeluarkan sebelum
perolehan dilaksanakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan
(AP) 176.1(d) atau (e).

71

2.5.2 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan.

Teknikal – rundingan harga -PBM

2.6 Surat Setuju Terima

2.6.1 Surat Setuju Terima hendaklah dikeluarkan bagi:
a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had

nilai; atau
b) perolehan secara one-off yang melebihi RM20 ribu.

2.7 Bon Pelaksanaan

2.7.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan melebihi RM200 ribu
sama ada bermasa atau one-off.

2.8 Dokumen Perjanjian

2.8.1 Dokumen perjanjian dikecualikan bagi:
2.8.2 a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had

nilai; atau
b) perolehan secara one-off melebihi RM500 ribu.
Bagi perolehan secara one-off bernilai sehingga RM500 ribu,
dikecualikan daripada mengadakan dokumen perjanjian. Walau
bagaimanapun, terma dan syarat bagi perkhidmatan tersebut
hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi memastikan kepentingan
UMT terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan Belian atau
Surat Setuju Terima dan hendaklah memastikan semua obligasi
syarikat telah disempurnakan sebelum bayaran dibuat.

2.9 Tanggungjawab Ketua PTj

2.9.1 Ketua PTj adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara
berikut:

72

a) Menentukan pelaksanaan perolehan perkhidmatan
b) penyiaran pengiklanan melalui media mematuhi
c) sepenuhnya semua peraturan dan tatacara kewangan
d) semasa yang berkuat kuasa;
Memastikan peruntukan telah diluluskan dan mencukupi
e) sebelum sesuatu perolehan itu dilaksanakan;
f) Memastikan harga bagi perkhidmatan yang diperoleh
adalah munasabah, paling menguntungkan, berkualiti
g) serta bersesuaian dengan keperluan;
2.10 Carta Alir Mengamalkan perbelanjaan berhemat bagi memastikan
aktiviti penyiaran pengiklanan dihadkan kepada yang
benar-benar perlu sahaja dan dibuat pada tahap yang
sederhana dan tidak melibatkan perbelanjaan yang besar
serta membazir;
Memastikan pemilik syarikat/media yang dilantik
mematuhi obligasi kontrak, mutu dan skop perkhidmatan
yang ditetapkan;
Memastikan keberkesanan pelaksanaan penyiaran
pengiklanan oleh Pusat Tanggungjawab di bawah
kawalannya diadakan bersesuaian dengan kumpulan
sasaran yang dikenal pasti serta memastikan tujuan
penyiaran pengiklanan memenuhi impak yang hendak
dicapai; dan
Mengambil tindakan selaras dengan AP 59 sekiranya
pegawai yang menguruskan perolehan gagal mematuhi
peraturan semasa yang ditetapkan.

2.10.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Perkhidmatan Penyiaran
Pengiklanan Melalui Media Cetak Dan Elektronik adalah sepertimana
berikut:

73

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon
Pesanan Belian Setuju Terima Pelaksanaan bagi
(Pejabat Bendahari) Perolehan melebihi
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu
(pembekal)

Menyediakan Pembekal
Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

3. Perolehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui
Saluran Media Sosial Berbayar

3.1 Kaedah Dan Had Nilai

3.1.1 UMT adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara
rundingan terus bagi perolehan perkhidmatan penyiaran pengiklanan
melalui saluran media sosial berbayar mengikut had nilai dan Pihak
Berkuasa Melulus seperti berikut:

Bil. Had Nilai (setahun) Pihak Berkuasa Melulus
i. Sehingga RM20 ribu Ketua PTj

ii. Melebihi RM20 ribu sehingga Jawatankuasa Sebut Harga
RM500 ribu
Lembaga Perolehan UMT
iii. Melebihi RM500 ribu sehingga
RM100 juta

