The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SKSS TERKINI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sha abdul wahab, 2023-07-09 08:04:21

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SKSS TERKINI 2023

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SKSS TERKINI 2023

BUKU PENGURUSAN “Stutong Awesome Fly High” SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI STUTONG (YBB1301) OFF TAMAN SATRIA JAYA, BDC STAMPIN 93250 KUCHING Ybb1301@moe,edu,my


Isi Kandungan 1 Kata-kata Aluan Guru Besar 2 Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4 Ikrar Perkhidmatan Awam 5 Teras Perkhidmatan Awam 6 Budaya Kerja Sekolah 7 Etika Kerja 8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 9 - 17 Tatasusila Profesion Perguruan 18 - 19 Anjakan PPPM 20 Penggal Persekolahan 21 Jadual Gaji 22 Cuti Perayaan 23 Latar Belakang Sekolah 24 - 50 Pengurusan Pentadbiran 51 - 60 Unit Kurikulum 61 - 86 Unit Hal Ehwal Murid Sekolah 87 - 114 Unit Kokurikulum Sekolah 115 -153 Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2023 154 -168 1 ISI KANDUNGAN


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2023/2024 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi agar dapat menjadi panduan kepada staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah yang sebaris dengan sekolah lain dalam Daerah Kuching. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan. Komitmen yang tinggi perlu untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha dapat membuahkan kejayaan. Kesungguhan bekerja dalam profesion yang kita ceburi ini sangat penting Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita secara bersama agar sekolah kita terus menuju ke arah kecemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama. “Stutong Awesome, Fly High” Selamat bertugas, sekian terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ..............................................……… (ZAMAHRI BIN PI’EE) Guru Besar, SK Sungai Stutong, Kuching 2 EN. ZAMAHRI BIN PI’EE Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Stutong


VISI KPM “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” MISI KPM “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan IKRAR RUKUN NEGARA 3 VISI DAN MISI KPM


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu Keyakinan terhadap Tuhan Kepercayaan beragama Kemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Ciri-ciri unsur jasmani ialah : Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif Daya pemikiran yang logik dan analisis Ilmu yang bermanfaat Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : 4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN UNSUR INTELEK UNSUR EMOSI UNSUR ROHANI UNSUR JASMANI


KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI: BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia IKRAR PERKHIDMATAN AWAM PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; KEENAM Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. 5


Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 6 TERAS PERKHIDMATAN AWAM


7 BUDAYA KERJA SEKOLAH Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif sekolah Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. Menentukan objektif bagi setiap tugasan. Mengamalkan kerja sepasukan serta bermesyuarat. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Kepimpinan melalui tauladan. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kerja adalah ibadah


Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pehkerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugastugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal. BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa. BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU FIKIRAN Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. 8 ETIKA KERJA


TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut : 1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN. Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. 2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia. Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum. Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP. 3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa Membina kurikulum kesenian. Membina Sekolah Seni. Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa. Membudayakan penggunaan tulisan Jawi. 4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. 9 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. 2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. Menyediakan pusat akses. Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai. Mengadakan latihan dan bimbingan. Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan. 3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar. 4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik Menyediakan pentaksiran alternatif. Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi. Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. 10 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum. Meningkatkan penyertaan murid. Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan. Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG. Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM. 6. Memperkukuh disiplin pelajar Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar. Mempelbagaikan saluran aduan terus. 7. Memantapkan kurikulum Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi. Memantapkan kurikulum sains dan matematik. 11 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK : 1. Peluasan Program Prasekolah Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM. Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah. Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. 2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Meningkatkan kualiti guru. 3. Pengukuhan Budaya Sekolah Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. 4. Pemantapan Kurikulum Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. Memperluas j-QAF. Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil. Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah. 5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan. Meningkatkan penyertaan murid. 6. Penambahbaikan Sistem Sokongan Menambahbaik sistem sokongan. Menambah bilangan jawatan pembantu guru. 7. Peningkatan Prestasi Akademik Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. Memantapkan program intervensi. 8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti Meningkatkan kualiti prasarana SK. Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan. Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi. Pembestarikan sekolah. 12 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: 1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman. Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Merapatkan jurang digital. 2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran Penguasaan 3M. Pengurangan kadar keciciran. Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya. Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan. Memantapkan program pendidikan khas inklusif. Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf. Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan. Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan. Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas. Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas. Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia. 3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. 4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti Pemantapan sistem pengagihan bantuan. Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM). Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan. Menilai impak program secara berkala. Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD). Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. 13 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi. Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya PerkhidmatanPelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum. 2. Memantapkan latihan perguruan Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki. 3. Memantapkan kerjaya guru Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. 14 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. Mensifarkan GSTT. Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. 5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia Penyediaan mekanisme bekalan guru. Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru. Menambahbaik sistem maklumat guru. Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. 15 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut : 1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua. Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. 2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga. Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan jurulatih. Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan. 3. Memilih kelompok sekolah cemerlang Perlantikan sekolah. Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah. 4. Mewujudkan akauntabiliti Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program. Melaksanakan penilaian sekolah kluster. Melaksanakan penarafan kendiri. Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi. Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara. 5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik. Melaksanakan penarafan kendiri. 16 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN 6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara. Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara. Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara. Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar. Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa. Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. Memperkasa kolej matrikulasi. 7. Merintis perubahan dan pembaharuan Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning). Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT) Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006. Kad Laporan keempat seperti Disember 2008. 17 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 18 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. 19 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


