The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PRKA3171)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUR ATHIRAH BINTI JAAFAR IPG-Pelajar, 2024-06-23 17:46:36

E-portfolio PBS II

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PRKA3171)

5.3 TAKWIM KOKURIKULUM


5.4 PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN KOKURIKULUM 5.4.1 KOLABORASI KOMUNITI Kolaborasi antara komuniti dengan pihak sekolah memberikan pelbagai manfaat yang signifikan kepada kedua-dua belah pihak. Kolaborasi yang berjaya dengan komuniti dapat meningkatkan nama baik dan identiti sekolah dalam komuniti yang lebih luas. Hal ini dapat meningkatkan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan murid, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Misalnya, sekolah ini telah berkolaborasi dengan pihak bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebagai langkah positif untuk meningkatkan kesedaran dan kebolehan komuniti dalam menghadapi kecemasan serta menyediakan pendidikan keselamatan kepada murid sekolah. Pihak bomba memberikan pendedahan kepada murid, guru, dan kakitangan sekolah tentang keselamatan kebakaran, teknik pemadaman kebakaran, dan langkah-langkah pencegahan yang perlu dititikberatkan. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesiapsiagaan terhadap bencana kebakaran di sekolah. Dengan adanya pihak yang bertanggungjawab seperti bomba dapat membantu sekolah merancang dan melaksanakan latihan kebakaran. Contohnya, pihak bomba akan melakonkan simulasi tentang cara penggunaan pemadam api, dan tindakan untuk mengendalikan pemadam api. Selain itu, pihak bomba juga memberikan nasihat teknikal kepada pihak pengurusan sekolah tentang pengurusan risiko kebakaran, penilaian risiko, dan penyelenggaraan bangunan. Hal ini dapat membantu sekolah mematuhi peraturan keselamatan kebakaran dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan risiko keselamatan. Di samping itu, pihak bomba yang terlibat akan membantu dalam penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan di sekolah seperti pemadam api, sistem isyarat kebakaran, dan jalan keluar darurat. Hal ini agar dapat memastikan bahawa semua peralatan berfungsi dengan baik dan boleh digunakan dengan efektif dalam keadaan kecemasan. Seterusnya, kolaborasi dengan pihak bomba juga dapat membina hubungan yang kuat antara sekolah dan komuniti tempatan. Hal ini kerana dapat memperkuatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti pendidikan secara keseluruhan. Oleh itu, kerjasama yang efektif antara pihak bomba dan sekolah dalam memastikan kepentingan keselamatan semua anggota komuniti pendidikan perlu diutamakan. Malah, dapat membina persekitaran yang selamat dan kesediaan untuk menghadapi kebakaran dan keadaan darurat.


Bukan itu sahaja, sekolah ini juga telah berkolaborasi dengan komuniti di sekolah rendah dalam hari keusahawanan. Hal ini merupakan salah satu inisiatif yang bagus untuk memupuk semangat keusahawanan dan kreativiti dalam kalangan murid. Penglibatan komuniti dalam hari keusahawanan di sekolah rendah adalah kunci untuk meningkatkan pengalaman sedia ada dalam kalangan murid dan menyokong perkembangan keusahawanan mereka dengan lebih berkesan. Hal ini bukan sahaja memberi mereka pengalaman praktikal dalam menjalankan perniagaan, tetapi juga memupuk keberanian dan keterampilan dalam berkomunikasi. Hari Keusahawanan ini adalah hari untuk memahami istilah keusahawanan dan pentingnya ekonomi dalam masyarakat. Hal ini dapat membuka mata mereka terhadap peluang-peluang dalam bidang keusahawanan. Bukan itu sahaja, hari Keusahawanan membantu murid untuk mengembangkan kemahiran yang penting dalam keusahawanan seperti perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, dan keberanian mengambil risiko. Kemahiran ini penting tidak hanya dalam keusahawanan tetapi juga dalam kehidupan secara umum. Komuniti luar seperti ibu bapa pula dapat mengambil bahagian sebagai pengedar atau pelanggan dalam "pasaraya perniagaan" yang diatur oleh sekolah. Mereka dapat membeli produk atau perkhidmatan yang dipersembahkan oleh murid yang membantu mempromosikan perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, murid juga dapat membangunkan hubungan yang positif antara guru dan masyarakat sekeliling. Hal ini bukan sahaja membuka lebih banyak peluang untuk pembelajaran praktikal, malahan memperkukuhkan lagi ikatan sosial dalam komuniti pendidikan dan sekitarnya. Secara keseluruhannya, hari keusahawanan bukan sahaja memberi murid pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam keusahawanan, tetapi juga membantu mereka untuk mengembangkan ciri-ciri kepemimpinan, kreativiti, menguatkan ikatan sosial dan ketahanan mental yang penting untuk kejayaan dalam kehidupan mereka. Dalam pada itu, pihak sekolah juga telah mengadakan kolaborasi komuniti bersama pihak luar seperti sukarelawan Multimedia Universiti (MMU) dalam aktiviti gotong royong tahunan. Aktiviti gotong royong dapat mengajar murid tentang nilai-nilai kerjasama antara satu sama lain. Hal ini dapat memberi pengalaman dan meluaskan jaringan komuniti antara satu sama lain untuk membentuk ikatan yang lebih erat. Kolaborasi ini memupuk semangat gotongroyong dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar daripada universiti. Mereka belajar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat bersama, yang mengukuhkan nilai-nilai sosial seperti kerjasama, kesetiaan, dan kebergantungan antara ahli komuniti.


