7.2 Perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum- Encik Mohd Amin Atfi bin Najib Pengurusan dan perancangan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah aspek penting dalam mencapai objektif pendidikan yang seimbang. Guru merancang aktiviti kokurikulum berdasarkan takwim sekolah dengan mengadakan mesyuarat tahunan untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti seperti Sukan Tahunan, Sukantara, dan Hari Keusahawanan dirancang untuk selari dengan objektif pendidikan sekolah, yang bertujuan melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Dengan perancangan dan penyusunan aktiviti yang teliti, sekolah dapat mencapai objektif pendidikan dan membantu dalam kemenjadian murid. Dalam merancang aktiviti kokurikulum, beberapa faktor utama perlu dipertimbangkan. Pertama, tujuan yang jelas perlu ditetapkan untuk setiap aktiviti, sama ada untuk pembangunan diri murid atau menggalakkan kerjasama antara murid. Kedua, minat dan kebolehan murid perlu diketahui agar aktiviti yang dirancang relevan dan menarik. Contohnya, program seperti Aktiviti 1 Murid 1 Sukan dan Hari Keusahawanan direka untuk menarik minat murid. Ketiga, sumber daya dan kemudahan juga penting untuk memastikan aktiviti boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan. Untuk memastikan penyertaan seimbang dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum, guru perlu mengelolakan strategi yang bijak. Walaupun murid mempunyai minat yang berbeza, penting untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih aktiviti yang diminati. Guru juga boleh memberi pendedahan tentang pelbagai aktiviti kokurikulum untuk menarik minat murid secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan melalui pameran, demonstrasi, atau sesi percubaan yang memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan mungkin mengembangkan minat baru dalam pelbagai bidang. Cabaran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum termasuk kekangan kewangan, kurangnya sokongan ibu bapa, masa latihan yang terhad, kekurangan guru berkemahiran, dan kekurangan prasarana. Mengatasi cabaran ini memerlukan strategi yang komprehensif seperti mencari sumber dana tambahan, meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan kokurikulum, merancang latihan yang efisien, dan memperbaiki kemudahan sukan. Selain itu, untuk mengurus murid yang mempunyai komitmen akademik dan kokurikulum yang tinggi, guru perlu merancang jadual yang fleksibel, memastikan komunikasi yang baik dengan ibu bapa, dan menggalakkan keseimbangan antara pembelajaran akademik dan kokurikulum. Dengan pendekatan yang holistik dan penyelarasan yang baik, guru dapat membantu murid mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang.
7.3 Perbincangan bersama Guru Pendidikan Inklusif - Puan Norbaidura Hainie Binti Badrul Hisham Program pendidikan di SK Batu Berendam 2 dijalankan secara inklusif separa. Guru inklusif mengambil subjek pendidikan jasmani sebagai subjek untuk pendidikan inklusif. Oleh itu, setiap kali waktu Pendidikan Jasmani, murid inklusif yang terpilih melalui Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) akan bergabung dengan satu kelas perdana. Mereka akan belajar sekali pada waktu tersebut. Guru PPKI akan mengambil maklum balas daripada cikgu dan rakan sekelas lain serta ibu bapa tentang pembelajarannya di kelas inklusif aliran perdana. Jika prestasi seseorang murid itu baik, murid tersebut akan duduk di kelas perdana, dan murid tersebut juga bukan lagi murid pendidikan khas. Sebelum pihak sekolah memilih untuk menghantar murid ke kelas inklusif, murid tersebut perlu menduduki ujian SSKI, sama ada murid itu sudah bersedia ataupun tidak untuk tahap pendidikan yang normal. Namun begitu, ada juga kelas yang paling kritikal, tidak boleh dibawa lagi untuk diinklusifkan. Saya juga ada bertanya tentang aktiviti PdP untuk kelas inklusif, Guru inklusif tersebut mengatakan bahawa aktiviti kelas inklusif sama sahaja seperti jadual aliran perdana. Cikgu perdana dan cikgu PPKI akan berkolaborasi dalam penyediaan RPH. Namun begitu, aktiviti Kokurikulum bagi murid inklusif ini belum lagi selaras dengan murid normal. Tiada Pendidikan Inklusif bagi Kokurikulum. Murid Pendidikan Khas hanya menjalankan aktiviti Kokurikulum di dalam kelas PPKI sahaja.
7.4 Perbincangan bersama Guru Ketua Panitia Matematik - Encik Mohd Razif Bin A Rahman Matematik merupakan antara mata pelajaran yang sangat sukar bagi murid-murid. Oleh yang demikian, sebagai guru ketua panitia Matematik, Encik Mohd Razif Bin A Rahman telah mencipta satu inovasi yang dikenali sebagai Kit Pecahan untuk membantu murid faham cara menukarkan pecahan ke peratus. Kit tersebut mempunyai kotak seratus iaitu murid perlu meletakkan gambaran pecahan yang disediakan pada kotak seratus dan kira berapa kotak yang tinggal di dalam kotak seratus apabila kotak seratus tersebut ditutup dengan pecahan. Inovasi ini telah dipertandingkan dan beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga pada peringkat kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa perancangan pengajaran akan dirujuk melalui DSKP, RPH dan RPT. Ia dijadikan sebagai panduan supaya pengajaran silibus selari dengan masa dari awal tahun hingga akhir tahun. Pengurusan perancangan untuk mengajar tajuk tersebut tidak dapat dihabiskan sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, guru yang sama yang akan mengajar kelas tersebut untuk tahun berikutnya. Strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah bercampur, iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. Contohnya, tayangan menggunakan slaid dan projektor seperti berdasarkan pemerhatian kami semasa guru tersebut mengajar. Namun, terdapat juga guru yang menyediakan bahan bantu belajar seperti jam analog dimana murid boleh mengerakkan jarum dan minit jam. Selain itu, antara inisiatif guru untuk menarik perhatian murid dalam pembelajaran matematik pada masa kini ialah dengan menekankan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Hal ini bermaksud murid tidak lagi hanya mendengar pengajaran guru sahaja tetapi mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam PdPc manakala guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Tamsilnya, kaedah pembelajaran masa kini yang digunakan seperti memainkan peranan melalui lakonan, kotak beracun, ‘Gallery Walk’ dan sebagainya. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa guru-guru wajib menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) seperti yang termaktub dalam silibus masa kini
Akhir sekali, dari segi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pula dilakukan sepanjang tahun di dalam kelas setelah murid dan guru selesai menghabiskan topik pembelajaran. Dalam mata pelajaran Matematik, guru-guru panitia telah menghasilkan modul PBD matematik sendiri mengikut topik dan tahap penguasaan (TP) murid bermula dari TP1 hingga TP6 yang digunakan dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru menilai tahap perkembangan murid-murid.
