(b) Bagi pembelian tanah di bawah para 3.1(ii), Universiti hendaklah
mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh JPHK. Satu senarai
semak bagi pematuhan ke atas semua arahan JPHK hendaklah
disertakan semasa memohon kelulusan Pegawai Pengawal KPT
bersekali dengan perakuan JKPTG dan JPPH.
(c) Satu Jawatankuasa Rundingan Harga di peringkat Kementerian
hendaklah ditubuhkan dan wajib dianggotai oleh wakil-wakil daripada
JKPTG, JPPH dan dipengerusikan oleh pegawai di Kementerian yang
dilantik secara bertulis oleh Ketua Setiausaha KPT. Pelaksanaan
rundingan harga hanya dibenarkan selepas semua peraturan di para 3
hingga 4.3 (b) di atas dipatuhi.
(d) Tugas-tugas Jawatankuasa Rundingan Harga ini adalah seperti
berikut:
i. mendapatkan maklumat-maklumat tanah yang lengkap;
ii. memastikan tapak yang hendak dibeli bebas daripada sebarang
bebanan (encumbrances) dan syarat kegunaan tanah hendaklah
bersesuaian dengan cadangan pembangunan yang akan
dilaksanakan;
iii. mengadakan rundingan harga dengan pemaju/pemilik bagi
mendapatkan harga yang berpatutan dengan memastikan harga
pembelian hendaklah tidak melebihi haga penilaian yang
ditentukan oleh JPPH dan mencatatkan keputusan rundingan
tersebut;
iv. memaklumkan dan merundingkan terma-terma bagi Perjanjian
Jual Beli; dan
v. memperakukan harga yang telah dirunding kepada Pegawai
Pengawal KPT untuk keputusan mukatamad.
151
(e) Sekiranya Jawatankuasa gagal mendapatkan persetujuan harga dan
terma perjanjian yang muktamad, Jawatankuasa boleh memperakukan
kepada Pegawai Pengawal KPT untuk membatalkan pembelian tersebut.
4.4 PEROLEHAN MENGGUNAKAN DANA DALAMAN UMT: Carta Alir
Lampiran ….
(a) UMT perlu mendapatkan persetujuan daripada LPU bagi proses
pembelian sesuatu tanah secara terus melalui rundingan pemilik yang
berdaftar/pemaju tanpa perlu merujuk kepada KPT atau Kementerian
Kewangan. LPU hendaklah memastikan setiap permohonan
dikemukakan bersekali dengan:
i. perakuan JKPTG;
ii. penilaian JPPH; dan
iii. perakuan JKPE;
Format senarai semak JPHK adalah seperti di Lampiran A.
(b) Bagi pembelian tanah di bawah pada 3.1(ii), Universiti hendaklah
mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh JPHK. Satu senarai
semak bagi pematuhan ke atas semua arahan JPHK hendaklah
disertakan semasa memohon kelulusan LPU bersekali dengan:-
i. perakuan JKPTG;
ii. penilaian JPPH;
iii. perakuan JKPE; dan
(c) Satu Jawatankuasa Rundingan Harga di peringkat Universiti hendaklah
ditubuhkan dan wajib dianggotai oleh wakil-wakil daripada JKPTG, JPPH
dan dipengerusikan oleh pegawai di Universiti yang dilantik secara
bertulis oleh Naib Canselor. Pelaksanaan rundingan harga hanya
dibenarkan selepas semua peraturan di para 3, para 4.1, para 4.2 dan
para 4.4(a)-(b) di atas dipatuhi.
(d) Keahlian rundingan harga adalah sepertimana berikut :
152
Keanggotaan Jawatankuasa Rundingan Harga
Pengerusi Timbalan Naib Canselor
Ahli Wakil JPPH
Wakil JKPTG
Wakil PTj pelaksana
Wakil Bendahari / Wakil Pejabat Pembangunan dan Harta
Setiausaha Seorang pegawai awam (Kumpulan Pengurusan dan
Profesional) dari agensi lain atau dalaman yang dengan
pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi
sumbangan kepada Jawatankuasa Rundingan Harga (jika
perlu)
Pegawai Kewangan
* tulis juga kat Jkuasa lain – atau dalaman
(e) Rundingan harga hendaklah dilaksanakan sepertimana Tatacara
rundingan harga di Peraturan Rundingan Terus dalam SOP Perolehan:
5.9 – Perolehan Rundingan Terus.