20 ANJAKAN PPPM 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa 2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. 3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. 4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. 5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia 8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung


PENGGAL PERSEKOLAHAN 21 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 KUMPULAN B Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, N.Sembilan,Pahang,Perak, Perlis, Pulau Pinang,Sabah, Sarawak, Selamgor, Wilayah Persekutuan KL, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya Penggal Mula Persekolahan Akhir Persekolahan Jumlah Hari Jumlah Minggu 1 20.03.2023 31.03.2023 10 5 01.04.2023 21.04.2023 13 Jumlah Hari 23 Cuti Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024 1 22.04.2023 - 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 Jumlah Hari 18 Cuti Penggal 1 Sesi 2023/2024 1 27.05.2023 - 04.06.2023 9 2 05.06.2023 30.06.2023 16 12 01.07.2023 31.07.2023 20 01.08.2023 25.08.2023 19 Jumlah Hari 55 Cuti Penggal 2 Sesi 2023/2024 26.08.2023 - 03.09.2023 9 1 3 04.09.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 22 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 15.12.2023 11 Jumlah Hari 72 Cuti Penggal 3 Sesi 2023/2024 16.12.2023 - 01.01.2024 17 2 02.01.2024 31.01.2024 22 6 01.02.2024 09.02.2024 6 Jumlah Hari 28 Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024 4 10.02.2024 - 10.03.2024 30


JANUARI 17 SELASA FEBRUARI 24 JUMAAT MAC 24 JUMAAT APRIL 17 ISNIN MEI 25 KHAMIS JUN 23 JUMAAT JULAI 25 SELASA OGOS 25 JUMAAT SEPTEMBER 25 ISNIN OKTOBER 25 RABU NOVEMBER 24 JUMAAT DISEMBER 19 SELASA 22 JADUAL GAJI 2023


23 CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024 CUTI PERAYAAN KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI CUTI TAMBAHAN 2 HARI CUTI TAMBAHAN KPM UNTUK 22.04.2023 (SABTU) 20.04.2023 (KHAMIS) KUMPULAN B 23.04.2023( AHAD) 21.04.2023 (JUMAAT) HARI RAYA QURBAN CUTI TAMBAHAN 2 HARI CUTI TAMBAHAN KPM UNTUK KUMPULAN B 29.06.2023 28.06.2023 (RABU) 30.06.2023 (JUMAAT) HARI DEEPAVALI CUTI TAMBAHAN 1 HARI CUTI TAMBAHAN KPM UNTUK KUMPULAN B 12.11.2023 (AHAD) 13.11.2023* SARAWAK SAHAJA 14.11.2023 TAHUN BARU CINA CUTI TAMBAHAN 1 HARI CUTI TAMBAHAN KPM UNTUK KUMPULAN B 10.02.2024 (SABTU) 09.02.2024 (JUMAAT) 11.02.2024 (AHAD) * SELAIN DARIPADA ITU LAIN-LAIN PERAYAAN ADALAH TERLETAK DALAM CUTI SEKOLAH


LATAR BELAKANG SEKOLAH Logo Sekolah 1 Visi dan Misi Sekolah 2 Ikrar Murid 3 Lagu Sekolah 4 Piagam Pelanggan 5 Panduan Am Staf Sekolah 6 Sejarah Sekolah 7 Pelan Sekolah 8 24