7.5 Puan Nursaidatul Fasiha binti Mansor – Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan yang bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan dan persefahaman antara ibu bapa serta guru-guru. Oleh yang demikian, mesyuarat agung PIBG akan diadakan pada setiap tahun. Menurut Puan Fasiha selaku setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 (SKBB2), mesyuarat agung telah dijalankan pada 27 April 2024 yang lalu di Dewan SKBB2. Namun, jumlah kehadiran ibu bapa agak kurang memberangsangkan iaitu hanya seramai 139 orang sahaja. Hal ini demikian kerana mesyuarat agung tersebut dilaksanakan pada hari raya atau bulan Syawal. Walau bagaimanapun, permuafakatan yang terjalin antara ibu bapa dan guru sangat rapat. Hal ini jelas terbukti melalui kehadiran ibu bapa yang datang pada Hari Perjumpaan Waris untuk menandatangani buku rekod atau pencapaian anak-anak mereka. Kesannya, ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan penguasaan pembelajaran anak-anak mereka. Begitu juga dengan bantuan awal persekolahan RM100 dapat dihadiri oleh semua ibu bapa. Sebagaimana yang kita ketahui, mesyuarat agung dilaksanakan setahun sekali manakala hanya ahli jawatankuasa tertinggi (AJK) PIBG akan bermesyuarat sebanyak empat kali setahun. Namun begitu, keperluan mesyuarat bergantung terhadap isu yang berbangkit dalam kalangan murid, ibu bapa mahupun guru-guru. Misalnya, pada tahun lepas, mesyuarat yang dijalankan oleh AJK tertinggi PIBG adalah sebanyak enam kali. PIBG bukan sahaja melibatkan ibu bapa dan guru-guru bagi aliran perdana mahupun pendidikan khas tetapi turut melibatkan prasekolah. Menurut Puan Fasiha, dalam tiga tahun ini ibu bapa dalam kalangan murid prasekolah telah turut melibatkan diri dalam program atau aktiviti PIBG termasuk menyertai mensyuarat agung PIBG, gotong-royong, Hari Perjumpaan Waris, Hari Keusahawanan dan sebagainya. Malah, guru prasekolah juga boleh meminta peruntukkan daripada pihak PIBG untuk membeli peralatan atau kemudahan tertentu untuk murid-murid. Tamsilnya, guru prasekolah pernah mendapatkan peruntukan untuk membeli set peralatan senamrobik bagi menghantar murid-muridnya bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun begitu, terdapat juga cabaran yang dihadapi dalam mengelolakan PIBG iaitu masalah dari sudut kewangan. Sumbangan kewangan yang diperoleh bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang dipertua PIBG. Kebiasaannya, YDP PIBG yang berpengaruh mudah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan aktiviti atau program sekolah yang tertentu. Pada ketika ini dana hanya bergantung sepenuhnya melalui sumbangan PIBG. Justeru itu, sekolah ini telah menetapkan bayaran yuran PIBG sebanyak RM50 sekeluarga dalam tempoh setahun. Hal ini bermaksud bayaran dilakukan secara sekeluarga dan bukannya mengikut bilangan anak dalam sesebuah sekolah. Impaknya, dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh ibu bapa.
7.6 Puan Sulaila binti Ibrahim – Ketua Panitia Bahasa Melayu Setiap mata pelajaran akan diketuai oleh ketua panitia. Perbincangan ini melibatkan ketua panitia bahasa Melayu iaitu Puan Sulaila binti Ibrahim berkaitan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang selaras dengan dasar pendidikan masa kini yang diseru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan perbincangan, antara aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru bahasa Melayu di sekolah ini seperti Program Cakna Bahasa yang diadakan pada setiap pagi hari khamis semasa perhimpunan. Misalnya, aktiviti seperti mengeja, kuiz simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya. Bukan itu sahaja, strategi yang digunakan dalam proses PdP bahasa Melayu adalah bercampur iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga ditentukan sendiri oleh guru mata pelajaran tersebut. Hal ini supaya bahan bantu mengajar yang digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik minat murid. Selain itu, guru boleh mengesan murid-murid yang lemah ini daripada penglibatan murid yang secara aktif dan pasif. Malah, murid-murid yang melakukan kesalahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini juga tidak dihukum sebaliknya mereka dengan sendirinya sedar akan kesilapan yang telah dibuat. Dari sini juga guru dapat mengenalpasti murid yang lemah dan murid yang cemerlang. Contohnya, murid-murid yang lemah akan diasingkan dan didudukkan di dalam satu kumpulan supaya guru dapat memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Setakat ini, murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.