(f) Tugas-tugas Jawatankuasa Rundingan Harga ini adalah seperti
berikut:-
i. mendapatkan maklumat-maklumat tanah yang lengkap;
ii. memastikan tapak yang hendak dibeli bebas daripada sebarang
bebanan (encumbrances) dan syarat kegunaan tanah hendaklah
bersesuaian dengan cadangan pembangunan yang akan
dilaksanakan;
iii. mengadakan rundingan harga dengan pemaju/pemilik bagi
mendapatkan harga yang berpatutan dengan memastikan harga
pembelian hendaklah tidak melebihi haga penilaian yang
ditentukan oleh JPPH dan mencatatkan keputusan rundingan
tersebut;
153
iv. memaklumkan dan merundingkan terma-terma bagi Perjanjian
Jual Beli; dan
v. memperakukan harga yang telah dirunding kepada LP untuk
dimuktamadkan.
(g) Sekiranya Jawatankuasa gagal mendapatkan persetujuan harga dan
terma perjanjian yang muktamad, Jawatankuasa boleh memperakukan
kepada LPU untuk membatalkan pembelian tersebut.
5.0 KAEDAH PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
5.1 Bagi pembelian tanah di bawah 3.1(i):
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian
ditandatangani;
(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of Transfer (Sabah
dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN (Semenanjung), Borang G
(Sarawak) dan Borang LSE 18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk
didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan; dan
(c) Baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama PTP.
5.2 Bagi pembelian tanah beserta bangunan yang telah disiapkan di bawah para
3.1(ii):
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian
ditandatangani;
(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of Transfer (Sabah
dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN (Semenanjung), Borang G (Sarawak)
154
dan Borang LSE 18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan
di Pejabat Tanah yang berkenaan; dan
(c) Baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama PTP.
5.3 Bagi pembelian tanah beserta bangunan yang sedang dalam proses
pembinaan di bawah para 3.1(b):
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian
ditandatangani;
(b) 20% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of Transfer (Sabah
dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN (Semenanjung), Borang G (Sarawak)
dan Borang LSE 18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan
di Pejabat Tanah yang berkenaan serta setelah hak milik didaftarkan di
atas nama PTP; dan
(c) Baki 70% untuk bayaran seterusnya hendaklah dibuat mengikut kaedah
bayaran kemajuan projek-projek kerajaan yang berkuarkuasa.
5.4 Bagi pembelian di bawah para 3.1(b) yang melibatkan bangunan di dalam
sesuatu skim strata:
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas perjanjian
ditandatangani;
(b) 85% mengikut kemajuan pembinaan bangunan; dan
(c) Baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas nama PTP.
5.5 Bagi pembelian yang melibatkan pembinaan, pemilik/pemaju hendaklah
dikenakan syarat supaya mengemukakan bon pelaksanaan sebanyak 5%
daripada keseluruhan harga pembelian. Tempoh sah laku bon pelaksanaan
hendaklah meliputi 12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.
155
5.6 Universiti hendaklah melantik pegawai yang sesuai untuk mengesahkan
semua bayaran dan memantau pelaksanaan sepenuhnya syarat-syarat jual
beli tanah sehingga sempurna didaftarkan di atas nama PTP atau Universiti.
6.0 PENDAFTARAN HAK MILIK HARTANAH
6.1 Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 2007 (SPP
11/2007), semua perolehan hartanah yang menggunakan peruntukan
Kerajaan Persekutuan hendaklah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan (PTP).
6.2 Surat KPT.P (S) 400-13/5 (9) bertarikh 16 September 2009 bertajuk
Pendaftaran Hakmilik Atas Nama Universiti Bagi Perolehan Tanah
menjelaskan ulasan pihak JKPTG berkaitan hak milik hartanah iaitu faktor
penentu sama ada tanah tersebut perlu didaftarkan hakmiliknya kepada PTP
adalah peruntukan kewangan. Peruntukan kewangan daripada Kerajaan
Persekutuan adalah meliputi perbelanjaan yang digunakan bagi tujuan
perolehan, pembangunan, dan penyelenggaraan sama ada sepenuhnya atau
sebahagian sahaja melalui geran atau pinjaman.