25 LOGO SEKOLAH


VISI SEKOLAH MISI MEMBITARA KEMENJADIAN MURID MELESTARIKAN KEMENJADIAN MURID KE ARAH KECEMERLANGAN BAGI MEMENUHI ASPIRASI SEKOLAH 26 VISI DAN MISI SEKOLAH


Bahawasanya kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Stutong Berikrar untuk mengamalkan pendidikan yang murni dan seimbang Mematuhi ajaran guru dan ibu bapa Berakhlak mulia untuk menjadi insan yang berhemah tinggi Sanggup menimba ilmu Kuatkan iman dan Tidak mensia-siakan masa 27 IKRAR MURID


MURID i. Memastikan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang ditetapkan. ii. Memastikan keselamatan murid terjamin semasa berada di sekolah. iii. Memastikan kegiatan kokurikulum dijalankan pada masa yang ditetapkan. iv. Memberi peluang kepada semua murid untuk bergiat aktif dan mengembangkan bakat dalam aktiviti kokurikulum. v. Memastikan penyediaan makanan oleh pihak RMT sekolah berkahsiat dan suci mengikut harga yang telah ditetapkan dalam tebder. vi. Memastikan semua murid yang layak berhak mendapat buku SPBT. GURU DAN STAF i. Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun. ii. Memastikan urusan pngesahan jawatan staf dibuat dalam masa 1 – 3 tahun. iii. Memastikan semua guru mendapat fail rekod mengajar, jadual waktu persendirian sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesi persekolahan bermula. iv. Membekalkan maklumat sekolah dan senarai tugas kepada guru dan staf. v. Memberikan ganjaran yang sesuai mengikut prestasi dan peluang peningkatan kerjaya kepada semua staf IBU BAPA i. Segala aduan dan rayuan secara bertulis akan diproses dalam masa satu minggu/ ii. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang anak-anak dalam masa 4 minggu setiap kali selepas pentaksiran. iii. Mengadakan permuafakatan dengan ibu bapa atau penjaga sekurang-kurangnya dua kali setahun. iv. Semua cadangan atau usul yang munasabah akan dibincang dalam Mesyuarat Agung PIBG. v. Sistem penyampaian maklumat peperiksaan murid diberi sebanyak dua kali setahun. 29 PIAGAM PELANGGAN


KOMUNITI i. Memberi layanan dan perkhidmatan terhadap aktiviti kemasyarakatan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa. ii. Menyediakan program mesra komuniti sekali setahun. STAKEHOLDER i. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh 3 hari. i. Meletakkan segala maklumat terkini dari stakeholder di letakkan di papan notis. ii. Memberi kerjasama dalam melaksanakan program kecemerlangan murid yang dianjurkan oleh PPD, JPN dan KPM 30 PIAGAM PELANGGAN


