BAHAN SUMBER INKUIRI SAINS MENENGAH RENDAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Terjemahan Bahasa Melayu Naskah Murid
Kata Pengantar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mendalam dan bermakna. Pendekatan pembeIajaran berasaskan inkuiri merupakan antara pendekatan yang dituntut dalam KSSM, bertujuan memenuhi aspirasi tersebut di samping mempertingkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Pengintegrasian pendekatan inkuiri perlu dilaksanakan secara berkesan untuk mengembangkan kreativiti murid bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan. Dalam masa yang sama, guru juga perlu memastikan kurikulum dapat dihabiskan dalam jangka masa yang ditetapkan. Justeru, adalah penting untuk guru memahami idea utama di sebalik pelaksanaan pendekatan inkuiri dan bagaimana pengintegrasian PdP modular dalam pembelajaran berasaskan inkuiri membantu mereka merealisasikan hasrat dan keperluan KSSM tanpa mengabaikan Standard Kandungan yang telah digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kefahaman dan ketersediaan guru dalam melaksanakan PdP berasaskan inkuiri adalah kritikal dalam menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang diperlukan untuk menghadapi persaingan global yang semakin kompleks. Semoga Bahan Sumber Inkuiri (BSI) ini memberikan kefahaman dan menjadi pencetus idea kepada guru serta dapat dimanfaatkan secara berkesan agar murid mencapai hasrat dan matlamat pendidikan kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan BSI ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.
Pendahuluan BSI dibina selari dengan kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan mengintegrasikan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang berkaitan. Ini bertujuan menambah kepelbagaian dan kebolehsuaian BSI dalam sesi PdP, sesuai dengan hasrat penghasilan BSI sebagai bahan sumber dan sokongan. BSI ini mengandungi aktiviti dan item latihan yang merangkumi empat domain literasi iaitu literasi saintifik, matematik, bacaan dan kewangan. Aktiviti pembelajaran disusun mengikut topik dan kemahiran mata pelajaran berkaitan yang membantu mengukuhkan penguasaan murid melalui pendekatan yang berbeza. BSI juga menuntut guru melaksanakan PdP yang memerlukan murid terlibat secara aktif dan berfikir secara mendalam. Kompilasi terjemahan item boleh-edar yang turut disediakan pula dapat memberi pendedahan murid kepada standard, bentuk dan struktur soalan yang diuji dalam pentaksiran peringkat antarabangsa. Melalui penggunaan bahan ini, guru dapat mengenal pasti keupayaan murid dan membolehkan mereka mengambil tindakan susulan bagi mempertingkat keupayaan murid mereka.
Tajuk Muka Surat Pengenalan 1 UNIT 1 Suku Suku Separuh 5 UNIT 2 Prinsip Keabadian Jisim 8 UNIT 3 Kecil itu Lebih 12 UNIT 4 Osmosis 17 UNIT 5 Letupan yang Senyap 22 UNIT 6 Telefon Pintar – Pembunuh? 27 UNIT 7 Fotosintesis 32 UNIT 8 Kiriman dari Langit 35 UNIT 9 Selamat Tinggal Kerak Kapur 40 UNIT 10 Kebangkitan Kuasa – Plat Tektonik 42 UNIT 11 Vaksinasi 46 UNIT 12 Nikmat Air Bersih 56 UNIT 13 Hukum Newton 60 UNIT 14 Tumbuhan Lemna 64 UNIT 15 Timbul Tenggelam 70 UNIT 16 Kuala Kubu 82 UNIT 17 Sinaran Latar Belakang 92 Penghargaan 101 Turut Menyumbang 102 BAHAN SUMBER INKUIRI Sains Menengah Rendah
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 1 Pengenalan Konsep umum pembelajaran inkuiri membolehkan murid mengalami pembelajaran melalui proses penerokaan yang melibatkan pertanyaan soalan, penyiasatan dan pengumpulan maklumat menggunakan deria dan kognisi. Secara tidak langsung murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri mengenai sesuatu konsep sains dan menggalakkan mereka menjadi penyelesai masalah, penyelidik serta pembina ilmu. Aktiviti dalam pembelajaran berasaskan inkuiri membuat perkaitan antara pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar melalui eksplorasi dan persoalan. Lazimnya kaedah pembelajaran aktif ini dimulakan dengan mengemukakan soalan, masalah atau scenario. Antara kelebihan pembelajaran berasaskan imkuiri ialah: Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis yang diperlukan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Menjadikan pembelajaran lebih menarik, apabila murid terlibat secara aktif dan berminat, maka mereka akan menguasai konsep sains yang diajar dan lebih mengingat. Menggalakkan perasaan ingin tahu, dan seterusnya merangsang minat yang lebih mendalam untuk belajar. Meningkatkan pemahaman, aktiviti hands-on akan membangunakan keduadua pembelajaran mendalam dan pengekalan pengetahuan (knowledge retention). Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, apabila murid sudah menguasai pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai saintifik. Menggalakkan kerja berpasukan, apabila murid perlu berkolaborasi menyelesaikan masalah sebagai satu unit. Rajah 1: Profil murid boleh dibangunkan melalui jalinan pelbagai kemahiran dalam pembelajaran secara inkuiri