Sementelahan, aktiviti ini dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan pihak MMU. Hal ini jelas terbukti melalui kerjasama yang diberikan oleh murid dan pelajar MMU. Contohnya, bekerjasama dalam mengecat dan menceriakan bangunan sekolah yang telah pudar, menebang pokok-pokok yang membahayakan keselamatan muridmurid semasa berada di padang serta membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Melihat dari segi sudut positif, pelajar universiti sedikit sebanyak dapat menyumbangkan tenaga mereka untuk melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan di sekolah rendah. Hal ini membantu meningkatkan keindahan dan kebersihan persekitaran sekolah, yang memberi kesan positif kepada suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar daripada MMU ini juga turut menjadi contoh teladan bagi murid sekolah rendah dalam memahami dan mengamalkan nilai-nilai seperti bertanggungjawab terhadap lingkungan, kepedulian terhadap kebersihan, dan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar. Kolaborasi ini juga membawa peluang untuk menjalinkan hubungan jaringan antara murid sekolah rendah dengan pelajar universiti. Secara keseluruhan, kolaborasi antara sekolah rendah dengan pelajar universiti dalam aktiviti gotong royong bukan sahaja memberi manfaat praktikal dalam meningkatkan fasiliti sekolah, tetapi juga mengukuhkan nilai-nilai sosial, pendidikan kelestarian, dan semangat kewarganegaraan aktif dalam komuniti pendidikan dan masyarakat setempat.


5.4.2 PROGRAM KOKURIKULUM YANG BERKAITAN DENGAN DASAR PENDIDIKAN Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan adalah penting dalam melengkapi pendidikan formal di sekolah dengan pengalaman dan kemahiran tambahan yang dapat memperkukuh pembangunan holistik murid. Antara program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan yang telah dijalankan di sekolah ini ialah Hari Keusahawanan. Program ini membantu meningkatkan kesedaran kepada murid terhadap bidang keusahawanan adalah salah satu pilihan kerjaya masa depan. Mereka dapat melihat secara langsung istilah keusahawanan dan cara bidang tersebut boleh menjadi salah satu jalan untuk mencapai kejayaan. Melalui hari keusahawanan, murid dapat mengembangkan pelbagai kemahiran keusahawanan seperti perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, dan keberanian dalam mengambil risiko. Kemahiran ini bukan sahaja penting dalam keusahawanan tetapi juga dalam kehidupan seharian. Aktiviti seperti perniagaan mendorong kerjasama guru dan murid. Mereka belajar bekerja sebagai pasukan, memanfaatkan kekuatan individu untuk mencapai matlamat bersama. Aktiviti jual beli ini membolehkan pihak sekolah berhubung dengan komuniti luar seperti ibu bapa. Hal ini dapat membina hubungan yang positif dan memberi peluang untuk berkolaborasi dengan masyarakat disekelilingnya. Tambahan pula, hari keusahawanan juga membantu menyokong pendidikan holistik dengan menggabungkan aspek akademik dengan pembelajaran praktikal dan pembangunan kemahiran kehidupan. Dengan melaksanakan program Hari Keusahawanan secara sistematik dan terancang, sekolah rendah dapat memberi peluang yang berharga kepada murid untuk membangunkan diri mereka secara menyeluruh, tidak hanya dari segi akademik tetapi juga kemahiran keusahawanan dan kehidupan. Secara keseluruhannya, hari keusahawanan yang telah dianjurkan memberikan latihan, bimbingan dan sokongan profesional kepada sekolah yang dilibat dari segi aspek pedagogi dan kepimpinan oleh Rakan ELIT secara berterusan serta komitmen komuniti yang padu. Hal ini selaras dengan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah untuk mentransformasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran (learning school), dan memastikan kemenjadian murid yang holistik melalui peningkatan keupayaan kepimpinan dan profesional guru secara berterusan.


