The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PRKA3171)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUR ATHIRAH BINTI JAAFAR IPG-Pelajar, 2024-06-23 17:46:36

E-portfolio PBS II

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PRKA3171)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER III TAHUN 2) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II PRKA3171 DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR SITI NUR ATHIRAH BINTI JAAFAR ANGKA GILIRAN 2021192340275 NOMBOR KAD PENGENALAN 030621040054 KUMPULAN PISMP AMBILAN JUN 2022 (A3) TAJUK TUGASAN TUGASAN 1: E-PORTFOLIO NAMA PENSYARAH CIK HAYATI BINTI MAT YUSOF TARIKH HANTAR 21 JUN 2024


LAMPIRAN 2-10 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Kurikulum 4.1 Carta Organisasi 4.2 Bidang Tugas Panitia 4.3 Takwim Kurikulum 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan: 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP 4.4.2 Pendekatan dan Strategi Pengajaran 4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (Inovasi) 4.4.4 Pentaksiran dan Penilaian 5 Kokurikulum 5.1 Carta Organisasi 5.2 Komponen Kokurikulum 5.3 Takwim Kokurikulum 5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan: 5.4.1 Kolaborasi komuniti 5.4.2 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan 6 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 6.4 Soal selidik


7 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 7.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 7.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 7.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 7.4 Interaksi dengan murid 7.5 Perbincangan dengan komuniti sekolah 8 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 8.1 Pemerhatian 8.2 Senarai semak 8.3 Temu bual 9 Refleksi (Lampiran 1-5) 9.1 Aktiviti 9.2 Perbincangan/Interaksi 10 Laporan Akhir 11 Lampiran Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________


1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN


1.1 SURAT PENGENALAN DIRI


PENGHARGAAN Saya berasa sangat bersyukur kerana telah selesai menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada selaku Unit Praktikum iaitu Encik Mohd Saifudin bin Mat Piah kerana telah memberi bimbingan, bahan-bahan dan garis panduan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan PBS II ini. Begitu juga selaku pensyarah penilai dan pembimbing iaitu Cik Hayati binti Mat Yusof. Tanpa tunjuk ajar dan panduan daripada mereka, kemungkinan besar saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Seterusnya, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Mastura Lim binti A. Ghani selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 (SKBB 2) kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalani PBS II di sini. Malah, beliau telah banyak membantu saya dengan memberi tunjuk ajar, nasihat dan pesanan selama berada di sekolah ini. Sementelahan, bukan sahaja dalam aspek pedagogi di sekolah tetapi juga menambah pengetahuan saya berkaitan pengurusan harian di sekolah. Tidak dilupakan juga kepada para pentadbir, guru-guru, murid-murid dan semua kakitangan SKBB 2 yang telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci bagi melengkapkan e-portfolio ini. Tambahan pula, mereka melayani saya persis seorang anak dan tidak lokek dalam memberikan tunjuk ajar. Bahkan, mereka turut membantu saya memahami tanggungjawab dan tugas-tugas hakiki masing-masing, berkongsi maklumat serta dapatan yang diperlukan untuk melengkapkan laporan PBS II ini. Hal ini sangat penting sebagai ilmu pengetahuan baharu yang boleh saya aplikasikan pada masa hadapan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua warga SKBB 2 terhadap layanan mesra yang diberikan sepanjang keberadaan saya di sekolah. Saya hargai semua kenangan dan layanan baik tersebut. Akhir kata, semoga tugasan ini menjadi rujukan pada masa akan datang agar ilmu yang diperoleh dalam tugasan ini dapat dimanfaatkan. Dalam kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan dalam melaksanakan tugasan PBS II ini. Sekian, terima kasih.