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 2 Proses dalam pembelajaran berasaskan inkuiri adalah murid sendiri: Mengemukakan persoalan Memperoleh evidens untuk menjawab persoalan Menerangkan evidens yang dikumpul Menghubungkait penerangan dengan pengetahuan yang diperoleh daripada proses penyiasatan Menganalisis dan menginterpretasi data Mengemukakan hujah, justifikasi dan membuat keputusan. Dalam merancang PdP, perkara paling utama ialah objektif pembelajaran perlu jelas. Guru perlu memikirkan apa yang murid akan peroleh setelah tamat sesi pengajaran pada hari itu, apa kaedah pentaksiran formatif yang akan digunakan dan adakah hasil pentaksiran seperti produk boleh digunakan untuk memotivasikan murid secara individu atau berkumpulan. Perkara yang perlu difikirkan dalam merancang PdP Bahan sumber inkuiri ini menggunakan kaedah UNIT di mana setiap UNIT direkabentuk untuk membolehkan murid mencapai beberapa standard pembelajaran bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Masa yang diambil di setiap UNIT ialah 15 – 30 minit. Guru perlu merancang dengan melibatkan pelbagai kaedah pembelajaran semasa di UNIT seperti membuat pemerhatian, pembacaan aktif, menyelesaikan masalah sebenar, membuat analisis dan penilaian serta membuat keputusan. UNIT juga perlu menggalakkan pelibatan murid secara aktif bagi menjana pemikiran analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggalakkan kolaborasi antara murid serta pembelajaran secara persendirian atau independen dalam sebarang topik yang dipelajari. Penyelesaian masalah sebenar kehidupan adalah sangat penting kerana ia menghubungkan apa yang dipelajari dalam bilik darjah kepada situasi sebenar menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. KontenApa yang murid akan tahu dan faham? KemahiranApa yang murid boleh buat? Nilai & Sikap Saintifik Apa nilai yang dipupuk?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 3 Perancangan yang kemas dan teratur membolehkan guru melaksanakan beberapa standard pembelajaran dan secara langsung memberi lebih masa untuk guru menjalankan aktiviti berunsurkan inkuiri dalam pencapaian konten. Berikut ialah perincian aras profisiensi bagi Literasi Saintifik Programme for International Student Assessment (PISA):
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 4 Memahami literasi saintifik Dalam konteks isu peribadi, setempat/dalam negara atau global tidak kira dalam keadaan semasa dan lampau, yang serba sedikit memerlukan pemahaman tentang sains dan teknologi, individu perlu mempamerkan kompetensi iaitu keupayaan untuk menerangkan fenomena secara saintifik, menilai dan mereka bentuk inkuiri saintifik, dan mentafsir data dan evidens secara saintifik. Ini dipengaruhi oleh 1) Pengetahuan iaitu pemahaman tentang fakta, konsep, dan teori penerangan yang membentuk asas bagi pengetahuan saintifik seperti pengetahuan tentang alam semula jadi dan artefak teknologi (pengetahuan kandungan); pengetahuan tentang bagaimana idea tersebut dihasilkan (pengetahuan prosedural); dan pemahaman tentang wajaran yang mendasari prosedur ini dan justifikasi penggunaannya (pengetahuan epistemik). 2) Sikap terhadap sains yang ditunjukkan melalui minat dalam sains dan teknologi dengan meletakkan keutamaan pada; pendekatan saintifik atau inkuiri dalam keadaan yang sewajarnya; dan persepsi serta kesedaran tentang isu alam sekitar.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 5 SUKU SUKU SEPARUH Unit ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman murid mengenai pengkelasan makanan dan gizi seimbang. Murid boleh didedahkan kepada Panduan Pinggan Sihat Malaysia Kementerian Kesihatan untuk memahami konsep gizi seimbang. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 2 3.1.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai kelas makanan. 3.2.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai gizi seimbang. 3.2.2 Menganggar kalori makanan yang diambil dalam setiap hidangan dan merancang satu gizi seimbang.