31 SENARAI STAF Bil. Nama Gred Jawatan No Kad Pengenalan No. Fail Peribadi Tarikh Bertugas Di Stesen Sekarang Opsyen 1 ZAMAHRI BIN PI'EE DG44 710607-13-5793 S.26011 03.01.2023 PM 2 MAGDELENE ANAK BAJA DG48 771220-13-5640 S.37774/Q 10.01.2022 SN 3 DYGKU HASNAH BT AWG BOLHAN DG42 700422-13-5368 S.24616 05.02.2018 PM 4 ZULKIPLIE BIN PANI DG42 681104-13-5791 S.23204 02.01.2016 PM 5 ANIS NADHIRAH @ PHYLLIS CHUBITA DG29 800503-13-6248 S.35294 18.09.2017 BI 6 ASMARI BIN PARDIE DG42 751012-13-5285 S.29433 25.06.2018 MT 7 BAIZIELA BT SAPINGI @ SJAPIEE DG44 890127-13-5146 S.51517 28.06.2022 BM 8 CLAIRE YEO WEI SIM DG41 931122-13-5444 S.56916 26.07.2021 BI 9 DILON AK DIEN DG44 800102-13-5471 S.42877 23.06.2016 GURU PEMULIHAN 10 DYG NURASIKIN ABG ABD RAHIM DG48 780111-13-5160 S.36140 03.01.2009 PI / SENI 11 ERICK LIM WEE LIK DG44 890710-13-6293 s.52686 03.01.2022 PJ 12 FRANCIS AK UJA DG48 711129-13-5311 S.35200 19.12.2014 PM 13 HADIAH BT MAZLAN DG42 691130-13-5612 S.21747 30.12.2016 PM 14 JELIA AK BIJU DG44 710427-13-5614 S.58643 02.01.2020 PM 15 JESSY MINA AK PILANG DG44 810728-13-5456 S.33388 28.12.2017 BI/KT 16 KHALILI BT ARIFF DG48 740330-13-5092 S.34830 19.12.2013 MATE/BI 17 LENON AK LAWAT DG34 791130-13-5792 S.33511 29.12.2016 SAINS 18 LO LIP BOON DG48 700505-13-5849 S.23241 28.12.2020 MATE 19 MOHAMAD SAHARI BIN MOHAMED DG48 701013-13-5441 S.23088 28.12.2018 PM 20 MONALIZA BT MOHAMAD SARBINI DG44 730708-13-5678 S.27797 02.03.2015 PM 21 MUHAMMAD IZZAM HASIF BIN ANUWAR DG41 950715-02-6159 S.61059 22.11.2018 GPI 22 OPENG B HJ BUJANG SUM DG48 650717-13-5573 S.22264 01.04.2016 BM 23 PETRUS SIMEON AK ENCHALANG DG48 740717-13-5345 S.30768 23.02.2015 MATE/ MZK 24 ROGAYAH BT ROSLI DG42 711103-13-5874 S.26249 09.04.2001 PM 25 SAPIAH BT HJ AMBI DG42 671127-13-5488 S.19999 01.08.2001 PM 26 SHIRLEY THAN AI LING DG48 780112-13-5250 S.34882 03.01.2022 BI 27 SLYVIA AK ASON DG44 790426-13-5404 S.43381 27.12.2012 GPRA 28 NUR RAIHAN BT MOHAMAS DC41 860326-13-5168 27.09.2021 INTERIM 29 DYG MAIMUNAH BT HJ ABG MORNI N22 730928-13-5290 P.20187 16.03.2004 - 30 NORIZIANI BT AHMED N22 840816-13-5066 P.35984 01.04.2013 - 31 ANGELA AK BADRON N22 850715-13-5314 P.40891 11.04.2016 - 32 CONNIE AK ASSAN N11 660304-13-5830 P.27915 04.01.2001 - 33 IEZHAM BIN IESNORDIN FT19 880915-04-5169 P.47699 16.03.2011 -


PANDUAN AM 1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan 2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan. 3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. KEDATANGAN 1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. 3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan. 32 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH 1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas. 1. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran dan membimbing murid dalam proses pembelajaran. 2. Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah ketika mengajar melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu murid. 3. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang berdisiplin dan berilmu.Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan murid. 4. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam satu-satu minggu . Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat panitian mata pelajaran. 5. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi perlu disemak dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam buku rampaian murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat. 6. Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar . Sengaja duduk dalam kelas adalah TIDAK digalakkan . 7. Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah . Guru yang membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD PAS atau TANDA NAMA guru berkenaan sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk keluar kelas. 8. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas. 9. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi P & P yang berkesan. 33 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


KELUAR WAKTU MENGAJAR CUTI PEMAKAIAN GURU 1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. 1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari. 4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. 1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995. 2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 34 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


KETEPATAN MASA 1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar-pelajar. 2. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; P & P hendaklah diberi keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain. 3. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau yang terhampir. 4. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit selepas sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari, Penolong Kanan atau guru kanan mestilah diberitahu. 5. Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk ucapan-ucapan sekolah. Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 3.00 petang misalnya, maka guru yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10 minit sebelum jam 3.00 petang. 6. Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah diselesaikan dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan. DISIPLIN 1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar. Guru seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru . Sebarang masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru . Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja. 2. Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau DERA kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru Besar . 3. Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera kepada murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin. 4. Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam buku “DISIPLIN” yang disimpan di pejabat. Rekod ini akan dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar. 35 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