74

3.2 Syarat Perolehan

3.2.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
3.2.2 Kajian pasaran adalah dikecualikan bagi perolehan bernilai sehingga
RM20 ribu sahaja manakala bagi perolehan melebihi nilai RM20 ribu
3.2.3 perlu dilaksanakan kajian pasaran bagi memperolehi nilai faedah
terbaik kepada UMT.
3.2.4 Pelantikan pemilik akaun media atau syarikat bagi perolehan
penyiaran iklan sehingga RM20 ribu tidak diwajibkan berdaftar
3.2.5 dengan Kementerian Kewangan, namun adalah digalakkan supaya
3.2.6 pemilik akaun media atau syarikat tersebut berdaftar dengan
3.2.7 Kementerian Kewangan.
Manakala bagi perolehan penyiaran iklan melebihi RM20 ribu,
3.2.8 pelantikan pemilik akaun media atau syarikat hendaklah di kalangan
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod
bidang:222001 (media elektronik - tidak termasuk kerja
percetakan)222002 (media cetak - tidak termasuk kerja percetakan).
Perolehan ini tidak terpakai ke atas agen atau wakil
media/pengiklanan
PTj perlu memastikan pemilihan pemilik akaun media sosial atau
syarikat adalah berdasarkan kelebihan atau kepakaran dalam
bidang terlibat dan tidak semata-mata atas faktor “populariti” mereka
Skop pengiklanan adalah terhad kepada aktiviti promosi atau
hebahan mengenai acara/program UMT sahaja. PTj tidak
dibenarkan menggunakan platform ini untuk mengiklan sebut
harga/tender bagi perolehan yang akan dilaksanakan.
Iklan yang disiarkan perlu dipastikan tiada unsur politik,
berbaur perkauman, mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan
imej sesiapa atau menyentuh sensitiviti keagamaan.

3.3 Tatacara Rundingan Harga PPP/PK7.16: Garis Panduan
Rundingan Harga bagi Rundingan Terus

3.3.1 Perolehan sehingga RM20 ribu:

75

3.3.2 a) Tatacara rundingan harga seperti di PP/PK7.16 - GARIS
PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI RUNDINGAN
TERUS adalah dikecualikan bagi perolehan sehingga
RM20 ribu

b) PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan
mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-
dua pihak secara bertulis.

Perolehan melebihi RM20 ribu:
a) Rundingan harga perlu dilaksanakan sepertimana
Tatacara rundingan harga di PP/PK7.16 - GARIS
PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS
b) Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan
menguntungkan UMT

3.4 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj

3.9.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa
3.9.2 Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj.

Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal
PTj adalah seperti berikut:

a) Memastikan syarat yang dinyatakan di para 3.2 dipatuhi.
b) Memastikan skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh

syarikat memenuhi keperluan UMT.
c) Memastikan harga yang ditawarkan adalah

munasabah, paling menguntungkan serta bersesuaian
dengan skop perkhidmatan yang diperlukan.
Perbandingan antara satu tawaran dengan tawaran
yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau
unsur yang sama (equal footing).
d) Memilih saluran media yang bersesuaian supaya dapat
memberi impak maksimum kepada kumpulan sasar bagi
mencapai objektif pengiklanan berdasarkan data
kepopularan (rating) penggunaan pemilik akaun atau

76

syarikat media yang sahih, kelebihan atau kepakaran
masing-masing.
e) Menilai kemampuan syarikat dengan mengambil kira
faktor seperti kewangan dan teknikal serta kriteria lain
yang ditetapkan oleh UMT.
f) Memperakukan pemilik akaun atau syarikat media
yang layak berdasarkan tawaran yang terbaik dari
segi harga dan kualiti mengikut keperluan UMT untuk
pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus.
g) Sebarang pengurangan kadar harga yang dipamer atau
ditawarkan oleh pemilik akaun atau syarikat media adalah
dibenarkan sebagai penjimatan kepada UMT selaras
dengan prinsip nilai faedah terbaik. Perkara ini
hendaklah diminitkan oleh Jawatankuasa Penilaian.

3.5 Pesanan Belian

3.5.1 Pesanan Belian hendaklah dikeluarkan sebelum perolehan
3.5.3 dilaksanakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1(d)
atau (e).
Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan

3.6 Surat Setuju Terima

3.6.1 Surat Setuju Terima (SST) hendaklah dikeluarkan bagi:
3.6.2 a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had
nilai; atau
b) perolehan secara one-off yang melebihi RM20 ribu yang
dilaksanakan oleh pemilik akaun atau syarikat media yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Bagi perolehan bernilai di bawah RM20 ribu, Surat Setuju
Terima (SST) perlu dikeluarkan kepada pemilik akaun media atau
syarikat.

77

3.6.3 Perolehan perkhidmatan penyiaran iklan melalui media sosial
berbayar adalah tertakluk kepada penguatkuasaan Akta Cukai
Pendapatan 1967 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807].

