The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan e-book ini merupakan penerbitan khas bagi Forum National Symposium On Halal In Tourism And Hospitality Industry (NaSTHalal’23) bertemakan "Kelestarian Industri Halal Mendepani Isu Semasa" anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Simposium ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kelestarian dalam bidang halal dapat digunakan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan halal dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Ini termasuk teknologi terkini, strategi pemasaran kreatif, dan perkembangan produk baru yang memenuhi keperluan pelancongan halal. Laporan ini juga memberikan gambaran ringkas bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan disepanjang simposium ini berlangsung termasuk forum, ceramah kerjaya oleh wakil industri dan alumni PSIS, majlis tandatangan nota kerjasama dan pameran kerjaya oleh industri. Selain itu, penerbitan ini juga mengandungi penulisan kreatif dan abstrak lanjutan projek semester akhir pelajar bagi program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal yang ditawarkan di PSIS. Semua aktiviti yang dilaksanakankan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang perkembangan terkini industri pelancongan dan hospitaliti dalam konteks kelestarian produk dan perkhidmatan halal. Simposium halal ini telah terbukti sebagai platform yang penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak berkepentingan, industri dan institusi pendidikan serta mempromosikan pertukaran pengetahuan dan idea yang menyokong kemajuan industri halal. Penerbitan ini diharapkan dapat memberikan panduan yang berharga kepada semua pihak yang terlibat dalam industri makanan dan produk Halal.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit PSIS, 2024-06-12 21:56:31

NATIONAL SYMPOSIUM ON HALAL IN TOURISM AND HOSPITALITY INDUSTRY - NASTHALAL 2023

Penulisan e-book ini merupakan penerbitan khas bagi Forum National Symposium On Halal In Tourism And Hospitality Industry (NaSTHalal’23) bertemakan "Kelestarian Industri Halal Mendepani Isu Semasa" anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Simposium ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kelestarian dalam bidang halal dapat digunakan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan halal dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Ini termasuk teknologi terkini, strategi pemasaran kreatif, dan perkembangan produk baru yang memenuhi keperluan pelancongan halal. Laporan ini juga memberikan gambaran ringkas bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan disepanjang simposium ini berlangsung termasuk forum, ceramah kerjaya oleh wakil industri dan alumni PSIS, majlis tandatangan nota kerjasama dan pameran kerjaya oleh industri. Selain itu, penerbitan ini juga mengandungi penulisan kreatif dan abstrak lanjutan projek semester akhir pelajar bagi program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal yang ditawarkan di PSIS. Semua aktiviti yang dilaksanakankan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang perkembangan terkini industri pelancongan dan hospitaliti dalam konteks kelestarian produk dan perkhidmatan halal. Simposium halal ini telah terbukti sebagai platform yang penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak berkepentingan, industri dan institusi pendidikan serta mempromosikan pertukaran pengetahuan dan idea yang menyokong kemajuan industri halal. Penerbitan ini diharapkan dapat memberikan panduan yang berharga kepada semua pihak yang terlibat dalam industri makanan dan produk Halal.

HALAL IN TOURISM AND HOSPITALITY INDUSTRY National Symposium on Kelestarian Industri Halal dalam Mendepani Isu Semasa


HALAL IN TOURISM AND HOSPITALITY INDUSTRY National Symposium on Kelestarian Industri Halal dalam Mendepani Isu Semasa PENERBIT:


POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI © Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dalam buku ini yang boleh disiarkan – terbitan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan Pemilik Hakcipta. Diterbitkan oleh: Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang, 45100 Sungai Ayer Tawar, Selangor Tel No : 03-3280 6200 Fax No : 03-3280 6400 Website : https://psis.mypolycc.edu.my


Isi Kandungan Jawatankuasa Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Jawatankuasa Penulisan dan Penerbitan Sekapur Sirih kata aluan pengarah bahagian kurikulum Kata Aluan Pengarah Politeknik sultan idris shah Kata Aluan Ketua Jabatan PELANCONGan dan hospitaliti Kata Aluan Pengarah Program Laporan Program tentatif program Meja Bulat Alumni Forum NastHalal 2023 program Kerjaya dan Jaringan Kolaborasi Penulisan Kreatif penulisan ilmiah Maklumbalas Program Galeri Gambar Penghargaan Sinopsis 1 3 4 5 9 6 7 10 14 16 18 48 184 188 199


SENARAI PENULISAN KREATIF 1. HALAL DALAM KEHIDUPAN 18 Penulis : Haslina Ahmad Muzakir 2. HALAL 21 Penulis : Haslina Ahmad Muzakir 3. “CIKDA, HALAL KE TU”? 22 Penulis : Norlida Binti Osman 4. JANGAN MAIN TERJAH JEH SEMUA! 28 Penulis : Maliah Binti Rohaizat, Noor Laili Binti Mohd Sohaili 5. NASI ULAM 33 Penulis : Noor Laili Binti Mohd Sohaili , Maliah Binti Rohaizat 6. KELESTARIAN HALAL, HARAPAN KITA BERSAMA 34 Penulis : Sang Aduka , Dewi Kesuma 7. ISU SEMASA, PEMIKIRAN KREATIF MENGEMUKA 35 Penulis : Dewi Kesuma , Sang Aduka 8. MENCARI YANG HALAL ITU FARDU 37 Penulis : Dewi Kesuma , Kuntum Seroja 9. LESTARI HALAL PENYAMBUNG WARISAN 39 Penulis : Kuntum Seroja , Dewi Kesuma 10. BERKALI-KALI 41 Penulis : Zulfa Salsabila 11. HALALKAH KOSMETIK PILIHAN KITA? 45 Penulis : Mazlina Jamaludin, Budiah Karmilie Che Kadir, Marzuki Sepiaail