7.7 Encik Muhammad Adley bin Yusof - Sukarelawan pelajar MMU dalam aktiviti gotongroyong sekolah Pada 11 Mei 2024, warga Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 (SKKB2) telah menjalinkan kerjasama dengan pihak sukarelawan pelajar dari Universiti Multimedia (MMU) dalam aktiviti gotong-royong sekolah. Aktiviti ini juga turut melibatkan murid-murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah SKBB2. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti mengecat dan menceriakan dinding atau bangunan sekolah yang telah pudar, menebang pokok-pokok yang membahayakan keselamatan murid-murid di padang, membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan sebagainya. Menurut Encik Adley selaku wakil pelajar sukarelawan dari MMU, beliau berpendapat bahawa kolaborasi yang dijalinkan dengan pihak sekolah mengajarnya pelbagai nilai-nilai dalam kehidupan seperti kerjasama dan tanggungjawab. Hal ini dapat memberi pengalaman dan meluaskan lagi jaringan komuniti antara satu sama lain untuk membentuk ikatan yang lebih erat. Impaknya, meningkatkan lagi semangat untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dalam pada itu, seluruh warga sekolah juga sangat ramah mesra dan mudah memberikan kerjasama yang baik. Hal ini secara tidak langsung melahirkan hubungan yang baik antara pelajar MMU dengan seluruh warga sekolah. Misalnya, kami bekerjasama dalam mengecat, membersih dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah termasuk juga prasekolah. Kesannya, melahirkan semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu. Murid-murid juga dapat menimba ilmu dengan keadaan yang kondusif dan efektif. Secara kesimpulannya, pengalaman gotong-royong yang telah saya peroleh bersama warga sekolah secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi kemahiran sosial dan kepimpinan antara guru, staf sekolah, murid-murid dan ibu bapa melalui komunikasi atau interaksi secara dua hala. Hal ini pelbagai input atau ilmu baharu yang dapat diperoleh melalui perkongsian antara satu sama lain. Impaknya, murid-murid turut dalam membentuk keyakinan diri untuk berhubung atau berkomunikasi dengan komuniti setempat.
7.8 Puan Irmawaty binti Khamis – Guru penasihat BSMM SK Batu Berendam 2 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan antara badan unit beruniform yang aktif di SK Batu Berendam 2. Menurut Puan Irmawaty selaku guru penasihat unit beruniform BSMM ini terdiri daripada sejumlah 118 orang ahli. Terdapat 32 orang murid dari Tahun 4, 40 orang dari Tahun 5 dan 46 orang dari Tahun 6. Perjumpaan BSMM diadakan pada setiap hari Selasa. Penentuan perjumpaan adalah secara bergilir-gilir antara rumah sukan, kelab dan persatuan serta sukan permainan. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti mesyuarat agung, perlantikan ahli jawatankuasa, pengenalan asas pertolongan cemas, sejarah BSMM dan sebagainya. Aktiviti lain seperti perkhemahan juga pernah dilaksanakan tetapi pada tahun lepas. Hal ini kerana pada tahun ini perjumpaan BSMM baru tiga kali sahaja. Namun begitu, pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang untuk dilaksanakan bersama murid-murid pada perjumpaan yang akan datang. Menurut Puan Irmawaty juga penyertaan murid dalam program ini telah membawa pelbagai kesan positif yang ketara. Mereka lebih peka terhadap isu-isu sosial dan kemanusiaan, mempunyai semangat kerjasama yang tinggi, dan lebih berkeyakinan dalam menyumbang kepada masyarakat. Hal ini murid-murid juga dapat mengembangkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang efektif pada masa depan. Dalam pada itu, aktiviti BSMM tidak hanya memberi tumpuan kepada nilai-nilai kemanusiaan semata-mata tetapi juga mengembangkan kemahiran sosial dan emosi muridmurid. Hal ini dapat membentuk pembangunan holistik murid-murid dengan berkesan. Misalnya, melalui aktiviti seperti kempen kesihatan, pendedahan pertolongan cemas, dan bantuan kepada komuniti. Impaknya, murid dapat mempelajari dan membentuk nilai-nilai positif dalam diri seperti bersikap prihatin, tanggungjawab sosial, dan bekerjasama. Secara kesimpulannya, saya percaya penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan memberi kesan jangka panjang yang positif. Mereka akan membawa nilai-nilai kemanusiaan dan semangat sukarelawan ke dalam kehidupan mereka sehingga dewasa kelak. Kesannya, dapat melahirkan warganegara yang lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat
7.9 Encik Abdul Halim – Pengawal Keselamatan Sekolah Peranan pengawal keselamatan sangat penting untuk mengawal keamanan dan keselamatan warga sekolah. Encik Abdul Halim merupakan pengawal keselamatan SK Batu Berendam 2 yang telah berkhidmat bermula pada tahun 2021. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa beliau sering berhadapan masalah dengan segelintir ibu bapa semasa menjalankan tugas. Misalnya, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap pengawal keselamatan dengan tidak menghiraukan arahannya terutama semasa menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah. Lebih-lebih lagi, kebanyakan ibu bapa memarkir kenderaan sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang mempunyai persepsi negatif seperti memandang rendah terhadap pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan sekolah. Walau bagaimanapun, hubungan Encik Abdul Halim dengan murid-murid di sekolah sangat rapat seperti ahli keluarga kandung. Hal ini demikian kerana majoriti murid berasa selesa untuk berbual dengannya serta menunjukkan rasa hormat apabila terserempak dengan mengamalkan amalan 3S iaitu senyum, sapa dan salam. Bahkan, hubungan beliau dengan guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain juga sangat baik. Menurutnya, jika terdapat masalah seperti lampu kelas rosak dan perlu ditukar, beliau akan membantu guru tersebut untuk menukar mentol yang baharu. Hal ini memudahkan urusan guru berkenaan dan tidak perlu mengupah orang luar. Beliau berpendapat bahawa skop tugas sebagai pengawal keselamatan sekolah tidak terhad untuk menjaga keselamatan dengan meronda kawasan sekolah sahaja. Sebaliknya, turut menghulurkan bantuan kepada guru-guru sekiranya mampu dilaksanakan seperti mengecat bangunan sekolah dan menjaga keselamatan murid semasa merentas desa. Hal ini merupakan antara rahsia keakraban hubungannya dengan warga sekolah kerana sikap suka membantu dan bertimbang rasa yang menyerlah dalam dirinya. Sementelahan, sekiranya terdapat ibu bapa yang ingin menghantar barang anak mereka yang tertinggal, ibu bapa hanya dibenarkan meninggalkan barang tersebut di pondok pengawal sahaja. Hal ini kerana pengawal keselamatan sendiri yang akan menghantar barang tersebut ke kelas murid berkenaan.