Seterusnya, pendidikan inklusif dalam kokurikulum memberikan pelbagai manfaat yang penting untuk perkembangan keseluruhan murid, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan mereka. Sekolah ini hanya melaksanakan inklusif separa sahaja yang terlibat dalam kokurikulum. Contohnya, murid berkeperluan khas (MBK) di dalam kelas inklusif separa belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. MBK yang mengikuti kegiatan kokurikulum bersama-sama murid arus perdana secara berjadual juga diambil kira sebagai inklusif separa. Murid yang terlibat dalam kokurikulum inklusif belajar untuk menerima dan menghargai kepelbagaian. Hal ini kerana mereka belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang mungkin mempunyai keperluan pendidikan khas atau latar belakang yang berbeza. Melalui interaksi dengan murid yang berbeza, seperti mereka yang mempunyai keperluan pendidikan khas, murid dapat membangunkan kemahiran sosial seperti empati, kesabaran, dan komunikasi yang berkesan. Wujudnya pendidikan inklusif ini adalah untuk memperkuatkan nilai-nilai kesaksamaan dan keberagaman dalam kalangan murid. Hal ini membantu membentuk generasi yang lebih terbuka dan hormat terhadap perbezaan individu. Dengan menyediakan persekitaran yang inklusif dalam kokurikulum, sekolah dapat membantu mempersiapkan murid untuk hidup dalam masyarakat yang adil dan berkecuali iaitu setiap orang diterima dan dihormati. Walaupun pendekatan pendidikan inklusif separa dalam kokurikulum mempunyai niat yang baik untuk menyediakan peluang yang lebih meluas kepada murid berkeperluan khas, tetapi masih terdapat juga beberapa kelemahan yang dihadapi. Contohnya, sekolah mungkin tidak mempunyai sumber atau sokongan yang mencukupi untuk menyokong keperluan pelajar berkeperluan khas dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini termasuklah kekurangan guru yang sememangnya mahir dalam bidang pendidikan khas. Aktiviti dalam kokurikulum separa inklusif mungkin tidak memberikan persekitaran pembelajaran yang sepenuhnya interaktif bagi murid berkeperluan khas. Bagi mengatasi kelemahan ini, pihak sekolah perlu mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam menyediakan sokongan yang sesuai, membangunkan persekitaran yang inklusif dan sensitif terhadap keperluan murid berkeperluan khas, serta menyediakan latihan yang mencukupi untuk guru dan kakitangan sekolah yang terlibat. Dengan melakukan ini, pendidikan inklusif dalam kokurikulum boleh menjadi lebih efektif dan memberikan manfaat yang sebenar kepada semua murid.


Selain itu, aktiviti senamrobik di sekolah tidak hanya menyumbang kepada kesihatan fizikal murid, tetapi juga berpotensi untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan murid. Semasa sesi senamrobik, murid yang menunjukkan inisiatif untuk mengambil peranan dalam mengatur senaman atau memimpin kumpulan dapat memupuk kepimpinan. Murid yang di hadapan mungkin menjadi contoh yang menggalakkan rakan-rakan untuk membuat pergerakan senamrobik. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga mengadakan senamrobik pagi selama tiga hari dalam seminggu. Dengan ini murid yang bertugas untuk mengetuai senamrobik juga perlu mengatur jadual dalam mengendalikan latihan senamrobik dengan cekap dan sistematik. Sepanjang sesi senamrobik, terdapat peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya dan pengajar. Contohnya, murid menggunakan kemahiran komunikasi mereka untuk memberi arahan tentang lagu yang ingin dimainkan kepada juru teknikal murid. Meskipun senamrobik adalah aktiviti peribadi, terdapat peluang untuk bekerja sebagai pasukan, terutamanya dalam sesi yang melibatkan senaman berpasangan atau kumpulan. murid bekerjasama berlatih dalam Kumpulan. Hal ini dapat memupuk kepimpinan melalui pengetahuan dan kemahiran semasa bekerjasama dengan orang lain. Murid yang mendorong rakan-rakan untuk menyertai senamrobik atau menyokong mereka dalam mencapai matlamat kesihatan boleh menunjukkan kepimpinan yang cemerlang. Hal ini membina semangat masyarakat dalam kalangan murid dan mengajar mereka tentang pentingnya menggalakkan serta menyokong orang lain. Oleh itu, aktiviti senamrobik bukan hanya tentang latihan fizikal tetapi juga merupakan platform yang berpotensi untuk membentuk kepimpinan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hal ini merupakan peluang yang baik untuk sekolah memupuk dan membangunkan bakat kepimpinan dalam kalangan murid agar mereka dapat memenuhi keperluan dasar pendidikan kebangsaan dalam 1 Murid 1 Sukan.