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 6 Lembaran Kerja Murid 1.1 Aktiviti 1.1: 1. Perhatikan kad bergambar mengenai jenis-jenis makanan di atas meja. (Guru boleh menggunakan makanan yang segar mengantikan kad bergambar) Contoh kad bergambar 2. Lengkapkan jadual di bawah dengan contoh makanan yang betul. Karbohidrat Protein Lemak Vitamin dan mineral Nama makanan Jumlah kalori Nama makanan Jumlah kalori Nama makanan Jumlah kalori Nama makanan Jumlah kalori 3. Anda perlu membuat pembacaan aktif mengenai Panduan Pinggan Sihat Malaysia dan membuat sesi perkongsian mengenai konsep Suku Suku Separuh. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan satu panduan Pinggan Sihat Malaysia bagi menangani isu kesihatan yang berkaitan dengan cara pemakanan. Salah satu konsep yang diperkenalkan ialah Suku Suku Separuh. Anda dikehendaki menghurai mengenai konsep ini.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 7 4. Berdasarkan pada hasil kerja di atas, rancang satu menu makanan bagi hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Pilihan makanan perlu membentuk satu gizi seimbang. Hidangan Utama Makanan Anggaran jumlah kalori Catatan Sarapan pagi Makan tengahari Makan malam Anda boleh berkongsi menu hidangan makan utama bersama rakan dalam kumpulan, membuat penilaian dan rumusan apakah menu terbaik untuk tiga hidangan utama. 5. Pinggan Sihat Malaysia menyarankan 3 hidangan utama yang tetap dalam sehari iaitu, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta 1 hingga 2 snek sihat di antara waktu makan jika perlu. Mengapa kita perlu makan hidangan secara tetap?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 8 PRINSIP KEABADIAN JISIM Unit ini memperkukuhkan fahaman murid mengenai prinsip keabadian jisim dan perbezaan antara perubahan kimia dengan perubahan fizik. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 5.2.6 Merumuskan jisim kekal tidak berubah semasa perubahan fizik. 5.2.7 Menjelaskan dengan contoh perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian. NOTA: Prinsip keabadian jisim menyatakan bahawa dalam sesuatu tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balasadalah SAMA dengan jumlah jisim bahan sebelum tindak balas dalam suatu sistem yang tertutup. Jisim kekal samasemasa perubahan fizikal seperti perubahan keadaan jirim,keterlarutan pepejal dan pengembangan terma.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 9 Lembaran Kerja Murid 2.1 Aktiviti 2.1: BAHAN & RADAS: Plastisin, 0.1 M larutan kalium iodida, 0.1 M larutan plumbum (ll) nitrat, penimbang elektronik, bikar 100 ml & bikar 50 ml. TUGASAN Rajah di bawah menunjukkan lima aktiviti yang telah dijalankan oleh seorang pelajar. Berdasarkan aktiviti tersebut, tandakan [√] bagi pernyataan yang betul pada petak yang disediakan dan jelaskan jawapan anda. Aktiviti 1: 250 g plastisin ? g Apakah jisim selepas 250 g plastisin digulung dan ditukar rupa bentuk? Jenis perubahan: Kimia/Fizik Jelaskan jawapan anda: 250 g ? g Digulung dan ditukar rupa bentuk Kurang daripada 250 g 250 g Lebih daripada 250 g
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 10 Aktiviti 2: Apakah jisim selepas 300 g ais selepas 30 minit pada suhu bilik? Jenis perubahan: Kimia/Fizik Jelaskan jawapan anda: . Aktiviti 3: Apakah jisim selepas telur selepas dipanaskan tanpa minyak? Jenis perubahan: Kimia/Fizik Jelaskan jawapan anda: Kurang daripada 300 g 300 g Lebih daripada 300 g Selepas 30 minit 300 g ? g Dipanaskan Kurang daripada 20g 20 g Lebih daripada 20 g pada suhu bilik Telur mentah Telur dipanaskan tanpa minyak
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 11 Akltiviti 4: 50 ml 0.1M 25 ml 01M larutan kalium iodida A B larutan plumbum(ll) C 430 g ? g Perubahan Jisim C selepas B dicampurkan ke dalam A Kurang daripada 430 g 430 g Lebih daripada 430 g Jelaskan jawapan anda: Jenis perubahan: Kimia/Fizik Jelaskan jawapan anda: Akltiviti 5: Perubahan Jisim lilin setelah 10 minit. Kurang daripada 350 g 350 g Lebih daripada 350 g Jenis perubahan: Kimia/Fizik Jelaskan jawapan anda: Lilin menyala padam setelah 10 minit dalam kelalang kon