7.10 Perbincangan Bersama Wakil Murid Perbincangan bersama murid adalah dengan mengedarkan borak soal selidik sambil bersoal jawab dengan mereka tentang perasaan mereka dengan pembelajaran pada hari tersebut. Pertanyaan tentang penggunaan peta i-Think, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa pembelajaran. Akhir sekali, dengan adanya aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, kelab persatuan, badan beruniform serta rumah sukan dapat meningkatkan semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah. 7.11 Encik Saifuddin bin Abu Bakar – Kerani SK Batu Berendam 2 Perbincangan bersama Encik Saifuddin iaitu selaku kerani yang berkhidmat di SK Batu Berendam 2 adalah untuk mendapatkan maklumat umum tentang sekolah. Misalnya, dari segi jumlah bilangan murid, jumlah bilangan murid mengikut kaum, bilangan kelas, jumlah bilangan guru, tahap pencapaian sekolah, sejarah sekolah dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk melengkapkan borang maklumat umum sekolah dan mendapatkan segala maklumatmaklumat penting yang umum berkaitan sekolah.
8.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU
8.1 PEMERHATIAN Berdasarkan kaedah pemerhatian yang dijalankan di sekolah semasa PBS II, saya telah berjaya mendapatkan pengalaman tentang suasana dan budaya di sekolah. Saya perhatikan, setiap sekolah mempunyai budaya sekolah yang tersendiri dan juga bergantung kepada budaya bekerja para guru, cara pentadbir menguruskan sekolah dan cara warga sekolah bersosial sesama mereka termasuklah ideologi dan kepercayaan. Walaupun, mereka mempunyai perbezaan tersebut, namun pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dari peringkat induk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi satu hala tuju yang berkesan dalam menjalankan tugas dengan komited. Di samping aspek kepimpinan, pengurusan sekolah juga berkait rapat dengan pengetahuan dan kecekapan dalam teknologi. Saya mendapati bahawa kemahiran teknologi yang baik dapat membantu melicinkan pentadbiran sekolah. Sebagai contoh, aplikasi seperti CIDS yang menggantikan E-RPH sebelum ini merupakan satu wacana baru dalam melakukan Rancangan Pengajian Harian. Guru-guru harus memantapkan kemahiran teknologi yang dalam erti lain, dapat membantu mereka untuk menyahut saranan KPM dengan baik berkaitan pelbagai program yang menggalakkan corak pembelajaran abad ke-21. Bukan itu sahaja, prasarana dan persekitaran sekolah juga turut menarik perhatian saya. Saya mendapati bahawa, landskap sekolah yang indah dapat menarik minat pelajar untuk mengubah suasana belajar kepada lebih baik yang mampu merangsang pelajar untuk fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui pemerhatian saya, landskap sekolah yang menarik dengan adanya penanaman tumbuh-tumbuhan hijau yang ditanam di sekitar sekolah dapat memperindah kawasan sekolah, malah juga dilabel sebagai taman herba. Usaha ini sebenarnya adalah merupakan serampang dua mata yang mana dapat memupuk semangat cintakan alam semula jadi dan kelestarian dalam kalangan murid di sekolah ini. Seterusnya, kemahiran set induksi guru dapat menarik minat murid-murid untuk memulakan pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan TMK selaras dengan PAK-21 serta dapat memberikan keseronokkan kepada murid untuk belajar. Kepelbagaian teknik dan kaedah guru dalam melaksaksankan PdP dapat mengawal kelas pada peringkat awal dengan lebih mudah dan teratur. Aspek perkaitan kognitif dalam kemahiran set induksi juga merupakan salah satu elemen yang boleh diaplikasikan oleh guru. Hal ini kerana murid-murid lebih mudah menerima dan memahami sesuatu isi pelajaran apabila pengalaman lama diintegrasikan ke dalam pengetahuan baharu, maka aktiviti perkaitan kognitif amatlah relevan
dijalankan pada peringkat ini. Oleh itu, guru perlu mencari alternatif dalam membuat set induksi supaya merangsang minat murid untuk belajar. 8.2 SENARAI SEMAK Senarai semak merupakan satu aspek penting yang mampu menjamin kualiti sesuatu perkara. Berdasarkan senarai semak yang saya sediakan, saya dapat menjalankan dan mengenal pasti sesuatu perkara atau aktiviti yang perlu dilakukan dengan baik dan lebih jelas. Sebagai contoh, saya telah diberikan satu senarai semak yang meminta saya untuk menyediakan isi-isi yang diperlukan dalam e-portfolio PBS ini. Hal ini saya dapat merancang, mengumpul dan menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Antara isi yang terkandung dalam senarai semak yang disediakan ialah aktiviti kolaboratif yang memerlukan saya menjalankan kolaboratif bersama beberapa orang warga sekolah seperti guru besar, kakitangan sekolah dan murid-murid. Senarai semak yang disediakan juga telah menjadi panduan kepada saya untuk mencari maklumatmaklumat umum sekolah dengan teliti dan tersusun tanpa terlepas maklumat-maklumat penting. BIL. PERKARA ADA TIADA CATATAN / X 1. Pengurusan dan organisasi sekolah 1.1 Carta organisasi sekolah / 1.2 Peranan pihak pengurusan & guru • Guru Besar • Guru Penolong Kanan • Ketua Panitia • Guru / 1.3 Pelan fizikal sekolah / 2. Prasarana sekolah 2.1 Kemudahan Asas • Bekalan air • Bekalan elektrik / 2.2 Kemudahan sekolah • Sudut pembelajaran • Dewan • Kantin • Tandas murid • Tandas guru • Padang • Padang permainan • Pusat sumber • Makmal sains • Makmal komputer • Bengkel • Bilik Muzik • Bilik Akses /