DISIPLIN 1. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid dalam buku persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin. 1. Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut : a. Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru b. Mencuri, menipu atau bercakap bohong c. Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain d. Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya e. Menipu tandatangan dan yang seumpamanya f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap g. Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik) h. Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan i. Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan j. Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-Lain. k. Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas l. Merosakkan harta benda sekolah m. Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain n. Bergaduh dan bertumbuk o. Berambut panjang p. Pakaian yang tidak kemas q. Berjudi r. Terlibat dengan dadah s. Menghisap rokok t. Ponteng dan lewat datang sekolah u. Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran v. Sila rujuk buku peraturan sekolah 2. Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan proses sosialisasi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis panduan yang telah ada, sila rujuk peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :- a. School (General) Regulations 1951 b. Assited School Institution (Management) Rules 1969 c. Education Institution (Exemption Orders) 1959 d. School (Course of Studies) Regulations 1959 e. School Curriculum 1969 f. Education (School Decipline) Regulations 1959 g. School (Tour) Regulations 1958 h. School (Magazines) Regulations 1968 i. School (Societies) Regulations 1968 j. Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963 k. Parent – Teacher Associations Rules 1973 36 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


SENARAI TUGAS GURU 1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai. PERHUBUNGAN SESAMA GURU 1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan. 2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. BILIK GURU 1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar. 37 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


BUKU REKOD MENGAJAR 1. Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar. 1. Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu. 2. Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah. 3. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan rekod pengajaran harian pada tiap-tiap hari. 4. Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod Mengajar: a. Takwim Sekolah b. Senarai Buku Teks c. Daftar barang-barang atau perabot kelas d. Jadual waktu kelas dan persendirian guru e. Sukatan pelajaran f. Rancangan Pelajaran g. Rekod Kerja Mingguan h. Rekod markah kemajuan murid bagi Ujiaan-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2I i. Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan j. Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid k. Butir-butir mengenai kutipan wang l. Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan 5. Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat atau selewatlewatnya pada hari pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa. 6. Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut : a. Rekod harian bagi satu-satu matapelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas, waktu dan subjek, tajuk pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan, objektif, kemahiran, aktiviti dan nilai murni. b. Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam Mesyuarat AJK Kurikulum Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran. 7. Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak menyelia dan mencerap sebelum P&P bermula. Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen rasmi yang penting. Buku ini akan dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat. 38 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


KEDATANGAN MURID 1. Setiap guru kelas diberi tanggung jawab untuk mendaftar kehadiran murid melalui APDM sebelum pukul 10.00 pagi pada setiap pagi hari persekolahan. 1. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 2. Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. KEBERSIHAN 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik pemulihan, bilik sains, bilik J-Qaf dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik tersebut. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar. SURAT-MENYURAT 1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut. PELAWAT-PELAWAT 1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 39 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


TUGAS-TUGAS 1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. 3. Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana sebab-sebab kesihatan. 4. Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat/kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Selangor atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan. 5. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah WAJIB dilaksanakan. JADUAL WAKTU 1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan. 40 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan. PERHIMPUNAN SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah setiap hari Rabu. Beberapa orang murid ditugaskan secara bergilir-gilir menjadi pengacara semasa perhimpunan mingguan sekolah. 2. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu. 3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara. MESYUARAT GURU 1. Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia. TANDA NAMA 1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. BUKU STOK/INVENTORI 1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P. 2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta. 5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. 41 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


ARAHAN DAN PEKELILING 1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani. TELEFON/FAKS 1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon. PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. 2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru. 3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. LARANGAN MEROKOK 1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’. 2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah. 1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu. 2. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti. 3. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut. GURU PENGGANTI (SIT-IN) 42 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