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 12 KECIL ITU LEBIH Unit ini memperkenalkan konsep luas permukaan dan pengaplikasian konsep ini dalam kerja seorang tukang masak. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 5.2.4 Memerihalkan perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah-zarah akibat daripada penyrapan dan pembebasan haba berdasarkan teori kinetik. 5.2.5 Merumuskan bahawa suhu kekal semasa pembekuan, peleburan dan pendidihan. 5.2.6 Merumuskan jisim kekal tidak berubah semasa perubahan fizik. 5.2.7 Menjelaskan dengan contoh perubahan kadaan jirim dalam kehidupan harian. Peleburan ialah satu proses fizikal yang menyebabkan perubahan keadaan sesuatu bahan daripada pepejal kepada cecair. Perkara ini berlaku apabila tenaga dalam pepejal meningkat semasa pemanasan sehingga mencapai takat lebur. Mengapa seorang chef mematahkan coklat kepada kepingan kecil sebelum coklat dileburkan?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 13 Lembaran Kerja Murid 3.1 Aktiviti 3.1: Graf di bawah menunjukkan takat lebur ais. Berdasarkan graf, jawab soalan berikut: 1. Nyatakan pemboleh ubah berikut. (a) Dimanipulasi: (b) Bergerakbalas: 2. Berapakah takat lebur ais? 3. Bagaimana kita mengetahui bahawa ais telah melebur sepenuhnya? 4. Mengapakah suhu kekal malar semasa ais melebur? Suhu(oC) Masa (min) Peleburan/Melting
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 14 5. Graf di bawah menunjukkan takat lebur dua bahan, X dan Y. (a) Bahan manakah yang mengambil masa lebih lama untuk melebur sepenuhnya? (b) Terangkan jawapan anda dalam soalan (a). Masa (s) Bahan Y Suhu ( 0C) Bahan X Cadangan Penambahbaikan Untuk mengesan tahap pemahaman konsep, perkara berikut boleh dilakukan: 1. Lakarkan graf pemanasan bahan lain dan minta murid membuat inferens kepada apa yang diperhatikan. 2. Lakarkan graf penyejukan bagi bahan berlainan dan membuat inferens.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 15 Lembaran Kerja Murid 3.2 Aktiviti 3.2: Jalankan aktiviti berikut: 1. Ukur panjang kubus plastisin yang diberikan. 2. Cari jumlah luas permukaan kubus itu. 3. Potong kubus kepada lapan kubus yang sama besar. 4. Cari jumlah luas permukaan lapan kubus kecil itu. (a) Bandingkan jumlah luas permukaan kuib besar dengan jumlah luas permukaan lapan kuib kecil. Panjang sisi = 4cm Jumlah luas permukaan = = Panjang sisi satu kuib kecil = 2cm Jumlah luas permukaan 8 kuib kecil = =
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 16 (b) Berdasarkan aktiviti di atas, tandakan √ coklat mana yang akan lebur dahulu? Jelaskan jawapan anda. 100 g cip coklat 100 g coklat bar
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 17 OSMOSIS UNIT ini memperkenalkan konsep osmosis melalui aktiviti hands-on dan seterusnya mengaplikasikan konsep ini dalam menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 2 5.3.2 Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. 3 2.4.1 Menerangkan mekanisme pertukaran gas dalam tumbuhan. Unit ini sesuai juga untuk menerangkan bagaimana akar tumbuhan menyerap air untuk melaksanakan proses fotosintesis. NOTA Dalam proses osmosis, molekul air atau pelarut bergerak melalui membran yang memisahkan dua larutan yang berlainan kepekatan. Molekul air bergerak dari larutan yang lemah (kepekatan air yang tinggi) kepada larutan yang lebih kuat (kepekatan air yang rendah) melalui membran separa telap. Lubang seni dalam membran separa telap hanya membenarkan molekul air melaluinya manakala molekul bahan larut yang lebih besar tidak boleh melepasi membran separa telap. Contoh osmosis yang berlaku dalam tumbuhan adalah penyerapan air daripada tanah oleh rambut akar. Air memasuki rerambut akar melalui osmosis Air (H2O) menyejat ke persekitaran melalui stomata Air diangkut ke atas melalui xilem
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 18 Lembaran Kerja Murid 4.1 Aktiviti 4.1: Memahami Osmosis Pada Tumbuhan Radas: 2 cawan, pisau, pembaris meter Bahan: Kentang, Larutan Garam, air Prosedur: i. Kentang dikupas dan dipotong menjadi 2 jalur dengan ukuran panjang yang sama. ii. Masukkan setiap jalur kentang ke dalam dua larutan yang disediakan. iii. Catatkan pemerhatian anda. Pemerhatian: Pemerhatian pada kentang Larutan garam Air Daripada pemerhatian anda, jelaskan mengapa ini berlaku?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 19 Lembaran Kerja Murid 4.2 Aktiviti 4.2: Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Tenaga…Oh!…Tenaga Manusia zaman sekarang sangat bergantung kepada tenaga untuk keselesaan hidup. Tenaga daripada bahan api fosil tidak akan kekal dan suatu hari akan kehabisan juga. Dengan itu, kaedah penjanaan elektrik perlu dipelbagaikan. Malaysia beruntung disebabkan kita mempunyai banyak sungai yang memungkinkan penjanaan tenaga elektrik hidro. Misi anda ialah untuk memikirkan bagaimana negara maju seperti Norway yang dikelilingi laut boleh menjana tenaga elektrik bagi kegunaan penduduknya. .