3.7 Bon Pelaksanaan

3.7.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan yang melebihi RM200
ribu sama ada bermasa atau one-off.

3.8 Dokumen Perjanjian

3.8.1 Dokumen perjanjian perlu diadakan bagi:
a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had
nilai; atau
b) perolehan secara one-off melebihi RM500 ribu.

3.8.2 Dokumen perjanjian bagi perolehan secara one-off bernilai sehingga
RM500 ribu dikecualikan daripada mengadakan dokumen perjanjian.
Walau bagaimana pun, terma dan syarat bagi perkhidmatan tersebut
hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi memastikan kepentingan
Kerajaan terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan Belian atau
Surat Setuju Terima dan semua obligasi telah disempurnakan
sebelum bayaran dibuat.

3.9 Tanggungjawab Ketua PTj

3.9.1 Ketua PTj adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perkara berikut:
a) Menentukan pelaksanaan perolehan perkhidmatan
penyiaran pengiklanan melalui media mematuhi
sepenuhnya semua peraturan dan tatacara kewangan
semasa yang berkuat kuasa;
b) Memastikan peruntukan telah diluluskan dan mencukupi
sebelum sesuatu perolehan itu dilaksanakan;

78

c) Memastikan harga bagi perkhidmatan yang diperoleh
adalah munasabah, paling menguntungkan, berkualiti
dan bersesuaian dengan keperluan;

d) Mengamalkan perbelanjaan berhemat bagi memastikan
aktiviti penyiaran pengiklanan dihadkan kepada yang
benar-benar perlu sahaja, dibuat pada tahap yang
sederhana dan tidak melibatkan perbelanjaan yang besar
serta membazir;

e) Memastikan pemilik akaun atau syarikat media yang
dilantik mematuhi obligasi kontrak, mutu dan skop
perkhidmatan yang ditetapkan;

f) Memastikan keberkesanan pelaksanaan penyiaran
pengiklanan oleh Pusat Tanggungjawab di bawah
kawalannya diadakan bersesuaian dengan kumpulan
sasaran yang dikenal pasti serta memastikan tujuan
penyiaran pengiklanan memenuhi impak yang hendak
dicapai; dan

g) Mengambil tindakan selaras dengan AP 59 sekiranya
pegawai yang menguruskan perolehan gagal mematuhi
peraturan semasa yang ditetapkan.

3.10 Carta Alir

3.10.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Perkhidmatan Penyiaran
Pengiklanan Melalui Saluran Media Sosial adalah sepertimana
berikut:

79

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Mengeluarkan Mengeluarkan Surat Menyediakan Bon
Pesanan Belian Setuju Terima Pelaksanaan bagi
(Pejabat Bendahari) Perolehan melebihi
(Pejabat Bendahari)
RM200 ribu
(pembekal)

Menyediakan Pembekal
Dokumen Perjanjian menyempurnakan
(Pejabat Bendahari)
perkhidmatan

80

PE-13 Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Untuk
Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam
Persekutuan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 21 Tahun 2009

1. Latar Belakang

1.1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 (PP Bil.21/2009) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam telah menetapkan peraturan
berkaitan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan perubatan kepada
pegawai, pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga dan
ibu bapa mereka yang berkelayakan.

1.2. PP Bil.21/2009 juga memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Jabatan
untuk memastikan pembayaran yang dibuat kepada pemohon adalah
mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

1.3. Sebagai langkah untuk mempercepatkan lagi tindakan Kerajaan berhubung
perkara ini, Pekeliling Perbendaharaan: Perolehan Kerajaan (PP/PK7.17) ini
adalah bagi membolehkan perolehan berkaitan kemudahan perubatan
tersebut dapat disegerakan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat
dan peraturan yang ditetapkan dalam PP Bil.21/2009.

2. Taksiran

Tafsiran bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Pesara Perkhidmatan
Awam Persekutuan, ahli keluarga dan ibu bapa yang berkelayakan sebagaimana
diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan PP Bil.21/2009.