6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA 6.1 PEMERHATIAN Selama dua minggu berada di sekolah, saya telah memilih untuk melengkapkan tugasan ini dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Justeru itu, hasil pemerhatian yang diperoleh adalah berkaitan dengan budaya murid di sekolah. Misalnya, murid diajar untuk menghormati guru-guru dan kakitangan sekolah dengan mengamalkan 3S iaitu senyum, sapa dan salam apabila bertemu. Tindakan tersebut sememangnya menunjukkan bahawa pihak sekolah berjaya melahirkan murid-murid yang mengaplikasikan nilai hormat-menghormati dalam kehidupan seharian. Seterusnya, saya juga mendapati bahawa terdapat kekurangan dari segi infrastruktur dan prasarana di sekolah. Tamsilnya, prasarana taman permainan prasekolah yang telah rosak dan masih belum dibaiki. Hal ini boleh membahaykan keselamatan murid-murid, sekiranya mereka bermain tanpa pengetahuan guru. Begitu juga dengan kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih terdapat kekurangan kelengkapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan hanya bergantung kepada penggunaan makmal komputer sahaja. Secara keseluruhannya, walaupun terdapat kekurangan infrastruktur dan prasarana yang disediakan di sekolah tetapi kegunaanya masih mencukupi. Di samping itu, sekolah ini turut mengaplikasikan gaya pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Hal ini demikian kerana kebanyakan susun atur meja di dalam kelas adalah berbentuk kumpulan. Bahkan, memudahkan guru-guru untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan semasa PdP, sekali gus berupaya memberi pendedahan awal kepada muridmurid untuk bekerjasama dalam kumpulan dan melatih mereka untuk lebih berkeyakinan diri semasa berinteraksi, berkongsi idea serta menyuarakan idea di khalayak ramai. Selain itu, penyediaan parking lot pada setiap penjuru kelas seperti sudut bacaan juga menunjukkan pengaplikasian PdP abad ke-21. Sudut bacaan tersebut berfungsi untuk menggalakkan murid-murid memupuk amalan membaca pada setiap hari. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai prasarana khas seperti bilik akses, bilik muzik, bilik kaunseling, makmal komputer, makmal sains, pusat sumber, bengkel reka bentuk dan teknologi serta bilik pemulihan.


Dalam pada itu, saya juga mengambil peluang untuk melihat kaedah pengajaran guru panitia bahasa Melayu dan guru mata pelajaran Matematik. Pelbagai pendekatan yang digunakan ketika mengendalikan kelas iaitu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti slaid projektor dan aplikasi ‘youtube’ untuk menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan. Malah, guru turut menggunakan pendekatan PdP yang berpusatkan murid dan bahan yang memerlukan murid-murid bergiat aktif tetapi dengan bimbingan guru. Pendekatan ini dapat mengajar murid untuk berdikari dengan mencari maklumat secara kendiri. Justeru itu, setiap pendekatan yang digunakan oleh guru-guru adalah berbeza kerana setiap murid yang diajar mempunyai potensi dan keupayaan yang berlainan. Tuntasnya, saya juga dapat memerhati cara pengurusan dan pentadbiran kokurikulum sekolah semasa berlangsungnya program Hari Keusahawanan dan Senam Pagi yang telah dilaksanakan. Saya mendapati bahawa guru-guru terlibat secara aktif semasa aktiviti kokurikulum dengan bekerjasama dalam melancarkan program tersebut. Bahkan, pengurusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum juga sangat baik kerana mampu mengaturkan tentatif dan aktiviti murid-murid dengan teratur. Hal ini jelas terbukti melalui kehadiran guru-guru dan murid-murid yang sangat memuaskan dalam program atau sebarang aktiviti kokurikulum yang dijalankan.