2.0 BIODATA DIRI


2.0 BIODATA DIRI BIODATA PELAJAR GURU NAMA PELAJAR SITI NUR ATHIRAH BINTI JAAFAR NOMBOR KAD PENGENALAN 030621-04-0054 NAMA SEKOLAH SK BATU BERENDAM 2 KOD SEKOLAH MBA2044 ALAMAT SEKOLAH KM. 6.5 HANG TUAH JAYA, 75350 BATU BERENDAM, MELAKA. NOMBOR TELEFON SEKOLAH 06-3177589 ALAMAT SEMASA NO 36, JALAN MB 3/14, TAMAN MELAKA BARU, BATU BERENDAM, 75350 MELAKA. NOMBOR TELEFON 017-6783177 EMEL [email protected] AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU (SK) TAHUN 2 SEMESTER 3 TARIKH PBS 10 – 21 JUN 2024 NAMA PENSYARAH CIK HAYATI BINTI MAT YUSOF JABATAN PEDAGOGI BAHASA MELAYU


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH


LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SK BATU BERENDAM 2. KM 6.5 JALAN HANG TUAH JAYA, 75350 BATU BERENDAM MELAKA. 2 No. Telefon Sekolah 06-3177589 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah PN. MASTURA LIM BINTI A.GHANI 6 Nama PK Pentadbiran HJ. NORAZMAN BIN GHAUTH 7 Nama PK HEM EN. NOR RAMLEE BIN ISMAIL 8 Nama PK Kokurikulum EN. MOHD AMIN ATFI BIN NAJIB 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah B 11 Bilangan Guru Lelaki: 24 Perempuan: 63 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 87 Bukan Siswazah:- 13 Bilangan Kelas 43 14 Purata Saiz Kelas 34 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki 734 - 6 - Perempuan 592 - 5 - 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini • Pelaksanaan program Pendidikan Inklusif. • Mempunyai Perancangan Strategik Organisasi (PSO) untuk perancangan sekolah dalam jangka masa panjang. • Guru Ketua Panitia Matematik mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan telah mencipta inovasi KitMaths dan GrabMaths dalam meningkatkan kefahaman murid. • Pengurusan sekolah diurus dengan baik dimana mudah untuk mendapat info berkenaan sekolah. 1,337


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL PENGENALAN Pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah bersepakat untuk melaksanakan satu program yang dikenali sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) dan berfungsi sebagai salah satu daripada komponen Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Justeru itu, saya Siti Nur Athirah binti Jaafar selaku pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah berjaya menjalankan PBS kedua selama 2 minggu yang bermula dari 10 Jun 2024 hingga 21 Jun 2024. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka telah menjadi pilihan saya untuk PBS II. Sekolah ini terletak di kawasan bandar yang pesat dan telah berjaya mencapai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sejak tahun 2021. Hasil daripada pemerhatian saya terhadap persekitaran sekolah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS II, saya telah memperoleh gambaran awal secara menyeluruh tentang peranan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang cemerlang. Pada masa yang sama, saya juga dapat merasai pengalaman yang berharga semasa melibatkan diri dalam pelbagai program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain itu, saya telah menetapkan objektif, hala tuju dan strategi sebagai inisiatif untuk melengkapkan tugasan kerja kursus PBS II dengan baik. Bukan itu sahaja, PBS ini juga berupaya melatih saya untuk berinteraksi dan berkolaborasi bersama seluruh warga sekolah sama ada guru, murid mahupun kakitangan sekolah. Malah, hasil penggumpulan data-data turut dianalisis sebagai satu eportfolio yang lengkap.