2.3 Bilik darjah • Ruang pembelajaran • Pengudaraan dan pencahayaan • Jadual waktu • Jadual tugas • Peraturan • Meja dan kerusi guru • Meja dan kerusi murid • Rak • Lampu • Kipas / 2.4 Mural sekolah / 2.5 Kata-kata hikmah / 2.6 Keselamatan • Pengawal sekolah • Prosedur keluar/masuk sekolah • Alat pemadam api / 2.7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan / 2.8 Rukun Negara / 2.9 Bilik-bilik khas • Pejabat • Bilik GPK Pentadbiran, Kokurikulum, HEM dan Guru Besar • Bilik peralatan sukan • Bilik bimbingan dan kaunseling • Bilik guru • Bilik SPBT • Bilik Mesyuarat / 3. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum 3.1 Sukatan Pelajaran / 3.2 Buku Rekod Pengajaran Guru / 3.3 Sumber pengajaran • Bahan bantu mengajar • Bahan bantu belajar • Sudut nilam / 3.4 Kokurikulum • Persatuan • Permainan • Badan Beruniform • Rumah sukan / 3.5 Program Pemulihan / 4. Penyediaan jadual waktu 4.1 Jadual waktu induk / 4.2 Jadual waktu kelas / 4.3 Jadual waktu persendirian guru / 4.4 Jadual waktu guru ganti / 4.5 Jadual penggunaan makmal sains / 4.6 Jadual penggunaan makmal komputer / 4.7Jadual penggunaan bengkel RBT / 4.8 Jadual penggunaan Pusat Sumber Sekolah / 5. Disiplin murid 5.1 Berpakain kemas /
5.2 Menghormati guru / 5.3 Mendengar arahan guru / 5.4 Menepati masa / 6. Perwatakan guru-guru semasa proses PdP 6.1 Menepati masa / 6.2 Berinteraksi dengan sopan / 6.3 Mengamalkan budaya ilmu / 6.4 Mengamalkan nilai integriti / 7. Jenis kelas • Prasekolah • Perdana • Pemulihan • Pendidikan Khas / 8.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual juga digunakan ketika menjalankan tugasan ini. Bagi melengkapkan PBS II, saya telah menemubual responden seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan KoKurikulum (KoKu), Guru Pendidikan Inklusif, Guru Penasihat Bulan Sabit Merah (BSMM), Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pekerja am sekolah seperti pengawal keselamatan sekolah dan sebagainya. Sewaktu proses temu bual ini, saya akan merekodkan maklum balas para responden untuk proses menterjemahan maklumat yang didapati dalam portfolio ini dan seterusnya mendapat jawapan yang diinginkan. Sepanjang proses temubual, para responden memberikan kerjasama yang sangat baik dan tidak kedekut dalam ilmu pengurusan. Mereka menjawab soalan yang diberi dengan baik dan tidak kedekut dalam memberikan dokumendokumen perjalanan harian sekolah untuk dilampirkan sebagai dokumentasi dalam PBS II ini.
BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengurusan dan Perancangan di Sekolah Nama : Puan Mastura Lim binti A. Ghani Jawatan : Guru Besar SK Batu Berendam 2 Soalan temu bual: 1. Peranan guru besar dalam mengawasi pelaksanaan SKPMG2, TS25 dan PBD? • Peranan saya adalah memastikan bahawa dasar-dasar pendidikan yang diturunkan KPM kepada sekolah dilaksanakan oleh guru-guru dan tiada keciciran yang berlaku. Antaranya, maklumat atau pekeliling terkini yang diperoleh melalui maya atau surat pekeliling akan dikongsikan kepada semua guru dan staf melalui group ‘Whatsaap’ dan ‘Telegram’. Kemudian, jika ada guru yang berkaitan dengan maklumat yang diberikan, maka pihak atasan akan memaklumkan terus kepada guru tersebut selebihnya jika perlukan bimbingan, mereka akan adakan perjumpaan di bilik perjumpaan. Inisiatif lain juga kami akan menampal info tersebut di papan kenyataan. 2. Bagaimanakah sekolah melaksanakan PBD? • PBD dilaksanakan secara berterusan, tidak dirancang dan tiada penjadualan, jadi pelaksanaannya akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sama ada formal atau tidak formal dengan gunakan soalan yang mereka sediakan atau buku latihan. Selain itu, guru juga menilai murid-murid melalui pemerhatian dari segi cara mereka bekerja dalam kumpulan sama ada wujud kerjasama atau tidak. 3. Apakah inisiatif yang sekolah ambil untuk laksanakan TS25? • Pelbagai insiaitif yang kita ambil. Pertama sekali, kita ada hala tuju TS25 jadi kita berpegang kepada hala tuju itu kemudian sentiasa memberi kemahiran dan kepakaran kepada guru bagi memastikan guru dan sekolah berkualiti sekaligus kemenjadian murid tercapai. Untuk mencapai TS25 juga bukan sahaja peranan pentadbir namun peranan guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat dan murid sendiri. Sekolah yang melaksanakan TS25 ini adalah sekolah yang sudah melaksanakan pendigitalan. Oleh itu, semua guru perlu mahir menggunakan digital dan tidak menjadikan alasan PdP sukar untuk dilaksanakan.
4. Apakah hasil ketara yang boleh dilihat apabila TS25 ini dilaksanakan? • Hasil ketara yang boleh kita lihat ialah kemenjadian murid-murid berubah drastik. Sekolah ada mewujudkan sebuah studio yang mana memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi wartawan cilik dan jurugambar. Seterusnya, murid-murid juga jadi semakin berani untuk bercakap, tiada rasa takut untuk bersemuka dengan orang lain serta bertanyakan soalan. 5. Bagaimanakah sekolah menilai dan memperbaiki prestasi SKPM Kualiti @ School? • SKPM Kualiti @ School dianggap sebagai nadi sekolah kerana kita boleh lihat prestasi sekolah bermula dari kualiti guru, sekolah dan pencapaian murid serta dibahagikan kepada beberapa peringkat standard iaitu standard 1, 2, 3 dan 4 mengikut kategori dan unit. Standard 1 merangkumi pengurusan sekolah, standard 2 tentang hala tuju dan bagaimana kurikulum dilaksanakan, standard 4 mengenai kualiti guru dan standard 5 dicapai untuk kemenjadian murid. 6. Apakah bentuk sumbangan dan insentif yang diberikan kepada guru yang melaksanakan program dengan baik? • Bagi insentif, pihak KPM sendiri telah menyediakan satu anugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Anugerah ini diberikan kepada guru yang betul-betul cemerlang dan menunjukkan markah prestasi yang tinggi. Bagi pihak sekolah pula akan menwar-warkan guru yang mempunyai prestasi yang baik begitu juga dengan pihak PPD yang akan mengadakan majlis anugerah dan guru-guru yang cemerlang akan dipanggil untuk menerima anugerah di peringkat negeri. Secara tidak langsung, sumbangan dan insentif ini akan memberi motivasi kepada guru dan menjadikan mereka sebagai ikon kepada guru-guru lain.