6.2 SENARAI SEMAK Instrumen kedua yang saya gunakan ialah senarai semak. Semasa taklimat berkenaan PBS II, saya telah dibekalkan dengan panduan berkaitan tugasan ini. Panduan ini sebenarnya bertujuan untuk memberi garis panduan kepada guru pelatih untuk melaksanakan dan menyediakan sebuah e-portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) mengikut spesifikasi dan format yang dikehendaki oleh Unit Praktikum. Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada semua guru pelatih. Senarai semak tersebut mengandungi pelbagai isi tugasan yang perlu dibuat seperti biodata, pernyataan profesional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi, ilmu atau pengetahuan baharu, refleksi dan laporan akhir. Senarai semak tersebut sememangnya dapat memberi panduan dan gambaran yang lebih jelas kepada saya tentang perkara yang perlu diperolehi semasa menjalankan PBS II. Tuntasnya, panduan ini sememangnya sangat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. 6.3 TEMU BUAL Sepanjang menjalankan tugasan, saya juga telah menggunakan instrumen temu bual sebagai salah satu instrumen utama dalam penggumpulan data berhubung tugasan yang diberikan. Sepanjang keberadaan saya di sekolah tersebut selama dua minggu, saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru Ketua Panitia Bahasa Melayu, guru Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), guru Setiausaha Persatuan Ibu Bapa, guru-guru lain, pihak kantin, pengawal keselamatan, pelajar Universiti Multimedia (MMU) dan sebagainya. Semasa menjalankan temu bual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada para responden berhubung dengan tugasan yang diberikan. Kerjasama yang diberikan oleh warga sekolah sangat baik. Saya juga telah mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung dengan semua soalan yang telah diajukan kepada para responden.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengurusan dan Perbincangan dalam bidang kokurikulum Nama : Encik Mohd Amin Atfi bin Najib Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu Berendam 2 Soalan temu bual: 1. Cara guru rancang aktiviti kokurikulum supaya selari dengan objektif pendidikan sekolah ? • Aktiviti kokurikulum ini dirancang mengikut takwim sekolah iaitu setiap tahun kita akan mengadakan mesyuarat dan berbincang mengenai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pada masa yang sama, kita juga akan sesuaikan atau selarikan dengan objektif pendidikan sekolah yang ingin melahirkan murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka, guru-guru akan mengadakan programprogram seperti Sukan Tahunan, Sukantara, Hari Keusahawanan dan lain-lain. Secara tidak langsung, perancangan dan penyusunan aktiviti tersebut mampu mencapai objektif pendidikan sekolah serta kemenjadian murid. 2. Apakah faktor utama yang dipertimbangkan dalam merancang aktiviti kokurikulum? • Faktor utama kita sebelum merancang aktiviti ialah kita perlu tahu dan tetapkan tujuan yang jelas untuk aktiviti kokurikulum itu sama ada bertujuan untuk pembangunan diri murid atau menggalakkan kerjasama antara murid atau selain itu. Kedua, guru perlu tahu minat dan kebolehan murid sebelum merancang aktiviti. Contohnya, aktiviti yang dirancang perlulah menarik dan releven bagi murid supaya mereka teruja untuk melibatkan diri seperti Aktiviti 1 Murid 1 Sukan, Hari Keusahawanan dan lain-lain. Ketiga, kita lihat dari sumber daya dan kemudahan untuk menganjurkan aktiviti itu sama ada sesuai atau tidak untuk dijalankan.


3. Cara guru pastikan penyertaan seimbang dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum? • Penyertaan seimbang dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum ini sukar sebenarnya kerana setiap murid mempunyai minat yang berbeza, jadi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum tersebut sematamata untuk seimbangkan penyertaan. Kebiasaannya sekolah memberi kebebasan kepada mereka untuk terlibat aktif dalam mana-mana aktiviti atau sukan yang diminati dan tugas kami hanyalah memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka.Namun, inisiatif lain guru untuk seimbangkan penyertaan ini ialah guru boleh memberi pendedahan tentang aktiviti kokurikulum yang lain secara tidak langsung mereka boleh meminati dan cuba untuk melibatkan diri. 4.Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan cara mengatasinya? • Wujud juga beberapa cabaran yang perlu beliau hadapi sepanjang memegang jawatan sebagai seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koku) iaitu kekangan kewangan. Hal ini terjadi apabila wakil sekolah yang dihantar bertanding kalah, maka segala perbelanjaan yang digunakan seperti yuran penyertaan akan menjejaskan kewangan sekolah. Seterusnya, tiada sokongan ibu bapa terhadap bakat dan potensi anak mereka. Hal ini kerana, mereka lebih menumpukan anak mereka dalam bidang kurikulum sehingga mengabaikan bakat yang ada pada diri anak mereka. Selain itu, murid-murid yang kurang masa untuk latihan, maka mereka perlulah dididik sejak dari kecil supaya bakat yang ada boleh terus berkembang. Sementara itu, kekurangan guru yang berkemahiran akan menyebabkan murid-murid sukar untuk menguasai sukan tersebut. Akhir sekali, cabaran kekurangan prasarana untuk melaksanakan sukan tersebut seperti gelanggang tenis sehingga pihak sekolah terpaksa menyewa gelanggang tersebut.