SENARAI PENULISAN ILMIAH 1. ACCEPTANCE OF MELOSEL FRUIT LEATHER AMONG CONSUMER 48 Puteri Nurhafizah Binti Sulaiman, Muhammad Hamirul Hafizan Bin Muhammad Zaidi, Aliah Maisarah Binti Adam, Aminah Salimah Binti Zainal Abidin 2. “DEVELOPING HEALTHIER AND MORE SUSTAINABLE FOODS THROUGH 52 FOOD INNOVATION” Muhammad Aidil Adham Bin Jeffridin, Nur Aida Jasmine Binti Jasmani, Nur Alya Nasuha Binti Azhar, Nurul Fathiah Sufiah Binti Mohd Najhan 3. HALAL FOOD INNOVATION OF MELO SEL KIMCHEE THROUGH 57 FERMENTATION PROCESS Nurul Farisyah Binti Azly Hisham, Muhammad Mu’az Hanif Bin Zulkifly, Nurul Asyiqin Binti Dzulfakir Ali 4. MULBERRY SPREAD 61 Nur Hamizah binti Bustaman, Nur Fauziah binti Bahrin, Muhammad Faris bin Rosman 5. TOURISM ATTRACTION INTRACTIVE DIGITAL MAP OF SKYCAMP BY SKYTREX 65 Lidyawati binti Haris, Nurul Amira binti Azman, Wan Aleza binti Azmi 6. INTERACTIVE DIGITAL MAP OF MSEKIN WONDERLAND 69 Mohd Mohadir Bin Harun, Farah Natasya Binti Zulkifli, Muhamad Zul Khairi Bin Mahadzir 7. GL@W GLAMPING @ WETLAND PUTRAJAYA INTERACTIVE DIGITAL MAP 74 Noor Laili binti Mohd Sohaili, Farah Liyana binti Azira, Muhammad Asrie bin Rosli 8. TOURIST ATTRACTION INTERACTIVE DIGITAL MAP OF MYAGRO-T 81 Aiman Aris Ahmad Zanudi, Maizura Rafi’a, Nurul Dafiqah Kamarulzaman 9. TOURIST ATTRACTION INTERACTIVE DIGITAL MAP OF HUSSIN FAUZI FARM, 85 KUALA SELANGOR Nur Shahirah binti Mat Sharf, Nur Syakirah Binti Abdul Mutalib2, Pradnesh A/L Chandran 10. MULBERRY CHOCOLATE CHEESE YOGURT 92 Siti Fatimah Binti Abdul Aziz, Nur Diena Yastieqah Binti Kamarul Azudin, Muhammad Firdaus Bin Mahadzir, Nur Amrina Roshada Binti Ibrahim 11. JELLICIOUS 97 Siti Fatimah binti Abdul Aziz, Wan Nuramira Nasuha binti Johan, Nur Khairunnisa Sarah binti Mohd Rizan, Nur Nabilla binti Mohd Tajudin 12. EXPLORING INNOVATION AND CONSUMER ACCEPTANCE: A STUDY 102 OF BITTER GOURD COOKING PASTE Anis Nabilah binti Zafri, Lyana Nur Athirah binti Kamaludin, Engku Anis Zulaikha binti Engku Isa, Nur Zamahuri bin Ramly


13. EXPLORING CONSUMER ACCEPTANCE: A STUDY OF BITTER GOURD 107 DIM SUM SKIN INNOVATIVE PRODUCTS Adrieana Sofea binti Ahmad Khusyairi, Ainul Najwa binti Asdirhyme, Ahmad Syahmi bin Yusli, Faraashikin binti Azman 14. EXPLORING CONSUMER ACCEPTANCE: A STUDY OF PESTO RANTI'S 112 INNOVATIVE PRODUCTS Nur Izati Nazirah binti Nazri, Amira Hanie binti Haizul, Faraashikin binti Azman 15. SAMBAL GORENG PUCUK MERANTI 116 Nor Nadia binti Zaini, Nor Najihah binti Mustamar, Muhammad Azam bin Kassim 16.THE DEVELOPMENT OF PERIA’S CHOCO NUT AS A HEALTHIER SNACK CHOICE 119 Muhammad Shahir Bin Hamran, Nur Syamimi Aina Bt Mohd Zawawi, Nur Syahirah Anisha Bt Mohd Sapi 17. PERIA SHOT: THE BENEFITS OF CHARANTIN IN NON-ALCOHOL SHOT 122 Nurin Hazwani, Nur Zulhijjahtul Balqis, Nur Syuhadah, Muhammad Hafiy 18. SIMPULAN RINDU SERUNDING MERANTI 125 Syazwani Binti Fisal, Muhammad Wafiq Iqbal bin Osman, Yamini Athiyah binti Yusri 19. INTERACTIVE DIGITAL MAP OF SUNGAI PANJANG AGRO TOURISM 129 Noorazyla binti Mohd Nasri, Nurmaizatul Athira Binti Rohaizat, Zaid Zahim Zulkarnain Bin Hassan 20. SELANGOR FRUIT VALLEY INTERACTIVE DIGITAL MAP 134 Aklimima Binti Awang, Nurnasha Dayini Binti Shaharizam, Nurul Syazrin Binti Mohd Rizal 21. TOURISM ATTRACTION INTERACTIVE DIGITAL MAP (KUAK HILL RESORT) 141 Zuliya Aini Binti Ahmad Tarmizi, Lok Chun Hong, Shasha Mariah Binti Md Amri 22. LAMAN CHOCOLISTA INTERACTIVE DIGITAL MAP 146 Noraini Binti Mohamad Idaris, Rosalinda Binti Mohamed Zakaria, Saidatul Nurfarra Najiha Binti Zamrie 23. MELO MARMELLATA 153 Muhammad Danish Fauzi bin Mat Riduan, Nur Fadziatul Asyiqin bin Rusli, Nur Ain Najwa binti Kamaruzaman 24. MELON MUNCH 157 Syazwani Binti Fisal, Muhammad Salman bin Azhar, Siti Nur Laili Sufiya binti Mohd Rafi, Siti Nurhuwaina binti Asri 25. ACCEPTANCE OF MULLBERRY TEA AMONG CONSUMER 161 Puteri Nurhafizah Binti Sulaiman, Arissa Sofiya Binti Rosman Noor, Anis Solehah Binti Abi Hurairah, Muhamad Aidil Ikhwan Bin Shuhalee 26. TOURISM ATTRACTION DIGITAL MAP OF PADDY GALLERY 164 Siti Syuhaila binti Zahari, Nur Sabrina binti Abdul Aziz, Reetha D/O Santhanasamy


27. FOOD PRODUCT INNOVATION OF PASTA PUCUK MERANTI 168 Syazwani Binti Fisal, Nurul Najwa Adlina Binti Mohd Zawawi, Muhammad Iskandar Bin Ismail, Siti Nur Azzaliza Azmiza Binti Azmi 28. CONSUMER MOTIVATION TO PURCHASE INFLUENCED BY INNOVATION 171 ACCEPTANCE FOR SPAGHETTI CARBONARA MERANTEE Muhamad Alif Nazmi Bin Azamzuri, Nor Marshitah Binti Mohd Suhaimi, Nik Nureen Imani Binti Zabarudin, Nurul Fathiah Sufiah Binti Mohd Najhan 29. TOURISM ATTRACTION INTERACTIVE DIGITAP MAP OF MYDESASTAY 177 Khirun Bin Md Shah, Muhammad Adam Muqriz bin Nazaruddin, Nur Faizah Husna Binti Mohd Jais