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 20 Pelajari gambarajah di bawah. 1. Apakah yang akan meresap melalui membran separa telap dalam tangki A dan tangki B? 2. Lukiskan paras air dalam kedua-dua bekas selepas beberapa jam. Sebelum Tangki A Tangki B Air laut Air Sungai
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 21 Selepas Tangki A Tangki B Air laut Air Sungai 3. Bandingkan kepekatan garam dalam tangki A dan tangki B pada permulaan eksperimen. Tangki A Tangki B A tinggi rendah B tinggi tinggi C rendah tinggi D rendah rendah 4. Semasa proses osmosis, dalam tangki manakah tekanan akan meningkat? Jelaskan jawapan anda. 5. Rajah di atas menunjukkan penggunaan proses osmosis dalam penjanaan tenaga elektrik di Norway. Berdasarkan rajah di atas jelaskan bagaimana proses ini boleh digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik. 6 Kebanyakan UNIT janakuasa elektrik menggunakan bahan api fosil seperti minyak dan arang batu sebagai sumber tenaga. Mengapakah cara penjanaan kuasa elektrik ini dianggap lebih mesra alam berbanding dengan penjanaan kuasa elektrik menggunakan bahan api fosil?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 22 LETUPAN YANG SENYAP Unit ini memperkenalkan menghubungkaitkan fahaman mengenai kandungan udara dengan sifat bunyi. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 7.1.2 Mencerakinkan komposisi udara daripada carta pai. 2 10.1.1. Berkomunikasi mengenai ciri asas gelombang bunyi. Bolehkan kita mendengar letupan di angkasa?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 23 BAHAN YANG DIPERLUKAN: 1. Laptop, LCD, pembesar suara, skrin 2. Video letupan 2. Video permukaan matahari 3. 1 set balang kaca dan pam vakum (Balang A) 4. Balang vakum buatan sendiri (Balang B) mengandungi: 1 botol kaca dengan penutup ketat 1 kayu penggantung 2 loceng kecil 1 kotak plastisin 1 gulung ‘masking tape’ 1 ‘hot glue gun’ 1 kotak mancis 1 lilin pendek 1 gunting
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 24 Lembaran Kerja Murid 5.1 Aktiviti 5.1: Letupan Senyap Jawab soalan – soalan berikut Video 1: Explosion.mpg (a) Tonton video tentang letupan. Apakah bentuk tenaga yang dilepaskan semasa letupan? Video 2: The Sun.mpg (b) Tonton video mengenai matahari. Di Matahari, letupan nuklear berlaku berterusan. Apakah bentuk tenaga yang dilepaskan? (c) Berdasarkan jawapan anda dalam (a) dan (b), tenaga mana satukah yang tidak sampai ke Bumi? Jelaskan.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 25 Lembaran Kerja Murid 5.2 Aktiviti 5.2: Aktiviti 5.2: Bunyi memerlukan satu medium Tujuan Untuk menunjukkan bahawa bunyi tidak dapat bergerak melalui vakum Persiapan Demonstrasi (disediakan lebih awal) Rajah 1: Balang A Rajah 2: Balang B 1. Radas disusun seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 (Balang A). 2. Untuk balang B, pasangkan loceng pada batang lidi dan letakkan hujung batang lidi yang satu lagi pada sebelah dalam penutup balang. Aktiviti Balang A i. Bunyikan jam loceng dan rekod pemerhatian dalam Jadual 1. ii. Hidupkan suis pam vakum untuk menyedut udara keluar. iii. Ulang langkah (i). Balang B i. Goyang penutup dengan loceng terpasang padanya dan rekod pemerhatian dalam Jadual 1. ii. Dengan bantuan satu lidi, nyalakan lilin dalam balang. iii. Sebaik sahaja lilin itu menyala, ketatkan penutup dengan loceng terpasang di dalamnya kepada balang. iv. Tunggu sehingga nyalaan lilin padam dan balang itu sejuk. v. Ulang langkah (i). vi. Bandingkan dengan bunyi loceng pada awal tadi
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 26 Keputusan Keadaan Balang Kaca Pemerhatian Balang A (dengan udara) Balang A (selepas pam vakum dihidupkan) Balang B (dengan udara) Balang B (selepas lilin terpadam) Jadual 1 Soalan 1. Apa yang berlaku dengan bunyi loceng setelah nyalaan lilin terpadam dalam balang? 2. Kenapa bunyi loceng menjadi perlahan? 3. Kaitkan situasi ini untuk menjelaskan kenapa letupan dalam Matahari dan letupan supernova tidak didengari dari Bumi.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 27 TELEFON PINTAR - PEMBUNUH? Unit ini merungkai miskonsepsi mengenai penggunaan telefon pintar yang mengakibatkan kebakaran di UNIT minyak. Isu yang ditimbulkan menggabungkan beberapa konsep sains iaitu syarat pembakaran, elektrostatik dan sinaran tidak mengion. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 7.2.1 Merumuskan syarat untuk berlaku kebakaran 2 7.1.2 Menerangkan dan berkomunikasi mengenai kewujudan cas elektrostatik. 7.1.3 Menjelaskan dengan contoh elektrostatik dalam kehidupan seharian 3 8.3.1 Memerihalkan sinaran mengion dan sinaran tidak mengion Info SAINS Semasa kita berbual dengan rakan, telefon bimbit kita akan menukarkan tenaga bunyi kepada isyarat elektrik yang akan dipindahkan sebagai gelombang mikro. Gelombang mikro ini seterusnya akan ditukarkan semula kepada bunyi oleh telefon bimbit rakan anda. Telefon bimbit beroperasi menggunakan gelombang radio dengan frekuensi 900 MHz atau 1800 MHz atau 3000 MHz. Kuasa gelombang radio ini sangat rendah iaitu dari 0.5 – 1.0 Watt. Bahkan, sebuah lampu suluh kecil memerlukan 6.0 Watt kuasa untuk berfungsi. Inilah sebabnya telefon bimbit tidak boleh berfungsi seperti ketuhar gelombang mikro untuk memasak makanan. Gelombang mikro adalah sejenis radiasi. Radiasi boleh jadi radiasi mengion atau radiasi bukan mengion. Radiasi mengion mempunyai tenaga yang tinggi dan mampu menyebabkan pemecahan ikatan kimia yang seterusnya menyebabkan perubahan kimia. Ini mampu merosakkan tisu hidup. Rajah berikut menunjukkan frekuensi radiasi mengion dan radiasi bukan mengion.