5. Apakah tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan oleh unit kokurikulum sekiranya kehadiran murid tidak memuaskan bagi aktiviti kokurikulum? • Tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru sekiranya kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum kurang memuaskan. Antaranya, murid yang kerap tidak hadir akan diberikan surat amaran pertama, diikuti kedua dan ketiga, namun jika masalah tersebut masih berterusan, maka guru-guru akan memaklumkan kepada ibu bapa untuk memberi kerjasama dengan memantau aktiviti harian anak mereka. 6. Cara guru galakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif? • Cara yang pertama ialah kenal pasti minat dan bakat murid, jadi pihak atasan akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai aktiviti yang sesuai untuk ditawarkan berdasarkan minat mereka. Kedua ialah menawarkan pelbagai jenis aktiviti daripada bidang yang berlainan seperti akademik, sukan, seni dan kemahiran sosial. Maka, murid-murid dapat mencuba pelbagai aktiviti yang berlainan. Ketiga ialah melalui pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang aktif dalam aktiviti kokurikulum mereka akan diberikan penghargaan dalam bentuk trofi, sijil dan pengiktirafan dalam majlis sekolah secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus melibatkan diri secara aktif. 7. Cara guru urus murid yang mempunyai komitmen akademik dan kokurikulum yang tinggi? • Caranya ialah guru akan cuba untuk seimbangkan penyertaan murid ini dalam kedua-dua bidang dengan merancang jadual yang fleksibel. Pada waktu belajar, murid akan berada dalam kelas untuk menjalankan sesi pembelajaran dan hanya akan keluar sekiranya aktiviti kokurikulum yang disertai memerlukan latihan semasa waktu pembelajaran. Seterusnya.hubungan dan komunikasi dengan ibu bapa iaitu guru boleh berbincang dahulu bersama ibu bapa murid yang aktif ini sama ada mereka ingin memberi kebebasan kepada anak untuk melibatkan diri dalam kedua-dua bidang atau sebaliknya.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Pengajaran Matematik Pada Masa Kini Nama : Encik Mohd Razif bin A Rahman Jawatan : Guru Ketua Panitia Matematik Soalan temu bual: 1. Bagaimanakah perancangan dan pelaksanaan PdP untuk subjek Matematik? • Perancangan pengajaran akan dirujuk melalui DSKP, RPH dan RPT. Ia sebagai panduan supaya pengajaran silibus selari dengan masa dari awal tahun hingga ke akhir tahun. 2. Adakah perancangan tersebut dapat dihabiskan dalam tempoh satu tahun? • Secara jujurnya tidak, namun pengurusan di SK Batu Berendam 2 ini akan mengajar murid dari kelas yang sama ke tahun berikutnya hingga tahun akhir mereka belajar di sekolah ini iaitu Tahun 6. 3. Bahan bantu mengajar atau inovasi yang dilakukan di dalam kelas? • Secara umumnya, guru matematik di sekolah ini akan melakukan inovasi atau bahan bantu mengajar secara tidak langsungnya.Namun, penggunaan tersebut tidak di bawa ke peringkat seterusnya. Guru akan melakukan inovasi tersebut atas muridnya sendiri. 4. Apakah inovasi yang dicipta oleh cikgu untuk membantu murid di dalam kelas? • Saya telah mencipta satu inovasi yang dikenali sebagai kit peratus dan telah menang tempat ketiga peringkat kebangsaan. Selain itu, GrabMath yang dicipta semasa musim pandemik. Idea tercetus apabila guru tidak dibenarkan membawa murid keluar daripada kelas, dimana guru memberi gaji kepada murid untuk datang ke kelas lain untuk mengajar dan memberi perkongsian tentang ciri-ciri bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas. 5. Pentaksiran dan Penilaian yang dilakukan oleh guru semasa di dalam kelas? • Secara pemerhatian di dalam kelas dan hasil kerja murid.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Peranan Ahli PIBG SK Batu Berendam 2 Nama : Puan Nursaidatul Fasihah binti Mansor Jawatan : Setiausaha PIBG SK Batu Berendam 2 Soalan temu bual: 1. Bilakah mesyuarat agung PIBG SK Batu Berendam 2 diadakan? • Mesyuarat agung PIBG SK Batu Berendam 2 telah diadakan pada 27 April 2024 yang lalu di Dewan SKBB2. 2. Adakah kehadiran ibu bapa menggalakkan? • Jumlah kehadiran ibu bapa agak kurang memberangsangkan iaitu hanya seramai 139 orang sahaja kerana mesyuarat agung tersebut dilaksanakan pada hari raya atau bulan Syawal. 3. Apakah peranan ibu bapa atau komuniti dalam PIBG? • Ibu bapa digalakkan untuk membayar yuran PIBG sebanyak RM 50 sekeluarga yang telah ditetapkan dalam mesyuarat dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah seperti Gotong-Royong Perdana yang turut melibatkan pelajar dari Universiti Multimedia (MMU) dan Hari Perjumpaan Waris untuk menandatangani buku rekod pencapaian murid-murid. 4. Bagaimana hubungan antara guru dan ibu bapa dalam PIBG? • Hubungan antara guru dan ibu bapa sangat baik. Hal ini jelas terbukti melalui perjumpaan AJK PIBG yang dilaksanakan sebanyak empat kali setahun dan bergantung kepada sesuatu isu yang berbangkit. Ibu bapa juga mudah memberikan sumbangan atau bantuan apabila diperlukan oleh guru.