Berdasarkan pelaksanaan PBS II ini, sebagai guru baharu saya ingin mencapai matlamat serta pencapaian yang sangat bermakna dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Antara pencapaian yang telah diperoleh adalah: a) Mampu menghayati kerjaya profesional guru. b) Mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah terutama dari segi pengurusan dan budaya sekolah. c) Mengumpulkan dan merekodkan maklumat berkaitan pengurusan sekolah, pentadbir, guru, murid serta kakitangan sekolah. d) Mengetahui secara terperinci mengenai aktiviti kurikulum, kokurikulum, komuniti dan hal ehwal murid. e) Mengetahui cara untuk mengendalikan sesebuah program. f) Pembinaan nilai positif terhadap profesion keguruan. g) Refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab sepanjang PBS. TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL Tujuan utama pernyataan profesional ini adalah untuk menyatakan hala tuju dan fokus tugasan yang akan dilaksanakan di sekolah. Malah, melalui pernyataan profesional ini juga dapat membantu dan melatih saya untuk merancang strategi pelaksanaan secara sistematik. Hal ini supaya program PBS II dapat berjalan dengan lancar dan data-data berupaya dikumpul serta direkod melalui pelbagai kaedah secara tersusun. Dalam pada itu, pelaksanaan PBS II juga membolehkan guru novis untuk mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan serta mampu membuat pemerhatian semasa aktiviti tersebut dijalankan. Setelah itu, membuat laporan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Hasil dapatan pemerhatian tersebut akan menjadi asas dan panduan kepada guru baharu untuk membuat tindakan susulan atau penambahbaikan sekali gus dapat meningkatkan profesionalisme seorang guru.


PERNYATAAN PROFESIONAL 3.3.1 SEBELUM PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) merupakan suatu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Tujuan pelaksanaan PBS II ini adalah untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari segi perspektif seorang guru. Bahkan, memberi peluang kepada pelajar untuk memahami cara pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengurusan bilik darjah, tingkah laku murid serta peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen mahupun interaksi guru dan komuniti sekolah. a) Fokus Utama Tugasan Saya menjalani PBS II di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka. Sebelum menjalani PBS II, kami telah diberi taklimat khas mengenai tugasan PBS yang telah disampaikan oleh pensyarah iaitu Puan Sabariah binti Yaakob. Berdasarkan taklimat dan bahan yang telah diperoleh, kami dapat memahami arahan serta panduan yang diberikan serta objektif PBS II ini dijalankan. Selain daripada memahami objektif, kami juga berpeluang untuk mengenali budaya sekolah. Sebagai seorang pelajar dalam kursus Bahasa Melayu dan elektif Pendidikan Jasmani, saya ditugaskan untuk melaksanakan soal selidik dengan beberapa orang guru serta merujuk seorang guru bahasa Melayu sebagai pembimbing. Hal ini untuk membantu kami sepanjang proses menjalani PBS II dengan memberikan tunjuk ajar. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah merujuk beberapa bahan bercetak dan sumber internet yang berkaitan dengan PBS II, pengurusan dan pentadbiran serta aspek hal ehwal murid. Hal ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pemahaman. Bahkan, sebagai langkah persediaan supaya saya dapat mencapai objektif semasa menjalani PBS II. Berpandukan senarai semak tugasan yang telah dimuat turun, beberapa perkara penting telah saya peroleh semasa


menjalani PBS II seperti rekod kolaboratif, temu bual dan cara pengurusan serta pentadbiran sekolah. Oleh itu, saya perlu menyusun beberapa strategi pelaksanaan harian supaya proses mencari maklumat dapat berjalan dengan lancar. b) Tujuan Tugasan Tugasan-tugasan yang telah diberikan sepanjang tempoh PBS II ini bertujuan untuk mendokumentasikan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan pelajar. Hal ini demikian kerana tugasan ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan akauntabiliti sebagai seorang guru novis dengan cara melatih guru baharu ini untuk mengumpul dan merekodkan data-data yang diperoleh secara sistematik. Selain itu, tugasan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan gambaran awal tentang persekitaran sekolah, kaedah pentadbiran sekolah, budaya dan tingkah laku murid serta peranan guru. Oleh itu, pelajar akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sebelum menjadi seorang guru yang sebenar. Bagi melengkapkan tugasan kursus PRKA3171 Pengalaman Berasaskan Sekolah II, pelajar perlu memerhatikan cara pengurusan dan pentadbiran sekolah, program-program yang dilaksanakan dan tingkah laku murid-murid serta guru. Pada masa yang sama, sepanjang PBS II ini berlansung pelajar perlu menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Sementelahan, tugasan ini diberikan untuk memupuk dan menggalakkan para pelajar untuk terlibat secara aktif dengan cara berinteraksi dengan setiap warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Hal ini supaya tugasan kolaboratif yang dikehendaki dapat diselesaikan. Secara terperinci, para pelajar diminta untuk membuat pemerhatian mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah iaitu dari segi aspek kokurikulum, kurikulum, hal ehwal murid, komuniti dan pendidikan masa kini. Oleh itu, pelajar perlu menemu bual guru-