Jawatankuasa Induk dan Pelaksana PENAUNG PROGRAM HJ. MOHAMAD YUSOF BIN SULAIMAN (PENGARAH) PENASIHAT PROGRAM I Ts. NIZAM BIN MOHD NASIR (TPA) PENASIHAT PROGRAM II NORMAN BIN ZAMRI (TPSA) PENGERUSI Dr. MOHAMAD KAZAR BIN RAZALI (KJPH) TIMBALAN PENGERUSI I HASHIM BIN A. RAHIM @ A. RAHMAN (PKJ JPH) TIMBALAN PENGERUSI II MOHD ZAIDI BIN SARIP (TIM. PENGARAH BK, JPPKK) TIMBALAN PENGERUSI III MOHD MOHADIR BIN HARUN PENGARAH PROGRAM ASHFI BIN SUHADAK (KPRO DHF) PENOLONG PENGARAH PROGRAM I LIDYAWATI BINTI HARIS (KPRO DUP) PENOLONG PENGARAH PROGRAM II DAHLIA BINTI ABD AZIZ SETIAUSAHA NURUL FATHIAH SUFIAH BINTI MOHD NAJHAN PENOLONG SETIAUSAHA SITI FATIMAH BINTI ABD AZIZ BENDAHARI NORHIDAYAH BINTI MOHD YUNUS PENOLONG BENDAHARI SITI NOR AZNIDA BINTI ARIFF 1


Jawatankuasa Induk dan Pelaksana JK PENGURUS MAJLIS (FM) SHARIZA MOHD KHALID (K) KHIRUN BIN MD SHAH JK TEKS MC & BUKU PROGRAM SITI SYUHAILA BINTI ZAHARI (K) AKLIMIMA BINTI AWANG NUR SHAHIRAH BINTI MAT SHARF MOHD RIZAL BIN ABD. RAHIM (PENGACARA MAJLIS) USTAZ MOHD FARID BIN DAWAM (MODERATOR) JK JEMPUTAN & PENGURUSAN PESERTA NURUL FARIHA BINTI KAMARUL RASHID (K) Dr. MASSITAH BINTI KIPLI NURULL HAYATI BINTI LATIF FATIN FATHIAH BINTI AZMAN (JPPKK) JK JEMPUTAN & PENGURUSAN PENCERAMAH BUDIAH KARMILIE BINTI CHE KADIR (K) Dr. MAZLINA BINTI JAMALUDIN MOHD MOHADIR BIN HARUN NOORAZYLA BINTI MOHD NASRI MUHAMMAD FAUZI BIN ISHAMUDDIN JK PROMOSI, WEB & HEBAHAN SAIFUL AZHAR BIN MAHAT @ KASSIM (K) NURUL NATASHA BINTI NORZAN PUTERI NURHAFIZAH BINTI SULAIMAN FAIRUL NAZRUL BIN KHAIRUDDIN (PRO PSIS) JK PELAPORAN SYAZWANI BINTI FISAL (K) MALIAH BINTI ROHAIZAT NOOR LAILI MOHD SOHAILI JK MAKANAN NOR ASHIKIN BINTI JAMAL (K) MOHD ISZUWAN BIN AHMAD ROBANI IRWAN HAFIZ BIN MARBAIE JK CENDERAMATA & SIJIL NURUL DAFIQAH BINTI KAMARULZAMAN (K) NURUL ASYIKIN BINTI AZEMEY JK PERSIAPAN TEMPAT ILLYANA BINTI MOHD IDRUS (K) MUZZAFAR BIN MOHAMED SIDIN ZULIYA AINI BINTI AHMAD TARMIZI NUR FATIN NADZIRAH ABDUL RAZAK AZIAH BINTI THALAHA JK MULTIMEDIA & GIMIK PERASMIAN JEFFRIDZAL BIN ISMAIL (K) NORAINI BINTI MOHAMAD IDARIS JK PENGINAPAN & LOGISTIK Dr. SAFIZA BINTI ALFIAN YUSOF (K) AHMAD FAHMI BIN ZAINI ZULAH BT MOHAMED KARIM (ULPL) JK PAMERAN & RERUAI DAHLIA BINTI ABD AZIZ (K) SHARIZA MOHD KHALID 2


Jawatankuasa Penulisan dan Penerbitan KETUA PENERBITAN MOHD MOHADIR BIN HARUN PEN. KETUA PENERBITAN SAFIZA BINTI ALFIAN YUSOF KETUA EDITOR DR. MASSITAH BINTI KIPLI PEN KETUA EDITOR ROSMANIZAH BINTI DERAHMAN SETIAUSAHA 1 SYAZWANI BINTI FISAL SETIAUSAHA 2 NOORAZYLA BINTI MOHD NASRI EDITOR JK REKABENTUK GRAFIK DAN SUSUN ATUR NUR SHAHIRAH BINTI MAT SHARF SAIFUL AZHAR BIN MAHAT@KASSIM JK PENULISAN (FORMAT DAN GARIS PANDUAN) NURUL DAFIQAH BINTI KAMARULZAMAN SAFIZA BINTI ALFIAN YUSOF MOHD MOHADIR BIN HARUN JK PROMOSI DAN HEBAHAN NURUL FARIHA BINTI KAMARUL RASHID JEFFRIDZAL BIN ISMAIL JK SIJIL NURUL DAFIQAH BINTI KAMARULZAMAN NOORAZYLA BINTI MOHD NASRI JK PANEL SEMAKAN PELAPORAN DR. MAZLINA BINTI JAMALUDIN MOHD MOHADIR BIN HARUN Pihak Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan semua yang terlibat dalam menyediakan penerbitan buku National symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) Kelestarian Industri Halal dalam Mendepani Isu Semasa. Dr. SITI SYUHAILA BINTI ZAHARI Dr. MAZLINA BINTI JAMALUDIN Dr. NAEEMAH BINTI YUSOF NUR SHAHIRAH BINTI MAT SHARF NOOR LAILI BINTI MOHD SOHAILI MALIAH BINTI ROHAIZAT FATIN FATHIAH BINTI AZMAN SYAZWANI BINTI FISAL


Sekapur Sirih


ِبْسِم الّٰلِه الَّرْحٰمِن الَّرِحْيِم Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Setinggi-tinggi ucapan penghargaan saya titipkan buat kesemua barisan Sidang Redaksi serta Jawatankuasa Penerbitan e-book National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NaSTHalal’23) atas usaha gigih dan komitmen yang telah diberikan dalam menghasilkan naskah ini yang pastinya bakal memberi manfaat besar yang luar biasa. E-book NastHalal’23 adalah ilham bersama Bahagian Kurikulum dan Politeknik Sultan Idris Shah sebagai rangkuman kepada pelaksanaan program NastHalal’23. NastHalal merupakan acara dwi tahunan yang mana inisiatif penganjurannya adalah bertujuan memperkukuh kesedaran dan pendidikan mengenai halal, serta membuka peluang kepada idea inovasi dan penyelidikan dalam bidang ini. Penampilan bahan bacaan ini bersifat serampang dua mata, selain menjadi wadah bagi mendidik, membimbing dan mendedahkan pembaca kepada perbincangan dan hal-ehwal berkaitan halal, ianya juga bertujuan menyahut aspirasi negara dalam mengukuhkan hala tuju Malaysia untuk menjadi hab halal global yang dihormati dan diiktiraf. Harapan saya untuk kita bersama-sama mendukung usaha warga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam memapankan program-program halal seiring dengan langkah pihak kerajaan ke arah memacu dan memperkukuh ekonomi industri halal. Teruskan usaha cemerlang dan jadikanlah setiap pengalaman ini sebagai inspirasi untuk terus berkembang dan memberi impak positif. Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama ke arah pencapaian lebih besar pada masa akan datang. Sekian. Pengarah bahagian kurikulum jabatan pendidikan politeknik dan kolej komuniti kementerian pendidikan tinggi Kata Aluan Dr. Zamzam Bin Mohd Walid Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi 4


Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Kata Aluan Tuan Hj. Mohamad Yusof bin Sulaiman Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Setinggi tinggi ucapan tahniah dan Syabas kepada Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti dengan Kerjasama Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) di atas penganjuran National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NaSTHalal’23) yang bertemakan "Kelestarian Industri Halal Mendepani Isu Semasa". Penganjuran program peringkat kebangsaan ini amatlah penting kepada semua khususnya pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan seluruh Politeknik serta Kolej Komuniti amnya. Ia juga bertepatan dengan peranan dan tanggungjawab Politeknik Sultan Idris Shah sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH) yang telah diberi mandat dan kepercayaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu juga, program ini adalah medan penyebaran ilmu pengetahuan, trend dan isu semasa berkaitan industri Halal di Malaysia dari perkongsian pakar Halal, panel penasihat industri dan alumni. Ini menunjukkan Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, PSIS mempunyai jaringan kolaborasi yang hebat. Syabas dan tahniah diucapkan. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Jabatan pelancongan dan hospitaliti atas penerbitan buku program/prosiding yang mengandungi penulisan kreatif yang bertemakan Halal dan abstrak lanjutan bagi projek akhir para pelajar Semester Lima JPH. Langkah ini adalah sangat proaktif untuk melestarikan industri halal di masa akan datang. Justeru itu, saya bagi pihak Politeknik Sultan Idris Shah menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti dengan kerjasama Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di atas symposium yang dijalankan dengan jayanya. Semoga dengan kejayaan ini, dapat menyuntik semangat dan idea serta menjadi ruang kepada percambahan ilmu di kalangan pensyarah dan pelajar di dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Sekian, terima kasih 5


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, eBook NASTHALAL (National Symposium Halal In Tourism And Hospitality) yang bertemankan “Kelestarian Indusrti Halal Dalam Mendepani Isu Semasa” ini berjaya diterbitkan. E-Book ini merupakan platform penulis berkongsi ilmu dan menyebarluas hasil penyelidikan dan penulisan kreatif mereka. E-book ini adalah panduan dan rujukan kepada semua untuk dimanfaatkan. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua jawatankuasa yang terlibat dan telah bertungkus-lumus dalam penghasilan e-book ini. Sebanyak 37 hasil penulisan telah diterima oleh pihak jawatankuasa NastHalal. Jutaan terima kasih kepada semua penulis yang telah menyumbangkan hasil penulisan mereka. Penerbitan e-Book ini bertujuan untuk mengukuhkan prestasi kecemerlangan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi mencapai KPI institusi dalam kategori penyelidikan bagi Teras Strategik 6 iaitu membudayakan penyelidikan dan inovasi. Selain daripada itu, ia adalah bertujuan untuk memperkasakan dan membudayakan penyelidikan di kalangan pensyarah dalam menghasilkan penulisan kajian mahupon penulisan kreatif. Melalui penerbitan ini, ia dapat membudayakan penyelidikan secara holistik dan pendedahan ilmu baru dalam pengurusan pendidikan dan penyampaian pembelajaran dan pengajaran dikalangan pensyarah. Menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan diiktiraf serta memberi manfaat kepada institusi. Besar harapan saya agar penerbitan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam membangunkan arena Pendidikan Negara menerusi penulisan berkualiti untuk kebaikan semua. Ketua Jabatan jabatan pelancongan dan hospitaliti Kata Aluan Dr. Mohamad Kazar bin Razali Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah 6


Pengarah Program nasthalal’23 Kata Aluan Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Program Forum National Symposium on Halal In Tourism and Hospitality Industry NaSTHalal'23 dengan Tema: Kelestarian Halal dalam mendepani isu semasa dapat dilaksanakan dengan jayannya dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Tema kali ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kelestarian dalam bidang halal dapat digunakan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan halal dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Ini termasuk teknologi terkini, strategi pemasaran kreatif, dan perkembangan produk baru yang memenuhi keperluan pelancongan halal. Banyak aktiviti menarik yang dilaksanakan disepanjang program ini termasuk forum, bicara oleh Panel Penasihat Industri, pameran dan taklimat kerjaya oleh wakil industri dan alumni PSIS. Selain itu, pelaporan program, penulisan kreatif dan abstrak lanjutan projek akhir pelajar berjaya diterbitkan. Bagi pihak pengarah program NaSTHalal'23, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program dan menerbitkan pelaporan serta penulisan ini. Semoga program dan penerbitan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak dalam usaha melestarikan industry halal dalam mendepani isu semasa. Sekian, terima kasih. En Ashfi Bin Suhadak Pengarah Program NaSTHalal'23 7


Sinopsis


Sinopsis Penulisan e-book ini merupakan penerbitan khas bagi Forum National Symposium On Halal In Tourism And Hospitality Industry (NaSTHalal’23) bertemakan "Kelestarian Industri Halal Mendepani Isu Semasa" anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Simposium ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kelestarian dalam bidang halal dapat digunakan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan halal dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Ini termasuk teknologi terkini, strategi pemasaran kreatif, dan perkembangan produk baru yang memenuhi keperluan pelancongan halal. Laporan ini juga memberikan gambaran ringkas bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan disepanjang simposium ini berlangsung termasuk forum, ceramah kerjaya oleh wakil industri dan alumni PSIS, majlis tandatangan nota kerjasama dan pameran kerjaya oleh industri. Selain itu, penerbitan ini juga mengandungi penulisan kreatif dan abstrak lanjutan projek semester akhir pelajar bagi program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal yang ditawarkan di PSIS. Semua aktiviti yang dilaksanakankan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang perkembangan terkini industri pelancongan dan hospitaliti dalam konteks kelestarian produk dan perkhidmatan halal. Simposium halal ini telah terbukti sebagai platform yang penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak berkepentingan, industri dan institusi pendidikan serta mempromosikan pertukaran pengetahuan dan idea yang menyokong kemajuan industri halal. Penerbitan ini diharapkan dapat memberikan panduan yang berharga kepada semua pihak yang terlibat dalam industri makanan dan produk Halal. 8


Laporan Program


Tentatif Program 9


Meja Bulat Alumni


Meja Bulat Alumni PENGENALAN Sesi Meja Bulat Bersama Panel Alumni bagi Program Pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal adalah satu program semakan dokumen kokurikulum bagi memenuhi keperluan akreditasi MQA 04. Semakan dokumen yang melibatkan alumni bagi kedua-dua program ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas berkaitan dokumen kurikulum kursus yang bersesuaian dengan industri bidang masingmasing. Rekod maklum balas ini akan digunakan bagi penambahbaikan dokumen kurikulum untuk memastikan jaminan kualiti program akademik kekal relevan, dinamik serta mengikut keperluan terkini dan kemajuan teknologi. OBJEKTIF PROGRAM Memberikan persediaan audit pematuhan dokumen MQA 04 bagi program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal. Mengeratkan silaturahim dan jalinan erat mesra bersama alumni Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Mewujudkan jalinan kerjasama bersama alumni di industri bagi program-program akademik akan datang. BUTIRAN AKTIVITI Tarikh : 13 September 2023 Hari : Rabu Tempat : Bilik Seminar, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Penyertaan : 19 orang alumni JPH 10