5. Apakah yang dilakukan terhadap kutipan melalui PIBG tersebut? • Antaranya untuk membantu murid yang kurang kemampuan, membaiki prasarana sekolah dan diperuntukkan bagi guru membeli set peralatan tertentu untuk menghantar murid-murid bertanding ke peringkat yang lebih tinggi. 6. Apakah cabaran yang sering dihadapi oleh pihak PIBG? • Masalah kewangan merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh PIBG. Hal ini sumbangan kewangan yang diperoleh bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang dipertua PIBG. Kebiasaannya, YDP PIBG yang berpengaruh mudah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan aktiviti atau program sekolah yang tertentu. Sebagaimana yang kita ketahui, dana penting untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik di sekolah.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Nama : Puan Sulaila binti Ibrahim Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu Soalan temu bual: 1. Apakah strategi yang digunakan dalam proses PdP bahasa Melayu ? • Strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah bercampur, iaitu secara kaedah lama dan digital. Kaedah digital dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang besar dan lebih mudah. 2. Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan dalam proses PdP? • Bahan bantu mengajar bergantung kepada cikgu itu sendiri. Cikgu yang menentukan sama ada bahan bantu mengajar itu sesuai ataupun tidak untuk diaplikasikan di dalam kelas. 3. Bagaimanakah cikgu mengawal kelas? • Cikgu tidak menghukum murid sekiranya murid melakukan kesalahan sebaliknya, murid tersebut dengan sendirinya sedar tentang kesilapan yang telah dibuat. 4. Adakah murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru? • Setakat ini, murid dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak sepenuhnya melengkapkan tugasan tersebut kerana faktor hadir ke sekolah agama sehingga lupa untuk menyiapkan tugasan. 5. Adakah pemansuhan UPSR menyebabkan murid tidak lagi bersungguhsungguh untuk belajar bersungguh-sungguh? • Ya, benar sekali. Murid tidak lagi bersungguh-sungguh untuk belajar kerana mereka rasa tiada hala tujuan untuk belajar dengan cemerlang. 6. Adakah program MBMBI di sekolah ini dilaksanakan? • Ada, setiap hari rabu, murid akan berpidato, bercerita, berpantun untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa di dalam diri murid.


BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan : Perbincangan tentang Program BSMM Nama : Puan Irmawaty binti Khamis Jawatan : Guru Penasihat BSMM SK Batu Berendam 2 Soalan temu bual: 1. Berapakah jumlah bilangan ahli dalam unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di sekolah ini? Jumlah ahli atau bilangan murid dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di sekolah ini adalah seramai 118 orang ahli. Terdapat 32 orang murid dari Tahun 4, 40 orang dari Tahun 5 dan 46 orang dari Tahun 6. 2. Apakah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perjumpaan? Perjumpaan BSMM diadakan pada setiap hari Selasa. Penentuan perjumpaan adalah secara bergilir-gilir antara rumah sukan, kelab dan persatuan serta sukan permainan. 3. Bagaimana aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di sekolah ini dapat menyumbang kepada pendidikan masa kini? Aktiviti BSMM tidak hanya memberi tumpuan kepada nilai-nilai kemanusiaan sematamata tetapi juga mengembangkan kemahiran sosial dan emosi murid-murid. Hal ini dapat membentuk pembangunan holistik murid-murid. 4. Apakah kesan positif yang dapat dilihat hasil daripada penyertaan murid dalam aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)? Penyertaan pelajar dalam program ini telah membawa pelbagai kesan positif yang ketara. Mereka lebih peka terhadap isu-isu sosial dan kemanusiaan, mempunyai semangat kerjasama yang tinggi, dan lebih berkeyakinan dalam menyumbang kepada masyarakat. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berguna untuk masa depan.