3. Kaedah Dan Had Nilai

3.1. Had nilai dan Pihak Berkuasa Melulus untuk melaksanakan perolehan bagi
Kemudahan Perubatan Pegawai dan Pesara Perkhidmatan Awam
Persekutuan seperti berikut:

81

Bil Had Nilai Pihak Berkuasa Melulus

1. Tanpa Had Naib Canselor

3.2. UMT hendaklah sentiasa merujuk kepada Perintah Am Bab F Tahun 1974
dan PP Bil.21/2009 bagi memastikan kemudahan bantuan perubatan yang
ingin diperolehi adalah berdasarkan kelayakan Pegawai Perkhidmatan
Awam Persekutuan, Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, ahli keluarga
atau ibu bapa masing-masing.

4. Syarat Perolehan

4.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
4.2 Perolehan hendaklah dibuat melalui fasiliti kesihatan Kerajaan Persekutuan

sahaja serta bayaran dibuat dengan tuntutan oleh fasiliti kesihatan
berkenaan.
4.3 Mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam PP Bil.21/2009.
4.4 Tatacara rundingan harga bagi perolehan ubat dan peralatan perubatan bagi
kemudahan perbelanjaan perubatan untuk pegawai, ahli keluarga dan ibu
bapa yang berkelayakan adalah dikecualikan. Walau bagaimanapun,
pegawai yang menguruskan perolehan hendaklah berusaha untuk
merundingkan harga bagi memberi nilai faedah terbaik kepada Kerajaan.
4.5 Kajian pasaran bagi perolehan ini adalah dikecualikan bagi perolehan
ubat/peralatan perubatan daripada syarikat pembekal tunggal.
4.6 Proses perolehan perlu melalui Pejabat Pendaftar, UMT.

5. Pesanan Belian

5.1 Bagi perolehan ini, Pesanan Belian hendaklah dikeluarkan sebelum perolehan
dilaksanakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1(d) atau
(e).

5.2 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.

82

6. Surat Setuju Terima
6.1 Surat Setuju Terima dikecualikan bagi perolehan ini tanpa tertakluk kepada
sebarang had nilai.

7. Bon Pelaksanaan
7.1 Bon Pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan ini tanpa tertakluk kepada
sebarang had nilai.

8. Dokumen Perjanjian
8.1 Dokumen perjanjian dikecualikan bagi perolehan ini. Walau bagaimanapun,
terma dan syarat bagi perkhidmatan/pembekalan tersebut hendaklah
dinyatakan dengan jelas bagi memastikan kepentingan UMT terpelihara dan
dilampirkan bersama Pesanan Belian.

9. Carta Alir
9.1 Carta alir pelaksanaan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Untuk Pegawai
Dan Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah sepertimana berikut:

83

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Menyediakan Mengeluarkan Mengeluarkan Surat
Dokumen Perjanjian Pesanan Belian Setuju Terima
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
(Pejabat Bendahari)

Pembekal
menyempurnakan

perkhidmatan

84

PE-18 Perolehan Perkhidmatan Agen
Pengembaraan

1. Latar Belakang

1.1 Pelantikan Perkhidmatan Agen Pengembaraan adalah menggunakan kaedah
rundingan terus.

1.2 Pakej adalah meliputi makan/minum, penginapan dan pengangkutan
tempatan

1.3 Kadar pakej bagi penginapan dan elaun makan tidak melebihi kadar kelayakan
semasa yang berkuat kuasa.

1.4 Pegawai tidak boleh menuntut elaun yang telah disediakan dalam pakej.

2. Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

2.1 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) untuk adalah seperti
berikut:

Bil Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus
i. Sehingga RM50 ribu Ketua PTj

2.2 Perolehan yang melebihi RM50 ribu adalah tertakluk dengan tatacara
perolehan yang berkuat kuasa.

3. Syarat Perolehan

3.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi.
3.2 Kajian pasaran perlu dilakukan bagi memastikan harga yang ditawarkan

adalah terendah
3.3 Pembekal perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod

bidang 221307 (Agen Pengembaraan)

4. Tatacara Rundingan Harga PPP/PK 7.16 – Garis Panduan Rundingan
Harga bagi Rundingan Terus

85

4.1 Tatacara rundingan harga seperti di PPP/PK7.16 - GARIS PANDUAN
RUNDINGAN HARGA BAGI RUNDINGAN TERUS adalah dikecualikan.

4.2 Walau bagaimanapun, PTj yang menguruskan perolehan hendaklah
berusaha untuk merundingkan harga bagi mendapatkan nilai faedah terbaik
kepada UMT dan mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-dua
pihak secara bertulis.

5. Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj

5.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj.