Meja Bulat Alumni SENARAI ALUMNI Panel Alumni Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) 1. En. Alwi Shakir bin Abdullah Pegawai Pelancongan / Presiden Kesatuan Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 2. En. Syed Mohd Daniel bin Sayd Mohd Dasuki Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E32 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 3. En. Muhammad Firdaus bin Adnan Pegawai Ticketing Umrah KRS Travel Sdn Bhd 4. Pn. Nur Farahin binti Fadzili Tour Guide & Freelance Tour Leader AGAG Travels & Tours Sdn. Bhd. 5. Pn. Shadatul Kursiah binti Mazuki Travel Consultant Mitra Malaysia Sdn Bhd 6. Pn. Nur Nadiah Syahirah binti Norbi Pegawai Pendaftaran Umrah Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd 7. En. Muhammad Nizam Bin Abu Bakar Coach Perfect Wave Academy 8. En. Arief Rahman bin Muhammad Ridzuan Ting Team Leader acting Supervisor Sunway Sk8te City Park 9. En. Hazrul Amireen bin Hairul Azman Ticketing & Reservation Domestic KTNB Travel & Tour 10. Pn. Nor Izzatul Azzila binti Baharuddin Executive Assistant TAR Riverwalk Sdn Bhd 11


Meja Bulat Alumni SENARAI ALUMNI Panel Alumni Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF) 1. En. Muhammad Alimanshur bin Masturo Nox Coffee & Bun 2. Pn. Norsyazwani bt Jamalludin Sushi King 3. En. Muhammad Izzad Helmi bin Mat Arshad MH Delight Sdn Bhd 4. Pn. Nurul Amira binti Zahid Pastry World Sdn Bhd 5. En. Nur Akmal bin Suwardi Palace Butcher Resources Sdn Bhd 6. En. Muhammad Elhan Adli bin Salehudin Palace Butcher Resources Sdn Bhd 7. En. Muhammad Aiman Izzudin bin Zulkifle Palace Butcher Resources Sdn Bhd 8. En. Muhammad Akmal Haziq bin Mohd Nasir Assistant Manager, Revenue Management Bespoke Hotel 9. En. Mohamad Nur Haziq Bin Abdul Malek Steakhouse M.D 12


Meja Bulat Alumni 13


Forum


Forum PENGENALAN Forum National Symposium On Halal In Tourism And Hospitality Industry Nasthalal’23 "Kelestarian Industri Halal Mendepani Isu Semasa adalah merupakan program anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). Bertemakan "Kelestarian Industri Halal Mendepani Isu Semasa", forum ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kelestarian dalam bidang halal dapat digunakan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan halal dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Ini termasuk teknologi terkini, strategi pemasaran kreatif, dan perkembangan produk baru yang memenuhi keperluan pelancongan halal. OBJEKTIF PROGRAM Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai manfaat kelestarian industri halal dalam konteks sosioekonomi, pendidikan dan kemapanan ekonomi. Memberi kesedaran akan tanggungjawab kolektif untuk melindungi dan mempromosikan industri halal yang berkelanjutan kepada industri. Mendorong kelestarian dalam industri halal untuk mengatasi isuisu semasa dan memperkuat kelestarian jangka panjang. Memenuhi keperluan KPI Politeknik Sultan Idris Shah secara amnya dan meningkatkan masa interaksi PPI bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti khususnya. BUTIRAN AKTIVITI Tarikh : 14 September 2023 Hari : Khamis Tempat : Dewan Seri Lang,Politeknik Sultan Idris Shah Penyertaan : 600 orang pelajar JPH 14


Forum NASTHALAL 2023 51


Program Kerjaya dan Jaringan Kolaborasi


Program Kerjaya dan Jaringan Kolaborasi PENGENALAN Program Kerjaya dan Jaringan Kolaborasi ini merupakan satu inisiatif dari Jawatankuasa CISEC Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dalam menyediakan medium laluan kerjaya bagi bakal graduan bidang Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Hari Kerjaya ini diharap dapat membantu melahirkan graduan politeknik yang mempunyai daya saing dan kebolehpasaran yang tinggi serta memiliki kemahiran insaniah yang mantap dan berketrampilan dengan mempersiapkan diri mereka dengan maklumat terkini mengenai tren kerjaya, permintaan pasaran pekerjaan, peluang kerjaya, syarat-syarat pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang ini. Ini membantu pelajar memahami dengan lebih baik kerjaya yang diminati dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan nanti. Sehubungan dengan itu perkongsian maklumat berkenaan trend dan keperluan industri semasa akan disampaikan oleh wakil panel industri dan alumni PSIS yang berjaya dalam sesi taklimat kerjaya bersama dengan para pelajar dan sesi pameran yang disediakan. OBJEKTIF PROGRAM Meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan PSIS. Menyediakan maklumat terkini tentang kerjaya, termasuk peluang pekerjaan, perkembangan industri, dan tren kerjaya yang relevan dengan pasaran tenaga kerja. Melengkapkan ilmu pengetahun dari segi persiapan ke alam pekerjaan dari aspek fizikal dan mental Membantu para graduan mengenal potensi diri dan kemahiran intrapersonal dan interpersonal dalam memilih kerjaya yang tepat. Membekalkan pelajar yang kompeten seterusnya menjadikan PSIS sebagai institusi pilihan industri sebagai 'feeder' dalam menyumbang modal insan yang berkualiti. BUTIRAN AKTIVITI Tarikh : 14 September 2023 Hari : Khamis Tempat : Dewan Seri Lang,Politeknik Sultan Idris Shah Penyertaan : 600 orang pelajar JPH 16


Program Kerjaya dan Jaringan Kolaborasi 17


Penulisan Kreatif


HALAL DALAM KEHIDUPAN Haslina Ahmad Muzakir Politeknik Metro Kuantan [email protected] Dari semalam aku termangu, duduk termenung muhasabah diri, betapa aku selalu tak kisah dalam semua perkara. Makanan, pakaian, tingkah laku dan sebagainya, semuanya mengikut arus. Orang kata “follow the flow”. Aku tak pasti kenapa ketika ini hatiku merasa tidak nyaman, gelisah tanpa ku tahu apa puncanya. Kenangan demi kenangan menerjah kotak fikiran, sehingga terlintas dihati selama hampir setengah abad hidup ni apa yang aku buat untuk bekalan di sana nanti. “Dua singgit! dua singgit!, dua singgit!”, kedengaran suara Mail dari siri Upin & Ipin rancangan kegemaran anak-anak, terpandang pula beberapa ekor ayam yang sedang mengais rumput dengan penuh tawakal mencari santapan buat meneruskan hidup. “Apa kaitan Mail ngan ayam ni”, gumam hatiku sendiri sambil terus melayan perasaan. “Ayam goreng yang Mail jual tu…..mestilah halal kan?”, hati tertanya-tanya sendiri. Halal dan haram makanan kita bukanlah diukur bila ia telah terhidang di depan mata. Tapi dari sumber mana datangnya dia, bak kata orang “dari ladang hingga ke meja makan”. Betapa halusnya Islam mengajar kita bahawa halal itu sangatlah luas ruang lingkupnya, sangatlah besar manfaatnya. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 18