guru atau pihak pentadbir yang berkaitan untuk memperoleh maklumat yang sahih. Dalam pada itu, kami diberi kesempatan untuk melihat cara pengendalian kelas yang ditunjukkan oleh guru Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Sulaila binti Ibrahim. Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk menguji dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi secara bersemuka. c) Merancang Strategi Pelaksanaan Dalam tempoh PBS II selama dua minggu ini, terdapat beberapa perkara yang telah dirancang secara teratur untuk mengumpul maklumat bagi memudahkan pelaksanaan tugasan sepanjang berada di sekolah. Antaranya ialah: i) Pemerhatian terhadap aspek kurikulum Saya mencari maklumat berkenaan pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik di sekolah dan perkara yang berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM). Maklumat berkenaan dapat dicapai melalui pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada anggota pelaksana, staf sokongan dan guru besar. ii) Pemerhatian terhadap aspek KoKurikulum Melalui bahagian ini pula, saya akan meneliti dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan kokurikulum yang meliputi bahagian pengurusan kokurikulum, kelab dan persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan, Ko Akademik serta berkenaan dengan 1 Murid 1 Sukan yang menjadi amalan di sekolah penempatan. Maklumat ini akan dapat dicapai melalui perjumpaan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KoKu). iii) Pemerhatian terhadap aspek prasarana sekolah Bahagian ini pula akan memperincikan maklumat umum sekolah serta peranan komuniti dalam pembangunan di


sekolah. Maklumat ini akan dapat diperoleh melalui pihak pengurusan serta guru besar yang mengemudi pengurusan di sekolah. d) Instrumen Penilaian Kendiri Instrumen penilaian kendiri merujuk kepada suatu kaedah pengumpulan data yang akan dilaksanakan dalam program PBS II. Tujuan penilaian ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan pelajar mendapatkan maklumat berkaitan dengan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan cara pengurusan serta pentadbiran sekolah. Justeru itu, bagi mengesahkan setiap maklumat yang diperoleh, maka pelajar perlu menyediakan senarai semak, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Oleh itu, garis panduan PBS II yang telah diberikan oleh pihak IPGKBM akan digunakan untuk merangka e-portfolio, laporan pemerhatian dan refleksi. 3.3.2 SEMASA PBS Pelbagai perkara yang telah dilakukan sepanjang keberadaan di sekolah seperti merancang strategi pelaksanaan tugasan, mengumpul dan merekod maklumat berkaitan pengurusan serta pentadbiran sekolah. a) Perancangan Strategi Pelaksanaan Tempoh pelaksanaan PBS II ini selama dua minggu. Oleh itu, saya perlu merancang strategi yang rapi untuk mendapatkan maklumat tersebut secara menyeluruh. Antaranya ialah: • Merekod kehadiran di pejabat. • Melapor diri dan berjumpa dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK PENTADBIRAN), Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KOKU), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) dan Ketua Panitia


Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat pengurusan dan pentadbiran sekolah. • Perjumpaan dan berkenalan dengan semua warga SK Batu Berendam 2 bagi mendapatkan maklumat berkenaan peranan komuniti luar terhadap pembangunan sekolah • Menyediakan senarai semak maklumat dan data yang ingin diperolehi. • Menyediakan soalan-soalan untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. • Meninjau persekitaran dan melihat prasarana yang terdapat di sekolah. Semua gambar akan diletakkan pada bahagian lampiran. • Catatan aktiviti harian yang dijalankan. b) Mengumpul dan Merekod Maklumat Pelbagai maklumat yang dapat dipelajari dan diperoleh sepanjang berada di sekolah seperti mengumpul dan merekod maklumat berkaitan pengurusan serta pentadbiran sekolah dari segi kurikulum dan kokurikulum, pendekatan dan strategi pengajaran yang efektif, cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM), kolaborasi komuniti melalui aktiviti gotong-royong bersama pelajar sukarelawan Universiti Multimedia (MMU) dan sebagainya. Malah, segala aktiviti atau pengurusan seperti dari segi perhimpunan pagi, semuanya disediakan atau dikendalikan sendiri oleh murid-murid dan guru hanya sebagai fasilitator yang memberikan tunjuk ajar serta arahan.


3.3.3 SELEPAS PBS (REFLEKSI) Secara keseluruhannya, PBS II ini dapat memberikan saya peluang untuk mengaplikasikan teori dan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya turut merasai pengalaman sebenar berada di persekitaran sekolah dan suasana kehidupan di sekolah termasuklah interaksi dengan murid, guru-guru, pentadbir serta kakitangan sekolah. Malah, pengalaman PBS II ini juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya terutama ketika berurusan dengan pihak sekolah dan atasan sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan khalayak ramai. Akhir sekali, berlaku peningkatan profesionalisme dan akauntabiliti disebabkan pengalaman yang diperoleh sebagai seorang guru pelatih terutama ketika menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru. Hal ini dapat membantu saya untuk mengembangkan lagi sikap profesional sebagai seorang guru. 3.3.4 PENILAIAN KENDIRI TERHADAP PERNYATAAN PROFESIONAL a) Pencapaian Objektif Pencapaian objektif merupakan refleksi kendiri terhadap tugasan yang dilaksanakan ini. Refleksi kendiri ini akan melibatkan bahagian laporan pemerhatian saya terhadap budaya sekolah, aktiviti yang dilaksanakan dan cabaran serta rintangan yang dihadapi oleh para pentadbir serta guru di sekolah penempatan PBS II saya ini. Pemerhatian ini akan membantu saya dalam mencapai objektif PBS II dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi seorang guru yang cukup profesional dalam kerjaya. b) Cadangan Tindakan Susulan atau Penambahbaikan Pada bahagian ini tindakan dan cadangan saya dalam refleksi adalah berdasarkan pemerhatian yang saya rasakan penting untuk dibincangkan. Cadangan ini seharusnya diambil sebagai penambahbaikan untuk saya bergerak dengan maju dan positi terhadap profesion keguruan. Sebagai guru pelatih, pemerhatian yang dilakukan ini dapat melatih aspek membuat inferens dan menkaji permasalahan selain memupuk cara berfikir secara kritis dalam kalangan guru.


LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN


Sepanjang melaksanakan PBS II selama dua minggu ini, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan sepanjang PBS ini. Berikut merupakan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang pelaksanaan PBS II di SK Batu Berendam 2. Bil. Tarikh Perkara / Tindakan 1 10 Jun 2024 (Isnin) - Cuti Peristiwa Hari Keusahawanan 2 11 Jun 2024 (Selasa) - Melapor diri di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2. - Mengisi borang kehadiran yang disediakan oleh pihak sekolah. - Berjumpa dengan guru besar SK Batu Berendam 2 iaitu Puan Mastura Lim binti A. Ghani untuk melapor diri. - Menghadiri perhimpunan mingguan dan memperkenalkan diri kepada guru-guru serta murid-murid SK Batu Berendam 2 di hadapan perhimpunan. - Perbincangan bersama guru besar dan gpk 1 (Tuan Haji Norazman bin Ghauth) tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah serta dasar pendidikan masa kini. - Meronda kawasan sekolah untuk melihat prasarana dan bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah. - Perbincangan bersama Guru Jawatankuasa PPKI (Pn. Norbaidura Hainie binti Badrul Hisham) tentang pendidikan inklusif dan cabaran murid PPKI yang terlibat dalam program inklusif. - Berjumpa dengan Puan Wina untuk membantu melatih murid dalam pertandingan bola jaring pada waktu petang dari pukul 2 hingga 6 petang. 3 12 Jun 2024 (Rabu) - Menghadiri perhimpunan pagi dengan melakukan senamrobik bersama murid-murid. - Program MBMMBI yang melibatkan persembahan sajak, bercerita, membaca dan nyanyian dalam bahasa Inggeris semasa perhimpunan pagi. - Melawat prasekolah dan membuat pemerhatian.