5.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj adalah
seperti berikut:
5.2.1 Memastikan syarat perolehan di para 3 dipatuhi;
5.2.2 Menilai kemampuan syarikat berdasarkan tawaran yang terbaik dari
segi harga dan kualiti mengikut keperluan UMT
5.2.3 Perbandingan antara satu tawaran dengan tawaran yang lain
hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama
(equal footing); dan

6. Pesanan Belian

6.1 Pesanan Belian perlu dikeluarkan sebelum perolehan dilaksanakan
selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP)176.1(d) atau (e)

6.2 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.

7. Surat Setuju Terima

7.1 Surat Setuju Terima (SST) adalah dikecualikan bagi perolehan ini yang
menggunakan kaedah ini.

8. Bon Pelaksanaan

86

8.1 Bon Pelaksanaan adalah dikecualikan bagi perolehan ini yang menggunakan
kaedah ini.

9. Dokumen Perjanjian

9.1 Perolehan yang menggunakan kaedah ini adalah dikecualikan daripada
mengadakan dokumen perjanjian. Walau bagaimanapun, terma dan syarat
bagi perkhidmatan tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi
memastikan kepentingan UMT terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan
Belian.

9.3 PTj hendaklah memastikan semua obligasi syarikat telah disempurnakan
sebelum arahan bayaran dilakukan.

10. Carta Alir

10.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Perkhidmatan Agen Pengembaraan adalah
sepertimana berikut:

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Menyediakan Mengeluarkan Mengeluarkan Surat
Dokumen Perjanjian Pesanan Belian Setuju Terima
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
(Pejabat Bendahari)

Pembekal
menyempurnakan

perkhidmatan

87

PE-19 Perolehan Perkhidmatan Multimodal

Transport Operator (MTO)

1. Latar Belakang

1.1 Perolehan ini menggunakan kaedah pembelian terus
1.2 Perkhidmatan MTO bermula daripada port loading sehingga destinasi akhir

yang telah ditetapkan yang mana syarat ini perlu dinyatakan dalam kontrak
pembekalan atau perkhimatan yang mana keperluan ini perlu dimasukkan ke
dalam kontrak.

2. Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

2.1 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) untuk adalah seperti

berikut:

Bil Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus
i. Sehingga RM50 ribu Ketua PTj

2.3 Perolehan yang melebihi RM50 ribu adalah tertakluk dengan tatacara
perolehan yang berkuat kuasa.

3. Syarat Perolehan

3.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukup;
3.2 Kajian pasaran perlu dilakukan bagi memastikan harga yang ditawarkan

adalah terendah
3.3 Pelawaan perlu dibuat kepada Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian

Kewangan Malaysia dengan kod bidang 221709 – Multimodal Transport
Operator (MTO)

88

4. Tatacara Rundingan Harga PPP/PK 7.16 – Garis Panduan Rundingan
Harga bagi Rundingan Terus

4.1 Tatacara rundingan harga seperti di PPP/PK7.16 - GARIS PANDUAN
RUNDINGAN HARGA BAGI RUNDINGAN TERUS adalah dikecualikan.

4.2 Walau bagaimanapun, PTj yang menguruskan perolehan hendaklah
berusaha untuk merundingkan harga bagi mendapatkan nilai faedah terbaik
kepada UMT dan mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-
dua pihak secara bertulis.

5. Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj

5.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj.

5.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj adalah
seperti berikut:
5.2.1 Memastikan syarat perolehan di para 3 dipatuhi;
5.2.2 Menilai kemampuan syarikat dengan mengambil kira pelbagai faktor
seperti syarat dan kadar pembayaran, diskaun, harga pasaran
terbuka, keupayaan penyedia kemudahan dan lain-lain kriteria yang
ditetapkan oleh PTj. Perbandingan antara satu tawaran dengan
tawaran yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau
unsur yang sama (equal footing); dan
5.2.3 Pemilihan syarikat yang layak berdasarkan tawaran yang terbaik
dari segi harga dan kualiti mengikut keperluan UMT.

6. Pesanan Belian

6.1 Pesanan Belian perlu dikeluarkan sebelum perolehan dilaksanakan
selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP)176.1(d) atau (e)

6.2 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.