7. Bagaimanakah cara untuk menggalakkan kerjasama dalam perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru? • Kita sering mengadakan mesyuarat dalam mesyuarat guru dan dialog prestasi serta sesi perjumpaan dan bengkel. Oleh itu, guru-guru yang berkepakaran akan mengetuai PLC antara rakan iaitu menjadi fasilitator untuk membimbing rakan-rakan guru yang lain. 8. Bagaimanakah cara untuk melibatkan murid supaya mereka faham tentang dasar pendidikan masa kini? • Banyak cara yang digunakan untuk melibatkan murid bermula daripada perkara kecil sehingga besar. Perkara kecil berlaku apabila seawal 7.45 pagi, mereka perlu berkumpul di tapak perhimpunan untuk menyertai program yang akan diketuai oleh guru bertugas sama ada program Bahasa Melayu atau aktiviti lain. Pada setiap hari isnin sehingga jumaat juga, pelbagai input telah diberikan kepada murid-murid termasuk guru-guru dan warga sekolah. Pada hari jumaat pula kebiasaannya program keagamaan seperti bacaan yassin dan qasidah yang akan diketuai oleh murid-murid. 9. Apakah peranan ibu bapa dalam menyokong pelaksanaan dasar ini? • Peranan ibu bapa tidak kurang penting kerana mereka ada lebih banyak masa bersama anak-anak. Ketika mesyuarat agung PIBG bersama ibu bapa, sekolah akan menerangkan peranan mereka sebagai penentu kerana peranan sekolah hanyalah membimbing. Maka, ibu bapa yang akan menentukan kemenjadian murid di rumah. Guru kelas juga akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa melalui aplikasi ‘Whatsapp’ untuk memberikan maklumat penting, maka ibu bapa akan memberikan maklum balas sama ada positif atau negatif. Bukan itu sahaja, dalam mesyuarat PIBG juga pihak sekolah akan menerangkan hasrat atau aktiviti yang akan dilaksanakan untuk meminta sumbangan daripada pihak ibu bapa.
10. Bagaimanakah guru besar pantau pelaksanaan dasar di sekolah? • Pertama sekali melalui pemerhatian kemudian pemantauan, pencerapan yang dalamnya ada data-data, prestasi guru yang akan dicatatkan dalam skor. Selain itu, PBPPP iaitu pentaksiran berasaskan penilaian pegawai pendidikan. Oleh itu, kita akan menilai prestasi guru melalui pencerapan dan sebarang aktiviti yang dilaksanakan akan dibuat laporan. Kebanyakan aktiviti dan program yang dijalankan ini menjurus kepada TS25. Contohnya, minggu lepas pelaksanaan karnival STEM dan Hari Keusahawanan. 11. Apakah cabaran utama pendidikan masa kini dan cara mengatasinya? • Cabaran masa kini ialah pendigitalan. Semua guru perlu mahir dalam menggunakan teknologi sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau kemudahan dalam melaksanakan PdP. Hal ini juga telah ditegaskan oleh KPM untuk melaksanakan dasar pendidikan digital, maka pelbagai kemudahan ICT telah diberikan seperti komputer dan LCD. Begitu juga dengan murid-murid yang dibekalkan kemudahan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat manakala kepakaran guru dalam menggunakan teknologi juga perlu dititkberatkan kerana zaman kini yang hanya perlu mendapatkan maklumat di hujung jari namun sebagai seorang guru perlulah mempunyai integriti dalam menggunakan teknologi.
BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Program Pendidikan Inklusif Nama : Puan Norbaidura Hainie binti Badrul Hisham Jawatan : Guru Jawatankuasa Pendidikan Inklusif Soalan temu bual: 1. Pada tahun bilakah program inklusif ini diperkenalkan dan bagaimanakah murid PPKI ini ditapis untuk mengikuti program inklusif ini? • Sejak tahun 2018 dan murid PPKI ini ditapis dengan menggunakan borang Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI). 2. Bagaimanakah program inklusif ini dilaksanakan? • Murid PPKI diinklusifkan dalam kelas aliran perdana dalam subjek yang dipilih iaitu Pendidikan Jasmani. Jadi, murid PPKI ini akan sertai sekali dengan kelas aliran perdana. Guru kelas memberi penerangan jelas terhadap tanggapan yang negatif daripada murid aliran perdana supaya mereka terbuka hati untuk menerima kehadiran murid tersebut. 3. Bagaimanakah pengurusan dan pelaksanaan Pendidikan Inklusif ini? • Untuk setakat ini, sekolah ini hanya menjalankan pendidikan inklusif separa. Guru inklusif perlu selaraskan jadual untuk murid inklusif dengan jadual kelas aliran perdana. 4. Adakah pendidikan inklusif ini terdapat juga dalam kokurikulum? • Tiada. Murid pendidikan khas hanya menjalani aktiviti kokurikulum di kelas PPKI sahaja.
BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Sukarelawan MMU dalam aktiviti gotong-royong sekolah Nama : Encik Muhammad Adley bin Yusof Jawatan : Pelajar Universiti Multimedia (MMU) Soalan temu bual: 1. Apakah tujuan utama program gotong-royong yang dilakukan oleh Sukarelawan Pelajar MMU di sekolah? • Tujuan utama kami melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong bersama warga SK Batu Berendam 2 adalah untuk membantu membaiki dan menceriakan persekitaran sekolah agar dapat menyumbang kepada komuniti setempat serta memberikan kesedaran sosial. 2. Apakah yang anda dapat apabila berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti gotong-royong? • Kolaborasi yang dijalankan dengan SKBB2 melalui aktiviti gotong-royong mengajar saya tentang nilai-nilai kerjasama, kesukarelawan, dan tanggungjawab. Hal ini dapat memberi pengalaman dan meluaskan jaringan komuniti antara satu sama lain untuk membentuk ikatan yang lebih erat. 3. Bagaimana hubungan anda dengan warga sekolah sepanjang aktiviti berlangsung? • Hubungan saya dengan warga sekolah sangat baik. Hal ini jelas terbukti melalui kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Misalnya, kami bekerjasama dalam mengecat dan menceriakan bangunan sekolah yang telah pudar, menebang pokok-pokok yang membahayakan keselamatan murid-murid semasa berada di padang serta membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
4. Bagaimana pengalaman sukarelawan ini dapat mempengaruhi anda secara peribadi atau akademik? • Pengalaman sukarelawan ini dapat mengembangkan kemahiran sosial dan kepimpinan antara guru, staf sekolah, murid dan ibu bapa melalui komunikasi atau interaksi secara dua hala. Hal ini pelbagai input atau ilmu baharu yang dapat diperoleh melalui perkongsian antara satu sama lain. 5. Apakah cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah? • Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan aktivitigotong-royong ialah kecederaan ringan atau kecelakaan disebabkan terkena ranting atau dahan pokok yang agak tajam semasa membersihkan kawasan di rantau padang sekolah. Hal ini langkah keselamatan perlu diambil kira dan dilakukan dengan berhati-hati. Selain itu, peralatan kebersihan seperti kain buruk, mop, berus cat dan lain-lain yang kurang mencukupi untuk digunakan.