- Membantu guru prasekolah iaitu Puan Ashikin melatih murid prasekolah bermain bola jaring dengan melakukan teknik hantaran untuk pemilihan bagi mewakili sekolah dalam pertandingan. - Perbincangan bersama GPK Kokurikulum iaitu Encik Mohd Amin Atfi bin Najib tentang cara dan cabaran dalam pengurusan pentadbiran di SKBB2 dari sudut kegiatan kokurikulum. 4 13 Jun 2024 (Khamis) - Membantu guru melatih murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring. - Membantu guru prasekolah melatih murid berkaitan kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola jaring. - Bertemu Puan Irmawaty bin Khamis selaku guru penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk mendapatkan maklumat berkaitan perancangan, laporan dan aktiviti yang telah serta bakal dilaksanakan. - Menemu bual Puan Nursaidatul Fasiha binti Mansor selaku setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkaitan peranan ahli dalam PIBG. - Menemu bual Encik Mohd Razif bin A Rahman selaku Ketua Panitia Matematik dan guru inovasi untuk mendapatkan maklumat strategi pengajaran pada masa kini. 5 14 Jun 2024 (Jumaat) - Sesi bacaan yasin dan qasidah di perkarangan perhimpunan sekolah. - Pelancaran Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dan ucapan perpisahan GPK Kokurikulum iaitu Encik Amin yang akan berpindah ke sekolah baru kerana kenaikan pangkat. - Membantu guru melatih murid prasekolah dengan pelbagai jenis kemahiran menghantar bola jaring. - Memerhati proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kelas 6 Al-Battani yang dilaksanakan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Sulaila binti Ibrahim di makmal komputer. - Perbincangan bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu (Pn.


Sulaila) tentang perancangan, strategi, pendekatan dan pelaksanaan semasa mengendalikan murid-murid di dalam bilik darjah. - Berjumpa dengan GPK Kokurikulum iaitu Encik Amin untuk mendapatkan tandatangan bagi borang kolaboratif. 6 17 Jun 2024 (Isnin) - Cuti Perayaan Hari Raya Aidiladha 7 18 Jun 2024 (Selasa) - Membantu guru mengemas dan membersihkan Pusat Sumber Sekolah SK Batu Berendam 2. - Membantu guru-guru prasekolah menceriakan sudut-sudut ruangan tertentu. - Menemu bual pelajar Universiti Multimedia (MMU) berkaitan kolaborasi gotong-royong bersama pihak sekolah. 8 19 Jun 2024 (Rabu) - Menggantikan kelas 4 Al-Fawarizmi dan 2 Al-Faruqi. - Mengajar prasekolah bermain bola jaring. - Perbincangan bersama pengawal sekolah iaitu Encik Abdul Halim. - Perbincangan bersama pihak kantin iaitu Puan Hasnah. 9 20 Jun 2024 (Khamis) - Membantu guru prasekolah membentuk dan mengecat gelanggang bola jaring. - Berjumpa dengan guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah ditemu bual untuk mendapatkan tandatangan pada borang kolaboratif. - Menyiapkan tugasan portfolio. 10 21 Jun 2024 (Jumaat) - Sesi bacaan yasin dan persembahan nasyid di perkarangan perhimpunan sekolah. - Meronda kawasan sekolah dan mengambil gambar prasaranaprasarana dan bilik-bilik khas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. - Meminta tandatangan kepada guru besar untuk borang kehadiran dan borang laporan perkembangan pelajar.