6.4 SOAL SELIDIK Soal selidik antara usaha untuk mendapatkan gambaran dan tanggapan responden terhadap sekolah. Oleh itu, beberapa orang guru dan wakil bagi murid-murid Tahun 3 serta Tahun 6 telah dipilih untuk tujuan soal selidik dan temu bual ini. Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 3 dan Tahun 6 telah menjawab borang soal selidik yang diberikan dengan jawapan yang positif dan memberangsangkan. Borang soal selidik tersebut adalah berkaitan tentang Dasar Pendidikan Masa Kini yang dilaksanakan di sekolah seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), set induksi, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Saya telah menjalankan kajian terhadap murid Tahun 3 seramai 10 orang dan murid Tahun 6 seramai 6 orang. Berdasarkan borang tersebut, murid lebih kehadapan seiring dengan kemajuan teknologi zaman kini. Kebanyakkan muridmurid telah mengamalkan dasar pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa kini. Di samping itu, saya juga turut menjalankan kajian tentang Dasar Pendidikan Masa Kini terhadap beberapa orang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Berdasarkan borang tersebut, saya dapat menganalisiskan bahawa guru-guru SK Batu Berendam 2 ini telah mengaplikasikan Dasar Pendidikan Masa Kini yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sewaktu dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Saya juga dapat menganalisiskan bahawa respon yang diberikan oleh guru-guru tersebut memberangsangkan. Hal ini kerana jawapan yang diberikan melalui soal selidik tersebut membuktikan bahawa mereka merupakan guru yang menginginkan dasar yang konsisten dan diberikan keutamaan oleh kerajaan supaya dapat melahirkan kemenjadian murid yang berkesan.


BORANG SOAL SELIDIK TAHUN 6


SOAL SELIDIK GURU


7.0 KOLABORATIF


7.0 Kolaboratif 7.1 Perbincangan bersama pengurus sekolah- Puan Mastura Lim binti A. Ghani Perbincangan bersama Guru Besar adalah menyeluruh yang merangkumi pengurusan dan perancangan kurikulum dan kokurikulum pengurusan dan perancangan aktiviti kokurikulum di sekolah melibatkan pelbagai aspek penting yang memerlukan kerjasama antara guru besar, guru, murid, dan ibu bapa. Guru besar memainkan peranan utama dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan seperti SKPMG2, TS25, dan PBD di sekolah. Tanggungjawab mereka termasuk memastikan semua maklumat dan pekeliling terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disampaikan kepada guru dan staf melalui medium seperti WhatsApp dan Telegram, serta melalui perjumpaan dan papan kenyataan di sekolah. Dengan cara ini, tiada guru atau staf yang ketinggalan dalam menerima maklumat penting yang perlu dilaksanakan di sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah dilakukan secara berterusan dan tidak formal. Guru-guru menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soalan yang disediakan sendiri, dan buku latihan untuk menilai prestasi murid. Selain itu, guru juga memantau kerjasama dan interaksi murid dalam kumpulan sebagai sebahagian daripada penilaian. Ini memastikan penilaian yang lebih holistik dan realistik terhadap kemajuan akademik dan sosial murid. Pendekatan ini membolehkan guru memahami lebih mendalam keperluan dan perkembangan setiap murid secara individu. Inisiatif untuk melaksanakan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) melibatkan pelbagai langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tuju TS25 dijadikan panduan utama, dengan penekanan kepada peningkatan kemahiran dan kepakaran guru. Sekolah yang melaksanakan TS25 juga telah didigitalisasi, membolehkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kerjasama antara pentadbir, guru, ibu bapa, komuniti, dan murid adalah penting untuk mencapai matlamat TS25. Dengan adanya studio di sekolah, murid diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti seperti menjadi wartawan cilik, yang membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi mereka.Guru besar memantau pelaksanaan dasar di sekolah melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, pemantauan, dan pencerapan prestasi guru.


Penilaian prestasi guru dilakukan melalui skor yang dicatatkan dalam Pentaksiran Berasaskan Penilaian Pegawai Pendidikan (PBPPP). Aktiviti dan program seperti karnival STEM dan Hari Keusahawanan dijalankan untuk menyokong pelaksanaan TS25. Cabaran utama pendidikan masa kini adalah pendigitalan, yang memerlukan guru untuk mahir dalam menggunakan teknologi untuk PdP. Kemudahan TMK seperti komputer dan LCD telah disediakan oleh KPM untuk memudahkan pelaksanaan dasar pendidikan digital. Guru perlu mempunyai integriti dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memastikan proses pembelajaran yang efektif dan berkesan.


Click to View FlipBook Version