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 28 Rajah 1 menunjukkan tanda amaran yang boleh didapati di kebanyakan stesen minyak. Rajah 2 menunjukkan satu kebakaran yang berlaku apabila seorang pelanggan sedang mengisi minyak petrol. Adakah kebakaran ini berlaku disebabkan kecuaian menggunakan telefon pintar di kawasan mudah terbakar? Rajah 2 Bahan untuk mengendalikan aktiviti: 1. 2 Video yang berkaitan video_2018-02-07_1 1-39-10.mp4 This is why you shouldn't use a mobile phone at a petrol station - trimmed.mp4 2. Laptop (1 unit) 3. LCD Projector (1 unit) 4. Skrin Putih (1 unit) 5. Penjana Van De Graaff (1 unit) 6. Sfera Discas (5 unit) 7. Elektroskop Kerajang Emas (Saiz Besar 2@3 unit) 8. Rod Polistren / Rod Perspek (5 unit) 9. Kain Sutera / Kain Bulu (5 unit) 10.Cebisan Kertas Putih / Cebisan Styrofoam Rajah 1
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 29 Lembaran Kerja Murid 6.1 Aktiviti 6.1: Ahmad suka mendengar radio. Saluran radio kegemaran beliau ialah Hitz FM. Penghantaran isyarat radio menggunakan gelombang radio FM berfrekuensi 88 – 108 MHz. Adakah dengan mendengar radio, boleh mengakibatkan mudarat kepada beliau dalam jangka masa panjang? Jelaskan jawapan anda. Aktiviti 6.2: Tonton Video 1 untuk menjawab soalan 2. Video 1 Soalan 2 Sejak kebelakangan ini, video yang diperhatikan jadi telah menjadi tular. Pada pendapat anda, apakah yang mungkin mengakibatkan kereta tersebut terbakar? Jelaskan jawapan anda. This is why you shouldn't use a mobile phone at a petrol station - trimmed.mp4
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 30 Aktiviti 6.3: Tonton Video 2 untuk menjawab Soalan 3 - 5. Video 2 Soalan 3 Selepas menonton video 2, apakah yang mengakibatkan kereta tersebut terbakar? Adakah jawapan anda sama seperti yang telah dinyatakan pada soalan 2? Soalan 4 Mengapakah lelaki dalam video tersebut melompat-lompat sambil menggeserkan jaketnya pada seluruh badan di dalam sebuah baldi? Soalan 5 Mengapakah kereta terbakar apabila lelaki itu menyentuh wayar yang bersambung dengan kereta tersebut? Soalan 6 Pada pendapat anda, adakah kereta tersebut akan meletup jika lelaki dalam video itu melompat di atas tanah dan bukan di dalam baldi? Jelaskan jawapan anda. video_2018-02-07_1 1-39-10.mp4
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 31 Soalan 7 Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan kenderaan daripada terbakar ketika mengisi bahan api di UNIT minyak. Aktiviti 6.4: Menghasilkan cas elektrostatik melalui geseran Bil. Tindakan Pemerhatian Kesimpulan 1 Geserkan rod polistren dengan kain sutera/kain bulu 2 Dekatkan rod tersebut kepada cebisan kertas/ Styrofoam Activiti 6.5: Cas elektrostatik menghasilkan bunga api. Bil. Tindakan Pemerhatian Kesimpulan 1 Caskan Penjana Van De Graaff 2 Dekatkan sfera discas berhampiran dom Penjana Van de Graaff
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 32 FOTOSINTESIS Unit ini membolehkan murid memahami proses fotosintesis dan respirasi yang berlaku pada tumbuhan. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 2.2.1 Berkomunikasi mengenai respirasi sel. 2.2.2 Berkomunikasi mengenai fotosintesis. 2.2.3 Membezakan antara proses respirasi sel dan fotosintesis. 2.2.4 Menerangkan bagaimana proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida dan gas oksigen dalam fungsi harian mereka. Karbon dioksida diperlukan untuk fotosintesis manakala oksigen diperlukan untuk respirasi. Tumbuhan menyerap dan membebaskan gas-gas ini melalui stomata. Hasil sampingan fotosintesis adalah oksigen dan hasil sampingan daripada respirasi adalah karbon dioksida. Dalam aktiviti ini, guru perlu menggunakan strategi pembelajaran aktif dengan menanyakan banyak soalan kepada pemahaman konsep respirasi dan fotosintesis
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 33 Lembaran Kerja Murid 7.1 Gambarajah menunjukkan pokok tomato dalam Rumah Hijau pada tiga waktu yang berbeza dalam sehari .Anda diberi 30 kad bertanda CO2 dan anda dikehendaki meletakkan pelekat gas karbon dioksida mengikut jumlah gas yang terdapat dalam Rumah Hijau. Waktu pagi Waktu tengahari Waktu malam Anda diberikan lima minit untuk berbincang bagi menentukan jumlah gas karbon dioksida dalam setiap Rumah Hijau tersebut. Catatkan pemerhatian anda: Waktu dalam sehari Jumlah karbon dioksida yang dibebaskan (Bulatkan jawapan anda) 8.00 pagi Tinggi / Rendah / Sangat Rendah 12.00 tgh Tinggi / Rendah / Sangat Rendah 8.00 mlm Tinggi / Rendah / Sangat Rendah Jawab soalan berikut: S1. Mengapa tumbuhan menjalankan proses respirasi? S2. Pada waktu bilakah tumbuhan membebaskan jumlah karbon dioksida yang paling tinggi pada hari tersebut? Jelaskan jawapan anda.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 34 Lembaran Kerja Murid 7.2 Arisya mengkaji bagaimana baja mempengaruhi tumbesaran pokok bayam. Dia menanam 15 anak benih dalam empat bekas yang mengandungi amaun baja yang berbeza. Berikut ialah hasil selepas 1 minggu. (a) Nyatakan DUA sebab mengapa Arisya menggunakan 15 anak benih pokok bayam dalam setiap bekas? (b) Apakah tiga faktor lain yang boleh mempengaruhi tumbesaran pokok bayam di atas? (c) Mengapa bekas S tidak mengandungi baja? Bekas P 10 ml baja Container P 10 ml of fertiliser Bekas Q 30 ml baja Container P 30 ml of fertiliser Bekas R 50 ml baja Container R 50 ml of fertiliser Bekas S 0 ml baja Container S 0 ml of fertiliser