7. Surat Setuju Terima

89

7.1 Surat Setuju Terima (SST) adalah dikecualikan bagi perolehan ini yang
menggunakan kaedah ini.

8. Bon Pelaksanaan
8.1 Bon Pelaksanaan adalah dikecualikan bagi perolehan ini yang menggunakan
kaedah ini.

9. Dokumen Perjanjian
9.1 Perolehan yang menggunakan kaedah ini adalah dikecualikan daripada
mengadakan dokumen perjanjian. Walau bagaimanapun, terma dan syarat
bagi perkhidmatan tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi
memastikan kepentingan UMT terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan
Belian.
9.2 PTj hendaklah memastikan semua obligasi syarikat telah disempurnakan
sebelum arahan bayaran dilakukan.

10. Carta Alir
10.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Perkhidmatan Multimodal Transport
Operator (MTO) adalah sepertimana berikut:

90

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Menyediakan Mengeluarkan Mengeluarkan Surat
Dokumen Perjanjian Pesanan Belian Setuju Terima
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
(Pejabat Bendahari)

Pembekal
menyempurnakan

perkhidmatan

91

PE.20 Perolehan Perkhidmatan Guaman

1. Latar Belakang

2.1 Perolehan perkhidmatan guaman adalah bagi menguruskan kes-kes guaman
UMT yang memerlukan kepakaran khidmat profesional guaman bagi
memastikan hak dan kepentingan UMT dilindungi.

2. Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

2.1 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) untuk adalah seperti
berikut:

Bil Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus
i. Sehingga RM20 ribu Penasihat Undang-undang

ii. Melebihi RM20 ribu sehingga Jawatankuasa Sebut Harga
RM500 ribu (JKSH)

iii. Melebihi RM500 ribu sehingga Lembaga Perolehan
RM100juta

3. Syarat Perolehan

3.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi;
3.2 Kajian pasaran perlu dilakukan kepada Syarikat yang berdaftar dengan Legal

Profesional Act

4. Tatacara Rundingan Harga PPP/PK 7.16 – Garis Panduan Rundingan
Harga bagi Rundingan Terus

4.3 Tatacara rundingan harga seperti di PPP/PK7.16 - GARIS PANDUAN
RUNDINGAN HARGA BAGI RUNDINGAN TERUS adalah dikecualikan.

4.4 Walau bagaimanapun, PTj yang menguruskan perolehan hendaklah
berusaha untuk merundingkan harga bagi mendapatkan nilai faedah terbaik
kepada UMT dan mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-
dua pihak secara bertulis.

92

5. Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj

5.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj.

5.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj adalah
seperti berikut:
5.2.1 Memastikan syarat perolehan di para 3 dipatuhi;
5.2.2 Menilai kemampuan syarikat dengan mengambil kira pelbagai faktor
seperti pengalaman dan keupayaan Firma Guaman untuk
memenuhi keperluan UMT dan lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh
PTj.
5.2.3 Perbandingan antara satu tawaran dengan tawaran yang lain
hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama
(equal footing); dan
5.2.3 Pemilihan syarikat yang layak berdasarkan tawaran yang terbaik
dari segi harga dan kualiti mengikut keperluan UMT.

5.3 Kertas cadangan termasuk perician fakta kes, kos dan justifikasi pemilihan
firma guaman perlu disediakan untuk ditimbang oleh Pihak Berkuasa Melulus

6. Pesanan Belian

6.1 Pesanan Belian dikecualikan bagi perolehan ini yang menggunakan kaedah
ini.

7. Surat Setuju Terima

7.1 Surat Setuju Terima (SST) adalah dikecualikan bagi perolehan ini yang
menggunakan kaedah ini.

8. Bon Pelaksanaan

8.1 Bon Pelaksanaan adalah dikecualikan bagi perolehan ini yang menggunakan
kaedah ini.

93

9. Dokumen Perjanjian

9.1 Perolehan yang menggunakan kaedah ini adalah dikecualikan daripada
mengadakan dokumen perjanjian. Walau bagaimanapun, terma dan syarat
bagi perkhidmatan tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas bagi
memastikan kepentingan UMT terpelihara dan dilampirkan bersama Pesanan
Belian.