4.0 KURIKULUM


4.1 CARTA ORGANISASI


4.2 BIDANG TUGAS PANITIA


JAWATANKUASA PANITIA


4.3 TAKWIM KURIKULUM


4.4 PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN KURIKULUM 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP Menurut Encik Mohd Razif bin A Rahman selaku guru mata pelajaran Matematik di SK Batu Berendam 2 menyatakan bahawa perancangan pengajaran akan dirujuk melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). Hal ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan supaya sukatan pengajaran selari dengan masa dari awal tahun hingga akhir tahun. Pengurusan perancangan untuk mengajar tajuk tersebut tidak dapat dihabiskan sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, guru yang sama akan mengajar kelas tersebut untuk tahun berikutnya. Selain itu, Puan Sulaila binti Ibrahim selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Batu Berendam 2 pula menyatakan bahawa murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak sepenuhnya melengkapkan tugasan tersebut kerana faktor hadir ke sekolah agama pada waktu petang. Hal ini menyebabkan murid keletihan sehingga terlupa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun begitu, beliau tidak menghukum murid-murid sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sebaliknya, murid tersebut dengan sendirinya sedar tentang kesilapan yang telah dibuat dengan teguran yang diberikan oleh guru. Seterusnya, sekolah juga telah memperkenalkan Program Pendigitalan Sekolah yang dilaksanakan di luar waktu sesi persekolahan. Program pendigitalan sekolah adalah inisiatif untuk memanfaatkan teknologi digital bagi mengubah cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Misalnya, melibatkan penggunaan peralatan seperti komputer, tablet, dan perisian pendidikan yang membolehkan akses mudah kepada bahan pendidikan digital, latihan interaktif, platform pembelajaran maya dan sebagainya. Pendigitalan sekolah juga melibatkan integrasi teknologi dalam pentadbiran sekolah, seperti pengurusan data pelajar dan sistem sokongan pengajaran dalam talian. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan, dengan memperluas capaian terhadap sumber-sumber pendidikan dan mempersiapkan murid dengan kemahiran digital yang diperlukan dalam era digital moden. Hal ini melahirkan murid celik digital dan pembelajaran dapat dijalankan secara fleksibel tanpa mengira tempat, masa, ruang dan waktu.


Dalam pada itu, program yang dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi kurikulum di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 adalah dengan mengadakan Program D’Rock Stem Vaganza yang merupakan satu karnival STEM untuk memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan ilmu STEM iaitu Science Technology Engineering and Mathematics. Program ini dijalankan bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran STEM supaya dapat membudayakan pengaplikasian STEM dalam kehidupan seharian mereka. 4.4.2 Pendekatan dan Strategi pengajaran Strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah bercampur, iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. Contohnya, tayangan gambar atau video yang menggunakan slaid dan projektor melalui pemerhatian saya semasa melihat guru bahasa Melayu mengajar. Namun, terdapat juga guru yang menyediakan bahan bantu mengajar seperti jam analog yang membolehkan murid mengerakkan jarum dan minit jam. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap SK Batu Berendam 2 ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan laman web skbatuberendam2.com. Laman web yang diwujudkan ini merupakan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah dan Vendor dalam usaha mewujudkan pendigitalan sekolah selaras dengan dasar pendidikan digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Lebih-lebih lagi, matlamat program ini adalah berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan merupakan antara tujuh teras utama pendidikan KPM iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di luar waktu sekolah. Dalam pada itu, pendekatan yang diberikan melalui Program D’Rock Stem Vaganza pula bertujuan untuk meningkatkan prestasi kurikulum dengan memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka sendiri. Hal ini demikian kerana murid tersebut perlu mengalami pengalaman itu sendiri terlebih dahulu untuk memahami sesuatu masalah. Malah, pendekatan ini dapat mewujudkan budaya sihat dalam kehidupan seharian dan semangat berpasukan melalui aktiviti berkumpulan.