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 35 KIRIMAN DARI LANGIT Unit ini menguji kemahiran saintifik murid dalam menjalankan eksperimen. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 1.6.1 Membezakan setiap kemahiran proses sains. 1.6.2 Membuat urutan langkah dalam menjalankan penyiasatan saintifik mengikut urutan yang betul. 1.6.3 Menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan satu masalah yang mudah Pada bulan Disember 2014, negeri-negeri Pantai Timur Malaysia dilanda banjir besar. Didapati banyak kawasan tidak dapat dilalui melalui jalan raya menyebabkan bekalan makanan tidak dapat di hantar kepada penduduk yang terjejas. Cara penghantaran boleh dibuat dengan menggunakan helikopter, bot dan payung terjun. Masalahnya penghantaran dengan payung terjun ialah kemungkinan barangan tersebut pecah atau rosak disebabkan hentakan semasa pendaratan. Bungkusan mungkin jatuh ke tempat yang bukan sasaran. Misi anda adalah mereka bentuk satu payung terjun yang dapat menghantarkan bekalan makanan tersebut secara selamat dan tepat. BANJIR BESAR 2014
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 36 Bahan untuk mengendalikan aktiviti: 1. Plastik sampah nipis (14”x14”, 7”x7”) 2. Benang 3. ‘Masking Tape’ - 2.5 cm lebar 4. Pemberat 0.2N (200g) 5. Gunting /pisau 6. Pembaris meter 7. Reinforcement Hole Sticker 8. Jam randik NOTA Udara di sekeliling kita akan bertindak menentang gerakan dan menghasilkan geseran. Geseran udara atau seretan diambil kira dalam reka bentuk payung terjun. Apabila suatu objek bergerak lebih laju dalam udara, seretan akan bertambah. Seretan ke atas payung terjun dapat meningkatkan masa kejatuhan untuk mendaratkan beban dengan selamat. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi masa kejatuhan payung terjun. Geseran udara atau seretan Graviti
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 37 Lembaran Kerja Murid 8.1 Aktiviti 8.1 Faktor 1: Saiz payung terjun Saiz: Payung terjun 1 (Nipis): 36 x 36 cm (14” x 14”) Payung terjun 2 (Nipis): 18 x 18 cm ( 7” x 7 “) Panjang benang – 35 cm Bandingkan masa kejatuhan bagi kedua-dua payung terjun berlainan saiz. Lakarkan bentuk kedua-dua payung terjun semasa jatuh pada ruangan yang di beri. Tujuan: Hipotesis: Pemboleh ubah manipulasi: Pemboleh ubah bergerak balas: Pemboleh ubah malar: Lakaran: Keputusan: Payung terjun Masa kejatuhan (s) 1 2 3 Purata Payung terjun 1 Payung terjun 2 Kesimpulan:
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 38 Aktiviti 8.2 Faktor 2 : Panjang Benang Payung terjun 3 (Nipis): 36 x 36 cm (14” x 14”) Benang – 55 cm Payung terjun 4(Nipis): 36 x 36 cm (14” x 14”) Benang – 35 cm Bandingkan masa kejatuhan payung terjun yang berbeza panjang benang. Lakarkan bentuk kedua-dua payung terjun semasa jatuh pada raungan yang diberi. Tujuan: Hipotesis: Pemboleh ubah manipulasi: Pemboleh ubah bergerak balas: Pemboleh ubah malar: Lakaran: Keputusan: Payung terjun Masa kejatuhan (s) 1 2 3 Purata Payung terjun 3 Payung terjun 4 Kesimpulan:
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 39 Jawab semua soalan. Soalan 1 Anda telah mengkaji dan menilai 2 faktor yang dapat mempengaruhi masa kejatuhan payung terjun. Buat satu kesimpulan umum tentang 2 faktor yang perlu bagi payung terjun yang membolehkan beban dihantar secara selamat. . Soalan 2 Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi pendaratan paying terjun? Soalan 3 Semasa payung terjun berada di udara, geseran udara menyebabkannya berayun. Ayunan ini menyebabkan pendaratan sukar menepati sasaran. Cadangkan satu cara supaya payung terjun jatuh tepat pada lokasi. Jelaskan jawapan anda.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 40 SELAMAT TINGGAL KERAK KAPUR Unit ini menguji kemahiran menyelesaikan masalah kehidupan harian murid menggunakan asid. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 2 6.2.2 Menerangkan dengan contoh penggunaan proses peneutralan dalam kehidupan harian. Apakah kerak kapur? Kerak kapur ialah suatu pepejal keras berwarna putih yang terdiri daripada kalsium karbonat. Kerak kapur boleh terbentuk di dalam cerek air, mangkuk tandas, pili air, paip lama, dan lain-lain. Asid cair boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kerak kapur kerana asid bertindak balas dengan kalsium karbonat untuk menghasilkan garam, air dan karbon dioksida.