9.0 REFLEKSI
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian ketika waktu perhimpunan di sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Perhimpunan berjalan dengan lancar dan teratur. ❖ Penyampaian maklumat yang diberikan jelas. ❖ Kehadiran murid-murid sangat memuaskan. ❖ Murid-murid disusun teratur mengikut kelas. 2.2 Kelemahan ❖ Segelintir murid tiba lewat di tapak perhimpunan. ❖ Murid-murid kurang memberi perhatian semasa guru menyampaikan maklumat. ❖ Suasana yang agak bising. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru bertugas perlu mengingatkan murid-murid untuk datang awal ke tapak perhimpunan. ❖ Guru-guru perlu meminta bantuan pengawas untuk mengawal murid-murid ketika pehimpunan sedang berlangsung
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Membuat pemerhatian di kelas 6 Al-Battani ketika mata pelajaran bahasa Melayu sedang berlangsung. ❖ Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Guru berjaya mengawal kelas dengan baik. ❖ Objektif pembelajaran kemahiran membina sekurang-kurangnya 3 atau 4 ayat menggunakan perkataan imbuhan tercapai. ❖ Penglibatan semua murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)berlangsung. ❖ Pengaplikasian pembelajaran abad ke-21 iaitu aktiviti berkumpulan ❖ Murid-murid mendengar arahan dengan baik. ❖ Guru berjaya menyampaikan maklumat dengan jelas. 2.3 Kelemahan ❖ Segelintir murid tidak fokus semasa pembelajaran. ❖ Keadaan kelas yang bising ketika aktiviti berkumpulan dijalankan. 2. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru-guru perlu mencari inisiatif untuk menarik minat murid-murid semasa proses pdp berlangsung. ❖ Guru perlu set masa yang berpenggara agar murid peka dengan penggunaan masa semasa melakukan aktiviti berkumpulan.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Program Hari Keusahawanan Sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa. ❖ Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid yang membantu guru membuka gerai atau berniaga. ❖ Murid dapat memperoleh ilmu melalui aktiviti di luar bilik darjah. ❖ Memupuk nilai keusahawanan dalam diri murid. 2.2 Kelemahan ❖ Terdapat segelintir murid yang tidak menghadiri program. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru perlu mengenal pasti bilangan murid dan sebab ketidakhadiran.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian terhadap persekitaran sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Persekitaran sekolah dipenuhi dengan sudut pembelajaran dan sudut NILAM. ❖ Persekitaran sekolah yang bersih dan kemas. ❖ Maklumat-maklumat sekolah dipaparkan dengan jelas. ❖ Terdapat mural yang cantik dan menarik perhatian di beberapa kawasan sekolah. 2.2 Kelemahan ❖ Terdapat beberapa maklumat sekolah yang masih belum dikemaskini. ❖ Komputer-komputer di dalam makmal agak lama dan ada juga yang telah rosak untuk digunakan oleh murid-murid. ❖ Ruangan berkumpul murid-murid di perhimpunan mudah berasa panas ketika cuaca terik. ❖ Bilangan buku di dalam perpustakaan agak kurang. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Pihak sekolah perlu mengemaskini maklumat sekolah berdasarkan maklumat terkini. ❖ Komputer-komputer di makmal komputer perlu diperbaharui. ❖ Pihak sekolah perlu mencari inisiatif untuk memasang bumbung di tapak perhimpunan rasmi sekolah untuk murid-murid berkumpul. ❖ Pihak sekolah boleh menambah bilangan buku dan mempelbagaikan jenis buku.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Melatih murid wakil sekolah untuk permainan bola jaring. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Murid-murid bekerjasama dengan baik. ❖ Murid-murid aktif memberi respon. ❖ Murid-murid mematuhi arahan permainan bola jaring dengan betul. 2.2 Kelemahan ❖ Segelintir murid datang lewat ke padang. ❖ Tidak cukup pemain 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru perlu memberi teguran kepada murid-murid yang datang lewat. ❖ Guru perlu meminta bantuan daripada murid lain untuk berlatih bersama.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Program Hari Keusahawanan Sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa. ❖ Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid yang membantu guru membuka gerai atau berniaga. ❖ Murid dapat memperoleh ilmu melalui aktiviti di luar bilik darjah. ❖ Memupuk nilai keusahawanan dalam diri murid. 2.2 Kelemahan ❖ Terdapat segelintir murid yang tidak menghadiri program. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru perlu mengenal pasti bilangan murid dan sebab ketidakhadiran.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Program MBMMBI setiap hari Rabu 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Muriid-murid diberi pendedahan mengenai program ilmiah seperti puisi, menyanyi, bercerita, berpantun dan sebagainya. ❖ Meningkatkan keyakinan murid bercakap di khalayak ramai. ❖ Menjadi contoh teladan kepada murid lain. 2.2 Kelemahan ❖ Terdapat segelintir murid yang lewat datang program. ❖ Kawalan murid yang kurang memuaskan. ❖ Murid bermain dan bercakap sesame sendiri. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru yang berkelapangan perlu membantu mengawal murid yang bising dan bermain-main. ❖ Guru perlu mengambil nama dan bilangan murid yang tidak hadir bagi setiap kelas untuk mengetahui punca ketidakhadiran mereka.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Program Senamrobik pada setiap pagi. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid. ❖ Menjadikan murid lebih cergas sebelum memulakan proses PdP. ❖ Menarik minat murid untuk ke sekolah. 2.2 Kelemahan ❖ Terdapat segelintir murid yang tidak hadir dan hadir lewat. ❖ Segelintir murid tidak menyertai senamrobik kerana perlu mengikuti aktiviti sukan di padang. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Guru perlu memantau murid di pagar sekolah pada setiap pagi. ❖ Guru menasihati murid agar tidak lewat hadir ke sekolah.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan - Menemu bual Guru Besar - Menemu bual GPK Kokurikulum - Menemu bual guru-guru lain - Menemu bual ibu bapa - Menemu bual kerani sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Semua responden telah memberi tindak balas dan kerjasama yang baik semasa temu bual dilaksanakan. ❖ Sesi temu bual dijalankan secara santai. ❖ Tempat temu bual yang selesa dan kondusif. 2.2 Kelemahan ❖ Menganggu kerja peribadi para respoden kerana mengambil masa yang lama. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Perlu menyediakan soalan dan membuat temu janji dengan lebih awal supaya tidak menganggu masa para responden.