4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (Inovasi) Berdasarkan pemerhatian kami, bahan bantu mengajar bergantung kepada guru itu sendiri. Guru yang menentukan sama ada bahan bantu mengajar itu sesuai ataupun tidak untuk diaplikasikan di dalam kelas. Secara umumnya, guru di sekolah ini akan melakukan inovasi atau bahan bantu mengajar secara tidak langsung. Namun, penggunaan tersebut tidak di bawa ke peringkat seterusnya. Guru hanya melakukan inovasi tersebut untuk menarik perhatian murid-muridnya sendiri dalam menimba ilmu. Malah, guru Matematik di sekolah ini juga telah mencipta satu inovasi yang dikenali sebagai kit peratus dan telah memenagi tempat ketiga peringkat kebangsaan. Selmentara itu, GrabMath yang dicipta oleh beliau semasa musim pandemic pula merupakan idea yang tercetus apabila guru tidak dibenarkan untuk membawa murid keluar dari kelas. Misalnya, guru memberi gaji kepada murid untuk datang ke kelas lain bagi mengajar dan memberi perkongsian tentang ciri-ciri bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas. Selain itu, dalam program Pendigitalan Sekolah pula telah menyediakan E-Latihan dengan kaedah menarik sebagai bahan pembelajaran. Malah, program tersebut juga turut menyediakan video ulasan guru mengikut mata pelajaran dan pecahan topik atau kemahiran. Hal ini memudahkan murid untuk belajar walaupun di luar waktu persekolahan. Lebih-lebih lagi, setiap latihan tersebut mempunyai video ulasan atau pengajaran guru mengikut mata pelajaran yang dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada murid-murid. Sementelahan, tidak dilupakan juga program D’Rock Stem Vaganza. Program ini akan menjalankan sesuatu aktiviti yang dapat membimbing murid kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri. Malah, dapat menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Hal ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai sasaran atau matlamat yang telah ditetapkan.


4.4.4 Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran dan penilaian merupakan dua proses yang penting dalam pendidikan untuk menilai pencapaian murid. Sebagaimana yang kita ketahui, pentaksiran merujuk kepada proses mengumpul maklumat tentang kemahiran, pengetahuan, dan sikap murid melalui pelbagai aktiviti seperti ujian, tugasan, projek, dan pemerhatian. Hal ini membantu guru memahami perkembangan murid secara berterusan. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengajaran guru bahasa Melayu di dalam kelas, murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak sepenuhnya melengkapkan tugasan tersebut kerana faktor hadir ke sekolah agama sehingga lupa untuk menyiapkan tugasan. Malah, guru tersebut turut menyatakan bahawa mereka akan melakukan penilaian dan pentaksiran secara pemerhatian di dalam kelas dan hasil kerja murid. Hal ini bertujuan untuk memberi maklum balas bagi membantu murid meningkatkan prestasi mereka. Bukan itu sahaja, pentaksiran dan penilaian turut dibuat melalui Program Pendigital Sekolah. Guru-guru telah menyediakan E-Latihan untuk digunakan oleh murid-murid berserta video ulasan guru mengikut topik sesuatu mata pelajaran. Melalui sistem dalam program tersebut, maklumat laporan pemarkahan latihan murid akan terusdihantar ke e-mel ibu bapa masing-masing. Hal ini memudahkan ibu bapa mengenal pasti masalah atau kelemahan anak-anak mereka. Secara keseluruhannya, kedua-dua proses iaitu mentaksir dan menilai ini penting untuk membantu guru menyesuaikan pengajaran mereka, menyokong pembelajaran murid serta menyediakan maklum balas kepada murid dan penjaga tentang pencapaian akademik dan perkembangan personal masing-masing. Impaknya, dapat membentuk kemenjadian murid yang lebih berkualiti. .


5.0 KOKURIKULUM


5.1 CARTA ORGANISASI


5.2 KOMPONEN KOKURIKULUM


Click to View FlipBook Version