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 41 Lembaran Kerja Murid 9.1 Aktiviti 9.1 Sesi menonton video Berdasarkan video, jawab soalan berikut: 1. Mengapa lemon digunakan untuk menghilangkan kerak kapur? 2. Apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan lemon? 3. Mengapakah air di dalam cerek dipanaskan? 4. Manakah antara set berikut dapat menghilangkan kerak kapur paling cepat? Tandakan (√) bagi jawapan yang betul. Apa yang anda simpulkan daripada aktiviti ini? Tap water Air sejuk Asid + Air Sejuk Asid + Air Panas Air panas Kerak kapur Kerak kapur Kerak kapur Kerak kapur LIMESCALE (video).mp4
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 42 KEBANGKITAN KUASA: PLAT TEKTONIK Unit ini memberi penjelasan mengenai fosil, plat tektonik dan hanyutan benua. Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan 1 9.3.1 Berkomunikasi mengenai proses eksogen dan endogen. 9.5.3 Berkomunikasi mengenai fosil. NOTA: Fosil boleh terbentuk daripada seluruh atau sebahagian daripada satu organisma. Tulang, kerang, bulu pelepah, dan daun semuanya boleh menjadi fosil. Fosil boleh menjadi sangat besar atau sangat kecil. Mikrofosil hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Contoh mikrofosil ialah bakteria, plankton dan debunga. Macrofosil boleh bersaiz beberapa meter panjang dan berat beberapa tan. Contoh macrofosil ialah pokok atau tulang dinosaur. Tinggalan benda hidup yang mati menjadi fosil setelah mencapai kira-kira 10,000 tahun. Fosil boleh berasal dari era Archaeaean Eon (yang bermula hampir 4 bilion tahun yang lalu) hingga ke era Holocene Epoch (yang berterusan hingga ke hari ini). Gigi fosil dari mammoth berbulu adalah sebahagian daripada fosil paling baru ini ditemui. Sebahagian daripada fosil tertua adalah alga purba yang hidup di lautan lebih daripada 3 bilion tahun yang lalu. Mikrofosil (alga tua) Makrofosil (Mammoth)
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 43 Lembaran Kerja Murid 10.1 Aktiviti 10.1: Soalan 1 a) Apakah nama makhluk di bawah ini? b) Ahli sains mendakwa bahawa makhluk ini wujud di Bumi pada zaman dahulu. Bagaimana ahli sains megetahuinya? c) Berdasarkan jawapan dalam soalan 1(b), jelaskan jawapan anda d) Di bahagian manakah ahli sains menjumpai fosil-fosil ini? e) Fosil sepatutnya dijumpai jauh di bawah permukaan bumi. Bagaimankah ahli sains dapat menjumpai fosil-fosil itu berdekatan dengan permukaan bumi? f) Apakah itu plat tektonik?
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 44 g) Peta di bawah menunjukkan hanyutan plat-plat tektonik pada permukaan Bumi. Nyatakan satu bukti bagi hanyutan ini. h) Apakah berlaku kepada lautan apabila plat-plat tektonik ini dinaikkan? i) Apakah bukti bahawa aras laut telah menjadi lebih rendah? Soalan 2 Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada Grand Canyon di Amerika Syarikat. Grand Canyon, Amerika Syarikat
Bahan Sumber Inkuiri SAINS Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 45 a) Apakah yang menyebabkan Grand Canyon mempunyai landskap (muka bumi) sedemikian? b) Apakah bukti bahawa proses yang disebutkan itu telah berlaku? c) Grand Canyon merupakan satu contoh batuan sedimen. Mengapa batuan ini mempunyai lapisan-lapsian yang berbeza? Soalan 3 Gambarajah di bawah menunjukkan fosil haiwan berbeza yang ditemui dalam lapisan satu batu sedimen. Bagaimana anda tahu bahawa amonit dan triobit mempunyai usia yang hampir sama? .