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan Mendapatkan tandatangan guru besar untuk dokumen yang berkaitan seperti borang Laporan Perkembangan Pelajar dan Borang Kehadiran. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan ❖ Aktiviti yang dilakukan mengambil masa yang singkat sahaja. ❖ Guru besar amat mesra dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik. ❖ Guru besar dan GPK Kokurikulum memberi serba sedikit nasihat dan perkongsian yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan. 2.2 Kelemahan ❖ Menganggu waktu peribadi guru besar. 3. Cadangan penambahbaikan ❖ Temu janji perlu dibuat dengan lebih awal supaya tidak menganggu waktu peribadi guru besar.
9.2 PERBINCANGAN/ INTERAKSI Berdasarkan perbincangan dan interaksi yang dijalankan bersama warga sekolah, saya telah didedahkan dengan lebih banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya pelajari dan dalami untuk menjadi guru yanq berkualiti pada masa hadapan. Hal ini kerana menjadi pendidik di sekolah bandar ini, guru perlu relevan dan fleksibel dengan keperluan semasa kerana dalam keadaan negara yang menuju ke arah pembangunan teknologi yang pesat serta cepat, murid juga lebih pantas (Suliati Asri, 2022). Malah, kebanyakan ibu bapa kini beranggapan bahawa keputusan akademik anak adalah fokus utama, tetapi hakikatnya selain mencapai keputusan baik, keperibadian murid itu yang perlu digilap dulu dan merupakan salah satu cabaran guru-guru sekarang. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah meletakkan garisan panduan untuk sekolah melaksanakan dasar pendidikan masa kini seperti PAK21, TS25, PBD dan 1 Murid 1 Sukan. Selain itu, saya juga memperoleh pengetahuan baru melalui kolaborasi dengan guruguru berfokuskan pengaplikasian Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Sebagaimana yang kita ketahui, PBD sememangnya dapat membantu guru untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid secara holistik dan mewujudkan peluang pembelajaran yang sama rata untuk semua murid (Kalai Selvan Arumugham, 2020). Berpandukan solaan tugasan berkenaan dasar pendidikan masa kini, interaksi saya dengan warga sekolah banyak mengajar saya bahawa sistem pendidikan juga perlu mengikut peredaran zaman. Misalnya, kurikulum sekolah tidak boleh hanya menggunakan “Chalk and Talk”, namun penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan set induksi perlu diterapkan dalam kalangan guru. Dasar pendidikan masa kini mengajar sava untuk tidak menjadi guru antik sekaligus menjadi pembakar semangat kepada saya untuk lebih rajin di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan harapan merangkul segulung ijazah sebagai guru yang berdedikasi.
10.0 LAPORAN AKHIR
10.0 LAPORAN AKHIR Berdasarkan PBS II yang telah dilaksanakan pada 10 Jun 2024 hingga 21 Jun 2024 selama 2 minggu di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, pelbagai maklumat dan pengalaman yang telah saya perolehi. Antaranya pengurusan sekolah dari segi prasarana sekolah, pengurusan akademik murid, pengurusan Hal Ehwal Murid seperti kehadiran, pengurusan kokurikulum dan juga peranan ibu bapa ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilaksanakan. Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) ini serba sedikit telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan semangat menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan berkaliber suatu hari nanti. Di samping itu, pertemuan bersama guru besar, barisan pentadbiran dan guru-guru mudah dilaksanakan bagi memperoleh maklumat berkaitan sekolah dengan lebih lanjut. Pelbagai ilmu dan nasihat yang telah diberikan sebagai persiapan untuk menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. Malah, saya juga dapat membina keyakinan diri untuk berinteraksi dan bersosial dengan warga sekolah. Hal ini secara tidak langsung telah mengajar saya untuk berkomunikasi secara formal dan baik ketika sesi temu bual bersama guru-guru dilaksanakan. Sementelahan, saya juga dapat membuat pemerhatian tentang cara untuk mengawal kelas. Hal ini penting untuk mengawal murid-murid di dalam kelas dan menerapkan nilai menghormati terutama kepada guru novis di sekolah. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 atau dikenali sebagai SKBB2 juga turut menerapkan sahsiah yang baik dalam diri murid. Misalnya, murid akan memberi salam hormat ketika bertembung dangan warga sekolah yang lebih tua daripada mereka. Bahkan, muridmurid juga turut mengamalkan nilai murni dalam diri mereka. Setiap minggu semasa perhimpunan, guru yang bertugas akan memaklumkan dan mengingatkan kepada muridmurid tentang satu nilai murni berserta maksudnya agar murid dapat membentuk sahsiah diri yang teguh. Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) yang telah saya laksanakan di SK Batu Berendam 2 telah membentuk jiwa sebagai pendidik dengan lebih mendalam. Malah, tanpa disedari pelbagai lagi cabaran yang harus saya tempuhi dan belajar untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya pada masa hadapan.
LAMPIRAN PENGAKUAN
LAMPIRAN KOLABORATIF