9.2 PTj hendaklah memastikan semua obligasi syarikat telah disempurnakan
sebelum arahan bayaran dilakukan.

10. Carta Alir

10.1 Carta alir pelaksanaan Perolehan Perkhidmatan Guaman adalah sepertimana
berikut:

Membuat Kajian Membuat Rundingan Perakuan oleh
Pasaran Harga Jawatankuasa
(PTj) (PTj) Spesifikasi dan
Penilaian Teknikal PTj

(PTj)

Menyediakan Mengeluarkan Mengeluarkan Surat
Dokumen Perjanjian Pesanan Belian Setuju Terima
(Pejabat Bendahari) (Pejabat Bendahari)
(Pejabat Bendahari)

Pembekal
menyempurnakan

perkhidmatan

94

PE-21 Perolehan Perkhidmatan Senggaraan dan
Pembaikan Kapal/Bot

1. Senggaraan Berjadual

1.1 Latar Belakang

1.1.1 Bagi senggaraan berjadual yang tidak dilaksanakan sendiri, PTj
bolehlah menghantar bot atau kapal ke limbungan atau kontraktor
yang berdekatan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan
secara giliran mengikut kelas yang bersesuaian

1.2 Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

1.2.1 Kaedah yang digunakan untuk perolehan perkhidmatan
senggaraan berjadual adalah secara rundingan terus.
1.2.2 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) untuk
adalah seperti berikut:
Bil
i. Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus
Sehingga RM100 ribu Ketua PTj

ii. Melebihi RM100 ribu sehingga Jawatankuasa Sebut Harga
RM500 ribu (JKSH)

iii. Melebihi RM500 ribu sehingga Lembaga Perolehan
RM100juta

1.3 Syarat Perolehan

1.3.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi;
1.3.2 Kajian pasaran perlu dilakukan
1.3.3 Penyenggaraan secara berjadual:
a) Perolehan perlu dilaksanakan dengan limbungan atau
1.3.4
kontraktor yang berdekatan secara bergilir;
b) Limbungan atau kontraktor perlu berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia
Penyenggaraan bertempoh secara berjadual:

95

1.3.5 a) Bot atau kapal perlu dihantar ke Limbungan atau kontraktor
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

b) Kadar bayaran bagi perkhidmatan yang diperlukan
hendaklah mengikut Jadual Kadar Pembaikan dan
Senggaraan Bot atau Kapal Kerajaan yang berkuatkuasa
tertakluk kepada potongan harga yang ditetapkan oleh UMT.

Perolehan yang dilaksanakan dikalangan limbungan atau kontraktor
mengikut kelayakan dan kelas berikut:

1.4 Tatacara Rundingan Harga PPP/PK 7.16 – Garis Panduan
Rundingan Harga bagi Rundingan Terus
1.4.1 Perolehan sehingga RM20 ribu:
a) Tatacara rundingan harga seperti di PP/PK7.16 -
GARIS PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS adalah dikecualikan bagi
perolehan sehingga RM20 ribu
b) PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan
mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-
dua pihak secara bertulis.
1.4.2 Perolehan melebihi RM20 ribu:
a) Rundingan harga perlu dilaksanakan sepertimana
Tatacara rundingan harga di PP/PK7.16 - GARIS
PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS
b) Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan
menguntungkan UMT

96

1.5 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj
1.5.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa
Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj.
1.5.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj
adalah seperti berikut:
a) Memastikan syarat perolehan di para 3 dipatuhi;
b) Menilai kemampuan syarikat dengan mengambil kira pelbagai
faktor seperti pengalaman dan keupayaan Limbungan untuk
memenuhi keperluan UMT dan lain-lain kriteria yang
ditetapkan oleh PTj.
c) Perbandingan antara satu tawaran dengan tawaran yang lain
hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang
sama (equal footing); dan
d) Pemilihan syarikat yang layak berdasarkan tawaran yang
terbaik dari segi harga dan kualiti mengikut keperluan UMT.

1.6 Pesanan Belian

1.6.1 Pesanan Belian perlu dikeluarkan sebelum perolehan
dilaksanakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan
(AP)176.1(d) atau (e)

1.6.2 Tindakan akan diambil kepada Pegawai UMT yang gagal mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan

1.7 Surat Setuju Terima (SST)

1.7.1 Surat Setuju Terima (SST) perlu dikeluarkan bagi:
a) perolehan bermasa tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai
atau;
b) perolehan secara one-off yang melebihi RM20 ribu.