6.3 Pendekatan yang sama juga terpakai dalam kes yang melibatkan Badan
Berkanun Persekutuan apabila ianya melibatkan perolehan tanah dengan
menggunakan peruntukan dana dalaman. Pendaftaran hakmilik hartanah
boleh dibuat atas nama Universiti jika menggunakan peruntukan dana
dalaman sepenuhnya.
7.0 PERJANJIAN
7.1 Walaupun perjanjian Jual Beli ditandatangani oleh PTP, Universiti boleh
memasukkan nama pengurus/pentadbir kontrak di dalam perjanjian tersebut
di atas nama jawatan pegawai Universiti bagi memudahkan pengurusan dan
pemantauan kontrak.
7.2 Sekiranya perjanjian ditamatkan atas sebab kegagalan pemilik/pemaju
menyempurnakan obligasinya, Universiti hendaklah memastikan bayaran
tertentu yang telah dibuat kepada pemilik/pemaju dikutip balik dengan
156
dikenakan faedah tidak kurang daripada 8% setahun dan terma ini hendaklah
dimasukkan dalam perjanjian jual beli.
157
Lampiran A
SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN PEMBELIAN HARTA (BARU SIAP/DALAM
PEMBINAAN ATAU LAMA/SEDIA ADA)
A. KEPERLUAN ASAS Ada Tiada
1. Kelulusan Peruntukan daripada Unit Perancangan
Ekonomi, JPM
Bil. Surat:
2. Kelulusan daripada Bahagian Pengurusan dan Perolehan
Kerajaan Kementerian Kewangan
Bil. Surat:
a) Pembelian secara Rundingan Terus; atau
b) Pembelian secara Tender
3. Kelulusan daripada Bahagian Saraan, Jabatan
Perkhidmatan Awam (Jika permohonan untuk Rumah Khas
Jabatan sahaja)
Bil. Surat:
4. Ulasan daripada Cawangan Arkitek, Jabatan Kerja Raya
Bil.Surat:
5. Ulasan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri bagi permohonan yang terlibat dalam sesebuah
negeri. (Jika permohonan yang melibatkan apa-apa
kemajuan, pembelian tanah dan pengambilan balik tanah)
Bil. Surat:
6. Dokumen tambahan
a) Justifikasi permohonan
158
b) Surat Tawaran Pemaju
c) Salinan Hak Milik / Sijil Carian Rasmi / Perjanjian
Jual Beli yang melibatkan Hak Milik Strata
d) Gambar Bangunan
e) Salinan Pelan
Nota: Sila sertakan salinan surat kelulusan/laporan di mana-mana berkaitan
B. MAKLUMAT TANAH DAN HAK MILIK
1. Cukai Tanah: Belum Bayar
Telah Bayar
(Sila sertakan salinan resit bayaran)
2. Kategori Tanah / Jenis Kegunaan
a) Bangunan Kediaman / Perniagaan
b) Perusahaan
c) Pertanian
d) Tiada
*Setuju / telah membuat permohonan untuk tukar syarat daripada
……………………………. Kepada…………………… *jika berkaitan
3. Adakah nombor lot sama dengan pelan yang dikepilkan
Sama
Tidak
159
Nota: Hak Milik yang telah ada No. Lot adalah lebih baik daripada plot
(sementara) kerana Kerajaan tidak akan dikenakan bayaran ukur dan batu
sempadan kelak.
4. Nama Pemilik Berdaftar :………………………………………………………………
Adakah ianya:
a) Tuan Punya (Proprietor)
b) Pemegang Amanah (Trustee)
c) Jika Pemegang Amanah (Sertakan Surat kuasa /
Perjanjian)
5. Sama ada hak milik telah / belum dilepaskan daripada
a) Cagaran
b) Pajakan
c) Kaveat Persendirian
d) Kaveat Pendaftar
e) Kaveat Pemegang Lien
f) Kaveat Pemegang Amanah
g) Isman
h) Perintah Larangan
i) Kawasan Rezab Melayu
j) Kawasan Estet lebih dari 40 hektar
160
6. Sama ada Hak Milik telah ditandatangani oleh Sudah Belum
Pendaftar / Pemungut Hasil Tanah Bersama Copnya
C. MAKLUMAT BANGUNAN
1. Jenis harta yang hendak dibeli:
…………………………………………………………………………………………..
2. Jumlah Unit:
………………………………………
3. Adakah spesifikasi harta yang hendak dibeli mengikut spesifikasi Jabatan
Kerja Raya ………………………………………………………………………….