Kepekaan dan kefahaman dalam halal sangat penting untuk memastikan kita dapat mempraktikkan dengan baik dalam kehidupan. Halal bukan sahaja berkait rapat dengan makanan, malah ia merupakan satu sistem yang berasaskan prinsip dan nilainilai yang memberi manfaat kepada seluruh manusia. Makanan yang halal bukan sahaja dapat memberi kesan yang baik pada kesihatan tetapi juga mendapat keredhaan Allah dan membentuk peribadi yang mulia. “Ketika engkau sudah berada dijalan menuju Allah maka berlarilah. Jika sulit bagimu maka berlarilah kecillah. Jika kamu lelah berjalanlah. Jika itupun tidak mampu maka merangkaklah. Namun jangan pernah berbalik arah atau berhenti”. Kata-kata hikmah dari Imam Syafie ini menunjukkan pentingnya usaha untuk mendapatkan redha Allah tanpa mengira seberat apa pun langkah yang harus ditempuh. Ummi! Ummi!...laungkan anak sulungku mematikan lamunan. “Ya ummi kat dapur ni..kenapa kakak?”. “ Bau apa yang hangit ni ummi? Kuat sangat bau ni…sampai ke depan boleh bau”, omel kakak sambil menjenguk-jenguk ke dapur. “Allah….kari ayam ummi…dah hangit!”, akhirnya aku dan kakak sama-sama tersengih kelat. Makan kari berperisa hangitlah nampaknya tengahari ni. Terbantut lamunan panjang ku tadi. “ Berangan yang bermanfaat walaupun kariku hangit hehehe” gumam ku sendiri. Namun, ternyata halal membawa makna dan kesan yang besar dalam kehidupan seseorang. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 19


Allah S.W.T telah menghalalkan dan tidak pernah mengharamkan makanan yang baik, Dia hanya mengharamkan makanan yang kotor dan membahayakan. Memakan makanan yang baik merupakan penyebab untuk melaksanakan amal soleh dan sebab diterimanya amal soleh tersebut, termakbulnya doa serta ibadah. Perintah memakan makanan yang baik-baik bererti larangan memakan makanan yang kotor dan haram. Bersyukur setelah memperoleh nikmat, dapat menjaga nikmat yang sedia ada dan menarik kembali nikmat yang telah hilang. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 20


HALAL Haslina Ahmad Muzakir Politeknik Metro Kuantan [email protected] Status halal suatu yang dicari bukanlah bebanan melainkan tuntutan Rujuklah portal sebelum membeli Pasti selamat halalan toyyiban Pelbagai simbol mengelabui mata Miripnya sahih harus digunakan Bintang lapan merias tata Logo halal Malaysia itulah jawapan Amalan tulus memupuk takwa Murninya hati mencerminkan diri Peribadi mulia tuntutan agama taat selamat kemudian hari Manis menarik sukar dikawal Senyum dan tawa menata hilai Pupuklah peka sedari awal Membentuk generasi bijak menilai National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 21


“CIKDA, HALAL KE TU”? Norlida Binti Osman Politeknik Merlimau, Melaka, [email protected] Aku merupakan seorang pendidik yang telah ditempatkan untuk mendidik anak bangsa di sekitar Selatan tanahair. Kampung halamanku terletak di Sebelah Utara tanahair iaitu di Trong, Perak. Tak semua orang tahu di mana letaknya kampungku itu, jadi terpaksalah aku menerangkan kepada mereka bahawa kalau sesiapa yang hendak ke Beruas, mesti melalui kampungku ini. Masih kuat diingatanku, sewaktu menaiki bas tambang iaitu Blue Omnibus dari Sekolah Menengah Batu 8 yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Wan Mohamad Rasdi (Trong). Pemandu akan memberhentikan bas dan terus menjerit, “Cili, Cili dah sampai.” Aku yang tersedar dari lamunan, cepat-cepat bangun untuk turun dari perut bas kerana takut bas akan bergerak semula. Bagiku, kampungku kini mula dikenali ramai disebabkan adanya Tik Tok dan juga Facebook. Mana tidaknya, jaringan komunikasi yang canggih pada masa kini, biasa sahaja sampai kepada seluruh pelusuk dunia. Untuk makluman semua, kampungku bersebelahan dengan Belantara Resort yang kini femes di Tik Tok dan juga berhampiran dengan rumahku terdapat Trong Leisure Farm di mana ianya adalah bekas tapak lombong yang dikomersialkan menjadi sebuah resort National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 22


yang cantik dan juga tempat penternakan itik. Hanya 5 minit saja berjalan kaki ke situ. Perjalanan dari tempat kerjaku ke kampung mengambil masa kirakira 5 jam lebih, itupun aku hanya berhenti dua kali sahaja, pertama untuk mengisi tangki minyakku yang dah kurang dan yang kedua, pergi ke tandas untuk mencuci muka bagi mengurangkan rasa mengantukku. Almaklumlah, perjalananku sangatlah jauh, hanya ditemani dengan seekor kucing berbaka Scottish Fold bernama Mimie dan juga pemandangan kiri dan kananku yang dihiasi dengan hutan belantara dan juga tanaman kelapa sawit, Aku pernah sampai ke kampung dalam masa 4 jam setengah, tetapi setelah itu, aku didatangi oleh surat cinta dari Pak Polisi atau Polis Trafik. “Kau bawak laju?” soal mak aku sambil menyerahkan surat saman itu padaku akan kuingat hingga kini. Macam biasa, aku hanya tersenyum sebagai jawapan kepada soalan mak. “Cik Ida, tak lari pun kampung awak tu, kan dah kena bayar saman.” tegur kawan sepejabatku. Aku hanya diam dan tersenyum mengenangkan teguran yang diberikan itu. Aku sedikit pun, tak berkecil hati, bagiku tegurannya itu adalah tanda sayang sebagai seorang sahabat. Setibanya di kampung, rasa lelahku hilang, terutama bila melihat wajah ibuku yang semakin berusia. Terdetik rasa sayu dihatiku bila mengenangkannya. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 23