MENGHUKUM/ MENDENDA MURID 1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan. 2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG. 3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan. PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) 1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan. 2. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P. HAL-HAL LAIN 1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama. 2. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan. Sumber Rujukan: Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah. 43 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N26/KETUA PEMBANTU TADBIR N22 BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : GURU BESAR BIDANG TUGAS : Membantu Guru Besar mengurus Hal Ehwal Kewangan / Akaun Sekolah. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal Perkhidmatan Perjawatan. Membantu Guru Besar mengurus hal Pentadbiran Sekolah. Menyelia semua staf sokongan sekolah termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM) kecuali sekolah yang ada Pembantu Makmal Gred C22 dan Penyelia Asrama N22). Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN KEWANGAN) BIDANG TUGAS Menyediakan : Tuntutan gaji dan elaun Biasiswa dan bantuan kerajaan Tuntutan elaun lebih masa pekerja. Tuntutan bantuan perkapita. Pembayaran bil-bil. Mengemaskini : Buku Tunai - Akaun Kerajaan Akaun SUWA Akaun Asrama (jika terlibat) Mengurus : Cek-cek. Bayaran Tambahan dan Kira-kira yuran khas pelajar serta menyimpan slip bank. Pesanan barang-barang keperluan pejabat. Stok pejabat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Penolong Kanan dari semasa ke semasa. 44 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN) SENARAI TUGAS Mengurus : Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain. Pertukaran murid. Pertukaran guru dan staf sokongan Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi. Surat-surat dan rekod cuti guru/staf sokongan. Buku Biru/Permit mengajar guru. Data murid, guru dan staf sokongan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari masa ke masa. PEMBANTU TADBIR RENDAH N14/11 (JURUTAIP) SENARAI TUGAS Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan PenolongPenolong Kanan dari semasa ke semasa. Membantu pegawai Ketua Pembantu Tadbir sekolah dalam menyediakan perkara di atas. Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan perkakasan computer dan mesin taip serta lain-lain alatan pejabat dalam keadaan baik dan selamat. Menjaga stok dan mengemaskinikan stok, alat-alat taip seperti stensil, kertas taip dan sebagainya serta mengamalkan jimat cermat. Menaip Borang Perubahan Gaji. Menaip Baucer. Menaip Penyata Bulanan. Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru. Menaip Surat Berhenti Sekolah dan Surat Akuan. Menaip tuntutan perjalanan. Menjalankan semua kerja yang diarahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa. 45 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


PEMBANTU AM RENDAH (PEJABAT) SENARAI TUGAS Mengurus pengambilan surat-surat di PPD dan surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan. Mengurus Kad Perakam Waktu Kehadiran Guru/Staf Sokongan. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat. Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain. Mengambil dan meminitkan surat. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan. Mengepos dan mengambil surat. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat. Mengemaskini sistem fail. Mengemas bilik Guru Besar dan bilik cetak. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. PEKERJA RENDAH AM SENARAI TUGAS Membersihkan kawasan sekolah : Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buangan sampah. Menyapu sampah di kaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput. Membersihkan tandas, longkang dan stor. Menjaga dan menyelenggara peralatan-peralatan kerja seperti cangkul, penyodok dan sebagainya. Memastikan stok peralatan PRA sentiasa lengkap dan cukup. Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga/pokok serta membuang rumput dipasu. Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program-program upacara rasmi sekolah. Membaikpulih peralatan sekolah/perabot sekolah yang rosak. Memastikan peralatan sekolah, perabot tidak terbiar di merata tempat. Melaporkan kepada Guru Besar tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk tindakan. Menggantikan tugas jaga sewaktu jaga bercuti. Memadam segala grafiti/conteng pada dinding bangunan sekolah. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan. 46 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


JAGA SEKOLAH SENARAI TUGAS Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas seperti dijadualkan dan sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas. Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta meminta pengesahan daripada seorang lain. Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari masa ke masa dan mengunci jam jaga jika ada. Membuat laporan mengenai keadaan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi Guru Besar/polis dengan segera jika berlaku kecurian atau kecemasan. Memastikan semua bilik darjah dan bilk-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka pada hari sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah bertugas. Memastikan semua pintu dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti am/cuti sekolah. Membuka pintu pagar sebelum pulang pada hari sekolah. Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar. Memadam semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah selepas bertugas. Memastikan tiada orang luar dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran khas dan Guru Besar. Mengawas muri/murid jemputaan yang mengadakan aktiviti-aktiviti ku-kurikulum di luar waktu persekolahan. Melaporkan dengan segera segala kes kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan kepada Bomba/Polis/Hospital dan melaporkan kepada Guru Besar. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/wakilnya dari semasa ke semasa. 47 PANDUAN AM STAF SEKOLAH