4. Adakah harga pembelian termasuk kos untuk kemudahan-kemudahan lain
seperti surau, tangka najis, pondok pengawal dan lain-lain. Jika ‘Ya’ sila
nyatakan:
………………………………………………………….
………………………………………………………….
………………………………………………………….
5. Adakah harta yang hendak dibeli mempunyai Sijil Layak Menduduki Bangunan
(CCC) : ……………………………… (Jika ‘Ya’ lampirkan bukti salinan CCC)
D. MAKLUMAT TAPAK Ada Tiada
1. Pelan Rupa Bumi / Topografi
2. Pelan Kekunci / Lokasi
3. Pelan Tapak
4. Pelan Bangunan
5. Pelan Lantai
161
E. GAMBAR Ada Tiada
1. Tapak v
2. Bangunan
a) Pandangan Depan
b) Pandangan Belakang
c) Pandangan Tepi
d) Pandangan Dalaman
Carta Alir
1) Sumber dalaman
2) peruntukan kerajaan
162
PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN PEMBELIAN BANGUNAN TELAH SIAP
BIL. CADANGAN PEMBELIAN BANGUNAN
1. Latar Belakang Kementerian / Jabatan
1.1 Nama Kementerian / Jabatan yang ………………………………
memohon
………………………………
1.2 Alamat ……………………………….
1.3 Nombor Telefon
1.4 Nama agensi di bawah Kementerian / ……………………………….
……………………………….
Jabatan yang terlibat ……………………………….
1.5 Alamat
1.6 Nombor Telefon
2. Latar Belakang Sumber tawaran
2.1 Nama Penawar ………………………………..
2.2 Alamat berdaftar penawar ………………………………..
2.3 Tarikh tawaran (rujukan surat dan Tarikh) ………………………………..
2.4 Jangkamasa tawaran (sila sertakan surat
berkenaan) ………………………………..
2.5 Harga tawaran pemaju ………………………………..
2.6 Harga yang dicadangkan kepada
Kementerian/Jabatan/Agensi ………………………………..
2.7 Diskaun (jika ada) ………………………………..
2.8 Syarat-syarat utama tawaran ………………………………...
3. Butir-butir Hak Milik Bangunan
3.1 Nama Bangunan ………………………………...
3.2 No. Lot / Petak / PT ………………………………...
3.3 Bandar/Mukim/Daerah ………………………………...
3.4 Negeri ………………………………...
3.5 Jenis Hak Milik ………………………………...
163
3.6 Pemilik Berdaftar (Tuan Punya) ………………………………...
4. Butir-butir Bangunan
4.1 Alamat Bangunan ………………………………...
4.2 Jenis Bangunan ………………………………...
4.3 Umur Bangunan ………………………………...
4.4 Keluasan Ruang Bangunan ………………………………...
4.5 Kemudahan-kemudahan Dalam Bangunan ………………………………...
4.6 Kemudahan-kemudahan Awam ………………………………...
4.7 Kawalan Keselamatan ………………………………...
4.8 Kemudahan Meletak kenderaan (Bilangan) ………………………………...
4.9 Insuran (api) ………………………………...
5. Cadangan Penggunaan Bangunan
5.1 Pejabat Kakitangan ………………………. m.p
5.2 Setor ………………………. m.p
5.3 Bilik Gerakan / Bilik Mesyuarat ………………………. m.p
5.4 Bilik Dokumentasi ………………………. m.p
5.5 Bilik Berdaftar ………………………. m.p
5.6 Bilik Kebal (jika ada) ………………………. m.p
5.7 Bilik Perpustakaan ………………………. m.p
5.8 Bilik Rehat / Bilik Menanti ………………………. m.p
5.9 Komputer (jika ada) ………………………. m.p
5.10 Pantri ………………………. m.p
5.11 Bilik Sembahyang ………………………. m.p
Jumlah Keluasan ………………………. m.p
6. Pembayaran
6.1 Cara pembayaran (bayaran ………………………………...
penuh/ansuran) ………………………………...
6.2 JIka ansuran , kadar faedah
164
6.3 Berapa bulan /tahun diselesaikan ………………………………...
7. Alasan-alasan Kementerian/Jabatan yang
memohon (a) …………………………….
(b) …………………………….
(c) …………………………….
(d) …………………………….
(e) …………………………….
Tandatangan:……………….
Nama:………………………
Jawatan:…………………….
Tarikh:……………………….
165