Tetapi walaupun aku tinggal jauh, aku selalu menelefon ibuku dan bercerita dengannya. Tak lupa juga aku selalu bertanya khabar tentang keluargaku yang lain. Kakakku yang berada di Semporna, Sabah, adikku yang berada di Kuala Lumpur, abang dan kakakku yang berada di Trong Perak. Perkara yang paling seronok aku lakukan sewaktu berada di kampung adalah memasak. Percaya atau tidak, aku boleh memasak dari pagi hingga ke malam. Mesti orang ingat aku ni rajinkan? Padahal aku hanya nak melepaskan rasa gianku memasak. Ini kerana selalunya aku beli sahaja makanan yang dah siap sewaktu aku bekerja. Aku mempunyai ramai anak saudara dan antara mereka lebih ramai yang lelaki berbanding yang perempuan. Selalunya akan ada pelbagai request dari mereka. Ada yang nak Brownies, ada yang nak Spagetthi Bolognaise, Chicken Wrapped dan macam-macam lagi. Aku hanya menurut dan buat apa sahaja yang menjadi keinginan mereka. Aku suka, aku enjoy dengan segala permintaan itu, dengan syarat mereka perlu menjadi pembantuku. Tak kisahlah, jadi tukang timbang bahan ke, tukang cuci ke atau pun tukang kemas. Niatku cuma satu, dalam masa yang sama mereka akan belajar secara tidak langsung. Kini tibalah masanya, untuk aku keluar ke bandar bersama-sama dengan anak saudaraku yang perempuan iaitu Nurul @ Uyui. Bila balik kampung je, aku akan mengajak dia untuk menemaniku. Aku akan mengambil dia di rumahnya di Simpang, Taiping. Pada suatu hari, aku teringin nak makan Coconut Pie sedapnya aku rasa. ‘Dah National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 24


lama sangat tak makan rasanya. Last, masa zaman belajar Diploma Latihan Chef dulu ‘kot dan topik Pie sentiasa menjadi kegemaranku. Jadi, aku pun membawa Nurul ke Kedai Kek yang terletak di Bandar Taiping. Sesampainya di situ, aku terus melihat pelbagai dessert yang ada di dalam cermin. Cantik dan sungguh menyelerakan. Kedai Kek ini memang popular di kalangan orang Melayu kerana Kedai Kek ini sahaja yang ada sejak dari zaman aku kecil lagi. “Cikda, halal ke tu?” Ujar Nurul dalam kekusyukanku memilih makanan yang hendak dibeli. Aku terkejut mendengar soalan yang ditanyakan kepadaku. Waktu itu, aku masih ingat lagi, Nurul baru sahaja Darjah 4. Bagiku, budak sekecil itu sudah dapat menilai dan tahu tentang hukum hakam dalam Islam iaitu makanan halal dan haram. Mungkin juga, di sekolah telah diterapkan ilmu ini melalui subjek Agama Islam. “Halal” jawabku. Mungkin dia kehairanan melihat peniaga tersebut adalah berketurunan Cina. Tetapi, jika diikutkan memang Pemilik Kedai Bakeri banyaknya berketurunan Cina, jarang kita melihat orang Melayu yang mempunyai Kedai Bakeri terutamanya di bandarbandar tertentu. Itu mungkin menjadi persoalannya. “Nurul, kita kena yakin kalau kita nak makan sesuatu makanan itu walaupun tiada Logo Halal. Tetapi seharusnya kita membeli makanan yang mempunyai Logo Halal yang disahkan oleh pihak Jakim.” Aku menjelaskan dengan lebih lanjut tentang persoalan Nurul itu tadi. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 25


Nurul mengangguk faham. Aku berharap selepas ini, lebih akan lebih banyak peniaga Bakeri yang beragama Islam tumbuh selepas ini dan tiada lagi rasa was-was di kalangan kita. Pengajaran: Kesedaran tentang makanan halal dan haram mestilah diberi seawal usia kanak-kanak iaitu di sekolah rendah lagi. Ini penting supaya, kanak-kanak tersebut mengetahui tentang makanan yang dihalalkan oleh syariat Islam dan juga sebaliknya. Dalil Tentang Makanan Halal: “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan janganlah kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang bagi kamu.” Pengajaran Peniaga Kedai Bakeri harus memohon Sijil Halal sekiranya ingin mengurangkan kos pengeluaran, mendapat keuntungan yang lebih banyak kerana Sijil halal bukan setakat memberi rasa selamat serta keyakinan kepada pengguna Islam. Pengajaran: Mematuhi Had Laju yang ditetapkan ketika memandu adalah penting demi keselamatan diri dan nyawa kita, tidak kiralah dalam keadaan hujan lebat atau pun dalam waktu kecemasan. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 26


Pengajaran Saling ingat mengingati sesama kita. Sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini, mestilah saling ingat mengingati, serta tegur menegur sesama kita sekiranya ada yang berbuat salah supaya dapat menambahkan nilai kasih sayang sesama umat islam. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 27


JANGAN MAIN TERJAH JEH SEMUA! Maliah binti Rohaizat Noor Laili binti Mohd Sohaili Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor, Malaysia [email protected] , [email protected] Suasana kelas 3 Anggerik bising dan riuh rendah dengan suara pelajar, maklumlah kelas pagi ini kami bergabung dengan 3 Cempaka. Jumlah semua 43 orang. Pelajar dalam kelas ini memang terkenal dengan kenakalannya walaupun ramai yang berbaju biru pengawas. Di hujung bangunan blok 4, guru disiplin sekolah sedang meronda ke arah kelas kami sambil menggenggam kemas rotan di tangan. Syukurlah, ustazah Syamsiah tiba lebih awal. “Fuh, lega sungguh rasanya nampak ustazah. Kalau tak, tentu satu kelas kena denda catwalk lagi di gelanggang bola tampar macam minggu lepas. Lega”, bisik aku di dalam hati. “Bangun, assalamualaikum ustazah”, lantang suara ketua kelas, lantas serentak kami berdiri dan mengucapkan salam apabila ustazah melangkah masuk ke kelas. Ustazah Syamsiah mengajar matapelajaran Pendidikan Islam. Nampak ceria ustazah memulakan kelas pagi ini sambil tersenyum kepada kami. Ustazah Syamsiah merupakan lulusan dari sebuah universiti di Mesir. Beliau tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman dengan kami. Ustazah Syamsiah memang pandai menarik perhatian kami dengan 1 2 1 2 National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 28


cara penyampaiannya. Hari ini ustazah mengajar tentang kewajipan mencari yang halal bagi setiap muslim. “Halal tu apa kelas?”, tanya ustazah kepada kami. “Halal tu bersih, boleh dimakan, tak kotor ustazah”, jawab Fahiz. “Halal makanan yang ada cop halal”, jawab Lisa pula. “Makanan yang disembelih, bersih dan suci adalah halal”, tambah Muin pula. Tersenyum ustazah apabila mendengar jawapan kami. Lega barangkali jawapan itu ada betulnya. “Bagus, terima kasih yang menjawab soalan saya”, tutur ustazah dengan senyuman lalu mula menerangkan maksud Halalan Tayyiban dalam aspek pemakanan dengan penuh semangat. “Halalan tayyiban itu berasal daripada perkataan Arab. Maksudnya adalah halal lagi bersih, suci dan diyakini. Bukan sekadar melihat kebersihan dari luaran malah merangkumi kebersihan kandungan, bahan, proses penghasilan dan keselamatan untuk menggunakannya juga perlu diberikan perhatian”, bersungguh-sungguh ustazah menerangkan maksudnya. “Umat Islam diingatkan agar mencari makanan yang benar-benar halal, menjauhi makanan yang meragukan atau was-was, apatah lagi makanan yang jelas status haramnya,” tambah ustazah lagi. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 29