97

1.8 Bon Pelaksanaan

1.8.1 Bon pelaksanaan dikecualikan bagi perolehan yang melebihi RM200
ribu sama ada bermasa atau one off

1.9 Dokumen Perjanjian

1.9.1 Dokumen perjanjian perlu diadakan bagi:
a) Perolehan penyenggaraan bertempoh tanpa tertakluk
kepada sebarang had nilai; atau
b) nilai perolehan yang melebihi RM500 ribu

1.9.2 Perolehan secara one-off kurang daripada RM500 ribu adalah
dikecualikan untuk mengadakan dokumen perjanjian. Walau
bagaimanapun, semua terma dan syarat bagi perkhidmatan
tersebut perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan
kepentingan UMT dapat dipeliharakan dan dilampiran bersama
pesanan belian atau SST.

2. Senggaraan Bot Kecil
2.1 Latar Belakang

2.1.1 Bot kecil dibawah 10 tan (berat sesaran) boleh dihantar ke
2.1.2
limbungan atau kontraktor yang berdekatan dan berdaftar dengan

Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan.

Harga kerja-kerja senggaraan tersebut

hendaklah berasaskan Jadual Kadar Kelas E yang

berkuat kuasa tetapi dengan potongan tidak kurang

dari 15%.

2.2 Kaedah Dan Had Nilai Perolehan

98

2.2.1 Kaedah yang digunakan untuk perolehan perkhidmatan
senggaraan bot kecil adalah secara rundingan terus.
2.2.2 Had nilai perolehan dan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) untuk
adalah seperti berikut:
Bil
i. Had Nilai Perolehan Pihak Berkuasa Melulus
Sehingga RM100 ribu Ketua PTj

ii. Melebihi RM100 ribu sehingga Jawatankuasa Sebut Harga
RM500 ribu (JKSH)

iii. Melebihi RM500 ribu sehingga Lembaga Perolehan
RM100juta

2.3 Syarat Perolehan

2.3.1 Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi;
2.3.2 Kajian pasaran perlu dilakukan
2.3.3 Penyenggaraan secara berjadual:
a) Perolehan perlu dilaksanakan dengan limbungan yang
2.3.4
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
Penyenggaraan bertempoh secara berjadual:

c) Bot atau kapal perlu dihantar ke Limbungan atau kontraktor
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

d) Kadar bayaran bagi perkhidmatan yang diperlukan
hendaklah mengikut Jadual Kadar Pembaikan dan
Senggaraan Bot atau Kapal Kerajaan yang berkuatkuasa
tertakluk kepada potongan harga tidak kurang daripa 15%.

2.4 Tatacara Rundingan Harga PPP/PK 7.16 – Garis Panduan
Rundingan Harga bagi Rundingan Terus

2.4.1 Perolehan sehingga RM20 ribu:
a) Tatacara rundingan harga seperti di PP/PK7.16 -

GARIS PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS adalah dikecualikan bagi
perolehan sehingga RM20 ribu

99

1.4.2 b) PTj hendaklah berusaha untuk merundingkan harga bagi
mendapatkan nilai faedah terbaik kepada UMT dan
mendapatkan pengesahan/persetujuan daripada kedua-
dua pihak secara bertulis.

Perolehan melebihi RM20 ribu:
a) Rundingan harga perlu dilaksanakan sepertimana

Tatacara rundingan harga di PP/PK7.16 - GARIS
PANDUAN RUNDINGAN HARGA BAGI
RUNDINGAN TERUS
b) Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan
menguntungkan UMT

2.5 Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj

2.5.1 Perolehan melebihi RM20 ribu hendaklah melalui Jawatankuasa
Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj.

2.5.2 Tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dan Penilaian Teknikal PTj
adalah seperti berikut:
e) Memastikan syarat perolehan di para 3 dipatuhi;
f) Menilai kemampuan syarikat dengan mengambil kira pelbagai
faktor seperti pengalaman dan keupayaan Limbungan untuk
memenuhi keperluan UMT dan lain-lain kriteria yang
ditetapkan oleh PTj.
g) Perbandingan antara satu tawaran dengan tawaran yang lain
hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang
sama (equal footing); dan
h) Pemilihan syarikat yang layak berdasarkan tawaran yang
terbaik dari segi harga dan kualiti mengikut keperluan UMT.

2.6 Pesanan Belian

2.6.1 Pesanan Belian perlu dikeluarkan sebelum perolehan
dilaksanakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan
(AP)176.1(d) atau (e)

100


Click to View FlipBook Version