48 SEJARAH SEKOLAH A. Sejarah Penubuhan Sekolah Sg. Stutong, Kuching Sekolah ini dibina pada tahun 1952 dengan bantuan pihak gereja ST Margaret, dan dinamakan Sekolah ST Margaret, Kampung Stampin. Menurut Puan Magdalene, beliau dan rakan-rakan telah belajar di sekolah itu mulai dari tahun 1952. Encik Silok merupakan guru yang pertama mengajar di sekolah itu. Menurut Puan Magdalene semasa ditemubual oleh En Thomas Linggang, beliau bersama adik dan abang sepupunya belajar secara suka-suka sahaja di rumah bapa saudaranya, En Silok. Budak-budak lain pun turut serta dan pertambahan murid yang menggalakkan menyebabkan Encik Silok bercadang untuk membuka kelas biasa kepada anakanak kampung. Penduduk kampung bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran sekolah kepada Jabatan Pendidikan Luar Bandar Kuching. Pada tahun 1961, pegawai dari Jabatan Pendidikan Luar Bandar Kuching datang dan mencadangkan bangunan sekolah dipindahkan ke suatu tapak baru yang dinamakan SK Sungai Stutong. Pada akhir tahun 1961, dua buah bilik darjah telah dibina secara bergotong- royong di tanah yang dibeli oleh Jabatan Pendidikan Luar Bandar Kuching daripada Encik Entili. Pada tahun 1968, tiga buah kelas diadakan iaitu Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 5. Encik Mangga menjadi Guru Besar yang pertama SK Sg Stutong dari 1 Januari 1968 hingga akhir tahun 1979. Kedatangan Guru Besar, Encik Henry Umpang pada tahun 1980, telah mengubah corak pentadbiran sekolah ini dengan mengadakan pengambilan Kelas Tahun 1 pada setiap tahun. Keperluan guru biasa juga bertambah lagi kepada dua (2) orang. Encik Dickie R.Gayok menjadi Guru Besar pada 1 Januari 1986. Kawasan sekolah semakin baik dengan bilangan murid yang hampir 400 orang. Bilik darjah, gelanggang permainan dan tempat perhimpunan, tempat letak kereta dibina. Bilik Prasekolah telah diwujudkan dimana seorang guru akademik biasa, Cikgu Magdalene dilantik sebagai guru pertama mengajar di kelas tersebut. Jumlah guru pun bertambah hingga 12 orang. Kelas diadakan sepenuhnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pada 9 Jun 1994 Encik Thomas Linggang menjadi Guru Besar SK Sungai Stutong. Sekolah telah dilawati oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Musa Mohamad pada 28 Januari 2000 dan pada hari yang bersejarah inilah cadangan pembinaan bangunan baru SK Sg. Stutong dilaksanakan. Apabila En. Thomas Linggang bersara pada 7 April, 2007, Penolong Kanan 1 Pn.Theresa Anak Panyup menjalankan tugas Guru Besar sehingga 1 Julai 2007. Encik Maliki Bin Jentera melapor diri pada 2 Julai 2007 sebagai Guru Besar. Pada masa itu bangunan baru sekolah masih dalam proses pembinaan di tapak padang bola sepak.


Pada hari Selasa 6 April 2011, bangunan baru sekolah mula digunakan. Manakala bangunan lama dirobohkan untuk membina kantin dan gelanggang sukan. Bangunan sekolah sekarang mengandungi dua belas buah bilik darjah, dua buah kelas Prasekolah, sebuah makmal komputer, sebuah makmal sains, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik surau, kantin dan tapak perhimpunan yang cukup luas. Pada 20 Januari 2014, Guru Besar Encik Maliki Bin Jentera meninggal dunia. Sekali lagi Penolong Kanan 1, Pn Theresa Anak Panyup menjalankan tugas Guru Besar sehinggalah En Anai Bin Johari melapor diri pada 26 Februari 2014 sebagai Guru Besar. Bil Nama Guru Besar Tarikh mula Tarikh akhir 1. En. Mangga 01.01.1968 31.12.1979 2. En. Henry Umpang 01.01.1980 31.12.1985 3. En. Dickie R. Gayok 01.01.1986 08.06.1994 4. En. Thomas Linggang 09.08.1994 07.04.2007 5. En. Maliki Bin Jentera 02.07.2007 20.01.2014 6. En. Anai Bin Johari 26.02.2014 08.01.2017 7. En. Ismail Bin Bujang 09.01.2017 02.10.2019 8. En. Mohd Rashid Bin Ibrahim 16.10.2019 15.11.2022 9. En. Zamahri bin Pi’ee 03.01.2023 sekarang B. Berikut merupakan senarai nama Guru Besar SK Sungai Stutong hingga sekarang. 49


50 PELAN SEKOLAH


Click to View FlipBook Version