“Sekarang ni banyak sangat kedai makan yang viral, kamu pasti kedai dan makanan di situ halal?” tanya ustazah. Terkedu kami dibuatnya, macam tahu-tahu pula ustazah ni kami suka melepak di kafe hipster, mengejar trend makanan viral dan bergambar sakan sebelum makan, FOTD istilah popularnya. “Entahentah, dalam diam ustazah ni follow laman sosial kita, tak?”, bisikku kepada teman sebelah, si Azura. Tanpa disedari, gerak-geri kami diperhatikan ustazah. “Ha, kamu berdua berbisik pasal apa tu? Pakat nak cari makanan viral ke hujung minggu ni?”, tanya ustazah sambil tersenyum simpul. “Tak, ustazah”, jawab kami tersengih macam kerang busuk sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak terganggu dengan tingkahlaku kami, ustazah semangat menyambung lagi, “Sesungguhnya makanan yang halal dan haram itu jelas, walau bagaimanapun jangan di lupa terdapat status makanan yang syubhah iaitu meragukan di antara halal dan haram itu. Oleh itu, sesiapa yang menjauhi perkara syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah maka dibimbangkan terjerumus dalam perkara haram”, jelas ustazah memetik hadis riwayat muslim. Kelas bersama ustazah pagi ini banyak membuka mata hati kami tentang kepentingan memilih makanan yang halal, bersih dan suci. Ustazah berpesan lagi, “Kalau nak cari bahan-bahan mentah untuk masakan, tolong pastikan bahan-bahan tu ada cop halal terutama produk yang dikilangkan. Sebagai umat Islam, kita wajib memilih sumber makanan yang halal untuk keluarga kita kerana ia akan menjadi darah daging akhirnya. Sebab tu tak boleh main terjah je, National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 30


tolonglah ingat semua pesanan saya ni. Jangan sampai semua kedai kamu nak masuk, yang viral semua nak pergi. Kena pastikan dulu semua tu, faham semua?”, tanya ustazah sambil melihat kami menganggukkan kepala tanda faham. “Ustazah, macam mana kita nak tahu makanan atau bahan mentah tu halal?”, tanya Irfan, pelajar cemerlang dalam kelas kami. “Bagus soalan awak Irfan. Mesti semua nak tahu kaedah untuk pastikan sumber makanan dan masakan itu halal atau tidak, betul tak? Di Malaysia, mudah sangat nak tahu tentang status halal ni. Contohnya, pastikan terlebih dahulu ada logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada sesuatu produk tu, sebelum kamu beli. Elakkan membeli produk yang tiada logo halal. Utamakan produk yang telah mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM,” terang ustazah. “Kalau produk yang dari luar negara ustazah, bagaimana pula?”, tanya Emy dan Amir serentak. Makin menarik kelas agama pagi ini, bertalu-talu soalan cepu emas kami tujukan kepada ustazah. “Produk import sebenarnya ada juga logo halal, jadi kalau tak nampak logo halal tu jangan beli. Namun, jika ada logo halal, pastikan ianya diiktiraf oleh JAKIM. Sebab di pasaran sekarang, banyak produk luar negara logo halalnya palsu dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Logo halal tulin daripada JAKIM adalah bukti sesuatu produk itu telah menjalani proses pensijilan halal dan mendapat kelulusan oleh jawatankuasa yang dilantik. Sebab tu, sebelum membeli barang-barang tu, semak dulu logo halal, jangan ambil suka hati letak dalam troli. Ingat tu semua!”, tegas ustazah lagi. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 31


“Banyak hikmah kalau kita mengutamakan makanan yang halal. Makanan yang bersih dan halal bukan sahaja menjadikan tubuh badan sihat, malah hati kita menjadi tenang. Halal dan haram ni jangan ambil mudah sebab banyak memberi kesan baik dan buruk dalam kehidupan seharian kita. Ha, lepas ni kalau nak cari makanan viral kena tengok dulu kedai tu statusnya halal ke tidak. Barulah yakin nak posting dan share gambar makanan korang tu kat media sosial”, tambah ustazah lagi dengan nasihat padu di hujung bicaranya. “Baik, ustazah”, jawab kami dengan yakin sambil menghadiahkan senyuman manis kepada ustazah tersayang. Kelas pagi itu diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan. Kami diberikan tugas untuk mengumpul dan membentangkan maklumat berkaitan isu semasa industri makanan halal dalam dan luar negara. Pengajaran: Menjadi kewajipan bagi kita sebagai umat Islam untuk mengambil berat tentang pemilihan makanan halal. Makanan halal menjamin kesihatan jasmani dan rohani selain mendapat keredhaan Allah SWT. National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 32


NASI ULAM Noor Laili binti Mohd Sohaili , Maliah binti Rohaizat Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor, Malaysia Nasi ulam, Diracik halus bersama empat puluh jenis ulam, Ikan bakar dan ikan talang turut disulam, Menghasilkan rencah yang sering diidam. Nasi ulam belum siap sedia, Perlukan nasi putih dan rencah yang digaul bersama, Menerbitkan cantuman pelbagai rasa, Disediakan dengan sabar, teliti dan rela, Halalan Tayyiban, itulah resepi nostalgia. Mari lihat, harumnya sampai ke sini, Wanginya dan segarnya menambat hati, Memanggil segera untuk dinikmati, Dinikmati bersama tua, pemuda dan pemudi. Kini, bukan Ramadhan bahkan hari-hari, Menu yang sentiasa dicari, dinikmati dan diingati, Mampu membentuk peribadi, Juga penyatu rasa dan famili. 1 2 National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 33


KELESTARIAN HALAL, HARAPAN KITA BERSAMA Sang Aduka , Dewi Kesuma Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Johor, Malaysia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, W.P. Putrajaya, Malaysia [email protected] , [email protected] Tegakkan halal laungan bergema, Status dijaga kelestarian industri, Isu semasa ditempuh bersama, Pertiwi harmoni gemilang madani. Buana bersemi industri dibina, Isu semasa anta permana, Halal di hati azimat mulia, Aman sentosa lestari perdana. Halal cerminan industri inovasi, Berjuang tangani isu semasa, Lestari abadi indah terperi, Bijak dek akal menilai semua. Industri halal membangun megah, Isu terkini wajarlah teliti, Kelestarian dikekal penuh hikmah, Agar semua teguh berdiri. 1 2 1 2 1 2 National Symposium on Halal in Tourism and Hospitality Industry (NASTHALAL’23) 34


Click to View FlipBook Version